pga 103 sekolah dan masyarakat keciciran & merapatkan jurang pendidikan
DESCRIPTION
PGA 103 SEKOLAH DAN MASYARAKAT KECICIRAN & MERAPATKAN JURANG PENDIDIKAN. Definisi K eciciran. keciciran ketinggalan (dalam proses kemajuan dsb), tercicir. - Kamus Dewan Edisi 4. - PowerPoint PPT PresentationTRANSCRIPT
PGA 103SEKOLAH DAN MASYARAKAT
KECICIRAN &MERAPATKAN JURANG
PENDIDIKAN
keciciran ketinggalan (dalam proses kemajuan dsb), tercicir. -
Kamus Dewan Edisi 4.
Definisi Keciciran
‘Keciciran merujuk kepada murid berhenti sekolah
sebelum tamat pengajiannya sama ada di peringkat rendah
atau menengah’(Laporan Murad, 1972)
TAN SRI MURAD BIN MOHD NOR
PENGERTIAN LAIN
• DROP- OUT• ORANG YG. PUTUS SEKOLAH
KERANA KURANG BIAYA• WHO LEAVES SCHOOL FOR
ANY REASON EXCEPT DEATH
2 JENIS KECICIRAN
• 1. KECICIRAN SENGAJA• 2. KECICIRAN TERPAKSA
KECICIRAN SENGAJA
• Disebabkan oleh faktor sosio-ekonomi, rangsangan dan sikap.
• Boleh menghadiri sekolah tetapi memilih untuk tidak ke sekolah.
KECICIRAN TERPAKSA
• Telah gagal dalam peperiksaan dan terpaksa diberhentikan sekolah w/p masih mahu ke sekolah dan berupaya berbuat demikian.
Laporan Jawatankuasa Di Atas Kajian Pendapat
Mengenai Pelajaran Dan Masyarakat (Laporan Keciciran Murad -
1972)
Laporan Murad dibentangkan pada tahun 1972 merupakan laporan yang diketuai oleh Encik Murad bin
Mohd Noor ketika beliau menjadi Pengarah Perancangan dan Penyelidikan Pelajaran di Kementerian Pelajaran.
Fenomena keciciran yang wujud sejak dari awal penubuhan sistem pendidikan Malaysia menjadi semakin
serius sekitar tahun 1960-an telah membawa kepada pembentangan laporan ini.
Laporan ini adalah hasil daripada kajian beliau dalam “Operasi Sedar” yang dilancarkan bagi mengatasi masalah
keciciran pelajar di luar bandar akibat kemiskinan tegar dalam tahun 1969.
Laporan Keciciran Murad -1972
Tujuan laporan - mengkaji punca-punca masalah keciciran dan mencadangkan polisi-polisi dan pelan yang boleh dilaksanakan untuk memperbaiki perkhidmatan sistem persekolahan di samping membantu meningkatkan taraf hidup masyarakat terutamanya di kawasan luar bandar.
Laporan keciciran ini merupakan sebuah laporan yang lengkap dan komprehensif kerana dilengkapi dengan hipotesis, statistik sebagai bukti dan menyatakan perkaitan setiap faktor dengan faktor yang lain dalam mempengaruhi masalah keciciran ini.
Kajian mengenai keciciran ini dilaksanakan di semua negeri yang melibatkan semua jenis kawasan tempat tinggal iaitu Bandaraya, kota-kota besar, pekan dan luar bandar, para pelajar pula terdiri daripada pelbagai peringkat umur dan bangsa.
FAKTOR KECICIRAN
PENDIDIKAN & PEKERJAAN
TARAF HIDUP
MASA & PERJALANANPERANAN GURU
SIKAP TERHADAP SAINS
TARAF KEBERUNTUNGAN
DISPERITI
7 CADANGAN
1. Pengecualian yuran dan skim
buku teks.2. Sekolah Berasrama penuh.3. Biasiswa dan bantuan
makanan.
samb…
Samb…
4.Rancangan kerjasama kesihatan (gigi, suntikan BCG).
5.Tumpuan kemudahan setempat.
6.Kemudahan infrastruktur di sekolah luar bandar.
7.Pendidikan Pra sekolah.
KEPENTINGAN LAPORAN MURAD
1. Mengetahui punca keciciran2. Cadangan strategik dan pragmatik3. Perhatian kpd. pelajar miskin dan
luar bandar4. Kurangkan beban ibu bapa5. Selaras dgn DEB.
PUNCA-PUNCA BERLAKUNYA KECICIRAN
Suasana sekolah-kebencian terhadap subjek tertentu
Faktor keluarga-ibu bapa tidak ambil berat tentang pelajaran anaknya, ibu bapa jarang mencari jalan untuk membantu mereka ,keluarga bercerai
Faktor individu-tidak minat untuk belajar motivasi rendah tidak dapat melihat kepentingan pendidikan di masa depan
Faktor sosial-pengaruh rakan sebaya, hiburan tiada role model untuk dicontohi.
CADANGAN-CADANGAN • Adakan masa untuk mereka • Mengetahui apa yang mereka lakukan • Elakkan daripada menengking, maki
hamun atau menyumpah sahaja • Mengetahui siapa rakan mereka • Tingkah lakunya di rumah • Jangan melindungi mereka jika mereka
benar-benar bersalah dan jangan menyalahkan orang kain.
Kadar Keciciran Kadar keciciran di sekolah rendah dan menengah telah menunjukkan penurunan sepanjang tempoh RMKe-8. Bagi sekolah rendah, kadar keciciran telah menurun daripada 20,560 (4.2%) murid bagi kohort 1997/2002 kepada 9,713 (1.9%) murid bagi kohort 2000/2005. Bagi sekolah menengah, kadar keciciran telah menurun daripada 60,413 (14.5%) pelajar bagi kohort 1998/2002 kepada 43,586 (10.3%) pelajar bagi kohort 2001/2005. Kadar keciciran di sekolah rendah ialah 1.9 peratus di bandar dan 1.2 peratus di luar bandar bagi kohort 1999/2004. Manakala, pada peringkat menengah kadar keciciran ialah sebanyak 10.1 peratus daripada saiz kohort di bandar dan 16.7 peratus daripada saiz kohort di luar bandar bagi kohort 2000/2005.
Kerajaan Prihatin Terhadap Masalah Keciciran Pelajar Miskin ALOR SETAR, 27 Mac (Bernama) -- Kerajaan prihatin terhadap masalah keciciran pelajar khususnya daripada keluarga miskin dan sentiasa memberi peluang kepada mereka untuk menyambung semula persekolahan, kata Timbalan Menteri Pelajaran Dr Mohd Puad Zarkashi.
Beliau berkata kerajaan menyediakan pelbagai bantuan seperti pakaian, peralatan sekolah dan biasiswa bagi membolehkan mereka meneruskan persekolahan.
Kebanyakan kes keciciran berlaku dengan tidak disengajakan seperti kes yang melibatkan pelajar miskin, katanya kepada pemberita selepas merasmikan program Motivasi Pelajar PMR/SPM dan Waris Kawasan Parlimen Pokok Sena di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Hutan Kampung di sini pada Sabtu.
"Saya juga berharap agar Pengetua, Pegawai Pendidikan Daerah dan juga pihak Jabatan Pelajaran Negeri sentiasa peka terhadap kes-kes keciciran ini dan mengambil tindakan segera agar pelajar itu tidak ketinggalan jauh," katanya.
Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada badan bukan kerajaan (NGO) yang telah banyak membantu dalam menangani masalah keciciran pelajar.
"Saya akui NGO memang banyak membantu kes-kes yang melibatkan keciciran pelajar terutamanya pelajar miskin yang mahu memulakan semula sesi persekolahan," katanya
“... merapatkan jurang pendidikan, yang merangkumi
jurang di antara bandar dengan luar bandar; jurang di antara
yang miskin dengan yang kaya; jurang digital dan jurang antara
mereka yang berkeperluan khas; agar tidak ada sebarang
golongan yang tercicir dari arus pembangunan negara.”
YB Dato’ Sri Hishammuddin Tun Hussein
(Perutusan Tahun Baru, 2006)
Strategi Pelaksanaan
Bagi Merapatkan
Jurang Pendidikan
STRATEGI
Meningkatkan
bilangan guru
terlatih dan
mengikut opsyen di kawasan
pedalaman
Meningkatkan kadar
penyertaan dan
mengurangkan risiko keciciran
Membangunkan
infrastruktur dan
kemudahan
pendidikan luar
bandar
Menambah baik sistem
pengagihan bantuan
kepada pelajar miskin,
berkeperluan khas
dan kumpulan minoriti
SEKIAN, TERIMA KASIH.
‘Good luck’…