moodle dan sistem pengurusan pembelajaran

Upload: munirah-omar

Post on 18-Jul-2015

245 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

1.0

PENGENALAN Trend pendidikan semasa dan akan datang adalah berfokuskan kepada aplikasi teknologi

Internet dalam carian dan akses maklumat.Teknologi Internet ini telah membuka dimensi baru dalam pendekatan pengajaran dan pembelajaran kerana keupayaannya membekalkan sumber maklumat yang pelbagai menggunakan enjin pencari dan enjin direktori yang efisyen. Selari dengan perkembangan pesat teknologi Internet , konsep e-Pembelajaran telah diperkenalkan yang kemudiannya telah membuka dimensi baru dalam pengendalian pengajaran dan pembelajaran di institusi pendidikan.Teknologi ePembelajaran telah berkembang pesat sehingga mempengaruhi pendidikan di peringkat rendah hingga institusi pengajian tinggi. Sistem Pengurusan Pembelajaran berasaskan web merupakan program aplikasi internet yang pesat digunakan oleh syarikat-syarikat perisian komputer dan institusi pendidikan sebagai infrastruktur kepada perlaksanaan program e-Pembelajaran. Sistem ini berkembang dengan cepat dan digunakan dengan meluas sebagai system maklumat dan system pangkalan data untuk mengurus dan mengendalikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. 1.1 1.1.1 MOODLE DAN SISTEM PENGURUSAN PEMBELAJARAN MOODLE Untuk melaksanankan e-Pembelajaran secara efektif salah satu sistem yang boleh digunakan ialah sistem pengurusan kursus yang merupakan perisian sumber terbuka yang dinamakan MOODLE. Moodle adalah salah satu CMS yang mengkhususkan diri untuk pembelajaran jarak jauh (eLearning). Kata Moodle adalah singkatan dari Modular ObjectOriented Dynamic learning Environment. Moodle adlah sebagai eLearning CMS atau sering juga disebuat Learning Management Syatem ( LMS ) atau Virtual Learning Environment ( VLE ) sebuah aplikasi yang dibuat untuk membantu perlaksanaan belajar secara virtual. Moodle adalah nama untuk sebuah program aplikasi yang dapat merubah sebuah media pembelajaran ke dalam bentuk web. Ia membolehkan pelajar untuk masuk ke dalam ruang kelas digital untuk mengakses kandungan atau bahan pembelajaran. Moodle merupakan perisian Sistem Pengurusan Pembelajaran (LMS) yang bersifat sumber terbuka dan ianya percuma. Ia sangat sesuai digunakan sebagai sebuah platform pembelajaran atas talian. Moodle direka bentuk untuk membantu para pendidik dan institusi pendidikan membangunkan kursus atau projek atas talian yang member peluang interaksi sesama pelajar.

Moodle merupakan perisian Sistem Pengurusan Pembelajaran (Learning Management System LMS) sumber terbuka dan percuma. LMS adalah aplikasi perisian yang mengautomasikan sistem pengurusan (administration), penyemakan (tracking) dan pelaporan (reporting) mengenai program latihan, agenda pembelajaran di bilik darjah atau secara atas talian, program e-learning dan isi kandungan latihan. Moodle memenuhi ciri-ciri LMS yang berkesan kerana mempunyai ciri-ciri yang berikut:

Mengautomasikan sistem pengurusan secara berpusat Bersifat mesra pengguna (self-guided services) Mengumpul dan menyampaikan isi kandungan pembelajaran dengan pantas. Memberi latihan di atas platform berasaskan web. Bersifat mudah alih dan mengikut piawai. Isi kandungan dibangunkan berdasarkan keperluan pengajaran dan pembelajaran (personalize content) dan boleh digunakan semula (reusable). Moodle yang merupakan akronim kepada Modular Object-Oriented Dynamic Learning

Environment sangat sesuai digunakan sebagai sebuah platform pembelajaran atas talian. Moodle telah dibangunkan oleh Martin Dougiamas untuk kajian PhDnya yang mengkaji mengenai pembangunan sistem pengurusan pembelajaran yang menyokong pendekatan Konstruktionis sosial. Moodle direka bentuk untuk membantu para pendidik dan institusi pendidikan membangunkan kursus atau projek atas talian yang memberi peluang untuk interaksi sesama pelajar. Moodle mempunyai pelbagai ciri yang sepatutnya ada dalam sesebuah platform epembelajaran seperti pengurusan pangkalan data, pengurusan tapak, pengurusan pengguna dan pengurusan kursus. Dalam bahagian pengurusan kursus, Moodle menyediakan pelbagai aktiviti yang disediakan dalam bentuk modul yang boleh digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Format kursus boleh dipilih berdasarkan minggu, topik atau fokus perbincangan sosial. Antara modul aktiviti yang disediakan ialah:

Modul tugasan Modul perbincangan Modul Forum Modul pelajaran Modul Quiz

Modul Wiki Modul Sumber dan sebagainya Moodle digunakan serta dibangunkan dengan aktif oleh komuniti pengguna yang besar

dan global . Setakat Mac 2009, Moodle telah digunakan oleh 52 153 tapak berdaftar (registered sites) yang terdiri daripada 30 176 528 pengguna yang mengikuti 2 770 832 kursus. Penggunaan Moodle secara global dalam lebih 195 buah negara telah memungkinkan Moodle diterjemahkan kepada lebih 70 jenis bahasa di seluruh dunia. Sistem Moodle merupakan sebuah sistem e-Pembelajaran yang sangat interaktif di mana rekabentuknya menyokong prinsip sosial konstruktivisme yang menekankan pembelajaran secara sosial semulajadi, aktif dan juga penemuan. Sistem moodle ini menyediakan pangkalan data yang membenarkan guru dan pelajar mengikuti prestasi mereka apabila markah, tempoh masa, kekerapan penggunaan diperolehi hasil daripada aktiviti yang disediakan.

1.1.2 SISTEM PENGURUSAN PEMBELAJARAN @ LEARNING MANAGEMENT SYSTEM Sistem Pengurusan Pembelajaran atau lebih dikenali sebagai Learning Management System merupakan sebuah aplikasi pendidikan untuk membantu aktiviti pengajaran dan pembelajaran di sekolah.Ia merupakan aplikasi berasaskan web yang mampu mengurus pembelajaran elektronik,mengesan hasil pembelajaran, integrasi dengan pengurusan sumber manusia dan sumber pembelajaran, pembinaan bahan pengajaran serta bahan yang diterima daripada pelajar dan kemudahan bentuk pengurusan pembelajaran serta pemantapan pembelajaran bestari. Antara tujuan LMS adalah untuk mendekatkan pelajar dengan persekitaran ePembelajaran, mengurus dan mengendalikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran,

infrasstruktur kepada perlaksanaan program Epembelajaran, mengurangkan masa dan sebagai platform terbaik bagi menguruskan interaksi antara pelajar. Terdapat beberapa ciri-ciri di dalam LMS antaranya terdapat maklumat matapelajaran, nota Kuliah dan pautan kepada berbagai sumber maklumat, kemudahan komunikasi seperti forum,papan buletin,email,tutorial dalam talian dan juga meja bantuan (help desk) serta kemudahan penilaian. LMS menyediakan modul yang sangat menarik. Antaranya seperti kemudahan animasi dan demonstrasi bahan pembelajaran atas talian, pengujian dan penilaian interaktif atas talian, kemudahan forum dan diskusi, perisian perbincangan berkumpulan

( Groupware), modul mesyuarat atas talian, ( windows netmeeting), kemudahan perkhidmatan komuniti atas talian, ruangan chat, modul bagi menjana pembelajaran secara kolaborasi dan terakhir sekali modul mengesan aktiviti pembelajaran (weblogging).Terdapat tiga jenis forum di dalam LMS iaitu: a) Forum dua hala (acynchronous forum board) Ia adalah landasan komunikasi untuk kerja berkumpulan dan membantu dalam menentukan isu-isu dan kandungan pembelajaran. b) Forum kursus (Course Forum) Berbentuk forum yang memfokuskan hanya kepada subjek matapelajaran tertentu. Forum ini biasanya dipantau oleh pensyarah sesuatu subjek pembelajaran itu dan ianya dihadkan penggunaannya. c) Forum Am ( General Forum) Membincangkan isu-isu am mengenai pentadbiran pembelajaran dan isu-isu social yang lain dan biasanya forum ini dipantau oleh pentadbir LMS. PROJEK MOODLE KUMPULAN MUIARA 12 Untuk melaksanakan e-pembelajaran secara efektif, kami telah menggunakan moodle sebagai satu sistem pengurusan kursus.Sistem Moodle ini dianggap sesuai memandangkan reka bentuknya menyokong prinsip sosial konstruktivisme yang menekankan pembelajaran secara sosial semulajadi. Kumpulan kami telah memilih untuk memfokuskan kepada pengajaran dalam subjek Matematik. Topik yang dipilih ialah bab 11 yang bertajuk Perimeter dan Luas. Pembahagian topik telah dilakukan dengan membahagikan topik kepada lima minggu di mana setiap minggu akan dikendalikan oleh setiap orang guru yang berbeza.Pendidikan matematik pada masa kini lebih tertumpu kepada penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu pendedahan penggunaan computer kepada pelajar adalah penting untuk meningkatkan kefahaman dan penguasaan murid terhadap pelajaran, memberi pembelajaran yang sama kepada semua murid yang pelbagai keupayaan, meningkatkan motivasi pelajar, dan membolehkan pembelajaran sendiri dilakukan

1.2

Objektif pembelajaran pada minggu pertama ialah pelajar dapat memahami konsep perimeter, minggu kedua pelajar dapat memahami konsep segi empat, minggu ketiga pelajar dapat memahami konsep luas segi tiga, minggu keempat pelajar dapat memahami konsep luas parallelogram dan minggu kelima pelajar dapat memahami konsep luas trapezium. Bahan pengajaran yang digunakan adalah berbentuk video, nota powerpoint dan latihan pengukuhan. Kami berharap dengan adanya bahan interaktif seperti video dapat menarik minat pelajar untuk mempelajari dan memahami topik dengan baik. Projek moodle ini adalah fleksibel serta dapat memberi gambaran jelas kepada pelajar untuk memahami dan mengukuhkan lagi konsep yang abstrak. Tujuan Pembelajaran melalui Moodle @ e-pembelajaran a) Guru

Projek ini akan membantu guru untuk menjalankan proses P&P dengan berkesan. Bahan P&P yang digunakan dalam subjek ini ialah dengan menggunakan video interaktif, latihan pengukuhan dan nota dalam bentuk powerpoint. Pendekatan ini digunakan dengan harapan ia dapat menarik minat pelajar untuk belajar secara sendiri dan membuat ulangkaji ketika berada di rumah. Secara tidak langsung guru dapat menyampaikan pembelajarn selepas waktu persekolahan. b) Pelajar

Penglibatan serta respons pelajar di dalam sistem e-pembelajaran dapat membantu dan memotivasikan guru untuk terus menggunakan sistem ini. Apabila guru aktif menggunakan sistem e-pembelajaran secara tidak langsung penglibatan pelajar juga dapat ditingkatkan.Seterusnya pembelajaran akan menjadi lebih berkesan dan bermakna.

2.0

SOROTAN PEMBACAAN / LITERATURE REVIEW Sistem Pengurusan Pembelajaran adalah perisian yang terperinci dan tersusun yang

dibentuk untuk menguruskan e-pembelajaran dan latihan. LMS adalah merupakan alat yang terbaik dan efisyen yang boleh digunakan di institusi pendidikan mahupun sesebuah organisasi. Terdapat pelbagai kebaikan daripada LMS. Antaranya ialah: a) Konsisten Dengan menggunakan LMS ia dapat membantu untuk menyimpan maklumat kita secara konsisten. Setiap pelajar adalah berdaftar dan menjadi ahli melalui LMS jadi setiap ahli akan mendapat maklumat yang sama. Konsistensi memberi faedah kepada guru misalnya apabila guru bercuti ataupun menghadiri kursus tetentu dan tidak dapat hadir ke sekolah. Pelajar masih boleh menerima bahan pembelajaran walaupun guru tidak dapat hadir ke sekolah. b) Tersusun Sesuatu yang tersusun adalah sangat memberi manfaat terutamanya kepada institut pengajian yang mempunyai saiz kelas yang besar. Di sini LMS akan memainkan peranan ke atas kerja-kerja pentadbiran. Sistem Pengurusan Pembelajaran yang baik akan membolehkan setiap proses organisasi boleh dilakukan secara dalam talian dengan cara mendaftarkan semua pelajar. Oleh itu melalui sistem ini guru boleh mengingatkan pelajar tentang projek atau tugasan, peperiksaan dan sebagainya. c) Terkawal Administrator mempunyai kawalan sepenuhnya ke atas format yang dibentuk serta pembelajaran di dalam kelas virtual. LMS menjadi begitu berguna di mana kursus yang hendak diajar dapat disampaikan dalam bentuk yang kita ingini. LMS juga membolehkan pelajar untuk mempelbagaikan pilihan mereka, di mana ia menjadikan sesuatu kerja kursus itu menjadi lebih menarik dan dapat disesuaikan dengan jiwa pelajar. d) Pembelajaran Mudah dan Menarik Dengan maklumat kursus berada dihujung jari pelajar, LMS menjadikan pembelajaran lebih mudah. Ia juga menjadikan P&P itu lebih menarik kerana guru dapat memasukkan sumber-sumber lain berbanding jika ianya hanya disampaikan melalui penyampaian secara lisan di dalam kelas ataupun papan tulis.

Daripada pembacaan saya, dapat lah dirumuskan bahawa penggunaan e-pembelajaran sememangnya diakui memberi banyak faedah kepada warga pendidik, pelajar mahupun sesebuah organisasi. Kaedah ini mampu untuk membantu warga pendidik untuk membangunkan kaedah P&P secara tradisional. Walaupun begitu, tidak semua tenaga pengajar samada pensyarah mahupun guru mahir dalam menguasai teknologi Internet ini. Jadi kehadiran LMS ini

sebenarnya mampu untuk membantu para pendidik dalam P&P mereka kerana LMS adalah mudah penggunaannya. Kaedah penggunaan moodle ini menerapkan web dan multimedia sebagai alat bantu mengajar di mana ia berupaya untuk meningkatkan penguasaan isi pelajaran.E-pembelajaran juga dapat melancarkan proses P&P serta mengubah persepsi para pendidik terhadap penggunaan e-pembelajaran. Pada pendapat saya, tenaga pengajar yang menggunakan kaedah e-pembelajaran perlu menyediakan bahan pembelajaran yang interaktif. Di samping itu bahan pembelajaran perlulah diuruskan dengan cekap, sistematik, dan berkesan bagi memaksimumkan penggunaannya dalam pembelajaran dengan menggunakan LMS. Teori konstruktivisme adalah teori yang menjadi asas utama dalam pembangunan dan pembentukan Moodle ini. Ahli konstruktivisme berpendapat bahawa pembelajaran yang bermakna bermula dengan pengetahuan atau pengetahuan sedia ada pelajar. Apabila maklumat baru telah dapat disesuaikan dengan pengetahuan sedia ada pelajar, dan diserap untuk menjadikan sebahagian daripada pegangan mereka, maka kerangka baru tentang sesuatu pengetahuan akan dapat dibina. Proses ini dinamakan konstruktivisme. Asas-asas teori konstruktivisme ialah: a) Pelajar membina sendiri makna dan kefahaman mereka dengan mengaitkan pembelajaran mereka dengan kehidupan. b) Pembelajaran berlaku apabila ada kesinambungan antara pengetahuan sedia ada dengan aspek yang baru dipelajari c) Pembelajaran berlaku dalam konteks sosial dan interaksi antara rakan adalah bahagian penting pembelajaran (pembelajaran aktif) Matlamat asas pengajaran ialah untuk mengembangkan kebolehan pelajar untuk belajar. Di sini guru berperanan sebagai pembimbing dan memberi peluang kepada pelajar untuk membuat refleksi secara interaksi sosial dan aktif. Pendekatan konstruktivisme ini melibatkan pelajar

menstrukturkan kembali konsep asal di samping menerima pengetahuan baru. Berikut adalah kerangka teori konstruktivisme:

KONSTRUKTIVISME

a)Setiap individu membentuk perwakilan pengetahuan mereka sendiri melalui pengalaman yang dialami

b)Pembelajaran berlaku apabila terdapat ketidakseimbangan antara kerangka terkini dengan pengalaman baru

c)Pembelajaran berlaku dalam konteks sosial, interaksi antara rakan adalah bahagian penting pembelajaran (pembelajaran aktif)

Konstruktivisme Sosial pembelajaran bersifat sosial secara semulajadi , aktif, kolaboratif dan menekankan pemikiran dengan penemuan persekitaran.

MOODLE

Walaupun begitu, penggunaan sistem ini masih lagi kurang mendapat sambutan. Salah satu sebab mungkin kerana tiadanya rujukan khusus untuk dijadikan panduan, kekangan masa dan kurangnya kesedaran dikalangan pendidik tentang keistimewaan sistem ini.

3.0

PERNYATAAN MASALAH Di samping kebaikan yang diperoleh daripada penggunaan Moodle atau e-pembelajaran

ini terdapat juga kelemahan yang mungkin akan dihadapi oleh pelajar . Antara isu yang sering terdapat dalam perlaksanaan Moodle ialah: a) Bahan Pembelajaran Tidak Dapat Dicapai kerana Gangguan Teknikal Kadangkala apabila berlaku gangguan teknikal seperti perkhidmatan tergendala ataupun rangkaian Internet menjadi perlahan para pelajar akan mendapat kesukaran untuk mencapai atau memuat turun bahan yang disediakan oleh guru. Selain itu terdapat gangguan seperti virus atau kemudahan internet yang terhad. b) Keselamatan dan Kerahsiaan Data Dari segi kemudahan untuk mengakses data pula ianya terlalu mudah di akses oleh sesiapa sahaja yang dapat mendaftarkan diri di dalam sistem ini walaupun bukan ahli dalam organisasi itu. Jadi dari segi keselamatan dan kerahsiaan data agak lemah. c) Khidmat Kepada Pengguna Guru tidak pasti sejauhmana maklumat, bahan pembelajaran, latihan pengukuhan dan aktiviti yang di bina di dalam Moodle mampu disesuaikan dengan tahap pelajar tersebut. Ini kerana tahap penguasaan pelajar adalah berbeza. d) Tidak mempunyai kemahiran asas Kemahiran asas dalam e-pembelajarn merangkumi segala aspek kemahiran penggunaan komputer.Ini termasuklah asas penggunaan komputer seperti kemahiran menaip, mengunakan perisian-perisian seperti word, power point, excel,

menggunakan e-mail dan sebagainya. Jadi ia menjadi satu pembelajaran yang kurang menarik sekiranya pelajar tidak mempunyai kemahiran asas tentang penggunaan komputer atupun kemahiran bahasa yang digunakan di dalam sistem. e) Latihan Tenaga Pengajar Guru-guru yang kurang diberi latihan atau pendedahan secara menyeluruh tentang sistem ini akan mempunyai masalah dari segi daya kreativiti bahan P&P serta gagal mengaplikasikan strategi, teknik dan pendekatan pengajaran dalam bentuk yang berasaskan komputer. f) Kemudahan yang terhad

Kemudahan yang disediakan oleh pihak sekolah adalah terhad misalnya kekurangan komputer untuk pelajar mengakses bahan dan pelajar terpaksa berkongsi computer. Perkembangan Sistem Pengurusan Pembelajaran seperti Moodle di Malaysia masih baru jika dibandingkan dengan Negara-negara barat dan Singapura. Pada masa kini LMS yang sedang dijalankan di sekolah-sekolah di Malaysia merupakan sebuah projek kerjasama di antara Kementerian Pelajaran Malaysia dan MAMPU. Pada tahun 2004, MAMPU telah merintis Learning Management System ( LMS ) di bawah inisiatif Open Source Software (OSS), Bahagian Teknologi Pendidikan. Pihak MAMPU telah menjalankan Post Implementation Review (PIR) pada tahun 2007. Berdasarkan hasil dapatan dari PIR tersebut, MAMPU telah mencadangkan penambahbaikan ke atas system yang telah dirintiskan. Jadi pada tahun 2009, satu tender untuk menambahbaik LMS dan memperluaskan ke 50 buah sekolah telah dikeluarkan. Sekali lagi pihak BTP telah dipertanggungjawabkan untuk menyelaras perlaksanaan projek ini. Kaedah pembelajaran yang menggunakan sistem seperti Moodle ini bagi saya adalah sangat perlu dilaksankan dan dipeluaskan penggunaannya di sekolah-sekolah di Malaysia. Antara sebab-sebabnya adalah seperti a) Menggalakkan Pembelajaran Kendiri Moodle membolehkan pembelajaran kendiri dilaksanakan dengan lebih berkesan. Ini kerana, bahan pengajaran dan pembelajaran yang dirancang, disediakan secara professional dan menarik. Ia menggunakan cirri-ciri multimedia untuk menyampaikan isi pelajaran dengan berkesan dan menarik. Pelajar boleh memilih masa mengikut kesesuaian mereka. Pelajar tidak perlu rasa malu untuk bertanya dan berpeluang

mempelajari tajuk yang sukar berulang kali sehingga pemahaman mereka tercapai. b) Inisiatif Pelajar Pengetahuan pelajar semakin luas dan tidak terbatas mengikut buku teks. c) Berpusatkan Pelajar Menggalakkan pembelajaran yang aktif iaitu d) Masa yang Fleksibel

Masa untuk para pelajar untuk belajar adalah fleksibel tidak kira bila dan di mana pelajar itu berada. Ia juga dapat mengurangkan tekanan kepada pelajar kerana pelajar dapat belajar walaupun mereka di dalam perjalanan untuk bercuti dan sebagainya. e) Sesi Perbincangan secara online Pelajar jug adapt melakukan sesi perbincangan dalam talian melalui forum,chat,e-mail dan sebgainya di mana ia membolehkan percambahan ilmu berlaku tanpa mengira masa. f) Menjimatkan Kos Guru tidak perlu mencetak bahan sebaliknya pelajar akan menggunakan inisiatif mereka sendiri untuk mendapatkan bahan. Di samping menjimatkan kos percetakkan dan sebagainya jangkauannya juga lebih luas. g) Manfaat kepada guru dan pelajar Selain memudahkan guru untuk memuat naik nota, ia juga memudahkan guru untuk membuat apa-apa pengumuman atau memberitahu beritahu berita terkini dengan cepat. Bagi pelajar pula ia menggalakkan pembelajaran,pemikiran kritis dan kreatif berlaku dengan berkesan. Seorang pelajar akan mencari maklumat dengan selanjutnya untuk memenuhi keperluan ingin tahunya dan membina pengetahuan baru mengenai sesuatu konsep dan kefahaman.

4.0 5.0 a)

MAKLUMBALAS IMPLIKASI Menghilangkan unsur nilai-nilai kemanusiaan dalam menimba ilmu Interaksi antara pelajar dan guru akan berkurangan. Ini kerana wujudnya jurang di antara pelajar dengan guru kerana pelajar jarang bersua muka dengan guru apabila menghadapi masalah.

b)

Penyalahgunaan Pelajar akan mengambil kesempatan terutamanya pelajar yang lemah dan malas di mana berlakunya kes penipuan dan peniruan kerja pelajar lain. Misalnya aktiviti pengukuhan seperti kuiz. Pelajar dengan mudah dapat meniru jawapan daripada rakan yang lain atau dapat mewakilkan rakannya untuk menjawab bagi pihak dirinya.

c)

Ketidaksampaian maklumat Masalah ini berlaku pada pelajar yang tidak mempunyai rangkaian internet di rumah mereka. Ia akan menyukarkan pelajar untuk melihat apa yang dipaparkan dan masalah penghantaran maklumat akan berlaku.

PERKEMBANGAN LMS DI MALAYSIA KEBAIKAN SISTEM MOODLE 1 Menangani masalah beban guru dan dapat membantu pelajar secara individu

RUJUKAN http://www.slideshare.net/niakpt6043/e-learning-4841768