mohamad saleeh rahamad - umexpert 178 · pdf fileoleh pihak korporat terhadap ... agenda...

20
117 Maka bahawa sesungguhnya adalah pada sangka mereka itu, sekalian ilmu pengarang itu suatu pekerjaan yang ringan lagi dengan mudahnya, boleh mendapat dengan menengar-nengar [mendengar- dengar] dan meniru saja. Maka adalah sangka yang demikian itu salah. Maka bahawasanya adalah pekerjaan mengarang itu suatu ilmu yang terbesar, adanya, dalam bahasa segala bangsa, kerana adalah dalamnya itu beberapa rahsia dan keelokan yang tersembunyi. Maka jikalau kiranya tiada ia endahkan dan usahakan dengan mencari guru- guru yang biasa dalam ilmu itu, nescaya segala surat-surat kirimannya dan karangannya canggung, adanya, seperti kecuali kebanyakan surat- surat orang Melayu dan surat-surat raja-raja yang tiada betul aturannya dan ejaannya dan hubungan hurufnya, dan bertukar-tukar hurufnya, dan hilang kemanisan bahasanya dan kuasanya. Maka adalah sebab sangkanya yang salah, seperti yang tersebut itu tadi, mendatangkan beberapa ribu orang yang tiada tahu membaca surat dan menyurat dan duduk dalam bodoh dengan buta matanya; kayu dikatakannya batu dan langit hendak dicapainya dengan tangannya. Maka bukankah beberapa banyak gunanya jikalau kita pandai dalam bahasa basahan sehari-hari? Maka apabila kebanyakan kelak orang yang telah pandai dan mengetahui kesedapan bahasa dan rahsianya, maka bertambah- tambah pula beberapa keelokan dan tertib serta adab pada barang kelakuannya, istimewa pula bagi segala-raja-raja dan orang besar- besar dan pegawai-pegawai memeliharakan bahasa itu serta ia mengusahakan mengajarkan dia kepada segala kaum keluarganya dan rakyat sakainya. Maka jikalau kiranya banyak anak-anak raja-raja dan orang yang pandai menulis dan membaca serta mengetahui akan ertinya, dan mengarang, bukankah kemuliaan besar, adanya? Maka adalah pada sangka sahaya, apabila dibiarkan juga akan segala hal ini, lama-kelamaannya kelak nescaya hilanglah nama Melayu dari dalam dunia ini, adanya. (Kisah Pelayaran Abdullah, 1981: 13–14) 9 MEMPERKASAKAN MATA PELAJARAN BAHASA MELAYU MELALUI PENGHAYATAN KESUSASTERAAN Mohamad Saleeh Rahamad

Upload: trankiet

Post on 06-Feb-2018

221 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: Mohamad Saleeh Rahamad - UMEXPERT 178 · PDF fileoleh pihak korporat terhadap ... Agenda oksidentalisme bermatlamat memantapkan identiti ... mainkan kerana inilah satu-satunya sandaran

117

Maka bahawa sesungguhnya adalah pada sangka mereka itu, sekalian ilmu pengarang itu suatu pekerjaan yang ringan lagi dengan mudahnya, boleh mendapat dengan menengar-nengar [mendengar-dengar] dan meniru saja. Maka adalah sangka yang demikian itu salah. Maka bahawasanya adalah pekerjaan mengarang itu suatu ilmu yang terbesar, adanya, dalam bahasa segala bangsa, kerana adalah dalamnya itu beberapa rahsia dan keelokan yang tersembunyi. Maka jikalau kiranya tiada ia endahkan dan usahakan dengan mencari guru-guru yang biasa dalam ilmu itu, nescaya segala surat-surat kirimannya dan karangannya canggung, adanya, seperti kecuali kebanyakan surat-surat orang Melayu dan surat-surat raja-raja yang tiada betul aturannya dan ejaannya dan hubungan hurufnya, dan bertukar-tukar hurufnya, dan hilang kemanisan bahasanya dan kuasanya. Maka adalah sebab sangkanya yang salah, seperti yang tersebut itu tadi, mendatangkan beberapa ribu orang yang tiada tahu membaca surat dan menyurat dan duduk dalam bodoh dengan buta matanya; kayu dikatakannya batu dan langit hendak dicapainya dengan tangannya. Maka bukankah beberapa banyak gunanya jikalau kita pandai dalam bahasa basahan sehari-hari? Maka apabila kebanyakan kelak orang yang telah pandai dan mengetahui kesedapan bahasa dan rahsianya, maka bertambah-tambah pula beberapa keelokan dan tertib serta adab pada barang kelakuannya, istimewa pula bagi segala-raja-raja dan orang besar-besar dan pegawai-pegawai memeliharakan bahasa itu serta ia mengusahakan mengajarkan dia kepada segala kaum keluarganya dan rakyat sakainya. Maka jikalau kiranya banyak anak-anak raja-raja dan orang yang pandai menulis dan membaca serta mengetahui akan ertinya, dan mengarang, bukankah kemuliaan besar, adanya? Maka adalah pada sangka sahaya, apabila dibiarkan juga akan segala hal ini, lama-kelamaannya kelak nescaya hilanglah nama Melayu dari dalam dunia ini, adanya.

(Kisah Pelayaran Abdullah, 1981: 13–14)

9MeMperkasakan Mata pelajaran Bahasa Melayu

Melalui penghayatan kesusasteraan

Mohamad Saleeh Rahamad

Page 2: Mohamad Saleeh Rahamad - UMEXPERT 178 · PDF fileoleh pihak korporat terhadap ... Agenda oksidentalisme bermatlamat memantapkan identiti ... mainkan kerana inilah satu-satunya sandaran

Mempertahankan Media Warisan

118

PengenalanTopik yang dibincangkan dalam makalah ini amat relevan dalam suasana sekarang ketika pemerintah sudah mula kembali memberikan perhatian kepada hasrat rakyat yang mahu bahasa Melayu dikembalikan kepada kedudukan asalnya. Kedudukan bahasa Melayu dalam Perlembagaan dan Dasar Pelajaran Kebangsaan tidak boleh dipertikaikan oleh mana-mana pihak. Namun, dalam percaturan politik, di samping wujudnya kekeliruan tanggapan atau gejala ambivalence (rasa berbelah bahagi) yang mungkin diakibatkan oleh kekerdilan jiwa dan kedaifan fikiran, bahasa Melayu di tangan orang Melayu sendiri telah dipinggirkan. Sedangkan bahasa Melayu yang termaktub kedudukannya dalam Perlembagaan pun menerima nasib malang, apatah lagi bidang sastera yang dianggap tidak mempunyai nilai ekonomi. Ekoran daripada itu, kedua-dua senjata budaya yang berfungsi melestarikan peradaban sesuatu bangsa ini, terpinggir dalam arus pendidikan dan pembangunan negara. Kini potensi yang dimiliki oleh kedua-dua aset penting perlu dijanakan dalam satu paduan sinergi, terutamanya dalam institusi pendidikan.

Bahasa Melayu dan CaBarannya Daripada tulisan Abdullah Munshi yang diperturunkan pada awal makalah ini, dapat disaring intisarinya, iaitu (i) ilmu mengarang (bahasa Melayu) mempunyai rahsia yang tidak dapat dicungkil dengan hanya mendengar dan meniru tulisan yang sedia ada; (ii) bahasa Melayu perlu dipelajari secara bersungguh-sungguh daripada guru yang arif; (iii) orang yang tidak berilmu (dalam bahasa) akan gagal membuat penilaian dan tanggapan secara betul; (iv) orang yang memiliki ilmu kebahasaan akan menjadi manusia yang lebih beradab; (v) pemimpin yang berilmu akan meninggikan darjat dirinya dan dapat pula meninggikan darjat orang bawahannya; (vi) dan jika bahasa Melayu diabaikan, nescaya bangsa Melayu juga akan lenyap di dunia ini.

Peringatan daripada Abdullah Munshi yang sangat menggerunkan ialah bangsa Melayu akan lenyap jika bahasanya mati. Seyogia dicermati bahawa tanpa bahasa, sesuatu bangsa akan tergeser ke tepi kerana nilai mereka turut merosot. Bahasa juga menjadi ciri ketamadunan bangsa. Tamadun sesuatu bangsa itu akan lebur sekiranya tidak memiliki bahasa sendiri.1 Apabila bahasanya tidak dianggap penting, penyebaran dan pengembangan bahasa itu juga akan terbantut. Modal insan yang sedia ada tidak dapat dijanakan potensinya lalu terbiar tanpa hasil. Sebaliknya, jika bahasa itu dipentingkan dan diberi kedudukan tinggi, usaha pembinaan dan pengembangannya akan mercup, lalu lebih banyak peluang ekonomi dapat dijanakan demi meninggikan bangsa itu sendiri.

Penghormatan (walaupun secara terpaksa) daripada seluruh masyarakat akan sampai juga kepada bahasa (bangsa) Melayu sekiranya

Page 3: Mohamad Saleeh Rahamad - UMEXPERT 178 · PDF fileoleh pihak korporat terhadap ... Agenda oksidentalisme bermatlamat memantapkan identiti ... mainkan kerana inilah satu-satunya sandaran

Memperkasakan Mata Pelajaran Bahasa Melayu Melalui Penghayatan Kesusasteraan

119

martabatnya dipelihara. Melayu akan menjadi dominan di tanah airnya sendiri dan dapat pula menjadi pengimbang kepada kepelbagaian etnik. Satu bahasa yang telah diakui sebagai bahasa asli rantau ini bukan sahaja dapat diiktiraf sebagai alat pemersatu bangsa, malahan mampu menjadi alat pemersatu serantau. Jika perakuan telah diberikan dengan tegas oleh wibawa pemerintah, tidak ada sebab dan ruang bagi bangsa lain mempertikaikannya.

Abdullah Munshi sudah mampu menjangkau masa depan apabila beliau memperingatkan orang Melayu pada abad ke-19 walaupun beliau bukanlah berketurunan Melayu sejati. Pandangan Abdullah Munshi ini, bagaimanapun, masih gagal difahami dan dihayati oleh seluruh umat Melayu sehingga kini. Masih wujud sisa kolonial (comprador)2 yang enggan menerima hakikat bahawa bahasa ialah tunjang bangsa. Mereka yang termasuk dalam kelompok ini tidak memiliki rasa megah terhadap bahasanya tetapi memandang bahasa lain yang telah dimomok-momokkan sebagai bahasa antarabangsa dan bernilai ekonomi dengan kekaguman yang tinggi. Akibatnya, hampir-hampir berlaku pembunuhan bahasa Melayu oleh orang Melayu sendiri dalam projek Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI). Jika tidak ditangani oleh kewibawaan dan hemah seorang pemimpin,3 mungkin bangsa Melayu akan ditimpa malang sebagaimana peringatan oleh Abdullah Munshi itu.

Namun begitu, penyelesaian konflik itu hanya berlaku setelah timbulnya ancaman bercorak anarki oleh rakyat pada tahun 2009. Peristiwa ini mirip sejarah berlakunya gertakan daripada guru-guru Melayu pada tahun 1950-an untuk keluar daripada UMNO sekiranya kerajaan gagal menubuhkan sekolah menengah kebangsaan sebagaimana yang telah diputuskan dalam Laporan Razak 1956. Selepas berlaku gertakan itu barulah kerajaan serius menunaikan janjinya dengan mewujudkan sekolah menengah kebangsaan yang menggunakan bahasa Melayu sebagai pengantar pada tahun 1958.4

Perkembangan semasa menunjukkan bahasa Mandarin kini lebih mendapat sanjungan, terutama oleh pihak swasta, di samping restu daripada beberapa pemimpin politik. Sekurang-kurangnya ada pengiktirafan daripada pemimpin politik terhadap kepentingan bahasa Mandarin, dan lebih banyak ruang selesa diberikan kepada sekolah vernakular. Realiti ini seolah-olah menunaikan hasrat perjuangan masyarakat Cina dalam memartabatkan bahasa Cina di sekolah vernakular sebagaimana yang dinyatakan dalam Laporan Fenn-Wu 1951. Dalam laporan tersebut kesendengannya terhadap bahasa Cina dan kesinisannya terhadap bahasa Melayu begitu ketara: “…bahasa Melayu itu agak mudah dipelajari dan telah diketahui sedikit oleh murid-murid Cina melalui pertembungan dengan murid-murid Melayu… . Jadi murid-murid Cina akan terus menjadi dwibahasa untuk belajar (dan tribahasa untuk bertutur) selepas tamat pendidikan menengahnya.” Seterusnya,

Page 4: Mohamad Saleeh Rahamad - UMEXPERT 178 · PDF fileoleh pihak korporat terhadap ... Agenda oksidentalisme bermatlamat memantapkan identiti ... mainkan kerana inilah satu-satunya sandaran

Mempertahankan Media Warisan

120

Jawatankuasa Fenn-Wu memperingatkan “bahawa sebarang percubaan untuk memaksa percantuman akan hanya menimbulkan perpecahan. Suatu penyelesaian terhadap masalah berbilang bahasa ini mestilah dicari, bukan daripada iktibar sejarah, tetapi melalui persetujuan semua kaum etnik di Malaya” (dlm. Abdullah, 1999: 135–136).

Setiap bangsa memang berhak mempertahankan bahasanya sendiri atas nama nasionalisme. Bagi kaum bukan Melayu, mereka tidak kerugian apa-apa sekiranya perjuangan mereka tertolak, tetapi akan memperoleh keuntungan berganda jika permintaan mereka diterima. Ternyata, akhirnya sedikit demi sedikit permintaan mereka mula menampakkan hasil, terutama apabila pemerintah mahu mendapatkan sokongan politik daripada kaum tersebut. Ketika sekolah kebangsaan terpaksa bergelut dengan bahasa Inggeris demi memenuhi agenda PPSMI, sekolah vernakular Cina bebas menggunakan bahasa Mandarin. Ketika guru yang terlibat dalam PPSMI memperoleh elaun tambahan, guru Bahasa Melayu tidak mendapat apa-apa. Ketika bangsa lain menyedari bahawa bahasa berfungsi sebagai penyambung hayat bangsanya, orang Melayu tidak sedar akan perkara itu lalu bersama-sama memperlekehkan bahasanya sendiri. Apabila gagasan 1Malaysia diwara-warakan, bahasa-bahasa lain pula yang mendapat tempat setaraf dengan bahasa Melayu (sekurang-kurangnya ditunjukkan dalam iklan). Tampaklah bahawa kedudukan bahasa Melayu sentiasa menjadi bidak percaturan yang bersifat politikal.

Hal ini mesti sentiasa diawasi dan menjadi agenda nasional, sejajar dengan Perlembagaan. Menyedari bahawa hubungan antara bahasa dengan bangsa bersifat simbiotik, maka pelestarian bahasa perlu diperkukuh. Golongan yang berperanan besar dalam perjuangan ini ialah penguasa: pembuat dasar, pelaksana dasar, dan penguatkuasa dasar. Rakyat akan menurut dari belakang walaupun dalam keadaan terpaksa. Rasa keterpaksaan memang tidak terelakkan kerana kita sedang berhadapan dengan gelombang pemikiran neokolonialisme, dan masyarakat kita merupakan masyarakat majmuk paksaan. Masyarakat majmuk paksaan secara konseptual menerangkan situasi masyarakat pelbagai etnik dan ras yang terbina secara “paksaan” melalui sistem kangcu dan kangani yang diperkenalkan oleh penjajah. Demi membangunkan ekonomi Tanah Melayu kononnya (sebenarnya membangunkan ekonomi kolonial), British telah membawa masuk buruh dari India dan China sehingga bangsa ini menjadi komponen besar di Tanah Melayu. Kemunculan mereka tidak berlaku secara alamiah tetapi dirancang, diprojeksikan, sehinggalah pembahagian kek ekonomi turut direncanakan oleh kolonial.

Oleh hal yang demikian, sehingga kini kita mewarisi agihan kek ekonomi yang berat sebelah, dan lebih diparahkan oleh sikap dualisme oleh pihak korporat terhadap apa-apa sahaja yang berbau kemelayuan. Sebagai contoh paling kecil, percakapan dalam bahasa Melayu dianggap petanda kekolotan dan kemunduran. Maka mereka yang memegang kuasa dalam syarikat swasta dan syarikat milik kerajaan (government-

Page 5: Mohamad Saleeh Rahamad - UMEXPERT 178 · PDF fileoleh pihak korporat terhadap ... Agenda oksidentalisme bermatlamat memantapkan identiti ... mainkan kerana inilah satu-satunya sandaran

Memperkasakan Mata Pelajaran Bahasa Melayu Melalui Penghayatan Kesusasteraan

121

linked company atau GLC) lebih berbangga bercakap dalam bahasa Inggeris walaupun semua khalayaknya memahami bahasa Melayu. Mereka mungkin ditimpa rasa rendah diri yang melampau untuk bercakap dalam bahasa Melayu.

Penyakit rasa rendah diri ini merupakan gejala tinggalan kolonial dan perlu diruntuhkan dengan agenda pemurnian semangat bangsa (volkgeist). Pembentukan semangat bangsa bukannya usaha membina tamadun tetapi mengembalikan tamadun yang sudah sedia agung dengan keberanian dan pendekatan baharu. Apabila berhadapan dengan Barat, kita sering berada kerdil, terhukum oleh perasaan sendiri, dan tidak meyakini keupayaan diri. Kita telah terlalu lama terkurung dalam penjara hegemoni, dan kurungan itu semakin bertambah lapisannya pada masa kini. Bagaimanakah kita dapat keluar dari penjara maya ini?

Sebagai saranan awal, elok kiranya dipertimbangkan gagasan oksidentalisme5 yang dikonsepsikan oleh Hassan Hanafi.6 Hassan Hanafi (2000: 26) telah memberikan suatu model yang berbentuk saranan tindakan untuk menghadapi Barat. Gagasan oksidentalisme Hassan Hanafi bertujuan menghilangkan rasa tidak percaya diri (murakab al-naqish) di hadapan Barat dalam soal bahasa, kebudayaan, ilmu pengetahuan, mazhab, teori, dan pendapat, dan seterusnya menimbulkan rasa tinggi diri (murakab al-uzhma). Beliau menyarankan kaedah untuk melihat Barat dengan cara melihat diri sendiri dahulu yang sebenarnya mempunyai sejarah gemilang sebelum menanggapi Barat dengan cara yang neutral. Barat tidak lagi perlu dikagumi, dan oksidentalisme perlu mengembalikan emosi Timur ke tempat asalnya, menghilangkan keterasingannya, mengembalikan akar lamanya yang gemilang, dan mengambil satu sikap terhadap peradaban Eropah (Hassan, 2000: 21).

Dalam menegakkan gagasan tradisi dan pembaharuannya, Hassan Hanafi membahagikan perbincangannya kepada tiga paksi, iaitu “sikap terhadap tradisi lama”, “sikap terhadap Barat”, dan “sikap terhadap realiti”. Ketiga-tiga agenda tersebut mempunyai kaitan dengan proses dialektika antara ego (al-ana, kita) dengan the Other (al-akhar, pihak lain atau Barat) dalam sejarah tertentu. Agenda pertama, ”sikap terhadap tradisi lama”, meletakkan ego pada sejarah lampau dan warisan kebudayaannya; agenda kedua, “sikap terhadap tradisi Barat”, meletakkan ego pada kedudukan yang berhadapan dengan the Other, terutama kebudayaan Barat pendatang; manakala agenda ketiga, “sikap terhadap realiti” atau teori interpretasi membolehkan ego melihat realiti masa lalunya secara langsung.

Agenda oksidentalisme bermatlamat memantapkan identiti nasional. Untuk tujuan itu, bahasa Melayu perlu diunggulkan (sikap terhadap tradisi lama) dalam usaha kita mendepani hegemoni Barat. Bahasa Melayu tidak boleh dilihat sebagai bahasa kampungan yang bernilai kosong tetapi perlu diletakkan pada kedudukan yang tinggi dan perlu diberi nilai ekonomi. Caranya adalah dengan memberi keutamaan

Page 6: Mohamad Saleeh Rahamad - UMEXPERT 178 · PDF fileoleh pihak korporat terhadap ... Agenda oksidentalisme bermatlamat memantapkan identiti ... mainkan kerana inilah satu-satunya sandaran

Mempertahankan Media Warisan

122

kepadanya sebagaimana yang telah termaktub dalam Dasar Pelajaran Kebangsaan dan Perlembagaan Persekutuan Perkara 152. Sebarang usaha untuk mempersoalkan kedudukannya dalam sistem pendidikan negara, baik di sekolah mahupun di institusi pengajian tinggi, mesti dibanteras. Perlembagaan sebagai undang-undang tertinggi tidak wajar dipermain-mainkan kerana inilah satu-satunya sandaran dalam pembentukan negara bangsa.

Dalam konteks perbincangan makalah ini, usaha memartabatkan bahasa Melayu perlu dimulakan pada peringkat sekolah lagi kerana di sinilah tempat yang sesuai untuk mendidik dan melentur generasi muda agar menghormati bahasa Melayu. Pengajaran bahasa Melayu tidak lagi boleh dianggap sebagai usaha remeh kerana bahasa yang betul dan baku tidak sama dengan bahasa kolokial. Tanpa mempelajarinya dengan sistematik daripada guru yang berkelayakan serta mahir, bahasa Melayu baku tidak mungkin dapat dikuasai. Seterusnya, sistematika pengajaran dan kepakaran guru akan lebih mantap dengan adanya sumbangan daripada karya sastera sebagai peralatan yang dinamik.

Bahasa dalaM sastera: huBungan siMBiotik dan Potensinya

Bahasa tidak dapat dipisahkan daripada kesusasteraan kerana bahasa menghidupkan kesusasteraan, dan kesusasteraan menghidupkan bahasa. Kedua-dua alat budaya ini membentuk hubungan simbiotik. Tanpa bahasa tidak mungkin sastera dapat dilahirkan, dan tanpa sastera tidak mungkin bahasa berkembang. Bahasa kekal zaman-berzaman menerusi wadah sastera; teks sastera menjadi saluran pengaliran dan pengembangan bahasa sebagaimana karya Shakespeare menjadi wadah penting menghidupkan dan mengunggulkan bahasa Inggeris.

Pengarang sastera ialah manusia kreatif, dan di tangan merekalah tercipta ungkapan baharu, kalimat segar, dan kiasan tulen, yang tidak ada dalam kamus pada asalnya. Tanpa terikat dengan konvensi yang rigid, pengarang sastera bebas mencipta bahasa, dan kemudian bahasa itu diterima menjadi mantap kedudukannya dalam masyarakat lalu diiktiraf sebagai baku. Ilmu leksikografi kemudian memanfaatkan karya sastera sebagai korpus untuk menambah kosa kata. Tanpa karya sastera, bagaimanakah perumus bahasa mencari kosa kata baharu kerana mereka terpaksa bergantung pada teks bertulis.

Dinamika sastera sebagai pembina bahasa disebabkan bahasanya yang tidak denotatif, sebaliknya mengusung makna dalaman yang penuh peristiwa, budaya, emosi, sejarah, akal budi, akal fikir, dan akal rasa. Bahasa sastera tidak mati dengan satu makna sebagaimana bahasa saintifik, tetapi sentiasa hidup, berkembang, dan menerbitkan makna yang polisemik. Melalui bahasa, khalayak dapat merasakan kepuasan

Page 7: Mohamad Saleeh Rahamad - UMEXPERT 178 · PDF fileoleh pihak korporat terhadap ... Agenda oksidentalisme bermatlamat memantapkan identiti ... mainkan kerana inilah satu-satunya sandaran

Memperkasakan Mata Pelajaran Bahasa Melayu Melalui Penghayatan Kesusasteraan

123

dan kenikmatan estetikanya. Kenikmatan ini, bagaimanapun, hanya sampai kepada khalayak yang memahami bahasa dan serta budayanya. Khalayak sastera Melayu tentu lebih mudah memahami maksud tersirat dan menikmati keindahan sastera Melayu berbanding dengan khalayak asing yang jahil tentang budaya dan tasawur Melayu. Pembacaan pada lapis harfiah tidak akan menemukan maksud budaya yang penuh emotif dan intuitif dalam hasil cipta sastera tersebut.

Wellek dan Warren (1988: 20–21) menyatakan, bahasa sebagai alat penyampaian sastera mempunyai nilai yang tersendiri berbanding dengan bahasa saintifik dan ucapan sehari-hari. Bahasa saintifik bersifat denotatif: bertujuan membawa perhubungan yang persis antara lambang dengan rujukan. Bahasa saintifik cenderung kepada satu sistem simbol seperti dalam matematik atau lojik simbolik. Tanda-tanda itu bersifat arbitrari dan boleh diganti dengan tanda-tanda lain yang sama.

Sebaliknya, bahasa sastera mengandungi unsur kabur seperti nama-nama bersejarah, sarat dengan homonim, serta mempunyai pembahagian yang arbitrari dan tidak rasional. Bahasa sastera juga dipenuhi peristiwa, kenangan, sejarah, ekspresi, nada, dan sikap pengarang. Bahasa sastera adalah konotatif, tidak hanya bersifat rujukan semata-mata. Di samping menyatakan sesuatu objek, maksud tersiratnya boleh digandingkan dengan perkara lain. Bahasa yang sebegini akan menghidupkan imaginasi, emosi, dan taakulan khalayaknya, sejajar dengan tujuan sastera, iaitu untuk mengajar, menghidupkan, dan menghibur. Unsur emotif yang kuat dalam bahasa sastera dapat mengharukan jiwa khalayak atau membangkitkan semangat nasionalisme dan patriotisme. Unsur bunyi yang berirama pula dapat menghiburkan hati atau menyediakan ruang katarsis bagi penikmatnya.

Selain itu, bahasa sastera tidak sekadar menerangkan peristiwa tetapi turut mengheret peristiwa. Bahasa ketika menerangkan situasi yang damai, misalnya, berbeza daripada bahasa yang menggambarkan situasi cemas. Bahasa tidak hanya menyampaikan pemikiran, tetapi bahasa itu sendiri melambangkan pemikiran; bahasa tidak menyampaikan ideologi, tetapi bahasa itu sendiri bersifat ideologikal.

Keberkesanan karya sastera sebagai alat untuk memantapkan pengajaran bahasa tidak hanya disokong oleh kepelbagaian unsur yang dapat memenuhi kehendak sukatan pelajaran, tetapi juga dapat menajamkan persepsi pelajar tentang kelainan dan keunikan manusia yang berlainan latar belakang. Hal ini demikian kerana pengarang yang berlainan tidak menulis atau menggambarkan sesuatu perkara, peristiwa, dan objek dalam perspektif yang sama. Setiap pengarang mempunyai persepsi yang tersendiri dan akan menggunakan bahasanya sendiri apabila mengungkapkan sesuatu.

Menurut Ali Shariati (996: 17), manusia tidak melihat dunia sebagaimana ilmu geografi mentakrifkan dan melukisnya. Pandangan

Page 8: Mohamad Saleeh Rahamad - UMEXPERT 178 · PDF fileoleh pihak korporat terhadap ... Agenda oksidentalisme bermatlamat memantapkan identiti ... mainkan kerana inilah satu-satunya sandaran

Mempertahankan Media Warisan

124

dunia daripada individu dipengaruhi aspek spiritual dan material yang khas daripada masyarakatnya.

…setiap perubahan dan perluasan yang ia saksikan dalam bangunan-bangunan tinggi dan benteng-benteng di kotanya … mengubah pandangannya tentang dunia yang terbentang di luar batas-batas dunianya sendiri. …imaji mental seorang individu tentang dunia luar seringkali bersesuaian dengan ukuran, warna, dan bentuk kerangka kelas sosialnya. Dalam pandangannya dunia luar merupakan suatu citra dari masyarakat dan status sosialnya sendiri—suatu citra yang direfleksikan pada retina matanya yang melihat dunia luar identik dengan persepsinya tentang realitas.

Apabila paparan dunia dibuat secara perseptif, bahasanya juga akan terjelma dalam nuansa yang khas, yakni berdasarkan persepsi pengarang. Daripada bahasa itu dapat pula dipelajari psikologi manusia dan hubungannya dengan bahasa. Ini juga ada kaitan dengan budaya kerana pengarang yang bermastautin dalam jalur budaya masing-masing akan menggunakan simbol, perkataan, nada, kiasan, dan kalimat yang lahir daripada budayanya. Mempelajari susuk budaya melalui bahasa sastera merupakan satu cabang penting dalam ilmu sosiolinguistik dan psikolinguistik. Aset budaya sebegini tidak dapat dicari dalam wacana saintifik kerana ketekalannya pada satu gaya sahaja, sedangkan dalam sastera, kebebasan berekspresi merupakan ciri utamanya.

Sebenarnya korpus sastera menawarkan ruang bahasa yang lumayan untuk dipelajari. Genre puisi, terutamanya, merupakan seni pengucapan tertinggi atas sifatnya yang selektif, padat, dan berkias. Seni ini, jika diterokai dan dianalisis, seterusnya diaplikasikan dalam pengucapan tertentu akan menghasilkan wacana yang besar. Tetapi perkara ini masih sukar untuk diaplikasikan di peringkat sekolah mahupun universiti kerana selama ini sistem pendidikan kita telah menjarakkan diri daripada seni sastera. Sastera sudah menjadi entiti asing sehingga kehadirannya dalam skala yang kecil sekalipun sudah dianggap terlalu sukar. Jika begitu keadaannya, bagaimanakah ketinggian nilai bahasa dalam sastera dapat diketengahkan.

Perbincangan ini barangkali akan dianggap sebagai terlalu tinggi untuk dibawa ke sekolah rendah mahupun menengah yang masih bergelut dengan soal tatabahasa, peribahasa, penjodoh bilangan, kefahaman, rumusan, dan karangan. Tetapi seorang guru yang mahir akan dapat memanfaatkan karya sastera yang sesuai dengan sukatan pelajaran dan tahap kemampuan pelajarnya. Banyak sekali aspek bahasa yang boleh dicungkil daripada karya sastera dalam lingkungan sukatan pelajaran.

Bagi mencapai matlamat memerkasakan pengajaran Bahasa Melayu dua perkara perlu diberi pertimbangan, iaitu strategi persediaan dan kaedah pelaksanaan.

Page 9: Mohamad Saleeh Rahamad - UMEXPERT 178 · PDF fileoleh pihak korporat terhadap ... Agenda oksidentalisme bermatlamat memantapkan identiti ... mainkan kerana inilah satu-satunya sandaran

Memperkasakan Mata Pelajaran Bahasa Melayu Melalui Penghayatan Kesusasteraan

125

strategi Persediaan

Penyediaan guru terlatihPelaksanaan pengajaran komponen sastera dalam mata pelajaran Bahasa Melayu (KOMSAS) diakui sebagai langkah penyelamat bidang sastera di sekolah. Matlamat pelaksanaannya juga cukup murni: “…diharap dapat menyumbang kepada pembentukan sahsiah, peluasan pengetahuan dan persepsi pelajar, serta meningkatkan kefahaman dan kesedaran tentang kemanusiaan, kemasyarakatan dan budaya.” Namun begitu, matlamat yang murni tidak mencukupi jika tidak disokong oleh prasarana yang sempurna. Tanpa guru yang mahir, matlamat itu hanya akan kekal sebagai dokumen tidak bererti.

Perkara asas yang sangat kritikal sekarang ialah kekurangan guru terlatih. Menurut maklum balas daripada guru, buat masa ini, kebanyakan sekolah ketandusan guru Bahasa Melayu sehingga guru opsyen lain terpaksa mengajarkan Bahasa Melayu. Guru-guru yang bukan opsyen dalam mata pelajaran Bahasa Melayu tidak mempunyai kemahiran dan kepakaran untuk mempelbagaikan corak pengajaran bahasa di dalam kelas. Kebanyakan daripada mereka tidak memiliki ilmu tentang bahasa, apatah lagi bidang sastera.

Jika demikian halnya, bagaimanakah guru dapat memanfaatkan karya sastera sebagai alat pengajaran Bahasa Melayu? Sedangkan guru belum mengenali gaya bahasa dan lesen puitika dalam sastera, misalnya, bagaimanakah kekayaan bahasa sastera dapat dicungkil dan diterapkan dalam pengajaran? Guru yang bukan berkelulusan pengajian Melayu/kesusasteraan Melayu sukar untuk memahami unsur sastera, apatah lagi untuk memberikan penjelasan kepada pelajar. Hal ini menyebabkan proses pengajaran tidak berkesan, dan kesannya, minat pelajar terhadap mata pelajaran Bahasa Melayu merosot.

Masalah ini perlu diatasi dengan menyediakan guru dan kursus yang sistematik dalam bidang kesusasteraan di institusi pendidikan guru. Tetapi untuk memenuhi keperluan mendesak, buat masa ini kekangan itu boleh dilunakkan dengan memberikan kursus intensif kepada guru yang sedia ada (walaupun bukan opsyen Bahasa Melayu) agar mereka menguasai aspek bahasa dan sastera. Galakkan guru menghadiri mana-mana seminar sastera dan bengkel penulisan kreatif dengan menyediakan peruntukan yang diperlukan.

Sementara itu, guru yang sedia terlatih perlu dihormati dengan menjadikan mereka sumber rujukan dan tenaga yang melatih guru-guru lain. Pemberian elaun kepada guru terlatih dalam bahasa Melayu dan sastera juga wajar direncanakan kerana cara ini dapat mengangkat imej golongan tersebut yang selama ini dipandang rendah berbanding guru Bahasa Inggeris. Jika peruntukan yang besar sebelum ini mampu diberikan kepada projek PPSMI, kenapa tidak dana yang setaraf diberikan

Page 10: Mohamad Saleeh Rahamad - UMEXPERT 178 · PDF fileoleh pihak korporat terhadap ... Agenda oksidentalisme bermatlamat memantapkan identiti ... mainkan kerana inilah satu-satunya sandaran

Mempertahankan Media Warisan

126

kepada projek Memperkasakan Bahasa Malaysia, Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI).

Pemilihan Buku teks yang sesuaiSekiranya karya sastera hendak dimanfaatkan sebagai penyangga sistem pengajaran Bahasa Melayu, pemilihan teks mesti diberi perhatian yang serius. Baru-baru ini telah timbul isu bahawa buku teks KOMSAS tidak mencerminkan ketinggian nilai sastera. Dikatakan bahawa ada karya yang bersifat popular dan rendah nilai kesasteraannya terpilih sebagai teks. Jika dakwaan ini benar, mutu bahasa teks tersebut juga boleh disangsikan.

Teks sekolah perlu mencerminkan pencapaian tertinggi sastera kebangsaan, bukannya daripada karya yang tidak teruji. Penentuan sama ada karya itu bernilai atau tidak sangat mudah kerana telah banyak proses penilaian dibuat terhadap karya sastera di negara ini sama ada melalui sayembara penulisan, anugerah penghargaan, mahupun kritikan yang berwibawa. Pemilihan teks yang representatif bagi zaman dan angkatan tertentu akan mampu membenihkan manfaat yang diharapkan. Karya sedemikian telah dinilai sebagai baik dalam aspek bahasanya dan dapat digunakan untuk mempelbagaikan data kebahasaan.

Kita berharap agar kuasa yang sudah ada di tangan digunakan sebaik-baiknya demi kemajuan bangsa dan bahasa. Sebarang anasir yang bersifat kepentingan peribadi perlu disekat daripada menular ke dalam pelaksanaan sistem pendidikan. Kita cuma mampu berharap agar dakwaan dan kebimbangan ini tidak berasas. Namun begitu, pandangan luar juga perlu diberi perhatian dan dinilai kesahihannya kerana barangkali ada kebenarannya.

Perbincangan tentang pemilihan buku teks sastera di sekolah menemukan kita kepada persoalan asasi: Apakah kesusasteraan yang bersesuaian dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan7 dan matlamat pengajaran bahasanya? Serampang dua mata ini perlu dilandasi asas pemilihan yang sesuai. Bagi memenuhi matlamat tersebut, perlu dipilih teks mengikut keutamaan yang berikut:

• Karya pengarang tempatan yang baik bahasanya, sesuai dari segi keterbacaan dan kandungannya. Karya popular yang menggunakan bahasa slanga dan kolokial yang melampau perlu dielakkan. Antara pengarang prosa yang mempunyai bahasa yang baik ialah Anwar Ridhwan, Arena Wati, Siti Zainon Ismail, SM Zakir, A. Samad Said, Azizi Haji Abdullah, S. Othman Kelantan, dan Shahnon Ahmad. Mereka ini antara sekian banyak pengarang yang telah berjuang memartabatkan sastera kebangsaan dan karya mereka juga telah teruji. Oleh itu, tidak ada alasan bagi kita untuk memilih karya popular yang entah siapa pengarangnya sebagai teks sekolah.

Page 11: Mohamad Saleeh Rahamad - UMEXPERT 178 · PDF fileoleh pihak korporat terhadap ... Agenda oksidentalisme bermatlamat memantapkan identiti ... mainkan kerana inilah satu-satunya sandaran

Memperkasakan Mata Pelajaran Bahasa Melayu Melalui Penghayatan Kesusasteraan

127

• Karya yang membina unsur positif dan yang menentang unsur negatif. Ini ciri yang sudah muktabar dalam prinsip pemilihan teks; tetapi berdasarkan permasalahan semasa dan akan datang, apakah kayu ukur sebenar untuk mencirikan teks dalam kategori itu? Keperluan kita ialah kesusasteraan yang menyuburkan perpaduan, menentang perkauman, menentang rasuah, menggalakkan kerja kuat, membangunkan nasionalisme, menolak perpecahan akibat politik; dan mengindoktrinasikan kebersihan rohani dan jasmani. Maka pilihlah teks yang menjabarkan mesej ini.

• Pilihlah karya yang mengangkat perjuangan mengembalikan harga diri di sisi bangsa asing/Barat/penjajah dalam konteks moden (bukan yang bersifat sejarah kerana dibimbangi akan menimbulkan persepsi bahawa kita bernostalgia). Bagi tujuan itu, karya yang menokohkan petualangan wira ke negara asing perlu diketengahkan sebagai sarana untuk mengekang hegemoni Barat yang sangat kuat merempuh jati diri generasi masa kini. Menjelang dekad 80-an, telah banyak lahir karya yang bercorak demikian apabila wira fiktif dihantar ke tengah-tengah negara Barat lalu melakukan pemulihan harga diri. Karya Arena Wati, Shaari Isa, B.H. Amir, dan Faisal Tehrani misalnya, memberikan wajah wira moden yang mampu berdialog dengan khalayak baharu. Mereka bukan lagi wira tradisional yang jauh daripada kefahaman generasi muda tetapi wira moden yang relevan dan dapat diterima.

Sekiranya cadangan ini sukar disambut kerana kita kekurangan karya yang sesuai atau karya yang ada terlalu berat untuk pelajar sekolah, ada baiknya langkah proaktif dilakukan:

• Mengubahsuaikan karya yang sedia ada jika kandungannya sesuai dengan matlamat pendidikan. Sebenarnya banyak karya tempatan yang berpotensi diubahsuaikan menjadi bacaan remaja. Usaha ini tidak banyak dilakukan sedangkan sastera Inggeris tersebar ke seluruh dunia dengan kaedah sebegini. Tanpa pengubahsuaian, tidak mungkin karya William Shakespeare, John Steinbeck, Thomas Hardy, Joseph Conrad, Rudyard Kipling, Jules Verne, dan Shamus Frazer, misalnya, sampai ke tangan pelajar sekolah kita sejak dahulu lagi.

• Terjemahkan karya berat oleh pengarang tempatan yang telah diubahsuaikan untuk bacaan remaja. Karya itu perlu disebarkan seluas mungkin dan dijadikan projek kebangsaan (boleh juga dikaitkan dengan program 1Malaysia). Institut Terjemahan Negara Malaysia (ITNM) dan Dewan Bahasa dan Pustaka perlu melakukan usaha sinergi demi melangsungkan projek

Page 12: Mohamad Saleeh Rahamad - UMEXPERT 178 · PDF fileoleh pihak korporat terhadap ... Agenda oksidentalisme bermatlamat memantapkan identiti ... mainkan kerana inilah satu-satunya sandaran

Mempertahankan Media Warisan

128

ini. Tentunya Kementerian Pelajaran juga campur tangan bagi memastikan karya tersebut mendapat pasaran di sekolah.

• Mengadakan peraduan menulis dengan tema dan subjek cerita yang ditentukan. Karya yang tersaring daripada sayembara boleh diprogramkan agar memberikan nilai bahasa dan pemikiran yang dihasratkan. Tidak ada salahnya kalau sastera bertendensi dipupuk melalui peraduan walaupun ada kongkongan dari segi kebebasan penulis kerana ini untuk kebaikan membina generasi muda.8

Penyediaan ruang yang sesuai Dalam usaha kita menimbulkan rasa hormat pelajar kepada bahan sastera sebagai korpus. Oleh itu, perpustakaan yang menyediakan bahan bacaan bermutu dan terkini perlu diwujudkan. Pembelian buku untuk sekolah tidak perlu melalui ejen kerana dibimbangi berlaku proses yang tidak serasi dengan matlamat mendapatkan buku bermutu. Guru yang arif tentang perkembangan dan nilai sastera perlu diberi tugas untuk mencari buku bermutu. Penyerahan tugas itu kepada ejen pengedar yang tidak mempedulikan soal mutu dan maruah bangsa hanya akan menggagalkan projek nasionalisme ini.

Di perpustakaan, suasana yang kondusif dan mesra pelanggan perlu diwujudkan. Rungutan daripada guru mengatakan bahawa di perpustakaan sekolah tiada program khas yang berupaya menarik pelajar ke perpustakaan. Bagi mengisi kelompangan itu, aktiviti pertandingan membaca (termasuk program NILAM), pertandingan kosa kata, menulis karya kreatif, rimba ilmu, pertandingan penerokaan ilmu dan juara buku (mingguan dan bulanan) wajar digerakkan secara serius.

strategi PelaksanaanDengan adanya prasarana (guru terlatih, teks bermutu, dan ruang yang kondusif) serta galakan berterusan, barulah usaha pelaksanaan seterusnya dapat digerakkan. Pengajaran bahasa perlu merangkumi aspek ketepatan nahu (tatabahasa), keindahan dan ragam bahasa, serta asas budaya yang menopang bahasa. Semua aspek ini boleh diajarkan melalui karya sastera kerana teks sastera itu sendiri kaya dengan semua unsur tersebut. Bagi tujuan itu, beberapa langkah mungkin dapat membantu.

• Wajibkan kerja kursus dalam bentuk karya sastera kepada calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) dan dinilai oleh pemeriksa luar. Sandaran kepada penilai luar bertujuan mendapatkan penilaian yang objektif, tanpa dipengaruhi sentimen peribadi. Kerja kursus yang intensif secara berulang-ulang akan mempertingkatkan kemesraan dan

Page 13: Mohamad Saleeh Rahamad - UMEXPERT 178 · PDF fileoleh pihak korporat terhadap ... Agenda oksidentalisme bermatlamat memantapkan identiti ... mainkan kerana inilah satu-satunya sandaran

Memperkasakan Mata Pelajaran Bahasa Melayu Melalui Penghayatan Kesusasteraan

129

kemahiran pelajar dalam penggunaan bahasa sastera. Bahasa sastera merupakan seni pengucapan tertinggi dalam komunikasi antara manusia.

Penggunaan bahasa dalam karya kreatif oleh pelajar akan memahirkan mereka, atau sekurang-kurangnya mendidik mereka, untuk menguasai ragam bahasa sastera yang penuh dengan kebebasan ekspresi dan kebebasan puitika. Kalau sekadar membaca dan menilai bahasa dalam teks, pelajar sukar untuk menghayatinya berbanding dengan percubaan menghasilkan karya sendiri. Penerokaan mereka ke dalam rimba bahasa sastera akan menjadikan mereka lebih kreatif dan berani berekspresi.

• Karya sastera yang penuh dengan ragam, gaya, loghat, warna

daerah, warna latar dalam paparan bahasanya dapat dijadikan bahan rangsangan dalam ujian lisan. Kini ujian lisan sudah diganti dengan kaedah pengujian yang lain, iaitu Pentaksiran Ujian Lisan Berasaskan Sekolah (PULBS) bermula dari tingkatan 1; Penilaian Lisan Berasaskan Sekolah (PLBS) pada peringkat PMR; dan Ujian Lisan Berasaskan Sekolah (ULBS) pada peringkat SPM. Namun begitu, oleh sebab pelaksanaan ujian ini diuruskan oleh guru mata pelajaran, tahap kebolehpercayaan dan keabsahan ujian itu sukar diyakini. Guru berkuasa memberikan markah menurut pertimbangannya, dan pemantauan hanya dijalankan oleh pentaksir daerah/negeri setahun sekali. Pemantauan itu pun hanya dengan melihat fail markah, manakala pelaksanaan dan contoh pengujian tidak dipantau.

Kaedah begini tidak berfungsi dengan baik, dan hasilnya pelajar yang dikatakan lulus dalam ujian itu tetap sukar berkomunikasi dengan baik kerana mereka telah diluluskan tanpa ujian sebenar demi menjaga peratus kelulusan sekolah. Oleh itu, ada baiknya pentaksir dipilih oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia. Pelajar atau calon ujian lisan juga lebih bersedia, dan mereka biasanya dilatih terlebih dahulu oleh guru. Pada peringkat inilah karya sastera dapat berperanan. Ujian lisan bukan hanya dalam bentuk tanya jawab tetapi boleh diprogramkan dalam bentuk lakonan dan deklamasi puisi atau cereka.

Karya sastera, baik drama, puisi, cerpen mahupun novel, sarat dengan langgam percakapan yang berintonasi berdasarkan emosi watak, latar waktu, latar suasana, latar zaman, dan latar peristiwa. Sekiranya pelajar dapat dilatih menggunakan karya sastera sebagai bahan bantu dalam ujian lisan, nescaya mereka akan lebih teruja melakukannya kerana cara itu lebih dekat dengan emosi berbanding dengan kaedah tanya jawab yang bercorak skematik.

Page 14: Mohamad Saleeh Rahamad - UMEXPERT 178 · PDF fileoleh pihak korporat terhadap ... Agenda oksidentalisme bermatlamat memantapkan identiti ... mainkan kerana inilah satu-satunya sandaran

Mempertahankan Media Warisan

130

Bayangkan kalau pelajar sudah mampu mengenal pasti intonasi dan kalimat yang sesuai untuk menyampaikan idea, sama ada bersifat emotif mahupun informatif. Soal adab bercakap menurut keperluan situasi, gender, dan usia wajar diberi penekanan kerana inilah yang akan membantu mereka berhadapan dengan masyarakat di luar. Tidaklah sampai berlaku lagi kejanggalan berbahasa akibat kejahilan mereka memahami budaya Melayu seperti membahasakan diri sebagai “aku” dan pensyarahnya “kamu”. Gambaran ini sering ditemukan di kampus, terutama daripada pelajar yang melalui sekolah vernakular pada peringkat rendahnya.

Walaupun sekarang amalan menggunakan karya sastera wujud dalam pentaksiran lisan, pelaksanaannya tidak wajib dan hanya mengikut budi bicara guru. Sekali lagi, timbul kesangsian sama ada guru benar-benar menguji pelajarnya dengan skema atau hanya memberikan kelulusan tanpa diuji. Mungkin ramai guru yang benar-benar jujur membuat pentaksiran, tetapi ruang untuk berlakunya toleransi melampau masih terbuka kerana tiada guru mahu graf kelulusan muridnya menurun.

• Manfaatkan kekayaan ragam bahasa dalam karya sastera. Karya sastera juga sarat dengan bahasa kiasan yang indah sebagai alat komunikasi berhemah yang dapat menjanakan kreativiti. Berdasarkan karya sastera, pelajar dapat diasuh untuk mencipta bahasa kiasan bagi mengaktifkan tenaga kreatifnya. Tanpa kebolehan mengoptimumkan imaginasi dan kreativiti, sahsiah pelajar masih belum mendekati matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Bukankah Falsafah Pendidikan Kebangsaan mahu melahirkan insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, dan intelek? Indah dan mantap falsafah itu tetapi tidak terjelma dalam sistem pendidikan kita apabila sastera diabaikan.

Selain itu, unsur poetic license dalam karya sastera juga boleh dijadikan bahan kajian tatabahasa di samping menganalisis kesesuaiannya dalam karya tersebut dalam konteks estetik. Dari sudut tatabahasa kesalahannya jelas, tetapi jika dilihat dari sudut estetika, kesalahan itu dibenarkan. Hal sebegini boleh didedahkan kepada pelajar tingkatan enam kerana mereka lebih matang dan sudah melalui tahap-tahap pembelajaran asas dalam bahasa.

• Seterusnya, sastera Melayu yang berpengaruh dan representatif mesti diperkenalkan sejak sekolah rendah lagi. Dengan cara itu, pelajar sudah mula berjinak-jinak dengan bahasa sastera yang hidup dan berwarna-warni. Bagi tujuan mewajibkan semua pelajar (termasuk di sekolah vernakular) menggunakan teks sastera kebangsaan, masukkan komponen ini dalam mata

Page 15: Mohamad Saleeh Rahamad - UMEXPERT 178 · PDF fileoleh pihak korporat terhadap ... Agenda oksidentalisme bermatlamat memantapkan identiti ... mainkan kerana inilah satu-satunya sandaran

Memperkasakan Mata Pelajaran Bahasa Melayu Melalui Penghayatan Kesusasteraan

131

pelajaran Bahasa Melayu. Malahan dalam bahasa Cina/Tamil sekalipun karya pengarang Malaysia perlu digunakan setelah diterjemahkan, bukannya mengambil sastera asing. Tujuannya adalah untuk memastikan pelajar mengenali khazanah sastera kebangsaan supaya mereka memperoleh bahan yang selaras dengan agenda nasional.

• Pelajar tingkatan enam perlu diwajibkan mengambil mata pelajaran Bahasa Malaysia (yang sepatutnya dipecahkan kepada dua kertas seperti dulu: kertas 1 bagi bahasa dan kertas dua bagi sastera Melayu) bukan lagi sebagai elektif.9 Perdampingan mereka kepada Bahasa Melayu akan memarakkan gerakan Bahasa Melayu di sekolah dan berlanjutan ke institusi pengajian tinggi. Jika tidak dapat dilaksanakan, jadikan syarat lulus dalam peperiksaan khas Bahasa Melayu sebelum pelajar memasuki universiti sebagaimana yang dikuatkuasakan dalam Malaysian University English Test (MUET). Saranan ini tidak keterlaluan sebenarnya kerana sebilangan besar pelajar universiti sekarang masih tidak menguasai tatabahasa dengan baik. Walaupun diajar berulang kali, mereka tetap melakukan kesalahan yang sama.

Salah satu cara untuk mengatasi masalah ini ialah menggunakan karya sastera yang mengandungi kesalahan tatabahasa atas lesen kebebasan sastera (poetic license) sebagai bahan pemelajaran. Teks tersebut boleh dijadikan bahan untuk menguji kefahaman bahasa pelajar dengan cara menyuruh mereka menyunting kesalahan tersebut dan membahaskan kedudukannya dalam karya sastera.

• Subjek kesusasteraan perlu diwajibkan kepada seluruh pelajar institusi pengajian tinggi awam dan swasta, dan pengajaran Bahasa Melayu perlu dipantau dengan sempurna bagi memastikan pelaksanaannya memenuhi piawaian.

Baik pelajar tempatan mahupun pelajar asing, mereka perlu diberi pendedahan terhadap kesusasteraan kebangsaan. Ini merupakan projek nasionalisme yang bertujuan meneguhkan kepercayaan mereka terhadap budaya tempatan. Sekiranya perlu, bagi pelajar asing, karya tempatan yang telah diterjemahkan boleh digunakan supaya mereka benar-benar dapat memahami budaya dan pemikiran masyarakat kita. Sekali lagi, teks yang sesuai perlu dipilih bagi projek ini.

Langkah mewajibkan subjek Bahasa Melayu bukan sahaja bertujuan meneguhkan identiti nasional dan mengembalikan kedaulatan bahasa ke tempat asalnya, malahan penting bagi menyelesaikan masalah kejahilan bahasa dalam kalangan mahasiswa. Sekiranya persoalan asas dalam bahasa difikirkan

Page 16: Mohamad Saleeh Rahamad - UMEXPERT 178 · PDF fileoleh pihak korporat terhadap ... Agenda oksidentalisme bermatlamat memantapkan identiti ... mainkan kerana inilah satu-satunya sandaran

Mempertahankan Media Warisan

132

telah dapat diselesaikan pada peringkat sekolah (walaupun sebenarnya belum selesai), pada peringkat institusi pengajian tinggi sukatan pelajarannya boleh dipertingkatkan. Pada tahap ini sepatutnya mereka diajari bahasa Melayu tinggi, sama ada dari segi binaan kalimat mahupun struktur wacana. Berdasarkan pengalaman sendiri, didapati masalah kebahasaan sangat serius dalam kalangan mahasiswa. Sukar untuk menolak tanggapan bahawa situasi ini disebabkan oleh ketiadaan pemantauan serius daripada kerajaan terhadap institusi pendidikan swasta dalam pelaksanaan dasar pendidikan bahasa Melayu; akibatnya, mereka memandang bahasa Melayu dengan tanggapan sinikal.

• Kini wujud kejanggalan dalam penawaran subjek di peringkat SPM. Kini pelajar hanya dibenarkan mengambil 10 subjek teras dan dua subjek pilihan. Penawaran subjek pilihan itu diisi oleh subjek ringan (termasuk lukisan, perdagangan dan muzik), Bahasa Arab dan kesusasteraan Cina/Tamil. Daripada 12 mata pelajaran yang dibenarkan ambil, Kesusasteraan Melayu tidak termasuk sedangkan sastera Cina/Tamil mendapat tempat istimewa. Kenapa sastera kebangsaan dianaktirikan sedangkan sastera bangsa lain diberi keistimewaan?

Kita sedang mencari ramuan untuk meneguhkan identiti nasional, mewujudkan perpaduan kaum, dan menyebarkan kefahaman tentang negara bangsa, yang semuanya boleh diprogramkan melalui sastera kebangsaan, tetapi hala tuju kita terpesong. Subjek Kesusasteraan Melayu elektif hanya bergantung nasib pada ihsan pengetua. Kebanyakan pengetua tidak mahu menawarkan subjek Kesusasteraan Melayu atas beberapa alasan yang dapat dijangka. Antaranya, subsidi yang diberikan kepada sekolah bagi subjek Kesusasteraan Melayu sangat tidak munasabah jika dibandingkan subjek dalam bidang sains.10

Selain itu, subjek Kesusasteraan Melayu dianggap lebih sukar berbanding subjek pilihan lain. Sebenarnya, kesukaran ini disebabkan tiada minat dan kesungguhan, sama ada di pihak sekolah, guru, mahupun murid. Jika ada kesungguhan, masalah ini tidak timbul kerana subjek lain pun tidak kurang sukarnya. Pokoknya, adakah kita mahu mengakui kepentingan kesusasteraan Melayu atau tidak.

Pengenyahan subjek Kesusasteraan Melayu dibantu dengan faktor peminggiran waktu belajarnya. Pengajarannya terpaksa dilakukan di luar jadual waktu persekolahan. Lazimnya, subjek Kesusasteraan Melayu hanya ditawarkan kepada murid kelas tercorot; sebilangan daripadanya masih belum mampu menguasai kemahiran membaca dan menulis. Jika berhadapan

Page 17: Mohamad Saleeh Rahamad - UMEXPERT 178 · PDF fileoleh pihak korporat terhadap ... Agenda oksidentalisme bermatlamat memantapkan identiti ... mainkan kerana inilah satu-satunya sandaran

Memperkasakan Mata Pelajaran Bahasa Melayu Melalui Penghayatan Kesusasteraan

133

dengan pelajar yang begitu, tugas guru di luar waktu jadual kelas bertambah berat dan tidak menguja sama sekali, kecuali bagi guru yang mempunyai iltizam luar biasa.

Suatu hal yang mesti disedari ialah pendidikan di peringkat sekolah bukannya untuk menyediakan tenaga pekerja tetapi sebagai landasan untuk membina generasi yang bersahsiah tinggi, selari dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Masalah kita sekarang ialah kekeliruan fahaman, lalu Kementerian Pelajaran telah mula memprogramkan sekolah sebagai tempat melatih pekerja teknikal dan teknokrat. Kita lupa bahawa yang lebih penting daripada itu ialah usaha membangunkan manusia yang memiliki sifat kemanusiaan dan semangat bangsa. Peralatan yang paling penting untuk memenuhi matlamat itu ialah kesusasteraan.

Oleh itu, dilema ini perlu dipulihkan dengan mengembalikan subjek Kesusasteraan Melayu di tempat yang setara dengan subjek pilihan wajib, dan jumlah subsidinya perlu dipertingkatkan supaya lebih banyak aktiviti dapat dilaksanakan. Penambahan subsidi itu menjadi petanda keprihatinan kerajaan terhadap sastera dan dengan sendirinya akan menggalakkan sekolah menawarkan subjek tersebut. Selepas itu barulah kita boleh bercakap tentang potensinya sebagai alat pemerkasaan pengajaran Bahasa Melayu. Lantaran pengajaran bahasa tidak dapat dipisahkan daripada sastera, malah saling melengkap, kedua-duanya mesti diperkukuh.

• Selanjutnya (walaupun bukan yang terakhir), bagi menumbuhkan rasa hormat dan cinta pada bahasa dalam kalangan generasi muda, pengajaran Bahasa Melayu jangan dihadkan pada soal kebahasaan semata-mata tetapi mesti dilebarkan kepada tujuan yang lebih nasionalistik. Kedudukan bahasa Melayu dalam Perlembagaan perlu ditegaskan dalam sukatan pelajaran supaya mereka akur pada semua sistem kebangsaan yang dilaksanakan. Jika tidak, generasi muda yang berbilang kaum ini hanya akan menanggapi mata pelajaran Bahasa Melayu sebagai mata pelajaran biasa untuk tujuan lulus peperiksaan, sedangkan hakikatnya kedudukan bahasa Melayu lebih tinggi daripada itu.

kesiMPulanHasrat murni kerajaan untuk memartabatkan bahasa Melayu tidak wajar dijadikan slogan kosong demi memenuhi tuntutan politik semasa dan kemudian dibiarkan mati tanpa kuburan. Projek ini penting dari segi pengukuhan jati diri dan identiti nasional dalam negara yang sedang membina gagasan idealnya. Tanpa satu identiti yang jelas, selagi itulah

Page 18: Mohamad Saleeh Rahamad - UMEXPERT 178 · PDF fileoleh pihak korporat terhadap ... Agenda oksidentalisme bermatlamat memantapkan identiti ... mainkan kerana inilah satu-satunya sandaran

Mempertahankan Media Warisan

134

bangsa Malaysia akan terumbang-ambing apabila berhadapan dengan cabaran global yang sentiasa menyerang. Identiti nasional ini mesti berteraskan Dasar Kebudayaan Kebangsaan yang sudah dikonsepsikan sejak tahun 1970 lagi, tanpa teragak-agak. Usaha ini memerlukan keikhlasan dan kesungguhan dalam pelaksanaannya tanpa mempedulikan sanggahan daripada pihak-pihak yang enggan mengakui hakikat kedaulatan bahasa Melayu dalam Perlembagaan dan Dasar Pelajaran Kebangsaan. Telah banyak saranan diberikan oleh pelbagai pihak yang prihatin terhadap nasib bahasa dan bangsa Melayu serta negara, dan kini pihak yang bertanggungjawab hanya perlu melaksanakannya.11 Pengumpulan idea tidak bererti sama sekali sekiranya tiada usaha untuk memanfaatkannya dengan serius.

rujukanAbdullah bin Abdul Kadir. 1981. Kisah Pelayaran Abdullah. Kuala Lumpur:

Penerbit Fajar Bakti.Abdullah Hassan. 1999. Asimilasi bahasa: suatu tinjauan terhadap dasar

pendidikan bahasa dan penerimaan bahasa Melayu di Malaysia Barat. Dlm. Perancangan Bahasa di Asia Tenggara. Terj. Abdullah Hassan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. h. 130–171.

Ali Shariati. 1996. Tugas Cendekiawan Islam. Terj. Cet. Kedua. Jakarta: PT RajaGrafindo Persada.

Ashcroft, Bill, Gareth Griffiths, Helen Tiffin. 2000. Post-Colonial Studies: The Key Concepts. London and New York: Routledge.

Hashim Hj. Musa. 2005. Pemerkasaan Tamadun Melayu Malaysia: Menghadapi Globalisasi Barat. Cet. Kedua. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.

Mohamad Saleeh Rahamad. 2010. Krisis keyakinan dalam pendidikan sastera di Malaysia. Dewan Sastera, Februari, h. 40–48.

Shahnon Ahmad. 1988. Tunggul-Tunggul Gerigis. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Wellek, Rene dan Austin Warren. 1988. Teori Kesusasteraan. Terj. Wong Seng Tong. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Ziauddin Sardar. 2002. Orientalism. New Delhi: Viva Books Private Limited.

nota1 Hashim Hj. Musa (2005: 2) menyatakan, bahasa merupakan satu daripada enam prasyarat kewujudan sesebuah tamadun: “adanya satu bahasa atau beberapa bahasa serumpun yang menjadi pengungkap dan pengantar segala kegiatan ketamadunan dengan sistem tulisannya yang cekap demi perakaman, penyampaian, pendidikan dan pewarisan.”

Page 19: Mohamad Saleeh Rahamad - UMEXPERT 178 · PDF fileoleh pihak korporat terhadap ... Agenda oksidentalisme bermatlamat memantapkan identiti ... mainkan kerana inilah satu-satunya sandaran

Memperkasakan Mata Pelajaran Bahasa Melayu Melalui Penghayatan Kesusasteraan

135

2 Comprador berasal daripada bahasa Portugis yang bermaksud pembeli, yang asalnya merujuk kepada saudagar tempatan yang bertindak sebagai orang tengah antara pengeluar luar negara dengan pasaran tempatan. Aliran Marxis menggunakannya untuk maksud khusus bagi menerangkan golongan borjuis yang memperoleh kedudukan istimewa daripada kolonial. Dalam teori pascakolonial istilah ini telah berkembang sehingga meliputi golongan inteligensia—ahli akademik, penulis kreatif, dan artis—yang kebebasannya dikompromikan dengan pergantungan pada, dan mengidentifikasikan diri dengan, kuasa kolonial. Idea tentang kelas comprador, sama ada kapitalis mahupun intelektual, mengandaikan kewujudan struktur hierarki budaya dan hubungan material yang jelas, iaitu tiada sesiapa dalam masyarakat terjajah yang dapat mengelakkan diri sepenuhnya daripada kuasa kolonial dan neokolonial. Bagi golongan comprador ini mereka sudah memiliki keistimewaan, kekayaan, dan pendidikan sehingga dapat mencapai taraf hidup yang diperkenalkan oleh kolonial, dan oleh itu mereka tidak lagi berminat dalam perjuangan membebaskan masyarakatnya daripada belenggu penjajahan (Ashcroft, Griffiths, dan Tiffin, 2000: 55). Golongan comprador ini juga akan melihat tamadun daripada perspektif orientalis dan dilabelkan oleh Ziauddin Sardar (2002: 91) sebagai Orientalized Oriental (“Orientalis Timur”-terjemahan bebas penulis). Golongan ini ialah orang Timur yang melihat budayanya sebagai cerminan budaya Barat dan menilai kebenaran berdasarkan perspektif Barat.3 Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan perubahan atau pemansuhan PPSMI pada 8 Julai 2009. Ketegasan politik beliau wajar dihormati dan dihargai walaupun agak lewat.4 Perbezaannya, gertakan pada tahun 1950-an itu dilakukan oleh ahli UMNO sendiri yang sayang akan bangsanya, manakala penentangan terhadap PPSMI lebih banyak dilakukan oleh pihak yang bukan daripada kalangan UMNO, kecuali UMNO Johor. Peristiwa bersejarah ini perlu diteliti dengan penuh kesedaran oleh ahli-ahli UMNO sekiranya mereka benar-benar menjunjung misi memperjuangkan nasib orang Melayu.5 Secara harfiah, oksidentalisme bermaksud wacana tentang Barat, berlawanan daripada orientalisme yang bermaksud wacana tentang Timur.6 Hassan Hanafi lahir di Kahirah pada 13 Februari 1935. Dia memulai pendidikan dasarnya, dan sejak peringkat sanawiyah dia sudah terlibat dalam perbincangan dan kelompok Ikhwanul Muslimin. Pada peringkat pengajian tinggi Hassan Hanafi tertarik dengan falsafah dan teologi. Dia memperoleh Sarjana Falsafah daripada Universiti Cairo pada tahun 1956, kemudian melanjutkan pengajiannya ke peringkat pascasarjana di Universiti Sorbonne, Perancis (1956–1966). Dia memperoleh ijazah doktor falsafah dengan disertasi yang berjudul “L’Exegess de la Phenomenologue, L’etat Actual de la Methode Phenomenologue et son Application au Phenomene Religieux”. Disertasi setebal 900 halaman itu mendapat penghargaan sebagai penulisan terbaik di Mesir pada tahun 1961. Dalam bidang akademik dia pernah mengajar di Universiti Cairo dan menjadi profesor tamu di beberapa universiti. Antara negara yang pernah menjadi tempat kerjaya akademiknya ialah Perancis (1969), Belgium (1970), Temple University, Philadelphia, Amerika Syarikat (1971–1975), Universiti Kuwait (1979), Persatuan Emirat Arab (1981), Universiti Fez Moroko (1982–1984), dan Jepun (1984–1985). Dia juga menjadi konsultan akademis di United State University Tokyo (1985–1987). Pada tahun 1988 dia dilantik sebagai ketua jurusan Falsafah di Universiti Cairo.

Page 20: Mohamad Saleeh Rahamad - UMEXPERT 178 · PDF fileoleh pihak korporat terhadap ... Agenda oksidentalisme bermatlamat memantapkan identiti ... mainkan kerana inilah satu-satunya sandaran

Mempertahankan Media Warisan

136

7 Falsafah Pendidikan Kebangsaan ialah satu usaha berterusan ke arah memperkembang potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketerampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.8 Perbincangan lanjut dalam Mohamad Saleeh Rahamad (2010).9 Sekarang kertas 1 Bahasa Malaysia STPM (menguji pengetahuan bahasa calon) mengandungi 60 soalan aneka pilihan jawapan, iaitu soalan pemahaman, sejarah bahasa, dinamika bahasa, morfologi, sintaksis, fonologi dan semantik. Untuk soalan pemahaman (10 soalan) 2 atau 3 petikan daripada pelbagai sumber dikemukakan, termasuklah karya kreatif sama ada daripada novel, cerpen atau puisi dan juga bahan bukan linear (tiada soalan tentang unsur sastera). Kertas 2 untuk menguji kecekapan berbahasa calon STPM yang merangkumi soalan karangan (Bahagian A), merumuskan teks (Bahagian B), alih bentuk teks [Bahagian C: bahan diambil daripada karya kreatif dan sastera Melayu lama, teks undang2, laras perniagaan (iklan) dsb], dan analisis kesalahan bahasa (Bahagian D).10 Subsidi per murid bagi subjek Kesusasteraan Melayu cuma RM2 manakala bagi subjek Sains RM14.11 Antara perkara yang wajar difikirkan adalah seperti yang berikut:

1. Seminggu 6 waktu dan agihannya; 2 waktu penulisan, 2 waktu kefahaman, 1 waktu KOMSAS dan 1 waktu nilam. Masa yang terbatas ini menyebabkan pengajaran subjek Bahasa Malaysia menjadi kacau-bilau;

2. Teks KOMSAS terlalu banyak (kekeliruan timbul apabila teks komsas melebihi teks BM) hingga P&P KOMSAS menjadi rojak.

Oleh itu, (i) pecahkan Kertas 1 (BM) dan Kertas 2 (KOMSAS) supaya P&P lebih terarah dan seimbang; (ii) berikan penekanan juga kepada galakan supaya Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) menawarkan subjek Kesusasteraan Melayu supaya mereka dapat melahirkan pelapis penulis kreatif dan membudayakan kerjaya profesional sebagai penulis kreatif; (iii) strukturkan semula sukatan Bahasa Melayu, iaitu dengan melahirkan sistem pengajaran tatabahasa secara langsung, bukan secara tempelan (secara tidak langsung); (iv) wujudkan anugerah pelajar kreatif kategori sastera sebagai langkah memartabatkan bahasa Melayu dan sastera Melayu;