kajian muzik

Upload: hasnani-mohammad

Post on 11-Jul-2015

3.032 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

BAB 1

PENGENALAN 1.1 Pengenalan

Kurikulum Pendidikan Muzik yang digubal oleh Kementerian Pendidikan Malaysia mempunyai matlamat dan objektif yang tertentu untuk sekolah rendah. Ianya merangkumi tiga bahagian iaitu nyanyian, nyanyian dan gerakan serta permainan alat genderang dan rekoder.

Oleh itu, untuk mencapai matlamat dan objektif kurikulum Pendidikan Muzik KBSR ini, murid-murid dalam tahun 4 perlu mempelajari dan menguasai beberapa aspek dalam Pendidikan Muzik. Ianya adalah konsep dalam muzik, kemahiran dalam muzik, kreativiti dalam muzik dan seterusnya apresiasi melalui muzik.

Menurut Buku Sumber Guru Pendidikan Muzik (1995), menyatakan bahawa menyanyi merupakan aktiviti teras dalam teras kurikulum Pendidikan Muzik KBSR, pada peringkat awal persekolahan. Proses mempelajari sesebuah lagu melibatkan pengetahuan dan kemahiran. Dalam menyanyi, lagu merupakan bahan sumber utama yang boleh dihuraikan kepada beberapa bahagian.

1

1.2

Latar Belakang Kajian

Pendidikan Muzik secara rasmi diperkenalkan dan dilaksanakan pada julung kalinya di sekolah-sekolah seluruh Malaysia melalui Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) pada tahun 1983. Ianya bertujuan untuk memberi pendedahan Pendidikan Muzik kepada murid-murid sekolah rendah secara formal di dalam bilik darjah.

Menurut huraian sukatan pelajaran Pendidikan Muzik (2005), kandungan sukatan Pendidikan Muzik merangkumi kepada kepada empat aspek yang perlu diikuti oleh murid-murid tahun empat.

Melalui aspek pertama, murid-murid akan mempelajari tentang persepsi estetik iaitu pengetahuan dan kefahaman bahasa muzik. Ianya merangkumi irama, melodi, ekspresi dan sistem notasi. Aspek yang kedua pula ialah pengalaman muzikal dan aspek yang ketiga pula merangkumi ekspresi kreatif yang melibatkan penerokaaan, improvisasi dan reka cipta. Manakala, aspek yang terakhir iaitu yang keempat pula ialah, penghargaan estetik.

1.3

Pernyataan masalah

Matapelajaran Muzik di sekolah rendah antara lain bertujuan untuk membolehkan pelajar menikmati kegiatan Muzik terutamanya menerusi bidang Nyanyian, Muzik dan

2

Gerakan dan Permainan Alat Muzik. Dalam bidang nyanyian murid sepatutnya diajar bagaimana dapat menyanyikan sesebuah lagu dengan pic yang tepat.

Pendidikan Muzik adalah satu matapelajaran yang menarik minat kebanyakan pelajar, terutamanya dalam bidang nyanyian. Murid-murid akan dapat menyanyikan sesebuah lagu dengan baik sekiranya mereka dapat membetulkan postur ketika menyanyi. Selain itu, teknik pernafasan yang betul perlu bagi mengawal suara, agar mereka dapat menyanyikan lagu pada pic yang tinggi. Di samping itu sebutan lirik yang jelas akan dapat menanamkan keyakinan kepada murid-murid ketika mereka menyanyi.

Melalui pemerhatian yang dibuat, di dapati terdapat lapan orang murid yang tidak dapat menyanyi lagu pada pic-pic yang tinggi. Oleh itu, mereka berasa bosan dan tidak yakin ketika mereka menyanyikan sesebuah lagu. Teknik pernafasan yang tidak dilakukan dengan betul sebelum menyanyikan lagu menyebabkan mereka berasa semput. Selain daripada itu, sebutan vokal mereka juga tidak mantap. Ini menyebabkan sebutan lirik lagu ketika menyanyi tidak tepat. Kadang kala mereka tidak menyanyi pada pic yang tinggi kerana malu dengan ejekan kawan-kawan. Ada juga rakan-rakan sebelah yang memarahi mereka kerana merosakkan lagu dengan ketidaksampaian pic mereka ini.

Pengenalan kepada kaedah Alexander ini kepada murid-murid, diharap akan dapat menyelesaikan masalah nyanyian yang dihadapi oleh mereka.

3

1.4

Objektif Kajian.

Kajian ini adalah bertujuan untuk : 1. Mengenal pasti masalah dalam nyanyian yang dihadapi oleh lapan orang murid di tahun 4 AB di Sekolah Kebangsaan Wan Abdul Samad.

2. Mengenal pasti sejauh mana kaedah Alexander ini dapat meningkatkan mutu nyanyian lapan orang murid di tahun 4 AB di Sekolah Kebangsaan Wan Abdul Samad. 2.1 Mengenal pasti sejauh mana penggunaan postur dalam kaedah Alexander ini dapat meningkatkan mutu nyanyian lapan orang murid di tahun 4 AB di Sekolah Kebangsaan Wan Abdul Samad.

2.2 Mengenal pasti sejauh mana penggunaan teknik pernafasan dalam kaedah Alexander ini dapat meningkatkan mutu nyanyian lapan orang murid di tahun 4 AB di Sekolah Kebangsaan Wan Abdul Samad.

2.3 Mengenal pasti sejauh mana penggunaan sebutan vokal dalam kaedah Alexander ini dapat meningkatkan mutu nyanyian lapan orang murid di tahun 4AB di Sekolah Kebangsaan Wan Abdul Samad.

4

1.5

Soalan Kajian

1. Apakah masalah nyanyian yang dihadapi dalam kalangan lapan orang murid di Tahun 4 AB di Sekolah Kebangsaan Wan Abdul Samad?

2. Adakah kaedah Alexander dapat meningkatkan mutu nyanyian dalam kalangan lapan orang murid di Tahun 4 AB di Sekolah Kebangsaan Wan Abdul Samad?

2.1 Adakah penggunaan postur dalam kaedah Alexander dapat meningkatkan mutu nyanyian dalam kalangan lapan orang murid di Tahun 4 AB di Sekolah Kebangsaan Wan Abdul Samad?

2.2 Adakah penggunaan teknik pernafasan dalam kaedah Alexander dapat meningkatkan mutu nyanyian dalam kalangan lapan orang murid di Tahun 4 AB di Sekolah Kebangsaan Wan Abdul Samad?

2.3 Adakah penggunaan sebutan vokal dalam kaedah Alexander dapat meningkatkan mutu nyanyian dalam kalangan lapan orang murid di Tahun 4 AB di Sekolah Kebangsaan Wan Abdul Samad?

5

1.6

Kerangka konsep

TEKNIK PENGAJARAN 1. Postur GURU 2. Teknik Pernafasan 3. Sebutan vokal MENINGKAT MUTU NYANYIAN

Guru akan menggunakan teknik pengajaran yang perlu dilakukan sebelum memulakan sesi nyanyian. Teknik pengajaran tersebut meliputi aspek postur, teknik pernafasan dan sebutan vokal. Kesemua teknik pengajaran ini adalah untuk meningkatkan mutu nyanyian dalam kalangan murid-murid.

1.7

Kepentingan Kajian

Kajian ini bertujuan untuk :

1.7.1 Memberikan input yang berguna kepada guru-guru yang mengajar pendidikan muzik khususnya kepada guru-guru yang bukan opsyen pendidikan muzik.

1.7.2 Memberikan maklumat kepada pengkaji lain sebagai sumber rujukan

6

sampingan yang releven dalam kajian mereka. 1.7.3 Sedikit sebanyak mendedahkan masalah yang dihadapi oleh pelajar kepada pihak pengurusan sekolah dan Jabatan Pendidikan Negeri tentang pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Ini adalah bertujuan supaya pihak pengurusan sekolah dan Jabatan Pendidikan Negeri mengambil langkah-langkah yang sewajarnya bagi mengatasi permasalahan ini.

1.7.4 Maklumbalas yang berharga kepada pihak Pusat Perkembangan Kurikulum yang menggubal Sukatan Pelajaran serta strategi pengajaran nyanyian

1.8

Batasan Kajian

1.8.1 Sampel kajian ini terdiri daripada lapan orang murid-murid daripada Tahun 4 AB di Sekolah Kebangsaan Wan Abdul Samad.

1.8.2 Murid-murid yang terlibat di dalam sampel kajian ini adalah terdiri daripada 3 orang lelaki dan 5 orang perempuan.

1.8.3 Kajian ini bertujuan untuk meningkatkan mutu nyanyian lapan orang murid Tahun 4 AB di Sekolah Kebangsaan Wan Samad dan

7

tidak boleh digeneralisasikan kepada kumpulan murid yang lain.

1.9

Definasi Operasional

1.9.1

Nyanyian

Menurut Teresa Lesiuk (1999), nyanyian adalah perlakuan yang mengeluarkan bunyi melalui suara. Ia dihasilkan oleh suara manusia yang dikeluarkan melalui alat-alat artikulasi yang betul.

Menurut Johami Abdullah (1993), nyanyian merupakan sebahagian tindak balas pertuturan berirama manusia secara semulajadi yang terdapat dalam alam kehidupan dan budaya kehidupan masyarakat kita.

Menurut Kamus Dewas (Edisi Ketiga, 2002), nyanyian ialah pengeluran bunyi-bunyi bahasa yang menghasilkan irama yang indah dan menyenangkan.

Menurut Kamus Encarta (2006), nyanyian adalah penggunaan suara untuk menghasilkan lagu, Teknik pengeluaran bunyi muzik dengan suara atau persembahan lagu.

8

1.9.2

Postur

Menurut Don L. Collins (1993), Postur ini adalah keadaan berdiri atau duduk yang betul ketika menyanyi. Kedudukan badan adalah penting untuk menghasilkan nyanyian yang bermutu. Postur yang baik akan membantu pernafasan dan pengeluaran suara semasa menyanyi.

Menurut Kamus Encarta (2006), postur membawa maksud posisi badan seperti berdiri, duduk, melutut atau baring.

1.9.3

Teknik Pernafasan

Menurut Don L. Collins ( 1993 ), teknik pernafasan yang betul perlu dilakukan sebelum menyanyi. Dengan pengurusan pernafasan yang baik, ia memberikan tenaga semasa menyanyi. Proses pernafasan melibatkan pengembangan pada rangka rusuk, abdomen dan diafragma.

Menurut Umran bin Samsudin (2007), postur adalah cara berdiri atau duduk yang betul ketika menyanyi. Postur ini mempengaruhi cara pernafasan, mutu pengeluaran suara dan keseluruhan nyanyian 9

seseorang itu.

1.9.4

Sebutan huruf vokal

Menurut Don L. Collins (1993), sebutan adalah penting dalam nyanyian. Organ yang terlibat dalam menghasilkan sebutan ialah mulut, bibir, lidah dan rahang. Kejelasan sesuatu sebutan itu bergantung kepada koordinasi di antara organ- organ tersebut.

Menurut Buku Sumber Guru Pendidikan Muzik KBSR (1995), ketika menyanyi sebutan hendaklah jelas. Bentuk mulut yang betul akan menghasilkan sebutan, kualiti ton dan intonasi yang baik.

1.9.5

Kaedah Alexander

Menurut Sally Porter Munro ( 1994 ), kaedah Alexander diperkenalkan kepada guru-guru vokal sebelum mereka memulakan sesi nyanyian. Kaedah ini merangkumi kedudukan postur, cara-cara pernafasan dan sebutan vokal yang jelas.

Menurut by Richard Brennan (1997), kaedah Alexander ini menggunakan kedua-dua elemen iaitu arahan secara lisan dan bimbingan fizikal dari guru. Guru akan membantu dalam explorasi cara-cara baru untuk duduk, bernafas dan 10

gerakan yang kurang memberi tekanan ke atas tubuh badan dan membolehkan pelajar nyanyikan dengan intonasi yang baik. 1.10 Kesimpulan

Kaedah Alexander ini meliputi postur duduk dan berdiri ketika menyanyi, teknik pernafasan yang betul dan sebutan vokal yang tepat dan jelas dapat meningkatkan mutu nyanyian dalam kalangan para pelajar yang bermasalah dari segi nyanyian. Daripada pembacaan yang dibuat didapati kelas-kelas vokal di sekolah-sekolah swasta di luar negara menggunakan kaedah ini sebelum memulakan sesi latihan nyanyian mereka. Oleh itu, kita sebagai guru juga perlu mempraktikkan kaedah ini kepada pelajar-pelajar kita.

11

BAB 2

TINJAUAN LITERATUR

2.1

Pengenalan

Pendidikan Muzik dilaksanakan pada julung kali di seluruh Malaysia melalui Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) pada tahun 1983. Pelaksanaan mata pelajaran Pendidikan Muzik dibahagikan kepada dua tahap iaitu Tahap l dan Tahap ll. Terdapat 3 bidang dalam Pendidikan Muzik iaitu Nyanyian, Muzik dan Gerakan dan Permainan Alat Muzik. Permainan alat muzik untuk Tahap ll termasuk alat perkusi dan rekoder.

2.2

Sejarah Pendidikan Muzik di Malaysia

Johami Abdullah (1993), di dalam bukunya yang bertajuk Pendidikan Muzik Semasa menyatakan bahawa muzik formal adalah salah satu mata pelajaran wajib pada peringkat sekolah rendah di Malaysia. Ia merupakan satu fenomena yang baru muncul sejak tahun 1983. Sistem pendidikan muzik sekarang boleh dikatakan mempunyai

banyak ciri yang telah diwariskan daripada sistem pendidikan yang telah diwujudkan pada zaman penjajahan British.

12

Pada tahun 1950-an, pelajaran muzik dalam bentuk siaran ke sekolah-sekolah telah dimulakan oleh Radio Malaya tetapi hanya sekolah-sekolah bandar yang berupaya mengadakan kemudahan radio dapat mengikuti siaran ini.

Pada tahun 1979, satu Jawatankuasa Kabinet telah mengambil keputusan untuk mengadakan Pendidikan Muzik sebagai satu mata pelajaran wajib bagi semua pelajar pada peringkat sekolah rendah di Malaysia. Oleh itu pendidikan muzik dimasukkan dalam satu kurikulum baru yang dinamakan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR).

2.3

Sukatan Pendidikan Muzik Sekolah Rendah

Menurut Sukatan Pelajaran Pendidikan Muzik (2003), membahagikan Pendidikan Muzik ini kepada tiga jenis komponen. Ianya adalah kemahiran nyanyian, kemahiran muzik dan gerakan dan kemahiran genderang. Selain daripada itu kemahiran-kemahiran ini diajar menerusi dua tahap, iaitu tahap I dan tahap II. Tahap I ini terdiri daripada murid-murid dalam tahun 1, tahun 2 dan tahun 3. Sementara tahap II pula terdiri daripada murid-murid dalam tahun 4, tahun 5 dan tahun 6.

Sukatan Pelajaran Pendidikan Muzik KBSR dibina berasaskan 4 aspek berikut : Persepsi estetik Pengalaman muzikal Penghargaan estetik

13

Ekspresi kreatif

Menurut Buku Sumber Guru Pendidikan Muzik (1995), Pelajar juga mendapat pengalaman muzik untuk mencetus dan memperkembangkan minat dan bakat mereka dalam seni muzik.

Pendidikan Muzik bertujuan melahirkan pelajar yang mempunyai pengetahuan dan kefahaman yang asas tentang muzik, mempunyai kemahiran minimum dalam penghasilan muzik, berpotensi dalam aspek kreativiti dan inovasi, dapat menghargai dan menikmati estetika dan dapat mengamalkan nilai murni.

2.4

Pendapat berkaitan dengan pendidikan muzik.

Menurut pendapat Johami Abdullah (1993), muzik merupakan salah satu komponen utama di dalam budaya sesebuah negara yang mana ia boleh menyatupadukan semua peringkat umur.

Oleh itu sebagai seorang guru, kita juga harus mendidik anak didik kita supaya menghargai Pendidikan Muzik ini. Di dalam sukatan Pelajaran Muzik yang disediakan ada menyatakan pengajaran dan pembelajaran muzik dapat meningkatkan kesyukuran dan menghargai ciptaan Tuhan serta menerapkan nilai-nilai yang baik dalam kalangan murid-murid. Guru-guru Pendidikan Muzik hendaklah membantu memperjelaskan maksud pengajaran dan pembelajaran dalam kalangan murid-murid sekolah.

14

Menurut Glover, Joanna ( 1999 ), Music education not only direct the music development but also shapes the aesthetic criterions and values and the inner emotional world of pupils. It is important in developing the intellectual abilities and higher mental cognitive functions. It has been proven that music positively affects the successfulness of pupils in schools.

Jelaslah di sini bahawa pendidikan muzik bukan sahaja menentukan arah perkembangan muzik malah ianya juga membentuk ciri-ciri dan nilai estetika serta emosi dalaman para pelajar. Selain itu, pendidikan muzik ini juga penting dalam perkembangan kebolehan intelektual dan fungsi kognitif mental yang tinggi dalam kalangan pelajar. Semua ini telah membuktikan bahawa Pendidikan Muzik ini telah memberikan kesan yang positif terhadap kejayaan murid di sekolah.

Menurut Janice Smith ( 2006 ) Humans sing to express emotions beyond mere words. Making music transcends literal communication and expresses intense feelings that defy verbal description. Even very young children can, and do, express inexpressible feelings in song

Janice (2006) menegaskan di sini bahawa manusia menyanyi untuk melahirkan emosi dan perasaan mereka lebih daripada kata-kata semata-mata. Selain daripada itu muzik juga dilihat lebih daripada komunikasi literal dan penyataan perasaan yang 15

kadangkala tidak dapat diluahkan secara lisan. Malahan, kanak-kanak juga boleh berbuat sedemikian (menyanyi) untuk meluahkan perasaan mereka yang tidak dapat diluahkan melalui kata-kata semata-mata. Oleh itu, guru perlu memperbaiki mutu nyanyian dalam kalangan para pelajar agar mereka dapat menyanyikan sesebuah lagu dengan baik dan dapat melahirkan perasaan dengan lebih berkesan lagi.

Menurut Swanwick K, & Taylor D, (1992) pula, muzik sudah lama diperakukan sebagai media yang boleh menghidupkan suasana pembelajaran, menjadikan

pembelajaran lebih menarik dan bermakna. Muzik juga boleh dijadikan perantaraan untuk bersosial dan menenangkan emosi yang tegang.

2.5

Kaedah Alexander Nama sebenar Alexander adalah F. Matthias Alexander. Beliau dilahirkan pada

tahun 1869 dan meninggal dunia pada tahun 1955. F. Matthias Alexander adalah seorang guru dan pelakon. Beliau telah memperkenalkan kaedah Alexander ini sempena dengan nama beliau. Kaedah Alexander ini telah diperkenalkan kepada penyanyi dan juga kepada guru-guru vokal pada lewat tahun 1890-an. Menurut Marian Goldberg, kaedah Alexander ini telah menyelesaikan banyak masalah kepada penyanyi. Di antara masalah yang dihadapi oleh penyanyi adalah mereka tidak dapat menyanyikan not yang tinggi pada pic yang tepat.

16

Gambar berikut dipetik dari The F.M. Alexander Technique oleh Marian Goldberg

2.6

Postur yang betul ketika menyanyi.

Menurut Janice Smith ( 2006 ), asas utama untuk nyanyian yang tepat dan baik adalah postur yang betul dan pengubahan (alignment). Postur yang betul dapat dibentuk dan diajar pada murid-murid sekolah, malahan pada kanak-kanak. Postur dalam nyanyian terdiri daripada dua posisi iaitu postur berdiri dan postur duduk. Semua kaedah yang diterangkan oleh Janice ini adalah sama dengan kaedah yang diperkenalkan oleh Alexander. Persamaan dari segi postur duduk dan berdiri ketika menyanyi.

Menurut Don L. Collins (1993 ) pula, untuk mengajar postur berdiri, seseorang itu hendaklah berdiri dalam keadaan yang tegak dan stabil. Ianya mempunyai persamaan dengan kaedah Alexander di mana kaki pula hendaklah dijarakkan dan diletakkan ke hadapan sedikit. Pastikan kedua-dua belah kaki berada di atas lantai dan dalam keadaan yang sempurna. Pelajar mestilah berada di dalam keadaan yang seimbang dan selesa.

17

Seperti mana Collins, kaedah Alexander juga ada menerangkan tentang kedudukan postur yang betul ketika menyanyi. Di antara persamaan itu adalah berat badan penyanyi pula hendaklah ke hadapan sedikit dan lutut pula hendaklah dapat dibengkokkan sedikit. Ini bertujuan supaya penyanyi dapat membuat pergerakan bebas dan tidak kaku. Selain daripada itu pastikan pinggul ke hadapan sedikit supaya perut tidak membuncit. Tulang belakang pula hendaklah diluruskan, dada pula hendaklah tinggi dengan bahu ke belakang sedikit. Ini memberi keselesaan pada pengaliran udara keluar dan masuk sewaktu menyanyikan beberapa lagu yang panjang. Kedua-dua belah tangan hendaklah berada di dalam keadaan yang relax dan selesa. Sewaktu menyanyi, pelajar hendaklah sentiasa memandang ke hadapan. Elakkan daripada mendongak sekiranya menyanyikan lagu pada not yang tinggi. Akhir sekali, pastikan keseimbangan badan dan mendapat sokongan dari kaki hinggalah ke semua bahagian struktur badan.

Gambar-gambar berikut dipetik dari The F.M. Alexander Technique oleh Marian Goldberg

Cara yang berdiri yang betul

Cara berdiri yang salah

18

Di dalam jurnal yang bertajuk Music Educators Journa, Janice Smith

( 2006 ),

menyatakan bahawa postur duduk pada kebiasaannya dinyanyikan secara perseorangan ataupun di dalam kumpulan yang kecil. Jika seseorang pelajar itu ingin menyanyi di dalam keadaan duduk, maka perkara-perkara ini perlu dititikberatkan olehnya. Duduk di dalam keadaan tegak, kaki direnggangkan sedikit. Pastikan kedua-dua tapak kaki menyentuh lantai dengan satu belah kaki ke hadapan sedikit. Duduk dalam keadaan selesa.

Ini mempunyai persamaan dengan kaedah Alexander yang mana pelajar hendaklah mengelakkan daripada bersandar sewaktu menyanyi, duduk di separuh bahagian kerusi. Semasa duduk, pinggul hendaklah ke belakang kerusi dengan berat badan ke hadapan tetapi di dalam keadaan yang stabil. Dada pula ke hadapan dengan bahu ke belakang dan elakkan daripada mengangkat bahu. Tangan pula berada di atas paha atau di mana-mana yang selesa.

Gambar berikut dipetik dari The F.M. Alexander Technique oleh Marian Goldberg

19

2.7

Teknik pernafasan

Menurut Don L. Collins (1993), teknik pernafasan adalah salah satu lagi cara bagi membantu para pelajar menyanyikan lagu pada ton yang tepat. Selain daripada Collins, Frederick Matthias Alexander juga telah memperkenalkan kaedah yang sama melalui Kaedah Alexander. Kaedah Alexander ini telah digunakan di kebanyakan kelas vokal. Empat fasa di dalam pengawalan pernafasan adalah seperti berikut :

2.7.1

Inhalation Inhalation ini adalah dengan cara menarik nafas melalui hidung dan sedikit melalui mulut. Menarik nafas dalam keadaan yang rehat dan dalam keadaan yang lapang fikiran.

2.7.2

Suspension Suspension ini adalah fasa kedua di dalam pengawalan nafas. Menahan nafas ini adalah dalam jangka masa yang singkat. Nafas yang telah ditahan ini disimpan dalam diafragm. Ketika seseorang pelajar itu dapat menahan nafas dengan lebih lama maka ia dapat menyanyikan lagu pada not yang tinggi. Keadaan ini berlaku di mana aliran udara diberhentikan buat seketika tetapi kord-kord vokal masih terbuka.

20

2.7.3

Exhalation Exhalation ini ialah di mana nafas yang berada di dalam diaphragm tadi dikeluarkan. Pengeluaran nafas ini dilakukan secara sedikit demi sedikit, Perlu diingatkan, jangan membenarkan terlalu banyak udara yang dilepaskan.

2.7.4

Recovery Recovery ini ialah di mana otot rehatkan selepas menyanyi sesuatu frasa lagu. Ini dilakukan serentak dengan menarik nafas.

Gambar dipetik daripada buku Don L. Collions

2.8

Sebutan Vokal

Menurut Don L. Collins (1993), sebutan dalah penting di dalam nyanyian. Organorgan yang terlibat dalam menghasilkan sebutan ialah mulut, bibir, lidah dan rahang. Kejelasan sesuatu sebutan itu bergantung kepada koordinasi di antara organ-organ 21

tersebut. Dalam nyanyian, pernafasan dan bentuk mulut yang betul akan menghasilkan bunyi vokal, kualiti ton dan intonasi yang baik.

Bunyi konsonan pada permulaan dan akhir sesuatu perkataan yang jelas. Mulut dan kerongkong perlu dibuka luas semasa menyanyi supaya memberi laluan udara yang banyak dan mewujudkan ruang yang cukup luas untuk menghasilkan ton yang lebih resonan. Sebutan yang baik dapat dihasilkan melalui latihan yang konsisten dan berterusan.

Kesemua yang diterangkan di atas adalah mempunyai persamaan dengan kaedah Alexander yang telah diperkenalkan oleh Frederick Matthias Alexander ini. Selain daripada itu, Alexander juga menekan tentang pembukaan mulut yang betul agar sebutan yang dikeluarkan adalah jelas dan tepat.

Gambar dipetik daripada Buku Sumber Guru Pendidikan Muzik.

22

2.9

Kesimpulan

Akhir sekali hasil daripada kajian yang lepas dan pengalaman daripada guru-guru kelas vokal sama ada di dalam atau di luar negeri mengamalkan kaedah Alexander ini bagi menepati ketiga-tiga perkara yang berkaitan dengan perkara yang dilakukan sebelum memulakan kelas nyanyian. Ini adalah satu cara yang terbaik agar murid-murid tidak berasa takut untuk menyanyikan lagu pada pic yang tinggi misalnya.

23

BAB 3

METODOLOGI KAJIAN

3.1

Pengenalan

Kajian ini merupakan satu kajian untuk meningkatkan mutu nyanyian dengan menggunakan postur, teknik pernafasan dan sebutan vokal yang betul dalam kalangan lapan orang murid di tahun 4 AB di Sekolah Kebangsaan Wan Abdul Samad. Bab ini akan membincangkan mengenai reka bentuk kajian, responden kajian, alat kajian, tatacara pengumpulan data dan penganalisaan data.

3.2

Reka bentuk kajian.

Reka bentuk kajian ini adalah berbentuk kajian tindakan. Ianya bertujuan untuk meningkatkan mutu nyanyian dalam kalangan murid-murid Tahun 4 AB di Sekolah Kebangsaan Wan Abdul Samad menerusi kaedah Alexander.

Kajian ini akan mengikut kitaran Model Penyelidikan Tindakan McKernan (1988), Kitaran tersebut adalah :1. Kenal pasti masalah 2. Mentafsir keperluan 24

3. Membentuk pelan tindakan 4. Melaksanakan pelan tindakan 5. Menilai pelan tindakan 6. Membuat keputusan

3.3

Sampel Kajian

Sampel kajian adalah merupakan pelajar dalam Tahun 4 AB di Sekolah Kebangsaan Wan Abdul Samad. Kelas ini terdiri daripada 30 orang pelajar. Hanya 8 orang sahaja yang akan menjadi sampel kajian. Terdapat seramai 3 orang pelajar lelaki dan 5 orang pelajar perempuan yang berumur dalam lingkungan 10 tahun. Murid-murid dalam kelas tahun 4 AB adalah terdiri daripada kelas yang pertama dalam aliran tahun empat. Oleh itu, murid-murid tahun 4 AB ini mempunyai kebolehan dan pengetahuan yang lebih kurang sama.

3.4

Instrumen kajian

Dalam kajian ini pengkaji menggunakan tiga jenis instrumen kajian iaitu pemerhatian dan soal selidik.

3.4.1

Pemerhatian akan dilakukan sepanjang kajian dijalankan. Permerhatian yang pertama adalah untuk mengenalpasti masalah yang dihadapi oleh murid-murid Tahun 4 AB. Pada akhir pemerhatian sesi pertama di dapati 25

seramai lapan orang murid yang tidak dapat menyanyikan lagu dengan pic yang tepat dan sebutan senikata lagu yang tidak betul. ( Rujuk Lampiran A (i) )

3.4.2

Borang soal selidik yang dibina oleh pengkaji akan dapat mengenal pasti latar belakang murid-murid, tahap pencapaian nyanyian mereka yang lepas dan minat mereka terhadap bidang muzik ini samada di sekolah atau pun di rumah. Daripada borang soal selidik ini pengkaji akan dapat mengetahui punca masalah yang dihadapi oleh lapan orang murid-murid tadi. Seterusnya pengkaji akan dapat memperkenalkan kaedah Alexander kepada semua murid tahun 4AB. ( Rujuk Lampiran B )

3.4.3

Pemerhatian pada sesi kedua pula ialah merangkumi penggunaan kaedah Alexander yang akan diperkenalkan oleh pengkaji kepada murid-murid di tahun 4 AB terutama kepada lapan orang yang bermasalah tadi. ( Rujuk Lampiran A (ii) )

3.4.4

Ujian bertulis akan diberikan kepada murid-murid tahun 4 AB pada setelah pengajaran menggunakan kaedah Alexander. Soalan-soalan dalam ujian ini merangkumi tiga bahagian iaitu soalan yang berkaitan tentang postur, teknik pernafasan dan sebutan vokal. Melalui ujian ini, 26

pengkaji akan dapat mengetahui pengetahuan murid-murid 4 AB sepanjang kajian ini dijalankan. ( Rujuk Lampiran C )

3.4.5

Pemerhatian sesi ketiga pula ialah, pengkaji ingin membuat pemerhatian dari segi mutu nyanyian murid-murid di tahun 4 AB terutama kepada lapan orang yang bermasalah tadi. ( Rujuk Lampiran A (iii) )

27

3.5

Jadual Kerja Kajian Aktiviti Jun 07 x Julai 07 Ogos 07 Sept 08 Okt 08 Nov 08

Mendapat garis panduan dalam melaksanakan kajian Menulis cadangan kajian Berjumpa pensyarah pembimbing kali 1 Berjumpa pensyarah pembimbing kali ke 2 Berjumpa pensyarah pembimbing kali ke 3 Berjumpa pensyarah pembimbing kali ke 4 Berjumpa pensyarah pembimbing kali ke 5 Berjumpa pensyarah pembimbing kali ke 6 Menghantar cadangan kajian kepada pensyarah Mendapat kebenaran menjalankan kajian di sekolah. Menjalankan sesi kajian Mengutip data Menganalisis data Menulis laporan

x x x x x x x x x

x x x x

3.6

Prosedur Kajian

28

Pengkaji akan membuat pemerhatian terhadap seluruh kelas tahun 4 AB untuk mengenalpasti masalah yang dihadapi oleh mereka. Pengkaji telah pun mengenal pasti masalah nyanyian yang dihadapi oleh lapan orang murid tahun 4 AB. Setelah itu pengkaji akan mengedarkan satu borang soal selidik yang akan dilengkapkan oleh responden. Tujuan borang soal selidik ini adalah untuk mengetahui latar belakang pelajar, minat pelajar terhadap muzik dan pencapaian Pendidikan Muzik mereka. Pelajar-pelajar ini akan diberikan taklimat bagaimana mengisi borang soal selidik ini. Pelajar diingatkan supaya bersikap jujur ketika menjawab borang soal selidik ini. Selain daripada itu pelajar diingatkan supaya tidak meniru rakan yang lain.

Pada slot yang pertama sesi pengajaran, pengkaji akan mengajar tentang postur duduk dan berdiri yang betul ketika menyanyikan lagu. Pada slot yang kedua pula, pengkaji akan mengajar tentang teknik pernafasan yang betul ketika menyanyikan lagu. Pada slot yang ketiga pula, pengkaji akan mengajar tentang sebutan vokal yang betul agar murid-murid tahun 4 AB akan dapat menyanyikan lagu dengan sebutan yang jelas. Pada slot yang keempat, pengkaji akan menggabungkan kesemua pengajaran dari slot satu hinggalah slot yang ketiga. Di sini pengkaji akan dapat melihat peningkatan mutu nyanyian lapan orang murid tahun 4 AB. Sesi pengajaran ini akan mengambil masa 5 hingga 6 minggu.

Sesi pemerhatian akan dilakukan sepanjang perjalanan kajian ini dijalankan. Pemerhatian kali kedua ini adalah untuk mengenalpasti sejauh mana mereka memahami pelajaran yang dipelajari. Setelah murid-murid tahun 4 AB mempelajari kaedah 29

Alexander melalui beberapa slot pengajaran, mereka sekali akan diberikan ujian. Ujian ini bertujuan untuk mengenalpasti kemajuan mereka dari segi pengetahuan tentang postur nyanyian, teknik pernafasan dan sebutan vokal yang betul secara teori.

Pada akhir sekali satu lagi sesi pemerhatian akan dijalankan oleh ketua panitia muzik. Ini adalah bertujuan untuk memastikan semua murid-murid terutama lapan orang responden ini dapat menyanyikan lagu dengan ton dan pic yang tepat.

3.7

Prosedur pengumpulan data

Pengumpulan data akan dijalankan oleh pengkaji dalam kelas tahun 4 AB pada sepanjang kajian. Borang pemerhatian akan diisi oleh pengkaji mengikut tarikh yang akan ditetapkan oleh pengkaji. Pada akhir sesi kajian pengkaji akan dapat melihat perkembangan lapan orang murid di tahun 4 AB berdasarkan pada tarikh-tarikh yang terdapat pada borang pemerhatian.

Semua murid-murid tahun 4 AB

akan mengambil ujian soal selidik bagi

mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh mereka ketika menyanyikan sesebuah lagu. Tetapi pengkaji akan mengambil kira kepada lapan orang pelajar yang terlibat sahaja. Ujian ini bertujuan untuk menguji pengetahuan murid-murid tahun 4 AB terutama kepada . Ujian ini akan dapat mengetahui sejauhmana pemahaman murid-murid tentang kaedah Alexander yang telah mereka pelajari.

30

3.8

Prosedur Analisis Data

Melalui pemerhatian, soal selidik dan ujian adalah mencukupi untuk menghimpun data untuk menulis laporan akhir tesis ini. - Permerhatian bagi mengenalpasti pelajar yang bermasalah - Soal selidik bagi mengetahui latar belakang, sosio ekonomi, prestasi muzik yang lepas, minat pelajar terhadap pendidikan muzik dan faktor kepada permasalahan pelajar. - Ujian berkaitan kaedah Alexander bagi menguji kefahaman secara teori terhadap kaedah Alexander ini. Hanya menjawab YA atau TIDAK untuk empat item yang terdiri daripada postur, teknik pernafasan, sebutan vokal dan keyakinan diri pelajar untuk menyanyi. Lebih ramai pelajar menjawab YA semakin berkesanlah kaedah ini kepada para pelajar. - Pemerhatian kali terakhir untuk membantu pengkaji melihat peningkatan prestasi pelajar dari segi nyanyian dan seterusnya mengutip data untuk di analisa.

3.9

Kesimpulan

31

Kajian ini mengandungi semua item-item yang diperlukan dalam penyediaan yang disyorkan dalam kertas cadangan kajian. Antaranya ialah, latar belakang kajian, batasan kajian, tinjauan literature dan metadologi kajian. Berdasarkan kepada objektif yang telah diterangkan dalam kertas cadangan yang mana bagi mengenal pasti masalah nyanyian yang dihadapi oleh murid-murid tahun 4 AB dan meningkatkan mutu nyanyian melalui pengajaran kaedah Alexander. Semoga cadangan kajian ini akan dapat dijalankan tanpa apa-apa masalah.

BAB 4

32

KEPUTUSAN KAJIAN

4.1

Pengenalan

Bab ini akan menghuraikan dapatan kajian mengikut tujuan dan persoalan kajian. Kajian ini bertujuan untuk mengetahui sejauh mana keberkesanan kaedah Alexander terhadap pelajar-pelajar tahun 4AB yang terdiri daripada 30 orang pelajar tetapi responden hanya terdiri daripada lapan orang sahaja. Huraian ini merangkumi :

i) Permerhatian untuk mengenalpasti pelajar yang bermasalah. ii) Latar belakang responden iii) Permerhatian oleh guru tentang peningkatan prestasi murid iv) Menguji pengetahuan pelajar secara bertulis tentang postur, teknik pernafasan, sebutan vokal dan keyakinan diri. v) Pencapaian pelajar pada akhir pengajaran teknik Alexander.

Kajian ini dijalankan secara pemerhatian bagi mengenalpasti masalah yang dihadapi oleh pelajar-pelajar dalam kalangan pelajar Tahun 4 AB.

33

PENGUASAAN DALAM BIDANG NYANYIAN

8

Menguasai nyanyian 22 Tidak menguasai nyanyian

CARTA 1 Kaedah pemerhatian ini dijalankan beberapa kali dari segi nyanyian lagu sehinggalah kepada nyanyian skel dan jeda. Setelah melalui beberapa pemerhatian ini maka hanya lapan orang sahaja pelajar yang tidak menguasai kemahiran nyanyian ini. Ini boleh dilihat daripada carta pie yang terdapat di atas. Daripada tiga puluh orang pelajar dalam kalangan tahun 4 AB hanya lapan orang sahaja yang tidak dapat menyanyikan lagu pada pic yang tinggi dengan tepat dan juga sebutan vokal juga tidak jelas. Berdasarkan pemerhatian yang dibuat di dapati pelajar lelaki yang tidak menguasai kemahiran nyanyian ini terdiri daripada tiga orang manakala perempuan pula seramai lima orang. Jumlah pelajar yang tidak menguasai kemahiran nyanyian ini seramai lapan orang.

34

4.2

Latar belakang responden.

Nama Zulfadly bin Saad Muhd Firdaus Romli Murugan a/l Mutusamy Maisarah Nordin Tan Ah Meng Shamillia Shahadan Suganti a/p Kupusamy Fatin Fatimah Fadzlan

Jantina L L L P P P P P

Ras Melayu Melayu India Melayu Cina Melayu India Melayu

Pencapaian Muzik D C D C D C C C

Pekerjaan Bapa Pegawai Bank Penoreh Buruh Penoreh Peniaga Sayur Tukang Rumah Tukang Sapu Pesawah

Tempat tinggal Taman Kampung Estet Kampung Taman Kampung Taman Kampung

JADUAL 1

Jadual di atas di dapati daripada hasil kumpulan data yang menggunakan lampiran 2. Daripada jadual di atas, pelajar Melayu terdiri daripada lima orang, selebihnya terdiri daripada dua orang berbangsa India dan seorang berbangsa Cina. Berdasarkan laporan akademik yang diperolehi daripada data peperiksaan akhir tahun lepas di dapati pelajar-pelajar ini mendapat keputusan C dan D untuk matapelajaran Pendidikan Muzik. Jika dilihat daripada latar belakang pekerjaan bapa mereka, kebanyakkan daripada mereka adalah bekerja sendiri manakala ibu mereka pula kebanyakkannya adalah surirumah. Hanya Maisarah Nordin, Fatin Fatimah Fadzlan dan Zulfadly sahaja yang ibu mereka bekerja sebagai penoreh getah, pesawah dan pegawai bank. Mereka tidak mempunyai kemudahan yang mencukupi di rumah. Ada juga di rumah tidak mempunyai kemudahan televisyen mahupun radio. Selain

35

P E N C AP AIAN MU ZIK B E R D AS AR K AN P E P E R IK S AAN T AH U N 2008

80% 60% 40% 20% 0% C 62% 38%

D

daripada itu segelintir daripada mereka ini tinggal di kawasan kampung yang terletak di pinggir bandar.

4.3 Pencapaian dalam muzik

36

CARTA 2 Berdasarkan laporan akademik yang diperolehi daripada data peperiksaan akhir tahun lepas iaitu pada tahun 2008 di dapati pelajar-pelajar ini mendapat keputusan C dan D untuk matapelajaran muzik. Pelajar yang mencatat C dalam peperiksaan akhir tahun 2008 adalah Muhd Firdaus bin Romli, Shamillia Shahadan, Maisarah Nordin, Fatin Fatimah Fadzlan dan Suganti a/p Kupusamy. Bagi pelajar yang mendapat D pula terdiri daripada tiga orang di antara mereka ialah Zulfadly bin Saad, Murugan a/l Mutusamy dan Tan Ah Meng. Pelajar-pelajar ini mempunyai sikap malu dan rendah diri yang keterlaluan menyebabkan mereka tidak mahu menyanyi. Perasaan rendah diri ini memang menebal dalam diri mereka. Jika dilihat kepada pelajar-pelajar yang bukan Melayu, mereka lebih bermasalah dalam sebutan vokal daripada pic. Ini adalah kerana mereka ini pelat ( tidak dapat berbahasa Melayu dan Inggeris dengan fasih ). Tetapi ini berlainan pula dengan Suganti a/p Kupusamy, dia mendapat markah C. Berkemungkinan faktor persekitaran menyebabkan dia tidak menghadapi masalah dalam pertuturan. Suganti tinggal di kawasan taman yang dikelilingi oleh keluarga Melayu. Oleh itu semua ahli keluarganya fasih berbahasa Melayu.

4.4 Persepsi Pelajar

Persepsi pelajar ini diukur berdasarkan kepada borang soal selidik 1 pada bahagian B. Pelajar dikehendaki menyatakan samada Ya ataupun Tidak pada persoalan yang dikemukakan. 37

Adakah anda berminat dalam nyanyian?

25%

75%

Minat

Tidak berminat

CARTA 3 Daripada carta di atas menunjukkan 25% sahaja pelajar yang berminat menyanyi manakala 75% tidak bermnat untuk menyanyi. 25% ini mewakili dua orang pelajar.

38

Walaupun mereka ini berminat untuk menyanyi tetapi pencapaian muzik mereka adalah D. Jika dilihat daripada latar belakang mereka, ibubapa mereka adalah daripada golongan miskin. Mereka tidak mempunyai radio atau televisyen di rumah. 75% pula mewakili enam orang pelajar yang dilaporkan tidak berminat mempelajari bidang nyanyian ini. Di antara faktor-faktor yang menghalang mereka daripada meminati bidang nyanyian ini adalah dari sebutan vokal mereka. Jika dilihat pelajar yang berbangsa India dan Cina tidak berminat dalam mempelajari bidang nyanyian ini adalah kerana mereka tidak dapat menyebut sebutan vokal dengan baik. Walau bagaimana pun jika dilihat pada jadual di dapati seorang murid perempuan India amat fasih berbahasa Melayu. Selain daripada itu masalah yang dihadapi oleh pelajar-pelajar lain pula adalah rakan-rakan sering mengejek dan memarahi mereka jika mereka menyanyi sumbang. Rakan-rakan tidak memberikan sokongan dan bantuan kepada pelajarpelajar ini. Pelajar-pelajar yang bermasalah ini rata-rata tidak mempunyai kemudahan televisyen di rumah, manakala yang mempunyai kemudahan ini tidak mendapat kebenaran daripada ibubapa mereka untuk menonton rancangan-rancangan yang bercorak muzikal atau pun realiti TV yang berbentuk muzikal. Ada juga sesetengah ibubapa yang mengatakan muzik ini adalah sesuatu yang melalaikan. Oleh itu mereka menghalang anak-anak mereka menonton rancangan-rancangan yang bercorak muzikal ini. Oleh itu dapat disimpulkan di sini bahawa faktor persekitaran juga sedikit sebanyak menyumbang kepada kekurangan minat dalam kalangan mereka.

39

4.5 Pemahaman Pelajar melalui kaedah Alexander

Semua pelajar tahun 4 AB akan mempelajari keaedah Alexander ini. Kaedah ini meliputi postur ketika menyanyi, teknik pernafasan dan sebutan vokal yang betul. Walaupun semua pelajar tahun 4 AB mempelajari kaedah ini namun pengkaji hanya memberikan perhatian kepada lapan orang responden itu sahaja. Beberapa sesi pengajaran dan latihan yang meliputi postur berdiri dan duduk ketika menyanyi, teknik pernafasan yang betul serta dapat menyebut huruf vokal dengan sebutan yang tepat telah dijalankan mengikut seperti yang dirancang. Setelah itu pelajar-pelajar ini akan diberi latihan bertulis untuk memastikan mereka memahami secara teori terhadap kaedah yang telah mereka pelajari. Soalan ini terdiri daripada tiga item yang meliputi kaedah Alexander yang telah mereka pelajari secara amali. Pelajar dikehendaki menyatakan samada Ya ataupun Tidak pada persoalan yang dikemukakan.

PENCAPAIAN SOALAN UJIAN120% 100% 80% 60% 40% 20% 0% Item 1 Item 2 Item 3 Item 4 YA TIDAK

40

CARTA 4 Daripada soalan ujian yang telah diberikan kepada pelajar-pelajar ini di dapati ke lapan-lapan orang mereka dapat menjawab dengan betul pada item pertama, item kedua dan item ketiga iaitu 100%. Soalan item pertama terdiri daripada soalan yang berkaitan dengan postur yang betul ketika menyanyi. Soalan item kedua pula adalah soalan yang berkaitan dengan teknik pernafasan yang betul sebelum menyanyi dan ketika menyanyi. Soalan item ketiga pula terdiri daripada soalan yang berkaitan dengan teknik sebutan vokal dan bukaan mulut yang betul. Bagi soalan pada item ke empat pula terdiri daripada soalan yang menguji keyakinan mereka untuk menyanyi pada lagu-lagu yang berpic tinggi. Hanya 75% yang mewakili enam orang yang mempunyai keyakinan dan keupayaan untuk cuba menyanyi pada pic yang lebih tinggi daripada kebiasaannya. 25% iaitu mewakili dua orang masih berada di tahap keyakinan dan keupayaan yang rendah. Daripada hasil jawapan mereka di dapati mereka masih menjawab TIDAK pada soalan Adakah anda berasa yakin menyanyikan lagu pada pic yang tinggi ketika ini? dan menjawab YA pada soalan Adakah anda masih berasa ragu-ragu untuk menyanyi bersama rakan-rakan yang mempunyai tahap nyanyian yang baik? Oleh itu dapat kita dapat membuat kesimpulan bahawa kedua-dua pelajar yang masih belum mempunyai keyakinan untuk menyanyi. Masalah yang masih menebal di kalangan mereka berdua ialah Zulfadly mempunyai suara yang serak atau suara akil baligh. Seorang pelajar lagi ialah Tan Ah Meng, dia hanya tidak

41

berkeyakinan menyebut lirik lagu dengan sebutan yang betul. Mereka hanya perlu diberikan sedikit motivasi untuk meningkatkan keyakinan diri.

4.5 Penilaian kaedah Alexander secara amali ( melalui pemerhatian )

Penilaian ini dibuat adalah untuk melihat keberkesanan kaedah Alexander ini dalam meningkatkan mutu nyanyian dalam kalangan pelajar tahun 4 AB terutama kepada lapan orang responden. Sebelum memulakan sesi latihan ini guru akan membuat latihan pernafasan ( warm up suara ). Guru akan memberikan beberapa skel dalam nada major dan meminta murid menyebut la pada setiap not yang dimainkan oleh guru. Selain daripada itu, guru juga akan mengadakan beberapa sesi latihan yang tergolong dalam aktiviti pemanasan suara ini. Akhir sekali guru akan membuat permerhatian tentang beberapa perkara iaitu keadaan postur ( berdiri ) responden,

keadaan responden ketika menyanyikan lagu pada not yang tinggi serta sebutan lirik lagu selari dengan pembukaan mulut yang betul.

42

4.6 Hasil daripada pemerhatian daripada peringkat awal ( masalah ) sehinggalah peringkat pengajaran kaedah Alexander serta kepada peringkat penilaian prestasi responden.P R A D G NM S L HR S O D N E B N IN A A A A E P N E10 2% 10 0% 8% 0 6% 0 4% 0 2% 0 0 % P rin k t a a e ga wl S le a e ps p n a ra e g ja n kea adh 'A x n e le a d r' 2% 0 0 % P n ia k p d e ila n e a a kea adh 'A x n e le a d r' 10 0%

CARTA 5

Hasil dapatan daripada sesi pemerhatian ini, di dapati pada peringkat awal ke semua lapan orang responden mempunyai masalah mereka masing-masing. Setelah pengkaji memperkenalkan pengajaran melalui kaedah Alexander ini di dapati permasalah yang dihadapi oleh responden semakin berkurang iaitu menurun sebanyak 20%. Mereka terdiri daripada dua orang pelajar yang mempunyai masalah keyakinan kepercayaan kepada diri sendiri. Manakala pada akhir permasalahan iaitu pada sesi penilaian akhir, di dapati masalah yang dihadapi oleh responden ini tiada lagi. Mereka telah diberi motivasi dan bimbingan yang sewajarnya untuk meningkatkan keyakinan dan keberanian menepuh cabaran.

4.7

Kesimpulan Beberapa kaedah seperti kaedah pemerhatian, soal selidik dan ujian

kefahaman dijalankan terhadap responden didapati kaedah Alexander ini amat sesuai 43

untuk dipraktikkan untuk kelas nyanyian. Hasil daripada kajian ini menunjukkan pada responden dapat menyesuaikan diri dan menyanyi bersama pelajar-pelajar yang lain dengan pic yang tepat serta sebutan vokal yang betul.

BAB 5

RUMUSAN DAN PERBINCANGAN

5.1

Pengenalan

Bab ini membincangkan dapatan-dapatan kajian berdasarkan keputusan yang didapati dan yang telah dianalisis. Penumpuan perbincangan adalah berdasarkan kepada masalah-masalah yang dihadapi dan cadangan yang dikemukakan untuk meningkatkan mutu nyanyian dalam Pendidikan Muzik. Pemilihan kaedah Alexander ini adalah bersesuaian kepada pelajar yang mempunyai masalah tidak dapat dapat menyanyi pada pic yang tinggi. Selain daripada itu ia juga dapat meningkatkan keyakinan di dalam diri pelajar-pelajar ini. 44

Dapatan kajian menunjukkan pemilihan kaedah Alexander ini amat sesuai untuk menangani masalah pitching ini. Keputusan kajian menunjukkan wujudnya peningkatan prestasi pelajar daripada segi nyanyian melalui kaedah Alexander ini.

5.2

Perbincangan keputusan 5.2.1 Soalan kajian. 1.1 Apakah masalah nyanyian yang dihadapi dalam kalangan lapan orang murid di Tahun 4 AB di Sekolah Kebangsaan Wan Abdul Samad?

Daripada kajian yang dijalankan di dapati masalah nyanyian yang dihadapi oleh lapan orang pelajar ini adalah tidak dapat menyanyi dan tidak mahu menyanyi pada not yang tinggi dengan pic yang tepat. Masalah mereka ini boleh didengar dengan jelas apabila mereka menyebut la pada latihan skel dalam nada major menaik dan menurun mengikut bunyi piano yang dimainkan oleh guru. Di antara faktor penyebab pelajarpelajar ini tidak mahu menyanyi adalah mereka berasa malu kerana sering dimarahi dan disindir oleh rakan-rakan lain jika mereka menyanyi tidak mencapai pic yang ditetapkan.

5.2.2 Soalan kajian. 1.2. Adakah kaedah Alexander dapat meningkatkan mutu nyanyian dalam kalangan lapan orang murid di Tahun 4 AB di Sekolah Kebangsaan Wan Abdul Samad?

Kajian menunjukkan kaedah Alexander ini adalah satu cara lain untuk meningkatkan mutu nyanyian dalam kalangan pelajar-pelajar tetapi ia mestilah 45

dipraktikkan dari masa ke semasa. Pelajar menunjukkan peningkatan dari segi nyanyian terutama dari segi pitching dan sebutan vokal. Kaedah Alexander ini pengajaran yang terbaik kepada pelajar yang bermasalah tetapi menjadi BONUS kepada pelajar-pelajar yang boleh menyanyi dengan baik. Justeru itu kaedah Alexander ini telah membantu pelajar yang bermasalah bagi mengatasi masalah mereka dari segi nyanyian dan meningkatkan prestasi nyanyian kepada pelajar yang telah mengusai bidang nyanyian ini.

5.2.3 Soalan kajian. 1.2.1 Adakah penggunaan postur dalam kaedah Alexander dapat meningkatkan mutu nyanyian dalam kalangan lapan orang murid di Tahun 4 AB di Sekolah Kebangsaan Wan Abdul Samad?

Hasil daripada kajian ini boleh dilihat pada carta 3 di mana penggunaan postur dalam kaedah Alexander ini dapat dikuasai oleh lapan orang pelajar bermasalah ini. Postur berdiri yang betul dapat membantu pelajar-pelajar ini mengimbangkan diri mereka dengan baik dan selesa. Selain daripada itu pengaliran udara juga dapat menjalan dan berfungsi dengan baik. Apabila mereka dapat berdiri dalam keadaan postur yang stabil rasa ketakutan dan gemuruh akan hilang dengan sendirinya.

46

5.2.4 Soalan kajian. 1.2.2 Adakah penggunaan teknik pernafasan dalam kaedah Alexander dapat meningkatkan mutu nyanyian dalam kalangan lapan orang murid di Tahun 4 AB di Sekolah Kebangsaan Wan Abdul Samad?

Carta 3 menunjukkan dengan jelas di mana pelajar pelajar ini telah menguasai teknik pernafasan secara teori dan juga amali. Pelajar-pelajar ini juga belajar bagaimana menyedut udara, menyimpan di dalam diafram dan mengeluarkannya semula secara perlahan-lahan. Kaedah Alexander dalam teknik pernafasan ini membantu pelajar menyanyikan lagu pada pic yang tinggi. Ini adalah kerana udara yang disimpan itu dikeluarkan secara sedikit demi sedikit. Selain daripada itu teknik pernafasan yang betul ini mengelakkan pelajar-pelajar ini mengalami masalah sesak nafas atau penat selepas menyanyikan sesuatu lagu.

5.2.5 Soalan kajian. 1.2.3 Adakah penggunaan sebutan vokal dalam kaedah Alexander dapat meningkatkan mutu nyanyian dalam kalangan lapan orang murid di Tahun 4 AB di Sekolah Kebangsaan Wan Abdul Samad?

Tidak dapat dinafikan lagi jika dilihat pada carta 3, ia menunjukkan sebutan vokal dan bukaan mulut yang betul akan memberikan keyakinan yang tinggi kepada pelajar untuk menyanyikan sesebuah lagu dan seterusnya ia dapat meningkatkan mutu nyanyian mereka. Melalui kaedah Alexander ini sebutan 47

vokal yang betul adalah berkait rapat dengan bukaan mulut seseorang pelajar itu. Pelajar-pelajar bukan Melayu juga dapat menyanyikan lagu dengan sebutan lirik yang baik selepas mereka menjalani beberapa sesi latihan dan pengajaran melalui kaedah sebutan vokal Alexander ini.

5.3 Cadangan

Kejayaan kajian ini menunjukkan bahawa proses pembelajaran pelajar menjadi lebih bermakna dan berkesan jika pelajar itu sendiri terlibat secara aktif dalam menjalankan aktiviti yang dirancangkan oleh guru. Oleh itu, dicadangkan agar guru matapelajaran Pendidikan Muzik merancangkan aktiviti yang bersesuaian dengan masalah yang dihadapi oleh pelajar. Ini adalah kerana supaya pelajar-pelajar ini tidak berasa terpinggir dari rakan-rakan yang lain dan juga tenggelam dengan masalah nyanyian yang mereka hadapi.

Dapatan daripada kajian ini juga dapat memberikan contoh kepada guru-guru lain bahawa memilih penggunaan kaedah Alexander dalam kelas nyanyian akan dapat meningkatkan mutu nyanyian dalam kalangan pelajar mereka. Kaedah Alexander ini juga digunakan di kebanyakkan kelas vokal yang terdapat di dalam dan di luar negara. Dengan menjalankan sedikit penyelidikan, guru-guru boleh menilai semula sejauh mana bekerkesanan menggunakan kaedah Alexander ini dalam proses pengajaran mereka. Mereka juga berpeluang mengatur strategi dan bersama-sama pelajar untuk

48

meningkatkan mutu nyanyian agar mencapai objektif yang diharapkan oleh semua guru Pendidikan Muzik. Saya juga mencadangkan agar semua guru Pendidikan Muzik sama ada di sekolah rendah ataupun sekolah menengah mencuba kaedah Alexander ini di dalam langkah pengajaran mereka sebelum memulakan sesi nyanyian.

5.4 Kesimpulan Penyelesaian masalah merupakan kemampuan yang harus ditingkatkan dalam matapelajaran Pandidikan Muzik. Penyelesaian masalah nyanyian ini dapat diatasi dengan menggunakan kaedah Alexander yang meliputi postur, teknik pernafasan dan sebutan vokal yang betul dapat meningkatkan mutu nyanyian. Proses pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Muzik terutama dari segi nyanyian adalah sesuatu yang menyeronokkan. Tetapi tidak semua pelajar berasa seronok dan tidak semua pelajar berminat mempelajari Pendidikan Muzik ini. Oleh itu sebagai seorang guru mestilah mempunyai pelbagai teknik dan kaedah yang dapat menarik para pelajar mempelajari matapelajaran ini. Selain daripada itu guru juga perlu mencari satu kaedah yang sesuai bagi membantu pelajar-pelajarnya yang bermasalah di dalam kemahiran nyanyian misalnya. Guru Pendidikan Muzik juga mestilah berusaha meningkatkan mutu nyanyian dalam kalangan pelajarnya agar mereka dapat menyanyi dengan pic yang tepat tidak seperti sesetengah peserta yang hadir untuk ujibakat dalam rancangan realiti televisyen yang bercorak muzikal seperti OIM, Gangstarz dan lain-lain lagi.

49

RUJUKAN Abdul Rahim Mohd Saad (1966). Merekabentuk Teks Pengajaran Secara Efisien dan Efektif, Shah Alam: Fajar Bakti. Clark, Mark Ross (2002). Singing, Acting and Movement in Opera : A Guide to Singer, Bloomington,IN,USA: Indiana University Press. ( Dalam OUM Digital Collection ). Collin Don L. (1993). Teaching Choral Music, New Jersey: Prentice Hall. Ee Ah Meng (1989). Pedagogi Satu Pengenalan, Kuala Lumpur: Fajar Bakti. Ee Ah Meng (1993). Pedagogi Satu Pendekatan Bersepadu, Kuala Lumpur: Fajar Bakti.

50

Ee Ah Meng (1996). Murid dan Proses Pembelajaran Asas Pendidikan 2. Kuala Lumpur: Fajar Bakti Glover Joanna (1999). Primary Music : Later Years, London,GBR: Falmer Press. (Dalam OUM Digital Collection). Hoffer, Charles R. (1985). The Understanding Of Music, Wodsworth Publishing: California. (Dalam OUM Digital Collection). Johami Abdullah (1993). Pendidikan Muzik Semasa, Selangor: Dewan Bahasa dan Pustaka. Pusat Perkembangan Kurikulum (1995), Sukatan Pelajaran Sekolah Rendah Pendidikan Muzik, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Schneck (2005). Music Physiology and Clinical Applications, Jessica Kingsley Publisher: London. (Dalam OUM Digital Collection). Stevens, Christopher (1995). The Alexander Studio. [ cited 28 August 2007 ]. Available: http://www.alexander-technique-london.co.uk.html Dewey, John (1997). Learning the Alexander Technique. [ cited 27 August 2007 ]. Available: http://www.alexandercenter.com/jd/learningalexander.html

51

LAMPIRAN Lampiran A ( i ) Nama Pemerhati : ___________________________ Tempat Pemerhati : ____________________________ Masa/Jangka Waktu Pemerhatian : _________________________ Item Masalah Pelajar Perhatikan masalah yang dihadapi oleh murid ketika pengajaran dan pembelajaran nyanyian. Perhatikan cara murid-murid menyanyikan lagu. Perhatikan cara murid-murid mencuri nafas ketika menyanyikan lagu pada frasa Tarikh Tarikh Tarikh Tarikh Catatan Responden : _____________

52

yang panjang. Perhatikan kedudukan murid-murid ketika mereka menyanyi. Perhatikan sebutan dan bukaan mulut ketika murid-murid menyanyi. Perhatikan keadaan murid-murid selepas menyanyikan lagu.

Lampiran A ( ii ) Nama Pemerhati : ___________________________ Tempat Pemerhati : ____________________________ Masa/Jangka Waktu Pemerhatian : _________________________ Item Selepas Pengajaran Kaedah Alexander Perhatikan keadaan murid berdiri, adakah mereka dapat berdiri dengan betul ketika menyanyi. Perhatikan adakah murid mencuri nafas ketika menyanyi dengan cara yang salah. Perhatikan teknik menahan nafas, adakah ia membantu murid ketika menyanyi. Perhatikan sebutan lirik lagu dengan sebutan yang tepat dan jelas yang Tarikh Tarikh Tarikh Tarikh Catatan Responden : _____________

53

dinyanyikan oleh murid. Perhatikan sebutan dan bukaan mulut ketika murid-murid menyanyi. Perhatikan adakah murid-murid dapat menyanyikan lagu-lagu yang berpic tinggi dengan betul.

Lampiran A ( iii ) Nama Pemerhati : ___________________________ Tempat Pemerhati : ____________________________ Masa/Jangka Waktu Pemerhatian : _________________________ Item Mutu Nyanyian Perhatikan adakah murid dapat menyanyikan lagu dengan baik bersamasama rakan sekelas yang lain. Perhatikan murid-murid dalam kumpulan kajian ini dapat menyanyi pada not yang tinggi dengan pic yang betul bersesuaian dengan renj mereka. Perhatikan adakah murid-murid ini menampakkan peningkatan dari segi mutu nyanyian mereka Tarikh Tarikh Tarikh Tarikh Catatan Responden : _____________

54

Lampiran B Borang Soal Selidik Set soal selidik ini digubal untuk mendapatkan maklumat yang berkaitan dengan latar belakang pelajar. Kerjasama diperlukan untuk menjawab soalan yang diberikan. Sila jawab semua soalan pada tempat kodong yang disediakan dan bulatkan pilihan anda pada pilihan jawapan yang diberikan.

1. 2. 3. 4.

Nama : ______________________________________ Jantina : _____________________________________ Bangsa : _____________________________________ Pencapaian dalam muzik : _______________________ ( Pada Peperiksaan Akhir Tahun 2008 )

5. 6.

Pekerjaan Ibu/Bapa/Waris : ______________________ Tempat Tinggal : _______________________________

55

7.

Adakah anda berminat dalam dalam Pendidikan Muzik khususnya dalam bidang nyanyian? ( Ya / Tidak )

8.

Jika jawapan anda TIDAK sila nyatakan sebab-sebabnya : ________________ _______________________________________________________________.SEKOLAH KEBANGSAAN WAN ADBUL SAMAD NAMA : ______________________________________________ Lampiran C TAHUN : 4AB

SILA TANDAKAN ( ) JIKA YA DAN ( X ) JIKA TIDAK.

BIL1

ITEM 1 Adakah gambar di bawah menunjukkan cara yang betul ketika menyanyi?

YA

TIDAK

2

Ketika menyanyi dalam keadaan berdiri, kaki mestilah dirapatkan dan berdiri dalam keadaan tegak ? Adakah gambar di bawah menunjukkan keadaan yang betul ketika menyanyi ?

3

4

Adakah gambar ini menunjukkan keadaan duduk yang betul ketika menyanyikan lagu ?

56

BIL 5 6

ITEM 2 Adakah ketika latihan pernafasan dilakukan, anda dikehendaki bernafas dengan pantas? Adakah gambar ini menunjukkan nafas yang ditahan dalam

YA

TIDAK

diafram akan dikeluarkan sedikit demi sedikit?

7 BIL 8 9

Teknik pernafasan adalah sesuai ketika menyanyikan lagu yang bernada tinggi sahaja. ITEM 3 Pembukaan mulut yang tidak tepat menyebabkan sebutan tidak jelas. Adakah gambar ini menunjukkan sebutan vokal UU YA TIDAK

10

Adakah gambar ini menunjukkan sebutan vokal EE 57

11

Adakah anda berasa yakin menyanyi pada pic yang tinggi dengan tepat?

BIL 12

ITEM 4 Adakah anda berasa yakin menyanyikan lagu pada pic yang tinggi ketika ini? Adakah anda masih berasa ragu-ragu untuk menyanyi bersama rakan-rakan lain yang mempunyai tahap yang lebih baik dari anda?

YA

TIDAK

13

58

LAMPIRAN Lampiran A ( i ) Nama Pemerhati : ___________________________ Tempat Pemerhati : ____________________________ Masa/Jangka Waktu Pemerhatian : _________________________ Item Masalah Pelajar Perhatikan masalah yang dihadapi oleh murid ketika pengajaran dan pembelajaran nyanyian. Perhatikan cara murid-murid menyanyikan lagu. Perhatikan cara murid-murid mencuri nafas ketika menyanyikan lagu pada frasa yang panjang. Perhatikan kedudukan murid-murid ketika mereka menyanyi. Perhatikan sebutan dan bukaan mulut ketika murid-murid menyanyi. Perhatikan keadaan murid-murid selepas menyanyikan lagu. 59 Tarikh Tarikh Tarikh Tarikh Catatan Responden : _____________

Lampiran A ( ii ) Nama Pemerhati : ___________________________ Tempat Pemerhati : ____________________________ Masa/Jangka Waktu Pemerhatian : _________________________ Item Selepas Pengajaran Kaedah Alexander Perhatikan keadaan murid berdiri, adakah mereka dapat berdiri dengan betul ketika menyanyi. Perhatikan adakah murid mencuri nafas ketika menyanyi dengan cara yang salah. Perhatikan teknik menahan nafas, adakah ia membantu murid ketika menyanyi. Perhatikan sebutan lirik lagu dengan sebutan yang tepat dan jelas yang dinyanyikan oleh murid. Perhatikan sebutan dan bukaan mulut ketika murid-murid menyanyi. Perhatikan adakah murid-murid dapat menyanyikan lagu-lagu yang berpic tinggi dengan betul. Tarikh Tarikh Tarikh Tarikh Catatan Responden : _____________

60

Lampiran A ( iii ) Nama Pemerhati : ___________________________ Tempat Pemerhati : ____________________________ Masa/Jangka Waktu Pemerhatian : _________________________ Item Mutu Nyanyian Perhatikan adakah murid dapat menyanyikan lagu dengan baik bersamasama rakan sekelas yang lain. Perhatikan murid-murid dalam kumpulan kajian ini dapat menyanyi pada not yang tinggi dengan pic yang betul bersesuaian dengan renj mereka. Perhatikan adakah murid-murid ini menampakkan peningkatan dari segi mutu nyanyian mereka Tarikh Tarikh Tarikh Tarikh Catatan Responden : _____________

61

Lampiran B Borang Soal Selidik Set soal selidik ini digubal untuk mendapatkan maklumat yang berkaitan dengan latar belakang pelajar. Kerjasama diperlukan untuk menjawab soalan yang diberikan. Sila jawab semua soalan pada tempat kodong yang disediakan dan bulatkan pilihan anda pada pilihan jawapan yang diberikan.

1. 2. 3. 4.

Nama : ______________________________________ Jantina : _____________________________________ Bangsa : _____________________________________ Pencapaian dalam muzik : _______________________ ( Pada Peperiksaan Akhir Tahun 2008 )

5. 6. 7.

Pekerjaan Ibu/Bapa/Waris : ______________________ Tempat Tinggal : _______________________________ Adakah anda berminat dalam dalam Pendidikan Muzik khususnya dalam bidang nyanyian? ( Ya / Tidak )

8.

Jika jawapan anda TIDAK sila nyatakan sebab-sebabnya : ________________

62

_______________________________________________________________.SEKOLAH KEBANGSAAN WAN ADBUL SAMAD NAMA : ______________________________________________ Lampiran C TAHUN : 4AB

SILA TANDAKAN ( ) JIKA YA DAN ( X ) JIKA TIDAK.

BIL1

ITEM 1 Adakah gambar di bawah menunjukkan cara yang betul ketika menyanyi?

YA

TIDAK

2

Ketika menyanyi dalam keadaan berdiri, kaki mestilah dirapatkan dan berdiri dalam keadaan tegak ? Adakah gambar di bawah menunjukkan keadaan yang betul ketika menyanyi ?

3

4

Adakah gambar ini menunjukkan keadaan duduk yang betul ketika menyanyikan lagu ?

63

BIL 5 6

ITEM 2 Adakah ketika latihan pernafasan dilakukan, anda dikehendaki bernafas dengan pantas? Adakah gambar ini menunjukkan nafas yang ditahan dalam

YA

TIDAK

diafram akan dikeluarkan sedikit demi sedikit?

7 BIL 8 9

Teknik pernafasan adalah sesuai ketika menyanyikan lagu yang bernada tinggi sahaja. ITEM 3 Pembukaan mulut yang tidak tepat menyebabkan sebutan tidak jelas. Adakah gambar ini menunjukkan sebutan vokal UU YA TIDAK

10

Adakah gambar ini menunjukkan sebutan vokal EE

11

Adakah anda berasa yakin menyanyi pada pic yang tinggi dengan tepat?

64

BIL 12

ITEM 4 Adakah anda berasa yakin menyanyikan lagu pada pic yang tinggi ketika ini? Adakah anda masih berasa ragu-ragu untuk menyanyi bersama rakan-rakan lain yang mempunyai tahap yang lebih baik dari anda?

YA

TIDAK

13

65