media perubahan dan sosial malaysia di - umexpert · semasa dalam membentuk perubahan sosial di...

19
Media Perubahan Sosial Malaysia dan di Book 1.indb 1 25/07/2017 8:43:16

Upload: hoangkiet

Post on 03-Mar-2019

259 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Media Perubahan dan Sosial Malaysia di - UMEXPERT · semasa dalam membentuk perubahan sosial di Malaysia. Secara ringkas, landskap media negara telah mengalami perubahan drastik

Media Perubahan Sosial Malaysia

dan

di

Book 1.indb 1 25/07/2017 8:43:16

Page 2: Media Perubahan dan Sosial Malaysia di - UMEXPERT · semasa dalam membentuk perubahan sosial di Malaysia. Secara ringkas, landskap media negara telah mengalami perubahan drastik

Book 1.indb 2 25/07/2017 8:43:16

Page 3: Media Perubahan dan Sosial Malaysia di - UMEXPERT · semasa dalam membentuk perubahan sosial di Malaysia. Secara ringkas, landskap media negara telah mengalami perubahan drastik

KUALA LUMPUR • 2017

PENERBITUNIVERSITIMALAYA

ILMU PUNCHA KEMAJUAN

Media Perubahan Sosial Malaysia

dan

di

EditorMd Azalanshah Md SyedAzizah HamzahMohd Yahya Mohamed Ariffin

Book 1.indb 3 25/07/2017 8:43:16

Page 4: Media Perubahan dan Sosial Malaysia di - UMEXPERT · semasa dalam membentuk perubahan sosial di Malaysia. Secara ringkas, landskap media negara telah mengalami perubahan drastik

Diterbitkan olehPenerbit Universiti Malaya

Universiti Malaya50603 Kuala Lumpur

www.umpress.com.my

Ahli Pengasas Persatuan Penerbit Buku Malaysia (MABOPA) No. 196906Ahli Pengasas Majlis Penerbitan Ilmiah Malaysia (MAPIM)

© Md Azalanshah Md Syed, Azizah Hamzah dan Mohd Yahya Mohamed Ariffin (ed), 2017

Semua hak terpelihara.Tiada mana-mana bahagian jua

daripada penerbitan iniboleh diterbitkan semula atau disimpan

dalam bentuk yang boleh diperoleh semula atau disiarkan dalam sebarang bentuk

dengan apa cara sekali puntermasuk elektronik, mekanikal, fotokopi,

rakaman atau lain-lain tanpamendapat izin daripada Penerbit.

Perpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan

Media dan Perubahan Sosial di Malaysia / Editor Md Azalanshah Md Syed, Azizah Hamzah dan Mohd Yahya Mohamed Ariffin.Includes indexISBN 978-983-100-934-51. Mass media—Malaysia. 2. Malaysia—Social conditions.I. Md Azalanshah Md Syed. II. Azizah Hamzah.III. Mohd Yahya Mohamed Ariffin.302.2309595

Dicetak olehPenerbit Universiti Malaya

Universiti Malaya50603 Kuala Lumpur

Book 1.indb 4 25/07/2017 8:43:16

Page 5: Media Perubahan dan Sosial Malaysia di - UMEXPERT · semasa dalam membentuk perubahan sosial di Malaysia. Secara ringkas, landskap media negara telah mengalami perubahan drastik

v

Kandungan

Kandungan

Senarai Penulis vii

Kata Pengantar xi

Pendahuluan xiii

1 Pemaparan Sosial dalam Kandungan Media MalaysiaAzizah Hamzah

1

2 Penontonan Drama Rantaian Televisyen Adaptasi Novel: Kualiti, Khalayak Penonton Melayu dan Imaginasi Kemodenan Popular Md Azalanshah Md Syed

25

3 Etika Kewartawanan Sebagai Budaya dalam Konteks Perhubungan Media di Malaysia Mohd Yahya Mohamed Ariffin

61

4 Format dan Naratif Akademi Fantasia: Perubahan dalam Cita Rasa Penontonan Televisyen di MalaysiaRosya Izyanie Shamshudeen Jusang Bolong

87

5 Ilmu Kemanusiaan Digital, Topeng Mah Meri dan Wacana Retorik KontemporariShahreen Mat Nayan

113

Book 1.indb 5 25/07/2017 8:43:16

Page 6: Media Perubahan dan Sosial Malaysia di - UMEXPERT · semasa dalam membentuk perubahan sosial di Malaysia. Secara ringkas, landskap media negara telah mengalami perubahan drastik

vi

Media dan Perubahan Sosial di Malaysia

6 Isu dan Cabaran dalam Pembangunan Industri Filem Melayu di MalaysiaHizral Tazzif Hisham

131

7 Rekonstruksi Idea Melayu di Perantauan dalam Puisi Melayu oleh Usman AwangRosila Bee Mohd Hussain

163

8 Penyesuaian Diri dan Adaptasi Penggunaan Media Baharu dalam kalangan Warga Emas BandarMuhammad Zaiamri Zainal Abidin Amira Sariyati Firdaus

185

9 Tudung: Wanita Melayu, Media Sosial dan Identiti ModenMd Azalanshah Md Syed Mohd Nazri Ibrahim Zaridah Abdullah

213

Indeks 243

Book 1.indb 6 25/07/2017 8:43:16

Page 7: Media Perubahan dan Sosial Malaysia di - UMEXPERT · semasa dalam membentuk perubahan sosial di Malaysia. Secara ringkas, landskap media negara telah mengalami perubahan drastik

vii

Senarai Penulis

Muhammad Zaiamri bin Zainal Abidin merupakan pelajar lepasan ijazah di Jabatan Pengajian Media, Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya. Beliau mempunyai pengalaman luas dalam bidang penyelidikan. Antaranya termasuklah Malaysian Elders Longitudinal Research (High Impact Research, Universiti Malaya) dan Penggunaan Kandungan Media dan Pembentukan Idea Melayu dalam Kalangan Belia di Malaysia (Pusat Kajian dan Kecemerlangan Melayu). Kajian beliau telah diterbitkan dalam pelbagai jurnal seperti Jurnal Komunikasi Malaysia, Jurnal Pengajian Media Malaysia dan Malaysian Journal of Youth Studies.

Dr Amira Saryati Firdaus adalah Pensyarah Kanan di Jabatan Pengajian Media, Fakulti Sastera dan Sains Sosial Universiti Malaya. Beliau juga merupakan Ketua Unit Pembangunan Kepimpinan dan Kesejahteraan di Pusat Penambahbaikan Akademik dan Pembangunan Kepimpinan (ADeC), Universiti Malaya. Berkelulusan Doktor Falsafah dari University of Melbourne, kepakaran akademik beliau merangkumi bidang komunikasi organisasi, kewartawanan serta penggunaan media baharu. Kajian beliau telah diterbitkan di peringkat tempatan dan antarabangsa termasuklah Malaysian Media Studies: Integrating Perspectives (University of Malaya Press) dan Media Globalization and Digital Journalism in Malaysia: Network Newswork (Taylor & Francis Group).

Senarai Penulis

Book 1.indb 7 25/07/2017 8:43:16

Page 8: Media Perubahan dan Sosial Malaysia di - UMEXPERT · semasa dalam membentuk perubahan sosial di Malaysia. Secara ringkas, landskap media negara telah mengalami perubahan drastik

viii

Media dan Perubahan Sosial di Malaysia

Dr Md Azalanshah Md Syed adalah pensyarah kanan dan penyelaras Sarjana Pengajian Media di Jabatan Pengajian Media, Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya. Beliau berkelulusan Sarjana dalam bidang Produksi Skrin (Flinders University) dan PhD (Royal Melbourne Institute of Technology) dalam bidang media dan komunikasi. Beliau aktif melakukan penyelidikan dan menulis pelbagai makalah akademik dalam bentuk buku, bab dalam buku, artikel jurnal berimpak tinggi dan prosiding akademik yang diterbitkan oleh Taylor and Francis, SAGE Publication, I.B. Tauris, Palgrave Macmillan dan Penerbit Universiti Malaya.

Profesor Dr Mohd Yahya Mohamed Ariffin ialah Profesor dan Dekan Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Berkelulusan Doktor Falsafah dari Universiti Malaya, kepakaran beliau meliputi bidang perhubungan awam, kewartawanan dan komunikasi. Setakat ini, beliau telah menghasilkan 400 penerbitan termasuklah buku akademik, buku popular, bab dalam buku, artikel dalam jurnal berwasit/berimpak, prosiding akademik serta rencana dalam akhbar harian tempatan.

Profesor Dr. Azizah Hamzah merupakan Profesor di Jabatan Pengajian Media, Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya. Berkelulusan PhD dari University of Stirling, kerjaya beliau bermula sebagai Editor di Penerbit Universiti Malaya dan Pensyarah di Jabatan Pengajian Media serta dilantik ke beberapa jawatan pentadbiran di Universiti Malaya termasuklah Penyelaras Jabatan Penerbitan, Ketua Jabatan Pengajian Media, dan Timbalan Dekan (Ijazah Tinggi) Fakulti Sastera dan Sains Sosial.  Dalam bidang penyelidikan, beliau merupakan rakan penyelidik bersama dengan universiti-universiti di United Kingdom, Amerika Syarikat, Jepun, Korea Selatan dan Australia yang menumpukan perhatian kepada kajian media, budaya dan masyarakat, industri budaya dan kreatif, kajian pemasaran produk budaya serta pengurusan organisasi media. Hasil kajian beliau diterbitkan dalam beberapa buah buku dan bab buku  oleh penerbit antarabangsa dan tempatan (Taylor and Francis, Palgrave, University of Malaya Press) serta artikel-artikel dalam jurnal berindeks ISI-SCOPUS. Profesor Azizah turut dilantik oleh Akademi Sains Malaysia sebagai pakar perunding bagi Ungku Omar Newton Research Award dan menjadi penilai luar program dan kenaikan pangkat universiti awam dan swasta. Beliau turut menghakimi pelbagai anugerah penulisan sastera dan kewartawanan termasuklah  Anugerah Tokoh Wartawan Negara (MPI-PETRONAS), Anugerah Seri Angkasa RTM, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) serta

Book 1.indb 8 25/07/2017 8:43:16

Page 9: Media Perubahan dan Sosial Malaysia di - UMEXPERT · semasa dalam membentuk perubahan sosial di Malaysia. Secara ringkas, landskap media negara telah mengalami perubahan drastik

ix

Senarai Penulis

menjadi panel diskusi isu-isu media seperti rancangan Global RTM serta melibatkan diri dalam NGO yang aktif dalam kegiatan media dan masyarakat.

Dr Shahreen Mat Nayan adalah pensyarah kanan di Jabatan Pengajian Media, Universiti Malaya. Berkelulusan PhD dari University of Denver, beliau pernah berkhidmat sebagai tenaga pengajar di Universiti Multimedia dan Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah dan Universiti Sains Malaysia. Beliau amat cenderung dengan bidang retorik, pengajian media dan komunikasi. Kajian beliau telah diterbitkan dalam pelbagai jurnal akademik di peringkat antarabangsa dan tempatan. Artikel beliau, “Hugging the Trees for Life: Implicating Bitzer in the Non-violent Rhetorical Situation of the Chipko Movement” yang diterbitkan oleh Pertanika Journal of Social Science and Humanities telah berjaya memenangi Anugerah Artikel Jurnal Terbaik anjuran Majlis Penerbitan Ilmiah Malaysia (MAPIM).

Dr Rosila Bee Mohd Hussain merupakan pensyarah Kanan di Jabatan Sosiologi dan Antropologi. Berkelulusan PhD dari University of Western Australia, beliau mempunyai kepakaran yang luas dalam bidang silang budaya, identiti dan ketaksamaan sosial dan budaya belia. Dr Rosila aktif menjalankan kajian dan menerbitkan pelbagai artikel dalam bentuk artikel jurnal berimpak tinggi dan bab dalam buku. Beliau juga amat aktif memberikan pelbagai pandangan mengenai isu sosial semasa menerusi media seperti Bernama TV, Sunday Star dan Harian Metro.

Dr Rosya Izyanie Shamshudeen adalah pensyarah kanan di Jabatan Komunikasi, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia. Beliau memperoleh PhD dari Royal Melbourne Institute of Technology dalam bidang komunikasi dan budaya popular. Berpengalaman luas dalam bidang media dan komunikasi, beliau aktif menerbitkan pelbagai artikel akademik dalam bentuk bab buku dan jurnal akademik berimpak tinggi di peringkat tempatan dan antarabangsa. Antaranya termasuklah Asian Journal of Communication dan Jurnal Komunikasi Malaysia.

Nazri Ibrahim adalah pensyarah Program Pengurusan Komunikasi dan Polisi, Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, dan Editor Jurnal Forum Komunikasi Universiti Teknologi Mara (UiTM). Berkelulusan Sarjana Komunikasi (USM), beliau mempunyai pengalaman luas dalam bidang pendidikan tinggi, reka bentuk pengajaran dan penyelidikan. Beliau berpengalaman sebagai wartawan, pengurus perhubungan

Book 1.indb 9 25/07/2017 8:43:16

Page 10: Media Perubahan dan Sosial Malaysia di - UMEXPERT · semasa dalam membentuk perubahan sosial di Malaysia. Secara ringkas, landskap media negara telah mengalami perubahan drastik

x

Media dan Perubahan Sosial di Malaysia

awam dan penterjemah bebas. Mohd Nazri juga menghasilkan pelbagai makalah akademik dalam bentuk artikel jurnal, menulis bab buku dan aktif melakukan penyelidikan dalam bidang kesan media sosial dan komunikasi organisasi.

Dr Zaridah Abdullah adalah pensyarah kanan Program Komunikasi Antarapersonal, Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, dan Editor Jurnal Forum Komunikasi Universiti Teknologi Mara (UiTM). Berkelulusan PhD (UPM) dalam bidang komunikasi, beliau mempunyai pengalaman luas dalam bidang pendidikan tinggi dan penyelidikan. Dr Zaridah telah menghasilkan pelbagai artikel ilmiah yang memberi fokus kepada kesan media dan komunikasi keluarga serta aktif membentangkan kertas kerja akademik di dalam dan luar negara.

Dr Hizral Tazif Hisham merupakan pensyarah kanan Program Media Baharu, Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Sebelum menyambung pengajian di peringkat ijazah tinggi di Universiti Malaya, beliau merupakan bekas wartawan meja ekonomi dan teknologi di Berita Harian Sdn Bhd dan Editor Tugasan di Bernama News Channel (BNC) saluran berita milik agensi Berita Nasional Malaysia (Bernama). Dr Hizral mempunyai pengalaman luas dalam bidang media dan kewartawanan selama 22 tahun.

Dr Jusang Bolong adalah Profesor Madya dan Timbalan Dekan (Penyelidikan dan Inovasi), Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia. Berpengalaman luas dalam kajian kuantitatif, Prof Madya Dr Jusang telah menerbitkan pelbagai penulisan akademik di peringkat tempatan dan antarabangsa. Beliau mempunyai minat yang luas terhadap bidang komunikasi dan computer mediated communication.

Book 1.indb 10 25/07/2017 8:43:16

Page 11: Media Perubahan dan Sosial Malaysia di - UMEXPERT · semasa dalam membentuk perubahan sosial di Malaysia. Secara ringkas, landskap media negara telah mengalami perubahan drastik

xi

Kata Pengantar

Buku ini membincangkan pelbagai aspek peranan teknologi media semasa dalam membentuk perubahan sosial di Malaysia. Secara ringkas, landskap media negara telah mengalami perubahan drastik sejajar dengan usaha dan inisiatif kerajaan yang menyediakan pelbagai kemudahan termasuklah teknologi jalur lebar bagi merapatkan jurang digital dalam masyarakat serta penyiaran satelit digital yang membolehkan khalayak menonton segala peristiwa global dari ruang lingkup peribadi. Di samping itu, program pengajian media dan komunikasi mula diperkenalkan hampir di seluruh universiti awam dan swasta lantaran permintaan serta minat yang tinggi khalayak massa untuk bekerja dalam industri media dan komunikasi tempatan/global. Kesannya, media menjadi suatu istilah penting yang tepu dalam kehidupan masyarakat Malaysia. Pengaruh media tidak terhad kepada mewujudkan suasana panik khasnya terhadap isu-isu politik, ekonomi dan keselamatan negara tetapi turut dianggap sebagai alat yang mampu mewujudkan keharmonian, rasa cintakan negara dan menjernihkan syak wasangka antara kaum.

Selain itu, kesan dan pengaruh media semasa melahirkan suatu generasi moden baharu yang turut memberi cabaran besar kepada pemerintah dalam mewujudkan kestabilan politik, ekonomi dan sosial. Maka tidak hairanlah jika dikatakan bahawa pemahaman terhadap hubungan media dan masyarakat merentasi kepelbagaian disiplin ilmu. Buku yang menggunakan pendekatan kualitatif ini cuba menerokai bagaimana teknologi media dan komunikasi memainkan peranan penting dalam menyumbang kepada perubahan sosial di Malaysia

Kata Pengantar

Book 1.indb 11 25/07/2017 8:43:16

Page 12: Media Perubahan dan Sosial Malaysia di - UMEXPERT · semasa dalam membentuk perubahan sosial di Malaysia. Secara ringkas, landskap media negara telah mengalami perubahan drastik

xii

Media dan Perubahan Sosial di Malaysia

seperti pemahaman terhadap ideologi kemodenan dan dasar-dasar negara, pembinaan identiti sosial serta penerimaan teks-teks media dalam kalangan khalayak massa. Selain itu, buku ini juga bakal menjadi satu landasan penting dalam menyalurkan idea-idea baharu yang bersifat empirikal dan menjadi kayu pengukur kepada persoalan kritis seperti bagaimana dasar dan polisi semasa pihak pemerintah mampu dilihat sebagai suatu acuan identiti sosial dalam keadaan masyarakat yang mula bersifat global serta mampu mencantumkan wacana seberang laut dalam konteks tempatan.

Ybhg. Datuk Dr Chamil WariyaKetua Pegawai EksekutifInstitut Akhbar Malaysia

Book 1.indb 12 25/07/2017 8:43:16

Page 13: Media Perubahan dan Sosial Malaysia di - UMEXPERT · semasa dalam membentuk perubahan sosial di Malaysia. Secara ringkas, landskap media negara telah mengalami perubahan drastik

xiii

Pendahuluan

Media mempunyai pengaruh yang cukup besar dalam kehidupan seharian manusia. Apatah lagi, media berperanan secara khusus dalam membentuk ideologi, identiti dan hubungan sosial seseorang individu dalam masyarakat (Croteau & Hoynes 2013). Menurut Bolin (2016), media bertindak sebagai teknologi, struktur kandungan dan mod komunikasi dalam konteks kehidupan dan pengalaman bagi sesebuah generasi. Di Malaysia, peranan media terpamer dalam konteks yang cukup luas. Pelancaran stesen penyiaran awam pertama di negara ini pada dekad 1960-an dengan pengukuhan Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan diikuti stesen penyiaran swasta pada tahun 1983 telah menyemarakkan pembinaan ideologi, identiti dan hubungan sosial menerusi pemaparan wacana di peringkat tempatan dan aliran teks budaya global (Karthigesu 1994). Dalam konteks tempatan, pelbagai wacana dan dasar diketengahkan oleh pihak kerajaan dan ini secara tidak langsung telah mempengaruhi pembentukan dan aliran kandungan dalam pelbagai saluran media. Antara wacana dan dasar penting yang mempengaruhi konteks penyiaran di Malaysia termasuklah Dasar Ekonomi Baru (DEB). Dasar ini yang diperkenalkan selepas insiden rusuhan kaum pada 13 Mei 1969 hadir dengan dua objektif utama iaitu untuk membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat (Shamsul A.B. 1997).

Dalam usaha kerajaan mengukuhkan perpaduan kaum menerusi DEB, beberapa siri wacana politik seperti Dasar Pandang ke Timur, Nilai-nilai Asia dan Nilai-nilai Islam telah diperkenalkan dan pengaruhnya secara tidak langsung wujud dalam pelbagai sudut

Pendahuluan

Book 1.indb 13 25/07/2017 8:43:16

Page 14: Media Perubahan dan Sosial Malaysia di - UMEXPERT · semasa dalam membentuk perubahan sosial di Malaysia. Secara ringkas, landskap media negara telah mengalami perubahan drastik

xiv

Media dan Perubahan Sosial di Malaysia

termasuklah mempengaruhi pembentukan kandungan dan pemaparan media. Misalnya, Dasar Pandang ke Timur yang dilancarkan oleh Tun Mahathir Mohamad pada awal dekad 1980-an telah mempengaruhi aliran import kandungan media siaran khususnya untuk televisyen. Pada ketika itu, kebanyakan kandungan untuk siaran televisyen mula berpaksikan Asia Timur seperti Jepun, Korea Selatan dan Taiwan untuk mengimbangi pengaruh rancangan televisyen Barat khususnya dari Amerika Syarikat dan Britain. Dasar ini diperkukuhkan lagi dengan kemunculan wacana Nilai-nilai Asia pada awal dekad 1990-an dan pada masa yang sama, pengaruh gerakan Islam pada awal tahun 1980-an dalam kerajaan telah memperlihatkan suatu dasar untuk menerapkan nilai-nilai Islam turut diketengahkan. Sehubungan itu, stesen penyiaran milik kerajaan khususnya RTM mula menerapkan program keagamaan bagi pengukuhan syiar Islam termasuk menyiarkan Azan dan memperbanyakkan lagi kandungan yang bertemakan Islam (Frisk 2009). Justeru, tidak hairanlah jika dasar dan wacana politik telah mempengaruhi perubahan sosial khasnya dalam konteks pembinaan ideologi dan identiti masyarakat pada dekad-dekad 1980-an dan 1990-an khususnya menerusi teknologi penyiaran konvensional pada ketika itu.

Selepas Multimedia Super Corridor (MSC) dilancarkan pada tahun 1996 oleh bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Mahathir Mohamad (Wigdor 2016), pembentukan ideologi, identiti dan hubungan sosial masyarakat semasa menjadi semakin rencam. Kemunculan media baharu yang disokong oleh internet telah mewujudkan kandungan media dalam bentuk yang pelbagai. Pada awal dekad 2000-an, khalayak massa di Malaysia mula bergantung sepenuhnya kepada internet untuk mendapatkan maklumat. Pada ketika itu juga, penyiaran yang dahulunya lebih berkonsepkan penyiaran luas (broadcasting) mula terarah kepada konsep penyiaran web (webcasting). Meskipun, penyiaran luas masih lagi relevan, khalayak khususnya generasi muda lebih gemar melayari laman web untuk mendapatkan maklumat. Pada akhir dekad 1990-an turut menyaksikan perkembangan baharu dalam dunia kewartawanan. Portal berita berasaskan web seperti Malaysiakini dilancarkan untuk menyaingi stesen televisyen milik kerajaan dalam menyebarkan berita yang dianggap oleh sesetengah sarjana sebagai ‘seimbang’. Sambutan dan kecenderungan terhadap konsep penyiaran web semakin memuncak dengan kewujudan portal berita berasaskan web lain seperti The Malaysian Insider (Mohd Azizuddin 2009). Pada masa yang sama, kemesraan kepada konsep kewartawanan warga yang menggunakan platform seperti blogspot untuk melapor dan mengkritik isu-isu sosial, politik dan ekonomi semasa turut memberi

Book 1.indb 14 25/07/2017 8:43:16

Page 15: Media Perubahan dan Sosial Malaysia di - UMEXPERT · semasa dalam membentuk perubahan sosial di Malaysia. Secara ringkas, landskap media negara telah mengalami perubahan drastik

xv

Pendahuluan

impak tersendiri dalam perubahan sosial khasnya pembentukan ideologi dan identiti dalam masyarakat. Apatah lagi, iklim politik negara yang memperlihatkan krisis kepimpinan dan pertukaran pemimpin dalam parti pendukung pemerintah seperti UMNO telah mendorong khalayak mengikuti kandungan media tempatan khususnya berita dengan lebih rapat menerusi penyiaran web dan penulisan blog.

Pada dekad pertama 2000-an, media sosial telah mencipta populariti terbaharu dalam kalangan khalayak massa dengan kemunculan Friendster, Myspace dan Facebook (Siti Ezaleila 2016). Generasi baharu yang kebanyakannya diistilahkan sebagai digital immigrant dan digital native (Parlfrey & Gasser 2008) mencambahkan minat yang cukup mendalam terhadap media sosial khususnya dari segi capaian maklumat. Sebagai contoh, kehilangan pesawat penerbangan Malaysia (MAS) MH370 meletakkan media sosial khususnya Facebook dan Twitter sebagai platform utama untuk mendapatkan maklumat terkini dan menyatakan pandangan serta kritikan terhadap pihak tertentu (Howell 2015). Selain itu, keupayaan media sosial untuk mengaplikasikan ciri penyiaran seperti melakukan siaran langsung telah mengubah landskap penyiaran kepada dunia penyiaran sosial (socialcasting). Walaupun televisyen masih lagi relevan, generasi baharu semasa yang cenderung menggunakan media sosial untuk mendapatkan maklumat menyaksikan penyiaran sosial mula mengambil alih penyiaran web (Benedict 2013).

Perkembangan media di Malaysia seperti media siaran dan penggunaan internet secara tidak langsung mewujudkan suatu ruang baharu kepada kajian media dan komunikasi yang bersifat komprehensif khususnya yang menyentuh kepada pembentukan ideologi, identiti dan hubungan sosial. Seperti yang dinyatakan dalam bab pertama buku ini, wacana politik semasa seperti Gagasan 1 Malaysia dan Transformasi Nasional 2050 merupakan episod penting yang mencorak konteks kandungan media untuk pelestarian perpaduan bangsa. Seperti yang ditekankan oleh penulis dalam bab pertama buku ini, perbincangan mengenai sistem media di negara ini tidak dapat lari daripada sebarang isu yang perlu ditangani tidak sahaja oleh pemerintah tetapi turut melibatkan khalayak massa. Sebagai contoh, isu-isu mengenai etnik dan integrasi dalam mewujudkan perpaduan nasional di Malaysia sering kali terhalang oleh sistem pendidikan dan jurang hubungan kaum. Maka tidak hairanlah jika kerajaan secara berterusan menggunakan media massa untuk membangunkan negara khasnya dalam melancarkan proses integrasi masyarakat Malaysia yang berbilang kaum.

Pendekatan kerajaan dengan menggunakan media massa dalam membangunkan negara tidak terhad kepada pemberitaan

Book 1.indb 15 25/07/2017 8:43:16

Page 16: Media Perubahan dan Sosial Malaysia di - UMEXPERT · semasa dalam membentuk perubahan sosial di Malaysia. Secara ringkas, landskap media negara telah mengalami perubahan drastik

xvi

Media dan Perubahan Sosial di Malaysia

secara langsung atau tidak langsung tetapi sebaran maklumat turut diketengahkan melalui penggunaan budaya popular. Selepas Dasar Pandang ke Timur dan wacana nilai-nilai Asia dilancarkan oleh kerajaan, kebanyakan stesen penyiaran tempatan mula mengimport dan menayangkan kandungan media dari negara-negara yang mempunyai sedikit persamaan dari segi budaya. Justeru, pelbagai genre kandungan media khususnya drama rantaian televisyen telah dibawa masuk pada tahun-tahun 1980-an dan 1990-an khususnya dari Jepun, Korea Selatan dan rantau Asia Tenggara. Namun, selepas dekad pertama alaf ke-21, perubahan cita rasa terhadap drama rantaian televisyen mula terarah kepada produk tempatan khasnya yang diadaptasi daripada novel. Dalam bab kedua buku ini, penulis berhujah bahawa perubahan tersebut dibentuk berdasarkan tiga faktor penting yang melingkari industri drama televisyen di Malaysia seperti kualiti, landskap semasa khalayak Melayu dan pemaparan kemodenan popular. Capaian luas khalayak terhadap kepelbagaian platform media telah mengukuhkan lagi genre drama rantaian adaptasi novel. Sebagai contoh, kemunculan konsep skrin kedua yang diluaskan menerusi penggunaan media sosial telah memberi ruang baharu kepada khalayak untuk meluahkan pandangan berbentuk bauran emosi yang wujud hasil daripada penontonan genre drama televisyen ini.

Dalam pada itu, perkembangan dan pembangunan media di Malaysia turut tidak lari daripada isu etika. Seperti yang digariskan oleh penulis bab ketiga buku ini, perlakuan dan tindakan para editor, wartawan dan pengamal perhubungan awam adalah tertakluk kepada kod etika tertentu. Hakikat kebergantungan masyarakat semasa terhadap sumber maklumat khususnya menerusi media sosial turut mempengaruhi gerak kerja para editor dan wartawan akhbar atau pegawai perhubungan awam di sesebuah organisasi. Ini termasuklah dalam mengetengahkan sumber berita yang lebih berwibawa sebagai suatu jaminan kepercayaan dalam kalangan khalayak terhadap sesebuah akhbar atau syarikat. Cabaran semasa khususnya selepas kemunculan konsep kewartawanan warga yang memberikan tanggapan baharu mengenai isu sosial semasa telah memberikan suatu kerencaman dalam kerjaya editor dan wartawan akhbar serta pegawai perhubungan media khasnya mengenai kesahihan fakta.

Perubahan dan cabaran dalam konteks penggunaan kandungan media tidak hanya terhad kepada genre yang menekankan fakta sebagai intipati utama seperti berita tetapi turut meliputi budaya popular seperti rancangan televisyen realiti. Bab keempat dalam buku ini memfokuskan kepada populariti rancangan televisyen realiti – Akademi Fantasia – yang mencerminkan perubahan cita rasa dan permintaan khalayak dalam

Book 1.indb 16 25/07/2017 8:43:17

Page 17: Media Perubahan dan Sosial Malaysia di - UMEXPERT · semasa dalam membentuk perubahan sosial di Malaysia. Secara ringkas, landskap media negara telah mengalami perubahan drastik

xvii

Pendahuluan

industri penyiaran di Malaysia. Selain drama televisyen, rancangan televisyen realiti merupakan genre televisyen yang mendapat tempat dalam kalangan khalayak semasa khasnya generasi muda. Namun budaya popular tidak hanya terhad kepada genre televisyen tetapi meliputi aspek budaya tradisional. Justeru, bab kelima buku ini menyentuh tentang pembuatan topeng dalam masyarakat Mah Meri dan peri pentingnya suatu cabang pengetahuan seperti ilmu kemanusiaan digital untuk memelihara dan memulihara tradisi ini. Topeng Mah Meri turut mengetengahkan naratif tertentu dan bertindak sebagai alat retorik untuk menyampaikan perubahan sosial dalam masyarakat itu sendiri. Seperti yang dihujahkan oleh penulis, meskipun ilmu kemanusiaan digital pada suatu tahap dianggap hanya memanfaatkan organisasi keilmuan ternama, potensinya perlu diperluas dalam pelbagai cabang institusi pendidikan untuk melestarikan budaya masyarakat setempat.

Dalam membincangkan pelestarian budaya, kerajaan telah mengambil pelbagai pendekatan termasuklah memaparkan budaya tempatan menerusi pelbagai platform termasuklah filem seperti yang dibincangkan dalam bab keenam buku ini. Kemerosotan industri perfileman pada tahun 1970-an telah mendorong kerajaan mengambil pelbagai pendekatan yang pada akhirnya tidak hanya mewujudkan peluang pekerjaan dan penjanaan pendapatan tetapi mampu mengetengahkan budaya tempatan ke peringkat global. Pelbagai akta dan dasar diwujudkan untuk mengembalikan kegemilangan industri filem negara yang kini terpaksa menerima hakikat persaingan dengan industri filem global seperti Hollywood, Bollywood dan negara serantau. Kurangnya kesedaran khalayak dalam menghargai nilai-nilai budaya tempatan yang cuba diketengahkan dalam filem menimbulkan persoalan mengenai kepentingan menelusuri semula identiti dan ideologi masyarakat dalam konteks semasa. Penulis bab yang berikutnya melihat rekonstruksi idea Melayu dalam kalangan pelajar Melayu di Australia dan menghubungkannya dengan puisi Melayu yang dihasilkan oleh Usman Awang. Namun, identiti dan takrifan Melayu itu sendiri masih kabur lantaran perubahan faktor sosial seperti penguasaan bahasa, perkahwinan dan pengaruh global. Dalam konteks pelajar Melayu yang tinggal di Australia bagi menyambung pengajian, Islam menjadi faktor penentu dalam mencorakkan kefahaman mereka dalam proses pembentukan identiti diri. Selain itu, pendidikan global turut memberikan mereka peluang untuk menyesuaikan diri dalam persekitaran sosial dan budaya semasa.

Penyesuaian diri dan penerimaan terhadap perubahan sosial dalam masyarakat adalah suatu cabaran besar dalam konteks pembangunan negara hari ini lantaran perubahan drastik dalam semua

Book 1.indb 17 25/07/2017 8:43:17

Page 18: Media Perubahan dan Sosial Malaysia di - UMEXPERT · semasa dalam membentuk perubahan sosial di Malaysia. Secara ringkas, landskap media negara telah mengalami perubahan drastik

xviii

Media dan Perubahan Sosial di Malaysia

aspek termasuklah penggunaan media baharu. Penulis bab kelapan buku ini meneliti pengalaman individu warga emas yang mendepani persekitaran digital dan cabaran baharu yang perlu dihadapi dalam memenuhi tuntutan perubahan teknologi. Antara cabaran yang perlu ditangani adalah kebiasaan menggunakan media tradisi yang secara tidak langsung mencorak pemikiran dan identiti seharian mereka. Istilah tradisi yang sebati dengan masyarakat di negara ini khususnya orang Melayu turut membentuk kefahaman mereka mengenai perubahan sosial termasuklah kemodenan negara. Dalam bab terakhir buku ini, penulis mengetengahkan tudung sebagai isu kemodenan popular dalam kalangan wanita Melayu. Tudung hari ini tidak sahaja dianggap sebagai suatu simbol kesantunan moral wanita Melayu tetapi takrifannya turut diterjemahkan sebagai aspek kemodenan khasnya menerusi perbincangan dan perdebatan pengguna menerusi media sosial.

Kesemua bab yang menunjangi penerbitan buku ini memberi tumpuan yang pelbagai dan meliputi isu-isu seperti kandungan media dalam proses transformasi kerajaan, isu-isu budaya dan etika dalam industri media, pengukuhan literasi ilmu serta cabaran penggunaan teknologi media semasa yang seterusnya memberi suatu gambaran mengenai peranan media dan perubahan sosial dalam konteks semasa di negara ini. Meskipun begitu, kajian baharu untuk masa hadapan amat diperlukan untuk menambah baik dan mengenal pasti kedudukan teknologi media dalam perubahan sosial di negara ini.

Md Azalanshah Md Syed, Universiti MalayaAzizah Hamzah, Universiti MalayaMohd Yahya Mohamed Ariffin, Universiti Sains Islam Malaysia

Rujukan Bolin, G. 2016. Media Generations: Experience, identity and mediatised social

change. Routledge.Benedict, J. P. 2013. Embracing the power of social media for broadcast

business insight. Cognizant 20-20 insights, April (2013), 1-6.Croteau, D., & Hoynes, W. 2013.  Media/society: Industries, images, and

audiences. Sage Publications.Frisk, S. 2009. Submitting to God. Women and Islam in Urban Malaysia.

Seatlle: University of Washington Press.Howell, G. V. 2015. MH370 All lives lost: the ‘Black Swan’Disaster Confirmed

with a 26 Word Txt. Asia Pacific Public Relations Journal, 16(1), 8-21.Karthigesu, R. 1994. Sejarah Perkembangan Televisyen di Malaysia (1963-

1983). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka.

Book 1.indb 18 25/07/2017 8:43:17

Page 19: Media Perubahan dan Sosial Malaysia di - UMEXPERT · semasa dalam membentuk perubahan sosial di Malaysia. Secara ringkas, landskap media negara telah mengalami perubahan drastik

xix

Pendahuluan

Mohd Azizuddin, M. S. 2009. The public sphere and media politics in Malaysia. Cambridge Scholars Publishing.

Palfrey, J. G., & Gasser, U. 2013. Born digital: Understanding the first generation of digital natives. Basic Books.

Shamsul, A. B. 1997. The Economic Dimension of Malay Nationalism - The Socio-Historical Roots of the New Economic Policy and its Contemporary Implications. [electronic version]. The Developing Economies, 35(3), 240- 261.

Siti Ezaleila Mustafa. 2015. Media Jaringan Sosial: Penggunaan dan Pengaruhnya. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.

Wigdor, M. 2016. No miracle: What Asia can teach all countries about growth. Routledge.

Book 1.indb 19 25/07/2017 8:43:17