muhammad 1

12
Muhammad S.A.W, nama yang sangat tidak asing bagi umat Islam keseluruhan. Malahan sangat dikagumi oleh sarjana-sarjana barat. Seorang insan yang sangat kuat dan cekal dalam menyebarkan dakwah Islamiyah. Menyampaikan wahyu yang diturunkan hingga keseluruh pelusuk alam hingga kezaman kini. Seorang pemimpin yang berjaya menyatu padukan masyarakat yang ketika itu sangat jahil akan sistem kehidupan. Tiada panduan dan hanya berdasarkan ikutan nenek moyang. Dengan usaha dan kegigihan baginda yang walau ketika itu mendapat pelbagai tentangan, tomahan, cacian sehingga diancam bunuh, kini kita sendiri berasa nikmat Islam itu sendiri. Orang pertama yang berjaya mewujudkan sistem perundangan negara iaitu Madinah. Sebuah piagam yang sangat adil dan menyeluruh yang menjadi contoh kepada dunia moden pada masa kini. Pemimpin masyarakat yang menyatukan umat Islam melalui persaudaraan antara Muhajirin dan Ansar berdasarkan konsep ukhuwah Islamiyah dan bantu membantu kearah kebaikan.Ini menjadi bukti beliau bukan sahaja seorang suami, bapa dan sahabat dalam skop institut yag kecil. Malahan seorang pemimpin ummah, ketua tentera malahan ketua hakim dalam kepimpinana negara bersumberkan wahyu Allah SWT.(Abu Hikam ,1998) Justeru, ketokohan beliau ini sememangnya sudah terpalit dalam mana-mana buku sejarah malah diakui oleh seluruh tokoh di dunia ini. Di dalam kitab suci Al Quran Nul Karim turut terdapat firman-firman Allah berkaitan Nabi Muhammad S.A.W. Tidak terkecuali daripada baginda sendiri melalui hadis-hadis yang disampaikan baginda yang merupakan ilham dan wahyu Allah SWT. 1) Al-Quran

Upload: muhdaizat96

Post on 17-Jan-2016

224 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

ketokohan

TRANSCRIPT

Page 1: Muhammad 1

Muhammad S.A.W, nama yang sangat tidak asing bagi umat Islam keseluruhan.

Malahan sangat dikagumi oleh sarjana-sarjana barat. Seorang insan yang sangat kuat dan

cekal dalam menyebarkan dakwah Islamiyah. Menyampaikan wahyu yang diturunkan hingga

keseluruh pelusuk alam hingga kezaman kini. Seorang pemimpin yang berjaya menyatu

padukan masyarakat yang ketika itu sangat jahil akan sistem kehidupan. Tiada panduan dan

hanya berdasarkan ikutan nenek moyang. Dengan usaha dan kegigihan baginda yang walau

ketika itu mendapat pelbagai tentangan, tomahan, cacian sehingga diancam bunuh, kini kita

sendiri berasa nikmat Islam itu sendiri.

Orang pertama yang berjaya mewujudkan sistem perundangan negara iaitu Madinah.

Sebuah piagam yang sangat adil dan menyeluruh yang menjadi contoh kepada dunia moden

pada masa kini. Pemimpin masyarakat yang menyatukan umat Islam melalui persaudaraan

antara Muhajirin dan Ansar berdasarkan konsep ukhuwah Islamiyah dan bantu membantu

kearah kebaikan.Ini menjadi bukti beliau bukan sahaja seorang suami, bapa dan sahabat

dalam skop institut yag kecil. Malahan seorang pemimpin ummah, ketua tentera malahan ketua

hakim dalam kepimpinana negara bersumberkan wahyu Allah SWT.(Abu Hikam ,1998)

Justeru, ketokohan beliau ini sememangnya sudah terpalit dalam mana-mana buku

sejarah malah diakui oleh seluruh tokoh di dunia ini. Di dalam kitab suci Al Quran Nul Karim

turut terdapat firman-firman Allah berkaitan Nabi Muhammad S.A.W. Tidak terkecuali daripada

baginda sendiri melalui hadis-hadis yang disampaikan baginda yang merupakan ilham dan

wahyu Allah SWT.

1) Al-Quran

Al Quran merupakan sumber pertama umat Islam sebagai rujukan dalam

kehidupan sejak zaman Rasulullah lagi. Meskipun Al Quran banyak menceritakan

kisah-kisah kehidupan nabi selain Muhammad seperti kisah Nabi Musa dan firaun ,

kisah Nabi Sulaiman dan Zulaikha, ini tidak bermakna Al Quran langsung tidak

menyebut Nabi Muhammad S.A.W sebagai rasul yang terakhir.

Membuktikan ketokohan beliau, di dalam kitab Wawasan Al Quran karangan

M.Quraish Shibab(1996),terdapat di dalam Al Quran bahawa para nabi pernah

mengangkat janji untuk mempercayai dan membela Nabi Muhammad S.A.W.

Page 2: Muhammad 1

Ini berdasarkan Surah Ali ‘Imran ayat 81 yang berbunyi:

�م� م� ث �� و�ح� �ت �م م�ن ك �ك ت � �م�ا ء�ات ن� ل � �ب لن ��ق� �ه� م�يث لل �خ�ذ� � أ ة�و�إ ك� ة� ك� ي‍� ٱ ٱ ك�

و س� � ر� اء�ك ل ج� ك�� ت �خ� � و�أ ت ر�

� ال� ء�أ �ه� ق((� ن ر� �نص((� �ت �ه� و�ل �ن� ب م�ن � �ت � ل ا م�ع�ك �م((� د� ل ك�م0ص((� ك� ك� ك� ك� ۥ ۦ ك� ك� ل�

�م م�ن� � م�ع�ك �ن 1 و�أ ه�د�وا ال� ف� � ق((((� ن ر�� 1 أ �و4ا ال ر� ق((((� � � إ �ك ا�ع�ل�ى� ذ��ل ك� ٱ � ك� ك� ي� ك� ك�

ه�د�ين� ٨١ٱلش��81 .Dan (ingatlah) ketika Allah mengambil perjanjian setia dari Nabi-nabi (dengan

firmanNya): Sesungguhnya apa jua Kitab dan Hikmat yang Aku berikan kepada kamu,

kemudian datang pula kepada kamu seorang Rasul yang mengesahkan apa yang ada

pada kamu, hendaklah kamu beriman sungguh-sungguh kepadanya dan hendaklah

kamu bersungguh-sungguh menolongnya. Allah berfirman lagi (bertanya kepada

mereka): Sudahkah kamu mengakui dan sudahkah kamu menerima akan ikatan janjiku

secara yang demikian itu? Mereka menjawab: Kami berikrar (mengakui dan

menerimanya). Allah berfirman lagi: Jika demikian, maka saksikanlah kamu dan Aku

juga menjadi saksi bersama-sama kamu.

Berkaitan ayat ini, Rasulullullah ada bersabda:

“Demi Allah dan jiwaku berada pada genggamana-Nya, seandainya Musa a.a. hidup.

Dia tidak dapat mengelak dari mengikutiku.”

(HR Imam Ahmad)

Ketokohan dan kebenarannya bukan harus diakui oleh umat manusia keseluruhannya,

malahan harus dituruti oleh para nabi-nabi terdahulu.

Selain itu, perkara bahawa nabi Muhammad saw adalah nabi terakhir adalah perkara

yang sudah pasti dan diyakini oleh semua umat Islam. Setelah risalah dakwah yang beliau

sampaikan, tidak akan ada lagi nabi yang diutus Tuhan. 

Seperti yang terdapat dal surah Al Ahzab ayat 40 Allah berfirman:

Page 3: Muhammad 1

� �ب لن �م� ات ه� و�خ((� لل((� ول� س((� ��ك�ن ر� � و�ل �ك ال ج((� �ح� م�ن ر� ا أ �ب((� د> أ �ان� م�ح�م((� ��م�ا ك ن ي‍� ٱ ٱ ك� � ة

�يم?ا ء@ ع�ل �ل� ش� �ك �ه� ب لل �ان� ك�و�ك ٤٠ٱ40. Bukanlah Nabi Muhammad itu (dengan sebab ada anak angkatnya) menjadi bapa yang

sebenar bagi seseorang dari orang lelaki kamu, tetapi dia adalah Rasul Allah dan kesudahan

segala Nabi-nabi dan (ingatlah) Allah adalah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.

Justeru, perjuangan Nabi Muhammad sebagai rasul dalam menyampaikan dakwah telah

termaktub di dalam Al Quran. Membuktikan beliau merupakan rasul yang terakhir yang telah

menyempurnakan keseluruhan agama Allah. Maka islam itu sudah sempurna, tidak boleh

ditambah mahupun dikurangi.

2) Hadis

Islam pada zaman kini terlalu banyak permasaalahan.Sehinggakan umat merasakan

tiada jalan penyelesaian.Nabi Muhammad adalah rasul terakhir. Selepas beliau tidak ada lagi

Nabi dan Rasul. Ajaran yang dibawanya berlaku hingga akhir zaman. Kita pun adalah Ummat

nya. Artinya, Rasulullah juga tidak saja bertanggungjawab atas para sahabat, tetapi juga atas

semua ummatnya, mulai dari zaman beliau hingga akhir zaman. Dengan itu Rasulullah

berpesan melalui hadis baginda pada khutbahya yang terakhir.

Sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda, "Kutinggalkan pada kamu sekalian

dua perkara yang kalian tidak akan sesat apabila kalian berpegang teguh

kepada keduanya, yaitu : Kitab Allah dan sunnah Nabi-Nya". [HR. Malik

dalam Al-Muwaththa’ juz 2, hal. 899]

Sesungguhnya Rasul telah mengingatkan kita beribu tahun yang lalu. Bahawa umat

Islam akan sentiasa berada dalam kebaikan jika berpegang teguh kepada Kitabullah (Al-Qur’an)

dan Sunnah Nabi-Nya. Bahawa umat Islam tidak akan pernah tersesat selamanya, jika Umat

Islam itu sendiri mahu menerapkan dua sumber utama hukum Islam tersebut.

Fokus pada kata dasar As Sunnah, Menurut M.T.Hasbi Ash Shiddieqy(1954), pengertian

sunnah dari sudut bahasa bermakna jalan yang dijalani, terpuji, atau tidak

Page 4: Muhammad 1

           Manakala ulama ushul fiqh memberikan definisi Sunnah adalah "segala yang dinukilkan

dari Nabi Muhammad SAW., baik berupa perkataan, perbuatan mahupun taqrirnya yang ada

sangkut pautnya dengan hukum". Menurut T.M. Hasbi Ash Shiddieqy(1954), makna inilah yang

diberikan kepada perkataan Sunnah dalam sabda Nabi, di atas.

Rasulullah juga pernah bersabda: “Setiap ummatku akan masuk surga kecuali yang

enggan. (Lalu) dikatakan kepada beliau: ‘Siapa yang enggan itu wahai Rasulullah ?’ Maka

beliau menjawab: ‘Barangsiapa mentaati aku ia pasti masuk surga, dan barangsiapa yang

mendurhakaiku maka ia enggan (masuk surga).” [Shahih Bukhari: 7280]

Rasulullah bukan saja menyampaikan risalah dan ajaran Islam semata-mata bahkan baginda

sendiri menunjukkan qudwah hasanah iaitu contoh bagaimana yang dikehendaki oleh Islam.

Segala tingkah laku, percakapan dan sikap baginda mencerminkan keperibadian Islam yang

dituntut dan dikehendaki oleh Allah untuk dicontohi oleh umat manusia.. Selari dengan firman

Allah di dalam Al Quran

ا Eير� �ث ك �ه� الل �ر� و�ذ�ك اآلخ�ر� �و1م� 1ي و�ال �ه� الل ج�و �ر1 ي �ان� ك �م�ن1 ل �ة> ن ح�س� و�ة> س1� أ �ه� الل س�ول� ر� ف�ي �م1 �ك ل �ان� ك �ق�د1 ل

“Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu uswatun hasanah (suri teladan yang baik)

bagimu (yaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia

banyak menyebut Allah.”

[QS. Al-Ahzaab: 21]

3) Ulama’ dan sarjana Islam

Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam memiliki akhlak mulia seperti, sifat pemaaf,

penyayang, penyabar, tawadhu, jujur dan sebagainya. Beliau juga sangat menganjurkan agar

kaum muslimin berakhlak mulia. Banyak sekali riwayat hadits mahupun atsar sahabat yang

menceritakan tentang kemuliaan akhlak Rasulullah. Bahkan Ummul Mukminin ‘Aisyah

Radhiyallahu ‘Anha ketika ditanya oleh sahabat Hisyam bin Amir Radhiyallahu ‘Anhu tentang

bagaimana akhlak Rasulullah, maka ‘Aisyah berkata:

“Bukankah engkau sering membaca Al-Qur’an?”, beliau menjawab: “Ya”, ‘Aisyah

berkata: “Akhlak Rasulullah adalah Al-Qur’an”.  (H.R. Muslim).

Page 5: Muhammad 1

Ibnul Qayyim Al-Jauziyyah rahimahullah ketika menjelaskan tentang hadits ini, beliau

menyatakan bahwa Nabi Muhammad memadukan takwa kepada Allah dan sifat-sifat

luhur.Takwa kepada Allah dapat memperbaiki hubungan antara seorang hamba dan Tuhannya,

sedangkan akhlak mulia dapat memperbaiki hubungannya dengan sesama makhluk Allah

Ta’ala. Jadi, takwa kepada Allah akan melahirkan cinta seseorang kepada-Nya dan akhlak

mulia dapat menarik cinta manusia kepadanya.

Melalui riwayat-riwayat ini, adalah sudah cukup mengambarkan ketokohan dan

kepimpinan Nabi Muhammad S.A.W. Sangat besar dan amat harus dikagumi apabila baginda

disamakan seperti Al Quran.

4) Sarjana Barat

Rasulullah S.A.W. merupakan tokoh sepanjang zaman dan diakui oleh mana-mana

sarjana Barat sekalipun. Ini dapat dibuktikan melalui buku yang ditulis oleh Michael

H.Hart(1993) dalam bukunya berjudul “The 100 a ranking of the most influential persons in

history” katanya,

“Jatuhnya pilihan saya kepada Nabi Muhammad dalam urutan pertama daftar Seratus Tokoh

yang berpengaruh di dunia mungkin mengejutkan pembaca dan mungkin jadi tanda tanya

sebahagian yang lain. Tapi saya berpegang pada keyakinan saya, dialah Nabi Muhammad

satu-satunya manusia dalam sejarah yang berhasil meraih kejayaan luar biasa baik diukur dari

ukuran agama mahupun ruang lingkup duniawi.” (ms.3)

Dalam buku karangan K.l Seshagiri(1990) berkaitan Mahatma Gandhi dan perbandingan

agama, Mahatma Gandhi , turut berpendapat :“Ajaran yang dibawa oleh Muhammad adalah

peninggalan yg paling bijaksana bukan hanya utk Muslim tapi untuk seluruh umat manusia.”

Refleksi

Page 6: Muhammad 1

Rasulullah S.A.W merupakan seorang insan yang tersohor di muka bumi ini dan dari

pelbagai zaman. Seorang insan yang dipilih Allah menyempurnakan agama dimuka bumi ini.

Justeru, melalui tugasan ini sudah pasti memberi seribu satu pengetahuan kepada saya akan

perjuangan-perjuangan bagida dalam menyampaikan dakwah. Pelbagai halangan dan cabaran

yang harus ditempuhi baginda sehinggalah kini nikmat islam itu dapat dikecapi oleh berjuta

manusia hingga kekal berzaman-zaman dan yang pastinya hingga ke hari kiamat. Bedasarkan

perjuangan baginda dan para sahabat bersama berkat kesabaran dan kegigihan itu lah baginda

diangkat sebagai tokoh malahan pemimpi umat keseluruhannya hingga manusia menjadi lebih

bertamadun bersumberkan wahyu Allah S.W.T

Berdasarkan sumber pencarian seperti Al Quran dan hadis akan kemuliaan yang diberi

Allah pada baginda, pstinya menambah keimanan saya pada baginda Muhammad S.A.W.

Rukun iman yang ke empat iaitu beriman kepada para rasul menjadi tunjang yang kukuh akan

segala suri tauladan baginda dalam kita menjadi seorang hamba yang bertakwa.Justeru

mengikuti rasul itu samalah seperti kita mengikuti Allah S.W.T seperti firmannya:

Katakanlah (Wahai Muhammad): Jika Kamu (benar-benar) mencintai Allah, (maka) ikutilah aku,

nescaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu. Allah Maha Pengampun lagi Maha

Penyayang.( Al ‘Imran ayat 31)

Selain itu, tugasan ini sangat memberi kebanggan pada diri saya sebagai seorang

muslim , hal ini demikian, baginda bukan sahaja diakui oleh sarjana-sarjana Islam malahan oleh

sarjana dan tokoh-tokoh barat. Baginda turut menjadi contoh dan tauladan kepada tokoh-tokoh

terkenal seperti Mahatma Ghandi dan lain-lain. Baginda bukan sahaja mendidik cara hidup

manusia supaya lebih bertamadun, tetapi mendidik kita menegenal pada hari akhirat.

Namun demikkian, Islam pada masa kini seakan-akan asing dalam lingkungan

masyarakat dunia keseluruhan. Islam dianggap agama pengganas dan tidak bertamadun.

Walhal kerana Islamlah manusia pada masa kini boleh mengecapi kejayaan hasil kemajuan

Islam pada zaman baginda dan para sahabat. Melalui penguasaan tanah-tanah jajahan demi

pembebasan dari kezaliman dan penguasaan zalim. Islamlah yang menyebarkan kasih sayang

serta sifat toleransi sesama manusia. Sangat dukacita sekali apabila satu kumpulan yang diberi

nama Islamic State of Iraq and Syria (ISIS) yang mendakwa mereka merupakan kumpulan jihad

Page 7: Muhammad 1

yang berjuang kerana Allah. Tetapi mereka melakukan pembunuha, penyembelihan sesuka hati

hingga langsung tidak mencerminkan nilai Agama Islam yang sebenar.(dr Maszlee 2014)

Justeru, berdasarkan pandangan saya demi mengembalikan semula kegemilangan

Islam yang dibawa Rasulullah dan para sahabat, seharusnya masyarakat Islam berusaha

menuntut dan mendalami ilmu pengetahuan. Seperti yang berlaku pada pejuang ISIS yang

mendakwa perjuangan mereka itu jihad adalah terpesong sama sekali. Hal ini kerana mereka

bertindak tanpa berlandaskan ilmu pengetahuan dan hanya nafsu semata-mata.

Selain itu, umat Islam haruslah mencontohi akhlak dan perjuangan baginda Muhammad

S.A.W. Kerana bagindalah Islam itu berkembang, justeru pasti mempunyai sebab akan

kejayaan yang sangat besar ini. Sudah pasti kerana keperibadian baginda yang luhur serta

perjuangan baginda yang benar. Seperti firmanya:

“Wahai orang-orang yang beriman! jika kamu menolong (agama) ALLAH, niscaya Dia akan

menolongmu dan meneguhkan

kedudukanmu.” (QS Muhammad: 7)

Oleh yang demikian, sesuatu perjuangan yang benar haruslah berlandaskan Allah S.W.T

supaya mendapat pertolongan-Nya.

Kesimpulannya, melalui ketokohan dan kepimpinan baginda Muhammad S.A.W ini

seharusnya umat Islam bersatu padu. Sentiasa merujuk kembali kepada sejarah-sejarah

baginda dan para sahabat dalam meneyelesaiakan segala permasaalahan yang berlaku.

Page 8: Muhammad 1
Page 9: Muhammad 1

Kisah kehidupan nabi Muhammad, abu hikamal husni 1998 darul nu’man kuala lumpur

M. Quraish Shihab

Mizan Pustaka, 1 Jan 1996 -

Michael H. Hart 1993, Carol publishing group, new York , the 100 a ranking of the most influential persons in history

  Ash-Shiddieqy, Prof. Dr. T.M. Hasbi. Sejarah dan Pengantar Ilmu Hadits. PT Bulan Bintang, Jakarta :1954

K.L. Seshagiri Rao 1990  , new delhi,  Motilal Banarsidass