jabatan pengairan dan saliran, malaysiajps.perak.gov.my/images/pdffiles/penerbitan/final...

16
JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN, MALAYSIA EDISI DWI-BULANAN JANUARI DAN FEBRUARI 2019 MALAYSIA TECHNOLOGY EXPO (MTE) PUBLIC SERVICE INNOVATION AWARDS 2019 menarik di dalam : MEMORANDUM OF UNDERSTANDING (MOU) ANTARA JPS DAN UTP KUNJUNGAN HORMAT KETUA PENGARAH NADMA KE PUSAT RAMALAN DAN AMARAN BANJIR NEGARA (PRABN) WWW.WATER.GOV.MY GREEN SG. BATU FOR ALL PUBLIC OUTREACH PROGRAMME MESYUARAT PERTAMA MAJLIS AIR NEGARA (MAN) 2019 twitter.com/ JPS Malaysia facebook.com/ Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia - DID instagram.com/ jpsmalaysia http://water.spab.gov.my

Upload: others

Post on 06-Mar-2021

23 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN, MALAYSIAjps.perak.gov.my/images/pdffiles/penerbitan/FINAL JPS...SISTEM PENGURUSAN KUALITI Bengkel Kajian Semula Pelan Tindakan Inovasi (PTI) telah diadakan

JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN, MALAYSIA

EDISI DWI-BULANAN JANUARI DAN FEBRUARI 2019

MALAYSIA TECHNOLOGY EXPO (MTE)

PUBLIC SERVICEINNOVATION AWARDS 2019

menarik di dalam :

MEMORANDUM OF UNDERSTANDING (MOU)ANTARA JPS DAN UTP

KUNJUNGAN HORMAT KETUA PENGARAH NADMAKE PUSAT RAMALAN DAN AMARAN BANJIR NEGARA (PRABN)

W W W . W A T E R . G O V . M Y

GREEN SG. BATU FOR ALLPUBLIC OUTREACH PROGRAMME

MESYUARAT PERTAMA MAJLIS AIR NEGARA (MAN) 2019

twitter.com/JPS Malaysia

facebook.com/Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia - DID

instagram.com/jpsmalaysia http://water.spab.gov.my

Page 2: JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN, MALAYSIAjps.perak.gov.my/images/pdffiles/penerbitan/FINAL JPS...SISTEM PENGURUSAN KUALITI Bengkel Kajian Semula Pelan Tindakan Inovasi (PTI) telah diadakan

Menarik Di dalamIsi Kandungan

Malaysia Technology Expo (MTE) 2019

Dari TintaKetua Editor

Lawatan Ketua Pengarah JPS Malaysia ke Jabatan Kerja Raya

LawatanNADMA Ke PRABN

Permurnian Terma Rujukan Tebatan Banjir Kota Belud, Sabah

Kursus e-Porelehan

Mesyuarat Jawatankuasa Penyelaras Inovasi Bil. 1/2019

Bengkel Pemantapan Sistem Pengurusan Kualiti / Kajian Semula PTI / Permurnian SKT Dan Enakment Air 2019

Bengkel Emergency Response Team (ERT)

Lawatan SHE MalaysiaAirport ke SMART

Lawatan JPI kepada En. Mohd Rozi

Mesyuarat JET kali ke-34

Mesyuarat Laporan Tahunan dan Kompendium 2019

Gotong-RoyongGreen Sg. Batu For All

Lawatan Korea Development Institute ke SMART

MOU antara JPS dan UTP

Mesyuarat PertamaMajlis Air Negara (MAN)

0304

0607

0809

1012

1314

15 Sudut Hebahan dan Sudut Integriti

Page 3: JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN, MALAYSIAjps.perak.gov.my/images/pdffiles/penerbitan/FINAL JPS...SISTEM PENGURUSAN KUALITI Bengkel Kajian Semula Pelan Tindakan Inovasi (PTI) telah diadakan

Mesyuarat Jawatankuasa Penyelaras Inovasi Bil. 1/2019

Lawatan JPI kepada En. Mohd Rozi

Mesyuarat JET kali ke-34

Mesyuarat Laporan Tahunan dan Kompendium 2019

DariTintaKETUA EDITOR

Hari berganti, bulan berganti, tahun juga berganti. Tidak terlewat sekiranya saya mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru 2019 kepada semua pembaca yang dikasihi dan dihormati. Semoga dengan kehadiran tahun 2019 ini memberi semangat baru dan tekad ke arah yang lebih hadapan dan maju jaya serta dipermudahkan urusan seharian.

Terbitan buletin kali ini tampil dengan wajah baru dengan menerbitkan JPS UPDATES Dwi-Bulanan bagi bulan Januari dan Februari yang lebih berinformatif dan menarik demi meneruskan matlamat untuk menyebarkan ilmu pengetahuan kepada pembaca. Di samping itu, ianya menjadi platform sumber maklumat untuk dikongsi bersama khususnya agensi awam dan orang awam. Sejak tahun 2016, kami telah mengambil pendekatan melestarikan alam semulajadi dengan kaedah terbitan eletronik yang lebih mesra pengguna, dan hanya dicetak apabila perlu sahaja.

Syukur ke hadrat illahi, pada bulan Januari dan Februari kita dapat lihat dengan lebih jelas kecemerlangan dan kejayaan yang dicapai oleh warga JPS sepanjang bulan tersebut. Pastinya banyak lagi kejayaan yang bakal dicapai oleh setiap warga JPS pada tahun 2019 ini. Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua yang telah mengukir kecemerlangan buat JPS. Justeru, segala kejayaan dan pencapaian yang diukir oleh warga JPS akan dikongsikan bersama di dalam terbitan buletin ini.

Akhir kata, selamat membaca dan Selamat Maju Jaya.

SIDANG REDAKSIPENASIHATYBHG. DATO’ IR. DR. MD. NASIR BIN MD. NOH

PENYELARASDATO’ IR. HJ. MOHD AZMI BIN ISMAIL

KETUA EDITORHJ. MAT SUPRI BIN KASA

EDITORNORAZIZAH BINTI ABDUL KADIR

PENOLONG EDITORNADIAH BT. ABD. KADIRMOHAMAD YASSIN BIN SALIKANINTAN SURAYA BINTI AYOBMOHD FIRDAUS B. MOKHTAR

Hj. Mat Supri B. KasaPengarah Korporat, JPS Malaysia

‘segala kejayaan dan pencapaian yang diukir oleh warga JPS akan dikongsikan bersama di dalam terbitan buletin ini’

Page 4: JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN, MALAYSIAjps.perak.gov.my/images/pdffiles/penerbitan/FINAL JPS...SISTEM PENGURUSAN KUALITI Bengkel Kajian Semula Pelan Tindakan Inovasi (PTI) telah diadakan

PUBLIC SERVICE INNOVATION AWARDS 2019 MALAYSIA TECHNOLOGY EXPO (MTE) 2019

Pada 21-23 Februari 2019, JPS Malaysia telah menyertai Public Service Innovation Awards 2019 sempena Malaysia Technology Expo (MTE) 2019 bertempat di PWTC,Kuala Lumpur.

MTE kali ke-18 2019, merupakan one-stop showcase bagi Research and Development (R&D) dan teknologi terkini, penemuan dan inovasi, reka bentuk dan idea. Ia merupakan salah satu ruang di mana para peserta diberi pendedahan serta peluang dalam pemasaran dan pengkomersilan dengan akses kepada pelabur.

Para peserta dari universiti, institusi penyelidikan dan sektor korporat dari seluruh Asia, Eropah dan kawasan-kawasan lain yang telibat akan hadir bersama-sama untuk membentangkan rekabentuk dan produk mereka pada setiap tahun di expo yang diadakan ini. MTE bertindak sebagai titik penemuan untuk organisasi perniagaan dan penyelidikan untuk mempamerkan produk mereka dengan ciptaan terbaru serta dapat berkongsi produk bersama pihak pelbagai industri.

OLEH : BAHAGIAN AUDIT PRESTASI, HTC KL, BAHAGIAN PEMBANGUNAN MODAL INSAN

Tujuan utama Expo ini adalah untuk menggalakan pencipta dan penyelidik bagi menyertai expo ini dengan produk/teknologi sendiri serta dapat membantu dan menyokong creative and innovative thinker di Malaysia. Oleh yang demikian, expo seperti ini dapat membantu merialisasikan produk dan teknologi R&D di Malaysia di kalangan mata dunia.

(PWTC)PUTRA WORLD TRADE CENTRE

21-23 FEBRUARI 2019

04

TahniahDiucapkan kepada Pemenang

Page 5: JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN, MALAYSIAjps.perak.gov.my/images/pdffiles/penerbitan/FINAL JPS...SISTEM PENGURUSAN KUALITI Bengkel Kajian Semula Pelan Tindakan Inovasi (PTI) telah diadakan

JPS Malaysia telah mengemukakan empat (4) produk inovasi dan telah memenangi hadiah pada hari tersebut. Antara produk-produk inovasi tersebut adalah:

1) National Flood Forecasting & Warning System (NaFFWS) dari Bahagian Pengurusan Sumber Air & Hidrologi telah memenangi Gold Award dan Special Award.2) Smart Portable Rainfall Counter (SPORAC) dari JPS Kedah telah memenangi Silver Award.3) Eco Waste Bin dari JPS Larut, Matang & Selama, Taiping, Perak telah memenangi Bronze Award.4) Mobile Flood Wall Barrier (NADI) kerjasama HTC KL, JPS dengan NAHRIM telah memenangi Bronze Award.

LAWATAN DARIBAHAGIAN KORPORAT

MOBILE FLOOD WALL BARRIER (NADI)

BRONZE AWARD

NATIONAL FLOOD FORECASTING & WARNING SYSTEM (NaFFWS)

GOLD AWARD DAN SPECIAL AWARD

BOOTH JPS JUGA TELAH MEMENANGI “MOST FRIENDLY VISITOR AWARD”. KESEMUA PRODUK INOVASI JUGA MENERIMA AWARD OF MERIT DARI REPUBLIC OF CROATIA SEMPENA 10TH ANNIVERSARY MALAYSIA-CROATIA TECHNOLOGY EXCHANGE.

05

LAWATAN DARIBAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN

LAWATAN DARIBAHAGIAN PEMBANGUNGAN MODAL INSAN

TahniahDiucapkan kepada Pemenang

Page 6: JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN, MALAYSIAjps.perak.gov.my/images/pdffiles/penerbitan/FINAL JPS...SISTEM PENGURUSAN KUALITI Bengkel Kajian Semula Pelan Tindakan Inovasi (PTI) telah diadakan

Mesyuarat Jawatankuasa Penyelaras Inovasi Bil. 1/2019 telah diadakan pada 28 Februari 2019 di JPS cawangan Ampang dan mesyuarat tersebut telah dipengerusikan oleh En. Mat Supri bin Kasa (Pengarah Korporat). Tujuan mesyuarat ini adalah membincangkan aktiviti Inovasi bagi tahun 2019 termasuklah Hari Inovasi JPS Malaysia 2019 dan Pertandingan KIK. Turut dibincangkan juga adalah hasil kajian semula Pelan Tindakan Inovasi bagi tahun 2019-2020. Mesyuarat telah dihadiri oleh 40 orang Penyelaras dan Penolong Penyelaras Inovasi Bahagian dan juga Negeri.

OLEH : BAHAGIAN AUDIT PRESTASI

MESYUARAT JAWATANKUASA PENYELARAS INOVASI BIL. 1/2019

OLEH : BAHAGIAN AUDIT PRESTASI

Bengkel Pemantapan Sistem Pengurusan Kualiti telah dijalankan pada 12-13 Februari 2019 di JPS cawangan Ampang. Bengkel tersebut telah diketuai oleh Ir. Hjh. Norlida binti Mamad@Samad, Pengarah Audit Prestasi dan dihadiri oleh 30 pegawai Bahagian dan Negeri JPS yang mengamalkan Sistem Pengurusan Kualiti ISO. EMS dan OHSAS.

BENGKEL PEMANTAPAN SISTEM PENGURUSAN KUALITI

Bengkel Kajian Semula Pelan Tindakan Inovasi (PTI) telah diadakan di JPS cawangan Ampang pada 28-29 Januari 2019. Bengkel ini dijalankan adalah bertujuan mengkaji semula PTI 2017-2018 dan menambah baik PTI untuk digunapakai bagi tahun 2019-2020. Bengkel dihadiri oleh Penyelaras dan Penolong Penyalaras Inovasi Bahagian dan Negeri JPS.

OLEH : BAHAGIAN AUDIT PRESTASI

BENGKEL KAJIAN SEMULA PELAN TINDAKAN INOVASI (PTI)

Aktiviti Dilaksanakan

Bengkel Pemurniaan SKT dan Enakmen Air JPS Perlis telah diadakan di Langkawi pada 21 hingga 23 Februari 2019. Bengkel yang disertai oleh Pegawai-Pegawai Teknikal JPS Perlis ini bertujuan untuk menyelaras SKT Bahagian masing – masing sejajar dengan penubuhan Enakmen Air.

Selain itu, bengkel yang dirasmikan oleh Pengarah JPS Perlis ini juga diadakan untuk memuktamadkan perancangan kerja-kerja tahunan mengikut Lembangan Sungai masing-masing.

OLEH : JPS PERLIS

BENGKEL PEMURNIAN SKT DAN ENAKMEN AIR 2019 JPS PERLIS

06

Page 7: JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN, MALAYSIAjps.perak.gov.my/images/pdffiles/penerbitan/FINAL JPS...SISTEM PENGURUSAN KUALITI Bengkel Kajian Semula Pelan Tindakan Inovasi (PTI) telah diadakan

OLEH : BAHAGIAN PENGURUSAN BANJIR

OLEH : BAHAGIAN PENGURUSAN MAKLUMAT

Kejadian gempa bumi bermagnitud 5.9 Skala Richter yang berlaku pada 5 Jun 2015 di Kundasang merupakan gempa pada skala tertinggi pernah direkodkan di Malaysia. Sejarah gempa bumi di Sabah mula direkodkan sejak 1897 dengan julat 3.6 hingga 5.8 pada Skala Richter tidak diberi perhatian yang sewajarnya hinggalah kejadian yang memberi impak yang destruktif pada pagi 5 Jun 2018.

Selain 18 nyawa terkorban, kecederaan dan kerosakan harta benda, kejadian gempa ini juga disusuli oleh bencana sekunder iaitu aliran puing (debris flow) di Sungai Mesilau di Kundasang dan Sungai Melangkap di Kota Belud, selain menyebabkan runtuhan cerun dan batuan pada Gunung Kinabalu. Gempa 2015 juga menjadi faktor penyebab kepada perubahan corak banjir di kawasan Kota Belud apabila lebih 80 kejadian banjir pada tahun 2017 dicatatkan di kawasan Kota Belud.

Justeru, JPS Malaysia telah mengadakan satu lawatan ke Sungai Kedamaian, Kota Belud bersama-sama pihak NADMA bagi mengenalpasti kawasan bencana yang terlibat pada 28 Januari 2019. Bahagian Pengurusan Banjir, JPS Malaysia telah mengadakan satu mesyuarat berkaitan Pemurnian Terma Rujukan (TOR) bagi Kajian Kemungkinan (Feasibility Study) Bersepadu Sumber Air Dan Tebatan Banjir di Kota Belud, Sabah (Bagi komponen Disaster Risk Reduction (DRR) dan Geo-Hazard) yang telah diadakan pada 29 Januari 2019 bertempat di JPS Sabah.

Tujuan mesyuarat ini diadakan adalah untuk membincangkan komponen DRR dan Geo-Hazard yang akan dimasukkan ke dalam Terma Rujukan (TOR) bagi Kajian Kemungkinan (Feasibility Study) Bersepadu Sumber Air Dan Tebatan Banjir di Kota Belud, Sabah.

MESYUARAT PEMURNIAN TERMA RUJUKAN (TOR) BAGI KAJIAN KEMUNGKINAN (FEASIBILITY STUDY) BERSEPADU SUMBER AIR DAN

TEBATAN BANJIR DI KOTA BELUD, SABAH

KURSUS SISTEM ePEROLEHAN BARU BAGI MODUL SEBUTHARGA/TENDER

Pada 28 hingga 29 Januari 2019, Bahagian Pengurusan Maklumat telah mengadakan kursus Sistem e-Perolehan Baru Bagi Modul Sebutharga/ Tender bertempat di Bilik Mesyuarat Bahagian Pengurusan Maklumat. Seramai 19 orang peserta telah menghadiri kursus tersebut. Tujuan kursus ini adalah memberi kefahaman kepada pegawai yang melaksanakan perolehan untuk menggunakan sistem ePerolehan Baru melalui kaedah taklimat dan latihan hands-on.

07

Page 8: JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN, MALAYSIAjps.perak.gov.my/images/pdffiles/penerbitan/FINAL JPS...SISTEM PENGURUSAN KUALITI Bengkel Kajian Semula Pelan Tindakan Inovasi (PTI) telah diadakan

Pada 11 Februari 2019, seramai empat orang ahli Jawatankuasa Pembangunan Islam (JPI) telah melawat Encik Mohd Rozi Bin Mat Yasin (Penolong Jurutera Awam JA36, JPS Cameron Highland) di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) yang menghidap penyakit pendarahan dan jangkitan kuman di bahagian perut yang menyebabkan beliau terpaksa menjalani pembedahan yang menelan kos yang tinggi. Satu kutipan amal telah dijalankan dan jumlah kutipan tersebut adalah sebanyak RM3967.00 telah diserahkan oleh pengerusi JPI Ir. Tuan Haji Mohd Fuad Bin Haji Buang pada lawatan tersebut. Semoga kutipan amal ini dapat meringankan penderitaan Encik Mohd Rozi, dan didoakan semoga beliau cepat sembuh dan dipermudahkan urusannya.

OLEH : JAWATANKUASA PEMBANGUNAN ISLAM

LAWATAN DAN SUMBANGAN JPI KEPADA ENCIK MOHD ROZI BIN MAT YASIN

OLEH : BAHAGIAN PENGURUSAN ZON PANTAI

08

MESYUARAT KAJIAN SEMULA LAPORAN TAHUNAN DAN KOMPENDIUM JABATAN 2019Pada 12 hingga 14 Februari 2019, satu mesyuarat

penyediaan Laporan Tahunan 2018 dan Kompendium 2019 telah diadakan di JPS Cameron Highland, Pahang yang turut dihadiri seramai 45 orang pegawai dari JPS Malaysia. Tujuan mesyuarat diadakan adalah bagi memastikan setiap laporan tahunan dan kompendium Jabatan yang diterbitkan adalah selari dengan kehendak dan keperluan semasa Jabatan. Laporan tahunan dan kompendium merupakan salah satu medium maklumat asas Jabatan yang penting untuk rujukan khususnya agensi awam dan orang awam amnya.

OLEH : BAHAGIAN KORPORAT

Pada 27 – 28 Feb 2019 telah diadakan satu mesyuarat Joint Evaluation Team (JET) Kali Ke-34 bertempat di Phuket, Thailand. Mesyuarat ini adalah di bawah ‘Projek Usahasama Antara Kerajaan Malaysia Dan Thailand – Pemuliharaan Muara Sungai Golok’ susulan daripada perjanjian kerjasama yang ditandatangani di bawah bidang pertanian pada 26 Feb 1979 dan perjanjian dibawah Projek Pembaikan Muara Sungai Golok di antara Kerajaan Malaysia dan Thailand yang telah ditandatangani pada 8 Mac 1997.

Hasil daripada perjanjian tersebut, tiga jawatankuasa telah ditubuh untuk menyelaraskan Program Lembangan Sungai Golok, iaitu ‘Joint Steering Committee’ (JSC), ‘Joint Technical Working Group’ (JTWG) dan ‘Joint Evaluation Team’ (JET). Tujuan jawatankuasa yang ditubuhkan untuk menjalankan penilaian terperinci di muara sungai golok dan mengesyorkan sebarang penyelarasan untuk di angkat ke Jawatankuasa JTWG dan seterusnya Jawatankuasa JSC.

PROJEK USAHASAMA ANTARA KERAJAAN MALAYSIA DAN THAILAND – PEMULIHARAAN MUARA SUNGAI GOLOK MESYUARAT ‘JOINT EVALUATION TEAM (JET)’ KALI KE-34

Page 9: JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN, MALAYSIAjps.perak.gov.my/images/pdffiles/penerbitan/FINAL JPS...SISTEM PENGURUSAN KUALITI Bengkel Kajian Semula Pelan Tindakan Inovasi (PTI) telah diadakan

JPS MEMPERKASA PASUKAN ERTBENGKEL EMERGENCY RESPONSE TEAM (ERT)

JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN, MALAYSIA

Unit Keselamatan, Kesihatan dan Alam Sekitar (SHE), Malaysia Airports (Sepang) Sdn.Bhd telah membuat lawatan ke Pusat Kawalan SMART untuk mengetahui berkaitan keselamatan dan kesihatan serta alam sekitar yang dipraktikkan di Pusat Kawalan SMART khususnya di dalam pengoperasian sistem SMART untuk operasi kawalan banjir.

Terowong SMART adalah satu satunya terowong di dunia yang digunakan untuk dua fungsi iaitu lencongan air sungai untuk mengelakkan banjir di Pusat Bandaraya Kuala Lumpur dan sebagai laluan trafik untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas. Tn. Hj. Mohd Shafawi bin Alwi selaku Timbalan Pengarah Operasi Seksyen Pengurusan Banjir (SPB) telah memberikan penerangan kepada semua hadirin mengenai operasi kawalan banjir SMART melalui model fizikal terowong SMART yang telah direkabentuk khas untuk pelawat supaya dapat melihat bagaimana operasi banjir SMART dilaksanakan. Tn. Hj. Mohd Shafawi turut memberi penerangan aspek keselamatan dan kesihatan serta alam sekitar yang diamalkan di Pusat Kawalan SMART mengikut persijilan OHSAS 18001:2007.

OLEH : PUSAT KAWALAN SMART

Emergency Response Plan (ERP) atau Pelan Tindakan Kecemasan JPS dibangunkan sesuai dengan keperluan Garis Panduan Pengurusan Kesinambungan Perkhidmatan Agensi Sektor Awam. ERP JPS merangkumi perancangan, tindakan, prosedur dan peralatan yang boleh digunakan bagi tindakan yang sebaik-baiknya dapat diambil untuk mengawal kejadian kecemasan.

ERP JPS bertujuan menyelamatkan warga JPS Malaysia daripada kecederaan yang serius, kehilangan/kerosakan harta atau nyawa apabila berlaku gangguan besar atau bencana ke atas premis JPS seperti kebakaran, banjir dalam bangunan, gegaran dan sebagainya. Dalam keadaan berlaku gangguan tersebut, pelan ini menjelaskan tindakan dan tanggungjawab yang perlu diambil.

Bengkel ERT bagi sesi pertama telah diadakan pada 30-31 Januari 2019 di Bilik Gerakan, Ibu Pejabat JPS. Sesi kedua telah diadakan pada 19-20 Februari 2019 di JPS Ampang. Latihan ini diadakan dalam dua (2) sesi kerana dapat memberikan pendedahan kepada lebih ramai warga JPS.

OLEH : BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN

LAWATAN SAFETY, HEALTH & ENVIRONMENT (SHE) MALAYSIA AIRPORT KE PUSAT KAWALAN SMART

09

Page 10: JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN, MALAYSIAjps.perak.gov.my/images/pdffiles/penerbitan/FINAL JPS...SISTEM PENGURUSAN KUALITI Bengkel Kajian Semula Pelan Tindakan Inovasi (PTI) telah diadakan

River of Life Public Outreach Programme (ROLPOP) merupakan program bukan struktur yang terdapat dalam salah satu inisiatif Komponen Pembersihan Sungai, River of Life (ROL) yang diterajui oleh Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Malaysia menggunakan peruntukan yang disalurkan oleh Kementerian Wilayah Persekutuan. ROLPOP merupakan sebahagian daripada transformasi sosial yang dilaksanakan untuk meningkatkan tahap kesedaran dan pengetahuan masyarakat bahawa menjaga kebersihan sungai adalah tanggungjawab bersama dan tidak hanya bergantung kepada Kerajaan. Kumpulan sasaran kempen ini adalah kepada komuniti tempatan, institusi pendidikan, pengendali makanan, bengkel dan pasar basah, industri, korporat dan pemaju serta orang awam.

OLEH : BAHAGIAN PENGURUSAN LEMBANGAN SUNGAI

beramah mesra bersama Maya Karin, Duta ROL

“Program Gotong-royong Green Sg Batu For All Dengan Kerjasama Travelog COMBI Selangor Di Kampung Laksamana’’

10

Page 11: JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN, MALAYSIAjps.perak.gov.my/images/pdffiles/penerbitan/FINAL JPS...SISTEM PENGURUSAN KUALITI Bengkel Kajian Semula Pelan Tindakan Inovasi (PTI) telah diadakan

Program gotong-royong ini merupakan salah satu siri program yang diadakan di bawah inisiatif ROLPOP. Fasa terkini program ini telah berterusan ke kawasan Selangor iaitu Fasa 4 ROLPOP. Program di bawah ROLPOP kali ini adalah inisiatif gotong-royong oleh komuniti sekitar Sg Batu. Program gotong-royong mingguan ini akan berlangsung selama lima minggu, iaitu daripada 23 Februari 2019 sehingga 23 Mac 2019, di mana majlis perasmian akan diadakan pada 23 Mac 2019 bersama pihak Menteri Besar Selangor untuk memeteraikan usaha baik oleh komuniti Mukim Batu selama empat minggu yang lepas. Keseluruhan program gotong-royong ini berlandaskan tema Green Sg Batu For All yang membawa maksud kelestarian Sg Batu adalah untuk semua lapisan masyarakat dan adalah tanggungjawab semua pihak bersama.

Objektif program ini adalah untuk mewujudkan kesedaran mengenai Sg. Batu yang mengalir berhampiran Mukim Batu, penjagaan kebersihan sungai serta isu-isu pencemaran yang mengancam sungai ini yang juga akan memberi kesan terhadap pembiakan nyamuk aedes.

Selain daripada menjalankan aktiviti gotong-royong, agensi yang terlibat juga turut mengadakan pameran-pameran yang menjurus kepada kempen kesedaran mengenai penjagaan kesihatan dan penjagaan alam sekitar.

Sesi gotong-royong pertama diadakan di Kg Laksamana pada 23 Februari 2019 dengan kerjasama pihak Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Gombak. Justeru, nama program ini telah dipilih bagi melambangkan kerjasama erat di antara pihak ROLPOP dan PKD Gombak. Selain itu, program di bawah ROLPOP kali ini juga melibatkan kerjasama bersama Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Majlis Perbandaran Selayang (MPS), Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) Gombak, Jabatan Kerja Raya (JKR), Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) DUN Sg Tua, serta Asia Pacific Environmental Consultants Sdn Bhd (ASPEC) sebagai perunding yang dilantik untuk Program ROLPOP lembangan Sungai Batu.

Keseluruhan program gotong-royong ini akan melibatkan tujuh buah kampung di bawah Mukim Batu, iaitu Kg. Sg. Tua, Kg. Sg. Kertas, Kg. Nakhoda, Kg. Laksamana, Kg. Melayu Batu Caves Selatan, Batu Caves Indian Settlement, dan Kg. Baru Batu Caves. Ketujuh-tujuh kampung di bawah Mukim Batu telah menandatangani Dokumen sebagai tanda pelancaran Friends of Sungai Batu – Batu Caves.

WAKIL PENDUDUK KAMPUNG LAKSAMANA MENANDATANGANI DOKUMEN FRIENDS OF SUNGAI BATU SEBAGAI TANDA PERJANJIAN BAGI MENJAGA KEBERSIHAN SUNGAI BATU

226kg SAMPAH DIKUTIP PADA 1 JAM,99kg DIKITAR SEMULA, 127 kg TIDAK DIKITAR SEMULA

FAKTA

11

Page 12: JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN, MALAYSIAjps.perak.gov.my/images/pdffiles/penerbitan/FINAL JPS...SISTEM PENGURUSAN KUALITI Bengkel Kajian Semula Pelan Tindakan Inovasi (PTI) telah diadakan

MESYUARAT PERTAMA MAJLIS AIR NEGARA (MAN) 2019

DEWAN PERSIDANGAN, UNIT PENYELARASAN PELAKSANAAN (ICU), JABATAN PERDANA MENTERI

Pada 25 Februari 2019 yang lalu, YAB Tun Dr Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia telah mempengerusikan Mesyuarat Pertama Majlis Air Negara (MAN) 2019 bertempat di Dewan Persidangan, Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU), Jabatan Perdana Menteri, Putrajaya. Mesyuarat ini telah dihadiri oleh YAB Timbalan Perdana Menteri, YB Menteri-Menteri Persekutuan, YAB Menteri-Menteri Besar/ Ketua-Ketua Menteri, YB Timbalan-Timbalan Menteri, Ketua-Ketua Setiausaha Kementerian serta Ketua Jabatan/ Agensi yang berkaitan.

Ini merupakan mesyuarat pertama bagi MAN yang diwujudkan setelah mengambil kira perubahan fungsi dan struktur kementerian serta tertubuhnya Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli (KATS) yang menggabungkan kedua-dua komponen pengurusan sumber air dan perkhidmatan air yang merangkumi bekalan air dan perkhidmatan pembentungan.

OLEH : BAHAGIAN KORPORAT

Antara lain, MAN berfungsi bagi menentukan hala tuju, dasar dan strategi serta menyelaras pengurusan dan pembangunan air negara; memantau pelaksanaan obligasi negara dalam perjanjian di peringkat antarabangsa; menetapkan mekanisme/platform penyelesaian sebarang isu berkaitan pengurusan dan pembangunan air dan menetapkan/menentukan kaedah pengagihan sumber air terutamanya semasa kecemasan dan melibatkan sumber air antara negeri/negara. MAN turut berfungsi bagi memperakui pelan-pelan berkaitan air; memberi khidmat nasihat dan kepakaran teknikal kepada kerajaan negeri ke atas pengurusan dan pembangunan air; dan menasihat kerajaan negeri berhubung pelaksanaan pemindahan air antara negeri/negara.

12

Page 13: JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN, MALAYSIAjps.perak.gov.my/images/pdffiles/penerbitan/FINAL JPS...SISTEM PENGURUSAN KUALITI Bengkel Kajian Semula Pelan Tindakan Inovasi (PTI) telah diadakan

Pada 20 Febuari 2019, seramai 7 orang pelawat dari agensi Korea Development Institute (KDI) telah membuat lawatan ke Pusat Kawalan SMART. Tujuan lawatan iini adalah memberi taklimat bagi mengetahui cara-cara pengendalian terowong SMART. Ir. Salwa binti Ramly selaku Timbalan Pengarah Operasi Seksyen Pengurusan Banjir (SPB) telah memberikan penerangan mengenai operasi kawalan banjir SMART dan juga pengurusan laluan trafik semasa operasi banjir diaktifkan. Lawatan ini telah berjaya mencapai objektifnya dan memberi manafaat bagi perkongsian maklumat tersebut kepada rombongan dari KDI.

OLEH : PUSAT KAWALAN SMART

Pada 14 Januari 2019 yang lalu, Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia (JPS) dan Universiti Teknologi PETRONAS (UTP) telah menandatangani Memorandum Persefahaman untuk bekerjasama dalam bidang penyelidikan dan usaha sama akademik dalam bidang-bidang berikut:

(a) Kerjasama dalam bidang akademik dan inovasi – Program latihan dan kerjasama bersama organisasi antarabangsa dan/atau institusi; (b) Aktiviti-aktiviti penyelidikan dan pembangunan yang tidak terhad kepada coastal hydraulics dan offshore engineering;(c) Pembangunan sumber manusia – Kepimpinan dan amalan kejuruteraan dan/atau latihan kecekapan pengurusan, program pembangunan kakitangan yang meliputi penyelidikan dan latihan industri;(d) Penerbitan hasil penyelidikan bersama;(e) Jurnal akses dan perkongsian kepakaran dan kemudahan makmal, dan(f) Mana-mana bidang disiplin yang berkaitan dengan kerjasama yang dipersetujui secara bertulis oleh kedua pihak.

OLEH : BAHAGIAN KORPORAT

LAWATAN KOREA DEVELOPMENT INSTITUTE

KE PUSAT KAWALAN SMART

MAJLIS MENANDATANGANI 'MEMORANDUM PERSEFAHAMAN'ANTARA JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN MALAYSIA (JPS) DENGAN

UNIVERSITI TEKNOLOGI PETRONAS (UTP)

13

Page 14: JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN, MALAYSIAjps.perak.gov.my/images/pdffiles/penerbitan/FINAL JPS...SISTEM PENGURUSAN KUALITI Bengkel Kajian Semula Pelan Tindakan Inovasi (PTI) telah diadakan

OLEH : BAHAGIAN PENGURUSAN SUMBER AIR DAN HIDROLOGI

14

Pada 8 Januari 2019, satu kunjung hormat dan lawatan kerja delegasi telah diadakan antara Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) ke Pusat Ramalan dan Amaran Banjir Negara (PRABN). Turut hadir Dato’ Ir. Dr. Md. Nasir B. Md. Noh (Ketua Pengarah JPS Malaysia), Dato’ Mohtar B. Mohd. Abd. Rahman (Ketua Pengarah NADMA), Dato’ Ir. Nor Hisham B. Mohd. Ghazali (Pengarah Bahagian Pengurusan Sumber Air dan Hidrologi) serta pegawai-pegawai tertinggi JPS dan NADMA. Tujuan lawatan ini adalah untuk perkongsian pengalaman antara NADMA dengan JPS khususnya Program Ramalan Dan Amaran Banjir (PRAB) dalam sistem amaran dan ramalan bencana. Lawatan ini berfaedah kerana dengan lawatan ini pihak NADMA dapat mendengar taklimat kaedah bagaimana ramalan dan amaran banjir dibuat.

Disamping itu, pihak PRABN juga mengadakan perbincangan berkaitan kaedah pengendalian maklumat ramalan dan amaran banjir juga dibincangkan kepada pihak NADMA. Delegasi NADMA juga berpeluang dibawa melawat ke bilik operasi banjir yang dioperasikan 24 jam dalam tempoh banjir monsun.

LAWATAN RASMI KETUA PENGARAH JPS MALAYSIA KE

JABATAN KERJA RAYA (JKR)

Pada 15 Februari 2019, satu Lawatan Rasmi telah diadakan oleh Ketua Pengarah JPS Malaysia ke Jabatan Kerja Raya (JKR). Turut hadir Timbalan Ketua Pengarah JPS Malaysia dan Pengarah Sumber Air dan Hidrologi, JPS Malaysia. Tujuan lawatan rasmi tersebut adalah berkongsi pengalaman Pelaksanaan Arahan Perbendaharaan 182 antara pihak JKR dan JPS Malaysia. Ianya juga membincangkan dua hala JKR dan JPS iaitu:

1) Penyelarasan dan pembahagian skop pojek agensi/ kementerian untuk dilaksanakan oleh JKR dan JPS. 2) Cadangan pengecualian kerja-kerja yang bernilai tidak melebihi RM500,000.3) Hal-Hal Lain.

OLEH : BAHAGIAN KORPORAT

KUNJUNG HORMAT DAN LAWATAN KERJA DELEGASIAGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA (NADMA) KE

PUSAT RAMALAN DAN AMARAN BANJIR NEGARA

Page 15: JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN, MALAYSIAjps.perak.gov.my/images/pdffiles/penerbitan/FINAL JPS...SISTEM PENGURUSAN KUALITI Bengkel Kajian Semula Pelan Tindakan Inovasi (PTI) telah diadakan

Sudut Integriti

Sudut Hebahan

Page 16: JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN, MALAYSIAjps.perak.gov.my/images/pdffiles/penerbitan/FINAL JPS...SISTEM PENGURUSAN KUALITI Bengkel Kajian Semula Pelan Tindakan Inovasi (PTI) telah diadakan

DEPARTMENT OF IRRIGATION AND DRAINAGE, MALAYSIA

JAYAKAN PERKHIDMATAN SEMPURNA