multimedia dalam pendidikan

13
Disediakan Oleh: Emram bin Yunus Multimedia dalam Pendidikan Soalan: Kajian filem animasi atau mangga i. Prinsip animasi sekurang-kurangnya 5 prinsip dengan 3 contoh skrin bagi setiap prinsip yang dinyatakan. Berikan huraian bagi setiap contoh tersebut. ii. Teknik animasi yang terdapat dalam filem animasi atau mangga tersebut. Huraian anda tentang teknik animasi tersebut. DORA THE EXPLORER Pengenalan: Mangga yang dipilih untuk dibuat kajian bertajuk DORA THE EXPLORER. Kisah Dora yang merupakan seorang gadis bersama kawan karibnya seekor monyet yang bernama Boots. Mereka selalu sahaja mengembara. Mengembara melintasi sungai dan bukit untuk memcapai sesuatu yang dihasratkan di dalam setiap episod. Dora sentiasa dibantu oleh “backpack- sebuah beg bercakap yang mempunyai segala kelengkapan dan “map” - sebuah peta yang melakarkan setiap pengembaraan Dora ke arah matlamatnya. Apabila Dora sampai ke setiap destinasinya, dia dan Boots akan menyanyi dan menari dengan menyebut “We did it, we did it”. Mereka

Upload: ezah

Post on 03-Jul-2015

133 views

Category:

Technology


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: Multimedia dalam pendidikan

Disediakan Oleh:

Emram bin Yunus

Multimedia dalam Pendidikan

Soalan:

Kajian filem animasi atau mangga

i. Prinsip animasi – sekurang-kurangnya 5 prinsip dengan 3 contoh skrin

bagi setiap prinsip yang dinyatakan. Berikan huraian bagi setiap contoh

tersebut.

ii. Teknik animasi yang terdapat dalam filem animasi atau mangga tersebut.

Huraian anda tentang teknik animasi tersebut.

DORA THE EXPLORER

Pengenalan:

Mangga yang dipilih untuk dibuat kajian bertajuk DORA THE EXPLORER.

Kisah Dora yang merupakan seorang gadis bersama kawan karibnya seekor monyet

yang bernama Boots. Mereka selalu sahaja mengembara. Mengembara melintasi

sungai dan bukit untuk memcapai sesuatu yang dihasratkan di dalam setiap episod.

Dora sentiasa dibantu oleh “backpack” - sebuah beg bercakap yang mempunyai

segala kelengkapan dan “map” - sebuah peta yang melakarkan setiap pengembaraan

Dora ke arah matlamatnya. Apabila Dora sampai ke setiap destinasinya, dia dan

Boots akan menyanyi dan menari dengan menyebut “We did it, we did it”. Mereka

Page 2: Multimedia dalam pendidikan

akan berinteraksi dengan penonton khususnya kanak-kanak yang turut teruja apabila

matlamat mereka akhirnya tercapai.

Kisah DORA THE EXPLORER kelihatan seperti permainan video kakak-

kanak pra sekolah. Dora dan Boots sentiasa berinteraksi secara terus melalui skrin TV

untuk mengajak para penonton bersama-sama membantu mereka. Kaedah ini

dianggap bijak apabila watak-watak menggalakkan para penonton dengan menyebut

“Say it again, say it again”, maka penonton akan melakukannya. Secara tidak

langsung Dora akan diminati sebagai watak yang bersifat sentiasa boleh. Ini memberi

gambaran bahawa rancangan ini sangat menarik dan “ringan” terutamanya kepada

kanak-kanak. Cabaran yang diberikan selalunya sama dan mudah kadang kala sedikit

membosankan.

Dwibahasa dan aspek budaya yang dibawa di dalam rancangan ini sesuai

dengan sasaran. Penggunaan muzik, tempat percutian, tumbuh-tumbuhan dan haiwan-

haiwan relevan dengan budaya Amerika Utara. Watak Dora yang selalu “berhenti dan

berfikir” dengan segera tentang masalah yang tidak dapat diselesaikannya,

menjadikan Dora seorang hero yang bijak dan penyabar.

Namun, adakalanya episod pembelajaran tidak konsisten yang mana tidak

sepenuhnya membantu penonton kanak-kanak. Pendidikan asas pembelajaran seperti

bentuk dan warna bersesuaian dengan kanak-kanak tetapi apabila bola di baling ke

dalam sungai tiba-tiba muncul ikan paus yang menawarkan untuk membantu. Ini tidak

membantu dari aspek pendidikan. Sepatutnya haiwan sungai yang muncul seperti

memerang.

Walau bagaimanapun, dengan kelemahan seperti itu DORA THE EXPLORER

tetap disukai dan sebuah rancangan yang menyeronokkan bagi kanak-kanak selain

mereka akan mempelajari sesuatu. Terdapat juga siri rancangan pendidikan sebegini

iaitu Go Deigo Go yang mana Deigo merupakan sepupu kepada Dora.

Page 3: Multimedia dalam pendidikan

i. Prinsip Animasi

5 prinsip animasi yang diimplemenkan dan dipilih di dalam siri DORA THE

EXPLORER ialah:

a. Pengecutan dan Peregangan (Squash and Stretch)

Pengecutan dan Peregangan merujuk kepada

struktur atau bentuk fizikal keseluruhan atau bahagian-

bahagian tertentu objek yang mengalami perubahan

bentuk semasa bergerak. Pengecutan dan Peregangan

merupakan suatu proses semulajadi yang berlaku dalam

kehidupan sebenar. Contohnya ketika kita sedang

berjalan, pengecutan dan peregangan otot kaki dan

struktur badan akan berlaku. Keadaan ini akan

menyebabkan pergerakan kita kelihatan natural dan

”hidup”. Pergerakan badan akan kelihatan kaku dan ralat

apabila ada bahagian-bahagian tertentu yang tidak selari

dengan bahagian-bahagian yang lain.

Justeru, prinsip yang sama ditekankan di dalam

penghasilan animasi supaya sesuatu karektor kelihatan

menarik dan wajar kepada watak masing-masing. Prinsip

pengecutan dan peregangan akan menampilkan kesan

kartun lebih menarik.

Di dalam siri DORA THE EXPLORER, prinsip pengecutan dan peregangan amat

diperlukan agar watak Boots yang selalu ceria dan aktif kelihatan semulajadi. Contohnya

ekspresi muka Boots di dalam skrin di atas, menunjukkan perubahan pergerakkan bibir

mulut ketika aksi percakapan turut melibatkan perubahan bahagian muka yang lain seperti

dagu dan pipi. Keselarian pergerakkan bahagian-bahagian ini menjadi watak Boots tidak

kelihatan kaku dan malah lebih teruja.

Page 4: Multimedia dalam pendidikan

b. Penetapan Masa (Timing)

Penetapan masa di dalam sesuatu animasi akan

mempengaruhi dan memberi makna tertentu kepada

sifat sebenar yang diwakili oleh sesuatu aksi.

Misalnya, penetapan masa yang perlahan

semasa aksi menjamah makanan boleh memberi

maksud watak kurang berselera dengan menu yang

dihidangkan atau mungkin sedang menunjukkan emosi

yang lesu. Sebaliknya penetapan masa yang lebih

pantas akan menggambarkan aksi watak yang sangat

berselera dan tidak sabar untuk makan. Hal ini

mungkin didorong oleh keadaan watak yang sedang

lapar atau sangat mengemari menu yang dihidangkan.

Kesimpulannya, kebijaksanaan juruanimasi di

dalam menentukan penetapan masa yang tepat bagi

setiap aksi sangat penting untuk menunjukkan peranan

watak dan personaliti karektor.

Di dalam siri DORA THE EXPLORER di dalam skrin di atas, dapat diperhatikan

penetapan masa yang perlahan pada aksi Boots berbanding penetapan masa pergerakkan

bibir mulut Dora yang lebih pantas. Slot ini menceritakan bahawa Boots di dalam kesedihan

berikutan bootnya telah dihanyutkan arus sungai dan perahu yang ingin dinaiki pula

mengalami kebocoran. Manakala, Dora berusaha menceriakan dan memujuk Boots bahawa

dia dan audien akan membantu Boots untuk mendapatkan semula boot kesayangannya.

Page 5: Multimedia dalam pendidikan

c. Antisipasi ( Antisipation)

Antisipasi merujuk kepada persediaan atau

jangkaan aksi sesuatu karektor sebelum bertindak dan

melakukan perbuatan. Dalam penerbitan animasi,

prinsip antisipasi tidak harus dipandang remeh. Ini

kerana, pengabaiannya akan memberi kesan tidak logik

dan janggal kepada aksi watak yang ditayangkan.

Prinsip ini juga mampu memandu emosi penonton di

samping mengajak penonton supaya turut bersedia

dengan aksi yang akan berlaku dan secara tidak

langsung, penonton turut menjiwai karektok di dalam

animasi tersebut.

Kebiasaannya di dalam kehidupan sebenar,

setiap pergerakan atau aksi yang ingin dilakukan pada

satu arah akan bermula dengan pergerakan atau aksi

dari arah yang bertentangan.

Contohnya, aksi melompat ke atas akan

bermula dengan henjutan badan ke bawah sedikit untuk

memberi impak ke atas ketinggian lompatan.

Di dalam siri DORA THE EXPLORER, skrin di atas telah mengaplikasikan prinsip

antisipasi di dalam aksi Dora semasa mendayung sampan. Perhatikan kedudukan Dora yang

berlawanan dengan arah tuju sampan. Sampan yang didayung akan maju ke hadapan akibat

daripada pergerakkan berlawanan tangan Dora arah sampan.

Page 6: Multimedia dalam pendidikan

d. Penampilan (Staging)

Penampilan merupakan satu prinsip yang turut

membantu menghidupkan watak di dalam

menyampaikan perasaan dan personaliti watak di

dalam filem animasi.

Selain daripada itu, penampilan juga

melibatkan keperluan watak bagi sesuatu babak supaya

penonton lebih jelas dengan maksud aksi watak yang

ingin disampaikan.

Di antara kaedah yang boleh digunakan untuk

menampilkan karektor watak dengan lebih berkesan

seperti penetapan posisi watak, menentukan

penampilan diri, pakaian yang dipakai, penggunaan

kesan cahaya, latarbelakang persembahan dan banyak

lagi.

Kombinasi yang sepadu ini mampu memberi

kesan kepada penampilan dan personaliti setiap watak

malah turut mempengaruhi emosi, tindak balas dan

idea penonton mengenai plot cerita yang ditanyangkan.

Skrin yang pertama memaparkan watak Boots yang memakai jaket keselamatan

menepati prinsip penampilan watak ketika berada di atas sampan. Di dalam skrin kedua pula,

prinsip penampilan cuba memperkenalkan personaliti Dora yang memakai t-shirt, berseluar

pendek, memakai jam dan kawan-kawanya iaitu Beg-pack yang sentiasa digalas Dora dan

Boots yang suka bergayut. Ianya menepati watak Dora sebagai seorang penjelajah

Skrin ketiga pula menyaksikan keperluan Dora dan Boots di dalam babak bersedia

sebelum hujan menepati jangkaan atau idea penonton menjadikan babak yang seterusnya

kelihatan realistik.

Page 7: Multimedia dalam pendidikan

e. Aksi Berterusan ( Straight Ahead Action)

Aksi berterusan di dalam penerbitan animasi

merujuk kepada satu animasi yang bermula dengan

satu imej yang kemudiaannya mengalami perubahan

demi perubahan sehingga tamat babak tersebut.

Dengan kata lain, ia melibatkan proses animasi bingkai

demi bingkai (frame by frame animation).

Sepanjang babak tersebut pelbagai perubahan

boleh berlaku terhadap objek dan watak sama ada dari

segi saiz, berat, struktur dan sebagainya menyebabkan

perubahan itu sukar untuk dikawal dan diramalkan.

Teknik ini biasanya digunakan apabila

menghasilkan animasi yang kurang penekanan masa

dan untuk menghidupkan sifat semulajadi objek dan

watak.

Contoh aksi perlanggaran kereta, jatuh dari

bukit atau syiling yang bergolek digalakkan

menggunakan prinsip ini bagi menampakkan ianya

lebih semulajadi apabila tidak menetapkan masa secara

rigid.

Skrin di atas menonjolkan babak Boots semasa berusaha bersungguh-sungguh untuk

mendapatkan bootnya dengan menggunakan pancing. Boots menggunakan masa lama ketika

mengangkat pancingnya menggambarkan betapa beratnya bootnya di dalam air dan

pergerakkan boot yang lintang-pukang dan berhayun ke sana ke mari semasa diangkat

kelihatan sangat semulajadi dan berjaya menghidupkan keseluruhan babak tersebut.

Page 8: Multimedia dalam pendidikan

ii. Teknik Animasi

Di antara teknik animasi yang terdapat di dalam penghasilan animasi secara

tradisional ialah:

i. Animasi berasaskan lukisan

- Merujuk kepada semua bentuk animasi yang dihasilkan daripada siri

imej yang dilukis serta ditindih silih berganti secara berjujukan.

(perbincangan akan dilanjutkan di bawah)

ii. Animasi potongan

- Dikenali juga sebagai animasi kolaj/silhouette. Animasi dihasilkan

menerusi konsep potongan objek dan bentuk kemudiaannya

digerakkan secara manual sedikit demi sedikit dan dirakam bagi

membentuk kesan animasi yang dikehendaki.

iii. Animasi model/ Animasi main-berhenti

- Melibatkan proses merakam aksi-aksi patung atau objek tiga dimensi

secara manual. Kombinasi imej-imej yang dirakam disusun

menghasilkan kesan animasi yang dikehendaki.

iv. Rotoscoping

- Animasi dihasilkan melalui proses menekap (trace) aksi, watak dan

sebagainya daripada filem atau video.

v. Pixilation

- Animasi ini merujuk kepada sejenis animasi yang mengunakan watak

sebenar di dalam animasi yang dihasilkan.

vi. Animasi terhad

- Merupakan satu lagi teknik animasi yang hamper sama dengan

pixiltion. Ianya merujuk kepada kesan animasi yang dihasilkan dengan

mengabaikan sifat realistik sesuatu aksi.

Page 9: Multimedia dalam pendidikan

vii. Scanimate

- Merupakan istilah yang digunakan bagi mewakili animasi berasaskan

system computer analog. Kaedah ini digunakan bagi menghasilakan

animasi berasaskan video.

DORA THE EXPLORER merupakan salah satu siri animasi yang

menggunakan teknik penghasilan animasi secara tradisional yang berasaskan lukisan.

Di antara siri-siri animasi lain yang menggunakan konsep yang sama ialah Tom And

Jerry, Mickey Mouse dan banyak lagi.

Teknik yang berasaskan lukisan ini merupakan teknik terawal yang digunakan

di dalam penghasilan animasi dan sangat popular khususnya di dalam menghasilkan

kartun. Teknik ini juga dikenali sebagai animasi sel atau animasi lukisan tangan.

Di antara langkah-langkah perlaksanaan teknik ini ialah dengan melukis

seberapa banyak imej atau watak di atas kertas lukisan untuk melengkapkan sesuatu

babak. Lukisan itu kemudian disusun secara bertindih dan berjujukan. Setiap lukisan

yang disediakan pada sesuatu bingkai atau kerangka adalah berbeza sedikit dengan

lukisan-lukisan di antaranya. Kebiasaanya untuk melengkapkan sesuatu cerita, ribuan

lukisan diperlukan untuk dipersembahkan di atas skrin silih berganti dengan pantas.

Di dalam penerbitan animasi kartun DORA THE EXPLORER ini, siri imej

pada mulanya dilukis di atas beberapa helaian kertas. Imej kemudian dipindahkan ke

atas helaian plastik lutsinar yang dikenali sebagai sel. Plastik tersebut diperbuat

daripada seluloid atau asetat. Imej yang telah dipindahkan tadi sekali lagi di tekap

untuk mendapatkan garis imej yang lebih jelas dan kemas sebelum proses pewarnaan

dilakukan.

Untuk menjimatkan masa dan kos di dalam penghasilan animasi, watak-watak

kebiasaannya dilukis secara berasingan dengan imej latarbelakang. Melalui cara ini,

imej latarbelakang tadi tidak perlu dilukis berulang kali untuk melengkapkan sesuatu

babak. Apa yang perlu dilakukan hanyalah menyusun watak-watak yang terlibat pada

helian-helaian lutsinar di bahagian atas imej latarbelakang tersebut secara bertindihan

atau bertindanan.

Page 10: Multimedia dalam pendidikan

Gambar di atas menunjukkan beberapa watak Swiper yang dimasukkan ke atas

beberapa imej latarbelakang yang berbeza.

Page 11: Multimedia dalam pendidikan

Watak Dora kelihatan semulajadi walau pun dengan hanya mengubah bahagian-

bahagian tertentu badan sahaja.

Page 12: Multimedia dalam pendidikan

Proses rakaman akan dimulakan apabila keseluruhan siri imej bagi sesuatu

aksi telah siap dipindahkan ke atas sel. Sel itu kemudiannya disusun mengikut urutan

dan dirakamkan satu persatu. Sel yang telah siap dirakam akan ditukarkan dengan sel

yang lain secara bertukar ganti mengikut skrip dan papan cerita yang telah ditetapkan.

Proses rakaman akan berterusan sehingga selesai sesuatu babak. Proses rakaman akan

menggunakan alat yang dikenali sebagi rostrom bagi memudahkan meletakkan

kamera, sistem lampu sel animasi dan sebagainya.

Page 13: Multimedia dalam pendidikan

RUJUKAN:

Jamalludin Harun & Zaidatun Tasir (2005). Animasi: Dari Helain Kertas ke Skrin

Digital, Kuala Lumpur: Venton Publishing.

http://en.wikipedia.org/wiki/Dora_the_Explorer

http://www.nickjr.com/shows/dora/index.jhtml

DeCoster, J. (2007). Dora The Explorer. Retrieved (Mac 10,2008) from

http://ms.wikipedia.org/wiki/Animasi