b5d1e9 : muzik rakyat malaysia : kompang

36
KOMPANG

Upload: smk-pengkalan-aur

Post on 23-Jun-2015

6.624 views

Category:

Education


26 download

DESCRIPTION

PBS Pendidikan Muzik Tingkatan 1 EVIDENS : B5D1E9

TRANSCRIPT

Page 1: B5D1E9 : Muzik Rakyat Malaysia : Kompang

KOMPANG

Page 2: B5D1E9 : Muzik Rakyat Malaysia : Kompang

SEJARAH KOMPANG Kompang ialah sejenis alat muzik di

Malaysia yang berasal dari negara Timur Tengah. Hal ini berdasarkan dua pendapat yang dikemukakan iaitu;

Bentuk dan saiz kompang di Malaysia mempunyai ciri-ciri persamaan alat kompang yang dimainkan di tanah Arab yang dikenali sebagai ‘Dufuf”. Begitu juga dengan cara memegang dan memukulnya.

Page 3: B5D1E9 : Muzik Rakyat Malaysia : Kompang

Bahasa dan lagu-lagu yang dinyanyikan dan dimainkan menguatkan lagi alasan kompang berasal dari tanah Arab. contohnya Selawat Memuji Rasulullah SAW.

Kompang mula diperkenalkan di Tanah Melayu oleh orang Arab yang datang berdagang sekitar abad ke-13 Masihi. Mereka menggunakan kompang sebagai salah satu cara untuk menarik perhatian pelanggan.

Page 4: B5D1E9 : Muzik Rakyat Malaysia : Kompang

• Teknik permainan dan lagu yang dipersembahkan ketika itu menjadi ikutan masyarakat dan seterusnya diadaptasikan dalam kehidupan masyarakat setempat.

Permainan kompang dibawa oleh pedagang Arab yang datang berdagang ke Nusantara. Ia digunakan untuk menarik perhatian pembeli terhadap perniagaan mereka.

Page 5: B5D1E9 : Muzik Rakyat Malaysia : Kompang

Dipercayai permainan ini menjadi ikutan masyarakat tempatan dan seterusnya berkembang sehingga kini.Manakala permainan kompang berkembang ke Tanah Melayu akibat imigrasi masyarakat Jawa. (Abdul Latif Ali,1980:12)

Page 6: B5D1E9 : Muzik Rakyat Malaysia : Kompang

CIRI-CIRI KOMPANG Diklasifikasikan dalam keluarga

membranofon

Terbahagi kepada dua bahagian; baluh (bingkai) dan belulang (muka)

Baluh diperbuat daripada kayu cengal, halban, nangka atau palau. Belulang pula biasanya diperbuat daripada kulit kambing betina (kerana kulitnya nipis dan dapat mengeluarkan bunyi yang nyaring serta bergema)

Page 7: B5D1E9 : Muzik Rakyat Malaysia : Kompang

Permukaan kompang dilaraskan ketegangannya dengan menggunakan sedak yang berupa rotan bersaiz kecil atau wayar. Sedak diselitkan antara permukaann belulang dan baluh kompang di sebelah dalam dengan menggunakan penyedak. Penyedak diperbuat daripada kayu/rotan bersaiz bsar yang berbentuk tirus tetapi tidak tajam.

Muzik atau lagu kompang terdiri daripada rentak terhasil (resultant rhythmic patterns) yang dimainkan oleh dua orang pemain atau lebih secara bertingkah (interlocking perfomance)

Page 8: B5D1E9 : Muzik Rakyat Malaysia : Kompang

Baluh

Belulang

Bahagian Kompang

Sedak (Rotan)

Page 9: B5D1E9 : Muzik Rakyat Malaysia : Kompang

GAYA PERSEMBAHAN Dipersembahkan secara beramai-ramai

Secara duduk, berdiri, atau berarak

Page 10: B5D1E9 : Muzik Rakyat Malaysia : Kompang

Boleh dipersembahkan untuk mengiringi nyanyian atau secara instrumental

Dalam esembel kompang, beberapa kumpulan paluan digabungkan untuk menghasilkan bunyi berharmoni yang dinamakan rentak terhasil. Antara paluan tersebut ialah melulu, menyilang atau menyelang, dan meningkah

Page 11: B5D1E9 : Muzik Rakyat Malaysia : Kompang

Kumpulan melulu sksn memukul rentak asas. Menjadi panduan kepada kumpulan menyilang dan meningkah. Pemain-pemain dalam kumpulan melulu membuat pukulan serentak dan berperanan untuk mengawal tempo sepanjang persembahan permainan kompang

Pemain dalam kumpulan menyilang akan memukul rentak silihan yang berselang-seli antara pukulan rentak asas. Pukulan tidak boleh serentak dengan pukulan melalu dan berperanan menambahkan corak permainan kompang agar lebih menarik

Page 12: B5D1E9 : Muzik Rakyat Malaysia : Kompang

Pemain meningkah lazimnya mengetuai pasukan. Pemain ini bertanggungjawab memulakan dan mematikan sesebuah lagu. Selagi peningkah tidak memberikan isyarat dan mematikan pukulan, permainan kompang tidak akan berakhir.

Page 13: B5D1E9 : Muzik Rakyat Malaysia : Kompang

FUNGSI KOMPANG Majlis perkahwinan Majlis-majlis bercorak keagamaan seperti

menyambut hari keputeraan Nabi Muhammad s.a.w

Majlis-majlis keramaian seperti mengiringi persembahan nyanyian solo atau nasyid

Perarakan Hari Kebangsaan Kumpulan sokongan moral kepada pasukan

dalam sesuatu perlawanan sukan

Page 14: B5D1E9 : Muzik Rakyat Malaysia : Kompang

CARA MEMBUAT KOMPANG

Page 15: B5D1E9 : Muzik Rakyat Malaysia : Kompang
Page 16: B5D1E9 : Muzik Rakyat Malaysia : Kompang
Page 17: B5D1E9 : Muzik Rakyat Malaysia : Kompang
Page 18: B5D1E9 : Muzik Rakyat Malaysia : Kompang

TEKNIK PERMAINAN Pegang kompang dengan sebelah tangan

sementara sebelah tangan lagi memukulnya. Kompang boleh dimainkan secara duduk atau berdiri.

Pada asasnya, kompang menghasilkan dua bunyi iaitu ‘pak’ dan bunyi ‘bung’. Pukulan ‘pak’ mestilah lebih berat daripada bunyi ‘bung’.

Bunyi ‘pak’ dihasilkan apabila bahagian tengah kompang dipalu dengan tapak tangan sambil jari tangan terbuka.

Page 19: B5D1E9 : Muzik Rakyat Malaysia : Kompang

Kekuatan bunyi adalah hasil daripada pukulan tapak jari. Untuk menghasilkan bunyi yang tepat, sentuh tapak ibu jari dan jari anak mendahului jari yang lain semasa memukul.

Bunyi ‘bung’ dihasilkan apabila bahagian tepi permukaan kompang iaitu 1/3 daripada permukaan dipukul dengan jari.

Manakala kesemua jari berkeadaan tertutup semasa membuat pukulan. Sila rujuk posisi dan cara memegang kompang.

Page 20: B5D1E9 : Muzik Rakyat Malaysia : Kompang
Page 21: B5D1E9 : Muzik Rakyat Malaysia : Kompang

SAIZ KOMPANG

Kompang boleh diperolehi dalam saiz yang berlainan mengikut umur tertentu. Antara saiz kompang yang mengikut peringkat umur pemain adalah seperti berikut:

Saiz (cm) Umur (tahun)30 cm 12 tahun dan ke bawah32.5 cm 13 dan 1435 cm 15 dan 1637.5 cm 40 cm Orang dewasa

Page 22: B5D1E9 : Muzik Rakyat Malaysia : Kompang

POSISI PEMAIN KOMPANG

Permainan ini dipersembahkan secara beramai-ramai atau ensembel. Biasanya dimainkan oleh kira-kira 10 hingga 20 orang. Posisi pemain semasa persembahan kompang adalah sama ada secara duduk atau berjalan sambil berarak.Susunan pemain kompang

Sumber : Tan, Sooi Beng. 1997

Page 23: B5D1E9 : Muzik Rakyat Malaysia : Kompang

JENIS-JENIS PALUAN

Terdapat tiga paluan digabungkan untuk menghasilkan paduan bunyi yang berharmoni. Tiga kumpulan paluan tersebut dipanggil Melalu, Meningkah dan Menyilang. Fungsi paluan ini adalah seperti berikut;

• Kumpulan Melalu memainkan rentak asas.• Kumpulan Menyilang memainkan rentak

silihan (up beat) kepada pukulan Melalu.• Kumpulan Meningkah menjadi penghias

rentak yang dimainkan paluan antara kumpulan Melalu dan Menyilang.

Page 24: B5D1E9 : Muzik Rakyat Malaysia : Kompang

Setiap persembahan kompang terdiri dari tiga bahagian pukulan iaitu;

• Pukulan ‘Mula’ untuk memainkan sesebuah lagu

• Pukulan lagu dan• Pukulan ‘Mati’ untuk mengakhiri

sesebuah lagu.

Page 25: B5D1E9 : Muzik Rakyat Malaysia : Kompang

PENJAGAAN KOMPANG

Kompang dalam simpanan seharusnya dikendurkan permukaannya.

Sebelum memulakan permainan kompang, permukaannya perlu ditegangkan dengan sedak.

Kompang yang basah seharusnya dijemur sehingga kering supaya tahan lebih lama.

Page 26: B5D1E9 : Muzik Rakyat Malaysia : Kompang

Semasa dalam simpanan juga, kompang perlu diletakkan dengan berkeadaan muka kompang bertindan dengan permukaan lain dan disusun di rak atau almari yang sesuai.

Ini untuk mengelakkan kerosakan muka kompang apabila ditindani oleh baluh kompang.

Page 27: B5D1E9 : Muzik Rakyat Malaysia : Kompang

PENALAAN KOMPANG Penalaan kompang bertujuan untuk

meninggikan ton bunyi kompang dan menegangkan permukaannya dengan menggunakan sedak.

Sedak boleh dibuat daripada rotan atau wayar plastik.

Sedak ditolak dengan kayu sedak di sekeliling bahagian dalam, di antara baluh dan belulang kompang

Page 28: B5D1E9 : Muzik Rakyat Malaysia : Kompang
Page 29: B5D1E9 : Muzik Rakyat Malaysia : Kompang

JENIS-JENIS RENTAK

Page 30: B5D1E9 : Muzik Rakyat Malaysia : Kompang
Page 31: B5D1E9 : Muzik Rakyat Malaysia : Kompang
Page 32: B5D1E9 : Muzik Rakyat Malaysia : Kompang
Page 33: B5D1E9 : Muzik Rakyat Malaysia : Kompang
Page 34: B5D1E9 : Muzik Rakyat Malaysia : Kompang
Page 35: B5D1E9 : Muzik Rakyat Malaysia : Kompang
Page 36: B5D1E9 : Muzik Rakyat Malaysia : Kompang

EVIDENS : B5D1E9Memberi penceritaan tentang muzik rakyat Malaysia secara lisan dan bertulis dengan

1. Asal usul kompang:2. Ciri-ciri kompang:3. Fungsi kompang:4. Bahagian kompang :5. Gaya Persembahan :6. Jenis Paluan kompang:7. Teknik Paluan :8. Penalaan kompang:9. Penjagaan kompang: