ms 1722.docx

28
MS 1722:2011 MS 1722: 2011 SISTEM PENGURUSAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN PENGENALAN Keselamatan, kesihatan dan kebajikan pekerja adalah dilindungi oleh undang- undang. Majikan khususnya pihak pengurusan tertinggi bertanggungjaab sepenuhnya untuk melindungi dan menyebarkan maklumat berkaitan keselamatan dan kesihatan kepada pekerja mereka Pekerja bertanggungjaab terhadap diri mereka sendiri dan orang lain yang terlibat dalam pek mereka. Sekiranya terdapat sebarang masalah atau kesulitan, pekerja dikehendaki berbin!ang den majikan atau akil majikan agar ianya dapat diselesaikan dengan segera bagi memastikan kebajik keselamatan dan kesihatan setiap pihak terlindung. "agi men!apai matlamat untuk mengrangkan ke! kema"angan di tempat kerja, #S$ telah mengenal pasti: %malan dua hala yang membina antara majikan dan pekerja akan meujudkan persekitaran yang siha dan selamat. &ihak yang terlibat dalam akti'iti kerja (majikan, pekerja dan lain-lain) la*imnya merupakan pihak terbaik untuk memutuskan tindakan yang spesi+ik bagi memastikan tempat kerja selamat. &erlunya satu sistem pengurusan risiko yang sistematik bagi mengurangkan kadar kemala tempat kerja. Prin!i#$#rin!i# ini disokong dengan hakikat bahaa: Majikan khususnya pengurusan tertinggi syarikatmempunyai kuasa dan pengaruh serta bertanggungjaab dalam memastikan keselamatan dan kesihatan pekerja dan persekitarannya. &ekerja juga bertanggungjaab terhadap diri sendiri dan orang lain. ntuk men!apai timbal balas tanggungjaab tersebut, kerjasama yang baik antara majikan dan pek amat diperlukan. &enyertaan pekerjadalam isu keselamatan dan kesihatan akan membaa kepada budaya yang mengutamakan keselamatan di tempat kerja. SEJARAH MS 1722 2001 uideline on o!!upational sa+ety and health management system (/ # #S$) ilaksanakan se!ara sukarela 3idak diberikan persijilan "erubah kepada pensijilan pada masa kini S/4/M

Upload: kristin-white

Post on 04-Nov-2015

90 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

MS 1722:2011

MS 1722: 2011SISTEM PENGURUSAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN

PENGENALAN

Keselamatan, kesihatan dan kebajikan pekerja adalah dilindungi oleh undang-undang.Majikankhususnya pihak pengurusan tertinggi bertanggungjawab sepenuhnya untuk melindungidan menyebarkan maklumat berkaitan keselamatan dan kesihatankepada pekerja mereka.

Pekerjabertanggungjawab terhadap dirimereka sendiri dan orang lain yang terlibat dalam pekerjaan mereka.Sekiranya terdapat sebarang masalah atau kesulitan, pekerja dikehendakiberbincang dengan majikan atau wakil majikan agar ianya dapatdiselesaikan dengan segera bagi memastikan kebajikan, keselamatan dankesihatan setiap pihak terlindung.

Bagi mencapai matlamat untukmengurangkan kes kemalangandi tempat kerja, OSH telah mengenal pasti:Amalan dua hala yang membina antara majikan dan pekerja akanmewujudkan persekitaran yang sihat dan selamat.Pihak yang terlibat dalam aktiviti kerja (majikan, pekerja danlain-lain) lazimnya merupakan pihak terbaik untuk memutuskantindakan yang spesifik bagi memastikan tempat kerja selamat.Perlunya satu sistem pengurusan risiko yang sistematik bagimengurangkan kadar kemalangan di tempat kerja.Prinsip-prinsipini disokong dengan hakikat bahawa:Majikan khususnya pengurusan tertinggi syarikat mempunyaikuasa dan pengaruh serta bertanggungjawab dalam memastikankeselamatan dan kesihatan pekerja dan persekitarannya.Pekerja juga bertanggungjawab terhadap diri sendiri dan oranglain.Untuk mencapai timbal balas tanggungjawab tersebut, kerjasamayang baik antara majikan dan pekerja amat diperlukan.Penyertaan pekerja dalam isu keselamatan dan kesihatan akanmembawa kepada budaya yang mengutamakan keselamatan di tempat kerja.

SEJARAH MS 1722

2001 Guideline on occupational safety and health management system (ILO/OSH)Dilaksanakan secara sukarelaTidak diberikan persijilanBerubah kepada pensijilan pada masa kini SIRIM

TUJUAN MS 1772

Digunakan untuk mengukuhkan kerangkan OSHMS Menyediakan keperluan untuk pembangunan kepada kekuatan kepatuhan dengan perundangan dan memimpin standard ke arah peningkatan berterusanOSH Menyediakan keperluan dalamOSHuntuk respon kepada oragnisasi mana yang sesuai berdasarkan saiz dan aktiviti organisasi Menyediakan keperluan berkait dengan integrasi elemenOSHorganisasi sebagai komponen polisi dan penyesuain organisasi Menyediakan rangka motivasi kepada semua ahli dalam organisasi khususnya majikan, pemilik, staf pengurusan, pekerja dan wakil pekerja untuk mengaplikasi dimana sesuai prinsip pengurusanOSHdan metod ke arah peningkatan berterusan pencapaianOSH

KLAUSA MS 1722:2011

3OSHMS dalam organisasi3.1Dasar 3.1.1Dasar OSH 3.1.2 Penglibatan pekerja3.2Organisasi 3.2.1Tanggungjawab, akauntabiliti dan autoriti 3.2.2Kompetensi, Latihan dan Kesedaran 3.2.3Dokumentasi 3.2.4Komunikasi3.3Perancangan dan Pelaksanaan 3.3.1 Penilaian dalaman 3.3.2 Objektif OSH 3.3.3Mengenalpasti bahaya, penilaian risiko dan kawalan risiko 3.3.4Pencegahan kecemasan, persediaan dan respon 3.3.5 Perubahan pengurusan 3.3.6 Perolehan 3.3.7 Kontrak3.4 Penilaian 3.4.1 Pengukuran prestasi dan pemantauan 3.4.2 Penyiasatan insiden 3.4.3 Audit 3.4.4 Penilaian semula pengurusan3.5 Tindakan Penambahbaikan 3.5.1Tindakan pencegahan dan pembetulan 3.5.2Peningkatan berterusan

3. OSHMS DAN ORGANISASI

Keselamatan dan kesihatan pekerjaan (OHS), termasuk pematuhan terhadap keperluan OSH menurut peraturan dan undang-undang negara, serta amalannya adalah tugas dan tanggungjawab majikan.

Majikan seharusnya menunjukkan kepimpinan dan komitment yang tinggi terhadap aktiviti OSH dalam organisasi, dan membuat pengaturan yang sesuai bagi membangunkan sebuah Sistem Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSHMS).

Sistem tersebut seharus mengandungi elemen utama iaitu Dasar, organisasi, perancangan dan pelaksanaan, penilaian dan tindakan untuk penambahbaikan.

DasarTermasuk aktiviti yang berkaitan pembangunan penyataan dasar organisasi OHS serta struktur dan amalan yang menjamin penyertaan pekerja aktif dan bermakna dalam pengaturan OSH.

OrganisasiMengenalpasti struktur akauntabiliti dan tanggungjawab membangunkan OSH, sistem latihan, takrif kecekapan, amalan dokumen serta sistem komunikasi.

Perancangan Dan PelaksanaanMengenalpasti semua aktiviti yang berkaitan dengan penjelasan prinsip dalam memenuhi penyata dasar OSH. Aktiviti ini termasuk dalam penilaian awal untuk susunan OSH yang kemudiannya akan menyokong perancangan sistem yang sebenar, pembangunan dan fungsi pelaksanaan.

PenilaianMengenalpasti semua fungsi yang berkaitan dengan pengukuran, pelaksanaan sistem pengurusan.Ini melibatkan pembangunan pelaksanaan, pemantauan dan protokol pengukuran amalan penyiasatan bagi kemalangan, kaedah mengaudit dan pengaturan semula pengurusan.

bagi memastikan pencapaian sistem pengurusan. Hal ini termasuklah pemantauan prestasi pembangunan, protokol pengukuran, amalan penyiasatan kemalangan, kaedah audit dan susunan kajian pengurusan

Tindakan Untuk PenambahbaikanMengenalpasti isu-isu berkaitan dengan tindakan pembetulan/pencegahan dan penambahbaikan berterusan. Dengan maklumat yang telah diperoleh daripada perlaksanaan pemantauan dan pengukuran, penyiasatan, audit dan semakan pengurusan yang bersesuaian dengan tindakan pembentulan/pencegahan serta penambahbaikan berterusan yang telah diambil.

Menguruskan isu-isu yang berkaitan dengan tindakan pencegahan/pembetulan dan penambahbaikan yang berterusan. Daripada maklumat yang diperolehi daripada pengukuran dan pemantauan pretasi, penyiasatan, audit dan kajian pengurusan, pencegahan/pembetulan yang bersesuaian dan tindakan yang berterusan akan boleh diambil.

3.1 POLISI

Dasar Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan

Majikan di dalam berunding dengan pekerja dan wakil mereka, seharusnya membentangkan dasar OSH secara bertulis, yang mungkin: Spesifik kepada organisasi dan bersesuaian kepada saiznya dansifat aktivitinya. Ringkas, ditulis dengan jelas, bertarikh dan berkuatkuasa dengan tandatangan atau pengesahan daripada majikan atau orang palingkanan yang bertanggungjawab dalam organisasi. Disampaikan dan mudah dicapai oleh semua orang di tempat kerja mereka. Di kaji semula untuk meneruskan kesesuaian; dan Disediakan kepada pihak yang berminat, sebagaimana yang sesuai.Polisi OSH seharusnya memasukkan seminimum prinsip utama dan objektif yang memberikan pengurusan tertinggi organisasi yang akan memberikan kepimpinan dan komitmen dalam: Melindungi keselamatan dan kesihatan semua ahli dalam organisasi dan orang lain yang mungkin menerima kesan daripada kerja yang dilakukan. Mencegah kerja-kerja yang membawa kematian, ketidakupayaan, kecederaan, keuzuran, penyakit, kerosakan harta benda dan alamsekitar serta dengannya. Mematuhi peraturan dan undang-undang yang berkaitan dengan OSH dan keperluannya terhadap subscribe organisasi; Memastikan pekerja dan wakil rundingan mereka digalakkan untuk terlibat secara aktif dalam semua elemen yang terdapat dalamOSHMS, dan Penambahbaikan berterusan pelaksanaan OSHMS.

Polisi merupakan elemen terpenting dalam kitaran konsep pelaksanaan OSH.Polisi adalah satu dokumen penyataan niat (statement of intent) yang dikeluarkan oleh pengurusan tertinggi syarikat.

Dokumen tersebut adalah terjemahan iltizam majikan dalam mempraktiskan sistem pengurusan OHS. Dasar bertulis ini hendaklah menyatakan dengan jelas pendirian dan komitmen majikan terhadap mencegah kemalangan dan risiko kepada keselamatan dan kesihatan pekerja.

Polisi Keselamatan, dan KesihatanPekerjaanSyarikatDalam merangka dasar dan prosedur yang jelas tentang keselamatandan kesihatan di tempat kerja, majikan hendaklah berunding denganpihak-pihak di bawah : pemegang amanah harta (stakeholder) kesatuan sekerja wakil pekerja anggota jawatankuasa keselamatan dan kesihatan pegawai keselamatan dan kesihatan wakil majikan

Dasar ini hendaklah menggariskan tanggungjawab majikan dan pekerja. Ia hendaklah mencerminkan sifat dan keperluan tempat kerja itu sendiridalam menangani isu-isu berhubung dengan keselamatan dan kesihatanpekerja dan orang lain yang terlibat dengan tempat kerja tersebut.

Hendaklah: Disampaikan dan dipaparkan kepada semua pihak yang berkenaandengan bahasa yang mudah dan jelas. Sentiasa disemak dan dikemas kini sejajar dengan keadaan dan perubahan semasa. Disemak, dikemas kini dan ditandatangani oleh pihak pengurusantertinggi syarikat apabila terdapat pertukaran pada pucukpimpinan. Dipantau dan dinilai dari segi perlaksanaan dan keberkesanannya.Elemen pertama dalam sistem pengurusan yang ideal adalah dasar. Elemen ini adalah asas dalam sistem pengurusan OSH dan hala tuju yang dituruti oleh organisasi

Ini adalah langkah permulaan untuk menubuhkan sistem. Bermula dengan mengatahui mengenai keperluan OSH yang digunapakai untuk perniagaan anda.Dasar OSH yang baik digubal membentuk asas bagi objektif dalam bidang keselamatan dan kesihatan pekerjaan.

Dasar menyatakan langkah yang perlu diambil dan juga menonjolkan langkah ini dengan objektif lain organisasi seperti dasar alam sekitar dan kualiti. Dasar ini hendaklah pendek dan tepat, disampaikan oleh pihak pengurusan tertinggi dan dimaklumkan kepeda semua pekerja.

TETAPI APAKAH DASAR OSH?Dasar OSH adalah sebuah dokumen bertulis yang menyatakan komitmen organisasi kepada kesihatan pekerja-pekerja, kesejahteraan dan keselamatan. Ini adalah satu usaha yang diambil untuk menyediakan persekitaran kerja yang sesuai.

Dasar ini hendaklah mempengaruhi kesemua aktiviti termasuklah pemilihan ahli, peralatan dan bahan-bahan, cara kerja yang akan dilakukan dan menyediakan perkhidmatan yang terbaik.

Menetapkan kenyataan dasar yang jelas untuk keselamatan dan kesihatan.Kenyataan dasarhendaklah ringkas, tetapi ianya menyebut: Komitmen untuk mengelakkan kerja yang berkaitan dengan kemalanganContoh :organisasi kami komited untuk mengambil usaha yang munasabah untuk menghapuskan bahaya yang menyebabkan kemalangan dan kecederaan. Komitmen untuk mematuhi dengan perundangan kebangsaan OSH dan keperluan lain yang organisasi berpegangContoh :kami mengiktiraf bahawa semua pekerja berada di tempat kerja yang betul dalam persekitaran yang selamat dan sihat, selaras dengan undang-undang kebangsaan dan peraturan keselamatan dan kesihatan pekerjaan dan mana-mana keperluan yang digunakan organisasi. Pihak pengurusan komitmen untuk melindungi keselamatan dan kesihatan para pekerja.Contoh: organisasi adalah komitmen untuk memastikan keselamatan, kesihatan dan kebajikan semua pekerja dan orang lain yang mungkin terjejas daripada kerja-kerja organisasi Pihak pengurusan komitmen untuk menambahbaik prestasi OSHMS.Contoh: organisasi komited untuk menambahbaik secara berterusan prestasi OSHMS dengan memperbaiki pelaksanaan OSHMS. Siapa yang bertanggungjawab untuk dasar keselamatan dan kesihatan.Contoh: ia adalah tanggugjawab pengurusan untuk membangun, melaksana dan menyemak, dalam penyertaan pekerja, dasar OSH organisasi. Tanggungjawab umum untuk semua pekerjaContoh: semua pekerja dikehendaki untuk memahami dasar dan tanggungjawab mereka untuk menyokong organisasi dalam mencapai dasar OSH yang ditentukan.Kenyataan dasar mungkin mengandungi: Keselamatan dan kesihatan tidak boleh dikorbankan untuk kesesuaianContoh: tiada pekerjaan yang dianggap begitu mendesak sehingga masa tidak boleh diambil untuk melakukannya dalam cara kerja yang selamat. Kebajikkan individu adalah yang kami bimbangkan. Mengabaikan dan melanggar dengan segaja dasar ini oleh pekerja di mana-mana bahagian mungkin dianggap penyebab kepada tindakan tatatertib selaras dengan dasar-dasar organisasi. Prestasi yang tidak boleh terima tugas keselamatan dan kesihatan tidak akan dibiarkan.Contoh: semua pekerja, sub-kontraktor, penyelia dan pelawat akan bertanggungjawab terhadap prestasi keselamatan dan kesihatan mereka. Organisasi adalah asas falsafah keselamatan dan kesihatanContoh: keselamatan dan kesihatan pekerjaan untuk semua orang yang bekerja dengan kemudahan, penduduk dan mereka yang menggunakan kemudahan itu dianggap penting

DASAR OSH HENDAKLAH Dibuat dengan penyertaan pekerja dan wakil mereka Dinyatakan dengan jelas, terma yang jelas dan tegas Ditandatangani oleh paling bertanggungjawab dalam organisasi Disimpan dengan bertarikh/penambahbaikan secara berterusan Disampaikan kepada pekerja dan individu atau pihak berkenaan yang terlibat dengan prestasi OSH, dan Dipatuhi dalam semua aktiviti kerja.

3.1.2 PENGLIBATAN PEKERJA

Pekerja haruslah: Bertindak secara bertanggungjawab supaya tidak mendedahkan orang lain kepada apa-apa bahaya danrisiko kepada keselamatan dan kesihatan akibat dari aktiviti yang dijalankan. Memberikan komitmen penuh dan menyertai semua program keselamatan dan kesihatan yangdianjurkan. Mematuhi segala arahan dan prosedurtentang langkah-langkah keselamatan dan kesihatan yang ditetapkanoleh majikan. Memaklumkan kepada majikan akan apa-apastatus tempat kerja yang difikirkan boleh mendatangkan bahaya danisiko kepada kesihatan samaada kepada diri sendiri atau pun oranglain yang berkaitan dengan aktiviti yang dijalankan.

APAKAH PENGLIBATAN PEKERJA?

Dimana pekerja terlibat dalam cara membuat keputusan mengenai isu keselamatan dan kesihatan di dalam perniagaan organisasi itulah sebagai penyertaan pekerja.

Penyertaan pekerja-pekerja seharusnya digalakkan oleh pihak pengurusan kerana ianya membuktikan pemilikan tingkah laku yang selamat di peringkat pelaksanaan, di mana ia adalah yang paling sesuai

Penyertaan pekerja adalah dalam pelbagai bentuk. Mungkin terdapat melalui penyertaan atau melalui pusingan keselamatan yang kerap berjumpa dalam bentuk kumpulan kecil untuk berbincang cara isu-isu keselamatan dapat di tambahbaik.

Penyertaan OSH melibatkan: Untuk berkongsi maklumat berkaitan dengan OSH dan kebajikan dengan pekerja. Memberi peluang kepada pekerja-pekerja untuk meluahkan pandangan-pandangan mereka dan menyumbang kepada penyelesaian OSH dan isu kebajikan, dan Menilai pandangan pekerja dan mengambil mereka ke dalam perbincangan. Penyertaan membolehkan pekerja menyumbang kepada perbincangan mengenai perkara yang memberi kesan kepada keselamatan, kesihatan dan kebajikan. Ianya dapat membantu majikan dan pekerja berkerja bersama untuk mencari jalan penyelesaian yang membawa kepada perkara yang lebih selamat dan tempat kerjayang sihat.

BAGAIMANA PENGLIBATAN PEKERJA?

Jenis penyertaan pekerja adalah bergantung kepada saiz organisasi. Penyertaan pekerja boleh melalui tiga kaedah: Jawatankuasa OSH dimana pekerja dipilih oleh jawatankuasa OSH Wakil OSH wakil yang dipilih adalah daripada perkerja lain perniagaan itu

Perkiraan lain yang dipersetujuiseperti : Mengadakan mesyuarat tetap dimana pekerja mempunyai kebimbangan mereka Pertimbangan daripada majikan (OSH boleh dijadikan butiran agenda tetap) Mengadakan mesyuarat OSH yang khusus apabila kebimbangan dibincangkan Mengadakan mesyuarat tool box dengan mesyuarat tidak rasmi, dimana majikan dan pekerja dapat berbincang isu-isu OSH dan kebimbangan Latihan kepada semua aspek OSH termasuk pengaturan kemalangan yang dikaitkan dengan tempat kerja mereka.Majikan haruslah: Memastikan keselamatan dan kesihatan pekerja dan wakil rundingan mereka, memberitahu dan memberi latihan semua aspek dalam OSH, termasuklah langkah kerja kecemasan, dan yang berkaitan dengan kerja mereka Membuat pengaturan untuk keselamatan dan kesihatan pekerja dan wakil mereka untuk secara aktif dalam OSHMS, dan Memastikan,kesesuaian penubuhan dan keberkesanan fungsi jawatankuasa keselamatan dan kesihatan mengikut amalan dan undang-undang kebangsaan. Mengikut Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (1994), majikanwajib mengambil segala langkah yang praktik bagi menyediakan tempat kerja yang selamat untuk pekerja. Majikan mempunyai tanggungjawabuntuk menyediakan tempat dan suasana kerja yang selamat dan sihatkepada pekerja.Antara tanggungjawab majikan berkenaanOSHtermasuklah:

Program Penerangan, Pendidikan dan LatihanMajikan hendaklah menyediakan program penerangan, latihandan pendidikan berhubung dengan keselamatan dan kesihatan danlangkah-langkah pencegahan kepada pekerja mereka dengan hasratmeningkatkan kesedaran terhadap apa-apa bahaya dan risiko semasabekerja.

Maklumat dan pendidikan sedemikian hendaklah menjadisebahagian utama program pembangunan dan induksipekerja sertadisampaikan kepada semua pekerja.Aspek Keselamatan, Kesihatan dan PersekitaranMajikan hendaklah menyediakan dan menyelenggarakan sesuatupersekitaran kerja yang selamat dan tidak berisiko kepada kesihatanpekerjanya.

Setiap tempat kerja hendaklah memastikan bahawa kod amalannyamenangani : Risiko, jika terdapat unsur-unsur bahaya kepada keselamatan dan kesihatan melalui aktiviti pekerjaan dalam lingkungan tempatkerja itu sendiri. Pendidikan, latihan dan kesedaran yang wajar tentangpemakaian atau pematuhan ke atas semua arahan dan prosedurkerja selamat. Menyediakan kelengkapan dan bahan yang wajar untukmelindungi pekerja dari kemalangan dan risiko kepadakesihatan. Langkah-langkah yang mesti diambil berikutan sesuatukemalangan pekerjaan atau pendedahan terhadap risikokepada kesihatan termasuklah pengurusan yang sewajarnya bagimengelakkan berlaku kejadian yang berulang.

Amalan Pekerjaan yang Tidak Mengadili dan Tidak BerbentukdiskriminasiSeseorang majikan hendaklah memastikan bahawa amalan pekerjaanhendaklah berasaskan bukti yang kukuh bahawa seseorang pekerja ituberkemampuan untuk menjalankan tugas dan tidak mendatangkanrisiko kepada diri dan juga orang lain yang terlibat dengan aktivitiyang dijalankannya..KOMITMEN DAN TANGGUNGJAWAB PENGURUSAN TERTINGGIPihak pengurusan tertinggi hendaklah memainkan peranan yang proaktifdan menunjukkan komitmen yang tinggi terhadap keselamatan pekerjadan orang awam.

Komitmen dan akauntabilitiini bukan sahaja dijelaskan kepada pihak pekerja bahkan kepada pihak lain yang ada kaitan samada secara langsung atau tidak dengan mereka.

Pihak pengurusan merupakan sebagainakhoda yang akan menentukan kejayaan polisi keselamatan yang telahdirencanakan.

PERANAN CEOUntuk memastikan perancangan, peraturan sistem pengurusan OSHmencapai objektif yang telah ditetapkan ketua eksekutif syarikat adalah bertanggungjawab untuk merancang, melaksanakan dan memantausemua aktiviti yang digariskan.

Penambahbaikanperlu dilakukan setiap masa terhadap kelemahan yang wujud.

3.2 ORGANISASI3.2.1 Tanggungjawab, Akauntabiliti dan autoritiMajikan seharusnya bertanggungjawab secara keseluruhan bagi menjaga keselamatan dabn kesihatan pekerja dan menunjukkan kepimpinan untuk aktiviti OSH dalam organisasi.Majikan haruslah memperuntukkan tanggungjawab, akauntabiliti dan autoriti untuk pembangunan, melaksanakan dan perlaksanaanOSHMS dan pencapaian yang selari dengan objektif OSHTanggungjawab dan akauntabiliti semua personal di OSH hendaklah jelas, didokumenkan dan disampaikan kepada semua kakitangan masing-masingPeraturan, tanggungjawab, kebertanggungjawaban dan kuasa semua pekerja yang menjalankan tugas adalah sebahagian daripada OSHMS hendaklah dinyatakan dengan jelas, didokumenkan dan disampaikan kepada pekerja berkenaan. Ini dapat diterankan dalam keterangan kerja, manual dam prosedurEksekutif pemilikan dan kebertanggungjawaban prestasi OSH adalah ciri yang penting, dimana majikan bertanggungjawab penuh dalam setiap aspek program OSH, seperti jangkaan, pengecaman dan kawalan bahaya OSH.Apabila menentukan sumber yang diperlukan organisasi hendaklah mempertimbangkan :Kewangan dan sumber manusiaTeknologiInfrastruktur dan alatSistem maklumat, danKeperluan kepakaran dan latihan

Majikan haruslah melantik seseorang di peringkat pengurusan tertinggi sebagai wakil pengurusan OSH untuk membangunkan, melaksanakan, menyemak dan menilai OSHMS, laporan terhadap prestasi OSHMS dan menggalakkan penyertaan didalam mencapai objektif OSH yang sebenar. Wakil pengurusan akan dibantu oleh orang lain yang telah diwakilkan untuk memantau keseluruhan operasi OSHMS.

Majikan haruslah menyediakan sumber yang sesuai untuk memastikan tanggungjawab individu untuk OSH dapat berfungsi dengan cekap. Individu di pihak pengurusan tertinggi hendaklah di lantik sebagai wakil pengurusan OSH, dengan tanggungjawab, akauntabiti dan autoriti untuk:

Pembangunan, pelaksanaan, semakan berkala dan penilaian untuk OSHMS; Laporan berkala kepada pengurusan tertinggi dalam prestasi untuk OSHMS, danMenggalakanpenyertaan kesemua kakitangan dalam organisasi

3.2.2Kompetensi, Latihan Dan KesedaranKeperluan kompetensi OSH,sekurang-kurangnya ditentukan oleh pihak berkuasa, harus ditentukan oleh majikan. Pengaturan haruslah ditubuhkan dan diselenggarakan bagi memastikan semua orang tahu berkenaan aspek keselamatan dan kesihatan terhadap tugas dan tanggungjawab mereka.

Majikan haruslah mempunyai, atau haruslah mempunyai jaringan kecekapan kepada OSH untuk melaksanakan OSHMS. Majikan haruslah mengenal pasti latihan yang diperlukan dan menjalankan program latihan kepada semua ahli dalam organisasi untuk pelaksanaan OSHMS yang berkesan. Latihan rekod haruslah dibentuk dan dikekalkan.

Semua pekerja haruslah memiliki keperluan kemahiran mental (seperti pengatahuan asas), fizikal, persiapan dan pengatahuan kepada kerja selamat. Pengurusan dan pekerja haruslah menunjukkan kecekapan yang selamat semasa menjalankan dan menyelia kerja.

Kecekapan ini diperolehi melalui kombinasi pelajaran, kelulusan, pengalaman dan latihan kerja. Apabila mampu organisasi boleh mendapatkan perunding berwibawa daripada luar.

Organisasi haruslah memberikan pertimbangan yang khusus kepada keperluan kecekapan kepada orang yang akan :Wakil pengurusanMelaksanakan pengenalpastian bahaya, penilaian risiko dan kawalan risiko (HIRARC)Melaksanakan penilaian pendedahanMelaksanakan auditMelaksanakan pemerhatian tingkah lakuMelaksanakan penyiasatan kemalanganMenjalankan tugas berisiko tinggiLain-lain yang mungkin memerlukan kecekapan dalam menjalankan kerja mereka

Melalui latihan yang betul dan mencukupi, pengurus, penyelia dan pekerja akan dapat menguruskan bahaya di tapak kerja. Tanpa mengira saiz organisasi latihan hendaklah menjadi alat untuk mencegah kemalangan di tempat kerja dan mungkin mendatangkan kecederaan dan kesakitan.

Rekod latihan dari semasa ke semasa hendaklah disimpan untuk tujuan undang-undang dan sebagai rujukan masa depan keperluan letihan kecekapan dan membuat keputusan.

Bagaimana anda boleh melakukan latihan

Langkah 1:mengenal pasti apakah keperluan latihan organisasi dan menyediakan latihan matrik OSHLatihan matrik OSH adalah alat yang dapat membantu majikan dan penyelia mengenalpasti apakah keperluan latihan untuk pekerja mereka. Matrik bertujuan untuk menyusun senarai keperluan modul latihan OSH untuk melengkapkan pekerja dengan kemahiran, pengetahuan dan maklumat untuk menguruskan pendedahan bahaya secara berkesan semasa bekerja

Langkah 2 :menyediakan pelan latihanMenyediakan pelan latihan mengikut keutamaan modul latihan dan membangunkan jadual latihan untuk organisasi.Ia adalah disyorkan daripada undang-undang dan modul latihan pengurusan bahaya adalah didahulukan. Senarai modul lain dalam latihan matrix OSH boleh disampaikan dalam arahan bersesuaian dengan keperluan pekeraja.

Langkah 3:memberikan latihanApabila pelan telah dibangunkan, melatih pekerja adalah mengikut kepada pelan latihan dan jadual. Mmembangunkan modul latihan untuk perkarayang meliputi dalam elemen spesifik pekerja. Memastikan bahawa maklumat adalah senang untuk difahami dan cuba gunakan kaedah latihan yang pelbagai untuk menyampaikan mesej.. Selain itu juga pastikan jurulatih mempunyai masa yang cukup untuk menyediakan tempat dan sumber mereka. Latihan kecekapan haruslah dijalankan oleh mereka yang berwibawa.

Rekod latihan tertentu (e.g nama dan masa) dalam borang latihan apabila latihan telah selesai. Sediakan rekod latihan dalam salinan fail daripada elektronik.

Langkah 4:penilaian latihanSemak sama ada latihan berjalan atau tidak. Untuk memastikan program latihan mencapai matlamat, penilaian latihan akan bernilai. Latihan hendaklah mempunyai satu kompenen yang kritikal, satu kaedah mengukur keberkesanan latihan.

Pelan untuk penilaian sesi latihan, sama ada bertulis atau idea keluar daripada majikan, hendaklah dibangunkan apabila objektif khusus dan kandungan telah dibangunkan. Ia tidak ditangguhkan sehingga latihan telah siap.

Penilaian akan dapat membantu majikan atau penyelia menentukan jumlah pembelajaran telah dicapai dan sama ada prestasi pekerja telah meningkat dalam kerja.

Kaedah penilaian latihan

Pendapat pesertaBorang kaji selidik atau perbincangan tidak formal dengan peserta akan membantu majikan menentukan kerelevanan dan kesesuaian program latihanPemantauan penyeliaPenyelia adalah bahagian yang terbaik untuk memantau prestasi pekerja sebelum dan selepas latihan. Penyelia haruslah mencatat kekurangan dan membantu melaksanakan penambahbaikanPenambahbaikan tempat kerjaKejayaan program latihan akan dapat mengurangkan kemalangan dan kecederaan di tempat kerja.Penilaian latihan akan memberikan majikan keperluan maklumat untuk menentukan sama ada pekerja telah mencapai hasil yang diinginkan dan sama ada latihan harus dilakukan lagi.

Akhirnya, semak keperluan latihan OSH, pelan dan modul latihan berkala

3.2.3Dokumentasi OSHMS

Dokumentasi OSHMS haruslah dibentuk dan dikekalkan. Dokumentasi haruslah merangkumi :Dasar OSH dan objektif organisasiPeruntukkan utama peranan pengurusan OSH dan tanggungjawab bagi pelaksanaan untuk OSHMS;Bahaya dan risiko OSH yang signifikan timbul daripada aktiviti organisasi dan pengaturan untuk kawalan dan pencegahan mereka; danProsedur, arahan atau lain-laindokumen dalaman yang telah digunkaan dalam rangka kerja OSHMSDokumentasi OSHMS haruslah :Ditulis dengan jelas dan dibentangkan sehingga difahami kepada mereka yang akan menggunakannya.Disemak secara berkala, disemak sebagai keperluan, disampaikan dan mudah diakses oleh semua ahli yang bersesuaian atau yang terkesan dalam organisasi; danDilupuskan atau dibuang daripada edaran apabila tidak digunakan mengikut prosedur.Rekod OSH haruslah ditubuhkan dan dikekalkan mengikut keperluan organisasi. Ianya harus dikenalpasti, dikesan, diperolehi dan masa pengekalannya harulah dinyatakan secara terperinciUmumnya, dokumentasi OSHMS terdiri daripada:Manual OSHMSStandard prosedur operasi (SOPs)Kawalan operasi/ arahan kerjaspesifik kepada proses dan lojiBorang untuk menyokong dokumentasi di atas.

Apakah manual OSH?Manual OSH adalah menerangkan secara meluas bagimana organisasi dapat melaksanakan untuk setiap elemen OSHMS dan hubungan antara mereka.

Apakah SOPs?SOPs menentukan prosedur sistem. Ianya termasuklah:Kawalan dokumenPengenalpastian bahaya, penilaian risiko dan kawalan risikoPencegahan kecemasanPerolehanBerkontrakPenyiasatan kemalanganAudit

Apakah arahan kerja?Arahan kerja adalah arahan bertulis untuk tugas tertentu dan menerangkan langkah yang perlu ambil dalam menyiapkan tugas. Contoh prosedur penyelenggaraan loji, kenyataan kaedah kerja selamat dan prosedur keselamatan pemeriksaan tapak.

Kawalan dokumenSemua dokumen kritikal kepada operasi OSHMS dan prestasi organisasi aktiviti OSH haruslah dikenalpasti dan dikawal.

Prosedur bertulis haruslah menentukan kawalan untuk pengenalpastian, kelulusan, pengeluaran dan penghapusan dokumentasi OSH, bersama dengan kawalan data OSH.

Dokumen OSHMS hendaklah dibuat bersesuaian dengan tempat dan terpakai kepada semua kakitangan

Kawalan rekodKawalan rekod termasuk tetapi tidak terhad kepada bentuk salinan siap, checklist dan rekod HIRARC.

Rekod OSH mungkin terkandung dokumentasi luaran yang dihasilkan seperti tetapi tidak terhad kepada helaian data keselamatan bahan, laporan luaran audit OSH, rekod kesihatan atau laporan pemantauan tempat kerja.

Kenapa rekod mesti disimpan?Mengekalkan rekod penting menunjukkan pengurusan perniagaan yang baik. Rekod bermakna dapat menunjukkan pematuhan organisasi kepada OSHMS

Rekod juga diperlukan untuk menunjukkan pematuhan dengan obligasi undang-undang. Ianya juga dapat digunakan untuk membantu dalam pelaksanaan dan operasi OSHMS dan menyediakan maklumat yang berguna yang dapat membantu semakan prestasi keselamatan.

Rekod adalah keterangan atau bukti bahawa tindakan tertentu telah diambil dan boleh digunakan untuk mengesahkan bahawa syarat-syarat tertentu telah dipenuhi dan tindakan telah diambil.

Apakah yang perlu rekod simpan?

Terdapat pelbagai jenis rekod yang sepatutnya disimpan oleh organisasi. Rekod ini termasuklah yang:Diperlukan oleh para pihak berkuasaMembantu dalam operasi untuk OSHMSBerkaitan setiap hari denga operasi perniagaan

Contoh rekod OSH:Kemalangan/kejadian/hampir kehilanganSemakan dan auditPermit untuk bekerja, lesen, sijil kejuruteraanLaporan kejadian dan kegagalan sistemTanggungjawabMinit keahlian OSH/ minit mesyuarat toolboxLatihanTuntutan pampasan pekerjaPemuliharaanPengawasan kesihatanPemantauan persekitaran kerjaPemeriksaan,penentuukuran, dan penyelenggaraan peralatanPembekal dan maklumat kontraktor

Semakan berkala rekodUntuk melihat sebarang pola atau trend. Rekod akan membantu mengenalpasti kawasan berisiko tinggi yang memerlukan perhatian segera.

Dengan penyelenggaraan rekod secara teratur, organisasi akan cepat bertindakbalas kepada permintaan pengatur dan juruaudit persijilan seperti mana kawalan operasi mereka dan lebih berkesan melalui pengenalpastian trend atau aktiviti-aktiviti yang tidak sesuai yang mengakibat ketidakpatuhan.

Rajah menunjukkan dokumen dan rekod skema pengurusan. Ianya menunjukkan hubungan antara peringkat tertinggi, kenyataan dasar, prosedur, arahan kerja, dan akhirnya rekod

3.2.4 Komunikasi

Prosedur hendaklah diwujudkan dan dikekalkan bagi:Penerimaan, dokumentasi dan tindak balas dalaman yang sewajarnya dan komunikasi luaran yang berkaitan dengan OSH;Memastikan komunikasi dalaman untuk maklumat OSH di antara peringkat-peringkat yang berkenaan dan fungsi-fungsi organisasi hendaklah turut melindungi kontraktor, pembekal dan pelawat; danMemastikan bahawa kebimbangan, idea dan input untuk pekerja dan wakil mereka mengenai pekara OSH diterima, dipertimbangkan dan ada tindak balasTaklimat OSH kepada pekerja dan pihak berkepentinganPapan tanda yang mengandungi data prestasi OSH, buletin, poster dan sebagainyaMenyediakan sesi bimbingan dan demontrasiBuku panduan organisasiMenghantar memoInternet

3.3.1Semakan Dalaman

Organisasi yang sedia ada OSHMS dan pengaturan yang relevan seharusnya dinilai oleh semakan dalaman. Di dalam kes di mana tiada OSHMS wujud atau jika organisasi tersebut baru ditubuhkan, semakan dalaman seharusnya mencari pekara asas untuk mewujudkan satu OSHMS.

Semakan dalaman seharusnya dilakukan oleh majikan dengan penolongnya yang berkelayakan, di dalam berunding dengan pekerja dan/atau wakil mereka. Keputusan semakan dalaman haruslah:DidokumenkanMenjadi perkara asas untuk perancangan dan membuat keputusan berhubung dengan pelaksanaan OSHMS; danMenyediakan satu garis asas daripada penambahbaikan berterusan organisasi OSHMS boleh diukur.

Tujuan semakan adalah untuk memastikan, sejauh mana ianya dipraktikkan, bahawa semua isu OSHMS dapat dikenalpasti serta dinilai dan diutamakan untuk tindakan akan datang, semakan dalaman haruslah; Mengenalpasti berkenaan dasar OSH negara, undang-undang dan peraturan, garis panduan,program OSH mungkin digunakan dan lain-lain keperluan yang organisasi gunakan/berpegang. Mengenalpasti dan menjangkakan bahaya dan penilaian risiko kepada keselamatan dan kesihatan yang timbul daripada keadaan sedia ada atau tujuan persekitaran kerja dan organisasi kerja, dan ditubuhkan prosedur untuk proses; dan Menentukan sama ada plan atau kawalan sedia ada mencukupi untuk menghapuskan bahaya atau kawalan risiko.

Rekod dan dokumen berguna untuk semakan semasa semakan dalaman termasuk dan tidak terhad kepada: Penemuan dan laporan audit Pendedahan, bahaya dan/ atau penilaian risiko Bersesuian dengan peraturan dan undang-undang tempatan Mewujudkan program/ sistem OSH, dasar dan prosedur Menyatakan sumber perundang dan/atau dapatan Dapatan audit SOP dan cadangan; dan Prosedur dan latihan OSH

Laporan mesti mengandungi: Kaedah pengendalian semakan pertama contoh temuduga, bengkel, mesyuarat dan sebagainya. Sumber maklumat Dapatan status semasa Cadangan (mungkin perlu dimasukan pelan tindakan)

3.3.2Objektif Keselamatan Dan Kesihatan PekerjaanSelaras dengan dasar OSH dan berdasarkan semakan awal, pengurusan, pengukuran objektif OSH haruslah ditubuhkan, yang mana; Spesifik kepada organisasi, bersesuaian dan mengikut saiz dan sifat aktiviti. Selaras dengan kerelevanan dan digunapakai oleh peraturan dan undang-undang negara, dan teknikal dan kewajipan perniagaan organisasi perlu mengambil kira OSH Fokus ke arah penambahbaikan berterusan melindungi OSH pekerja untuk mencapaian perlaksanaan OSH yang terbaik. Realistik dan boleh dicapai. Didokumenkan, dan disampaikan kepada semua fungsi yang relevan dan peringkat-peringkat organisasi; dan Dinilai secara berkala dan jika perlu dikemaskini

3.3.3Mengenalpasti bahaya, penilaian risiko dan kawalan risiko

Mengenalpasti bahayaPengawalaturan termasuk dalam prosedur dokumentasi yang seharusnya dibuat untuk mengenalpasti bahaya, penilaian dan kawalan risiko. Aktiviti ini memerlukan penyertaan pekerja atau wakil mereka.

Pengenalpastian bahaya haruslah mempertimbangkan perlbagai jenis bahaya seperti fizikal, kimia, biologi dan bahaya psikologi yang mana banyak ditemui di tempat kerja. Organisasi harus mewujudkan kaedah proses pengenalpastian bahaya yang spesifik dan menanganinya pada masa yang sama. Keutamaan mesti diberikan kepada kawasan-kawasan plant, bahan-bahan, proses atau persekitaran yang berbahaya

Keselamatan dan kesihatan yang berkaitan dengan wakil harus terlibat dalam perundingan semasa proses pengenalpastian bahaya

Pekerja yang berkerja dalam kawasan harian yang berpengalaman yang terdedah kepada bahaya mesti terlibat dalam proses pengenalpastian bahaya. Nasihat juga harus diterima dari mereka yang berkaitan dengan aktiviti dan proses plants kerana mereka boleh memberikan input yang bernilai dalam pengenalpastian bahaya.

Bahaya yang berkaitan dengan aktiviti semua pekerja haruslah dikenalpasti. Aktiviti haruslah termasuk rutin, bukan rutin dan tidak normal. Mengenalpasti bahaya haruslah menentukan semua sumber, keadaan, dan situasi di tempat kerja dengan potensi untuk kecederaan manusia dan kesihatan, merosakkan harta benda dan persekitaran atau kombinasinya.

Penilaian risikoOrganisasi haruslah mengganggar dan menilai peringkat-peringkat risiko yang berkaitan dengan bahaya yang dikenalpasti. Keputusan penilaian ini haruslah dipertimbangkan untuk membuat keputusan dan untuk menentukan langkah kawalan

Kawalan risikoSelepas mengenal pasti kawalan risiko, keutamaan haruslah diberikan untuk mengawal pilihan selaras dengan perintah berikut Menghapuskan bahaya/risiko Mengawal bahaya/risiko pada sumbernya, dengan menggunakan kawalan kejuruteraan atau langkah-langkah organisasi Mengurangkan bahaya/risiko dengan reka bentuk tempat kerja yang selamat, langkah-langkah kawalan pentadbiran selamat; dan Dimana sisa bahaya/risiko tidak dapat dikawal dengan pengukuranyang kolektif, majikan harus menyediakan program yang bersesuaian untuk kelengkapan pelindungan peribadi.

Kawalan haruslah ditubuhkan dan dilaksanakan untuk mengurus risiko ke tahap yang boleh diterima. Urutan dan keutamaan kawalan dicadangkan di sini kerap telah merujuk kepada hirarki kawalan OSH. Semua ini adalah hirarki menghapuskan/penyingkiran (elimination), penggantian pengasingan kawalan kejuruteraan kawalan pentadbiran peralatan kawalan personal (Personal Protective Equipment (PPE)

Prosedur Pengenal bahaya penilaian risiko dan kawalan risiko seharusnya: Disesuaikan dengan bahaya dan risiko yang dihadapi oleh organisasi Semak dan ubahsuai jika diperlukan pada asas yang tetap Dalam mematuhi peraturan dan undang-undang negara, dan mencerminkan amalan yang baik; dan Mempertimbangan pengetahuan semasa, termasuk maklumat atau laporan daripada pihak berkuasa yang berkenaan, insitusi berwibawa seperti jabatan tenaga buruh, perkhidmatan keselamatan dan kesihatan pekerjaan dan perkhidmatan lain yang bersesuaian.

Kaedah sampel penilaian risiko

3.3.4Pencegahan Kecemasan, Persediaan Dan Tidak Balas

Pengaturan termasuklah prosedur dokumentasi yang harus ditubuhkan dan diselenggara untuk pencegahan kecemasan, persediaan dan tindak balas.

Pengaturan ini hendaklah: Mengenalpasti potensi untuk terjadinya kemalangan dan situasi kecemasan dan mengenalpasti pencegahan risiko OSH yang bersesuaian dengan mereka. Ditubuhkan secara kerjasama dengan perkhidmatan kecemasan luar dan badan-badan yang berkaitan Di uji secara berkala jika dapat dilaksanakan; dan Disemak secara berkala dan jika diperlukan, disemak selepas ujian berkala dan berlakunya situasi kecemasan.

Kecemasan mungkin semulajadi atau buatan manusia dan termasuk tetapi tidak terhad kepada perkara berikut: Kebakaran Pembebasan gas toksik Tumpahan kimia Kemalangan radiologikal (radiological accidents) Letupan Gangguan awam Keganasan di tempat kerja yang menyebabkan kemudaratan tubuh badan dan trauma Banjir Taufan/ribut Gempa bumi

Pengurusan kecemasan adalah sistem yang menyeluruh/komprehensif yang ditubuhkan untuk menangani dan mengendalikan buatan manusia dan bahaya semula jadi. Ianya terdapat empat fasa iaitu: Pencegahan Persediaan Tindak balas Pemulihan

Apabila membangunkan plan tindakan kecemasan, ianya langkah yang terbaik untuk melihat pelbagai jenis potensi kecemasan yang mungkin timbul di tempat kerja. Apabila digunapakai, perancangan haruslah memasukkan perkhidmatan kecemasan luar dan lain-lain badan seperti: Jabatan Bomba dan Penyelamat (BOMBO) Polis Hospital Jabatan keselamatan dan kesihatan pekerjaan (DOSH) Jabatan Alam Sekitar (DOE) Jabatan Kerja Raya (JKR) Kerajaan tempatan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia NGO seperti Bulan Sabit, St. John

Pada tahap minimum, pelan tindakan kecemasan mesti termasuk (tetapi tidak terhad) seperti berikut: Kaedah pilihan untuk melaporkan kebakaran dan lain-lain kecemasan. Prosedur dan dasar pemindahan Prosedur melarikan diri semasa kecemasan dan laluan ditetapkan, seperti pelan lantai, peta tempat kerja dan kawasan selamat atau tempat berkumpul Nama, tajuk, jabatan dan nombor telifon individu di dalam dan di luar organisasi sebagai maklumat tambahan atau penerangan tugas serta tanggungjawab ketika kecemasan Prosedur untuk pekerja yang kekal untuk melaksanakan atau menutup operasi plant, mengendalikan alat pemadan api atau melaksanakan lain-lain perkhidmatan yang penting yang tidak boleh ditutup untuk setiap amaran kecemasan sebelum dipindahkan. Petugas penyelamat dan pasukan kesihatan untuk pekerja perlu ditetapkan Menetapkan lokasi berkumpul dan prosedur mengira semua pekerja selepas dipindahkan kawasan untuk pusat komunikasi alternatif perlu digunakan dalam mena-mana kerjadian kebakaran dan letupan lokasi selamat di tapak atau luar tapak untuk penyimpanan asal atau salinan rekod akaun, rekod perundangan, senarai penggilan kecemasan kepada pekerja dan lain-lain rekod penting; dan jalan untuk memastikan pekerja peka bagaimana untuk dipindahkan atau mengambil tindakan serta bagaimana menyediakan laporan kecemasan

3.3.5Perubahan PengurusanKesan ke atas OSH daripada perubahan dalaman dan luaran haruslah dinilai dandenganlangkah-langkah pencegahan bersesuian diambil mengikut keutamaan permulaan perubahan.

Pengenalpastian tempat kerja berbahaya dan penilaian risiko haruslah diambil sebelum berlakunya apa-apa perubahan atau pengenalan kaedah kerja baru, bahan-bahan, proses atau jentera

Pelaksanaan perubahan keputusan hendaklah memastikan kesemua ahli yang terlibat dalam organisasi diberitahu dan dilatih dengan betul.

Perubahan pengurusan perlu mengenalpasti berkenaan dan isu berkaitan dengan pemasangan proses baru atau pengubahsuaian proses sedia ada atau operasi (perubahan dalaman), atau perubahan dalam perundangan atau amalan kod suka rela (perubahan luaran).

Penggabungan organisasi mungkin boleh memperkenalkan aktiviti proses kerja yang baru serta kemudahan baru untuk pekerja yang mungkin diperkenalkan atau ditambah terhadap bahaya dan risiko yang baru.

Proses perubahan pengurusan akan meliputi pertimbangan ke atas isu-isu yang berkaitan dengan perubahan bahaya, risiko dan kawalan. Bila prosedur dan proses keselamatan dan kesihatan yang baru diperlukan untuk dilaksanakan, pengurusan perlu memastikan individu dan pekerja yang terdedah dimaklumkan tentang perubahan tersebut sebelum ianya dilaksanakan.

Pengurusan dalam perundingan dengan perkeja perlu membangunkan SOP dalam perlaksanaan pengurusan. Perubahan pengurusan lazimnya terikat merangkumi semakan ke atas perkara berikut: Terikat dengan semua fungsi, proses dan prosedur Bahan mentah yang digunakan dalam proses sedia ada Kawalan OSH Peralatan perhubungan dan stationary Kemudahan kelekapan Sumber yang ada dan kos berkaitan OSH Kemahiran pekerja, latihan dan kebolehkawalan tingkah laku mereka Pengaturan pra persediaan kecemasan dan bencana Semakan dan kemaskini peraturan dan standard

3.3.6PerolehanPengaturan termasuk prosedur didokumenkan yang hendaklah ditubuhkan dan diselenggara untuk memastikan: Keperluan keselamatan dan kesihatan organisasi dapat dikenalpasti, dinilai dan diperbadankan ke dalam membeli dan spesifikasi pajakan Peraturan dan undang-undang negara dapat dikenal pasti dan dipatuhi

Organisasi perlu membangunkan prosedur dokumentasi untuk proses pengawalan perolehan. Berikut adalah pertimbangan dalam membangunkan dan mengekalkan prosedur perolehan: Pengukuran kawalan umum pelaksanaan tugas bahaya Pelaksanaan tugas bahaya Guna, mengendali, menyimpan dan keselamatan benda-benda bahaya Kemudahan dan peralatan PPE Kontraktor dan individu luar berkaitan dengan pelaksanaan perolehan

3.3.7Kontrak

Pengaturan harus ditubuhkan dan diselenggara untuk memastikan bahawa keperluan keselamatan dan kesihatan organisasi atau sekurang-kurangnya yang setara digunakan untuk kontraktor dan pekerja-pekerja mereka.

Kepelbagaian kontraktor dan mereka memerlukan spesifik pengaturan keselamatan dan kesihatan. Contohnya : Pekerja kontrak jangka masa panjang dimana mereka ini memberi bantuan ke atas harian untuk tempoh tertentu (contoh perkhidmatan keselamatan, jaga rumah). Vendor yang memberikan perkhidmatan ke atas asas tetap tetapi mereka hanya melibatkan tempoh masa yang singkat (contohnya penyelenggaraan kemudahan jangka masa pendek). Kerja pembinaan berkaitan dengan pengubahsuaian kemudahan atau pemasangan peralatan (contohnya pembinaan utama, pembaikan paip).

Pengaturan untuk kerja kontraktor di tapak akan: Meliputi kriteria OSH dalam prosedur untuk menilai dan memilih kontraktor Membangunkan komunikasi berkesan dan penyelarasan di antara aras organisasi yang bersesuaian dan kontraktor utama terhadap kerja permulaan. Ini akan meliputi peruntukkan untuk komunikasi bahaya dan pengukuran untuk menggelak/ mencegah dan mengawal mereka. Pengaturan termasuk laporan bagi kerja-kerja yang berkaitan dengan kematian, kecederaan, kecacatan, sakit, penyakit dan kehilang upayaan di antara pekerja kontrator semasa melaksanakan kerja untuk organisasi Memberikan tempat kerja yang berkaitan dengan kesedaran bahaya keselamatan dan kesihatan serta latihan untuk kontraktor atau pekerja mereka untuk kerja permulaan dan tahap kerja. Pemantauan secara kerap ke atas pelaksanaan OSH ke atas aktiviti-aktiviti kontraktor di tapak; dan Memastikan bahawa Osh di tapak serta pengaturannya diikuti oleh kontraktor.

3.4 PENILAIAN

3.4.1Pelaksanaan pemantauan dan pengukuranPengaturan untuk memantau, mengukur dan merekod pelaksanaan organisasi OSH secara tetap haruslah dibangunkan, ditubuhkan dan disemak secara berkala.Tanggungjawab, akauntabiliti dan authoritiuntuk pemantauan pada peringkat-peringkat berbeza di dalam struktur pengurusan haruslah diperuntukan.

Pemilihan indikator pelaksanaan seharusnya mengikut kepada saiz dan sifat aktiviti organisasi dan objektif OSH.Kedua-dua pengukuran kualitatif dan kuantitatif yang bersesuaian dengan kehendak organisasi haruslah dipertimbangkan.

Pelaksanaan dan pemantauan Pengukuran harus termasuk kedua-dua pemantauan aktif dan reaktif dan direkodkan. Keputusan pengukuran dan pemantauan haruslah: Memberikan maklum balas mengenai pelaksanaan OSH Memberikan maklumat untuk menentukan sama ada pengaturan hari demi hari untuk pengenalpastian bahaya dan risiko, pencegahan dan kawalan di tempat dan beroperasi dengan berkesan Boleh digunakan sebagai satu jalan untuk menentukan sejauh mana dasar dan objektif OSH sedang dilaksanakan dan risiko dapat dikawal

Pelaksanaan dan pemantauan adalah penting dalam menguruskan isu-isu yang berkaitan dengan OSH dalam sesebuah organisasi. Mereka memberikan maklum balas ke atas apa yang berlaku yang mungkin kita boleh membentuk tindakan yang bersesuaian untuk bertindak balas ke atas keadaan tersebut. Mereka memberikan maklumat ke atas : Apa yang berlaku di sekitar anda bagai mana melakukan perkara tersebut Apa yang telah berlaku sehingga kini Amaran ke atas masalah atau bahaya yang akan berlaku yang mungkin perlu diambil tindakanbagi menggelakkannya

Pengaturan untuk melaksanakan pemantauan dan pengaturan mestilah: Berasaskan pengenalpastian bahaya ataupun risiko yang akan wujud dalam organisasi, komitmen dalam dasar dan objektif OSH; dan Membantu dalam proses penilaian organisasi termasuk semakan pengurusan.

Pelaksanaan pemantauan dan pengukuran akan: Digunakan sebagai cara untuk menentukan sejauh mana dasar dan objektif OSH boleh dilaksanakan dan mengawal risiko Meliputi/ termasuk pemantauan secara aktif dan reaktif serta tidak hanya ke atas kehilang upayaan, kerja-kerja yang berkaitan kematian, sakit, pemyakit, ketidakupayaan Direkodkan

Pemantauan aktif akan mengandungi elemen keperluan untuk sistem proaktif dan akan termasuk/melibatkan:

Pemantauan ke atas pelan pencapaian spesifik, membangunkan kriteria dan objektif: Pemeriksaan sistematik, sistem kerja, premis, plant dan peralatan: dan Pengawasan persekitaran kerja: pengawasan kesihatan pekerja di mana kesesuaian menerusi pemantauan perubatan yang sesuai atau mengikuti perkembangan pekerja untuk pengenalpastian awal tanda-tanda serta simton-simton kesihatan yang membawa kepada penentuan keberkesanan pencegahan dan pengawalan pengukuran; dan pematuhan dengan peraturan dan undang-undang, persetujuan kolektif dan komitmen ke atas OSH yang diterangkan dalam organisasi.

Pemantauan reaktif haruslah temasuk pengenalpastian, pelaporan dan penyiasatan untuk: kerja berkaitan kematian, kecederaan, kurang upaya, keuzuran(termasuk pemantauan untuk ketiadaan rekod kesihatan),penyakit dan kehilang upayaan lain-lain kehilangan, seperti kerosakkan harta benda kekurangan prestasi keselamatan dan kesihatan dan kegagalan OSHMS; dan tingkahlaku pekerja dan program pemulihan kesihatan

3.4.2Penyiasatan InsidenPengaturan termasuk prosedur dokumentasi haruslah ditubuhkan, dilaksanakan dan diselenggara untuk penyiasatan insiden yang akan dapat mengenalpasti sebarang kelemahan dalam OSHMS

Dimana perlu insiden yang berkaitan dengan kerja haruslah dimaklumkan kepada pihak berkuasa berkenaan dalam mengikut undang-undang negara. Penyiasatan haruslah dijalankan oleh orang yang cekap, dengan penyertaan bersesuaian dari pekerja-pekerja dan wakil mereka

Laporan penuh penyiasatan haruslah didokumenkan dan jika berkaitan dilaporkan kepada pihak berkuasa berkaitan. Saranan yang terhasil daripada penyiasatan hendaklah disampaikan kepada orang yang bersesuiaan untuk dilaksanakan dan disahkan.

Laporan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa luar atau agensi penyiasatan hendaklah diambil tindakan sama seperti penyiasatan dalaman, mengambil kira isu-isu kerahsiaan.

Organisasi hendaklah menubuhkan, melaksanakan dan mengekalkan prosedur untuk memberitahu, rekod menyiasat, analisis dan mendokumenkan semua kemalangan berkenaan OSH.

Semua kerja yang berkaitan dengan kematian, kecederaan, ketidakupayaan, keuzuran dan kehilangan upayaan hendaklah diberitahu kepada majikan dan/atau pihak berkuasa berkenaan mengikut undang-undang kebangsaan untuk ianya dapat disiasat oleh organisasi.

Usaha untuk mencegah ianya berulang penyiasatan mesti menentukan punca sebab semua kejadian yang membawa kepada pengenalpastian:Keperluan tindakan pembetulanPeluang untuk tindakan pencegahanPeluang untuk penambaikan berterusanSemua kejadian mesti disiasat secepat mungkin. Semua tugas untuk mengendalikan penyiasatan kejadian seharusnya berwibawa. Pekerja dan wakil mereka akan turut serta untuk mendapat faedah daripada penyiasatan tersebut.

Hasil penyiasatan seharunya dimaklumkan kepada jawatankuasa keselamatan dan kesihatan pekerja dan jawatankuasa akan membuat cadangan yang bersesuaian. Dalam kes di mana tidak wujud jawatankuasa, majikan mesti mengambil tanggungjawab untuk tindakan yang bersesuaian

Orang yang bersesuaian mesti dikenalpasti dan maklumkan untuk dia ambil tindakan pembetulan berdasarkan cadangan. Tindakan pembetulan terhasil dari penyiasatan seharusnya dilaksanakan dan sahkan sebagai cadangan.

Hasil penyiasatan dan tindakan bersesuaian yang telah diambil harus direkodkan, didokumenkan, dikekalkan dan termasuk semakan semula pengurusan serta dipertimbangkan untuk penambahbaikan

3.4.3AuditPengaturan termasuk prosedur dokumentasi untuk menjalankan audit-audit berkala hendaklah ditubuhkan untuk menentukan sama ada OSHMS dan elemen yang berada di tempatnya, mencukupi dan berkesan dalam melindungi keselamatan dan kesihatan perkerja dan mencegah insiden

Program audit hendaklah dibangunkan, yang termasuk jenis kepakaran juruaudit, skop audit kaedah audit dan pelaporan. Audit termasuk penilaian terhadap kesemua elemen-elemen organisasi OSHMS atau subset ini, sebagaimana yang sesuai.

3.4.4Semakan PengurusanPengurusan tertinggi hendaklah menyemak OSHMS untuk memastikan kesesuaian, kecukupan dan keberkesanan. Frekuansi dan skop semakan pengurusan OSHMS hendaklah dirancang dan ditentukan mengikut keadaan dan keperluan-keperluan organisasi.

Penemuan semakan pengurusan hendaklah direkodkan, didokumenkan dan disampaikan kepada mereka yang berkenaan.

Semakan pengurusan seharusnya dikeluarkan oleh majikan serta pengurusan tertinggi ke atas secara tetap (contohnya suku pertama tahun setiap tahun atau separuh tahun ) dan boleh mengeluarkannya menerusi mesyuarat atau melalui makluman. Sebahagian perlaksanaan semakan pengurusan OSHMS boleh dilakukan dengan lebih kerap jika bersesuaian. Semakan berbeza mungkin boleh mengenalpasti elemen yang berbeza dari keseluruhan semakan

Wakil pengurusan adalah bertanggungjawab untuk memastikan laopran ke atas semua pelaksanaan OSHMS dipersembahkan kepada majikan serta pengurusan senior bagi tujuan semakan semula.

Semakan pengurusan akan memastikan kesesuaian dan kecukupan OSHMS dengan:Menilai keputusan dan tren penyiasatan kemalangan; pelaksanaan pemantaun dan pengukuran; dan dapatan auditMenilai input dalaman dan luaran termasuk perubahan meliputi kehendak organisasi yang boleh memberi kesan ke atas OSHMS.Menilai semua strategi OSHMS untuk menentukan sama ada ia memenuhi objektif yang telah dirancang.Menilai kehendak perubahan OSHMS termasuk dasar dan objektif OSHMengenalpasti tindakan yang perlu untuk membaik pulih apa-apa kemerosotan secara mengikut masa, ia meliputi penyesuaian lain-lain aspek dalam struktur organisasi dan pelaksanaan pengukuran.Menilai keberkesanan tindakan susulan dari semakan pengurusan lebih awal.Memberikan maklum balas dan arahan termasuk menentukan keutamaan untuk perancangan yang bermakna dan penambahbaikan berterusan

Dapatan daripada semakan harus selari dengan komitmen organisasi untuk penambahbaikan berterusan serta melibatkan apa-apa keputusan dan tindakan berkaitan dengan perubahan yang mungkin ke atas:Pelaksanaan OSHMSDasar dan objektif OSHMSPengenalpastian bahaya semasa, penilaian risiko dan proses kawalan risikoAras risiko semasa dan keberkesanan pengukuran pengawalan sedia adaKecukupan sumber (kewangan, pekerja dan meterial)Penyataan kecemasan pencegahan, persediaan dan tindakanMenilai kesan yang boleh diramalkan untuk perubahan teknologi dan perundanganLain-lain elemen OSHMS

Dapatan semakan pengurusan perlu direkodkan dan dimaklumkan kepada :

Mereka yang bertanggungjawab untuk elemen yang bersesuaian dengan OSHMS yang membolehkan mereka mengambil tindakan yang perlu.Jawatankuasa kesihatan dan keselamatan, pekerja dan wakil pekerja yang mana bersesuaian

3.5TINDAKAN UNTUK PENAMBAHBAIKKAN

3.5.1Tindakan pencegahan dan pembetulanPengaturan hendaklah ditubuhkan dan diselenggara untuk tindakan pencegahan dan pembetulan daripada keputusan pengukuran dan pemantauan pretasi OSHMS, audit OSHMS dan semakan pengurusan.

Apabila penilaian sistem pengurusan OSH dan sumber yang lain menunjukkan tindakan pencegahan dan pembetulan untuk bahaya dan risiko tidak mencukupi atau berkemungkinan untuk menjadi tidak mencukupi, pengukuran hendaklah mengenalpasti langkah-langkah kawalan yang diiktiraf, lengkap dan didokumenkan, yang bersesuaian dan tepat pada masanya

3.5.2Penambahbaikan BerterusanApabila penilaian sistem pengurusan OSH dan sumber yang lain menunjukkan tindakan pencegahan dan pembetulan untuk bahaya dan risiko tidak mencukupi atau berkemungkinan untuk menjadi tidak mencukupi, pengukuran hendaklah mengenalpasti langkah-langkah kawalan yang diiktiraf, lengkap dan didokumenkan, yang bersesuaian dan tepat pada masanya

Pengaturan untuk penambaikan yang berterusan harus membangunkan meliputi langkah-langkah-langkah berikut;

Langkah 1 : analisis elemen-elemen berterusan berdasarkan maklumat berikutObjektif organisasi OSHHasil pengenalpastian bahaya dan pengenalpastian risikoHasil pelaksanaan pemantauan dan pengukuranPenyiasatan kerja yang berkaitan kematian, kecederaan, penyakit, keuzuran, kehilang upaya dan hasil serta cadangan auditHasil daripada semakan pengurusanCadangan untuk penambaikan dari semua ahli dalam organisasi termasuk jawatankuasa keselamatan dan kesihatan yang sedia adaPerubahan peraturan dan undang-undang, program sukarela dan persetujuan kolektifMaklumat baru yang berkaitanHasil pengawasan kesihatan pekerja, pencegahan kesihatan dan program promosi.Langkah 2:penerokaan peluang untuk penambahbaikan seperti ;Pengurangan sumberPengurangkan keuzuranPengurangan insiden tempat kerjaMeningkatkan penyertaan perkerjaMeningkatkan laporan

Langkah 3 ; membentuk pelan tindakanBerdasarkan peluang kemudian menentukan tanggunjawab dan sumber yang ada untuk dilaksanakan dalam pelan/ perancangan

Langkah 4 : pelan tindakan komunikasi terhadap mereka yang berkaitan

Langkah 5 : pelan pelaksanaan pemantauan

Hasil penambahbaikan berterusan boleh menyumbang kepada perkara berikut :Keputusan tahunan yang lebih baik seperti mengukur kadar kegagalan semua kerja-kerja yang berkaitan dengan kematian , kecederaan, ketidakupayaan, keuzuran dan penyakit dan near missesMencapai keputusan yang mantap/ stabil atau bertambah baik dalam mencapai target OSHMS yang baikKeadaan yang mengerakkan budaya merentasi keseluruhan organisasi ke arah yang lebih efektif dan berkesanPenambahbaikan sistem itu sendiri adalah lebih komprehensif/ menyeluruh, mudah difahami atau lebih baik daripada sebelumnya.

You might also like:istem pengurusan keselamatan dan kesihatan pekerjaan (OSHMS) pada masa ini telah mendapat perhatian dunia. Sistem ini telah diterima sebagai satu cara pendekatan yang berterusan bagi mencegah atau mengurangkan kemalangan dan kecederaan selain ianya juga dapat meningkatkan kesedaran terhadap keselamatan dan kesihatan di sesebuah organisasi. Sehubungan itu Malaysia juga telah menerbitkan standard berkenaan sistem pengurusan keselamatan dan kesihatan pekerjaan yang dikenali sebagai Standard Malaysia MS 1722:PART 1:2005.

Standard ini menyediakan keperluan-keperluan terhadap OSHMS dan menjadi asas untuk mengekalkan budaya Keselamatan dan kesihatan pekerjaan (OSH) dalam sesebuah organisasi. Ianya memerlukan pendekatan lebih manusiawi terhadap pengurusan OSH berbanding OHSAS 18001 di mana, di satu pihak ianya menunjukkan hanya sebagai sebuah alat pengurusan untuk mencapai pengurusan risiko OSH yang berkesan dan cekap.

Standard ini dihasilkan merujuk kepada garis panduan ILO-OSH:2001 dan MS 1722:2003. Ianya bertujuan untuk memantapkan pematuhan perundangan dan melindungi pekerja daripada hazad dan menyingkirkan pekerjaan yang mengakibatkan kecederaan, ketidakupayaan, masalah kesihatan, penyakit, kemalangan nyaris dan kematian. Sistem ini juga menerajui keseluruhan nilai tambah terhadap ekonomi dan kehidupan sosial yang bersesuaian dengan pasaran semasa. Memandangkan keperluan terhadap standard ini bersamaan dengan OHSAS 18001 maka pengauditan dan pensijilannya boleh dijalankan serentak.

Walaupun MS 1722 bukanlah satu keperluan perundangan tetapi rangka pelaksanaan bagi sesuatu sistem pengurusan keselamatan dan kesihatan pekerjaan yang berkesan adalah merupakan satu spesifikasi yang diiktiraf. Oleh itu organisasi yang berdaftar kepada MS 1722:part1:2005 mengambil pendekatan untuk meyakinkan pekerja bahawa mereka berada di atas landasan yang betul dan mereka sedang menggunakan satu proses yang dirangka bagi melindungi keselamatan mereka dan yang lain. Di samping itu, ianya dapat membuktikan kepada kontraktor dan semua pelanggan bahawa organisasi itu mampu melaksanakan kerja mereka dalam keadaan selamat sepenuhnya. Dengan lain perkataan organisasi tersebut menunjukkan komitmen mereka terhadap kesihatan dan keselamatan pemegang saham yang terlibat. MS 1722 juga telah meletakkan sasaran melalui polisi keselamatan dan kesihatan pekerjaan bersamaan dengan pengukuran yang dilaksanakan terhadapnya bagi memastikan proses penambahbaikan yang berterusan.

Keperluan dalam MS 1722: Part 1:2005 adalah hampir bersamaan dengan OHSAS 18001:1999 mahupun 2007. Oleh itu bagi organisasi yang berminat boleh memilih salah satu standard atau kedua-duanya sekali sekiranya mereka ingin dianugerahkan persijilan tanpa perlu mempunyai 2 sistem yang berbeza.

Pelaksanaan standard Malaysia untuk sistem pengurusan keselamatan dan kesihatan pekerjaan MS 1722:Part1:2005 adalah tepat pada masanya. Berdasarkan kitaran PDCA (Plan-Do-Check-Action), MS 1722 tidak menghadapi kesulitan dalam memasuki aliran semasa yang dikuasai oleh sistem pengurusan ISO. Pada hakikatnya MS 1722 ini berupaya bergabung secara keseluruhannya dengan sistem pengurusan yang lain.

MS 1722 menyatakan perkara-perkara berkenaan perlindungan dan pengekalan pekerja berdasarkan keselamatan dan kesihatan pekerjaan lebih mendalam dan terperinci berbanding dengan sistem yang sudah sedia ada. Kehendak sistem ini memerlukan perhatian dan tumpuan yang lebih teliti kerana ia lebih bersifat deskriptif dan dalam beberapa aspek lain ianya bersifat preskriptif.

Asas pelaksanaan MS 1722:Part1:2005 adalah berdasarkan elemen-elemen berikut: Polisi/dasar, Organisasi, Perancangan & pelaksanaan, penilaian dan tindakan penambahbaikan.

Sebagai suatu badan persijilan, NIOSH Certification Sdn. Bhd. (NCSB) berfungsi untuk menjalankan aktiviti persijilan ke atas sistem pengurusan yang sedia ada. Organisasi yang berminat untuk mendapatkan persijilan MS 1722:Part1;2005 adalah perlu untuk menghantar pakej permohonan (borang soal selidik dan borang permohonan) yang disediakan oleh NCSB. Sebut harga akan dikeluarkan berdasarkan maklumat yang telah diberikan.

Gabungan audit bersama sistem pengurusan yang lain seperti sistem pengurusan kualiti atau sistem pengurusan persekitaran juga ditawarkan.

Sejak MS 1722:Part1:2005 dilancarkan, NIOSH Certification Sdn. Bhd. (NCSB) telah menganugerahkan persijilan tersebut kepada beberapa organisasi seperti:- Petronas Penapisan Terengganu, Universiti Malaysia Pahang, Tenaga Nasional Berhad, Stesen Janaelektrik Sultan Ismail, Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan Wilayah Persekutuan, Jabatan Pengairan dan Saliran DLL. Organisasi-organisasi ini telah dianugerahkan persijilan Sistem Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan MS 1722:Part1:2005 dan OHSAS 18001.http://eprints.uthm.edu.my/573/1/JTS_Vol1_F2.pdf