kepentingan multimedia dalam bidang kejuruteraan awam (oja)

Upload: amalinaah

Post on 04-Nov-2015

153 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

JTMK

TRANSCRIPT

KEPENTINGAN MULTIMEDIA DALAM BIDANG KEJURUTERAAN AWAM

KEPENTINGAN MULTIMEDIA DALAM BIDANG KEJURUTERAAN AWAMCa604 : multimedia produksiMasnizah binti Mahmud05dka12f2097MAKSUD MULTIMEDIAPerkataan "multimedia" adalah kata gabungan kepada dua perkataan utama iaitu multi dan medium.Multi - membawa maksud banyak atau pelbagai. Medium - merupakan alat untuk menyampaikan atau saluran untuk tujuan berkomunikasi atau pengantara suatu bentuk komunikasi semasa seperti surat khabar, tv, majalah atau internet.Multimedia ialah suatu proses komunikasi interaktif berasaskan teknologi komputer yang menggabungkan penggunaan pelbagai unsur media digital seperti teks, audio, grafik, animasi dan video untuk menyampaikan maklumat. unsur multimediaTerdapat pelbagai jenis perkakasan dan perisian yang boleh digunakan untuk tujuan berkomunikasi antara satu sama lain. Antara perkakasan yang digunakan untuk berkomunikasi adalah seperti komputer, radio, televisyen, telefon bimbit. radio tv komputer riba perkakasan telefon bimbitMultimedia juga boleh merujuk kepada penggunaanteknologi maklumat untuk mencipta, meyimpan dan menggunakan teks kandungan multimedia. Ia merupakan persembahan maklumat yang menggabungkan animasi elemen multimedia elemen teks, grafik, audio, video dan animasi. Multimedia telah menjadi satu keperluan pada masa kini, ianya digunakan dimana-mana sahaja, daripada aplikasi yang berbentuk hiburan sehingga ke bentuk pendidikan audio grafik video

Kepentingan multimedia dalam bidang kejuruteraan awami. PENYAMPAIAN MAKLUMAT Multimedia di gunakan untuk menyampaikan maklumat secara mudah dan menghiburkan. Internet menjadi infrastruktur kepada penyampaian maklumat ke rumah-rumah, bilik darjah, perpustakaan, klinik dan hospital di serata dunia. Dalam bidang kejuruteraan fungsi multimedia juga sebagai medan penyampaian maklumat. ii MULTIMEDIA INTERAKTIF Multimedia interaktif memberi motivasi kepada pengguna untuk meneroka dan mendalami lagi pengetahuan yang ingin di sampaikan. Multimedia bentuk ini memberi kebebasan kepada pengguna untuk navigasi kemana-mana pilihan dan memberi tindakbalas dan nasihat jika kita membuat pilihan yang kurang wajar. Orang dewasa juga menggunakan multimedia interaktif tetapi dalam bidang-bidang ilmiah seperti perubatan, kejuruteraan dan perniagaan. iii. PERSEMBAHAN MULTIMEDIA DI PELBAGAI SEKTORTerdapat keperluan untuk membuat persembahan multimedia untuk tujuan mesyuarat, seminar, pemasaran dan sebagainya, untuk meyakinkan pendengar samada ahli mesyuarat, peserta seminar atau bakal pelanggan, persembahan multimedia yang mengandungi elemen-elemen seperti audio, video dan animasi beserta dengan graf dan statistik dapat menyampaikan tujuan dan matlamat mereka yang membuat persembahan multimedia.

iv. KIOSKS MAKLUMATInput persembahan multimedia di tempat-tempat awam, kiosks maklumat diletakkan dengan tujuan menyediakan maklumat kepada orang ramai dan mengurangkan keperluan kepada kehadiran pekerja untuk menjawab pertanyaan umum. tempat-tempat di mana kiosks maklumat selalu di letakkan ialah seperti di hotel, stesyen keretapi, pusat membeli belah, muzium dan di kedai-kedai. v. PEMASARAN DAN PENGIKLANAN Untuk tujuan pemasaran, multimedia kerap digunakan dengan memberi kesan khas seperti di dalam iklan di tv. Di samping itu, bagi meyakinkan pelanggan terhadap sesuatu proses atau konsep, persembahan yang mengandungi animasi proses tersebut akan dapat memberi keyakinan yang lebih kepada pelanggan. Di dalam bidang kejuruteraan penggunaan teknologi multimedia sangat membantu bagi meyakinkan orang ramai ataupun pelanggan terhadap sesuatu proses atau konsep.vi. PENGAJARAN DAN PEMBELAJARANSekolah, kolej dan universiti merupakan tempat di mana multimedia bagi pembelajaran sangat di perlukan. Penggunaan teknologi multimedia dalam pembelajaran membentuk budaya mencuba dan meneroka. Bagi pelajar dalam bidang kejuruteraan awam mereka di dedahkan dengan software yang berkaitan dengan bidang mereka seperti AutoCAD dan Sistem maklumat Geografi dan Kejuruteraan perisian (GIS). Dengan wujudnya teknologi multimedia ini, dapat menyelesaikan, memudahkan serta menjimatkan masa kerja.

rujukanhttp://www.ecoinc.info/services/geographic-information-systems-and-software-engineeringhttps://id.wikipedia.org/wiki/AutoCADhttps://najibroslan.files.wordpress.com/2010/07/unit71.pdf

kesimpulanSekian terima kasih