oleh mohd. nakhaie ahmad · pdf fileoleh para ulama yang sangat luas pengetahuan mereka...

14
_______________________________________________________ Konsep dan Agenda Rahmatan Lil’alamin - Mohd. Nakhaie Ahmad Usrah Bulanan MUAFAKAT April 2012 Muka surat 1 KONSEP DAN AGENDA RAHMATAN LIL’ALAMIN 1 Oleh Mohd. Nakhaie Ahmad Bismillahir Rahmanir Rahim. Wassolatu wassalamu ‘ala Sayyidi al-Mursalin wa ‘a ala alihi wa sahbihi ajma’iin. Tujuan tulisan ini ialah untuk menerangkan konsep rahmat Allah SwT ke atas alam semesta ciptaanNya berlandaskan fahaman penulis yang amat terbatas pengetahuannya, terhadap keterangan al-Quran dan al-Sunnah mengenainya dan apa yang telah dihuraikan oleh para ulama’ yang sangat luas pengetahuan mereka mengenai ilmu-ilmu Islam dan syari’atnya berbanding penulis. Penulis rasa terpanggil apabila diminta oleh kepimpinan MUAFAKAT untuk meng- huraikan tajuk ini, kerana mutakhir ini terdapat kecenderungan beberapa pihak menggunakan konsep rahmatan lil’alamin ini sebagai alasan bagi menegakkan faham pluralisme dan menjadikannya alasan bahawa Islam turut mendukung faham itu. Mereka, umpamanya berkata bahawa penduduk dunia ini kebanyakannya terdiri daripada orang- orang bukan beragama Islam. Jika hanya orang-orang Islam sahaja yang masuk ke syurga dan di kalangan orang-orang Islam itu hanya dari kalangan firqah najiah sahaja yang terselamat daripada api neraka, di manakah rahmat Allah SwT ke atas alam ini jika kebanyakan penghuninya akan kekal di dalam neraka. 2 Ketidaketerbatasan rahmat Allah SwT, menurut Fazlur Rahman, menafikan rahmat Tuhan hanya ke atas sesuatu kaum. Ini, sama seperti membataskan rahmat Tuhan. Secara tidak langsung cuba menafikan ketidakketerbatasan kuasa. Maka penafian seperti ini dianggap menyekutukan Tuhan. Jadi, mereka yang sering memperjuangkan truth claim (hanya satu agama tertentu yang benar) umpama tidak mengakui rahmat Tuhan yang tidak terbatas. 3 Oleh yang demikian bukan agama Islam dan cara penyembahan yang ditentukan di dalam agama Islam sahaja yang diterima Tuhan. Dengan rahmat Tuhan yang amat luas agama- 1 Kertas kerja “Konsep Dan Agenda Rahmatan Lili’alamin “ ini dibentangkan dalam Usrah Bulanan MUAFAKAT, pada hari Selasa 5hb. April, 2012. 2 Lihat kenyataan serupa ini disebut dalam, Akidah Islam dan Faham Pluralisme Agama, oleh Dr Mohd. Farid bin Mohd Shahran, dalam Pluralisme Agama, Satu Gerakan Iblis Memurtadkan Ummah, diterbitkan oleh MUAFAKAT, Kata Pengantar oleh Ismail Mina Ahmad, Kuala Lumpur, 2012, hh, 86-87. 3 Lihat Mohd. Farid Mohd Shahran, Akidah Islam dan Faham Pluralisme Agama, dalam Pluralisme Agama Satu Gerakan Iblis Memurtadkan Ummah, Pengantar Ismail Mina Ahmad, MUAFAKAT Kuala Lumpur 2012, h.106

Upload: dinhphuc

Post on 02-Feb-2018

236 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: Oleh Mohd. Nakhaie Ahmad · PDF fileoleh para ulama yang sangat luas pengetahuan mereka mengenai ilmu-ilmu Islam dan ... rahmatan lil’alamin juga perlu difahami dengan jelas bagi

_______________________________________________________ Konsep dan Agenda Rahmatan Lil’alamin - Mohd. Nakhaie Ahmad

Usrah Bulanan MUAFAKAT – April 2012 Muka surat 1

KONSEP DAN AGENDA RAHMATAN LIL’ALAMIN1

Oleh

Mohd. Nakhaie Ahmad

Bismillahir Rahmanir Rahim. Wassolatu wassalamu ‘ala Sayyidi al-Mursalin wa ‘a ala alihi wa

sahbihi ajma’iin.

Tujuan tulisan ini ialah untuk menerangkan konsep rahmat Allah SwT ke atas alam

semesta ciptaanNya berlandaskan fahaman penulis yang amat terbatas pengetahuannya,

terhadap keterangan al-Quran dan al-Sunnah mengenainya dan apa yang telah dihuraikan

oleh para ulama’ yang sangat luas pengetahuan mereka mengenai ilmu-ilmu Islam dan

syari’atnya berbanding penulis.

Penulis rasa terpanggil apabila diminta oleh kepimpinan MUAFAKAT untuk meng-

huraikan tajuk ini, kerana mutakhir ini terdapat kecenderungan beberapa pihak

menggunakan konsep rahmatan lil’alamin ini sebagai alasan bagi menegakkan faham

pluralisme dan menjadikannya alasan bahawa Islam turut mendukung faham itu. Mereka,

umpamanya berkata bahawa penduduk dunia ini kebanyakannya terdiri daripada orang-

orang bukan beragama Islam. Jika hanya orang-orang Islam sahaja yang masuk ke syurga

dan di kalangan orang-orang Islam itu hanya dari kalangan firqah najiah sahaja yang

terselamat daripada api neraka, di manakah rahmat Allah SwT ke atas alam ini jika

kebanyakan penghuninya akan kekal di dalam neraka.2

Ketidaketerbatasan rahmat Allah SwT, menurut Fazlur Rahman, menafikan rahmat Tuhan

hanya ke atas sesuatu kaum. Ini, sama seperti membataskan rahmat Tuhan. Secara tidak

langsung cuba menafikan ketidakketerbatasan kuasa. Maka penafian seperti ini dianggap

menyekutukan Tuhan. Jadi, mereka yang sering memperjuangkan truth claim (hanya satu

agama tertentu yang benar) umpama tidak mengakui rahmat Tuhan yang tidak terbatas.3

Oleh yang demikian bukan agama Islam dan cara penyembahan yang ditentukan di dalam

agama Islam sahaja yang diterima Tuhan. Dengan rahmat Tuhan yang amat luas agama-

1 Kertas kerja “Konsep Dan Agenda Rahmatan Lili’alamin “ ini dibentangkan dalam Usrah Bulanan MUAFAKAT,

pada hari Selasa 5hb. April, 2012. 2 Lihat kenyataan serupa ini disebut dalam, Akidah Islam dan Faham Pluralisme Agama, oleh Dr Mohd. Farid

bin Mohd Shahran, dalam Pluralisme Agama, Satu Gerakan Iblis Memurtadkan Ummah, diterbitkan oleh MUAFAKAT, Kata Pengantar oleh Ismail Mina Ahmad, Kuala Lumpur, 2012, hh, 86-87.

3 Lihat Mohd. Farid Mohd Shahran, Akidah Islam dan Faham Pluralisme Agama, dalam Pluralisme Agama Satu

Gerakan Iblis Memurtadkan Ummah, Pengantar Ismail Mina Ahmad, MUAFAKAT Kuala Lumpur 2012, h.106

Page 2: Oleh Mohd. Nakhaie Ahmad · PDF fileoleh para ulama yang sangat luas pengetahuan mereka mengenai ilmu-ilmu Islam dan ... rahmatan lil’alamin juga perlu difahami dengan jelas bagi

_______________________________________________________ Konsep dan Agenda Rahmatan Lil’alamin - Mohd. Nakhaie Ahmad

Usrah Bulanan MUAFAKAT – April 2012 Muka surat 2

agama dan cara pengabdian yang ditetapkan di dalam pelbagai agama adalah relatif dan

perbezaannya tidaklah terlalu penting. Yang penting ialah pengabdian kepada Tuhan

yang satu dan semua agama mengabdi kepada Tuhan yang sama dengan cara-cara

berlainan yang sifatnya relatif itu.4

Kekeliruan seumpama ini perlu diperjelaskan bagi mengelak kesesatan. Selain itu konsep

rahmatan lil’alamin juga perlu difahami dengan jelas bagi tujuan melakar agenda

perjuangan dakwah, terutama yang berkaitan dengan membentuk sistem penyampaian

yang berkesan dan memberi perkhidmatan sosial sebagai agenda dakwah bil hal yang

menjadi keutamaan dakwah masa kini.

Konsep Rahmah Menurut al-Quran

Kewujudan alam semesta ini adalah daripada limpahan kemurahan dan rahmat Allah SwT

belaka. Tanpa rahmat dan kemurahanNya, alam ini tidak akan wujud dan tidak akan

bertahan. Menurut Abdul Karim Khatib, “Firman Allah al-Rahman al-Rahim, menunjukkan

bahawa alam wujud ini hanyalah limpahan daripada kepemurahan Allah SwT dan

rahmatnya kerana alam wujud ini, walau apa bentuk sekalipun adalah nikmat dan

kebaikan jika dibandingkan dengan ketiadaan yang merupakan fana’ yang mutlak, yang

tiada apa-apa dan ketiadaan punca.”5 Limpahan kepemurahan dan rahmat Allah SwT itu

dirasai oleh setiap yang wujud di dalam dirinya dan di persekitarannya.6

Sifat rububiyyah dan rahmah, menurut Sheikh Rasyid Ridha, dua sifat yang menunjukkan

bahawa Allah SwT adalah yang memiliki dan mentadbir-urus perjalanan alam ini. Juga,

menunjukkan bahawa rahmatNya mengatasi kemurkaanNya. EhsanNya yang merupakan

kesan rahmatNya mengatasi balasanNya. Yang dimaksudkan dengan balasan di sini ialah

deraan ke atas kejahatan. Jika deraan itu setimpal dengan kejahatan yang dilakukan, ia

adalah balasan yang hak dan adil dan jika melebihi ia adalah balasan yang tidak benar dan

zalim. Maha suci Allah SwT daripada kepalsuan dan kezaliman.7

Rahmat Allah SwT tiada batasnya. Ia begitu luas. Apa lagi rahmatNya di alam akhirat yang

jauh lebih baik dan lebih luas daripada limpahan rahmatNya di dunia ini. Justeru, Allah

SwT berfirman, Sesungguhnya alam akhirat adalah lebih baik bagi mu daripada alam

dunia.8 Rasulullah s.’a.w bersabda, “Allah SwT menyediakan seratus rahmat. Ia

memberikan satu daripadanya untuk penghuni dunia kesemuanya dan disimpan 99 untuk

4 Sebahagian daripada tokoh-tokoh pluralisme menolak pandangan J.Hick bahawa agama-agama berada

dalam kedudukan relatif dan yang diterima sebagai mutlak hanya Tuhan. 5 Abdul Karim Khatib, Al-Tafsir al-Qur’ani Lil-Qur’an. Jilid 1, Dar al- Fikr al-‘Arabi, Tanpa Tarikh, h.18.

6 Ibid.

7 Al-Sayyid Muhammad Rasyid Ridha, Tafsir al-Manar, Cit.2, Dar al-Ma’rifah Beirut, tt, h.74.

8 Surah al-Dhuha,

Page 3: Oleh Mohd. Nakhaie Ahmad · PDF fileoleh para ulama yang sangat luas pengetahuan mereka mengenai ilmu-ilmu Islam dan ... rahmatan lil’alamin juga perlu difahami dengan jelas bagi

_______________________________________________________ Konsep dan Agenda Rahmatan Lil’alamin - Mohd. Nakhaie Ahmad

Usrah Bulanan MUAFAKAT – April 2012 Muka surat 3

akhirat kerana mengasihi hambaNya dengan rahmatNya itu.”9 Rahmat Allah SwT meliputi

semua perkara.10 Bukan hanya meliputi manusia dan jin, tidak pula hanya meliputi

makhluk yang hidup, tetapi juga makhluk yang tidak hidup, yang nyata dan tidak nyata,

yang zahir dan yang tersembunyi.

Perkataan rahmah, rahman dan rahim mempunyai pengertian yang berkaitan. Al-Rahman

dan al-Rahim kedua-duanya memberi makna, yang mempunyai rahmah. Rahmat Allah

SwT bermakna Ia berkehendakkan kebaikan dan ehsan kepada yang layak

mendapatkannya. Dengan kata lain, tidak mengenakan deraan terhadap mereka yang

patut menerima deraan dan menutup kebaikan dan ehsan terhadap mereka yang tidak

berhak menerimanya.11

Menurut al-Nasafi12 rahmat Allah SwT ialah pemberikan nikmatNya kepada hamba-Nya

dan pada asalnya ia bermaksud kesayangan.13 Abu al-Qasim al-Husain bin Muhammad

yang dikenali sebagai al-Raghib al-Asfahani, memperincikan pengertiannya dengan

menyatakan bahawa rahmah ialah baik hati yang membawa kepada berlakunya ehsan

kepada yang disayangi. Kadang kala digunakan untuk baik hati semata-mata dan kadang

kala digunakan untuk ehsan semata-mata. Apabila digunakan sifat itu terhadap Allah

SwT, yang dimaksudkan semata-mata ehsan dan bukan baik hati. Oleh itu rahmat Allah

SwT maksudnya ialah memberi nikmat dan kelebihan. Bagi manusia pula ia dimaksudkan

baik hati dan sayang.14

Konsep ‘Alamin

Di dalam tasawwur ‘akidah Islam alam ialah kewujudan selain daripada Allah SwT. Semua

kewujudan selain daripada Allah SwT adalah ciptaanNya belaka. Seperti yang disebutkan

terdahulu kewujudan alam adalah limpahan kemurahan dan rahmat Allah SwT belaka.

Allah SwT yang memiliki alam ini dan Dia yang mengurus dan mentadbirnya mengikut

kehendakNya semata-mata. Dialah Rabu al-‘Alamin. Dalam menghurai maksud Rab al-

‘Alamin ahli-ahli tafsir menyatakan bahawa Dialah yang memiliki, mengurus, mentadbir,

menguasai dan menentukan perjalanannya.

Alam dibahagikan kepada alam ghaib dan alam syahadah yang kewujudannya tidak

tebatas hanya di dunia, tetapi juga di alam Akhirat, alam Barzakh dan alam Malakut.

Kewujudannya adalah dijadikan oleh Allah SwT mengikut kehendak-Nya. Tiada apa-apa

9 Lihat Ismail Haqqi Al-Barwsawi, Tafsir Ruhu al-Bayan, Daru al-Fikr, tt, h.8

10 Lihat Surah al-A’araf (7) ayat 156. “ RahmatKu amat luas merangkumi semua perkara.”

11 Alauddin ‘Ali Muhammad bin Ibrahim, Tafsir al-Khazin, Lubab al-Ta’wil fi Ma’ani al-Tanzil, Juzu’ 1, Dar al-Fikr, Beirut, 1979, h.18.

12 Imam Abdullah bin Ahmad bin Mahmud al-Nasafi.

13 Al-Nasafi, Madariku al-Tanzil wa Haqaiqu al-Ta’wil, Jilid 1,Dar al-Qalam, Beirut Cit,1,1408H/1989M,h.18

14 Raghib al-Asfahani, Al-Mufradat Fi Gharibi al-Qur’an, Dar al-Ma’rifah, Beirut, tt. H.19.

Page 4: Oleh Mohd. Nakhaie Ahmad · PDF fileoleh para ulama yang sangat luas pengetahuan mereka mengenai ilmu-ilmu Islam dan ... rahmatan lil’alamin juga perlu difahami dengan jelas bagi

_______________________________________________________ Konsep dan Agenda Rahmatan Lil’alamin - Mohd. Nakhaie Ahmad

Usrah Bulanan MUAFAKAT – April 2012 Muka surat 4

syarat yang membataskan kehendak Allah SwT mencipta alam dan meniadakannya.

Sebab itu falsafah positivism tidak dapat diterima. Fahaman bahawa sesuatu yang

real/benar ialah sesuatu yang dapat ditanggapi pancaindera, tidak diterima dalam

tasawwur ‘akidah Islam mengenai alam

Alam syahdah ialah alam yang dapat dilihat ditanggapi dan difahami melalui pancaindera

dan ditanggapi dengan akal serta diperolehi pengetahuan mengenainya melalui

penyelidikan dan ujikaji saintifik. Alam ghaib tidak dapat diketahui melainkan melalui

khabar yang benar yang dibawa oleh rasul-rasul yang diutus oleh Allah SwT atau ilham

yang benar yang dikurniakan Allah SwT kepada hamba yang dikehendai. Hanya wahyu

yang menjadi sumber pengetahuan utama mengenai alam ghaib ini dan keyakinan

mengenai hanya diperolehi dengan keimanan kepada rasul-rasul dan kitab-kitb wahyu

yang diturunkan kepada mereka.

‘Alam ditadbir dan dikuasai oleh Allah SwT dengan bersistem. Sistem yang menyusun

perjalanan alam dan kehidupan di dalamnya adalah sistem yang teguh yang tidak

mungkin dipersendakan atau dilawan dan ditentang. Tindakan menentang sistem Allah

SwT hanya akan mengakibatkan bencana ke atas diri sendiri. Terdapat dua sistem

perjalanan alam dan kehidupan ini. Yang pertama ialah Sunnatullah dan yang kedua ialah

Dinullah. Kedua-duanya saling berkait dan saling melengkapi. Manusia, sebagai makhluk

yang layak menerima tugas sebagai khalifah di bumi, dituntut menguasai ilmu mengenai

kedua-dua sistem ini. Yang pertama diperolehi menerusi bacaan ke atas alam universe

dan yang kedua didapati melalui bacaan ke atas kitab Allah SwT iaitu al-Qur’an dan

mencontohi qudwah RasulNya s.’a.w. Sedangkan al-Qur’an itu sendiri mengandungi

petunjuk-petunjuk yang penting ke arah penguasaan ilmu mengenai Sunnatullah atau

perjalanan alam universe.

Rahmat Allah SwT Ke atas Alam

Apakah rahmat Allah SwT yang luas itu ke atas alam ini? Tidaklah susah untuk kita

mengetahui rahmat Allah SwT ke atas alam ini, jika kita mengingati dan menghitung

segala nikmatNya yang terlalu banyak itu. Nikmat Allah SwT itu adalah limpahan daripada

rahmat Allah SwT dan ehsanNya kepada alam ciptaanNya.

Namun di antara rahmat Allah SwT yang begitu luas dan nikmatnya yang terbesar ialah

mengurniakan kepada kita kehidupan ini dengan segala kelengkapan dan keperluan

untuk meneruskan kehidupan dan memberikan petunjuk untuk kita hidup bahagia dan

sejahtera. Ia mengurniakan udara yang memenuhi ruang yang mengandungi oksigen,

sedangkan Ia menjadikan oksigen itu sumber pernafasan yang menggerakkan sistem

untuk sebahagian makhluknya hidup. Adanya udara memenuhi ruang atmosfera adalah

limpahan kemurahannya belaka. Tanpanya, tidak mungkin berlaku kehidupan dan

Page 5: Oleh Mohd. Nakhaie Ahmad · PDF fileoleh para ulama yang sangat luas pengetahuan mereka mengenai ilmu-ilmu Islam dan ... rahmatan lil’alamin juga perlu difahami dengan jelas bagi

_______________________________________________________ Konsep dan Agenda Rahmatan Lil’alamin - Mohd. Nakhaie Ahmad

Usrah Bulanan MUAFAKAT – April 2012 Muka surat 5

penerusannya. Ia memberikan rezeki kepada sesiapa yang dikehendakinya, tanpa

mengira sama ada orang-orang beriman atau orang-orang kafir.

Orang-orang yang beriman dan menerima petunjukNya, menurut perintahNya dan

mencontohi perjalanan rasul-rasulNya, sudah tentu akan memperolehi rahmat lebih besar

daripada mereka yang kufur terhadapNya, menentang rasul-rasulNya dan menolak

hidayahNya. Sudah tentu kedua-dua golongan ini tidak sama dan rahmat ke atas mereka

juga berbeza. Nikmat yang diperolehi kedua-dua golongan ini juga berbeza. Tidak

diterima akal untuk menyamakan status kedua-dua golongan ini dan menyamaratakan

nikmat yang diterima mereka. Jika disamakan, bererti kebenaran dan kepalsuan, keadilan

dan kebenaran, makruf dan mungkar itu sama belaka. Hal seumpama ini tidak dikatakan

melainkan oleh orang yang tidak siuman.

Tidak timbul masalah penghuni syurga yang kononnya harus lebih banyak daripada

penghuni neraka sebagai alasan bagi membuktikan rahmat Allah SwT ke atas hamba-

hambaNya. Kerana bilangan penghuni neraka dan syurga itu hanya Allah SwT yang Maha

Mengetahui mengenainya. Kita tidak wajar berhujjah dengan sesuatu yang kita tidak

mengetahui langsung mengenainya.

Nikmat yang khusus bagi orang-orang yang berada di jalan lurus, menurut Ibn Qaiyim,

adalah nikmat yang mutlak yang membawa kepada kejayaan dan kemenangan yang

berkekalan. Ada pun nikmat yang biasa, ia diberikan kepada orang-orang beriman dan

yang kafir. Semua makhluk berada di dalam limpahan nikmatNya. Ini, menjawab

pertanyaan sama ada nikmat Allah SwT turut dinikmati oleh orang-orang kafir atau pun

tidak. Nikmat yang mutlak adalah khusus bagi orang-orang beriman dan nikmat biasa

adalah untuk orang-orang beriman dan orang-orang kafir.15

Kejadian alam dan perjalanannya di atas suatu sistem yang kukuh, juga merupakan

rahmat yang besar ke atas alam ini. Tanpa sistem perjalanan yang kukuh, kehidupan

menjadi kacau-bilau dan alam semesta tidak mungkin bertahan melainkan berdepan

dengan kemusnahan. Terdapat perseimbangan yang menakjubkan dalam sistem

perjalanan itu. Perseimbangan itu terjadi apabila berlaku daya tarikan antara pasangan-

pasangan dalam kejadian alam ini. Tanpa daya tarik menarik itu bumi di mana manusia

menjadi penghuni utamanya dan seluruh planet akan musnah. Kehidupan turut terhenti,

melainkan di kalangan makhluk yang terus dirahmati untuk hidup.

Kedua-dua sistem ini yang mengatur perjalanan alam universe, jika dipatuhi

menyerlahkan rahmat Allah SwT yang sangat luas dan besar yang dapat dirasai dalam

kehidupan ini. Betapa tidak! Pengetahuan dan penghayatan sistem alam universe secara

15

Ibn Qayyim al-Juziyyah, Madariju al-Salikin, Juzu’ 1, Matba’ah al-Sunnah al-Muhammadiyyah, 1375, h.12

Page 6: Oleh Mohd. Nakhaie Ahmad · PDF fileoleh para ulama yang sangat luas pengetahuan mereka mengenai ilmu-ilmu Islam dan ... rahmatan lil’alamin juga perlu difahami dengan jelas bagi

_______________________________________________________ Konsep dan Agenda Rahmatan Lil’alamin - Mohd. Nakhaie Ahmad

Usrah Bulanan MUAFAKAT – April 2012 Muka surat 6

berhemat dalam kehidupan memberi keselesaan dan kemudahan yang banyak dan

membolehkan nikmat Allah SwT yang terdapat dilangit dan dibumi ini dinikmati dengan

lebih banyak lagi. Penggunaan secara berhemat segala nikmat itu, menjaga bumi dan

langit daripada kerosakan. Penggunaan nikmat secara nanar akan hanya membawa

kemusnahan dan kerosakan yang menyulitkan kehidupan itu sendiri. Dalam hal ini

kebanyak kerosakan yang berlaku adalah hasil penggunaan nikmat secara nanar dan

dikuasai sifat tamak haloba manusia. “Munculnya kerosakan di daratan dan lautan adalah

hasil usaha manusia” yang rakus dan tamak itu. Justeru, manusia memerlukan bimbingan

dan disiplin di dalam memanfaatkan segala nikmat di langit dan di bumi melalui

penguasaan ke atas pengetahuan mereka.

Di sinilah terserlah kehebatan rahmat Allah SwT mengutus rasul-rasul membawa

petunjuk dan bimbingan, terutamanya bagi menyusun tingkah laku dan kelakuan

manusia. Sayid Qutb dalam tafsirnya menyebut mengenai keistimewaan risalah Nabi

Muhammad s.’a.w sebagai manhaj kehidupan yang terakhir diturunkan dengan berkata,

“Manhaj yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.’a.w adalah manhaj yang membawa

kebahagian kepada kemanusiaan seluruhnya dan memimpin mereka ke arah

kesempurnaan yang telah ditentukan untuk mereka dalam kehidupan ini. Sesunggnya

risalah ini datang ketika akal manusia berada di tahap kematangannya. Ia datang dengan

membawa kitab yang terbuka akal generasi yang silih berganti, merangkumi prinsip-

prinsip asas kehidupan manusia yang tidak berubah, sebagai persiapan bagi memenuhi

keperluan yang sering mengalami pembaharuan yang diketahui Allah SwT. Dia lebih

mengetahui mengenai kejadian ciptaaNya dan Dialah yang menyayangi yang maha

mengetahui. Kitab ini meletakkan prinsip-prinsip asas bagi suatu manhaj yang kekal untuk

kehidupan manusia yang berdepan dengan pembaharuan. Ia membenarkan manusia

menimba daripadanya hukum-hukum rinci yang diperlukan oleh keperluan-keperluan

hidup yang sentiasa mengalami kemajuan dan pembaharuan serta menimba daripada

prinsip-prinsip asas itu cara-cara perlaksanaannya mengikut suasana kehidupan dan

lingkungannya, tanpa bertembung dengan prinsip-prinsip asas manhaj itu yang tetap.”16

Ketentuan Allah SwT menjadikan manusia sebagai khalifah di bumi juga merupakan salah

satu rahmatNya yang penting, walaupun diketahui bahawa manusia mempunyai

kelemahan-kelemahan yang boleh menyebabkan berlaku kerosakan di bumi. Potensi

kemanusiaan di dalam dirinya menjadikan manusia layak memikul tugas dan

tanggungjawab itu yang antara lain ialah untuk mengimarahkan bumi ini. Potensi

terbesar ialah keupayaanya menerima dan mengembangkan ilmu pengetahuan.

Keupayaan inilah yang mmberikan kepadanya kekuatan mengimarahkan bumi ini dan

mengolah kembali bahan-bahan yang terdapat di dalamnya menjadi benda-benda baru

16

Sayyid Qutb, Fi Dhilali al-Qur’an, Jilid 4, Dar al-Syuruq, 1407H/1987M, h.2401.

Page 7: Oleh Mohd. Nakhaie Ahmad · PDF fileoleh para ulama yang sangat luas pengetahuan mereka mengenai ilmu-ilmu Islam dan ... rahmatan lil’alamin juga perlu difahami dengan jelas bagi

_______________________________________________________ Konsep dan Agenda Rahmatan Lil’alamin - Mohd. Nakhaie Ahmad

Usrah Bulanan MUAFAKAT – April 2012 Muka surat 7

yang boleh dimanfaatkan untuk kehidupan dan membawa imarah hebat yang

mengkagumkan. Alam universe ini sendiri sifatnya konseptual, yakni yang boleh difahami

dan dimengertikan sehingga ia boleh diolah dan disusun kembali di dalam batas-batas

tertentu di lingkungan keizinanNya untuk menikmati nikmat kurniaanNya.

Salah satu rahmat Allah SwT yang penting ialah penurunan risalah Rasulullah s.’a.w yang

berhubung-kait dengan transformasi ilmu pengetahuan yang mengintegrasikan antara

ilmu-ilmu yang berkaitan dengan kauniyyat (required knowledge) dengan ilmu-ilmu

syari’at yang diwahyukan (revealed knowledge). Islam membersihkan ilmu-ilmu

kauniyyat daripada khurafat, tahyul dan dongeng masyarakat Yunani, Parsi dan Rumawi

kepada pendekatan objektif dan rasional berasaskan pertimbangan akal waras, kaji

selidik dan bimbingan wahyu. Ia mengintegrasikan antara ilmu dan nilai sehingga mampu

menyumbang kepada tamadun manusia, sesuatu yang sangat berharga dan bernilai iaitu,

“sains yang beriman dan teknologi yang berakhlak.” Sains dan teknologi yang Islami ini

sangat-sangat diperlukan oleh masyarakat manusia hari bagi mengelak kerosakan yang

berterusan ke atas alam universe ini.

Adalah mustahil seseorang hamba Allah SwT atau pengikut sesuatu agama itu akan

menikmati semua rahmat Allah SwT yang tidak terbatas itu. Bagaimana ia boleh

menerima ke semua rahmat Allah SwT yang tidak terbatas itu, sedangkan ia sendiri

adalah terhad dan terbatas? Sudah tentu rahmat Allah SwT dengan segala pengurniaan

nikmatNya yang tidak terbatas itu, setiap sesuatunya mempunyai keutamaan dan

kelebihan untuk hamba-hambaNya mengikut keutamaan dan kelebihan masing-masing.

Di sini, Ibnu al-Qayyim pernah mengemukakan suatu pandangan yang menarik. Beliau

berkata, “Sesiapa yang memberikan kepada sifat al-Rahman, haknya, akan mengetahui ia

mengandungi makna mendalam mengenai perutusan rasul-rasul dan penurunan kitab-

kitab yang sebenarnya lebih besar daripada penurunan hujan, tumbuh-tumbuhan dan

mengeluarkan benih. Ini ialah kerana kesan rahmat yang menghasilkan kehidupan hati

dan roh adalah lebih besar daripada kesan rahmat yang menghasilkan anggota….”17

Kelebihan dan keutamaan rahmat yang dikurniakan oleh Allah SwT kepada seseorang

atau sesuatu golongan daripada hamba-hambaNya, tidak bermakna menyebabkan

keterbatasan rahmatNya. Kurniaan rahmat Allah SwT kepada semua hamba-hambaNya

sama ada yang kafir atau yang beriman, bukanlah menjadi pergantungan sifat ketidak-

keterbatasan rahmat Allah SwT kepadanya, dengan pengertian sekiranya rahmat itu tidak

diberikan kepada semua hambanya, akan menafikan sifat ketidak-keterbatasan rahmat

Allah SwT. Allah SwT memilki sifat rahmat yang tidak terbatas dari azali sama ada Ia

melimpahkan atau tidak melimpahkan rahmatNya kepada hamba-hambaNya atau kepada

17

Ibn Qayyim, op.cit. h.8

Page 8: Oleh Mohd. Nakhaie Ahmad · PDF fileoleh para ulama yang sangat luas pengetahuan mereka mengenai ilmu-ilmu Islam dan ... rahmatan lil’alamin juga perlu difahami dengan jelas bagi

_______________________________________________________ Konsep dan Agenda Rahmatan Lil’alamin - Mohd. Nakhaie Ahmad

Usrah Bulanan MUAFAKAT – April 2012 Muka surat 8

sebahagian hamba-hambaNya daripada rahmatNya yang tidak terbatas itu. Adalah

kehendak Allah SwT dan rahmatnya jua untuk mengurniakan sumber kehidupan di dunia

kepada hamba-hambanya yang beriman dan yang kafir. Memberikan rezeki kepada yang

beriman dan kafir mengikut habuan masing-masing yang tidak sama. Begitu juga dengan

kehendakNya jua mengurnaikan syurga kepada hamba-hambaNya yang beriman dan

tidak mengurniakan syurga kepada hambaNya yang kafir. Bagaimanakah limpahan

rahmat Allah SwT mengikut keutamaan yang dihendakinya, menyebabkan rahmatNya

terbatas dan kepercayaan bahawa limpahan rahmat yang khusus kepada hamba-

hambaNya yang beriman, menjadi sebab kepada kesyirikan seperti yang diandaikan oleh

Fazlur Rahman?

Rahmat dan Hidayah

Kehidupan tanpa petunjuk ke jalan yang lurus akan menyebabkan kesesatan dalam

perjalanan hidup itu sendiri. Justeru rahmat kehidupan ini harus bersamanya rahmat

hidayah. Inilah antara maksud penting sabda Rasulullah s.’a.w “Sesungguhnya aku adalah

rahmat yang membawa petunjuk.” Mereka yang mendapat petunjuk ke jalan yang lurus,

sesungguhnya mendapat rahmat yang tidak terhingga besarnya.

Rasul-rasul yang diutus oleh Allah SwT daripada Nabi Adam a.s. hingga Nabi Muhammad

s.’a.w semuanya membawa petunjuk. Sesiapa yang mengikut dan mematuhi petunjuk-

petunjuk mereka, telah dijanjikan oleh Allah SwT akan menerima nikmat daripada

rahmatNya yang luas itu mengikut ganjaran-ganjaran yang diperolehi mereka. Adakah

kenyataan ini bererti menyokong pluralisme yang sering berhujjah dengan firman Allah

SwT “Sesungguhnya orang-orang yang telah beriman, dan berbangsa Yahudi dan Nasrani

dan Al-Sobiin dari kalangan orang-orang beriman dengan Allah SwT dan hari akhirat dan

beramal soleh, maka bagi mereka ganjaran daripada Tuhan mereka dan tiada ketakutan

ke atas mereka dan mereka tidak berdukacita.”18

Ayat ini merujuk kepada pengikut nabi-nabi dan rasul-rasul yang diutus, sebelum

kedatangan Nabi Muhammad s.’a.w. yang mereka itu benar-benar mengikut ajaran yang

diwahyukan dan kitab-kitab yang diturunkan yang teras kepada ajaran para rasul itu ialah

Tauhid. Tetapi, setelah masa berlalu, berlaku penyelewengan dan tahrif dalam teks dan

ajaran kitab-kitab itu. Bahkan pengikut-pengikut agama itu memasukkan amalan dan

budaya penentang agama-agama yang dibawa oleh rasul-rasul itu sebagai sebahagian

daripada agama mereka sebagaimana yang dilakukan oleh Paulus ke atas ajaran agama

Kristian. Untuk beragama yang benar sebagaimana yang dibawa oleh rasul-rasul terdahlu

daripada Allah SwT,yang bebas daripada penyelewengan dan tahrif, mereka tiada jalan

lain, melainkan beriman dan ta’at kepada ajaran Nabi Muhammad s.’a.w. Jika mereka

18

Surah Al-Baqarah: 62

Page 9: Oleh Mohd. Nakhaie Ahmad · PDF fileoleh para ulama yang sangat luas pengetahuan mereka mengenai ilmu-ilmu Islam dan ... rahmatan lil’alamin juga perlu difahami dengan jelas bagi

_______________________________________________________ Konsep dan Agenda Rahmatan Lil’alamin - Mohd. Nakhaie Ahmad

Usrah Bulanan MUAFAKAT – April 2012 Muka surat 9

terus berpegang dengan ajaran-ajaran agama yang telah diselewengkan dan teks-teks

yang telah ditahrifkan, mereka kekal dalam kesesatan. Kesesatan mereka tidak

ditanggung oleh pengikut rasul-rasul yang terdahulu yang beriman dan berpegang

kepada ajaran asal rasul-rasul tersebut dan teks sebenar kitab-kitab yang diturunkan

kepada mereka. Para pengikut rasul-rasul itu sama ada dari kalangan orang-orang Yahudi

dan orang-orang Nasrani dan Sobiin adalah orang-orang beriman yang dijanjikan syurga,

sebagaimana pengikut Nabi Muhammad s.’a.w yang beriman dan beragama mengikut

agamanya. Ayat di atas tidak sama sekali menyokong pluralisme.

Kitab-kitab agama yang ditahrifkan tidak lagi diterima sebagai kitab hidayah. Kitab-kitab

itu bukan sahaja dimansuhkan, bahkan tidak lagi diterima sebagai sumber ajaran agama

Allah SwT yang sebenarnya. Hanya al-Qur’an kitab daripada ajaran yang diwahyukan yang

sebenarnya. Semuanya kenyataan ini disokong oleh bukti ilmiyyah. Oleh kerana Allah SwT

yang memelihara al-Qur’an, maka jika diandaikan semua naskhah kitab-kitab, Al-Quran,

Injil, Talmud, Taurat dan semua kitab-kitab agama yang lain dibakar dan abu-abunya

dicampak ke laut, tiada apa pun yang akan kembali semua sebagai kitab agama,

melainkan al-Qur’an. Bahkan kesucian al-Qur’an tanpa boleh ditahrifkan, merupakan

rahmat Allah SwT yang agung.

Respon Terhadap Limpahan Rahmat Allah SwT.

Yang memberi rahmat ialah Allah SwT, walaupun Allah turut mengurniakan sifat rahmah

itu untuk dimiliki manusia. Respon manusia yang sepatutnya terhadap rahmat Allah SwT

dan nikmat yang dibuahkan oleh sifat rahmat Allah S.wT yang luas itu ialah bersyukur.

Antara wirid ma’thurat yang diamalkan oleh kita ialah “Wahai Tuhanku apa jua yang

mengiringi waktu pagiku dan waktu petangku yang berupa nikmat atau nikmat itu daripada

salah satu makhluk Engkau, semuanya hanya daripada Engkau dan tiada sekutu bagiMu.

Maka untukMu segala kepujian dan kesyukuran. Manusia diajar bersyukur sebagai salah

satu bidang ibadah yang penting. Dengan perkataan lain, apa yang dimaksudkan

sebenarnya daripada agenda Rahmatan Lil’alamin itu ialah memahami, menghayati serta

melengkapkan maqam bersyukur dalam kehidupan umat Islam dan mengembangkannya

kepada seluruh umat manusia.

Terlalu banyak ayat-ayat mengenai kewajipan bersyukur untuk dipaparkan di sini. Namun,

daripada ayat-ayat tersebut ternyata bahawa yang dimaksudkan daripada bersyukur itu

bukan sekadar berwirid dan bertahmid. Bersyukur adalah agenda kehidupan bagi orang-

orang beriman yang berpaksikan kepada keimanan, ketaqwaan, ketinggian spiritual dan

penghargaan terhadap kehidupan yang dikurniakan Allah SwT,19 yang direalisasikan

menerusi dakwah dan istijabah. Allah SwT berfirman yang bermaksud “Wahai orang-

19

Lihat Al-Barwasawi, Tafsir Ruhu al-Bayan, Jilid 3, Dar al-Fikr, tt. H.331.

Page 10: Oleh Mohd. Nakhaie Ahmad · PDF fileoleh para ulama yang sangat luas pengetahuan mereka mengenai ilmu-ilmu Islam dan ... rahmatan lil’alamin juga perlu difahami dengan jelas bagi

_______________________________________________________ Konsep dan Agenda Rahmatan Lil’alamin - Mohd. Nakhaie Ahmad

Usrah Bulanan MUAFAKAT – April 2012 Muka surat 10

orang beriman sambutlah (istijabah) seruan Allah SwT dan RasulNya yang mengajak kamu

kepada jalan yang menghidupkan kamu.20

Sheikh Yahya Haqqi al-Barwasawi, di dalam tafsirnya bahawa yang menghidupkan itu

adalah pelbagai. Antaranya ialah ilmu agama21 kerana ia mengidupkan hati dan jahil

mengenainya mematikannya. Juga, aqidah yang benar dan amalan soleh kerana ia

mewarisi kehidupan abadi dalam kenikmatan yang berterusan. Antara lain juga ialah jihad

kerana ia adalah faktor yang membawa survival, kerana jika jihad ditinggalkan musuh

akan menguasai dan akan membunuh mereka. Juga mati syahid, kerana para syuhada’

hidup di sisi Tuhan mereka sama ada mereka mati dengan pedang orang-orang kafir atau

dengan pedang tarbiyyah kerohanian yang berat dan mujahadah dalam melakukan

taubat. 22

Arwah Ibn Zubir berkata, yang menghidupkan kamu ialah peperangan yang Allah SwT

memuliakan kamu dengannya setelah kamu berada dalam keadaan lemah dan hina.

Kemudian Allah SwT memberikan kekuatan setelah berada dalam kelemahan dan

kekuatan itu menghalang kamu daripada dikalahkan musuh kamu. Adapun jihad itu

dikatakan hidup kerana dengan kelemahan musuh menyebabkan kamu hidup dan kuat

atau kerana ia adalah sebab yang membawa kepada mati syahid yang memberi kepastian

untuk kehidupan yang abadi atau sebab yang menghasilkan ganjaran akhirat yang ia

adalah logam hidup.23 Lebih jelas lagi dakwah dan istijabah yang menjadikan kamu hidup

ialah kegiatan dan amalan kebaikan dan keta’atan (kepada Allah SwT dan RasulNya

s.’a.w) yang mengislahkan cara hidup kamu.24

Menjaga dan memelihara kehidupan menerusi dakwah dan istijabah, merupakan ibadah

yang menentukan nasib dan kualiti kehidupan manusia di dunia ini. Daripada persoalan

memperkasakan keimanan, memperkukuhkan ketaqwaan, membina ketinggian akhlak,

menjaga kesihatan, dan berjihad di dalam perjua-ngan sehingga kepada pengurusan

kepelbagaian dan perbezaan dalam hubungan antara manusia dari pelbagai agama dan

budaya, kesemuanya terangkum dalam peranan dakwah dan istijabah. Justeru,

bersyukur ialah bertindak dengan berkesan bagi merealisasikan dakwah dan istijabah

dalam kehidupan individu dan jama’ah dan seterusnya di kalangan masyarakat manusia

umumnya. Kejayaan di dalam merealisasikan dakwah dan istijabah, menjadikan

kehidupan penuh bermakna dan sejahtera yang dapat dirasai dengan sesungguhnya

rahmat Allah SwT ke atas sekalian alam ini.

20

Surah Al-Anfal (8) ayat 24. 21

Lihat juga, Muhammad Jamaluddin al-Qasimi, Mahasinu al-Ta’wil, Juzu’ 8, Dar al-Fikr, Beirut, 1398H/1978M, h.34

22 Ai-Barwasawi, loc,cit.

23 Muhammad Jamaluddin, Loc,cit.

24 Ibid.

Page 11: Oleh Mohd. Nakhaie Ahmad · PDF fileoleh para ulama yang sangat luas pengetahuan mereka mengenai ilmu-ilmu Islam dan ... rahmatan lil’alamin juga perlu difahami dengan jelas bagi

_______________________________________________________ Konsep dan Agenda Rahmatan Lil’alamin - Mohd. Nakhaie Ahmad

Usrah Bulanan MUAFAKAT – April 2012 Muka surat 11

Istijabah kita terhadap seruan Allah SwT supaya beriman, bertaqwa, berakhlak mulia,

berilmu dan meletakkan diri di dalam keadaan sentiasa berjihad dalam semua lapangan,

dengan persiapan jihad dari segi spiritual, mental, fizikal dan kelengkapan yang canggih,

akan meletakkan posisi umat dalam keadaan yang kuat, selamat dan digeruni.

Kesemuanya adalah elemen-elemen hidup yang segar dan aktif yang bukan lesu, lemah

dan mati.

Istijabah kita terhadap seruan Allah SwT supaya memelihara kesihatan, dengan memakan

makanan yang halal dan tayyibat, menjaga makanan supaya tidak berlebihan,

mengutamakan buah-buahan dalam permakanan, adalah agenda kesyukuran sebagai

respon kepada rahmat Allah SwT kepada kita. Kata pepatah Arab, “Kesihatan adalah

mahkota di atas kepala orang-orang yang sihat, dan tidak kelihatan melainkan oleh orang-

orang yang sakit.” Apabila sakit kita memberi respon dengan redha dan berubat, dan

setiap kemudahan yang diusahakan untuk perubatan mestilah dihargai bukan dicemuhi.

Bukankah kemajuan di dalam memelihara kesihatan dan menyediakan kemudahan

kesihatan itu, merupakan elemen-elemen kesejahtaraan dalam sesebuah negara.

Sedangkan agenda menaikkan taraf kesihatan rakyat merupakan agenda penting bagi

sesebuah negara yang adil dan tayyibah.

Istijabah kita terhadap seruan Allah SwT dan RasulNya supaya Islam berada di posisi

dominan dalam percaturan pelbagai sistem yang mengatur dan menyusun kehidupan

manusia, merupakan agenda kesyukuran yang begitu penting bagi memenuhi kewajipan

menghargai kehidupan sebagai respon kepada rahmat Allah SwT. Islam mesti berada di

posisi dominan dalam diri kita, di dalam percakapan dan tingkah laku kita, dalam

pergaulan dan dalam penentuan sikap dan pendirian politik dan sebagainya. Apa pun

sikap dan pendirian politik kita, tidak seharusnya menyebabkan kedudukan dan kekuatan

Islam di negara ini terhakis. Kita menjadi manusia yang tidak bersyukur sekiranya kita

membiarkan perkara itu terjadi.

Istijabah kita kepada seruan Allah SwT dan RasulNya supaya berlaku adil dan saksama di

dalam semua tindakan dan bicara kita, walaupun terhadap musuh, adalah agenda

kesyukuran berasaskan dakwah dan ijabah yang menjadikan kita hidup dan menghargai

kehidupan. Begitulah seterusnya istijabah kepada seruan menghayati manhaj Ilahi di

semua lapangan yang terkandung di dalam ajaran Islam yang dibawa oleh Rasulullah

s.’a.w.

Satu lagi istijabah penting bagi memenuhi kewajipan bersyukur kepada Allah SwT ialah

menyampaikan dakwah Allah dan RasulNya kepada manusia supaya beristijabah dengan

seruan itu. Kewajipan ini, terutamanya dipikul oleh orang-orang yang tahu dari kalangan

orang-orang beriman. Kata Saidina Umar, “Tidak ditanya kepada orang yang jahil mengapa

Page 12: Oleh Mohd. Nakhaie Ahmad · PDF fileoleh para ulama yang sangat luas pengetahuan mereka mengenai ilmu-ilmu Islam dan ... rahmatan lil’alamin juga perlu difahami dengan jelas bagi

_______________________________________________________ Konsep dan Agenda Rahmatan Lil’alamin - Mohd. Nakhaie Ahmad

Usrah Bulanan MUAFAKAT – April 2012 Muka surat 12

tidak belajar, sebelum ditanya kepada orang alim mengapa tidak mengajar.” Rasulullah

s.’a.w bersabda, “Sampaikan bagi pihak aku walaupun satu ayat.” Allah SwT berfirman,

“Siapakah yang lebih baik perkataan daripada orang yang berdakwah ke jalan Allah SwT

dan beramal soleh dan berkata bahawa sesungguhnya aku daripada orang-orang Islam.”

Masalah Ummat dan Fenomena Istijabah Yang Lemah

Kita berhadapan dengan tanggungjawab yang perlbagi bagi mendepani keperluan

ummat yang besar dan pelbagai yang memerlukan istijabah yang cukup besar. Kita

berhadapan dengan pelbagai tanggungjawab di bidang pemikiran, kefahaman, sistem

politik, teori dan perancangan harakah, pembinaan sistem dan institusi, mengatur dan

menyelaraskan hubungan antara kerja bagi menghadapi permasalah tersebut, serta

banyak lagi. Di hadapan kita banyak pula masalah yang sedang dihadapi. Antaranya,

masalah pembaharuan yang dapat memelihara teras dan jatidiri atau fundamental,

pembaharuan yang bermaksud kemajuan befikir dan pemeliharaan teras yang bemaksud

bergerak ke hadapan dengan keberanian dan kesungguhan tanpa mengorbankan prinsip

dan jatidiri. Kita juga berhadapan dengan pemisahan yang berlaku antara ilmu-ilmu

agama dan ilmu-ilmu mengenai al-kaun. Iaitu permisahan yang meninggalkan kesan-

kesan yang membawa kita mengikut jejak Barat dan arahan mereka di dua kurun yang

akhir ini. Kita perlu mensepadukan kembali semua ilmu-ilmu ini sebagaimana ahli-hali

fiqah kita dahulu yang menyenaraikan bidang-bidang ibadat dan muamalat sebagai

cabang-cabang dari ilmu yang sama.

Permasalahan yang lain ialah keadaan terputus antara sistem-sitem dan pemikiran yang

diimport dari Barat dan pemikiran dan sistem warisan, iaitu keaadan terpisah yang begitu

mendalam dalam kefahaman manusia umumnya yang sudah begitu lama. Keadaan ini

menyebabkan pemikiran dan sistem warisan itu dianggap tidak perlu dan tidak

berwibawa untuk membuat penilaian terhadap apa-apa jua pemikiran dan sistem Barat

yang dianggap moden dan kontemporari yang diterima begitu tanpa terlebih dahulu

difikirkan semasak-masaknya. Kita seterusnya berhadapan dengan kepungan Barat dari

segi pemikiran, politik dan ketenteraan melalui cara menjadikan politik, ekonomi dan

ketenteraan negara-negara Islam bergantung kepada kuasa Barat, terutama setelah

menganggotai Bangsa-bangsa Bersatu, yang tunduk kepada kemahuan dan agenda

Barat.

Umat Islam turut berhadapan dengan masalah perpecahan dalam satu negara dan

kelemahan kerjasama dan setiakawan antara negara-negara. Jaringan yang kukuh antara

negara-negara Islam dalam memacu kemajuan ekonomi, politik dan budaya sukar

diwujudkan, sehingga kebanyakan negara Islam lebih mudah begantung kepada Negara-

negara bukan Islam. Kebanyakan negara-negara Islam yang berhadapan dengan masalah

Page 13: Oleh Mohd. Nakhaie Ahmad · PDF fileoleh para ulama yang sangat luas pengetahuan mereka mengenai ilmu-ilmu Islam dan ... rahmatan lil’alamin juga perlu difahami dengan jelas bagi

_______________________________________________________ Konsep dan Agenda Rahmatan Lil’alamin - Mohd. Nakhaie Ahmad

Usrah Bulanan MUAFAKAT – April 2012 Muka surat 13

kemiskinan tidak dapat bergantung kepada mana-mana negara Islam, sebaliknya sentiasa

mengharapkan pinjaman dan bantuan negara-negara bukan Islam.25

Fenomena istijabah yang lemah kelihatan di mana-mana dalam masyarakat Islam.

Istijabah tidak menjadi kerangka dasar dalam kehidupan muslimin secara berjama’ah dan

bernegara. Ia tidak menjadi agenda arus perdana dalam rancangan pembangunan

negara-negara Islam. Justeru, suasana lesu dan lemah sebagai orang yang berhadapan

dengan kematian dapat dilihat dengan lebih ketara dalam kehidupan ummat Islam kini,

walaupun tidak boleh dikatakan berada dalam keadaan nazak.

Agenda Rahmatan Lil ‘Alamin Antara Ideal dan Realiti

Mampukah kita beristijabah dengan semua seruan Allah SwT dan RasulNya yang

terkandung di dalam manhaj Ilahi ini dan mendepani permasalan ummat scara berkesan

mengikut kemampuan dan keupayaan kita? Mungkinkah agenda ini menyebabkan kita

terperangkap dalam jurang luas antara ideal dan realiti seperti yang dibincangkan dalam

usrah bulan lalu?

Kemampuan orang-orang beriman menyahut seruan Ilahi, tidak perlu dipersoalkan. Jika

kemampun itu tidak ada, Allah SwT tidak membuat seruan itu untuk kita beristijabah bagi

merasai rahmatNya secara maksima di dunia dan akhirat. Yang menjadi persoalan apakah

kita berusaha memanfaatkan kemampuan insani yang dimiliki itu untuk beristijabah

terhadap seruan Allah SwT dan RasulNya, sama ada kemampuan individu dan jamaah.

Apakah kita telah menggunakan potensi akal secara maksima untuk merangka pelan

tindakan dan bertindak merealisasikan pelan tindakan itu dengan memberikan

keutamaan kepada yang utama dan mendahulukan yang wajib ke atas yang harus.

Apakah kita telah membahagikan tugas dan menghayatinya berdasarkan tanggungjawab

individu dan jama’ah berdasarkan tuntutan fardhu ‘ain dan fardhu kifayah? Adakah kita

pernah mengusahakan islah dalam hubungan antara jama’ah Islam supaya kemampuan

dan keupayaan beristijibah tidak berkecai. Apakah kita telah berusaha secara kolektif

untuk membina keupayaan ekonomi bagi membiayai perlaksanaan perancangan itu?

Sedikit masa dahulu kita mengadakan seminar Siyasah Syar’iyyah dan bersetuju

mengislahkan situasi politik umat melalui kesedaran dan penghayatan terhadap

pengetahuan mengenai siyasah syar’iyyah. Adakah kita telah menggunakan keupayaan

kita untuk merealisasikan politik umat berdasarkan siyasah syariyyah dan

mengembangkan kesedaran itu kepada seluruh masyarakat dengan berkesan. Ya!

25

Masalah ini turut dibicarakan dengan terperinci oleh Toriq Al-Bisyri dalam bukunya, Al-Malamihi al-‘Ammah Lil Fikr al-Islamyy Fi Tarikhi al-Mu’ashir, Dar al-Syuruq, 2005M/1426H

Page 14: Oleh Mohd. Nakhaie Ahmad · PDF fileoleh para ulama yang sangat luas pengetahuan mereka mengenai ilmu-ilmu Islam dan ... rahmatan lil’alamin juga perlu difahami dengan jelas bagi

_______________________________________________________ Konsep dan Agenda Rahmatan Lil’alamin - Mohd. Nakhaie Ahmad

Usrah Bulanan MUAFAKAT – April 2012 Muka surat 14

Memang ada youtube yang menghebahkannya dan ia adalah langkah yang terpuji.

Sekadar itukah sahaja keupayaan kita? Tepuk dada tanya hati.

Sudahkah umat Islam di negara ini berjihad untuk menjalankan kewajipan beristijabah

terhadap seruan Tuhan, bagi menserlahkan lagi rahmat Allah SwT ke atas negara ini dan

khususnya umat Islam? Pelbagai institusi Islam ditubuhkan, agensi-agensi kerajaan untuk

membantu orang-orang Melayu yang beragama Islam dibentuk dengan bajet berbilion

ringgit. Kutipan zakat mencecah berbilion ringgit pula. Tetapi daya istijabah masih kurang

dan rahmat Allah SwT ke atas umat Islam tidak terserlah setanding dengan bajet tahunan

yang dibelanjakan. Institusi agama tidak pro-aktif dan tidak menunjukkan usaha-usaha

yang bertenaga bagi menyelesaikan masalah ummat, parti-parti politik bergaduh dan

menjadi penyebab utama perpecahan umat Islam.

Istijabah kepada seruan Allah SwT dan RasulNya seharusnya menjadi agenda utama

perjuangan umat Islam di negara ini. Bahkan proses memantapkan kuasa orang-orang

Islam semestinya dilaksanakan dalam kerangka istijabah kepada seruan Allah SwT dan

RasulNya. Apa lagi di dalam merancang pembangunan negara keseluruhannya. Siapakah

yang akan memaklumkan keperluan ini kepada masyarakat?

Senarai Rujukan

1 Al-Qur’anu al-Karim 2 Abdul Karim Khatib, Al-Tafsir Al-Qur’ani Li al-Qur’an, Juzu’1,Dar al-Fikr, tt. 3 Abdullah bin Ahmad bin Mahmud al-Nasafi, Madariku al-Tanzil wa Haqaiqu 4 al-Ta’wil, Jilid 1, Dar al-Qalam, cit 1,tt 5 Alauddin Ali Muhammad bin Ibrahim, Lubab al-Ta’wil Fi Ma’ani al-Tanzil, Dar al-Fikr

Beirut, 1979. 6 Ismail Haqqi al-Barwasawi, Tafsir Ruhu al-Bayan, Jilid 1&3 Dar al-Fikr, tt 7 Ibnu al-Qayyim Al-Juziyyah, Madarij al-Salikin, Jilid 1,Matba’ah al-Sunnah al-

Muhammadiyyah, 1375H. 8 Muhammad Jamaluddin al-Qasimi, Mahasinu al-Tawil, Juzu’ 8, Dar al-Fikr Beirut,

1398H/1978M 9 Raghib al-Asfahani, Al-Mufradat Fi Gharaibu al-Qur’an, Dar al-Ma’rifah Beirut, tt, 10 Sayyid Muhammad Rasyid Ridha, Tafsir al-manar,Juzu’ 1, Dar al-Ma’rifah,Beirut, tt 11 Sayyid Qutb, Fi Dhilal al-Qur’an, Dar al-Syuruq, 1407H/1987H. 12 Pluralisme Agama, Satu Gerakan Memurtadkan Ummah, Kata Pengantar Ismail

Mina Ahmad, MUAFAKAT, Kuala Lumpur, 2012. 13 Toriq al-Bisyri, Al-Malamehu al-‘Ammah Lil Fikr al-Siyasi ai Islamyy Fi al-Tarikhi al-

Mu’ashir, Dar al-Syuruq, 1426H/2005H