motivate me!!!

7
MOTIVATE ME!!! 5 TRIK MUDAH UNTUK MOTIVASIKAN DIRI Kadang kala, kita akan merasakan diri tidak memiliki motivasi diri untuk melakukan aktiviti-aktiviti seharian. Rasa malas, letih, bosan, dan rendah diri yang melampau menyebabkan kita hilang fokus dalam sesuatu aktiviti. Namun, kita harus segera bangkit daripada perasaan tersebut dan tidak membiarkannya menyelubungi hidup secara total. 5 trik ini dapat dipraktikkan dan diaplikasikan kepada semua untuk membina semula motivasi diri.

Upload: hadzif-seruji

Post on 23-Jun-2015

141 views

Category:

Spiritual


4 download

DESCRIPTION

Motivasi amat perlu dalam kehidupan. Ada cara mudah untuk memotivasikan diri.

TRANSCRIPT

Page 1: Motivate Me!!!

MOTIVATE ME!!!

5 TRIK MUDAH UNTUK MOTIVASIKAN DIRI

Kadang kala, kita akan merasakan diri tidak memiliki motivasi diri untuk melakukan aktiviti-aktiviti seharian. Rasa malas, letih,

bosan, dan rendah diri yang melampau menyebabkan kita hilang fokus dalam sesuatu aktiviti. Namun, kita harus segera bangkit

daripada perasaan tersebut dan tidak membiarkannya menyelubungi hidup secara total. 5 trik ini dapat dipraktikkan dan diaplikasikan kepada semua untuk membina semula motivasi diri.

Page 2: Motivate Me!!!

#1 BERSOAL JAWAB DENGAN DIRI

Setiap pagi, sebelum melakukan sebarang aktiviti, kita boleh bertanya beberapa soalan yang POWER tentang:

Apa yang saya nak capai hari ini?

Adakah saya gembira dengan kehidupan saya sekarang?

Bagaimana saya nak memperbaiki kehidupan hari ini supaya lebih baik dari semalam?

Dengan bertanyakan soalan-soalan ini, anda tahu FOKUS anda pada hari tersebut dan berusaha untuk mencapainya serta perancangan hari tersebut dapat diatur dengan baik.

Page 3: Motivate Me!!!

#2 BUAT SESUATU DAN SECARA BERTERUSAN

Sekiranya anda merasa tidak bermotivasi dalam melakukan sesuatu, lebih elok sekiranya anda mulakan sesuatu yang mudah dahulu seperti membersihkan meja kerja, mengemas bilik dan aktiviti mudah yang lain. Anda perlu memulakan sesuatu kerja dan lakukannya secara berterusan. Sekiranya anda selesai melakukan tugasan, anda akan lebih PEKA untuk melakukan aktiviti seterusnya. Justeru, MULAKAN adalah perkara terbaik untuk memastikan momentum motivasi anda sentiasa meningkat.

Page 4: Motivate Me!!!

#3 KELUAR DARI ZON SELESA

Manusia biasanya bosan melakukan aktiviti yang biasa dan tiada pembaharuan. Oleh itu, penting untuk kita keluar dari zon selesa dan RILEX dengan melakukan sesuatu aktiviti yang mencabar. Contohnya dengan belajar memasak, bermain gitar, melukis atau melakukan aktiviti riadah seperti Calisthenics yang bakal memberi dimensi baharu dalam hidup. Banyak manfaat yang diperoleh apabila mempelajari sesuatu yang baharu. Selain dapat berkenalan dengan rakan baharu, kita juga dapat meningkatkan kemahiran diri secara OPTIMUM.

Page 5: Motivate Me!!!

#4 TULIS SASARAN DAN TANYA SEBAB MELAKUKANNYA

Kita semua mempunyai azam yang ingin dicapai namun motivasi diri yang tidak menentu menyebabkan sasaran atau GOAL dalam hidup kita tersasar. Cara yang paling mudah ialah dengan menulisnya. Minda kita tidak dapat menyimpan semua data sekaligus. Dengan menulis sasaran atau azam, kita dapat melihat dan mengingatkan anda tentang azam dan sebab anda inginkan perkara tersebut. Contohnya, anda berazam untuk mendapat badan yang sihat dan berketul-ketul (bagi lelaki aje), Tulis di tempat yang mudah dilihat seperti di cermin, almari baju dan sebagainya. Apabila anda melihat nota tersebut, semangat untuk memiliki badan yang diidamkan sentiasa berkobar-kobar.

Page 6: Motivate Me!!!

#5 KETAHUI APA YANG ANDA GEMAR LAKUKAN

Amat penting bagi seseorang untuk mengenali dirinya sendiri berkenaan apa yang disukai dan apa yang dibenci. Hal ini bagi membolehkan anda tahu aktiviti untuk dilakukan sekiranya motivasi diri mulai menurun. Sesetengah orang gemar mendengar muzik, membaca majalah dan beriadah untuk meningkatkan motivasi. Justeru, LAKUKAN. Ambil sedikit masa untuk melakukan apa-apa sahaja aktiviti kegemaran supaya tahap motivasi anda sentiasa SUKSES.

Page 7: Motivate Me!!!

PEOPLE OFTEN SAY THAT MOTIVATION DOESN’T LAST. WELL, NEITHER DOES BATHING- THAT’S WHY WE RECOMMEND IT DAILY

ZIG ZIGLAR