mssmsel2019bolingmssm2019.snn2u.com/pdffiles/peraturan_bolingmssm.pdf · 3 4.4.4 pemenang akan...

14
8 MSSMSEL2019

Upload: others

Post on 14-Jun-2020

4 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: MSSMSEL2019bolingmssm2019.snn2u.com/pdffiles/peraturan_bolingmssm.pdf · 3 4.4.4 Pemenang akan ditentukan melalui “stepladder” , semua jatuhan pin dan bonus sewaktu “position

8

MSSMSEL2019

Page 2: MSSMSEL2019bolingmssm2019.snn2u.com/pdffiles/peraturan_bolingmssm.pdf · 3 4.4.4 Pemenang akan ditentukan melalui “stepladder” , semua jatuhan pin dan bonus sewaktu “position

1

UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN PERMAINAN BOLING TENPIN MAJLIS SUKAN SEKOLAH MALAYSIA

1. Undang-Undang Permainan

1.1 Selain daripada peraturan-peraturan yang terkandung, maka pertandingan ini akan dijalankan mengikut Peraturan Pertandingan Kongres Tenpin Bowling Malaysia (MTBC)

1.2 Sekiranya timbul perselisihan dari segi pentafsirannya, undang-undang dalam Bahasa Inggeris yang terkini akan dipatuhi.

1.3 Kejadian diluar dugaan dan tidak terdapat dalam peraturan berkenaan akan diputuskan seperti berikut :-

1.3.1 Semua peraturan am akan diputuskan berasas kepada PERATURAN AM MSSM. 1.3.2 Sebarang perselisihan teknikal akan diputuskan berasas kepada Peraturan MTBC.

1.4 Semua keputusan diputuskan oleh Jawatankuasa Teknikal dan Pertandingan MSSM.

2. Jenis Pertandingan

2.1 Lelaki / Perempuan • Perseorangan • Beregu • All Event • Masters • Pasukan Berempat

2.2 Had Umur • 18 tahun dan ke bawah • 15 tahun dan ke bawah • 12 tahun dan ke bawah

3. Pendaftaran Pemain / Pembentukan Pasukan

3.1 Penyertaan adalah terbuka kepada semua pasukan MSS Negeri . 3.2 Setiap pasukan hanya boleh mendaftarkan satu pasukan lelaki dan satu pasukan perempuan.

3.3 Kelayakan Peserta ( Rujuk Peraturan Am MSSM bilangan 3)

P L18 P18 L15 P15 L12 P12 Ketua Kontinjen 1 Pengerusi Teknik 1 Pengurus 3 Jurulatih 1 1 1 1 1 1 Pengadil 1 1 Peserta 4 4 4 4 4 4 JUMLAH 5 6 6 5 5 5 5

MSSMSEL2019

Page 3: MSSMSEL2019bolingmssm2019.snn2u.com/pdffiles/peraturan_bolingmssm.pdf · 3 4.4.4 Pemenang akan ditentukan melalui “stepladder” , semua jatuhan pin dan bonus sewaktu “position

2

4. Sistem Pertandingan

4.1 Acara Perseorangan

4.1.1 Setiap negeri / pasukan dibenarkan menghantar empat ( 4 ) orang peserta lelaki dan ( 4 ) orang peserta perempuan bagi acara ini. 4.1.2 Peserta–peserta kategori 18 tahun dan 15 tahun ke bawah diwajibkan bermain

enam ( 6 ) games dengan menyeberangi enam ( 6 ) lorong berasingan manakala peserta-peserta kategori 12 tahun dan ke bawah diwajibkan bermain empat ( 4 ) games dengan menyeberangi empat ( 4 ) lorong dan peserta dengan jumlah jatuhan pin keseluruhan tertinggi adalah pemenang.

4.2 Acara Bergu

4.2.1 Setiap negeri / pasukan dibenarkan menghantar dua ( 2 ) pasangan bergu lelaki dan ( 2 )pasangan bergu perempuan bagi acara ini. 4.2.2 Peserta–peserta kategori 18 tahun dan 15 tahun ke bawah diwajibkan

bermain enam ( 6 ) games dengan menyeberangi enam ( 6 ) lorong berasingan manakala peserta-peserta kategori 12 tahun dan ke bawah diwajibkan bermain empat ( 4 ) games dengan menyeberangi empat ( 4 ) lorong dan peserta dengan jumlah jatuhan pin keseluruhan tertinggi adalah pemenang.

4.3 Acara All Event

4.3.1 Setiap peserta yang telah mengambil bahagian dalam acara perseorangan dan bergu

layak menyertai dalam acara ini. 4.3.2 Jatuhan Pin yang diperolehi oleh setiap peserta yang telah bermain dua belas ( 12 )

games ( 18 tahun dan 15 tahun ) dan lapan ( 8 ) games ( 12 tahun ) dengan jumlah jatuhan Pin keseluruhan tertinggi adalah pemenang.

4.4 Acara Masters

4.4.1 Dua belas ( 12 ) peserta lelaki dan dua belas ( 12 ) peserta perempuan ( 18 tahun dan 15 tahun ke bawah ), lapan ( 8 ) peserta lelaki dan lapan ( 8 ) perempuan ( 12 tahun dan ke bawah ) dengan jumlah jatuhan Pin tertinggi dalam acara All Event adalah layak menyertai acara ini.

4.4.2 Permainan akan diadakan mengikut sistem “Match Play Round Robin” dimana setiap peserta dikehendaki bermain sejumlah dua belas ( 12 ) games ( 18 tahun dan 15 tahun dan ke bawah ) manakala lapan ( 8 ) games ( 12 tahun dan ke bawah), tiap-tiap satu game dengan pemain yang berlainan di lorong yang berasingan juga mengikut jadual yang telah ditetapkan.Game yang ke-12 ( 18 tahun dan 15 tahun dan ke bawah ) Game ke – 8 ( 12 tahun dan ke bawah ) adalah permainan kedudukan ( position play ).

4.4.3 Kedudukan dalam acara Masters akan dikira mengikut system mata berikut :-

a. Satu ( 1 ) mata untuk setiap jatuhan pin. b. Sepuluh ( 10 ) mata untuk setiap perlawanan yang dimenangi. c. Lima ( 5 ) mata untuk setiap perlawanan yang seri.

MSSMSEL2019

Page 4: MSSMSEL2019bolingmssm2019.snn2u.com/pdffiles/peraturan_bolingmssm.pdf · 3 4.4.4 Pemenang akan ditentukan melalui “stepladder” , semua jatuhan pin dan bonus sewaktu “position

3

4.4.4 Pemenang akan ditentukan melalui “stepladder” , semua jatuhan pin dan bonus sewaktu “position play” tidak diambilkira .

- Pemain di tempat kedua dan ketiga akan bermain satu permainan.

- Pemenang akan bertemu dengan pemain di tempat pertama sebanyak 2 permainan.

- Pemain yang mendapat jatuhan pin terbanyak dikira pemenang acara Masters.

- Pemain yang tewas mendapat tempat kedua. .

4.5 Acara Pasukan Berempat

4.5.1 Setiap negeri / pasukan dibenarkan menghantar satu ( 1 ) pasukan berempat lelaki dan satu ( 1 ) pasukan berempat perempuan bagi acara ini. 4.5.2 Setiap pasukan akan bermain enam ( 6 ) games ( 15 dan 18 tahun ke bawah ) empat

( 4 ) games ( 12 tahun dan ke bawah ) di atas sepasang lorong yang sama. Setiap permainan di atas lorong yang sama.

4.5.3 Permainan dijalankan mengikut “Baker Format” seperti berikut :-

a. Empat orang pemain akan bergilir-gilir membuat balingan mengikut susunan “frame”.

b. Pemain pertama akan membuat balingan di “frame” 1 , 5 , dan 9. c. Pemain kedua akan membuat balingan di “frame” 2 , 6 , dan 10. d. Pemain ketiga akan membuat balingan di “frame” 3 dan 7. e. Pemain keempat akan membuat balingan di “frame” 4 dan 8.

5. Cara Menentukan Keputusan

5.1 Adalah tanggungjawab setiap peserta untuk mengesahkan keputusan perlawanan dalam

skor yang disediakan. 5..2 Keputusan setelah disahkan hanya boleh diubah dengan kebenaran Pengerusi Teknik

Pertandingan atau wakilnya. 5.3 Individu atau pasukan yang membuat jatuhan pin terbanyak dikira sebagai pemenang. Sekiranya seri, maka keputusan ditentukan berdasarkan jumlah jatuhan pin permainan terakhir. Jika masih seri jumlah jatuhan pin permainan kedua terakhir diambil kira dan seterusnya.

6. Pakaian

6.1 Semua pasukan dan peserta dari MSS Negeri mesti memakai pakaian seragam pasukannya. 6.2 Peserta–peserta dikehendaki memakai seluar panjang slack ( jeans tidak dibenarkan) dan

baju berkolar ( tuck-in ) dan kemas untuk setiap MSS Negeri . 6.3 Baju dan seluar sesuatu pasukan haruslah mempunyai warna yang seragam.

MSSMSEL2019

Page 5: MSSMSEL2019bolingmssm2019.snn2u.com/pdffiles/peraturan_bolingmssm.pdf · 3 4.4.4 Pemenang akan ditentukan melalui “stepladder” , semua jatuhan pin dan bonus sewaktu “position

4

7. Alatan

7.1 Semua peserta diwajibkan mendaftarkan bola masing-masing bagi memastikan berat dan spesifikasi lain mematuhi peraturan.Peserta yang bermain dengan bola tanpa daftar akan mengakibatkan keputusannya tidak diiktiraf.

7.2 Sekiranya ada peserta yang membuat perubahan pada bolanya atau membuat Plugging semula pada bola yang telah diluluskan sebelum ini, bola tersebut mesti didaftarkan semula sebelum digunakan.

8. Kelewatan

8.1 Semua peserta mesti melapor diri selewat-lewatnya 15 minit sebelum sesuatu acara

bermula.Peserta yang lewat akan kehilangan kelayakan dalam sesuatu acara itu. 8.2 Peraturan ini berkuatkuasa dalam semua acara.

9. Menarik diri dan Menyerah Kalah

9.1 Pihak penganjur mempunyai kuasa untuk melantik seorang “Pacer” sekiranya ada “Walk Over” dalam sesuatu acara atau bilangan peserta dalam sesuatu acara itu tidak mencukupi.

9.2 Pemain yang “Walk Over” atau menarik diri atas sebab-sebab yang dibenarkan akan diberi “blind score”

Lelaki Perempuan B12 60 40 B15 80 60 B18 100 80

10. GANGGUAN PERMAINAN

10.1 Pengerusi Teknik Pertandingan mempunyai kuasa muktamad untuk membuat arahan permainan yang terganggu disambung pada sepasang lorong baru sekiranya lorong di mana permainan itu berlangsung ditimpa kerosakan mesin. 10.2 Permainan ( game ) yang terganggu itu mesti disambung dari frame di mana gangguan itu berlaku.

11. BERMAIN DI ATAS LORONG YANG SALAH

11.1 Bila seseorang pemain bermain diatas lorong yang salah dan kesalahan ini ditemui sebelum peserta lain membuat balingannya, maka balingan itu dianggap sebagai “Bola Mati” ( Dead Ball ) dan pemain tersebut dikehendaki bermain frame yang kemudiannya pada lorong yang salah tadi.

11.2 Sekiranya kesalahan itu hanya ditemui selepas pemain kemudian membaling bolanya, maka mata yang diperolehi itu akan diambil kira dan pemain tersebut dikehendaki bermain semula frame yang kemudiannya pada lorong yang salah tadi.

11.3 Sekiranya kesalahan itu hanya ditemui sebelum pemain kedua membaling skor akan dibatalkan dan pemain tersebut dikehendaki membaling semula pada lorong yang sebenar.

MSSMSEL2019

Page 6: MSSMSEL2019bolingmssm2019.snn2u.com/pdffiles/peraturan_bolingmssm.pdf · 3 4.4.4 Pemenang akan ditentukan melalui “stepladder” , semua jatuhan pin dan bonus sewaktu “position

5

12 MEMPERLAHANKAN PEMAINANAN ( SLOW BOWLING )

12.1 Seseorang peserta yang bersedia untuk membaling bolanya harus mengetahui tentang hak dan obligasinya seperti berikut :-

12.1.1 Seseorang peserta untuk bermain terlebih dahulu ( right of way ) terhadap

pemain yang berada diatas lorong sebelah kirinya. 12.1.2 Mereka harus memberi laluan kepada pemain yang berada di atas lorong

sebelah kanannya. 12.1.3 Semua pemain harus bersedia untuk bermain bila sampai gilirannya dan tidak harus melambatkan permainan itu. 12.1.4 Sekiranya didapati ada pemain yang tidak mematuhi peraturan diatas, dia akan diberi amaran dengan isyarat kad Putih untuk kesalahan pertama ( tiada penalti ),dan kad Kuning atas kesalahan kedua (tiada penalti).Untuk kesalahn ketiga dan berikutnya dalam sesuatu blok permainan, pemain tersebut akan diberi kad Merah dan sifar ( 0 ) mata untuk frame tersebut.

13. KEHILANGAN SKOR SEMASA GANGGUAN ELEKTRIK

13.1 Sekiranya berlaku sebarang “black out” dalam tv monitor di mana skor sesuatu permainan yang sedang berlangsung itu hilang dan tidak dapat dipulihkan, maka pemain-pemain yang berkenaan dikehendaki bermain semula game tersebut. Akan tetapi jika skor telah dicatatkan, maka permainan akan bersambung dari frame dimana permainan tersebut berhenti sebelum ini.

13.2 Permaianan yang mana skornya telah direkodkan itu akan dikekalkan. 13.3 Pasukan dan pemain tidak boleh mengambil kesempatan ini untuk meminta sesuatu

permainan itu dibatalkan atau dimainkan semula pada waktu “black out” seumpama ini. 14. NOMBOR KOD DAN PERUNTUKAN LORONG

14.1 Semua peserta akan diberikan nombor kod masing-masing mengikut MSS Negeri . 14.2 Semua peserta mesti mempamerkan kodnya di bahagian belakang baju.Peserta tanpa

nombor ini tidak akan dibenarkan untuk mengambil bahagian. 14.3 Peruntukan lorong akan ditetapkan terlebih dahulu secara undian. 14.4 Huruf dan nombor peserta :-

NEGERI KOD PEREMPUAN

12 THN KEBAWAH.

PEREMPUAN 15 THN KEBAWAH

PEREMPUAN 18 THN KEBAWAH

LELAKI 12 THN KEBAWAH

LELAKI 15 THN

KEBAWAH

LELAKI 18 THN

KEBAWAH PERAK A A1 – A4 A5 – A8 A9 – A12 A13 – A16 A17 – A20 A21 – A24 SELANGOR B B1 – B4 B5 – B8 B9 – B12 B13 – B16 B17 – B20 B21 – B24 PAHANG C C1 – C4 C5 – C8 C9 – C12 C13 – C16 C17 – C20 C21 – C24 KELANTAN D D1 – D4 D5 – D8 D9 – D12 D13 – D16 D17 – D20 D21 – D24 JOHOR J J1 – J4 J5 – J8 J9 – J12 J13 – J16 J17 – J20 J21 – J24 KEDAH K K1 – K4 K5 – K8 K9 – K12 K13 – K16 K17 – K20 K21 – K24 W.P LABUAN L L1 – L4 L5 – L8 L9 – L12 L13 – L16 L17 – L20 L21 – L24 MELAKA M M1 – M4 M5 – M8 M9 – M12 M13 – M16 M17– M20 M21– M24 N.SEMBILAN N N1 – N4 N5 – N8 N9 – N12 N13 – N16 N17 – N20 N21 – N24 P. PINANG P P1 – P4 P5 – P8 P9 – P12 P13 – P16 P17 – P20 P21 – P24 SARAWAK Q Q1 – Q4 Q5 – Q8 Q9 – Q12 Q13 – Q16 Q17– Q20 Q21– Q24 PERLIS R R1 – R4 R5 – R8 R9 – R12 R13 – R16 R17 – R20 R21 – R24

MSSMSEL2019

Page 7: MSSMSEL2019bolingmssm2019.snn2u.com/pdffiles/peraturan_bolingmssm.pdf · 3 4.4.4 Pemenang akan ditentukan melalui “stepladder” , semua jatuhan pin dan bonus sewaktu “position

6

SABAH S S1 – S4 S5 – S8 S9 – S12 S13 – S16 S17 – S20 S21- S24 TERENGGANU T T1 – T4 T5 – T8 T9 – T12 T13 – T16 T17 – T20 T21 – T24 K.LUMPUR W W1 – W4 W5 – W8 W9 – W12 W13 – W16 W17–W20 W21 –T24 PUTRA JAYA F F1 - F4 F5 - F8 F9 - F12 F13 - F16 F17 - F20 F21 - F24

15. LARANGAN ( PROHIBITION )

15.1 Peserta-peserta adalah dilarang daripada merokok ,minum minuman keras atau di bawah pengaruh alkohol semasa pertandingan. 15.2 Sekiranya didapati ada peserta yang melanggar peraturan ini, beliau akan dibatalkan penyertaannya daripada kejohanan ini. 15.3 Sekiranya berlaku perkara seperti ini, Pengerusi Teknik Pertandingan harus membawa kes ini kepada Jawatankuasa Teknikal supaya peserta ini digantung daripada seluruh pertandingan.Beliau juga akan dikenakan tindakan disiplin lain yang dianggap sesuai. 15.4 Minuman dan tepung serta sebagainya tidak boleh ditinggalkan di atas meja console.

ACARA E P G K4 K5 K6

PERSEORANGAN LELAKI 18THN DAN KE BAWAH 1 1 1 1 PERSEORANGAN PEREMPUAN 18 THN DAN KEBAWAH 1 1 1 1

PERSEORANGAN LELAKI 15 THN DAN KEBAWAH 1 1 1 1 PERSEORANGAN PEREMPUAN 15 THN DAN KEBAWAH 1 1 1 1

PERSEORANGAN LELAKI 12 TAHUN DAN KE BAWAH 1 1 1 1 PERSEORANGAN PEREMPUAN 12 TAHUN DAN KE BAWAH 1 1 1 1

BERGU LELAKI 18 THN DAN KEBAWAH 1(2) 1(2) 1(2) 1(2) BERGU PEREMPUAN 18 THN DAN KEBAWAH 1(2) 1(2) 1(2) 1(2)

BERGU LELAKI 15 THN DAN KE BAWAH 1(2) 1(2) 1(2) 1(2) BERGU PEREMPUAN 15 THN DAN KEBAWAH 1(2) 1(2) 1(2) 1(2)

BERGU LELAKI 12 THN DAN KE BAWAH 1(2) 1(2) 1(2) 1(2) BERGU PEREMPUAN 12 THN DAN KE BAWAH 1(2) 1(2) 1(2) 1(2) ALL EVENTS LELAKI 18 THN DAN KE BAWAH 1 1 1 1

MSSMSEL2019

16. BANTAHAN / TATATERTIB Rujuk Peraturan Am MSSM ( Bilangan 13 ) 17. JURI RAYUAN Rujuk Peraturan Am MSSM ( Bilangan 14 ) 18. Perkara Yang Tidak Dinyatakan Semua perkara yang tidak dinyatakan dalam peraturan ini akan diputuskan oleh Jawatankuasa Pengelola Kejohanan yang berkenaan dan keputusan adalah muktamad. 19. HADIAH Pingat-pingat akan disediakan seperti berikut :-

Page 8: MSSMSEL2019bolingmssm2019.snn2u.com/pdffiles/peraturan_bolingmssm.pdf · 3 4.4.4 Pemenang akan ditentukan melalui “stepladder” , semua jatuhan pin dan bonus sewaktu “position

7

ALL EVENTS PEREMPUAN 18 THN DAN KEBAWAH 1 1 1 1 ALL EVENTS LELAKI 15 THN DAN KEBAWAH 1 1 1 1

ALL EVENTS PEREMPUAN 15 THN DAN KEBAWAH 1 1 1 1 ALL EVENTS LELAKI 12 THN DAN KEBAWAH 1 1 1 1

ALL EVENTS PEREMPUAN 12 THN DAN KEBAWAH 1 1 1 1 MASTERS LELAKI 18 THN DAN KEBAWAH 1 1 1 1 1 1

MASTERS PEREMPUAN 18 THN DAN KEBAWAH 1 1 1 1 1 1 MASTERS LELAKI 15 THN DAN KEBAWAH 1 1 1 1 1 1

MASTERS PEREMPUAN 15 THN DAN KEBAWAH 1 1 1 1 1 1 MASTERS LELAKI 12 THN DAN KEBAWAH 1 1 1 1 1 1

MASTERS PEREMPUAN 12 THN DAN KEBAWAH 1 1 1 1 1 1 PASUKAN BEREMPAT LELAKI 18 THN DAN KEBAWAH 1(4) 1(4) 1(4) 1(4)

PASUKAN BEREMPAT PEREMPUAN 18 THN DAN KEBAWAH 1(4) 1(4) 1(4) 1(4) PASUKAN BEREMPAT LELAKI 15 THN DAN KE BAWAH 1(4) 1(4) 1(4) 1(4)

PASUKAN BEREMPAT PEREMPUAN 15 THN DAN KEBAWAH 1(4) 1(4) 1(4) 1(4) PASUKAN BEREMPAT LELAKI 12 TAHUN DAN KE BAWAH 1(4) 1(4) 1(4) 1(4) PASUKAN BEREMPAT PEREMPUAN 12 TAHUN DAN KE

BAWAH 1(4) 1(4) 1(4) 1(4)

Piala pusingan :- a) Johan Keseluruhan Lelaki 18 Tahun dan kebawah b) Johan Keseluruhan Perempuan 18 Tahun dan kebawah c) Johan Keseluruhan Lelaki 15 Tahun dan kebawah d) Johan keseluruhan Perempuan 15 Tahun dan kebawah e) Johan keseluruhan lelaki 12 Tahun dan ke bawah f) Johan keseluruhan perempuan 12 Tahun dan ke bawah *** NOTA :- Pemenang keseluruhan kejohanan akan ditentukan mengikut pungutan pingat. ***

MSSMSEL2019

Page 9: MSSMSEL2019bolingmssm2019.snn2u.com/pdffiles/peraturan_bolingmssm.pdf · 3 4.4.4 Pemenang akan ditentukan melalui “stepladder” , semua jatuhan pin dan bonus sewaktu “position

Tournament Rules/MSSM/2006/DANZ

KEJOHANAN BOLING TENPIN MSS MALAYSIA

World Tenpin Bowling Association (WTBA) PERATURAN PERMAINAN

2000 EFEKTIF BERMULA 1 JANUARI 2004

Peraturan 110. Jatuhan Pin yang Sah Balingan yang sah dilakukan apabila bola meninggalkan tangan pemain dan melepasi garisan ‘foul’ masuk ke dalam kawasan permainan (‘lane’). Setiap balingan adalah dikira kecuali jika bola mati (‘dead ball’) diisytiharkan. Balingan mestilah dilakukan secara manual. Tidak ada sebarang alatan yang boleh dilekatkan atau dicantumkan pada bola yang akan tertanggal sendiri semasa balingan atau adalah satu bahagian yang bergerak bersama dalam balingan. NOTA : Seseorang pemain boleh menggunakan peralatan istimewa untuk membantunya dalam memegang dan melepaskan bola sekiranya ia digunakan bagi menggantikan tangan atau anggota badan lain yang kudung misalnya, dan lain-lain lagi. Pin yang akan dikreditkan kepada pemain selepas melakukan balingan sah termasuk :

1. Pin yang dijatuhkan atau terkeluar dari dek pin disebabkan oleh bola atau pin lain.

2. Pin yang dijatuhkan atau terkeluar dari dek pin disebabkan oleh pin yang memantul dari partisyen sisi atau kusyen belakang.

3. Pin yang dijatuhkan atau terkeluar dari dek pin disebabkan oleh pin yang memantul dari bar sapuan semasa bar sapuan tidak bergerak.

4. Pin yang menyandar dan menyentuh ‘kickback’ atau partisyen sisi. 5. Semua pin yang dikira sebagai pin mati (‘dead wood’) dan harus

dikeluarkan sebelum balingan yang seterusnya. Peraturan 111. Jatuhan Pin yang Tidak Sah Situasi-situasi berikut menyebabkan balingan dikira tetapi jatuhan pin tidak dikira :

1. Bola meningggalkan lane sebelum sampai kepada pin. 2. Bola memantul dari kusyen belakang. 3. Pin yang memantul setelah terkena dengan seseorang penyusun pin

manual. 4. Pin disentuh oleh peralatan penyusun pin mekanikal. 5. Pin yang dijatuhkan semasa pin mati sedang dikeluarkan. 6. Pin yang dijatuhkan oleh seseorang penyusun pin manual.

Page 10: MSSMSEL2019bolingmssm2019.snn2u.com/pdffiles/peraturan_bolingmssm.pdf · 3 4.4.4 Pemenang akan ditentukan melalui “stepladder” , semua jatuhan pin dan bonus sewaktu “position

Tournament Rules/MSSM/2006/DANZ

7. Pemain melakukan ‘foul’. 8. Balingan dilakukan semasa adanya pin mati di lane atau di dalam

longkang (‘gutter’) dan bola bersentuhan dengan pin mati tersebut sebelum meninggalkan permukaan lane.

Sekiranya jatuhan pin yang tidak sah berlaku dan pemain tersebut berhak melakukan balingan tambahan dalam frame tersebut, pin yang dijatuhkan secara tidak sah haruslah diletakkan semula di tempat mereka sepatutnya berada di dek pin. Peraturan 112. Pin yang Tidak Disusun Baik Semasa membaling pada susunan pin yang penuh atau semasa ingin membuat balingan spare, sekiranya terdapat pin yang tidak tersusun baik, tetapi tidak hilang, balingan pemain dan jatuhan pin yang dilakukan adalah dikira. Adalah menjadi tanggungjawab setiap pemain untuk memastikan susun-atur pin adalah tepat. Pemain berhak meminta penyusunan semula pin sebelum melakukan balingan. Jika tidak, susun-atur tersebut akan dianggap sebagai diterima. Tiada sebarang perubahan dibenarkan kepada susun-atur pin yang masih berdiri selepas sesuatu balingan. Ini bermakna bahawa pin yang terubah atau tersalah kedudukannya oleh penyusun pin mekanikal mesti berada di tempat tersebut dan tidak boleh dibetulkan secara manual. Peraturan 113. Pin Memantul Pin yang memantul dan berdiri di atas lane haruslah dikira sebagai pin yang sah berdiri. Peraturan 116. Bola Mati Bola akan dianggap sebagai bola mati sekiranya berlaku perkara-perkara berikut :

1. Selepas satu balingan dilakukan ( dan sebelum balingan seterusnya pada lane yang sama), perhatian serta-merta diberikan kepada fakta bahawa terdapat satu atau lebih pin yang hilang atau tiada dari susun-atur.

2. Seorang penyusun atur pin manual mengganggu mana-mana pin sebelum bola sampai kepada pin.

3. Seorang penyusun atur pin manual mengalih atau mengganggu mana-mana pin yang telah dijatuhkan sebelum ianya berhenti berputar.

Page 11: MSSMSEL2019bolingmssm2019.snn2u.com/pdffiles/peraturan_bolingmssm.pdf · 3 4.4.4 Pemenang akan ditentukan melalui “stepladder” , semua jatuhan pin dan bonus sewaktu “position

Tournament Rules/MSSM/2006/DANZ

4. Seseorang pemain bermain pada lane yang salah atau tersilap aturan. Atau sekiranya seorang pemain dari satu pasukan membaling pada lane yang salah.

5. Seseorang pemain diganggu secara fizikal oleh pemain lain, penonton atau objek yang bergerak atau oleh penyusun pin mekanikal semasa balingan sedang dilakukan dan sebelum balingan itu disempurnakan. Dalam kes ini, pemain boleh membuat pilihan untuk menerima jatuhan pin yang terhasil atau mengisytiharkan bola mati.

6. Sebarang pin diubah atau dijatuhkan semasa pemain membuat balingan tetapi sebelum bola sampai kepada pin.

7. Bola yang dibaling terkena atau bersentuhan dengan sebarang halangan asing yang tidak sepatutnya berada di atas lane.

Balingan tidak akan dikira sekiranya bola mati diisytiharkan. Pin akan disusun semula dan pemain diberikan peluang untuk mengulangi balingan tersebut. Peraturan 117. Melakukan Balingan pada Lane yang Salah Seperti dinyatakan pada Peraturan 116, bola mati akan diisytiharkan dan pemain atau pemain-pemain perlu melakukan balingan semula pada lane yang betul apabila :

1. Seorang pemain membaling pada lane yang salah. 2. Seorang pemain dari setiap pasukan pada pasangan lane membaling

pada lorong yang salah.Sekiranya lebih daripada seorang pemain dari satu pasukan membaling pada lorong yang salah, permainan akan diselesaikan tanpa sebarang pengubahsuaian. Permainan yang berikutnya mestilah bermula pada lane yang betul seperti yang telah ditetapkan.

Peraturan 118. Definisi ‘Foul’ ‘Foul’ berlaku apabila mana-mana satu anggota badan pemain menjangkau atau melepasi garisan ‘foul’ dan menyentuh mana-mana bahagian lane, alatan atau infrastruktur semasa atau selepas balingan. Bola adalah dalam permainan selepas balingan sehingga pemain yang sama atau pemain lain berada di kawasan ‘approach’ untuk membuat balingan yang seterusnya. Peraturan 119. ‘Foul’ yang Disengajakan (‘Deliberate Foul’) Sekiranya pemain sengaja melakukan ‘foul’ dengan niat untuk mendapat keuntungan / kelebihan bagi dirinya, pemain itu akan dikreditkan dengan kosong

Page 12: MSSMSEL2019bolingmssm2019.snn2u.com/pdffiles/peraturan_bolingmssm.pdf · 3 4.4.4 Pemenang akan ditentukan melalui “stepladder” , semua jatuhan pin dan bonus sewaktu “position

Tournament Rules/MSSM/2006/DANZ

jatuhan pin untuk balingan tersebut dan tidak akan dibenarkan balingan seterusnya bagi frame tersebut. Peraturan 120. ‘Foul’ yang Jelas Kelihatan (‘Apparent Foul’) Sesuatu ‘foul’ akan diisytiharkan dan direkodkan walaupun tidak dikenalpasti oleh alatan pengesan ‘foul’ automatik atau hakim ‘foul’ sekiranya ‘foul’ tersebut jelas kelihatan kepada :

1. Kedua-dua kapten pasukan atau seorang atau lebih pemain lawan. 2. Pegawai pencatat markah rasmi. 3. Seorang pegawai kejohanan.

Peraturan 121. ‘Foul’ – Rayuan Sebarang rayuan tidak dibenarkan apabila ‘foul’ diisytiharkan kecuali :

1. Dapat dibuktikan bahawa alatan pengesan ‘foul’ automatik tidak berfungsi dengan baik.

2. Terdapat bukti yang amat jelas dan banyak yang menunjukkan bahawa pemain tersebut tidak melakukan ‘foul’.

Peraturan 122. Bola ‘Provisional’ Bola atau frame ‘provisional’ akan dilakukan oleh pemain apabila berlakunya sesuatu bantahan membabitkan ‘foul’, jatuhan pin yang sah atau bola mati dibuat dan ianya tidak dapat diselesaikan oleh pegawai kejohanan.

1. Sekiranya pertikaian berlaku pada balingan pertama pemain pada mana-mana frame, atau pada balingan kedua pada frame kesepuluh selepas ‘strike’ pada balingan pertama pada frame kesepuluh tersebut.

a) Sekiranya pertikaian itu mengenai samada pemain tersebut melakukan ‘foul’, pemain tersebut harus menghabiskan frame tersebut dan membuat satu balingan bola ‘provisional’ pada aturan penuh pin.

b) Sekiranya pertikaian tersebut melibatkan tuduhan jatuhan pin yang tidak sah, pemain harus menyudahkan frame tersebut dan membuat satu balingan bola ‘provisional’ pada susun-atur pin yang sepatutnya tinggal berdiri sekiranya pin yang dipertikaikan itu tidak jatuh.

c) Sekiranya pertikaian itu adalah mengenai samada bola mati patut diisytiharkan, pemain harus menyudahkan frame tersebut dan kemudiannya membuat balingan penuh bagi satu frame ‘provisional’.

2. Sekiranya pertikaian berlaku semasa cubaan ‘spare’, atau semasa balingan ketiga pada frame kesepuluh, bola ‘provisional’ tidak

Page 13: MSSMSEL2019bolingmssm2019.snn2u.com/pdffiles/peraturan_bolingmssm.pdf · 3 4.4.4 Pemenang akan ditentukan melalui “stepladder” , semua jatuhan pin dan bonus sewaktu “position

Tournament Rules/MSSM/2006/DANZ

diperlukan kecuali jika pertikaian tersebut adalah mengenai samada bola mati patut diisytiharkan. Dalam kes ini, satu balingan bola ‘provisional’ akan dibaling pada susun-atur pin yang masih tinggal berdiri semasa bola mati itu dilakukan.

Peraturan 124. Bola Boling – Perubahan Permukaan Mengubah permukaan bola boling semasa bermain di dalam kejohanan rasmi (‘sanctioned tournament’) adalah dilarang. NOTA : Sekiranya didapati bahawa pemain tersebut mengetahui bahawa perbuatannya adalah menyalahi peraturan kejohanan, permainan atau permainan-permainan di mana kesalahan itu dilakukan adalah dibatalkan. Disamping itu, pemain tersebut juga boleh dikeluarkan dari pertandingan yang sedang berjalan. Pertandingan didefinisikan sebagai permainan yang sedang berjalan dan permainan-permainan seterusnya di dalam siri (blok) yang sedang berlangsung. Peraturan 126. ‘Approaches’ tidak boleh Dirosakkan. Aplikasi bahan-bahan asing pada mana-mana bahagian ‘approach’ yang boleh menyebabkan pemain bermain pada keadaan yang tidak normal adalah tidak dibenarkan sama sekali. Ini termasuk (tetapi tidak terhad kepada) bahan-bahan seperti bedak talkum, pumice dan resin pada kasut, juga termasuk tapak kasut bergetah lembut yang boleh tertinggal pada laluan ‘approach’ adalah dilarang. Talkum tidak dibenarkan dibawa ke kawasan pemain. Peraturan 208. Permainan Terganggu Pihak pengurusan kejohanan boleh membenarkan penyudahan permainan atau siri permainan pada pasangan lane yang lain sekiranya terdapat masalah kerosakan mesin pada lane permainan yang mungkin akan mengganggu atau melengahkan perjalanan permainan atau siri permainan. Peraturan 209. Boling Perlahan (‘Slow Bowling’) Peraturan Permainan bagi Kejohanan Rasmi harus meliputi hak dan tanggungjawab pemain apabila mereka berada di kawasan ‘approach’ untuk membuat balingan. Ia juga harus mempunyai satu pernyataan mengenai tindakan atau penalti yang boleh diambil sekiranya pemain tidak mematuhi hak dan tanggungjawab pemain. (Ikuti prosedur pada peraturan 319).

Page 14: MSSMSEL2019bolingmssm2019.snn2u.com/pdffiles/peraturan_bolingmssm.pdf · 3 4.4.4 Pemenang akan ditentukan melalui “stepladder” , semua jatuhan pin dan bonus sewaktu “position

Tournament Rules/MSSM/2006/DANZ

Peraturan 211. Penalti untuk Perlanggaran Peraturan Penalti apabila peraturan dilanggar, sekiranya tiada penalti yang telah ditetapkan bagi kesalahan tersebut, adalah seperti berikut :

a) Pemain yang tidak mematuhi peraturan tersebut akan diberi amaran oleh pegawai kejohanan yang diberi kuasa dengan memberikan kad kuning bagi kesalahan pertama (tiada penalti).

b) Untuk kesalahan kedua dalam kejohanan yang sama, pemain akan dibatalkan daripada kejohanan tersebut dan tidak dibenarkan memasuki mana-mana pertandingan yang diiktiraf / diluluskan (‘sanctioned’) oleh WTBA / Zon selama 90 hari.

c) Sekiranya seseorang pemain menerima amaran dalam tiga kejohanan yang berbeza dalam masa 12 bulan, pemain tersebut tidak dibenarkan menyertai mana-mana kejohanan yang diiktiraf / diluluskan oleh WTBA / Zon selama 90 hari.

d) Semua kesalahan harus dilaporkan oleh setiausaha kejohanan kepada Setiausaha Agung WTBA, yang akan melaporkannya kepada semua ahli persatuan.

Peraturan 212. Bantahan (‘Protests’) Bantahan mengenai kelayakan pemain atau peraturan am permainan haruslah dinyatakan secara bertulis kepada pegawai kejohanan yang bertanggungjawab dalam masa tidak lebih 24 jam selepas permainan di mana kesalahan itu berlaku atau sebelum majlis penyampaian hadiah, yang mana lebih dahulu. Apabila bantahan melibatkan ‘foul’ atau kesahihan jatuhan pin yang dilakukan, wakil rasmi daripada parti-parti yang terlibat harus berada bersama apabila bukti mengenai kesalahan atau bantahan itu diambil. Sekiranya tiada sebarang bantahan dilaporkan secara rasmi dan bertulis pada tamatnya tempoh bantahan, keputusan permainan atau siri permainan adalah dianggap tepat dan dikira. Setiap peraturan di bawah peraturan yang telah dinyatakan ini tidak boleh ditafsirkan sebagai meliputi kesalahan yang lebih kurang sama bentuknya atau kesalahan sebelumnya.

- SEKIAN TERIMA KASIH -