muamalat, pengertian

7
PENGERTIAN – DARI SEGI : BAHASA. ISTILAH. SYARIKAT Campur, Bersekutu atau Berkongsi. Menurut Mazhab Syafi’e : penetapan hak pada sesuatu harta yang dipunyai oleh dua orang atau lebih secara bersekutu atau berkongsi. Menurut Mazhab Hanafi : suatu akad perjanjian antara dua individu atau lebih yang bersetuju untuk sama-sama mengeluarkan modal bagi tujuan perniagaan atau perusahaan, dan mereka bersetuju berkongsi untung dan rugi mengikut kadar modal masing-masing. Menurut ulama fiqh : hak dua orang atau lebih terhadap sesuatu tanpa pengagihan yang khusus. Syarikat ‘Inan. Syarikat yang dianggotai oleh dua orang atau lebih, masing- masing menyumbangkan modal untuk tujuan perniagaan. Keuntungan akan dibahagikan sesama mereka berdasarkan modal yang dimiliki oleh ahli-ahli syarikat, begitu juga jika berlaku kerugian. Syarikat al- Mufawadhah. Syarikat yang dianggotai oleh dua orang atau lebih dalam satu akad untuk berkongsi sesuatu perniagaan atau perusahaan sama ada jumlah modal mereka sama atau tidak. Tetapi modal mereka tidak dicampurkan sebagai satu jumlah modal sebelum melakukan akad syarikat. Manakala keuntungan yang diperolehi dibahagi sama begitu juga jika berlaku kerugian, sama-sama akan menanggungnya. Syarikat yang dianggotai oleh dua orang atau lebih yang tidak menyumbangkan modal tetapi

Upload: jimoh370

Post on 28-May-2015

2.936 views

Category:

Education


9 download

DESCRIPTION

Pengertian sahaja bagi setiap tajuk yang dipelajar. Maaf sekiranya dokumen ini kurang lengkap, kerana ianya di-update selepas sahaja sesebuah tajuk dipelajari. Semoga dokumen ini berguna dan bermanfaat buat kamu semua.

TRANSCRIPT

Page 1: Muamalat, pengertian

PENGERTIAN – DARI SEGI :BAHASA. ISTILAH.

SYARIKAT

Campur,Bersekutu

atauBerkongsi.

Menurut Mazhab Syafi’e : penetapan hak pada sesuatu harta yang dipunyai oleh dua orang atau lebih secara bersekutu atau berkongsi.

Menurut Mazhab Hanafi : suatu akad perjanjian antara dua individu atau lebih yang bersetuju untuk sama-sama mengeluarkan modal bagi tujuan perniagaan atau perusahaan, dan mereka bersetuju berkongsi untung dan rugi mengikut kadar modal masing-masing.

Menurut ulama fiqh : hak dua orang atau lebih terhadap sesuatu tanpa pengagihan yang khusus.

Syarikat‘Inan.

Syarikat yang dianggotai oleh dua orang atau lebih, masing-masing menyumbangkan modal untuk tujuan perniagaan. Keuntungan akan dibahagikan sesama mereka berdasarkan modal yang dimiliki oleh ahli-ahli syarikat, begitu juga jika berlaku kerugian.

Syarikat al-Mufawadhah.

Syarikat yang dianggotai oleh dua orang atau lebih dalam satu akad untuk berkongsi sesuatu perniagaan atau perusahaan sama ada jumlah modal mereka sama atau tidak. Tetapi modal mereka tidak dicampurkan sebagai satu jumlah modal sebelum melakukan akad syarikat. Manakala keuntungan yang diperolehi dibahagi sama begitu juga jika berlaku kerugian, sama-sama akan menanggungnya.

SyarikatAbdan.

Syarikat yang dianggotai oleh dua orang atau lebih yang tidak menyumbangkan modal tetapi masing-masing menyumbangkan kerja. Mereka mungkin mempunyai kemahiran yang sama atau berlainan, contohnya seorang bertukang kayu dan seorang mekanik. Upah atau keuntungan yang diperolehi akan dibahagikan sama rata di antara mereka.Syarikat yang dianggotai oleh dua

Page 2: Muamalat, pengertian

SyarikatWujuh.

orang atau lebih yang mana ada di kalangan mereka yang mempunyai kedudukan dan pengaruh dalam masyarakat serta ia menggunakan kedudukannya untuk memperolehi barangan jualan secara hutang (kredit) daripada pihak pengeluar, kemudian mereka menjual barangan tersebut. Keuntungan yang diperolehi akan dikongsi bersama secara rata atau mengikut persetujuan yang di capai.

Gadaian.

Tetap,Tahan,

Berkekalanatau

Jaminan.

Suatu akad (perjanjian) di antara pihak piutang (orang yang berhutang) dan pemiutang (orang yang memberi hutang).Iaitu pihak piutang bersetuju menjadikan suatu barangan miliknya yang ada nilai harta atau kewangan menurut syarak, dijadikan barang tersebut sebagai cagaran kepada hutangnya.Dengan perkiraan kalaulah pihak piutang tidak dapat menjelaskan semua hutangnya atau sebahagiannya setelah tamat tempoh hutangnya, maka barangan gadaian itu akan dijadikan bayaran hutangnya.

Khiyar. Pilihan.

Dalam bermuamalat penjual dan pembeli dapat memilih antara dua hal, sama ada ingin meneruskan jual beli atau menarik balik.

Khiyar juga membawa maksud seseorang itu berhak memilih sama ada untuk meneruskan atau membatalkan jual beli yang dijalankannya, dengan syarat khiyar tersebut adalah daripada jenis khiyar syarat, khitar ru’yah, khiyar ‘aib dan khiyar ta’yin sahaja.

KhiyarMajlis.

Penjual dan pembeli boleh memilih sama ada ingin meneruskan urusan jual beli tersebut atau membatalkannya selagi keduanya masih berada dalam majlis dan di tempat berlangsungnya akad jual beli dan selagi mereka belum berpisah.

Khiyar Syarat.Penjual atau pembeli, atau salah seorang daripada mereka membuat syarat sewaktu akad.

*Khiyar ‘Aib.Pembeli berhak mengembalikan barang yang terdapat kecacatan dan kerosakan, atau meminta harganya

Page 3: Muamalat, pengertian

dikurangkan.

Khiyar Ru’yah.

Hak memilih bagi pembeli untuk menyatakan berlaku atau batal jual beli yang dilakukan terhadap suatu objek yang belum dilihatnya ketika akad berlangsung.

Khiyar Ta’yin.Hak memilih bagi pembeli dalam menentukan barang yang berbeza kualiti dalam jual beli.

JualBeli.

Menukar sesuatu dengan sesuatu yang

lain.

Menukar harta dengan harta yang mempunyai nilai mengikut cara-cara tertentu yang diharuskan oleh syara’ dengan lafaz ijab dan kabul.

JualSalam.

Jual beli cara tempahan.

Jual barangan yang belum ada di

hadapan, tetapi dinyatakan sifat,

kadar dan jenisnya.

Jual beli yang dilakukan terhadap sesuatu barangan yang belum wujud pada waktu akad dilakukan, tetapi dinyatakan sifat, kadar dan jenisnya.

JualIstisna’.

Jual beli yang dipersetujui di antara pembuat barangan yang ditempah dengan pembeli, dan barangan yang hendak ditempah atau dibuat itu disebut kadar, jenis dan bahan yang hendak digunakan itu juga ialah bahan yang ada pada pembuat atau ia mampu memperolehinya.

JualFaedah.

Jual beli dengan saling mengambil faedah dan manfaat, seperti sewa-menyewa atau upah-mengupah.Contohnya mengupah mana-mana ibu atau wanita untuk menyusukan anaknya.

JualSarf.

Menjual matawang (emas dan perak) dengan matawang sahaja.

Jual Jizaf.Jual sesuatu dengan tidak disukat dan ditimbang, iaitu dengan cara anggaran atau borong mengikut konteks amalan masyarakat sekarang.

Jual BeliFuduli.

Jual beli dalam menguruskan sesuatu yang bukan hak miliknya.

Jual BeliMu’atah.

Kedua belah pihak penjual dan pembeli bersetuju di atas sesuatu penetapan harga tanpa adanya ijab dan kabul.

Jual Beli Ta’sir.

Kawalan harga, iaitu penurunan harga barangan oleh pemerintah terhadap barangan yang bukan milik pemerintah, atau meletakkan harga tertentu terhadap barang perniagaan yang hendak dijual supaya tidak menzalimi pemilik barang dan tidak menganiaya pembelinya.

Page 4: Muamalat, pengertian

Jual Beli‘Urbun.

Menjual sesuatu barang dengan syarat membayar sebahagian daripada harga barangan tersebut. Jika pembeli tidak dapat menjelaskan semua baki barangan, ianya dikira hibah atau pemberian percuma kepada penjual.

Dikenali juga sebagai bayar cengkeram.

Riba.Lebih,Subur,

Bertambah.

Akad dan perjanjian tambahan bagi sesuatu pertukaran barang atau nilai tertentu dengan sebab tangguh sama ada tidak diketahui atau diketahui persamaannya dan sama menangguhkan kedua tukaran atau salah satunya.

Ribaal-Qardhu.

Hutang iaitu memberi sesuatu harta sama ada wang atau benda kepada seseorang yang memerlukan dan diambil kembali gantinya.

Ribaal-Fadhlu.

Riba yang dibayar lebih kepada satu pihak dengan sebab penukaran.

- Jual beli yang disertai dengan tambahan dengan salah satu jenis barang yang sama jenis.

Ribaan-Nasi’ah.

Pertambahan dengan sebab lambat membayar atau penangguhan bayaran hutang atau pinjaman.

- Menurut Imam Hanafi : Jual beli dengan sesuatu tempoh, iaitu apabila sampai yang dijanjikan ada pertambahan bayaran atau nilai.

Ribaal-Yadu.

Riba yang dibayar lebih kerana tidak diterima dalam masa akad dan perjanjian itu.

- Jual beli dengan tambahan tetapi dengan jenis yang lain dan tidak terdapat tempoh pembayaran.

Bai’u Bithaman Aajil.

Jualan harga bertangguh.

Penjual menyerahkan barang kepada pembeli dengan tunai, manakala pembeli menangguhkan pembayaran harga barang tersebut secara beransur-ansur.

Sewaan.

Upah,Sewa, Jasa,

Imbalan.

Satu akad (perjanjian) antara pemilik harta dengan penyewa di mana pemilik harta membenarkan penyewa menggunakan dan memperolehi manfaat yang tertentu yang boleh diserahkan dan diharuskan oleh syarak. Penyewa pula membayar kepada pemilik harta bayaran sewaan seperti yang telah dipersetujui

Page 5: Muamalat, pengertian

bersama.

Ujarah ‘Ain.Sewa sesuatu barang yang telah wujud ‘ain ma’jur pada masa akad dilakukan.- Sewa harta yang tetap.

Ujarah Zimmah.Sewa atau jenis upah untuk melakukan sesuatu pekerjaan dengan syarat tunai pembayaran sewanya semasa akad.

Al-Muzara’ah.

Akad di antara tuan tanah dengan pengusaha dengan pembahagian hasil yang dipersetujui oleh kedua belah pihak dengan syarat benih disediakan oleh tuan tanah.

Al-Mukhabarah.

Akad di antara tuan tanah dengan pengusaha dengan pembahagian hasil yang dipersetujui oleh kedua belah pihak dengan syarat benih disediakan oleh pengusaha.

Al-Wadi’ah.

Taruhan, Simpanan.

(Sesuatu barang yang diamanahkan kepada

orang lain untuk dijaga)

Suatu akad perjanjian di antara pihak yang memiliki sesuatu barangan untuk menyimpan barangnya dengan pihak yang lain dengan tujuan untuk disimpan dan dijaga keselamatannya.

Hibah. Pemberian.Memberikan sesuatu dengan percuma dan dengan rela hati untuk menjadi milik orang lain pada ketika orang yang memberi itu masih hidup.

Wakaf.Berhenti,Menahan.

Menahan harta yang tertentu yang boleh diambil manfaat daripadanya serta kekal ‘ainnya untuk dipergunakan pada jalan kebajikan dengan niat mendampingkan diri kepada Allah dan tidak akan dilakukan jual beli atau hibah atau sebagainya terhadap harta tersebut.

Wasiat. Menyambung, Menyampaikan.

- Pemberian sesuatu hak yang disandarkan atau dikaitkan kepada seseorang sesudah seseorang itu mati.

- Pesanan untuk menjaga dan mengurus sesuatu perkara kebajikan ataupun mendermakan harta sesudah orang yang berwasiat meninggaldunia.