nota interview spp bab 10

100
BAB 10 A : Dasar, Kurikulum & Sistem 1.1 : SBPA SBPA (Saraan Baru Perkhidmatan Awam) Apa Itu SBPA ? Bajet 2012 telah memperkenalkan Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam atau SBPA yang akan menggantikan Sistem Saraan Malaysia atau SSM. Sesungguhnya, SBPA digubal dengan matlamat mentransformasikan Perkhidmatan Awam Malaysia supaya menjadi organisasi yang lebih dinamik, responsif dan berorientasikan prestasi. SBPA akan memperkenalkan prinsip perubahan radikal dalam pengambilan dan pengisian jawatan serta pembangunan kerjaya dengan teras pengekalan atau penamatan perkhidmatan penjawat awam berasaskan prestasi kerja.

Upload: mcjust

Post on 06-Dec-2015

148 views

Category:

Documents


15 download

DESCRIPTION

Nota Interview SPP BAB 10

TRANSCRIPT

BAB 10

A     : Dasar, Kurikulum & Sistem

1.1 : SBPA

SBPA (Saraan Baru Perkhidmatan Awam)

Apa Itu SBPA ?

Bajet 2012 telah memperkenalkan Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam atau SBPA yang akan menggantikan Sistem Saraan Malaysia atau SSM. Sesungguhnya, SBPA digubal dengan matlamat mentransformasikan Perkhidmatan Awam Malaysia supaya menjadi organisasi yang lebih dinamik, responsif dan berorientasikan prestasi. SBPA akan memperkenalkan prinsip perubahan radikal dalam pengambilan dan pengisian jawatan serta pembangunan kerjaya dengan teras pengekalan atau penamatan perkhidmatan penjawat awam berasaskan prestasi kerja.

Antara intipati pelaksanaan SBPA yang dipersetujui oleh Kerajaan adalah seperti

berikut:

1. Pelaksanaan transformasi Perkhidmatan Awam melalui lima (5) inisiatif iaitu Perkhidmatan Awam yang kejat (lean civil service), kepimpinan dinamik, modal insan berkualiti, Perkhidmatan Awam yang fleksibel dan saraan yang kompetitif;

2. Pewujudan Pelan Induk Saraan Perkhidmatan Awam (PISA) bagi melaksanakan rombakan sistem saraan Perkhidmatan Awam secara tersusun.

3. Pengekalan prinsip-prinsip saraan yang berkuat kuasa dengan penambahan empat (4) prinsip baru iaitu kadar upah untuk kerja mengikut Kumpulan Perkhidmatan, kadar upah untuk individu berdasarkan bakat, keupayaan dan pengalaman, kadar upah untuk kerja bagi individu (subject matter expert) serta kadar upah tambahan untuk kerja mengikut prestasi;

4. Pembentukan hierarki Perkhidmatan Awam yang terdiri daripada empat (4) peringkat iaitu Kumpulan Premier, Kumpulan Pengurusan Tertinggi, Kumpulan Pengurusan dan Profesional, serta Kumpulan Pelaksana yang menggantikan Kumpulan Sokongan;

5. Peruntukan gaji secara single point tanpa Kenaikan Gaji Tahunan kepada Kumpulan Premier dan konsep Jadual Gaji Minimum-Maksimum kepada Kumpulan Pengurusan Tertinggi dengan Kenaikan Gaji Tahunan diberi mengikut pencapaian prestasi;

6. Peruntukan Jadual Gaji Sebaris kepada pegawai dalam Kumpulan Pengurusan dan Profesional, serta Kumpulan Pelaksana;

7. Pelaksanaan enam (6) strategi untuk merealisasi inisiatif Perkhidmatan Awam yang kejat iaitu kawalan saiz Perkhidmatan Awam (right-sizing), kajian pertindihan fungsi antara agensi (duplication), penjajaran fungsi utama perkhidmatan (realignment), perkhidmatan yang boleh diserah urus (outsourcing), perekayasaan proses kerja (business process reengineering) dan kajian semakan skim perkhidmatan (revision);

8. Penambahbaikan laluan kerjaya Pegawai Perkhidmatan Pendidikan melalui pelaksanaan konsep Guru Wibawa dan Pendeta Guru dengan memberi fokus kepada Laluan Pengajaran dan Pembelajaran (LPDP);

9. Penambahbaikan laluan kerjaya pegawai dan anggota dalam Senarai Tugas Am ATM berdasarkan subject matter expert dalam bidang-bidang kritikal dengan diberi kenaikan gred gaji tanpa bersandarkan kepada pangkat;

10. Pemberian peningkatan gred gaji yang setara dengan gred kenaikan pangkat tanpa dinaikkan pangkat ke jawatan kosong kepada pegawai yang diiktiraf sebagai subject matter expert;

11. Pengenalan Program Bersepadu Pembangunan Kompetensi (PROSPEK) yang mengandungi dua (2) komponen iaitu Penilaian Kompetensi dan Potensi (PKP), dan Program Pembangunan Kompetensi dan Potensi (BKP) bagi menggantikan Penilaian Tahap Kecekapan;

12. Perluasan pemberian kemudahan Cuti Belajar Bergaji Penuh kepada pegawai dalam Kumpulan Pelaksana bagi membolehkan pegawai mengikuti latihan kemahiran di bawah

program SkillsMalaysia;

13. Pengekalan prinsip-prinsip pemberian elaun sedia ada dan penambatan kadar bagi empat (4) elaun yang pada ketika ini kadarnya ditentukan berdasarkan gaji iaitu Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal, Bayaran Insentif Subjek Pendidikan, Bayaran Insentif Wilayah dan Bayaran Insentif Pedalaman;

14. Pengekalan prinsip-prinsip pemberian kemudahan sedia ada dengan penambahbaikan melalui Program Keseimbangan Kehidupan dan Kerjaya yang memperkenalkan pelaksanaan dasar bekerja dari rumah;

15. Pemansuhan dasar pelepasan dengan izin yang diganti dengan dasar pelepasan jawatan bagi mempertingkat mobiliti pegawai dalam perkhidmatan;

16. Pelaksanaan Dasar Pemisah (Exit Policy) kepada penjawat awam yang berprestasi rendah dan mereka yang memilih untuk meninggalkan perkhidmatan;

17. Penyelarasan pencen kepada pesara Perkhidmatan Awam secara peratusan berasaskan kajian berkala kos sara hidup berkuat kuasa mulai 1 Januari 2013;

18. Peningkatan umur persaraan wajib dari 58 tahun ke 60 tahun bertujuan mengekalkan pegawai mahir di dalam perkhidmatan; dan

19. Pengekalan pegawai yang menolak SBPA di bawah sistem saraannya, skim perkhidmatan dan syarat perkhidmatan sedia ada (SSM)

Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) Perubahan Panggilan Gred DG Guru ;

Perubahan Panggilan Gred DG Guru iaitu selepas Ini Tiada Lagi Gred DG 41, DG44, DG48, DG52,dan 54. Semua Gred DG itu diganti dengan 1-1,1-2,1-4,1-5 dan 1-6. Untuk lebih mudah lihat dibawah.

DG41 kepada 1-1 DG 44 kepada 1-2 DG 48 kepada 1-4 DG 52 kepada 1-5 DG54 kepada 1-6

Gaji Kakitangan Awam Akan Disemak Setiap 3 Tahun Sekali, Bermakna 2015 Ada Lagi Semakan, Demikian Juga Pada 2018. Pada 2013 Dan 2016 Kadar Elaun Akan Disemak Semula, Dan Pada 2014 Dan 2017.

Pelarasan Gaji Akan Dilakukan Bergantung Kepada Kedudukan Kewangan Kerajaan Supaya Menjelang 2020 Pendapatan Perkapitan Kakitangan Awam Pada 2020 Adalah USD 15,00

Semua Kenaikan Pangkat Tidak Lagi Bergantung Kepada Kekosongan Jawatan Tetapi Bergantung Kepada Tahap Prestasi Dan Syarat Kelayakan. Seseorang Guru Boleh Mencapai Ke Tahap Dg 54 ( 1-6 ) Setelah 25 Tahun Berkhidmat.

1) Guru DG41

- Ditukar kepada 1-1 - Gaji Permulaan Rm 1925 & Gaji Maksimum Rm 6220 - Kenaikan Gaji Tahunan ialah Rm 230 - Kenaikan Pangkat Daripada Dg 1-1 Ke Dg 1-2 ialah 8 Tahun

2) Guru DG 44 kepada 1-2

- Ditukar kepada 1-2 - Gaji Permulaan Rm 2985 & Gaji Maksimum Rm 7235 - Kenaikan Gaji Tahunan ialah Rm 250 - Kenaikan Pangkat Daripada Dg 1-2 Ke Dg 1-4 ialah 8 Tahun

3) Guru DG 48

- Ditukar kepada 1-4 - Gaji Permulaan Rm 4390 & Gaji Maksimum Rm 8710 - Kenaikan Gaji Tahunan ialah Rm 270 - Kenaikan Pangkat Daripada Dg 1-4 Ke Dg 1-5 ialah 6 Tahun

4) Guru DG 52

- Ditukar kepada 1-5 - Gaji Permulaan Rm 5260 & Gaji Maksimum Rm 9610 - Kenaikan Gaji Tahunan ialah Rm 290 - Kenaikan Pangkat Daripada Dg 1-4 Ke Dg 1-5 ialah 3 Tahun

5) Guru DG54

- Ditukar kepada 1-6 - Gaji Permulaan Rm 7250 & Gaji Maksimum Rm 11,505 - Kenaikan Gaji Tahunan ialah Rm 320

KEBAIKAN DAN KELEBIHAN SKIM SARAAN BARU PERKHIDMATAN AWAM

SBPA ini mempunyai elemen-elemen berikut:

(1) Mewujudkan Dasar Pemisah atau exit policy bagi penjawat awam yang berprestasi rendah dan mereka yang memilih untuk meninggalkan perkhidmatan;

(2) Menambah baik struktur gaji penjawat awam melalui pembentukan gaji sebaris dengan mewujudkan lebih banyak mata gaji supaya penjawat awam terus mendapat kenaikan tahunan bagi tempoh yang lebih lama. Dengan itu, gaji maksimum bagi sesuatu gred adalah lebih tinggi daripada sekarang. Contohnya, jika di bawah SSM, bagi seorang guru pada gred DG48, gaji maksimum adalah 6,325 ringgit dan 39 sen, kelak, di bawah SBPA, gaji maksimum beliau akan meningkat 37.7 peratus kepada 8,710 ringgit. Bagi guru bukan siswazah pula, jika di bawah SSM kini, yang berada pada gred DG34, gaji maksimum adalah 3,860 ringgit dan 52 sen, kelak nanti, di bawah SBPA ia akan meningkat 39 peratus kepada 5,370 ringgit;

(3) Pada perutusan khas Hari Guru yang lalu, saya telah mengumumkan laluan kerjaya

perkhidmatan perguruan siswazah yang lebih baik. Tidak perlu lagi seperti dulu, seorang guru terpaksa menunggu sehingga 20 tahun untuk naik pangkat, sebaliknya sekarang, dalam skim baru mengikut time-based, seorang guru akan mendapat gred 44 pada tahun ke-8 dan gred 48 pada tahun ke-16. Bagi guru bukan siswazah, dari gred 29 kepada 32, jika mengikut sistem time-based sekarang, ia memakan masa 10 tahun, namun, di bawah SBPA hanya mengambil tempoh lapan tahun sahaja. Seterusnya pula, bagi kenaikan gred 32 ke 34, jika sekarang ini bergantung pada kekosongan, tetapi di bawah SBPA kelak, kaedah time-based lapan tahun turut diterima pakai; dan

(4) Kenaikan Gaji Tahunan tidak pernah disemak sejak 1991. Mulai tahun 2012, Kenaikan Gaji Tahunan penjawat awam akan ditingkatkan antara 80 hingga 320 ringgit mengikut gred. Di samping itu, bagi penjawat awam yang menerima opsyen ke SBPA, akan mendapat faedah kenaikan gaji, di antara 7 hingga 13 peratus.

Kerajaan sentiasa prihatin ke atas beban kewangan yang ditanggung oleh pesara. Dengan pelaksanaan SBPA, lebih 600 ribu pesara Kerajaan akan menikmati pelarasan pencen yang melibatkan peruntukan 600 juta ringgit. Mulai tahun 2013 nanti, Kerajaan akan melaksanakan kenaikan tahunan pencen pesara sebanyak dua peratus setahun tanpa perlu menunggu sebarang semakan sistem saraan atau pelarasan gaji.

5 SEBAB MENGAPA CUEPACS MINTA SBPA DITELITI ATAU MENOLAK SBPA

(1)Tiada Perbincangan yang dilakukan diantara pihak JPA dan Cuepacs dalam memtuskan skim baru ini. (2)Masa yang diberikan untuk Penjawat Awam memahami dan memilih SBPA adalah terlalu singkat.(3)Jabatan Perkhidmatan Awam dituntut agar memberi penerangan tentang kenaikan gred Penjawat Awam dan faedah yang akan diterima di bawah SBPA secara jelas.(4)Memperjelaskan tentang kenaikan 7-13% gaji Penjawat Awam dalam SBPA(5)Tiada sokongan yang jelas untuk 'exit policy'

Penyelesaian Isu ;

(30 Dis). - BERNAMA

Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) akan memberi faedah kepada penjawat awam menikmati kenaikan gaji dan jumlah pencen lebih baik berbanding Sistem Saraan Malaysia (SSM).

Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) Tan Sri Abu Bakar Abdullah berkata SBPA merupakan semakan semula, dan bukan penambaikan kerana skim gaji serta wang persaraan penjawat awam tidak disemak bagi satu tempoh yang lama.

“Sebagai contoh, sekiranya penjawat awam menerima SBPA sebelum tarikh tutup pada 15 Jan 2012, beliau akan menerima kenaikan gaji yang dikira bermula 1 Jan berbanding sekiranya penjawat awam enggan menerima skim baru tersebut,” katanya selepas diwawancara dalam program Helo Malaysia terbitan Bernama TV di Wisma Bernama malam Khamis.

Mengenai pindaan markah Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) daripada 75 peratus

kepada 65 peratus untuk kenaikan gaji, beliau berkata ia tidak menjadi masalah.

Kajian JPA menerusi Sistem Maklumat Pengurusan Sumber Manusia (HRMIS)mendapati hanya 0.4 peratus penjawat awam gagal mencapai LPNT yang ditetapkan bagi 2010, katanya.

Oleh itu, Abu Bakar berkata tidak timbul isu JPA menurunkan standard LPNT ekoran penurunan kepada 65 peratus kerana akhirnya prestasi penjawat awam akan dinilai pihak berkepentingan iaitu pelanggan dan rakyat.

Jumaat lepas, JPA bersetuju melanjutkan tarikh penerimaan tawaran opsyen SBPA bagi penjawat awam sehingga 15 Jan depan, bagaimanapun, tempoh penerimaan opsyen bagi umur persaraan pada 60 tahun kekal hari ini.

Soalan ;

1. Terima SBPA ni kena wajib opsyen pencen 60 tahun ke?

- Tak semestinya, kepada yang melapor diri pada 1 Jan 2012, opsyen 60 tahun diberi, namun boleh bersara awal 55/56/58 sekiranya punya alasan munasabah. Bayara pencen juga dibayar pada umur 55 tahun [walaupun bersara 60. Bayaran juga diselaraskan bagi penjawat lelaki dan perempuan]. Kepada yang di bawah skim SSB dan SSM dan nak tukar SBPA, opsyen diberi sama ada kekal pada umur saraan sebelum ini atau pilih 60 tahun SAHAJA tahun lain tak boleh.

2. Apa perbezaan jadual gaji SBPA dengan skim SSM, ada kenaikan ke?

- Gaji memang berbeza sama sekali. Seperti yang dibentangkan oleh PM pada pembentangan bajet 2012, ada kenaikan antara 7% – 13%. Jadual gaji masih berstatus “sulit” dan kebanyakan yang ditujukkan di laman² sosial adalah daripada slaid taklimat SBPA. Kebanyakan yang ditunjukkan adalah benar. Namun berbeza mengikut skim. – tak erlu risau, mana yang memilih SBPA, akan ada kenaikan pada gaji pada Januari nanti.

Jadual gaji juga adalah mendatar (sebaris) dan kebarangkalian untuk seseorang penjawat awam untuk sampai ke “dinding” adalah mustahil kerana selain tempoh T di dipanjangkan sedikit, ada kemungkinan pihak kerajaan akan membuat pelarasan gaji semula selepas setiap 3 tahun selepas ini.

Lain² persoalan utama: - Penjawat yang telah mendapat borang penukaran kepada SBPA ini perlu menyatakan

persetujuan [jika bersetuju] dalam tempoh bertenang 15 hari. Jika penjawat diluar negara dan tida mengetahui, boleh juga diberi borang SBPA [jika ingin mengisi] dan perlu memberi jawapan dalam tempoh 15 hari selepas menerima borang. Bagi yang telah mengetahui tetapi tidak mengisi surat persetujuan penukaran, akan dianggap kekal dengan skim SSM.

- Tempoh percubaan staf baru dipendekkan daripada 1-3 tahun kepada 6 bulan hingga 12 bulan.

- Gaji bagi pekerja berstatus kontrak juga akan diselaraskan semula berdasarkan skim SBPA ini.

- PTK digantikan dengan PROSPECT dan penjawat tidak memohon di bawah PROSPECT malah ditawarkan [ini untuk kenaikan pangkat.

- Penilaian tahunan seseorang akan dinilai bukan sahaja oleh pegawai atasan malah oleh pekerja bawahan dan juga rakan sekerja [yang lain].

- Penilaian yang kurang daripada 75% akan menyebabkan penjawat awam berkenaan diberikan kata dua melalui pelaksanaan EXIT POLICY [yang kini di bantah CUEPACS].

- Staf punya peluang diberikan kenaikan gaji [asalkan perform] dengan gaji akan melebihi gaji bosnya. – menarik!.

- Kursus induksi digantikan dengan Program Transformasi Minda dengan tempoh program dipendekkan daripada 3 minggu kepada 5 hari sahaja.

- Kepada yang telah lulus SKT dan menunggu untuk kenaikan gaji pada tahun hadapan, harap bersabar untuk menanti kata putus daripada JPA. Anda pasti risau tentang kenaikan gaji anda. Daripada apa yang aku dengar, kenaikan gaji [SSM] tak sama dengan SBPA. SBPA lagi menarik.

- Bagi pekerja lama, skim ini hanya tertakluk dan berpeluang kepada mereka yang masih berkhidmat pada 2 januari. Mana yang bersara pada 1 Januari 2012.

- Penjawat awam tidak perlu lagi pelepasan dengan izin jika hendak menukar agensi. - Penjawat awam juga diberi kebenaran untuk meninggalkan perkhidmatan awam dan

ke sektor swasta. Jika ingin ke sektor awam SEMULA adalah dibolehkan dan tempoh perkhidmatan sebelum itu juga akan dikira untuk tujuan persaraan [pencen]. – Ni pun CUEPACS tak setuju]

- Syarat kelayakan masuk ke perkhidmatan awam juga diperbaiki antaranya, BMI individu berkenaan mestilah dalam lingkungan “unggul”.

Kesimpulan ringkas: - SBPA ni sangat bermakna untuk pekerja baru. Sebab terus dapat gaji yang tinggi

bersama orang lama. Ada sesetengah kes, orang lama pun akan dapat tangga gaji yang sama dengan staf yang baru.

- Ada juga kes, orang lama pun ada kebaikannya [terutama yang dah langgar "dinding". Mereka ini punya peluang merasa kenaikan gaji, jika memilih skim SBPA ini.

- CUEPACS bantah sbelum ni pun sebab skim SBPA ni belum diterangkan secara jelas dan terperinci. Aku setuju juga, sesuatu yang belum jelas, tak kan kita nak bersetuju. Mungkin JPA boleh tambah baik proses selepas ini.

Apabila anda bersetuju untuk menerima tawaran SBPA, anda sebenarnya telah bersetuju untuk :

menggunakan Jadual Gaji Sebaris menggantikan Jadual Gaji Matriks yang digunakan dalam SSM. Dalam erti kata lain, mata gaji anda yang baru adalah mengikut susunan tangga dalam sebaris.

menerima kadar kenaikan gaji tahunan yang lebih menarik dan tinggi berbanding SSM seperti jadual di bawah. Namun, kenaikan gaji tahunan adalah berdasarkan penilaian prestasi perkhidmatan anda (markah LNPT). Anda mungkin tidak akan diberi kenaikan gaji tahunan sekiranya markah LNPT anda di bawah 70.

ditawarkan opsyen untuk melanjutkan umur persaraan sehingga 60 tahun (tapi sekiranya anda tidak berminat, anda boleh terus memilih umur persaraan 56 tahun atau 58 tahun mengikut SSM)

menerima 'dasar pemisah' di mana anda boleh memilih untuk bersara atau dibersarakan sekiranya prestasi anda adalah rendah (LNPT bawah 70) atau anda mempunyai masalah yang boleh menjejaskan kepentingan negara atau perkhidmatan. Namun, sekiranya prestasi anda rendah, anda tidak akan terus diberhentikan kerja. Sebaliknya, KPM akan menyiasat terlebih dahulu punca sebenar kenapa anda mendapat markah LPNT 69 dan ke bawah (a.k.a pegawai berprestasi rendah).

Banyak pihak mempersoalkan tentang perlaksanaan dasar pemisah atau exit policy kerana dasar ini diyakini tidak akan berlaku secara adil. Kerana apa?? Kerana instrumen penilaian yang diguna pakai oleh SBPA boleh dipersoalkan dan diragui ketelusannya. Instrumen penilaian yang digunakan ada tiga: kaedah pelbagai penilai (multi-rater), KPI dan LNPT.

Instrumen penilaian KPI (mengikut pemahaman penulis) adalah diguna pakai oleh Kumpulan Pengurusan Tertinggi. Sekiranya KPI yang disasarkan oleh mereka tercapai, mereka akan menikmati 5% hingga 15% kenaikan gaji tahunan daripada gaji pokok.

Katakanlah instrumen yang digunakan untuk Kumpulan Perlaksana (seperti guru) adalah LNPT (seperti yang dilaksanakan tahun ini). Pegawai penilainya adalah pengetua sekolah tersebut (manusia... yang mempunyai EMOSI yang boleh mempengaruhi ketelusan penilaian). Pegawai A menunjukkan prestasi yang benar-benar baik dalam perkhidmatannya namun beliau tidak sekepala dengan pengetua sekolah tempat beliau bertugas. Adalah tidak mustahil sekiranya Pegawai A akan mendapat markah LNPT di bawah 70 sekiranya pengetua tersebut berniat untuk menabur pasir ke periuk nasi Pegawai A. Oleh hal yang demikian, SBPA seharusnya dilengkapi dengan instrumen penilaian yang lebih efisyen bagi memastikan ketelusan perlaksanaannya tidak dimanipulasi oleh pihak-pihak tertentu yang berkepentingan.

Istilah penting :

Dasar Pemisah (Exit Policy) Bagi memastikan kecemerlangan penyampaian Perkhidmatan Awam, Kerajaan memperkukuhkan dasar pemisah dengan mengambil tindakan tegas untuk mengeluarkan pegawai berprestasi rendah dan bermasalah. Dasar ini juga menyediakan laluan keluar bagi pegawai berprestasi yang tiada peluang kemajuan kerjaya serta pegawai yang menghadapi masalah kesihatan yang menjejaskan keupayaannya untuk menjalankan tugas.

1.2 : LINUS & PROTIM

PROGRAM LINUS & PROTIM

APA MAKSUD PROGRAM LINUS?

Akronim kepada perkataan LI (Literasi), NU (Numerasi) dan S (Screening – Saringan). Jadi maknanya Program Saringan Literasi dan Numerasi.

Program ini dirancang dan dibentuk sebagai penambahbaikan program sedia ada (KIA2M), memastikan semua murid Tahun 1 pada 2010menguasai asas membaca, menulis dan mengira pada akhir tahun 3 menjelang Tahun 2011.

DEFINISI LITERASI

Keupayaan untuk membaca, menulis dan memahami perkataan dan ayat serta mengaplikasikan pengetahuan tersebut dalam pembelajaran dan komunikasi harian.

KEMAHIRAN ASAS LITERASI

TAHUN 1 – Boleh membaca, menulis dan memahami minima 500 patah perkataan dan ayat mudah.TAHUN 2 – Boleh membaca, menulis dan memahami minima 800 patah perkataan dan ayat mudah menggunakan kata sendi.TAHUN 3 – Boleh membaca, menulis dan memahami minima 1000 patah perkataan dan ayat mudah dengan kata sendi dalam satu perenggan.

DEFINISI NUMERASI

Keupayaan untuk melakukan operasi asas matematik dan memahami idea matematik yang mudah serta mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran matematik dalam kehidupan harian.

KEMAHIRAN ASAS NUMERASI

TAHUN 1- Kemahiran : Membaca, menulis dan mengira mengikut turutan nombor hingga 50.- Operasi asas : Faham fakta asas tambah dan tolak- Aplikasi : Mengira wang hingga RM 10, memahami masa dan ukuran asasTAHUN 2- Kemahiran : Membaca, menulis dan mengira turutan nombor hingga 100- Operasi asas : Faham fakta asas tambah, tolak, darab dan bahagi-Aplikasi : Mengira wang hingga RM 50, memahami waktu dalam jam dan mengukur panjang/pendek objekTAHUN 3- Kemahiran : Membaca, menulis dan mengira mengikut turutan nombor hingga 1000.- Operasi asas : Faham fakta asas tambah, tolak, darab dan bahagi- Aplikasi : Mengira wang hingga RM 100, memahami waktu dalam jam dan minit serta mengukur objek dalam unit piawai

LINUS

Semua murid yang tidak mempunyai masalah pembelajaran berkeupayaan untuk menguasai asas literasi dan numerasi selepas tiga tahun mengikuti pendidikan rendah pada akhir 2012

Terdiri dari guru Bahasa Malaysia dan guru Matematik serta dibantu oleh Guru Pemulihan

KIA2M (2006) memfokuskan kepada Tahun 1 sahaja. Tahun 2 dan 3 dibawah kendalian guru pemulihan

PROTIM memfokuskan pada Tahap 2 yang dirasakan terlalu lewat dalam usaha memulihkan kemahiran literasi dan numerasi

LATAR BELAKANG * Satu daripada National Key Result Area (NKRA) “semua murid yang tidak mempunyai masalah pembelajaran berkeupayaan untuk

menguasai asas literasi dan numerasi selepas tiga tahun mengikuti pendidikan rendah pada akhir 2012”.

(NKRA = Bidang Keberhasilan Utama Negara) * Mula dilaksanakan pada tahun 2010 melibatkan murid Tahun 1 di sekolah rendah

(Kohort Pertama). * Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK) telah dipertanggungjawabkan untuk

menerajui usaha mengatasi masalah literasi dan numerasi dalam kalangan murid sekolah rendah.

Rasional * Program pemulihan untuk murid Tahun 2 dan 3 yang dikendalikan oleh guru

pemulihan khas di sekolah masing-masing.

* Program Pemulihan Asas Kemahiran Membaca, Menulis dan Mengira (PROTIM) untuk murid Tahap II.

Masalah murid (yang tidak mempunyai masalah pembelajaran) yang belum menguasai kemahiran asas M3 dengan baik masih belum dapat diatasi sepenuhnya walaupun KPM telah melaksanakan pelbagai program pemulihan. Antaranya:

Program-program yang dilaksanakan tidak gagal tetapi tidak dapat memenuhi kehendak NKRA.

* KPM berpendapat suatu pendekatan yang bersepadu perlu dilaksanakan supaya masalah 3M dapat dikesan dan dipulihkan seawal Tahap I. Perkara ini perlu diberi perhatian yang serius kerana murid yang belum menguasai kemahiran asas 3M merupakan kumpulan yang berisiko keciciran dan sukar memenuhi keperluan melanjutkan pelajaran dan kerjaya.

* Program alternatif yang dirangka merupakan suatu program yang bersepadu untuk murid yang tidak mempunyai masalah pembelajaran Tahun 1, 2 dan 3 (Tahap I) menguasai kemahiran asas literasi dan numerasi. Program ini dinamakan Program Saringan Literasi dan Numerasi (LINUS).

Matlamat LINUS - Celik huruf - Celik nombor

Strategi Pelaksanaan Di Sekolah Program LINUS ini wajib dilaksanakan di semua SK, SJKC, SJKT dan SABK. Terdapat 3 peringkat saringan bagi setiap tahun (Tahun 1, 2, 3): Saringan 1 (Mac) Saringan 2 (Jun) Saringan 3 (September) Semua murid Tahun 1 akan menduduki ujian LINUS Saringan 1 untuk menilai tahap

penguasaan kemahiran asas mereka pada awal tahun setiap tahun. Dikendalikan oleh guru BM/Matematik/Pemulihan. Instrumen dibina dalam dwi bahasa iaitu BM-BI, BC-BI, BT-BI.

PROTIM ( PROGRAM PEMULIHAN 3M)

PROTIM adalah satu program ‘pembangunan’ yang dilaksanakan ke atas murid tahun 4, 5 dan 6 di setiap sekolah di mana murid-muridnya menghadapi masalah penguasaan asas membaca, menulis dan mengira atau lebih dikenali dengan masalah 3M. Sebelum PROTIM diperkenalkan, Guru Pemulihan bertanggungjawab sepenuhnya mengajar murid yang ‘bermasalah’ ini.

PROTIM pula adalah sebahagian daripada sejarah hidup Program PEMULIHAN. PROTIM mempunyai maksud dan tujuan yang sama dengan PEMULIHAN.

Aras modul dalam program PROTIM ini sedikit berbeza dengan aras modul dalam program PEMULIHAN. Ini kerana modul PROTIM melibatkan penguasaan sistem bahasa. Gambar masih menjadi pilihan utama dalam modul ini untuk membantu pemahaman murid. Berbanding program PEMULIHAN, program PROTIM mahukan murid menyelesaikan banyak latih tubi dalam satu-satu masa yang ditetapkan.

Aras soalannya sederhana sukar kerana kebanyakan murid dalam program PROTIM sudah menguasai asas 3M. Murid dalam program PROTIM sudah ramai yang tahu membaca. Cuma yang menjadi masalah adalah, murid seringkali melakukan kesilapan semasa menulis.

Gambar yang sepatutnya ditulis sebagai : SELIPAR murid tulis SIPE LOCENG ditulis LONCENG SELUAR ditulis SUAR dan banyak lagi.

Sesetengah sekolah melaksanakan PROTIM dalam dua sesi iaitu, pagi sebelum rehat untuk mata pelajaran Bahasa Melayu dan selepas rehat untuk mata pelajaran Matematik.

Kedua-dua program ini akan ‘melepaskan’ murid mereka setelah didapati cemerlang dalam ujian penilaian yang dijalankan. Semoga, coretan ini dapat memberi maklumat berguna untuk semua.

PROTIM dilaksanakan di sekolah bagi murid yang juga menghadapi masalah 2M dalam kategori aras rendah. Sasaran program PROTIM ini adalah untuk murid tahun 4, 5 dan 6 pada mulanya. Di bawah modul yang sama, murid dikehendaki menjalani satu ujian ‘tapisan’. Murid yang gagal mencapai sekurang-kurangnya 90 daripada 100 markah akan terlibat dalam program PROTIM ini. PROTIM bagi Tahun 6 pula dijalankan selepas murid-murid selesai menduduki peperiksaan UPSR.

1.3 : Tonggak 12

Tonggak Dua Belas

Penjawat-penjawat awam yang beretika dan bermoral tinggi dapat membantu kerajaan bagi mencapai Wawasan 2020. Lanjutan dari itu kerajaan telah mengetengahkan kepentingan dua belas nilai dan norma-norma kerja yang dikenali sebagai Tonggak Dua Belas.

1. Menghargai Masa2. Ketekunan Membawa Kejayaan3. Keseronokan Bekerja4. Kemulian Kesederhanaan5. Ketinggian Peribadi6. Kekuatan Sifat Baik Hati7. Pengaruh Teladan8. Kewajipan Menjalankan Tugas9. Kebijaksanaan Berhemat10. Keutamaan Kesabaran11. Peningkatan Bakat12. Nikmat Mencipta-------------------

1. Menghargai Masa

Amalan Positif -Menepati Masa-Menyengerakan Tugas-Mempunyai Perancangan Waktu-Bijak Menguruskan Masa Yang Diberi-Menumpukan Masa kepada Kerja Produktif-Menetapkan Target Date

-Menyelesaikan Tugas Dalam Masa Yang Ditetapkan

Amalan Negatif -Berbual-bual Kosong-Tidak Menyenggarakan Tugas-Tidak Merancangkan Pekerjaan-Melayan Tetamu Yang Tidak Berkenaan-Tinggalkan Pejabat Untuk Urusan Peribadi-Berniaga di Waktu Pejabat-Ke Kantin Waktu Bertugas-Tiada Sence Of Urgency-Tidak Merancang Pekerjaan-Membuat Kerja Peribadi Di Pejabat-Tidak Peka Kepada Pembaziran Masa

2. Ketekunan Membawa Kejayaan

Amalan Positif - Gigih, Rajin, Tekun, Sabar, Berdisiplin, Cekal dan bersemangat dalam melaksanakan sesuatu tugas yang diarahkan walaupun menghadapi banyakrintangan.- Bercita-cita tinggi- Sanggup berkorban

Amalan Negatif -Mudah tersinggung-Mudah putus asa-Tidak bercita-cita tinggi-Disuruh buat baru buat-Kurang berdisiplin-Tidak bersemangat-Tiada inisiatif-Suka bertangguh

3. Keseronokan Bekerja

Amalan Positif -Menggap kerja sebagai ibadat-Mempunyai Inisiatif sendiri-Menghasilkan sesuatu yang berfaedah-Sedia memberi kerjasama

Amalan Negatif -Menganggap kerja sebagai beban-Tidak diberi masa yang cukup-Tidak diberi tanggungjawab yang mencabar-Tidak dipercayai dan selalu dicurigai-Hanya menunggu arahan sahaja.

4. Kemulian Kesederhanaan

Amalan Positif -Tidak tamakkan pangkat dan kedudukan-Tidak membazir dalam perbelanjaan pejabat-Merendah diri-Mesra dalam pergaulan-Tidak memperagakan kemewahan-Sedia menerima cadangan dan nasihat

Amalan Negatif -Menonjol-nonjolkan diri-Berlakuan mengada-ngada-Berlebih-lebihan mengampu ketua-Memperagakan kemewahan dan kedudukan-Sombong dan meninggi diri-Membesarkan perkara kecil

5. Ketinggian Peribadi

Amalan Positif -Tertib dan baik budi bicara-Berilmu dan berpengetahuan luas-Berlumba-lumba membuat kebajikan-Bersopan-santun dan sederhana dalam kelakuan-Bekerjasama dan saling hormat-menghormati-Bertanggungjawab -Bersih dari sifat dengki

Amalan Negatif -Sombong dan suka menunjuk-nunjuk-Sukar untuk membuat kebajikan-Mengumpat dan memfitnah rakan sejawat-Tamak mengejar pangkat dan kedudukan-Menghina dan merendahkan usaha orang lain-Hasad dengki-Berpura-pura dalam tindakan-Pemarah dan tidak sabar

6. Kekuatan Sifat Baik Hati

Amalan positif -Pemaaf dan berhemah tinggi-Ikhlas dan bertimbang rasa-Simpati kepada kesusahan dan masalah orang lain-Pemurah dalam usaha kebajikan-Ramah,berbudi mulia-Dan berkerjasama-Boleh menerime teguran

Amalan Negatif -Kasar dan kurang sopan

-Berdendam-Bermuka-muka-Mudah buat kritikan tetapi tidak boleh menerima kritikan-Suka hina dan caci orang-Sombong & penting diri sendiri-Cepat menuduh dan menghukum tanpa siasatan

7. Pengaruh Teladan

Amalan Positif -Bermoral dan berakhlak tinggi-Tertib dan beradap sepanjang masa-Rajin dan kuat kerja-Amanah dan bertanggungjawab-Berbudi mulia serta merendahkan diri-Gemar da cintakan ilmu yang bermanafaat

Amalan Negatif -Buruk perangai-Jahil dan tidak suka membaca-Dengki dan buruk sangka-Mempersendakan agama-Kedekut-Suka mencari helah untukmengelak tanggungjawab-Sensitif dan pemarah

8. Kewajipan Menjalankan Tugas

Amalan positif -Sentiasa bertangungjawab terhadap tugas yang diberi-Tekun dan sabar menjalankan tugas-Boleh di harap untuk menyempurnakan tugas-Mementingkan kualiti-Bersikap profesional dan cekap-Cepat,cermat dan berdisiplin-Inisiatif

Amalan Negatif -Tidak boleh diharapkan-Suka bangkang dan berdalih apabila diberi tugas-Tidak bersungguh-sungguh-Tidak peka kepada kualiti-Tidak taat kepada arahan-Selalu buat silap-Tidak ikut peraturan-Suka bertangguh

9.Kebijaksanaan Berhemat

Amalan Positif -Berhati-hati apabila berbelanja-Mengadakan sistem kewangan yang berkesan-Tidak membazir harta kerajaan datangnya dari rakyat-Bertanggungjawab keatas setiap perbelanjaan-Tahu membezakan antara keperluan dengankemewahan

Amalan Negatif -Boros dan suka membazir-Tidak cermat dengan harta kerajaan-Kurang peka dan bakhil kepada keperluan awam-Suka berbelanja besar tidak kena pada tempatnya-Bermewah dengan harta kerajaan-Memperaga kehebatan dan kemewahan

10. Keutamaan Kesabaran

Amalan Positif * Tenang menghadapi masalah rumit* Mempunyai perhitungan jauh* Tahan menerima cabaran* Tidak putus asa* Pemaaf dan berhemah tinggi* Cermat dalam tutur kata

Amalan Negatif * Cepat mengalah* Berpandangan sempit* Tidak tahan menghadapi kesusahan* Tidak sanggup berkorban* Takutkan cabaran* Selalu mengubah pendirian dan keputusan

11. Peningkatan Bakat

Amalan Positif -Memberi dorongan terhadap kreativiti-Memberi pengiktirafan kepada usaha-usaha orginal-Mengalakkan pencambahan fikiran-Memberi galakan kepada pemikiran baru-Berani mencuba idea-idea baru-Mengenal dan memupuk bakat yang ada-Menyediakan persekitaran yang dapat melahirkan idea-idea baru

Amalan Negatif * Tidak memberi galakan dan menyekat pemikiran baru* Tidak menghargai bakat yang ada* Memperkecilkan usaha orginal* Berpuashati dengan tahap bakat yang ada

12. Nikmat Mencipta

Amalan Positif * Berani mencuba* Sentiasa mencari idea baru dalam menyelesaikanmasalah* Gembira melihat wujudnya idea dan kaedah baru dalam pentadbiran* Sentiasa dalam cabaran intelektual* Merasa puas kerana sesuatu idea atau cadangan dapat dilaksanakan dan dimanafaatkan

Amalan Negatif * Takut menemui kegagalan* Memandang remeh usaha orang lain* Berpuashati dengan kedudukan yang sedia ada* Pemikiran tidak dinamik* Tidak suka pembaharuan* Tidak sabar dalam penciptaan baru —

1.4 : PPSMI

(PPSMI) Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris

Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) ialah nama rasmi bagi satu dasar pendidikan Malaysia yang menetapkan bahasa Inggeris menggantikan bahasa kebangsaan/ibunda sebagai bahasa perantara mata pelajaran Sains dan Matematik di semua peringkat pendidikan. Dasar PPSMI sering menjadi isu perdebatan yang hangat semenjak dilaksanakan oleh pentadbiran Tun Dr Mahathir bin Mohamad pada tahun 2003.Akhirnya pada 8 Julai 2009 dasar ini akan dimansuhkan sepenuhnya pada tahun 2012 seperti yang diumumkan oleh Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin setelah kajian mendalam dilakukan.

Sejarah perlaksanaan

PPSMI telah termaktub sebagai keputusan dasar kerajaan Malaysia hasil daripada Mesyuarat Khas Jemaah Menteri pada 19 Julai 2002 di bawah pentadbiran Perdana Menteri Malaysia ke-4, Tun Dr Mahathir bin Mohamad. Mengikut Kementerian Pelajaran Malaysia, ia dilaksanakan secara berperingkat, bermula pada sesi persekolahan tahun 2003 dengan perintisnya ialah semua murid Tahun 1 untuk peringkat Sekolah Rendah dan Tingkatan 1 serta Tingkatan 6 Rendah untuk peringkat Sekolah Menengah. Pelaksanaan penuh PPSMI ialah pada tahun 2007 untuk peringkat Sekolah Menengah sementara peringkat Sekolah Rendah ialah pada tahun 2008.Objektif

Menurut penerangan mengenai dasar PPSMI di laman web Kementerian Pelajaran Malaysia[3]:

Rasional kepada peralihan bahasa pengantar dalam pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik daripada bahasa Melayu kepada bahasa Inggeris adalah atas dasar keprihatinan kerajaan terhadap pembangunan sumber tenaga manusia untuk mencapai taraf negara maju dan persiapan dari peringkat awal persekolahan untuk bersaing dalam era globalisasi.

Umum mengetahui bahawa sains dan matematik adalah bidang yang menjadi asas dan berperanan penting dalam kemajuan dan pembangunan sesebuah negara. Pelbagai inovasi dan penemuan baru dalam bidang ini berlaku dengan pantas dan capaian maklumat mengenai perkembangan dalam bidang ini banyak terdapat dalam bahasa Inggeris.

Selain itu, bahasa Inggeris adalah bahasa hubungan antarabangsa dan penguasaan dalam bahasa ini memudahkan perolehan ilmu dalam bidang ini.

Ketika mencadangkan dasar ini, Tun Dr Mahathir berpendapat bahawa Malaysia makin ketinggalan dalam arus globalisasi, dan diharapkan dasar ini memberi kelebihan kompetitif kepada negara, mencontohi kejayaan Singapura dan India yang semakin melangkah ke depan kerana kebiasaan dengan bahasa Inggeris.[4]

Pelaksanaan

PPSMI dilaksanakan kepada masukan pelajar Tahun 1 dan Tingkatan 1 pada tahun persekolahan 2003; pelajar-pelajar lain pula tidak terlibat, sebaliknya meneruskan pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa perantara lama. Bahan-bahan pembelajaran PPSMI berbentuk pakej yang terdiri daripada komponen-komponen berikut:

Buku Teks (Textbook): Buku Teks disediakan untuk murid sebagai sumber asas mendapatkan pengetahuan tentang konsep dan kemahiran dalam pembelajaran sains dan matematik.

Buku Latihan dan Aktiviti (Activity Book): Buku Latihan dan Aktiviti (BLA) disediakan untuk murid bagi mengukuhkan kefahaman konsep dan penguasaan kemahiran sains dan matematik yang telah dipelajari daripada buku teks. BLA membekalkan soalan latihan dan aktiviti yang dapat dilaksanakan oleh murid. BLA adalah komponen Pakej Buku Teks Sains dan Matematik Tahap Satu sahaja.

Buku Panduan Guru (Teacher's Guide): Buku Panduan Guru disediakan untuk guru sebagai sumber rujukan dan panduan supaya memudahkan guru merancang dan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran secara berkesan. Buku panduan ini juga membantu guru mengemaskini dan meningkatkan pengetahuan sains dan matematik serta merangsang kreativiti guru dalam P&P. Buku Panduan Guru adalah komponen Pakej Buku Teks Sains dan Matematik untuk Tahap Dua serta Pakej Buku Teks Matematik Tahun Satu.

MyCD (Pupil's CD-ROM): MyCD ialah CD-ROM untuk murid yang bertujuan mengukuhkan kefahaman murid berkaitan konsep sains dan matematik yang telah mereka pelajari melalui persembahan multimedia. Kandungan MyCD adalah Latihan dan Aktiviti secara interaktif, permainan, simulasi dan e-ujian.

CD-ROM Guru (Teacher's CD-ROM): CD-ROM Guru bertujuan membantu guru dalam merancang dan melaksanakan P&P sains dan matematik. Antara kandungan di dalam CD-ROM Guru ialah strategi P&P, bank soalan, aktiviti tambahan dan senarai URL yang relevan dengan pendidikan sains dan matematik. CD-ROM Guru adalah komponen Pakej Buku Teks

Sains dan Matematik untuk Tahap Satu sahaja.

Buku Amali Sains (Science Practical Book): Buku Amali Sains diterbitkan untuk memastikan mata pelajaran Sains diajar secara amali dan bukan hanya secara teori. Selain itu, daya pemikiran dan kreativiti murid dapat dikembangkan melalui amali serta menimbulkan minat murid terhadap Sains. Buku Amali Sains adalah komponen Pakej Buku Teks Sains untuk Tahap Dua sahaja.

Buku Glosari: Buku Glosari Sains dan Matematik adalah bahan rujukan guru dan murid untuk mengenal sesuatu istilah melalui definisi dan penggunaan istilah tersebut dengan lebih tepat.

Bagi perlaksanaan pada sekolah-sekolah jenis kebangsaan (Cina) setelah bantahan dibuat oleh Dong Jiao Zong satu kompromi oleh Majlis Tertinggi Barisan Nasional, satu formula “2-4-3” telah dilaksanakan mulai tahun 2003 untuk Tahap I dengan menggunakan bahasa Inggeris dan bahasa Cina secara serentak dalam pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik, manakala bagi Tahap II, formula “6-2-3-2” telah dilaksanakan mulai tahun 2006 untuk tujuan tersebut.[5]

Hasil dan reaksi

Sejak pelaksanaannya lagi, PPSMI banyak menghadapi pembidasan dan tentangan berkenaan idea dan pelaksanaannya dari pelbagai pihak termasuk ahli politik, akademik, ibu bapa dan pelajar sendiri. Antara isu-isu yang diketengahkan pihak-pihak tersebut termasuklah kesukaran murid-murid mengikuti pelajaran dan guru-guru menyesuaikan diri kepada perubahan bahasa perantara, serta kesannya terhadap penguasaan bahasa ibunda murid-murid, terutama di peringkat sekolah rendah.

Kanak-kanak lebih cepat belajar dalam bahasa ibunda, oleh itu kanak-kanak yang bahasa ibundanya bukan bahasa Inggeris (luar bandar) akan ketinggalan berbanding kanak-kanak yang bahasa ibundanya merupakan bahasa Inggeris. Sekiranya perkara ini berlaku pada peringkat memahami konsep, ini memberi kesan kepada kanak-kanak tersebut, tidak dapat mengikuti peringkat pembelajaran seterusnya dengan baik, menjadikan mereka sentiasa keciciran berbanding rakan-rakan berbahasa Inggeris mereka. [6]

Sokongan terhadap perlaksanaannya juga bergantung kepada bahasa ibunda/harian yang digunakan. Dengan itu pembaca akhbar Inggeris yang cenderung menggunakan bahasa Inggeris dalam pertuturan harian menyokong perlaksanaannya, sementara pembaca akhbar berbahasa Tempatan (Akhbar Melayu, India dan Cina) yang bahasa ibunda bukan bahasa Inggeris cenderung membantah perlaksanaannya.

Prestasi akademik Peperiksaan

Pada tahun 2007, kelompok pelajar sekolah menengah pertama yang melalui PPSMI mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia. Keputusan rasmi memperlihatkan peningkatan, khususnya bagi mata pelajaran berkenaan ilmu sains dan matematik. Menurut pemangku Pengarah Jabatan Pendidikan Johor, Ramlan Sariman, mata pelajaran Biologi menunjukkan peningkatan kelulusan sebanyak 4.87% (91.45%-96.32%), Matematik

Tambahan 6.81% (68.61%-74.76%), Fizik 8.76% (94.87%-97.63%), Matematik 1.04% (77.61%-78.65%) dan Sains Tambahan 4.29% (86.25%-90.54%), sekaligus membuktikan bahawa bahasa perantara bukan penghalang dalam kejayaan dalam pelajaran peringkat menengah.[7]

Pada tahun 2008, 518,616 pelajar sekolah rendah perintis PPSMI menduduki Ujian Penilaian Sekolah Rendah. Para pelajar diberi pilihan menjawab soalan Sains dan Matematik dalam Bahasa Malaysia, Inggeris, Cina atau Tamil atau lebih dari satu bahasa tersebut. Pada 13 November, keputusan rasmi dilaporkan mencatatkan hasil yang menggalakkan dari segi penggunaan Bahasa Inggeris dalam matapelajaran sains dan matematik. Ketua Pengarah Pendidikan Datuk Alimuddin Mohd Dom dilaporkan berkata, 159,234 orang murid (31% dari keseluruhan pelajar) menjawab kertas Sains dalam bahasa Inggeris sementara untuk kerta Matematik, bilangannya adalah 238,153 orang (46%).[8] Walau bagaimanapun, keputusan ini dipertikaikan oleh sesetengah pihak. Menurut Presiden Kesatuan Guru-guru Semenanjung Malaysia, Mohd Sabri Mohd Arshad, "sebanyak 31.1 peratus murid-murid yang menguasai pembelajaran itu khususnya subjek sains ataupun matematik adalah dari kalangan mereka yang tinggal di bandar dan mempunyai latar belakang keluarga berpendidikan. Mereka yang tinggal di luar bandar masih lagi menggunakan bahasa ibunda, maka memberi kesan kepada jurang perbezaan yang jauh," di samping menggesa kerajaan memperkasakan Bahasa Inggeris itu sendiri dengan menambahkan waktu pembelajaran selaras dengan subjek bahasa lain.[9]

Kaji selidik akademik

Kajian Permuafakatan Badan Ilmiah Nasional (Pembina)

Kajian "Tahap Kompetensi Guru dalam PPSMI serta Implikasinya terhadap Pembangunan Modal Insan Murid" mendapati dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) membantutkan tahap kecerdasan murid serta merugikan generasi akan datang. Kajian ini mendapati PPSMI hanya mampu menunjukkan peningkatan minimum kepada penguasaan bahasa Inggeris sebanyak empat peratus dan pada masa yang sama mengurangkan minat untuk mempelajari subjek Sains dan Matematik.[10]

Kajian oleh Permuafakatan Badan Ilmuah Nasional ini menggunakan kepakaran 53 pakar bahasa dan melibatkan tujuh universiti awam dibuat pada Jun hingga Disember 2008. Antara universiti terlibat termasuklah Universiti Putra Malaysia, Universiti Teknologi Malaysia, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Universiti Sains Malaysia dan Universiti Teknologi Mara.[11]

Kos kajian adalah sebanyak RM470,000, melibatkan 15,089 orang daripada pelbagai jenis dan aliran sekolah dari pelbagai kawasan perbandaran seluruh negara. Seramai 553 guru termasuk pengetua, guru besar dan penolong kanan sekolah turut dipilih sebagai sampel bagi kajian yang dijalankan selama tujuh bulan.

Antara hasil kajian juga mendapati PPSMI:

menimbulkan kerugian berganda kepada kepada murid, terutama kepada 75 peratus murid yang tergolong dalam kategori (pencapaian) sederhana dan lemah dalam tiga mata pelajaran terbabit, Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik.PPSMI telah dan akan membunuh minat, semangat dan keghairahan murid-murid untuk belajar Sains dan Matematik sejak di peringkat

sekolah rendah lagi.

Hasil kajian merumuskan PPSMI harus ditamatkan dan mengembalikan sistem pengajaran sebelum dasar itu diperkenalkan pada 2003. Laporan eksekutif kajian ini diedarkan buat pertama kali kepada umum di Kongres Kebudayaan Melayu Kedua anjuran Gabungan Persatuan Penulis Nasional (Gapena), Persatuan Sejarah Malaysia, Jabatan Kebudayaan dan Keseniaan Negara dan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) di Kuala Lumpur pada 18 Mac 2009.[sunting] Kajian Trends in International Mathematics and Science Study (TIMSS 2007)

Kajian antarabangsa yang dinamakan Trends in International Mathematics and Science Study (TIMSS 2007)[12] dibuat oleh Sekolah Pendidikan Lynch, Boston College, Chestnut Hill, Massachusetts, Amerika Syarikat. Kajian penting ini walaupun tidak merujuk secara khusus kepada dasar PPSMI tetapi ia mengenai pencapaian matematik dan sains (pelajar Gred 8 atau Tingkatan 2) yang membabitkan 59 negara termasuk Malaysia pada tahun 2007.[13]

Hasil kajian menunjukkan skor purata pencapaian pelajar Malaysia dalam matematik dan sains merosot dengan ketara. Skor matematik 2007 merosot kepada 474 mata berbanding 508 mata pada 2003 dan 519 bagi 1999, iaitu penurunan sebanyak 34 mata. Skor sains pula merosot kepada 471 mata pada 2007 daripada 510 pada 2003 dan 492 bagi kohort 1999. Ini mencatatkan penurunan 40 mata antara 2007 dan 2003.

Kemerosotan skor purata pencapaian pelajar Malaysia sebanyak 34 mata bagi matematik dan 40 mata bagi sains adalah besar, mengikut laporan itu dan terbesar sekali di kalangan 59 negara itu. Antara hasil kajian, didapati hanya dua peratus pelajar Malaysia tergolong dalam kategori Advanced Benchmark Matematik dalam TIMSS 2007 berbanding enam peratus pada 2003.

Bagi kategori Highbench Mark (skor 550), peratus dalam kategori ini merosot kepada 18 peratus pada 2007 daripada 30 peratus pada 2003. Dalam Intermediate Benchmark (skor 475) pula merosot daripada 71 peratus dalam 2003 kepada 50 peratus bagi 2007. Penurunan Malaysia adalah paling ketara berbanding negara lain.

Berdasarkan perbandingan dengan negara lain, peratus pelajar Malaysia dalam ketiga-tiga kategori matematik juga merosot. Dalam kategori Advanced Benchmark Mathematics TIMSS 2007, hanya dua peratus pelajar Malaysia berada dalam kategori ini berbanding Taiwan (45 peratus), Korea (40 peratus), Singapura (40 peratus), Jepun (26 peratus), Hungary (10 peratus), England dan Russia (lapan peratus), Amerika Syarikat (enam peratus) dan Serbia (lima peratus).

Dalam kategori 'High Benchmark 550' Matematik, hanya 18 peratus pelajar Malaysia tergolong kategori ini, berbanding Taiwan dan Korea (71 peratus), Singapura (70 peratus), Jepun (61 peratus) England (35 peratus), Hungary 36 (peratus), Russia (33 peratus), Amerika Syarikat (31 peratus), Australia dan Serbia (24 peratus) dan Romania (20 peratus). Secara bandingan dengan negara lain, peratus pelajar Malaysia yang tergolong dalam ketiga-tiga kategori pencapaian sains juga merosot secara mendadak.

Laporan TIMSS mengenai faktor yang dikaitkan dengan pencapaian matematik dan sains ialah di kebanyakan negara mendapati pelajar belajar matematik dan sains dalam bahasa keluarga (home language) puratanya lebih tinggi pencapaian ujian TIMSS berbanding pelajar

yang belajar kedua-dua mata pelajaran ini dalam bukan bahasa keluarga atau bahasa kedua/asing.

Hasil kajian TIMSS ini menunjukkan wujud hubungan rapat antara proses pembelajaran matematik dan sains dalam bahasa asing, selain bahasa ibunda dengan kelemahan dalam prestasi subjek berkenaan. Semua negara dalam kajian TIMSS 2007 yang pelajarnya mengguna bahasa keluarga dalam pembelajaran Matematik dan Sains di sekolah seperti Taiwan, Korea, Jepun, Singapura, England dan Romania mencapai skor yang tinggi.

Kajian Prof Dr Nor Hashimah Jalaludin

Satu kajian telah dilakukan oleh Prof Dr Nor Hashimah pada tahun 2004 menunjukkan 75% pelajar setuju belajar Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris mendatangkan masalah pemahaman dan 77% setuju bahawa bahasa Melayu mampu menyampaikan Sains dan Matematik dengan berkesan. Kajian sama yang dibuat ke atas guru pula mendapati 96% guru setuju pelajar semakin kurang minat dalam Sains dan Matematik diajar dalam bahasa Inggeris dan 98% guru setuju pelajar mempunyai masalah memahami Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris. Sampel bagi kajian ini adalah seramai 971 orang pelajar bumiputera dan bukan bumiputera dalam aliran kebangsaan dan jenis kebangsaan di bandar dan luar bandar. Sementara bagi guru ia melibatkan 43 orang guru yang berpengalaman mengajar 1 hingga 20 tahun berumur melebihi 25 tahun pada tahun kajian dibuat.[14]Kajian UPSI

Pihak Universiti Pendidikan Sultan Idris menerbitkan hasil kajian mengenai kesan dasar PPSMI pada April 2008, berasaskan tiga kali tinjauan soal selidik dan ujian terhadap murid-murid Tahun Lima, iaitu pada bulan-bulan Februari 2007 (sampel bersaiz 1564 orang) dari 27 buah sekolah rendah; Julai 2007 (636 orang) dari 13 buah sekolah; dan Januari 2008 (1703 orang) dari 28 buah sekolah. Menurut abstrak kajian tersebut[15]:

“     Lebih 80% murid menyatakan yang guru Matematik dan Sains mereka mengguna campuran Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia untuk mengajar kedua-dua mata pelajaran ini. Purata lebih 70% murid menyatakan mereka ‘tidak faham/kurang faham’ pengajaran guru Matematik dan dan 80% Sains dalam Bahasa Inggeris, dan mereka ‘sukar/agak sukar’ mempelajari kedua-dua mata pelajaran ini. Prestasi murid dalam Ujian Matematik dan Sains rendah, terutama item-item yang memerlukan murid membaca arahan dalam Bahasa Inggeris dan ‘menyelesaikan masalah’. Bagi kohort Januari 2008 skor min Matematik 7.89 daripada skor maksimum 20.0; dan skor min Sains hanya 4.08 daripada maksimum 14.00. Skor min Bahasa Inggeris juga rendah iaitu 11.87 daripada skor maksimum 31.0. Kelemahan ini nyata sekali di kalangan murid Melayu dan murid Orang Asli, berbanding murid Cina dan India. … Dapatan dari kajian-kajian ini menunjukkan objektif asal dasar PPSMI tidak tercapai, bahkan negatif: ia menyusah dan melemahkan lagi pembelajaran Matematik dan Sains pelajar, dan terlalu sedikit meningkatkan pembelajaran Bahasa Inggeris pelajar.     ”

Kajian ini turut menerima bidasan oleh sesetengah pihak kerana kajiannya yang tidak kurang kepincangannya. Antara kelemahan utama yang ditekankan adalah: kelemahan guru berbahasa Inggeris dikaitkan dengan kegagalan dasar padahal ini masih boleh dibaiki; kekurangan analisa statistik dalam data yang memerlukan sampel terlibat dibahagi mengikut latar belakang sekolah dan murid; ketiadaan kelompok kawalan sebagai alat perbandingan statistik untuk mengukuhkan hujahnya, memandangkan semua sekolah mengajar dalam bahasa Inggeris[16]; perbandingan hasil soalan berbahasa Inggeris dan soalan berbahasa

Malaysia, yang mana hanya 37.3% menjawab soalan berbahasa Malaysia berkenaan dengan betul berbanding 39.6% yang menepati soalan berbahasa Inggeris itu, menjadikan hasil kajian ini seolah-olah tidak menyokong dengan sebaiknya saranan kajian ini agar memansuhkan dasar ini.[17]

Reaksi dari bidang pendidikan

Kesan negatif

Menurut satu memorandum yang dikarang bersama oleh 11 pertubuhan pendidikan sekitar hujung tahun 2007, dinyatakan bahawa kajian-kajian telah dijalankan untuk membuktikan bahawa PPSMI membawa kesan negatif di peringkat sekolah rendah, termasuk amaran dari Kongres Pendidikan Melayu Kedua bahawa 500,000 orang pelajar Melayu akan keciciran dalam mata pelajaran terbabit kerana lemah menguasai bahasa Inggeris; formula-formula "2-4-3" dan "6-2-3-2" bagi SJK(C) bukan sahaja menjejaskan pembelajaran Sains dan Matematik, bahkan juga bahasa Cina di kalangan murid-murid; Persatuan Pendidikan Tamil juga meluahkan kebimbangan murid-murid SJK(T) yang kebanyakannya berasal dari keluarga miskin turut akan menghadapi keciciran kerana ketidakmampuan menguasai bahasa Inggeris, sekaligus memburukkan keadaan sosio-ekonomi masyarakat India kerana anak-anak sukar disalurkan ilmu untuk menaikkan taraf hidup masyarakat mereka.[5][sunting] Bahasa setempat lebih sesuai

Memorandum 11 pertubuhan tersebut turut menyentuh satu laporan kajian UNESCO yang turut menegaskan bahawa pembelajaran mata pelajaran terpenting di peringkat sekolah rendah lebih sesuai diajar dalam bahasa setempat. Ini sejajar dengan resolusi pendidikan yang diluluskan oleh UNESCO (1951:691) yang berbunyi:“     Berkenaan kepentingan pendidikan, kami menggesa supaya bahasa ibunda digunakan selama yang boleh dalam semua peringkat pendidikan. Ini lebih-lebih lagi penting supaya kanak-kanak memulakan pendidikan mereka dalam bahasa ibunda sebagai bahasa penghantar, kerana itulah bahasa yang sangat mereka fahami, dan penggunaan bahasa ibunda akan menghapuskan kelainan antara bahasa di rumah dan bahasa di sekolah.     ”

(On educational grounds we recommend that the use of the mother tongue be extended to as late a stage in education as possible. In particular, pupils should begin their schooling through the medium of the mother tongue, because they understand it best and because to begin their school life in the mother tongue will make the break between home and school as small as possible.) [18], [19]

Selain itu, memorandum juga merujuk laporan bertajuk Education for All: Policy Lessons From High-Achieving Countries[20] ditulis oleh Santosh Mehrotra pada tahun 1998. Mehrotra menegaskan kepentingan mengutamakan bahasa ibunda sebagai bahasa perantara dalam buku yang dikarangnya bersama Enrique Delamonica bertajuk Eliminating Human Poverty: Macroeconomic & Social Policies for Equitable Growth yang mencatatkan pemerhatian terhadap persada pendidikan di benua Asia Selatan dan Afrika sub-Sahara, di mana adalah didapati bahawa jika bahasa perantara bukan bahasa ibunda, lebih-lebih lagi jika ibu bapa pelajar itu buta huruf, maka bertambah buruklah masalah belajar dalam persekitaran yang dikelilingi kemiskinan, diiringi kemungkinan keciciran bertambah.[21]

Dasar memihak kepada keluarga di bandar

Bill Templer, seorang pensyarah kanan yang melawat di Fakulti Pendidikan Universiti Malaya, berhujah dalam satu surat kepada akhbar, bahawa dasar ini berat sebelah kepada anak-anak keluarga bandar yang berpendapatan tinggi, sambil meluaskan lagi jurang antara yang kaya dan miskin, baik di bandar mahupun di luar bandar, malahan boleh juga menjejaskan pemahaman konsep sains dan matematik kepada murid-murid biasa kerana mereka tidak mempelajarinya dalam bahasa ibunda mereka.[22]

Reaksi awam

Bantahan golongan sasterawan, budayawan dan cendekiawan

Kebanyakan cendekiawan antaranya Prof Diraja Ungku Aziz termasuk golongan sasterawan dan budayawan menyatakan penentangan kepada dasar PPSMI. Ini termasuk kesemua Sasterawan Negara yang masih hidup di antaranya A. Samad Said, Prof Muhammad Hj Salleh dan Anwar Ridhwan bersatu menyatakan pendirian menentang dasar PPSMI.[23] Mereka menyatakan penentangan mereka dalam satu kenyataan bersama di sidang media pada 5 Mei 2009.[24]

Enam alasan yang diberikan diringkaskan seperti berikut:1. Malaysia seharusnya mencontohi sistem pendidikan negara Scandinavia, Belanda,

Belgium dan Switzerland yang rakyatnya boleh berbahasa Inggeris dengan tidak mengabaikan bahasa ibunda.

2. Pemenang Anugerah Nobel dalam semua bidang bukan sahaja datang daripada negara-negara berbahasa Inggeris, tetapi lebih banyak berasal daripada negara bukan berbahasa Inggeris seperti Perancis, Jerman, Jepun, Spanyol, Switzerland, India dan Bangladesh. Yang mencemerlangkan mereka bukanlah bahasa lnggeris tetapi ilmu yang baru dan eksperimen yang penuh tekun dan berterusan.

3. Beberapa masalah yang dihadapi Malaysia bukan berpunca daripada penguasaan bahasa Inggeris. Terdapat banyak negeri yang pernah dijajah oleh Inggeris yang menggunakan bahasa itu sebagai bahasa pengantar di sekolah tetapi masih tidak cemerlang dalam pentadbiran, ekonomi dan ilmu. Sebaliknya di Malaysia yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan telah membawa kita jauh ke dalam dunia industri, sains dan teknologi.

4. Kegagalan mengembalikan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu semua bidang menyebabkan pemimpin hari ini dirakam dalam sejarah sebagai "pemusnah bahasa Melayu yang telah lama menjadi lingua franca".

5. Penggunaan bahasa Inggeris untuk bidang terpilih dengan sendirinya menciptakan dua jenis kewarganegaraan: yang pertama warganegara yang menguasai bahasa Inggeris dan bidang sains dan teknologi, dan seterusnya yang kedua, warganegara yang berbahasa Melayu dan menguasai bidang-bidang sastera dan sains sosial, iaitu bidang-bidang yang dianggap tidak penting dan lebih rendah darjatnya.

6. Mereka menyokong dasar yang membuka mata dan ilmu pelajar kepada dunia yang luas, relevan dan kemaskini. Mereka tidak membantah pengajaran bahasa Inggeris sebagai bahasa antarabangsa, malah ingin mencadangkan bahawa lebih banyak bahasa antarabangsa diajarkan. Namun untuk perkembangan budaya dan jati diri bangsa, MaIaysia perlu mempunyai sebuah bahasa penyatuan yang dipelajari, didalami dan dibanggai oleh seluruh rakyat Malaysia. Sementara itu kerajaan juga harus mengajar bahasa ibunda pelajar-pelajar ini di peringkat sekolah rendah supaya bahasa itu tidak pupus.

 Ahli politik yang mendokong

Perbahasan mengenai dasar PPSMI tidak terlepas pandangan ahli politik, baik pihak pembangkang mahupun pemerintah. Antara ahli politik yang mendukung dasar PPSMI ialah Mukhriz Mahathir, anak kepada pencadang dasar itu sendiri. Beliau pernah menyatakan bahawa tujuan mengajar matapelajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris bukanlah untuk meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris, sebaliknya memudahkan rakyat mencapai pengetahuan yang bernilai dalam bidang sains dan matematik melalui pengetahuan bahasa Inggeris.[25]

Aktivis sosial, Tan Sri Lee Lam Thye turut mendokong PPSMI, beliau dilihat hanya mengesyorkan untuk kerajaan bagi menangani kelemahan daripada dasar PPSMI ini dengan lebih berkesan khususnya yang melibatkan kefasihan guru-guru dalam bahasa Inggeris. Namun beliau tetap berpendirian bahawa tidak perlu dimansuhkan dasar PPSMI itu.[26][sunting] Ahli politik yang menentang

Pada April 2008, pemimpin de facto Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata "Pakatan Rakyat tetap tidak akan bertolak ansur mengenai kedudukan bahasa kebangsaan dan lain-lain hal yang telah diputuskan melalui Perlembagaan Persekutuan sebelum ini, dan "pimpinan mestilah serius dalam usaha meletakkan semula bahasa ibunda sebagai bahasa pengantar Sains dan Matematik."[27] Anwar mengulangi ikrar beliau untuk mengembalikan pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa ibunda sewaktu parti campuran Pakatan Rakyat pimpinan beliau menerima memorandum membantah PPSMI dari Gerakan Mansuhkan PPSMI di Kuala Terengganu pada 15 Januari 2009.[28]

YB Khairy Jamaluddin, naib ketua Pemuda UMNO, turut menggesa agar dikembalikan bahasa kebangsaan sebagai perantara mata pelajaran Sains dan Matematik. Katanya, "(Berdasarkan maklum balas akar umbi) bahasa Inggeris jadi tembok penghadang untuk fahami sains dan matematik. Guru pun ada masalah untuk mengajar, bukan sahaja lidah tergeliat, proses pengajaran juga terencat. Saya takut yang dikejar tak dapat, yang dikendong keciciran." Tambahnya lagi, cara terbaik bagi meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris ialah dengan memantapkan teknik pengajaran subjek itu secara menyeluruh, antara lain dengan memperkenalkan pelajaran sastera bahasa Inggeris di sekolah.[29]

Menurut Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin, Parti Islam Se-Malaysia (PAS) merupakan satu-satunya parti politik di Malaysia yang benar-benar memperjuangkan pengembalian bahasa Melayu sebagai bahasa untuk medium pengajaran bagi subjek sains dan matematik, ini kerana menurut beliau, PPSMI yang diperkenalkan oleh Kabinet Malaysia sejak tahun 2002, telah melanggar sekurang-kurangnya 5 peruntukan perundangan dan Perlembagaan Malaysia iaitu, Perkara 8 (1) dan 153 Perlembagaan Persekutuan Malaysia, Akta Bahasa Kebangsaan, Akta Pendidikan 1996, Peraturan Mahkamah Tinggi 1987, Penyata Razak 1956, Laporan Rahman Talib 1960. Tambahan, kaedah pelaksanaan PPSMI oleh kerajaan Barisan Nasional dilihatnya sebagai suatu konsep prikmatik (percubaan yang dilakukan jika tidak berjaya akan diundurkan).[30]

Penentangan awam: Gerakan Mansuhkan PPSMI

Perarakan Keranda Mac 2009

Sekitar akhir tahun 2008 dan awal tahun 2009, bangkitnya sebuah pergerakan bergelar

Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) yang matlamat utamanya adalah memastikan dasar PPSMI dimansuhkan secepat mungkin. Gerakan yang asalnya dikenali sebagai "Sekretariat Selamatkan Bahasa Melayu" ini dipimpin Datuk Dr Hassan Ahmad, bekas ketua pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka.[31] Walaupun kelihatan erat dengan Pakatan Rakyat, GMP menolak tanggapan bahawa mereka menyokong parti campuran tersebut[32], apatah lagi ada juga beberapa ahli politik Barisan Nasional yang menyokong perjuangan mereka, misalnya Datuk Puad Zarkashi dari UMNO.[33]

GMP mengadakan tunjuk perasaan pertama mereka di ibu kota, di perkarangan pusat beli-belah Sogo di Jalan Tuanku Abdul Rahman pada 31 Januari 2009, yang dihadiri oleh tokoh-tokoh berkenaan bahasa seperti Sasterawan Negara Datuk A Samad Said, penyair Dinsman dan Pyanhabib, ahli jawatankuasa Persatuan Penulis Nasional (Pena) Ibrahim Ghaffar, aktivis teater Khalid Salleh, serta ahli-ahli politik Tian Chua, Shamsul Iskandar Md Akin, dan Kamaruzzaman Mohamad,[34] dan juga pejuang bahasa-bahasa Cina dan India seperti Yayasan Tamil Malaysia dan Dong Jiao Zong.[35] Kemuncak bantahan GMP ke atas PPSMI ditunjukkan melalui perarakan secara besar-besaran pada 7 Mac, di mana mereka menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong untuk memohon campur tangan baginda dalam menyelesaikan isu PPSMI.[36]

Perjuangan GMP turut dibantu Gabungan Persatuan Penulis Nasional (Gapena) yang cuba mengambil tindakan undang-undang terhadap kerajaan kerana melaksanakan dasar PPSMI yang didakwa mereka sebagai mencabuli Perkara 152 Perlembagaan yang menetapkan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi.[37], di samping dilaporkan merancang untuk mengadakan tunjuk perasaan bergelar "Keranda 152", sempena dakwaan PPSMI tersebut pada bulan Februari.[38]Akan tetapi pada 15 Februari 2009, tunjuk perasaan "Keranda 152" itu tidak menjadi kenyataan, akhirnya mereka membuat laporan polis berhubung pelaksanaan dasar pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) di Balai Polis Brickfields, Kuala Lumpur yang diiringi kira-kira 20 tokoh bahasa dan diketuai oleh Ketua 1 Gapena, Tan Sri Ismail Hussin dan berkata, laporan tersebut merupakan proses pertama Gapena menggunakan saluran itu.[39]

Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) turut kuat membangkang dasar PPSMI. Pada 18 Februari 2009, PKPIM mengikut jejak Gapena membuat laporan polis yang seumpamanya terhadap kerajaan di Balai Polis Gombak, Selangor.[40]

Perspektif

Perundangan: Percanggahan dengan perlembagaan

Menurut Prof Dr Aziz Bari, kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan sangat jelas dalam Perkara 152 di mana segala urusan rasmi baik di peringkat persekutuan dan negeri hendaklah dijalankan dalam bahasa itu. Walaupun terdapat pengecualian kepada penggunaan bahasa Melayu oleh Yang Dipertuan Agong, PPSMI tidak boleh dihujah sebagai sesuatu yang dibenarkan tambahan pula dasar ini tidak dilaksanakan melalui parlimen tetapi dibuat oleh pihak eksekutif secara tiba-tiba yang sepatutnya perlu melalui proses rundingan dan perbincangan awam.[41] Polisi ini sudah pun dicabar pada tahun 2002 yang oleh empat orang pelajar Melayu Perak pada tahun 2002 kerana melanggar Perkara 152.[42] Menurut Prof Dr Aziz lagi, mahkamah belum membuat keputusan mengenai PPSMI sedangkan dalam kes Universiti Merdeka pada tahun 1981,[43] isu Perkara 152 Perlembagan Persekutuan telah timbul dan diputuskan oleh mahkamah. Dalam kes Universiti Merdeka ini, mahkamah telah

menolak petisyen penubuhan Universiti Merdeka yang akan menggunakan bahasa Cina sebagai bahasa pengantar kerana bertentangan dengan Perkara 152.

Menurut bekas pengerusi MAS, Tan Sri Dato' Dr Abdul Aziz Abdul Rahman berkata bahawa penggunaan bahasa Inggeris dalam mata pelajaran Matematik dan Sains tidak sah di sisi undang-undang kerana bertentangan dengan seksyen 17(1) Akta 550 Akta Pendidikan 1996 dan dengan sendirinya bercanggah dengan kehendak dan tujuan Artikel 152(1) dan 152(6) Perlembagaan Malaysia.[44] Kenyataan ini disokong oleh ramai penulis muda Malaysia seperti Faisal Tehrani[45] dan lain-lain.

Nasib PPSMI

Rencana utama: Pemansuhan PPSMI

Sepanjang separuh kedua tahun 2008, Kementerian Pelajaran telah mengadakan lima sesi persidangan meja bulat di kalangan ahli-ahli akademik, persatuan ibu bapa dan guru, kesatuan perguruan dan pertubuhan bukan kerajaan, untuk mengkaji semula dasar PPSMI dan dijangka mengambil keputusan terhadap PPSMI pada hujung tahun, berdasarkan keputusan UPSR dan faktor-faktor lain.[46] Di sidang terakhir pada bulan Disember, usul-usul yang dikemukakan para hadirin persidangan dikumpul menjadi tujuh pilihan berkenaan nasib dasar ini, iaitu:[47]

    Meneruskan PPSMI seperti sedia ada;     Menggunakan bahasa Melayu atau bahasa ibunda di peringkat sekolah rendah tetapi

meneruskan PPSMI di sekolah menengah;     Memulakan PPSMI dari Tahun Empat hingga sekolah menengah;     Menggunakan bahasa Melayu atau bahasa ibunda di sekolah rendah dan digunakan

sepenuhnya di sekolah menengah;     Penggunaan bahasa pengantar untuk Sains dan Matematik ditentukan oleh sekolah;     Penggunaan bahasa Melayu atau bahasa ibunda di Tahun Satu hingga Tiga, diikuti

dwibahasa pada Tahun Empat hingga Enam dan penggunaan bahasa Inggeris sepenuhnya di sekolah menengah; dan

    Memansuhkan mata pelajaran Sains di Tahun Satu hingga Tiga, tetapi mengajar ilmu Sains dalam mata pelajaran lain.

Pada 8 Januari 2009, Datuk Hishamuddin berkata keputusan muktamad mengenai nasib PPSMI hanya akan dicapai pada "tahun hadapan", walaupun hampir selesai mengkaji segala maklum balas yang dikumpul.[48]

Setelah Dato' Seri Najib Tun Razak mengambil alih tampuk pentadiran negara selaku Perdana Menteri pada bulan April, timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin dilantik menjadi Menteri Pelajaran baru. Pada bulan Mei, Tan Sri Muhyiddin berkata beliau masih belum puas hati dengan yang hasil kajian yang pernah dilakukan dan dibentangkan di sesi perbincangan meja bulat, oleh itu tidak dapat mencapai kata putus mengenai nasib dasar PPSMI[49], sebaliknya masih membuka pintu kepada kajian dan memorandum baru oleh semua pihak mengenai isu ini.[50]

Akhirnya pada 8 Julai 2009, Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan dasar PPSMI diberhentikan mulai tahun 2012 setelah melakukan kajian mendalam.[1]. Dalam pada itu Tun Mahathir Mohamad memberi reaksi tidak puas hati, lalu mengadakan undian isu tersebut di blognya bagi menguji sikap terhadap dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).[51] Hasilnya dari 100,024 undi, 86% penjawab

mengundi tidak kepada soalan sama ada matapelajaran sains dan matematik harus kembali ke bahasa kebangsaan sebagai pengantar.[52]

Bagaimanapun, pada 9 Ogos, Tan Sri Muhyiddin mengumumkan para pelajar yang memulakan pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris boleh meneruskannya hingga tamat sekolah menengah[53] sekaligus menundakan pemansuhan sepenuhnya PPSMI ke tahun 2014. Sehubungan dengan itu, beliau memperkenalkan dasar MBMMBI (Memartabatkan Bahasa Malaysia, Memperkukuh Bahasa Inggeris) sebagai ganti PPSMI yang memberi tumpuan kepada peningkatan pembelajaran matapelajaran bahasa-bahasa, sambil mengaku bahawa kerajaan tidak akan kembali ke dasar PPSMI.[54] Pada masa yang sama, kerajaan berdepan dengan gesaan agar sekolah berbahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar dikembalikan dalam sistem pendidikan negara demi meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris di kalangan anak-anak Malaysia.[55]

Pada 7 Mei 2010, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak permohonan yang difailkan pada 21 Januari 2006 oleh empat orang pelajar, termasuk Mohammad Syawwaal Mohammad Nizar (anak lelaki Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin), agar mengisytiharkan PPSMI sebagai batal dan tidak sah, setelah hakim memutuskan bahawa "dua surat pekeliling ikhtisas berhubung pelaksanaan PPSMI di sekolah kebangsaan dan jenis kebangsaan (Cina dan Tamil) adalah tidak bercanggah dengan Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan."[56]

Sekitar masa kontoversi PPSMI memuncak, wujudnya sebuah pertubuhan penyokong PPSMI, bernama Persatuan Ibu Bapa Untuk Pendidikan Malaysia (PAGE) yang memperjuangkan PPSMI supaya dijadikan pilihan untuk sekolah-sekolah yang ingin menyambung pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris. Atas tujuan tersebut, mereka menghantar memorandum kepada kerajaan pada 19 Januari 2011.[57] Tegas Pengerusi PAGE Datin Noor Azimah Abdul Rahim, "pencapaian cemerlang" pelajar dalam peperiksaan awam yang diambil oleh pelajar yang menjalani PPSMI pada tahun 2010 membuktikan keberkesanan dasar tersebut, malah penguasaan Bahasa Kebangsaan di kalangan pelajar tidak terjejas pula oleh pelaksanaan dasar tersebut.[57] Tambahnya pula, PPSMI tidak pernah mendukung gagasan pembelajaran bahasa Inggeris menerusi Sains dan Matematik, sebaliknya bertujuan membantu pemerolehan ilmu dalam bahasa Inggeris selaku lingua franca ilmu sains dan matematik.[58] Bagaimanapun kajian tempatan itu tidak mengambil kira dapatan kajian antarabangsa dalam "Trends in International Mathematics and Science Study (TIMSS 2007)".[59] Kajian tersebut dibuat oleh Sekolah Pendidikan Lynch, Boston College, Chestnut Hill, Massachusetts, Amerika Syarikat. Hasil kajian menunjukkan skor purata pencapaian pelajar Malaysia dalam matematik dan sains merosot dengan ketara. Skor matematik 2007 merosot kepada 474 mata berbanding 508 mata pada 2003 dan 519 bagi 1999, iaitu penurunan sebanyak 34 mata. Skor sains pula merosot kepada 471 mata pada 2007 daripada 510 pada 2003 dan 492 bagi kohort 1999. Ini mencatatkan penurunan 40 mata antara 2007 dan 2003.

Pada April 2011, Kementerian Pendidikan mengumumkan hasrat untuk membenarkan semula pengajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris untuk sekolah-sekolah terpilih.[58]

Pada 4 November 2011, Kabinet Malaysia telah memutuskan pemansuhan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) adalah "kekal" dan kerajaan tidak bercadang untuk melaksanakan semula PPSMI seperti dituntut sesetengah pihak. Timbalan Perdana Menteri Malaysia yang juga merangkap sebagai Menteri Pelajaran Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata PPSMI di sekolah rendah akan dilaksanakan dalam Bahasa Melayu sepenuhnya pada 2016, manakala di sekolah menengah bagi kedua-dua

mata pelajaran itu akan dilaksanakan sepenuhya pada 2021.

Kabinet juga memutuskan untuk membenarkan murid kohort PPSMI untuk meneruskan pembelajaran kedua-dua mata pelajaran itu dalam bahasa Inggeris sehingga Tingkatan Lima.

Ini bermakna murid kohort PPSMI boleh memilih sama ada untuk meneruskan Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris, bahasa Malaysia atau dalam kedua-dua bahasa apabila mereka memasuki Tingkatan 1 bermula tahun depan.[60]

Dalam perkembangan lain, Dalam satu wawancara televisyen di TV3 dalam program Soal Jawab yang disiarkan kepada umum pada jam 11.00 malam 9 November 2011, Tan Sri Muhyiddin telah mengakui PPSMI yang dijalankan di Malaysia, telah menemui kegagalan dan tidak mencapai hasrat dan dasar kerajaan dalam menggunakan kaedah pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris. Sebaliknya beliau dilihat lebih berpendirian dalam menegakkan dasar Memartabatkan Bahasa Melayu dan Memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI). Walaubagaimanapun dalam wawancara tersebut, Tan Sri Muhyiddin tidak menjelaskan secara terperinci tentang kesan dan nasib pelajar lepasan persekolahan yang akan melanjutkan pelajaran ke institut pengajian tinggi khususnya di Malaysia, yang kini rata-rata IPT (baik IPTA dan IPTS) menggunakan bahasa Inggeris sebagai medium perantara pengajaran dan mengenepikan bahasa Melayu. Di Malaysia, Universiti Kebangsaan Malaysia dilihat hanya merupakan satu-satunya IPT di Malaysia yang telus dalam menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa perantara dan pembelajaran dalam kebanyakan kursus pengajian yang ditawarkan dalam pelbagai bidang.

Persepsi pelajar

Berdasarkan rekod Kementerian Pelajaran Malaysia, berkenaan dengan peratusan pelajar yang memilih untuk meneruskan pembelajaran bagi subjek sains dan matematik dalam bahasa Melayu, sebanyak 89 peratus pelajar Tingkatan Satu yang akan memulakan persekolahan 3 Januari 2011 memilih menggunakan bahasa Melayu sepenuhnya dan dwibahasa bagi mempelajari mata pelajaran Sains dan Matematik. Manakala hanya 11 peratus pelajar memilih belajar Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris sepenuhnya.

Berdasarkan peratusan tersebut, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata ini menunjukkan keputusan kerajaan untuk melaksanakan dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia dan Memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI) bagi menggantikan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) adalah tepat.

Beliau turut mendakwa, bahawa anggaran tersebut telah lama diramalkan, kerana itu kerajaan menetapkan untuk meminda PPSMI kepada MBMMBI.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran menyifatkan dasar yang diputuskan itu sesuai dengan tahap keupayaan pelajar yang akan mengikuti proses Pembelajaran dan Pengajaran (P&P) bagi Sains dan Matematik.

Jawatankuasa Khas MBMMBI merumuskan 164,324 pelajar bersetuju menggunakan bahasa Melayu sepenuhnya untuk mempelajari Sains dan 161,123 dalam Matematik, berbanding 56,025 orang pelajar berhasrat menggunakan bahasa Inggeris untuk belajar Sains dan

Matematik pula seramai 56,248 pelajar.

Selebihnya seramai 258,622 orang pelajar berhasrat untuk mempelajari Sains dan 261,600 orang lagi ingin pelajari Matematik dalam dwibahasa.

Tambahan itu, Muhyiddin akan menubuhkan Majlis Bahasa Inggeris pada tahun 2012 bagi menentukan penanda aras dan tahap pencapaian BI pelajar dalam sistem persekolahan negara.

Katanya, majlis tersebut bakal berkelayakan sebagai tempat rujukan dan menentukan tanda aras bahasa itu akan menggunakan pakar dalam dan luar negara serta mengadakan kerjasama dengan Universiti Cambridge.

Muhyiddin juga menetapkan mulai tahun depan beberapa sekolah dipilih menyertai projek rintis apabila ibu bapa boleh mengikuti perkembangan pelajaran anak mereka menerusi konsep maya.[61]

1.5 : RMK - 10 ( Pendidikan)

RMK10 - Pendidikan

BAB 5 MEMBANGUN DAN MENGEKALKAN MODAL INSAN BERTARAF DUNIA

Modal insan merupakan pelaburan terpenting bagi pembangunan sesebuah negara dan menjadi teras kepada inovasi dan ekonomi berpendapatan tinggi yang produktif. Tidak ada negara mampu mencapai kemajuan tanpa memiliki modal insan cemerlang yang berkemahiran tinggi, boleh bertindak balas dengan pantas dan kreatif terhadap perubahan ekonomi, dan berpaksikan kepada penjanaan dan penggunaan pengetahuan. Oleh itu, membangun, menarik dan mengekalkan modal insan bertaraf dunia merupakan prasyarat penting bagi mencapai hasrat negara. Kelayakan pendidikan yang tinggi bagi menyokong pembangunan pengetahuan dan inovasi, tahap kemahiran yang tinggi dalam bidang teknikal dan profesional, serta paras produktiviti yang tinggi adalah antara ciri utama modal insan dan tenaga kerja negara berpendapatan tinggi. Berdasarkan ciri ini, usaha perlu ditumpukan bagi mencapai tahap modal insan bertaraf dunia menjelang tahun 2020. Carta 5-1 menunjukkan tahap modal insan Malaysia pada masa kini berbanding dengan beberapa negara berpendapatan tinggi berasaskan ciri tersebut. Masih terdapat jurang yang luas untuk Malaysia mencapai modal insan bertaraf dunia dan risiko untuk ketinggalan semakin bertambah. Beberapa kajian antarabangsa menunjukkan prestasi pelajar Malaysia merosot berbanding dengan pelajar negara lain. Mengikut Trends in International Mathematics and Science Study (TIMSS)1, 2007, lebih kurang 20% daripada pelajar Malaysia gagal mencapai tanda aras minimum dalam Matematik dan Sains, berbanding dengan hanya 5% dalam Sains dan 7% dalam Matematik pada tahun 2003. Di samping itu, tenaga kerja secara relatifnya adalah tidak mahir. Sebanyak 77% daripada tenaga kerja hanya mempunyai pendidikan asas selama 11 tahun, iaitu Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf dengannya dan hanya 28% daripada guna tenaga dalam kumpulan pekerjaan berkemahiran tinggi. Kekurangan modal insan mahir akan menjadi lebih meruncing dalam persaingan global yang sengit memandangkan modal insan berkualiti 1 TIMSS menyediakan perbandingan dalam

pencapaian Matematik dan Sains di peringkat antarabangsa dari semasa ke semasa bagi pelajar yang mengikuti lapan tahun persekolahan. Pada tahun 2007, sebanyak 59 buah negara menyertai kajian ini. akan tertarik ke negara yang menyediakan peluang paling baik. Negara Asia seperti Republik Korea dan Singapura telah berjaya menjadi negara maju dalam tempoh satu generasi. Kejayaan ini adalah hasil daripada penentuan yang jitu dan teliti terhadap sektor keutamaan yang perlu diberi fokus di samping memberi tumpuan kepada usaha membangun, meningkatkan kemahiran dan menghasilkan modal insan yang diperlukan bagi memacu pertumbuhan sektor ekonomi tersebut. Pembangunan modal insan bertaraf dunia di Malaysia memerlukan usaha yang komprehensif dan bersepadu daripada sektor awam dan swasta serta masyarakat. Sehubungan ini, kolaborasi antara pelbagai kementerian dan sektor swasta perlu diperkukuhkan untuk meningkatkan keberkesanan pembangunan modal insan dan memanfaatkan semua lapisan masyarakat. Pendekatan holistik akan memenuhi keperluan setiap rakyat Malaysia di sepanjang peringkat kehidupan.

Pengalaman mengagumkan tentang pertumbuhan dan pemodenan Republik Korea melalui pembangunan modal insan. Pada masa kini, Republik Korea merupakan sebuah negara maju dalam semua aspek. Ekonomi Republik Korea mencecah satu trillion dolar dan merupakan ekonomi yang ke-13 terbesar di dunia. KDNK per kapita menyaingi kebanyakan negara maju yang lain. Republik Korea juga maju dalam bidang teknologi dan kadar penembusan jalur lebar yang tertinggi di dunia, iaitu lebih 90%. Prestasi pelajar Republik Korea juga sentiasa berada di kedudukan terbaik dalam kalangan negara yang mempunyai pencapaian tertinggi dalam penilaian pelajar di peringkat antarabangsa seperti Trends in International Mathematics and Science Study (TIMSS) dan Programme for International Student Assessment (PISA). Pencapaian ini amat menarik. Namun apa yang lebih menakjubkan ialah kepantasan Republik Korea membangun daripada sebuah negara yang musnah akibat peperangan kepada negara kuasa besar ekonomi. Setengah abad lalu, Republik Korea yang mempunyai ramai tenaga kerja berkos murah telah menjadikan pendidikan dan pembangunan modal insan sebagai satu cara meningkatkan produktiviti bagi melonjak pembangunan dan mencapai status negara maju. Republik Korea menyedari bahawa untuk bersaing di peringkat global, perlu diwujudkan sistem pendidikan yang dapat memastikan semua pelajar disokong dan boleh berjaya tanpa mengenepikan pelajar yang berprestasi rendah.Bagi mencapai matlamat ini, Republik Korea memberi tumpuan kepada pengukuhan pendidikan di semua peringkat, dari sekolah rendah sehingga universiti dan latihan kemahiran. Inisiatif yang diambil termasuk bukan sahaja menjadikan pendidikan sekolah peringkat menengah sebagai pendidikan wajib, tetapi mempercepat pengukuhan pendidikan teknikal dan latihan menerusi kerjasama erat dengan chaebol dan syarikat-syarikat besar di Republik Korea seperti menubuhkan universiti korporat sebagai institusi pembelajaran sepanjang hayat. Pelaburan yang besar telah dibuat dalam pendidikan tertiari. Pada masa kini, jumlah enrolmen di institusi pengajian tinggi awam dan swasta dianggarkan seramai 3.6 juta pelajar. Di samping itu, Kerajaan Republik Korea merekayasa keseluruhan sistem pendidikan untuk menyediakan modal insan yang diperlukan oleh industri yang diberi keutamaan.

Rangka kerja pembangunan modal insan yang bersepadu bagi Malaysia

Pendidikan Awal Kanak- Kanak Prasekolah Pendidikan Asas Pendidikan Tertiari

Universiti/ Kolej Politeknik Kolej Komuniti

InstitusiPendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional(TEVT)

Alam Pekerjaan Pesara/ Kerjaya Kedua Tema ▪ Mengarusperdanakandan memperluas TEVT ▪ Meningkatkan kompetensi siswazah ▪ Mempercepat penyusunan semula pasaran pekerjaan ▪ Menarik dan mengekal bakat terbaik ▪ Meningkatkan kemahiran tenaga kerja sedia ada ▪ Memastikan setiapkanak–kanak boleh berjaya ▪ Menjadikan sekolah bertanggungjawab terhadap prestasi pelajar ▪ Membuat pelaburankeataspemimpin unggul disetiapsekolah ▪ Meningkatkan daya tarik profesion keguruan dan menghasilkanguru terbaik

Dalam tempoh Rancangan Malaysia Kesepuluh (2011-2015), Kerajaan akan mengguna pakai rangka kerja pembangunan modal insan yang bersepadu.

 Rangka kerja ini akan meningkatkan pengetahuan dan kemahiran rakyat di sepanjang kitar hayat, bermula daripada pendidikan awal kanak-kanak, pendidikan asas, pendidikan tertiari sehingga ke alam pekerjaan dengan melaksanakan strategi berikut: • Merombak sistem pendidikan untuk meningkatkan prestasi pelajar dengan signifikan; • Meningkatkan kemahiran rakyat untuk meluaskan kebolehpasaran; dan • Menyusun semula pasaran pekerjaan untuk menjadikan Malaysia negara berpendapatan tinggi.

Penc paia ini mat mena ik. N mun apa y ng leb h mena jubk n ial h kep ntasan Republi Korea m mbang n daripa a se uah nega a yan mu nah akiba pepera gan epada negara k as besar ekon mi. Seteng h abad la u, Republi Korea yang memp nyai amai ten ga ke ja b rkos murah telah enjadikan pen idika dan pemba gunan modal insa sebagai at 198 Malaysia telah mencapai kemajuan besar dalam sistem pendidikan dengan kadar literasi dalam kalangan orang dewasa sekitar 92% dan enrolmen pendidikan rendah yang universal serta merupakan antara negara yang menikmati kadar pertumbuhan enrolmen sekolah menengah yang terpantas. Pendidikan bukan hanya merupakan hak asasi manusia, malah amat penting kepada perkembangan ekonomi. Prestasi pendidikan yang rendah memberi kesan negatif kepada masa depan negara memandangkan tahap pendidikan yang tinggi berkait rapat dengan kadar pertumbuhan ekonomi. Sekiranya tahap pendidikan negara tidak ditingkatkan ke peringkat piawaian antarabangsa, serta jurang pencapaian sekolah tidak dikurangkan, Malaysia akan ketinggalan dalam pendidikan dan kehilangan daya saing pada masa hadapan. Prestasi pelajar akan terus ditanda aras dengan penilaian dan piawaian antarabangsa. Bagi memastikan pencapaian dan peningkatan pelajar diukur secara objektif dan konsisten dengan negara lain, Malaysia akan mengambil bahagian dalam Programme for International Student Assessment (PISA) di samping meneruskan penyertaan dalam TIMSS. TIMSS dan PISA adalah dua alat pengukuran perbandingan pencapaian pelajar yang diiktiraf tinggi di peringkat global. Dalam penilaian terkini, 59 negara telah menyertai TIMMS pada tahun 2007, dan 65 negara menyertai PISA pada tahun 2009. Dalam tempoh Rancangan, Kementerian Pelajaran (KPM) akan menjalankan penilaian dan kajian semula sistem pendidikan secara komprehensif dengan memberikan tumpuan khusus kepada peningkatan keberkesanan pelaksanaan program pendidikan. Usaha untuk merombak sistem pendidikan akan berpandu kepada Falsafah Pendidikan Negara yang diperkenalkan pada tahun 1989 dan menjadi asas kepada semua usaha transformasi pendidikan. Matlamat Falsafah ini adalah untuk membangunkan potensi individu secara holistik dan bersepadu bagi melahirkan individu yang seimbang dari segi

keupayaan intelek, rohani, emosi dan jasmani. Bagi memperkukuh hasrat Falsafah ini, penekanan yang lebih akan diberi kepada penglibatan dalam aktiviti sukan dan ko-kurikulum sebagai usaha ke arah memupuk pembangunan sahsiah pelajar. Sistem pendidikan negara akan terus menekankan penerapan nilai dan etika yang menjadi asas penting kepada pencapaian Wawasan 2020. Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi di sekolah akan dipergiatkan bagi memupuk kreativiti dan inovasi pelajar ke arah melengkapkan mereka dengan kemahiran dan keupayaan terkini yang diperlukan oleh negara berpendapatan tinggi.

MEROMBAK SISTEM PENDIDIKAN UNTUK MENINGKATKAN PRESTASI PELAJAR DENGAN SIGNIFIKAN

Pend dika adal h satu aripada Bidang Keberhasi an Uta a N gara ( KRA). NKR pend dik n merupak n landasa dan titi permu aan da am saha me ambah aik pre tasi pelajar dalam sistem pendidi an p ringkat seko ah secara menye uruh serta m mboleh an mere a me dapat kses ke ada pendidikan yan berkualiti.Sistem pe didika adalah penti g un uk mempe kuk h daya s ing us seko ah keban gsaa akan teru diperkuk hkan bagi me jadikann a sekol h p lihan kepad semua rakya Malays a mel lui peni gkatan piaw ian dan merapatkan urang p estasi ntara sekol h kebang aan Untuk me percepa pe ambahb ikan p esta i pel jar secara be rkesan, be terusa dan menyeluruh, Ker jaan tidak a an ha ya mem eri tu mp an ke pada pemb ng un n fiz kal t tapi a an l bih men mpuka kepad aspek yan memberi mpak be ar kep da prestasi pelaj r seperti k aliti uru dan epimp nan di sekolah.

 S lara dengan pen galama pelaksana n sist m pendi ikan erbaik duni dan keper uan un uk enghasilkan ening kat n p restas i ela jar ya g signifik an, empat s rategi akan iguna akai dal m tempo Rancangan ni:

Memastikan Setiap Kanakkanak Boleh Berjaya

Dalam setiap sistem pendidikan yang unggul, kejayaan setiap pelajar sentiasa menjadi keutamaan. Matlamat ini boleh dicapai melalui dua pendekatan. Pertama, meletakkan sasaran pencapaian yang sama tinggi kepada semua pelajar tanpa mengira latar belakang atau tempat. Pendekatan kedua pula, menerima hakikat bahawa sebahagian pelajar memerlukan sokongan yang lebih untuk mencapai piawaian prestasi yang ditetapkan, terutama bagi mereka daripada kalangan isi rumah 40% terendah. Sehubungan ini, Kerajaan akan terus memainkan peranan yang besar dan memberi komitmen yang sepenuhnya untuk menyerlahkan potensi diri setiap kanak-kanak di Malaysia.

Penyediaan Asas Pendidikan yang Kukuh kepada Lebih Ramai Kanak-kanak

Pendidikan awal memainkan peranan penting dalam pembinaan minda kanak-kanak dan dapat membantu mengurangkan masalah pembelajaran semasa dan pencapaian pada masa hadapan. Peringkat awal pembelajaran kanak-kanak merupakan tempoh kritikal yang menjadi penentu kepada perkembangan minda individu • Memastikan setiap kanak-kanak boleh ggi kepa a semua pe ajar ta pa m ngira atar b lakan dan me yedia an bant an da sokonga ya g sistemati teruta a k pada mer ka y ng ketingg lan dala pem bel ja ran;• M njadikan sekolah bertanggu ng terhadap p estasi elajar. Memberik n autono i kepada beberapa aspek peng rusan s kolah ebagai g njara ke atas p ingkata sig ifika n pe ncapai an pelaja ;

• Membuat pe buran bagi memba ng emimpin n unggul i se iap sekol h.Membuat pe aburan ya g besa bagi me ningkat an presta i ke impin n se olah sebagai pemangki utama per bahan m nerusi riteria p milih n yang ke at, lati an dan p ngurusan rest si yan mantap be rdasa kan pr sta si pelajar; dan• Me ngkatkan daya ta kan pr of keguruan dan meng asilkan guru terb ik.Menja ika profesion k guru n lebih menarik su aya lebih ramai in ividu berkebo ehan t nggi ermin t menyer ainya, menin katkan kualiti atihan prakti um, dan mema tapkan penguru an prestas se ta pembangu n profesio al berta af du ia yang ber erusan. dan bersifat kumulatif. Sehubungan itu, Kerajaan akan memberi tumpuan untuk meningkatkan dan memperluas pendidikan awal bagi menyediakan asas yang kukuh kepada lebih ramai kanak kanak supaya mereka boleh berjaya. Pada tahun 2011, program pembangunan awal kanak-kanak berumur empat tahun dan ke bawah (PERMATA), iaitu program bagi melahir dan mendidik ‘permata’ masa hadapan negara, akan diletakkan di bawah tanggungjawab KPM dengan tujuan untuk menyelaras dan mengintegrasikannya ke dalam sistem pendidikan formal. Tumpuan PERMATA adalah kepada kanak-kanak daripada isi rumah berpendapatan bawah RM1,500. Selepas kejayaan program perintis PERMATA yang dilancarkan pada tahun 2007, sebanyak 181 buah pusat PERMATA akan dibina dengan peruntukan RM36 juta dalam tempoh Rancangan.

Peningkatan Enrolmen dan Kualiti Prasekolah Kanak-kanak yang mengikuti program prasekolah lebih komited terhadap pendidikan dan memperoleh pendapatan yang lebih tinggi pada masa hadapan2. Pada masa ini, kadar enrolmen prasekolah dalam kalangan kanak-kanak berumur empat dan lima tahun hanyalah sekitar 67%. Memandangkan kepentingan pendidikan prasekolah dan keupayaan negara meningkatkan kadar enrolmen, pendidikan prasekolah telah dijadikan fokus utama di bawah NKRA Pendidikan. Seperti yang ditunjukkan dalam Carta 5-3, program ini bertujuan meningkatkan kadar enrolmen kepada 87% pada tahun 2012 dan 92% pada tahun 2015. Pada masa yang sama, kualiti pendidikan prasekolah akan terus dipertingkatkan. Dalam tempoh 2010–2012, sebanyak RM2 bilion diperuntukkan untuk program ini.

Merendahkan Umur bagi Permulaan Persekolahan

Dengan pelaksanaan program pembangunan pendidikan awal kanak-kanak, lebih ramai kanak-kanak akan bersedia untuk memasuki sekolah pada umur yang lebih rendah berbanding amalan sekarang. Dalam tempoh Rancangan, umur bagi memulakan persekolahan akan dikurangkan daripada 6+ kepada 5+. Langkah ini adalah selaras dengan amalan di negara maju. Pelaksanaannya akan dilakukan secara berperingkat dan akan dimulakan dengan sekolah di kawasan luar bandar dan perladangan terutama di sekolah kurang murid, bagi membolehkan pelajar dari kawasan ini mendapat manfaat daripada asas pendidikan yang kukuh pada peringkat lebih awal. 2 High Scope Perry Pre-School Study, the United States of America (2005)202 di peringkat awal sangat penting kerana tanpa kemahiran ini mereka akan menghadapi kesukaran mengikuti pembelajaran di peringkat selanjutnya. Program Penyaringan Literasi dan Numerasi (LINUS) adalah bertujuan untuk memastikan semua pelajar menguasai asas kemahiran literasi dan numerasi selepas tiga tahun pertama pendidikan sekolah rendah. Bagi melaksanakan program ini, peruntukan sebanyak RM400 juta disediakan dalam tempoh tiga tahun, iaitu 2010–2012.

Memastikan Penguasaan Literasi dan Numerasi

Peningkatan kadar literasi dan numerasi adalah penting untuk mengurangkan kadar keciciran

pelajar berpunca daripada ketidakupayaan mereka untuk mengikuti pembelajaran. Dengan penguasaan kemahiran literasi dan numerasi asas yang kukuh pada peringkat awal persekolahan, kemungkinan berlaku keciciran pelajar daripada sistem persekolahan dapat dikurangkan. Penguasaan literasi dan numerasi

Program LINUS memberi tumpuan kepada intervensi awal dengan menempatkan fasilitator dan guru pemulihan terlatih di sekolah. Sehingga kini, seramai 15,500 fasilitator dan guru pemulihan telahpun dilatih.

Memartabatkan Bahasa Melayu dan Memantapkan Penguasaan Bahasa Inggeris

Kerajaan akan melaksanakan program Memartabatkan Bahasa Melayu dan Memantapkan Penguasan Bahasa Inggeris (MBMMBI) dalam tempoh Rancangan. Program ini bertujuan memartabatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan memantapkan penguasaan bahasa Inggeris untuk memperkukuh daya saing negara. Program ini akan mengguna pakai pendekatan modular yang bersepadu dalam proses pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu dan akan memperluas pengajaran Kesusasteraan Melayu di peringkat sekolah rendah. Program MBMMBI akan juga memperkukuh

Program LINUS di seluruh negara bertujuan meningkatkan kemahiran literasi dan numerasi murid sekolah rendah

1 Program ini memfokus kepada intervensiawal (Tahun1-3) untuk kemahiran literasi dan numerasi. Program sebelumnya hanyamenumpukan kepada kemahiranliterasi(KIA2M) ataukepada kanak-kanak diTahun4-6 (PROTIM) Meningkatkan nisbahguru pemulihan daripada seorangguru bagisebuahsekolah kepada seorangguru bagi15 murid 2 Pengurusan dan penyeliaan diturunkuasa kepada Pejabat Pendidikan Daerah & dipantau oleh Inpektorat Sekolah. Sebelumini, dipantau secara berpusat 3 Guru terbaik akanditempatkandi Tahun 1 dan 2 iaitu, Program LINUS (bukannya pada tahun peperiksaaniaitu, Tahun 6) 4 Sokongan profesional untuk guru LINUS melalui fasilitatorkhusus(FasiLINUS) 5 15,500 guru pemulihan dan fasilitator program LINUS dilatih pada tahun 2010 Perbezaan program LINUS berbanding program sebelum ini Sasaran Pencapaian Program Literasi dan Numerasi selepas 3 tahun disekolah rendah pengajaran dan pembelajaran bahasa Inggeris melalui kurikulum baru dengan memberi penekanan kepada lima bidang utama kemahiran iaitu membaca, mendengar dan berucap, menulis, tatabahasa, dan seni bahasa. Masa yang diperuntukkan untuk pengajaran bahasa Inggeris ditambah daripada 4 jam kepada 5.5 jam seminggu untuk Tahap 1 (Tahun 1 hingga 3), dan daripada 3.5 jam kepada 5 jam untuk Tahap 2 (Tahun 4 hingga 6) di peringkat sekolah rendah. Sebanyak empat daripada 27 buah Institut Pendidikan Guru (IPG) akan menumpukan kepada pengajaran dan pembelajaran bahasa Inggeris kepada guru. Kerajaan akan menilai dan memantau keberkesanan program secara berterusan dan melaksanakan inisiatif untuk meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar.

Akauntabiliti Sekolah Terhadap Prestasi Pelajar Sistem sekolah berprestasi tinggi menetapkan harapan besar kepada sekolah dalam aspek peningkatan prestasi pelajar, pemantauan jurang prestasi dan penyediaan sokongan yang sewajarnya apabila sasaran tidak tercapai. Seterusnya, rombakan kepada sistem pendidikan akan memberi tumpuan yang jelas terhadap prestasi pelajar, dan sekolah akan dipertanggungjawabkan ke atas pencapaiannya.

Meningkatkan Prestasi Semua Sekolah melalui Program Peningkatan Kualiti Sekolah Secara Menyeluruh

Program Pembangunan Prestasi Sekolah yang dilancarkan pada April 2010 merupakan usaha yang menyeluruh dengan harapan dan cabaran yang tinggi, serta meningkatkan motivasi dan sokongan kepada semua sekolah awam untuk mengukuhkan prestasi pelajar, khususnya sekolah berprestasi rendah yang amat memerlukan bantuan. Program ini mengandungi elemen elemen berikut: • Penyenaraian Kedudukan Prestasi Sekolah: Setiap tahun semua sekolah akan dinilai dan disusun mengikut kedudukan pencapaian prestasi. Penjelasan terperinci berkenaan penarafan prestasi akan dimaklumkan kepada sekolah untuk meningkatkan pemahaman dan ketelusan terhadap kaedah penilaian yang dibuat. Langkah ini bertujuan mendorong sekolah untuk mencapai prestasi yang lebih baik dan membolehkan KPM menyalurkan sumber kepada sekolah yang amat memerlukan sokongan; dan • Pelan dan Instrumen Penambahbaikan Sekolah: Pelan dan Instrumen Penambahbaikan Sekolah akan dilaksana di semua sekolah awam sebagai alat sokongan untuk membantu sekolah membuat penambahbaikan. Instrumen ini akan memberi gambaran menyeluruh kepada guru besar dan pengetua tentang prestasi sekolah masing-masing untuk menentukan isu yang perlu ditangani mengikut keutamaan serta menyediakan pelan tindakan selanjutnya. Sekolah akan merangka pelan penambah baikan sebagai asas bagi memantau kemajuan dan membantu KPM menyediakan sokongan yang sesuai untuk menjayakan pelan tersebut. Infrastruktur dan kemudahan asas seperti bekalan elektrik, air, sanitasi dan alat bantuan mengajar adalah asas kepada peningkatan prestasi pelajar. Kerajaan komited bagi menyediakan kemudahan dan infrastruktur asas ini kepada semua sekolah. Sebagai sebahagian daripada Program Pembangunan Prestasi Sekolah, Kerajaan akan terus memberi fokus kepada penyediaan kemudahan dan infrastruktur di sekolah yang amat memerlukan sokongan, khususnya sekolah di luar bandar di Sabah dan Sarawak.

Peningkatan Prestasi Sekolah melalui Program Sekolah Berprestasi Tinggi

Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) ditakrif sebagai sekolah yang mempunyai etos dan identiti unik yang boleh mendorong pelajar mencapai kecemerlangan dalam semua aspek pendidikan. Sekolah ini mempunyai budaya kerja yang kukuh dan sentiasa berusaha ke arah mencapai kemajuan berterusan di samping mempunyai jaringan antarabangsa yang kukuh. SBT akan berusaha meningkatkan piawaian sekolah setaraf dengan sekolah terbaik di dunia dan menjadi model kepada sekolah lain serta memberi sokongan melalui rangkaian bimbingan dan latihan. Sejumlah 100 SBT akan dibangunkan menjelang 2012 dengan peruntukan sebanyak RM140 juta. Sebanyak 20 SBT telah dikenal pasti seperti ditunjukkan dalam Carta 5-5. Sekolah ini diberi status SBT berdasarkan pencapaian dan prestasi mereka yang tekal. Sekolah ini terdiri daripada pelbagai kategori termasuk sekolah rendah, sekolah menengah, sekolah harian dan sekolah berasrama penuh.

Membuat Pelaburan ke atas Pemimpin Unggul di Setiap Sekolah

Sistem sekolah berprestasi tinggi memanfaatkan guru besar dan pengetua sebagai penjana perubahan melalui proses pemilihan ketat dan latihan intensif untuk mereka, dan seterusnya memastikan mereka memainkan peranan sebagai pemimpin instruksional yang berkesan. Peningkatan pencapaian guru besar dan pengetua mempunyai kesan positif yang signifikan ke atas pencapaian pelajar. Mereka juga memainkan peranan yang penting dalam merancang, menyelaras dan memantau pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Guru besar dan pengetua

juga memastikan suasana pembelajaran yang kondusif dengan mengurangkan tekanan dan gangguan luaran, serta mewujudkan persekitaran yang teratur di dalam dan di luar bilik darjah.

Memperkenal Bai’ah atau Tawaran Baru bagi Guru Besar dan Pengetua Sekolah Pendekatan baru dalam pengurusan pencapaian (Tawaran Baru) untuk guru besar dan pengetua yang dimulakan pada 2010 akan memberi ganjaran kewangan dan bukan kewangan bagi mereka yang berprestasi cemerlang. Tawaran Baru ini adalah terpakai kepada semua guru besar dan pengetua di semua sekolah awam di Malaysia. Pencapaian semua sekolah akan dinilai dan ditaraf mengikut prestasi tahunan berdasarkan kepada markah komposit.

Ringkasan pendekatan penarafan sekolah GredPurataSekolah (GPS) Kewajaran

1 Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM) adalah instrumen piawaian untuk menilai sekolah berasaskan 4 aspek utama (visi dan misi; pengurusan organisasi; program pengurusan pendidikan; dan prestasi murid) . Mereka akan diberi ganjaran sekiranya mencapai markah komposit yang telah ditetapkan atau menambah baik pencapaian sekolah. Program ini memberi peluang kepada guru besar dan pengetua untuk menerima ganjaran tanpa mengambil kira prestasi awal sekolah mereka, asalkan sekolah berkenaan menunjukkan peningkatan yang signifikan dalam senarai penarafan prestasi. Di samping itu, dianggarkan 10% guru besar dan pengetua berprestasi rendah akan diberi latihan kemahiran pengurusan sebagai usaha untuk meningkat prestasi mereka. Peruntukan sebanyak RM160 juta akan disediakan untuk program ini dalam tempoh 2010-2012.

Peningkatan Sokongan dan Bimbingan kepada Guru Besar dan Pengetua

Kepimpinan sekolah memainkan peranan penting dalam memastikan peningkatan prestasi pelajar. Kerajaan menyedari pemimpin adalah kritikal dalam membuat perubahan, oleh itu akan terus mengukuhkan latihan kepimpinan serta memberikan dorongan kepada mereka untuk meningkatkan prestasi. Institut Aminuddin Baki (IAB) adalah institut latihan kepimpinan asas untuk warga pendidik termasuk pengetua, pentadbir dan pegawai pendidikan. IAB menyasarkan untuk melatih sekurang-kurangnya 14,000 orang pemimpin sekolah dan pegawai pendidikan setiap tahun dalam tempoh Rancangan berbanding dengan 8,000 orang pada tahun 2009. Kaedah penyampaian latihan di IAB akan berubah daripada berasaskan syarahan kepada penekanan terhadap pembelajaran berdasarkan pengalaman. Kursus pendidikan dan pengurusan akan dijalankan di kampus dan secara atas talian menggunakan platform e-learning, serta dilengkapi repositori pengetahuan digital. Selain daripada latihan, IAB akan menyediakan perkhidmatan konsultasi dan bimbingan kepada pemimpin sekolah untuk meningkatkan prestasi. Selaras dengan Program Pembangunan Prestasi Sekolah, pakar pembimbing pengetua akan menyediakan bimbingan kepimpinan tambahan dan sokongan kepada sekolah berprestasi rendah.

 Meningkatkan Daya Tarikan Keguruan dan Menghasilkan Guru Terbaik

Kualiti guru merupakan penentu utama kepada prestasi pelajar seperti ditunjukkan dalam Carta 5-7. Pengalaman daripada sistem sekolah berprestasi tinggi global menunjukkan bahawa pelajar akan hanya boleh ditingkatkan dengan meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Sistem sekolah berprestasi tinggi berupaya menarik dan menerima hanya calon terbaik sebagai guru, meningkatkan prestasi mereka secara berterusan serta memupuk budaya berprestasi tinggi di sekolah. Dalam tempoh

Rancangan, Kerajaan akan mengambil pendekatan yang sistematik untuk meningkatkan kualiti guru baru serta menambah baik kualiti dan profesionalisme guru sedia ada.

Mempertingkatkan Kualiti Guru Baru Secara SignifikanSetiap tahun, KPM menerima lebih 175,000 permohonan untuk menyertai profesion keguruan dan 20,000 orang ditempatkan di sekolah. Ramai pemohon tidak mempunyai sikap dan aptitud yang sesuai untuk menjadi guru. Daripada permohonan kemasukan ke program latihan perguruan di IPG pada tahun 2010, hanya 7% mendapat 7A dan ke atas dalam SPM

Menjadikan Profesion Keguruan Pilihan Utama

Menarik siswazah cemerlang menyertai profesion keguruan adalah kritikal. Dalam tempoh Rancangan, Kerajaan akan melancarkan kempen profil tinggi untuk meningkatkan kesedaran tentang keguruan sebagai profesion yang berprestij. Kerajaan akan menjadikan profesion keguruan sebagai kerjaya pilihan dengan menekankan empat perkara berikut: • Ganjaran kewangan: Profesion ini sebenarnya merupakan antara profesion awam yang menyediakan gaji permulaan yang tinggi; • Pembangunan kerjaya: Melalui Tawaran Baru untuk guru, prospek kerjaya guru akan menjadi lebih menarik dengan peluang pembangunan profesionalisme yang lebih luas selain daripada peluang kenaikan pangkat yang lebih cepat kepada guru yang cemerlang; • Berprestij: Sebagai kerjaya elit, profesion keguruan akan menggunakan kriteria pemilihan dan proses penilaian yang ketat. Hanya calon cemerlang akan diterima dalam profesion ini; dan • Pembangunan nusa bangsa: Profesion keguruan bertanggungjawab membentuk generasi pemimpin masa depan dan penting dalam membawa Malaysia menjadi negara berpendapatan tinggi. Pengukuhan Latihan Perguruan Melalui Latihan Praktikum Pengalaman praktikum merupakan elemen penting dalam latihan perguruan kerana dapat memberi pengalaman pengajaran dan pembelajaran sebenar di bilik darjah. Dalam sistem persekolahan terbaik seperti di Finland dan New Zealand, latihan dan pengalaman praktikum guru pelatih, dari segi kualiti dan kuantiti, sentiasa dipertingkatkan. Oleh itu, Kerajaan akan mengambil langkah untuk meningkatkan kualiti dan ketekalan latihan praktikum kepada guru pelatih, seperti memanjangkan tempoh latihan praktikum, dan meningkatkan kerjasama guru berpengalaman yang mempunyai kemahiran membimbing yang tinggi untuk menyelia guru pelatih. Dalam tempoh Rancangan, latihan praktikum kepada guru pelatih akan ditingkatkan melalui langkah berikut:

 • Kursus Perguruan Lepasan Ijazah akan dilanjutkan daripada satu tahun kepada 212 satu tahun setengah untuk meningkatkan pengalaman praktikum guru pelatih; • Jabatan Pelajaran Negeri akan menyelaras penempatan guru pelatih di sekolah yang layak melaksanakan program ini dan memantau pematuhan oleh guru pembimbing; • Guru berpengalaman akan diberikan kursus pembimbing untuk meningkatkan kebolehan membimbing mereka; dan • Program praktikum akan menjadi sebahagian daripada penilaian prestasi sekolah dan guru pembimbing.

Penghapusan Jaminan Penempatan Guru Pelatih

Pada masa ini, guru pelatih IPG dan Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dijamin pelantikan sebagai guru tanpa mengambil kira prestasi mereka. Jaminan pelantikan ini akan

dihapuskan dalam tempoh Rancangan. Dengan ini, hanya guru pelatih yang memperoleh pencapaian terbaik dan berkelayakan akan ditawarkan jawatan guru. Penghapusan jaminan pelantikan ini bertujuan memastikan penetapan keperluan kualiti minimum bagi guru baru.

Peralihan kepada ‘Sistem Terbuka’ dalam Latihan Guru

Pelaksanaan latihan perguruan akan diperluaskan kepada universiti swasta berbanding hanya daripada IPG dan IPTA. Langkah ini akan meliberalisasikan sistem latihan guru dan beralih kepada ‘sistem terbuka’ bagi menambah sumber guru terlatih. Dengan pertambahan ini, lebih ramai guru pelatih yang cemerlang dapat dilantik sebagai guru di sekolah rendah dan menengah. Pendekatan ini akan meningkatkan persaingan di kalangan guru pelatih dan menambah baik kualiti sistem pendidikan secara keseluruhan.

Tawaran Baru untuk Semua Guru bagi Meningkatkan Kualiti Perkhidmatan Dalam tempoh Rancangan, Kerajaan akan melancar dan melaksanakan Tawaran Baru yang menyeluruh kepada semua guru bagi menjadikan profesion keguruan lebih menarik serta meningkatkan profil dan profesionalisme kerjaya ini. Di samping itu, Kerajaan akan meningkatkan guru berijazah di sekolah menengah daripada 89.4% dalam tahun 2009 kepada 90.0% menjelang tahun 2015. Bagi sekolah rendah pula, kadar ini akan ditingkatkan daripada 28% dalam tahun 2009 kepada 60% menjelang tahun 2015. Tawaran Baru ini mengandungi tiga elemen: • Peluang kenaikan pangkat yang cepat berdasarkan kecekapan dan prestasi; • Meningkatkan pembangunan profesional berterusan (CPD) secara sistematik kepada semua guru; dan • Kaedah pengurusan prestasi baru yang lebih mantap.

Kemajuan Kerjaya Lebih Cepat Berasaskan Kompetensi

Kemajuan kerjaya yang perlahan merupakan antara sebab utama siswazah di Malaysia tidak memilih kerjaya perguruan. Sepanjang 30 tahun perkhidmatan, kebanyakan guru menikmati hanya satu atau dua kali kenaikan pangkat sahaja. Mengikut dasar kenaikan pangkat berasaskan tempoh perkhidmatan, pada kebiasaannya guru mengambil masa selama 10 tahun untuk dinaikkan daripada gred permulaan ke gred jawatan yang seterusnya. Kemajuan kerjaya yang cepat untuk guru berprestasi tinggi adalah penentu untuk menjadikan profesion keguruan lebih menarik terutama kepada calon guru yang berpotensi tinggi. Pendekatan ini juga membolehkan lebih ramai guru berpeluang mencapai gred yang lebih tinggi dalam masa yang singkat dan dengan ini boleh membimbing guru baru lebih awal. Melalui inisiatif Tawaran Baru, pergerakan gred yang lebih cepat berasaskan kompetensi dan prestasi akan dilaksanakan. Laluan cepat untuk kenaikan pangkat secara automatik akan diberi kepada semua guru tanpa mengira tempoh perkhidmatan dan keperluan memajukan permohonan. Sistem laluan kerjaya baru dijangka bermula pada tahun 2011 dan dilaksana sepenuhnya menjelang tahun 2015.

Pembangunan Profesional yang Berterusan yang Bersesuaian bagi Menyokong Pembangunan Keupayaan dan Kemajuan Kerjaya

Latihan yang berfokus kepada bidang tugas baru berdasarkan kenaikan pangkat dan memberi penambahbaikan kepada kebolehan pengajaran akan memberi faedah kepada guru. Pada masa ini, tiada pendekatan yang sistematik berkaitan CPD dalam sistem pendidikan. Pendekatan CPD yang menyeluruh akan dilaksana pada tahun 2011 dan mengandungi elemen berikut: • Modul CPD yang bersesuaian mengikut keperluan dirangka untuk setiap gred jawatan bagi melengkapkan guru dengan peranan baru selepas kenaikan pangkat;

 • Modul ini memberi lebih fokus kepada peluang pembelajaran di sekolah; dan • Pelbagai modul CPD seperti kursus latihan formal, pengajian pasca siswazah, pengajian jarak jauh dan aktiviti bimbingan akan membolehkan guru membuat pilihan terbaik untuk pembangunan kerjaya mereka tanpa mengganggu pengajaran dan pembelajaran.

Pelaksanaan Instrumen dan Proses Baru untuk Penilaian dan Penaksiran Guru

Kaedah penilaian semasa ke atas guru adalah sama dengan penilaian penjawat awam yang lain. Kaedah ini tidak mengambil kira prestasi pelajar, keupayaan sebenar pengajaran atau kecekapan utama yang diperlukan dalam profesion keguruan. Skor penilaian untuk guru akan menjadi lebih bermakna sekiranya ia dapat mengukur prestasi sebenar guru, kurang subjektif dan berasaskan bukti. Satu pendekatan baru yang selari dengan amalan di sekolah berprestasi tinggi akan dilaksana pada tahun 2011 untuk memastikan penilaian dibuat secara tekal, objektif dan dapat memupuk budaya cemerlang di sekolah. Pendekatan ini akan mengandungi instrumen baru bagi menilai guru yang menggunakan kombinasi berwajaran beberapa aspek utama seperti penekanan kepada pengajaran dan pembelajaran, nilai profesional, aktiviti di luar kelas dan sumbangan kepada sekolah dan masyarakat.

Transformasi Keberkesanan Penyampaian

Sistem penyampaian yang cekap dan berkesan sangat diperlukan untuk meningkatkan prestasi pelajar. Pendekatan yang lebih inovatif akan diguna pakai untuk memastikan penyampaian dilaksanakan dengan efektif.

Pengukuhan Penyampaian Perkhidmatan untuk Menyokong Kemajuan Sekolah

Penambahbaikan mekanisme penyampaian kepada sekolah memerlukan perubahan dalam proses kritikal yang memberi kesan secara langsung terhadap sekolah seperti penempatan guru, pengurusan prestasi sekolah dan juga peranan Kementerian, Jabatan Pelajaran Negeri dan Pejabat Pelajaran Daerah. Untuk memastikan perkhidmatan disampaikan secara optimum, KPM akan melaksana ‘Service Line’ iaitu perkhidmatan khusus untuk membantu sekolah yang amat memerlukan, antaranya bimbingan, bina upaya dan kemudahan peralatan yang sewajarnya. Di peringkat prasekolah, Kerajaan akan terus mengharmoni dan menambahbaik kualiti semua prasekolah awam yang disediakan oleh pelbagai agensi Kerajaan. Pendekatan ini memerlukan peningkatan produktiviti sumber manusia dan kewangan, serta pengukuhan kemampuan penyampaian.

Pelaksanaan Kurikulum Baru untuk Memupuk Kreativiti dan Inovasi

Dalam tempoh Rancangan, kurikulum baru untuk sekolah rendah dan menengah akan diperkenalkan. Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah akan diganti dengan Kurikulum Standard Sekolah Rendah pada 2011 dan ini akan diikuti dengan kurikulum baru untuk sekolah menengah. Kurikulum baru berbentuk modular ini akan memberi peluang kepada setiap pelajar melalui proses pembelajaran mengikut kemampuan sendiri, memupuk sikap bertanggungjawab 216 terhadap pembelajaran sendiri menerusi aktiviti eksplorasi yang dapat menyerlahkan potensi mereka. Kurikulum ini juga akan menekankan kreativiti, inovasi dan keusahawanan merentasi semua mata pelajaran. Penerapan nilai dan etika di peringkat awal amat penting dalam pembinaan sahsiah individu. Kurikulum yang bakal diperkenalkan akan menerapkan prinsip 1Malaysia bagi pendekatan pedagogi dalam penyampaian pendidikan. Sebagai usaha untuk membentuk pelajar yang seimbang dari segi akademik dan kesukanan,

kurikulum baru ini akan menjadikan Sukan sebagai satu subjek mata pelajaran bermula tahun 2011. Dasar ‘1Murid, 1Sukan’ mewajibkan setiap pelajar mengikuti sekurang-kurangnya satu aktiviti sukan. Setiap pelajar dikehendaki mengikuti aktiviti sukan pilihan masing-masing selama 90 minit seminggu bagi sekolah menengah dan 60 minit bagi sekolah rendah. Peruntukan untuk geran sukan bagi setiap pelajar akan dinaikkan daripada RM2.40 kepada RM4 bagi sekolah rendah dan daripada RM4 kepada RM6 bagi sekolah menengah.

Pendidikan Asas dan Prasekolah Swasta

Pendidikan yang ditawarkan oleh sektor swasta semakin diterima oleh Kerajaan dan orang ramai. Sehubungan ini, pihak swasta akan digalak untuk menyediakan pendidikan di semua peringkat bermula daripada prasekolah sehingga pendidikan tertiari. Kerajaan akan melaksana pelbagai kaedah perkongsian awam swasta seperti dalam pengurusan sekolah dan pembiayaan yuran pelajar.

Perkongsian Awam-Swasta dalam Pembangunan Prasekolah

Kerajaan akan memanfaatkan penyediaan pendidikan prasekolah oleh sektor swasta untuk menampung kemudahan yang disediakan oleh agensi Kerajaan. Insentif akan disediakan kepada pengusaha swasta bagi mempercepatkan penyediaan prasekolah untuk mencapai objektif meningkatkan enrolmen pelajar di peringkat ini. Insentif ini akan membolehkan pihak swasta mendapatkan geran bagi pembinaan prasekolah di kawasan yang kurang membangun di luar bandar. Sektor swasta dijangka akan membina 488 buah prasekolah pada tahun 2010, sebanyak 1,000 buah pada tahun 2011 dan 1,145 buah pada tahun 2012. Skim pembiayaan bersama bagi meningkatkan permintaan terhadap pendidikan prasekolah akan dilaksanakan dalam tempoh Rancangan. Usaha ini juga boleh membantu isi rumah berpendapatan rendah mengurangkan bebanan pembiayaan pendidikan prasekolah. Bantuan sehingga RM150 sebulan diberikan kepada mereka untuk pendidikan kanak-kanak berumur 4+ dan 5+ tahun di prasekolah swasta.

 Perkongsian Awam-Swasta dalam Pendidikan Asas

Perkongsian awam-swasta dalam pendidikan asas memberi autonomi signifikan kepada pengendali sekolah, sebagai tukaran kepada penambahbaikan yang spesifik dalam prestasi pelajar sebagaimana dipersetujui dalam kontrak rasmi. Sebagai contoh, charter school di Amerika ecialist chool dan pecial st  United Kingdo d n inde endent cho l di indepe dent s ho juga te ah di una pa ai d seko ah per endir an Cina di Malaysia. Ke ajaa a an memper enalkan angk kerja Sekolah Amanah kepad sekola awam ang te pilih. ekol h Am nah adala sekola awam ang di adbir b rsam ole pihak s asta da pem mpin ekolah awa

MENINGKATKAN KEMAHIRAN RAKYAT MALAYSIA UNTUK MELUASKAN KEBOLEHPASARAN

 Dalam beberapa dekad yang lalu, Malaysia telah membuat pelaburan yang besar dalam pendidikan lepasan menengah dan tertiari. Pada masa kini, Malaysia telah menubuhkan 20 universiti awam dan 26 universiti swasta serta 405 institusi latihan kemahiran awam dan 584 institusi latihan kemahiran swasta. Pada tahun 2009, institusi pendidikan tinggi dalam negara telah mengeluarkan lebih daripada 181,000 siswazah. Daripada jumlah ini, lebih daripada 81,000 siswazah adalah lepasan institusi pendidikan tinggi swasta. Institusi latihan kemahiran pula mengeluarkan lebih daripada 120,000 pelatih pada tahun 2009. Seramai 30,000 pelatih

adalah daripada institusi latihan kemahiran swasta. Pada masa kini, hanya 23% sahaja daripada jumlah tenaga kerja di Malaysia mempunyai pendidikan tertiari berbanding dengan kadar purata bagi negara Pertubuhan Kerjasama Ekonomi dan Pembangunan (OECD), iaitu hampir 28% dan mencecah 35% di Singapura dan Finland. Pada tahun 2009, sebanyak 27% daripada siswazah institusi pengajian tinggi tempatan masih menganggur dalam tempoh enam bulan selepas menamatkan pengajian. Bagi yang berjaya mendapat pekerjaan pula, 29% daripada mereka pada tahun 2006 dan 33% pada tahun 2009 hanya memperoleh pendapatan kurang daripada RM1,500 sebulan. Majikan dan persatuan industri sering mengaitkan kekurangan soft skills seperti etika kerja yang positif, kemahiran berkomunikasi, kerja berpasukan dan kebolehan membuat keputusan serta kepimpinan sebagai faktor utama yang menjejaskan kebolehpasaran siswazah Malaysia. Memandangkan terdapat jurang yang besar antara tahap kompetensi siswazah Malaysia dengan piawaian antarabangsa, isu ini perlu ditangani bagi memastikan negara mempunyai siswazah yang berkemahiran, serba boleh dan kebolehpasaran yang tinggi. Pada masa yang sama, dianggarkan seramai 100,000 atau 22% pelajar Malaysia memasuki pasaran pekerjaan sebaik sahaja menamatkan 11 tahun persekolahan, iaitu dengan hanya memiliki kelayakan SPM. Kumpulan pelajar ini mungkin lebih cenderung kepada kemahiran teknikal, oleh itu mempunyai peluang yang besar untuk meningkatkan kemahiran mereka dalam bidang teknikal. Malaysia perlu memesatkan pembangunan modal insan bertaraf dunia bagi mencapai status negara berpendapatan tinggi. Justeru, peningkatan kemahiran secara radikal perlu dilaksana bagi meningkatkan kebolehpasaran dengan memberi tumpuan kepada strategi berikut:

• Mengarusperdanakan dan memperluas akses kepada pendidikan teknikal dan latihan vokasional yang berkualiti; dan • Meningkatkan kompetensi siswazah sebagai persediaan untuk memasuki pasaran pekerjaan.

Mengarusperdanakan dan Memperluas Akses kepada Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional yang Berkualiti

Malaysia berhasrat meningkatkan ekonomi dalam rantaian nilai untuk menjadi ekonomi berpendapatan tinggi. Oleh itu, enrolmen dalam pendidikan teknikal dan latihan vokasional (TEVT) perlu ditambah dan kualiti latihan secara keseluruhan dipertingkatkan untuk meningkatkan dengan ketara tahap kemahiran tenaga kerja. TEVT bertujuan menambah bekalan modal insan berkemahiran di Malaysia melalui penyediaan pendidikan berkualiti kepada pelajar yang mempunyai kecenderungan dan keupayaan dalam bidang teknikal dan vokasional. TEVT menjurus kepada penyediaan kemahiran yang boleh digunakan dengan segera dalam pasaran pekerjaan. TEVT menjadi pilihan pendidikan perdana di kebanyakan negara maju. Model binari atau dwi-laluan pendidikan yang fleksibel diguna pakai di kebanyakan negara berpendapatan tinggi. Model ini membolehkan pelajar menukar aliran antara akademik dengan teknikal atau vokasional yang mempunyai prospek kerjaya yang setara. Kadar purata enrolmen pelajar yang memasuki aliran teknikal dan vokasional di peringkat menengah atas bagi negara OECD adalah 44%, berbanding hanya 10% di Malaysia. Penambahbaikan peluang, akses dan kualiti TEVT untuk laluan teknikal adalah sama penting dengan penambahbaikan laluan akademik pendidikan tertiari.

Pendidikan TEVT di peringkat sekolah menengah mempunyai dua aliran utama, iaitu teknikal dan vokasional. Aliran teknikal mempunyai lebih banyak komponen akademik, manakala aliran vokasional mempunyai lebih banyak komponen hands-on. Kemahiran TEVT memberi manfaat secara langsung kepada majikan, pekerja serta sektor industri yang berkaitan. Faedah yang diperoleh bergantung kepada gabungan kemahiran pekerja. Oleh itu, kos berkaitan

TEVT perlu dibiayai bersama antara Kerajaan, majikan, industri dan pelajar berdasarkan kepada faedah yang diperoleh.222 Dalam tempoh Rancangan, empat strategi berikut akan diguna pakai untuk mengarusperdanakan dan memperluas akses kepada TEVT yang berkualiti: • Menambah baik persepsi terhadap TEVT dan menarik minat lebih ramai pelajar; • Membangunkan tenaga pengajar TEVT yang lebih efektif; • Mempertingkat dan mengharmonikan kualiti kurikulum TEVT selaras dengan keperluan industri; dan • Memperkemas penyampaian TEVT.

Menambah Baik Persepsi Terhadap TEVT dan Menarik Minat Lebih Ramai Pelajar

Terdapat banyak peluang untuk penyedia TEVT awam dan swasta menarik lepasan sekolah yang tidak melanjutkan pengajian untuk mengikuti latihan TEVT dan meningkatkan bilangan pekerja berkemahiran dalam pasaran pekerjaan. Bagi tujuan ini, penekanan akan diberi untuk meningkatkan nilai dan daya tarikan TEVT kepada pelajar, penyedia latihan dan industri. Dalam tempoh Rancangan, kempen media di peringkat nasional akan dilaksana secara berterusan untuk meningkatkan kesedaran dan menambah baik persepsi terhadap TEVT. Kumpulan sasar utama adalah pelajar yang berpotensi dan ibu bapa mereka. Kempen akan memberi penekanan terhadap manfaat memasuki pasaran pekerjaan dengan kelayakan TEVT, seperti gaji permulaan, jenis pekerjaan dan laluan kerjaya serta pengiktirafan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) untuk lebih banyak jawatan dalam sektor awam. Pelbagai saluran penyampaian seperti televisyen, radio, majalah dan selebriti akan diguna untuk menyampaikan maklumat tersebut kepada kumpulan sasar. Kaunselor di sekolah akan diberi tanggungjawab untuk membimbing dalam tempoh yang panjang bagi membantu pelajar, bermula daripada tingkatan 4 berterusan sehingga pelajar berkenaan memasuki pendidikan tertiari. Langkah ini adalah untuk memastikan lebih ramai pelajar meneruskan pelajaran ke peringkat tertiari. Bagi meningkatkan keberkesanan bimbingan, kumpulan kaunseling yang terdiri daripada kaunselor sekolah akan dibentuk di setiap daerah. Kumpulan kaunseling ini akan bertanggungjawab untuk menjalinkan hubungan yang erat dengan institusi TEVT dan majikan, serta meningkatkan penyelarasan antara pihak berkepentingan melalui pertukaran maklumat. Kumpulan ini juga akan bertanggungjawab untuk menyediakan panduan

 Membangunkan Tenaga Pengajar TEVT yang Lebih Efektif

Laluan kemajuan kerjaya tenaga pengajar TEVT akan diperkemas untuk menjadikannya sebagai kerjaya pilihan yang menarik kepada tenaga pengajar yang berprestasi tinggi. Tenaga pengajar yang memenuhi syarat kompetensi yang jelas di setiap gred boleh dinaikkan pangkat tanpa bergantung kepada kekosongan jawatan. Personel industri yang berpengalaman tinggi dan mempunyai kemahiran praktikal di tempat kerja akan digalak menjadi tenaga pengajar di institusi TEVT. Untuk memudahkan pengambilan ini, laluan kemasukan ke profesion tenaga pengajar vokasional yang fleksibel akan diwujudkan, dan syarat yang menyukarkan kemasukan di peringkat pertengahan akan dihapuskan. Langkah ini akan meningkatkan kapasiti latihan dan membantu untuk memastikan tenaga pengajar mempunyai pengalaman di tempat kerja.

Penambahan bilangan tenaga pengajar yang cemerlang akan dilaksanakan melalui peluasan program tenaga pengajar sambilan. Langkah ini akan menarik mereka yang berminat untuk menjadi tenaga pengajar di samping terus kekal bekerja di industri. Tenaga pengajar yang

memiliki pengetahuan terkini tentang teknologi dan perkembangan industri akan memberi latihan yang paling relevan dan seterusnya meningkatkan kebolehpasaran pelatih. Kerjasama antara institusi TEVT dengan industri dalam pertukaran personel akan diperkukuhkan bagi membolehkan tenaga pengajar vokasional menjalani program penempatan di industri bagi mendapat pendedahan dan pengetahuan teknologi terkini. Pada masa yang sama, tenaga pengajar vokasional dari industri ditempatkan di institusi TEVT bagi memperkukuh kemahiran pedagogi mereka. Bagi memperkukuh penyampaian latihan dan meningkatkan pengambilan tenaga pengajar, kapasiti Pusat Latihan Pengajar dan Kemahiran Lanjutan akan dipertingkatkan dengan menggunakan metodologi dan pendekatan latihan yang baru. Sebuah pusat latihan tenaga pengajar yang baru akan dibangunkan bagi menambah kapasiti latihan sebanyak 800 setiap tahun. Selain daripada itu, Jabatan Pembangunan Kemahiran akan menyelaras program latihan pengajar di institusi latihan kemahiran awam yang lain.

Mempertingkat dan Mengharmonikan Kualiti Kurikulum TEVT Selaras dengan Keperluan Industri

Pembangunan kurikulum TEVT dilaksana oleh setiap agensi penyedia latihan dengan keupayaan, kapasiti dan agenda tersendiri. Amalan ini menjejaskan kualiti penyampaian TEVT. Langkah akan diambil bagi menyeragam dan mengharmonikan kurikulum, mengurangkan kos pembangunan kurikulum, dan memastikan kurikulum selaras dengan keperluan terkini industri. Jabatan Pembangunan Kemahiran akan dilantik sebagai agensi untuk membangun dan menyeragamkan kurikulum TEVT mulai tahun 2011. Jabatan Pembangunan Kemahiran akan memastikan kurikulum yang dibangunkan memenuhi piawaian minimum dan selaras dengan bidang ekonomi yang diberi keutamaan. Kurikulum TEVT akan mengandungi komponen kemahiran asas berkaitan dengan literasi dan numerasi serta penguasaan pelbagai bahasa. Kemahiran asas ini penting sebagai sokongan kepada kemahiran praktikal serta pembinaan kemahiran dan keupayaan individu untuk menyesuaikan diri dengan perubahan suasana kerja. Di samping itu, Jabatan Pembangunan Kemahiran akan membangun bank kurikulum untuk menyimpan semua kurikulum yang dibangunkan. 226 Agensi penyedia TEVT mengeluarkan sijil tersendiri dan sijil TEVT ini belum diiktiraf sepenuhnya sebagai sijil yang melayakkan calon memasuki institusi pengajian tinggi. Penerimaan sijil TEVT dalam kalangan pelajar, ibu bapa dan majikan dapat diperluas dengan menghapuskan keraguan terhadap kualiti latihan yang diberikan oleh pelbagai agensi. Pada masa ini, SKM, Diploma Teknologi dan Sarjana Muda Teknologi tidak diiktiraf sepenuhnya oleh institusi pengajian tinggi dan Lembaga Jurutera Malaysia. Untuk penyeragaman dan pengiktirafan persijilan TEVT, SKM akan diguna pakai sebagai persijilan kebangsaan bagi TEVT. Langkah berikut akan diambil bagi memperkukuh pengiktirafan sijil TEVT: • Mengiktiraf dan menyeragam pelbagai tahap SKM dengan kesemua sijil yang dikeluarkan oleh penyedia TEVT menjelang tahun 2012; • Mewajibkan pekerja dalam pekerjaan terpilih memiliki SKM atau sijil yang setaraf. Syarat ini akan dilaksanakan secara berperingkat mulai tahun 2012; dan • Memperluas penerimaan SKM sebagai syarat kelayakan masuk ke dalam skim perkhidmatan awam, dan ke institusi teknikal dan vokasional di peringkat tinggi dan ke institusi pengajian tinggi menjelang tahun 2011. Lembaga Teknologis Malaysia akan ditubuh untuk mempercepat pengiktirafan sijil berkaitan kemahiran dan teknologi. Pengiktirafan ini akan menggalakkan institusi pengajian tinggi termasuk institusi TEVT menawarkan kursus berkaitan teknologi selaras dengan keperluan ekonomi berpendapatan tinggi. Selaras dengan hasrat untuk membangunkan pendidikan teknikal dan keperluan industri, Malaysia-Japan International Institute of Technology akan ditubuh sebagai institusi berautonomi di bawah Universiti Teknologi Malaysia dengan matlamat memperkukuh kerjasama dan rangkaian dengan Jepun dalam bidang teknikal dan kejuruteraan. Institut ini berupaya memberi

pendedahan kepada pelajar dan meningkatkan keberkesanan kos dalam menyediakan latihan tentang pembangunan teknologi terkini di tempat kerja, etika kerja dan amalan pengurusan Jepun. Pada masa ini, terdapat keperluan untuk mengurangkan pertindihan kursus yang ditawarkan oleh pelbagai institusi latihan bagi mengoptimumkan penggunaan kapasiti TEVT dan mengelak pembaziran sumber. Dalam tempoh Rancangan, perkara ini akan diberi perhatian memandangkan kadar enrolmen di institusi TEVT dijangka akan meningkat. Institusi TEVT akan mengkaji semula, merasionalisasi dan memperkemas penyelarasan kursus menjelang akhir tahun 2011.

Memperkemas Penyampaian TEVT

Kaedah pembiayaan semasa akan dikaji semula untuk meningkatkan keberkesanan dan kecekapan institusi TEVT awam. Bagi menggalakkan persaingan dalam kalangan institusi TEVT awam, penyediaan peruntukan akan berdasarkan kepada prestasi institusi. Kerajaan juga akan menyediakan bantuan kewangan kepada pelajar di peringkat SKM Tahap 3 dan ke atas di institusi TEVT awam yang berprestasi tinggi. Bagi mencapai matlamat ini, sistem penarafan untuk menilai prestasi institusi awam dan swasta akan diperkenalkan. Pencapaian dalam sistem penarafan institusi TEVT akan menjadi asas kepada Kerajaan untuk membiayai pelatih di institusi TEVT swasta. Pendekatan ini akan dipertingkat dan diperluas dalam tempoh Rancangan bagi mengoptimumkan penggunaan kapasiti latihan di institusi TEVT awam dan swasta. Pelajar tercicir adalah sumber tenaga kerja yang besar dan berpotensi untuk diberi latihan kemahiran. Jika diberi latihan dan dilengkapkan dengan kemahiran yang tepat, mereka akan meningkatkan dengan ketara bilangan pekerja mahir. Pada tahun 2007, seramai 20,000 pelajar tercicir daripada sistem pendidikan asas dan jumlah ini meningkat kepada 30,000 orang pada tahun 2008. Liputan Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) akan diperluaskan bagi menyediakan latihan yang khusus untuk memenuhi keperluan golongan ini. Peruntukan tambahan juga akan disediakan bagi membiayai kos latihan dan elaun perantisan. Dalam tempoh Rancangan, sebanyak RM150 juta akan diperuntukkan dan seramai 20,000 pelajar tercicir akan mendapat manfaat. SLDN menekankan penglibatan langsung industri dalam latihan dan menetapkan 70% daripada latihan perlu dijalankan di tempat kerja. Dalam tempoh Rancangan, latihan di tempat kerja akan digalak dan dijadikan sebagai 228 sebahagian daripada pendidikan formal TEVT, kerana latihan ini menyediakan: • Persekitaran pembelajaran yang kondusif. Tempat kerja mewujudkan persekitaran pembelajaran yang baik melalui pengalaman sebenar. Kemahiran praktikal dan soft skills yang diperoleh akan meningkatkan kebolehpasaran; • Aliran maklumat untuk meningkatkan kecekapan pengambilan pekerja. Majikan mengetahui perkembangan prestasi pelatih dan perantis, justeru memudahkan mereka membuat keputusan menggaji pekerja; dan • Sumbangan produktif. Pelatih menjalankan tugasan yang memberi manfaat kepada majikan, ini menjadikan TEVT berfaedah kepada pelatih dan majikan. Melalui SLDN, pekerja industri yang berpengalaman akan diberi peranan sebagai pembimbing kepada perantis. Bagi mencapai tujuan ini, pembimbing mesti cukup terlatih untuk memberi latihan yang berkesan di tempat kerja. Tenaga pengajar di institusi TEVT pula perlu mempunyai kemahiran tinggi untuk melatih pembimbing. Sebanyak RM7.5 juta akan diperuntukkan kepada SLDN untuk melatih pembimbing dan tenaga pengajar.

Meningkatkan Kompetensi Siswazah bagi Menyediakan Mereka Memasuki Pasaran Pekerjaan

 Ekonomi berasaskan pengetahuan dan inovasi memerlukan sebilangan besar pekerja yang

berpengetahuan seperti ahli sains, jurutera, ahli profesional, agen paten dan usahawan berasaskan teknologi. Institusi pengajian tinggi mempunyai peranan yang penting dalam menghasilkan modal insan berkemahiran tinggi dan berkeupayaan untuk mencipta, menginovasi, menghasil dan mempelopori pengetahuan baru serta mengaplikasi dan membangunkan teknologi. Usaha untuk menarik pelaburan langsung asing dan memacu pertumbuhan sumber domestik yang baru memerlukan bilangan siswazah yang mencukupi dan kompeten. Walau bagaimanapun, tahap kebolehpasaran, kekurangan dan ketidakpadanan kemahiran siswazah masih menjadi isu utama dalam pembangunan modal insan. Banyak kajian mendapati siswazah Malaysia kurang kompeten dalam kemahiran teknikal yang diperlukan oleh industri, dan lemah dalam soft skills termasuk etika kerja profesional, kemahiran berkomunikasi, kerja berpasukan, membuat keputusan dan kepimpinan. Oleh itu, usaha bersepadu akan diambil untuk mempertingkat ompetensi siswazah dan keberkesanan pembiayaan kos pengajian tinggi, iaitu dengan:• Memperkukuh kerjasama industri dan penyelidikan; • Memberi lebih autonomi kepada universiti dan memperkukuh budaya berprestasi tinggi; • Memperkukuh kurikulum kursus pengajian bagi menyeimbangkan kandungan akademik dan soft skills; dan• Melantik dan mengekalkan staf akademik yang terbaik.

Memperkukuh Kerjasama Industri dan Penyelidikan

 Latihan industri adalah penting untuk membantu siswazah mempersiapkan diri bagi memenuhi keperluan industri yang sentiasa berubah dan aktiviti ekonomi baru. Penglibatan sektor swasta dalam penyediaan pendidikan melalui perkongsian awam-swasta akan dipertingkat bagi menggalakkan penyertaan industri dalam penyediaan kursus dan latihan industri. Di samping itu, kursus berorientasikan pasaran akan ditambah bagi memudahkan transisi pelajar ke dalam pasaran pekerjaan dan meningkatkan kebolehpasaran pelajar secara keseluruhannya. Rangka kerja dasar yang standard bagi program latihan industri yang berstruktur akan dilaksana oleh institusi pengajian tinggi dengan kerjasama industri untuk meningkatkan keberkesanan program. Program ini dirancang untuk diperluas kepada kursus selain daripada kursus yang mewajibkan latihan klinikal seperti perubatan, pergigian dan kejururawatan. Di samping itu, program latihan industri untuk staf akademik akan dipergiat bagi memastikan tidak kurang 15% daripada staf akademik mengikuti sekurang-kurangnya enam bulan latihan industri bagi setiap lima tahun tempoh perkhidmatan. Bagi memperluas pengalaman industri kepada staf akademik, program Knowledge Transfer Partnership (KTP) akan diperkenal pada tahun 2011 untuk meningkatkan kerjasama antara industri dengan universiti berkaitan. KTP bertujuan memudahkan pemindahan kepakaran dan hasil kajian melalui projek inovatif yang dikendalikan bersama oleh staf akademik dan rakan kongsi perniagaan daripada industri. Di samping itu, KTP juga menyediakan latihan berasaskan industri kepada siswazah bagi meningkatkan pengetahuan dan pengalaman, kemahiran keusahawanan serta kebolehpasaran semasa menjalankan projek berkenaan.230 Universiti akan digalak untuk mewujudkan kerjasama strategik dengan institusi penyelidikan antarabangsa dan universiti luar negara untuk meningkatkan aktiviti penyelidikan dan pembangunan (R&D), terutama dalam bidang teknologi baru. Antara langkah yang akan diambil adalah: • Melaksanakan lebih banyak program sangkutan bagi membolehkan staf akademik berkongsi pengetahuan, meneroka idea baru bagi meningkatkan kualiti penyelidikan dan menggalakkan pertukaran staf akademik; • Mengukuhkan pengurusan harta intelek yang dibangunkan di universiti bagi menambahbaik tadbir urus aktiviti penyelidikan; dan

• Mengukuhkan pusat kecemerlangan di universiti melalui kerjasama industri dalam aktiviti R&D bagi menyokong dan mempercepat pengkomersialan inovasi dan teknologi baru.

Memberi Lebih Autonomi kepada Universiti dan Memperkukuh Budaya Berprestasi Tinggi

Di negara lain, universiti awam bekerjasama dengan penggubal dasar bagi membangunkan kaedah untuk membantu institusi pendidikan tertiari mencapai kecemerlangan. Pemberian autonomi, ketelusan dan akauntabiliti terhadap prestasi cemerlang merupakan elemen kritikal bagi membolehkan universiti di Malaysia setanding dengan institusi terbaik dunia. Universiti awam perlu bertanggungjawab terhadap prestasi yang dicapai memandangkan sebahagian besar keperluan kewangan dibiaya oleh peruntukan awam. Di samping itu, ketelusan yang lebih tinggi dalam pencapaian prestasi akan memudahkan Kerajaan membuat penambahbaikan dan memberi sokongan dalam bidang yang diperlukan.

Menginstitusikan Autonomi dalam Universiti

 Universiti terbaik dunia berupaya meningkatkan inovasi dan prestasi serta menggalak kecemerlangan melalui autonomi yang signifikan dalam bidang berikut: • Peruntukan. Keupayaan untuk mengagih peruntukan mengikut keperluan, menentukan keutamaan bidang pembiayaan, dan menetapkan yuran pengajian dalam had yang ditetapkan; • Fakulti. Bebas untuk menarik dan mengekalkan staf akademik terbaik melalui insentif yang menarik dan ganjaran yang kompetitif;• Tadbir urus. Tanggungjawab yang lebih besar dan hak membuat keputusan penting tentang universiti termasuk hala tuju strategik, keutamaan dan pengagihan sumber serta mendapat hak yang lebih besar dalam membuat keputusan; dan • Pengambilan pelajar. Meningkatkan kawalan terhadap kualiti dan profil pelajar yang akan diambil. Di bawah Accelerated Programme for Excellence (APEX), universiti APEX akan diberi autonomi dalam bidang tadbir urus, sumber manusia (lantikan anggota sokongan, staf akademik dan pengurusan atasan), kewangan dan pengambilan pelajar. Program ini diperkenalkan pada tahun 2008, dan Universiti Sains Malaysia (USM) telah dipilih sebagai universiti pertama diberi status APEX. Pada masa ini, USM mempunyai autonomi dalam pengambilan pelajar. Autonomi dalam bidang lain hanya akan dipertimbangkan setelah USM memenuhi beberapa prasyarat yang ditetapkan. Pemberian autonomi akan diperluas kepada universiti penyelidikan dan universiti awam lain yang mencapai tahap kesediaan yang ditetapkan.

Mengukuh Budaya Berprestasi Tinggi di Universiti

Sistem Penarafan Institusi Pengajian Tinggi Malaysia (SETARA) telah diperkenalkan kepada universiti awam dan akan diperluas kepada semua institusi tertiari swasta yang menawarkan pengajian di peringkat ijazah. SETARA bertujuan membuat penilaian yang jelas dan seragam bagi meningkatkan ketelusan serta memberi tekanan ke atas prestasi, dan seterusnya meningkatkan kualiti keseluruhan sistem pendidikan tinggi. Penarafan mengenai pencapaian prestasi institusi dari aspek kebolehpasaran siswazah akan dihebahkan kepada umum. Penarafan ini akan diperluas untuk meliputi aspek seperti kaedah pengajaran dan pembelajaran serta khidmat sokongan kepada pelajar. Dalam tempoh Rancangan, sistem penarafan ini akan merangkumi setiap jabatan di institusi berkenaan. Naib canselor bertanggungjawab ke atas prestasi universiti dan pembaharuan kontrak mereka bergantung kepada prestasi yang dicapai. Prestasi yang rendah boleh menyebabkan kontrak tidak

disambung. Petunjuk prestasi utama (KPI) yang jelas bagi naib canselor telah disediakan, termasuk KPI bagi kebolehpasaran siswazah. Dengan ini, naib canselor akan memastikan semua staf bertanggungjawab terhadap prestasi 232 mereka dan seterusnya meningkatkan budaya akauntabiliti di institusi. Dalam tempoh Rancangan, pembiayaan berasaskan prestasi institusi tertiari awam akan dilaksana bertujuan menyediakan mekanisme pembiayaan yang telus untuk memangkin peningkatan prestasi. Pendekatan baru ini akan mengandungi komponen berikut: • Pembiayaan Kerajaan berasaskan prestasi yang dikaitkan dengan SETARA. Pembiayaan kepada universiti akan dikaitkan secara langsung dengan prestasi jabatan dan institusi secara keseluruhan. Kaedah ini menyediakan mekanisme yang telus dalam penyediaan pembiayaan dan peningkatan akauntabiliti dalam perbelanjaan peruntukan awam. Mekanisme pembiayaan ini mempunyai dua komponen, iaitu komponen tetap dan komponen berubah. Komponen tetap merangkumi item operasi asas seperti gaji staf akademik dan kos utiliti, dan pembiayaannya tidak bergantung kepada pencapaian prestasi. Komponen berubah pula bergantung secara langsung kepada prestasi yang diukur melalui SETARA. Universiti yang menerima penarafan yang rendah akan menerima peruntukan yang lebih kecil. Komponen berubah ini termasuk pembangunan intelektual dalam R&D dan aktiviti ko-kurikulum pelajar; • Peralihan kaedah pembiayaan daripada berasaskan-penawaran kepada berasaskan-permintaan. Kerajaan akan mengharmonikan kapasiti pendidikan tertiari dan mewujudkan keserataan persaingan bagi institusi pengajian tinggi awam dan swasta dalam mengukuhkan budaya berprestasi tinggi serta meningkatkan kualiti dan daya saing pendidikan tertiari di Malaysia. Pendekatan sedia ada, iaitu pembiayaan awam langsung dan pemberian geran kepada institusi awam akan beralih kepada pembiayaan berasaskan-permintaan melalui pinjaman dan biasiswa selaras dengan pendekatan yang lebih berasaskan-pasaran; dan • Pengurangan kadar pembiayaan Kerajaan kepada universiti. Universiti awam perlu menambah dana melalui sumber kewangan alternatif termasuk sumbangan daripada perbadanan, sektor swasta atau alumni. Pendekatan ini akan memperkukuh kerjasama antara universiti dan industri, dan seterusnya meningkatkan kesesuaian serta kualiti pengajaran dan penyelidikan.

Memperkukuh Kurikulum Kursus Pengajian bagi Menyeimbangkan Kandungan Akademik dan Soft Skills

Kualiti dan kesesuaian kursus dan kurikulum adalah faktor penting yang mempengaruhi kebolehpasaran siswazah. Dalam tempoh Rancangan, institusi pengajian tinggi akan menyemak semula kurikulum dan kursus serta menyelaras pencapaian program dan pembelajaran selaras dengan keperluan industri dan majikan. Sebanyak 2,730 program sedia ada akan disemak semula bagi memastikan pematuhan kepada Kerangka Kelayakan Malaysia (MQF). Semakan semula ini adalah berdasarkan kepada prinsip berikut: • Kandungan kursus yang ditawarkan akan ditanda aras dengan kriteria dan piawaian yang dipersetujui di peringkat nasional dan selaras dengan amalan terbaik antarabangsa; dan • Penerapan domain yang ditetapkan dalam MQF yang merangkumi soft skills seperti etika kerja positif, kemahiran berkomunikasi dan membuat keputusan, kerja berpasukan dan kepimpinan. Selaras dengan pertambahan permintaan bagi pekerja mahir dan profesional, semua politeknik di Malaysia akan disusun semula untuk menawarkan kursus di peringkat diploma dan ijazah serta mengurangkan secara berperingkat kursus di peringkat sijil menjelang akhir tempoh Rancangan. Politeknik akan meningkatkan pengkhususan dalam bidang tertentu untuk menjadi pusat kecemerlangan. Tiga politeknik sedia ada akan dinaik taraf kepada politeknik premier bagi melaksanakan penyelidikan gunaan melalui kerjasama dengan industri berkaitan

untuk memupuk inovasi dan membangunkan teknologi tempatan dalam bidang baru. Kurikulum institusi pendidikan tertiari perlu memberi lebih penekanan terhadap pembangunan soft skills pelajar selaras dengan maklum balas yang diterima daripada majikan. Atribut Umum Pelajar yang kini dikenali sebagai Skala Soft Skills Malaysia (My3S) merupakan ujian penilaian kendiri untuk menilai kompetensi siswazah dalam soft skills. Ujian ini akan dilaksana mulai Julai 2010. Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) akan terus memainkan peranan penting dalam pelaksanaan MQF sebagai asas jaminan kualiti pengajian tinggi dan pusat rujukan kriteria dan piawaian kelayakan nasional. MQA akan memperluas kerjasama dengan agensi jaminan kualiti luar negara melalui pemeteraian Memorandum of Arrangement sebagai usaha menetapkan tanda aras yang 234 piawai dan membantu meningkatkan keupayaan anggotanya.

Melantik dan Mengekalkan Staf Akademik yang Terbaik

Usaha akan dipergiat untuk menambah bilangan staf akademik berkelayakan PhD. Peratusan staf akademik berkelulusan PhD di semua universiti awam pada tahun 2009 adalah 35.9%. Menjelang akhir tempoh Rancangan, staf akademik berkelayakan PhD di universiti penyelidikan disasarkan sebanyak 75%, manakala universiti awam lain 60%. Bagi mencapai sasaran ini, program MyBrain15 menetapkan matlamat untuk meningkatkan jumlah pemegang PhD kepada 18,000 pada tahun 2015 dan 60,000 pada tahun 2023. Program ini akan menyediakan lebih ramai calon untuk dilantik sebagai staf akademik. Sejumlah RM2.26 bilion akan diperuntukkan bagi menyediakan biasiswa kepada 16,800 staf akademik melanjutkan pengajian di peringkat PhD. Proses pelantikan staf akademik juga akan diperhalusi dan dijadikan lebih telus untuk menarik calon terbaik. Ganjaran akan dijadikan lebih kompetitif supaya setanding dengan faedah yang ditawarkan oleh sektor swasta serta menyediakan manfaat bukan kewangan seperti waktu mengajar yang fleksibel. Sokongan kemajuan kerjaya staf akademik akan diberi keutamaan. Modul latihan asas akan diwajibkan kepada semua staf akademik baru. Bagi memastikan mereka mendapat panduan dan sokongan yang mencukupi pada awal kerjaya, staf akademik baru akan diletakkan di bawah seliaan staf akademik kanan yang bertanggungjawab membimbing dan memberi nasihat kemajuan kerjaya secara berkala. Di samping itu, dalam tempoh tiga tahun pertama sebagai staf akademik, tugas mengajar akan dikurangkan untuk membolehkan mereka membangunkan portfolio penyelidikan yang mantap dan memperoleh geran daripada sumber luar. Sebagai usaha penambahbaikan kualiti staf akademik, mereka yang telah bersara dan pensyarah luar negara akan digalakkan untuk berkhidmat di universiti awam secara kontrak. Pensyarah sambilan dan pensyarah pelawat terutama daripada industri juga akan digalakkan untuk mengajar di universiti awam. Bagi tujuan ini, pakej ganjaran yang lebih menarik dan kompetitif telah disediakan. Di samping itu, skim perkhidmatan pensyarah akan disemak semula untuk membolehkan mereka dinaikkan pangkat ke gred yang lebih tinggi dalam skim perkhidmatan yang sama tanpa perlu memegang jawatan pentadbiran seperti dekan atau ketua jabatan.

MENYUSUN SEMULA PASARAN PEKERJAAN UNTUK MENJADIKAN MALAYSIA NEGARA BERPENDAPATAN TINGGI

 Matlamat menjadikan Malaysia sebuah negara berpendapatan tinggi akan dicapai, antara lain, melalui pewujudan pasaran pekerjaan yang efisien untuk membangunkan, menarik dan mengekalkan modal insan berkepakaran. Kekurangan kemahiran yang diperlukan akan menghalang transformasi negara kepada ekonomi berpendapatan tinggi berasaskan pengetahuan dan inovasi. Usaha penyusunan semula dan pengukuhan pasaran pekerjaan perlu

untuk memastikan kecekapan pemadanan antara permintaan dengan penawaran, meningkatkan keupayaan mengekalkan modal insan terbaik serta memperkukuh daya tarikan Malaysia kepada pakar asing dan diaspora Malaysia. Kepelbagaian tenaga kerja Malaysia terus kekal sebagai aset negara. Rakyat Malaysia mempunyai silang budaya yang kukuh dan mudah menyesuaikan diri. Sikap keterbukaan dan keupayaan menguasai pelbagai bahasa membolehkan modal insan negara mewujudkan rangkaian yang kukuh di peringkat serantau dan global. Dalam tempoh Rancangan, Kerajaan komited untuk memperbaharui pasaran pekerjaan dengan penekanan khusus ke atas peningkatan mobiliti pekerja dan peningkatan kemahiran tenaga kerja semasa, terutama dalam kalangan isi rumah 40% terendah. Pembaharuan pasaran pekerjaan adalah penting bagi menyedia landasan kepada negara untuk terus berkembang ke arah ekonomi berpendapatan tinggi. Tumpuan pembaharuan akan diberi kepada tiga bidang utama: • Menjadikan pasaran pekerjaan lebih fleksibel; • Mempertingkat kemahiran dan keupayaan tenaga kerja sedia ada; dan • Memperkukuh keupayaan Malaysia menarik dan mengekalkan modal insan terbaik.

Menjadikan Pasaran Pekerjaan Lebih Fleksibel

Sistem pasaran pekerjaan yang cekap merupakan faktor penting dalam mengurangkan kos menjalankan perniagaan, mempengaruhi iklim pelaburan dan mewujudkan lebih peluang pekerjaan. Berdasarkan laporan Doing Business 2008 oleh Bank Dunia, Malaysia menduduki tangga ke-43 dalam aspek pemudahan penggajian pekerja. Di samping itu, kebergantungan yang tinggi terhadap pekerja asing tidak mahir bergaji rendah telah mengurangkan kadar upah dan melambatkan syarikat beralih kepada aktiviti bernilai tambah yang tinggi, serta menyumbang kepada pengaliran keluar berterusan modal insan tempatan.

Mengkaji Semula Rangka Kerja Perundangan dan Institusi bagi Menyediakan Kaedah Penggajian dan Pemecatan yang Fleksibel

Dalam tempoh Rancangan, usaha akan diambil untuk mengkaji semula undang undang perburuhan supaya selaras dengan ekonomi berasaskan pengetahuan dan cabaran globalisasi. Kajian semula ini akan memastikan hubungan industri kekal relevan dengan persekitaran semasa perniagaan, mengimbangi kestabilan sosial serta memudahkan mobiliti tenaga kerja. Kerajaan akan mengambil langkah untuk meningkatkan kecekapan penyelesaian pertikaian pekerja di Malaysia. Dalam kes lebihan pekerja, kos pemecatan pekerja di Malaysia secara relatifnya lebih tinggi berbanding negara Asia Tenggara yang lain. Secara purata, majikan di negara ini perlu membayar pampasan sehingga 75 minggu gaji kepada pekerja yang telah berkhidmat selama 20 tahun semasa penamatan kontrak, berbanding hanya 56 minggu di Thailand dan empat minggu di Singapura. Di samping itu, masa yang panjang diambil untuk menyelesaikan pertikaian kerja. Sehubungan ini, undang-undang perburuhan akan dikaji semula dalam tempoh Rancangan bagi mengoptimumkan keseimbangan antara fleksibiliti pasaran pekerjaan dengan kestabilan pekerjaan serta mempercepat penyelesaian pertikaian pekerja. Bilangan pekerja yang diberhentikan meningkat akibat daripada perubahan struktur ekonomi negara dan pendedahan kepada kejutan luaran. Jumlah pemberhentian pekerja yang meningkat mewujudkan keperluan bagi penyediaan jaringan keselamatan sosial untuk membantu mereka. Jaringan keselamatan sosial juga memberi fleksibiliti kepada syarikat untuk mengurus tenaga kerja ketika dalam kesukaran. Tabung Bantuan Kehilangan Pekerjaan akan diperkenalkan bagi menyediakan bantuan kewangan kepada pekerja yang diberhentikan dan tidak mendapat pampasan sewajarnya daripada pihak majikan semasa pemberhentian. Pekerja yang diberhentikan dan layak menerima bantuan akan diberi RM600 sebulan bagi

tempoh maksimum enam bulan, dengan syarat mereka masih belum mendapat pekerjaan dalam tempoh tersebut. Sebanyak RM80 juta akan diperuntukkan kepada Tabung ini dalam tempoh 2010-2012.

Memperkukuh Perkhidmatan Pekerjaan bagi Meningkatkan Mobiliti Pekerja

Komponen penting bagi pasaran pekerjaan yang fleksibel adalah keupayaan membuat pemadanan pekerjaan secara efektif untuk menyelesaikan ketidakpadanan penawaran dan permintaan tenaga kerja. Terdapat peluang yang besar untuk mewujudkan kerjasama industri dan perkongsian awam-swasta ke arah mengukuhkan perkhidmatan pekerjaan kepada tenaga kerja Malaysia bagi menghapuskan herotan dalam pasaran pekerjaan. Kerajaan akan mengukuh dan memodenkan perkhidmatan pekerjaan awam melalui penaiktarafan pusat pekerjaan awam sedia ada. Langkah ini akan meningkatkan penyampaian khidmat nasihat kerjaya, menyedia perkhidmatan pemadanan dan penempatan yang dipacu oleh industri, dan melaksanakan program pendidikan atau jangkauan komuniti yang berterusan mengenai arah aliran pekerjaan dan kerjaya. Pencari kerja dan masyarakat akan dimaklumkan tentang peluang pekerjaan yang wujud dan potensi laluan kerjaya. Majikan akan mendapat faedah daripada akses kepada platfom tambahan bagi memenuhi keperluan pekerja mereka. Bagi mencapai matlamat ini, pusat pekerjaan awam yang berkesan dan cekap yang dikendali secara bersama oleh sektor awam dan swasta perlu diwujudkan.

Memperbaharui Dasar Pekerja Asing Tidak Mahir

Pekerja asing tidak mahir telah meningkat lebih dua kali ganda semenjak tahun 2000 kepada 1.9 juta orang, seperti ditunjukkan dalam Carta 5-9. Kebanjiran pekerja asing tidak mahir berkos rendah telah melambatkan pelaburan dalam mekanisasi dan inovasi, terutama dalam sektor pertanian dan pembuatan, dan seterusnya mengurangkan pertumbuhan produktiviti dan menjejaskan aspirasi negara untuk beralih kepada ekonomi dalam rantaian nilai lebih tinggi. Sektor yang sangat bergantung kepada pekerja asing tidak mahir mempunyai produktiviti yang rendah, seperti ditunjukkan dalam Carta 5-10. Kebergantungan kepada pekerja asing tidak mahir akan dikurangkan secara berperingkat. Walau bagaimanapun, sektor yang menghadapi kekurangan tenaga kerja, seperti pembinaan dan perladangan akan dibenarkan menggaji pekerja asing berdasarkan keperluan. Langkah akan diambil untuk memastikan majikan menambah baik persekitaran kerja dan kebajikan pekerja termasuk penyediaan perumahan dan kemudahan asas. Sistem levi multi-tier akan dilaksana ke atas erkerja asin tidak ma ir. Mela ui si tem i i, sya ikat ak n terd rong untuk me ingk tkan kema iran ekerja merek atau men gaji pe erja a ing ang berk mahiran tingg . Sistem levi baru ini bertujuan mengawal kemasukan pekerja asing tidak mahir kerana levi akan dibayar oleh majikan dan bukannya pekerja. Penetapan kadar levi adalah berasaskan kepada tiga prinsip, iaitu bayaran levi berkadar langsung dengan nisbah pekerja asing kepada jumlah pekerja, kadar akan meningkat setiap tahun, dan berbeza mengikut tahap kemahiran pekerja asing.

Meningkatkan Penyertaan Tenaga Kerja

Arah aliran isi rumah dengan dua sumber pendapatan meningkatkan keperluan terhadap kaedah bekerja yang lebih fleksibel. Sehubungan ini, Kerajaan akan memperkenal Peraturan Kerja Separa Masa di bawah Akta Kerja 1955 dalam tempoh Rancangan. Inisiatif ini bertujuan menggalakkan penyertaan lebih besar dalam kalangan penduduk yang berada di luar tenaga kerja seperti suri rumah, pesara dan orang kurang upaya. Kaedah bekerja dari rumah, teleworking, dan separa masa atau masa anjal akan digalakkan. Di samping itu, penyertaan

tenaga kerja tempatan dapat ditingkatkan dengan memanfaatkan sepenuhnya golongan wanita di luar tenaga kerja. Oleh itu, langkah akan diambil untuk meningkatkan kadar penyertaan wanita dalam tenaga kerja daripada 46% pada tahun 2010 kepada 55% pada tahun 2015. Jangka hayat rakyat Malaysia kini setara dengan negara maju. Pelaksanaan dasar dan amalan bekerja secara fleksibel dan separa masa akan menggalakkan rakyat Malaysia yang bersara untuk terus menyumbang kepada ekonomi, terutama dalam sektor dan pekerjaan yang memerlukan kepakaran mereka.

Meningkatkan Kemahiran dan Keupayaan Tenaga Kerja Sedia Ada

Pada masa ini, hanya 28% daripada jumlah tenaga kerja di Malaysia bekerja dalam pekerjaan berkemahiran tinggi. Peratusan ini menunjukkan sebahagian besar tenaga kerja mempunyai tahap pencapaian akademik yang rendah. Peningkatan kemahiran dan latihan semula tenaga kerja sedia ada amat diperlukan ke arah meningkatkan ekonomi dalam rantaian nilai yang lebih tinggi. Kerajaan menyasarkan 33% tenaga kerja dalam kategori pekerjaan berkemahiran tinggi menjelang tahun 2015, dan 50% menjelang tahun 2020. Pencapaian matlamat ini memerlukan penglibatan yang lebih besar daripada sektor swasta.

Menggalakkan Perkongsian Kos Latihan

Liputan Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran akan diperluaskan untuk menggalakkan peningkatan kemahiran dan latihan semula tenaga kerja. Tabung ini akan memperluas bantuan kewangan daripada lepasan sekolah kepada pekerja. Menyedari bahawa tidak semua pekerja mampu untuk membiayai latihan, pinjaman pada kadar faedah yang rendah akan disediakan oleh Tabung ini untuk membiayai kos latihan peningkatan kemahiran. Sebanyak RM500 juta akan diperuntukkan untuk menyediakan pinjaman kepada pekerja, dan jumlah yang sama juga disediakan kepada lepasan sekolah. Enterpris kecil dan sederhana (EKS) memainkan peranan penting dalam memacu pertumbuhan ekonomi. Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia (SME Corp.) akan membantu dalam pembangunan EKS yang berkeupayaan dan berdaya tahan serta mampu bersaing di pasaran global. Di samping menyediakan kemudahan infrastruktur, bantuan kewangan, khidmat nasihat, akses kepada pasaran dan program sokongan yang lain, SME Corp. akan terus melaksanakan Program Peningkatan Kemahiran. Program ini bertujuan meningkatkan kemahiran dan keupayaan pekerja EKS di peringkat teknikal, penyeliaan dan pengurusan terutama dalam bidang kejuruteraan elektrikal dan elektronik, teknologi maklumat serta reka bentuk industri. Di bawah program ini, SME Corp. akan membiayai 80% daripada kos latihan yang ditanggung oleh majikan untuk melatih pekerja mereka di pusat latihan bertauliah. Perkongsian kos latihan akan dipergiatkan melalui peluasan liputan Tabung Pembangunan umber Manusia Berhad daripada 44 kepada 70 subsektor. Tabung ini adalah kumpulan wang yang disumbangkan melalui levi oleh majikan untuk melatih semula dan meningkatkan kemahiran pekerja mereka. Dalam tempoh Rancangan, sebanyak RM50 juta akan diperuntukkan bagi meneruskan pembiayaan geran sepadan untuk latihan dan peningkatan kemahiran pekerja EKS. Di samping itu, RM50 juta akan diperuntukkan untuk membiayai program perantisan yang melibatkan lebih 8,000 perantis. Peruntukan ini akan digunakan bagi membiayai elaun perantis dan yuran latihan vokasional. Kerajaan menggalakkan semua peringkat tenaga kerja untuk terus meningkatkan kelayakan dan keupayaan ke peringkat lebih tinggi. Dalam tempoh Rancangan, program akan diperkenal bagi menggalakkan penyertaan industri supaya bersama menaja pekerja mereka untuk melanjutkan pengajian ke program PhD perindustrian. Program ini akan melibatkan latihan dan penyelidikan projek berkaitan dengan pekerjaan serta berfokus kepada keperluan industri. Program ini akan dilaksana secara

bersama oleh syarikat dengan universiti. Pendekatan ini akan menggalakkan inovasi dan perkongsian pengetahuan yang dapat menyumbang kepada pertumbuhan dan pembangunan enterpris, menjana pengetahuan baru di universiti, dan menggalakkan penyelidikan yang berkaitan dengan industri dalam negara. Bagi tujuan ini, sebanyak RM50 juta akan diperuntukkan. Di samping itu, Kerajaan akan meneruskan pelaksanaan program di bawah pakej rangsangan ekonomi 2009 dengan menyediakan peruntukan bagi membiayai sebahagian daripada kos pengajian di peringkat PhD di universiti tempatan. Sebanyak RM350 juta akan diperuntukkan dalam tempoh Rancangan yang akan memanfaatkan 5,000 pelajar PhD.

Menggerakkan Industri bagi Meningkatkan Kemahiran Tenaga Kerja

 Penyediaan latihan secara langsung oleh syarikat dalam industri tertentu akan memastikan kandungan latihan menepati keperluan industri. Bagi tujuan ini, latihan vokasional akan diselaras dan diterajui oleh sektor swasta. Kerajaan akan mempergiat dan menggalakkan sektor swasta untuk membangunkan program latihan dalaman yang diiktiraf dan memperluas program tersebut dengan menyediakan latihan kepada pelatih yang bukan hanya terdiri daripada pekerja mereka bagi memenuhi keperluan industri. Kerajaan juga akan melaksanakan pendekatan pembiayaan tempat latihan bagi program latihan dalam bidang kemahiran khusus untuk sektor yang diberi keutamaan. Kursus ini akan dipersijilkan 242 sama ada di bawah Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia atau badan persijilan antarabangsa. Program Peningkatan Kemahiran Perindustrian (INSEP) merupakan program latihan untuk meningkatkan kebolehpasaran siswazah dalam bidang seperti kejuruteraan, ICT dan pengurusan. Program bridging ini dilaksanakan oleh 11 pusat pembangunan kemahiran negeri dengan kerjasama majikan. Tujuan program ini adalah untuk menyediakan siswazah yang baru tamat pengajian dengan kemahiran khusus dan kompetensi yang sesuai dengan keperluan industri untuk meningkatkan kebolehpasaran mereka. Kerjasama dalam pembangunan kerjaya dan bimbingan antara universiti dan industri akan digalakkan. Skim Pengurusan Kebolehpasaran Siswazah (GEMS) yang diuruskan oleh Jawatankuasa Syarikat Berkaitan Kerajaan Berprestasi Tinggi Putrajaya akan terus dilaksana dan diperluaskan bagi meningkatkan kebolehpasaran siswazah yang menganggur. Inisiatif ini bertujuan memudahkan pemadanan antara siswazah dengan majikan, melengkapkan siswazah dengan pengetahuan, kemahiran dan sikap yang menepati keperluan industri dan jawatan yang disasarkan, dan meningkatkan asimilasi serta integrasi siswazah dengan tempat kerja. Selain daripada syarikat berkaitan Kerajaan, program ini juga disertai oleh EKS, agensi Kerajaan dan syarikat swasta. Sejak inisiatif ini dimulakan pada bulan Mac 2009, GEMS telah berjaya melatih 5,000 siswazah. Program Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (RPL) bertujuan mengiktiraf pengalaman terdahulu dan kepakaran pekerja, serta menggalak dan memberi ganjaran terhadap pembelajaran sepanjang hayat dalam kalangan tenaga kerja akan diperluas. Program ini akan meningkatkan dengan ketara prospek kemajuan kerjaya  tenaga kerja dengan menganugerahkan SKM kepada pekerja yang memperoleh pengetahuan, pengalaman dan kemahiran di tempat kerja tetapi tidak mempunyai latihan formal. Program ini dijangka memberi manfaat kepada lebih 60,000 pekerja setahun. Bantuan kewangan kepada pekerja untuk menjalani latihan bagi melayakkan mereka menerima SKM akan mula dilaksana pada tahun 2011. Di samping itu, bank kredit kemahiran akan ditubuhkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran untuk menyediakan pangkalan data bagi merekod latihan dan mempermudah persijilan tenaga kerja mahir.

Menaik Taraf dan Memperluas Akses kepada Kolej Komuniti

Sistem kolej komuniti di Malaysia menyediakan pendidikan lepasan menengah dalam

pelbagai kursus teknikal dan vokasional mengikut Kerangka Kelayakan Malaysia. Kolej komuniti di seluruh negara yang berjumlah 59 buah memainkan peranan penting untuk menyediakan latihan peningkatan kemahiran dan latihan semula kepada masyarakat dalam pelbagai disiplin. Kolej ini juga menggalak pembelajaran sepanjang hayat kepada semua lapisan masyarakat dan kumpulan umur. Dalam tempoh Rancangan, Kerajaan akan memperkenal pendekatan yang lebih inovatif bagi kolej komuniti melalui pelaksanaan program modular yang membolehkan pelajar mengikuti pelbagai modul jangka pendek berasaskan keupayaan mereka. Modul boleh digabung untuk melayakkan pelajar dianugerahkan SKM. Hampir 70% daripada kandungan modul ini akan dilaksana secara latihan praktikal di industri atau di tempat kerja. Secara khususnya, program ini akan menyediakan peluang peningkatan kemahiran kepada pelajar yang cenderung kepada bidang teknikal atau vokasional tetapi tidak dapat melengkapkan 11 tahun pendidikan asas. Pendekatan modular yang lebih fleksibel ini akan menawarkan 135 kursus yang berlainan menjelang tahun 2015 berbanding dengan 52 pada tahun 2010. Sasaran jumlah enrolmen kolej komuniti akan meningkat daripada 31,000 pelajar pada tahun 2010 kepada 120,000 pelajar menjelang tahun 2014.

Menarik dan Mengekalkan Modal Insan Berkepakaran

Globalisasi telah meningkatkan mobiliti modal insan berkepakaran ke negara perindustrian yang didorong oleh upah, suasana pekerjaan dan kualiti hidup yang lebih baik. Modal insan berkepakaran tinggi berupaya menyesuaikan diri di pelbagai suasana pekerjaan di seluruh pelusuk dunia. Terdapat banyak persaingan untuk menarik dan mengekalkan modal insan berkepakaran tinggi ini. Usaha bersepadu akan diambil untuk meningkatkan daya tarikan Malaysia sebagai destinasi modal insan berkepakaran tinggi bagi warga tempatan dan asing. Malaysia juga akan secara aktif berusaha mendapatkan modal insan berkepakaran yang kritikal untuk negara.

Mempermudah Prosedur dan Menyedia Insentif Lebih Baik untuk Menarik Modal Insan Asing Berkepakaran

Kerajaan akan menambah baik prosedur semasa penggajian modal insan berkepakaran dari luar negara dengan mengurangkan kesulitan, peringkat pemprosesan dan bilangan agensi penguatkuasaan. Penambahbaikan ini bertujuan memudahkan prosedur pengeluaran permit kerja supaya lebih liberal selaras dengan amalan negara berpendapatan tinggi. Sehubungan ini, amalan semasa akan dikaji semula dan diselaraskan. Insentif dan suasana pekerjaan akan ditambah baik sebagai langkah meningkatkan lagi daya tarikan kepada modal insan asing berkepakaran. Langkah ini termasuk membenarkan modal insan asing berkepakaran bertukar kerja dengan persetujuan majikan yang didaftarkan, membawa pembantu rumah asing serta memberi kebenaran kepada pasangan untuk bekerja walaupun masih memegang pas tanggungan. Bagi meningkatkan fleksibiliti dan mobiliti modal insan asing berkepakaran, had masa visa pekerjaan akan dimansuhkan kepada mereka yang berpendapatan melebihi RM8,000 sebulan. Visa terbuka akan dikeluarkan kepada profesional asing yang berkemahiran tinggi tanpa dikaitkan atau disyaratkan bekerja dengan syarikat atau majikan tertentu. Mereka juga dibenarkan membeli unit kediaman yang berharga RM250,000 dan ke atas. Malaysia amat memerlukan peningkatan kemasukan modal insan asing berkepakaran dalam sektor perkhidmatan profesional untuk menampung kekurangan modal insan tempatan. Sehingga kini, Pertubuhan Negara negara Asia Tenggara (ASEAN) telah memeterai Peraturan Pengiktirafan Bersama bagi pengamal kejuruteraan, kejururawatan, seni bina, perubatan dan

pergigian. Manakala, Rangka Kerja ASEAN Mengenai Peraturan Pengiktirafan Bersama bagi pengamal ukur bahan dan perakaunan telah ditandatangani. Usaha akan dilaksana dengan mengambil kira objektif bagi mempermudah mobiliti golongan profesional ASEAN. Menjelang tahun 2015, di bawah Perjanjian Rangka Kerja ASEAN bagi Perkhidmatan (AFAS), Malaysia bersama negara anggota ASEAN yang lain akan meliberalisasi kemasukan golongan profesional. Pembangunan industri perkhidmatan di Malaysia dapat dipertingkatkan sekiranya Malaysia berupaya menarik lebih ramai modal insan berkepakaran dalam sektor perkhidmatan profesional dari negara ASEAN yang lain.

Menjadikan Bandar Lebih Menarik kepada Modal Insan Berkepakaran

 Kualiti hidup sesebuah bandar merupakan faktor utama bagi modal insan berkepakaran di peringkat global memilih destinasi untuk tinggal dan bekerja. Kuala Lumpur merupakan bandar ke-11 di Asia yang selesa untuk didiami, dan berpotensi untuk menjadi antara lima bandar terbaik. Secara umumnya, Kuala Lumpur berada dalam kedudukan istimewa sebagai bandar raya yang sangat selesa dan kosmopolitan yang merupakan mikrokosma kepada Asia. Bagi menarik modal insan berkemahiran dari luar negara, Kuala Lumpur akan digambarkan sebagai sebuah bandar raya bagi mereka yang mengutamakan kualiti dan kepelbagaian gaya hidup, bercirikan alam semula jadi, kaya dengan budaya, dan metropolis moden dengan infrastruktur canggih. Di samping itu, usaha bersepadu akan dilaksana untuk menjadikan bandar raya lain seperti Georgetown, Johor Bahru, Kuching dan Kota Kinabalu lebih menarik dan selesa untuk didiami. Inisiatif yang akan dilaksana di bandar raya tersebut termasuk peluasan ruang terbuka seperti taman, dataran awam dan laluan pejalan kaki, memulihkan waterfronts dan memperindah lokasi kesenian dan kebudayaan serta meningkatkan tahap keselamatan, kecekapan pengangkutan dan perkhidmatan penjagaan kesihatan.

Mewujudkan Kesinambungan Pembangunan Modal Insan Berkepakaran untuk Masa Hadapan

 Walaupun pelbagai inisiatif telah diambil bagi menarik modal insan berkemahiran dari luar negara, mereka yang masih berada dalam sistem pendidikan belum dimanfaatkan sepenuhnya. Pelajar asing yang belajar di universiti tempatan, terutama dalam bidang kritikal merupakan potensi sumber modal insan berkemahiran. Bagi mengekalkan pelajar ini, prosedur sedia ada yang 246 mewajibkan mereka kembali ke negara asal sebaik sahaja tamat pengajian akan dikaji semula bagi memudahkan mereka bekerja di Malaysia, terutama dalam pekerjaan kritikal yang terpilih. Biasiswa akan diberi kepada pelajar terbaik dari seluruh dunia untuk melanjutkan pengajian di peringkat pasca siswazah dan pasca kedoktoran di Malaysia dalam bidang kritikal yang spesifik selaras dengan keperluan negara. Sebaik menamatkan pengajian, mereka akan diberi peluang untuk bekerja di Malaysia. Mereka yang memilih untuk tinggal dan bekerja di Malaysia akan meningkatkan bilangan modal insan berkepakaran. Dalam tempoh Rancangan, 5% daripada pelajar terbaik Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia akan disediakan biasiswa untuk melanjutkan pengajian di universiti tempatan setiap tahun. Kerajaan juga akan mengenal pasti pelajar terbaik Malaysia yang sedang belajar di universiti terbaik di luar negara dan akan menyediakan biasiswa bagi membiayai yuran pengajian tahun akhir dengan syarat mereka kembali ke tanah air. Di samping itu, langkah akan diambil untuk memastikan rakyat Malaysia yang belajar di luar negara dengan biasiswa kembali ke Malaysia sebaik sahaja menamatkan pengajian mereka.

Penglibatan Diaspora Rakyat Malaysia

 Kepelbagaian dan saiz komuniti rakyat Malaysia di luar negara adalah aset unik yang boleh dimanfaatkan untuk melonjakkan Malaysia ke arah ekonomi berpendapatan tinggi. Dianggarkan lebih daripada 700,000 rakyat Malaysia bekerja dan tinggal di luar negara, kebanyakan daripada mereka adalah profesional berkemahiran tinggi. Kerajaan akan mengambil usaha yang tekal untuk mengenal pasti rakyat Malaysia yang berbakat di luar negara, untuk terlibat dengan mereka dan mendorong mereka menyumbang kepada negara melalui tindakan berikut:• Mengekalkan hubungan. Diaspora Malaysia akan dilibatkan secara aktif dalam membina dan memperkukuh hubungan mereka dengan Malaysia. Kerajaan secara aktif akan mengenal pasti, mempertemu dan membentuk jaringan. Pangkalan data diaspora yang lengkap mengandungi maklumat seperti pakar dalam sektor ekonomi utama dan latar belakang kemahiran akan diwujudkan dan diselenggara supaya mereka dilibatkan dalam bidang bersesuaian; • Mengesah dan mengiktiraf sumbangan. Anugerah dan acara yang bersesuaian akan diwujudkan untuk mengiktiraf dan meraikan pencapaian penting ahli komuniti diaspora Malaysia. Di samping itu, persatuan diaspora Malaysia akan diwujudkan bagi menyediakan peluang rangkaian melalui saluran atas talian dan pertemuan bersemuka di bandar raya yang menjadi tumpuan rakyat Malaysia di luar negara untuk menyediakan aktiviti dan peluang yang lebih besar untuk mereka menyumbang kepada negara;

 •Mendapatkan idea dan nasihat. Dialog berkala akan diwujudkan antara wakil Kerajaan dengan diaspora Malaysia di bandar raya utama yang membolehkan ahli diaspora bertukar idea dan memberi input untuk penggubalan dasar terutamanya yang berkaitan teknologi dan perindustrian. Di samping itu, diaspora Malaysia terkemuka akan diiktiraf sebagai autoriti dalam bidang tertentu seperti sektor ekonomi yang utama. Mereka ini akan dirujuk dan ditawarkan untuk menganggotai lembaga penasihat; dan • Sumber pelaburan modal. Kerajaan akan menggalak diaspora Malaysia untuk melabur di Malaysia. Mengambil kira kepakaran mereka, diaspora akan ditawar untuk melabur dalam projek khusus dengan kerjasama entiti perniagaan tempatan atau agensi sektor awam melalui usaha sama.

Menubuhkan Talent Corporation bagi Membekalkan Negara dengan Modal Insan Berkepakaran yang Diperlukan

Usaha menarik pelaburan telah dijalankan oleh Lembaga Kemajuan Pelaburan Malaysia dengan jayanya, tetapi tiada agensi yang bertanggungjawab dalam menarik modal insan berkepakaran yang bertaraf dunia bagi merapatkan jurang kemahiran serta membekalkan modal insan yang sangat diperlukan dari dalam dan luar negara. Oleh itu, Talent Corporation (TC) akan ditubuhkan pada tahun 2011 di bawah Jabatan Perdana Menteri dengan mandat untuk menarik, memotivasi dan mengekalkan modal insan berkemahiran yang diperlukan bagi mencapai status ekonomi berpendapatan tinggi. TC akan mempunyai tiga peranan utama: • Sebagai pemangkin. TC akan meneraju dan memacu inisiatif dalam usaha untuk menarik dan membangunkan modal insan berkepakaran bertaraf dunia melalui pengurusan modal insan berkepakaran kebangsaan dengan kerjasama sektor awam dan swasta. Inisiatif ini merangkumi usaha untuk melibatkan diaspora Malaysia, 248 mengenal pasti dan mengumpul modal insan berkepakaran yang berpotensi, dan mencungkil bakat dan mempergiat pembangunan pemimpin pelapis; • Sebagai pemudah cara. TC akan membantu industri dan sektor swasta dalam mewujud, memotivasi dan mengekalkan modal insan berkemahiran. Pihak berkepentingan dari pelbagai

agensi dan syarikat akan diketemukan untuk mewujudkan keselarasan dan koordinasi kukuh kepada pengurusan modal insan berkepakaran kebangsaaan. Di samping itu, peranan ini akan dilengkapkan melalui penyediaan insentif dan sokongan untuk menghubung dan mengagih modal insan berkepakaran; dan • Sebagai penyampai. TC akan bertanggungjawab memastikan inisiatif utama negara tentang pembangunan modal insan di semua peringkat dilaksanakan bagi membangunkan dan mengekalkan modal insan berkepakaran di Malaysia dan merapatkan jurang yang besar serta menangani halangan dalam pembangunan modal insan berkepakaran. TC juga akan bertanggungjawab terhadap pelaksanaan program dan mengenal pasti program dan menilai kesan inisiatif utama pembangunan modal insan berkepakaran. Rangka Tindakan Modal Insan Berkemahiran Kebangsaan yang bersepadu akan dibangunkan oleh TC dengan kerjasama sektor awam dan swasta pada tahun 2011. Rangka tindakan ini akan mengenal pasti dan membuat unjuran keperluan modal insan berkepakaran dalam sektor ekonomi utama dari semasa ke semasa, dan membangunkan inisiatif yang khusus bagi mempercepat bekalan modal insan berkepakaran yang kritikal. Rangka tindakan tersebut akan: • Menyediakan analisis menyeluruh bagi menangani isu modal insan berkepakaran bermula daripada peringkat prasekolah hingga persaraan, dan akan dipacu oleh permintaan dengan kerjasama industri bagi memastikan kesesuaiannya dengan keperluan pasaran dan ekonomi berasaskan pengetahuan; dan • Mengandungi maklumat terperinci mengenai keseluruhan peringkat pembangunan modal insan bagi memenuhi keperluan sektor yang diberi keutamaan dan Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEAs), jurang permintaan dan penawaran modal insan semasa an pada masa akan datang serta portfolio inisiatif bersepadu untuk memastikan program dilaksana dan ditadbir urus dengan berkesan. Selaras dengan peningkatan persaingan modal insan berkepakaran di peringkat global, langkah yang proaktif diperlukan bukan sahaja untuk menarik, malahan untuk mengenal pasti modal insan asing yang berkemahiran. Pendekatan yang akan diambil adalah sama seperti pendekatan untuk menarik pelaburan langsung asing. TC akan bekerjasama dengan Jabatan Imigresen dan perwakilan Malaysia untuk merancang dan melaksana strategi secara giat untuk menarik modal insan asing dan diaspora Malaysia, terutama mereka yang berkepakaran dalam sektor ekonomi yang diberi keutamaan atau bakal siswazah dari universiti terkemuka dunia. Di samping usaha mengadakan roadshow dan festival kerjaya, Kerajaan akan melatih, mengenal pasti dan menarik modal insan asing berkepakaran tinggi bagi memenuhi kekurangan kemahiran dan pengetahuan tertentu di Malaysia. Program menarik dan mengekalkan modal insan sedia ada seperti Program Menggalak Warga Negara Malaysia yang Berkepakaran yang Bekerja Di Luar Negara Pulang Ke Malaysia dan Program Brain Gain akan digabungkan di bawah TC dan diperkukuh untuk memastikan penyelarasan yang lebih baik, lebih fokus dan memberi impak yang lebih besar. Insentif di bawah program ini akan dikaji semula dan diperluas untuk menjadikannya lebih menarik bagi kumpulan modal insan berkepakaran tinggi yang disasarkan di luar negara.

KESIMPULAN

Pembangunan modal insan merupakan elemen asas dan kritikal dalam mentransformasikan ekonomi Malaysia daripada negara berpendapatan sederhana kepada negara berpendapatan tinggi. Untuk mencapai daya saing yang tinggi di peringkat global dan ekonomi berasaskan inovasi, pendekatan yang sistematik dan menyeluruh untuk membangun, menarik dan mengekalkan modal insan berkepakaran tinggi negara diperlukan. Malaysia perlu merapatkan jurang untuk mencapai modal insan berkepakaran bertaraf dunia. Kerajaan akan melaksanakan perubahan menyeluruh di setiap tahap pembangunan modal insan sepanjang kitaran hayat, iaitu daripada menambah baik pendidikan awal kanak kanak sehingga

peningkatan kemahiran tenaga kerja sedia ada. Pembangunan dan pengukuhan kualiti guru akan diberi tumpuan untuk meningkatkan pencapaian pelajar. Sekolah dan pengetua akan dipertanggungjawab terhadap pencapaian pelajar serta diberi lebih bantuan dan autonomi sewajarnya. Dalam tempoh Rancangan, lebih penekanan akan diberi kepada latihan kemahiran bagi memastikan negara dapat membentuk modal insan yang memenuhi keperluan industri, meningkatkan produktiviti dan rantaian nilai ekonomi yang lebih tinggi. Pendidikan teknikal dan latihan vokasional akan diarusperdanakan, dan pendidikan tertiari akan dinaik taraf dengan ketara melalui pemberian autonomi yang lebih besar dan pengurusan berprestasi tinggi dengan matlamat ke arah meningkatkan kebolehpasaran siswazah dan mobiliti kerja. Dalam tempoh Rancangan, sumber akan ditumpukan kepada usaha untuk membangun serta mengekalkan modal insan terbaik bertaraf dunia. TC akan ditubuhkan dengan mandat utama untuk mengenal pasti dan membekal modal insan berkepakaran tinggi yang amat diperlukan oleh sektor ekonomi utama bagi memastikan aspirasi negara tercapai. Pada masa yang sama, usaha yang lebih gigih diambil untuk memastikan akses yang saksama kepada peluang meningkatkan kemahiran dan menyokong golongan yang amat memerlukan. Sehubungan ini, inisiatif latihan kemahiran akan ditumpukan kepada isi rumah 40% terendah serta program penambahbaikan sekolah dan inisiatif LINUS dilaksana bagi merapatkan jurang pencapaian bagi pelajar yang ketinggalan dalam pembelajaran dan meningkatkan pencapaian sekolah berprestasi rendah. Langkah ini akan memastikan setiap pelajar di Malaysia boleh berjaya. Modal insan berkemahiran tinggi merupakan asas terpenting bagi mencapai ekonomi berpendapatan tinggi. Membangun dan mengekalkan modal insan bertaraf dunia untuk Malaysia amat memerlukan usaha yang tekal, terselaras dan berfokus supaya kepelbagaian dapat dimanfaatkan ke peringkat antarabangsa serta untuk memupuk, menarik dan mengekalkan modal insan berkemahiran tinggi di Malaysia.

B       : Isu Semasa Pendidikan

2.1 : Wang Bantuan RM100 Kepada Pelajar

Wang Bantuan RM100 kepada Pelajar tahun 2012 dari Kementerian Pelajaran Malaysia

Wang bantuan RM100 ini diberikan lanjutan daripada janji kerajaan pada Bajet Negara yang dibentangkan pada 7 Oktober 2011 yang lalu oleh YAB Perdana Menteri Malaysia.

Matlamat pemberian wang bantuan

Matlamat pemberian wang bantuan rm100 ini ialah meringankan beban ibubapa yang terpaksa menanggung beban mengeluarkan perbelanjaan lebih bagi membeli perlatan-peralatan sekolah dan pakaian untuk anak-anak yang bakal memulakan persekolahan pada bulan Disember 2011

Siapa yang layak terima?

Wang bantuan rm100 ni layak diterima oleh ibu bapa pelajar daripada tingkatan 1 hingga tingkatan 5. Setiap pelajar akan menerima rm100 setiap seorang. Pelajar-pelajar yang layak menerima bantuan rm100 ini ialah mereka yang bersekolah di Sekolah Kerajaan, Sekolah Bantuan Kerajaan,Sekolah Agama Rakyat, Sekolah Persendirian yang berdaftar dengan

Kerajaan dan Sekolah Agama Negeri.

Bila wang bantuan rm100 mula dibayar

Ianya mula dibayar mulai 15 November 2011 dan akan berakhir pada tarikh yang akan diumumkan oleh kerajaan kelak.

Bagaimana wang ini dibayar

Wang bantuan ini dibayar dengan cara tunai kepada ibu bapa. Pihak sekolah akan mengeluarkan borang akuan penerimaan/penolakan dan setelah diisi ibu bapa perlu mengembalikannya kepada pihak sekolah.

Tanggungjawab pihak sekolah mengagihkan wang bantuan

Pelajar-pelajar yang layak menerima wang bantuan perlulah dikenalpasti dan disenaraikan .

Pembayaran hendaklah dilakukan secara tunai kepada ibubapa setelah wang dikeluarkan daripada Bank Simpanan Nasional.

Wang bantuan tidak boleh diberikan dalam apa-apa bentuk seperti cek, wang pos, baucar atau lain-lain kecuali tunai sahaja.

Wang bantuan hendaklah diberikan kepada pelajar-pelajar yang layak menerima dalam tempoh 14 hari bekerja daripada tarikh wang tersebut diterima oleh pihak pentadbiran sekolah-sekolah.

Pihak sekolah hendaklah memastikan ibu bapa yang telah menerima wang bantuan rm100 menurunkan tandatangan di dalam borang Akuan Penerimaan/Penolakan Bantuan dan proses ini hendaklah disaksikan oleh oleh 2 orang guru sekolah

2.2 : Pemberian Baucar RM200 Kepada Pelajar IPTA, IPTS Dan Politeknik

Kementerian Pengajian Tinggi ingin memaklumkan pelaksanaan pemberian baucar buku bernilai RM200 yang diumumkan oleh YAB Perdana Menteri semasa Pembentangan Bajet 2012 kepada pelajarIPTA, IPTS, Politeknik, Matrikulasi/Asasip Sains dan pelajar Tingkatan 6, seperti berikut:

Semua pelajar warga negara Malaysia yang berdaftar sebagai pelajar aktif di IPTA, IPTS dan Politeknik mengikuti pengajian pada peringkat Diploma, Sarjana Muda, Sarjana dan Ph.D,matrikulasi/asasi dan pengajian persediaan termasuk pelajar diTingkatan 6 secara sepenuh masa dan separuh masa di institusi pengajian tinggi dalam negeri pada Januari 2012 layak mendapat baucar buku bernilai RM200.

Pengagihan baucar buku kepada pelajar-pelajar dibuat melaluiIPTA, IPTS, Politeknik dan sekolah masing-masing dalam bulanJanuari 2012. Sila hubungi IPT dan sekolah masing-masing untuk untuk mengambil baucar berkenaan.

Semua IPT telah menyediakan senarai nama pelajar, bersertaNombor Kad Pengenalan dan Nombor Metrik / NomborPendaftaran mereka yang layak. Pelajar perlu memastikan nama, no. kad pengenalan dan cop IPT masing-masing diisikan padasetiap keping baucar yang

bernilai RM50.00 setiap keping.

Baucar buku boleh ditebus di semua kedai buku yang menyertai program ini dan penyertaan kedai buku adalah terbuka kepada semua.

Baucar ini adalah untuk pembelian buku – buku akademik, jurnal, majalah ilmiah dan peralatan pembelajaran berdasarkan keperluan IPT masing-masing;

Tuntutan bayaran balik baucar akan dibuat oleh kedai buku terus kepada Bank Simpanan Nasional (BSN). Tuntutan hanya boleh dilakukan sehingga 30 April 2012;

Tempoh masa sah laku baucar buku ini adalah selama tiga bulan mulai daripada 1 Januari hingga 31 Mac 2012.

Pelajar tidak dibenarkan sama sekali menebus baucar buku ini dengan wang tunai.

2.3 : Isu Penempatan GSTT

ISU PENEMPATAN GSTT

7,079 GSTT ke jawatan tetap

PUTRAJAYA: Seramai 7,079 daripada 13,184 Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) di seluruh negara akan diserapkan dalam jawatan tetap selepas mengikuti kursus perguruan di Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) dan institusi pengajian tinggi awam (IPTA) terpilih, mulai Januari ini. Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr Wee Ka Siong, berkata langkah itu membuktikan komitmen Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin, untuk menyelesaikan isu membabitkan 13,184 guru GSST di seluruh negara.

Beliau berkata, sebenarnya seramai 1,799 daripada 13,184 guru GSTT terbabit sedang mengikuti latihan perguruan menerusi mod kursus dalam cuti (KDC) di IPGM di seluruh negara sejak beberapa bulan lalu.

“Bagaimanapun, pada hari ini (semalam), kita memutuskan untuk memberi peluang kepada 7,079 guru GSTT mengikuti latihan perguruan di IPTA dan IPGM di seluruh negara mulai Januari depan.

“Ia dilakukan selepas proses saringan permohonan daripada GSTT menerusi kaedah penyerapan di bawah Skim Perkhidmatan Pelajaran selesai,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat khas berhubung isu GSTT di pejabatnya, di sini, semalam.

Beliau berkata, daripada jumlah berkenaan, 4,433 GSTT akan mengikuti kursus Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah KPLI (DPLI) di IPTA (mulai Februari 2012). “Selebihnya akan mengikuti kursus menerusi Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) serta Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) di IPGM di seluruh negara mulai 9 Januari depan,” katanya.

Mengulas lanjut, Ka Siong berkata, kementerian menolak 2,788 permohonan lain kerana GSTT terbabit gagal mengemukakan maklumat lengkap atau dokumen asal ketika menghadiri temu duga sebelum ini.

Bagaimanapun, katanya, kementerian bersedia memberi peluang membenarkan guru terbabit membuat rayuan dengan mengemukakan permohonan lengkap bersama salinan sijil asal yang sudah disahkan untuk pertimbangan semula kementerian sebelum tarikh tutup pada 26 Disember ini.

“Kementerian juga menolak permohonan 2,012 calon lain kerana tidak memenuhi syarat minimum iaitu berkhidmat sebagai GSTT sekurang-kurangnya dua tahun berturut-turut.

“Selebihnya, 916 permohonan lagi ditolak kerana berumur lebih 35 tahun iaitu melebihi had ditetapkan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA),” katanya.

2.3 : Majlis Bahasa Inggeris

2.4 : Kementerian Kaji Wujud GPK Pendidikan Islam Di Sekolah

2.5 : Majlis Pelancaran Transformasi Pendidikan Vokasional

MAJLIS PELANCARAN TRANSFORMASI PENDIDIKAN VOKASIONAL TEKS UCAPANYAB TAN SRI MUHYIDDIN BIN HAJI MOHD YASSINTIMBALAN PERDANA MENTERIMERANGKAP MENTERI PELAJARAN MALAYSIA

MAJLIS PELANCARAN TRANSFORMASI PENDIDIKAN VOKASIONALBERTEMPAT DI GERMAN-MALAYSIA INSTITUTE

PADA 06 JANUARI 2012

Assalamu'alaikum warahmatullahi wa barakatuh, salam sejahtera dan salam 1Malaysia.

Yang Berhormat Menteri-Menteri dan Timbalan Menteri, Ketua-Ketua Setiausaha Kementerian

Yang Berbahagia Dato Sri Abd Ghafar bin Mahmud, Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia.

Ketua-Ketua Jabatan,

Dif-Dif Kehormat, Dato'-Dato', Datin-Datin,

Tuan-Tuan, Puan-Puan,

Seterusnya para hadirin yang dihormati sekalian

1. Alhamdulillah, marilah kita sama-sama memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan limpah izin dan kurniaNya, kita dapat berhimpun dalam satu majlis bersejarah yang menandakan permulaan transformasi pendidikan vokasional, selaras dengan agenda yang telah digariskan dalam Rancangan Malaysia Ke Sepuluh iaitu mengarusperdanakan Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional. Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan perhargaan kepada pihak penganjur dan tuan rumah iaitu German Malaysia Institut (GMI) kerana dapat menjayakan majlis yang amat bermakna ini.

2. Aspirasi Program Transformasi Kerajaan dan Model Baru Ekonomi yang berteraskan pendapatan tinggi, keterangkuman dan kemampanan berhasrat untuk merealisasikan ‘High Income Economy' atau Ekonomi Berpendapatan Tinggi. Dalam Model Baru Ekonomi yang diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Dato` Sri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak, dinyatakan bahawa kejayaan melahirkan modal insan yang berkeupayaan untuk berinovasi dan meneroka bidang-bidang baharu bagi menjana kekayaan negara merupakan faktor yang kritikal, bagi menentukan pencapaian kemajuan dan kemakmuran masa depan negara Malaysia. Pertumbuhan ekonomi nasional menuntut peningkatan bilangan graduan dalam bidang teknikal dan vokasional.

Dato’-dato’, Datin-datin, Tuan-tuan dan Puan-puan

3. Dalam memenuhi aspirasi ini, pendidikan vokasional adalah laluan yang penting ke arah melahirkan modal insan yang berkemahiran tinggi, berpengetahuan, berinovatif dan mampu menghadapi saingan pada peringkat serantau dan juga global serta relevan dengan keperluan semasa. Dalam hal ini, penekanan terhadap penambahbaikan kualiti Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional adalah sangat penting seterusnya menyumbang kepada mencapai hasrat negara berpendapatan tinggi. Peningkatan kemahiran secara berterusan perlu dilaksana bagi meningkatkan kebolehpasaran graduan. Sehubungan itu, sistem latihan kemahiran dan jalinan usahasama dengan pihak industri perlu diperkukuhkan supaya lebih responsif dan menepati keperluan serta perkembangan ekonomi negara. Untuk itu, peranan yang dinamik dari pihak yang terlibat menjadi faktor penting dalam melahirkan tenaga kerja yang kompetitif dan berdaya saing. Tugas yang paling mencabar ialah menghasilkan tenaga kerja yang dapat memenuhi kehendak industri tempatan iaitu sekurang-kurangnya 3.3 juta pekerja mahir dalam tempoh 10 tahun akan datang.

Para hadirin sekalian,

4. Kementerian Pelajaran telah mengambil langkah proaktif sejak tahun 2009 lagi dengan melihat pelaksanaan pendidikan teknikal dan vokasional di negara maju dan negara serantau. Kadar purata enrolmen pelajar aliran teknikal dan vokasional di peringkat menengah atas bagi negara Pertubuhan Kerjasama Ekonomi dan Pembangunan ( OECD ) adalah 44%, berbanding hanya 10% di Malaysia. Jika kita melihat kepada negara-negara maju, pendidikan teknikal dan vokasional dianggap sebagai satu kekuatan utama dalam sistem pendidikan di semua negara ini. Sebagai contoh, di Jerman, Finland dan Austria, hampir 50 peratus hingga 80 peratus pelajarnya mengikuti pendidikan vokasional di peringkat menengah atas melalui program sepenuh masa (4 -5 tahun) dan program apprenticeship. Malahan di negara tersebut, pelajar-pelajar diberi pilihan untuk mengikuti pendidikan vokasional pada peringkat umur 14 tahun lagi. Di negara-negara serantau seperti Indonesia dan Thailand, enrolmen pelajar yang mengambil aliran ini di peringkat menengah atas mejangkau 40 hingga 60 peratus. Dalam pada itu, pendidikan vokasional di sekolah luar negara juga melibatkan On The Job Training

bagi menghasilkan tenaga kerja kepada industri. Apabila tamat pengajian, pelajar mereka dianugerahkan sekurang-kurangnya sijil dan ada negara yang menawarkan sehingga peringkat diploma.

5. Melihat kepada perkembangan yang berlaku di negara maju dan negara serantau, pendidikan vokasional di Malaysia perlu dibuat perubahan besar dan segera. Jika ini tidak dilakukan, kita bimbang negara kita tidak kompetitif di peringkat global dan terus ketinggalan. Kejayaan perlu diukur bukan hanya kepada pencapaian dalam bidang akademik, tetapi definisi baru kejayaan ialah melalui bidang teknikal dan vokasional.

Dato’-dato’, Datin-datin, Tuan-tuan dan Puan-puan

6. Pendidikan vokasional di Malaysia pada masa ini sedang menuju ke arah konsep Pendidikan Untuk Semua ( Education For All ) seperti yang digariskan oleh UNESCO. Program Pendidikan Asas Vokasional ( PAV ) yang dibentuk bertujuan untuk memberi pilihan alternatif kepada murid yang cenderung kepada pendidikan bercorak hands-on dan berasaskan pekerjaan (work-based) dari peringkat menengan rendah lagi sehingga ke tahap kolej vokasional (KV) atau Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) dan Swasta ( ILKS ). Sebanyak 15 buah sekolah menengah vokasional di setiap negeri telah dinaik taraf menjadi KV rintis pada tahun 2012 seperti yang disebutkan tadi. Dengan terlaksananya transformasi ini, maka aliran vokasional tidak boleh lagi dianggap sebagai pendidikan kelas kedua kerana pelajar-pelajar yang keluar nanti adalah pekerja mahir yang mempunyai kebolehpasaran kerja yang tinggi.

Hadirin sekalian,

7. Transformasi pendidikan vokasional merupakan usaha merekayasa kurikulum, institusi, pengajaran dan pembelajaran, pentaksiran, tadbir urus dan sumber manusia sehingga terbina sistem pendidikan vokasional yang baharu. Proses dilaksana menerusi lima strategi, lima inisiatif dan sebelas tindakan. Perkara ini dinyatakan dengan jelas dalam Buku Pelan Strategik Transformasi Pendidikan Vokasional yang akan dilancarkan sebentar lagi.

8. Lima strategi utama ini merangkumi: - Transformasi kurikulum pendidikan vokasional - Transformasi institusi pendidikan vokasional - Kolaborasi dengan rakan strategik dalam industri - Transformasi pentaksiran pendidikan vokasional. - Transformasi organisasi pendidikan vokasional.

9. Dalam usaha memastikan latihan kemahiran memenuhi keperluan industri, Kementerian amat menggalakkan sebarang bentuk jalinan kerjasama (MoU) antara institusi latihan KPM (PAV dan KV) dengan industri kerana dengan adanya perkongsian teknologi dan kepakaran ini secara tidak langsung dapat memantapkan lagi proses pembelajaran dan latihan para pelajar untuk menempuhi alam pekerjaan yang sebenar. Maka pada hari ini akan termeterai perjanjian persefahaman (MOU) di antara KPM dengan 11 rakan strategik iaitu industri, agensi awam, swasta serta IPTA dan IPTS. Syabas diucapkan kepada agensi awam, swasta serta IPTA dan IPTS yang terlibat.

10. Ini merupakan langkah permulaan. Saya percaya selepas ini lebih banyak agensi awam, swasta dan industri akan tampil ke hadapan untuk sama-sama terlibat dalam proses

transformasi pendidikan vokasional yang sedang berlaku. Kerjasama pihak industri dalam menyediakan latihan kemahiran amat penting agar latihan melalui "work based learning" dapat diperolehi oleh pelajar. Kepakaran dan kemudahan yang ada pada kedua belah pihak dapat dikongsi bersama serta boleh mengelakkan berlakunya ketidaksesuaian bidang pekerjaan antara industri dengan institusi latihan kemahiran.

11. Di samping itu, amalan standard kualiti persekiran tempat kerja melalui konsep 5S yang berasal dari Jepun iaitu sisih, sapu, susun, seragam dan selalu amal juga telah mula diperkenalkan di sekolah menengah teknik dan vokasional oleh Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional, Kementerian Pelajaran Malaysia pada tahun 2009. Pelaksanaan konsep 5S perlu menjadi budaya dalam pengurusan tempat kerja terutama di bengkel-bengkel dan juga pejabat bagi mewujudkan suasana kerja yang kondusif dan pengurusan kerja yang lebih teratur. Inisiatif ini juga merupakan langkah ke arah transformasi persekitaran kolej vokasional supaya amalan budaya bekerja yang berkualiti diterapkan kepada pelajar KV. Kita mengharapkan graduan KV akan mengamalkan budaya ini apabila mereka bekerja atau menjalankan perniagaan nanti. Saya difahamkan 8 buah sekolah akan menerima Sijil 5S dari Malaysia Trodiction Council (MPC) pada hari ini. Sayabas diucapkan.

12. Akhir sekali saya sekali lagi mengucapkan syabas dan tahniah kepada Kementerian Pelajaran Malaysia, kementerian dan agensi-agensi lain dalam usaha menjayakan transformasi pendidikan vokasional ini. Kepada seluruh warga Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional, KPM, SMT/V dan Kolej Vokasional, saya mengucapkan Selamat Maju Jaya, Tingkatkanlah usaha dan bekerjalah dalam satu pasukan untuk meningkatkan kecemerlangan pendidikan vokasional demi masa depan negara. Jadikanlah usaha ini sebagai agenda penting pembangunan modal insan negara yang kita cintai.

13. Dengan lafaz Bismillah-ir Rahman-ir Rahim, saya dengan sukacitanya merasmikan Majlis Pelancaran Transformasi Pendidikan Vokasional, Kementerian Pelajaran Malaysia..

Wabillahi al-Taufik Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Sekian, terima kasih.

C       : Isu Semasa Negara

3.1 : Sistem Pemerintahan Malaysia ( YDP Agong, Kabinet, Komponen )

* Nota Peringatan ;Dalam sistem-sistem parlimen seperti sistem Westminster United Kingdom, Perdana Menteri ialah ketua kerajaan, manakala Ketua Negara (Raja, Ratu, Presiden, atau Gabernor Jeneral [de facto]) yang mungkin secara rasmi merupakan ketua eksekutif memainkan peranan istiadat. Malaysia =  Perdana Menteri ialah KETUA KERAJAAN, manakala KETUA NEGARA ialah Yang Di-Pertuan Agong.

Dalam sistem pemerintahan Malaysia, terdapat tiga buah badan utama iaitu:-

• Badan Perundangan.Badan ini hanya membuat undang-undang dan tidak boleh menyerahkan kuasa ini kepada mana-mana pihak dan tidak boleh mempunyai kuasa lain;

• Badan Pemerintah.Badan ini hanya menjalankan kuasa eksekutif dan tidak boleh membuat undang-undang dan penghakiman; dan;

• Badan KehakimanBadan ini hanya menjalankan penghakiman dan tidak boleh membuat undang-undang atau menjalankan kuasa eksekutif. Ketiga-tiga badan ini mempunyai kuasa, bidang tugas dan peranan masing-masing. Namun begitu, Badan Perundangan dan Badan Pemerintah berkait antara satu sama lain kerana Malaysia mengamalkan sistem kerajaan di mana ahli-ahli Badan Perundangan adalah juga Badan Pemerintah. Contohnya, Jemaah Menteri bertanggungjawab kepada Badan Perundangan (Parlimen Malaysia). Badan Kehakiman sahaja merupakan sebuah badan berasingan dan bebas daripada politik, bagi menjamin keadilan di negara ini.

Amalan pengasingan kuasa antara tiga badan utama iaitu badan perundangan [legislative], pentadbiran [executive] dan kehakiman [judiaciary] yang dipraktikkan baik di peringkat pusat atau kerajaan negeri yang diamalkan selama ini berasaskan Perlembagaan seseungguhnya telah mengukuh dan melicinkan lagi urusan pemerintahan-pentadbiran negara

semenjak merdeka.

KOMPONEN UTAMA DALAM SISTEM KERAJAAN MALAYSIA

Badan PerundanganBadan Perundangan (Parlimen Malaysia) memiliki kuasa menggubal undang-undang persekutuan dan juga negeri-negeri di dalamnya. Parlimen terdiri daripada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan dua Dewan, iaitu Dewan Negara dan Dewan Rakyat.

Parlimen adalah badan kuasa perundangan untuk persekutuan yang membuat undang-undang yang boleh dikuatkuasakan di seluruh persekutuan. Parlimen juga mengawal kewangan kerajaan. Cukai-cukai dan kadar-kadar persekutuan boleh dinaikkan hanya dengan kuat kuasa Parlimen seperti yang dinyatakan dalam undang-undang persekutuan. Semua hasil yang diperoleh hendaklah dimasukkan ke dalam Kumpulan Wang Persekutuan Yang Disatukan dan semua wang hanya boleh dibelanjakan dengan kuasa Parlimen. Parti yang memenangi kerusi majoriti dalam pilihan raya umum dan dapat sokongan majoriti di Dewan Rakyat akan membentuk kerajaan. Pemimpin parti majoriti yang mendapat kepercayaan sebilangan besar ahli-ahli Dewan Rakyat dilantik sebagai Perdana Menteri.

Yang di-Pertuan AgongSeri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong merupakan Ketua Negara yang mengambil keutamaan mengatasi semua orang dalam persekutuan dan tidak boleh dikenakan dakwaan dalam apa-apa juga perbicaraan dalam mana-mana mahkamah. Yang di-Pertuan Agong dipilih oleh Majlis Raja-Raja mengikut peraturan yang termaktub dalam Jadual Ketiga Perlembagaan Persekutuan. Yang di-Pertuan Agong akan memegang jawatannya selama lima tahun kecuali baginda meletakkan jawatan atau dilucutkan jawatannya oleh Raja-Raja Melayu.

Sebagai ketua utama negara, baginda mempunyai kuasa eksekutif. Baginda berkuasa memanggil, membatalkan dan membubarkan Parlimen. Dalam melaksanakan kuasa, baginda mendapat nasihat daripada Jemaah Menteri. Yang di-Pertuan Agong boleh melaksanakan tiga perkara mengikut budi bicara baginda sendiri iaitu melantik Perdana Menteri, tidak mempersetujui pembubaran Parlimen dan meminta supaya diadakan mesyuarat Majlis Raja-Raja mengenai keistimewaan, kedudukan, kemuliaan dan kebesaran Raja-Raja. Baginda juga mempunyai kuasa pengampunan bagi semua kesalahan yang dilakukan di dalam Wilayah Persekutuan dan kesalahan-kesalahan tertentu di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri. Baginda adalah Ketua Agama bagi Wilayah Persekutuan, Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak.

Dalam Perkara 153, Perlembagaan Persekutuan, Yang di-Pertuan Agong bertanggungjawab memelihara kedudukan istimewa orang Melayu dan kaum bumiputera di Sabah dan Sarawak. Selain memegang tampuk tertinggi dalam Angkatan Tentera Persekutuan, Yang di-Pertuan Agong juga berperanan menentukan rizab orang Melayu dan bumiputera, jawatan perkhidmatan, biasiswa, bantuan keistimewaan pendidikan atau latihan, kadar permit atau lesen dan juga mengisytiharkan darurat.

Dewan NegaraDewan Negara adalah Majlis Tertinggi yang berperanan membahaskan sesuatu rang undang-undang dengan lebih terperinci. Ia juga bertanggungjawab membincangkan perkara-perkara yang menjadi kepentingan umum. Mengikut Perkara 68, Perlembagaan Persekutuan, Dewan

Negara tidak mempunyai kuasa menolak sesuatu rang undang-undang yang diluluskan oleh Dewan Rakyat sebelum dikemukakan kepada Yang di-Pertuan Agong untuk diperkenankan. Walau bagaimanapun, Dewan Negara boleh menangguhkan pelaksanaan sesuatu rang undang-undang itu.

Dewan Negara mempunyai 70 orang ahli yang mana 44 orang dilantik oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong daripada warganegara yang pada pendapat baginda “telah berbakti dengan cemerlangnya atau telah mencapai taraf gemilang dalam perkhidmatan awam, perdagangan, perusahaan, pertanian, kegiatan kebudayaan, perkhidmatan masyarakat atau wakil-wakil kaum yang terkecil bilangannya atau yang boleh mewakili kepentingan Orang Asli”. Wilayah Persekutuan dianggotai oleh empat orang ahli iaitu dua orang ahli mewakili Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, seorang ahli mewakili Wilayah Persekutuan Labuan dan seorang ahli mewakili Wilayah Persekutuan Putrajaya juga dilantik oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Sebanyak 26 orang lagi dipilih oleh Dewan Undangan Negeri dari 13 buah negeri di Malaysia, iaitu tiap-tiap sebuah negeri mengemukakan dua orang Senator.

Seorang Yang di-Pertua Dewan dan Timbalannya dipilih terlebih dahulu bagi mengendalikan Persidangan Dewan dari kalangan ahli-ahli sendiri. Keanggotaan Dewan ini dihadkan kepada warganegara yang berumur 30 tahun ke atas. Tempoh jawatan seseorang Ahli Dewan Negara ialah tiga tahun dan Ahli Dewan Negara boleh dilantik untuk kali kedua dan memegang jawatan Senator bagi tempoh tiga tahun lagi. Hanya dua penggal sahaja dibenarkan bagi setiap Senator memegang jawatannya. Tempoh memegang jawatan sebagai Ahli Dewan Negara ini tidaklah terjejas dengan pembubaran Parlimen. Parlimen diberi kuasa oleh Perlembagaan untuk mengubah keahliah Dewan Negara, seperti menambah bilangan ahli-ahli dewan yang dipilih oleh Dewan Undangan Negeri menjadi tiga orang, memperuntukkan supaya ahli-ahli Dewan Negara itu dipilih oleh pengundi-pengundi, atau mengurangkan jumlah ahli-ahli Dewan Negara yang dilantik.

Dewan RakyatDewan Rakyat merupakan majlis khas untuk rakyat menyuarakan hasrat dan pendapat serta mendapatkan pembelaan menerusi wakil-wakil mereka. Ahli-ahli Dewan Rakyat dipilih secara langsung oleh rakyat keseluruhannya dalam pilihan raya umum. Yang di-Pertua dan Timbalannya dipilih oleh Dewan Rakyat. Namun demikian, terdapat pula satu syarat dalam perlembagaan yang membolehkan Yang di-Pertua dipilih dari luar Dewan Rakyat. Orang yang dipilih seperti ini dianggap sebagai ahli tambahan Dewan dan satu tambahan kepada ahli yang dipilih. Keanggotaan Dewan Rakyat dihadkan kepada warganegara yang berumur 21 tahun ke atas dan tidak boleh menjadi ahli Dewan Negara. Tempoh Dewan ini ialah lima tahun. Walau bagaimanapun, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong berkuasa, menurut kebijaksanaannya, untuk membubarkan Parlimen sebelum tempoh tersebut iaitu setelah memperoleh nasihat dari Perdana Menteri.

Ahli Dewan Rakyat pada masa ini ialah 222 orang yang mewakili kawasan pilihan raya di seluruh Malaysia. Pecahan kerusi Dewan Rakyat adalah 153 kerusi untuk negeri-negeri di Semenanjung, 25 kerusi untuk Sabah dan 31 kerusi untuk Sarawak, sementara Wilayah Persekutuan pula 13 kerusi iaitu Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (11 kerusi), Wilayah Persekutuan Labuan (1 kerusi) dan Wilayah Persekutuan Putrajaya (1 kerusi).

BADAN PEMERINTAH (EKSEKUTIF)

Badan pemerintah atau eksekutif merupakan badan yang bertanggungjawab melaksanakan kuasa-kuasa eksekutif mengikut Perlembagaan dan undang-undang.

Mengikut Perkara 39, Perlembagaan Persekutuan, kuasa memerintah Persekutuan Malaysia adalah terletak pada Yang di-Pertuan Agong dan tertakluk kepada peruntukan mana-mana undang-undang persekutuan dan peruntukan Jadual Kedua, kuasa ini boleh dijalankan oleh Jemaah Menteri atau mana-mana Menteri yang diberi kuasa oleh Jemaah Menteri. Tetapi Parlimen boleh dengan undang-undang memberi tugas-tugas pemerintah kepada orang lain. Timbalan Yang di-Pertuan Agong adalah Timbalan Ketua Utama Negara. Apabila berlaku kekosongan disebabkan Yang di-Pertuan Agong tidak berupaya menjalankan tugas kerana sakit, tidak berada dalam Persekutuan Malaysia lebih daripada 15 hari atau kerana sebab-sebab lain maka Timbalan Yang di-Pertuan Agong bertanggungjawab menjalankan tugas-tugas Yang di-Pertuan Agong.

Jemaah MenteriJemaah Menteri merupakan badan yang menjalankan kuasa eksekutif yang dipegang oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Di bawah Perkara 43, Perlembagaan Persekutuan, Yang di-Pertuan Agong hendaklah melantik barisan Jemaah Menteri untuk menasihatkan baginda dalam hal ehwal menjalankan tugas-tugasnya. Jemaah Menteri hendaklah dilantik seperti berikut:

a) Yang di-Pertuan Agong hendaklah terlebih dahulu melantik seorang daripada ahli Dewan Rakyat yang pada pendapat baginda mendapat kepercayaan sebilangan besar daripada ahli-ahli Dewan itu sebagai Perdana Menteri untuk mengetuai Jemaah Menteri; dan

b) Atas nasihat Perdana Menteri, Yang di-Pertuan Agong hendaklah melantik Menteri-menteri lain dalam kalangan ahli-ahli Dewan Rakyat dan Dewan Negara.

Majlis Raja-RajaMajlis Raja-Raja mengandungi semua Raja Melayu dan Yang di-Pertuan Agong. Tugas majlis ini seperti yang tercatat dalam Perkara 38, Perlembagaan Persekutuan adalah untuk:-

• Memilih Yang di-Pertuan Agong dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong bagi Persekutuan mengikut peruntukan-peruntukan Jadual Ketiga, Perlembagaan Persekutuan;

• Mempersetujui atau tidak mempersetujui supaya apa-apa perbuatan, amalan atau upacara agama meliputi seluruh persekutuan;

• Mempersetujui atau tidak mempersetujui apa-apa undang-undang dan membuat atau memberi nasihat mengenai apa-apa pelantikan yang menurut Perlembagaan memerlukan persetujuan Majlis Raja-Raja atau yang dikehendaki dibuat oleh atau selepas berunding dengan Majlis Raja-Raja.

Badan Kehakiman Badan Kehakiman adalah badan ketiga dalam sistem kerajaan Malaysia. Kuasa kehakiman ini terletak pada Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rendah. Kuasa Kehakiman juga terletak pada Mahkamah Agung yang mempunyai kuasa tertentu seperti yang termaktub dalam Perkara 126, 128 dan 130 Perlembagaan Persekutuan.

Fungsi Badan Kehakiman

Fungsi Badan Kehakiman bergantung pada taraf mahkamah-mahkamah seperti Mahkamah Agung, Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rendah. Mahkamah Tinggi terdiri daripada dua buah, iaitu Mahkamah Tinggi Malaya – sebuah bagi Semenanjung Malaysia dan sebuah lagi bagi Sabah dan Sarawak (yang dahulunya dinamakan Borneo). Mahkamah Rendah di Semenanjung, Sabah dan Sarawak terdiri daripada Mahkamah Seksyen, Mahkamah Majistret dan Mahkamah Penghulu di Semenanjung manakala, Mahkamah Adat/Negeri di Sabah dan Sarawak. Di samping itu, terdapat juga Mahkamah Juvana bagi membicarakan kanak-kanak dan mereka yang di bawah umur 18 tahun. Fungsi-fungsi ini dijalankan mengikut kuasa-kuasa yang diberikan oleh Perlembagaan Persekutuan kepada mahkamah-mahkamah tersebut.

Pelantikan Hakim

Ketua Hakim Negara, Kedua-dua Hakim Besar Malaya dan Sabah dan Sarawak serta Hakim-hakim Besar Mahkamah Persekutuan dan Hakim-hakim lain Mahkamah Tinggi adalah dilantik oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang bertindak atas nasihat Perdana Menteri, selepas berunding dengan Majlis Raja-Raja. Bilangan hakim di negara ini ditentukan oleh Perlembagaan Persekutuan meskipun keanggotaan mereka boleh diubah atas titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

Malaysia juga merupakan sebuah negara yang mengamalkan sistem Demokrasi berasaskan kepada sistem Persekutuan. Sehubungan dengan itu, ia bermakna negeri-negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak , Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Terengganu, Kelantan, Sarawak dan Sabah telah bersetuju dengan konsep penubuhan Negara Malaysia.

Setiap negeri yang terbabit telah menyerahkan sebahagian kuasa masing-masing, seperti kewangan, pertahanan, pelajaran, luar negara dan lain-lain lagi seperti mana yang telah tercatat di dalam Perlembagaan Malaysia yang di tadbir oleh Kerajaan Pusat. Ada perkara-perkara yang dijadikan kuasa negeri dan negeri akan mentadbirkan kuasa.

Sebagai sebuah negara Raja Berperlembagaan, maka diperuntukan oleh Perlembagaan institusi Yang Di-Pertuan Agong, Raja-raja Melayu di sembilan buah negeri dan Majlis Raja-raja. Baginda adalah diberi kuasa untuk memelihara adat istiadat orang Melayu dan Pentadbiran Agama Islam di negeri masing-masing. Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong adalah Ketua Agama Islam bagi negeri-negeri Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, dan Wilayah-wilayah Persekutuan.

Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong juga menjadi Kepala Utama Negara dan Baginda adalah Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Negara. Baginda akan menjalankan tugas-tugas dibawah Perlembagaan mengikut nasihat Perdana Menteri atau Jemaah Menteri . Raja-raja pula menjadi Ketua Negeri masing-masing dan menjalankan tugas mengikut nasihat Menteri-menteri Besar atau Ketua-ketua Menteri.

Struktur Parlimen Malaysia

Parlimen Malaysia merupakan lambang struktur demokrasi Kerajaan dan mencerminkan aspirasi rakyat melalui perwakilan yang dipilih. Parlimen Malaysia yang merupakan badan penggubal undang – undang tertinggi negara terdiri daripada tiga komponen utama:

1. Yang Di-Pertuan Agong

2. Dewan Negara 3. Dewan Rakyat

Kini, keahlian Parlimen Kedua Belas bertambah kepada 70 ahli bagi Dewan Negara dan 222 ahli bagi Dewan Rakyat. Parlimen Malaysia akan terus menjadi institusi yang dijunjung tinggi oleh semua rakyat Malaysia dan akan terus menjadi lambang demokrasi berparlimen negara untuk selama-lamanya.

Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong

Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah, dipilih menjadi Yang di-Pertuan Agong ke-14 oleh Majlis Raja-Raja.

Pemilihan itu berkuatkuasa 13 Disember 2011 untuk tempoh lima tahun. Sementara Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V dipilih menjadi Timbalan Yang di-Pertuan Agong bagi tempoh yang sama, menurut kenyataan Pejabat Perdana Menteri.

Ini kali kedua Sultan Abdul Halim dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong. Kali pertama pada 21 September 1970 untuk tempoh lima tahun, berakhir 20 September 1975.

Sultan Abdul Halim, 83, menggantikan Tuanku Mizan Zainal Abidin yang tamat tempoh pemerintahan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-13.

Senarai Kabinet Terkini (Jemaah Menteri)

Perdana MenteriDatuk Seri Najib Razak

Timbalan Perdana MenteriTan Sri Muhyiddin Yassin

Menteri di Jabatan Perdana MenteriSenator Tan Sri Dr Koh Tsu KoonDatuk Seri Mohamed Nazri Abdul AzizSenator Datuk Seri Idris JalaSenator Tan Sri Nor Mohamed YakcopSenator Datuk Seri Jamil Khir BaharomYB Senator Dato’ Palanivel a/l K. Govindasamy – Baharu

Timbalan Menteri: Datuk Liew Vui KeongTimbalan Menteri: Datuk Dr Mashitah IbrahimTimbalan Menteri: Datuk SK DevamanyTimbalan Menteri: Datuk Ahmad MaslanTimbalan Menteri: Datuk T Murugiah

Kementerian KewanganMenteri I: Datuk Seri Najib Tun RazakMenteri II: Datuk Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah

Timbalan Menteri: Datuk Dr Awang Adek HussinTimbalan Menteri: Senator Datuk Donald Lim Siang Chai

Kementerian PelajaranMenteri: Tan Sri Muhyiddin YassinTimbalan Menteri: Datuk Dr Wee Ka SiongTimbalan Menteri: Datuk Dr Puad Zarkashi

Kementerian Dalam NegeriMenteri: Datuk Seri Hishammuddin Tun HussienTimbalan Menteri: Datuk Wira Abu Seman YusopTimbalan Menteri: Datuk Lee Chee Leong

Kementerian Penerangan Komunikasi dan KebudayaanMenteri: Datuk Seri Dr Rais YatimTimbalan Menteri: Datuk Joseph Salang GandumTimbalan Menteri: Senator Datuk Maglin Dennis D”Cruz

Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan AirMenteri: Datuk Seri Peter Chin Fah KuiTimbalan Menteri: Noriah Kasnon

Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan WilayahMenteri: Datuk Seri Mohd Shafie ApdalTimbalan Menteri: Datuk Hasan MalekTimbalan Menteri: Datuk Joseph Entulu Belaun

Kementerian Pengajian TinggiMenteri: Datuk Seri Mohamed Khaled NordinTimbalan Menteri: Datuk Dr Hou Kok ChungTimbalan Menteri: Datuk Saifuddin Abdullah

Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan IndustriMenteri: Datuk Seri Mustapa MohamedTimbalan Menteri: Datuk Mukhriz Tun Dr MahathirTimbalan Menteri: Datuk Jacob Dungau Sagan

Kementerian Sains, Teknologi dan InovasiMenteri: Datuk Seri Dr Maximus Johnity OngkiliTimbalan Menteri: Fadillah Yusof

Kementerian Sumber Asli dan Alam SekitarMenteri: Datuk Seri Douglas Uggah EmbasTimbalan Menteri: Tan Sri Joseph Kurup

Kementerian PengangkutanMenteri: Datuk Seri Kong Cho HaTimbalan Menteri: Datuk Abdul Rahim BakriTimbalan Menteri: Jelaing Mersat

Kementerian PelanconganMenteri: Dato’ Seri Dr Ng Yen YenTimbalan Menteri: Datuk Dr James Dawos

Kementerian Pertanian dan Industri Asas TaniMenteri: Datuk Seri Noh OmarTimbalan Menteri: Datuk Johari BaharumTimbalan Menteri: Chua Tee Yong

Kementerian PertahananMenteri: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid HamidiTimbalan Menteri: Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad

Kementerian Kerja RayaMenteri: Datuk Shaziman Abu MansorTimbalan Menteri: Datuk Yong Khoon Seng

Kementerian KesihatanMenteri: Datuk Seri Liow Tiong LaiTimbalan Menteri: Datuk Rosnah Rashid Shirlin

Kementerian Belia dan SukanMenteri: Datuk Ahmad Shabery CheekTimbalan Menteri: Senator Gan Ping SieuTimbalan Menteri: Datuk Razali Ibrahim

Kementerian Sumber ManusiaMenteri: Datuk Dr S SubramaniamTimbalan Menteri: Senator Datuk Maznah Mazlan

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan KepenggunaanMenteri: Datuk Seri Ismail Sabri YaakobTimbalan Menteri: Datuk Tan Lian HoeTimbalan Menteri: Datuk Rohani Abdul Karim

Kementerian Perumahan dan Kerajaan TempatanMenteri: Datuk Wira Chor Chee HeungTimbalan Menteri: Datuk Lajim Ukin

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan MasyarakatMenteri: Senator Datuk Seri Shahrizat Abdul JalilTimbalan Menteri: Senator Heng Saei Kie

Kementerian Luar NegeriMenteri: Datuk Seri Anifah AmanTimbalan Menteri: A Kohilan PillayTimbalan Menteri: Datuk Richard Riot Jaem

Kementerian Wilayah Persekutuan Dan Kesejahteraan Bandar

Menteri: Senator Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal AbidinTimbalan Menteri: Datuk M Saravanan

Kementerian Perusahaan Perladangan dan KomoditiMenteri: Tan Sri Bernard Giluk DompokTimbalan Menteri: Datuk Hamzah ZainudinTimbalan Menteri: Senator Datuk G Palanivel

Perubahan Kabinet baharu ini melibatkan perubahan yang berikut:

Menteri Datuk Seri Kong Cho Ha dilantik sebagai Menteri Pengangkutan bagi menggantikan Datuk Seri Ong Tee Keat yang ditamatkan pelantikan sebagai menteri;Datuk Wira Chor Chee Heung yang sebelum ini Timbalan Menteri Kewangan pula dilantik sebagai Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, menggantikan tempat Cho Ha.

Timbalan Menteri Ahli Parlimen Labis Chua Tee Yong dilantik sebagai Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani;Senator Datuk Donald Lim Siang Chai sebagai Timbalan Menteri Kewangan;Senator Gan Ping Shou sebagai Timbalan Menteri Belia dan Sukan menggantikan Datuk Wee Jeck Seng yang ditamatkan pelantikan.Senator Datuk Maglin Dennis D’Cruz dilantik sebagai Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan KebudayaanSenator Datuk G Palanivel sebagai Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komuniti;Ahli Parlimen Serian, Datuk Richard Riot sebagai Timbalan Menteri Luar Negeri.

Selain daripada pelantikan baru, terdapat juga rombakan dari segi pertukaran portfolio dalam Senarai Menteri Kabinet 2010 yang melibatkan tiga timbalan menteri iaitu: Datuk Rohani Abdul Karim dari Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani ke Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan;Jelaing anak Mersat dari Kementerian Dalam Negeri ke Kementerian Pengangkutan;Datuk Lee Chee Leong dari Kementerian Luar Negeri ke Kementerian Dalam Negeri.

Ketua Hakim Negara

Hakim Besar Malaya, Tan Sri Arifin Zakaria dilantik sebagai Ketua Hakim Negara berkuat kuasa 12 September ini, menggantikan Tun Zaki Tun Azmi yang mencapai umur persaraan wajib 66 tahun pada tarikh berkenaan.

3.2 : Isu Adam Adli

Adam Adli Menurunkan Bendera Perdana Menteri.

Isu Adam Adli, pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim, Perak yang menurunkan bendera Dato Seri Najib Tun Razak di PWTC. Ia berlaku ekoran ketidakpuasan hati sekumpulan golongan pelajar terhadap akta universiti AUKU. Dengan matlamat untuk

memperjuangkan kebebasan akademik, Adam Adli menyatakan dia tidak akan membuat permohonan maaf kepada Perdana Menteri terhadap perbuatannya itu. Tindakannya ini mendapat kecaman pelbagai pihak yang menyifatkan tindakan itu tidak beradap dan lari daripada norma seorang pelajar yang sepatutnya sibuk menumpukan perhatian terhadap pelajaran di universiti.Tambahan lagi dia merupakan bakal pendidik. Namun terdapat segelintir juga yang menyokong usahanya itu dan menganggap perbuatannya itu sebagai berani dan terkedepan dalam menyuarakan rasa hati pelajar.

Adam digantung tiga semester

Aktivis pelajar Adam Adli Abdul Halim digantung pengajian selama tiga semester atas tuduhan mencemarkan reputasi Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

Penggantungan pelajar tahun ketiga jurusan Mengajar Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua (TESL) peringkat sarjana muda itu berkuatkuasa serta merta.

Pelajar 22 tahun itu ditahan dan dihadapkan ke jawatankuasa tatatertib universiti berkenaan hari ini atas dakwaan terbabit dengan perhimpunan menuntut kebebasan akademik pada 17 Disember lalu.

Adam mencetuskan kegemparan apabila beliau menurunkan bendera yang tertera gambar Datuk Seri Najib Razak di ibu pejabat Umno di Kuala Lumpur dan menggantikannya dengan kain rentang propelajar.

Beliau kemudiannya memberitahu pemberita bahawa beliau akan mengambil tindakan undang-undang untuk mencabar keputusan universiti itu.

3.3 : BR1M

Program Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M)

Satu program bantuan kewangan untuk rakyat Malaysia yang tinggal dalam isi rumah yang berpendapatan kurang daripada RM3,000 sebulan.Syarat PermohonanSeorang pemohonan yang ingin mendapatkan bantuan ini mestilah:

Warganegara Malaysia Lelaki atau perempuan yang menjadi ketua kepada ahli yang tinggal serumah

dengan jumlah pendapatan kasar RM3000 dan ke bawah. Berkahwin Ibu atau bapa tunggal yang mempunyai tanggungan Bujang yang mempunyai tanggungan (dalam rumah yang sama) Warga emas (berumur 60 tahun dan ke atas) yang sebatang kara dengan jumlah

pendapatan kasar RM3000 dan ke bawah sebulan.

Untuk tujuan pendaftaran, pemohon mesti menyertakan salinan dokumen seperti berikut: Borang Pendaftaran BR1M Salinan MyKad/Kad Polis/Kad Tentera Salinan Penyata Gaji terkini (Bagi pemohon yang menerima gaji sahaja)

Kelayakan dan Definisi Ketua Isi Rumah

Bantuan Kewangan RM500 ini diberikan kepada ketua isi rumah atau ketua keluarga yang layak. Ketua Isi Rumah dan Ketua Keluarga dijelaskan dalam gambar di bawah. 

3.4 : Program Transformasi Kerajaan, Ekonomi & Politik

Program Transformasi Kerajaan (GTP)

Program Transformasi Kerajaan (GTP) diperkenalkan oleh Perdana Menteri, Dato’ Sri Najib Tun Razak pada bulan April 2009, dan akan diterajui oleh beliau. Dua objektif GTP adalah – pertama, untuk mentransformasikan kerajaan agar menjadi lebih efektif dalam penyampaian perkhidmatan dan bertanggungjawab atas keberhasilan yang menjadi keutamaan kepada rakyat; dan kedua, memacu Malaysia ke arah melahirkan masyarakat yang maju, bersatu-padu dan saksama dengan standard kehidupan yang tinggi untuk semua. Ini sejajar dengan misi nasional ke arah mencapai Wawasan 2020 – untuk Malaysia mencapai status negara maju sepenuhnya.

Enam NKRA telah dikenalpasti untuk menuju ke arah transformasi Kerajaan dan ianya adalah:

• Mengurangkan Jenayah • Membanteras Rasuah • Mempertingkatkan Pencapaian Pelajar • Mempertingkatkan Taraf Kehidupan Isirumah Berpendapatan Rendah • Mempertingkatkan Infrastruktur Asas Luar Bandar • Mempertingkatkan Pengangkutan Awam Bandar

Mengurangkan kadar jenayah Mengurangkan jenayah jalanan 20 peratus pada hujung 2010. Pasukan Rela dikemaskini dan diberi latihan secukupnya. CCTV ditambah untuk cegah jenayah. Percepatkan perundangan kes-kes tertangguh.

Memerangi rasuah Mengemaskini polisi, prosedur dan penguatkuasaan yang berkaitan. Tender terbuka atau tender terhad dalam semua perolehan kerajaan kecuali kes-kes tertentu.

Meluaskan akses kepada pendidikan berkualiti dan berkemampuan Menjadikan pendidikan prasekloah sebahagian daripada sistem pendidikan kebangsaan. Semua kanak-kanak menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira ketika melangkah ke tahun 4 sebelum hujung 2012. Menjanjikan ganjaran kepada semua pengetua dan guru besar sekolah berasaskan pencapaian sekolah masing-masing. Mengenal pasti 100 buah sekolah terdiri daripada jenis harian biasa, sekolah bestari, kluster, trust school atau sekolah berpiagam dan sekolah berasrama penuh untuk diangkat menjadi Sekolah Berprestasi Tinggi menjelang 2012.

Meningkat taraf hidup rakyat yang berpendapatan rendah Membayar semua bantuan kebajikan untuk rakyat pada tiap 1 hari bulan bagi bulan yang berkenaan bermula Januari 2010. Menambah jumlah usahawan di kalangan wanita kepada 4,000 orang menjelang tahun 2012 melalui program Amanah Ikhtiar Malaysia.

Memperkasa prasarana luar bandar dan pedalaman Membina jalan luar bandar berjumlah 1,500km sebelum penamat 2012. Memastikan kesemua rakyat di semenanjung tinggal tidak melebihi 5km dari kemudahan jalan berturap. Meningkatkan liputan bekalan air sehingga 90% di Sabah dan Sarawak pada penghujung tahun 2012. Meningkatkan liputan bekalan elektrik di Sabah dan Sarawak kepada 95% pada akhir tahun 2012. Memberi bekalan elektrik 24 jam kepada 7,000 rumah Orang Asli di Semenanjung pada akhir tahun 2012.

Menambah baik pengangkutan awam dalam jangka masa sederhana Meningkatkan bilangan pengguna pengangkutan awam daripada 16% kepada 25% pada penghujung tahun 2012. Menambah 35 set “4-car-train” yang beroperasi untuk laluan LRT Kelana Jaya menjelang penghujung 2012.

Program Transformasi Ekonomi (ETP)

Pengenalan

Program Transformasi Ekonomi merangkumi Model Baru Ekonomi (MBE), 12 Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA), lapan Inisiatif Pembaharuan Strategik (SRI) dan 131 Projek Penggerak Ekonomi (EPP).

Perdana Menteri juga telah melancarkan dokumen Pelan Hala Tuju ETP di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada 25 Oktober 2010. Kandungan Pelan Hala Tuju ETP ini turut merangkumi 12 Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) iaitu :

1. Minyak, gas & tenaga2. Minyak sawit3. Perkhidmatan kewangan4. Pelancongan5. Perkhidmatan perniagaan6. Elektronik dan elektrikal7. Pemborongan & peruncitan8. Pendidikan9. Penjagaan kesihatan10. Kandungan & infrastruktur komunikasi11. Pertanian12. Greater Kuala Lumpur

Program Transformasi Ekonomi (ETP) juga bersandarkan Model Baru Ekonomi (NEM).

Program Transformasi Politik

KUALA LUMPUR – Pengumuman kerajaan untuk memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 dan beberapa akta lain yang dianggap lapuk bukan sahaja mencatat sejarah baru tetapi turut merubah landskap politik negara sepanjang 2011.

Keputusan itu mengejutkan banyak pihak, khususnya barisan pembangkang yang terkesima

dan mati akal dengan langkah berani Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang hanya mengambil masa dua tahun untuk menunaikan janjinya bagi melaksanakan Program Transformasi Politik (PTP) negara.

Tanggal 15 September menjadi titik permulaan transformasi politik negara yang dilakukan Najib apabila beliau mengumumkan pemansuhan ISA, Akta Buang Negeri 1959, dan kajian semula yang membabitkan Akta Kediaman Terhad 1933, Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 serta Seksyen 27 Akta Polis 1967, semasa menyampaikan perutusan khas sempena sambutan Hari Malaysia.

ISA akan digantikan dengan dua undang-undang baru yang sesuai dan dijangka dibentangkan di Dewan Rakyat pada sesi Mac tahun depan.

Kata Najib, dua akta baru yang akan menggantikan ISA bakal mewujudkan perseimbangan antara hak asasi individu, kebebasan sivil dan menjaga keamanan awam.

Langkah itu juga, kata Perdana Menteri membolehkan Malaysia mengamalkan sistem demokrasi yang progresif dengan lebih baik dan dihormati negara lain. Pada Oktober, pemansuhan Akta Buang Negeri 1959 diluluskan Dewan Rakyat tanpa sebarang pindaan selepas akta itu yang telah 34 tahun tidak diguna pakai, diyakini sudah lapuk dan tidak boleh digunakan lagi.

Ini diikuti dengan pemansuhan Akta Kediaman Terhad 1933, yang mana serentak itu Najib turut mengumumkan pembebasan kesemua 125 individu yang ditahan mengikut akta itu dengan serta-merta manakala lebih 200 waran yang belum diserahkan dibatalkan.

Menurut Najib, pemansuhan akta itu dan beberapa akta lain merupakan sebahagian daripada permulaan PTP negara dan pelengkap kepada Program Transformasi Kerajaan (GTP) dan Program Transformasi Ekonomi (ETP) yang dilaksanakan kerajaan. Kesungguhan kerajaan melaksanakan proses transformasi politik itu menurut Perdana Menteri tidak dipengaruhi atau didesak mana-mana pihak, sama ada dari dalam mahupun luar.

“Tiada siapapun yang mempengaruhi kita, tiada siapapun yang mendesak kita.

Kerajaan ini membuat keputusan atas kehendak dan fikrah sendiri dengan memulakan proses islah dan penambahbaikan,” katanya.

Beliau berkata teras utama PTP mengambil kira aspirasi nasional ke arah sebuah Malaysia moden, demokratik, progresif lagi maju dan memiliki demokrasi yang berfungsi.

Ia juga bertujuan menyeimbangkan keperluan keselamatan nasional dan kebebasan individu dengan mengambil kira kemajmukan negara, yang kompleks sifatnya, dan ancaman keganasan global pasca tragedi 11 Sept 2001, katanya. Transformasi politik Najib juga jelas kelihatan melalui pendekatan matang pentadbiran beliau berdepan gesaan badan bukan kerajaan dan desakan daripada pembangkang, berhubung kebebasan mengadakan perhimpunan termasuk perhimpunan haram 9 Julai — Bersih 2.0.

Seiring dengan semangat ‘merasai denyut nadi rakyat’, Najib dilihat berjaya meneruskan momentum transformasi politiknya apabila berupaya menggantikan pertentangan dengan dialog, sekatan dengan keterbukaan, dan mengatasi authoritarian dengan demokrasi.

Buktinya langkah kerajaan membentangkan Rang Undang-Undang Perhimpunan Aman 2011 bagi menggantikan Seksyen 27 Akta Polis yang bertujuan membenarkan warganegara menganjurkan dan menyertai perhimpunan secara aman dan tanpa senjata.

Rang undang-undang yang diluluskan Dewan Rakyat pada hujung bulan lepas adalah satu daripada usaha kerajaan melakukan transformasi terhadap kerangka undang-undang sedia ada berhubung hak perlembagaan warganegara untuk berhimpun.

Turut diluluskan bulan lepas ialah usul untuk memansuhkan tiga Proklamasi Darurat yang diisytiharkan pada tahun 1966, 1969 dan 1977.

Usul yang dibentangkan Najib itu bertujuan membatalkan tiga proklamasi yang diperuntukkan di bawah Perlembagaan Persekutuan selepas keadaan darurat dan kini dimansuhkan kerana ancaman keselamatan seumpamanya tidak lagi wujud.

Selaras dengan kesungguhan Perdana Menteri untuk melaksanakan PTP fasa kedua dengan pemansuhan tiga Proklamasi Darurat itu, seramai 36 orang tahanan di bawah Ordinan Darurat dibebaskan.

Tidak terhenti di situ, ruang demokrasi turut dibuka Najib kepada golongan mahasiswa apabila kerajaan memutuskan untuk meminda Seksyen 15 Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1974 bagi membolehkan pelajar yang mencapai umur 21 tahun menyertai parti politik.

Mengumumkan perkara itu semasa membentangkan usul memansuhkan Proklamasi Darurat, Najib berkata keputusan itu dibuat kerana kerajaan percaya kepada kematangan dan kebijaksanan para mahasiswa.

“Dengan itu bagi menghormati hak Perlembagaan mahasiswa dan mahasiswi negara yang telah mencapai umur baligh undang-undang atau ‘age of majority’, kerajaan akan pinda Seksyen 15 AUKU 1974 bagi membenarkan mereka menjadi ahli parti politik,” katanya.

Penuntut universiti bagaimanapun ditegah sama sekali membawa politik kepartian ke dalam kampus.

Langkah itu, dilihat banyak pihak mampu mengembalikan keyakinan sebahagian pengundi muda yang sebelum ini lebih cenderung kepada agenda pembangkang.

Biarpun langkah-langkah transformasi Najib mungkin diterjemah sesetengah pihak sebagai strategi kerajaan Barisan Nasional (BN) untuk menghadapi pilihan raya umum ke-13 tidak lama lagi, namun tidak dapat dinafikan pembaharuan yang dibawakan anak sulung Tun Abdul Razak Hussein ini akan kekal menjadi legasinya sebagai Perdana Menteri Malaysia keenam. – BERNAMA

3.5 : Bajet 2012

Semasa Bajet 2011 (Belanjawan 2011) yang lepas kerajaan memperkenalkan konsep Bajet Rakyat kerana pada masa itu Perdana Menteri Malaysia yang juga Menteri Kewangan, YAB Dato’ Sri Mohd. Najib Tun Haji Abdul Razak mengalu-alukan sumbangan buah fikiran atau pandangan daripada rakyat. Dalam Bajet 2012 ini pula kerajaan sekali lagi meneruskan kesinambungan konsep sebelumnya. Menterjemahkannya sebagai ‘Belanjawan Transformasi untuk Semua Rakyat Malaysia’, sasaran Bajet 2012 ini adalah berusaha mencapai keseimbangan yang bakal memberikan kebaikan kepada pelbagai pihak. Beberapa aspek yang diberi keutaamaan termasuklah janji kerajaan untuk memastikan terdapat keadilan sosial di samping mengukuhkan ekonomi bagi kesejahteraan jangka panjang untuk semua selaras dengan prinsip 1Malaysia iaitu Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.

BAJET 2012

Jumlah bajet – RM232.8 bilionPerbelanjaan Operasi – RM181.6 bilionPerbelanjaan Pembangunan – RM51.2 bilion

Peruntukan rancakkan pembangunanKerajaan memperuntukan RM978 juta untuk merancakkkan pembangunan untuk lima projek: (1) lebuh raya JB-Nusa Jaya, (2) muzium warisan Taiping, (3) projek agropolitan Besut, (4) projek tandan sawit Lahad Datu dan (5) bekalan air Samalaju.

Kereta hibridPengecualian sepenuhnya duti import dan duti eksais bagi mengimport kereta hibrid serta elektrik akan dilanjutkan sehingga 2013.

RM1 bilion untuk sekolahKerajaan akan wujudkan RM1 bilion untuk penambahkaikan sekolah. RM500 juta diberikan pada sekolah kebangsaan. Manakala RM100 juta diperuntukkan masing-masing kepada sekolah jenis kebangsaan (Cina), sekolah jenis kebangsaan (Tamil), sekolah mubaligh, sekolah agama bantuan kerajaan dan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM).

FELDA Global Ventures HoldingsPeneroka Felda akan terima “durian runtuh”. Jumlahnya akan diumumkan sebelum Felda GVH disenarai di Bursa Malaysia sebelum pertengahan 2012. Penyenaraian dilakukan dalam dalam usaha mengumpul dana menjadikan Felda syarikat konglomerat global.RM400 juta diperuntuk untuk naik taraf infrastuktur bekalan air di kawasan Felda terpilih.

Yuran sekolahKerajaan memansuhkan yuran pendidikan rendah dan menengah di semua sekolah kerajaan. Ini termasuk pemansuhan bayaran bagi kegiatan ko-kurikulum, insurans takaful dan sebagainya. Semua ini bermula penggal sekolah tahun depan.

PencenSeramai 600,000 pesara kerajaan akan menikmati kenaikan pencen tahunan sebanyak 2 peratus. Umur wajib bersara dinaikkan daripada 58 kepada 60 tahun.

Kakitangan awamKerajaan akan wujud lebih banyak mata gaji. Ini bermakna, penjawat awam akan mendapat

gaji maksimun lebih tinggi, sehingga kepada 37.7 peratus.Kakitangan awam akan mendapat kenaikan gaji antara RM80 hingga RM320.

PolisRM200 juta peruntukan khas akan diberikan untuk perbelanjaan pembangunan polis, meliputi projek perumahan anggota, penambahbaikan balai dan pusat latihan.

Keluarga tenteraRM3,000 akan diberi secara one off kepada angggota keluarga, duda dan balu anggota berjumlah 62,000 orang.

Subsidi

Beras – Bagi setiap kilogram beras super tempatan, harga asal RM2.40, rakyat hanya bayar RM1.80. Subsidi kerajaan 60 sen.

Gula – bagi setiap kilogram gula, harga asal RM2.50, rakyat hanya bayar RM2.30. Subsidi kerajaan berjumlah 20 sen.

Minyak masak – harga RM4.75, rakyat hanya bayar RM2.50 Tepung – harga asal RM1.90, rakyat bayar RM1.35

Skim rumah pertamaKerajaan cadangkan had maksimum harga rumah Skim Rumah Pertamaku dinaikkan daripada RM220,000 kepada RM400,000.

Skim Amanah Rakyat 1MalaysiaSkim ini dibuka kepada isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah yang akan memanfaatkan 100,000 isu rumah. Pelabur boleh mohon pinjaman RM5,000 dengan tempoh bayaran balik lima tahun.

Subsidi rumahKerajaan akan memberikan subsidi RM20,000 untuk pembelian Program Rumah Mesra Rakyat. Mereka yang tidak memiliki rumah atau tinggal di rumah usah boleh dapatkan pembiayaan untuk membeli rumah berharga RM65,000 dengan harga RM45,000. RM200 juta diperuntukkan untuk program ini.

Teksi persendirian

Pengecualian 100 peratus duti eksais dan cukai jualan ke atas pembelian teksi baru buatan tempatan.

Pengecualian bayaran balik duti eksasis dan cukai jualan ke atas teksi yang berusia lebih tujuh tahun yang dijual atau tukar milik.

Memansuhkan cukai jalan ke atas teksi bajet milik persendirian. Pemberian bantuan RM3,000 bagi melupuskan teksi lama berusia lebih tujuh tahun

tetapi kurang 10 tahun. Bagi teksi berusia 10 tahun dan ke bawah, bantuan RM1,00 akan diberikan.

Perlindungan kepada gelandangan

Kerajaan menyediakan pusat khidmat sosial dikenali Anjung Singgah sebagai perlindungan sementara kepada gelandangan sekitar Kuala Lumpur.

Seramai 1,400 orang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat dan 250 dengan Anjung Singgah.

Simpanan persaraan – KWSPCaruman majikan dinaikkan daripada 12 peratus kepada 13 peratus bagi pencarum yang menerima gaji bulanan RM5,000 dan ke bawah. Langkah ini akan memanfaatkan seramai 5.3 juta pencarum KWSP.

Pinjaman TEKUNMenteri kewangan mencadangkan peruntukan TEKUN ditambah sekali ganda daripada RM120 juta kepada RM300 juta.

Bonus Penjawat AwamTambahan bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM 500 ringgit untuk penjawat awam dan bayaran bantuan RM500 ringgit kepada pesara kerajaan. Bayaran ini akan dibuat bersekali dengan gaji bulan Disember 2011.

Meringankan Kos Sara Hidup

Bantuan RM500 kepada isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 ringgit dan ke bawah. Pemberian ini melibatkan peruntukan sebanyak 1.8 bilion ringgit.

Untuk menerima bantuan ini, ketua isi rumah yang layak hendaklah berdaftar dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri sebagai agensi pelaksana. Bantuan ini akan disalurkan melalui bank dan Pejabat Pos;

Bantuan persekolahan RM100 ringgit diberi kepada semua pelajar sekolah rendah dan menengah dari Tahun Satu hingga Tingkatan Lima di seluruh negara.

Pemberian baucar buku bernilai RM200 ringgit kepada semua pelajar warganegara Malaysia di institusi pengajian tinggi awam dan swasta tempatan, matrikulasi serta pelajar tingkatan enam di seluruh negara.

Rancangan Tebatan Banjir

Kerajaan akan melaksanakan Rancangan Tebatan Banjir (RTB) di Perlis, Perak dan Johor dengan kos satu bilion ringgit.

Di Perlis, dua projek RTB iaitu naik taraf empangan Timah Tasoh Fasa 2 dan melebar serta mendalam Sungai Arau akan dilaksanakan.

Di Perak, tiga projek RTB di Sungai Kerian, Sungai Kurau dan Kolam Bukit Merah. Manakala bagi Johor, projek RTB akan dilaksanakan di bandar dan Sungai Segamat.

Jika dibandingkan dengan Bajet 2011, bajet 2012 ini pada saya lebih mengambil kira kepentingan pelbagai pihak, sama ada kakitangan awam, swasta mahupun rakyat secara umumnya. Diharap Dewan Rakyat akan meluluskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2012 (Bajet 2013) pada persidangan akan datang.

D       : Teori Pendidikan

4.1 : Taksonomi Bloom

Taksonomi bloom mula diperkenalkan oleh Benjamin Bloom pada tahun 1956. Taksonomi bloom mengkategorikan kemahiran dan objektif yang ingin dicapai oleh pelajar kepada 3 domain iaitu kognitif, afektif dan psikomotor.

1)Domain kognitif digunakan untuk mengukur kemahiran intelektual.

2)Domain afektif digunakan untuk mengukur kemahiran generik, yang telah diterapkan kepada pelajar melalui penglibatan pelajar dalam persatuan-persatuan dan juga dalam pelbagai perbincangan secara berkumpulan seperti dalam kursus rekabentuk sistem dan sebagainya.

3)Domain psikomotor pula bertujuan mengukur kemahiran praktikal dan teknikal. Kemahiran ini diterapkan melalui proses latihan industri, ujikaji makmal dan juga lawatan teknikal.

Kemahiran kognitif merupakan domain taksonomi yang digunakan untuk mengukur kemahiran intelektual berdasarkan satu hirarki kognitif yang disusun dari aras rendah hingga ke aras tinggi iaitu aras pengetahuan, pemahaman, aplikasi, analisis, sintesis dan penilaian.Taksonomi ini diperkenalkan pada tahun 1956 oleh Benjamin S. Bloom untuk tujuan pendidikan.

Pada asalnya, domain kognitif Taksonomi Bloom dibahagikan kepada enam aras. Namun, sekitar tahun 1990-an, terdapat beberapa perubahan telah dilakukan secara berperingkat. Antara perubahan yang telah dilaksanakan ialah perubahan terminologi. Sebagai contoh, tema pengetahuan, pemahaman, aplikasi, analisis, sintesis dan penilaian ditukarkan kepada mengingat, memahami, mengaplikasi, menganalis, menilai dan membina.

1. Pengetahuan (Knowledge)Mengingat kembali, mengenal idea, fakta asas, definisi teori, hukum, tarikh, peristiwa dan lain-lain daripada pembelajaran yang lepas.Contoh: Nyatakan, terangkan, namakan, labelkan.

2. Pemahaman (Comprehension)Mengubah kefahaman daripada satu bentuk kepada satu bentuk yang lain, menyatakan idea-idea utama dalam ayat sendiri, menterjemah, memberi contoh kepada konsep, menterjemah draf.Contoh: Pilih, terangkan, tulis semula.

3. Aplikasi (Application)Menggunakan maklumat dalam situasi yang baru, termasuk menyelesaikan masalah menggunakan prinsip, kaedah, hukum, teori, formula. Membina graf daripada data, dan lain-lain.Contoh: Selesaikan, ramalkan, cari, kesilapan, bina alat.

4. Analisis (Analysis)Memecahkan sesuatu yang kompleks kepada yang kecil, membezakan fakta daripada pendapat, kaitan kenal di antara bahagian, kenali struktur organisasi.Contoh: Bezakan, pasti, pilih.

5. Sintesis (Synthesis)Menyepadu, mencantum idea menjadi satu, usaha tersendiri, menyelesaikan masalah, membuat ramalan, membuat klasifikasi.Contoh: Bina, hasilkan, susun, kembangkan.

6. Penilaian (Evaluation)Membuat pertimbangan termasuk memberi rasional atas alasan dalaman atau luaran, menafsir dan mengkritik.Contoh: Pilih, berikan alasan, kritikan, buktikan.

E       : Lain-Lain

5.1 : SPP

SURUHANJAYA PERKHIDMATAN PELAJARAN (SPP)

Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) ditubuhkan pada 1 Januari 1974 melalui penguatkuasaan Akta A193 dan P.U.(B)556/1973. SPP merupakan agensi/jabatan di bawah pentadbiran Jabatan Perdana Menteri. Menteri yang bertanggungjawab ke atas SPP ialah Yang Berhormat Senator Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon.

SEJARAH Penubuhan SPP adalah hasil daripada syor yang dikemukakan oleh Suruhanjaya Diraja mengenai perkhidmatan perguruan yang ditubuhkan bagi mengkaji perkhidmatan guru-guru, gaji-gaji dan syarat-syarat perkhidmatan mereka serta lain-lain kakitangan sekolah (lebih dikenali dengan nama Suruhanjaya Diraja Aziz) yang telah mengemukakan perakuan supaya sebuah Suruhanjaya Perkhidmatan berasingan daripada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA), ditubuhkan bagi Perkhidmatan Pelajaran.

Pada 1 September 1973 hingga 30 November 1973, SPP ditempatkan di Tingkat 9, Bangunan U.M.B.C. di Jalan Maharajalela, Kuala Lumpur. Pada ketika itu, bangunan tersebut adalah merupakan ruang pejabat yang disewa bersama Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). Pada 1 Disember 1973 pula, dengan persetujuan Jabatan Pos dan Kementerian Kerja Raya, SPP telah berpindah ke Tingkat 6, Rumah Persekutuan, Kuala Lumpur. Dalam tempoh masa tersebut, Jawatankuasa Ruangan Pejabat Kerajaan dan Kementerian Kerja Raya telah bersetuju untuk membina sebuah bangunan khas untuk SPP.

Pada pertengahan tahun 1975, SPP telah berpindah ke bangunan baru tersebut yang terletak di Jalan Spooner (kini dikenali sebagai Jalan Cenderawasih), Kuala Lumpur.

Seterusnya pada tahun 1988, SPP telah berpindah ke bangunan Menara Dato’ Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur. SPP telah berpindah ke Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Putrajaya mulai tahun 1999 hingga kini.

Bagi melancarkan urusan pelantikan dan perkhidmatan pendidikan di negeri Sarawak, maka urus setia cawangan Sarawak telah ditubuhkan secara rasminya pada 16 Julai 1976 berdasarkan kepada Education Act 1961 (Extension to Sarawak Order 1976). Urusan perkhidmatan pendidikan di negeri Sarawak hanya dilaksanakan berdasarkan kepada peraturan-peraturan Persekutuan sepenuhnya selepas 1 Julai 1978 iaitu setelah berkuatkuasa

Laporan Jawatankuasa Kabinet. Sebelum tarikh tersebut, peraturan-peraturan yang digunapakai adalah berasaskan kepada Perintah Am Negeri, Pekeliling-Pekeliling dan Peraturan-Peraturan yang digunapakai pada masa itu.

Urus setia cawangan Sabah pula telah ditubuhkan pada 1 Oktober 1977 bagi tujuan yang sama iaitu melancarkan urusan perkhidmatan pendidikan di negeri Sabah. Bagi urusan kenaikan pangkat dan tindakan tatatertib ianya dikendalikan secara terus oleh ibu pejabat SPP di Putrajaya. Pada peringkat awal penubuhan SPP, keanggotaan Anggota Suruhanjaya terdiri daripada seorang Pengerusi dan empat (4) orang Anggota. Mulai tahun 1978, jawatan Timbalan Pengerusi diwujudkan. Kini, keanggotaan semasa SPP ialah seorang Pengerusi, seorang Timbalan Pengerusi dan 24 orang Anggota. Sepanjang penubuhannya, seramai 8 orang Pengerusi dan 9 orang Timbalan Pengerusi telah dilantik. Dalam tempoh yang sama, seramai 11 orang Setiausaha telah menerajui SPP selaku Ketua Jabatan.

VISI SPP

Menjadi Suruhanjaya Perkhidmatan Yang Terbaik

MISI SPP

Memberi Perkhidmatan Yang Berkualiti Dalam Urusan Pengambilan Dan Perkhidmatan Bagi Anggota Perkhidmatan Pelajaran

OBJEKTIF SPP

Melaksanakan kuasa-kuasa di bawah Perkara 144 (1) Perlembagaan Persekutuan dari segi pelantikan, urusan perkhidmatan dan kawalan tatatertib dan naik pangkat Anggota Perkhidmatan Pelajaran dengan cekap dan berkualiti bagi memenuhi keperluan sektor pendidikan

PENGERUSITAN SRI DR ZULKURNAIN BIN HAJI AWANG

TIMBALAN PENGERUSIDATO' HAJI DANGIRAN BIN HAJI MUSTAPA

5.2 : JPA

Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPA)

Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPA) ialah sebuah jabatan kerajaan Malaysia yang merancang, membangun, dan mengurus sumber manusia untuk perkhidmatan awam. Dengan kata yang lain, jabatan ini adalah seolah-olah Bahagian Sumber Manusia dalam sebuah syarikat swasta. Mulai daripada 1 Oktober 1998, JPA melaksanakan MS ISO 9000 dan diiktirafkan dengan sistem kualiti tersebut pada 21 Ogos 1999.

Objektif

Menjadi agensi yang berprestasi tinggi dalam membekalkan sumber tenaga manusia yang berupaya memberi perkhidmatan yang cemerlang melalui penggubalan dasar dan pengurusan sumber manusia dengan menepati ciri-ciri kualiti seperti berikut:

Cepat dalam semua tindakan; Layanan mesra kepada pelanggan; Menepati masa yang dijanjikan; Telus dalam semua peringkat pengurusan; Adil dan saksama dalam pertimbangan; Menentukan perkhidmatan dan maklumat mudah diperolehi (availability) dan boleh

dipercayai (reliability); dan Menepati undang-undang, dasar dan peraturan.

Misi Menjadi penasihat utama kepada Kerajaan dalam urusan personel sektor awam.

Menggubal dasar personel sektor awam termasuk pengambilan, penempatan, kenaikan pangkat, latihan, gaji, elaun, kemudahan, faedah persaraan, gantirugi kemalangan, suasana kerja, motivasi, insentif dan penghargaan.

Merancang keperluan tenaga manusia sektor awam yang berkualiti. Menentukan saiz dan struktur yang optimum. Menguruskan hubungan majikan dan pekerja ke arah mengujudkan suasana yang

harmonis.

Fungsi

Fungsi Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia termasuk: Menjadi penasihat utama kepada Kerajaan Malaysia dalam urusan sumber manusia

sektor awam (di bawah tanggungjawab Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam); Merancang keperluan tenaga manusia sektor awam; Menggubal dasar sumber manusia sektor awam, termasuk pengambilan, penempatan,

kenaikan pangkat, latihan, gaji, elaun, kemudahan, faedah persaraan, ganti rugi kemalangan, suasana kerja, motivasi, insentif, dan penghargaan (di bawah tanggungjawab Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Pembangunan)); dan

Menguruskan hubungan majikan dan pekerja ke arah mewujudkan suasana yang harmonis (di bawah tanggungjawab Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Operasi)).

Sejarah

Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia bermula sebagai Pejabat Perjawatan Tanah Melayu di Singapura pada 22 Ogos 1934. Dengan pembentukan Malayan Union pada tahun 1946, pejabat itu berpindah ke Kuala Lumpur. Pejabat Perjawatan Persekutuan kemudian ditubuhkan pada 1 Julai 1954 melalui percantuman Pejabat Perjawatan Tanah Melayu, Cawangan Perkhidmatan Pejabat Ketua Setiausaha, serta Bahagian Perjawatan Perbendaharaan Persekutuan.

Pada tahun 1967, Pejabat Perjawatan Persekutuan menukarkan nama kepada Pejabat Perjawatan Malaysia dan kemudian 15 Ogos 1968 menukarkan nama semula lagi kepada Jabatan Perkhidmatan Awam. Nama jabatan ini telah dikekalkan sejak masa itu.

Ketua Jabatan

01 Jul 2010 - (Kini) Tan Sri Abu Bakar Bin Haji Abdullah

5.3 : Sorotan Peristiwa 2011

Sorotan Peristiwa 2011

1-Gempa Bumi Di Jepun.

Paparan peristiwa penting tahun 2011 dimulakan dengan kejadian gempa bumi yang melanda Jepun. Gempa dengan kekuatan 8.9 pada Skala Richter merupakan yang paling buruk berlaku di Jepun dalam tempoh 140 tahun. Akibat kekuatan gempa ini telah berlaku kejadian Tsunami yang bukan sahaja memusnahkan harta benda dan kerosakan awam tetapi juga telah melumpuhkan sistem pentadbiran Jepun secara keseluruhannya. Kejadian ini juga mengakibatkan loji nuklear di Sendai, Timur Laut Jepun mengalami kebocoran radioaktif dan ia menimbulkan kebimbangan penduduk tempatan dan dunia terutama di bahagian Asia akan kejadian pencemaran radiasi. Terdapat juga khabar angin yang menyatakan jangkitan radiasi telah berlaku terhadap produk-produk makanan terutama makanan laut daripada Jepun dan ia menimbulkan panik terhadap perusahaan makanan di Jepun oleh kalangan penduduk tempatan dan penduduk dunia.

2-Demonstrasi Di London.

Demonstrasi yang berlaku di London merupakan satu lagi peristiwa bersejarah yang berlaku pada tahun 2011. Ia bermula di kota London dan kemudian merebak sekitar Birmingham, Bristol dan Liverpool. Demonstarsi ini terjadi ekoran tindakan polis menembak mati seorang pemuda berumur 29 tahun dalam keadaan berbalas tembakan.

Demonstrasi ini juga telah menyebabkan salah seorang pelajar Malaysia di sana, Asyraf Haziq Rosli, 20 tahun cedera akibat ditumbuk dan dipukul oleh orang yang tidak dikenali. Lebih malang lagi untuk pelajar berkenaan, dalam keadaan cedera dia telah dirompak tanpa mampu melakukan apa-apa. Kejadian ini telah dirakam dan tersebar di laman video popular Youtube, lalu mendapat perhatian banyak pihak daripada seluruh dunia. Perdana Menteri Britain, David Cameron telah menyampaikan permohonan maaf terhadap apa yang berlaku kepada pelajar berkenaan.

3-Kebangkitan Di Timur Tengah.

Tahun 2011 juga menyaksikan kebangkitan di Timur Tengah akibat rakyat yang tidak berpuashati dengan pemerintahan di negara-negara terlibat. Dikenali juga sebagai Arab Spring, ia bermula di Tunisia diikuti Mesir dan Syria. Yang paling popular dan dikenali, Hosni Mubarak yang telah memerintah Mesir secara diktator selama 30 tahun akhirnya meletakkan jawatan atas desakan yang dibuat oleh rakyat. Demonstrasi ini juga telah mengakibatkan industri pelancongan dan ekonomi Mesir lumpuh.

4-Kematian Muammar Gaddafi.

Seorang lagi pemimpin diktator yang dikenali ramai, Muammar Gaddafi telah digulingkan dalam penentangan berdarah yang berlaku di Libya. Kolonel Muammar Abu Minyar al-Gaddafi telah dilahirkan pada 1942 dan merupakan presiden yang memerintah Libya semenjak 1969. Berasal daripada keluarga petani, Muammar Gadaffi menerima pendidikan rendah agama dan sekolah persediaan Sebha di Fezzan. Daripada sinilah Gadaffi mengasaskan kumpulan revolusi untuk merampas kepimpinan negara Libya. Menjadikan peritiwa Presiden Gamal Abdel Nasser di Mesir menjatuhkan kerajaan monarki sebagai inspirasi, Gadaffi telah memulakan aktiviti politiknya secara aktif. Mendapat gelaran sebagai “Pemimpin Besar Dan Pengasas Revolusi” pada peringkat awal pemerintahannya, Gadaffi telah memansuhkan sistem kerajaan beraja di Libya.

Terdapat pelbagai versi cerita mengenai kerajaan yang diperintah oleh Gadaffi ini. Pemerintahan Gadaffi sering melaungkan yang Libya adalah diperintah oleh rakyat dan monopolinya terhadap kuasa politik tidak melampau dan tidak zalim seperti diktator lain. Dikalangan negara barat dan Amerika beliau dikenali dengan kelantangan suaranya dalam memperjuangkan isu hak dan keadilan serta mengkritik pimpinan barat kerana isu diskriminasi terhadap Islam. Ini menjadikan Barat terkadang tidak selesa dengan pemimpin negara pengeluar minyak di Utara Afrika ini.

Gadaffi akhirnya mati di tempat kelahirannya sendiri di bandar Sirte. Beliau dibunuh dengan kejam dan dimalukan oleh mereka yang membencinya. Mayatnya diarak dan dipamerkan kepada seluruh rakyat Libya sebelum dikebumikan di tempat yang dirahsiakan.

5-Perkahwinan Diraja British.

Satu lagi peristiwa bersejarah pada tahun 2011 adalah apabila Putera William melangsungkan perkahwinan diraja bersama pasangannya Kate middleton. Perkahwinan pasangan diraja ini mendapat liputan meluas media diseluruh dunia. Putera William merupakan anak kepada mendiang Puteri Diana bersama Putera Charles. Setelah perkahwinan itu, mereka dikurniakan gelaran Duke of Cambridge dan Duchess of Cambridge masing-masing untuk putera Williams dan Kate middleton. Selain itu putera William juga dikurniakan gelaran Earl of Strathearn dan Baron Carrickfergus. Antara yang dijemput hadir ke majlis tersebut ialah Yang Dipertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin.

6-Malaysia Airlines Dan Air Asia Bekerjasama.

Isu dan topik syarikat penerbangan kebangsaan, Malaysia Airlines System Berhad (MAS) terus menjadi antara topik yang hangat diperkatakan pada 2011. Lebih mengejutkan apabila syarikat penerbangan kebangsaan mengumumkan akan bekerjasama dengan syarikat penerbangan tambang murah, Air Asia. Perkara ini berlaku apabila Khazanah Nasional, pemilik saham terbesar dalam Malaysia Airlines membenarkan sebanyak 20.5 peratus sahamnya dimiliki oleh Tan Sri Tony Fernandes dan juga Dato Kamarudin Meranun melalui syarikat Tune Air Berhad. Kemudian telah dibentangkan Rangka Kerja Kolaborasi Komprehensif (CCF) bagi menyelaras tindakan yang akan membolehkan kedua-dua gergasi penerbangan ini bekerjasama dari segi logistik dan strategik.

Perkara ini telah menimbulkan kontroversi dan menjadi isu hangat apabila dikatakan terdapat penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa ketika semua proses ini berlaku. Banyak lagi yang saya ingin tulis mengenai topik ini, namun saya bukan dalam kapasiti yang dibenarkan kerana saya merupakan salah seorang kakitangan syarikat berkenaan. Mungkin satu masa saya akan menceritakan daripada perspektif saya sendiri mengenai aspek pengurusan dan kepimpinan di Malaysia Airlines itu sendiri.

7-Tuduhan Rasuah Terhadap Dato’ Seri Dr Khir toyo.

Isu rasuah melibatkan mantan Menteri Besar Selangor, Dato Seri Dr Khir Toyo menjadi antara topik yang menjadi perhatian ramai kerana ia dianggap sebagai kes berprofile tinggi membabitkan kenamaan negara. Mahkamah telah menjatuhkan hukuman penjara selama setahun selepas beliau didapati bersalah atas tuduhan mendapatkan untuk beliau dan isterinya dua lot tanah dan sebuah banglo bernilai RM6.5 juta dengan harga RM3.5 juta, empat tahun lalu. Hakim Datuk Wira Mohtarudin Baki yang memutuskan hukuman itu turut mengarahkan

perlucutan hak terhadap hartanah tersebut. Kes ini turut mengundang kontroversi kerana Dato’ Seri Dr Khir Toyo merupakan Menteri Besar dan mempunyai kepentingan ketika membeli hartanah terbabit.

8-Pasukan Bola Sepak Malaysia cemerlang di Sukan Sea.

Detik manis dicipta pada 2011 kerana kejayaan skuad bola sepak memenangi pingat emas di Sukan Sea Jakarta, Indonesia sekaligus mempertahankan emas pada Sukan Sea yang lalu. Menariknya pertandingan adalah melibatkan pasukan Indonesia yang merupakan tuan rumah pada acara berkenaan. Dengan sokongan padu lebih 100 ribu penyokong Indonesia di Stadium Gelora Bong Karno, seolah rahmat dan rezeki untuk Malaysia apabila anak buah Ong Kim Swee disuntik semangat dan begitu yakin diri bagi mempertahankan kejuaraan dimana ia merupakan detik yang sangat berharga dalam sejarah bola sepak tanah air.

9-Kematian Presiden Korea Utara, Kim Jong Il.

Tahun 2011 diakhiri dengan kematian Presiden Korea Utara, Kim Jong Il. Serangan jantung dikenalpasti punca yang menyebabkan kematiannya pada usia 69 tahun. Amat dikenali dengan program senjata nuklearnya sewaktu pemerintahan, Jong-Il mencuri tumpuan dunia apabila cuba bangkit untuk menjadi kuasa dunia baru melalui program persenjataannya.

Ketika menjadi Presiden Korea Utara pada awal dan lewat 1990-an, beliau menyaksikan ratusan ribu rakyatnya maut akibat kebuluran, dan masalah kekurangan makanan berterusan sehingga ke hari ini dan adalah dianggarkan satu pertiga daripada kanak-kanak Korea Utara terbantut tumbesarannya akibat kekurangan zat makanan. Kebanyakan peruntukan kewangan disalurkan untuk pembangunan program ketenteraan dan menguatkan barisan pertahanan kerajaan. Beliau telah menemui sumber untuk meneruskan program senjata nuklear yang berkesudahan dengan ujian letupan nuklear pada Oktober 2006 dan Mei 2009. Anak lelaki bongsu Jong-Il, Kim Jong-Un akan mengisi kekosongan jawatan presiden seterusnya menjadi pemimpin dan pemerintah tinggi tentera di Korea Utara.