borang pengesahan status tesis - fp.utm.my · 2.3 apakah itu perisian pengajaran multimedia 18 2.4...

25
UTPSZ 19:16 (Pind.1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL : PENGGUNAAN PERISIAN MULTIMEDIA DALAM PENGAJARAN GURU-GURU TEKNIKAL SESI PENGAJIAN: 2008/2009 Saya HASNISHAM BIN KHALIP (HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan ( ) SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malyasia seperti yang termaktub di dalam (AKTA RAHSIA RASMI 1972). TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan). TIDAK TERHAD Disahkan oleh _____________________________ ____ ______________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap : LOT 187,KG BATANG MERBAU EN. MAHYUDDIN BIN ARSAT 17500 TANAH MERAH , NAMA PENYELIA KELANTAN. CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)

Upload: ngokhanh

Post on 31-Mar-2019

246 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · 2.3 Apakah itu Perisian Pengajaran Multimedia 18 2.4 Perisian Multimedia Dalam Pendidikan 20 ... 4.2.1 Bilangan Kekerapan Dan Peratusan

UTPSZ 19:16 (Pind.1/97)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

JUDUL : PENGGUNAAN PERISIAN MULTIMEDIA DALAM PENGAJARAN GURU-GURU TEKNIKAL

SESI PENGAJIAN: 2008/2009 Saya HASNISHAM BIN KHALIP

(HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan

pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi

pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan ( )

SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malyasia seperti yang termaktub di dalam

(AKTA RAHSIA RASMI 1972). TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh

organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan).

TIDAK TERHAD Disahkan oleh

_____________________________ ____ ______________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)

Alamat Tetap : LOT 187,KG BATANG MERBAU EN. MAHYUDDIN BIN ARSAT 17500 TANAH MERAH , NAMA PENYELIA KELANTAN.

CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. ♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)

Page 2: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · 2.3 Apakah itu Perisian Pengajaran Multimedia 18 2.4 Perisian Multimedia Dalam Pendidikan 20 ... 4.2.1 Bilangan Kekerapan Dan Peratusan

ii

“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini

adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah

Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan Mekanikal)”.

Tandatangan : ........................................................

Nama Penyelia : EN. MAHYUDDIN BIN ARSAT.

Tarikh : 7 NOV 2008

Page 3: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · 2.3 Apakah itu Perisian Pengajaran Multimedia 18 2.4 Perisian Multimedia Dalam Pendidikan 20 ... 4.2.1 Bilangan Kekerapan Dan Peratusan

iii

PENGGUNAAN PERISIAN MULTIMEDIA DALAM PENGAJARAN GURU-

GURU TEKNIKAL.

HASNISHAM BIN KHALIP

Laporan ini dikemukakan

sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat

Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan

(Kejuruteraan Mekanikal)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

7 NOVEMBER, 2008

Page 4: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · 2.3 Apakah itu Perisian Pengajaran Multimedia 18 2.4 Perisian Multimedia Dalam Pendidikan 20 ... 4.2.1 Bilangan Kekerapan Dan Peratusan

iv

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan

yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.

Tandatangan : ........................................................

Nama Penulis : HASNISHAM BIN KHALIP.

Tarikh : 7 NOVEMBER 2008

Page 5: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · 2.3 Apakah itu Perisian Pengajaran Multimedia 18 2.4 Perisian Multimedia Dalam Pendidikan 20 ... 4.2.1 Bilangan Kekerapan Dan Peratusan

v

DEDIKASI

Buat Ayahanda dan Bonda

Khalip Bin Idris

Rugayah Binti Sulaiman

Yang sentiasa berdoa kejayaan ku demi masa depan dan sentiasa memberi semangat

sepanjang tempoh pengajian ini.

Ahli keluargaku,

Hairie B Khalip & Noriah Bte Abdullah

Hazeni B.Khalip & Zaihasra Bte Zakaria

Rohayati Bte Khalip

Nurlaili Bte Khalip

Nurfatihah Bte Khalip

Yang sentiasa memberi nasihat, dorongan dan galakan akan kekal dalam ingatan ku

ini.

Buat Tatapan Anak-anak saudaraku,

Mohd Haikal B Hairie

Mohd Hakim B Hairie

...Masa Kini Bergantung Kepada Masa Lalu Untuk Masa Hadapan...

Page 6: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · 2.3 Apakah itu Perisian Pengajaran Multimedia 18 2.4 Perisian Multimedia Dalam Pendidikan 20 ... 4.2.1 Bilangan Kekerapan Dan Peratusan

vi

PENGHARGAAN

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Assalamumualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Segala puji bagi Allah S.W.T pemilik sekalian alam dan selawat serta salam

ke atas Junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W, ahli keluarganya, sahabat-sahabat

dan sesiapa yang mengikuti mereka dengan ikhlas.

Syukur kepada Allah S.W.T kerana dengan taufik dan hidayahNya, telah

mengizinkan saya menyiapkan Laporan Projek Sarjana Muda ini.

Saya ingin merakamkan setinggi penghargaan ikhlas kepada En Mahyuddin

Bin Arsat selaku pensyarah pembimbing projek ini yang telah banyak memberi

tunjuk ajar, panduan dan kerjasama yang sepenuhnya. Berkat dedikasi serta

kesungguhan beliau segala komitmen dapat diatasi. Juga penghargaan dan terima

kasih kepada Jabatan Pelajaran Negeri Johor, pengetua-pengetua, dan guru-guru

Sekolah Menengah Teknik di Daerah Johor Bahru yang sudi memberi kerjasama

yang sangat memberangsangkan.

Akhir kata semoga Allah S.W.T melimpahkan rahmat ke atas mereka yang

telah menyumbang kerjasama untuk menyiapkan Laporan Projek Sarjana Muda ini.

Terima kasih yang tidak terhingga.

Page 7: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · 2.3 Apakah itu Perisian Pengajaran Multimedia 18 2.4 Perisian Multimedia Dalam Pendidikan 20 ... 4.2.1 Bilangan Kekerapan Dan Peratusan

vii

ABSTRAK

Kehadiran teknologi multimedia merupakan saluran yang penting bagi

penyebaran maklumat dalam pengajaran dan pembelajaran manakala guru-guru

merupakan kunci kejayaan kepada aplikasi teknologi multimedia tersebut.

Sehubungan dengan itu, kajian ini bertujuan untuk meninjau penggunaan perisian

multimedia di kalangan guru-guru Teknikal dalam proses pengajaran dan

pembelajaran di empat buah sekolah Men Teknik di Daerah Johor Bahru. Kajian ini

melibatkan guru Teknik di daerah Johor Bahru. Instrumen kajian yang telah

digunakan ialah set soalan soal selidik yang dibahagikan kepada dua bahagian. Data

yang diperolehi telah diproses dengan menggunakan Statistical Package for Social

Science, Version 12.0 (SPSS). Hasil penganalisaan data diterangkan dalam bentuk

kekerapan, peratusan dan min. Dapatan kajian menunjukkan bahawa kaedah perisian

yang gemar digunakan ialah ‘Tutorial’, ‘Latih Tubi’ dan ‘Demonstrasi’. Manakala

kekerapan guru-guru menggunakan perisian multimedia adalah rendah. Persepsi

guru dalam penggunaan perisian multimedia adalah pada aras tinggi manakala

masalah yang dihadapi oleh guru dalam penggunaan perisian multimedia pula adalah

pada aras sederhana. Melalui kajian ini beberapa tindakan boleh diambil untuk

meningkatkan kemahiran berkomputer kepada mereka diantaranya dengan

memperbanyakkan kursus-kursus kemahiran komputer seperti kursus intensif,

bengkel dan sebagainya untuk menghasilkan sendiri perisian multimedia berkait

dengan matapelajaran yang diajar.

Page 8: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · 2.3 Apakah itu Perisian Pengajaran Multimedia 18 2.4 Perisian Multimedia Dalam Pendidikan 20 ... 4.2.1 Bilangan Kekerapan Dan Peratusan

viii

ABSTRACT

The existance of multimedia technology is the important channel to distribute

the information in teaching and learning, while teachers is the key of the successful

on the multimedia technology. The objective of this research was to observe the used

of multimedia software among the teachers in their teaching process in four technical

schools in the state of Johor Bahru. The instrument used in this descriptive study was

a set of questionnaire. The collected data were analyzed by using Statistical

Package for Social Science, Version 12.0 (SPSS) and the data was presented in the

form of frequencies, percentage and mean. The most popular multimedia software

had their used are ‘Tutorial’, ‘Exercise’ and ‘Demonstration’. Whereby the usage of

multimedia softwere by teacher frequently low. The result shown that the teachers

perception had a high level on the usage of the multimedia software while the

problem when using of multimedia software had shown a moderate level. As the

result of this research several actions should be taken to improve computer skills

among them such as attending intensive courses and workshops in order to develop

their own multimedia software that related with their subject.

Page 9: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · 2.3 Apakah itu Perisian Pengajaran Multimedia 18 2.4 Perisian Multimedia Dalam Pendidikan 20 ... 4.2.1 Bilangan Kekerapan Dan Peratusan

ix

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

PENGESAHAN STATUS TESIS i

PENGESAHAN PENYELIA ii

TAJUK KAJIAN iii

PENGAKUAN PENYELIDIK iv

DEDIKASI v

PENGHARGAAN vi

ABSTRAK vii

ABSTRACT viii

KANDUNGAN ix

SENARAI JADUAL xiv

SENARAI SINGKATAN DAN SIMBOL xvi

SENARAI LAMPIRAN xvii

BAB I PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 2

1.3 Penyataan Masalah 6

1.4 Objektif 7

1.5 Persoalan Kajian 8

1.6 Kepentingan Kajian 8

1.7 Rasional Kajian 9

1.8. Batasan Kajian 10

Page 10: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · 2.3 Apakah itu Perisian Pengajaran Multimedia 18 2.4 Perisian Multimedia Dalam Pendidikan 20 ... 4.2.1 Bilangan Kekerapan Dan Peratusan

x

1.8.1 Lokasi 10

1.8.2 Persempelan 11

1.8.3 Faktor Yang Dikaji 11

1.9 Definisi Istilah 12

1.9.1 Komputer 12

1.9.2 Perisian 12

1.9.3 Multimedia 12

1.9.4 Penggunaan 13

1.9.5 Guru Teknikal 13

1.10 Penutup 14

BAB II SOROTAN PENULISAN

2.1 Pengenalan 15

2.2 Strategi Pengajaran dan Pembelajaran 16

2.3 Apakah itu Perisian Pengajaran Multimedia 18

2.4 Perisian Multimedia Dalam Pendidikan 20

2.5 Pendekatan yang digunakan Dalam

Pembelajaran Berbantukan Komputer 21

2.6 Kajian-kajian lepas 23

2.6.1 Menyokong Pembelajaran Kendiri. 23

2.6.2 Meningkatkan Pencapaian Pelajar. 23

2.6.3 Membantu Menyelesaikan Masalah

Pendidik Dalam Pengajaran 24

2.6.4 Membantu Imaginasi Terhadap Perkara

Abstrak 25

2.6.5 Keseronokan Belajar dan Menjana

Kekreatifan Pelajar 25

2.6.6 Kaedah dan Pendekatan Perisian

Multimedia Yang Digunakan Oleh Guru

Page 11: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · 2.3 Apakah itu Perisian Pengajaran Multimedia 18 2.4 Perisian Multimedia Dalam Pendidikan 20 ... 4.2.1 Bilangan Kekerapan Dan Peratusan

xi

Dalam Proses Pengajaran Mereka. 27

2.6.7 Kekerapan Guru-Guru Menggunakan

Perisian Multimedia Dalam Proses

Pengajaran Mereka. 27

2.6.8 Masalah Yang Dihadapi Oleh Guru Semasa

Menggunakan Perisian Multimedia Dalam

Proses Pengajaran. 28

2.6.9 Persepsi Guru Terhadap Peranan Perisian

Multimedia Dalam Proses Pengajaran. 30

2.6.10 Kekerapan Penggunaaan Perisian Multimedia Di

Antara Guru Yang Berlainan Latar Belakang 31

2.7 Aplikasi Teknologi Multimedia Dalam Pendidikan 32

2.8 Penutup 33

BAB III METODOLOGI

3.1 Pengenalan 35

3.2 Rekabentuk Kajian 35

3.3 Tempat Kajian 36

3.4 Sampel Kajian 36

3.5 Instrument Kajian 37

3.6 Prosedur Kajian 39

3.7 Kajian Rintis 40

3.8 Analisis Data 40

3.9 Penutup 42

Page 12: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · 2.3 Apakah itu Perisian Pengajaran Multimedia 18 2.4 Perisian Multimedia Dalam Pendidikan 20 ... 4.2.1 Bilangan Kekerapan Dan Peratusan

xii

BAB IV ANALISIS DATA

4.1 Pengenalan 43

4.2 Analisis Bahagian A - Latar Belakang Responden 35

4.2.1 Bilangan Kekerapan Dan Peratusan 35

Mengikut Jantina

4.2.2 Profil Responden Dari segi 36

Pengkhususan

4.2.3 Profil Responden Dari

Segi matapelajaran 46

4.2.4 Profil Responden Dari

Segi Bangsa 46

4.2.5 Profil Responden Dari

Segi Kelulusan Ikhtisas. 47

4.2.6 Profil responden Dari

Segi Pengalaman Mengajar. 48

4.2.7 Jenis-jenis Perisian Komputer

Yang biasa Digunakan

Di Kalangan guru. 49

4.3 Mengenalpasti kaedah Pengajaran Menggunakan

Perisian Multimedia Oleh Guru Dalam

Matapelajaran Teknikal. 50

4.4 Mengenalpasti Kekerapan guru-guru

Menggunakan Perisian Multimedia

Dalam Proses Pengajaran mereka . 52

4.5 Mengetahui Persepsi Guru terhadap Peranan

Perisian Multimedia Dalam Proses

Pengajaran Mereka. 54

4.6 Mengetahui masalah yang dihadapi oleh

guru semasa menggunakan perisian multimedia

dalam proses pengajaran 58

Page 13: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · 2.3 Apakah itu Perisian Pengajaran Multimedia 18 2.4 Perisian Multimedia Dalam Pendidikan 20 ... 4.2.1 Bilangan Kekerapan Dan Peratusan

xiii

4.7 Rumusan Dapatan kajian 62

BAB V PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 64

5.2 Perbincangan

5.2.1 Latar Belakang Pelajar 65

5.2.2 Mengenalpasti kaedah Pengajaran Menggunaka

Perisian Multimedia Yang Digunakan Dalam

Proses Pengajaran yang dijalankan . 66

5.2.3 Mengenalpasti Kekerapan guru-guru

Menggunakan Perisian Multimedia

Dalam Proses Pengajaran mereka . 68

5.2.4 Mengetahui Persepsi Guru terhadap Peranan

Perisian Multimedia Dalam Proses

Pengajaran Mereka. 69

5.2.5 Mengetahui masalah yang dihadapi oleh

guru semasa menggunakan perisian multimedia

dalamproses pengajaran 72

5.3 Rumusan Dapatan kajian 76

5.4 Cadangan 77

5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 78

5.6 Penutup 79

BIBLIOGRAFI 80

LAMPIRAN 88

Lampiran A –E

Page 14: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · 2.3 Apakah itu Perisian Pengajaran Multimedia 18 2.4 Perisian Multimedia Dalam Pendidikan 20 ... 4.2.1 Bilangan Kekerapan Dan Peratusan

xiv

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

3.1 Jumlah Sampel. 37

3.2 Pecahan Item Soal Selidik 38

3.3 Skor skala Likert 38

3.3 Skala pemeringkatan likert diterbitkan 38

3.4 Pengkelasan Maklum Balas Responden

Berdasarkan Skor Min 41

4.1 Profil Responden Mengikut Jantina. 44

4.2 Bidang Pengkhususan 45

4.3 Matapelajaran Yang Diajar

4.4 Taburan Bilangan Mengikut Bangsa. 46

4.5 Kelulusan Ikhtisas

4.6 Pengalaman Mengajar 48

Page 15: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · 2.3 Apakah itu Perisian Pengajaran Multimedia 18 2.4 Perisian Multimedia Dalam Pendidikan 20 ... 4.2.1 Bilangan Kekerapan Dan Peratusan

xv

4.7 Perisian Komputer Yang Digunakan

Di Kalangan guru dalam proses

pengajaran mereka. 49

4.8 Kaedah Pengajaran Menggunakan Perisian

Multimedia Yang Digunakan Dalam

Proses Pengajaran yang dijalankan . 51

4.9 Kekerapan guru-guru Menggunakan Perisian

MultimediaDalam Proses Pengajaran

mereka . 52

4.10 Taburan Responden mengikut Peratus Dan

Min Terhadap Persepsi Guru terhadap Peranan

Perisian Multimedia Dalam Proses

Pengajaran Mereka. 54

4.11 Taburan Responden mengikut Peratus Dan

Min bagi masalah yang dihadapi oleh

guru semasa menggunakan perisian multimedia

dalam proses pengajaran 58

Page 16: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · 2.3 Apakah itu Perisian Pengajaran Multimedia 18 2.4 Perisian Multimedia Dalam Pendidikan 20 ... 4.2.1 Bilangan Kekerapan Dan Peratusan

xvi

SENARAI SINGKATAN DAN SIMBOL

EPRD - Bahagian Perancangan & Penyelidikan Dasar Pendidikan

JPNJ - Jabatan Pelajaran Negeri Johor

α - Alpha Cronbach

ƒ - Kekerapan

% - Peratus

ST - Sangat Setuju

S - Setuju

TP - Tidak Pasti

SS - Sangat Setuju

STS - Sangat Tidak Setuju

SPSS - Statiscal package for the Social Science

PPD - Pejabat Pendidikan Daerah

KPM - Kementerian Pelajaran Malaysia

PIPP - Pelan Induk Pembangunan Pendidikan

Page 17: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · 2.3 Apakah itu Perisian Pengajaran Multimedia 18 2.4 Perisian Multimedia Dalam Pendidikan 20 ... 4.2.1 Bilangan Kekerapan Dan Peratusan

xvii

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK

A Borang Soal Selidik

B Surat Kebenaran dari Kementerian Pelajaran

Malaysia, Bahagian Perancangan dan

Penyelidikan Dasar Pendidikan (EPRD)

C Surat Kebenaran dari Jabatan Pelajaran

Negeri Johor (JPNJ)

D Surat Akuan Pelajar

E Analisis Kebolehpercayaan Alpha Cronbach

Page 18: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · 2.3 Apakah itu Perisian Pengajaran Multimedia 18 2.4 Perisian Multimedia Dalam Pendidikan 20 ... 4.2.1 Bilangan Kekerapan Dan Peratusan

BAB I

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Sejak mencapai kemerdekaan, negara kita telah mengalami perubahan yang

pesat dalam sistem pendidikannya. Bagi meningkatkan mutu pendidikan, dasar-

dasar pendidikan negara sentiasa dikaji dan kurikulum diperkemaskan bagi

memastikan keberkesanan perlaksanaannya dalam menghadapi alaf baru yang timbul

dalam bidang ekonomi, politik dan sosial selaras dengan perkembangan pesat yang

sedang berlaku dalam negara. Selaras dengan hasrat negara untuk mencapai

matlamat Wawasan 2020, iaitu memerlukan pertumbuhan produktif yang dapat

dicapai melalui kepakaran teknologi, tenaga kerja yang mampu berfikir secara kritis,

inovatif dan kreatif serta bersedia untuk turut serta dalam ekonomi globalisasi.

Begitu juga dengan sistem pendidikan masa kini sedang mengalami

perubahan yang amat pesat sekali. Pelbagai kaedah baru telah diperkenalkan serta

digunakan supaya pengajaran seseorang guru menjadi lebih berkesan dan

pembelajaran murid menjadi lebih bermakna. Sejak beberapa tahun yang lalu kaedah

pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer (PBK) telah mula diperkenalkan

dan kini dengan era teknologi maklumat dan komunikasi yang semakin pesat, ianya

semakin mendapat perhatian ramai.

Page 19: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · 2.3 Apakah itu Perisian Pengajaran Multimedia 18 2.4 Perisian Multimedia Dalam Pendidikan 20 ... 4.2.1 Bilangan Kekerapan Dan Peratusan

2

Perkembangan dalam teknologi multimedia pula menjanjikan potensi besar

dalam merubah cara seseorang belajar, cara memperolehi maklumat, cara

menyesuaikan setiap maklumat dan sebagainya. Multimedia juga menyediakan

pelbagai peluang kepada para pendidik mengaplikasikan pelbagai teknik pengajaran

dan pelajar pula diberi peluang untuk memegang kuasa kawalan bagi sesuatu sesi

pembelajaran. Pelajar juga berpeluang untuk menentukan teknik belajar yang

bersesuaian dengan mereka, membentuk pengetahuan berdasarkan keperluan masing-

masing serta mengalami suasana pembelajaran yang lebih menarik dan berkesan.

Sunber maklumat serta rujukan juga bukan lagi terikat dengan teks dari buku semata-

mata tetapi lebih luas dari itu. Kehadiran teknologi multimedia menerusi internet

menambahkan lagi kemampuan proses capaian maklumat dimana setiap maklumat

dalam pelbagai bentuk dan pendekatan boleh dicapai dengan mudah dan pantas.

1.2 Latar Belakang Masalah

Pelajar-pelajar sekolah pada masa kini memerlukan rangsangan yang pelbagai

untuk memotivasikan mereka untuk belajar. Minat untuk mereka belajar akan

berkurangan sekirannya tiada rangsangan yang pelbagai. Kaedah pengajaran secara

tradisional menimbulkan rasa kebosanan dan kurang menarik jika dibandingkan

dengan penggunaan bahan bantu mengajar (BBM) yang bersesuaian iaitu yang

mampu menimbulkan rangsangan positif dalam pengajaran dan pembelajaran.

Pendidik seharusnya peka dengan setiap perkembangan yang berlaku di

sekeliling mereka. Proses pengajaran yang lebih menarik akan mengelakkan rasa

bosan sebaliknya meningkatkan rasa minat untuk belajar. Multimedia berasaskan

komputer boleh menjadikan proses pendidikan suatu pengalaman yang

menyeronokkan dan menarik di samping membantu pelajar memahami sesuatu

konsep dengan cepat dan mudah (Baharuddin & Mohd, 1995).

Page 20: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · 2.3 Apakah itu Perisian Pengajaran Multimedia 18 2.4 Perisian Multimedia Dalam Pendidikan 20 ... 4.2.1 Bilangan Kekerapan Dan Peratusan

3

Di dalam bidang kejuruteraan, kebanyakkannya telah mengunakan teknologi

terkini dengan bantuan komputer disamping perisian multimedia yang pelbagai. Oleh

yang demikian, di peringkat sekolah menengah seharusnya telah didedahkan dengan

penggunaan alat bantuan mengajar yang berasaskan multimedia yang lebih interaktif.

Sasaran utama yang perlu dilihat dahulu adalah guru. Ini kerana gurulah yang akan

membentuk pelajar menuju kearah kejayaan.

Sehubungan dengan itu, Menteri Pendidikan, Tan Sri Musa Muhamad

(Utusan Malaysia, 28 Jun 2001), telah mengingatkan para guru bahawa “kerajaan

telah berbelanja besar dalam menyediakan infrastruktur teknologi di sekolah dan

para guru hendaklah menggunakan teknologi yang disediakan oleh kerajaan untuk

menghasilkan lebih ramai pelajar yang cemerlang”.

Oleh itu bersesuai dengan perkembangan pendidikan masa kini, penggunaan

multimedia akan menjadi salah satu pendekatan yang penting dalam pengajaran dan

pembelajaran masa kini. Menurut Pengarah Bahagian Teknologi Pendidikan,

Kementerian Pendidikan, Hamidah Baba; “kebaikan perisian multimedia dalam

pendidikan, bahan multimedia sebenarnya merujuk kepada atribut bahan yang

menyatukan dua media ataupun lebihi aitu teks, gambar, grafik, bunyi, tayangan serta

animasi menjadikannya satu persembahan yang jelas dan mudah difahami.”

(Mingguan Malaysia 26 jun 2000 : m/s 6 dalam Mohd. Ali (2002)).

Seperti yang di ketahui, Kementerian Pendidikan telah membekalkan

sekolah-sekolah dengan pelbagai jenis teknologi (perkakasan dan perisian) dengan

tujuan untuk meningkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran.

Antara teknologi utama yang dibekalkan kepada sekolah ialah komputer dan

perantinya, Digital Multimedia Systems, rancangan TV Pendidikan, dan perisian

pendidikan iaitu perisian multimedia (courseware). Pembekalan teknologi ini dibuat

secara berperingkat-peringkat.

Page 21: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · 2.3 Apakah itu Perisian Pengajaran Multimedia 18 2.4 Perisian Multimedia Dalam Pendidikan 20 ... 4.2.1 Bilangan Kekerapan Dan Peratusan

4

Sehubungan dengan itu Kementerian Pendidikan telah mengeluarkan surat

pekeliling Dasar Penggunaan Media Dan Teknologi Dalam Pengajaran Dan

Pembelajaran, antara kandungannya adalah guru-guru wajib menggunakan perisian

kursus pendidikan yang dibekalkan oleh Kementerian Pendidikan untuk digunakan

semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Selain itu pihak sekolah perlu elakkan

daripada membeli perisian cetak rompak. Sekiranya sekolah berhasrat membeli

perisian kursus, judul perisian yang hendak dibeli perlu terlebih dahulu mendapat

kelulusan daripada Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan

Malaysia. (Sumber: Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 6/2003 : Dasar Penggunaan Media

Dan Teknologi Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran)

Badjet 2003 yang dibentang oleh Perdana Menteri ketika itu, Yang Amat

Berhormat Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad memperuntukkan RM 5 billion untuk

tempoh antara 2002 hingga 2008 bagi melengkapkan prasarana perisian dan latihan

kepada tenaga pengajar untuk memastikan kelancaran dalam pengajaran dan

pembelajaran. Sebagai sebahagian daripada proses pembestarian, Kementerian

Pelajaran Malaysia (KPM) juga telah melengkapkan kemudahan teknologi maklumat

dan komunikasi (ICT) berupa maklumat komputer kepada sekolah-sekolah di seluruh

negara. Bagi menjayakan usaha itu, sejumlah peruntukan telah dikeluarkan untuk

membolehkan setiap sekolah memiliki infrastruktur dan peralatan komputer yang

lengkap dan boleh digunakan oleh para guru dan pelajar dalam proses pengajaran dan

pembelajaran. Menerusi RMK-9, kerajaan memperuntukkan sejumlah RM 2.3 billion

bagi meningkatkan kemudahan serta kelengkapan ICT di semua sekolah seluruh

negara. Setakat ini kira-kira 97 peratus sekolah sudah mempunyai kelengkapan

berkenaan (Utusan Malaysia, Selasa, 29 Ogos 2006)

Justeru itu seseorang guru seharusnya menggunakan kaedah pengajaran yang

berbantukan alat bantu mengajar atau media pengajaran secara optimum yang boleh

menjadikan proses pengajaran dan pembelajarannya lebih berkesan dan menarik.

Penggunaan multimedia dalam pengajaran dan pembelajaran sesungguhnya

membawa suatu pembaharuan kepada corak pendidikan masa kini. Ia merupakan

Page 22: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · 2.3 Apakah itu Perisian Pengajaran Multimedia 18 2.4 Perisian Multimedia Dalam Pendidikan 20 ... 4.2.1 Bilangan Kekerapan Dan Peratusan

5

satu kaedah alternatif kepada pengajaran dan pembelajaran pelajar selain dari

merujuk kepada buku yang merupakan sumber ilmu tradisional.

Dalam proses pengajaran dan pembelajaran guru merupakan orang yang

paling hampir dengan pelajar, pakar kepada subjek yang diajar dan mengenali serta

mengetahui masalah-masalah yang dihadapi oleh pelajar-pelajar. Dalam strategi

pengajaran dan pembelajaran, media teknologi digunakan sebagai satu kaedah untuk

mengoptimumkan hasil pembelajaran. Antara contoh media teknologi yang

digunakan ialah televisyen, radio, video, perisian komputer, perisian multimedia, dan

internet.

Memandangkan adalah penting penggunaan multimedia dalam proses

pengajaran dan pembelajaran, kemahiran komputer guru-guru juga menjadi aspek

penting. Tanpa kemahiran mengendali dan memanipulasi sesuatu alat, betapa penting

dan berguna pun peralatan tersebut tidak akan memberi kesan atau faedah. Begitu

juga dengan penggunaan perisian multimedia, walaupun terdapat banyak kelebihan

dan kekuatan menggunakan perisian multimedia dalam pengajaran, banyak

peruntukkan yang disediakan oleh kerajaan untuk peralatan ICT tetapi jika guru-guru

tidak menggunakannya, segala pelaburan dan harapan hanya akan menjadi sia-sia.

Page 23: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · 2.3 Apakah itu Perisian Pengajaran Multimedia 18 2.4 Perisian Multimedia Dalam Pendidikan 20 ... 4.2.1 Bilangan Kekerapan Dan Peratusan

6

1.3 Pernyataan Masalah

Salah satu cara untuk meningkatkan keberkesanan komunikasi dalam

pengajaran ialah melalui aplikasi teknologi komputer. Walau bagaimana pun, sejauh

mana guru-guru di sekolah memanfaatkan kemudahan teknologi komputer yang ada

tidaklah di ketahui. Kajian yang dijalankan oleh Koay (1995) yang mengkaji

mengenai penggunaan alat bantuan pengajaran dikalangan guru ketukangan di

Sekolah Menengah Vokasional di Malaysia didapati penggunaan alat bantuan

mengajar bukan elektronik lebih digemari misalnya penggunaan papan kapur,

manakala BBM elektronik sangat jarang digunakan..

Penggunaan perisian multimedia sebagai Bahan Bantu Mengajar (BBM)

yang dibekalkan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia secara idealnya

adalah untuk memudahkan pengajaran dan pembelajaran (P&P) di sekolah. Selain

mendedahkan kepada suatu bentuk pengajaran dan pembelajaran yang terkini, ia

dianggap menjadi daya tarikan untuk belajar dan juga memudahkan semua pihak

iaitu guru, pelajar, ketua panitia, pentadbir, jabatan dan kementerian.

Perisian bagi subjek Lukisan Kejuruteraan, Pengajian Kejuruteraan,

Matematik, Sains, Fizik, Kimia, Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan sebagainya

dibekalkan di sekolah. Kemudahan komputer riba dan LCD turut diberikan kepada

guru-guru subjek yang berkenaan. Dengan kemudahan yang dibekalkan adakah

penggunaannya digunakan sepenuhnya oleh pihak guru dalam proses P&P.

Bagaimana pula dengan persediaan guru di sekolah dengan bahan P&P

berantarakan komputer. Adakah mereka bersedia menggunakan bahan P&P

berantarakan komputer seperti perisian multimedia. Oleh itu, pemusatan utama

penyelidik dalam kajian ini adalah untuk mengetahui adakah guru-guru

menggunakan kaedah pengajaran yang berbantukan alat bantu mengajar atau media

Page 24: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · 2.3 Apakah itu Perisian Pengajaran Multimedia 18 2.4 Perisian Multimedia Dalam Pendidikan 20 ... 4.2.1 Bilangan Kekerapan Dan Peratusan

7

pengajaran berasaskan perisian multimedia secara optimum yang boleh menjadikan

proses pengajaran dan pembelajarannya lebih berkesan dan menarik.

1.4 Objektif Kajian

Kajian yang dijalankan bertujuan mengetahui Tahap Penggunaan Perisian

Multimedia Dalam Pengajaran Guru-Guru Teknikal di Sekolah Menengah Teknik di

Daerah Johor Bahru.

Antara objektif kajian ialah:-

i. Mengenalpasti kaedah pengajaran menggunakan perisian multimedia

oleh guru dalam proses pengajaran mereka.

ii. Mengenalpasti kekerapan guru-guru menggunakan perisian

multimedia dalam proses pengajaran mereka.

iii. Mengetahui persepsi guru terhadap peranan perisian multimedia

dalam proses pengajaran.

iv. Mengetahui masalah yang dihadapi oleh guru semasa menggunakan

perisian multimedia dalam proses pengajaran.

Page 25: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · 2.3 Apakah itu Perisian Pengajaran Multimedia 18 2.4 Perisian Multimedia Dalam Pendidikan 20 ... 4.2.1 Bilangan Kekerapan Dan Peratusan

8

1.5 Persoalan Kajian.

Antara persoalan yang terdapat dalam kajian ini ialah:

i. Apakah kaedah pengajaran menggunakan perisian multimedia oleh

guru dalam proses pengajaran mereka ?

ii. Sejauh manakah kekerapan guru-guru menggunakan perisian

multimedia dalam proses pengajaran mereka?

iii. Apakah persepsi guru terhadap peranan perisian multimedia dalam

proses pengajaran?

iv. Apakah masalah yang dihadapi oleh guru semasa menggunakan

perisian multimedia dalam proses pengajaran?