nabi muhammad

Click here to load reader

Post on 24-Dec-2015

43 views

Category:

Documents

7 download

Embed Size (px)

DESCRIPTION

ok

TRANSCRIPT

MUKHTASAR

RINGKASAN RIWAYAT HIDUP

NABI MUHAMMAD SAW

Riwayat Hidup Lengkap Nabi MuhammadSaw

Nabi Muhammad s.a.w. adalah anak kepada Abdullah bin Abdul Muttalib. Ibunya bernama Aminah binti Wahab. Nama MUHAMMAD telah diberikan kepada nabi oleh Datuk baginda Abdul Mutolib.Kedua orang tuanya itu berasal dari suku Quraisy yang dihormati dan mulia. Nabi Muhammad s.a.w. lahir pada hari Isnin, 12 Rabiul Awwal tahun Gajah (atau, 20 April 571 Masehi).

Dinamakan tahun Gajah, kerana ketika baginda lahir, kota Makkah telah diserang oleh Tentera Bergajah milik Raja Abrahah dan tentaranya dari negeri Habasyah dengan menunggang gajah. Mereka hendak menghancurkan Kabah kerana iri hati terhadap berita gembira kelahiran baginda Rasulullah. Tetapi Allah melindungi Kaabah dan seluruh penduduk Makkah, dengan mengarahkan sekumpulan burung Ababil menjatuhkan batu-batu dari Sijjil (dari neraka) yang amat panas kepada tentara itu hingga menyebabkan tembus perut tentera dan gajah. Maka binasalah mereka semuanya.

Ketika Nabi Muhammad s.a.w. masih di dalam kandungan ibunya, Abdullah, ayahnya, pergi ke negeri Syam (Siria) untuk berdagang. Tetapi, sepulang dari sana, ketika sampai di kota Madinah, ia menderita sakit dan wafat dalam usia 18 tahun. Abdullah dimakamkan di kota Madinah. Maka, Nabi Muhammad s.a.w. dilahirkan ke dunia dalam keadaan yatim, di tengah-tengah masyarakat jahiliyah penyembah berhala, penindas kaum lemah, perampas hak orang, dan bahkan membunuh kaum wanita.

HALIMAH AS-SADIYAH MENJADI IBU SUSU NABISudah menjadi adat bangsa Arab ketika itu, bahawa setiap bayi setiap qabilah akan diserahkan kepada keluarga qabilah lain untuk disusukan kepada wanita lain. Begitu pula halnya Nabi Muhammad s.a.w. Beliau disusukan kepada seorang wanita dusun bernama Halimah as-Sadiyah.Ketika mana Halimatussa,diah dan suami menerima bayi yang merupakan baginda nabi,halimah dan suami berasa sangat sedih kerana menrima soerang bayi yang yatim dan miskin .kerana setiap qabilah ketika itu sentiasa mengharapkan untuk mendapat bayi yang kaya untuk disusukan dengan harapan dapatlah menumpang kekanyaan bayi tersebut.Akan tetapi halimah dan suami tetap menerima rasulullah untuk disusukan dan yakin dengan rezeki.

Kerana keberkatan yang ada pada bayi yang bernama Muhamad itu, ternakan mereka membiak dengan bayak,susu yang bayak serta tanaman juga menjadi sangat subur. Empat tahun lamanya beliau tinggal di kampong Qabilah Bani Saad bersama ibu susunya itu.

Menjelang usia lima tahun, Halimah as-Sadiyah mengembalikan Nabi Muhammad s.a.w. kepada ibunya kerana telah berlaku satu peristiwa ke atas baginda nabi yang mencemaskan hatinya. Ketikamana Rasulullah sedang bermain bersama kawan-kawannya, Nabi Muhammad s.a.w. tiba-tiba didatangi dua laki-laki berpakaian serba putih,lalu membawanya ke satu tempat teduh membaringkannya, kemudian melakukan satu pembedahan atas dada anak tersebut.Dada Nabi dibedah ,hati nabi di keluarkan lalu dicuci dengan air zamzam. Meskipun tidak sesuatu pun terjadi atas Nabi Muhammad s.a.w. setelah peristiwa itu, namun Halimah as-Sadiyah amat khawatir. Maka segera ia bawa Nabi Muhammad s.a.w. kembali kepada keluarganya di Makkah.

IBU NABI MENINGGAL DAN DIJAGA OLEH DATUKNYA ABDUL-MUTTALIBBaginda kembali bersama ibunya. Aminah merupakan seorang yang amat saying dan setia terhadap suaminya. Sering kali ia bersama anaknya pergi ke Madinah untuk berziarah ke makam suaminya, sekaligus berjumpa dengan keluarganya, Bani Najjar, di sana.

Suatu ketika, dalam perjalanan pulang dari Madinah, setelah selesai berziarah, Siti Aminah jatuh sakit di desa Abwa (antara Makkah dan Madinah). Beberapa saat kemudian, ia wafat di sana, meninggalkan Nabi Muhammad s.a.w. yang ketika itu baru berusia 6 tahun. Maka jadilah Nabi Muhammad s.a.w. yatim-piatu.

Bersama Ummu Aiman, pembantunya, Nabi Muhammad s.a.w. kembali ke Makkah. Beliau kemudian dipelihara oleh datuknya, Abdul Muttalib, hingga menjelang 9 tahun.

Walaupun ketika itu umur Abdul Muttalib mencecah 78 tahun, dia tidak pernah terasa terbeban dengan memelihara Nabi saw. Bahkan dia sangat kasih dan sayang pada cucunya itu seperti dia sayangkan anak-anaknya yang lain. Maka tinggallah Nabi bersama datuknya dan juga bapa-bapa saudaranya dan juga ibu-ibu saudaranya dalam keadaan yang baik. ketika itu juga Abdul Muttalib mempunyai anak yang lebih kurang sebaya dengan Nabi saw iaitu Hamzah dan al-Abbas. Nabi tidak terasa terlalu terasing kerana mempunyai rakan sebaya untuk bermain-main. walaupun mereka itu sebenarnya adalah pangkat bapa saudaranya.

Abdul Muttalib sangat sayang kan Rasulullah saw, sehingga jika dia memanggil Nabi, dia memanggil "anakku" dan bukannya "cucuku".pernah diriwayatkan dalam satu kisah dimana menunjukkan layanan datuk Nabi saw terhadapnya sangat istimewa. Dalam seminggu atau sebulan sekali, Abdul Muttalib akan duduk disisi Baitillah untuk memberi nasihat sambil dikelilingi oleh 10 orang anaknya lelakinya. Disitu disediakan hamparan yang istimewa untuk Abdul Muttalib dan kemudian di sediakan juga hamparan-hamparan untuk anak-anak lelakinya yang 10 orang itu. Dan anak-anaknya tidak pernah duduk di atas hamparan yang disediakan untuk Abdul Muttalib.

Pada suatu hari, Nabi masuk ke Masjidil Haram dan terus ke tempat duduk atau hamparan yang di khaskan untuk datuknya, disebabkan hamparan yang lain telah pun dipenuhi oleh bapa-bapa saudaranya yang lain.Nabi terus saja duduk di atas hamparan itu, dengan segera bapa-bapa saudaranya menegah perbuatan Nabi itu.Tapi dengan cepat Abdul Muttalib berkata pada anak-anaknya yang menegah perbuatan cucunya itu...

"Biarlah anakku ini, dia suka kepada kebesaran..."

Abdul Muttalib sangat sayang pada Nabi hingga terubat sedikit sebanyak penderitaan Nabi atas kehilangan Ayah dan ibunya. Dia telah di pelihara oleh datuknya untuk tempoh 2 tahun iaitu dari umur 6 hingga 8 tahun.

Setelah Nabi merasai kasih sayang Datuknya seperti tiada bandingnya itu. tiba-tiba meninggal lah pula Abdul Muttalib. Betapa sedihnya Nabi saw mengenangkan nasibnya yang tak sudah-sudah di timpa derita. Kesedihannya terhadap pemergian datuknya lebih pedih jika di bandingkan dengan kematian Ayahnya.

Abdul Muttalib sempat mewasiatkan supaya cucunya itu dipelihara oleh Abu Talib saudara seibu dan sebapa dengan Abdullah ayah Nabi saw.

Bottom of Form

DI PELIHARA OLEH ABU TOLIBSelama lebih kurang 2 tahun bersama datuknyanya, Nabi Muhammad s.a.w. akhirnya dipelihara oleh bapa saudaranya, Abu Tolib, Abu Tolib merupakan seorang pemimpin kaum Quraisy yang disegani . Meskipun demikian, dia bukanlah tergolong orang yang kaya. Abu Tolib hanyalah seorang pedagang biasa yang selalu merantau ke negeri Syam bersama serombongan kafilah dagangnya.

Ketika berusia 12 tahun, Nabi Muhammad s.a.w. diajak oleh Abu Tolib pergi berdagang, ke Syam. Sampai di suatu kawasan di sempadan Syam, Abu Tolib bersama baginda singgah di rumah seorang pemimpin Nasrani yang bernama Bahira. Dari kitab Taurat dan Injil yang dipelajarinya, pendeta Bahira dapat mengetahui ciri-ciri kenabian yang ada pada diri Nabi Muhammad yang masih kecil itu. Maka, dengan serta-merta, pendeta Bahira memberitahu hal itu kepada Abu Tolib lalu berkata: Wahai saudaraku, sesungguhnya anakmu ini adalah manusia pilihan Allah, calon pemimpin umat manusia di clunia ini. Maka jagalah ia balk-balk. Bawalah ia kembali, sebab aku khawatir ia diganggu oleh orang-orang Yahudi di negeri Syam. Bahkan, jika sekiranya kaum Yahudi itu mengetahui bahwa ia adalah calon Rasul -Allah, maka tentulah ia akan membunuhnya. Maka pulanglah Abu Tolib ke Makkah bersama Nabi Muhammad s.a.w. sebelum mereka sampai ke negeri Syam.

BERDAGANG KE NEGERI SYAMSetelah Nabi Muhammad s.a.w. berusia hampir 25 tahun, Abu Tolib merasa bahawa baginda nabi telah cukup dewasa. Maka dipanggilnya Nabi Muhammad, lalu ditawarkanlah kepadanya pekerjaan yang menguntungkan, lalu berkata: Wahai anakku, sesungguhnya kita bukanlah keluarga yang senang. Bahkan, akhir-akhir ini seolah2 semakin susah. Alangkah baiknya jika engkau pergi kepada Khadijah untuk meminta izinnya membawa barang-barang dagangannya ke negeri Syam. Mudah-mudahan dari usaha itu engkau akan beroleh keuntungan yang besar.Nabi Muhammad s.a.w. bersetuju lalu bersegera beliau berjumpa Siti Khadijah untuk meminta izinnya memperdagangkan barang-barangnya. Siti Khadijah adalah seorang janda kaya di Makkah. la dikenal sebagai wanita Quraisy yang mulia karena keturunan dan akhlaknya. la adalah wanita budiman, gemar membantu sesamanya, dan senantiasa menjaga kehormatan dirinya, sehingga mendapat gelar At-Thahirah (Wanita Suci).

Menanggapi permohonan Nabi Muhammad s.a.w., Siti Khadijah tanpa pikir panjang terus menerima cadangan Nabi itu dengan senang hati, kerana ia telah cukup mengenal Nabi Muhammad s.a.w. sebagai pemuda yang ramah , jujur, dan sopan-santun. Maka berangkatlah Nabi Muhammad s.a.w. ke negeri Syam, ditemani oleh Maisarah, pekerja kepada Siti Khadijah. Pulang dari Syam, Nabi Muhammad memperoleh keuntungan amat besar, yang belum pernah dicapai oleh para pedagang lain. Siti Khadijah amat kagum terhadap Nabi Muhammad. Lebih-lebih ketika ia mendengar sendiri dari Maisarah, bagaimana baiknya perangai Nabi Muhammad selama di perjalanan maupun ketika berdagang. Maka berubahlah rasa kagum itu menjadi rasa cinta.PERKAWINAN NABI MUHAMMAD DENGAN SITI KHADIJAHHubungan perdagangan antara Nabi Muhammad s.a.w. dengan Siti Khadiiah akhirnya diteruskan ke jenjang perkawinan. Rupanya, Allah SWT menghendaki demikian, karena ada banyak hikmah di batik itu. Dalam suatu upacara yang sederhana, dilangsungkannya akad nikah antara keduanya, suatu pernikahan yang telah menoreh lembaran sejarah Islam. Ketika itu, Nabi Muhammad s.a.w. berusia 25 tahun, sementara Siti Khadijah telah berusia hampir 40 tahun. Perkawinan ini membuahkan empat anak putri dan dua ora