moral kumpulan laporan interview

16
1.0 PENGENALAN Guru merupakan insan yang bertanggungjawab dalam mendidik anak-anak bangsa sama secara rasmi ataupun tidak. Kehadiran guru adalah amat penting di dalam dunia ini. dahulu hingga pada zaman modenisasi ini, tanggungjawab yang dipikul oleh seorang gu sama iaitu memberi atau menyampaikan ilmu pengetahuan yang berguna kepada murid mereka dan ilmu tersebut amat berguna kepada anak-anak bangsa di masa akan da Menurut Kamus Dewan guru bermaksud pengasuh, pendidik dan pengajar. leh demikian, seseorang guru memikul tanggungjawab yang berat dalam mendidik, mengajar mengasuh pelajar-pelajar agar menjadi seorang yang berguna di hari kelak. Dalam men mengajar pelajar, seseorang guru bertanggungjawab dalam mengajar dan menerapkan nil moral dalam diri setiap pelajar semasa di sekolah juga di luar sekolah. Guru menjad secara langsung di sekolah oleh pelajar. Dengan ini, semua kelakuan, tindakan, ting akan diperhatikan oleh setiap pelajar dan akan diikut oleh pelajar. leh sebab itu, menerapkan dan mengamalkan nilai-nilai murni dalam diri mereka semasa di sekolah ma di luar sekolah. Sistem pendidikan di Malaysia adalah berasaskan !alsa"ah #endidikan Kebangsaan. #endidikan Kebangsaan telah dirangka berdasarkan ideologi dan "alsa"ah yang terkand laporan pendidikan dan $kta #endidikan, %ukun &egara serta ideologi budaya Malaysia. “Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lag potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimban dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan d kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlakmulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.” !alsa"ah #endidikan Guru pula digubal sebagai panduan pelaksanaan !alsa"ah Kebangsaan bagi menggariskan jenis guru yang diperlukan oleh negara. #enya #endidikan Guru ialah seperti di bawah ' “uru yang berpekerti mulia, berpandangan positi! dan sainti!ik, bersedia me aspirasi "egara serta menyanjung warisan kebudayaan "egara, menjamin perkembangan 1

Upload: ejenzeroseven-iqa

Post on 08-Oct-2015

237 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

sekolah, interview

TRANSCRIPT

1.0 PENGENALAN

Guru merupakan insan yang bertanggungjawab dalam mendidik anak-anak bangsa sama ada secara rasmi ataupun tidak. Kehadiran guru adalah amat penting di dalam dunia ini. Sejak zaman dahulu hingga pada zaman modenisasi ini, tanggungjawab yang dipikul oleh seorang guru adalah sama iaitu memberi atau menyampaikan ilmu pengetahuan yang berguna kepada anak-anak murid mereka dan ilmu tersebut amat berguna kepada anak-anak bangsa di masa akan datang. Menurut Kamus Dewan guru bermaksud pengasuh, pendidik dan pengajar. Oleh hal yang demikian, seseorang guru memikul tanggungjawab yang berat dalam mendidik, mengajar dan mengasuh pelajar-pelajar agar menjadi seorang yang berguna di hari kelak. Dalam mendidik dan mengajar pelajar, seseorang guru bertanggungjawab dalam mengajar dan menerapkan nilai-nilai moral dalam diri setiap pelajar semasa di sekolah juga di luar sekolah. Guru menjadi model secara langsung di sekolah oleh pelajar. Dengan ini, semua kelakuan, tindakan, tingkah laku guru akan diperhatikan oleh setiap pelajar dan akan diikut oleh pelajar. Oleh sebab itu, guru perlu menerapkan dan mengamalkan nilai-nilai murni dalam diri mereka semasa di sekolah mahupun di luar sekolah. Sistem pendidikan di Malaysia adalah berasaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Falsafah Pendidikan Kebangsaan telah dirangka berdasarkan ideologi dan falsafah yang terkandung dalam laporan pendidikan dan Akta Pendidikan, Rukun Negara serta ideologi budaya masyarakat Malaysia. Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.Falsafah Pendidikan Guru pula digubal sebagai panduan pelaksanaan Falsafah Pendidikan Kebangsaan bagi menggariskan jenis guru yang diperlukan oleh negara. Penyataan Falsafah Pendidikan Guru ialah seperti di bawah : Guru yang berpekerti mulia, berpandangan positif dan saintifik, bersedia menjunjung aspirasi Negara serta menyanjung warisan kebudayaan Negara, menjamin perkembangan individu dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif dan berdisiplin.Oleh hal yang demikian, sifat bertanggungjawab dan profesional dalam menjalankan atau melaksanakan sesuatu tugas sudah menjadi sebahagian daripada darah daging guru. Bagi memastikan aspirasi dan matlamat sebagai guru yang berkualiti dan berkesan ialah guru perlu mempunyai ciri-ciri yang baik dalam diri mereka untuk menjadi teladan atau role model kepada pelajar-pelajar mereka. Kami telah membuat kajian tentang ciri-ciri yang perlu ada pada seseorang guru yang profesional. Kajian yang kami buat adalah berdasarkan temu bual, dan rakaman. Antara responden yang terlibat ialah Pensyarah, pelajar Institut Pengajian Tinggi, Guru, ibu bapa, pelajar tingkatan 5, tingkatan 4, tingkatan 3 dan pelajar sekolah rendah iaitu pelajar darjah 6. Kajian yang kami jalankan tidak kepada satu sekolah sahaja malah melibatkan beberapa sekolah. Laporan yang kami sediakan adalah seperti di bawah mengikut pandangan atau pendapat yang diberikan oleh responden mengenai ciri-ciri guru profesional. 2.0 OBJEKTIF KAJIANTujuan penyelidikan ini dibuat adalah untuk melihat ciri-ciri guru Pendidikan Moral yang profesional dan baik berdasarkan sudut pandangan pelbagai pihak. Namun secara kursusnya, kajian ini bertujuan untuk melihat beberapa perkara penting iaitu:(i) Mengkaji pandangan ahli akademik, ibubapa, anggota masyarakat, dan para pelajar tentang ciri-ciri guru Moral yang mereka inginkan.(ii) Menganalisi persamaan dan perbezaan ciri-ciri guru Moral yang profesional yang dinyatakan oleh ahli akademik, ibubapa, anggota masyarakat, dan para pelajar.

3.0 KAEDAH KAJIANAntara kaedah-kaedah pengkajian yang digunakan oleh kami untuk menyiapkan tugasan ini adalah melalui Library and Internet Research. Kaedah ini digunakan kami untuk mendapatkan bahan-bahan maklumat berkenaan tugasan ini seperti maklumat berkaitan konsep pendidik, kaedah pembelajaran moral yang berkesan daripada sumber laman sesawang dan Perpustakaan Tuanku Bainun. Kaedah kedua yang akan digunakan oleh pengkaji dalam penyelidikannya adalah kaedah wawancara. Kami telah mewawancara beberapa individu yang berkaitan dengan skop kajian tugasan kami seperti ahli akademik yang pakar dalam bidang pendidikan Moral, ibu bapa pelajar Moral, pandangan umum anggota masyarakat yang pernah mengambil mata pelajaran ini, guru yang mengajar mata pelajaran ini serta pelajar-pelajar sekolah yang mengambil mata pelajaran ini seperti pelajar darjah enam, pelajar tingkatan 3, pelajar tingkatan 4 dan pelajar tingkatan 5. 4.0 PANDANGAN RESPONDAN MENGENAI CIRI-CIRI GURU PENDIDIKAN MORAL YANG PROFESIONAL DAN BAIK4.1 Pandangan IbuMenurut sudut pandangan seorang ibu pelajar India di sekolah rendah iaitu Puan Vasathi, guru Pendidikan Moral yang baik adalah guru yang tahu dengan jelas dengan isi pengajaran yang mereka ingin ajarkan dan mampu bertutur dalam banyak bahasa seperti bahasa Tamil walaupun bahasa Tamil bukan bahasa percakapan guru moral tersebut. Selain itu, bagi pandangan beliau juga beliau mahukan guru yang memberi sokongan kepada pelajarnya dan mampu memberikan pengajaran moral yang menyeluruh kepada anaknya tidak hanya terikat dengan buku teks semata-mata supaya anaknya dapat ilmu yang pelbagai.4.2 Pandangan Ahli Akademik: Pensyarah UPSI di Jabatan Pendidikan MoralMengikut pandangan Dr. Zuraini Bt Jamil @ Osman, seorang guru Moral yang baik dan profesional adalah guru moral yang faham dengan etika profesionalnya iaitu dari aspek peraturan, perbuatan dan percakapannya. Guru tersebut juga harus bijak membezakan sebarang tindakan dan keputusan yang diambil oleh mereka itu dipengaruhi oleh kepentingan diri mereka sendiri atau berlandaskan etika profesional yang sebenarnya. Guru harus bersikap rasional dan berpegang dalam etika profesional dalam keadaan apa sahaja. Malah bukan sekadar mengetahui etika profesionalnya sebagai guru moral semata-mata malah etika profesionalnya sebagai Guru secara umumnya. Guru juga tidak harus membeza-bezakan pelajarnya dan tidak mengambil sikap sambil lewa apabila berdepan dengan pelajar yang kurang bijak. Guru Moral harus mencuba sedaya-upaya untuk membantu para pelajarnya. Guru Moral juga harus tidak dipengaruhi oleh masalah-masalah semasa mengajar dan pandai mengawal emosi mereka upaya tempias masalah tersebut tidak disalurkan kepada pelajar. Bukan itu sahaja, yang paling penting guru Moral yang baik adalah mereka sendiri harus mengamalkan 16 nilai-nilai yang diajar oleh guru kepada pelajar bukan hanya sekadar mengajar sahaja. Ini kerana bagaimana guru tersebut ingin menerapkan sesuatu nilai tersebut dalam diri pelajar jika mereka sendiri tidak mempamerkan nilai tersebut semasa berdepan dengan pelajar. Contohnya nilai saling hormat-menghormati. Tidak salah untuk seorang guru menghormati pelajarnya kerana dari situ juga pelajar akan mula belajar menghormatinya. Secara keseluruhannya, dapa disimpulkan dari sudut pandangan Dr Zuraini, beliau melihat guru moral yang baik adalah guru yang memahami dan melaksanakan etika profesional mereka dan juga nilai-nilai Moral yang diajar oleh mereka kepada pelajar.4.3 Pandangan GuruBerdasarkan pandangan seorang guru Moral di Sekolah Menengah Raja Perempuan Kelsom Kuala Kangsar Perak iaitu Puan Aisyah Bt Abdul Shukor berkenaan guru Moral yang baik dan profesional adalah seorang guru yang mempunyai imej dan penampilan yang baik. Selain itu, guru tersebut harus mempunyai ciri-ciri yang selaras dengan nilai moral yang diajarnya. Beliau melihat penting untuk seorang guru Moral mempunyai satu personaliti yang mesra dan bijak berkomunikasi dengan pelajar supaya pelajar senang untuk mendekati guru mereka. Malah guru tersebut juga harus mempunyai sifat empati yang tinggi yang mendalam supaya dapat menunjukkan nilai-nilai Moral tersebut kepada pelajar. 4.4 Pandangan Dari MasyarakatResponden 1Nai Chee Siang merupakan bekas pelajar Pendidikan Moral mengatakan bahawa pada beliau tingkatan 1, 2 dan 3 di Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Abdullah, Pahang beliau merasakan seperti tidak belajar apa-apa dan berasa bosan kerana terpaksa mendengar perkara yang sama setiap kali proses pengajaran dan pembelajaran. dan sesi pengajaran dan pembelajaran diisi dengan mata pelajaran lain. Seterusnya, pelajar terdorong untuk tidak berminat dengan subjek ini. Selain itu, semasa beliau berada di tingkatan 4, guru mula menfokuskan perkara yang ingin diajar untuk mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) . Namun begitu, guru yang mengajar bukanlah guru yang mempunyai pengetahuan dalam pendidikan moral dan opsyennya ialah Pendidikan Jasmani. Guru yang mengajar respon semasa di alam persekolahan juga merupakan guru disiplin hanya menerangkan aspek mengenai disiplin sahaja dan menyebabkan pelajar berasa bosan. Oleh itu, kurangnya pengetahuan dalam ilmu pendidikan moral telah menyebabkan guru tersebut gagal menarik minat pelajar semasa waktu pendidikan moral. Guru sendiri akan menghadapi masalah untuk menterjemahkan teori dan konsep nilai yang terkandung dalam pendidikan moral Hal ini juga disebabkan guru tidak mengetahui kaedah sebenar dan tidak menerima latihan kursus. Responden juga mengatakan ciri- ciri guru yang perlu ada ialah pengetahuan mengenai moral. Pendidikan moral juga bukanlah hanya mengajar mengenai 36 nilai tetapi perlu menekankan aspek kognitif, afektif dan psikomotor di dalam diri guru itu sendiri. Seharusnya guru itu perlu bersikap bermoral dan menjadi role model terhadap pelajar. Tingkah laku dan personaliti guru yang paling utama untuk menjadi seorang guru pendidikan moral. Selain itu, responden turut menekankan guru perlu bijak dalam mempelbagaikan kaedah dan teknik pengajaran dalam pendidikan moral. Seorang guru perlu menerapkan diri itu terlebih dahulu dengan nilai-nilai moral. Guru pendidikan moral juga berpengetahuan dan mampu menarik minat pelajar. Kaedah pengajaran dan pembelajaran juga perlu kreatif untuk menarik minat pelajar dan kelas akan terkawal. Responden 2Melalui pandangan daripada Indhu A/P Gunasageran yang merupakan bekas pelajar Pendidikan Moral mengatakan bahawa ciri-ciri seorang guru pendidikan moral yang baik adalah seorang guru yg boleh menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran dengan penuh penghayatan bukan bergantung kepada teori pendidikan dalam buku teks semata-mata. Guru juga perlu kreatif dalam mempelbagaikan kaedah pengajaran untuk keberkesanan sesuatu nilai itu diterap dalam diri pelajar. Guru bukan sahaja bijak dalam berkata-kata tetapi memainkan peranan yang penting dalam menerapkan nilai murni dengan berkesan kepada pelajar. Sebagai contohnya nilai kerjasama boleh diterapkan semasa guru menjalankan aktiviti yang bersesuaian terhadap pelajar. Guru perlu menjalankan pemerhatian terhadap pelajar secara menyeluruh bagi melihat keberkesanan sesebuah nilai yang diterapkan kepada pelajar. Seperti yang sedia maklum, subjek pendidikan moral dianggap tidak penting dan disisihkan dalam kalangan guru mahupun pelajar. Seharusnya guru tidak perlu memperlekehkan subjek Pendidikan Moral. Walaupun ia tidak dianggap penting dan menjadi subjek yang teras, pendidikan moral ini memainkan peranan sangat penting dalam menerapkan sahsiah dan membentuk pelajar ke arah yang lebih baik dan berakhlak mulia. Guru yang beranggapan negatif ini harus mempertimbangkan semula objektif utama dan kepentingan mata pelajaran Pendidikan Moral dalam membentuk insan yang berakhlak mulia selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara. 4.5 PANDANGAN PELAJAR MORAL DI SEKOLAH RENDAH DAN MENENGAH4.5.1 PELAJAR DARJAH ENAMResponden terdiri daripada dua orang pelajar perempuan berbangsa Cina di Sekolah Jenis Kebangsaan Sin Hwa, Parit Buntar Perak iaitu Chui Yan Loh dan Huang Yee Xin. Antara pendapat tentang ciri guru yang profesional yang diberikan oleh dua orang responden pelajar sekolah rendah ialah seperti berikut: Responden 1:Pelajar tersebut memberitahu bahawa ciri-ciri seorang guru yang profesional ialah seseorang guru itu haruslah rajin. Responden pertama memberitahu bahawa guru yang profesional haruslah rajin dalam semua hal yang melibatkan sebarang aktiviti di sekolah sama ada dalam hal kurikulum dan juga ko-kurikulum. Sifat rajin perlu diterapkan oleh guru dalam diri mereka agar sebarang tugas atau tanggungjawab yang diberikan dapat diselesaikan dengan sempurna dan ikhlas. Dengan adanya sifat rajin dalam diri seseorang guru, sebarang tugasan yang diberikan dapat dilaksanakan dengan ikhlas tanpa rasa terpaksa dan tanpa rasa membebankan walaupun tugasan tersebut melibatkan masa selepas sekolah. Nilai rajin sememangnya memainkan peranan penting dalam diri setiap individu. Responden memberitahu bahawa ciri-ciri yang perlu ada pada seseorang guru yang profesional ialah bertanggungjawab. Responden pertama memberitahu sikap bertanggungjawab seseorang guru berdasarkan semua perkara yang melibatkan kerjaya dan juga dalam kehidupan seharian mereka. Responden juga memberitahu, sebagai seorang guru mestilah mempunyai rasa tanggungjawab terhadap pelajar-pelajar mereka. Hal ini kerana pelajar merupakan anak didik mereka untuk melatih mereka agar berjaya di masa akan datang.Ciri-ciri bertanggungjawab yang ada pada seseorang guru akan menyebabkan seseorang guru tersebut berasa senang dan ikhlas semasa melakukan sebarang tugas yang diberikan. Guru yang mempunyai rasa bertanggungjawab akan cuba sedaya upaya untuk mengajar, melatih, mendidik dan menerapkan nilai-nilai murni dalam setiap diri pelajar agar pelajar dapat mengaplikasikan nilai murni yang dipelajari dalam kehidupan seharian mereka. Guru yang profesional akan berasa bertanggungjawab sepenuhnya dan ikhlas dengan kerjaya yang dipegang oleh mereka. Oleh hal yang demikian, tanggungjawab yang digalas akan memudahkan melaksanakan tanggungjawab yang diberikan untuk mendidik anak bangsa supaya berjaya di masa akan datang. Prihatin juga merupakan ciri-ciri yang perlu ada pada seseorang guru yang profesional. Prihatin merupakan ciri-ciri guru profesional yang diberitahu oleh responden pertama. Responden memberitahu bahawa setiap guru mestilah prihatin terhadap masalah yang dihadapi oleh pelajar merak. Dengan ini, guru yang prihatin akan membantu dan menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh pelajar-pelajar mereka. Sikap prihatin yang perlu ada pada setiap guru akan membuatkan mereka berasa bertanggungjawab terhadap masalah yang dihadapi oleh pelajar mereka sama ada dari segi kewangan, masalah keluarga, masalah dengan kawan di sekolah, masalah dalam mata pelajaran yang tidak difahami, kebajikan pelajar, dan juga masalah disiplin yang dialami oleh pelajar. Sebagai guru yang prihatin akan cuba sedaya upaya dan bersiap sedia untuk membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh pelajar-pelajar mereka. Sebagai contoh, guru seharusnya memberi kaunseling kepada pelajar yang menghadapi masalah bukannya dengan membenci dan memulaukan pelajar tersebut semasa di sekolah. Dengan ini, pelajar yang menghadapi masalah disiplin di sekolah akan diberi kaunseling dan bimbingan yang sepatutnya oleh semua guru agar pelajar tersebut berasa dihargai dan disayangi oleh setiap guru.

Responden 2Sopan merupakan salah satu perkara yang terdapat dalam Kod Etika Perguruan. Responden kedua memberitahu ciri-ciri guru yang profesional ialah seorang guru yang bersopan santun dalam pemakaian. Pemakaian seseorang guru merupakan satu aspek yang menjadi role model kepada pelajar mereka. Pakaian juga melambang keperibadian seseorang guru tersebut. Pakaian yang sopan dan menutup aurat oleh seseorang guru adalah dituntut dalam Kod Etika. Hal ini kerana, pakaian sopan adalah untuk semua guru menutup aurat dan tidak menjolok mata apabila dilihat oleh pelajar dan juga guru-guru di sekolah tersebut. Pemakaian merupakan aspek penting dalam Etika Perguruan di sekolah. Hal ini kerana, pemakaian akan melambangkan keperibadian seseorang guru itu. Guru yang profesional akan mengutamakan adat pemakaian mereka semasa berada di sekolah dan mengikut etika sekolah yang telah ditetapkan. Dengan ini, guru akan berasa bersemangat dan berasa yakin semasa di sekolah untuk mengajar dan melakukan sebarang aktiviti dengan pelajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Oleh hal yang demikian, kesopanan guru amat pening untuk mendidik anak bangsa di sekolah dalam menerapkan nilai-nilai murni dalam diri mereka dan juga dalam kalangan pelajar. Responden kedua memberitahu bahawa ciri-ciri guru yang profesional ialah sabar dalam semua aspek. Semua aspek yang dimaksudkan oleh responden pertama ialah sabar dengan kerenah pelajar, sabar dengan masalah disiplin yang dihadapi oleh pelajar, dan juga sabar menangani masalah disiplin pelajar. Sebagai seorang guru yang profesional mestilah mempunyai sifat sabar yang tinggi dalam diri mereka. Hal ini kerana di sekolah guru akan menghadapi pelbagai masalah disiplin yang dilakukan oleh pelajar. Dengan ini sebagai seorang giri mestilah bersabar dalam menangani sebarang masalah disiplin yang dilakukan oleh pelajar. Guru yang profesional akan merasakan sebarang masalah yang dihadapi di sekolah adalah normal dan bersabar dalam menangani dan menyelesaikan masalah yang dihadapi. Sebagai contoh, pelajar yang menghadapi masalah disiplin iaitu ponteng sekolah. Sebagai seorang guru yang profesional akan cuba menasihatkan pelajar tersebut agar rajin ke sekolah. Jika tidak berjaya juga, guru boleh mengambil inisiatif lain untuk membantu pelajar tersebut agar rajin ke sekolah tanpa rasa terpaksa. Dengan ini, sebagai guru yang profesional perlu mempunyai sifat sabar yang tinggi dalam diri mereka untuk menghadapi sebarang masalah disiplin yang dilakukan oleh pelajar-pelajar di sekolah. 4.5.2 PELAJAR TINGKATAN 3Responden 1Menurut Thibashini pelajar tingkatan 3 Cermat daripada Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Perempuan Kelsom Kuala Kangsar Perak, ciri-ciri Guru Moral yang baik adalah guru moral yang baik dan kelakar kerana pelajar tidak akan rasa takut dan tertekan semasa P&P dijalankan. Ini kerana sememangnya suasana pengajaran memainkan peranan yang amat penting dalam menarik minat pelajar mengikuti P&P. Jika guru sering kali memarahi pelajar dalam kelas sudah pasti pelajar tidak bebas dalam meluahkan pendapatnya tentang sesuatu perkara.Responden 2Priyanka A/P Ganesan pelajar tingkatan 3 Cermat daripada Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Perempuan Kelsom Kuala Kangsar Perak, guru moral yang lemah lembut adalah ciri-ciri guru moral yang baik kerana mudah untuk pelajar berkomunikasi dan memberikan pendapat semasa pembelajaran moral dalam kelas diadakan.4.5.3 PELAJAR TINGKATAN 4Responden 1Menurut pandangan pelajar tingkatan 4 Sains 1 daripada Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Perempuan Kelsom Kuala Kangsar Perak, iaitu Preslina anak perempuan Venajes Peter mengenai seorang guru moral yang baik ialah seorang guru moral haruslah bersikap penyabar. Menurut pelajar ini, apabila pelajar tidak dapat memahami sesuatu topik yang telah diajar, guru moral tersebut perlu tersebut sentiasa sabar dan mengulangi pembelajaran tersebut sehingga murid dapat memahami topik tersebut dengan baik.Responden 2Berdasarkan pandangan daripada pelajar tingkatan 4 Prinsip Akuan daripada Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Perempuan Kelsom Kuala Kangsar Perak, iaitu Sudintilecha Manam mengenai guru moral pula mengatakan bahawa guru moral yang baik ialah guru yang boleh mengajar dengan kreatif. Bagi pelajar ini, guru yang mengajar dengan kreatif memudahkan mereka cepat memahami sesuatu nilai dan maksud nilai tersebut. Guru yang kreatif ini akan menggunakan alat bantu mengajar yang bersesuaian seperti persembahan slaid, tayangan video dan sebagainya dalam pengajarannya. Hal ini adalah supaya murid cepat memahami topik dan mudah mengingati topik yang telah dipelajari.4.5.4 PELAJAR TINGKATAN 5Responden 1Minaletchumi merupakan seorang pelajar tingkatan 5 Sains 1 dan bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Perempuan, Perak Kelsom mengatakan bahawa beliau menginginkan seorang guru pendidikan moral yang professional, penyayang dan tegas. Sikap penyayang yang dimaksudkan oleh pelajar tersebut ialah guru yang memahami perasaan dan kasih sayang terhadap mereka. Sememangnya, Pendidikan sebagai medium yang penting dalam mengembangkan kasih sayang. Sekiranya guru dapat menanamkan nilai kasih sayang terhadap pelajar, secara tidak langsung pelajar turut menyayangi guru tersebut. Selain itu, Letchumi juga ingin guru yang tegas dan ceria. Mimik muka dan air muka guru adalah satu kemahiran tingkah laku yang penting. Bagi memastikan komunikasi itu berkesan guru mesti sentiasa kelihatan ceria dan supaya pelajar lebih berasa seronok. Guru yang ceria dapat mewujudkan suasana di dalam kelas lebih bertenaga dan bersemangat untuk belajar. Oleh itu, guru yang bersifat penyayang dan ceria merupakan ciri yang diinginkan oleh salah seorang pelajar Pendidikan Moral.Responden 2 Pada pandangan Pavitra pelajar tingkatan 5 Sains 1 daripada Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Perempuan Kelsom Kuala Kangsar Perak, guru Moral yang diingini oleh beliau adalah guru yang tidak memberikan tugasan sekolah yang banyak supaya mudah pelajar memberikan tumpuan dalam mengulang kaji dan menghafal nilai-nilai moral yang diajarkan kepada mereka. Guru Moral juga haruslah seorang yang tidak garang dan mempunyai hati yang lembut supaya pelajar dapat menerima pengajaran guru dengan mudah dan berasa seronok untuk mengikuti sesi pengajaran yang dilakukan. Responden 3 Menurut Rinajestri pelajar tingkatan 5 Sains 1 daripada Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Perempuan Kelsom Kuala Kangsar Perak, berfikiran terbuka merupakan salah satu ciri-ciri guru pendidikan moral yang diinginkan oleh pelajar tersebut. Sikap guru yang berfikiran terbuka memudahkan pelajar untuk mendekati guru. Selain itu, pelajar Pendidikan Moral tersebut menginginkan guru yang tidak garang atau pendek kata, guru yang baik. Guru yang sentiasa tampil dengan mimik muka yang garang menyebabkan pelajar berasa takut untuk mendekati, maka sudah wujudnya komunikasi yang bermasalah. Oleh itu, menerusi sifat tersebut, pelajar akan lebih mudah berkomunikasi dengan guru. Menurut Sarina dan Yusmini 2007 , kepentingan kemahiran interpersonal dapat melahirkan persefahaman yang baik antara guru dan pelajar serta wujud rasa percaya mempercayai di kalangan mereka serta dapat memberi kesan positif kepada pengajaran dan pembelajaran. Melalui responden ini dapat disimpulkan bahawa pelajar lebih menginginkan guru yang mesra dan penyayang. Hubungan guru dan pelajar yang rapat akan memberi kesan yang baik terhadap pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Moral.5.0 ANALISIS HASIL KAJIAN TEMU BUALBerdasarkan hasil temu ramah yang dibuat, seorang guru yang baik bagi pandangan ibu bapa adalah guru harus mampu memahami pelbagai bahasa komunikasi pelajar agar guru mampu membantu pelajar memahami dengan jelas pengajaran yang dilakukan kerana sebagaimana mana yang kita ketahui Malaysia terdiri daripada pelbagai bangsa yang mempunyai bahasa pertuturan yang berlainan. Kadang kala kebanyakan pelajar di sekolah-sekolah jenis kebangsaan tidak fasih dalam bahasa Melayu. Oleh itu sukar untuk mereka memahami pengajaran yang dilakukan oleh guru. Jika guru mampu untuk menguasai bahasa Tamil dan India, ini amat membantu guru dalam kelas. Selain itu, mereka juga inginkan guru yang bukan sekadar hanya mengajar mata pelajaran Moral malah mampu untuk membentuk akhlak yang baik dalam diri anak mereka.Terdapat sedikit perbezaan dalam pandangan ahli akademik dalam melihat seorang guru moral yang baik. Bagi beliau, seorang guru Moral harus terlebih dahulu faham dengan etika profesional mereka supaya setiap tindakan yang dilakukan mereka tidak bercanggahan dengan garis panduan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Namun, pandangan ahli akademik berkenaan seorang guru Moral juga harus bersikap bermoral dengan mengikuti nilai-nilai yang terkandung dalam mata pelajaran ini turut sama dipersetujui oleh responden daripada anggota masyarakat yang melihat guru merupakan model hidup untuk pelajar moral oleh itu, jika guru Moral sendiri tidak mencerminkan nilai-nilai moral yang diajar oleh mereka bagaimana pelajar hendak menyemai nilai tersebut dalam diri mereka untuk diamalkan. Responden dalam kalangan anggota masyarakat juga bersetuju dengan pandangan bahawa seorang guru Moral yang baik dan profesional haruslah menguasai isi kandungan pengajaran dan tidak hanya bergantung pada buku teks semata-mata. Mereka harus serius dalam mengajar dan sentiasa kreatif dalam menarik minat pelajar dalam P&P supaya pelajar tidak berasa bosan.Dalam kalangan pelajar, mereka berkongsi pendapat yang sama dalam melihat ciri-ciri guru moral yang baik iaitu guru moral haruslah sopan, rajin, sabar, tidak garang tetapi tegas dan bersikap terbuka. Ciri-ciri ini terutamanya ciri-ciri seorang guru Moral haruslah sabar dan lembut adalah kerana pelajar-pelajar ini masih tidak matang dan mereka enggan untuk pelajar dalam suasana P&P yang tertekan. Ini kerana bagi mereka keadaan ini bukan sahaja menyebabkan mereka gagal untuk memberikan pendapat mereka malah menyebabkan mereka tiak berminat untuk pelajar mata pelajaran ini. Malah sifat guru ini akan menyebabkan sukar untuk mereka berkongsi masalah dan komunikasi dua hala dijalankan.Selain itu, mereka juga bersetuju guru yang rajin dan kreatif adalah ciri-ciri guru Moral yang baik. Ini kerana guru tersebut akan sentiasa memperbagaikan alat bantu mengajar (ABM) mereka dan tidak sekadar terikat dengan kaedah berpusatkan guru semata-mata. Sebagaimana yang kita ketahui mata pelajaran Moral adalah subjek yang cuba menerapkan nilai-nilai murni dalam kalangan pelajar. Nilai-nilai yang diajar berbentuk abstrak dan penerangan yang tidak dibantu dengan gambaran contoh yang kuat akan menyebabkan pelajar berasa amat bosan. Oleh itu, jika guru moral tersebut rajin dan kreatif, beliau akan sentiasa berusaha untuk merangka sesi pengajaran yang menarik untuk pelajarnya sama ada dengan menggunakan kaedah tayangan video ataupun gambaran visual.Namun terdapat percanggahan dalam pendapat antara responden pelajar lain dengan pelajar tingkatan 5. Ini kerana pelajar tingkatan 5 lebih menganggap guru Moral yang baik adalah guru yang tidak memberikan tugasan yang banyak kepada pelajar kerana sukar untuk pelajar menumpukan perhatian dalam mengulang kaji pembelajaran. Perbezaan pendapat ini berlaku kerana pada peringkat tingkatan 5, pelajar hanya menumpukan perhatian kepada peperiksaan semata-mata dan mereka tidak berminat untuk melaksanakan kerja rumah. Keadaan ini berlaku kerana sistem penilaian untuk mata pelajaran Moral adalah terlalu berorientasikan peperiksaan sehinggakan pelajar yang menghadapi peperiksaan Moral hanya inginkan A semata-mata.6.0 CIRI-CIRI GURU PENDIDIKAN MORAL YANG BERPROFESIONALMenurut Abdul Rafie Mahat (2001), kelemahan pengajaran dan pembelajaran guru pula dipengaruhi oleh pelbagai faktor seperti tahap kecekapan, masalah penilaian moral, kekurangan minat dan komitmen guru, ketidakserasian nilai di sekolah dan luar sekolah. Oleh itu, terdapat beberapa ciri-ciri yang perlu ada dalam guru Pendidikan Moral yang ke tahap profesionalisme. Guru Pendidikan Moral bukan sahaja berkemahiran mengajar dan mengembangkan ilmu, malah sikap, tingkah laku dan disiplin diri harus di bentuk ke arah profesionalisme. Dalam sukatan Pendidikan Moral, selaras dengan kepentingan Perkembangan Moral mengikut pandangan Kohlberg (1975) mengatakan bahawa penaakulan moral bukan sahaja merupakan salah satu faktor yang menggerakkan tingkah laku moral tetapi penaakulan moral juga adalah faktor paling penting yang pernah dikaji dan terbukti dapat menggerakkan tingkah laku moral. Malah, Kohlberg juga membicarakan bahawa bagaimana individu boleh bertingkah laku moral jika dia tidak memahami dan tidak berfikir tenang sebab dia patut bertingkah laku sebegini. Justeru, Guru Pendidikan Moral harus bersedia mengajar nilai-nilai moral sekaligus memperkembangkan pengetahuan moral pelajar agar mencapai matlamat untuk melahirkan individu yang bermoral tinggi. Melalui konsep Guru Pendidikan Moral dan Aspirasi Negara telah meletakkan satu tanggungjawab penting kepada semua guru. Selain Kod Etika Profesion Perguruan (EPP), aspirasi negara disandarkan kepada tanggungjawab untuk membangunkan negara. Guru berkenaan harus menjadi role modeldalam mempraktikkan prinsip yang positif di samping menyebarkan mesej yang diingini kepada para pelajar. Personaliti guru cemerlang itu begitu penting sebelum mengajar dan membentuk pelajar ke arah akhlak yang mulia. Guru perlu berusaha untuk menolak sebarang perbuatan yang bercanggah dengan norma masyarakat dan undang-undang negara wajar ditonjolkan dalam kalangan pelajar melalui penggemblengan usaha bersama agar imej institusi pendidikan dapat dipelihara sepenuhnya sekali gus membentuk generasi Malaysia yang bertanggungjawab dan berwawasan. Oleh itu, Guru Pendidikan Moral memainkan peranan amat penting dalam menjadi role model kepada pelajar di sekolah melalui beberapa kriteria nilai keperibadian yang ditunjukkan. Menurut Mok Soon Sang (1988), Profesor Syed Muhammad al-Altas menyatakan ilmu merupakan sesuatu yang bermakna dan membawa penyuburan serta semangat kepada jiwa manusia. Hal ini menunjukkan ilmu merangkumi semua aspek kehidupan luaran dan dalam jiwa manusia. Guru yang hanya menghafal fakta dan nilai tanpa mempraktikkannya itu tidak harus wujud dalam diri seseorang guru Pendidikan Moral. Dalam sesi pengajaran dan pembelajaran, guru akan memindahkan ilmu yang baik, meninggikan adab murid, serta memberi petunjuk ke arah kebenaran sebagai seorang pengamal ilmu. Sebagai seorang guru, budaya ilmu harus menjadi kriteria utama dan harus dipupuk dalam diri supaya menjadi teladan bagi para pelajar mencontohinya. Selain itu, guru harus bijak dalam mempelbagaikan kaedah dan teknik pengajaran. Sememangnya, tugas Guru Pendidikan Moral adalah bertepatan dengan visi dan misi Kementerian Pelajaran Malaysia bagi melahirkan insan pelajar yang seimbang dalam semua aspek kehidupan mereka. Bagi melahirkan insan pelajar yang kreatif dan inovatif dalam pembelajaran mereka sudah tentu guru sendiri memerlukan tanggungjawab dalam mempelbagaikan kaedah, teknik, strategi dan pendekatan proses pengajaran serta pembelajaran yang baik dan berkesan. Sebagai contohnya, kaedah penyelesaian konflik merupakan idea yang kreatif dalam menggalakkan pelajar yang aktif dan proaktif dalam pembelajaran mereka, khususnya dalam mata pelajaran Pendidikan Moral. jika aktiviti pembelajaran bersidat praktikal dapat dilaksanakan dengan melibatkan pelajar, maka pembelajaran nilai akan menjadi lebih bermakna dan efektif untuk diterapkan kepada pelajar. Hal ini kerana kaedah penyelesaian konflik yang bersifat pragmatik melibatkan proses membuatkan keputusan dan proses menilai memerlukan pelajar berfikir secara rasional. Guru merupakan tenaga ikhtisas di dalam bidang perguruan yang dipertanggungjawabkan untuk mendidik murid-murid di sekolah. Oleh itu, guru yang mempunyai kemahiran profesional serta kecerdasan emosi yang tinggi memainkan peranan besar dalam menghasilkan generasi yang berpendidikan, berkemahiran, berbudaya ilmu dan berakhlak selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara. Peranan ini penting bagi membawa pendidikan negara Malaysia ke arah pendidikan yang bertaraf dunia . Antara kemahiran yang perlu ditekankan ialah kemahiran berfikir dan pemikiran konstruktif. Para pelajar mestilah dididik menggunakan daya fikir tinggi dan minda untuk melahirkan pelajar-pelajar untuk belajar sepanjang hayat dan mempunyai modal intelektual tinggi menghadapi era globalisasi. Kemahiran berfikir dan pemikiran konstruktif perlu juga terarah kepada pandangan jauh dan luar biasa (Mohammad bin Muda, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pendidikan Guru Kementerian Pendidikan Malaysia).Selain itu, menurut Bandura (1977) dedikasi kendiri guru juga merupakan elemen penting yang perlu ada pada setiap guru kerana ia merujuk kepada keyakinan seseorang terhadap kemampuan dirinya untuk melakukan tingkah laku pada tahap yang dituntut, menguruskan tugas dan mendapatkan hasil yang diingini. Pengajaran yang berkesan akan berlaku apabila guru mempunyai dedikasi kendiri yang tinggi kerana anggaran terhadap keupayaan diri akan mempengaruhi guru untuk menggunakan kemahiran sedia adanya dengan sebaik mungkin. Keyakinan yang dimiliki akan dapat menjangkakan pencapaian yang tinggi serta dapat menjangkakan kualiti yang baik dalam kerjaya . guru yang telah dilengkapkan dengan ilmu-ilmu asas yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran semasa mengikuti latihan dalam bidang perguruan haruslah menggunakan sepenuhnya di dalam kelas.

7.0 KESIMPULANSetiap individu mempunyai pandangan yang berbeza dalam mengklasifikasikan ciri-ciri seorang guru moral itu baik dan profesional atau tidak berbeza mengikut kematangan fikiran, pengetahuan umum mereka serta pengalaman mereka sama ada melalui pengalaman di sekolah atau melalui pemerhatian umum. Namun dapat disimpulkan, seorang guru moral yang baik haruslah seorang yang versatil dengan mempunyai berpengetahuan luas dalam bidang yang diajarnya dan bijak untuk mendapatkan perhatian pelajar semasa sesi pengajaran Pendidikan Moral dijalankan. Ini kerana tiada gunanya seorang guru yang hebat dari segi teori pengajarannya jika mereka gagal untuk memastikan pelajar mengikuti pengajaran yang dilakukan dan mengamalkan nilai-nilai yang diajar di dalam kelas. Selain itu, mereka juga haruslah menunjukkan ciri-ciri Moral yang baik sama ada dari segi pertuturan dan tingkah laku kepada pelajar kerana guru adalah role model kepada pelajar dan tindak tanduk mereka menjadi ikutan para pelajar. Hal ini kerana, bagaimana seorang guru hendak melahirkan para pelajar yang diingini oleh negara berdasarkan melalui pembentukan matlamat mata pelajaran Pendidikan Moral sekiranya mereka sendiri tidak mengamalkan nilai-nilai yang diajarkan.16