agenda borneo memartabatkan maruah sabah. by nestor joannes

136
1 Agenda BORNEO Perjuangan Pimpinan Datuk Dr Jeffrey G. Kitingan Untuk Memartabatkan Maruah Sabah Oleh NESTOR JOANNES UNTUK KALANGAN AHLI SAHAJA STATE REFORM PARTY

Upload: north-bornean

Post on 14-Dec-2014

285 views

Category:

Documents


11 download

DESCRIPTION

Ini merupakan satu pendedahan yang BENAR yang selama ini disembunyikan oleh Kerajaan Persekutuan Malaysia. Selama ini, Generasi Muda Negara Sabah diberitahu oleh sejarah yang penuh dengan pembohongan dan kebenaran ini telah disembunyikan untuk sekian hampir 50 tahun. Tetapi syukur kini ia telah didedahkan. Sila download dan kongsikan kepada semua rakan-rakan anda. Terima kasih.

TRANSCRIPT

Page 1: Agenda Borneo Memartabatkan Maruah Sabah. by Nestor Joannes

1

Agenda BORNEOPerjuangan Pimpinan

Datuk Dr Jeffrey G. Kitingan Untuk Memartabatkan Maruah Sabah

Oleh NESTOR JOANNES

UNTUK KALANGAN AHLI SAHAJASTATE REFORM PARTY

Page 2: Agenda Borneo Memartabatkan Maruah Sabah. by Nestor Joannes

Dengan terbitnya buku ini yang bertajuk “Borneo Agenda – Perjuangan Pimpinan Datuk Dr Jeffrey Kitingan Untuk Memartabatkan Maruah Sabah”, diucapkan terima kasih kepada mereka yang telah terlibat secara langsung memberi bahan-bahan, mengongsikan pandangan dan nasihat, menaja penerbitan dan memberi sokongan yang tidak berbelah bagi. Mereka terutama sekali Datuk Dr Jeffrey G. Kitingan (Pengerusi STAR Sabah yang juga Presiden UBF), Dr Nicholas J. Guntobon dan En Awang Ahmad Shah Datuk Awang Sahari (Kedua-dua Timbalan Pengerusi STAR Sabah), Guandee Kohoi (Setiausaha Agung Parti STAR Sabah), Cik Arlinsia Agang (Penolong Setiausaha Parti STAR Sabah), Encik Low Chin Kiat, Gundohing Simon Jenkins, Puan Susy Lojimit, Puan Cecilia Kassun, Gundohing Tony Minggir, Gundohing Leo Anthony L. Okala, Johnney Malibin, John Baptis J Ling, Gundohing Mozes Iking, Gundohing Innocent Makajil, Gundohing Alex Kiob (Penyelaras Parti STAR Tambunan), Pasukan Gerakan BTP-UBF Tambunan, Gundohing Albertus Ongkudon dan Gundohing Dimmey Guntop. Sumbangan, sokongan dan nasihat daripada mereka ini sangat-sangat dihargai kerana tanpa penglibatan mereka, buku ini tidak mungkin berjaya diterbitkan.

© Nestor Joannes,

Diterbitkan Oleh;

STARSTATE REFORM PARTY (SABAH)

rdLot 23, 3 Floor, Block D, Damai Commersial Centre, Luyang Ph 3, 88300 Kota Kinabalu, Sabah.Tel/Faks: 088-262108

Hak cipta terpelihara. Dilarang membuat salinan semula mana-mana bahagian buku ini tanpa kebenaran bertulis dari pihak penulis dan penerbit.

Gundohing Gundohing

Penghargaan.

3

Page 3: Agenda Borneo Memartabatkan Maruah Sabah. by Nestor Joannes

Didedikasikan buat….

Pemimpin Sabah (Tun Fuad Stephens, Datuk Salleh Sulung, Datuk Peter Majuntin, Datuk Chong Thain Vun dan Datuk Darius Binion) dan semua yang terkorban

dalam nahas kapal terbang dalam penerbangan balik dari Labuan ke Kota Kinabalu pada 6hb Jun 1976 dan

Mendiang Datuk Anthony Gibun, ADUN Pertama Tambunan.

4

Page 4: Agenda Borneo Memartabatkan Maruah Sabah. by Nestor Joannes

DAFTAR KANDUNGAN

Perutusan Presiden UBF/Pengerusi STAR Sabah

Pendahuluan

Bab 1 : PERJUANGAN DATUK DR JEFFREY G KITINGAN TIDAK BERUBAH SEJAK LEBIH 20 TAHUN YANG LALU.

Bab 2 : SURAT TERBUKA DATUK DR JEFFREY G KITINGAN KEPADA SELURUH RAKYAT SABAH SEBELUM DITAHAN DI BAWAH ISA PADA TAHUN 1991.

Bab 3 : SABAH SEBAGAI NEGARA MERDEKA

Bab 4 : KENAPA SABAH BERSETUJU BERGABUNG DENGAN SARAWAK, SINGAPURA DAN PERSEKUTUAN TANAH MELAYU (MALAYA) MEMBENTUK MALAYSIA?

1. Isu Keselamatan 2. Penerimaan kepada 20-PERKARA 3. Jaminan oleh Tunku Abdul Rahman 4. Perkara VIII Dalam Perjanjian Malaysia 5. Konsep Asal Malaysia 6. Autonomi dan Kemerdekaan.

Bab 5 : TINDAKAN MANIPULASI POLITIK PEMIMPIN PERSEKUTUAN TANAH MELAYU (MALAYA) TERHADAP SABAH SEJAK TAHUN 1963

1. Singapura disingkir dari Malaysia tanpa rundingan dengan Sabah dan Sarawak

2. Konsep Asal Malaysia telah diubah 3. Kerusi Parlimen diubah berat sebelah 4. Ketua Menteri Sabah yang tidak akur kepada kehendak

Kuala Lumpur digulingkan. 5. Penguasaan minyak petroleum diambil dengan tekanan 6. Hasil cukai dipungut oleh pusat 7. Konsep Perkongsian Kuasa diubah 8. Manipulasi Kependudukan 9. UMNO memasuki Sabah dan merampas kuasa 10. Persempadanan Kerusi Parlimen dan DUN diubah berat

sebelah. 11. Membawa Aensi Persekutuan masuk ke Sabah tetapi

“Borneonisasi" tidak dilaksanakan

5

7

10

12

16

38

45

454648505257

60

63

646768

707576778487

88

Page 5: Agenda Borneo Memartabatkan Maruah Sabah. by Nestor Joannes

12. Memperkenalkan Dasar Kabotaj (Dasar Perkapalan) yang merugikan Sabah

13. Rakyat Sabah dinafikan untuk mengetahui hak asasinya 14. Sistem Pecah dan Perintah diperhebatkan di Sabah.

Bab 6 : KESAN MANIPULASI POLITIK PERSEKUTUAN TANAH MELAYU (MALAYA) TERHADAP SABAH.

Bab 7 : TSUNAMI POLITIK TAHUN 2008 MEMBUKA PELUANG PERUBAHAN

Bab 8 : KEWUJUDAN UNITED BORNEO FRONT (UBF)

Bab 9 : AGENDA BORNEO SEBAGAI FAKTOR DAN KUASA PENYATUPADU PEMIMPIN DAN RAKYAT JELATA SABAH

Bab 10 : CABARAN DAN PERANAN UNTUK MEREALISASIKAN PERJUANGAN

1. Keperluan Untuk Membawa Perjuangan UBF dalam Parti Politik

2. Wujudnya Parti STAR di Sabah 3. Cabaran Parti STAR 4. Kewujudan Dan Perjuangan UBA (United Borneo Alliance) 5. Tindakan dan Tanggungjawab Orang Sabah

KESIMPULAN DAN PENUTUP

LAMPIRAN

LAMPIRAN 1 : 20-PERKARA

LAMPIRAN 2 : PERJANJIAN BERUBUNG DENGAN MALAYSIA, 1963

LAMPIRAN 3 : NAMA-NAMA DAN SIMBOL PARTI POLITIK YANG BERDAFTAR DI BAWAH SURUHANJAYA PILIHANRAYA (SPR) MALAYSIA

LAMPIRAN 4 : BIODATA DATUK DR JEFFREY G KITINGAN

RUJUKAN

BIODATA RINGKAS PENULIS

6

90

9193

96

99

101

104

112

112

112120126131

135

138

141

145

146

154

155

Page 6: Agenda Borneo Memartabatkan Maruah Sabah. by Nestor Joannes

PerutusanPRESIDEN UBF / PENGERUSI STAR SABAH –

DATUK DR. JEFFREY G. KITINGAN

Buku ini, "AGENDA BORNEO: Perjuangan Pimpinan Datuk Dr Jeffrey G. Kitingan Untuk Memartabatkan Maruah Sabah" oleh Nestor Joannes adalah suatu kemajuan yang penting dalam perjuangan untuk memahami, menghargai dan memulihkan Autonomi dan Hak Istimewa Sabah dalam Persekutuan Malaysia. Buku ini harus dibaca oleh semua untuk memahami kenapa kita mesti bersatu kali ini sekali gus mengukuhkan perpaduan kita demi mencapai Agenda Borneo.

Saya telah berusaha sejak 1986 mendidik rakyat tentang Hak Istimewa Sabah yang dijamin dalam Artikel VIII Perjanjian Malaysia dan 20-PERKARA sambil mengingatkan Kerajaan Persekutuan supaya menghormati perjanjian tersebut. Namun, usaha saya ini dihalang oleh Kuala Lumpur. Mahathir telah memberi amaran kepada saya, "Jeffrey, orang-orang kampung tidak tahu tentang hak-hak negeri Sabah dan 20-PERKARA, kenapa kita harus memberitahu mereka? Laporan dari Special Branch (Polis SB) mengatakan bahawa kamu dan IDS bertanggungjawab memberitahu rakyat…" kemudian tidak lama dari itu, saya diburu bagaikan seorang penjenayah oleh pihak polis sehingga saya ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada 13hb Mei 1991.

Sabah dan rakyat Sabah telah banyak kehilangan sebagai sebahagian dari Malaysia kerana kita tidak berjuang dan mempertahankan hak-hak kita. Kita membenarkan pihak lain, terutama sekali pemimpin Persekutuan Tanah Melayu (Malaya) mengendali negara ini dengan sewenang-wenangnya. Kita benarkan diri kita terlalu bergantung kepada mereka dalam kepimpinan. Pada hari ini, selepas 49 tahun kemudian, kita menyedari walaupun sedikit terlambat, bahawa Malaysia adalah bukan Malaysia seperti yang dijanjikan kepada kita, iaitu suatu gabungan sama rata di antara 4 negara yakni Sabah, Sarawak, Singapura dan Persekutuan Tanah Melayu. Sabah dan Sarawak telah menjadi negeri ke 12 dan ke 13 di

7

Page 7: Agenda Borneo Memartabatkan Maruah Sabah. by Nestor Joannes

bawah jajahan Persekutuan Tanah Melayu!

Lebih buruk lagi, Sabah telah kehilangan kuasa autonominya, hasilnya dan sumber petroleumnya kepada Persekutuan Tanah Melayu (Malaya) atas nama Kerajaan Persekutuan Malaysia. Kebebasan politik yang diperoleh Sabah melalui kemerdekaan yang diberikan oleh Kerajaan British pada 31 Ogos 1963 telah diambil alih oleh UMNO dan bakal diserahkan kepada Pendatang Asing Tanpa Izin yang telah diberi taraf kerakyatan dan menjadi pengundi melalui cara yang mencurigakan.

Pendatang asing yang telah dijadikan Melayu dan telah menjadi pengundi ini telah membuka pintu bagi UMNO untuk mencengkam Sabah dari segi politik, sosial dan meresap dalam komuniti menjadikan Sabah ini sebagai "Simpanan Tetap Politik" mereka.

Dengan cengkaman UMNO ini, Sabah kini telah menjadi jajahan Persekutuan Tanah Melayu. Kemahiran Malaysia dalam memanipulasikan ekonomi politik sejak lebih 46 tahun yang lalu telah mengubah power equation Malaysia sepenuhnya kepada Persekutuan Tanah Melayu (Malaya) dan UMNO/BN dengan 166 (75%) daripada 222 kerusi parlimen di Persekutuan Tanah Melayu (Malaya) dan 95% daripada Ahli Parlimen sehingga 2008. Sehingga itu, perjuangan untuk Hak-Hal Sabah adalah sia-sia.

Keputusan Pilihanraya 2008 merupakan Tsunami politik yang telah mengubah nasib wilayah Borneo mahupun Malaysia. Kemunculan dua parti utama di Semenanjung Malaysia telah menyebabkan 166 kerusi parlimen terbahagi dua di antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR), telah menjadikan Sabah dan Sarawak menjadi penentu yang penting. Keadaan ini merupakan peluang politik yang jarang sekali berlaku, di mana Sabah dan Sarawak harus memanfaatkan untuk mendapatkan semula autonomi dan maruah yang telah hilang. Inilah tujuan kewujudan UBF (United Borneo Front) dan Agenda Borneo.

Oleh itu saya mengucapkan tahniah di atas penerbitan buku yang padat ini dengan memuatkan hal-hal yang disampaikan dalam Borneo Tea Party (BTP). Penerbitan buku ini akan memudahkan lagi penyampaian maklumat kepada semua warga Sabah yang menghadapi masalah menghadiri penjelasan-penjelasan Perjuangan Memartabatkan Maruah Sabah dengan

8

Page 8: Agenda Borneo Memartabatkan Maruah Sabah. by Nestor Joannes

Menuntut Kembali Kuasa Kemerdekaan Dan Mempertahankan Hak-Hak Sabah yang dicabul sejak 49 tahun lalu. Semoga dengan pengetahuan yang diperoleh para pembaca akan membantu membuat keputusan yang terbaik untuk masa depan kita dan generasi seterusnya.

Mari kita selamatkan Sabah untuk Selamatkan Malaysia. Bersatupadu adalah kewajiban kita bersama demi untuk masa depan kita dan masa depan anak cucu kita. Agenda Borneo adalah Kuasa Penyatupadu Rakyat Sabah Yang Mutlak Tidak Kira Suku Kaum dan Agama!

Kalau Bukan Kita, Siapa Lagi? Kalau Bukan Sekarang Bila lagi? Ini Kalilah!

Datuk Dr Jeffrey G Kitingan

9

Page 9: Agenda Borneo Memartabatkan Maruah Sabah. by Nestor Joannes

PENDAHULUAN

"Agenda Borneo" adalah cetusan dari perjuangan Datuk Dr Jeffrey G Kitingan dalam usaha beliau mendidik rakyat Sabah tentang hak-hak yang dijamin sebagai rakyat Sabah dalam Perjanjian Malaysia. Berbagai usaha pihak Kerajaan Barisan Nasional untuk menafikan orang Sabah dari mengetahui hak kemerdekaan mereka yang cuba disampaikan oleh Datuk Dr Jeffrey G Kitingan sejak tahun 1986 lagi. Kesungguhan beliau ini telah menyebabkan beliau meringkuk selama 2 tahun dan 7 bulan dalam tahanan di bawah Akta zalim ISA. Sejak Datuk Dr Jeffrey G Kitingan dibebaskan dari tahan ISA, beliau meneruskan perjuangan ini melalui parti politik namun berbagai-bagai hambatan beliau tempuhi untuk mencapai hasrat tersebut. Oleh sebab itu, beliau telah menubuhkan sebuah pertubuhan bukan kerajaan dan bukan parti politik yang dinamakan "United Borneo Front" (UBF) untuk dijadikan landasan meneruskan usaha mendidik rakyat Sabah tentang hak-hak yang sepatutnya menjadi hak mutlak rakyat Sabah sejak Sabah diberi kebebasan dari penjajah British pada 31hb Ogos 1963. UBF sebagai sebuah pertubuhan bukan kerajaan telah berusaha melaksanakan gerakan mendidik serta memberi kesedaran kepada rakyat jelata Sabah tentang Perjuangan Memartabatkan Maruah Sabah melalui perjumpaan-perjumpaan "Borneo Tea Party" (BTP). Malangnya masih ramai rakyat jelata yang tidak dapat menyertainya kerana ugutan-ugutan oleh pihak-pihak tertentu yang merasa terancam dengan kesedaran yang diperoleh rakyat jelata dalam gerakan ini. "Buatlah apa yang bagus ditulis dan tulislah apa yang bagus dibaca". Begitu nasihat Billy Lim penulis buku, "Berani Gagal". Oleh itu semua penerangan dalam Gerakan UBF ditulis dalam buku ini, kerana ia "bagus dibaca" sebagai rakyat jelata Sabah. Harapan penulis agar buku ini akan sampai kepada setiap rumah sebagai bahan bacaan yang "Bagus Dibaca" untuk mengetahui hak-hak sebagai sebuah negara merdeka. Tiga persoalan penting akan kita fahami dalam buku ini;

1. Di mana kita dahulu dan apa harapan pemimpin kita pada masa lalu?

2. Di manakah kita sekarang dan apakah kita berada dalam kedudukan seperti yang diharapkan oleh pemimpin kita pada masa lalu?

3. Apakah masa depan Sabah?

10

Page 10: Agenda Borneo Memartabatkan Maruah Sabah. by Nestor Joannes

Untuk mendapatkan jawapan kepada ketiga-tiga persoalan ini, buku ini akan menjelaskan kedudukan Sabah dalam Gagasan Malaysia. Tujuan adalah memberi pendidikan kepada rakyat jelata Sabah perkara yang berkaitan dengan Sabah sebagai sebuah negara merdeka. Ini merangkumi beberapa perkara termasuklah;

1. Sabah sebagai negara merdeka. 2. Kenapa Sabah bersetuju bergabung dengan beberapa negara lain membentuk Persekutuan Malaysia. 3. Apa terjadi Selepas 1963 dengan mengetahui tindakan

manipulasi Persekutuan Tanah Melayu (Malaya) terhadap politik Sabah.

4. Agenda Borneo sebagai wadah dan harapan perjuangan membebaskan Sabah dari manipulasi politik Persekutuan Tanah Melayu.

Keempat perkara ini adalah isu yang cuba disampaikan oleh Datuk Dr. Jeffrey G. Kitingan kepada rakyat Sabah sejak tahun 1986 lagi sebagai usaha beliau memberi pendidikan kepada rakyat Sabah tentang hak dan keistimewaan mereka dalam sebuah negara yang berdaulat.

Kita hanya akan tahu apa yang perlu dibuat apabila kita jelas apa yang kita mahukan. Kita hanya akan tahu ke mana hendak pergi apabila kita tahu di mana kita berada. Oleh itu, buku yang ditulis dengan bahasa yang ringkas ini diharapkan dapat memberi pengetahuan kepada rakyat Sabah, terutama sekali masyarakat akar umbi, di mana kita pada masa lalu, di mana sepatutnya kedudukan kita pada masa kini dan apakah masa depan Sabah yang kita ingini.

11

Page 11: Agenda Borneo Memartabatkan Maruah Sabah. by Nestor Joannes

PERJUANGAN DATUK DR JEFFREY G KITINGAN TIDAK BERUBAH SEJAK LEBIH 20 TAHUN YANG LALU.

Sungguh menyedihkan apabila kita mendengar komen-komen pesaing politik Datuk Dr Jeffrey yang sering menghebohkan bahawa Datuk Dr Jeffrey tidak boleh dipercayai kerana tidak konsisten dalam perjuangannya dan selalu “melompat” seperti “katak” berpindah parti. Mereka yang membuat komen ini membuat penilaian semata-mata mengikut standard pemikiran mereka sendiri tanpa memahami perjalanan perjuangan politik Datuk Dr Jeffrey. Walaupun Datuk Dr Jeffrey “melompat” dari parti-parti politik, perjuangan beliau tidak pernah berubah atau dia tidak “melompat” dari perjuangannya. Beliau sering memberi ilustrasi perjalanan politik beliau seperti perjalanan dari Tambunan menuju ke Kota Kinabalu;

"Beliau hendak ke Kota Kinabalu kerana urusan yang sangat penting. Beliau tidak mempunyai kenderaan sendiri kerana syarikat penjual kereta tidak mahu menjual kereta kepadanya dengan alasan yang hanya diketahui oleh mereka (Usaha untuk mendaftarkan parti politik sendiri tidak pernah dilayan oleh Kuala Lumpur). Kemudian seorang pemilik kenderaan (Datuk Mark Koding) menawarkan kenderaannya (Parti AKAR) untuk menjadi tumpangan kepada Datuk Dr Jeffrey. Setelah beberapa waktu, pemilik kenderaan tersebut mengatakan bahawa beliau mahu menyerahkan kenderaan tersebut kepada Datuk Dr Jeffrey. Dengan bangganya Datuk Dr Jeffrey menerimanya dan berusaha memperbaiki kenderaan tersebut untuk memastikan kenderaan tersebut selamat dipandu sehingga ke destinasinya. Malangnya apabila perkara ini disedari oleh seorang penumpang lain (Datuk Pandikar Amin), penumpang tersebut telah menuntut hak bahawa dia yang sepatutnya memiliki kenderaan tersebut. Maka berlaku insiden-insiden perebutan sehingga Datuk Dr Jeffrey meninggalkan kenderaan tersebut, walaupun perjalanan baru sampai ke Gunung Alab kerana penumpang yang mendakwa lebih berhak memiliki kenderaan tersebut tidak mahu kenderaan itu digunakan oleh Datuk Dr Jeffrey menuju ke Kota Kinabalu. Pemilik baru kenderaan itu sanggup menghapus kenderaan tersebut daripada memberikannya kepada Datuk Dr Jeffrey (Pandikar Amin telah membubarkan Parti AKAR kemudiannya).

Kemudian seorang pemilik kenderaan lain (Datuk Joseph Kurup) menawarkan kenderaannya (Parti PBRS) kepada Datuk Dr Jeffrey untuk membolehkannya sampai ke destinasinya. Namun pemilik kenderaan tersebut

12

Bab 1.0

Page 12: Agenda Borneo Memartabatkan Maruah Sabah. by Nestor Joannes

memaklumkan bahawa kenderaan tersebut tidak berfungsi dengan baik dan perlu diperbaiki. Datuk Dr Jeffrey dengan senang hati menerima pelawaan tersebut dan berusaha memperbaiki kenderaan tersebut dan bersama dengan pemilik kenderaan memandunya menuju ke Kota Kinabalu. Namun dalam pertengahan jalan, ketika sampai di Moyog, pemilik kenderaan mengubah keputusannya untuk tidak menyerahkan kenderaan tersebut dan tidak mahu bersama Datuk Dr Jeffrey menuju ke Kota Kinabalu. Datuk Dr Jeffrey meninggalkan kenderaan tersebut kerana tidak mungkin beliau sampai ke destinasinya jika beliau terus bersama dengan kenderaan ini. Maka seorang pemilik kenderaan yang lebih besar berasal dari Kuala Lumpur (Anuar Ibrahim) menawarkan kenderaan yang lebih besar (PKR) untuk dijadikan kenderaan menuju ke Kota Kinabalu. Maka Deklarasi Tambunan telah disediakan untuk membolehkan Datuk Dr Jeffrey menggunakan kenderaan tersebut untuk sampai ke destinasinya. Setelah beberapa ketika Datuk Dr Jeffrey mendapati bahawa pemilik kenderaan tersebut tidak ikhlas dan mahu mengawal pergerakan Datuk Dr Jeffrey. Pemilik kenderaan pula tidak memberi jaminan yang kukuh terhadap komitmen untuk melaksanakan Deklarasi Tambunan dan tidak ada jaminan bahawa Datuk Dr Jeffrey akan sampai ke Kota Kinabalu. Maka dengan itu Datuk Dr Jeffrey terpaksa meninggalkan kenderaan tersebut dan mencari jalan untuk memastikan perjalanannya sampai ke destinasi dapat dicapai."

Begitulah perjalanan politik Datuk Dr Jeffrey dalam perjuangannya untuk Sabah sehingga beliau dilabelkan sebagai “katak”. Manakala Presiden PBRS pula telah mendapat jawatan Timbalan Menteri Persekutuan dan mantan Presiden AKAR (sudah dibubarkan) mendapat jawatan Speaker Dewan Rakyat. Ramai yang mengatakan bahawa itulah tuah kepada mereka berdua kerana berjaya menghalang Datuk Dr Jeffrey mengetuai parti politik.

Sebenarnya semua pemimpin Sabah dalam Barisan Nasional boleh diibaratkan sebagai katak-katak yang dimasukkan dalam sebuah kuali yang kononnya membawa perjuangan Sabah dari dalam kuali tersebut. Walau bagaimanapun, keadaan kuali itu disediakan sedemikian rupa sehingga katak-katak dalam kuali ini merasa selesa dan selamat. Namun suatu yang mereka tidak sedar adalah, kuali tersebut perlahan-lahan dipanaskan tanpa disedari oleh katak-katak di dalam kuali tersebut. Mereka yang sedar akan cepat melompat keluar daripada kuali tersebut, namun malangnya kaki mereka “dipatah-patahkan” sehingga mereka tidak bermaya. Manakala mereka yang tidak menyedari atau sedar tetapi tidak mahu keluar dari kuali tersebut kerana takut berhadapan

13

Page 13: Agenda Borneo Memartabatkan Maruah Sabah. by Nestor Joannes

dengan perubahan, akhirnya mati tanpa sempat melompat. Perjuangan mereka pun turut mati bersama. Walaupun "kaki Datuk Dr Jeffrey dipatah-patahkan dengan memasukkannya ke dalam tahanan ISA selama 2 tahun 7 bulan, beliau tidak “mati” dan terus berusaha untuk memastikan kakinya sembuh di luar kuali tersebut. Kini, kakinya sudah pulih semula dan beliau bebas menerokai dunia di luar kuali Barisan Nasional" dan meneruskan perjuangan mendidik rakyat Sabah memahami hak-hak Sabah yang telah sekian lama dicabul.

Walaupun Datuk Dr Jeffrey telah melompat dari beberapa parti politik, perjuangannya tidak pernah berubah. Apa yang berubah adalah perjuangan parti-parti tersebut, kerana mereka tidak mampu mengangkat perjuangan yang dibawa oleh Datuk Dr Jeffrey. Apabila parti tersebut tidak mampu mengangkat perjuangan untuk mendapatkan semula Kebebasan dan Kesatuan serta Memartabatkan Maruah bangsa Sabah, apakah gunanya Datuk Dr Jeffrey terus bersama mereka? Terbukti bahawa ketika Datuk Dr Jeffrey keluar dari parti-parti tersebut, mereka sudah hilang perjuangan dan hanya berpaut kepada alasan “demi untuk pembangunan” dan terus bersekongkol dengan UMNO menyebabkan Sabah terus dijajah. Namun mereka tidak menyedari bahawa “janji-janji pembangunan” ini adalah “suasana dalam kuali yang selesa” untuk memastikan rakyat terus leka dan lupa perjuangan sebenar untuk Sabah. Keadaan ini telah memudahkan manipulasi politik Kuala Lumpur terhadap Sabah untuk memastikan Sabah terus bergantung kepada Kuala Lumpur dalam pembangunan dan politik. Pemimpin Sabah perlu mempelajari semangat juang Tamu Lawai, seorang pemimpin Kelabit di Sarawak yang mengatakan, "Kami mahu pembangunan tapi bagaimana kami mahu menerima jenis pembangunan yang mengorbankan dan melenyapkan hak kami terhadap tanah kami"(Tamu Lawai, pemimpin Kelabit, 1992). KEADAAN KITA PADA MASA SEKARANG ADALAH SEPERTI KATAK YANG HIDUP DIMASUKKAN KE DALAM KUALI DAN PERLAHAN-LAHAN DIPANASKAN MENYEBABKAN LAMA-KELAMAAN KITA AKAN MATI TANPA SEMPAT MELOMPAT KELUAR KERANA JIKA ADA YANG SEDAR DAN MELOMPAT, IANYA AKAN DITANGKAP DAN DIPATAH-PATAHKAN KAKINYA SEHINGGA TIDAK TERDAYA.

Oleh itu, JIKA KITA TIDAK PEDULI, ORANG LAIN JUGA TIDAK PEDULI, SIAPAKAH YANG KITA TUNGGU?

Kalau dulu, tidak ada yang berani memperkatakan hal-hal berkaitan dengan

14

Page 14: Agenda Borneo Memartabatkan Maruah Sabah. by Nestor Joannes

hak-hak Sabah yang dijamin dalam Perjanjian Malaysia kerana diugut oleh ISA, kini dengan kegigihan Datuk Dr Jeffrey untuk mendidik rakyat Sabah berkenaan dengan sejarah Sabah melalui UBF, ramai golongan intelek Sabah tidak kira suku kaum dan agama mahu bersama dalam perjuangan ini dalam landasan mereka masing-masing. Mereka ini termasuklah pemimpin-pemimpin USNO yang mahu bekerjasama dengan STAR untuk memastikan perubahan akan berlaku dalam pentadbiran Sabah. Oleh itu, jika kita sebagai Anak Negeri Sabah, sama ada orang Kadazan, Dusun, Bajau, Suluk (Sabah), Murut, Rungus, Iranun (Sabah), Melayu Brunei (Sabah), Bisaya (Sabah), Kedayan, Sungai, Cina (Sabah) dan semua Anak Negeri Sabah tidak memberi sokongan kepada mereka ini, siapa lagi yang kita harapkan. Oleh itu, kalau bukan kita siapa lagi, kalau bukan sekarang, bila lagi? Ini Kalilah!!

Bab seterusnya memuatkan surat terbuka Datuk Dr Jeffrey kepada Rakyat Sabah pada 4hb Mac 1991 iaitu kira-kira dua bulan sebelum beliau ditahan di bawah ISA.

15

Page 15: Agenda Borneo Memartabatkan Maruah Sabah. by Nestor Joannes

SURAT TERBUKA DATUK DR JEFFREY G KITINGAN KEPADA SELURUH RAKYAT SABAH SEBELUM DITAHAN DI BAWAH ISA

PADA TAHUN 1991.

Surat ini telah dikeluarkan dalam beberapa surat khabar tempatan pada 4hb Mac 1991 sebagai respon Datuk Dr Jeffrey terhadap serangan-serangan peribadi Dr Mahathir terhadapnya melalui ucapan-ucapan Dr Mahathir setiap kali lawatannya di Sabah. Surat ini dipaparkan dalam buku ini untuk menunjukkan perjuangan Datuk Dr Jeffrey tidak pernah berubah sejak lebih 20 tahun yang lalu.

Tarikh: 4 Mac 1991

Teman-teman dan rakyat Sabah yang dikasihi.

Kamu mungkin telah mendengar ataupun membaca ucapan Mahathir yang tidak ditapis di dalam suratkhabar pada 21 Februari 1991.Saya baru saja mengetahuinya. Kenyataan Mahathir bahawa Sabah adalah tanah jajahannya bukanlah sesuatu yang memeranjatkan. Dia sendiri telah membawa UMNO ke Sabah untuk memastikan penguasaan sepenuhnya ke atas rakyat Sabah. Dia tidak mahu menghormati pemimpin yang kita pilih. Dia hendak melantik pemimpinnya sendiri dan menentukan sendiri haluan untuk mereka. Dia berpendapat bahawa Sabah adalah naungannya dan dia boleh berbuat apa saja yang dia suka. Dia juga berfikir yang tiada siapa yang dapat menghalangnya mahupun pemimpin dari Kuala Lumpur – malah mereka juga mengancam dengan menggunakan tentera, polis dan Badan Pencegah Rasuah (BPR).

Tujuan sebenar Kuala Lumpur akhirnya diketahui. Mahathir bertujuan menghapuskan 20-PERKARA yang menjadi asas utama persetujuan Sabah untuk menjadi salah satu ahli Persekutuan Malaysia. Rancangan tersebut adalah sengaja dibuat untuk mengurangkan status rakan kongsi (partner) menjadi tanah jajahan Persekutuan Tanah Melayu (Malaya) sahaja.

Kenyataan bekas Presiden Sukarno dari Indonesia adalah tepat apabila beliau memberi amaran semasa pembentukan Malaysia, bahawa status Sabah sebagai tanah jajahan tidak akan berubah melalui penubuhan Malaysia, beliau mengatakan bahawa apa yang berubah hanyalah pertukaran pejabat

16

Bab 2.0

Page 16: Agenda Borneo Memartabatkan Maruah Sabah. by Nestor Joannes

penjajah dari London ke Kuala Lumpur. Kejadian-kejadian dan tindakan-tindakan Kuala Lumpur sejak 1963 telah membuktikan bahawa pendapat itu adalah benar.

Rakyat Sabah telah diajak secara tergesa-gesa dan pemimpin-pemimpin kita telah ditipu membentuk Persekutuan Malaysia. Bacalah semua buku-buku dan fakta-fakta tentang pembentukan Persekutuan Malaysia dan peristiwa-peristiwa yang terjadi selepasnya dan anda semua akan dapat memahami.

Pemimpin-pemimpin kita walaupun berat hati tapi akhirnya bersetuju menjadi sebahagian daripada ahli persekutuan yang baru, dengan jaminan beberapa syarat haruslah dipersetujui. Selepas beberapa siri rundingan, pemimpin-pemimpin Sabah termasuk Tun Mustapha, Tun Fuad Stephens, Khoo Siak Siew, pemimpin-pemimpin dari Persekutuan Tanah Melayu (Malaya) dan wakil British telah bersetuju tentang apa yang dipanggil sebagai Syarat-Syarat 20- PERKARA. Syarat-syarat ini adalah SANGAT-SANGAT PENTING kerana ianya bermakna bahawa Sabah sebenarnya bersetuju bergabung membentuk Malaysia dengan syarat-syarat yang digariskan dalam 20-PERKARA. Ini adalah tujuannya dan dipersetujui oleh kesemua pihak yang terlibat pada waktu itu. Kita semua menyokong ini.

Walau bagaimanapun segala-galanya telah berubah. Sebaik sahaja kita menumpukan perhatian ke dalam bidang politik, sosial dan pembangunan ekonomi, kebanyakan daripada bekas pemimpin kita semakin mementingkan status dan kepentingan mereka sendiri dan tidak lagi mengambil berat tentang apa yang berlaku ke atas negeri secara keseluruhan. Apabila para pemimpin ini mabuk kuasa, kekayaan dan pembangunan, para pemimpin Kuala Lumpur telah mengambil peluang ini untuk mengubah status Sabah daripada sebuah negara merdeka yang bersekutu dengan Persekutuan Tanah Melayu (Malaya) dan Sarawak (serta Singapura) kepada apa yang kita sedang alami sekarang – kembali kepada jajahan. Lebih buruk lagi, dalam proses ini pula, pemimpin-pemimpin Kuala Lumpur juga telah menyebabkan rakyat Sabah menyerahkan hak minyak mereka, tanah dan hutan – kesemua ini dibuat dengan secara halus dan teratur supaya rakyat Sabah tidak menyedari bahawa perkara itu telah berlaku.

Saya adalah salah seorang yang menyedari apa yang sedang berlaku dan sedar ke mana kita akan dibawa. Tanpa mengambil kira apakah yang akan terjadi kepada saya dan keluarga saya dan sebagai seorang yang bernasib baik, berada dalam kedudukan, berpendidikan dan berstatus, saya telah

17

Page 17: Agenda Borneo Memartabatkan Maruah Sabah. by Nestor Joannes

merasakan bahawa adalah menjadi tanggungjawab saya sebagai rakyat Malaysia dan rakyat Sabah tulen untuk membetulkan semua ini, dengan membangkitkan isu 20-PERKARA dan membongkar sikap Kuala Lumpur yang tidak adil kepada Sabah, terutamanya sejak 1985.

Saya percaya perkara-perkara yang lain anda semua sudah tahu. Sekarang anda semua faham, mengapa Kerajaan Persekutuan tidak pernah berhenti untuk mengganggu saya dan pemimpin-pemimpin PBS. Sekarang anda semua tahu apa sebenarnya yang BPR hendakkan dari saya.

Kuala Lumpur tahu dan Mahathir pun tahu bahawa saya adalah BENAR. Mereka lebih suka untuk menghapuskan pemimpin-pemimpin dan cerdik pandai seperti saya kerana mempersoalkan tindakan-tindakan mereka daripada mengakui kebenaran tentang apa yang mereka telah lakukan. Mereka, Mahathir dan sesetengah daripada mereka (bukan semua pemimpin Kuala Lumpur seperti mereka) memang boleh menghapuskan saya dan sesiapa juga yang sependapat dengan saya, kerana mereka mempunyai semua peralatan kuasa yang menyebelahi mereka – polis tentera, BPR, ISA, JHDN, OSA dan lain-lain lagi.

Beritahu saya, adakah salah bagi saya berjuang untuk negeri dan rakyat? Adakah saya salah mempersoalkan Kuala Lumpur? Patut atau tidakkah saya meminta bahagian daripada royalti minyak yang lebih munasabah bagi negeri ini? Adakah salah bagi saya berjuang untuk membebaskan Sabah daripada penjajahan? Adakah salah bagi saya mendidik masyarakat Sabah tentang fakta-fakta yang benar tentang Negara kita dan keadaan kehidupan kita? Adakah salah bagi saya memperkenalkan idea-idea yang baru dan bercorak revolusinari dalam pembangunan, mengurangkan kemiskinan dan pengangguran dan mengembalikan nilai-nilai dan harga diri kepada rakyat? Jikalau saya salah, maka kita semua adalah salah kerana berada dalam kebenaran. Adalah lebih mudah bagi saya untuk tidak terlibat di dalam soal-soal rakyat, negeri dan negara. Mungkin ada orang yang bertanya mengapa harus saya mengambil berat tentang semua ini? Benar, jika saya hanya mengambil berat tentang diri saya dan kepentingan keluarga saya sahaja dan jika saya kedekut – adalah lebih baik saya tidak melibatkan diri. Saya boleh mengekalkan kedudukan saya, bersenang-lenang dengan gaji besar dan ketawa tentang apa yang berlaku.

Jika saya mengambil hati para pemimpin persekutuan dan memberi rasuah kepada pegawai-pegawai penguat kuasa dan sebagainya, saya akan

18

Page 18: Agenda Borneo Memartabatkan Maruah Sabah. by Nestor Joannes

dilindungi dan tidak ada apa-apa yang akan berlaku kepada saya. Adakah ini yang kamu ingin lihat dari saya? Saya fikir tidak. Salah seorang mesti berkorban. Namun, pengorbanan ini akan menjadi sia-sia dan tidak bererti tanpa sokongan dan dorongan anda semua. Anda semua adalah satu-satunya kuasa yang boleh menghentikan Mahathir dan membebaskan kita sekali lagi dari belenggu penjajahan.

Sekiranya kebangkitan 20-PERKARA dan mempersoalkan sikap Kuala Lumpur dan tindakan Kuala Lumpur ke atas Sabah diinterpretasikan oleh Mahathir sebagai hasutan kepada rakyat Sabah untuk membenci rakyat di Semenanjung Malaysia, maka Mahathir semestinya sama ada bodoh atau penipu. Saya mempunyai ramai teman-teman di Semenanjung Malaysia dan telah mengenali saya dan kenal siapakah saya ini. Terdapat juga saudara-mara saya yang berkahwin dengan orang Semenanjung.

Saya menyemai rasa muhibah dan bukan kebencian. Mahathir sendirilah yang memperkenalkan dan mengundang kebencian. Dia telah mencaci pemimpin-pemimpin Sabah yang dipilih dan dengan sengaja membohongi dan menipu rakyat Malaysia terutama dan dari segi isu-isu agama dan bangsa. Ingatkah anda dengan kes 'sigar' (tanjak) yang melibatkan Tengku Razaleigh?

Sewaktu saya berjumpa dengan Dr Mahathir pada Mei 1990, saya berbincang dengan beliau tentang beberapa isu. Saya memberitahu beliau bahawa saya bukan bertujuan untuk membincangkan masalah peribadi tetapi isu-isu yang berkaitan dengan hubungan persekutuan negeri. Salah satu daripada nasihat yang beliau berikan pada saya tentang 20-PERKARA ialah, beliau berkata:

“Jeffrey, orang-orang kampung tidak tahu tentang hak-hak negeri Sabah dan 20-PERKARA, kenapa kita harus memberitahu mereka? Laporan dari Special Branch (Polis SB) mengatakan bahawa kamu dan IDS bertanggungjawab memberitahu rakyat…”

Buat seketika saya tidak dapat mempercayai kata-katanya sebab dia adalah Perdana Menteri Negara yang memberitahu saya untuk menipu rakyat yang mana sepatutnya menjadi tugas kita untuk mendidik mereka. Apabila saya bertanya kepada Mahathir untuk menambah royalty negeri ini daripada pendapatan minyaknya, dia berkata:

“kamu bernasib baik Kerajaan Persekutuan memberi kamu lima peratus. Ingat bahawa tidak ada minyak di Sabah sehinggalah Malaysia wujud…”

19

Page 19: Agenda Borneo Memartabatkan Maruah Sabah. by Nestor Joannes

Apa yang diperkatakan oleh Mahathir ialah negeri ini tidak mempunyai hak kepada minyak dan hasil buminya dan bukan Tuhan yang memberikan kita minyak tetapi Malaysia yang memberikannya.

Tentang hal-hal tanah, Dr Mahathir berkata adalah amat susah untuk pihak negeri melepaskan dan meluluskan tanah apabila Agensi Persekutuan memerlukannya. Dia berkata tanah seharusnya dikawal oleh Persekutuan.

Ini memperlihatkan objektif jangka panjang Mahathir – untuk mengawal tanah dan hutan di mana ia masih di bawah kuasa kerajaan negeri seperti mana yang termaktub di bawah 20-PERKARA. Objektif lain Mahathir ialah untuk menjadikan Sabah sebagai tanah jajahan atau sebahagian daripada Persekutuan Tanah Melayu. Dia berkata:

“…..hak-hak negeri adalah sementara. Sabah adalah sepatutnya sama seperti Kedah ataupun Perlis…”

Ini adalah jelas bercanggah dengan apa yang dikatakan oleh Allahyarham Tunku Abdul Rahman sewaktu pembentukan Malaysia, bila mana dia berkata:

“Sabah dan Sarawak tidak akan menjadi negeri yang ke-13 atau ke-14 negeri-negeri Persekutuan Tanah Melayu (Malaya) kerana mereka akan masuk sebagai rakan yang sama taraf (dengan Persekutuan Tanah Melayu) dan mendapat kuasa dan status yang sama…”

Apabila Malaysia ditubuhkan pada September 1963, satu perjanjian yang dipanggil Perjanjian Malaysia telah ditandatangani, di antara Persekutuan Tanah Melayu (Malaya), Singapura, Sabah dan Sarawak – terikat dengan syarat-syarat perjanjian tersebut. Syarat-syarat itu adalah seperti perikatan di antara mereka, jadi jika salah satu rakan akan “renege” atau undur diri ia akan memberi kesan kepada syarat-syarat untuk rakan-rakan yang lain dan memerlukan penilaian semula, dan perjanjian baru harus ditandatangani oleh rakan-rakan yang tinggal. Singapura keluar dari Persekutuan pada 1965 dan ini telah membatalkan Perjanjian Malaysia yang mana menjadi asas kepada Persekutuan Malaysia.

Bagi saya, kecuali Persekutuan Tanah Melayu (Malaya), Sabah dan Sarawak berbincang bersama dan mengkaji semula untuk sahkan atau ubah Perjanjian Malaysia yang telah tidak sah, asas perundangan penubuhan Malaysia tidak lagi sah. Mengapa kita tidak melakukannya? Kenapa mereka takut untuk

20

Page 20: Agenda Borneo Memartabatkan Maruah Sabah. by Nestor Joannes

membincangkannya? Sebaliknya, pemimpin-pemimpin Persekutuan, terutama Mahathir, menggunakan ancaman dan tangkapan untuk menghapuskan kita. Inilah masalah yang kita hadapi sekarang.

Maka itu saya sangat-sangat tertekan dan terkejut dengan tindakan yang tidak adil, di mana Perdana Menteri negara kita membuat tuduhan-tuduhan yang liar dan tuduhan tidak benar terhadap saya, IDS dan kerajaan negeri PBS yang telah dipilih secara demokratik.

Berdasarkan dari kenyataan-kenyataan akhbar yang dibuat oleh Mahathir dan pemimpin-pemimpin UMNO yang lain semasa lawatan mereka ke Kota Kinabalu minggu lepas, rakyat Sabah dan dunia keseluruhannya melihat bahawa “kuasa adalah benar”.

Perdana Menteri dan pemimpin-pemimpin kebangsaan yang lain datang ke Sabah untuk memperlihatkan kuasa dan kekuatan mereka. Mereka datang untuk menunjukkan bahawa selagi mereka mempunyai kuasa persekutuan, polis dan tentera serta orang-orang di Sabah yang sanggup mengutamakan cita-cita mereka untuk melaksanakan kehendak UMNO di negeri ini dan rakyatnya. Pemimpin-pemimpin tersebut bersedia untuk menutup mata mereka terhadap hak-hak sah kerajaan negeri PBS untuk memerintah dengan aman tanpa penindasan.

Ini merupakan hari yang sedih untuk rakyat Sabah, Malaysia dan generasi akan datang. Sekarang saya dapat memahami sepenuhnya dan bersimpati dengan mereka yang berada di dalam perhimpunan USNO yang mana secara terbuka tanpa malu-malu mengeluarkan air mata.Mereka ini bersetuju dengan kami yang cintakan negeri ini dan ingin mengekalkan hak-hak asasi kita, mereka betul-betul kecewa melihat pemimpin-pemimpin kita di Sabah yang bersedia untuk menyerahkan kuasa politik dan negeri kepada Mahathir.

Mahathir telah membuat tuduhan yang serius terhadap saya. Dia berkata bahawa saya terlibat dengan komplot mengeluarkan Sabah dari Malaysia dan kononnya saya bercita-cita menjadi Presiden kepada negeri Sabah yang merdeka. Tuduhan-tuduhan ini dibuat dengan tujuan untuk mendapatkan sorakan yang kuat dari wakil-wakil USNO dan para pemerhati. Apakah yang terjadi dengan hak-hak saya sebagai warganegara Malaysia? Siapa yang memberikan hak-hak kepada Perdana Menteri untuk menganiaya seseorang rakyat Malaysia di hadapan orang ramai dan TV serta melalui media massa ke seluruh dunia? Adakah kedudukan Perdana Menteri kita ini melebihi kuasa

21

Page 21: Agenda Borneo Memartabatkan Maruah Sabah. by Nestor Joannes

undang-undang? Adakah undang-undang Malaysia hanya untuk keluarga Kitingan sahaja? Pemimpin-pemimpin PBS dan para pegawai negeri dan kepada sesiapa sahaja yang tidak menurut perintah Barisan Nasional?

Bagi saya, kelakuan seperti ini adalah yang paling keji dan tidak mempunyai tempat di Negara ini yang kononnya Negara yang berprinsipkan demokrasi. Saya telah pun berbincang dengan peguam saya, apakah tindakan undang-undang yang boleh diambil terhadap Perdana Menteri dan yang lain-lain yang telah menghina dan menuduh saya.

Sekiranya, saya terlibat dengan semua yang dikatakan tersebut, Perdana Menteri sepatutnya menggunakan kuasa undang-undang untuk menahan saya dan membawa saya ke muka pengadilan di mahkamah. Kenapa dia membuat banyak kenyataan-kenyataan yang dramatic semasa berpolitik? Sekiranya ia adalah berkaitan dengan keselamatan Negara, maka ia seharusnya diselesaikan menurut apa yang sepatutnya.

Kenapa dibangkitkan hanya sewaktu kongres USNO berlangsung? Dan ia masih mengatakan bahawa semua tindakan ini tidak ada kena mengena dengan campur tangan politik. Ini adalah hipokrit. Kenapa Jeffrey Kitingan dihukum oleh Mahathir setiap kali adanya perhimpunan USNO? Bagi saya, ianya adalah satu penganiayaan politik yang teruk dan kejam sekali. Kita di Malaysia tidaklah buta. Mereka dapat melihat sekarang bahawa kerajaan negeri PBS adalah di bawah kuasa pusat melalui politik (UMNO), ancaman secara fizikal (penambahan tentera), penahanan ISA, BPR dan tindakan-tindakan JHDN sehinggalah adanya orang-orang yang dapat menerima kehendak mereka tanpa mempertikaikan mereka.

Adakah suasana seperti ini yang diharapkan oleh pemimpin-pemimpin Sabah ketika mereka bersetuju membentuk Malaysia pada tahun 1963? Tidak! Semestinya tidak. Kita tidak setuju untuk diperkecil kan seperti ini dan tidak bersetuju untuk dijajah oleh KL atau sesiapa pun.

Saya menyeru kepada kerajaan negeri PBS yang bertanggungjawab untuk mempertahankan hak-hak rakyat Sabah secara serius, untuk mempersoalkan tentang kedudukan Sabah di Malaysia bersama-sama dengan kerajaan persekutuan melalui saluran perundangan yang sah. Apa gunanya menjadi kerajaan negeri apabila Ketua Menterinya dan pemimpin-pemimpinnya diketepikan dan tidak dipelawa untuk menyambut kedatangan Perdana Menteri yang datang ke tanah Sabah? Siapakah sebenarnya yang

22

Page 22: Agenda Borneo Memartabatkan Maruah Sabah. by Nestor Joannes

memperkenalkan sentiment anti-Malaysia dan terlibat dengan tindakan-tindakan anti-Malaysia? Perdana Menteri dan pemimpin-pemimpin UMNO lah yang terlibat. Saya tidak akan tunduk kepada komplot ancaman persekutuan terhadap saya dan kepentingan negeri Sabah. Saya akan berdiri dengan apa yang saya telah katakan di dalam 20-PERKARA, hak-hak negeri, keperluan keadilan dan kesaksamaan layanan oleh kuasa persekutuan kepada Sabah sepertimana yang terkandung di dalam kenyataan-kenyataan saya dahulu.

UNTUK SEMUA RAKYAT SABAH: JANGAN PUTUS ASA, JANGANLAH SEKALI-KALI PUTUS HARAPAN, KERANA TUHAN AKAN MENOLONG KEPADA SESIAPA SAHAJA YANG BERJUANG UNTUK KEBEBASAN DAN KEADILAN.

Kepada kakitangan kerajaan, kepada kakitangan saya di YS, IDS dan ICSB – teruskan dan buatlah kerja anda semua dengan tenang, cekap dan dedikasi. Buatlah kerja kamu dengan sepenuh hati dan bertanggungjawab. Misi saya adalah untuk melihat supaya kita hidup di dalam keamanan dan bebas dari penindasan, tekanan dan ketidakadilan. Misi anda adalah untuk membebaskan rakyat dari cengkaman kemiskinan dan kesakitan. Marilah bersama-sama membina satu negara yang progresif dari segi ekonomi, supaya kita semua boleh menjadi alat-alat TUHAN yang berkesan untuk melayani dan mencintai yang lain.

Kepada pelajar-pelajar, saya berseru kepada kamu untuk memberikan sepenuh perhatian kepada pelajaran kamu kerana kamulah pemimpin generasi akan dating. Gunakanlah masa dan fikiran kamu untuk memahami dan mencari kebenaran sejarah dan pembangunan kita. Janganlah batas kan diri kamu dengan apa yang diajar di sekolah atau di kolej, kerana mereka hanya memberikan satu pandangan sahaja kepada cerita tersebut. Teruskan dan carilah kebenaran. Fahami tentang apa dia kehidupan, dan apa dia kebebasan dan keadilan.

Baca 20-PERKARA dan buku “Sabah Commemorative Book – Sabah 25 Years Later” dan lain-lain. Janganlah kamu mengambil keputusan selagi kamu belum tahu kebenarannya. Apabila kamu mengetahui kebenaran, kamu akan tahu apa yang hendak dibuat.

Kepada semua ibu bapa, kamu adalah juru kemudi di lautan yang bergelora. Bimbing lah anak-anak kamu menuju kebenaran dan ke destinasi hidup yang

23

Page 23: Agenda Borneo Memartabatkan Maruah Sabah. by Nestor Joannes

betul. Beri tahu mereka apa yang berlaku kepada negara kita supaya mereka boleh mencorakkan satu masa depan yang cerah. Disiplin adalah perlu dipupuk tetapi selain daripada itu, kita juga perlu menanamkan sikap yang betul kepada anak-anak kita yang sentiasa belajar daripada ibu bapa.

Kepada suami-suami, hormati dan jagalah isteri-isteri anda semua. Isteri adalah sebahagian daripada diri kamu. Dia adalah rakan dan pasangan. Dia mengetahui banyak perkara dan dia boleh membantu kamu untuk mengetahui perbezaan apa yang benar dan palsu – antara keputusan yang baik dan tidak baik. Jangan abaikan isteri kamu.

Kepada isteri-isteri, cintai lah suami-suami kamu dan jagalah mereka dengan baik. Dia adalah pasangan kamu, rakan dan penasihat. Dia juga adalah penegur bilamana kamu membuat kesilapan. Tetapi suami-suami kamu juga memerlukan bimbingan kamu untuk mencari kebenaran dan memahami situasi kita di Sabah.

Kepada rakyat di Semenanjung Malaysia, kamu adalah saudara-saudara kami. Kami memerlukan kamu untuk memahami keadaan kami di Sabah. Kami tidak membenci kamu sepertimana yang diberitahu oleh pemimpin-pemimpin kamu. Pemimpin-pemimpin kamu hanya menanamkan bibit-bibit kebencian di antara kita semata-mata untuk kepentingan politik peribadi mereka. Kami ini adalah ditindas, diganggu, dan dilayan dengan tidak adil. Kami ini dijajah dan dikawal, sehinggakan kami kehilangan kebebasan demokrasi dan juga maruah. Kami telah diberitahu bahawa kami telah mencapai kemerdekaan pada tahun 1963 tetapi kami kini tidak lagi mempunyai kuasa terhadap masa depan politik kami sendiri. Pemimpin-pemimpin dari Semenanjung Malaysia lah yang melakukannya. Tidak perlu bersimpati kepada perjuangan kami tetapi cubalah untuk memahami diri kami dan situasi yang kami hadapi. Hanya melalui ini, kamu dapat memberi sumbangan kepada kami. Dan hanya dengan begini sahajalah maka kamu akan mengetahui bagaimana pemimpin-pemimpin Kuala Lumpur membohongi rakyat di Semenanjung Malaysia.

Kepada peniaga-peniaga, pelabur-pelabur kamu yang sentiasa menggerakkan ekonomi, yang mana seterusnya membantu memberi nafkah kepada keluarga kami semua. Jangan hentikan pelaburan kamu. Bantulah supaya ekonomi berkembang, supaya tanah air ini menjadi makmur dan sesuai kepada perkembangan pelaburan-pelaburan. Bantulah supaya perjuangan rakyat Sabah Berjaya supaya kamu pun akan turut Berjaya.

24

Page 24: Agenda Borneo Memartabatkan Maruah Sabah. by Nestor Joannes

Kepada pemimpin-pemimpin politik di Sabah, kamulah pemimpin-pemimpin jati. Pimpin lah rakyat menuju destinasi mereka. Berjuang lah untuk kebebasan dan keadilan mereka. Bebaskan tanah air ini dari ketidakadilan. Berpegang teguhlah kepada prinsip-prinsip mu. Jangan mudah tergoda untuk meninggalkan perjuangan mu semata-mata untuk beberapa ringgit sahaja. Jangan menganiayai rakyat kerana kepentingan peribadi, kekayaan dan kedudukan supaya tidak diganggu oleh musuh-musuh. Bezakan lah antara kepentingan-kepentingan peribadi dan kepentingan-kepentingan rakyat. Kita semua akan meninggal dunia pada suatu hari nanti dan semua tindakan kita akan tercacat dalam sejarah. Berapa banyak kah kekayaan dan pangkat yang kamu boleh bawa mati? Adakah anak-anak kamu nanti akan bangga dengan kamu? Tanyalah diri sendiri – “Apa misi saya? Apakah yang saya perjuangkan? Adakah untuk mendapatkan pangkat dan kedudukan-kedudukan lain, ataupun adakah untuk membebaskan tanah air ini dari penindasan penjajah dan ketidakadilan supaya kita semua boleh hidup dengan aman dan dapat menentukan masa depan sendiri? Adakah saya berjuang untuk diri sendiri ataupun rakyat saya?”

Kamu adalah pemimpin. Jangan gadaikan tanah air dan rakyat kamu. Jika kamu keliru, cubalah bertenang, berfikir dan buat renungan. Tuhan akan membimbing kamu ke jalan yang benar. Jangan malu untuk memperbaiki kesilapan-kesilapan. Masa belum terlewat. Ingatlah bahawa kita semua adalah manusia biasa sahaja. Sebagai pemimpin, pengikut-pengikut mahukan bimbingan, maklumat dan nasihat. Mereka menaruh harapan kepada kamu, dan mereka menjangkakan kamu kuat. Apabila saja kamu tahu apa yang hendak dibuat, jangan menoleh ke belakang lagi. Kerana jika kamu begitu, kamu bukan lagi pemimpin. Jika Kuala Lumpur sudah mengawal kehidupan, dasar-dasar, sumber-sumber kita, kehidupan kita di Sabah bukan lagi seperti sediakala. Jadi, pesanan saya kepada kamu ialah BERSATUPADULAH, berganding bahu dan MEMIMPINLAH sebagaimana kamu diundi. Inilah tanah air mu dan politik adalah darah daging mu.

Kepada pemimpin-pemimpin lain di Kuala Lumpur, ada di antara kamu yang memahami kami. Kamu tahu bahawa beberapa rakan politik kamu bertindak keterlaluan, tidak adil dan bersikap kepenjajahan dalam tindakan dan semasa membuat keputusan-keputusan. Kenapa kamu hanya berdiam diri dan membiarkan ketidakadilan dilakukan? Kamu mempunyai fikiran yang waras, kenapa kamu tidak berusaha menyedarkan yang lain?

Apa yang dibuat oleh Mahathir, Ghafar Baba, Mohammad Rahmat, Najib

25

Page 25: Agenda Borneo Memartabatkan Maruah Sabah. by Nestor Joannes

Razak dan Megat Junid tidak lagi boleh diterima. Mereka mengancam, memenjarai, menipu dan membohongi semua rakyat Malaysia. Adakah mereka sudah mabuk kuasa? Adakah mereka sudah gila? Kamu adalah berada pada kedudukan yang baik untuk mempengaruhi mereka untuk mengembalikan mereka kepada cara pemikiran yang betul. Bagi kami di Sabah, kami terpaksa bertindak dan membalas. Kami telah terpaksa. Kami berharap kamu semua akan faham.

Kepada pegawai-pegawai dan kakitangan-kakitangan agensi-agensi penguat kuasa undang-undang, polis, askar, SPR dan sebagainya, kamu adalah penjaga rakyat. Saya menyeru supaya kamu melindungi rakyat yang tidak berdosa dan mereka yang memperjuangkan kebebasan. Jangan mematuhi arahan-arahan secara membabi buta. Saya bukan satu ancaman kepada rakyat tetapi saya mungkin merupakan ancaman kepada Mahathir. Saya adalah suara rakyat dan saya juga adalah suara kamu. Jadikan lah diri kamu alat untuk mencapai keamanan dan menjadi pelindung rakyat, bukannya penindas. Pergi dan ambil tindakan ke atas penindas-penindas yang sebenar dan serahkan mereka kepada pengadilan rakyat.

Kepada kawan-kawan saya dan semua orang yang waras, kamu adalah harapan rakyat dan generasi kita.Ini bukanlah perjuangan saya seorang.Ini adalah perjuangan semua manusia yang berperikemanusiaan. Perjuangan untuk kebebasan daripada penindasan, ketidakstabilan dan penjajahan adalah perjuangan hak asasi. Adalah menjadi tugas saya untuk memikul beban ini ke arah destinasi bersama. Jika saya gagal, kamu mesti bersedia untuk meneruskan perjuangan ini. Apabila kita berjaya sampai ke destinasi kita, semua faedah adalah milik kamu.

Saya bukanlah mahu mencari kedudukan tetapi hanya mahu melihat kamu bebas, aman, gembira dan maju. Masa telah sampai bagi rakyat untuk menentukan sendiri masa depan tanah air ini, supaya hasil kesemua sumbangan, kerja, persaingan dan kerjasama dinikmati bersama, tanpa mengira tempat asal dan kepercayaan masing-masing. Inilah destinasi kita. Marilah kita bergerak bersama ke arah itu.

Datuk Dr Jeffrey G. Kitingan

26

Page 26: Agenda Borneo Memartabatkan Maruah Sabah. by Nestor Joannes

Di bawah ini pula adalah sebahagian dari sepucuk surat yang ditulis sendiri oleh Datuk Dr Jeffrey ditujukan kepada golongan ibu-bapa dan para belia peserta Program Pembangunan Insan di Tambunan melalui penulis buku ini. Surat ini menerangkan bagaimana keadaan beliau dalam tahanan ISA.

27

Page 27: Agenda Borneo Memartabatkan Maruah Sabah. by Nestor Joannes

Terjemahan kepada kandungan surat peribadi yang dihantar kepada penulis yang bertarikh 21hb Ogos 1991.

“Kepada; Para ibu bapa, Saudara-saudari dan para belia di kampung,

Kamu jangan bimbang tentang saya. Saya dalam keadaan baik kerana Tuhan sentiasa melindungi saya.

Saya mahu memberi tahu kamu tentang apa yang saya lalui di sini agar kamu memahami dan tidak akan bersusah hati. Saya telah berada di dalam sell selama dua bulan di suatu tempat yang saya sendiri tidak tahu sebab ketika saya dibawa, mata saya diikat dan dibawa menaiki kereta yang dikelilingi dengan dinding besi. Ketika saya sampai di sini, saya telah ditelanjangkan dan diberi pakaian seragam sebagai banduan. (tidak dibenarkan memakai seluar dalam ketika itu). Kemudian saya dimasukkan di dalam satu sell yang tidak punya apa-apa seperti sebuah kandang binatang hutan dan kemudian pintu ditutup dan dikunci. Terdapat hanya satu lubang kecil yang cukup untuk membolehkan mereka mengintai saya dari luar.

Pada minggu pertama, selama tiga hari dan tiga malam saya tidak diberi minum, tidak diberi makan dan tidak diberi peluang untuk tidur sebab mereka sentiasa menyoal siasat dengan silih berganti sehingga tiga malam dan tiga hari. Syukur kerana doa dan meditasi saya telah menguatkan saya. Hari keempat, saya dihantar ke hospital untuk pemeriksaan doktor sebab saya sudah menjadi sangat lemah.(Mata saya juga diikat ketika itu). Saya terus menjadi kurus dan hilang berat sebanyak 5 paun.

Fikiran dan pandangan para penyiasat terhadap saya pada mulanya sungguh teruk sebab mereka mendengar bermacam-macam laporan terhadap saya dari musuh-musuh saya. Dari minggu kedua dan bulan kedua, tanggapan, layanan dan penerimaan mereka terhadap saya sudah berubah sebab saya telah menjelaskan apa yang benar dan apa yang tidak benar sehingga mereka faham.

Sejak itu, mereka mula hormat kepada saya dan saya menjadi 'peserta' untuk memberi idea dan jalan-jalan untuk menyelesaikan semua permasalahan yang dihadapi oleh negeri kita. Mereka seterusnya membawa saya untuk berjumpa dengan pegawai-pegawai tertinggi polis untuk membincangkan fasal masalah-masalah perhubungan Sabah dan Kuala Lumpur dan kekecewaan negeri kita. Saya berharap bahawa dari perbincangan, cadangan-cadangan

30

Page 28: Agenda Borneo Memartabatkan Maruah Sabah. by Nestor Joannes

dan penyiasatan mereka itu, pandangan kerajaan pusat terhadap negeri kita dan terhadap orang kita akan lebih baik dan keadaan kita akan semakin baik pada masa-masa akan datang.

Walau bagaimanapun, saya masih belum dibebaskan buat sementara kerana perbincangan mereka di peringkat Kementerian Dalam Negeri belum selesai. Penyiasat-penyiasat masih memerlukan lebih banyak masa untuk melengkapkan laporan untuk menjelaskan kepada ketua mereka. Jadi sementara itu saya dihantar ke tempat Perlindungan Tahanan Kamunting, Taiping Perak.

Mengikut undang-undang ISA, saya harus berada di sini selama 2 tahun kerana tidak ada peruntukan selain itu. Walau bagaimanapun, bukan bermakna bahawa dalam masa dua tahun baru boleh keluar. Dalam masa dua tahun ini, bila-bila boleh dibebaskan bergantung pada suasana politik kerana suasana politik lah yang mereka nilai. Kalau suasana politik baik, maka dalam 6 bulan pun saya boleh dibebaskan.

Ramai juga orang-orang besar yang pernah ditahan di sini. Mereka termasuklah Lim Kit Siang (18 bulan), Anuar Ibrahim(2 tahun), Karpal Singh dan Datuk James Wong dari Sarawak.

Saya berharap kamu memahami keadaan saya di sini dan kuatkan hati. Kamu jalankan kerja-kerja dan semua projek sebab tidak lama lagi saya akan pulang dan sentiasa berharap kepada kamu. Doakan untuk Albinus sebab dia sedang sakit. Sekian dari saya, Salam sejahtera untuk semua dan berikan kursus kepada Valentine jika ada keperluan.”

Lebih kurang dua minggu selepas penulis menerima surat ini, penulis dan beberapa orang telah ditahan di lokap balai polis Tambunan dan Keningau selama hampir dua minggu kerana memasang kain-kain rentang menentang penggunaan ISA terhadap pemimpin Sabah terutama sekali Datuk Dr Jeffrey.

Pada bulan Mei yang lalu, sahabat dan ahli-ahli Parti STAR bersama dengan ahli UBF berpeluang mendengar perkongsian pengalaman Datuk Dr Jeffrey dalam mengharungi episod-episod yang dilaluinya sepanjang berada dalam tahanan ISA. Atas permintaan ramai, Datuk Dr Jeffrey telah melakonkan bagaimana sebahagian dari episod yang dilaluinya sepanjang penahanan dalam ISA.

31

Page 29: Agenda Borneo Memartabatkan Maruah Sabah. by Nestor Joannes

Sepanjang penahanan Datuk Dr Jeffrey di bawah ISA, isu berkenaan 20-PERKARA dan Perjanjian Malaysia telah reda dan tidak seorang pun pemimpin Sabah yang mampu meneruskan usaha Datuk Dr Jeffrey mendidik orang Sabah tentang perkara tersebut.

Usaha Kuala Lumpur untuk menangkap Datuk Dr Jeffrey telah semakin rancak selepas PBS pimpinan Datuk Joseph Pairin Kitingan (Tan Sri) telah mengisytiharkan keluar dari Barisan Nasional menjelang pilihanraya pada tahun 1991. Sebelum PBS mengisytiharkan keluar dari Barisan Nasional, Datuk Yong Teck Lee iaitu salah satu Timbalan Presiden PBS ketika itu telah menemui Datuk Dr Jeffrey di rumah kediaman rasmi Yayasan Sabah di Likas untuk mendapat pandangan berkenaan dengan cadangan PBS keluar dari Barisan Nasional. Mengikut Datuk Yong Teck Lee, selagi PBS bersama dengan Barisan Nasional, sokongan kaum Cina dalam PBS akan beralih kepada DAP dan Presiden PBS “…is on the verge of making a decision…” atau “ …..hampir-hampir membuat keputusan…”. Datuk Dr Jeffrey telah menasihatkan supaya jangan terburu-buru membuat keputusan tersebut kerana jika PBS keluar dari Barisan Nasional pada ketika itu, Kuala Lumpur akan menuduh Datuk Dr Jeffrey bertanggungjawab memberi nasihat kepada PBS untuk keluar dari Barisan Nasional dan Kuala Lumpur pasti akan melakukan berbagai-bagai tindakan terhadapnya termasuk menahan beliau di bawah akta ISA. Namun Datuk Yong Teck Lee mengatakan bahawa “That is a small sacrifice” atau “perkara itu merupakan pengorbanan kecil”. Oleh sebab pada petang itu Datuk Dr Jeffrey Kitingan harus menjadi tuan rumah kepada majlis makan malam meraikan Perdana Menteri Papua New Guinea, beliau tidak dapat terus berhubung dengan Datuk Joseph Pairin Kitingan pada waktu itu. Selepas majlis tersebut Datuk Dr Jeffrey telah pergi ke rumah Datuk Joseph Pairin Kitingan dan terpaksa menunggu sehingga larut malam untuk memberi nasihat supaya menangguhkan cadangan meninggalkan Barisan Nasional kerana Presiden PBS pada ketika itu masih berada di Dewan Masyarakat Kota Kinabalu dalam majlis bersama komuniti Cina. Namun ketika Datuk Joseph Pairin tiba, isteri beliau memaklumkan kepada Datuk Dr Jeffrey bahawa keputusan telah dibuat untuk PBS keluar dari Barisan Nasional. Datuk Dr Jeffrey tidak boleh berbuat apa-apa kerana pengumuman sudah dibuat dalam majlis bersama komuniti Cina di Dewan Masyarakat Kota Kinabalu. Bermula dari saat itu, Datuk Dr Jeffrey telah menjadi sasaran kepada gangguan-gangguan oleh Kuala Lumpur sehingga menahan Datuk Dr Jeffrey Kitingan dalam ISA selama 2 tahun 7 bulan, yang dikatakan Datuk Yong Teck Lee sebagai “small sacrifice”.

35

Page 30: Agenda Borneo Memartabatkan Maruah Sabah. by Nestor Joannes

36

Selepas Datuk Dr Jeffrey keluar dari tahanan ISA, beliau berharap semua rekomendasi yang beliau sarankan kepada pihak Kerajaan Persekutuan semasa dalam tahanan akan dilaksanakan. Beliau berusaha meneruskan usaha memastikan rekomendasinya dapat dilaksanakan dalam kerajaan Barisan Nasional Sabah, tetapi malangnya usaha beliau tidak diterima dengan baik oleh pemimpin-pemimpin politik Sabah. Pemimpin PBS pula sangsi dengan usaha Datuk Dr Jeffrey sehingga usaha beliau untuk bersama dalam kepimpinan tertinggi PBS tidak mendapat sokongan oleh majoriti Ahli Majlis Tertinggi PBS.

Setelah memerhati sekian lama tidak-tanduk Barisan Nasional dalam pentadbiran Sabah, beliau tidak melihat sebarang tanda pelaksanaan kepada rekomendasinya itu. Dengan segala pengetahuan beliau terhadap Sabah, dia meneruskan usaha untuk memperjuangkan hak-hak Sabah. Suatu kerugian besar bagi Sabah jika segala pengetahuan, pengalaman dan keprihatinan Datuk Dr Jeffrey itu terbiar begitu sahaja tanpa membuahkan hasil untuk Sabah. Tidak ramai orang yang telah mencapai kelulusan akademik seperti yang diperoleh Datuk Dr Jeffrey dari Sabah. Beliau merupakan orang pertama dari Sabah mendapat kelulusan di Universiti Harvard, universiti yang dikenali sebagai berprestij tinggi bukan sahaja di Amerika Syarikat tetapi di seluruh dunia. Kelulusan dan pengalaman beliau ini harus dimanfaatkan sepenuh oleh rakyat Sabah, selagi beliau mempunyai keupayaan. Kelulusan, pengalaman, pencapaian dan karya Datuk Dr Jeffrey dipaparkan di LAMPIRAN untuk tatapan bersama.

Dengan kelulusan dan pengalaman Datuk Dr Jeffrey ini, tidak ada sebab kenapa beliau tidak mampu membawa perubahan kepada pentadbiran Sabah. Pemahaman beliau tentang keadaan Sabah secara menyeluruh dan wawasannya yang jelas terhadap masa depan Sabah harus dikagumi dan dimanfaatkan sepenuhnya demi masa depan setiap warga Sabah.

Kronologi Perjalanan Datuk Dr Jeffrey G Kitingan Berjuang Untuk Keadilan Untuk Sabah.

1. 1986 - Menerbitkan Buku “The 20-Points – Basis For Federal-State Relations For Sabah” untuk mendidik Sabah tentang Hak-Hak Sabah

2. 1991 - Membawa 20-Perkara dalam Manifesto PBS

3. 1991-1994 - Ditahan selama 2 tahun 7 bulan dalam ISA – Semasa

Page 31: Agenda Borneo Memartabatkan Maruah Sabah. by Nestor Joannes

37

dalam tahanan, bukan sahaja mengalami keperitan kekejaman ISA tetapi sempat memberi kefahaman kepada Kuala Lumpur permasalahan dan tuntutan Sabah.

4. 1994 - 2000 -Dibebaskan dari tahanan ISA dan berusaha membawa perjuangannya dalam Barisan Nasional – Apabila parti politik yang didaftarkan tidak dilayan Kuala Lumpur, menyertai parti politik tempatan tetapi pemimpin politik Sabah sangsi dan tidak memberinya peluang.

5. 2004 - Melihat tindak-tanduk Barisan Nasional sebagai tidak ikhlas menyelesaikan masalah Sabah dan memimpin Barisan Bebas melawan Barisan Nasional dalam pilihanraya umum.

6. 2008 - menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) bersama Deklarasi Tambunan dan menulis buku, “Justice For Sabah”

7. 2010 - Keluar dari Parti Keadilan (PKR) dan mendaftar UBF untuk meningkatkan kesedaran rakyat keperluan berjuang memartabatkan maruah Sabah. Mempekenalkan Agenda Borneo kepada parti-parti tepatan Sabah tapi tidak diambil serius oleh pemimpin-pemimpin parti tempatan Sabah. Sekali lagi mendaftar parti politik tetapi tidak berjaya

8. 6hb Januari 2012 - Membawa Parti STAR di Sabah sebagai landasan perjuangan memartabatkan maruah Sabah.

Untuk lebih jelas lagi, paparan seterusnya dalam buku ini menerangkan perkara-perkara yang disampaikan oleh Datuk Dr Jeffrey dalam usaha mendidik rakyat Sabah kepentingan memahami hak dan keistimewaan Sabah dalam Persekutuan Malaysia sehingga beliau meringkuk dalam tahanan ISA selama 2 tahun 7 bulan. Usaha ini adalah perjuangan berterusan untuk memastikan Sabah menerima layanan yang adil seperti yang dijamin dalam proses pembentukan Malaysia. Beliau membongkar banyak fakta sejarah yang selama ini tidak diketahui oleh rakyat Sabah.

Page 32: Agenda Borneo Memartabatkan Maruah Sabah. by Nestor Joannes

SABAH SEBAGAI NEGARA MERDEKA.

Sabah yang dahulunya dikenali sebagai Borneo Utara adalah sebuah negara merdeka sebelum bersetuju bergabung dengan Sarawak, Singapura dan Persekutuan Tanah Melayu (Malaya) membentuk Malaysia. Kesemua wilayah ini mempunyai tarikh kemerdekaan sendiri yakni;

a. Persekutuan Tanah Melayu (Malaya) – 31hb Ogos 1957b. Singapura – 3hb Jun 1959c. Sarawak – 22hb Julai 1963d. Sabah – 31 Ogos 1963

38

Bab 3.0

Page 33: Agenda Borneo Memartabatkan Maruah Sabah. by Nestor Joannes

Walau bagaimanapun pada 9hb Julai 1963 Perjanjian Malaysia telah ditandatangani di London oleh wakil Persekutuan Tanah Melayu, Sabah, Sarawak, Singapura dan British. Manakala pada 16hb September 1963, pengisytiharan Malaysia telah dilakukan di Jeselton (Kota Kinabalu).

Sebenarnya idea Pembentukan Malaysia ini telah dicetuskan oleh beberapa pemimpin sebelum Tunku Abdul Rahman. Mohamad Ghazali Safie telah mencetuskan idea tersebut pada tahun 1954 dan disusuli oleh David Marshall, Ketua Menteri pertama Singapura (1955-1956) sebelum pembentukan Malaysia dan Tan Cheng Lock, pengasas MCA (1949) pada tahun 1955 lagi tetapi tidak ada usaha serius dilakukan terhadap perkara tersebut. Hanya apabila Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu memberi tekanan kepada semua negara yang menjajah untuk melepaskan tanah jajahan mereka di rantau Asia, Tunku Abdul Rahman, Perdana Menteri Tanah Melayu sekali lagi membawa idea Pembentukan Malaysia ini dalam ucapan beliau di Singapura pada 27hb Mei 1961. Idea ini dikatakan sebagai Projek Malaysia. Projek Malaysia mahu menggabungkan keempat wilayah ini dalam sebuah negara berdaulat dengan tiga tujuan utama yakni; membolehkan Borneo Utara (Sabah), Sarawak dan Brunei mencapai kemerdekaan melalui Malaysia, melindungi wilayah-wilayah ini daripada ancaman komunis dari Indonesia dan untuk tujuan pengembangan ekonomi.

Bagi Borneo Utara (Sabah), usaha telah dibuat oleh kerajaan British untuk membuat pungutan suara sama ada rakyat Borneo Utara (Sabah) bersetuju untuk menyertai pembentukan Malaysia atau tidak. Hasil pungutan suara menunjukkan bahawa;

a. Satu per tiga penduduk bersetujub. Satu per tiga setuju dengan syaratc. Satu per tiga mahu Sabah merdeka dahulu.

Walau bagaimanapun, terdapat juga cadangan supaya Kerajaan British harus meneruskan pemerintahan di Borneo Utara (Sabah) sehingga rakyat Sabah mempunyai keupayaan untuk mentadbir sendiri. Berdasarkan kepada keputusan ini, Kerajaan British, melalui Sel Kirk telah membuat kesimpulan bahawa Sabah tidak layak bergabung dalam Pembentukan Malaysia;

“Kesemua wilayah, Brunei, Borneo Utara dan Sarawak, belum layakbergabung dalam Malaysia berdasarkan suara majoriti”

Oleh; Sel Kirk, Pesuruhjaya Tinggi British di Singapura.

40

Page 34: Agenda Borneo Memartabatkan Maruah Sabah. by Nestor Joannes

Selain itu, mengikut pandangan kerajaan British, Borneo Utara (Sabah) memerlukan 20 tahun lagi untuk membolehkan mereka mentadbir dengan sendiri manakala Sarawak memerlukan 10 tahun dari tahun 1963. Ini berdasarkan kedudukan pendidikan pemimpin Borneo Utara (Sabah) pada ketika itu seperti, Donald Stephens (Tun Fuad) hanya Cambridge (Tingkatan 5) dan Datu Mustapha (Tun) adalah Darjah 4. Namun memandangkan kebimbangan yang kononnya Borneo Utara (Sabah) akan terdedah kepada ancaman Komunis di Indonesia, maka perhatian telah diberi kepada 1/3 penduduk yang bersetuju dengan syarat. Walaupun dengan taraf pendidikan yang tidak setanding dengan Tunku Abdul Rahman Al Haj (seorang peguam lulusan UK) dan Lee Kwan Yiew (lulusan peguam juga dari UK), pemimpin Borneo Utara (Sabah) telah menunjukkan kepintaran mereka untuk memastikan Borneo Utara (Sabah) tidak akan teraniaya dalam Projek Malaysia. Maka dengan itu pemimpin Borneo Utara (Sabah) telah menggariskan syarat-syarat yang harus dipatuhi yang dikenali sebagai 20-PERKARA. Usaha ke arah Pembentukan Malaysia ini telah berlaku dalam beberapa tahun sebelum impian kewujudan Malaysia menjadi kenyataan.

Kronologi yang menjurus kepada Pembentukan Malaysia

27hb Mei 1961 - Tunku Abdul Rahman mengungkapkan cadangan Projek Malaysia dalam ucapannya di Singapura.

Jun 1961 - Lawatan Muhibah Tunku Abdul Rahman ke Borneo Utara (Sabah) untuk memberi kefahaman terhadap Projek Malaysia.

9hb Ogos 1961 - Borneo Front (Barisan Borneo) diwujudkan dengan diwakili oleh parti-parti politik Borneo seperti SUPP, Parti Rakyat Brunei, UNKO, SNAP, PASOK, Parti Negara Sarawak dan UP. Tujuannya adalah untuk mencabar cadangan Projek Malaysia.

November 1961 - Perundingan dilakukan di London

Januari 1962 - Penubuhan Suruhanjaya Cobbold; Referendum dan syor-syor untuk memastikan hak-hak dan keistimewaan Borneo Utara (Sabah) dan Sarawak di mana 20-PERKARA untuk Borneo Utara (Sabah) dan 18-PERKARA untuk Sarawak di sediakan untuk tujuan ini.

21hb Jun 1962 - Laporan Suruhanjaya Siasatan Cobbold selesai dibukukan dan diserahkan kepada Perdana Menteri British dan Perdana Menteri Tanah Melayu sebagai dokumen sulit.

41

Page 35: Agenda Borneo Memartabatkan Maruah Sabah. by Nestor Joannes

23hb Julai 1962 - Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia (JPPM) dibentuk dengan diketuai oleh Donald Stephens bertujuan mengumpul maklumat, memberi penjelasan dan menyediakan mekanisme galakan dan menyediakan memorandum.

31hb Julai 1962 - Jawatankuasa Antara Kerajaan (IGC) dipersetujui dibentuk untuk membincangkan Laporan Suruhanjaya Cobbold.

13hb & 14hb Julai 1962- Donald Stephens memanggil wakil-wakil parti politik Borneo Utara untuk menggariskan perkara-perkara yang menjadi tuntutan memastikan hak dan keistimewaan anak negeri Borneo Utara terjamin dalam cadangan pembentukan Malaysia; 14-PERKARA telah dikenal pasti dan seterusnya menjadi 20-PERKARA

29hb Ogos 1962 - 20-PERKARA telah dipersetujui dan ditandatangani di Singapura oleh wakil lima parti politik Borneo Utara (Sabah) iaitu UNKO, USNO, Pasok Momogun, Democrtaic Party (DP) dan United Party (UP).

12hb & 26hb September 1962 - Majlis Perundangan Borneo Utara dan Sarawak bersetuju bergabung membentuk Malaysia dengan syarat 20- PERKARA dan 18-PERKARA diterima dan dihormati.

8hb Mac 1963 - Laporan Jawatankuasa Antara Kerajaan (IGC) diterima oleh Majlis Negeri Sarawak.

18hb Mac 1963 - Laporan Jawatankuasa Antara Kerajaan (IGC) diterima oleh Kerajaan Borneo Utara (Sabah) dan seterusnya diterima dalam Parlimen Tanah Melayu.

9hb Julai 1963 - Perjanjian Malaysia ditandatangani di London (Brunei telah memilih untuk tidak menyertai dalam Pembentukan Malaysia).

22hb Julai 1963 - Sarawak diberi kemerdekaan oleh Kerajaan British.

31hb Ogos 1963 - Borneo Utara (Sabah) diberi kemerdekaan oleh Kerajaan British.

16hb September 1963 - Pengisytiharan Malaysia dibuat di Jeselton (Kota Kinabalu).

42

Page 36: Agenda Borneo Memartabatkan Maruah Sabah. by Nestor Joannes

Catatan: Jawatankuasa Antara Kerajaan atau dalam bahasa Inggeris, Inter-

Governmental Committee (IGC) adalah jawatankuasa yang telah dibentuk

pada Julai 1962 yang diwakili oleh Kerajaan British, Kerajaan Persekutuan

Tanah Melayu (Malaya), Borneo Utara (Sabah), Singapura dan Sarawak yang

bertujuan untuk menyediakan susunan perundangan berkenaan jaminan hak

dan keistimewaan wilayah Borneo (Sabah dan Sarawak) yang merangkumi di

antaranya adalah; berkaitan dengan kebebasan beragama, pendidikan,

perwakilan dalam Parlimen Persekutuan, kedudukan Anak Negeri Borneo

Utara (Sabah) dan Sarawak, penguasaan terhadap imigresen, kewarganegaraan

dan Perlembagaan Negeri. Jika syarat dalam 20-PERKARA dan 18-

PERKARA itu tidak diterima, perbincangan seterusnya tidak mungkin

diakukan dan Malaysia tidak mungkin terbentuk.

43

Page 37: Agenda Borneo Memartabatkan Maruah Sabah. by Nestor Joannes

Proses Pembentukan Malaysia telah melibatkan kewujudan Borneo Front (Barisan Borneo), Pembentukan dan Penyediaan Laporan Suruhanjaya Cobbold, kewujudan 20-PERKARA bagi Borneo Utara (Sabah) dan 18-PERKARA bagi Sarawak, Pembentukan dan Penyediaan Laporan Jawatankuasa Antara Kerajaan (IGC) serta Penyediaan Perjanjian Malaysia yang telah ditandatangani pada 9hb Julai 1963 di London sebelum Pembentukan Malaysia dapat diisytiharkan pada 16hb September 1963. Ia ditunjukkan dalam carta aliran di bawah;

Pembentukan Borneo Front (Barisan Borneo)(9hb Ogos 1961)

Suruhanjaya Cobbold (Februari 1962)

20-PERKARA/18 PERKARA (Ogos 1962)

Jawatankuasa Antara Kerajaan (IGC) dibentuk (30hb Ogos 1962)

Perjanjian Malaysia (Ditandatangani bersama oleh wakil Persekutuan Tanah Melayu (Malaya), Kerajaan British, Kerajaan Singapura, Kerajaan Borneo Utara

(Sabah) dan Kerajaan Sarawak pada 9hb Julai 1963)

Sarawak diberi Kemerdekaan oleh kerajaan British (22hb Julai 1963)Sabah diberi Kemerdekaan oleh kerajaan British (31hb Ogos 1963)

Pengisytiharan Pembentukan Malaysia (16hb September 1963)

Kronologi ini dengan jelas menunjukkan bahawa Pembentukan Malaysia tidak mungkin akan terjadi jika tidak melalui proses seperti yang ditunjukkan. Proses ini telah melibatkan penyediaan beberapa dokumen-dokumen yang dipersetujui bersama sehingga mencapai persetujuan Pembentukan Malaysia.

Dengan kemerdekaan ini, Sabah dan Sarawak ditadbir oleh Menteri Kabinet Negeri seperti juga dengan barisan pentadbir Persekutuan Tanah Melayu (Malaya) yang menunjukkan bahawa ketiga wilayah ini berada dalam taraf yang sama. Manakala negeri-negeri di bawah Persekutuan Tanah Melayu (Malaya) ditadbir oleh EXCO Kerajaaan Negeri. Penduduk dari ketiga wilayah ini dapat diketahui dengan jelas asal mereka dengan melihat kepada huruf pertama dalam nombor Kad Pengenalan mereka sebelum diubah kepada Kad Pengenalam Malaysia Bermutu Tinggi; penduduk Sabah bermula dengan H, penduduk Sarawak bermula dengan K dan penduduk dari mana-mana negeri di Malaya bermula dengan A. (merujuk kepada huruf terakhir Sabah, Sarawak dan Malaya).

44

Page 38: Agenda Borneo Memartabatkan Maruah Sabah. by Nestor Joannes

KENAPA BORNEO UTARA (SABAH) BERSETUJU BERGABUNG DENGAN SARAWAK, SINGAPURA DAN PERSEKUTUAN TANAH MELAYU (MALAYA) MEMBENTUK MALAYSIA?

Secara ringkasnya persetujuan pemimpin Borneo Utara (Sabah) untuk bergabung dalam Malaysia berdasarkan kepada beberapa perkara;

a. Isu keselamatan b. Penerimaan kepada 20-PERKARAc. Jaminan Tunku Abdul Rahmand. Jaminan dalam Artikel VIII dalam Perjanjian Malaysiae. Konsep Asal Malaysiaf. Kuasa Autonomi dan Pemerintahan sendiri.

a. Isu Keselamatan

Apabila Bangsa-Bangsa Bersatu membuat pengisytiharan dalam United Nation General Assembly pada 14hb Disember 1960, bahawa semua tanah jajahan di rantau Asia harus dibebaskan daripada jajahan, Tunku Abdul Rahman telah merujuk kembali idea Projek Malaysia dalam salah satu ucapannya di Singapura pada 27hb Mei 1961. Idea ini bertujuan untuk membawa Borneo Utara (Sabah) dan Sarawak memperoleh kemerdekaan melalui Malaysia. Alasan utama dalam idea ini adalah untuk melindungi Borneo Utara (Sabah) dan Sarawak daripada ancaman komunis Indonesia dan daripada tuntutan Filipina. Walau bagaimanapun cadangan ini ditentang oleh kerajaan Indonesia dan Filipina. Oleh sebab itu kerajaan British telah memberi mandat kepada Suruhanjaya Cobbold untuk membuat pungutan suara. Laporan Suruhanjaya Cobbold kemudiannya telah memaklumkan bahawa satu pertiga daripada suara bersetuju, satu pertiga mahu supaya memperolehi kemerdekaan dari British dahulu dan satu pertiga yang lainnya bersetuju dengan bersyarat. Laporan ini telah ditentang oleh pihak Indonesia dan Filipina. Dalam satu mesyuarat di antara Presiden Macapagal, Presiden Suharto dan Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman di Manila, mereka bersetuju supaya meminta kepada pihak Bangsa-Bangsa Bersatu untuk menghantar satu misi lagi untuk membuat pungutan suara di Borneo Utara dan bersetuju menarik balik bantahan jika terbukti bahawa hasil pungutan suara ini berpihak kepada Tunku Abdul Rahman. Misi Bangsa-Bangsa Bersatu ke

45

Bab 4.0

Page 39: Agenda Borneo Memartabatkan Maruah Sabah. by Nestor Joannes

Borneo telah dibentuk dari Urusetia Bangsa-Bangsa Bersatu yang terdiri dari Argentina, Brazil, Ceylon, Czechosvakia, Ghana, Pakistan, Jepun dan Jordan. Kemudian, keputusan telah dicapai dengan Borneo Utara (Sabah) dan Sarawak harus mencapai kemerdekaan sendiri dahulu sebelum bergabung dengan Persekutuan Tanah Melayu (Malaya) dan Singapura membentuk Malaysia dengan syarat-syarat yang digariskan dalam 20-PERKARA bagi Borneo Utara (Sabah) dan 18-PERKARA bagi Sarawak.

b. Penerimaan kepada 20-PERKARA

Idea Projek Malaysia tidak diterima secara bulat-bulat oleh pemimpin Borneo Utara (Sabah) kerana kebimbangan berlaku 'Pemindahan Kuasa Penjajahan' oleh Kerajaan British kepada Persekutuan Tanah Melayu (Malaya). Oleh itu pemimpin Borneo Utara (Sabah) telah berusaha untuk memastikan supaya wilayah jajahan British ini akan memperoleh kemerdekaan daripada Kerajaan British terlebih dahulu sebelum mempertimbangkan idea Projek Malaysia. Dalam proses ini, pemimpin Borneo Utara (Sabah) telah menggariskan 20-PERKARA, yang harus dipatuhi sebelum idea Projek Malaysia ini direalisasikan. 20-PERKARA merupakan dokumen yang penting sebagai mempertahankan hak-hak Borneo Utara (Sabah) sebagai sebuah negara merdeka. Ia merupakan rangkuman kepada hasil perbincangan berasingan di antara pasukan Suruhanjaya Cobbold dengan kelima-lima parti politik di Borneo Utara (Sabah) iaitu UNKO, USNO, Pasok Momogun, Democratic Party (DP) dan United Party (UP) yang dimuatkan dalam Laporan Suruhanjaya Cobbold bertarikh 21hb Jun 1962. Ia telah disediakan hasil persetujuan pemimpin-pemimpin parti politik di Borneo Utara (Sabah) pada ketika itu untuk memastikan hak-hak Borneo Utara (Sabah) terpelihara apabila rancangan Pembentukan Malaysia direalisasikan. Dokumen ini telah dipersetujui dan ditandatangani pada 29hb Ogos 1962 di Singapura. Ia merupakan asas terpenting selain Laporan Suruhanjaya Cobbold dan Laporan Jawatankuasa Antara Kerajaan (IGC) dalam membuat keputusan persetujuan untuk Borneo Utara (Sabah) bergabung membentuk Malaysia. Perkara ini sangat penting kerana tanpanya, Perjanjian Malaysia tidak mungkin dapat ditandatangani oleh pemimpin Borneo Utara (Sabah) dan Malaysia tidak mungkin wujud sehingga kini. Keseluruhan kandungan dalam 20-PERKARA ini telah diperhalusi dan dimuatkan dalam keseluruhan 37 Perkara dalam Laporan Jawatankuasa Antara Kerajaan (IGC) 1962.

46

Page 40: Agenda Borneo Memartabatkan Maruah Sabah. by Nestor Joannes

Oleh itu, mereka yang mengatakan bahawa 20-PERKARA itu tidak relevan lagi dan sudah lapuk seperti yang dinyatakan oleh beberapa pemimpin UMNO di Sabah boleh dikatakan sebagai pengkhianat kepada kedaulatan Sabah. Ia seperti seorang yang mengatakan bahawa jantungnya tidak relevan lagi kerana dia dalam keadaan sihat. 20-PERKARA ini diibaratkan sebagai 'jantung' kepada Perjanjian Malaysia. Kandungan 20-PERKARA ini dipaparkan di LAMPIRAN.

Mengulas perkara yang berkaitan dengan komen-komen beberapa ahli politik UMNO dan bekas Pengarah Arkib Sabah yang lebih cenderung kepada penafian kesahihan 20-PERKARA, Datuk Dr Jeffrey mengatakan, “Adalah

47

Page 41: Agenda Borneo Memartabatkan Maruah Sabah. by Nestor Joannes

penting untuk memahami bahawa 20-PERKARA itu adalah syarat minimum bagi Borneo Utara (Sabah) untuk bersetuju menjadi sebahagian daripada Projek Malaysia. Dengan itu, 20-PERKARA merupakan senarai syarat dikemukakan oleh para pemimpin lima parti Borneo Utara (Sabah) iaitu UNKO, USNO, Pasok, DP dan UP adalah suatu kemajuan penting dalam pewujudan Malaysia. Tanpa syarat-syarat yang dipersetujui dan dibincangkan itu, tidak akan ada Malaysia. 20-PERKARA itu bukan sahaja dokumen penting dalam pembentukan Malaysia kerana Artikel 14 Laporan Jawatankuasa Antara Kerajaan (IGC) juga telah menyebut: “Dalam aspek-aspek tertentu, Jawatankuasa bersetuju yang keperluan Negeri-Negeri Borneo boleh dipenuhi secara sewajarnya dengan perjanjian atau jaminan diberi oleh kerajaan Persekutuan Tanah Melayu (Malaya) oleh peruntukan perlembagaan dan ini ada disebut dalam seksyen yang berkenaan dalam laporan ini. Jawatankuasa bersetuju perjanjian yang lebih penting harus dimasukkan dalam perjanjian rasmi dan dibayangkan perjanjian dan jaminan lain mungkin akan ditangani surat antara kerajaan berkenaan”. Ini jelas menunjukkan bukan sahaja Memorandum 20-PERKARA itu tetapi juga “pertukaran surat” serta perjanjian dan jaminan adalah dokumen penting dan sah dalam proses pembentukan Malaysia. Sebagai tambahan kepada kesahihan 20-PERKARA oleh Laporan IGC, Artikel 8 Perjanjian Malaysia juga mengesahkan 'jaminan serta perjanjian' (yang sebahagiannya secara lisan) seperti dalam jaminan yang diberi oleh Tunku Abdul Rahman kepada Donald Stephens bahawa “Borneo Utara (Sabah) dan Sarawak tidak akan menjadi negeri yang ke-12 atau ke-13 Persekutuan Tanah Melayu”. Walaupun ramai yang telah memberi pendapat mengenai 20-PERKARA itu, tidak ada sesiapa yang dapat menangkap inti pati dan kepentingan keseluruhan 20-PERKARA jika ia dilihat secara berasingan dengan dokumen-dokumen yang lain. Oleh itu, adalah penting untuk melihat dan memahami 20-PERKARA itu sebagai suatu kesinambungan susun suai teka teki bergambar Peta Malaysia. Ia adalah sebahagian besar teka-teki bergambar Peta Malaysia tersebut. Jika 20-PERKARA itu hilang dalam susun suai gambar peta itu, tidak akan ada penyelesaian kepada teka-teki bergambar tersebut dan tidak akan ada Malaysia.”- Datuk Dr Jeffrey Kitingan, sedutan akhbar Daily Express 13hb Jun 2012.

c. Jaminan oleh Tunku Abdul Rahman

Sebelum perjanjian dibuat, Donald Stephens (Tun Fuad) telah menyuarakan kebimbangan beliau terhadap kemungkinan Borneo Utara (Sabah) akan dijajah semula oleh Persekutuan Tanah Melayu (Malaya) jika Projek Malaysia itu dapat direalisasikan. Di antara kenyataan Donald Stephens (Tun Fuad) adalah seperti berikut;

48

Page 42: Agenda Borneo Memartabatkan Maruah Sabah. by Nestor Joannes

“Jika kami dijemput menyertai Malaysia ketika Malaya mencapai kemerdekaannya dan dibenarkan oleh Kerajaan British untuk kami, ceritanya tentu berbeza. Sekarang, Malaya sudah merdeka beberapa tahun dan kami pula masih berusaha ke arah itu, cadangan Malaya

untuk kami menyertai Malaysia sebagai negeri yang ke 12, 13 dan 14 adalah suatu usaha yang menjadikan kami jajahan Malaya…..

Menyertai Malaya, sedangkan kami masih dalam jajahan... implikasinya adalah kami menyerahkan kekuasaan kami ke bawah

penguasaan kamu”Oleh;

Donald Stephens (Tun Fuad) dalam surat terbukanya kepada Tunku Abdul Rahman, Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu (Malaya) sebelum

Pembentukan Malaysia.

“Kami menolak menyertai Malaysia sebagai negeri individu, kami mahu supaya Wilayah Borneo bersatu dahulu supaya kami boleh

berunding dengan Persekutuan Tanah Melayu (Malaya) sebagai rakan kongsi bersama dan bukannya di bawah pemerintahan mereka…

kerana kalau kami menyertai sekarang, mereka yang datang mengambil kebanyakan jawatan yang tinggi adalah orang Persekutuan

Tanah Melayu…ia itu penjajah baru…” Oleh;

Donald Stephens (Tun Fuad Stephens), Ketua Menteri Sabah Pertama(Di surat khabar, Straits Times sebelum Pembentukan Malaysia)

Selain itu pegawai-pegawai dari British juga telah menyatakan beberapa amaran kemungkinan akan berlaku. Pihak British mahukan Borneo Utara (Sabah) sungguh–sungguh merdeka dan bukannya dijajah semula atau berlakunya pemindahan penjajahan dari London ke Kuala Lumpur. Kenyataannya adalah seperti berikut;

“Sekiranya adanya cadangan bahawaMalaysia akan melibatkan satu 'pengambilalihan' wilayah-wilayah

Borneo oleh Persekutuan Tanah Melayu (Malaya) dan terpadamnya ciri-ciri individu Borneo Utara dan Sarawak, pada pendapat saya,

secara amnya, Malaysia tidak akan diterima atau berjaya.”Oleh;

Lord Cobbold,Pengerusi Suruhanjaya, Cobbold (Sebelum Pembentukan Malaysia)

49

Page 43: Agenda Borneo Memartabatkan Maruah Sabah. by Nestor Joannes

Namun, Tungku Abdul Rahman telah memberi jaminan bahawa perkara itu tidak akan berlaku berdasarkan kepada kenyataan beliau;

“Saya melihat perkara yang penting mengenai dengan Malaysia sebenarnya, adalah untuk membolehkan Wilayah Borneo berubah kedudukan daripada dijajah kepada memerintah sendiri sekali gus

merdeka dalam Malaysia. Hari penjajahan sudah berakhir dan bukan hasrat Persekutuan Tanah Melayu untuk meneruskan penjajahan, apabila Wilayah Borneo menjadi sebahagian Malaysia. Ia bukan dijajah tetapi menjadi sebagai Rakan Kongsi yang sama taraf…”

Oleh; Tunku Abdul Rahman Al Haj, Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu

(Malaya)(Straits Times, 2hb Oktober 1962)

“Pada hakikatnya, untuk memerintah sendiri ini akan membolehkan Borneo Utara (Sabah) berdiri di atas kaki sendiri sebagai rakan sama

rata dengan Persekutuan Tanah Melayu, Sarawak dan Singapura”Oleh :

Tunku Abdul Rahman Al Haj, Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu(Sabah Times, Jesselton, 30 Ogos 1963)

d. Perkara VIII Dalam Perjanjian Malaysia

Perkara VIII ini mengatakan, “Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu (Malaya), Borneo Utara dan Sarawak akan mengambil apa-apa tindakan perundangan, eksekutif atau tindakan lain sebagaimana yang diperlukan bagi melaksanakan jaminan, aku janji dan syor yang terkandung dalam Bab 3, dan Lampiran A dan B Laporan Jawatankuasa Antara Kerajaan yang ditandatangani pada 27 hari bulan Februari 1963, selagi ia tidak dilaksanakan melalui peruntukan nyata Perlembagaan Malaysia.” (Rujuk LAMPIRAN).

Dalam perkara ini dinyatakan jaminan bahawa semua rekomendasi yang disampaikan oleh Laporan Jawatankuasa Antara Kerajaan (IGC) akan dilaksanakan secepat yang mungkin. Dalam laporan itu, dinyatakan bahawa kedudukan istimewa etnik Borneo Utara (Sabah) adalah sama dengan kedudukan Melayu di Persekutuan Tanah Melayu (Malaya) sebagai bumiputera.

50

Page 44: Agenda Borneo Memartabatkan Maruah Sabah. by Nestor Joannes

e. Konsep Asal Malaysia

Konsep asal pembentukan Malaysia adalah sebagai rakan kongsi yang sama taraf. Ini bermakna Borneo Utara (Sabah) dan Sarawak tidak sekali-kali sama taraf dengan negeri-negeri lain di bawah Persekutuan Tanah Melayu (Malaya) iaitu seperti Kelantan, Selangor, Perlis, Pulau Pinang dan sebagainya. Hal ini sering kali dinyatakan oleh Tunku dan pemimpin British yang telah meyakinkan pemimpin Borneo Utara (Sabah) bahawa haknya atau identitinya terus terpelihara. Di antara kata-kata mereka adalah;

“Dari mulanya, adalah suatu syarat yang diperlukan bahawa Malaysia seharusnya dianggap oleh semua pihak yang berkenaan sebagai satu penggabungan ahli-ahli kongsi, dan bergabung untuk kepentingan

bersama untuk menubuhkan satu negara baru tetapi masih mengekalkan hak-hak dan identiti sendirinya.”

Oleh: Lord Cobbold,Chairman, Cobbold Commission (Laporan Suruhanjaya

Cobbold)

“Hari penjajahan sudah berakhir dan bukan hasrat Persekutuan Tanah Melayu (Malaya) untuk meneruskan penjajahan, apabila Wilayah

Borneo menjadi sebahagian Malaysia. Ia bukan dijajah tetapi menjadi sebagai Rakan Kongsi yang sama taraf…”

Oleh;Tunku Abdul Rahman Al Haj, Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu

(Malaya)(Straits Times, 2hb Oktober 1962)

Oleh itu, Borneo Utara (Sabah), Sarawak, Singapura dan Persekutuan Tanah Melayu (Malaya) adalah empat buah negara yang berdaulat telah bergabung membentuk suatu persekutuan iaitu Persekutuan Malaysia.

Model Persekutuan Malaysia sebenarnya diilhamkan daripada pembentukan

United Kingdom yang diwakili oleh England, Scotland dan Wales dengan

Northern Ireland. Bermakna United Kingdom yang mengamalkan sistem

pemerintahan Constitutional Monarchy mempunyai empat wilayah utama di

bawah satu Raja iaitu Queen Elizabeth. Keempat wilayah ini mempunyai

kuasa autonomi sendiri;

52

Page 45: Agenda Borneo Memartabatkan Maruah Sabah. by Nestor Joannes

1. Gabungan UNITED KINGDOM OF GREAT BRITAIN AND

NOTHERN IRELAND terdiri dari gabungan empat wilayah iaitu;

Northern Ireland, England, Scotland dan Wales. Walaupun keempat

wilayah ini terletak di bawah seorang raja iaitu Queen Elizabeth,

mereka mengekalkan identiti sendiri, mempunyai kuasa autonomi

sendiri dan mentadbir sendiri tanpa campur tangan mana-mana pihak

dalam gabungan ini.

2. Gabungan PERSEKUTUAN MALAYSIA terdiri dari gabungan empat wilayah iaitu; Persekutuan Tanah Melayu (Malaya), Singapura, Borneo Utara (Sabah) dan Sarawak. Pada asalnya, keempat wilayah ini dijanjikan sebagai rakan sama rata dan mengekalkan identiti masing-masing di bawah seorang raja iaitu Yang Dipertua Agong. Malangnya setelah Singapura disingkirkan dari Malaysia tanpa merujuk kepada Sabah dan Sarawak, kedudukan Sabah dan Sarawak telah diturunkan taraf kepada salah satu dari 13 buah negeri di bawah Persekutuan Tanah Melayu (Malaya) dan berada sama taraf dengan kesemua 11 buah negeri dalam Persekutuan Tanah Melayu.

Perjanjian Malaysia 1963 ditandatangani oleh 5 wakil iaitu wakil Kerajaan

British, Kerajaan Tanah Melayu (Malaya), Borneo Utara (Sabah), Sarawak

dan Singapura. Bermakna 4 wilayah yang merdeka sebagai sebuah negara

berdaulat ini telah bersetuju membentuk sebuah gabungan yang dikenali

sebagai Malaysia. Dengan kata lain Borneo Utara (Sabah), Sarawak dan

Singapura adalah Negara dalam Malaysia yang mana Seri Paduka Yang

Dipertuan Agong sebagai lambang sistem demokrasi Raja Berperlembagaan

dengan setiap wilayah mengekalkan identiti dan berkuasa mentadbir sendiri.

Kedaulatan Borneo Utara (Sabah) dan Sarawak dalam perjanjian Pembentukan

Malaysia ini dikuatkan lagi dengan syarat 20-PERKARA bagi Borneo Utara

(Sabah) dan 18-PERKARA bagi Sarawak yang meliputi antaranya soal

Imigresen, Perkhidmatan Awam, Kewarganegaraan, Tarif/Cukai/Kewangan,

Hak Anak Negeri dan Sistem Pelajaran.

53

Page 46: Agenda Borneo Memartabatkan Maruah Sabah. by Nestor Joannes

54

Konsep asal Malaysia adalah empat buah negara berdaulat bergabung sebagai rakan sama taraf (Borneo Utara (Sabah), Sarawak, Persekutuan Tanah Melayu (Malaya) dan Singapura);

Page 47: Agenda Borneo Memartabatkan Maruah Sabah. by Nestor Joannes

Dengan konsep sebagai rakan sama taraf ini, Sabah dan Sarawak ditadbir oleh Menteri Kabinet Negeri seperti juga dengan Menteri Kabinet Persekutuan Tanah Melayu (Malaya). Manakala negeri-negeri di bawah Persekutuan Tanah Melayu (Malaya) ditadbir oleh EXCO Kerajaaan Negeri. Sabah pula diketuai oleh Yang Dipertua Negara.

Sedutan dari Laporan Jawatankuasa Antara Kerajaan (IGC) 1962, Artikel 20 (1), menyatakan bahawa Ketua Negeri Sabah adalah Yang Dipertua Negara;

55

Page 48: Agenda Borneo Memartabatkan Maruah Sabah. by Nestor Joannes

56

Perutusan Tuan Yang Terutama Yang DiPertua Negara Sabah yang dimuatkan dalam Buku Laporan “Sabah In Brief 1963-1966” terbitan Jabatan Penerangan Malaysia, 1966.

Page 49: Agenda Borneo Memartabatkan Maruah Sabah. by Nestor Joannes

4.6. Autonomi dan Kemerdekaan.

Sebagai suatu negara merdeka, kuasa autonomi itu terletak sepenuhnya dalam kekuasaan rakyat Borneo Utara (Sabah). Gabenor terakhir British di Borneo Utara (Sabah) dengan jelas nya menyatakan bahawa penjajahan terhadap Borneo Utara (Sabah) sudah berakhir dan kini sudah mentadbir sendiri. Kata-kata beliau adalah seperti berikut;

“Hari ini adalah hari bersejarah bagi Borneo Utara (Sabah). Ia menandakan permulaan kepada kerajaan sendiri dan kemerdekaan

dan berakhirnya penjajahan…” Oleh;

Sir William Goode, Gabenor Terakhir British, North Borneo.(Sabah Times, August 31, 1963)

Dengan jaminan dan harapan ini maka pada 9hb Julai 1963 Perjanjian Malaysia telah ditandatangani di mana wakil-wakil negara terlibat adalah seperti berikut;

a. Persekutuan Tanah Melayu (Malaya) – Tunku Abdul Rahman Al Haj, Abdul Razak, Tan Siew Sin, V.T Sambanthan, Ong Yohe Lin, S.A. Lim

b. Singapura – Lee Kuan Yew, Goh Keng Swee

c. Borneo Utara (Sabah) – Datu Mustapha Bin Datu Harun, D.A. Stephens, W.K.H. Jones, Khoo Siak Chiew, W. S Holley, G.S. Sundang

d. Sarawak – P.E.H Pike, Temenggung Jugah, Abang Haji Mustapha, Ling Beng Siew, Abang Haji Openg.

e. United Kingdom – Harold Macmillan, Duncan Sandys, Lansdowne

Dengan kemerdekaan ini rakyat Sabah telah mendapat kebebasan, kesatuan dan maruah. Kebebasan dari jajahan British, Kesatuan melalui usaha membentuk 20-PERKARA sebagai asas untuk mempertahankan hak-hak dan Maruah dijulang sebagai sebuah negara merdeka.

57

Page 50: Agenda Borneo Memartabatkan Maruah Sabah. by Nestor Joannes

TINDAKAN MANIPULASI POLITIK PEMIMPIN PERSEKUTUAN TANAH MELAYU (MALAYA) TERHADAP SABAH SEJAK TAHUN

1963

Akar kepada segala permasalahan yang dihadapi di Sabah sekarang ini, seperti masalah kebanjiran pendatang tanpa izin, pemberian kewarganegaraan kepada orang asing, penyerahan kekuasaan kepada Kuala Lumpur, tanah adat tidak dihormati, penyerahan sebilangan besar kawasan tanah kepada agensi dan syarikat-syarikat dari Semenanjung yang turut melibatkan kawasan tanah adat, kemiskinan di Sabah dan sebagainya disebabkan oleh dua perkara;

1. Anak Negeri Sabah tidak memahami hak asasi sebagai rakyat dalam sebuah negara merdeka.

Apabila Anak Negeri tidak memahami hak asasi ini, mereka mudah dimanipulasikan. Mereka juga mudah ditakut-takutkan dan dalam keadaan ini, pihak yang lebih superior begitu mudah meneruskan manipulasi mereka. Di antara contoh yang biasa berlaku adalah, apabila Pejuang Politik sejati Sabah menyuarakan tentang isu-isu hak Sabah, mereka dilabelkan sebagai memainkan sentimen kenegerian. Apabila Pejuang Politik sejati Sabah menegur isu-isu berkenaan dominasi Semenanjung terhadap jawatan-jawatan perkhidmatan awam dan peluang-peluang di Sabah, mereka dilabelkan sebagai anti-Semenanjung dan anti-Nasional. Apabila Pejuang Politik sejati Sabah menegur cara pengislaman kepada penduduk Sabah dengan cara yang tidak teratur (seperti kes 1980an dan pengislaman pelajar sekolah di bawah umur tanpa pengetahuan ibu bapa), mereka dilabelkan sebagai anti-Islam. Kemudiannya mereka ini dituduh bermain dengan isu sensitif dan anti kerajaan. Tohmahan demi tohmahan dan kutukan demi kutukan mereka lemparkan kepada Pejuang Politik sejati Sabah ini. Rakyat Sabah pula begitu mudah dipengaruhi dan menyebelahi pemimpin-pemimpin dari Semenanjung ini. Di sinilah berlaku pertelingkahan sesama pemimpin Sabah. Pejuang Politik sejati Sabah pula terus lemas kerana kurangnya sokongan dari rakyat Sabah sendiri. Inilah akibatnya bila rakyat Sabah tidak memahami hak mereka sebagai sebuah negara merdeka. Selagi Anak Negeri Sabah tidak memahami hak asasi mereka sebagai rakyat sebuah negara

60

Bab 5.0

Page 51: Agenda Borneo Memartabatkan Maruah Sabah. by Nestor Joannes

merdeka dan selagi Anak Negeri Sabah melihat pemimpin Semenanjung itu sebagai superior, selagi itu Anak Negeri Sabah terus dihantui oleh ketakutan dan tidak dapat keluar dari kekuasaan kepenjajahan.

Sabah dan Sarawak sudah dimerdekakan oleh Kerajaan British sejak 22hb Julai 1963 dan 31hb Ogos 1963. Anak Negeri Sabah harus menghayati sejarah pembentukan Malaysia yang meletakkan Sabah dan Sarawak sebagai Rakan Sama Rata dengan Persekutuan Tanah Melayu (Malaya) dan bukannya sebagai salah satu dari 13 buah negeri di bawah Persekutuan Tanah Melayu. Bermula dari penghayatan ini, Anak Negeri Sabah harus mampu memahami dengan jelas hak asasi sebagai rakyat dalam sebuah negara merdeka. Dengan pemahaman ini, Anak Negeri Sabah sepatutnya tidak leka dan tidak mudah dimanipulasikan oleh mana-mana kuasa luar yang terus mengambil kesempatan terhadap kelekaan Anak Negeri Sabah.

2. Cita-cita dan sikap pemimpin Kuala Lumpur terhadap Sabah sejak dari awal rancangan pembentukan Malaysia lebih tertumpu kepada mengambil kesempatan terhadap kekayaan sumber warisan Sabah.

Cita-cita dan sikap ini dimanifestasikan dengan tindakan-tindakan mereka terhadap Sabah sejak 1963 yang ditunjukkan dalam usaha berterusan mereka untuk memastikan mereka terus menguasai Sabah. Mereka sanggup melakukan apa sahaja untuk memastikan penguasaan mereka terhadap Sabah akan berterusan dan semakin dimantapkan. Donald Stephens, Ketua Menteri Sabah pertama yang menandatangani Perjanjian Malaysia tidak diberi peluang untuk memastikan aspirasi pemimpin Sabah yang dinyatakan dalam Laporan Suruhanjaya Cobbold dan Jawatankuasa Antara Kerajaan (IGC) kerana bertentangan dengan cita-cita dan sikap pemimpin Persekutuan Tanah Melayu (Malaya) ini. Mereka juga memperkenalkan dasar-dasar baru yang halus untuk menguasai minda Anak Negeri Sabah. Bermula dengan Dasar Integrasi Nasional sehinggalah ke Dasar Satu Malaysia, semuanya tanpa disedari oleh Anak Negeri Sabah telah melunturkan semangat patriotisma mereka terhadap hak-hak sebagai rakyat Sabah sehingga sumber kekayaan Sabah terus mengalir keluar ke Semenanjung. Semangat patriotisma ini dilabelkan pemimpin Persekutuan Tanah Melayu (Malaya) sebagai sentimen kenegerian dan anti Semenanjung. Setiap ungkapan

61

Page 52: Agenda Borneo Memartabatkan Maruah Sabah. by Nestor Joannes

patriotisma Pejuang Sejati Sabah dituduh sebagai bermain dengan isu sensitif dan menentang kerajaan. Mereka berselindung di sebalik istilah “sensitif' dan istilah 'kerajaan' untuk meneruskan agenda mereka mencapai cita-cita ini.

Dengan taraf pendidikan pemimpin Sabah ketika Pembentukan Malaysia, yang jauh lebih rendah daripada pemimpin Persekutuan Tanah Melayu (Malaya) dan Singapura, dan Sabah dikatakan memerlukan masa 20 tahun untuk mencapai keupayaan untuk berdikari oleh Pesuruhjaya British di Singapura, pemimpin Sabah telah bergantung kepada pemimpin Persekutuan Tanah Melayu (Malaya). Di antara tindakan kebergantungan pemimpin Sabah kepada Persekutuan Tanah Melayu (Malaya) adalah dengan menerima Syed Kechik, Setiausaha Politik kepada Menteri Penerangan dan Penyiaran Persekutuan Tanah Melayu, Senu Abdul Rahman yang dilantik oleh Tun Razak untuk 'campur tangan' dalam politik Sabah dengan bertindak sebagai penasihat. Syed Kechik juga telah dilantik sebagai Pengarah Yayasan Sabah yang pertama. Ketika Sabah masih bergantung kepada kepimpinan Persekutuan Tanah Melayu (Malaya), manipulasi politik oleh Persekutuan Tanah Melayu (Malaya) terhadap Sabah telah berlaku secara berleluasa untuk mencapai cita-cita mereka;

1. Singapura disingkir dari Malaysia tanpa rundingan dengan Sabah dan Sarawak

2. Konsep asal Malaysia telah diubah – dari rakan kongsi sama taraf kepada satu dari 13

3. Kerusi Parlimen diubah berat sebelah menyebabkan Persekutuan Tanah Melayu (Malaya) mendapat lebih 2/3

4. Ketua Menteri Sabah yang tidak akur kepada kehendak Kuala Lumpur digulingkan.

5. Penguasaan minyak diambil dengan tekanan

6. Hasil dan cukai dipungut oleh Kuala Lumpur

7. Konsep Perkongsian Kuasa Diubah – dari sama taraf kepada 'internal colonization’

62

Page 53: Agenda Borneo Memartabatkan Maruah Sabah. by Nestor Joannes

8. Manipulasi Kependudukan – memberi Kad Pengenalan kepada pendatang asing

9. UMNO memasuki Sabah dengan memperdayakan USNO dan merampas kuasa.

10. Persempadanan Kerusi Parlimen dan DUN diubah berat sebelah.

11. Membawa Agensi Pertanian Persekutuan masuk ke Sabah tetapi “Borneonisasi” tidak dilaksanakan

12. Memperkenalkan Dasar Perkapalan yang merugikan Sabah.

13. Rakyat Sabah dinafikan untuk mengetahui hak asasinya

14. Sistem Pecah dan Perintah diperhebatkan di Sabah.

5.1. Singapura disingkir dari Malaysia tanpa rundingan dengan Sabah dan Sarawak

Ketika berlaku pertelingkahan di antara pemimpin Singapura dan Kuala Lumpur (antara Lee Kwan Yiew dan Tunku Abdul Rahman Al Haj) pada tahun 1965, Singapura telah disingkir dari Persekutuan Malaysia. Malangnya, Tunku Abdul Rahman Al Haj telah melakukan tindakan penyingkiran ini tanpa berunding dengan negara rakan kongsi lain iaitu Sabah dan Sarawak yang terlibat membentuk Malaysia. Tindakan ini dikatakan tidak disenangi oleh pemimpin Sabah dan Sarawak yang mahu supaya Perjanjian Malaysia dikaji semula. Perjanjian Malaysia perlu dikaji semula kerana dikatakan penyingkiran Singapura dari Malaysia telah membatalkan perjanjian tersebut dan perjanjian baru harus dibuat di antara tiga negara yang tertinggal (Sabah, Sarawak dan Persekutuan Tanah Melayu (Malaya)). Walau bagaimanapun, mengikut mendiang Datuk Anthony Gibon (Wakil Rakyat Pertama Tambunan), isu tersebut dikatakan sebagai isu sensitif dan menjejaskan keselamatan negara oleh pemimpin Persekutuan sehingga mereka yang menyuarakan perkara tersebut diugut oleh Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Rasa tidak puas hati pemimpin Sabah ini juga dikatakan telah dinyatakan dalam buku berjudul “Peter Majuntin - The Golden Son Of Kadazan” terbitan 1978 yang ditulis oleh Bernard Sta Maria, menyebabkan buku tersebut telah diharamkan. Sebahagian besar kerusi yang dipunyai oleh

63

Page 54: Agenda Borneo Memartabatkan Maruah Sabah. by Nestor Joannes

Singapura pula telah ditambahkan kepada Persekutuan Tanah Melayu (Malaya) sehingga bilangan kerusi parlimen Persekutuan Tanah Melayu (Malaya) telah melebihi dua per tiga daripada keseluruhan kerusi parlimen Malaysia. Kedudukan pembahagian kerusi yang tidak seimbang ini tidak disenangi oleh pemimpin Sabah kerana bertentangan dengan semangat persetujuan dalam Laporan Jawatankuasa Antara Kerajaan (IGC) dan Laporan Suruhanjaya Cobbold. Dengan bilangan kerusi parlimen Persekutuan Tanah Melayu (Malaya) yang melebihi dua pertiga, Kerajaan Persekutuan dengan mudah membuat perubahan-perubahan kepada dasar negara tanpa memerlukan penglibatan Sabah dan Sarawak.

5.2. Konsep Asal Malaysia telah diubah

Pertambahan kerusi melebihi dua per tiga kepada Persekutuan Tanah Melayu (Malaya) telah memberi kelebihan kepada pihak Kuala Lumpur untuk menurunkan taraf Sabah dan Sarawak daripada sebuah negara kepada sebuah negeri yang sama taraf dengan negeri-negeri di bawah Persekutuan Tanah Melayu (Malaya). Maka terjadilah perkara yang membimbangkan Donald Stephens (Tun Fuad Stephens) iaitu kemungkinan Sabah menjadi negeri ke 12, 13 atau ke 14.

Konsep Asal Penubuhan Malaysia telah diubah sehingga Sabah dan Sarawak

yang pada asalnya negara berdaulat yang setaraf dengan Persekutuan Tanah

Melayu (Malaya) kepada salah satu dari 13 buah negeri seperti di bawah.

Kalau dilihat dari segi layanan peruntukan pembangunan yang diakibatkan

oleh penurunan taraf Sabah kepada negeri ini, jelas sekali bahawa berlaku

kepincangan yang amat ketara. Sebagai contoh, keluasan Keningau adalah

MALAYSIA / PERSEKUTUANTANAH MELAYU

Ke

da

h

P.

Pin

an

g

Pe

rak

Se

lan

go

r

N.

Se

mb

ila

n

Me

lak

a

Joh

or

Pa

ha

ng

N.

Se

mb

ila

n

Ke

lan

tan

Pe

rlis

64

Sa

ba

h

Sa

raw

ak

Page 55: Agenda Borneo Memartabatkan Maruah Sabah. by Nestor Joannes

3533 kilometer persegi. Keluasan ini melebihi keseluruhan keluasan Melaka,

Pulau Pinang dan Perlis. Ketiga negeri ini masing-masing mempunyai seorang

Sultan atau Tuan Yang Terutama, masing-masing mempunyai seorang Menteri

Besar atau Ketua Menteri, 83 Ahli Dewan Undangan Negeri dan 26 Ahli

Parlimen kesemuanya dengan keluasan hanya 3505 kilometer persegi

kesemuanya. Keningau pula hanya mempunyai dua orang Ahli Dewan

Undangan Ngeri dan seorang Ahli Parlimen yang dikongsi dengan Tambunan

serta seorang Pegawai Daerah. Keluasan Sabah adalah 73,620 kilometer

persegi dengan hanya 60 Ahli Dewan Undangan Negeri dan 25 Ahli

Parlimen dengan seorang Ketua Menteri dan seorang Yang Dipertua

Negeri. Perkara ini bertentangan dengan Perkara 17 dalam Memorandum 20-

PERKARA, yang menyatakan, “Perwakilan dalam Parlimen Persekutuan

sepatutnya bukan hanya bergantung kepada jumlah penduduk Borneo Utara

tetapi juga kepada keluasan dan keupayaannya, dan dalam mana-mana

perkara ia sepatutnya tidak kurang dari jumlah perwakilan dari Singapura.”

65

Perbezaan Keluasan Semenanjung Malaysia (11 buah Negeri) dengan Sabah dan Sarawak

Keluasan Sabah dan Sarawak adalah

198,069 km persegi

Keluasan Semenanjung Tanah Melayu adalah 130,495 km persegi

TANAH MELAYU165 KERUSI

Perak

SABAHPULAU

BORNEO26 KERUSI

SARAWAK31 KERUSI

(Termasuk Labuan)

Brunei

Kuching

Kelantan Trengganu

Kedah

Perlis

Penang

JohorMelaka

Page 56: Agenda Borneo Memartabatkan Maruah Sabah. by Nestor Joannes

Keluasan SemenanjungSabah dan Sarawak

Semenanjung

Sabah

Sarawak

Keluasan(Km Persegi)

BilanganDUN

BilanganAhli Parlimen

BilanganKetua

Menteri

BilanganRaja / TYT

130,495

73,620

124,449

516

60

71

165

26(Termasuk Labuan)

31

11

1

1

11

1

1

KeluasanSemenanjung

Sabah danSarawak

130,495

Keluasan(Km Persegi)

Bebanan KeluasanTanggungan

Seorang ADUN(km persegi)

Bebanan Keluasan

TanggunganSeorang Ahli

Parlimen(km persegi)

Bebanan Tanggungan

Ketua Menteri(km persegi)

73,620

124,449

Semenanjung

Sabah

Sarawak

253

1,227

1,753

786

2,832

4,148

11,863

73,620

124,449

66

Secara ringkas, kita lihat perbandingan layanan yang diterima oleh wilayah di Sabah berbanding dengan wilayah di Semenanjung Tanah Melayu di bawah;

Keluasan daerah Keningau di Sabah lebih besar daripada keluasan kesemua tiga buah negeri di Semenanjung Malaysia, manakala perwakilan dalam Parlimen dan Dewan Undangan Negeri jauh lebih sedikit.

Perbandingan perwakilan DUN dan Parlimen antara Semenanjung Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak ditunjukkan dalam jadual di bawah ini;

Purata Bebanan Tanggungan setiap ADUN, Ahli Parlimen dan Ketua Menteri berlandaskan kepada keluasan;

Negeri (Semenanjung)/Daerah (Sabah)

Gabungan keluasan 3 buah negeri; Pulau

Pinang, Melaka dan Perlis

Keluasan(Km

Persegi)

BilanganDUN

BilanganAhli Parlimen

BilanganKetua

Menteri

BilanganRaja/TYT

Keluasan Daerah Keningau salah satu

Daerah di Pedalaman Sabah

3,505

3,533

83

3

26

1(kongsi dengan

Tambunan)

3

-

3

-

Page 57: Agenda Borneo Memartabatkan Maruah Sabah. by Nestor Joannes

Jika peruntukan setiap ADUN dan Ahli Parlimen ditetapkan sebanyak RM5 juta setiap tahun, dan Ketua Menteri sejumlah RM100 juta setahun, perhatikan keupayaan setiap ADUN dan Ahli Parlimen dan Ketua Menteri di Sabah dan Sarawak dibandingkan dengan mereka di Semenanjung;

Jadual di atas menunjukkan betapa jauhnya perbezaan bebanan tanggungan setiap ADUN, Ahli Parlimen dan Ketua Menteri Sabah dan Sarawak kalau dibandingkan dengan mereka di Semenanjung Tanah Melayu.

5.3. Kerusi Parlimen diubah berat sebelahPertambahan kerusi parlimen kepada Semenanjung Malaysia sehingga melebihi dua per tiga daripada keseluruhan kerusi parlimen Malaysia, telah memperkukuhkan lagi penguasaan Persekutuan Tanah Melayu (Malaya) terhadap penguasaan kerajaan Malaysia sehingga kerusi Parlimen Sarawak dan Sabah tidak lagi relevan dalam membuat keputusan dalam menentukan dasar negara sehingga Tun Mahathir pernah mengatakan bahawa Kuala Lumpur boleh memerintah Malaysia tanpa Sabah dan Sarawak, dengan merujuk kepada bilangan kerusi parlimen Semenanjung Malaysia yang melebihi dua per tiga majoriti sebelum mencampurkan kerusi parlimen Sabah dan Sarawak. Perubahan bilangan kerusi parlimen ditunjukkan di bawah;

67

Catatan: Sumber dari bahan BTP UBF, 2012

Sabah

Sarawak

Semenanjung

Singapura

Labuan

Jumlah Kesemua

16 (10.15)

24 (15.1%)

104 (65.4%)

1963

15 (9.4%)

-

159 (100%)

1995 2004

20 (11.1%)

27 (15.0%)

132 (73.3%)

-

1 (0.6%)

180 (100%)

25 (11.3%)

31 (14.0%)

165 (74.3%)

-

1 (0.4%)

222 (100%)

KeluasanSemenanjung,

Sabah danSarawak

Sabah

Keluasan(Km Persegi)

KeupayaanTanggungan

Kewangan SeorangADUN

(setiap 1 km persegisetahun)

KeupayaanTanggungan

Kewangan SeorangAhli Parlimen

(setiap 1 km persegisetahun)

KeupayaanTanggungan

Kewangan KetuaMenteri

(setiap 1 km persegi setahun)

Semenanjung

Sarawak

73,620

130,495

124,449

RM4,075

RM19,763

RM2,852

RM1,766

RM6,361

RM1,205

RM1,358

RM8,430

RM804

Page 58: Agenda Borneo Memartabatkan Maruah Sabah. by Nestor Joannes

Di sini, nampak jelas bahawa bilangan kerusi parlimen Semenanjung kini jauh melebihi dua per tiga dari keseluruhan kerusi parlimen Malaysia sejak penyingkiran Singapura dari Malaysia (Semenanjung melebihi 70%, sedangkan dua pertiga adalah 66.67%). Kedudukan ini membolehkan penguasaan sepenuhnya oleh Persekutuan Tanah Melayu (Malaya) terhadap parlimen Malaysia dan mereka tidak memerlukan kerusi parlimen Sabah dan Sarawak dalam menentukan sebarang dasar. Ini bertentangan dengan rekomendasi Laporan Jawatankuasa Antara Kerajaan dan Laporan Suruhanjaya Cobbold yang menjadi salah satu daripada elemen membawa kepada persetujuan pembentukan Malaysia oleh pemimpin Sabah.

5.4. Ketua Menteri Sabah yang tidak akur kepada kehendak Kuala Lumpur digulingkan.

Sejak Sabah memperoleh kemerdekaan pada 31hb Ogos 1963, Kuala Lumpur telah memastikan supaya mana-mana Ketua Menteri Sabah tidak akan bertahan lama apabila mereka tidak akur kepada kehendak Kuala Lumpur;

a. Donald Stephens (Tun Fuad) terpaksa meletakkan jawatan sebagai Ketua Menteri Sabah pertama kerana dihantar sebagai Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di Australia, digantikan oleh Datuk Peter Lo dari SCA pada tahun 1965 dengan penglibatan pemimpin Kuala Lumpur (Syed Kechik sebagai penasihat kepada Tun Mustapha dikatakan telah memainkan peranan penting dalam hal ini). Ini kerana Donald Stephens sebagai Ketua Menteri Sabah pertama telah memperlihatkan kesungguhannya mempertahankan Konsep Asal Pembentukan Malaysia iaitu 'rakan sama rata'. Tun Fuad juga mahu merujuk semula kedudukan Sabah dalam Malaysia setelah Singapura disingkir dari Malaysia. Ini kerana, keputusan Sabah menyertai pembentukan Malaysia adalah disebabkan oleh Singapura dan baginya tidak ada sebab lagi bagi Sabah bersama dengan Malaysia tanpa kehadiran Singapura. Tindakan serupa juga dilakukan oleh Kuala Lumpur untuk menggulingkan Stephen Kalong Ningkan, Ketua Menteri Sarawak pertama.

b. Keengganan Tun Datu Mustapha, Ketua Menteri Sabah untuk tunduk kepada kehendak Kuala Lumpur pada tahun 1975, menyebabkan Kuala Lumpur tidak selesa dan melihat tindak-tanduk Tun Datu Mustapha sebagai menggagalkan usaha Kuala Lumpur untuk terus menguasai Sabah. Keengganan Tun Datu Mustapha untuk menyerahkan kekuasaan minyak petroleum Sabah kepada Kuala Lumpur melalui

68

Page 59: Agenda Borneo Memartabatkan Maruah Sabah. by Nestor Joannes

Petronas, tidak menyenangkan Kuala Lumpur. Difahamkan bahawa Tun Datu Mustapha menuntut supaya Sabah mendapat 35% daripada hasil minyak petroleum Sabah, sedangkan Kuala Lumpur hanya mahu memberi 5% kepada Sabah. Dengan fitnah bahawa kononnya Tun Datu Mustapha sedang merancang membawa keluar Sabah dari Malaysia, Kuala Lumpur menaja Parti BERJAYA untuk menumbangkan USNO dalam pilihanraya negeri pada tahun 1976. Dalam pilihanraya tersebut, USNO telah tumbang di tangan BERJAYA.

c. Apabila Kerajaan Berjaya ditumbangkan PBS dalam pilihanraya 1985, Datuk Joseph Pairin (Tan Sri) tidak mendapat sokongan sepenuhnya oleh Kuala Lumpur kerana perjuangan PBS pimpinan Datuk Joseph Pairin Kitingan (Tan Sri) pada ketika itu dilihat mencabar kepimpinan Persekutuan dengan mengungkit hal berkaitan dengan 20-PERKARA dan Perjanjian Malaysia yang di perkenalkan oleh Datuk Dr Jeffrey dalam perjuangan PBS. Malangnya PBS telah tidak mendalami hal-hal berkaitan dengan 20-Perkara, Suruhanjaya Cobbold, IGC dan Perjanjian Malaysia sebagai tonggak perjuangan, sehingga begitu mudah PBS kembali ke pangkuan Barisan Nasional.

Selain itu, peristiwa 'Double Six' juga banyak menimbulkan persoalan di kalangan rakyat Sabah. Dalam peristiwa ini, Tun Fuad Stephens, Ketua Menteri di bawah Kerajaan Berjaya yang baru memerintah selama 51 hari bersama 4 ahli kabinet menterinya telah ditimpa nahas kapal terbang dalam penerbangan balik ke Kota Kinabalu dari Labuan. Tun Fuad tidak menandatangani perjanjian penyerahan kuasa petroleum kepada Petronas dalam pertemuannya dengan rombongan Kuala Lumpur di Labuan kerana, baginya perkara itu harus dibawa dalam mesyuarat kabinet dahulu. Datuk Haris Salleh, Ketua Menteri Sabah yang telah menggantikan Tun Fuad Stephens telah mendapat sokongan sepenuhnya oleh Kuala Lumpur dengan kenyataan Mahathir, “berenang dan tenggelam bersama Berjaya”. Datuk Haris Salleh telah menandatangani penyerahan kekuasaan petroleum Sabah kepada Kuala Lumpur melalui Petronas, pada 14hb Jun 1976, iaitu 8 hari selepas nahas kapal terbang yang meragut nyawa Tun Fuad dan rakan-rakannya, tanpa dibawa dalam perbincangan kabinet menterinya.

Sejak UMNO menguasai kerajaan negeri, Ketua Menterinya amat selesa kerana tidak lagi diganggu Kuala Lumpur. Ini kerana Kerajaan Negeri Sabah di bawah pimpinannya sentiasa tunduk kepada Kuala Lumpur termasuklah menyerahkan beratus ribu ekar tanah Sabah kepada Kerajaan Persekutuan dan

69

Page 60: Agenda Borneo Memartabatkan Maruah Sabah. by Nestor Joannes

syarikat-syarikat gergasi Persekutuan Tanah Melayu (Malaya) dan tidak ada usaha membenteras tindakan memberi kerakyatan kepada pendatang tanpa izin demi kepentingan politik mereka.

5.5. Penguasaan minyak petroleum diambil dengan tekanan

Setelah Parti BERJAYA mengambil alih kerajaan negeri Sabah pada tahun 1976, Kuala Lumpur merujuk semula cadangan penguasaan Kuala Lumpur terhadap hasil minyak petroleum Sabah melalui Petronas. Pada 6hb Jun 1976, beberapa pemimpin Sabah iaitu Tun Fuad Stephens, Datuk Darius Binion, Datuk Peter Majuntin, Datuk Chong Thain Vun dan Datuk Salleh Sulong telah pergi ke Labuan membincangkan cadangan pengurusan hasil minyak petroleum dari Sabah bersama dengan pemimpin Persekutuan termasuk Tengku Razali Hamzah, Menteri Kewangan Persekutuan pada ketika itu. Dikatakan bahawa Tun Fuad Stephens dan barisan pemimpin Sabah tidak bersetuju dengan cadangan pembahagian peratusan hasil minyak petroleum Sabah di mana Sabah hanya diberikan 5%. Mereka mahu membawa perkara tersebut dalam mesyuarat tergempar kabinet negeri dan keputusan akan dibincangkan bersama dengan pemimpin Kerajaan Persekutuan yang diwakili oleh Tengku Razali Hamzah pada waktu malam nanti.

Malangnya, ketika dalam penerbangan balik dari Labuan ke Kota Kinabalu, kapal terbang yang mereka naiki telah mengalami nahas, meletup di udara sebelum sempat mendarat di lapangan terbang Kota Kinabalu. Bangkai kapal terbang tersebut jatuh di tepi laut dekat dengan Kg Sembulan, Kota Kinabalu di mana Tugu Peringatan Double Six kemudiannya didirikan. Berbagai-bagai andaian dari berbagai-bagai pihak namun, pihak Kerajaan Malaysia telah membuat kenyataan bahawa nahas tersebut disebabkan oleh 'kerosakan teknik' kapal terbang tersebut. Dalam kenyataan terbuka Tengku Razali Hamzah dalam suatu forum di Kota Kinabalu tahun 2010 di Dewan KDCA Penampang di bawah tajuk “Minyak Sabah Untuk Siapa?”, beliau menceritakan bahawa beliau sepatutnya bersama dengan Allahyarham Tun Fuad dan pemimpin Sabah lain dalam kapal terbang yang sama untuk bertolak balik ke Kota Kinabalu. Beliau berkata bahawa beliau sudah pun memasang tali pinggang keselamatan ketika Datuk Harris Salleh datang menjemput beliau dan Datuk Rahman Yakub (pemimpin Sarawak) untuk menaiki kapal terbang lain untuk meninjau ladang sapi nya di Pulau Banggi. Oleh sebab itu mereka terselamat daripada nahas yang menimpa rombongan Allahyarham Tun Fuad Stephens.

70

Page 61: Agenda Borneo Memartabatkan Maruah Sabah. by Nestor Joannes

Apa yang menjadi persoalan adalah, selepas hanya lebih kurang seminggu dari kejadian tersebut, ketika rakyat Sabah masih sedang berkabung dengan kehilangan pemimpin yang disayangi, pemimpin Kuala Lumpur datang lagi untuk meneruskan cadangan mereka kepada Ketua Menteri baru iaitu Datuk Harris Salleh untuk menandatangani persetujuan pe nyerahan 95% hasil minyak petroleum kepada Petronas.

Maka pada 14hb Jun 1976, persetujuan telah ditandatangani tanpa dibawa dalam perbincangan kabinet negeri oleh Datuk Harris Salleh sebagai Ketua Menteri Sabah ketika itu dan Datuk Joseph Pairin Kitingan (Tan Sri) merupakan salah satu daripada saksi perjanjian tersebut, dengan Petronas mengambil 95% hasil minyak petroleum dari bumi Sabah dan Sabah hanya menerima 5%. Dalam pembentangan bajet 2012 oleh Ketua Menteri Sabah pada 18hb November 2011, beliau menyatakan bahawa pembahagian hasil minyak petroleum Sabah pada tahun 2010 adalah; Petronas mendapat RM14.734 bilion (95%), manakala Sabah menerima RM 775.46 juta (5%) sahaja, iaitu tidak sampai satu bilion (Satu bilion adalah 1000 juta).

Di bawah ini adalah sedutan dari Perjanjian Minyak Petroleum di antara Kerajaan Sabah dan Petronas yang ditandatangani pada 14hb Jun 1976, hanya 8 hari selepas nahas kapal terbang yang mengorbankan Tun Fuad dan rakan-rakannya;

73

Page 62: Agenda Borneo Memartabatkan Maruah Sabah. by Nestor Joannes

Perhatikan sebahagian kandungan dokumen Perjanjian Minyak di antara Kerajaan Sabah dengan Petronas yang ditandatangani Datuk Haris Salleh sebagai Ketua Menteri Sabah yang bersetuju menerima hanya 5% hasil minyak yang dikeluarkan dari bumi Sabah tanpa dibawa dalam perbincangan Menteri Kabinet Sabah pada 14hb Jun 1976 (hanya 8 hari selepas nahas kapal terbang yang meragut nyawa pemimpin Sabah). Dalam perjanjian ini juga, selain menerima hanya 5% syer minyak yang dikeluarkan dari bumi Sabah, Kerajaan Negeri Sabah juga bersetuju untuk melepaskan hak terhadap royalti jualan minyak dari bumi Sabah.

5.6. Hasil termasuk cukai dipungut oleh pusatDengan kedudukan Sabah yang telah menjadi salah satu daripada 13 buah negeri di Malaysia, Kuala Lumpur dengan lumayan memungut hasil termasuk cukai daripada Sabah setiap tahun. Berikut adalah jumlah hasil termasuk cukai yang dipungut oleh Kuala Lumpur dari Sabah dalam beberapa tahun kebelakangan ini.

Tahun Keseluruhan Pungutan Oleh Kerajaan Pusat Jumlah yang dipungut dari Sabah

2009 RM 86 Bilion RM 13 Bilion2010 RM 89 Bilion RM 18 Bilion2011 RM102 Bilion RM 22.7BilionCatatan: Sumber dari bahan BTP UBF,2012

Kerajaan negeri Sabah pada tahun 2011 hanya memungut hasil termasuk cukai untuk kerajaan negeri sendiri sejumlah RM3.7 bilion sahaja, manakala RM22.7 bilion dipungut oleh Kerajaan Persekutuan. Mengikut Perkara 11 dari Memorandum 20-PERKARA, “Borneo Utara (Sabah) seharusnya mempunyai kuasa ke atas kewangan, tabung pembangunan dan cukai sendiri”.

Daripada dua sumber (hasil minyak petroleum dari bumi Sabah dan berbagai-bagai cukai dipungut oleh Kuala Lumpur) ini, Sabah kehilangan tidak kurang dari RM30 billion setahun mengalir keluar dari Sabah. Sepatutnya pendapatan Sabah pada tahun 2011 sahaja adalah seperti berikut;

Sumber dari Sabah Bahagian Sabah1. Hasil termasuk Cukai dibayar ke Kuala Lumpur - RM22.7 bilion tiada2. Hasil Minyak Petroleum dari bumi Sabah - RM15.0 bilion RM775.46 juta (5%)3. Kutipan Hasil Negeri - RM3.70 bilion RM 3.7 bilion

Jumlah Keseluruhan RM41.4 bilion RM4.476 bilionCatatan: Sumber dari bahan BTP UBF, 2012

Malangnya Sabah hanya memungut hasil sebanyak RM3.7 bilion dan

75

Page 63: Agenda Borneo Memartabatkan Maruah Sabah. by Nestor Joannes

RM775.46 juta daripada syer minyak petroleum yang keluar dari bumi Sabah (5%). Belanjawan Sabah untuk tahun 2012 adalah RM4.048 bilion melebihi pendapatan dari cukai RM3.7 bilion pada tahun 2011. Bayangkan jika 50% daripada hasil bumi Sabah ini dikembalikan kepada Kerajaan Sabah. Pendapatan Sabah setahun dianggarkan seperti berikut;

1. 50% Kutipan Hasil dibayar ke Kuala Lumpur - RM11.35 bilion2. 50% Hasil Minyak Petroleum dari bumi Sabah - RM 7.50 bilion3. Kutipan Hasil Negeri - RM 3.70 bilion

Jumlah Keseluruhan RM22.55 bilion

Dengan pendapatan ini, tidak mungkin Sabah menjadi negeri yang termiskin di Malaysia, malah Sabah boleh pulih kembali kepada negeri yang terkaya di Malaysia.

5.7. Konsep Perkongsian Kuasa Diubah

Perkongsian kuasa di antara Persekutuan Tanah Melayu (Malaya) dengan Sabah dan Sarawak pada asalnya adalah mengikut semangat Perjanjian Malaysia. Parti-parti politik Sabah mentadbir politik Sabah manakala parti-parti politik Semenanjung Malaysia mengurus hal-ehwal politik Semenanjung. Parti politik yang menguasai Semenanjung bergabung dengan parti politik yang menguasai Sabah dalam Barisan Nasional. Malangnya dalam era Tun Mahathir, semangat ini tidak dihormati dan parti-parti politik dari Semenanjung telah mula memasuki Sabah. Sejak kemasukan UMNO di Sabah, kuasa politik parti-parti tempatan telah lumpuh kerana semua kekuasaan politik telah dikuasai oleh UMNO setelah Kerajaan Barisan Nasional menggunakan kuasanya membuat persempadanan semula kepada sempadan pilihanraya di Sabah yang lebih memihak kepada pihak UMNO. Konsep perkongsian kuasa politik Malaysia ( antara Malaysia Barat dan Malaysia Timur) pada mulanya adalah seperti berikut;

76

BARISAN NASIONAL(Dahulu)

PARTI-PARTI POLITIK SABAH

PARTI-PARTI POLITIK SARAWAK

PARTI-PARTI SEMENANJUNG

BARISAN NASIONAL(Dahulu)

PARTI-PARTI POLITIK SABAH

PARTI-PARTI POLITIK SARAWAK

PARTI-PARTI SEMENANJUNG

Page 64: Agenda Borneo Memartabatkan Maruah Sabah. by Nestor Joannes

Kemasukan parti-parti politik dari Semenanjung Malaysia telah mengubah corak politik di Sabah sehingga melumpuhkan kekuasaan parti-parti politik tempatan;

Pada mulanya, ia adalah dalam bentuk perkongsian kuasa sama rata, tetapi kini Sabah dikuasai oleh parti-parti politik dan pemimpin dari Semenanjung Tanah Melayu. Kesannya adalah Sabah sudah dijajah oleh Malaya melalui UMNO.

5.8. Manipulasi Kependudukan

Tindakan manipulasi kependudukan Kerajaan Barisan Nasional yang dikuasai oleh pemimpin Semenanjung telah mengakibatkan pertambahan penduduk Sabah yang luar biasa. Kedudukan penduduk Sabah sebelum dan selepas kemerdekaan pada tahun 1963 berbanding dengan Sarawak adalah seperti berikut;

77

PARTI-PARTIPOLITIK SABAH

DIKUASAIUMNO

PARTI-PARTIPOLITIK

SARAWAK

PARTI-PARTIPOLITIK

SEMENANJUNG

BARISAN NASIONAL(Kini)

PARTI-PARTI POLITIK

SEMENANJUNG(UMNO, PKR,

DAP, MCA, PAS)

Page 65: Agenda Borneo Memartabatkan Maruah Sabah. by Nestor Joannes

Kependudukan Borneo Utara (Sabah) dan Sarawak merujuk kepada banci 1960;

A. Jadual Kependudukan Borneo Utara (Banci 1960)

Catatan: Sumber dari Report of the Commission Of Enquiry, North Borneo and Sarawak- Laporan Suruhanjaya Cobbold, 1962 (Banci kependudukan North Borneo yang diambil pada 10hb Ogos 1960)

Perkara

Keseluruhan Penduduk

Bil. Penduduk Bil. Keseluruhan

454,421Suku Kaum Anak NegeriA.

Dusun/KadazanMurutBajauBajauIranun

123

145,22922,13859,710

55,7793,931

Lain-Lain Suku Kaum Anak NegeriB. 79,421BruneiKedayanOrang SungaiBisayahSuluTidongSino-Native

123456

23,4507,87115,11210,05311,0804,4177,438

57,33815,25111,9245,9915,2708,768

104,542CinaC.HakkaCantoneseHokkienTeocheowHailan (Hainanese)Cina Lain-lain

123456

Orang EropahD.EropahEurasian

12Lain-lain Suku KaumE.

Anak Negeri SarawakMelayuKepulauan CocosIndonesiaIndia, Pakistan, CeyloneseFilipinaLain-lain suku kaum

1234567

1,124772

1,896

41,4851,9111,6451,90924,7843,1807,473583

78

Page 66: Agenda Borneo Memartabatkan Maruah Sabah. by Nestor Joannes

B. Jadual Kependudukan Sarawak (Banci 1960)

Catatan: Sumber dari Report of the Commission Of Enquiry, North Borneo and Sarawak- Laporan Suruhanjaya Cobbold, 196 2(Banci kependudukan Sarawak diambil pada 15hb Jun 1960)

79

Perkara

Keseluruhan Penduduk

Bil. Penduduk Bil. Keseluruhan

744,529Suku Kaum Anak NegeriA.

MelayuMelanauDayak LautDayak Darat

1234.

Lain-Lain Suku Kaum Anak NegeriB. 37,931BisayahKedayanKayanKenyahKelabitMurutPunanLain-lain Anak Negeri

12345678

2,8037,2047,8998,0932,0405,2144,669

6

CinaC. 229,154CantoneseFoochowHakkaHenghuaHokienHailam (Hainanese)TeochowLain-lain Cina

12345678

17,43270,12570,2218,278

28,3045,717

21,9527,125

Orang EropahD. 1,631EropahEurasian

12

1,093538

Lain-lain Suku KaunE. 6,492India, Pakistan, CeyloneseIndonesiaLain-lain suku kaum

123

2,3553,241896

129,30044,661

237,74157,619

Page 67: Agenda Borneo Memartabatkan Maruah Sabah. by Nestor Joannes

Pada ketika itu, hanya 1,645 suku kaum Melayu di Borneo Utara (Sabah) manakala suku kaum Melayu di Sarawak hanyalah 129,300. Melayu juga tidak termasuk dalam kategori Anak Negeri di Borneo Utara (Sabah). Jumlah penduduk Sarawak (744,529 orang) pula lebih ramai daripada jumlah penduduk Sabah (454,421 orang). Pertambahan penduduk yang luar biasa berlaku di Sabah seperti yang ditunjukkan oleh jadual di bawah;

Tahun Anak Negeri Bukan Anak Negeri Islam Melayu Islam

1970 215,811 77,271 18,362 2000 563,600 343,200 303,500Pertambahan 162% 344% 1,552%

====== ====== ======Catatan: Sumber dari bahan BTP UBF

Pertambahan suku kaum Melayu sehingga 1,552% adalah suatu keadaan yang luar biasa. Kenyataan Datuk Haris dalam buku Haris Salleh of Sabah – Paul Raffaele, Condor Publishing Pte. Co. IHK, muka surat 425, menjelaskan perkara ini.

“Harus diingatkan bahawa sudah terdapat 300,000 jumlah pelarian Filipina dan Indonesia di negeri ini yang kebanyakannya Islam…PBS telah meyakinkan pengundi-pengundi bahawa pendatang-pendatang haram akan dikembalikan ke negeri asal mereka masing-masing tetapi mereka tidak boleh buat apa-apa sebab ini adalah di bawah kuasa Kerajaan Persekutuan dan sekiranya Pairin cuba campur dalam perkara ini dengan mengambil tindakan undang-undang sendiri dan menyingkirkan mereka, Kuala Lumpur akan campur tangan….Misalnya Kerajaan Persekutuan boleh mendaftar sesiapa sahaja daripada pelarian ini dalam tempoh tiga jam, tiga hari dan tiga bulan atau tiga tahun. Tidak ada undang-undang yang menyatakan berapa lama mereka boleh berbuat demikian dan jika sekiranya mereka boleh berbuat demikian dengan mudah iaitu semudah menandatangani kertas sahaja.”(Haris Salleh of Sabah – Paul Raffaele, Condor Publishing Pte. Co. IHK, ms 425)

Dalam Perhimpunan Agung UMNO 2010, Najib Tun Razak, Presiden UMNO yang juga Perdana Menteri Malaysia mengisytiharkan bahawa. “....Jawa itu Melayu, Bugis itu Melayu, Banjar itu Melayu, Aceh itu Melayu, keturunan Aceh itu Melayu, Pakistan dan Arab semua Melayu…Mamak juga Melayu….”.(Sumber: Video klip Ucaptama Najib Tun Razak dalam Perhimpunan Agung UMNO 2010). Melayu inilah yang kini membanjiri

80

Page 68: Agenda Borneo Memartabatkan Maruah Sabah. by Nestor Joannes

Sabah dengan pemberian kerakyatan Malaysia sewenang-wenangnya dan bakal menjadikan Anak Negeri Sabah golongan minoriti di bumi sendiri. Dengan konsep Ketuanan Melayu, mereka ini telah menjadi kelas pertama di bumi Sabah sedangkan Anak Negeri Sabah telah menjadi kelas keempat iaitu termasuk dalam kategori suku kaum 'lain-lain'. Perbandingan pertambahan penduduk di antara Sabah dan Sarawak jelas memperlihatkan keganjilan. Pada tahun 1970, penduduk Sarawak jauh lebih ramai dibandingkan dengan Sabah. Tetapi pada masa kini, Sabah mencatatkan jumlah penduduk yang jauh lebih ramai dibandingkan Sarawak.

Tahun Sabah (% Pertambahan) Sarawak (% Pertambahan)1970 684,693 976,2691980 1,013,003 (56%) 1,235,553 (27%)1991 1,808,848 (78%) 1,642,771 (33%)2000 2,603,485 (44%) 2,012,616 (23%)1970-2000 Tambahan 302% Tambahan 106%Catatan: Sumber dari bahan BTP UBF,2012

Anggaran kependudukan Sabah oleh UBF untuk tahun 2010 adalah 3,230,000 orang. Daripada keseluruhan penduduk ini, 1.72 juta adalah orang asing, manakala 1.5 juta adalah Anak Negeri Sabah. Orang asing ini adalah dianggar seperti berikut;

a. Tanpa dokumen atau dengan dokumen palsu/luput - 750,000b. Pemegang IMM13 - 64,000c. Pemegang Projek IC Mahathir dengan anak cucu

(jumlah ini dikira sebagai warga Sabah dalam statistik Jabatan Perangkaan Negeri) - 600,000

d. Pelarian diberi Taraf Kerakyatan (PR) - 17,307e. Warga Asing dengan permit kerja - 300,000Catatan: Sumber dari bahan BTP UBF, 2012

Disertakan sebahagian sedutan temuduga eksklusif di antara Mutalib M.D, dengan Mantan Ketua Daerah Sandakan OKK Asainar Bin M.P Ebrahim @ Hassnar yang juga bekas tahanan ISA dalam Bukunya “007- Lelaki Malaysia Terakhir?” Oleh: MUTALIB M.D yang memuatkan tindakan pemimpin Barisan Nasional yang begitu licik menganiaya rakyat Sabah hanya untuk memastikan Sabah terus berada dalam Jajahan Persekutuan Tanah Melayu.

“Mutalib: Apa yang terjadi dengan 20,000 borang HNR 3 yang telah diagihkan itu?HASSNAR: Tidak lama selepas itu, hanya 11,000 borang HNR 3 dikembalikan kepada saya dan Datuk Harris meminta saya ke Kuala Lumpur untuk menyerahkan sendiri borang tersebut kepada Datuk Megat Junid. Saya diiringi

81

Page 69: Agenda Borneo Memartabatkan Maruah Sabah. by Nestor Joannes

oleh Inspektor Jamail Ismail berjumpa dengan Datuk Megat Junid di pejabatnya. Projek 'HARAM' tersebut berjalan terus sehingga beratus ribu kad pengenalan projek dikeluarkan kepada Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) Indonesia, Filipina dan Pakistan……. (Catatan: Borang HNR3 adalah borang permohonan kad pengenalan yang dikeluarkan oleh Pejabat Pendaftaran Negara)

Mutalib: Kenapa saudara menghubungi saya untuk mendedahkan perkara ini dan kenapa tidak tulis terus kepada pihak yang berwajib?HASSNAR: Saya kini insaf menjadi 'hamba abdi' kepada pemimpin politik yang kononnya memperjuangkan nasib dan masa hadapan bangsa 'Melayu', sebaliknya menjadi petualang negara, bertopengkan kuasa dan membelakangkan undang-undang serta perlembagaan negara. Saya menghubungi saudara kerana percaya hanya saudara berani menulis isu penting ini. Semoga pengakuan saya memberikan kesedaran kepada anak jati Sabah bahawa 'HAK' kita telah dirampas dan kita berada dalam situasi yang genting kerana kita akan berhadapan dengan dilema kepupusan 'Bangsa Melayu Jati' kerana ditenggelami spesis Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI).Mereka ini telah diberikan kerakyatan secara tidak sah, tetapi 'DIHALALKAN' oleh undang-undang negara semata-mata untuk memuaskan nafsu para pemimpin yang tamakkan kuasa politik dan kekayaan untuk diri dan keluarga. Kini kita harus bangkit bersama untuk menentang ketidakadilan dan menebus maruah bangsa kita yang tergadai sebelum terlambat. Jika semasa saya ditahan hanya terdapat sekitar 300,000 PATI yang mendapat kewarganegaraan ini secara tidak sah, namun kini sudah lebih sejuta orang asing telah diberikan kerakyatan 'MALAYSIA' melalui pintu belakang dan daripada jumlah tersebut sudah melahirkan lebih dua juta generasi 'TERAPUNG' di negara ini dan akan secara automatik mendapat kerakyatan negara ini kerana ibu bapa mereka telah mendapat kad pengenalan Malaysia…… .” (Teks sepenuhnya boleh didapati dalam buku “007- Lelaki Malaysia Terakhir?” Oleh: MUTALIB M.D.)

Di bawah ini pula dipaparkan kedudukan penduduk Sabah daripada Banci Jabatan Perangkaan, Kerajaan Malaysia 2010 yang merangkumi penduduk asal Sabah dan warga asing. Jumlah warga asing yang ada di Sabah ketika ini sangat merunsingkan;

82

Page 70: Agenda Borneo Memartabatkan Maruah Sabah. by Nestor Joannes

Catatan: Jumlah warganegara Malaysia iaitu 2,316,963 itu telah memasukkan

600,000 pemegang 'Projek IC’

Pecahan suku kaum Sabah mengikut Perangkaan Kerajaan Malaysia, 2010.

Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia, 2010

Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia, 2010

83

Bukan WarganegaraBumiputera LainKadazanBajauCinaMelayuMurutLain-lainIndiaJumlah

Status

123456789

Bil Jumlah %

889,779660,365568,575450,779295,674184,197102,39348,5277,453

3,206,742

27.720.617.714.09.25.73.21.50.2

TawauLahad DatuSempornaSandakanKinabatanganBeluranKota KinabaluRanauKota BeludTuaranPenampangPaparKudatKota MaruduPitasBeaufortKuala PenyuSipitangTenomNabawanKeningauTambunanKunakTongodPutatanJumlah

DaerahJumlah

PendudukWarganegara

Malaysia

BukanWarganegara

Malaysia%

412,375206,861137,868409,056150,327106,632462,96395,80093,180

105,435125,913128,43485,40468,28938,76466,40619,42635,76456,59732,309

177,73536,29762,85136,19255,864

3,206,742

240,966129,858

96,146260,618

32,63860,741

350,81890,06187,210

100,192105,059106,934

76,91066,34437,47962,38318,52632,00852,08827,729

137,70634,16031,64926,55752,183

2,316,963

171,40977,00341,722

148,438117,68945,891

112,1455,7395,9705,243

20,85421,500

8,4941,9451,2854,023

9003,7564,5094,580

40,0292,137

31,2029,6353,681

889,779

41.637.230.336.378.343.024.26.06.45.0

16.616.79.92.83.36.14.6

10.58.0

14.222.55.9

49.626.66.6

27.7

Page 71: Agenda Borneo Memartabatkan Maruah Sabah. by Nestor Joannes

Persoalannya, siapakah itu 'Bumiputera Lain' yang mencapai bilangan

sehingga 660,365 orang dalam statistik ini?

5.9. UMNO memasuki Sabah dan merampas kuasa.

UMNO memasuki Sabah selepas memperdayakan USNO untuk menerima UMNO masuk ke Sabah. UMNO memang sudah lama berhasrat memasuki Sabah namun tidak berjaya kerana tidak diberi restu oleh pemimpin-pemimpin USNO. Hanya dengan hasutan UMNO kepada USNO, UMNO telah berjaya memasuki Sabah. “UMNO pernah berhasrat melebarkan sayapnya ke Sabah dengan jemputan dan ditaja oleh Datuk Muhammad Dun Banir bersama rakan-rakannya pada tahun 1980an, namun impian parti itu tidak terlaksana kerana tidak mendapat sokongan dari USNO, akhirnya UMNO menangguhkan niatnya untuk sementara waktu. Perselisihan faham di antara USNO dan kerajaan PBS pada tahun 1985/1986 telah diintai oleh UMNO dan menghasut USNO supaya tidak mempercayai Kerajaan PBS, seterusnya mendesak pemimpin USNO untuk membenarkan mereka masuk ke Sabah dalam keadaan “menangguk air di air keruh (ambil kesempatan)”.- Datu Badarudin Tun Datu Mustapha sempena Deklarasi Semporna dalam Rapat Umum USNO 50 Tahun pada 29hb Januari 2012. Dengan kehadiran UMNO di Sabah, manipulasi mereka semakin rancak. Manipulasi yang hebat dilakukan UMNO di Sabah adalah dengan merampas kuasa pemerintahan daripada PBS. Walaupun dengan janji Anuar Ibrahim membangun Sabah menjadikan Sabah Baru dalam masa 100 hari, Barisan Nasional pimpinan UMNO di Sabah gagal memenangi pilihan raya umum pada tahun 1994. Selepas keputusan pilihanraya pada tahun 1994 diumumkan dengan PBS (bersama USNO) memenangi majoriti kerusi DUN, YB Datuk Joseph Pairin Kitingan dan Tun Mustapha bersama wakil-wakil rakyat PBS (bersama USNO) telah pergi ke istana untuk mengangkat sumpah sebagai barisan menteri kabinet Sabah yang baru. Namun mereka tidak dapat memasuki istana kerana pintu masuk ditutup atas arahan Datuk Megat Junid, Timbalan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Malaysia ketika itu, menyebabkan semua wakil rakyat termasuk Datuk Joseph Pairin Kitingan dan Tun Mustapha terpaksa 'berkurung' di rumah kediaman rasmi Presiden PBS, YB Datuk Joseph

84

Page 72: Agenda Borneo Memartabatkan Maruah Sabah. by Nestor Joannes

Pairin Kitingan dan menunggu di luar istana selama beberapa hari. Sementara itu Datuk Seri Anuar Ibrahim, Timbalan Perdana Menteri Malaysia ketika itu telah beberapa kali menghubungi Datuk Dr Jeffrey Kitingan.

Tawaran pertama Datuk Seri Anuar kepada Datuk Dr Jeffrey Kitingan adalah untuk membawa keluar sembilan atau sepuluh wakil rakyat PBS yang dipilih untuk membolehkan Datuk Dr Jeffrey Kitingan menjadi Ketua Menteri Sabah. Datuk Dr Jeffrey menolak tawaran tersebut kerana tindakan seperti itu bertentangan dengan perlembagaan dan bertentangan dengan konsep demokrasi. Dalam beberapa hari sementara wakil rakyat PBS tidak boleh memasuki istana, Datuk Dr Jeffrey telah ditawarkan sebanyak empat kali. Kali kedua Datuk Dr Jeffrey Kitingan diminta membawa enam orang sahaja untuk membolehkan beliau menjadi Ketua Menteri, namun Datuk Dr Jeffrey Kitingan terus menolak kerana perkara itu sangat bertentangan dengan prinsip perjuangan beliau. Dalam tawaran ketiga, bilangan wakil rakyat yang perlu dibawa oleh Datuk Dr Jeffrey telah menurun hingga tiga orang, namun Datuk Dr Jeffrey terus berkeras sehingga tawaran akhir Datuk Seri Anuar adalah hanya Datuk Dr Jeffrey Kitingan seorang pun sudah memadai yang juga ditolak oleh Datuk Dr Jeffrey. Rupanya dalam masa yang sama UMNO sudah mengusahakan untuk memujuk wakil rakyat yang lain keluar dari PBS. Ini juga ditentang oleh Datuk Dr Jeffrey Kitingan. Pada masa yang sama Datuk Dr Jeffrey bersama dengan Yunof Maringking telah berhubungan dengan Mahathir sebagai mewakili PBS untuk membenarkan kabinet Sabah dibentuk di bawah pimpinan Datuk Joseph Pairin Kitingan, memastikan maruah dan kedaulatan Perlembagaan Sabah terus terpelihara. Mahathir telah bersetuju dan menasihati supaya satu atau dua jawatan dalam kabinet ditinggalkan kosong untuk memberi laluan kepada kerajaan campuran. Dengan komunikasi dan cadangan ini, Datuk Seri Anuar telah menyatakan kemarahannya kepada Datuk Dr Jeffrey dengan mengatakan bahawa peluang yang ditawarkan Anuar kepada Datuk Dr Jeffrey sepatutnya suatu permulaan kerjasama jangka panjang dan memberi amaran kepada Datuk Dr Jeffrey bahawa beliau tidak akan menerima PBS ke pangkuan Barisan Nasional tanpa atau dengan kehadiran Datuk Seri Joseph Pairin Kitingan dalam PBS.

Malang bagi politik Sabah, apabila kabinet menteri kerajaan negeri Sabah dibentuk, Datuk Joseph Pairin lupa atau tidak mengindahkan nasihat

85

Page 73: Agenda Borneo Memartabatkan Maruah Sabah. by Nestor Joannes

Mahathir untuk meninggalkan satu atau dua jawatan kabinet menteri kosong untuk memberi ruang kepada kemungkinan pembentukan kerajaan, sehingga jawatan dalam kabinetnya telah diisi semuanya dan tidak memberi ruang kepada kerajaan campuran. Perkara ini tidak disenangi oleh Mahathir. Tekanan dan pujukan diberikan oleh UMNO kepada beberapa wakil rakyat PBS sehingga Datuk Lajim dan Rubin Balang meninggalkan PBS yang telah memulakan episod kejatuhan PBS. Sepanjang episod ini, Datuk Dr Jeffrey telah beberapa kali menasihati Datuk Joseph Pairin untuk bersemuka sendiri dengan Mahathir untuk membincangkan penyelesaian pergolakan politik Sabah. Namun Datuk Joseph Pairin tidak bersedia untuk menemui Mahathir. Sehingga maklumat diterima bahawa Rubin Balang dan Datuk Lajim telah meninggalkan PBS, barulah Datuk Joseph Pairin bersetuju untuk berbincang dengan Mahathir dengan menghantar Datuk Dr Jeffrey Kitingan dan Datuk Bernard Dompok (Tan Sri) menemui Mahathir dengan menyertakan satu senarai panjang syarat-syarat yang disediakan oleh kepimpinan PBS. Malangnya, kuasa perundingan PBS sudah hilang apabila Rubin Balang dan Datuk Lajim sudah keluar dari PBS. Dalam pertemuan ini Mahathir mengatakan kepada Datuk Dr Jeffrey dan Datuk Bernard Dompok (Tan Sri) bahawa mereka sudah terlambat dan tidak mempunyai kedudukan untuk menyampaikan sebarang syarat. Malah Mahathir menasihati supaya Datuk Joseph Pairin meletakkan jawatan sebagai Ketua Menteri atau berhadapan dengan kemungkinan undi tidak percaya di kalangan ahli Yang Berhormat. Pada masa itu, Mahathir telah bertanyakan kepada Datuk Dr Jeffrey sama ada beliau menerima tawaran untuk mengangkat sumpah menjadi Ketua Menteri menggantikan Datuk Joseph Pairin Kitingan, namun Datuk Dr Jeffrey telah menolaknya kerana beliau bukan ketua kepada Parti PBS dan ia bertentangan dengan prinsip dan suara hatinya. Rupa-rupanya kedua Mahathir dan Anuar Ibrahim telah cuba menawarkan jawatan Ketua Menteri itu kepada Datuk Dr Jeffrey Kitingan. Apabila Datuk Dr Jeffrey menyatakan bahawa Datuk Joseph Pairin bersedia berundur sebagai Ketua Menteri Sabah jika perkara itu boleh menyelesaikan masalah politik Sabah pada ketika itu, media di bawah kawalan Kerajaan Barisan Nasional telah melaporkan bahawa Datuk Seri Joseph Pairin Kitingan telah meletakkan jawatan sebagai Ketua Menteri Sabah. Ketika berita ini tersebar melalui media, beberapa pemimpin PBS telah keluar dari parti PBS membentuk parti masing-masing untuk bernaung dalam Barisan Nasional. Dengan tindakan manipulasi pecah dan perintah Kuala Lumpur yang begitu licik, beberapa hari sahaja parti-parti politik seperti PDS, SAPP dan PBRS telah berjaya ditubuhkan

86

Page 74: Agenda Borneo Memartabatkan Maruah Sabah. by Nestor Joannes

dan hal ini telah memecahbelahkan PBS. (PDS kemudiannya telah diubah kepada UPKO). Perpecahan yang berlaku dalam PBS ini telah memudahkan UMNO merampas kuasa. Cara rampasan kuasa yang tidak bermaruah itu telah dihalalkan oleh pemimpin Kuala Lumpur. Mereka juga berjaya membatalkan Undang-Undang Anti Lompat Sabah kerana dikatakan bertentangan dengan Undang-Undang Persekutuan. Tindakan ini secara jelas mencabul Perkara 16 dalam 20-PERKARA iaitu berkenaan dengan Perlindungan kepada Perlembagaan yang berbunyi, “Tidak ada sebarang pindaan, perubahan atau pembatalan dapat dilakukan oleh Kerajaan Pusat kepada perlindungan-perlindungan yang diberikan khas kepada Borneo Utara (Sabah) tanpa persetujuan kerajaan Borneo Utara (Sabah). Kuasa ini adalah hak mutlak penduduk negeri ini.” Kehadiran UMNO di Sabah sebenarnya tidak mendapat sambutan yang baik oleh rakyat Sabah. Namun Mahathir telah mengambil kesempatan terhadap sikap pemimpin Sabah yang mahu sangat menjadi Ketua Menteri, dengan menawarkan penggiliran jawatan Ketua Menteri di kalangan tiga kumpulan etnik terbesar di Sabah iaitu, Bumiputera Islam, Bumiputera Bukan Islam dan Cina setiap dua tahun. Kerakusan UMNO dalam merampas kuasa kerajaan negeri Sabah telah membelakangkan Perlembagaan Sabah dan sewenang-wenangnya memperkenalkan penggiliran Ketua Menteri Sabah sebagai pancing kepada pemimpin Sabah sementara mereka meneruskan manipulasi untuk terus menguasai politik Sabah.

Kemasukan UMNO ke Sabah adalah kemuncak kepada usaha Kuala Lumpur untuk memastikan Sabah terus tunduk kepada kekuasaan Kuala Lumpur.

5.10. Persempadanan Kerusi Parlimen dan DUN diubah berat sebelah.

Sementara Dr. Mahathir memancing pemimpin Sabah dengan janji penggiliran Ketua Menteri setiap dua tahun, kerajaan Barisan Nasional pimpinan Kuala Lumpur telah melaksanakan persempadanan semula kerusi parlimen dan DUN di Sabah. Kedudukan kerusi parlimen dan DUN Sabah sebelum dan selepas kehadiran UMNO di Sabah adalah seperti berikut;

87

Page 75: Agenda Borneo Memartabatkan Maruah Sabah. by Nestor Joannes

Sebelum SelepasBilangan Kerusi Parlimen 20 25Bukan Islam (KDM/Cina/bercampur) 12 12Islam 08 13 (UMNO)

Bilangan Kerusi ADUN 48 60Bukan Islam (KDM/Cina/bercampur) 28 28Islam 20 32 (UMNO)

Walaupun terdapat banyak tentangan daripada parti-parti politik dalam komponen Barisan Nasional sendiri selain UMNO, dengan kekuasaan majoriti lebih 2/3 kerusi Parlimen Persekutuan Tanah Melayu, pemimpin-pemimpin parti ini gagal menghalang pelaksanaan kepada persempadanan semula sempadan pilihanraya ini di Sabah. Dengan kerusi majoriti Dewan Undangan Negeri Sabah sebanyak 32 kerusi UMNO, maka penggiliran Ketua Menteri pun telah tidak diteruskan. Maka berlakulah penguasaan mutlak UMNO terhadap kerajaan Sabah. Manakala pertambahan kerusi parlimen kepada 5, semuanya telah menjadi milik UMNO. Inilah salah satu kesan yang besar bagaimana pihak Kepimpinan Persekutuan Tanah Melayu (Malaya) boleh membuat perubahan tanpa menghiraukan penglibatan atau suara dari wakil-wakil Sabah dan Sarawak.

5.11. Membawa Agensi Persekutuan masuk ke Sabah tetapi “Borneonisasi” tidak dilaksanakan

Beberapa agensi Persekutuan telah dibawa oleh kerajaan Barisan Nasional masuk ke Sabah tetapi 'Borneonisasi' telah tidak dilaksanakan. Hanya lebih kurang 10% sahaja agensi persekutuan diketuai oleh rakyat negeri Sabah. Agensi pertanian persekutuan juga dibawa masuk ke Sabah termasuklah FELDA, RISDA, LGM, Kementerian Pertanian dan FAMA. Pegawai-pegawai tertinggi dalam agensi ini juga hampir kesemuanya dijawat oleh penduduk Semenanjung Malaysia. Selain itu, kehadiran agensi pertanian ini di Sabah menyebabkan beribu hektar tanah di Sabah telah diserahkan kepada agensi ini manakala agensi pertanian Sabah pula seperti KPD, LIGS dan SLDB menjadi hampir-hampir tidak relevan kerana kedudukan kewangan yang terhad dan tidak dapat bersaing dengan agensi pertanian dari Semenanjung. Ini juga tanpa disedari telah menyebabkan penguasaan Kuala Lumpur terhadap sumber tanah di Sabah.

88

Page 76: Agenda Borneo Memartabatkan Maruah Sabah. by Nestor Joannes

Catatan: Sumber dari bahan BTP UBF,2012

Senarai Ketua Jabatan Persekutuan di Sabah (2008).

Sumber : www.sabah.gov/my/dir/federal.aspNOTA : Senarai ini bukan senarai keseluruhan

WM ~ West MalaysiaSbh ~ Sabahan

89

Agensi Dadah Kebangsaan Negeri Sabah

Angkatan Tentera Darat

Arkib Negara Malaysia

Badan Pencegah Rasuah Sabah

Bahagian Keselamatan Negara

Biro Bantuan Guaman (cawangan Sabah)

Biro Tatanegara (cawangan Sabah)

Ikatan Relawan Rakyat Malaysia

Jabatan Akauntan Negara M’sia (Sabah)

Jabatan Alam Sekitar Negeri Sabah

Jabatan Audit Negara cawangan Sabah

Jabatan Bekalan Elektrik dan Gas

Jabatan Belia dan Sukan (persekutuan)

Jabatan Bomba dan Penyelamat

Jabatan Galian Sabah

Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja

Jabatan Imigresen Malaysia (Sabah)

Jabatan Kastam dan Eksais DiRaja M’sia

Jabatan Kehakiman Sabah

Jabatan Kemajuan Islam M’sia (Sabah)

Jab. Kemajuan Masyarakat Persekutuan

Jab. Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan

Jabatan Kesihatan Negeri Sabah

Jabatan Kimia Sabah

Jabatan Laut Sabah

Jabatan Mineral & Geosains M’sia (Sabah)

Jabatan Peguam Negara

Jabatan Pembangunan Koperasi Sabah

Jabatan Pembangunan Persekutuan Sabah

Jabatan Pendaftaran Negara Negeri Sabah

Jabatan Pendaftaran Pertubuhan N. Sabah

Jabatan Penerbangan Awam

Jabatan Pengangkutan Jalan Sabah

Jabatan Penilaian & Perkhidmatan Harta

Jabatan Penjara Sabah

Jabatan Penyiaran Malaysia Sabah

Jab. Perangkaan M’sia cawangan Sabah

Jabatan Perkhidmatan Awam M’sia

Jabatan Perkhidmatan Penerangan Sabah

Jabatan Perpaduan Negara Negeri Sabah

Jab. Pertahanan Awam M’sia Negeri Sabah

Jabatan Pertanian (Persekutuan)

Jabatan Tenaga Kerja Sabah

Jab. Tenaga Rakyat Negeri Sabah & Labuan

Jabatan Ukur dan Pemetaan Negeri Sabah

Lembaga Hasil Dalam Negeri

Lembaga Kemajuan Ikan M’sia N. Sabah

Lembaga Kemajuan Peridustrian M’sia

Lembaga Koko Malaysia

Lembaga Penggalakan Pelancongan M’sia

Felda Cawangan Sabah

1.

2.

3.

4.

5.

6.

7.

8.

9.

10.

11.

12.

13.

14.

15.

16.

17.

18.

19.

20.

21.

22.

23.

24.

25.

26.

27.

28.

29.

30.

31.

32.

33.

34.

35.

36.

37.

38.

39.

40.

41.

42.

43.

44.

45.

46.

47.

48.

49.

50.

51.

Siti Muhaza Binti Sheikh Zainal

Brig. Jen. Khalid Bin Saad

Haji Ismail Bin Mohd Yusuf

Mohd Ramli Bin Abdul Manan

Mustafa Bin Ibrahim

Norakhmar Binti Mohd Sani

Abdul Hakim Bin Hassan

Abdul Mutalib Hashim

Dzulkifli Bin Ahmad

Mohamad Sayuti Bin Sepeai

Haji Mat Yaacob Bin Mat Hussin

Ir Shamsuriee Bin Sulaiman

Mohd Dahali Bin Haji Mat Sin

Soiman Bin Jahid

Zainal Abidin Mohd Nor

Ghazali Bin Kamaruddin

Haji Abdullah Sani Bin Sulaiman

Mohamad Daud Bin Mohd Al

Caroline Bee Majanil

Haji Mohd Isa @ Man Bin Ismail

Amiruddin Bin Ariffin

Mohd Aziz Bin Yahya

Dr Saimy @ Saman Bin Ismail

Ahmad Ridzuan Ibrahim

Benjamin Bernard Bijion

Ang Num Kiat

Nur Aini Binti Zulkiflee

Hj Awang Zahari Bin Pg. Ahmad Bi

Mohd Sani Bin Adam

Datuk Ibrahim Bin Jusoh

Abdul Hamed Bin Akob

Chong Tian @ Billy Lim

Mohd Fareed Bin Abdullah

Mohd Radzi Bin Salleh

George Jinivon

Jumat Engson

Aminah Binti Yusof

Badruddin Bin Ismail

Datuk Justin Bin Miol

Abdul Wahab Bin Satim

Abdul Wahab Bin Rahim

Sim Huat Lee

Siti Aishah Binti Mohd Asri

Mohd Kamal Bin Saad

Zakaria Bin Saat

Dr Shukor Bin Haji Mahfar

Mohd Nor Bin Harun

Jaafar Bin Baidi

Dr Musa Bin Mohd. Jamil

Zakaria Mohd Nani

Husin Ali

WM

WM

WM

WM

WM

WM

WM

WM

WM

WM

WM

WM

WM

WM

WM

WM

WM

WM

Sbh

WM

WM

WM

WM

WM

Sbh

WM

WM

WM

WM

WM

WM

WM

WM

WM

Sbh

Sbh

WM

WM

Sbh

WM

WM

WM

WM

WM

WM

WM

WM

WM

WM

WM

WM

Name of DepartmentNo. Name of Head of Department Remarks

Page 77: Agenda Borneo Memartabatkan Maruah Sabah. by Nestor Joannes

5.12. Memperkenalkan Dasar Kabotaj (Dasar Perkapalan) yang merugikan Sabah.

Kerajaan Barisan Nasional telah memperkenalkan Dasar Kabotaj (Dasar Perkapalan) yang sangat merugikan Sabah. Dasar ini tidak membenarkan mana-mana kapal di Sabah untuk belayar terus kepada mana-mana destinasi luar negeri sebelum melalui Pelabuhan Kelang. Begitu juga kapal-kapal antarabangsa tidak boleh belayar terus ke mana-mana pelabuhan di Sabah jika tidak melalui Pelabuhan Kelang. Perkara ini menyebabkan kos yang tinggi bagi kapal-kapal yang mahu melabur ke Sabah. Sebagai contoh, sebuah kapal dari Cina yang ingin datang ke Sabah harus belayar ke Pelabuhan Kelang terlebih dahulu. Dengan perjalanan ini, kapal tersebut memerlukan tujuh hingga lapan hari dari Cina ke Pelabuhan Kelang dan tiga hingga empat hari dari Pelabuhan Kelang ke Sabah, iaitu harus memakan masa sehingga sepuluh hingga dua belas hari untuk sampai ke Sabah. Sedangkan jika kapal tersebut belayar terus ke Sabah, ia hanya memakan masa di antara tiga hingga empat hari sahaja. Dari segi kos, dengan perjalanan dari Cina ke Pelabuhan Kelang dan ke Sabah, untuk membawa sebuah kontena memerlukan kos sebanyak RM2400.00 untuk sampai ke Sabah, sedangkan dengan laluan terus dari Cina ke Sabah, ia hanya memerlukan kos RM200.00 sahaja untuk membawa sebuah kontena. Perjalanan kapal dari Cina ke Sabah ditunjukkan oleh rajah di bawah;

90

Page 78: Agenda Borneo Memartabatkan Maruah Sabah. by Nestor Joannes

Kesan Dasar Kabotaj ini terhadap ekonomi Sabah adalah;

a. Sektor industri Sabah lembap kerana kurangnya pelabur asing melabur di Sabah.Contoh: 32,536 Kilang Di Malaysia, Hanya 1,334 di Sabah (4.10%)

b. Kadar Pengangguran di Sabah tertinggi di Malaysiac. Harga barangan yang mahal di Sabah (sehingga 40%) (Contoh;

Harga sadin King Cup kecil hanya RM1.00 di Semenanjung, sedangkan harga di Sabah mencecah RM2.50)

d. Harga jualan bahan mentah rendah (Contoh: ketika harga jualan getah kepingan di Semenanjung mencapai RM15.00 sekilogram, harga getah kepingan di Sabah hanya RM5.00 sekilogram)

e. Bekalan sentiasa berkurangan

5.13. Rakyat Sabah dinafikan untuk mengetahui hak asasinya

Donald Stephens (Tun Fuad) dihantar menjadi Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Australia untuk menghalang beliau untuk meneruskan kepemimpinan beliau untuk menuntut supaya Perjanjian Malaysia dirujuk semula selepas Singapura dikeluarkan dari Malaysia. Dengan menghantar Donald Stephens (Tun Fuad) ke Australia sebagai Pesuruhjaya Tinggi Malaysia, usaha Donald Stephens (Tun Fuad) untuk meneruskan perjuangan menuntut keadilan untuk Sabah berdasarkan kepada Perjanjian Malaysia telah tidak dapat diteruskan. Pengharaman buku tulisan Bernard Sta Maria yang berjudul “Peter Majuntin – The Golden Son Of Kadazan” yang ditulis pada tahun 1978 adalah usaha Kerajaan Pusat (Barisan Nasional) untuk menghalang rakyat Sabah untuk mengetahui hak-hak Sabah yang dicabul sejak tahun 1963. Buku ini memuatkan perkara yang berkenaan dengan kekecewaan Datuk Peter Majuntin terhadap layanan Kuala Lumpur terhadap Sabah. Ia juga banyak menyentuh hal-hal berkaitan dengan Perjanjian Malaysia dan 20-PERKARA yang telah tidak dihormati oleh Kuala Lumpur.

Sebuah buku yang ditulis oleh Datuk Dr Jeffrey yang bertajuk “The 20 Points – Basis For Federal-State Relations For Sabah – 1987” telah diharamkan oleh kerajaan kerana buku ini juga menyatakan banyak perkara berkenaan dengan pencabulan Kuala Lumpur terhadap hak-hak Sabah. Penahanan Datuk Dr Jeffrey G Kitingan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana giat membuat gerakan memberi pendidikan kepada rakyat Sabah tentang hak-hak Sabah yang terkandung dalam Perjanjian Malaysia juga merupakan tindakan-tindakan menghalang rakyat Sabah mengetahui hak-hak Sabah. Sebelum Datuk Dr Jeffrey G Kitingan ditangkap di bawah akta ini, beliau telah dipanggil oleh Dr. Mahathir. Dalam pertemuan ini Dr Mahathir telah

91

Page 79: Agenda Borneo Memartabatkan Maruah Sabah. by Nestor Joannes

bertanyakan kepada Datuk Dr Jeffrey tentang laporan Cawangan Khas polis yang menyentuh tentang usaha Datuk Dr Jeffrey di Sabah. Apabila Datuk Dr Jeffrey memaklumkan Dr Mahathir bahawa beliau mendidik rakyat Sabah tentang hak-hak rakyat Sabah, Dr Mahathir menasihatkan Datuk Dr Jeffrey supaya jangan beri tahu rakyat Sabah perkara yang mereka tidak tahu. Kata-kata Dr Mahathir adalah seperti berikut; “Jeffrey, orang-orang kampung tidak tahu tentang hak-hak negeri Sabah dan 20-PERKARA, kenapa kita harus memberitahu mereka? Laporan dari Special Branch (Polis SB) mengatakan bahawa kamu dan IDS bertanggungjawab memberitahu rakyat…”

92

Page 80: Agenda Borneo Memartabatkan Maruah Sabah. by Nestor Joannes

Apabila Datuk Dr Jeffrey meneruskan usahanya untuk mendidik rakyat Sabah tentang hak-hak Sabah yang dicabuli, maka beliau telah ditahan di Penjara Kamunting selama 2 tahun 7 bulan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).Sejak itu tidak ada seorang pun pemimpin Sabah yang berani menyentuh isu berkenaan dengan Pembentukan Malaysia dalam perjuangan politik mereka dengan jelas.

5.14. Sistem Pecah dan Perintah diperhebatkan di Sabah.

Sistem Pecah dan Perintah Barisan Nasional terhadap Sabah diperhebatkan setelah UMNO memasuki Sabah. Setelah memperdayakan USNO, UMNO berjaya memasuki Sabah dan meneruskan tindakan-tindakan mereka mengikut selera mereka. Manakala pemimpin-pemimpin USNO telah tidak relevan lagi bagi mereka. Apabila Tun Mustapha menyedari tidak-tanduk UMNO yang bertentangan dengan harapan Tun Mustapha dan pengikut USNO, mereka cuba menentang. Namun, malangnya dengan segala kuasa yang berpihak kepada UMNO, USNO telah dibubarkan dan sehingga kini tidak diberi peluang untuk dipulihkan semula. Kita faham dengan jelas sebab kenapa USNO tidak dapat dipulihkan walaupun sudah banyak usaha dari berbagai-bagai pihak dalam USNO mendaftarkan semula USNO sebagai sebuah parti politik. Pemimpin UMNO Kuala Lumpur pastinya telah menyedari bahawa rakyat Sabah sama ada bumiputera Islam atau bukan Islam tidak menerima sepenuhnya kehadiran UMNO di Sabah. Untuk memastikan cengkaman UMNO terhadap Sabah terus terjamin, mereka terus memanfaatkan kehadiran pendatang asing dengan kerjasama Kerajaan Barisan Nasional memberikan kerakyatan kepada mereka yang seterusnya menjadi penyokong UMNO.

Tidak mungkin Kerajaan Barisan Nasional akan mendaftar sebuah lagi parti politik di Sabah yang berpotensi untuk mengalihkan sokongan rakyat terutama sekali yang boleh menjejaskan kedudukan UMNO. Manakala parti politik yang dipimpin oleh masyarakat Kadzandusun dan Cina, sangat mudah mendapat pendaftaran. Dengan tindakan-tindakan licik pemimpin UMNO pada tahun 1994 ketika UMNO menjatuhkan PBS, parti politik di Sabah bertambah iaitu selain PBS yang sedia ada, UPKO, PBRS, SAPP dan LDP telah begitu mudah didaftarkan. Keadaan ini telah memecahbelahkan orang-orang Sabah yang tidak menyokong UMNO.

Pemimpin Sabah sangat sedar bahawa rakyat Sabah harus bersatu dalam suatu perjuangan melalui parti berbilang kaum untuk memastikan rakyat Sabah yang melebihi 40 etnik menikmati layanan sama rata oleh pihak kerajaan. Dalam

93

Page 81: Agenda Borneo Memartabatkan Maruah Sabah. by Nestor Joannes

tahun 1967, UPKO telah dibubarkan dan bersatu dengan USNO untuk menyatukan bumiputera di Sabah. Parti BERJAYA juga dibentuk dengan berlandaskan konsep berbilang kaum. Konsep parti berbilang kaum sangat sesuai di Sabah memandangkan kedudukan masyarakatnya yang majmuk (melebihi 40 etnik). Konsep ini telah diteruskan oleh Parti PBS dan diterima dengan baik oleh segenap lapisan masyarakat Sabah ini. Walaupun PBS dengan tegasnya menyatakan bahawa partinya adalah parti berbilang kaum dan susunan kepimpinannya jelas memberi ruang kepada semua kaum di Sabah dan menyediakan peruntukan terbesar untuk Majlis Agama Islam (MUIS) pada ketika itu, pemimpin Kuala Lumpur dengan sentimen perkauman dan sentimen keagamaan yang dicanangkan UMNO di Sabah, rakyat Sabah telah berpecah, kerana perbezaan agama kini sudah menjadi sempadan di kalangan masyarakat Sabah. Dalam masa yang sama, pemimpin UMNO sering melaungkan bahawa mana-mana suku kaum di Sabah, asalkan mereka beragama Islam adalah Melayu dan harus bersatu dalam sebuah parti mereka iaitu UMNO. Tindakan ini dilihat sebagai usaha halus penghapusan etnik.

Kerajaan Barisan Nasional berjaya melaksanakan misi seterusnya untuk terus memecah dan memerintah Sabah dengan kejayaannya melakukan persempadanan semula kawasan pilihanraya Sabah. Cara persempadanan semula yang dilakukan oleh kerajaan sangat jelas memberi kelebihan kepada UMNO yang mendapat sokongan oleh warga asing yang diberi Kad Pengenalan oleh Kerajaan Barisan Nasional. Penambahan kerusi sebanyak 12 DUN baru yang semuanya menjadi milik UMNO telah memperkukuhkan lagi cengkaman Persekutuan Tanah Melayu (Malaya) di Sabah melalui UMNO. Dalam pilihanraya seterusnya iaitu PRU 12 pada tahun 2008, UMNO mengambil 32 kerusi yang manakala 28 selebihnya dibahagi-bahagi kepada 5 parti politik yang lain iaitu SAPP. LDP, PBRS. PBS dan UPKO. Anak Negeri Sabah terpecah kepada 8 buah parti (termasuk UMNO, MCA, GERAKAN) dan yang lebih parah adalah dengan kehadiran PKR, DAP dan PAS. Manakala orang asing yang diberi kerakyatan oleh Kuala Lumpur memberi sokongan sepenuhnya kepada UMNO.

Kita tidak cemburu kepada UMNO jika mereka sungguh-sungguh melakukan kerja mereka untuk terus menjaga kepentingan bumiputera Sabah terutama mereka yang beragama Islam. Tetapi Anak Negeri Sabah merasa tertindas dan diabaikan kerana ternyata UMNO memberi tumpuan kepada pendatang asing yang diberikan Kad Pengenalan Malaysia oleh Kerajaan Barisan Nasional demi untuk kepentingan politik mereka. Kita difahamkan bahawa kira-kira 200,000 nama orang asing terdaftar dalam senarai pengundi di Sabah, namun

94

Page 82: Agenda Borneo Memartabatkan Maruah Sabah. by Nestor Joannes

dinafikan oleh Suruhanjaya Pilihanraya. Manakala mereka yang menerima dokumen kerakyatan termasuk anak-anak mereka dijangka mencapai sehingga 600,000.

Pada tahun 1970an, Datuk James Ongkili pernah menyatakan kebimbangan masalah keselamatan negeri dengan kehadiran orang asing pada ketika itu baru mencapai 1%.Kini jumlah orang asing di Sabah sudah mencapai 1.72 juta melebihi Anak Negeri yang baru mencapai 1.5 juta. Anak Negeri Sabah (Bajau, Suluk, Kadazan, Dusun, Murut, Bisaya, Rungus, Sungei dan etnik-etnik Sabah lainnya) terpaksa bersaing dengan 'rakyat Sabah baru' ini dalam semua aspek. Anak Negeri Sabah harus bersaing dengan orang asing dalam jawatan-jawatan perkhidmatan awam. Anak Negeri Sabah harus bersaing dalam memasuki Institut Perguruan, Anak Negeri Sabah harus bersaing dengan orang asing untuk mendapatkan peluang-peluang melanjutkan pelajaran di Institusi Pengajian Tinggi Awam. Anak Negeri Sabah juga terpaksa bersaing dengan orang asing ini untuk mendapatkan tawaran biasiswa. Anak Negeri Sabah harus bersaing dengan mereka, untuk mendapatkan tanah. Malangnya Anak Negeri ini merasakan kurang mendapat pembelaan dari Barisan Nasional. Pemimpin Anak Negeri Sabah pula tidak bermaya kerana terperangkap dalam sistem pecah dan perintah. Mereka masih sibuk mempersalahkan sesama mereka. Mereka gagal memahami kewujudan tangan-tangan ghaib dari Persekutuan Tanah Melayu (Malaya) di sebalik persengketaan ini. Mana-mana pemimpin Anak Negeri Sabah yang lantang bersuara, dikecam pula dan dituduh menyemarakkan semangat kenegerian. Mereka lemas dalam 'kuali' Barisan Nasional.

Begitulah di antara manipulasi pemimpin Malaya yang dilakukan terhadap Sabah sejak 1963 sehingga sekarang menyebabkan Sabah terus bergantung kepada pemimpin Malaya dalam urusan pembangunan, ekonomi dan politiknya. Inilah kejayaan utama pemimpin Malaya dalam usahanya menjajah Sabah. Di sini kita dapat memberi kesimpulan bahawa tujuan utama manipulasi ini adalah;

1. “Memalayakan” Sabah dengan melayan Sabah dan Sarawak sebagai salah satu daripada 13 buah negeri di bawah Malaya untuk memudahkan penerapan konsep “Ketuanan Melayu” di Sabah dan Sarawak.

2. Menguasai dan mengekalkan kekuasaan Malaya terhadap Sabah

95

Page 83: Agenda Borneo Memartabatkan Maruah Sabah. by Nestor Joannes

KESAN MANIPULASAI POLITIK PERSEKUTUAN TANAH MELAYU (MALAYA)TERHADAP SABAH.

Dengan manipulasi-manipulasi oleh Barisan Nasional pimpinan UMNO ini, politik Sabah tidak pernah stabil. Pemimpin-pemimpinnya sering bertelingkah. Hubungan antara etnik tidak seerat yang lalu. Ini kerana budaya polarisasi politik Semenanjung telah menular ke Sabah. Ekonomi Sabah pula semakin merosot sehingga Sabah telah diisytiharkan sebagai negeri termiskin di Malaysia oleh Bank Dunia pada tahun 2010. Keadaan politik yang tidak stabil dan ekonomi yang mundur menyebabkan pemimpin Sabah terus bergantung kepada Kuala Lumpur. Politik dan sumber Sabah diurus oleh Kuala Lumpur. Kesimpulannya, Sabah DIJAJAH SEMULA!!! Keadaan ini menyebabkan rakyat Sabah tidak menikmati erti kemerdekaan kerana Kuasa Kemerdekaan tidak dinikmati sepenuhnya. Dengan ringkasnya, oleh sebab Sabah dijajah semula, Sabah telah Hilang Kuasa Kemerdekaannya!

Akibat hilang kuasa kemerdekaan;a. UMNO menjajah Sabahb. Sistem penggiliran Ketua Menteri, dengan mudah diguna sebagai

pancingc. Kerusi DUN dan Parlimen Sabah dikuasai UMNOd. Perlantikan Ketua Menteri oleh Kuala Lumpure. Kabinet pusat dimonopoli oleh Persekutuan Tanah Melayuf. Sabah dan Sarawak tidak penting lagi kerana Persekutuan Tanah

Melayu (Malaya)menguasai lebih 2/3 kerusi parlimen (166 di Persekutuan Tanah Melayu, 25 kerusi di Sabah dan 30 kerusi Sarawak)

g. Masalah PTI semakin bertambahh. Sabah menjadi negeri termiskini. Sabah dan Sarawak menjadi negeri yang ke 12 dan ke 13. j. Rasuah, politik wang dan salah guna kuasa berleluasak. Pemimpin Sabah kehilangan semangat untuk berjuang. l. Pemimpin Sabah tidak mampu membuat keputusan tanpa restu

daripada Kuala Lumpur.m. Beratus ribu hektar keluasan tanah di Sabah diserahkan kepada pihak

Semenanjung melalui FELDA. Tabung Haji, Yayasan Selangor, Yayasan Melaka dan Syarikat-Syarikat Gergasi Persekutuan Tanah Melayu

96

Bab 6.0

Page 84: Agenda Borneo Memartabatkan Maruah Sabah. by Nestor Joannes

Kalau Barisan Nasional akan terus memerintah dengan bertunjangkan UMNO, dikhuatiri mereka masih mempunyai banyak rencana untuk terus memastikan ekonomi dan politik Sabah terus dicengkam dan Anak Negeri Sabah akan terus dinafikan hak mereka sehingga Anak Negeri Sabah akan menjadi pelarian dan pengemis di tempat sendiri! Perubahan harus berlaku kepada kerajaan. Kalau bukan sekarang, bila lagi? Inikalilah!

97

Page 85: Agenda Borneo Memartabatkan Maruah Sabah. by Nestor Joannes

Secara ringkasnya kedudukan politik Sabah dan kesannya terhadap masa depan Sabah ditunjukkan oleh rajah di bawah ini;

98

Page 86: Agenda Borneo Memartabatkan Maruah Sabah. by Nestor Joannes

'TSUNAMI POLITIK' TAHUN 2008 MEMBUKA PELUANG PERUBAHAN

Keputusan Pilihanraya Umum ke 12 pada tahun 2008 telah membuaka peluang kepada perubahan pentadbiran negara. Bilangan kerusi yang diperolehi oleh Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat di Semananjung sepatutnya telah membuka ruang kepada Sabah dan Sarawak untuk menuntut semula kuasa kemerdekaan. Bilangan kerusi Barisan Nasional di Semananjung hanyalah 86 manakala Pakatan Rakyat dan Bebas mempunyai 80 kerusi. Sabah dan Sarawak pula mempunyai 56 kerusi. Tanpa kerusi Sabah dan Sarawak, Barisan Nasional tidak mempunyai kerusi yang cukup kukuh untuk menerajui kerajaan. Dengan 56 kerusi dari Sabah dan Sarawak ini, Barisan Nasional memperolehi 136 kerusi dan berada dalam keadaan selesa untuk meneruskan pemerintahan di Puterajaya.

Pada ketika itu, Sabah dan Sarawak sepatutnya telah menjadi Kuasa Ketiga yang mempunyai peranan penting untuk menentukan siapa di antara Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat yang harus duduk di Puterajaya. “Jendela” kepada peluang perubahan terbuka luas pada ketika itu. Sabah dan Sarawak telah menjadi penentu dan seterusnya menjadi penyelamat kepada Barisan Nasional. Kedudukan ini dapat ditunjukkan dalam raja di bawah;

99

Bab 7.0

Page 87: Agenda Borneo Memartabatkan Maruah Sabah. by Nestor Joannes

Jika Sabah dan Sarawak telah memanfaatkan peluang tersebut, banyak perkara sepatutnya boleh berlaku terutama sekali yang berpihak kepada tuntutan-tuntutan Sabah dan Sarawak. Ini termasuklah;

a. Kerajaan Pusat boleh ditukarb. Kuasa Kemerdekaan dan Autonomi Sabah boleh dituntut kembalic. Masalah hubungan Kerajaan Pusat dan Negeri dapat diselesaid. Dasar dan sikap layanan Pemimpin Kerajaan Pusat dapat diubah.

Walau bagaimanapun, perkara itu tidak berlaku, Perkara tersebut gagal berlaku kerana beberapa kemungkinan;

a. Pemimpin Sabah belum ada kesedaran tentang perjuangan sebenar untuk Sabah

b. Pemimpin Sabah terperangkap dalam sistem Pecah dan Perintah sehingga tidak mencapai kata sepakat untuk masa depan Sabah

c. Kepentingan diri atau parti lebih dominan d. Tiada di antara pemimpin Sabah yang menang dalam pilihanraya

sungguh-sungguh berjuang untuk kepentingan negeri atau rakyat Sabah.

Oleh sebab pemimpin Sabah tidak bersedia terhadap peluang perubahan ini, mereka dilihat sebagai mengambil kesempatan untuk menuntut jawatan-jawatan dalam pentadbiran negara. Tuntutan-tuntutan mereka ini menyebabkan berlaku sejarah di mana Ahli Parliman dari Sabah mendapat perlantikan yang paling ramai iaitu empat Menteri Penuh,tiga Pembantu Menteri, seorang Speaker dan seorang Timbalan Speaker Dewan Parlimen.

Kalau dalam Pilihanraya Umum ke 13, keadaan ini akan berulang, pemimpin Sabah seharusnya bersedia untuk menggunakan kuasa perundingan itu untuk menuntut semula hak-hak yang dicabul selama 49 tahun yakni Perjanjian Malaysia. Perkara ini hanya dapat direalisasikan jika pemimpin-pemimpin ini dapat bersatu dalam satu perjuangan bersama atau dalam satu agenda walaupun berada dalam parti-parti yang berbeza.

100

Page 88: Agenda Borneo Memartabatkan Maruah Sabah. by Nestor Joannes

KEWUJUDAN UNITED BORNEO FRONT (UBF) ATAU BARISAN BORNEO BERSATU

Setelah usaha Datuk Dr Jeffrey membawa perjuangan Sabah melalui parti politik tidak berjaya dan dengan kepercayaan bahawa perjuangan Sabah ini harus difahami oleh rakyat Sabah, beliau telah mewujudkan UBF pada 16hb Disember 2010, sebuah pertubuhan bukan kerajaan sebagai landasan mendidik dan memberi kesedaran rakyat Sabah tentang perjuangan sebenar Sabah, pendesak kepada kerajaan untuk membetulkan segala kepincangan dalam pemerintahan dan juga merupakan penyatupadu kepada rakyat dalam suatu agenda perjuangan yang mantap untuk Sabah. UBF berjuang menuntut dikembalikan hak-hak negeri dan rakyat Sabah dan Sarawak dan menuntut ditunaikan syarat-syarat dan janji-janji serta jaminan-jaminan seperti persetujuan asal semasa pembentukan Malaysia. UBF menuntut supaya Artikel 8 dalam Perjanjian Malaysia 1963 yang ditandatangani di London pada 9hb Julai 1963 dihormati dan dilaksanakan dengan merujuk kepada Laporan Jawatankuasa Antara Kerajaan (IGC) yang ditandatangani pada 27hb Februari 1963.. Melalui UBF, rakyat Sabah didedahkan kepada beberapa perkara utama;

1. Di mana kita dahulu dan apa harapan pemimpin kita pada masa lalu?

2. Di manakah kita sekarang dan apakah kita berada dalam kedudukan seperti yang diharapkan oleh pemimpin kita pada masa lalu?

3. Ke mana hala tuju Sabah?

4. Kalau bukan kita, siapa lagi dan kalau buka sekarang bila lagi?

UBF telah menggariskan senarai tuntutan dalam suatu agenda yang disebut Agenda Borneo. Agenda Borneo dijadikan teras perjuangan rakyat Sabah dan Sarawak kerana inilah yang menjadi keperluan bahkan menjadi satu jaminan masa depan untuk rakyat dan generasi akan datang. UBF tidak memihak kepada mana-mana kumpulan politik tetapi mengambil iktibar dari Keputusan Pilihanraya Umum ke-12 di mana ternyata Sabah dan Sarawak mempunyai peluang untuk menentukan kerajaan yang memerintah Putrajaya. Peluang yang terlepas ini bakal muncul lagi dalam Pilihanraya Umum ke-13 dan mungkin peluang yang terakhir untuk Sabah dan Sarawak menentukan pemerintah Putrajaya yang benar-benar memenuhi aspirasi Agenda Borneo.

101

Bab 8.0

Page 89: Agenda Borneo Memartabatkan Maruah Sabah. by Nestor Joannes

Konsep Perjuangan UBF

UBF merupakan gerakan kumpulan pendesak dan penuntut hak-hak sivil dan akan bergabung dengan mana-mana organisasi, parti politik dan individu yang setuju dengan perjuangan UBF.

Fungsi;Memperkasa rakyat Borneo melalui kesedaran terhadap sejarah, politik, hak-hak tanggungjawab dan menanam semangat perjuangan untuk keadilan.

Visi;Sabah dan Sarawak (Borneo) bebas berautonomi politik, demokratik dan mempunyai ekonomi yang progresif.

Misi;Menghapuskan corak pemerintahan ala penjajah dan mengembalikan hak istimewa dan status Sabah dan Sarawak sebagai rakan kongsi yang sama taraf dalam Persekutuan Malaysia.

Matlamat Utama;Memastikan Perjanjian Malaysia 1963 termasuk 20-Perkara (Sabah) dan 18-Perkara (Sarawak), syarat, jaminan dan kenyataan dibuat Tunku Abdul Rahman, kandungan Laporan IGC dan Suruhanjaya Cobbold dihormati dan dilaksanakan seperti yang dijelaskan dalam Perkara 8, Perjanjian Malaysia 1963.

102

Page 90: Agenda Borneo Memartabatkan Maruah Sabah. by Nestor Joannes

Rajah di atas menunjukkan bagaimana UBF bertindak sebagai pemberi ilmu dan kesedaran kepada rakyat dan pemimpin parti politik untuk bersatu dalam satu agenda iaitu Agenda Borneo walaupun dalam berbagai-bagai parti politik. Kesatuan mereka dalam suatu kerjasama dalam Perikatan Borneo akan menjadikan mereka ini sebagai Kuasa Ketiga yang mampu menentukan siapa yang menjadi peneraju kepada Putrajaya. Kalau pada tahun 1961, Borneo Front ditubuhkan untuk memastikan hak dan keistimewaan Anak Negeri Sabah dan Sarawak terjamin dalam Projek Malaysia, United Borne Front (UBF) pula ditubuhkan pada tahun 2010, (50 tahun selepas idea Pembentukan Malaysia ini diucapkan oleh Tunku Abdul Rahman) untuk menuntut dikembalikan hak dan kuasa kemerdekaan Sabah yang diserahkan British pada 31hb Ogos 1963 yang dicabul oleh Kerajaan Persekutuan Melayu sejak 47 tahun yang lalu. Ia diibaratkan sebagai seorang pejuang yang bangkit kembali setelah melihat janji dan jaminan yang diberi sejak 49 tahun yang lalu tidak dipenuhi. Pejuang ini bangkit semula untuk menuntut supaya perjanjian itu dihormati dan menuntut supaya hak dan keistimewaan itu dikembalikan.

103

Page 91: Agenda Borneo Memartabatkan Maruah Sabah. by Nestor Joannes

AGENDA BORNEO SEBAGAI FAKTOR DAN KUASA PENYATUPADU PEMIMPIN DAN RAKYAT JELATA SABAH

Datuk Dr Jeffrey percaya bahawa pokok kepada segala masalah politik di Sabah disebabkan Sabah kehilangan kuasa autonominya dan kepimpinan yang lemah. Hasil daripada analisa politik Datuk Dr Jeffrey berkenaan layanan dan permainan politik Kuala Lumpur terhadap Sabah yang dilakukannya sejak tahun 1986 lagi, maka UBF di bawah pimpinan Datuk Dr Jeffrey telah mengenal pasti tujuh (7) agenda yang sangat penting yang harus diperjuangkan oleh Sabah yang mampu mengembalikan kebebasan, kesatuan dan maruah Sabah yang diharapkan dalam Perjanjian Malaysia. Tujuh agenda ini dilihat sebagai suatu harapan dan faktor penyatupadu pemimpin dan rakyat Sabah. Agenda tersebut adalah seperti berikut;

AGENDA 1: Menuntut supaya Kerajaan Persekutuan mewujudkan

"Mekanisma Pelaksanaan" untuk menyusuli pematuhan Perjanjian

Malaysia 1963 serta memulihkan status Sabah dan Sarawak sebagai rakan

kongsi setaraf dengan Malaya.

Tuntutan ini sangat wajar kerana Perjanjian Malaysia telah meletakkan Sabah dan Sarawak sebagai rakan kongsi sama rata dengan Malaya dan bukannya sama rata dengan mana-mana sebelas buah negeri di bawah Malaya. Ini memang wajar kerana dari segi saiz, Sabah jauh lebih besar dari negeri-negeri di Semenanjung. Kalaupun Kerajaan Persekutuan memberi layanan yang sama rata kepada semua negeri di Malaysia, dari segi peruntukan, Sabah dan Sarawak menjadi negeri yang sangat rugi. Sebagai contoh;

·Keluasan Perlis adalah lebih kurang 812 km persegi. Pitas, sebuah daerah kecil di Sabah mempunyai keluasan 1,419 km persegi tetapi Perlis mempunyai seorang Raja, seorang Menteri Besar, 15 orang ADUN dan 3 Ahli Parlimen. Manakala Pitas hanya mempunyai seorang ADUN dan berkongsi Ahli Parlimen dengan DUN lain. Dari segi peruntukan Wakil Rakyat, Perlis mendapat RM20 juta setahun, manakala Pitas hanya mendapat kira-kira RM700,000.

·Keluasan Keningau adalah 3533 kilometer persegi. Keluasan ini melebihi keseluruhan keluasan Melaka, Pulau Pinang dan Perlis. Ketiga negeri ini masing-masing mempunyai seorang Sultan atau

104

Bab 9.0

Page 92: Agenda Borneo Memartabatkan Maruah Sabah. by Nestor Joannes

Tuan Yang Terutama, masing-masing mempunyai seorang Menteri Besar atau Ketua Menteri, 83 Ahli Dewan Undangan Negeri dan 26 Ahli Parlimen kesemuanya dengan keluasan hanya 3505 kilometer persegi kesemuanya. Keningau pula hanya mempunyai dua orang Ahli Dewan Undangan Ngeri dan seorang Ahli Parlimen yang dikongsi dengan Tambunan serta seorang Pegawai Daerah. Keluasan Sabah adalah 73,620 kilometer persegi dengan hanya 60 Ahli Dewan Undangan Negeri dan 25 Ahli Parlimen dengan seorang Ketua Menteri dan seorang Yang Dipertua Negeri.

AGENDA 2 : Menuntut supaya satu formula agihan yang adil dalam aspek

hasil, cukai, minyak petroleum, perjawatan dan peranan di peringkat

Persekutuan.

Tuntutan ini wajar untuk memastikan sumber yang ada di Sabah dinikmati

sepenuhnya oleh rakyat Sabah. Perkara-perkara di bawah ini menunjukkan

bahawa rakyat Sabah tidak menikmati sepenuhnya sumbernya;

·Sabah hanya mendapat 5% daripada hasil minyak petroleum dari bumi Sabah. Secara matematik, negeri-negeri lain termasuk negeri yang tidak mempunyai minyak menikmati 9.5% hasil minyak dari Sabah.

·Hampir 80% jawatan pengarah agensi persekutuan di Sabah disandang oleh orang dari Semenanjung.

·Sebanyak 66,597 jawatan agensi persekutuan di Sabah. 51,879 (78%) diisi oleh orang dari Semenanjung. Ini menyebabkan kadar pengangguran rakyat Sabah tertinggi di Malaysia. (63%). Ke mana hala tuju rakyat Sabah yang masih sedang belajar sekarang?

·Penglibatan Sabah dalam peranan yang penting di peringkat Persekutuan perlu dipertingkatkan terutama dalam kementerian dan agensi Persekutuan.

AGENDA 3 : Menuntut supaya hak-hak Anak Negeri Sabah dan Sarawak

dihormati dan kekal seperti yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia dan

Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan.

Tuntutan ini wajar kerana sejak akhir-akhir ini, di bawah pentadbiran Kerajaan

Barisan Nasional, hak-hak Anak Negeri Sabah tidak diberi pembelaan

105

Page 93: Agenda Borneo Memartabatkan Maruah Sabah. by Nestor Joannes

sewajarnya;

·Hampir semua aspek dalam pentadbiran Malaysia mengabaikan hak dan peluang Anak Negeri Sabah dan Sarawak. Contoh yang sangat jelas adalah menafikan hak pemilikan tanah yang diwarisi turun-temurun dan memberikan pula keistimewaan kepada syarikat-syarikat yang mendapat konsesi khas.

·Peluang dalam konteks pendidikan terutama dalam kursus-kursus kompetitif di IPTA, biasiswa, kerjaya yang sangat tipis (hanya sekitar 5 – 10%).

·Tanpa disedari Anak Negeri Sabah dilayan sebagai rakyat Malaysia kelas ke empat teletak dalam suku kaum “lain-lain”, sedangkan orang Bugis, Pakistan, Mamak, Arab dan lain-lain orang asing di Sabah termasuk dalam kelas pertama setelah 'diMelayukan' oleh Najib dalam ucaptama perhimpunan UMNO pada tahun 2010.

AGENDA 4: Menuntut supaya Dasar Kabotaj (dasar perkapalan)

dimansuhkan. Dasar ini menyebabkan impak negatif terhadap ekonomi

Sabah sejak tahun 1984.

Tuntutan ini wajar kerana dasar ini telah memberi sumbangan besar kepada

kedudukan Sabah yang menjadi negeri yang termiskin di Malaysia (Laporan

Bank Dunia pada November 2010). Peluang pengembangan ekonomi dari

sumber perkapalan terlalu terhad kerana kos yang tinggi harus ditanggung oleh

pelabur asing yang mahu melabur di Sabah.

·Melalui dasar ini, semua kapal kontena membawa barangan import dari luar negara mesti berlabuh di Pelabuhan Klang dan membayar cukai. Ini menyebabkan tempoh masa penghantaran barangan ke Sabah lebih lama, harga barangan di Sabah lebih mahal, industri perkilangan lembap dan hampir semua hasil bahan mentah dari Sabah terpaksa dihantar ke Semenanjung untuk diproses .

·Selagi dasar ini masih berkuat kuasa, harga barangan di Sabah tidak akan menjadi lebih murah. Harga barangan di Sabah lebih mahal sehingga mencecah 40% dibandingkan dengan barangan di Semenanjung. Inilah sebabnya kenapa harga minyak masak di Sabah lebih mahal berbanding Semenanjung sedangkan Sabah pengeluar sawit utama di Malaysia.

106

Page 94: Agenda Borneo Memartabatkan Maruah Sabah. by Nestor Joannes

·Rakyat Sabah menoreh dan menjual getah kepada LIGS dengan harga kira-kira RM5.00. LIGS memproses getah tersebut dalam bentuk SMR dan dihantar ke Semenanjung untuk diproses menjadi sarung tangan. Kemudian rakyat Sabah membelinya balik dengan harga yang lebih mahal dari harga di Semenanjung. Tanpa dasar kabotaj ini, harga getah dari Sabah boleh mencecah sehingga RM15.00 jika dijual terus ke negara luar.

AGENDA 5 : Menuntut supaya fokus pembangunan ditumpukan kepada

Sabah dan Sarawak di samping mengurangkan jurang ekonomi dan digital

antara dua wilayah.

Tuntutan ini wajar kerana selama ini tumpuan pembangunan lebih diberi kepada negeri-negeri di Semenanjung tanpa mengambil kira keluasan kedua negeri Sabah dan Sarawak. Keluasan Sabah adalah 56.4% keluasan Semenanjung, manakala keluasan Sarawak adalah 95.3% keluasan Semenanjung. (Keluasan Sabah: 73,620km persegi, Keluasan Sarawak: 124,449 km persegi, Keluasan Semenanjung (11 buah negeri): 130,495 km persegi. Pada tahun 2011 sahaja Sabah menghantar sebanyak RM22.7 bilion (hasil dan cukai) dan royalti minyak petroleum sebanyak RM14.7 bilion melalui Petronas ke Kuala Lumpur. Ini bermakna, pada tahun 2011 sahaja, Sabah telah menghantar wang ke Kuala Lumpur sebanyak RM36.7 bilion. Secara puratanya Sabah menghantar wang ke Kuala Lumpur setiap tahun tidak kurang daripada RM25 Bilion (Ruj: 1 Billion = RM1000 juta)

·Data kemiskinan tegar dari EPU masih meletakkan Sabah paling ramai miskin tegar di Malaysia. Laporan Bank Dunia pada 11/11/2010 turut meletakkan Sabah termiskin di Malaysia. Ini membuktikan Sabah harus diberi keutamaan dalam pengagihan peruntukan pembangunan. RMK9, Sabah hanya mendapat 8.5% daripada RM 200 Bilion. RMK 10 Sabah diberi 4.3% daripada RM 109 Bilion.

·Sepanjang 21,300 km jalan raya di Semenanjung telah diturap dengan kualiti yang terbaik, sehingga 12 lorong dan bertingkat -tingkat. Di Sabah, baru 3,000 km jalan yang diturap dengan kualiti yang teruk sehingga banyak jalan raya yang rosak walaupun baru beberapa minggu atau bulan siap diturap.

107

Page 95: Agenda Borneo Memartabatkan Maruah Sabah. by Nestor Joannes

·Hasil minyak Sabah telah membantu KL membina Menara Berkembar Petronas, Lapangan Terbang Kuala Lumpur, Litar Formula One, Putrajaya, Membeli 110 kapal kontena MISC, Universiti Teknologi Petronas dan membiayai hampir 30,000 pelajar Semenanjung dalam biasiswa Petronas.

·Sabah pengeluar utama minyak kelapa sawit, getah, koko, kayu balak dan kelapa tetapi masih menjadi negeri paling miskin di Malaysia?

AGENDA 6 : Menuntut supaya masalah Pendatang Tanpa Izin (PTI) dan

isu Projek IC diselesaikan secara tuntas dan integriti, termasuklah

hukuman yang berat ke atas mereka yang memberikan status

kewarganegaraan kepada pendatang tanpa izin dengan cara yang tidak

teratur dan sempadan Sabah Sarawak diperketatkan.

Tuntutan ini wajar kerana kehadiran warga asing yang diberikan

kewarganegaraan Malaysia oleh Kerajaan Persekutuan dengan cara yang tidak

teratur mendedahkan Sabah kepada bahaya yang menjejaskan kedaulatan

negara. Kehadiran mereka ini boleh menyebabkan pemerintahan Sabah boleh

diambil alih oleh mereka pada bila-bila masa sahaja;

·Penduduk Sabah sekarang berjumlah 3.23 juta dan daripada jumlah itu, 1.7 juta adalah pendatang tanpa izin (PTI). Jumlah orang asing di Sabah sudah menguasai penduduk tempatan yang hanya berjumlah, 1.5 juta.

·Bagaimana mereka masuk dengan mudah, siapa yang memberikan mereka penempatan, siapa yang memberikan mereka status warganegara dan siapa yang memberikan mereka status sebagai pengundi?

·Orang asing diberi kerakyatan Malaysia di Sabah dan memberikan mereka status sebagai orang Melayu sehingga pertambahan 'orang Melayu' di Sabah meningkat 1552% sedangkan pada tahun 1963, hampir tidak wujud bangsa Melayu di Sabah tetapi pada tahun 1970 Melayu berjumlah 18,362 dan tahun 2000 meningkat sehingga 303,500 (kenaikan 1552%), suatu peningkatan yang luar basa. Populasi mereka naik mendadak mengatasi populasi kaum Bajau/Suluk/lranun dan Kadazandusun.

·Sudah menjadi pengetahuan umum bahawa memang wujud "Projek

109

Page 96: Agenda Borneo Memartabatkan Maruah Sabah. by Nestor Joannes

IC” yang didalangi oleh beberapa pemimpin UMNO, namun mereka terus menafikan.

·Kini, masalah PTI sudah semakin kronik. Jumlah mereka bukan sahaja mengatasi penduduk tempatan malah diberikan status warganegara dan boleh mengundi untuk menentukan masa depan politik tanah air.

·Sedar atau tidak, percaya atau tidak, mahu atau tidak, Anak Negeri Sabah bakal menjadi minoriti dan pelarian di bumi Sabah.

AGENDA 7 : Menuntut supaya kajian semula terhadap kehadiran dan

peranan agensi-agensi Persekutuan di Sabah/Sarawak bahkan syarikat-

syarikat dari Semenanjung yang mendapat konsesi tanah di Sabah.

Tuntutan ini wajar kerana Sabah memiliki kementerian dan jabatan. Tanpa

disedari fungsi setiap kementerian dan jabatan ini semakin dihakis dengan

kehadiran pelbagai agensi persekutuan dari Kuala Lumpur seperti Felda,

Risda, Felcra, LKIM, LIGM, FAMA dan banyak lagi. Kehadiran agensi-agensi

ini melumpuhkan agensi di Sabah seperti SLDB, LIGS dan KPD. Tanah Sabah

adalah warisan Sabah. Warisan ini harus dijaga daripada diambil orang luar

ketika Anak Negeri Sabah belum mempunyai keupayaan untuk menerokanya.

Apa yang dikhuatiri adalah belum sempat Anak Negeri Sabah mencapai

keupayaan dari segi ilmu dan kewangan untuk menerokai potensi warisan ini,

semuanya sudah diambil oleh orang luar. Ketika orang Sabah mencapai

keupayaan untuk menerokai potensi warisan ini, semuanya sudah diambil

orang luar. Di manakah pembelaan untuk Anak Negeri Sabah?

·Hampir 1.4 juta hektar tanah Sabah ditanam dengan kelapa sawit yang mana 80% adalah syarikat dari Kuala Lumpur seperti Felda, IJM, IOI, Le Meridien dan banyak lagi.

·Beberapa syarikat dari Kuala Lumpur turut mendapat konsesi dalam program Penghutanan Semula untuk satu jangka masa yang sangat lama sehingga mencecah 100 tahun.

·Tanah dan hutan yang. merupakan sumber hak asasi dan warisan rakyat Sabah kini menjadi sumber kekayaan syarikat-syarikat dari Kuala Lumpur. Penguasaan dan pemilikan dari Kuala Lumpur terhadap sumber dari Sabah perlu dihentikan segera!

110

Page 97: Agenda Borneo Memartabatkan Maruah Sabah. by Nestor Joannes

Ketujuh-tujuh agenda ini merupakan tuntutan serampang dua mata;

i. Agenda 1, Agenda 2 dan Agenda 3 memuatkan semua tuntutan yang berkaitan dengan jaminan hak dan keistimewaan Sabah yang termaktub dalam 20-PERKARA dan Laporan Antara Kerajaan (IGC) 1962 yang menjadi tunjang kepada Perjanjian Malaysia 1963.

ii. Agenda 4, Agenda 5, Agenda 6 dan Agenda 7 merupakan tuntutan yang berkaitan dengan penyelasaian masalah yang dihadapi oleh Sabah disebabkan oleh dasar-dasar Kerajaan yang menyebabkan ke tidak seimbangan pembangunan social ekonomi dan masalah kebanjiran pendatang tanpa izin (PTI).

Di bawah ini pula merupakan 7 Dasar dan Matlamat USNO dalam Persidangan 1972. Perhatikan bahawa sejak dari dulu, USNO sudah berjuang untuk mempertahankan kemerdekaan Negeri Sabah dan berjuang mempertahankan sehingga terlaksananya kedudukan istimewa Anak Negeri Sabah. Malangnya kehadiran UMNO di Sabah bukan pula membantu memperkasakan USNO tetapi ianya dihapuskan dengan tindakan yang licik oleh UMNO.

111

Page 98: Agenda Borneo Memartabatkan Maruah Sabah. by Nestor Joannes

CABARAN DAN PERANAN UNTUK MEREALISASIKAN PERJUANGAN

10.1. Keperluan Untuk Membawa Perjuangan UBF dalam Parti Politik

Sejak penubuhan UBF, gerakan telah dilakukan oleh pasukan UBF pimpinan Datuk Dr Jeffrey untuk melaksanakan misi mendidik dan memberi kesedaran kepada pemimpin segenap lapisan masyarakat Sabah. Sambutan sangat menggalakkan dan semakin ramai warga Sabah yang mengetahui dan mendapat kesedaran tentang hak-hak Sabah yang dijamin dalam Perjanjian Malaysia, terutama di kalangan warga pendidik. Dalam sesi soal jawab dalam mana-mana sesi “Borneo Tea Party” (BTP), ramai yang mengesyorkan supaya perjuangan yang dibawa oleh UBF dibawa dalam perjuangan politik. Usaha juga telah dilakukan oleh Datuk Dr Jeffrey untuk memperkenalkan perjuangan ini kepada parti-parti politik sama ada dalam Barisan Nasional atau pembangkang di Sabah. Namun sikap acuh tak acuh oleh pemimpin parti-parti tersebut menyebabkan Datuk Dr Jeffrey cuba mendaftarkan parti politiknya. Walau bagaimanapun, seperti yang dijangka, perkara sama dilalui Datuk Dr Jeffrey dalam usahanya mendaftarkan parti dalam tahun 1994 tidak ada berita yang menggembirakan kerana layanan pihak pendaftar parti sangat mengecewakan. Parti-parti dalam Barisan Nasional pula tidak bermaya untuk mengangkat perjuangan yang diperkenalkan oleh UBF kerana mereka terperangkap dalam sistem pecah dan perintah dan 'lemas' dalam 'kuali' Barisan Nasional.

10.2. Wujudnya Parti STAR di Sabah

Apabila perjuangan UBF ini diperkenalkan kepada ahli Forum Bangsa Dayak Borneo, di mana Datuk Dr Jeffrey sendiri adalah Presidennya, Dr Patau Rubis telah mencadangkan kepada Datuk Dr Jeffrey untuk membawa Parti STAR ke Sabah dan digunakan sebagai jentera memperjuangkan Perjuangan UBF itu dalam perjuangan politik. Datuk Dr Jeffrey tidak menerimanya secara bulat-bulat kerana pengalaman masa lalu bersama AKAR dan PBRS. Datuk Dr Jeffrey telah membawa cadangan ini dalam perbincangan barisan pemimpin UBF. Untuk menjamin bahawa tidak ada masalah masa akan datang timbul, pihak UBF membentangkan 16 syarat kepada pihak kepimpinan Parti STAR. Kesemua syarat tersebut telah diterima tanpa sebarang bantahan. Maka pada

112

Bab 10.0

Page 99: Agenda Borneo Memartabatkan Maruah Sabah. by Nestor Joannes

6hb Januari 2012, Parti STAR cawangan Sabah telah dilancarkan dengan kehadiran beribu orang di Dewan Besar Hongkod Koisaan KDCA termasuk pemimpin-pemimpin dari Parti STAR Sarawak dengan laungan INIKALILAH berkumandang sepanjang pelancaran tersebut. Wakil-wakil dari parti pembangkang lain seperti SAPP. USNO dan SPF juga hadir pada pelancaran tersebut. Dalam masa lima bulan sahaja keahlian Parti STAR di Sabah telah melebihi 160,000 ahli dari seluruh pelosok Sabah dan dari berbagai suku kaum dan masih bertambah setiap hari.

113

Page 100: Agenda Borneo Memartabatkan Maruah Sabah. by Nestor Joannes

Risalah sempena pelancaran Parti STAR di Sabah pada 6hb Januari 2012 di Hongkod Koisaan KDCA Penampang

114

Page 101: Agenda Borneo Memartabatkan Maruah Sabah. by Nestor Joannes

10.3. Cabaran Parti STAR

Parti STAR di Sabah bukan sahaja berhadapan dengan Barisan Nasional tetapi ia juga berhadapan dengan parti-parti pembangkang lainnya terutama sekali Pakatan Rakyat Malaysia yang ada di Sabah (PKR, PAS dan DAP) dan SAPP. Semakin lama, bahang cabaran yang dibawa oleh Parti STAR pula semakin dirasakan oleh parti-parti pembangkang lainnya sehingga ada yang menabur berbagai fitnah untuk mempengaruhi rakyat jelata untuk menolak Parti STAR. Di antara fitnah yang ditabur oleh pesaing politik STAR terutama di kalangan pemimpin pertengahan PKR adalah seperti berikut;

a. Parti STAR kononnya tidak boleh bertanding di Sabah dan akan dibubarkan kerana masalah dengan pihak pendaftar pertubuhan. Mereka mengatakan bahawa Parti STAR tidak mempunyai kelulusan dari pihak pendaftar untuk membuka cawangannya di Sabah. Mereka juga mengatakan bahawa laporan-laporan tahunan dan laporan kewangan kononnya tidak dihantar oleh Parti STAR menyebabkan parti ini berkemungkinan akan dibubarkan dan menyebabkan penyokong parti akan berputih mata pada pilihanraya nanti.

Parti STAR mempunyai panel peguamnya dan mereka tidak akan membiarkan perkara ini berlaku. Untuk kepastian, Parti STAR telah dipanggil oleh Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) Sabah pada 16hb Mac 2012 untuk diberi taklimat berkenaan dengan peraturan-peraturan pilihanraya. Parti STAR dan logonya terdaftar dalam Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) sebagai sebuah parti yang sah dan layak bertanding di mana-mana sahaja dalam Malaysia. (Sila rujuk LAMPIRAN untuk mengetahui senari parti politik dan simbolnya yang berdaftar dengan SPR Malaysia)

b. Parti STAR dituduh sebagai parti tajaan Barisan Nasional untuk bertujuan memecah undi di kalangan pembangkang untuk memastikan kemenangan berpihak kepada Barisan Nasional. Ada juga di antara pemimpin pertengahan PKR menyebarkan fitnah yang lebih teruk mengatakan bahawa Parti STAR ditaja oleh isteri Perdana Menteri, Datin Rosmah Mansur sebanyak 50 juta ringgit hingga 100 juta ringgit untuk tujuan yang sama. Individu berkenaan yang sering dibawa oleh PKR dalam siri ceramah mereka di beberapa tempat di Sabah mendakwa bahawa dia sendiri telah mendengarnya dalam perbincangannya bersama dengan Datuk Dr Jeffrey. Perkara ini

120

Page 102: Agenda Borneo Memartabatkan Maruah Sabah. by Nestor Joannes

dinafikan oleh Datuk Dr Jeffrey dan mengatakan bahawa tuduhan ini adalah suatu perkara yang bodoh kerana tidak ada pihak yang akan memberi kelengkapan senjata kepada pihak musuh untuk menentangnya dalam pertempuran. Walau bagaimanapun sejak Datuk Dr Jeffrey mengumunkan dalam satu program BTP di Kg Sunsuron Tambunan pada 22hb Mei 2012 bahawa beliau mahu menyaman individu yang mengatakan perkara tersebut (dengan jumlah tuduhan 50 atau 100 juta) jika ada di antara sesiapa yang dapat merakam perbualan atau ceramah oleh individu tersebut dan bersedia menjadi saksi kepada keadaan itu, individu tersebut telah mengubah kenyataan bahawa dia mendengarnya dari sumber lain tetapi tidak dinyatakan sumber mana. Kini, fitnah-fitnah seperti ini masih kedengaran dalam ceramah-ceramah pemimpin PKR di Sabah tetapi dengan jumlah yang berkurangan, ada yang mengatakan RM9 juta dan ada juga yang mengatakan RM7 juta. Semuanya ini adalah fitnah semata-mata.

Apa yang berlaku adalah mereka memutar belit apa yang dikatakan Datuk Dr Jeffrey sebagai 'The Third Force' atau Kuasa Ketiga iaitu menjadi penentu kepada siapa yang akan duduk di Putrajaya jika keputusan pilihanraya akan datang menyaksikan keputusan yang serupa dengan keputusan pilihanraya 2008. Walaupun Datuk Dr Jeffrey mengatakan bahawa Parti STAR boleh memberikan sokongan kepada mana-mana pihak (sama ada Barisan Nasional atau Pakatan Rakyat), bergantung kepada siapa yang boleh memenuhi tuntutan Agenda Borneo, beliau juga mengatakan bahawa, “kita sudah memberi Barisan Nasional 49 tahun mentadbir negara dan masa itu sudah cukup untuk mereka menunjukkan keikhlasan mereka membantu Sabah, tapi apa yang mereka lakukan adalah mencabul Perjanjian Malaysia dan terus menjajah Sabah. Kita semua mahukan perubahan dan mahukan kerajaan diubah. Oleh itu tiada sebab kenapa kita harus memberikan sokongan kepada Barisan Nasional lagi. Oleh itu, kita mahu memberikan sokongan kepada Pakatan Rakyat, tetapi bukan secara percuma…” katanya dengan merujuk kepada Agenda Borneo iaitu tuntutan-tuntutan Sabah untuk mendapatkan semula kuasa kemerdekaan yang diberikan Kerajaan British pada 31hb Ogos 1963, tetapi telah dicengkam Barisan Nasional selama 49 tahun.

c. Terdapat juga kemusykilan tentang kedudukan Parti STAR selepas pilihanraya jika parti ini berjaya membentuk kerajaan. Ada yang bimbang jika berlaku perkara seperti yang dilalui oleh PBS dalam

121

Page 103: Agenda Borneo Memartabatkan Maruah Sabah. by Nestor Joannes

tahun 1994, di mana ramai yang telah melompat meninggalkan parti kerana tidak dapat bertahan dengan tekanan dan godaan Barisan Nasional yang pada ketika itu masih kukuh menguasai kerajaan. Terdapat juga pandangan yang mengatakan bahawa, perjuangan STAR ini nanti akan sia-sia jika STAR akan mengikuti jejak PBS yang telah menyertai Barisan Nasional semula. Namun Datuk Dr Jeffrey menjelaskan bahawa keadaan sekarang jauh berbeza dengan zaman PBS pada tahun 1994. Ketika itu, perhubungan dengan dunia antarabangsa amat terhad. Dunia ketika itu masih tertutup. Manakala rakyat pula belum mempunyai kesedaran dan pengetahuan tentang perjuangan sebenar Sabah. Pada masa ini, semua informasi hanya berada di hujung jari. Dengan kecanggihan teknologi komunikasi dunia, apa yang akan berlaku di Sabah akan diketahui oleh seluruh dunia dalam beberapa saat melalui teknologi tanpa sempadan ini. Pemimpin dalam STAR pula lebih bersedia dengan segala kemungkinan terutama sekali perkara yang berlaku pada tahun 1994. Perjuangan dengan agenda yang jelas ini adalah perjuangan jangka panjang. Peringkat awal sudah dilalui Datuk Dr Jeffrey iaitu peringkat membongkar sejarah sebenar Sabah dan hak-hak Sabah yang telah dicabuli. Peringkat kedua adalah mendidik rakyat terhadap hak-hak ini. Peringkat ini menyebabkan Datuk Dr Jeffrey telah melalui keperitan dalam perjuangan dengan meringkuk dalam ISA selama 2 tahun 7 bulan. Namun, selagi rakyat Sabah belum jelas dengan hak-hak Sabah ini, peringkat kedua ini belum selesai. Dengan penubuhan UBF dan dengan gerakan BTP yang hebat di seluruh Sabah, peringkat perjuangan kedua ini sudah selesai. Kita telah bergerak sejauh itu dan kini perjuangan Peringkat Ketiga di ambang pintu – untuk mendapatkan semula kuasa kemerdekaan yang dicabul selama 49 tahun yang menyebabkan Sabah dinafikan hak-hak kemerdekaannya. Kenapa kita harus berhenti di sini dan berkata, “ kita sudah melakukan semua yang termampu, tapi kita gagal…mari kita masuk dan berjuang dari dalam….” dan masuk balik dalam 'kuali Barisan Nasional” yang semakin “mendidih” seperti yang dilakukan PBS pada tahun 2001? Mereka gagal membentuk pemimpin pelapis untuk meneruskan perjuangan itu lalu membawa perjuangan mereka bersama masuk ke dalam “kuali” Barisan Nasional. Kalau mereka telah berjaya membentuk pemimpin pelapis, di kala mereka tidak mampu meneruskan perjuangan itu lagi, mereka sepatutnya meletak jawatan dan menyerahkan perjuangan itu kepada pemimpin-pemimpin muda yang mereka bentuk (ini pun kalau ada). Perjuangan

122

Page 104: Agenda Borneo Memartabatkan Maruah Sabah. by Nestor Joannes

itu diibaratkan sebagai larian 4x400 meter. Tidak mungkin seorang dapat menghabiskan larian itu seorang diri dan menang. Malang sekali bagi PBS kerana tidak mendalami dan menghayati perjuangan yang diperkenalkan Datuk Dr Jeffrey kepada PBS sejak 1991 lagi.

Datuk Dr Jeffrey dan pemimpin masa kini akan berlalu, namun perjuangan ini harus diteruskan. Yang penting, kini semakin ramai warga Sabah yang menyedari perjuangan ini. Kita usahakan untuk membentuk generasi muda menjadi pelapis meneruskan perjuangan ini, memastikan kuasa kemerdekaan itu menjadi milik Anak Negeri Sabah sepenuhnya.

Mari kita memandang jauh ke hadapan. Kita bayangkan keadaan masa hadapan, jika kita sebagai Anak Negeri Sabah terus bertelingkah, saling menjatuhkan sesama sendiri, apakah nanti penghujung keadaan kita? Pertelingkahan demi pertelingkahan sesama orang Sabah telah membuka ruang yang luas kepada pihak luar untuk memanipulasi Sabah dan menghisap sumber Sabah.

Tidak ada keuntungan kepada mana-mana pihak parti pembangkang jika mereka bertelingkah sesama sendiri dan menabur berbagai-bagai fitnah untuk menjatuhkan sesama mereka. Usaha harus berfokus kepada perjuangan kerana fitnah-fitnah tersebut hanyalah menjadi gangguan dalam perjalanan menuju destinasi perjuangan. Semua pemimpin parti pembangkang di Sabah harus memberi fokus kepada kekuatan perjuangan masing-masing dan menggabungkan kekuatan itu untuk memastikan kemenangan dalam pilihanraya akan datang. Kalau semua pihak boleh mengetepikan kepentingan sendiri, dan mendahulukan perjuangan sebenar Sabah, keputusan untuk bekerjasama pasti tersedia.

Walau bagaimanapun, kita tidak dapat mengawal sesiapa daripada melakukan perkara-perkara yang tidak menguntungkan kerana kita tidak dapat mengawal apa yang berlaku di luar diri kita. Kita hanya dapat mengawal apa yang dari dalam diri kita. Oleh itu, jika semua orang dapat mengawal apa yang datang dari dalam diri, hal-hal saling bertelingkah sepatutnya tidak berlaku. Namun keupayaan seseorang itu untuk mengawal apa yang keluar dari dalam dirinya bergantung kepada tujuan mereka melibatkan diri dalam dunia politik. Ramai yang mahu menawarkan diri sebagai calon kerana mereka fikir mereka itu dikenali ramai. Sekadar dikenali ramai, tidak memadai untuk seseorang itu menjadi wakil rakyat yang baik. Ia juga haruslah disenangi kerana sebab yang betul oleh mereka yang mengenalinya.

123

Page 105: Agenda Borneo Memartabatkan Maruah Sabah. by Nestor Joannes

Oleh itu, sangat penting bagi kita mengenal tujuan sebenar seseorang itu dalam usahanya untuk bersaing dalam politik. Terdapat lima sebab utama seseorang berebut-rebut memburu kedudukan dalam kepimpinan politik dan jika berjaya akan menggagalkan perjuangan atau menimbulkan kekecewaan rakyat;

a. Mengharapkan kepentingan perniagaan mereka berkembang atau “mahu jadi kaya”

b. Mengharapkan jawatan atau kedudukan atau kerana mengekalkan kedudukan atau kuasa

c. Dendam, protes atau kemarahan peribadi atau iri hati dan berusaha menjatuhkan seseorang

d. Glamour atau kerana menjadi terkenale. Membantu kawan dan memberi sumbangan terhadap kejayaan

kawan dalam karier politik kawannya.

Jika kepimpinan dikuasai oleh kelima tujuan ini, rakyat akan menuju kehancuran kerana perjuangannya selesai ketika mereka mencapai tujuan itu. Mereka tidak akan mampu mengeluarkan rakyat daripada kepompong kemiskinan dan penindasan apa lagi untuk memartabatkan maruah bangsa. Tujuan berpolitik seperti inilah yang telah memberi sumbangan kepada kemunduran Sabah lebih daripada 30 tahun jika dibandingkan dengan kemajuan yang dinikmati di Semenanjung Malaysia. Pemimpin seperti ini gagal mempertahankan kuasa kemerdekaan dan menyebabkan hak-hak Sabah begitu mudah dicabul oleh kepimpinan Kuala Lumpur. Ini semua berlaku kerana perjuangan mereka selesai sebaik sahaja mereka berjaya mencapainya manakala tindakan seterusnya oleh golongan ini menyebabkan rakyat jelata menjadi mangsa.

Semangat juang yang ada pada permulaan kemerdekaan dan pembentukan Malaysia, permulaan perjuangan BERJAYA dan permulaan perjuangan PBS tidak wujud lagi di kalangan pemimpin ini. Perjuangan mereka ini adalah perjuangan “Apa Yang Saya Dapat” menyebabkan berlakunya tindakan-tindakan yang tidak bermoral menyebabkan sumber dan warisan Sabah begitu mudah tergadai kepada orang asing.

Dalam perjuangan yang mencabar ketika ini terutama sekali dalam usaha memartabatkan maruah dan mempertahankan hak-hak Sabah, seseorang yang mahu melibatkan diri dalam perjuangan politik seharusnya disebabkan oleh kesedarannya bahawa penglibatannya dalam perjuangan ini adalah suatu panggilan sesuai dengan kebolehannya, keperibadiannya dan nilai yang

124

Page 106: Agenda Borneo Memartabatkan Maruah Sabah. by Nestor Joannes

didukungnya. Untuk ini seseorang itu harus terlebih dahulu mengenal dirinya dari segi kekuatan atau kebolehannya, sikapnya, wawasannya dan keperibadiannya dengan penuh bijaksana sehingga dia boleh berseru “Tuhan, ini yang berlaku, dan saya berada di tengah-tengahnya. Engkau mengurniakan saya dengan kebolehan, sikap, wawasan, keperibadian dan kebijaksanaan ini. Apakah Engkau memanggil saya supaya terlibat dalam perjuangan ini agar saya menjadi pelita dan alat Mu memperkenalkan perubahan? - I am the clay and You are the Potter…..” Untuk ini seseorang itu perlu sedikit kebolehan untuk discernment untuk membolehkannya memahami diri dan menyahut panggilan ini dan berusaha membentuk diri agar perjuangannya nanti sesuai dengan kehendakNya.

Oleh itu dalam perjuangan ini, kita perlu membentuk pemimpin kita secara berterusan sehingga pemimpin kita sekurang-kurangnya mempunyai keupayaan seperti;

a. Mempunyai impian yang jelas (visionary)Seorang yang berani mengimpikan sesuatu adalah seorang yang mempunyai wawasan yang jelas. Dalam konteks perjuangan untuk memartabatkan maruah Sabah, ia harus jelas dengan keadaan masa lalu dan masa kini serta mempunyai wawasan yang jelas terhadap masa depan Sabah, kerana Kita hanya tahu ke mana hendak pergi jika kita tahu di mana kita berada.

b. Mempunyai keupayaan berfikir yang dalam (thinker)Wawasan yang jelas juga memerlukan susunan tindakan atau strategi yang jelas untuk mencapainya. Strategi dan tindakan yang jelas hanya dapat difikirkan oleh mereka yang mempunyai keupayaan berfikir yang lebih dalam. Orang ini haruslah di kalangan mereka yang rajin berfikir. Pintar bercakap sahaja tidak menjaminnya menjadi pemimpin yang baik dalam dunia yang semakin mencabar ini, kerana Kita hanya tahu apa yang mahu dilakukan jika kita jelas dengan apa yang kita kehendaki.

c. Berkebolehan melaksanakan rancangan yang ditetapkan (action oriented)Wawasan dan strategi yang baik hanya akan diterjemahkan kepada kenyataan apabila adanya tindakan. Ia juga bukan sekadar pemimpin yang terlibat dalam ucapan perasmian dan penutupan sesuatu majlis sahaja kerana pemimpin ini sesuai dengan gelaran “YB Buka-Tutup”. Orang yang “action oriented” biasanya akan turun sehingga ke akar

125

Page 107: Agenda Borneo Memartabatkan Maruah Sabah. by Nestor Joannes

umbi memimpin dan melaksanakan apa yang dipercayainya sesuai dengan keperluan. Ramai yang mengaku pemimpin pada masa kini tetapi hanya akan bersama rakyat apabila mengiringi orang kenamaan – Kita hanya yakin melakukan sesuatu jika kita jelas dengan tujuan kita.

Kita tidak mahu Sabah terus dinafikan dengan kuasa kemerdekaan hanya kerana kepimpinan yang lemah dan tidak memenuhi aspirasi rakyat jelata. Kita juga tidak mahu pemimpin yang mewakili rakyat tidak berkemampuan menyertai sebarang perdebatan isu-isu yang dibawa dalam perbincangan di dewan undangan negeri atau di dewan rakyat kerana dia hanya akan memanaskan kerusinya tetapi rakyat yang diwakilinya menjadi hampa. Kita juga tidak mahu kejayaan kita dalam perjuangan ibarat keluar dari mulut buaya, masuk dalam mulut singa. Perjuangan Sabah adalah untuk mengambil semula Kuasa Kemerdekaan yang telah diberikan oleh Kerajaan British kepada Sabah pada 31hb Ogos 1963 tetapi dicengkam Kuala Lumpur sejak 49 tahun yang lalu. Perjuangan Sabah BUKAN MEMINDAHKAN Kuasa Kemerdekaan itu daripada cengkaman Barisan Nasional pimpinan UMNO kepada Pakatan Rakyat pimpinan PKR.

10.4. Kewujudan Dan Perjuangan UBA (United Borneo Alliance)

Seperti juga pemimpin-pemimpin parti pembangkang dan para pengundi, pemimpin STAR juga mengakui bahawa wujud kebimbangan di kalangan pengundi, akan berlaku perpecahan kepada pihak pembangkang. Keadaan ini pasti akan memberi kelebihan kepada pihak Barisan Nasional memenangi pilihanraya akan datang. Oleh sebab itu Datuk Dr Jeffrey telah berusaha membentuk suatu persefahaman parti-parti pembangkang Sabah dibawah “United Borneo Alliance” (UBA) atau Perikatan Borneo Bersatu. Awal-awal lagi, USNO (masih berusaha untuk didaftarkan) telah mengisytiharkan sokongan mereka kepada perjuangan yang dibawa oleh UBF dan pada 29hb Januari 2012 suatu deklarasi di antara STAR yang diwakili Datuk Dr Jeffrey dan USNO yang telah diwakili Datu Badarudin Tun Datu Mustapha telah ditandatangani di suatu perhimpunan di Semporna. Deklarasi yang dipanggil “Deklarasi Semporna” ini disaksikan beribu orang tempatan yang kebanyakannya dari suku kaum Bajau-Suluk. Dalam deklarasi tersebut, kedua pihak telah bersetuju untuk penyatuan semula etnik-etnik Sabah terutama sekali Kadazandusun Murut dengan Bajau-Suluk dan etnik-etnik Sabah yang lain yang sekian lama berpecah akibat tangan-tangan ghaib dan fitnah pemimpin Barisan Nasional Persekutuan Tanah Melayu (Malaya) sejak dari

126

Page 108: Agenda Borneo Memartabatkan Maruah Sabah. by Nestor Joannes

zaman USNO memerintah Sabah lagi. Mereka bersetuju bahawa telah begitu banyak masa dan tenaga terbuang untuk etnik-etnik Sabah bertelingkah sesama mereka sehingga begitu mudah pihak pemimpin Persekutuan Tanah Melayu (Malaya) mengambil kesempatan terhadap Sabah. Mereka mengisytiharkan bahawa masanya sudah tiba untuk mengetepikan segala perbezaan dan bersatu dalam suatu agenda menyelamatkan Sabah dari terus dijajah oleh Persekutuan Tanah Melayu (Malaya) dan menyelamatkan generasi akan datang daripada menjadi pengemis di bumi sendiri. Datu Badarudin Tun Datu Mustapha dan barisan pemimpin USNO bersetuju untuk menggunakan lambang STAR dalam pilihanraya akan datang jika sehingga tarikh pembubaran DUN dan Parlimen, Parti USNO yang cuba mereka hidupkan semula tidak akan didaftarkan oleh pihak Kerajaan Barisan Nasional.

127

Page 109: Agenda Borneo Memartabatkan Maruah Sabah. by Nestor Joannes

Setakat ini STAR, SAPP dan USNO telah bersetuju membentuk kerjasama di bawah UBA untuk memastikan tidak berlaku pertembungan sesama mereka dalam pilihanraya akan datang. Inilah hasil perbincangan bersemuka di antara Datuk Dr Jeffrey, Datu Badarudin Tun Datu Mustapha dan Datuk Yong Teck Lee pada 28hb Mei 2012 di Kota Kinabalu. Pada hari yang sama, Pakatan Rakyat (PR) (PKR, DAP dan PAS) juga telah dijemput untuk menghadiri perbincangan bersemuka di antara UBA (United Borneo Alliance) dan PR (Pakatan Rakyat) tetapi mereka tidak dapat hadir dengan alasan masing-masing. PKR pula menyatakan bahawa mereka mahu bertanding di 42 DUN dan 20 Parlimen di Sabah dan tidak mahu berunding dengan mana-mana pihak.

Seperti juga harapan mana-mana pihak pembangkang, UBA juga berharap tidak akan berlaku pertembungan calon-calon pembangkang dalam pilihanraya akan datang. Walau bagaimanapun, dalam dunia demokrasi, pertembungan beberapa penjuru adalah di luar kawalan mana-mana pihak. Ini semua akan bergantung kepada kepimpinan parti dan individu yang bersemangat untuk bertanding. Barangkali parti-parti politik yang akan mencapai persefahaman dapat mengelakkan pertembungan, namun kehadiran calon-calon bebas dalam pilihanraya adalah di luar kawalan mana-mana pihak.

Perjuangan UBF kini telah menjadi perjuangan bersama oleh UBA. Ketiga pemimpin Datuk Dr Jeffrey (STAR), Datuk Yong Teck Lee (SAPP) dan Datu Badarudin Tun Datu Mustapha (USNO) bersetuju bekerjasama untuk memastikan perjuangan itu dapat direalisasikan dengan memastikan perubahan berlaku pada Kerajaan Negeri. Kita berharap, tidak ada perubahan dalam kerjasama mereka ini. Apa pun keadaan, yang penting Datuk Dr Jeffrey telah menunjukkan keikhlasan beliau dengan menganjurkan pertemuan di antara semua pihak pembangkang untuk mencari penyelesaian. UBA percaya bahawa untuk memastikan berlaku perubahan kepada Kerajaan Persekutuan, UBA harus bekerjasama dengan Pakatan Rakyat. Oleh itu, UBA mencadangkan supaya Pakatan Rakyat menumpukan perhatian untuk menawan sebanyak mungkin Kerajaan Negeri dan memenangi sebanyak mungkin daripada 166 kerusi Parlimen di Semenanjung manakala UBA akan menumpukan perhatian untuk memenangi dan membentuk Kerajaan Negeri di Sabah dan memenangi sebanyak mungkin dari 26 kerusi parlimen di Sabah (termasuk Labuan).

Perkara ini wajar kerana perjuangan Sabah bukan semata-mata menukar kerajaan. Perjuangan Sabah yang didukung oleh UBA adalah untuk mengambil semula Kuasa Kemerdekaan yang telah diberikan oleh Kerajaan British kepada Sabah pada 31hb Ogos 1963 tetapi dicengkam Kuala Lumpur sejak 49 tahun yang lalu. Perjuangan Sabah BUKAN

128

Page 110: Agenda Borneo Memartabatkan Maruah Sabah. by Nestor Joannes

MEMINDAHKAN Kuasa Kemerdekaan itu daripada cengkaman Barisan Nasional pimpinan UMNO kepada Pakatan Rakyat pimpinan PKR. Selama ini Barisan Nasional telah menjadi pokok ara kepada 'pokok Sabah' dan Pakatan Rakyat juga berpotensi untuk menjadi pokok ara yang meneruskan cengkamannya kepada 'pokok Sabah'. Kita tidak mahu lagi melihat Sabah ini menjadi pokok tumpangan pokok ara. Kita mahu membersihkan 'pokok Sabah' daripada cengkaman pokok ara itu selagi 'pokok Sabah' ini masih hidup dan terus dipelihara menjadi pokok yang segar dan dibanggakan oleh semua lapisan masyarakat Sabah.

PKR menawarkan Buku Jingga sebagai jaminan usaha mereka untuk menjaga hak-hak dan keistimewaan Sabah, namun ianya tidak memenuhi aspirasi Sabah seperti yang dijamin oleh Perjanjian Malaysia. Kehadiran PKR dan parti-parti politik Semenanjung itu di Sabah sahaja pun sudah bertentangan dengan semangat Perjanjian Malaysia. Oleh itu, apa yang dituntut oleh UBA adalah parti-parti politik Sabah diberi kepercayaan untuk mengurus hal ehwal politik Sabah tanpa kehadiran tangan-tangan ghaib dari Semenanjung.

Di antara tawaran yang terkandung dalam Buku Jingga adalah memberikan semula kepada Sabah 20% hasil minyak petroleum yang dikeluarkan oleh Petronas dari Sabah. Sedangkan UBA menuntut untuk mendapatkan 50% dari hasil minyak petroleum tersebut. Tuntutan UBA ini memang wajar kerana minyak petroleum itu dari tanah Sabah dan sepatutnya milik Sabah. Tengku Razali Hamzah juga dalam ceramahnya di Dewan Hongkod Koisan KDCA pada tahun 2010 dalam tajuk “Minyak Sabah Untuk Siapa” mengatakan bahawa minyak petroleum dari Sabah sepatutnya milik Sabah dan Sabah berhak mengawal minyak petroleum dari buminya sendiri.

'Tawaran' Pakatan Rakyat dalam Buku Jingga nya diumpamakan sebagai seorang yang meminta semua hasil sawah yang diusahakan oleh pemilik sawah tersebut dan kemudiannya menawarkan kepada pemilik sawah untuk mengembalikan 20% daripada hasil sawahnya, manakala 80% pula diambil oleh orang yang tidak ada kena-mengena dengan tanah sawah tersebut seperti yang dilakukan oleh Kerajaan Junta Myanmar kepada petani-petani di Myanmar. Pakatan Rakyat seharusnya menawarkan untuk menyerahkan kesemua kuasa kemerdekaan Sabah itu kepada Sabah untuk memastikan Sabah memperoleh kuasa autonomi politiknya. Langkah pertama untuk membuktikan keikhlasan ini adalah untuk membatalkan hasratnya untuk bertanding dalam mana-mana kawasan pilihanraya di Sabah sebagai menghapuskan unsur-unsur penjajahan terhadap Sabah dan menumpukan perhatian untuk memenangi sebanyak mungkin kerusi parlimen dan menawan sebanyak mungkin Kerajaan Negeri di Semenanjung. Sebenarnya kita hanya

129

Page 111: Agenda Borneo Memartabatkan Maruah Sabah. by Nestor Joannes

perlu mengembalikan kuasa Pemerintahan Sabah Kepada Parti Tempatan kita di Sabah untuk memperoleh Kuasa Autonomi kita. Maka itu segala dasar kita adalah bergantung kepada Kuasa Mutlak Dewan Undangan Negeri kita di Sabah. Pada masa ini walaupun kita diwakili dalam Barisan Nasional, Kuasa Autonomi kita sedang digenggam oleh parti Persekutuan Tanah Melayu (Malaya)iaitu UMNO. Oleh itu, wajarkah kita meneruskan Penguasaan Parti Persekutuan Tanah Melayu (Malaya)di Sabah yang sudah merdeka ini?

Sepanjang Datuk Dr Jeffrey Kitingan bersama dengan Anuar dalam PKR, Datuk Dr Jeffrey telah mendapati bahawa Anuar Ibrahim belum bersedia dan tidak memperlihatkan kemungkinan untuk memberikan kuasa autonomi politik kepada Sabah. Kepimpinan PKR lebih cenderung kepada usaha mengambil alih kekuasaan politik Sabah daripada UMNO, dari membebaskan Sabah daripada kongkongan politik Malaya. Sebagai contoh, apabila Datuk Dr Jeffrey telah mencadangkan untuk menyampaikan laporan kes Sabah ke London sebagai Naib PKR, Anuar Ibrahim telah menghalangnya. Permintaan Datuk Dr Jeffrey untuk membuat penyesuaian kepada Perlembagaan PKR sesuai dengan keperluan jaminan terhadap hak dan kuasa autonomi Sabah juga tidak dilakukan oleh PKR. Maka dengan itu, Datuk Dr Jeffrey Kitingan berpendapat bahawa jika Anuar tidak boleh menunaikan permintaan yang sekecil itu untuk Sabah, tidak ada jaminan bahawa Deklarasi Tambunan yang seterusnya diperincikan dalam Agenda Borneo itu dapat ditunaikan. Tambahan pula cara Anuar Ibrahim menyusun kepimpinan PKR di Sabah masih bertunjangkan kepada Ketuanan Melayu. Di sinilah Datuk Dr Jeffrey telah mendapat jawapan, kenapa Anuar Ibrahim enggan menandatangani Deklarasi Tambunan.

Oleh sebab itu, Datuk Dr Jeffrey Kitingan tidak melihat masa depan yang lebih baik untuk Sabah jika pemimpin Sabah masih bergantung kepada pemimpin Malaya untuk mengendali hal ehwal Sabah. Datuk Dr Jeffrey Kitingan melihat bahawa Pakatan Rakyat yang diperkenalkan oleh Anuar Ibrahim di Sabah tidak sesuai untuk Sabah. Namun, bagi memenuhi keperluan perkembangan politik di Sabah, Datuk Dr Jeffrey Kitingan berpendapat bahawa parti-parti politik di Sabah harus bersatu dalam suatu wawasan, berjuang untuk mengembalikan kuasa politik Sabah kepada rakyat Sabah sepenuhnya. Pakatan Rakyat versi Sabah harus diwujudkan. Pakatan Rakyat versi Sabah adalah UBA (United Borneo Alliance) iaitu dicadangkan sebagai gabungan STAR, SAPP dan USNO manakala Pakatan Rakyat versi Semenanjung adalah gabungan PKR, DAP dan PAS, semuanya parti politik dari Semenanjung. Pakatan Rakyat versi Semenanjung harus menumpukan usaha untuk memenangi sebanyak mungkin kerusi daripada 166 kerusi parlimen dan menawan sebanyak mungkin kerajaan negeri di Semenanjung, manakala Pakatan Rakyat versi Sabah dan Sarawak

130

Page 112: Agenda Borneo Memartabatkan Maruah Sabah. by Nestor Joannes

menumpukan usaha untuk menawan kerajaan negeri dan menawan sebanyak mungkin kerusi parlimen di Sabah dan Sarawak. Pakatan Rakyat versi Semenanjung dan Pakatan Rakyat versi Sabah dan Sarawak kemudiannya bergabung untuk menawan Putrajaya.

10.5. Tindakan dan Tanggungjawab Orang Sabah

STAR atau UBA tidak gentar jika ia terpaksa bertembung dengan Pakatan Rakyat (PR) di mana-mana kawasan pilihanraya di Sabah kerana STAR atau UBA mempunyai perjuangan yang jelas untuk Sabah. Jika semua rakyat Sabah memahami dengan jelas perjuangan ini, tidak ada sebab kenapa rakyat Sabah harus menolak perjuangan ini. Walau berlaku pertembungan beberapa penjuru dalam pilihanraya ini, rakyat Sabah harus memberi sokongan penuh kepada perjuangan UBA ini. Oleh itu, peranan kita sebagai rakyat Sabah dan pendukung kepada perjuangan “Memartabatkan Maruah Sabah Dengan Menuntut Kuasa Kemerdekaan dan Mempertahankan Hak-Hak Negeri Sabah” adalah memastikan semua rakyat memahami dengan jelas perjuangan ini. Kalau Bukan Kita, Siapa Lagi? Kalau Bukan Sekarang, Bila Lagi? Ini Kalilah! Ini kalilah orang Sabah perlu bersatu. Ini kalilah orang Sabah tidak kira suku kaum dan agama, bersatu melepaskan diri daripada terus diperlagakan oleh Pemimpin Persekutuan Tanah Melayu (Malaya)melalui sistem pecah dan perintahnya. Usaha untuk bersatu itu adalah tanggungjawab semua warga Sabah tidak kira bangsa dan ugama. Namun kita perlu jelas tujuan untuk bersatu; Bersatu kerana apa? Bersatu untuk apa? Bersatu untuk siapa? Bersatu untuk ke mana?

Anak Negeri Sabah perlu bersatu kerana sekian lama kita diperlagakan oleh tangan-tangan ghaib pemimpin Persekutuan Tanah Melayu. Anak Negeri Sabah perlu bersatu untuk Memartabatkan Maruah Sabah Dengan Menuntut Kuasa Kemerdekaan dan Mempertahankan Hak-Hak Negeri Sabah. Orang Sabah perlu bersatu demi untuk generasi kita, memastikan mereka tidak akan menjadi pengemis dalam bumi sendiri. Anak Negeri Sabah harus bersatu sehingga kuasa autonomi politik dinikmati oleh Anak Negeri Sabah sepenuhnya. Anak Negeri Sabah harus bersatu untuk memastikan sumber dan kekayaan bumi Sabah dinikmati sepenuhnya oleh Anak Negeri Sabah. Anak Negeri Sabah harus bersatu untuk Agenda Borneo. Lihatlah dan ketahuilah keadaan tanah iaitu sumber warisan utama warga Sabah. Beratus ribu hektar tanah Sabah telah diserahkan kepada Semenanjung oleh Kerajaan Pimpinan Barisan Nasional di Sabah. Di manakah keadilan untuk Anak Negeri Sabah bila Yayasan Melaka diberi lebih 30,000 hektar tanah dari Sabah, Yayasan Selangor diberi lebih 36,000 hektar tanah dari Sabah, FELDA diberi 303,000 ekar tanah dari Sabah dan beratus ribu hektar tanah lagi dari Sabah diberikan

131

Page 113: Agenda Borneo Memartabatkan Maruah Sabah. by Nestor Joannes

kepada syarikat-syarikat gergasi lain dari Semenanjung. Sedangkan Anak Negeri Sabah jauh di pelosok yang hanya mampu membuka sekangkang kera tanah untuk penghidupan harian dihalau, rumah dirobohkan dan tanah dirampas hanya kerana mereka tidak mempunyai geran tanah tersebut untuk memberi laluan kepada syarikat-syarikat gergasi ini! Di manakah keadilan untuk Anak Negeri Sabah ini?! Kebimbangan kita adalah, belum sempat Anak Negeri Sabah mencapai kemampuan untuk menerokai sumber tanah ini, semuanya sudah menjadi milik orang luar. Ketika Anak Negeri Sabah mencapai keupayaan untuk menerokai sumber ini, semuanya sudah terlambat. Semuanya sudah menjadi milik orang luar. Apakah kita membiarkan Anak Negeri Sabah ini nanti akan mengemis kepada orang asing di bumi sendiri. Tanah Sabah adalah harta warisan Anak Negeri Sabah. Warisan in harus dipertahankan. Anak Negeri Sabah perlu pembelaan!

Cabaran terbesar dalam merealisasikan perjuangan kita ini adalah perpecahan yang berlaku di kalangan masyarakat Anak Negeri Sabah. Perpecahan demi perpecahan berlaku kerana gagal membentuk wawasan bersama. Masing-masing mempunyai agenda yang dicipta sekadar bertindakbalas kepada keadaan semasa tanpa disemangati oleh sejarah. Inilah masalah apabila sejarah disembunyikan. Bila pemimpin Anak Negeri Sabah tidak memahami sejarah, maka mereka masing-masing mencipta sejarah sendiri. Apabila masing-masing mencpta sejarah, maka berlakulah perpecahan. Kalau semua pemimpin ini boleh mengetepikan kepentingan sendiri, merendahkan diri dan memahami dimana kita dahulu, dimana kita sekarang dan apakah kita sudah sampai ke destinasi yang diharapkan oleh pemimpin kita yang bersetuju membentuk Malaysia 49 tahun yang lalu, tentu sekali mereka boleh bersatu dalam suatu wawsan dan suatu agenda yang jelas. Mereka seharusnya boleh memimpin Anak Negeri Sabah untuk memahami kemana seharusnya hala tuju kita dan apakah tindakan yang harus dilakukan untuk mencapai hala tuju tersebut. Malangnya selagi orang kita tidak mengetahui sejarah peranan Sabah dalam pembentukan Malaysia dan selagi orang kita melihat pemimpin Persekutuan Tanah Melayu (Malaya) lebih superior dari pemimpin kita sendiri, selagi itu orang kita tidak akan dapat bebas dari penjajahan minda dan selagi itu kita tidak terlepas dari kongkongan pemimpin Persekutuan Tanah Melayu (Malaya). Inilah masanya untuk Anak Negeri Sabah berubah. Berubah dan bersatu dalam suatu agenda – Agenda Borneo!

Kalau kita tidak bersatu sekarang, jangan salahkan siapa-siapa jika suatu masa nanti generasi kita akan merana dan menyumpah batu nisan kita kerana mereka sudah menjadi pelarian dalam bumi sendiri ketika kita sudah meninggalkan bumi ini. Selagi nyawa dikandungkan badan, mari kita berjuang menyediakan

132

Page 114: Agenda Borneo Memartabatkan Maruah Sabah. by Nestor Joannes

masa depan yang terjamin untuk generasi kita. Kita pastikan roh kita akan terus tenang ketika kita meninggalkan bumi tanah tumpah darah kita, kerana bebas dari sumpahan generasi yang akan datang. Jika kita tidak hiraukan keadaan yang sedang menimpa bumi warisan kita sekarang, apakah generasi kita yang akan datang mampu mengungkapkan kata-kata, “Syukurlah, kerana kita terus menikmati kemakmuran dalam bumi Sabah tanah tumpah darah kita. Syukurlah kerana kita mempunyai jaminan untuk terus menikmati kekayaan dan sumber bumi tanah tumpah darah kita hasil usaha mereka…..”

133

Page 115: Agenda Borneo Memartabatkan Maruah Sabah. by Nestor Joannes

KESIMPULAN DAN PENUTUP

Dalam Buku ini, dengan ringkas kita telah didedahkan keadaan politik Sabah ketika proses pembentukan Malaysia yang menjadi tunjang perjuangan Datuk Dr Jeffrey G Kitingan. Secara ringkasnya, kita didedahkan terhadap beberapa perkara yang penting;

1. Sabah sebagai negara merdeka2. Kenapa Sabah telah bersetuju bergabung dengan beberapa negara lain

membentuk Malaysia3. Apa terjadi selepas pembentukan Malaysia dengan manipulasi

Persekutuan Tanah Melayu (Malaya) terhadap politik Sabah4. Harapan untuk perubahan5. Agenda Borneo sebagai wadah membebaskan Sabah dari jajahan.

Kita juga dibawa untuk merenung beberapa perkara dengan harapan dapat membimbing kita membuat keputusan yang terbaik untuk menyelamatkan Sabah iaitu;

1. Di mana kita dahulu dan apa harapan pemimpin kita pada masa lalu?2. Di manakah kita sekarang dan apakah kita berada dalam kedudukan

seperti yang diharapkan oleh pemimpin kita pada masa lalu?3. Ke mana hala tuju Sabah?4. Kalau bukan kita, siapa lagi dan kalau buka sekarang bila lagi?

Mungkin ada di antara kita yang mengatakan bahawa sudah terlambat tindakan kita untuk bersatu dalam agenda ini, namun harus kita ingat bahawa tidak ada istilah “terlambat” jika kita pernah memulakan sesuatu. “It is better to be late than never” (Adalah lebih baik, terlambat daripada langsung tidak memulakan sesuatu), kata seorang sarjana. Datuk Dr Jeffrey telah memulakan usaha untuk mendidik warga Sabah tentang hak-hak yang dijamin dalam Perjanjian Malaysia sejak 1986 lagi walaupun beliau bersendirian ketika itu. Kita jangan biarkan buah-buah usaha itu yang kini menjadi tonggak perjuangan kita masa ini, reput begitu sahaja. Kita jangan mensia-siakan masa 2 tahun dan 7 bulan beliau meringkuk dalam ISA. Beliau dan kita pasti akan berlalu dalam bumi Sabah pada suatu hari nanti, namun perjuangan itu harus diteruskan. Datuk Dr Jeffrey pernah berkata, “Saya hanya melalui kehidupan ini sekali sahaja, namun selagi nyawa dikandungkan badan, selagi itu saya berjuang. Saya tidak mahu menjadi sebagai 'seseorang', tetapi apa yang saya mahu buat adalah, saya mahu 'menjadikan sesuatu' sebelum saya meninggalkan bumi tercinta ini….” . “Sesuatu” yang dimaksudkan oleh Datuk Dr Jeffrey itu adalah kejayaan Sabah memperoleh semula Kuasa Kemerdekaan yang diberikan Kerajaan British sejak 31hb Ogos 1963 yang selama ini dicengkam oleh kekuasaan Kuala Lumpur.

135

Page 116: Agenda Borneo Memartabatkan Maruah Sabah. by Nestor Joannes

Untuk mengakhiri coretan dalam buku ini, sebagai penulis, saya mengajak pembaca dan rakyat Sabah yang cintakan tanah tumpah darah kita, untuk bersyukur dan berterima kasih kepada Datuk Dr Jeffrey G Kitingan atas segala usaha dan pengorbanan beliau memastikan rakyat Sabah memahami sejarah penting bagi Sabah. Tanpa kegigihan dan pengorbanan beliau sejak tahun 1986 lagi, tidak mungkin maklumat yang dimuatkan dalam buku ini sampai ke pengetahuan kita. Tanpa mengetahui maklumat-maklumat yang dibongkar oleh Datuk Dr Jeffrey G Kitingan yang disampaikan dalam buku ini, rakyat Sabah akan terus tunduk kepada segala tindak- tanduk Malaya terhadap Sabah dan rakyat Sabah akan terus tersepit dan berpotensi akan menjadi pelarian di tempat sendiri.

Kini, kita sudah mengetahui hak kita sebagai rakyat Sabah, jangan biarkan pengetahuan ini terpendam dalam diri begitu sahaja. Pengetahuan ini harus diterjemahkan kepada tindakan yang membolehkan perubahan berlaku dengan menggunakan hak memilih untuk perubahan melalui peti undi, kerana JIKA KITA TIDAK PEDULI, ORANG LAIN JUGA TIDAK PEDULI, SIAPAKAH YANG KITA TUNGGU? Oleh itu, mari kita selamatkan Sabah untuk Selamatkan Malaysia. Bersatupadu adalah kewajiban kita bersama demi untuk masa depan kita dan masa depan anak cucu kita. Agenda Borneo adalah Penyatupadu rakyat Sabah yang Mutlak! Perjuangan ini memerlukan kita. Kalau Bukan Kita, Siapa Lagi? Kalau Bukan Sekarang Bila lagi? Ini Kalilah!

Untuk pengetahuan lebih lanjut, pastikan kita sebagai Anak Negeri Sabah mendapatkan salinan Manifesto Pilihanraya STAR (bersama USNO) sebaik

sahaja ia dilancarkan untuk memahami dengan lebih jelas Wawasan dan Misi UBA untuk menyelamatkan Sabah dari terus dicengkam oleh

penjajahan Persekutuan Tanah Melayu. Di antara perkara penting dalam manifesto ini termasuklah bagaimana Maruah Sabah dijulang dengan

mengembalikan kedudukan Sabah sebagai rakan sama taraf dengan Malaya, bagaimana hasil minyak petroleum akan memberi impak besar terhadap

masa depan rakyat Sabah dan bagaimana warisan tanah Sabah diurus dengan sempurna untuk memastikan warisan ini dapat dipertahankan, dijaga dan dimanfaatkan sepenuhnya oleh Anak Negeri Sabah. Mari, Anak Negeri

Sabah berjuang untuk “Memartabatkan Maruah Sabah Dengan Menuntut Kuasa Kemerdekaan dan Mempertahankan Hak-Hak Negeri Sabah”

Bersatupadu Untuk Agenda Borneo Adalah Kewajipan! Kalau Bukan Kita, Siapa Lagi? Kalau Bukan Sekarang, Bila Lagi?

Ini Kalilah!!

136

Page 117: Agenda Borneo Memartabatkan Maruah Sabah. by Nestor Joannes

137

LAMPIRAN

Page 118: Agenda Borneo Memartabatkan Maruah Sabah. by Nestor Joannes

LAMPIRAN 1: 20-PERKARA

Perkara 1: AgamaWalaupun tiada bantahan terhadap agama Islam sebagai agama kebangsaan Malaysia akan tetapi agama rasmi sepatutnya tidak akan diadakan di Borneo Utara, dan segala perundangan mengenai agama Islam yang terkandung di dalam Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu (Malaya)tidak harus digunakan di Borneo Utara.

Perkara 2: BahasaBahasa Melayu harus dijadikan Bahasa Kebangsaan Persekutuan. Penggunaan Bahasa Inggeris harus diteruskan untuk tempoh sepuluh tahun selepas Hari Malaysia Bahasa Inggeris harus digunakan sebagai bahasa rasmi Borneo Utara untuk semua tujuan berkaitan dengan negeri dan persekutuan, tanpa had masa.

Perkara 3: PerlembagaanWalaupun Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu (Malaya) diterima sebagai asas untuk membentuk Perlembagaan Malaysia, akan tetapi Perlembagaan Malaysia seharusnya dipersetujui oleh pergabungan negeri-negeri bebas dan sepatutnya bukan sesuatu susunan pindaan kepada sebuah perlembagaan yang telah digubal dan dipersetujui oleh negeri-negeri yang berasingan di dalam keadaan yang berlainan sekali. Sebuah perlembagaan baru untuk Borneo Utara sewajarnya amat diperlukan.

Perkara 4: Ketua PersekutuanKetua (Yang Di Pertua Negara) Borneo Utara tidak layak untuk dipilih sebagai Ketua Persekutuan.

Perkara 5: Nama Persekutuan"Malaysia" bukan “Melayu Raya”

Perkara 6: ImigresenKawalan ke atas penghijrahan dari luar ke mana-mana tempat di Malaysia seharusnya terletak di bawah kuasa kerajaan Persekutuan tetapi kemasukan ke Borneo Utara sepatutnya juga memerlukan persetujuan Kerajaan Negeri. Kerajaan Persekutuan tidak seharusnya berkuasa membatalkan kemasukan sesiapa pun ke dalam Borneo Utara jika ia berkaitan dengan urusan kerajaan negeri kecuali atas sebab-sebab keselamatan sahaja. Borneo Utara seharusnya mempunyai kuasa yang tidak terhad ke atas pergerakan seseorang, kecuali mereka yang bertugas di bawah kerajaan Persekutuan daripada tempat-tempat lain Malaysia di Borneo Utara.

138

Page 119: Agenda Borneo Memartabatkan Maruah Sabah. by Nestor Joannes

Perkara 7: Hak Menarik DiriHak untuk memisah atau menarik diri dari Persekutuan seharusnya tidak ada.

Perkara 8: Borneonisasi Proses untuk melantik orang-orang tempatan ke dalam perkhidmatan awam negeri Borneo Utara seharusnya diwujudkan secepat mungkin.

Perkara 9: Pegawai-pegawai BritishSegala usaha harus dibuat untuk menggalakkan pegawai-pegawai British untuk meneruskan perkhidmatan mereka dalam perkhidmatan awam sehingga tempat mereka boleh diganti oleh orang-orang tempatan yang berkelayakan.

Perkara 10: KewarganegaraanTertakluk kepada pindaan berikut, Perenggan 148(k) cadangan dalam Laporan Cobbold seharusnya menentukan hak kewarganegaraan penduduk Borneo Utara di dalam Persekutuan : Perenggan kecil (I) seharusnya tidak mengandungi syarat mengenai penetapan selama 5 tahun untuk diselaraskan dengan undang-undang kami, perenggan kecil (II) sepatutnya menyatakan "7 daripada 10 tahun" dan bukan "8 daripada 10 tahun". Perenggan kecil (II) tidak sepatutnya mengandungi sekatan berkenaan dengan kewarganegaraan ibu bapa seseorang yang dilahirkan di Borneo Utara selepas Hari Malaysia semestinya menjadi warganegara persekutuan.

Perkara 11: Cukai dan kewanganBorneo Utara seharusnya mempunyai kuasa ke atas kewangan, tabung pembangunan, dan cukai sendiri.

Perkara 12: Kedudukan khas bangsa asli/bumiputera Borneo UtaraPada prinsipnya bangsa asli Borneo Utara seharusnya menikmati hak keistimewaan seperti yang diberikan kepada bangsa Melayu di Persekutuan Tanah Melayu, tetapi formula yang dipraktikkan di Persekutuan Tanah Melayu (Malaya) tidak semestinya diguna pakai oleh Borneo Utara.

Perkara 13: Kerajaan NegaraKetua Menteri harus dipilih oleh ahli-ahli tidak rasmi Majlis Perundangan. Borneo Utara seharusnya mempunyai suatu sistem kementerian yang sesuai.

Perkara 14: Jangka masa PeralihanSepatutnya tujuh tahun dan dalam masa ini kuasa perundangan mesti diberikan kepada Kerajaan Borneo Utara mengikut perlembagaan dan tidak dipengaruhi oleh kerajaan persekutuan.

139

Page 120: Agenda Borneo Memartabatkan Maruah Sabah. by Nestor Joannes

Perkara 15: PelajaranSistem pelajaran Borneo Utara yang wujud sekarang harus diteruskan dan dengan itu ia harus diletakkan di bawah kawalan kerajaan negeri.

Perkara 16: Perlindungan kepada PerlembagaanTidak ada sebarang pindaan, perubahan atau pembatalan dapat dilakukan oleh Kerajaan Pusat kepada perlindungan-perlindungan yang diberikan khas kepada Borneo Utara tanpa persetujuan kerajaan Borneo Utara. Kuasa ini adalah hak mutlak penduduk negeri ini.

Perkara 17: Perwakilan dalam Parlimen PersekutuanIni sepatutnya bukan hanya bergantung kepada jumlah penduduk Borneo Utara tetapi juga kepada keluasan dan keupayaannya, dan dalam mana-mana perkara ia sepatutnya tidak kurang dari jumlah perwakilan dari Singapura.

Perkara 18: Nama Ketua NegaraYang Di Pertua Negara.

Perkara 19: Nama NegeriSabah.

Perkara 20: Tanah, hutan, kerajaan tempatan dan lain-lainPerkara dalam Perlembagaan Persekutuan mengenai kuasa Majlis Tanah Persekutuan tidak harus melibatkan Borneo Utara. Seperti itu juga, Majlis Kebangsaan Kerajaan Tempatan tidak harus melibatkan Borneo Utara.

140

Page 121: Agenda Borneo Memartabatkan Maruah Sabah. by Nestor Joannes

LAMPIRAN 2: PERJANJIAN BERUBUNG DENGAN MALAYSIA, 1963

Persekutuan Tanah Melayu, United Kingdom Great Britain dan Ireland Utara, Borneo Utara, Sarawak dan Singapura;

Dengan hasrat mengikat suatu perjanjian berhubung dengan Malaysia; bersetuju seperti berikut:-

Perkara ITanah Jajahan Borneo Utara dan Sarawak dan Negeri Singapura akan disekutukan dengan Negeri-Negeri Persekutuan Tanah Melayu (Malaya)sedia ada sebagai Negeri Sabah, Sarawak dan Singapura mengikut surat cara Perlembagaan yang dilampirkan kepada Perjanjian ini dan Persekutuan ini hendaklah selepas itu dinamakan “Malaysia”.

Perkara IIKerajaan Persekutuan Tanah Melayu (Malaya)akan mengambil apa-apa langkah sesuai dan yang boleh diambilnya bagi mendapatkan penggubalan oleh Parlimen Persekutuan Tanah Melayu (Malaya)suatu Akta dalam bentuk yang dinyatakan dalam Lampiran A3. Perjanjian ini dan ia akan mula berkuat kuasa pada 31 hari bulan Ogos 1963 (dan tarikh Akta itu mula berkuat kuasa dirujuk selepas ini sebagai “Hari Malaysia”).

Perkara IIIKerajaan United Kingdom akan menyerahkan Perintah dalam Majlis Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Baginda Queen Great Britain sebelum Hari Malaysia bagi maksud memberi kuat kuasa undang-undang kepada Perlembagaan Sabah, Sarawak dan Singapura sebagai Negeri-negeri Malaysia yang dinyatakan dalam Lampiran B, C dan l)4 Perjanjian ini.

Perkara IVKerajaan United Kingdom akan mengambil apa-apa langkah sesuai dan yang boleh diambilnya bagi mendapatkan penggubalan oleh Parlimen United Kingdom suatu Akta yang memperuntukkan, dari Hari Malaysia, pelepasan kedaulatan dan bidang kuasa Duli Yang Maha Mulia Baginda Queen Great Britain berkaitan dengan Borneo Utara, Sarawak dan Singapura supaya kedaulatan dan bidang kuasa tersebut apabila dilepaskan sedemikian akan terletak hak menurut Perjanjian ini dan surat cara Perlembagaan yang dilampirkan kepada Perjanjian ini.

141

Page 122: Agenda Borneo Memartabatkan Maruah Sabah. by Nestor Joannes

Perkara VKerajaan Persekutuan Tanah Melayu (Malaya)akan mengambil apa-apa langkah sesuai dan yang boleh diambilnya sebelum Hari Malaysia bagi mendapatkan penggubalan oleh Parlimen Persekutuan Tanah Melayu (Malaya)suatu Akta dalam bentuk yang dinyatakan dalam Lampiran P Perjanjian ini bagi maksud memperluas dan menyesuaikan Ordinan Imigresen 1959, Persekutuan Tanah Melayu (Malaya)untuk Malaysia dan bagi membuat peruntukan tambahan berkaitan dengan kemasukan ke dalam Negeri Sabah dan Negeri Sarawak; dan peruntukan lain Perjanjian ini hendaklah menjadi syarat dalam penggubalan Akta tersebut.

Perkara VIPerjanjian Pertahanan Luar dan Bantuan Bersama antara Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu (Malaya)dengan Kerajaan United Kingdom pada 12 hari bulan Oktober 1957, dan lampirannya hendaklah terpakai kepada semua wilayah Malaysia, dan dalam Perjanjian itu apa-apa rujukan tentang Persekutuan Tanah Melayu (Malaya)hendaklah disifatkan sebagai terpakai kepada Malaysia, tertakluk kepada proviso bahawa Kerajaan Malaysia akan memberi Kerajaan United Kingdom hak bagi terus mengekalkan pangkalan dan kemudahan lain yang pada masa ini diduduki oleh pihak berkuasa Perkhidmatan (tentera) mereka di Negeri Singapura dan akan membenarkan Kerajaan United Kingdom menggunakan pangkalan dan kemudahan itu sebagaimana yang diftkirkan oleh Kerajaan itu perlu bagi maksud membantu dalam pertahanan Malaysia, dan bagi pertahanan Komanwel dan bagi memelihara keamanan di Asia Tenggara. Pemakaian Perjanjian tersebut hendaklah tertakluk kepada peruntukan Lampiran 6 Perjanjian ini (terutamanya yang berhubung dengan tanah Perkhidmatan {tentera}di Singapura).

Perkara VII(1) Persekutuan Tanah Melayu (Malaya)bersetuju bahawa Duli Yang Maha Mulia Baginda Queen Great Britain boleh membuat, sebelum Hari Malaysia, Perintah dalam Majlis dalam bentuk yang dinyatakan dalam Lampiran G7 Perjanjian ini bagi maksud membuat peruntukan pembayaran pampasan dan faedah persaraan kepada sesetengah pegawai seberang laut yang berkhidmat, sebaik-baik sahaja sebelum Hari Malaysia, dalam perkhidmatan awam Tanah Jajahan Borneo Utara atau Tanah Jajahan Sarawak.

(2) Pada, atau secepat yang boleh dilakukan selepas Hari Malaysia, Perjanjian Pegawai Awam dalam bentuk yang dinyatakan dalam Lampiran H dan 18 Perjanjian ini hendaklah ditandatangani bagi pihak Kerajaan United Kingdom

142

Page 123: Agenda Borneo Memartabatkan Maruah Sabah. by Nestor Joannes

dan Kerajaan Malaysia; dan Kerajaan Malaysia hendaklah memperoleh persetujuan Kerajaan Negeri Sabah, Sarawak atau Singapura, mengikut mana-mana yang perlu, setakat mana yang terrnanya mungkin menjejaskan tanggungjawab atau kepentingan Kerajaan Negeri itu, dalam penandatanganan Perjanjian itu oleh Kerajaan Malaysia.

Perkara VIIIKerajaan Persekutuan Tanah Melayu, Borneo Utara dan Sarawak akan mengambil apa-apa tindakan perundangan, eksekutif atau tindakan lain sebagaimana yang diperlukan bagi melaksanakan jaminan, aku janji dan syor yang terkandung dalam Bab 3, dan Lampiran A dan B Laporan Jawatankuasa Antara Kerajaan (IGC) yang ditandatangani pada 27 hari bulan Februari 1963, selagi ia tidak dilaksanakan melalui peruntukan nyata Perlembagaan Malaysia.

Perkara IXPeruntukan Lampiran J9 Perjanjian ini berhubung Pasaran Bersama dan perkiraan kewangan hendaklah membentuk Perjanjian antara Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu (Malaya)dengan Kerajaan Singapura.

Perkara XKerajaan Persekutuan Tanah Melayu (Malaya)dan Kerajaan Singapura akan mengambil apa-apa tindakan perundangan, eksekutif atau tindakan lain sebagaimana yang diperlukan bagi melaksanakan perkiraan berkaitan dengan penyiaran dan televisyen yang dinyatakan dalam Lampiran KIO Perjanjian ini selagi ia tidak dilaksanakan melalui peruntukan nyata Perlembagaan Malaysia.

Perkara XIPerjanjian ini hendaklah ditandatangani dalam bahasa Inggeris dan Melayu kecuali Lampirannya hendaklah dalam bahasa Inggeris sahaja. Jika timbul apa-apa keraguan teks Inggeris Perjanjian ini hendaklah mengatasi yang lain.

Pada menyaksikannya maka mereka yang bertandatangan di bawah, yang diberi kuasa sewajamya, telah menandatangani Perjanjian ini.

Ditandatangani di London pada 9 hari bulan Julai 1963, dalam lima salinan yang mana satu salinannya hendaklah disimpan oleh setiap Pihak.

Bagi pihak United Kingdom:HAROLD MACMILLANDUNCAN SANDYS LANSDOWNE

143

Page 124: Agenda Borneo Memartabatkan Maruah Sabah. by Nestor Joannes

Bagi pihak Persekutuan Tanah Melayu:T. A. RAHMANABDUL RAZAKTAN SlEW SINV. T. SAMBANTHANONG YOKE LINS. A. LIM

Bagi pihak Borneo Utara:DATU MUSTAPHA BIN DATU HARUND. A. STEPHENSW. K. H. JONESKHOO SIAK CHIEWW. S. HOLLEYG. S. SUNDANG

Bagi pihak Sarawak:P. E. H. PIKET. JUGAHABANG HAJI MUSTAPHALING BENG SlEWABANG HAJI OPENG

Bagi pihak Singapura:LEE KUAN YEWGOH KENG SWEE

144

Page 125: Agenda Borneo Memartabatkan Maruah Sabah. by Nestor Joannes

145

Catatan: Masih terdapat beberapa nama dan simbol parti politik yang berdaftar dengan Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR), tetapi tidak dapat dimuatkan dalam ruang ini.

LAMPIRAN 3 : NAMA-NAMA DAN SIMBOL PARTI POLITIK YANG BERDAFTAR DI BAWAH SURUHANJAYA PILIHANRAYA (SPR) MALAYSIA.

BARISAN NASIONAL (BN) PARTI ISLAM SE MALAYSIA (PAS) PARTI RAKYAT MALAYSIA (PRM)PARTI PROGRESIF PENDUDU

MALAYSIA (PPP)

PARTI BARISAN RAKYATSABAH (SPF)

PARTI TINDAKANDEMOKRATIK (DAP)

PARTI LIBERALDEMOKRATIK (LDP)

PARTI MAJU SABAHPARTI KESEJAHTERAANINSAN TANAH AIR (KITA)

SARAWAK PROGRESIVEDEMOCRATIC PARTY (SPDP)

PARTI PERTUBUHAN KEBANGSANMELAYU BERSATU (UMNO)

PARTI PERSATUAN CINA MALAYSIA (MCA)

PARTI KONGRES INDIAMALAYSIA (MIC)

PARTI KONGRES INDIANMUSLIM MALAYSIA (KIMMA)

PARTI KONGRESCEYLONESE MALAYSIA (MCC)

PARTI PEKERJA PEKERJAMALAYSIA

PARTI SOSIALIS MALAYSIA (PSM)

PARTI BERSATU SABAH (PBS)

PARTI RAKYAT SARAWAK (PRS)

BARISAN JEMAAH ISLAMIAHSEMALAYSIA (BERJASA)

PARTI CINTA MALAYSIA (PCM)

PARTI BERSATU SASA MALAYSIA(BERSAMA)

PARTI MAKKAL SAKTI MALAYSIA (M.M.S.P)

PARTI REFORMASI NEGERI(STAR)

PARTI GERAKAN RAKYATMALAYSIA (GERAKAN)

PARTI BARISAN INDIASE-MALAYSIA (AMIPF)

PARTI PUNJABI MALAYSIA(PPM)

PARTI KEBANGSAANSARAWAK (SNAP)

SARAWAK UNITED PEOPLE’SPARTY (SUPP)

PARTI KEADILAN RAKYAT(KEADILAN)

PARTI PERTUBUHANPASOKMOMOGUN

KADAZANDUSUN MURUT BERSATU (UPKO)

PARTI PESAKA BUMIPUTERABERSATU SARAWAK (PBB)

Page 126: Agenda Borneo Memartabatkan Maruah Sabah. by Nestor Joannes

LAMPIRAN 4: Biodata Datuk Dr Jeffrey G Kitingan

a. Kelulusan Akademik

1. Doctorate of Philosophy (PhD), HARVARD UNIVERSITY/TUFTS UNIVERSITY. Massachusetts, USA (Political Economics & International Relations), Fletcher School of Law dan Diplomacy,(Administered jointly by Harvard and Tufts Universities). Dissertation Topic: Political Stability & Economic Development in Malaysia, 1984

2. Master of Arts in Law & Diplomacy (M.A.I.D), TUFTS UNIVERSITY, Massachusetts, USA, Fletcher School of Law dan Diplomacy, 1983

3. Master of Public Administration (M.P.A), HARVARD UNIVERSITY, Massachusetts, USA. Kennedy School of Government, 1981

4. Certificate I Management Consultancy, P.E CONSULTING GROUP, SURVEY, UK. 1978

5. Bachelor of Business Management (B.B.M), WESTERN AUSTRALIA INSTITUTE OF TECHNOLOGY/CURTIN UNIVERSITY, BENTLEY WESTERN AUTRALIA, 1971-1974

b. Karya Penulisan Datuk Dr Jeffrey

1. PUBLIC SERVICE HANDBOOK, Jeffrey G Kitingan, 1978

2. MORDENISATION OF DISTRICT ADMINISTRATION IN Malaysia, Dr Jeffrey G Kitingan, 1980

3. POLITICAL STABILITY & ECONOMIC DEVELOPMENT IN Malaysia, Dr Jeffrey G Kitingan, 1984

4. THE IMPORTANCE OF MANPOWER PLANNING & MANAGEMENT MODERNAIZATION (Problem and Obstacles in Development Implementation), Jeffrey G Kitingan

5. CAUSES OF POLITICAL INSTABILITY, Dr Jeffrey G Kitingan. 1986

146

Page 127: Agenda Borneo Memartabatkan Maruah Sabah. by Nestor Joannes

6. THE 20 POINTS: BASIS FOR FEDERAL-STATE RELATIONS FOR Sabah, Dr Jeffrey G Kitingan, 1987

7. THE POLITICAL ECONOMY OF FEDERAL-STATERELATIONS (The Case of Fairer Revenue Sharing), Dr Jeffrey G Kitingan. 1987

8. PEOPLE DEVELOPEMNET: Yayasan Sabah's New Direction, Dr Jeffrey G Kitingan, 1987

9. IRIDESCENT Sabah, Co-author, Dr Jeffrey G Kitingan

10. POLITICAL DEVELOPMENT IN Sabah: New Agenda, Dr Jeffrey G Kitingan

11. “KOMIBOROS” KADAZAN DUSUN DICTIONARY, Dr Jeffrey G Kitingan, 1990

12. THE Sabah PROBLEM, Dr Jeffrey G Kitingan, 1992

13. RECONCILLING IRRECONCILABLE DIFFERENCES, Dr Jeffrey G Kitingan, 1993

14. STRATEGIC SOLUTIONS FOR Sabah, Dr Jeffrey G Kitingan, 2000

15. KADAZANDUSUN – THE WAY FORWARD, Dr Jeffrey G Kitingan, 2005

16. JUSTICE FOR Sabah, Dr Jeffrey G Kitingan

c. Pengalaman

Business & Private SectorGroup Chairman/Managing Director 1987-1994Innoprise Corporation Sdn BhdAn investment arm/Holding CompanyFor the Sabah Foundation

Director of Sabah Foundation & Executive Chairman 1985-1994For Sabah Foundation Group of 25 Companies (Including Shipping,Timber,Property Development,etc)

147

Page 128: Agenda Borneo Memartabatkan Maruah Sabah. by Nestor Joannes

148

Chairman/CEO,Sabah Bank Berhad 1985-1986

Chairman,Shangri-La Tanjung Aru Sdn Bhd 1987-1994

Chairman,Rameses Nominees Pty Ltd,Australia 2002-2004

Independent Director, Chase Perdana Berhad 2000-2002

Chairman/Managing Director, 1995-presentBorneo Heritage Village Sdn Bhd(a villa resort) -Bamboo Crafts & Creations Sdn Bhd 1996-present(a bamboo & rattan furniture and handicraft production)

-Singgarung Sdn Bhd 2000-present(a mountain resort with tree-top cabins)

President,Timber Association of Sabah(TAS) 1986-1994President,South East Asian Lumber 1988-1990Producers Association(SEALPA)

*President, Asia-Pasific Tropical Timber 1990-1992 Organization (ATTO)

Government and Public Sector

Elected State Representive/assemblyman 1994-1998For Bingkor Constituency 2000-2004Appointed Senator,National Parliament 1994-1995Deputy Federal Minister,Local Government 1994-1995&Housing MalaysiaDirector,Sabah Foundation 1985-1994Director, Manpower Planning&Development, 1985Ministry of Resource Development SabahFounder/Executive Chairman, 1985-1991Institute For Development Studies (IDS)Founder/ Director/ Chief Consultant, Sabah 1979-1980Administration&Management Modernization Unit(SAMMU/SINAR)

Page 129: Agenda Borneo Memartabatkan Maruah Sabah. by Nestor Joannes

149

Principal Assistant Director/head of managementAnalysis 1976-1978State Public Services Department,Chief Minister'sDepartment,Sabah

Executive Officer , General Services Administration, 1975-1976Chief Minister's Department,SabahDeputy Chairman , Back Bencher's Club 2001-2004Sabah State Legislative Assembly

State Liaison Deputy Chairman, 2006-2010Parti Keadilan Rakyat Sabah (December)

Vice President,Parti Keadilan Rakyat Malaysia 2007-2010

d. Pertubuhan Bukan Kerajaan dan Kajian

Founder/Executive Chairman, 1985-1994Institute for Development Studies (IDS)(formerly known as Institute for Public Policy Analysis)

Founder/Chairman, People Development 1987 Concept/Program - People Development Foundation 1997-Yayasan Sabah Community College 1989

Founder/Chairman,Koisaan Cultural Development Institute (KDI) 1996-2005

Deputy President, 1998-2007Kadazan Dusun Cultural Association,Sabah(KDCA)

Chairman,Tambunan Welfare Society (TWS) 1989-2000

President,United State Graduates Association 1986-1989(USGAS)

Board of Management,Bukit Harapan(handicapped children's Body)

Page 130: Agenda Borneo Memartabatkan Maruah Sabah. by Nestor Joannes

150

President, Sabah Badminton Association (SBA) 1997-2004

Vice President, badminton Association of 1997-2004Malaysia (BAM)

Vice President,Olympic Council of Malaysia (OCM) 2003-2005

President, Tea-kwan-do Association (STA) 1986-1992

Team Manager,Malaysian Badminton Team, 2002Commonwealth Games, Manchester, United Kingdom

Team Manager,South East Asia (SEA) 2003Games,Vietnam

Vice President,Sabah Golf Association (SGA) 2004-2005

President, Tambunan Golf Club (TNGC) 2002-2004

President, United Borneo Front (UBF) 2010—todate

President, Borneo Dayak Forum 2010

President, Common Interest Group Malaysia 2010(CIGMA)

e. Pencapaian

Established the Sabah Administrative Management Modernization Unit (SAMMU) in 1978 to review,reorganize and upgrade the machinery of Government, including Ministries, Departments and State Agencies. This involved policy rationalization,review of objectives and functions. Duties and responsibilities of key personal and review or organization structures in the State Civil service.

Introduced and published the “Public Service Handbook” as a guide to all civil servants as well as for The public.this guidebook includes Systems and procedures of work and workflow in each major department (e.g. Lands and surveys Department-1978-1979).

Page 131: Agenda Borneo Memartabatkan Maruah Sabah. by Nestor Joannes

151

Conducted research and mobilized personnel to modernize District Administration under the guidance Of the “reorganization of District Administration Committee or RODAC”,1979.

Published draft book/report called “Modernization of District Administration”,1980.

Converted SAMMU into the Sabah Institute of Administration and Research (SINAR) before proceeding to USA in 1980.The institute then combined Research and Training for the civil service from 1980 until The State Government renamed it Bureau of Manpower Development.

Studied at Harvard University,Fletcher School of Law & diplomacy, obtained the following degrees:MPA<MALD and phD between 1980 and 1984. (phD Thesis: Policital Stability and Economic Development in Malaysia).

Returned to Sabah. Established the Institute for Development Studies (IDS) Sabah in 1985. The original name was Institute of Public Policy Analysis (IPPA). IDS was set up as a “Think Tank” to assist the Government in policy formulation, strategic planning and research.

Appointed Director of Yayasan Sabah (YS) and Managing Director / Chairman of the group of Companies,1985.

While at Yayasan Sabah, conceptualized and develop the people Development concept and programs as an alternative strategy for rural development and poverty reduction. The idea was to reduce depency and exploitation through self realization on the premise that the key to progress and development is people Development. It goes beyond teaching people how to fish as it also teaches people how to rear, process and market them.

Wrote a book / policy paper called “people Development:Yayasan Sabah's New Direction”,1987.

Further wrote another book : Rural Development: YS Experience”,1990.

To institutionalize people development,a community college called the Institute for people Development (IPD) was established in 1990. The plan was to establish People Development Centres (PDCs) or Pusat

Page 132: Agenda Borneo Memartabatkan Maruah Sabah. by Nestor Joannes

152

pembangunan Insan (PPI) all over the state as feeders to IPD and eventually a People Development Bank.

Reorganized and consolidated Yayasan Sabah's Group of Companies and established a holding company called Innoprise Corporation Sdn Bhd or ICSB and become its first chairman.

Diversified Yayasan Sabah's business operations into new areas such as tourism, agro-forestry development, property development and timber processing.

Turned around Yayasan Sabah's losing business concerns into profitable concerns and expanded YS business interests overseas – Hongkong, Europe, Papua New Guinea.

Established the Institute for Borneo Studies at Yayasan Sabah in 1990.

Became the Leader/President/chairman of the Sabah Timber Association (TAS), the Malaysia Timber Organization (MTO) and South East Asia Lumber Producers Association (SEALPA).

Established the Asia-Pasific Tropical Timber Organization (ATTO) in 1989-1990 and becames its president.

Became a political activist to promote and protect Sabah's interest in Malaysia and was subsequently arrested under the Internal Securities Art (ISA) and detained for two years and seven months.

While in detention,wrote and composed: (1) The Sabah Problem, (2) Reconceiling Irreconcilable Differences and (3) Several songs .

Released in January 1994,got elected as the People's Representative or Wakil Rakyat for the Bingkor Constituency.

Appointed Senator and Deputy Federal Minister of Local Government and housing,1994-1995.

Established the Koisaan Cultural Development Institute (KDI).Launched by Prime Minister,The Right Honourable Dato' Seri Dr Mahathir Mohamad in 1997.

Page 133: Agenda Borneo Memartabatkan Maruah Sabah. by Nestor Joannes

153

Established the People Development Foundation,1997.

Introduced and organized Pesta Bamboo (Bamboo Festival) to boost the bamboo industry in Tambunan in 1988, and encouraged other leaders to put up local festivals in their own areas.

Wrote 'Strategic Solution for Sabah in Malaysia” as an agenda for Sabah's future development,2000.

Became the first Sabahan/East Malaysia to be elected as Vice President of the Olympic Coucil of Malaysia (OCM),2003-2005.

Established knowledge-based global business with friends and scientists in Australia.

Lead a Malaysian Olympic Council Delegation for a study tour to the United States, April-May 2003.

Established businesses and held positions as Executive Chairman:- Bamboo/Rattan furniture and handicrafts (factory manufacturing both for export and domestic uses)- Resorts:Tambunan Village Resort Center and Gunung Emas Resort.

Established the United Borneo Front (UBF) with friends as a “Third Force” Civil Rights Movement to fight for the political autonomy of the Borneo States and the restoration of the “Special Rights and Previleges” as per the Malaysia Agreement 1963 including the established of a compliance mechanism and a fair treatment by the UMNO controlled Federal Government.

f. Hobi dan Minat Khas

Tae Kwon DO / Karate Instructor and a qualified referee / judge for the World Tae Kwan Do Federation.Reading,writing,thinking,dreaming.Yoga and meditationSoccer,badminton,singing,swimming,playing golf,music and ITPolitical leader for school parliament at St Francis Xavier, Keningau, Sabah, Malaysia.Member,Presidential Council Himalaya Institute Hospital Trust, India.

Page 134: Agenda Borneo Memartabatkan Maruah Sabah. by Nestor Joannes

154

Member, Himalayan International Institute of Yoga Science & Philosophy

g. Anugerah

Jaycees' Outstanding Malaysia Award (TOYM)-Junior Chamber of Malaysia,1986

Panglima Gemilang Darjah Kinabalu (PGDK) – Datukship-Tuan Yang Terutama Negeri Sabah,1987

Jaycees Boss of the Year-Intan Junior Chamber,1989

Meritorious Services Award-International Badminton Federation (IBF),1999

Rujukan:

1. Bahan BTP UBF/STAR

2. The 20 Points – Basis For Federal-State Relations For Sabah –Datuk Dr Jeffrey G Kitingan, 1987

3. 007- Lelaki Malaysia Terakhir - Oleh: MUTALIB M.D.

4. A White Headhunter in Borneo – by Stephen Holley, 2004.

5. Report Of The Inter-Governmental Committee 1962

6. Malaysia – Agreement concluded between the United Kingdom Of Great Britain and Northern Ireland, the Federation of Malaya, North Borneo, Sarawak and Singapore 1963

7. Report of the Commission of Inquiry, North Borneo and Sarawak 1962

Page 135: Agenda Borneo Memartabatkan Maruah Sabah. by Nestor Joannes

Nestor Bin Joannes dilahirkan di Kg Tondulu, Tambunan, Sabah. Beliau menamatkan pengajian dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Petroleum dan Gas Asli di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) di Jalan Gurney (kini Jalan Semarak), Kuala Lumpur pada tahun 1988. Selepas menamatkan pengajian, beliau telah bertugas dengan Yayasan Sabah sebagai Pengurus Pembangunan Insan dan Pengurus Kawasan selama 15 tahun

sebelum memilih untuk Persaraan Sukarela pada tahun 2003. Sejak itu beliau menjadi Penceramah Bebas dalam program motivasi pelajar, motivasi keibubapaan, motivasi belia dan remaja serta menjadi pemudah cara bengkel perancangan mana-mana organisasi yang memerlukan. Apabila ditanya sebab kenapa beliau tidak menyertai industri petroleum sebagai kerjaya, beliau merujuk kepada minatnya terhadap pembangunan kemasyarakatan sebagai alasan. Menurutnya, beliau diperkenalkan dengan hal-hal berkaitan dengan 20-Perkara dan Pembentukan Malaysia sejak 1984 lagi ketika beliau berpeluang bercerita dengan mendiang Datuk Anthony Gibon (ADUN Pertama Tambunan) dan minat beliau dalam politik terutama sekali dalam isu-isu berkaitan Pembentukan Malaysia berkembang ketika beliau bekerja dengan Yayasan Sabah di bawah kepimpinan Datuk Dr Jeffrey G Kitingan. Beliau pernah ditahan di lokap balai polis Keningau dan Tambunan pada September 1991 kerana terlibat memasang kain-kain rentang yang menentang penggunaan Akta ISA menahan pemimpin Sabah terutama sekali Datuk Dr Jeffrey G Kitingan. “Penglibatan dalam dunia politik itu adalah suatu perkara serius dan merupakan suatu “panggilan” atau vocation. Oleh itu sebelum kita melibatkan diri dalam dunia politik ini, kita terlebih dahulu perlu memahami apakah dunia politik itu adalah 'panggilan' kita dalam kehidupan kita. Kalau ternyata, kerjaya politik itu adalah 'panggilan' kita, maka kita harus bertanggungjawab membentuk diri dari segi pemikiran, perwatakan, komitmen, wawasan dan keupayaan sesuai dengan keperluan 'panggilan' tersebut. Tidak semestinya 'panggilan' politik itu akan menjadikan seseorang itu sebagai Yang Berhormat…” katanya merujuk kepada penglibatannya dalam dunia politik. Beliau pernah bertanding di atas tiket BEBAS menentang Calon Barisan Nasional, Datuk Seri Panglima Joseph Pairin Kitingan pada tahun 2004 dan mendapat undi sebanyak 2017. Katanya, penglibatannya dalam pertandingan pada masa itu hanyalah sebagai menyampaikan teguran

155

Biodata Penulis

Page 136: Agenda Borneo Memartabatkan Maruah Sabah. by Nestor Joannes

kepada kepimpinan terhadap situasi di Tambunan yang perlu diambil perhatian. Beliau menyertai PBS pada tahun 2006 dengan harapan dapat membawa teguran itu dalam pentadbiran politik Tambunan. Pada tahun 2008 hingga 2011 beliau bersama dalam barisan AJK Bahagian PBS. Beliau telah tidak menyertai lagi dalam pemilihan AJK Bahagian PBS apabila usaha beliau untuk memantapkan parti PBS Tambunan dan membawa Datuk Dr Jeffrey menyertai semula PBS menjadikan PBS landasan politik membawa perjuangan UBF, kurang diberi perhatian oleh kepimpinan PBS Tambunan. Beliau mengatakan bahawa PBS tidak kondusif untuk membentuk pemimpin politik sesuai dengan aspirasinya. Pada masa ini beliau menjadi salah seorang Penceramah Bebas dalam Gerakan UBF P180 Keningau dalam pertemuan-pertemuan Borneo Tea Party (BTP). Menurut beliau, sepanjang penglibatan sebagai Penceramah Bebas dalam Gerakan UBF, timbul kesedaran tentang keperluan semua bahan yang disampaikan dalam BTP itu dibukukan untuk memastikan lebih ramai orang yang dapat dijangkau untuk memperkenalkan Agenda Borneo sebagai Perjuangan Pimpinan Datuk Dr Jeffrey Kitingan Memartabatkan Maruah Sabah.

156

Diterbitkan Oleh;

STARSTATE REFORM PARTY (SABAH)

rdLot 23, 3 Floor, Block D, Damai Commercial Centre, Luyang Ph 3, 88300 Kota Kinabalu, Sabah.

Tel/Faks: 088-262108