universiti teknologi malaysia - fp.utm.my fileoleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)

23
PSZ 19:16(Pind. 1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL : PEMBANGUNAN SISTEM PEMARKAHAN DALAM TALIAN BAGI PROJEK REKACIPTA SUBJEK PENGAJIAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL SEKOLAH MENENGAH TEKNIK SESI PENGAJIAN : 2008/2009 Saya MOHD.NAZRI BIN RAMLI mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut : 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan ( ) SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam (AKTA RAHSIA RASMI 1972). TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan Oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan). TIDAK TERHAD Disahkan oleh (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap : (HURUF BESAR) EN.ROSNI ZAMUDDIN SHAH B.SIDEK 28,JLN.AZAM 13,TAMAN SRI LAMBAK, 86000, KLUANG, JOHOR Tarikh: Tarikh: CATATAN * Potong yang tidak berkenaan ** Jenis tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

Upload: nguyendung

Post on 23-May-2019

262 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my fileOleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)

PSZ 19:16(Pind. 1/97)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL :

PEMBANGUNAN SISTEM PEMARKAHAN DALAM TALIAN BAGI

PROJEK REKACIPTA SUBJEK PENGAJIAN KEJURUTERAAN

MEKANIKAL SEKOLAH MENENGAH TEKNIK

SESI PENGAJIAN : 2008/2009 Saya MOHD.NAZRI BIN RAMLI

mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut : 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan

untuk tujuan pengajian sahaja 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran

antara institusi pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan ( √ )

SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam (AKTA RAHSIA RASMI 1972). TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan Oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan).

√ TIDAK TERHAD

Disahkan oleh

(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap :

(HURUF BESAR)

EN.ROSNI ZAMUDDIN SHAH B.SIDEK

28,JLN.AZAM 13,TAMAN SRI LAMBAK, 86000, KLUANG, JOHOR

Tarikh: Tarikh:

CATATAN * Potong yang tidak berkenaan ** Jenis tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi

berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.

♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

Page 2: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my fileOleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)

PEMBANGUNAN SISTEM PEMARKAHAN DALAM TALIAN BAGI

PROJEK REKACIPTA SUBJEK PENGAJIAN KEJURUTERAAN

MEKANIKAL SEKOLAH MENENGAH TEKNIK

MOHD.NAZRI BIN RAMLI

Laporan projek ini dikemukakan

sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan

Ijazah Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan (Kejuruteraan Mekanikal)

FAKULTI PENDIDIKAN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

APRIL 2009

Page 3: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my fileOleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)

ii

PENGESAHAN PENYELIA

“ Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini

adalah memadai dari skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana

Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan Mekanikal ).”

Tandatangan : ...............................................................

Nama Penyelia : EN. ROSNI ZAMUDDIN SHAH B. SIDEK

Tarikh : ...............................................................

Page 4: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my fileOleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)

iii

PENGAKUAN

”Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan

yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.”

Tandatangan ................................................................................

Nama Penulis ................................................................................ MOHD. NAZRI BIN RAMLI

Tarikh ................................................................................ 9 APRIL 2009

Page 5: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my fileOleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)

iv

DEDIKASI

KHAS BUAT

Ayahanda dan Bonda

Ramli bin Maon

Pon bte Md. Kadar

Sekalung Terima Kasih

En. Rosni Zamuddin Shah b. Sidek

Pensyarah Penyelia

Pensyarah-pensyarah

Guru-guru Sekolah Menengah Teknik Kluang

Guru-guru Sekolah Menengah Teknik Kota Tinggi

Guru-guru Sekolah Menengah Teknik Pontian

Sahabat-sahabat

Semoga Allah S.W.T. meredhai kehidupan kita

Terima kasih, Amin

Page 6: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my fileOleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)

v

PENGHARGAAN

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Syukur ke

hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia dan inayahnya dipermudahkan dalam

segala urusan pembikinan thesis ini. Selawat dan salam buat junjungan rasul kita,

Nabi Muhammad s.a.w, para sahabat, ulama’ dan pejuang-pejuang Islam secara

keseluruhannya. Jutaan penghargaan dicuapkan kepada Penyelia Projek Sarjana

Muda saya iaitu En. Rosni Zamuddin Shah bin Sidek, yang banyak memberikan

bimbingan dan panduan dalam menyiapkan projek ini. Tidak lupa juga kepada Tuan

Haji Ahmad Fauzi bin Haji Ridzuan yang banyak memberi maklumat yang

dikehendaki dalam tesis ini.

Tidak lupa juga kepada ibu bapa tercinta yang banyak memberikan dorongan

dan semangat dalam setiap masa. Penghargaan turut dikalungkan kepada rakan-rakan

seperjuangan 4 SPJ yang sama-sama menyiapkan Projek Sarjana Muda ini. Semoga

Allah memberkati apa yang kamu lakukan. Sekian Terima Kasih

Page 7: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my fileOleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)

vi

ABSTRAK

Projek ini adalah bertujuan untuk membangunkan sebuah perisian sistem

pemarkahan dalam talian bagi Projek Rekacipta Subjek Pengajian Kejuruteraan

Mekanikal Sekolah Menengah Teknik dalam membantu mempercepatkan proses

pemarkahan di mana skop utama ialah kepada keputusan kerja kursus pelajar dalam

sesebuah sekolah yang mengambil aliran Kejuruteraan Mekanikal. Sistem ini

dibangunkan dengan menggunakan perisian Adobe Dreamweaver CS3 dan MySQL

sebagai perisian utama. Asas kajian Projek Sarjana Muda ini adalah untuk membantu

pihak Kementerian Pelajaran Malaysia dalam usaha meningkatkan kualiti pendidikan

terutamanya di peringkat sekolah. Sistem yang dibangunkan ini akan dapat

membantu pihak pengurusan sekolah, Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional

dalam meningkatkan prestasi dalam pengurusan markah secara lebih efisien. Hal ini

kerana penggunaan sistem ini dapat mengurangkan beban pengulangan data dan

menjimatkan masa. Dengan adanya sistem permarkahan dalam talian ini,diharapkan

ia dapat membantu kepada penyelidikan masa hadapan untuk meningkatkan sistem

ini untuk kegunaan semua sekolah yang menawarkan aliran Kejuruteraan Mekanikal.

Page 8: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my fileOleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)

vii

ABSTRACT

This project is aims to develop an online grading system for innovation

project in Mechanical Engineering Subject. This system can helps school to manage

student marks whereas its main scope is the result for the workcourse that has been

given to the Mechanical Engineering Student in school. This system was developed

by using Adobe Dreamweaver CS3 and MySQL as their main software. The main

objective for this project is to help the Education Ministry to increase the quality of

our education system especially in school. This system also can help the school

management and Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional (BPTV) to increase

their efficiency in marking management. This is because with this system, it will

reduce the repetition of data and time usage. With this system, hope that will help the

future researchs to increase this system usage to all school that offer Mechanical

Engineering Course.

Page 9: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my fileOleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)

viii

ISI KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

JUDUL i

PENGESAHAN PENYELIA ii

PENGAKUAN iii

DEDIKASI iv

PENGHARGAAN v

ABSTRAK vi

ABSTRACT vii

KANDUNGAN viii

SENARAI SINGKATAN xii

SENARAI JADUAL xiii

SENARAI RAJAH xiv

SENARAI LAMPIRAN xvi

BAB 1 PENDAHULUAN 1-7

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 3

1.3 Penyataan Masalah 5

1.4 Objektif Kajian 5

1.5 Skop Projek 6

1.6 Kepentingan Kajian 6

1.7 Penutup 7

BAB 2 KAJIAN LITERATURE 8-23

2.1 Pengenalan 8

2.2 Pendidikan Teknikal dan Vokasional di Malaysia 9

Page 10: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my fileOleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)

ix

2.3 Penilaian dan Pengukuran 13

2.4 Sistem Maklumat 14

2.5 Sejarah Internet dan Web 15

2.5.1 Perkembangan Internet di Malaysia 18

2.5.2 Komponen Asas Internet 21

2.5.2.1 Komputer Peribadi 21

2.5.2.2 Modem 22

2.5.2.3 Pembekal Servis Internet (ISP) 22

2.5.3 Konsep Asas Internet 22

2.5.3.1 World Wide Web (WWW) 23

2.5.3.2 Pelayan Web 23

2.5.3.3 Hyper-Text Markup Language 24

2.5.3.4 Hyper-Text Transfer Protocol 24

2.5.3.5 Web Browser 25

2.6 Aplikasi dan Perisian Pembangunan Web 25

2.6.1 Adobe Dreamweaver CS3 25

2.6.2 Apache HTTP Server 26

2.7 Teknologi Pembangunan Pangkalan Data 26

2.7.1 MySQL 27

2.8 Kajian Lepas 27

2.8.1 Keupayaan sistem yang terhad 27

2.8.2 Sistem offline 28

2.8.3 Penyelenggaraan 28

2.8.4 Masa memindah turun yang lama 29

2.9 Penutup 29

BAB 3 METADOLOGI KAJIAN 31-43

3.1 Pengenalan 31

3.2 Rekabentuk kajian 32

3.2.1 Fasa-fasa rekabentuk berorientasikan objek 33

3.3 Kaedah pembangunan projek 36

3.4 Keperluan perisian dan perkakasan 37

3.4.1 Spesifikasi perkakasan keras 37

3.4.2 Spesifikasi perisian 38

Page 11: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my fileOleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)

x

3.4.2.1 Justifikasi perisian 39

3.5 Perancangan Kerja 42

3.6 Penutup 43

BAB IV REKABENTUK & PERLAKSANAAN SISTEM 44-82

4.1 Pengenalan 44

4.2 Rekabentuk Sistem 45

4.3 Rekabentuk Logikal 45

4.3.1 Kes Guna 45

4.3.2 Jujukan 47

4.3.3 Hubungan Entiti 51

4.3.4 Carta Hirarki Sistem 51

4.4 Rekabentuk Fizikal 55

4.5 Rekabentuk Pangkalan Data 55

4.6 Rekabentuk Antara Muka 65

4.6.1 Menu Log Masuk 66

4.6.2 Menu Admin 67

4.6.3 Menu Guru Subjek 70

4.7 Rekabentuk Input dan Output 82

4.8 Penutup 82

BAB V PENGUJIAN SISTEM 83-95

5.1 Pengenalan 83

5.2 Kaedah Pengujian 84

5.3 Pengujian Oleh Pembangun 84

5.3.1 Pengujian Sistem 85

5.3.2 Pengujian Pangkalan Data 85

5.3.3 Pengujian Aturcara 86

5.3.4 Pengujian Input 89

5.3.5 Pengujian Output 89

5.3.6 Pengujian Antaramuka 90

5.4 Pengujian Pengguna 91

5.5 Hasil Penilaian Pengguna 94

5.6 Cadangan dan Komen Pengguna 94

Page 12: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my fileOleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)

xi

5.7 Penutup 95

BAB VII PERBINCANGAN DAN KESIMPULAN 96-102

6.1 Pengenalan 96

6.2 Perbincangan 97

6.2.1 Antaramuka Sistem 97

6.2.2 Fungsi Sistem 98

6.2.3 Hasil Keluaran Sistem 98

6.2.4 Tindakbalas Sistem 99

6.2.5 Sekuriti dan Kawalan 99

6.3 Kelebihan Sistem 100

6.4 Kekurangan Sistem 100

6.5 Kekangan 101

6.5 Cadangan Pembaikan 102

6.6 Kesimpulan dan Penutup 102

RUJUKAN 103-105

LAMPIRAN 106

Page 13: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my fileOleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)

xii

SENARAI SINGKATAN

SINGKATAN MAKSUD ARPANET Advance Research Project Agency Network

ASP Active Server Page

BPTV Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional

HSPDA High-Speed Downlink Packet Access

HTML Hyper-text Markup Language

HTTP Hyper-text Transfer Protocol

ICT Information and Communication Technology

ISP Internet Service Provider

LPM Lembaga Peperiksaan Malaysia

MIMOS Microelectronic System

PCMCIA Personal Computer Memory Card International

Association

PIPP Pelan Induk Pembangunan Pendidikan

PTV Pendidikan Teknikal dan Vokasional

RANGKOM Rangkaian Komputer Malaysia

SLK Sekolah Lanjutan Kampung

SMV Sekolah Menengah Vokasional

SPAJ Sistem Pendidikan Aneka Jurusan

TCP/IP Transmission Control Protocol/Internet Protocol

WWW World Wide Web

UML Unified Modeling Language

URL Universal Resources Locater

Page 14: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my fileOleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)

xiii

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

4.1 Data db_profile 56

4.2 Data Tbl_login 56

4.3 Data Tbl_nprofile 57

4.4 Data db_tkluang 57

4.5 Data db_tkota 58

4.4 Data db_tpont 59

4.7 Data Tbl_pelajar 59

4.8 Data Tbl_item1 60

4.9 Data Tbl_item2 61

4.10 Data Tbl_item3 62

4.11 Data Tbl_item4 63

4.12 Data Tbl_item5 64

4.13 Data Tbl_item6 65

5.1 Kes Ujian Bagi Pengujian Input 89

5.2 Pengujian Antaramuka 90

5.3 Hasil Penilaian Pengguna Terhadap Sistem

Rcmarks 92

Page 15: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my fileOleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)

xiv

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT

4.1 Kes Guna Admin 46

4.2 Kes Guna Guru Matapelajaran Sekolah 47

4.3 Jujukan Senario Log Masuk Admin 48

4.4 Jujukan Senario Log Masuk Guru Subjek PKM 48

4.5 Jujukan Senario Admin Mendaftar dan

Mengemaskini Profil Sekolah 49

4.6 Jujukan Senario Guru Subjek PKM mendaftar

markah calon 50

4.7 Jujukan Senario Guru Subjek PKM mengemaskini

maklumat calon 50

4.8 Carta Alir Umum bagi Sistem Pemarkahan 52

4.9 Carta Alir bagi Admin 53

4.10 Carta Alir bagi Guru Subjek 54

4.11 Rekabentuk Antara Muka Log Masuk 66

4.12 Rekabentuk Antaramuka Menu Admin 67

4.13 Rekabentuk Antaramuka Sub-Menu Pendaftaran Sekolah 68

4.14 Rekabentuk Antaramuka Sub-Menu Paparan

Senarai Sekolah 69

4.15 Rekabentuk Antaramuka Sub-Menu Pemberitahuan 71

4.16 Rekabentuk Antaramuka Sub-Menu Menu Pilihan Sekolah 72

4.17 Rekabentuk Antaramuka Sub-Menu Pendaftaran

Maklumat Calon 73

Page 16: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my fileOleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)

xv

4.18 Rekabentuk Antaramuka Sub-Menu Pendaftaran Markah

Item Kemahiran Amali 74

4.19 Rekabentuk Antaramuka Sub-Menu Pendaftaran Markah

Item Komunikasi Kejuruteraan 75

4.20 Rekabentuk Antaramuka Sub-Menu Pendaftaran Markah

Item Kemahiran Mereka Bentuk 76

4.21 Rekabentuk Antaramuka Sub-Menu Pendaftaran Markah

Item Kemahiran Menyiasat 77

4.22 Rekabentuk Antaramuka Sub-Menu Pendaftaran Markah

Item Kemahiran Mengorganisasi 78

4.23 Rekabentuk Antaramuka Sub-Menu Pendaftaran Markah

Item Kemahiran Mentaksir 79

4.24 Rekabentuk Antaramuka Sub-Menu Paparan

Senarai Calon 80

4.25 Rekabentuk Antaramuka Sub-Menu Kemaskini

Maklumat Calon 81

5.1 Keratan Aturcara Kawalan Kandungan Rekod 86

5.2 Keratan Aturcara Simpan Data 87

5.3 Keratan Aturcara Mengambil Data 88

5.4 Graf Penilaian Pengguna Sistem Rcmarks 93

Page 17: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my fileOleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)

xvi

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT

A Surat Permohonan Pengujian 105

B Rajah Hubungan Entiti (ERD) 110

C Soal Selidik 111

D Soalan Temubual 118

E Jawapan Soalan Temubual 119

Page 18: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my fileOleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)

BAB 1

PENGENALAN

Bab ini menghuraikan mengenai senario yang menyentuh aspek kajian serta latar

belakang dan pernyataan masalah mengenai kajian yang dijalankan. Soalan kajian turut

dijelaskan untuk menerangkan apa yang ingin diketahui oleh penyelidik serta harapan

daripada hasil kajian melalui kesignifikanan kajian. Selain itu batasan kajian turut

dibincangkan bagi menjelaskan mengenai skop dapatan kajian dan andaian-andaian

yang mengimpak kepada dapatan kajian yang dijalankan.

1.1 Pengenalan

Perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi(ICT) dalam sistem

pendidikan di Malaysia sentiasa berkembang dengan pesat seiring. Bermula dengan

penubuhan Microelectronic Systems (MIMOS) pada petengahan 1980-an, memacu lagi

pembangunan dan penggunaan teknologi ICT dalam dunia pendidikan. Pembinaan

Page 19: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my fileOleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)

2

perisian komputer yang pertama bagi kegunaan para pendidik pada masa itu iaitu

COMIL, seterusnya menjana kepada pembangunan aplikasi multimedia dan web yang

lain seperti Cikgu.net, Bijak.net dan sebagainya.

Dalam menuju ke arah Wawasan 2020, enam cabaran telah digariskan bagi

menjadikan negara Malaysia ini sebagai sebuah negara yang benar-benar maju mengikut

acuan sendiri. Salah satu daripada cabaran yang telah digariskan adalah mewujudkan

masyarakat saintifik dan progresif, masyarakat yang mempunyai daya perubahan yang

tinggi dan memandang ke hadapan yang bukan sahaja menjadi pengguna teknologi

tetapi juga penyumbang kepada tamadun saintifik dan teknologi masa

hadapan.(Kementerian Pelajaran Malaysia, 2004).

Bagi memenuhi keperluan cabaran ini, rakyat Malaysia perlu didedahkan kepada

pengetahuan ICT sejak dari sekolah lagi. Untuk itu, satu Pelan Induk Pembangunan

Pendidikan(PIPP) telah dilancarkan pada 16 Januari 2007 bagi melaksanakan dan

merealisasikan satu sistem pendidikan yang holistik, progresif, bermoral dan bertaraf

dunia. 6 pendekatan telah digariskan bagi merealisasikan pelan ini dan salah satu

daripadanya adalah merapatkan jurang pendidikan. Antara jurang-jurang pendidikan

yang telah digariskan adalah jurang antara tahap pencapaian pelajar, jurang sosio-

ekonomi, jurang bandar dan luar bandar, jurang antara pelajar normal dan berkeperluan

khas dan yang terakhir sekali adalah jurang digital.

Bagi merapatkan jurang digital ini, banyak perancangan kemudahan dan

infrastruktur ICT yang bakal dibangunkan di sekolah sebagai contoh kemudahan internet

tanpa wayar, komputer riba bagi setiap guru, pembelajaran maya di dalam kelas dan

banyak lagi.

Page 20: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my fileOleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)

3

Selaras dengan hasrat pihak kementerian ini, satu sistem pemarkahan dalam

talian berasaskan rubrik bagi Projek Rekacipta Subjek Mekanikal, Sijil Pelajaran

Malaysia(SPM) dibangunkan dan seterusnya membantu pihak guru dan pentadbiran

sekolah dalam memudahkan pengurusan sistem pemarkahan yang dihantar kepada pihak

Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM).

1.2 Latar Belakang Masalah

Penggunaan teknologi ICT yang semakin pesat dalam arena pendidikan zaman

sekarang ini memang tidak dapat dinafikan lagi. Penggunaan aplikasi seperti electronic

learning (e-learning), teleconference, sidang video melalui internet telah banyak

digunakan dalam bidang pendidikan ini. Namun begitu, pengintergrasian teknologi-

teknologi ICT ini dalam bidang pendidikan masih ada kelemahannya.

Sekiranya ditinjau dalam perkembangan sistem pendidikan di Malaysia pada

masa sekarang ini, terdapat banyak aplikasi pembelajaran dan pengajaran dalam ICT

yang telah dibangunkan oleh pihak swasta atau kerajaan sendiri. Antara aplikasi yang

terdapat dan sering digunakan seperti Portal Pendidikan Utusan, eLearning dan

sebagainya.

Namun begitu, setiap pembelajaran dan pengajaran yang dilakukan perlulah

dinilai dan diukur. Menurut Batchelor, J.A (1990), penilaian adalah satu aras ukur kualiti

pengajaran yang disampaikan oleh seseorang pendidik satu dalam sesi pembelajaran dan

pengajaran. Sekiranya ditinjau di sekolah, sesi penilaian dan pengukuran masih lagi

berkonsepkan tradisional di mana guru masih lagi menggunakan boring bagi mengisi

Page 21: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my fileOleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)

4

markah pelajar-pelajarnya. Rekod ini kemudian dinilai dan dicetak seterusnya diberikan

kepada ibu bapa pada Hari Terbuka Sekolah.

Penggunaan konsep seperti ini sudah tidak lagi relevan dengan perkembangan

teknologi ICT pada masa sekarang ini. Simpanan rekod seperti ini boleh menimbulkan

berbagai-bagai masalah seperti hilang, rosak dan sebagainya. Sekiranya hal seperti ini

berlaku, ia tentunya akan menimbulkan satu masalah yang besar kepada Transformasi

Pendidikan yang bakal dijalankan pada tahun 2010 nanti. Menurut Kementerian

Pelajaran Malaysia (2008) dalam Transformasi Pendidikan 2010, pelajar akan dinilai

berasaskan sekolah bagi mengatasi sistem pendidikan kini yang berorientasikan

peperiksaan. Menerusi sistem itu lagi, penilaian pelajar dibuat secara berterusan

berdasarkan prestasi mulai Tahun Satu hingga Tingkatan Lima dalam pelbagai aspek

selain peperiksaan.

Pembangunan perisian ICT bagi penilaian dan pengukuran prestasi pelajar di

sekolah merupakan satu langkah yang tepat bagi mengatasi masalah ini. Kewujudan

kemudahan Internet pada masa sekarang ini menambahkan lagi kelebihan yang terdapat

sekiranya perisian ini dibangunkan kerana ianya memudahkan para guru, pelajar dan ibu

bapa mengakses sistem ini di mana dan pada bila-bila masa.

Bagi membangunkan sesuatu sistem berasaskan talian, web dinamik adalah salah

satu kaedah yang disarankan. Menurut Jamaluddin Nasir (2004), web dinamik adalah

halaman yang berkeupayaan dalam menghasilkan data atau masukan maklumat dari

pengguna, dan seterusnya menyimpan atau memaparkannya kembali kepada pengguna.

Kelebihan yang ada pada web dinamik ini menyebabkan ia bersesuaian dalam konsep

pembinaan sistem pengukuran dan penilaian dalam talian. Selain itu, kelebihan yang

terdapat dalam sistem ini juga memberikan kelebihan jangka panjang dalam

pembangunan pendidikan di negara kita ini.

Page 22: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my fileOleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)

5

1.3 Pernyataan Masalah

Setelah ditinjau di sekolah, pemarkahan bagi Projek Rekacipta subjek Mekanikal

Sijil Pelajaran Malaysia masih lagi menggunakan konsep tradisional di mana guru

menilai projek pelajar dan kemudian mengisi markah di dalam boring yang disediakan.

Terdapat juga beberapa orang guru mengambil insiatif sendiri di mana mereka

membangunkan sistem pemarkahan berasaskan Microsoft Excel dan Microsoft Access

bertindak sebagai pangkalan data. Namun begitu, sistem ini tidak digunakan di dalam

talian seterusnya menyukarkan pihak sekolah dan guru-guru lain mengakses sistem

tersebut.

Selaras dengan itu, satu sistem pemarkahan dalam talian berasaskan rubric bagi

Projek Rekacipta Subjek Mekanikal, Sijil Pelajarn Malaysia dibangunkan bagi

menampung ketiadaan dan kekurangan sistem pemarkahan yang sedia ada. Kelebihan

sistem ini yang boleh diuruskan dan bervariasi membolehkan semua sekolah Teknik dan

Vokasional menggunakan sistem yang sama.

1.4 Objektif Kajian

Objektif yang telah digariskan dalam kajian ini adalah

i. Membangunkan sistem pemarkahan dalam talian bagi pendaftaran

markah pelajar Projek Rekacipta Subjek Mekanikal Sijil Pelajaran

Malaysia

Page 23: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my fileOleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)

6

ii. Mendapatkan maklum balas sekolah terhadap pembangunan sistem

pemarkahan dalam talian.

iii. Menguji keberkesanan sistem pemarkahan ini terhadap sekolah.

1.5 Skop Projek

Skop projek dan kajian ini adalah membangunkan sistem pemarkahan yang

mampu mengurus, menyimpan dan menganalisis markah-markah yang diperolehi oleh

para pelajar. Sistem pemarkahan dalam talian ini hanya dibangunkan bagi Projek

Rekacipta Subjek Mekanikal Sijil Pelajaran Malaysia dan diaplikasikan di dua buah

Sekolah Menengah Teknik dan Vokasional yang berlainan daerah. Sistem ini

kemudiannya akan dinilai dan dan diuji oleh pihak sekolah.

1.7 Kepentingan Kajian

Dari kajian yang dijalankan, diharapkan hasil kajian dapat membantu pihak

sekolah dalam menguruskan sistem pemarkahan pelajar dengan lebih sistematik dan

efisien. Selain itu, sistem ini juga dapat membantu meringankan beban guru dengan

dilengkapi sistem analisis dan pengiraan markah bagi setiap item yang dimahukan.

Dengan kecanggihan teknologi yang sedia ada seperti 3G, WiMAX, dan

berabagai-bagi lagi, sistem ini dapat diakses di mana-mana sahaja dan pada bila-bila