ms 20 ms 11appsjohor.moe.gov.my/jpnjohor/v6/pdf/04-e majalah(1).pdfms 2 11 dan 33 - saadiah said ms...

45
Ms 11 Ms 20 Ms 36 Ms 14

Upload: others

Post on 05-Oct-2020

5 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Ms 20 Ms 11appsjohor.moe.gov.my/jpnjohor/v6/pdf/04-e majalah(1).pdfms 2 11 dan 33 - Saadiah Said MS 3 Sembang Telur - Md. Hasidin Hj. Zaini MS 4 Senario Integriti - Kamsani Selamat

Ms 11

Ms 20

Ms 36

Ms 14

Page 2: Ms 20 Ms 11appsjohor.moe.gov.my/jpnjohor/v6/pdf/04-e majalah(1).pdfms 2 11 dan 33 - Saadiah Said MS 3 Sembang Telur - Md. Hasidin Hj. Zaini MS 4 Senario Integriti - Kamsani Selamat

ms 2

11 dan 33 - Saadiah Said MS 3

Sembang Telur - Md. Hasidin Hj. Zaini MS 4

Senario Integriti - Kamsani Selamat MS 11

Cabaran Kota Tinggi MS 14Penghayatan Taman LautHari Guru JPN JohorLawatan Yayasan Amir

PASKA di Somalia MS 20Program Studi Banding Johor dan Riau

Mukmin Profesional - Anuar Sukiran MS 28

Menangani Stres MS 33

Melayu Sultan Ahmad - Md. Kasim Noah MS 36Belajarlah dari sejarah - Mak Ngah Leha MS 41

Pengurusan Ikon - Yasmin Jeffrey Tang MS 42

Wasiat Mengelirukan MS 45Berlumba 10 KmBurung dan belalang

Page 3: Ms 20 Ms 11appsjohor.moe.gov.my/jpnjohor/v6/pdf/04-e majalah(1).pdfms 2 11 dan 33 - Saadiah Said MS 3 Sembang Telur - Md. Hasidin Hj. Zaini MS 4 Senario Integriti - Kamsani Selamat

ms 3

Tahun 2011 akan melabuhkan tirainyabeberapa hari lagi. Sebelum tahun baru 2012menjengukkan dirinya, kita telah menerimakunjungan tahun baru Hijrah kira-kira sebulanyang lalu. Secara kebetulan, pertemuan tahunyang menarik berlaku pada penghujung ta-hun ini iaitu 2011 pada kiraan Masehi dan1433 pada kiraan tahun Hijrah. Pertemuantahun dengan gandaan angka yang menarik(11 dan 33) mungkin akan kita temui keunikanitu dalam tempoh sedekad atau seabad lagiselepas ini. Itulah kebesaran Yang MahaKuasa jika kita renung dalam-dalam.

Lumrah dalam kehidupan kita, apabilamenjelang senja 31 Disember 2011, ke-banyakan daripada kita akan menilai segalapencapaian yang lalu dan merancang apayang akan dicapai seterusnya.

Namun, apakah benar-benar secara jujurnya kita mampu dan beranimemuhasabah diri secara tuntas (jujur dan ikhlas) atau hanya membesar-besarkan kejayaan yang dicapai tanpa mengakui kelemahan atau keku-rangan yang terdapat? Inilah ketika yang terbaik bagi kita memuhasabah dirisecara integriti dan berlaku jujur pada diri sendiri. Berlaku jujur pada diri sendiri,bermakna kita jujur dengan Yang Maha Kuasa kerana Dia maha mengetahuisegala yang terdetik di hati.

Perancangan Strategik (PS) JPN Johor 2012 – 2015 yang dijadikanbahan rujukan hala tuju pendidikan negeri Johor akan menjelma menjelangJanuari 2012. Pastinya PS yang dilahirkan selepas PS dua kohort yang lalu,akan lebih mantap dan lebih fokus perancangan dan aktivitinya bagi memasti-kan pendidikan di Johor sentiasa `One Step Ahead’ dan 6 Matlamat Strategikyang telah dikenal pasti mampu direalisasikan secara berkesan. Justeru, ke-lahiran PS ketiga ini bukan sahaja mampu untuk dijadikan panduan dan ru-jukan merancang aktiviti pendidikan di Johor malah mampu menterjemahtransformasi pendidikan yang begitu pantas sedang akan terus berlakusekarang ini.

Dengan kejujuran dan pengharapan yang begitu tinggi, marilah kitasama-sama berdoa agar pendidikan di Johor akan lebih gemilang pada tahun2012 setelah kita mencapai pelbagai kecemerlangan pada tahun 2011. Was-

Ketua Editor : Hjh. Saadiah binti Said

Terbitan ;Jabatan Pelajaran Johor

Penaung:En. Mohd Nor bin A. Ghani(Pengarah Pelajaran Johor)

Penasihat:En. Md. Hasidin bin Haji Zaini(Timbalan Pengarah Pelajaran Johor)

Ketua Editor :Pn. Hjh. Saadiah binti Said(KS Sektor Pengurusan Akademik)

Penolong Ketua Editor :Haji Abd Jalil bin Satari

Editor:Abd Rahman bin Abd RahimHaji Esa bin AhmadSahibul Bahrin bin AhmadMohd Nasrudin bin Hj. HashimMohd Azmi bin Abdul RahmanZulkapli bin AyobMusleha binti Mohd. GhozaliFaizul Anuar bin SaharudinHjh Maimunah binti SamatMd. Hadzrin bin SuleimanSalmah binti MahmudSasidharan A/L BaskaranMd. Asid bin Md. AzaliMohd Nasrudin bin Hj HashimUjang bin Mohamed LazimHashim bin BahrinNorazam bin AbdullahAzura binti AbdullahMustafa bin IbrahimSuria binti Abd. JamilHusna bt Mohd Tabi

Teknikal:Yasmin binti Jeffrey TangAmiruddin bin Abd Manaf

Grafik /Rekaletak:Hussin bin KadirMd. Hafiz bin Ab RahmanMohd Sukor bin Marzuki

Publisiti:Abdul Aziz How bin Abdullah

MUKA DEPANEn. Md. Hasidin bin Haji Zaini,

Timbalan Pengarah Pelajaran Johormembawa sebuah senario mudah,

‘pemilihan telor ‘sebagai sebuah konotasibagaimana manusia membuat sesuatu

keputusan atau ‘decision making’ dalampengurusan. Karya menarik ini dijadikan

tema terbitan kali ini

Page 4: Ms 20 Ms 11appsjohor.moe.gov.my/jpnjohor/v6/pdf/04-e majalah(1).pdfms 2 11 dan 33 - Saadiah Said MS 3 Sembang Telur - Md. Hasidin Hj. Zaini MS 4 Senario Integriti - Kamsani Selamat

ms 4

Anda dan telur. Bukan anda sahaja, malah penulis dan kebanyakan orang suka akan telur.Tanpa telur hidup kita sepi, lebih-lebih lagilah si penjual telur. Orang bertanya, `yang mana dahulu?

Ayam atau telur ?’ ( Itu baru menyelesaikan soalan telur ). Sesungguhnya, kita selalu beradadi persimpangan. Kita perlu membuat pilihan. Sekiranya simpang itu dua sahaja, mungkin mudah.Bagaimana kalau simpang tiga, simpang empat, simpang lima ? Pernahkah anda memandu melalui

satu bulatan jalan (round-about) dan anda berpusing untuk beberapa kali sebelum memilih jalan susuryang betul untuk dilalui. Anda dalam situasi ketidakpastian sama ada hendak keluar di susur pukul12.00 atau pukul 3.00 atau pukul 9.00. Pokoknya, tugas kita adalah untuk membuat keputusan.

Lantas, persoalan yang timbul ialah yang mana lebih penting, sama ada membuat keputusan tetapikeputusan itu salah atau tidak membuat apa-apa keputusan langsung ?.

Keadaan yang sama juga berlaku, iai-tu ketika anda teringin untuk makan telur. Yangmanakah yang lebih baik, membeli telur tetapitersalah pilih telur yang sudah lama (tidaklahsampai terpilih telur tembelang) atau tidak mem-beli telur langsung ? Akhirnya, anda tidak dapatmenikmati telur langsung.

Membuat keputusan seperti juga mem-ilih telur. Katakanlah anda tauke telur. Sebelumtelur dijual, anda akan memilih telur mengikut saizyang dikehendaki Yang besar gred A, yang se-dang gred B, yang kecil gred C. Gred telurmenentukan harga telur. Jangan ingat mudahuntuk memilih telur. Anda ambil sebiji telur danmembelek-beleknya. Anda termenung sebentar.Kadang-kadang susah juga untuk menentukantelur tersebut sama ada hendak diletakkan dalamgred yang mana. A atau B ?, B atau C ? Ce-patlah buat keputusan ! Akhirnya anda pandangmuka pembantu anda. Pembantu andamemandang anda. Senyumannya ada makna.Anda rasa jengkel. Akhirnya, anda mintapembantu anda sahaja membuat kerja itu.Sepatutnya begitu, bukan?.

Lantas, persoalan yang timbulialah yang mana lebih penting, sa-ma ada membuat keputusan tetapi

keputusan itu salah atau tidakmembuat apa-apa

keputusan langsung ?

Page 5: Ms 20 Ms 11appsjohor.moe.gov.my/jpnjohor/v6/pdf/04-e majalah(1).pdfms 2 11 dan 33 - Saadiah Said MS 3 Sembang Telur - Md. Hasidin Hj. Zaini MS 4 Senario Integriti - Kamsani Selamat

ms 5

isteri menunjukkan hormat kepada suaminya dengan menyerahkan urusan untuk membuat keputusanyang besar-besar kepada suami masing-masing. Contohnya, dalam hal membeli rumah, ke mana

hendak bercuti ke luar negara, dan sebagainya. Walaupun isteri berkedudukan profesional setaradengan suami mereka, si isteri tetap hanya membuat keputusan yang kecil-kecil sahaja. Antaranya,hal-hal mengurus rumah, hendak masak apa hari ini, dan sebagainya. Dengan pendekatan itu, isteri

percaya mereka telah meletakkan kedudukan dan harga diri suami mereka pada tahap yang lebihtinggi. Siapa lebih bijaksana? Tegasnya, isteri lebih bijaksana, kerana mereka menjadi pemimpin yangkreatif mengurus manusia, iaitu suami mereka.

Penulis;

MD. HASIDIN BIN HAJI ZAINITimbalan Pengarah Pelajaran Johor

Dalam hal pengurusan, urusan kecil-kecil serahkan sahaja kepada staf anda.Anda uruskan keputusan yang besar-besarsahaja. Hal tersebut dapat dikaitkandengan hasil tulisan Rustom S. Davar(Creative Leadership) yang menulis tentangamalan wanita di India. Walaupun budayamenunjukkan hormat dengan cara tundukdan menyentuh hujung kaki suami tidaklagi banyak diamalkan, terutamanya dibandar besar seperti New Delhi, lazimnya,

Management atau pengurusan boleh diterjemahkansebagai Manage-men-t = manage-men-tactfullyataupun mengurus manusia secara berhemah.Pemimpin bukan sahaja mengurus sesuatuberorientasikan tugas (task-oriented), malahan harusmengurus sesuatu berorientasikan manusia (people-oriented). Hal ini dikatakan demikian kerana jika hatimanusia sudah tertambat, impaknya kepada seseorangakan lebih hebat lagi. Seperti maksud pantun orang tua-tua;

Angkut-angkut terbang ke langit,

Sampai di langit disambar merbah;

Biar bertangkup bumi dan langit,

Setia saya takkan berubah’.

Page 6: Ms 20 Ms 11appsjohor.moe.gov.my/jpnjohor/v6/pdf/04-e majalah(1).pdfms 2 11 dan 33 - Saadiah Said MS 3 Sembang Telur - Md. Hasidin Hj. Zaini MS 4 Senario Integriti - Kamsani Selamat

ms 6

Ironinya, bolehkah kita menambat seseorang itu hanya dengan pendekatan kerja sahaja ?Cuba kita rasionalkan situasi ini. Seorang pengurus kilang sedang memantau kerja orang

bawahannya di bahagian mesin. Dengan wajah yang serius (nak senyum mahal sekali, macam hargaemas sekarang ini).

Tanpa mengucap salam, dia berkata kepada pekerjanya, “kau kenal saya siapa?

Tidak,” jawab pekerja itu selamba.Kenapa tak tanya ? “ Pekerja diam sahaja.Sebagai pengurus baru, saya berkuasa penuh di sini. Kilang ini tidak akan berjaya tanpa saya.

Amaran saya, kamu semua di sini jangan berlagak pandai ! “. Pekerja itu memandang mukapengurus itu sambil tangannya menutup semua suis mesin dan peralatan yang sedang beroperasi.

Dengan selamba dia terus beredar dari situ. Pengurus itu tergamam, tidak tahu hendak berbuat apa-apa.

Janganlah Marah

Apabila ada masalah, anda mungkin akan

marah seperti situasi tauke telur tadi.Persoalannya, adakah kemarahan dapatmembantu anda untuk menyelesaikan masalah

itu ? Atau, kemarahan anda akan menciptamasalah yang baru ? (Penulis juga mahu belajartentang hal ini). Banyak pendapat bersetuju

bahawa marah tidak banyak memberikanfaedah. Perasaan marah timbul kerana anda

meletakkan harapan (expectations) yang terlalutinggi kepada hidup atau orang di sekelilinganda, terhadap anda. Apabila harapan itu tidak

tercapai, anda berasa kecewa dan marah.Allain de Botton mengatakan bahawa kunciuntuk mengawal kemarahan adalah dengan

cara menurunkan tahap harapan anda kepadaorang lain. Kemarahan datangnya daripadaharapan anda yang tidak realistik terhadap

kehidupan dan layanan orang lain terhadap

Sekiranya kita marah, jangan kita lupa bahawa orang lain juga boleh marah. Jangan sesekalimemfokuskan kemarahan kita sahaja. Sebenarnya, kesan kemarahan kita itu, mewajarkan orang lain

meletakkan skor kepada nilai peribadi kita. Sama ada markah tinggi, sederhana atau markah rendah.Sama ada skala 1, skala 5 atau skala 10. Cabaran Aristotle menyebut, ` Sesiapa sahaja boleh rasamarah. Itu mudah. Tetapi untuk marah kepada orang yang betul (yang patut dimarahi), dengan

tahap kemarahan yang betul, marah pada masa dan ketika yang betul, marah atas sebab yangbetul, dan memarahi dengan cara yang betul, ini tidak dimilki oleh semua orang. Ia bukanmudah’…..

Page 7: Ms 20 Ms 11appsjohor.moe.gov.my/jpnjohor/v6/pdf/04-e majalah(1).pdfms 2 11 dan 33 - Saadiah Said MS 3 Sembang Telur - Md. Hasidin Hj. Zaini MS 4 Senario Integriti - Kamsani Selamat

ms 7

Penulis ada mendengar rakan-rakan berceritatentang seorang ketua yang suka memanggil

pegawai dan staf ke pejabatnya kemudianmemarahi mereka. Mereka merungut-rungutsesama mereka, ` marah-marah, panggil; panggil

-panggil, marah’. Mengapakah situasi tersebutwujud? Cuba kita renungkan. Ada jugaperbincangan yang pada awalnya berjalan

dengan mesra, tiba-tiba berubah menjadi tegangdan tidak selesa kerana timbul kemarahan yang

menyelinap di dalamnya. Jika perkara ini berlaku,cuba kita ingat pada kata-kata Aristotle tadi. Kitajuga dipesan agar jika timbul perasaan marah,

kita diminta untuk mengira dari nombor satuhingga nombor sepuluh. Daripada perspektifIslam, jika seseorang itu sedang marah, eloklah

dia meninggalkan tempat itu dan ambil wuduk.Insya Allah kemarahannya akan reda. Satu ketikacucu baginda Rasulullah S.A.W bermain-main di

pangkuan baginda sehingga habis jubahbaginda kotor.

Cucu itu dimarahi oleh pembantu rumah sambil ditarik tangan budak itu dengan keras. Rasulullahmenegah perbuatan itu sambil bersabda, `jubahku yang kotor masih boleh dicuci dan akan

hilanglah kotoran itu nanti. Tetapi perbuatanmu itu akan menghapuskan kesucian dan kemuliaankamu di matanya’.

Mudah-mudahan masalah yang cuba dirungkaikan dapat diselesaikan tanpa

menimbulkan masalah yang baharu. Marah itu seperti merenyukkan sekeping kertas. Kertas yangsudah renyuk susah untuk diratakan seperti sedia kala. Diseterika sekalipun, anda tidak akan dapatmenghilangkan bekas renyuknya. Orang yang memarahi mungkin sudah lupa, tetapi yang dimarahi

akan ingat sampai bila-bila. Apatah lagi yang memarahi itu ketua kita. Sedikit marahnya, begitudalam lukanya. Yang tinggi memang lebih mudah memarahi, tetapi yang rendah menyimpan

perasaan kerana tidak tergamak untuk memarahi balik. Akhirnya, jika dibiarkan, maka dijadikan ceritalawak; askar berpangkat tinggi marahkan sarjan, sarjan marahkan koperal, koperal marahkan prebet.Prebet nak marahkan siapa? Dia terajang kuda

Perihal Telur Angsa Menetas

Kisah cara telur angsa menetas sungguh menarik. Setelah berusaha untuk merobekkancengkerang telur, anak angsa akan menjengulkan kepalanya keluar, buat pertama kalinya untukmelihat dunia. Tindakan pertama yang diambilnya ialah anak angsa itu akan mencari benda yang

pertama bergerak di hadapan matanya (lazimnya, tentulah ibu angsa yang mengeramkannya).

Ikrar sakti guru

Page 8: Ms 20 Ms 11appsjohor.moe.gov.my/jpnjohor/v6/pdf/04-e majalah(1).pdfms 2 11 dan 33 - Saadiah Said MS 3 Sembang Telur - Md. Hasidin Hj. Zaini MS 4 Senario Integriti - Kamsani Selamat

ms 8

Lalu benda itulah yang akan dijadikaninduknya, yang akan diikutinya ke mana-mana

sahaja, sehinggalah anak angsa itu membesar.Boleh jadi juga, apa yang dilihat buat pertamakalinya itu bukan ibu angsa, sebaliknya, binatang

lain atau manusia. Seorang pengkaji telah cubamenguji kebenaran kemungkinan itu. Lalu ketika ibuangsa meninggalkan sarang, beliau pula duduk

menunggu di hadapan telur itu sehingga menetas.Anak angsa yang menjengul dari telurnya, selepas

itu mengikut ke mana sahaja pengkaji itu pergi.Apakah makna daripada kajian ini ?

Kajian lain juga menunjukkan kebanyakan orang akan membuat keputusan berdasarkanrujukan mereka yang pertama. Kita biasa mendengar kata-kata orang yang putus cinta pertama.

Walaupun dia menemui kekasihnya yang baharu, dia tetap tidak akan melupakan kekasihnya yangpertama. Kalau dia berkahwin, dia masih mengatakan bahawa dia tidak akan melupakan bekaskekasihnya itu. Pada hal belum tentu jika dia jadi berkahwin dengan bekas kekasih pertamanya,

hidup mereka akan lebih bahagia berbanding dengan hidup bersama dengan pasangannyasekarang. Katakanlah anda pertama kali mengunjungi kopitiam dan minum kopi enak yang kerasbaunya. Anda terkejut dengan harganya yang sangat mahal. Walaupun mahal, anda berasa puas

dan percayalah, anda akan datang lagi ke kopitiam itu. Selepas itu anda tidak akan percayadengan kopi di tempat lain. Biarpun mahal, anda tidak akan peduli lagi dengan harganya.

Katakanlah, anda bersama dengan rakan-rakan makan malam di sebuah restoran. Pelayanmenyorongkan buku menu. Masing-masing sibuk berbual. Anda dan rakan sebelah anda menelitibuku menu. Anda sudah pasti hendak makan apa daripada senarai menu yang anda baca. Rakan

sebelah anda bertanya anda, “Kau makan apa? “. Anda jawab “Nasi goreng Pattaya, telur dadar,air limau ais”. Anda jangan terkejut jika rakan-rakan lain serentak menjawab, “sama!”. Tabiat manusialazimnya mahu membuat keputusan yang cepat. Rujukannya ialah eviden yang pertama !.

Persoalannya, adakah cara ini bagus ?

Bangau! Oh, Bangau !.

‘Bangau ! Oh, Bangau !’, lagu yang sinonimdengan masyarakat kita. Lazimnya dikaitkan dengantabiat menyalahkan orang lain. Akan tetapi dalammenyelesaikan masalah dan membuat keputusan,soalan Bangau Oh Bangau itu ialah kaedah yangbagus. Ia dapat mencari punca masalah sebenar.Sakichi Toyoda, pengasas Toyota, terkenal keranamembangunkan Konsep Kitaran Masalah melaluikaedah Five Whys. Apabila anda menghadapi masalah,tanyakan lima soalan MENGAPA, untuk menemukanpunca masalah.

Marah itu seperti merenyukkansekeping kertas. Kertas yang

sudah renyuk susah untukdiratakan seperti sedia kala.

Diseterika sekalipun, anda tidakakan dapat menghilangkan

bekas renyuknya.

Page 9: Ms 20 Ms 11appsjohor.moe.gov.my/jpnjohor/v6/pdf/04-e majalah(1).pdfms 2 11 dan 33 - Saadiah Said MS 3 Sembang Telur - Md. Hasidin Hj. Zaini MS 4 Senario Integriti - Kamsani Selamat

ms 9

Cuba lihat contoh ini :Masalah : enjin kereta saya tidak dapat dihidupkan. Mengapa?

Jawapan : bateri kereta sudah lemah. Mengapa?Jawapan : alternator tidak cas kali terakhir saya memandu. Mengapa?Jawapan : tali alternator sudah putus. Mengapa?

Jawapan : sebab saya gagal menyenggara kereta saya. Mengapa?Punca masalah : Saya gagal mematuhi jadual penyenggaraan kereta saya.Penyelesaian masalah : Saya mesti mematuhi jadual penyenggaraan kereta,

saya mesti memeriksanya selalu.

(Sumber: Roger Dawson (2011): Secrets of Power Problem Solving. Advantage Quest

Publications. Petaling Jaya)

Kadang-kadang sesuatu masalah itu tidakdapat diselesaikan dengan baik disebabkankaedah mencari puncanya tidak cukup mudahseperti telur separuh masak sahaja. Masalah ting-gal masalah lalu dibiarkan berlanjutan. Mengapa?Mungkin cara memilih alternatif penyelesaiannyasalah. Yang ilusi difikir betul. Yang betul tidakdipilih. Fikiran diperdayakan oleh ilusi. Syarikat Iklanmemang pandai memainkan ilusi ini. Ambil contohkajian ini:

Iklan menawarkan langganan jurnal. Seramai100 responden ditawarkan untuk memilih samaada pakej A, B atau C.

Kajian pusingan pertama:

Pakej A Internet sahaja RM 59.00

Pakej B Bahan bercetak sahaja RM 125.00

Pakej C Bahan bercetak + in-ternet

RM 125.00

Dapatan kajian : Responden yang memilihpakej A – 16 orang, pakej B – 0, pakej C – 84 orang.

Kajian pusingan kedua: ( Kajian kepada100 respondens yang sama)

Pakej A Internet sahaja RM 59.00

Pakej B DIGUGURKAN _

Pakej C Bahan bercetak + inter-net

RM 125.00

Dapatan kajian : Responden yang memilih pakej A –68 orang (daripada 16 orang dalam kajian pusinganpertama), pakej C – 32 orang (daripada 84 orangdalam kajian pusingan pertama).

Dalam kes di atas, pakej B , iaitu bahan ber-cetak sahaja, disebut sebagai `decoy’’.. `Decoy’

dijadikan sebagai maklumat `umpan’ sahaja dantidak bermakna apa-apa, namun ‘decoy’ bolehmempengaruhi keputusan yang dibuat. Tabiat

manusia selalu membandingkan apa yang ada disekeliling mereka dan membandingkan pola yangsama. Contohnya, membandingkan tempat per-

cutian dengan tempat percutian, rumah denganrumah, telur dengan telur,…dan sebagainya.

Sumber : Ariely, Dan (2008), Predictably Irrational: The

Hidden Forces That Shape Our Decisions, Harper Collins

Kadang-kadang kita pelik melihat gelagat manu-sia membuat keputusan !

Page 10: Ms 20 Ms 11appsjohor.moe.gov.my/jpnjohor/v6/pdf/04-e majalah(1).pdfms 2 11 dan 33 - Saadiah Said MS 3 Sembang Telur - Md. Hasidin Hj. Zaini MS 4 Senario Integriti - Kamsani Selamat

ms 10

Contoh `decoy’ yang lain, jika ada tawaran yang menggunakan taktik PERCUMA… Banyak orangyang pada asalnya tidak berniat untuk membeli, akhirnya membeli barang yang tidak begitu perlu

kerana hendakkan hadiah percuma. Atau diperdayakan dengan taktik `Tawaran sah hingga hari inisahaja’, atau taktik “Jualan Tutup Gudang”, “Jualan Tutup Stok” dan sebagainya. Sekiranya andatauke telur, mungkin anda boleh menggunakan taktik ini juga. Taktik ini menggunakan prinsip

keberkurangan (scarcity principle). Dalam teori ekonomi: permintaan dan penawaran, manusia selalubermatlamatkan keuntungan kerana kehendak manusia yang tidak terbatas.

AkhirulkalamRenungkan beberapa ungkapan daripada orang yang ternama dalam bidang masing-masing

sebagai panduan ketika berhadapan dengan pelbagai permasalahan hidup :

Don’t bother people for help without first trying to solve theproblem yourself (Colin Powell)

Don’t spend too much time waiting for the perfect oppor-tunity, you might miss the right one (Michael Dell)

You never suffer from money problem, you always sufferfrom an idea problem (Robert H. Schuller)

When every physical and mental resource is focused, one’spower to solve a problem multiplies tremendously (NormanVincent Peale)

Without creativity, there would be no progress, and wewould forever repeating the same patterns( Edward de Bono)

(Sumber: Roger Dawson (2011): Secrets of Power Problem

Solving. The Career Press, Inc. /Advantage Quest Publications)

Sekian sahaja tulisan ringkas ini. Namanya pun

sembang-sembang. Assalamualaikum.

Marah datang dariharapan anda yang tidak

realistik terhadap layananorang lain kepada anda…

Mereka sedang bersembang teknikterbaik memilih telur agaknya

Page 11: Ms 20 Ms 11appsjohor.moe.gov.my/jpnjohor/v6/pdf/04-e majalah(1).pdfms 2 11 dan 33 - Saadiah Said MS 3 Sembang Telur - Md. Hasidin Hj. Zaini MS 4 Senario Integriti - Kamsani Selamat

ms 11

Senario Integriti

Memperkatakan tentang integriti samalah dengan mem-bicarakan tentang jati diri setiap insan kerana integritimencakupi semua sifat mulia manusia seperti kejujuran,ketulusan, berpegang kepada prinsip, amanah dan se-bagainya yang berpadu menjadikan diri insan itu bersihdan kelihatan bersih yang menjurus kepada ammarmakruf nahi mungkar.

Berdasarkan pengertian di atas dapatlah diambil kesimpulanbahawa insan yang berintegriti atau organisasi yang berinteg-riti, termasuk penjawat awam yang berintegriti adalah insanyang sihat rohaninya yang akan memacu kecekapan dankeberkesanan dirinya bagi mencapai matlamat kewujudannya,berbahagia di dunia dan di akhirat. Sudah barang tentu juga,organisasi tempat dia mencari rezeki yang halal dan baik akanmendapat manfaat yang besar.

Malangnya, sewaktu saya diarah mengisi 3 pekerjaan di da-lam kad 001m/77, saya tidak dijelaskan tentang integriti ini.Seingat saya, saya memilih pekerjaan pegawai tadbir, gurudan penulis.

Pengetahuan saya tentang bidang kerjaya pun amat terhad. Pemilihan itu juga berdasarkan persekitaranhidup yang amat terbatas. Semasa di universiti, ketika saya mengambil satu kertas pilihan psikologi – bimb-ingan dan kaunseling, ada disampaikan tentang pendidikan kerjaya. Untuk berjaya di dalam sesuatu kerja,seseorang itu harus “prepare for it, enter into it dan success in it”. Sebagai persediaan untuk menjawat sesuatupekerjaan yang dipohon, seseorang itu perlu ada sijil dan kelayakan lain. Keghairahan mencari “kertas” inikadang-kadang mengabaikan hakikat bahawa yang hendak melakukan kerja itu ialah manusianya. Di sinilahberpuncanya orang yang tidak berintegriti lolos mendapat kerja kerana memenuhi keperluan “kertas” semata-mata.

Satu senario lain, ketika saya menjadi guru bimbingan dan kaunseling di sebuah sekolah sekitar akhir 1970’andan 1980’an, saya sempat bertanyakan pelajar tentang pilihan kerjaya mereka. Ada pelajar yang secaraselamba menyatakan bahawa dia memilih kerjaya berkenaan kerana pekerjaan itu ada banyak peluanguntuk membuat ‘side income’ (dengan konotasi negatif). Hal ini segera diperbetulkan bahawa untuk menjadi-kan sesuatu kerja itu ibadah maka niat, lafaz dan fiili perlulah dibuat kerana Allah. Kita mesti menentukan pen-dapatan yang kita bawa balik ke rumah untuk makan anak bini kita adalah duit yang halal, daipada puncayang halal.

Keghairahan mencari “kertas”ini kadang-kadang mengabaikan

hakikat bahawa yang hendakmelakukan kerja itu ialah

manusianya. Di sinilahberpuncanya orang yang tidakberintegriti lolos mendapat kerja

kerana memenuhi keperluan“kertas” semata-mata

Penulis :

KAMSANI BIN SELAMATMantan Ketua SektorSektor Penilaian dan Peperiksaan

Page 12: Ms 20 Ms 11appsjohor.moe.gov.my/jpnjohor/v6/pdf/04-e majalah(1).pdfms 2 11 dan 33 - Saadiah Said MS 3 Sembang Telur - Md. Hasidin Hj. Zaini MS 4 Senario Integriti - Kamsani Selamat

ms 12

Berdasarkan dua senario di atas, nyatalah dengan jelas bahawa banyak ruang dan peluanguntuk kita (guru) membina insan yang berintegriti. Pendidikan sebagai proses memanusiakanmanusia memanglah sesuatu yang mencabar; apatah lagi jika kita menjadi guru bimbingandan kaunseling atau guru pendidikan moral atau guru pendidikan Islam. Menjadi guru matapelajaran tidaklah sesukar menjadi pendidik. Akauntabiliti inilah yang paling berat, yang kita di-pertanggungjawabkan di dunia dan di akhirat. Lebih tinggi jawatan kita, lebih banyak kuasakita; maka lebih besar tanggungjawab kita.

Senario Integriti

Setelah lama menjadi guru penolong sehinggakepada guru tingkatan kanan A11, saya dilantiksebagai pengetua, lebih tepat lagi pengetua gred B.Bertugas di SMR yang populasinya lebih 2,500 orangdan guru dan kakitangan lebih 120 orang bukanlahsesuatu yang mudah. Ketika itu saya terfikir untukmemulakan tugas saya dengan: berterima kasihkepada ketua-ketua saya yang menyokong pelanti-kan saya; minta tunjuk ajar daripada ketua-ketuasaya yang lebih berpengetahuan dan luas pengala-man; dan memohon doa kepada ketua-ketua sayaagar saya dapat menjalankan tugas seperti yangdijangkakan. Kesimpulannya, saya bersyukur kapadaAllah atas limpah kurnia-Nya ini. Inilah yang sayalakukan seterusnya apabila saya dilantik sebagaipengetua di sekolah yang lain, dan dinaikkanpangkat sebagai Pegawai Pelajaran Daerah danKetua Sektor di jabatan pelajaran. Bagi saya, usaha+ doa ->kejayaan. Inilah formula saya sejak Ting-katan 6 dulu lagi (oraetlabora). Saya insaf bahawauntuk melakar kejayaan, saya tidak mampu bekerjasendiri. Saya jenis orang yang amat mementingkanpasukan. Syukur, rakan-rakan dalam organisasisemuanya faham dan menyokong tindakan saya.

Melalui sejarah panjang lebih daripada 30 tahun sebagai penjawat awam memanglah amatmencabar diri. Yang sebenarnya pun mencabar keutuhan jatidiri atau integriti diri. Banyak caba-ran dan tentangan yang perlu ditempuh dengan tabah dan sabar. (orang kata, negatifnya masa-lah). Pokok pangkalnya, diri kita sendiri. Mengikut teori pun, salah satu faktor utama yang bolehmenjejaskan integriti ialah faktor individu itu sendiri; disamping faktor kepimpinan, sistem danprosedur, struktur dan institusi, budaya dan nilai dan persekitaran.

Model Integrity olehStephen M.R Covey 2006

Akauntabiliti inilah yang palingberat, yang kita dipertanggungja-wabkan di dunia dan di akhirat.Lebih tinggi jawatan kita, lebihbanyak kuasa kita; maka lebih

besar tanggungjawab kita.

Page 13: Ms 20 Ms 11appsjohor.moe.gov.my/jpnjohor/v6/pdf/04-e majalah(1).pdfms 2 11 dan 33 - Saadiah Said MS 3 Sembang Telur - Md. Hasidin Hj. Zaini MS 4 Senario Integriti - Kamsani Selamat

ms 13

Dalam konteks inilah mengapa pendidikanintegriti itu perlu dibuat secara berterusan dandibuat dengan bersungguh-sungguh. Sewaktumengajar, perhimpunan sekolah ataumesyuarat mingguan, hal ini perlu ditekankan.Mesyuarat diminitkan dan diedarkan untukfahaman ahli-ahli organisasi. Malahan kalauada sebarang kesempatan, integriti terusdiberi perhatian. Saya sering memberitahuguru-guru, kalau kita berani memandang teruskemata anak-anak didik kita, pasti akansampai mesej kepada kita “cikgu, ajarlahkami, bimbinglah kami, didiklah kami; kamiingin menjadi seperti cikgu dan orang-orangyang berjaya.” “Kalau kita mahu anak-anakkita dididik oleh guru-guru mereka denganbaik, maka kita perlulah mendidik anak-anakmurid kita dengan baik juga”. ”Begitulahsifatnya alam ini, semuanya bersifatreciprokal; ada aksi, adalah reaksi. Ada ubi,ada batas.

Akhirul kalam, pada saya, integriti bermuladengan diri kita sendiri. Faktor integral bagiintegriti ialah diri kita sendiri. Jadi perhiaskanlahdiri kita dengan jatidiri yang mulia. Adaamanah tidak dipersia-siakan; ada kuasa tidakdisalah gunakan. Malahan kalau kita tengoksektor korporat, pasti ada “vision, mission dancore values”. Sektor awam pun begitu juga.Masing-masing menjunjung nilai-nilai terastertentu. Dan pemainnya yang menentukannilai teras ini direalitikan ialah ahli-ahliorganisasi itu sendiri. For things to change,I must change first. If it is to be, it is up to me!

Senario Integriti

Loratis Career School, Bangalorehttp://loratis.wordpress.com/2011

http://www.beasuccessfulentrepreneur.com

“Kalau kita mahu anak-anak kitadididik oleh guru-guru mereka

dengan baik, maka kita perlulahmendidik anak-anak murid kita

dengan baik juga”

Page 14: Ms 20 Ms 11appsjohor.moe.gov.my/jpnjohor/v6/pdf/04-e majalah(1).pdfms 2 11 dan 33 - Saadiah Said MS 3 Sembang Telur - Md. Hasidin Hj. Zaini MS 4 Senario Integriti - Kamsani Selamat

ms 14

CABARAN KOTA TINGGI23 hingga 26 November 2011Kursus pengajaran dan pembelajaran luar bilikdarjah kepada guru jurulatih dan murid.Dijalankan setiap tahun mengikut giliran setiapdaerah. Cabaran Kota Tinggi adalah siri ke 4.Program ini mendedahkan peserta kepada aktivitilasak yang mencabar ketahanan fizikal danmental. Disamping peserta dapat menghayati ten-tang sejarah dan sosio budaya penduduk setem-pat.

Peserta kursus berkayak menghilir Sungai Kota Tinggi darijeti di Bandar Kota Tinggi hingga ke Kampung Panchor.Jarak perjalanan melalui sungai kira-kira 40 Km danmengambil masa selama lebih kurang 7 jam berkayuh.

Page 15: Ms 20 Ms 11appsjohor.moe.gov.my/jpnjohor/v6/pdf/04-e majalah(1).pdfms 2 11 dan 33 - Saadiah Said MS 3 Sembang Telur - Md. Hasidin Hj. Zaini MS 4 Senario Integriti - Kamsani Selamat

ms 15

Selepas berkayak, peserta dikehendaki berbasikal pula selama kira-kira 5 jam.Berkayuh sejauh hampir 30 Km melalui jalan berturap, jalan tanah merah, dan juga denaidari Kampung Panchor ke Johor Kampung. Di Johor Kampung pesertamenjalani aktiviti kemasyarakatan. Kali ini merekamempelajari selok belok teknik memprosesgetah keping.

Program ini menerapkan kepada peserta sebuahpembelajaran tidak formal dalam pembentukannilai-nilai keinsanan.

CABARAN KOTA TINGGI23 hingga 26 November 2011

Page 16: Ms 20 Ms 11appsjohor.moe.gov.my/jpnjohor/v6/pdf/04-e majalah(1).pdfms 2 11 dan 33 - Saadiah Said MS 3 Sembang Telur - Md. Hasidin Hj. Zaini MS 4 Senario Integriti - Kamsani Selamat

ms 16

PENGHAYATAN TAMAN LAUTPERINGKAT KEBANGSAAN(ZON SELATAN)di Pulau Tinggi, Mersing3 hingga 6 April 2011

Objektif program;- Insaf, laut adalah khazanah yang mesti dijaga- Peranan pelajar membantu memulihara alam marin

- Memahami teori sains ekologi alam marin

Aktiviti yang dijalankan;1. Asas snorkeling

- penggunan ‘mask’ dan ‘J tube’- teknik menyelam

2. Keyakinan air- keselamatan apabila berlaku kecemasan- menggunakan ‘bouyancy aid’.

Page 17: Ms 20 Ms 11appsjohor.moe.gov.my/jpnjohor/v6/pdf/04-e majalah(1).pdfms 2 11 dan 33 - Saadiah Said MS 3 Sembang Telur - Md. Hasidin Hj. Zaini MS 4 Senario Integriti - Kamsani Selamat

ms 17

DI DEWAN BESAR ARAS 6Pada 31 MEI 2011 Barisan panglima dan

dayang-dayang serta iringan muzikgamelan dari SKBBU2 menyambutketibaanY.Bhg En. Mohd Nor bin A. GhaniPengarah Pelajaran Johortepat jam 8.00 pagi

Majlis dimulakan dengan persembahanTarian Selamat Datang oleh murid-murid berpakaianpelbagai etnik di Malaysia

Page 18: Ms 20 Ms 11appsjohor.moe.gov.my/jpnjohor/v6/pdf/04-e majalah(1).pdfms 2 11 dan 33 - Saadiah Said MS 3 Sembang Telur - Md. Hasidin Hj. Zaini MS 4 Senario Integriti - Kamsani Selamat

ms 18

Bacaan doa diaminkanmemohon restu agar seluruh warga

pendidikan dirahmati Allah dan sihatsejahtera semoga dapat melaksanakan

tugas yang diamanahkan dengancemerlang. Amin!

Hari Guru disambut pada 16 Meisetiap tahun sebagai penghargaan

kepada para guru.Tarikh ini dipilih kerana pada tarikh

yang sama dalam tahun 1956Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu

(Federal Legislative Council) telah menerimacadangan-cadangan

Laporan Jawatankuasa Pelajaran(Report of the Education Committee)

sebagai dasar pelajaran bagi negara ini.Laporan berkenaan dikenali sebagai

Penyata Razak

Tema Hari Guru 2011Guru penjana transformasipendidikan negara

Page 19: Ms 20 Ms 11appsjohor.moe.gov.my/jpnjohor/v6/pdf/04-e majalah(1).pdfms 2 11 dan 33 - Saadiah Said MS 3 Sembang Telur - Md. Hasidin Hj. Zaini MS 4 Senario Integriti - Kamsani Selamat

ms 19

Y.M Raja Tan Sri Arshad bin Raja Tun UdaPengerusi Yayasan AMIR

diiringi PPD Kota Tinggimembuat lawatan muhibah Ke SK Kg. Layau

LAWATAN PENGERUSI YAYASAN AMIRke SEKOLAH AMANAH JOHOR

Yayasan AMIR,sebuah yayasan di bawah

Khazanah Nasional Berhad (Khazanah)telah memilih 10 sekolah

masing-masing lima di Johor dan Sarawaksebagai projek perintis bagi

Program Skolah Amanah

Lima buah sekolah di Johoryang terpilih ialah

SK Bandar Baru Uda 2, JBSK Kampung Layau, Kota Tinggi

SJKT Kangkar Pulai, KulaijayaSMK Felda Semenchu, Kota Tinggi

dan SMK Gelang Patah, JB

Sekolah Amanah bukan sekolah elittetapi merupakan sekolah kerajaan

atau sekolah bantuan kerajaanterpilih yang diurus secara

usahasama oleh sektor swasta danpentadbir sekolah di bawah

Kementerian Pelajaran Malaysia

Page 20: Ms 20 Ms 11appsjohor.moe.gov.my/jpnjohor/v6/pdf/04-e majalah(1).pdfms 2 11 dan 33 - Saadiah Said MS 3 Sembang Telur - Md. Hasidin Hj. Zaini MS 4 Senario Integriti - Kamsani Selamat

ms 20

Misi bantuan kemanusiaan di Kem Pelarian Somalia kelolaanPesuruhjaya Tinggi PBB bagi Pelarian (UNHCR) di Dadaap, Kenyapada 1 hingga 13 November 2011

Ketua misi PASKA Johormenyampaikan watikah bantuankepada wakil UNHCR bagi kemDadaap di Kedutaan Malaysiadi Nairobi, Kenya.Turut menyaksikan ialahPesuruhjaya Tinggi Malaysiadi Kenya dan wakilskretariat HALUAN Malaysia.

PASKA Johor diwakili oleh;HJ. MD. KASIM BIN MD. NOAH - Ketua(KS Sektor Jaminan Kualiti)

HJ. AHMAD BIN OTHMAN(PPD Muar)

YUSMA@ABDUL MUBIN BIN YUSOF(Ketua Unit Media BTPN Johor)

Khatib sedang menyampaikan khutbahsembahyang Raya Aidul Adha di padangberhampiran kem pelarian. Kelihatanwakil PASKA, HALUAN dan beberapa orangwakil misi bantuan negara-negara lain

Ribuan terima kasih diucapkan kepadasekretariat HALUAN MALAYSIA keranamemberi laluan kepada wargaPendidikan Johor melalui PASKA untukmelaksanakan sendiri misi bantuan kepadapelarian di Kem Dadaap

Page 21: Ms 20 Ms 11appsjohor.moe.gov.my/jpnjohor/v6/pdf/04-e majalah(1).pdfms 2 11 dan 33 - Saadiah Said MS 3 Sembang Telur - Md. Hasidin Hj. Zaini MS 4 Senario Integriti - Kamsani Selamat

ms 21

Sebahagian kemahatau tempat

perlindungan parapelarian Somaliadi Kem Dadaap

sempadan Kenya.Sebahagiannya lebih

bernasib baikmendapat kemah

yang diberi olehUNHCR tetapi

kebanyakannyainilah “mahligai”

mereka

Kira-kira 160,000 orang terpaksa merempatdi kemah-kemah ini akibat kerakusansegelintir manusia yang kemaruk gilakan kuasa.Tidak kurang juga ramai yang hilang kewarasanmenjadi lembu cucuk hidung merelakan dirimenjadi pencacai yang mendakwa kononnyawira berjuang untuk kebenaran.Kem Dadaap memberi iktibar yang nyata.

Kambing-kambing yang ditempah di bawadari daerah lain ke Dadaap dengan

berjalan kaki selama 3 hari 3 malam olehpara gembala yang diupah

PASKA Johor melaksanakan ibadah qurbansebanyak 170 ekor kambing, mengedar pekmakanan bernilai RM 20,000, 50 buahloh (rehal) dan menderma kerusi meja belajaruntuk sebuah “kudsi” (bilik darjah) kepada pe-larian Somalia di kem berkenaan.

Kem Pelarian SomaliaDadaap, sempadan Kenya

Page 22: Ms 20 Ms 11appsjohor.moe.gov.my/jpnjohor/v6/pdf/04-e majalah(1).pdfms 2 11 dan 33 - Saadiah Said MS 3 Sembang Telur - Md. Hasidin Hj. Zaini MS 4 Senario Integriti - Kamsani Selamat

Ms 22

“MASIH ADA YANG SAYANG”Lebih 250 individu, sekolah

menengah dan rendah, PPDserta Sektor-sektor di JPN Johor

bermurah hatimenyumbangkan derma wang

ringgit dan pek makananuntuk Pelarian Somalia khususnya

di Kem Dadaap, Kenya

Sesi perbincangan bagi menyelaraskan pelaksanaanibadah qurban bersama wakil PBB, HALUAN Malaysiadelegasi Turki dan PASKA Johor

Penduduk tempatan turut sama bergotongroyong melaksanakan ibadah qurban. Suasanaceria jelas terpancar dari setiap wajah mereka.Maka lupalah buat sementara segala pender-itaan yang dihadapi.

Seorang ibumenyiramkandarah kambingqurban ke atasseluruh tubuhbayinya.Apakahmaksudnyahanya Allahyang MahaMengetahui.

Page 23: Ms 20 Ms 11appsjohor.moe.gov.my/jpnjohor/v6/pdf/04-e majalah(1).pdfms 2 11 dan 33 - Saadiah Said MS 3 Sembang Telur - Md. Hasidin Hj. Zaini MS 4 Senario Integriti - Kamsani Selamat

Ms 23

Setelah ‘bermandi darah’ bayiberkenaan diselimutkan puladengan kulit kambingqurban.Apa yang tersirat tidakkita fahami.

Daging qurban diagihkan kepada penghuni kem. Ada yangdihantar ke kemah, ada juga yang datang ambil sendiri

Kanak-kanak di mana juatetap riang. Tanpa

menghiraukan apayang berlaku kepada

negara dan bangsa mere-ka.

Tidak juga perlu memikir-kan bagaimanakah rupa ma-

sa depan mereka. Asyikbermandi-manda di satu-

satunya ‘kolam renang’ yangada di kem tersebut

Anggota sukarelawan dari pelbagai agensi dan negaratersenyum puas setelah misi dapat disempurnakan tanpa

sebarang insiden yang tidak diingini berlaku

Page 24: Ms 20 Ms 11appsjohor.moe.gov.my/jpnjohor/v6/pdf/04-e majalah(1).pdfms 2 11 dan 33 - Saadiah Said MS 3 Sembang Telur - Md. Hasidin Hj. Zaini MS 4 Senario Integriti - Kamsani Selamat

Ms 24

PROGRAM PENGANTARABANGSAANSOSEK MALINDO(SOSIO EKONOMI MALAYSIA INDONESIA ):SEKOLAH BERKEMBARJOHOR - MELAKA - TINGKAT DAERAH RIAU21 September hingga 21 Oktober 2011

Terjalin hubungan kerjasama Sosio Ekonomi dan Keselamatanantara Wilayah di Malaysia dan Indonesia semasaPersidangan Pertama JKK/KK Sosek MalindoPeringkat Negeri Johor /Melaka-Tingkat Daerah Riau padatahun 2002 di Johor Bahru

Sidang High Level Comitee(HLC) Sosek Malindo di Jakartapada November 2009membincangkan peningkatankerjasama antara kedua Negaratermasuk bidang pendidikan.

Pegawai-pegawai JPN Johor,PPD Kota Tinggi, JK MGB KotaTinggi, dan Guru Besar sertaguru-guru SK Seri Setia Jayamenyambut mesra ketibaanrombongan Dinas Pendidikan,Pegawai. Kepala Sekolah,Guru serta anak-anak dariProvinsi Riau, Indonesia

Paluan kompang, bunga manggar dan sireh junjungmenggambarkan sambutan hangat yang diberikan oleh

Guru Besar, guru-guru, kakitangan serta murid-muridSK Seri Setia Jaya

Page 25: Ms 20 Ms 11appsjohor.moe.gov.my/jpnjohor/v6/pdf/04-e majalah(1).pdfms 2 11 dan 33 - Saadiah Said MS 3 Sembang Telur - Md. Hasidin Hj. Zaini MS 4 Senario Integriti - Kamsani Selamat

Ms 25

Majlis menandatanganimemorandum persefahamanProgram Studi Banding Guru dan PelajarSekolah-sekolah Terpilh di Daerah Kota TinggiantaraTn. Hj. Md. Nordin bin IsmailGuru Besar SK Setia Jaya, Kota Tinggi,Malaysia denganTuan Heri Indra Putra SEDinas Pendidikan Provinsi Riau, Indonesia

Jalinan kerjasama diperluaskan dalam bidang pen-didikan melalui program sekolah berkembar yang dibentangkan pada Persidangan Ke Enam JKK/KK So-sek Malindo Peringkat Negeri Johor /Melaka -TingkatDaerah Riau di Pekanbaru, IndonesiaPersidangan Ke Sembilan JKK/KK Sosek MalindoJohor/Melaka –Riau pada 20 hingga 22 September2010 di kota Batam meluaskan daerah aktivitiSosek Malindo ke Provinsi Kepulauan Riau (KEPRI)

MATLAMAT PROGRAM:Memperkukuhkan hubungan kerjasama dari aspek sosialbudaya dan ekonomi melalui penglibatan aktif dankerjasama antara wilayah Johor, Melaka dan TingkatDaerah Riau dan meluaskan jalinan kerjasama pendidi-kan melalui program sekolah berkembar

PROGRAM PENGANTARABANGSAANSOSEK MALINDO

Page 26: Ms 20 Ms 11appsjohor.moe.gov.my/jpnjohor/v6/pdf/04-e majalah(1).pdfms 2 11 dan 33 - Saadiah Said MS 3 Sembang Telur - Md. Hasidin Hj. Zaini MS 4 Senario Integriti - Kamsani Selamat

Ms 26

Majlis Penyerahan Pelajar dan Guru Sekolah Dasar Provinsi Riaukepada Guru-guru Besar sekolah terpilih di sekitar Daerah KotaTinggiSeramai 15 orang murid dan 15 orang guru Sekolah Dasarmenjalani program ini selama 1 bulan. Mereka ditempatkan dibeberapa buah sekolah rendah di Daerah Kota Tinggi atasdasar seorang murid beserta seorang guru pendampingdi setiap sekolah.

PROGRAM PENGANTARABANGSAANSOSEK MALINDO

Selain mengikuti proses pengajaran danpembelajaran di dalam kelas, mereka jugadiberi pendedahan kepada aktiviti-aktiviti lainseperti berikut;1. Lawatan Penanda arasan2. Program ‘Immersion’3. Pertukaran Pelajar4. Lawatan Sosial5. Perkhemahan Pelajar

Page 27: Ms 20 Ms 11appsjohor.moe.gov.my/jpnjohor/v6/pdf/04-e majalah(1).pdfms 2 11 dan 33 - Saadiah Said MS 3 Sembang Telur - Md. Hasidin Hj. Zaini MS 4 Senario Integriti - Kamsani Selamat

Ms 27

PROGRAM PENGANTARABANGSAANSOSEK MALINDO

LAWATAN MUHIBAHKE SM PENDIDIKAN KHAS VOKASIONAL INDAHPURA, KULAIJAYA

Pertukaran dokumen Memorandum Persefahaman dalam Bidang Pendidikan antaraPn Hjh. Khadijah Mohamad, Pengetua SM Pend. Khas Vokasional Indahpura, Kulaijaya dan

Sdra. H. HADIMIHARJA Kepala Bidang Pend Prasekolah, Pend Dasar Dan Sekolah Luar Biasa (pend. khas)Kantor Pendidikan Provinsi Riau, Indonesia

Pasukan koirpelajar istimewa

cacat pendengarandan masaalahpembelajaran

SMPK Vok. Indahpura

Bidang KebitaraanSMPK Vok. Indahpura‘refleksologi’bagi pelajar istimewacacat penglihatan

Page 28: Ms 20 Ms 11appsjohor.moe.gov.my/jpnjohor/v6/pdf/04-e majalah(1).pdfms 2 11 dan 33 - Saadiah Said MS 3 Sembang Telur - Md. Hasidin Hj. Zaini MS 4 Senario Integriti - Kamsani Selamat

ms 28

Tajuk : MUKMIN PROFESIONAL

Penulis : Ustaz Pahrol Mohamad Juoi

Penerbit : TELAGA BIRU

Tebal : 340 muka surat

Harga : RM 55.00

Pengulas : ANUAR BIN SUKIRANKetua Penolong PengarahSektor Penilaian dan Peperiksaan

Membaca umpama memberi ‘makanan’ pada akal dan memberi ‘cahaya’ bagi hati. Apa yang kitabaca akan membentuk diri kita secara langsung. Sering diungkapkan oleh bijak pandai: “Siapa dirikamu akan datang dicorakkan oleh buku apa yang kamu baca sekarang.” Setiap kita adalah pem-impin, sekurang-kurangnya pemimpin kepada diri kita sendiri. Jadi, apa yang anda lakukansekarang sebenarnya bukan setakat membaca, malah anda sedang memimpin. Ingat selalu,‘leaders are learners!’ – pemimpin adalah orang yang sentiasa belajar. Tidak ada noktah dalammembentuk diri ke arah yang lebih baik. ‘Usaha membaiki diri adalah satu kembara yang tidakberhujung’. Sering kali penghujung suatu jalan, membuka satu jalan lain yang lebih luas. ‘In life, whatsometimes appears to be the end is really a new beginning’. Ya, dalam hidup, kadangkala sesuatuyang kelihatan seperti satu pengakhiran sebenarnya adalah satu permulaan yang baru! Berbandingmalaikat yang secara tabiinya baik dan kebaikannya statik, manusia pula sebaliknya mempunyaipotensi untuk menjadi lebih baik dan sentiasa dinamik.

BERJAYA, CELAKA ATAU TERPEDAYA?

Usaha memperbaiki diri bukan satu suratan (destiny) tetapisatu kembara (journey) yang berterusan. Malah, tidakketerlaluan kalau dikatakan perjuangan memperbaiki diriadalah satu perjuangan nafas panjang (the long breathwar). Kita akan sentiasa berubah, sama ada menjadi orangyang lebih baik atau sebaliknya. Jika kita tidak menaik, kitapasti sedang menurun. Kata hukama: “Orang yang berjayaialah orang yang hari ininya lebih baik daripada semalam.Orang yang terpedaya ialah orang yang hari ininya samaseperti semalam. Dan orang yang celaka ialah orang yanghari ininya lebih buruk daripada semalam.” Kita di golonganmana? Berjaya, terpedaya atau celaka? Terpulang padakita untuk memilihnya.Buku ini menjelaskan perkara-perkara penting dan terasdengan cara yang mudah dan pantas sama ada dari segibahasa, perbahasan, dalil atau contoh-contohnya

Tidak ada noktah dalammembentuk diri ke arahyang lebih baik. ‘Usahamembaiki diri adalah

satu kembara yang tidakberhujung’.

Page 29: Ms 20 Ms 11appsjohor.moe.gov.my/jpnjohor/v6/pdf/04-e majalah(1).pdfms 2 11 dan 33 - Saadiah Said MS 3 Sembang Telur - Md. Hasidin Hj. Zaini MS 4 Senario Integriti - Kamsani Selamat

ms 29

JANGAN BIARKAN ‘INGIN’ MENJADI‘DINGIN’

Buku ini bukan sahaja untuk mereka yang‘lemah’, tetapi juga buat yang ingin‘menambah kekuatan’. Keinginan untukmenjadi lebih kuat adalah satu modal besar.Tanpa keinginan – walau mempunyai bakat,minat dan kecerdasan yang hebat pun tidakakan membawa kita ke mana-mana. Jadi,jangan biarkan ‘ingin’ menjadi ‘dingin’. Fikirkantentang kuasa ‘keinginan’ itu berdasarkan kata-kata ini: “It’s not how good you are, it’s howgood you want to be.” – soalnya bukan sejauhmana kebaikan awak tetapi sejauh manakeinginan kita untuk menjadi baik

JANGAN LETAKKAN PELITADI ATAS ATAP

Imam Ghazali pernah mengumpamakan ilmuyang tidak diamalkan samalah seperti meletak-kan pelita (lampu) di atas atap. Apa hasilnya?Ruang dalam rumah tetap gelap keranacahaya hanya tersebar di atas atap. Begitulahperumpamaannya apabila ilmu tidak diamal-kan, cahayanya akan berlegar-legar seputarakal tetapi tidak menusuk ke dalam hati. Danilmu ini pasti tidak akan melahirkan tindakan.

KELUHAN DAN RINTIHAN

Bermacam-macam keluhan dan rintihan yang telah kita dengar. Dari soal kesetiaan dan keikhla-san yang dipersiakan, soal dilema antara kepentingan famili dan organisasi, krisis dengan bosyang sentiasa merasa betul, sikap pilih kasih pihak atasan, sehinggalah kepada sifat melawan‘tauke’ orang bawahan. Kemelut dalam – diri, famili, organisasi ini – kadang-kadang sungguh me-meningkan. Di dalam diri – stres, marah, kecewa dan rasa lesu sering mengganggu. Di rumah,ramai yang mengeluh tentang kerenah anak-anak, ragam isteri atau kealpaan suami. Dalamorganisasi pula, tertekan oleh ketidakadilan atasan, kedegilan bawahan, keegoan rakan sekerjadan lain-lain.

Tiga kekecewaan ini sahaja sudah cukup untuk ‘melemahkan’ manusia moden yang kononnyaserba ‘power’ dan ‘super’ ini. Hakikatnya tidak siapa boleh lari daripada masalah. ‘Life is to solveproblem’ – hidup memang untuk menyelesaikan masalah! Kematian, perbalahan, kegagalan,kesakitan dan kesempitan hidup akan terus melanda kita. Itulah peraturan hidup – ‘rules of life’yang tidak boleh dimungkiri dan dielakkan. Cuma, bagaimana kita menanganinya? Masalah kitabukan masalah itu, tetapi bagaimana kita berdepan dan menanganinya… itulah cabarannya!

ANUAR BIN SUKIRANKetua Penolong Pengarah

Sektor Penilaian dan Peperiksaan

Page 30: Ms 20 Ms 11appsjohor.moe.gov.my/jpnjohor/v6/pdf/04-e majalah(1).pdfms 2 11 dan 33 - Saadiah Said MS 3 Sembang Telur - Md. Hasidin Hj. Zaini MS 4 Senario Integriti - Kamsani Selamat

Ms 30

MANUSIA TIDAK AKAN DAPAT MENGAWAL MANUSIA

Ramai yang hanya melihat masalah secara tersurat. Fokus kita hanya sebatas melihat buah ataukesannya, yakni berpaksikan ‘sebab-sebab luaran’ bukan ‘sebab-sebab dalaman’. Lalu sering kalikita gagal menyelami hakikat yang tersirat atau punca sebenar masalah itu. Kita hanya berlegar-legar dan berkisar pada soal-soal ‘kulit’ (akibatnya) bukan pada isi (puncanya). Murid yang jahat,perketatkan disiplin. Isteri yang meragam, longgokkan harta. Pekerja yang malas, potong gaji.Majikan yang tamak, boikot. Pemimpin yang zalim, demonstrasi. Membuang sampah, denda.Mengedar dadah, gantung! Tapi apakah semua masalah itu berjaya diselesaikan secara tuntasdengan cara itu? Kita sama-sama tahu jawapannya. Hidup zaman ini terlalu bergantung kepadaakta, undang-undang dan peraturan. Bukan menafikan kepentingan undang-undang danperaturan, tetapi kalau cara itu sahaja yang diharap untuk menyelesaikan semua masalah,yakinlah kita akan berdepan dengan lebih banyak masalah. Manusia selamanya tidak akandapat mengawal manusia. Kita perlu kembali kepada Pencipta manusia. Mari kembali kepadaAllah. Mari kembali kepada fitrah.

7 LANGKAH MEMPERKASA DIRI

LANGKAH 1 : MENENTUKAN ARAH HIDUPInsan adalah pengembara. Mengembaradari alam roh ke alam dunia dengan singgahsebentar di alam rahim. Selepas melalui alamdunia, manusia menanti seketika di alambarzakh sebelum meneruskan perjalanan kealam mahsyar. Setelah dibicarakan di sana,manusia bermukim di alam syurga yangpenuh nikmat atau di alam neraka yangpenuh azab.

HIDAYAH adalah petunjuk daripada ALLAHbuat manusia dalam pengembaraannyayang panjang itu!.

LANGKAH 2 : MENETAPKAN TUJUAN HIDUP

Hidup di dunia hanya sementara , tetapi inilahkehidupan yang menentukan kebahagian ataupenderitaan selama-lamanya . namun kitadicipta bukan untuk disia-siakan. Ada maksuddan tujuan . Apa yang hendak dicapai padamasa akan datang?. Bagaimana hendakmencapainya? Dua persoalan menagihjawapan. Jangan ditanya kepada insan ,kerana dia diciptakan. Tanyalah ALLAH tuhanyang menciptakan..

IBADAH adalah misi hidup yang menjadipenjamin untuk mencapai “visi hidup” di duniadan akhirat ; tujuan dan keperluan ; jugamaterial dan kerohanian.

Murid yang jahat, perketatkandisiplin. Isteri yang meragam,

longgokkan harta. Pekerja yangmalas, potong gaji. Majikan yang

tamak, boikot. Pemimpin yangzalim, demonstrasi. Membuang

sampah, denda. Mengedardadah, gantung!

Alam rahim

Alam barzakh

Page 31: Ms 20 Ms 11appsjohor.moe.gov.my/jpnjohor/v6/pdf/04-e majalah(1).pdfms 2 11 dan 33 - Saadiah Said MS 3 Sembang Telur - Md. Hasidin Hj. Zaini MS 4 Senario Integriti - Kamsani Selamat

ms 31

LANGKAH 3 : MENGIKUT JALAN ISLAMTanpa jalan yang betul , visi dan misi yang tepat sekalipun tidak akan kesampaian. Menempuhjalan yang benar lebih penting dari kemenangan. Setiap langkah wajib diatur agar sentiasa menurutketetapan ALLAH. Dimulai dengan ilmu, disusuli dengan amal , kemudian akan terasalah hakikatsebelum sampai ke penghujung makrifat . Di sana nanti berlakunya perkenalan dengan ALLAH ,yang mana akhirnya akan membuahkan cinta sejati

SYARIAT ISLAM adalah jalan yang lurus dan tulus menuju ALLAH. Kebahagiaan bukan hanya dihujungjalan , tetapi di sepanjang jalan.

LANGKAH 4 : MENYEDIAKAN BEKALAN HIDUPBekalan diperlukan bagi setiap perjalanan yang melelahkan.Ketika itu, talian hayat sentiasa menjadikeperluan sebagai perhubungan antara hamba dengan Pencipta. Di situlah berlakunya pengaduansegala kesusahan, kelelahan dan kelemahan. Kembali kepada jati diri yang sejati - kita hanyalahhambaNYA. Semakin lemah di hadapanNYA, semakin gagah kita di jalan-NYA.

SOLAT adalah silah – hubungan yang menjadi “energy” hati , emosi , akal dan fizikal dalamkehidupan.

LANGKAH 5 : MEMILIKI PENDORONG HIDUPHidup di dunia untuk diuji. Ujian ketika senangatau susah; ketika sihat atau sakit ; ketika Berjayaatau gagal. Itulah hitam putih kehidupan yang diukur tara antara iman dan kufur seseorang . Untukmencapai ketenangan dalam apa jua keadaan,maka hati perlu sentiasa mengintai Tuhan.

ZIKRULLAH adalah syarat bahagia bila rasakehambaan dan rasa bertuhan dapat dihayatisemasa menimba hikmah tersirat di sebalik ujian.

LANGKAH 6 : MENGATASI HALANGAN HIDUPSetiap yang bernilai, pasti sukar untukmencapainya . Begitu juga dalam mencarikeredhaan ALLAH yang sentiasa ada rintangandan ujian. Halangan terbesar berada di dalamhati . Di situ berdiamnya rasa dan kesumat jiwa.Tidak akan sembuh derita jiwa seandainya racunditeguk bersama penawarnya. Namun sakit perludiubati. Jika tidak – semakin melangkah semakinlelah, semakin menempuh semakin jauh.

DOSA adalah belenggu penjerat jiwa yangmenjanjikan resah dan lemah. Taubat adalahwadah kemerdekaan untuk menuju Tuhan.

Hidup di dunia untuk diuji. Ujianketika senang atau susah; ketika

sihat atau sakit ; ketika berjaya ataugagal. Itulah hitam putih kehidupan

yang di ukur tara antara imandan kufur seseorang

Page 32: Ms 20 Ms 11appsjohor.moe.gov.my/jpnjohor/v6/pdf/04-e majalah(1).pdfms 2 11 dan 33 - Saadiah Said MS 3 Sembang Telur - Md. Hasidin Hj. Zaini MS 4 Senario Integriti - Kamsani Selamat

ms 32

LANGKAH 7 : MENGHADAPI KESUDAHAN HIDUPTidak semudah sentuhan mata dan tidakseringan luahan kata. Kesudahan perjalananini bermula di sini. Ujian akhir yang begitugetir. Saat berpisah antara roh dan jasadyang amat dahsyat. Terangkat tabir matayang selama ini buta melihat sakaratulmaut.Sebelum tanah menjadi bumi dan langit padadiri yang sepi, sedarilah bahawa detik yangpasti ini sesungguhnya amat dekat.....

MATI bukanlah satu pengakhiran , tetapi satupermulaan kepada satu perjalanan yangtidak akan berakhir. Ini pentanda awal...samaada akan bahagia atau derita, selamanya!

RUMUSAN

Buku Mukmin Profesional sangat sesuaidijadikan penanda aras pencapaiankefahaman tentang peri pentingnyapenerapan nilai-nilai Islam didalam semuaaktiviti atau tugasan kehidupan samadadalam bentuk ibadah khusus atau ibadahumum. Ibadah khusus adalah merangkumiamalan fardhu ain yang seharusnya dibuatoleh setiap mukalaf , manakala ibadah umumialah tentang kepatuhan kepada nilai-nilaiislam di setiap inci kemahiran professionalyang dilaksanakan di dalam kerjaya,perhubungan masyarakat dan ibadah fardhukifayah .

Sekiranya manusia mempunyai “mukminprofessional” yang mantap nescaya apa juahasilan darinya pasti gemilang..!!

KATA ABAH...Kata Abah...Keringat ini untuk anak-anakKeringat ini demi meneruskan kelangsungan hayatkeluargaKeringat ini juga demi masa depanYang ntah dapat abah saksikan

Kata Abah...Usah sibuk menyongsong ke kebunUsah sibuk nak memegang cangkulYang elokMenelaah buku menambah ilmuJangan jemu

Kata Abah...Jangan jadi budak yang lemahLawan segala rasa yang salahHindari perasaan goyahMantapkan semangat mendepani cabaranDemi maruah...dan...Harga sebuah kejayaan

Kata Abah...Jangan alpa ilmu duniaWalau majunya duniaIlmu jiwa perlu teguhJadi benteng pegangan yang utuh

Kata Abah...Jaga adab bila bergaulKawal tingkah awasi tuturJangan sampai terlepas lakuJangan sampai merobek lukaOrang lain pula berburuk sangkaPeliharalah...demi sebuah harga diri insani

Kata Abah...Doa abah untuk anak tiada penghujungWarisan keluarga penerus generasiTiada harta berboleh bahagiJangan yang enam berkelahiCarilah...galilah...Seluas alam pemberi rezekiIngatlah pada yang AzaliKerana DIA..kita di sini

Nukilan

Mak Ngah Leha,Sektor Pengurusan Akademik

Page 33: Ms 20 Ms 11appsjohor.moe.gov.my/jpnjohor/v6/pdf/04-e majalah(1).pdfms 2 11 dan 33 - Saadiah Said MS 3 Sembang Telur - Md. Hasidin Hj. Zaini MS 4 Senario Integriti - Kamsani Selamat

ms 33

6 CARA MENANGANI TEKANAN (STRES)DI TEMPAT KERJA

Tips Untuk Meningkatkan Kualiti DiriRealistik Tentang Kerja Anda Terima kekuatan dan kelemahan diri sendiri Bersikap terbuka dan tahu batas kemampuan anda Seronok dengan apa yang anda lakukan dan buat yang terbaik mengikut

kemampuan

Susun Kerja Anda Uruskan masa dengan baik Utamakan kerja anda dan elakkan buat kerja pada saat akhir Tahu cara untuk mengagih dan mengurus kerja Tidak membawa kerja balik ke rumah

Tingkatkan Kemahiran Penyelesaian Masalah Kenalpasti apa punca masalah anda. Rancang secara sistematik cara penyelesaiannya. Senarai masalah utama dan pilihan penyelesaiannyta. Ambil tindakan yang sesuai

Mempunyai Sikap Terbuka Terhadap Perubahan Sesetengah perubahan tidak dapat dielakkan. Bersifat terbuka, fleksibel dan jadi

realistik terhadap perubahan Merancang perubahan dan laksanakan dengan bail/soft landing

Berkomunikasi Secara Berkesan di Tempat Kerja Jadi Asertif (tegas diri) bukannya agresif Menyatakan pendapat dengan bijak,lembut dan berbudi bahasa. Menghargai pendapat orang lain.

Membina Sokongan Sosial Dalam Situasi Kerja Membina hubungan yang baik dengan rakan sekerja Wujudkan semangat kerja berpasukan Berkongsi masalah dengan orang yang anda percaya Ambil masa untuk mendengar

Page 34: Ms 20 Ms 11appsjohor.moe.gov.my/jpnjohor/v6/pdf/04-e majalah(1).pdfms 2 11 dan 33 - Saadiah Said MS 3 Sembang Telur - Md. Hasidin Hj. Zaini MS 4 Senario Integriti - Kamsani Selamat

ms 34

JOM TANGANI STRES …….AMALKAN …. 10 B

APA ITU STRES?

Reaksi tubuh badan terhadap rangsangan yang tidak menyenangkan. Ianya juga merupakanrespon fizikal,emosi dan mental yang berlaku kepada seseorang apabila tuntutan tidak dapat di-penuhi.

KENAPA BERLAKU?Apabila tuntutan tidak standing dengan kebolehan dan kemahiran daya tindak seseorang.

Bertengan-tenang

Bernafas melalui abdomen

Berkata “Relakslah……

Beribadat,Berzikir,Berdoa

Beriadah/senaman

Berehat dan mendengan muzik

Bersenang-senang

Berurut

Berkongsi perasaan dan masalah

Berfikiran positif

Hakikatnya “stress”itu normal dan berlaku kepada setiap insan.Kita memerlukan “stress”sebagai perangsang.Namun apabila stress itu tidak boleh dikendalikan denganberkesan ia akan membebankan kita.

Dari Anas bin Malek katanya:

“3 PERKARA yang menyelamatkan iaitu: Takut kepada Allah ketika bersendirian dan

dikhalayak ramai. Berlaku adil pada ketika suka dan marah. Berjimatcermat ketika susah dan senang.

TIGA PERKARA yang membinasakan iaitu: Mengikut hawa nafsu Terlampau bakhil Kagum seseorang dengan dirinya sendiri

Amalan beriadah seperti bersukan, bersenamatau pun berkelah bersama keluarga adalah antara

aktiviti yang paling mujarab untuk menangani stres

Page 35: Ms 20 Ms 11appsjohor.moe.gov.my/jpnjohor/v6/pdf/04-e majalah(1).pdfms 2 11 dan 33 - Saadiah Said MS 3 Sembang Telur - Md. Hasidin Hj. Zaini MS 4 Senario Integriti - Kamsani Selamat

ms 35

6 CARA MENANGANI KEMURUNGAN

KEMURUNGAN

Kemurungan yang berlebihan dan berpanjangan boleh menjejaskankesihatan fizikal dan mental. Jika tidak diubati dan ditangani lebih awalia kan menjadi serius.

Individu yang mengalami sekurang-kurangnya tujuh simpton daripadasenarai di bawah dalam masa dua minggu, kem ungkinan individutersebut berada di dalam keadaan kemurungan.

Mereka dinasihatkan supaya mendapatrawatan profesional kesihatan untukdiagnos kemurungan.

10 SIMPTOM KEMURUNGAN

Kesedihan atau berasa kekosongan Kurang daya tumpuan, sukar membuat keputusan Hilang minat atau keseronokan terhadap hobi Cepat rasa letih dan tidak bertenaga Mudah putus asa dan berasa rendah diri Sukar tidur atau gangguan tidur Berat badan berubah Iturun atau naik) Rasa tidak tenteram dan mudah marah Menyalahkan diri sendiri Pernah berfikir untuk membunuh diri.

6 CARA TANGANI KEMURUNGAN

Berpegang teguh kepada ajaran agama Bertimbang rasa terhadap diri sendiri (Jangan bercita-cita

melakukan sesuatu yang tidak mampu) Jangan menyalahkan diri sendiri Terima hakikat terhadap sesuautu yang berlaku Meluahkan perasaan kepada kawan atau ahli keluraga yang

boleh dipercayai Sentiasa melakukan muhasabah diri

Page 36: Ms 20 Ms 11appsjohor.moe.gov.my/jpnjohor/v6/pdf/04-e majalah(1).pdfms 2 11 dan 33 - Saadiah Said MS 3 Sembang Telur - Md. Hasidin Hj. Zaini MS 4 Senario Integriti - Kamsani Selamat

ms 36

20 April 1511

Kekalahan Lopez de Squera menim-bulkan kemarahan Raja Portugisbernama Manoel. Keazaman Portugismakin membara ditambah persa-ingan kerajaan Portugis dengankerajaan Sepanyol dalam mengi-barkan bendera kristian di Nusantara.Dinyatakan oleh Tone Pires sesiapayang menawan Melaka, akan jugamenguasai Venice di Eropah keranahasil dagangnya.

Maka dibekalkan Raja Portugal empat buah kapal dan lima buah ghali panjang. Sampai diGoa ditambah dengan 3 buah kapal, delapan ghalias empat buah ghali panjang dan enam belasbuah fusta. Pada 20 April 1511, 1000 tentera dan 64 buah kapal perang dipimpin oleh Alfonso deAlbuqerque menuju Melaka. Mereka sampai ke Melaka pada 1 Julai 1511. Dalam perjalanan keMelaka Alfonso De Albuquerque telah singgah di Andalas berjumpa 9 orang tawanan perangtermasuk yang melolos diri dengan bantuan ketua puak hindu bernama Ninachetty. Merekamenceritakan dengan fitnah penyiksaan dan paksaan terhadap tawanan agar menganut agamaIslam oleh orang Melayu Melaka. Mereka membawa bersama surat Ruy de Araujo mengenai lakarankelemahan pertahan Melaka.

Alfonso de Albuquerque menawar kepada SultanAhmad agar semua tawanan dibebaskan. Tetapi SultanAhmad berkeras diadakan perjanjian terlebih dahulu.Bengali putih terus menyerang pelabuhan dan dua kapalperniagaan dari Gujerat musnah dijilat api dari tembakanmeriam Peringgi. Maka Sultan Ahmad terpaksa menyerahtawanan.

Setelah 3 minggu menunggu Albuquerquemenghantar 600 tentera dengan 400 orang askar upahandari Goa. Didaratan 30,000 perwira Melayu, pepakmenunggu penuh semangat. Pertempuran hebat berlakurumah dan gedung terbakar akibat bedilan meriam,hulubalang Melaka tidak dapat berlindung di pesisirpantai.

Alfonso De Albuquerque

Mereka menceritakan dengan fitnahpenyiksaan dan paksaan terhadap tawanan

agar menganut agama Islam oleh orangMelayu Melaka. Mereka membawa bersama

surat Ruy de Araujo mengenai lakarankelemahan pertahan Melaka.

Page 37: Ms 20 Ms 11appsjohor.moe.gov.my/jpnjohor/v6/pdf/04-e majalah(1).pdfms 2 11 dan 33 - Saadiah Said MS 3 Sembang Telur - Md. Hasidin Hj. Zaini MS 4 Senario Integriti - Kamsani Selamat

ms 37

Digambarkan rakyat Melaka ketika itu mendiami pantai dariMelaka hingga ke Jugra tidak putus, jika kucing hendakberjalan di atas atap orang Melaka tidaklah turun ia ketanah. De Araujo menyarankan agar diberi tumpuankepada sungai Melaka. Ini akan memudahkan kemasukankapal ke Kota Melaka.

Asakan Peringgi ditentang dengan saburnya olehhulubalang Melaka. Walaupun pada pusingan pertamaPeringgi berjaya menawan jambatan pada 25 Julai 1511.Peringgi terus disesak hulubalang Melaka, peringgi punpecah berhambur lalu turun ke air.

Keperwiraan perajurit Melaka didokong kuat oleh SultanAhmad Shah yang menunggang gajah yang bernama jinakCi dengan ditemani oleh guru tauhidnya Makdum SadarJahan.

Bunyi pengatu dan rentaka seperti tagar tidak dihisap orangMelaka. Sultan Ahmad Shah berdiri di hujung jambatantiada gentarnya menanti peluru bedilan istingar peringgiseperti kacang jatuh ke bidai dibalas dengan hujansumpitan beracun dan anak panah hulubalang Melakamenghambat bengali putih itu. Maka Makdum Sadar Jahanberkata, “Hai Sultan di sini bukan tempatnya untuk mengujiTauhid, bukan juga hendak beriyar, marilah kembali”. MakaSultan Ahmad pun kembali ke istana.

Berkatalah potugis itu “ Hai orang Melaka ingatlah kamu sekelian demi Dios esok kami akan naikmendarat”. Dijawab oleh orang Melaka “Baiklah”.Dengan kematian BendaharaTun Mutahir dan laksamana Tun Hassan Temenggung, Alfonso deAlbuquerque menyusun strategi dengan mempengaruhi saudagar Cina Melaka dengan hadiah danmulut yang manis sehingga saudagar ini berpihak kepada Peringgi yang menjanjikan keuntungansemata. Peringgi juga berunding dengan dengan puak Jawa diketuai oleh Utemuta Raja. Beliaudijanjikan menjadi raja puak jawa di Melaka.

Sebenarnya puak jawa inilah yangmemainkan peranan penting pertanahankerana mereka amat pakar dalammengunakan keris, sumpit dan panahberacun. Utemuta Raja dan hulubalanglaksamana Tun Hassan temenggunglahyang banyak membunuh menghalauPeringgi dan dapat manawan GonsaloPeriera sebelum ini.

Penulis:

HAJI MD. KASIM BIN MD. NOAH AMN, PISKetua SektorSektor Jaminan Kualiti

http://heritage.melakareview.com/

Angkatan perang Sultan Ahmad mengalahkanserangan pertama Portugis pada 25 Julai 1511

Page 38: Ms 20 Ms 11appsjohor.moe.gov.my/jpnjohor/v6/pdf/04-e majalah(1).pdfms 2 11 dan 33 - Saadiah Said MS 3 Sembang Telur - Md. Hasidin Hj. Zaini MS 4 Senario Integriti - Kamsani Selamat

ms 38

8 ogos 1511

Pada 8 ogos 1511 Alfonso masuk sekali lagi bagi menawan sungai Melaka. Kali ini mereka lebihbersedia dengan menutup perahu mereka dengan kain dan yang kelihatan hanya muncung istingardan meriam.

Naiklah Peringgi ke darat ditunggu oleh Sultan Ahmad diatas gajah Juru Demang namanya, Sri Udanidi kepala, Tun Ali Hati di buntut. Maka berperanglah terlalu sabur segala peringgi itu undur lagi. Makatanpil Alfonso de Albuque dengan seribu soldadu beristigar merempuh segala orang Melaka.

Perang tauhid ini berlarut selama 9 hari di sungaimaka alah sepenuhnya jambatan Melaka. Dandiikuti beberapa hari pentempuran di dalam Kotamaka jatuhlah Melaka ketangan Peringgi pada 25Ogos 1511. Maka segala orang Melaka larilah danSultan Ahmad berlepas.

Adapun akan Bendahara ditandu orang dibawa lari.Maka berserulah Bendahara Tepok. “Baliklah-baliklah, langgarkan aku pada Peringgi,” makadihalang oleh anak cucunya. “ Ceh! Cabarnyasegala anak muda ini, apa dayaku telah tepok,kalau aku lagi kuasa, mati aku dengan negeriMelaka ini!”.

Sultan Mahmud dan Sultan Ahmad berundur. SultanAhmad berkota di Bentayan. Sultan Mahmud diam diBatu Hampar. Bendahara pun hilanglah danditanam orang di Lubuk Batu. Apabila Peringgimenyerang Pagoh beberapa hari berundurlahSultan Mahmud ke Ulu Muar melalui penarikan danterus ke Pahang.

MELAYU SULTAN AHMAD

KerisBendahara Tun Mutahir

Sungai Melaka

Namun angin tegang kelat yangmembawa ombak besar di Selat Melaka

menyebabkan angkatan terakhir musliminmembebaskan Melaka dari benggali putih

terpaksa berundur

Sultan Ahmad terus mengasak sehinggatangan baginda sendiri cedera danberdarah. “Hei anak Melayu, lihatlahtangan kita, daulatkanlah Melaka ini,”pekik baginda. Maka tampillah hulubalangMelaka mengembari soldadu Peringgi.

Tun Sallehuddin memakai ikat pinggangDatuk Paduka Raja tampil beradakkandengan Peringgi, maka ditikam Peringgitembus ke belakang lalu gugur syahid. SeriUdani pun luka ari-ari ditusuk tombakferinggi hampir kalamnya, sepadi lagimasuknya boleh membawa syahid. Makagajah pun diderumkan.

Raja Portugal, Manoel sedang merestui pemergianDiego Lopez de Squera

Page 39: Ms 20 Ms 11appsjohor.moe.gov.my/jpnjohor/v6/pdf/04-e majalah(1).pdfms 2 11 dan 33 - Saadiah Said MS 3 Sembang Telur - Md. Hasidin Hj. Zaini MS 4 Senario Integriti - Kamsani Selamat

ms 39

Sultan Mahmud kemudian berangkat ke Johorduduk di pekan tua, Dari hujung tanah berpindahlagi ke Bentan bernegeri di sungai Bukit BatuPelabuhan. Sultan Mahmud Syah diam di tebingtinggi. Sultan Ahmad hilang di Bukit Batu di sebutorang Marhum Bukit Batu. Sultan MahmudMangkat di Kapar disebut orang marhum Kamparpada tahun 1528M. Puteranya Sultan AlaudinRiayah Shah II meneraju pemerintahan KerajaanJohor Rhiau sementara puteranya Sultan MuzafarShah ditabalkan sebagai Raja di Perak.

Peringgi yang diam di Melaka telah meroboh danmembuang segala kebesaran kerajaan Melaka.Orang Melayu diusir dari kota. Masjid dirobohkandiganti dengan gereja. Ninachetty telah dilantiksebagai ketua kaum India yang beragama hindu.Utaemuta Raja pula ditangkap bersama anaklelaki dan cucunya dan dibawa ke Goa keranatelah banyak menolong orang Melaka membunuhramai orang Peringgi. Beliau dihukum mati di Goa.

1512Kejatuhan kerajaan Islam Melaka tidakmenyenangkan kerajaan Islam Demak. Kalauroboh Kota Melaka papan diJawa kami dirikan.Inilah sumpah Nusantara bagi mendaulatkankerajaan Melayu Islam. Pada akhir 1512pemerintahan Islam Demak menghantar 12,000tentera bersama 90 kapal, orang muslim di Johordan Singapura juga membantu membebaskanMelaka dan menundukkan kekuasaan kristianPeringgi.

Pada bulan Januari 1513 berlakulah pertempuran di laut yang amat dahsyat antara tentera Islamdan tentera Peringgi diperairan Melaka tiada beralahan. Namun angin tegang kelat yangmembawa ombak besar di Selat Melaka menyebabkan angkatan terakhir muslimin membebaskanMelaka dari benggali putih terpaksa berundur. Mereka bertahan di Kota Kara Negeri Kopak selama12 tahun sehingga habislah Bulang, Bengkalis dan kota Kopak dibakar Peringgi. Sultan berundur lagi.

Tun Fatimah

MELAYU SULTAN AHMAD

Bangsa Melayu serumpunNusantara akhirnya berpecah

belah dan berpuak-puak keranaperbezaan fahaman dan fitnah

memfitnah sesama mereka.Walaupun tanding hulubalang,

tangkas laksamana, bijakBendahara alah juga oleh fitnah

adu domba antara Melayu.

Armada perang itu dipimpin oleh putera Raden Fatahyang dipanggil Peringgi Patih Unus kerana nama beliauadalah Muhammmad Yunus bergelar PengeranSebrang Lor. Tentera muslimin itu diperkuat olehsokongan muslimin Pelembang dibawah pimpinanAdipati Arya Darma.

1513Kalau roboh kota MelakaPapan di Jawa saya dirikanKalau sungguh bagai di kataNyawa dan badan saya serahkan.

Empayar Kerajaan Islam Demak

Page 40: Ms 20 Ms 11appsjohor.moe.gov.my/jpnjohor/v6/pdf/04-e majalah(1).pdfms 2 11 dan 33 - Saadiah Said MS 3 Sembang Telur - Md. Hasidin Hj. Zaini MS 4 Senario Integriti - Kamsani Selamat

ms 40

21 ogos 1922

Peringgi yang melihat ancaman dari puakmuslimin ini telah mengadakan perjanjianpersahabatan dengan kerajaan hindu Pejajaranyang menguasai Jawa Barat, Banten, Sundakelapa, Pontang, Cikandi Tanggerang danCimamuk. Ia berpusat di Kota Pakuan di TanahJawa. Pada 12 Ogos 1522 termetrai perjanjianantara Prabu Pejajaran dengan utusan Peringgibernama Henrique Leme. Dengan perjanjian ini35,000 pound lada perlu diserahkan setiap tahunkepada Portugis bagi melindungi kerajaan HinduPejajaran dari ancaman kerajaan Islam Demak.

Begitulah sikap sebangsa serumpun yangsanggup bersekongkol dengan penjajah luarhanya kerana perbezaan fahaman agama.Sedangkan muslihat Kristian Peringgi hanyahendak menghancurkan kekuatan kerajaan Islamdan menguasai pasaran lada dan rempahNusantara. Begitulah ahli sejarah merasa hairanbagaimana kumpulan yang kecil benggali putihboleh menguasai Nusantara Melayu Islam ketikaitu. Kekalahan bukan kerana kekuatan musuhtetapi kerana hilangnya perpaduan Melayu dansikap bangsa lain yang berdiam di Tanah Melayutetapi tidak menyokong raja Melayu. RuntuhTanah dan Kota Melayu bawa ke hari ini patutjadi teladan.

1527

Sejarah melihat sekali lagi pada tahun 1927kerajaan portugis menambah kekuatannyadengan menghantar panglima perangnyaFracisco de Sa ke Pejajaran bagimengukuhkan kedudukan Portugis dariancaman kerajaan Islam Demak yangdipimpin oleh Sembilan Wali (Wali Songo)ketika itu.

Akhirnya runtuhlah keseluruhan kerajaanMelayu Islam Bukit Seguntang yang mewarisikerajaan Islam Nusantara dijajah oleh kaumpendatang. Bangsa Melayu serumpunNusantara akhirnya berpecah belah danberpuak-puak kerana perbezaan fahamandan fitnah memfitnah sesama mereka.Walaupun tanding hulubalang, tangkaslaksamana, bijak Bendahara alah juga olehfitnah adu domba antara Melayu.

Terjali dari bukit SiGuntang, turun kePelembang lalu ke Bintan. Dari Bintan keSingapura, alah Singapura oleh Majapahit laluke Melaka, alah Melaka oleh Peringgi balik keRiau, dikejar Peringgi lalu ke Johor, Johor jugaalah oleh Jambi. Gugusan Melayu berterusanterbuai mimpi dan lupa tentang sejarahnya.

Kekalahan bukan kerana kekuatanmusuh tetapi kerana hilangnya

perpaduan Melayu dan sikap bangsalain yang berdiam di Tanah Melayu

tetapi tidak menyokongRaja Melayu

Surawisesa,Raja Kerajaan Hindu

Pejajaran(1521 – 1535)

menandatanganiperjanjian perlindungandengan Portugis. Berse-dia menyerahkan 35,000

pound lada hitam setahunkepada Portugis semata-mata kerana bermusu-

han dengan bangsaserumpun Kerajaan

Islam Demak

Lada hitam dan rempah ratusyang menjadi rebutan

dan pertaruhan

Page 41: Ms 20 Ms 11appsjohor.moe.gov.my/jpnjohor/v6/pdf/04-e majalah(1).pdfms 2 11 dan 33 - Saadiah Said MS 3 Sembang Telur - Md. Hasidin Hj. Zaini MS 4 Senario Integriti - Kamsani Selamat

ms 41

BELAJARLAH DARIPADA SEJARAHGenerasiku…Negara sudah merdeka..Namun..adakah kau tahu..Suatu waktu..Generasi terdahulu…Melewati masa dalam keperitan jajahan..

Generasiku..Adakah kau tahu..Lewat Parti Komunis Malaya mentadbir Tanah Melayu..Adakah kau tahu..Andai orang Melayu tidak menentang Malayan Union..Adakah kau tahu..Bagaimana azab generasi terdahulu..Dalam peristiwa berdarah 13 Mei 1969..Adakah kau tahu..Andai tiada Dasar Ekonomi Baru..

Generasiku..Apa yang berlaku..hanya tinggal rentetan sejarah..PKM gagal merampas kuasa..Malayan Union tiada upaya ditubuhkan..Dasar Ekonomi Baru sebagai afirmitif membela orang Melayu..

Generasiku..Adakah kau tahu..Keringat nasionalisme anak Melayu..Pernahkah kau selusuri kisah Panglima Salleh..Dato’ Onn atau Abdul Rahman Andak..Mereka semua telah berbuat jasa..Ambillah iktibar dalam meneruskan kelangsungan kehidupan..Jangan kau menjadi seperti Mat Indera..

Generasiku..Kalau dulu Hang Tuah sebagai wira..Si Jebat penderhaka..Kini..penilaian itu sudah berubah..

Generasiku..Transformasi terbina demi sebuah perubahan..Wawasan pemimpin untuk generasi hadapan..Jangan kau alpa..Dalam keseronokan arus kecanggihan..Masih ada insan yang gelandangan..Masih ada insan yang serba kekuranganMasih ada insan yang jumud pemikiranMasih ada insan yang menolak pembaharuan

Generasiku..Jika kau sayangi kerukunanJika kau sayangi kedamaian..Jika kau sayangi perpaduan..Jika kau sayangi ketenteramanJika kau sayangi keharmonianBelajarlah daripada sejarah..

Dato’ Abdul Rahman Andak

Dato’ Onn Jaafar

Panglima Sallehatau

Kiyai Sallehdan pedangnya

Penyair’Musleha Mohd. Ghozali

SPA, JPNJ

NukilanMak Ngah Leha,Sektor Pengurusan Akademik

Page 42: Ms 20 Ms 11appsjohor.moe.gov.my/jpnjohor/v6/pdf/04-e majalah(1).pdfms 2 11 dan 33 - Saadiah Said MS 3 Sembang Telur - Md. Hasidin Hj. Zaini MS 4 Senario Integriti - Kamsani Selamat

ms 42

PENGURUSAN IKON DI SKRIN DESKTOPAmalan terbaik di dalam pengurusan ikon di skrin komputer ialah mengelakkan skrin dipenuhidengan ikon dan shortcuts kerana ia ketara menunjukkan paparan yang tidak kemas dan tidak ter-atur.

Rajah 1: Paparan skrin komputer peribadi yang tidak teratur

Penulis;

Yasmin Jeffrey TangSektor ICT

Pada saya nie, satu contohskrin destop komputer

yang berserabut,Meh, saya nak tunjukmacamana yang bagus

Terdapat dua (2) kaedah yang boleh digunakan untukmenguruskan ikon-ikon yang dipaparkan di skrinkomputer:

- pengurusan ikon desktop secara manual; dan- pengurusan ikon desktop secara wizard.

i. PENGURUSAN IKON DESKTOP SECARA MANUALLangkah-langkah menguruskan ikon di skrin desktopsecara manual:

1. Menyusun ikon pada skrin desktop supaya lebihkemas dan tersusun rapi.

(a) Sila klik kanan pada ”skrin desktop‟.(b) Sila pilih “Arrange Icons By‟, kemudian pilih

“Type‟ sekiranya anda ingin ikon anda tersusun

berdasarkan jenis-jenis fail seperti di Rajah 3;dan

(c) Sila pilih “Auto arrange‟ sekiranya anda ingin icon

pada desktop tersusun secara automatik, danpastikan pilihan “Auto Arrange‟ ada tanda

disemak selepas di klik. (rujuk rajah 4)(d) Dalam gambarajah 5, Fail telah tersusun dengan

rapi dan teratur mengikut nama folder..

Rajah 2

Rajah 3:Paparan menu “Arrange Icons By”.

Page 43: Ms 20 Ms 11appsjohor.moe.gov.my/jpnjohor/v6/pdf/04-e majalah(1).pdfms 2 11 dan 33 - Saadiah Said MS 3 Sembang Telur - Md. Hasidin Hj. Zaini MS 4 Senario Integriti - Kamsani Selamat

ms 43

Rajah 4: Pilihan “Auto Arrange” dipilih

Rajah 5: Menunjukkan Fail telah Tersusun Rapi

2. Membuat folder baru.(a) Klik kanan pada skrin desktop dan pilih “New Folder.” (rajah 6)(b) Namakan folder tersebut kepada ‘Software’ atau apa-apa nama yang menjadi pilihan.

(rujuk rajah 7 di muka sebelah)(c) Tarik setiap ikon yang tidak selalu digunakan ke folder “Software” itu.

(rujuk rajah 8 di muka sebelah)

Rajah 6: Paparan skrin Desktop bagaimana membuat folderbaru

PENGURUSAN IKON DI SKRINDESKTOP

Page 44: Ms 20 Ms 11appsjohor.moe.gov.my/jpnjohor/v6/pdf/04-e majalah(1).pdfms 2 11 dan 33 - Saadiah Said MS 3 Sembang Telur - Md. Hasidin Hj. Zaini MS 4 Senario Integriti - Kamsani Selamat

ms 44

Rajah 7: Memilih nama folder

Rajah 8: Menyimpan file atau “shortcut”ke dalam folder baru

(d) Perubahan skrin desktop andaakan kelihatan jauh lebih bersih dariyang sebelumnya. Sekiranya andaingin menggunakan kembali failyang sudah dipindahkan ke folder“Software”, cuma klik dua kali untukbuka folder berkenaan. Contohnyadalam gambar di bawah, dimanapengguna ingin menggunakanaplikasi “K-Lite Codec” yangterdapat di dalam folder “Software”tersebut.

Rajah 9: Menunjukkan file yang terdapat di dalam folder Software.

PENGURUSAN IKON DI SKRINDESKTOP

Page 45: Ms 20 Ms 11appsjohor.moe.gov.my/jpnjohor/v6/pdf/04-e majalah(1).pdfms 2 11 dan 33 - Saadiah Said MS 3 Sembang Telur - Md. Hasidin Hj. Zaini MS 4 Senario Integriti - Kamsani Selamat

ms 45

WASIAT YANG MENGELIRUKAN

Dengan kematian seorang jutawan, isteri dan tigaorang anaknya diberi beberapa buah banglo da-ripada 18 buah banglo yang seiras seperti yangdinyatakan dalam wasiatnya."Isteri yang kucintai diberi sebuah banglo, 17 buahbanglo yang selebihnya akan dibahagi-bahagikan antara tiga orang anak saya iaitu 1/2diberi kepada anak yang sulong, 1/3 kepadaanak yang kedua dan 1/9 diberi kepada anakyang bongsu."Ketiga-tiga anaknya itu keliru tentang bagaimanawasiat itu dapat dilaksanakan tanpa memeca-hkan atau menjualkan banglo-banglo itu. Bole-hkah anda membantu menyelesaikannya.?

BERLUMBA 10 Km

Seorang pelari, seorang penunggang

basikal dan seorang penunggang mo-

tosikal akan berlumba sejauh 10 kilome-

ter. Pelari itu dengan kelajuan 10 km

sejam bermula pada pukul 1.10

petang. Penunggang basikal. Dengan

kelajuan 12 km sejam bermula pada

pukul 1.20 petang. Penunggang mo-

tosikal dengan kelajuan Cuma 20 km

sejam keranan jalan sesak bermula pa-

da pukul 1.40 petang.

Bagaimanakah kesudahan perlumbaan-

mereka ?

BURUNG DAN BELALANG5 ekor burung berupaya menagkap 5 ekor bela-lang dalam masa 5 minit. Berapa ekor burungkahyang diperlukan untuk menangkap 100 ekor bela-lang dalam masa 100 minit ?

sila emailkan jawapan anda kepada: [email protected]