modul unit 2 persamaan perakaunan & prinsip catatan bergu

28
20 UNIT 2 PERSAMAAN PERAKAUNAN DAN PRINSIP CATATAN BERGU HASIL PEMBELAJARAN Di akhir unit ini, anda diharap dapat: 1. Menerangkan klasifikai akaun. 2.Menganalisis urusniaga menggunakan persamaan perakaunan. 3. Menerangkan sistem catatan bergu. 2.1 PENGENALAN Dua elemen asas perniagaan ialah harta yang dimiliki dan hak menuntut harta yang dimiliki. Harta yang dimiliki perniagaan dikenali sebagai aset. Aset ialah sumber yang dimiliki perniagaan bagi tujuan menjalankan perniagaan tersebut. Hak atau tuntutan ke atas aset tersebut dikenali sebagai ekuiti. Dalam erti kata lain setiap aset dituntut sama ada pemilik atau entiti UNIT 2 PERSAMAAN PERAKAUNAN DAN PRINSIP CATATAN BERGU

Upload: mohd-muktasim

Post on 07-Dec-2014

622 views

Category:

Documents


19 download

TRANSCRIPT

Page 1: MODUL UNIT 2 Persamaan Perakaunan & Prinsip Catatan Bergu

20

UNIT 2

PERSAMAAN PERAKAUNAN DAN PRINSIP CATATAN BERGU

HASIL PEMBELAJARAN

Di akhir unit ini, anda diharap dapat:

1. Menerangkan klasifikai akaun.2. Menganalisis urusniaga menggunakan persamaan perakaunan.3. Menerangkan sistem catatan bergu.

2.1 PENGENALAN

Dua elemen asas perniagaan ialah harta yang dimiliki dan hak menuntut harta yang dimiliki. Harta yang dimiliki perniagaan dikenali sebagai aset. Aset ialah sumber yang dimiliki perniagaan bagi tujuan menjalankan perniagaan tersebut. Hak atau tuntutan ke atas aset tersebut dikenali sebagai ekuiti. Dalam erti kata lain setiap aset dituntut sama ada pemilik atau entiti tertentu apabila berlaku pembubaran perniagaan. Jika aset berjumlah RM10,000 maka tuntutan ke atas aset tersebut juga berjumlah RM10,000. Perhubungan ini boleh dinyatakan dalam bentuk persamaan seperti berikut :

Aset = Ekuiti

Secara terperinci ekuiti boleh dibahagikan kepada dua kategori :

Pemiutang (Liabiliti)

Ekuiti

UNIT 2 PERSAMAAN PERAKAUNAN DAN PRINSIP CATATAN BERGU

Page 2: MODUL UNIT 2 Persamaan Perakaunan & Prinsip Catatan Bergu

21

Pemilik (Ekuiti Pemilik)

Hak pemiutang ialah kerana memberi hutang kepada perniagaan. Ia dikenali sebagai liabiliti. Hak pemilik ialah kerana menyumbangkan modal. Ia dikenali sebagai ekuti pemilik. Perhubungan ini dapat dihuraikan oleh “Persamaan Perakaunan”.

Aset = Liabiliti + Ekuiti Pemilik

Dalam sesebuah perniagaan, aktiviti menjana hasil akan berlaku. Semasa menjalankan aktiviti perniagaan ini ia akan melibatkan penerimaan hasil, pembayaran belanja operasi dan ambilan yang dibuat oleh pemilik perniagaan. Urusniaga-urusniaga ini akan memberi kesan kepada persamaan perakaunan khususnya di bahagian ekuti pemilik. Hasil menambahkan modal, manakala belanja dan ambilan akan mengurangkan modal. Dalam persamaan perakaunan ia boleh ditunjukkan seperti berikut :

Ekuiti Pemilik = Modal + Hasil - Belanja - Ambilan

2.2 KLASIFIKASI AKAUN

Sebelum mengaplikasikan persamaan perakaunan, adalah lebih baik memahami dulu elemen-elemen asas yang ada di dalam persamaan perakaunan. Elemen ini dikenali sebagai akaun. Secara umum akaun boleh diklasifikasikan kepada 5 kategori : iaitu aset, liabiliti, ekuiti pemilik, hasil dan belanja.

2.2.1 Aset

Aset ialah sumber atau harta yang dimiliki bagi menjana manfaat ekonomi pada masa hadapan. Ia mungkin dapat dilihat dari segi fizikal seperti tanah dan bangunan atau yang tidak dapat dilihat seperti hak cipta, paten, dan lain-lain. Aset terbahagi kepada dua kumpulan:

UNIT 2 PERSAMAAN PERAKAUNAN DAN PRINSIP CATATAN BERGU

Page 3: MODUL UNIT 2 Persamaan Perakaunan & Prinsip Catatan Bergu

22

Aset Semasa

Aset semasa ialah aset yang wujud untuk satu tempoh perakaunan dan mudah ditukarkan kepada tunai dalam tempoh kurang daripada satu tahun. Biasanya aset semasa mempunyai ciri-ciri: tempoh guna yang pendek dan mempunyai amaun atau nilai yang kecil, seperti tunai, akaun belum terima, belanja prabayar, inventori dan sebagainya.

Aset Tetap

Aset tetap ialah aset yang tidak berubah dalam jangka pendek dan boleh wujud lebih daripada satu tempoh perakaunan. Biasanya aset tetap mempunyai ciri-ciri: hayat guna yang lama dan mempunyai amaun atau nilai yang besar, seperti tanah, bangunan, peralatan, kenderaan, dan sebagainya.

2.2.2 Liabiliti

Liabiliti merupakan obligasi atau tanggungan atau hutang perniagaan yang perlu dijelaskan mengikut perjanjian yang telah ditetapkan. Liabiliti juga dikategorikan kepada 2 kumpulan :

Liabiliti Semasa

Liabiliti semasa ialah tanggungan yang perlu dijelaskan dalam tempoh kurang dari satu tahun, seperti akaun belum bayar, cukai belum bayar, gaji belum bayar dan sebagainya.

Liabiliti Jangka Panjang

Liabiliti jangka panjang ialah tanggungan yang perlu dijelaskan dalam tempoh yang lebih panjang biasanya melebihi satu tahun, seperti pinjaman, bon belum bayar, nota belum bayar jangka panjang dan sebagainya.

2.2.3 Ekuiti Pemilik

UNIT 2 PERSAMAAN PERAKAUNAN DAN PRINSIP CATATAN BERGU

Page 4: MODUL UNIT 2 Persamaan Perakaunan & Prinsip Catatan Bergu

23

Ekuiti pemilik ialah hak pemilik ke atas aset setelah ditolak dengan semua liabiliti perniagaan. Aset perniagaan dibiayai boleh dituntut sama ada oleh pemiutang atau pemilik. Untuk menentukan apa yang boleh dituntut pemilik, maka aset ditolakkan dengan liabiliti. Ini adalah kerana dari segi perundangan tuntutan jika berlaku pembubaran perniagaan tuntutan pemilik akan dilakukan setelah dibayar terlebih dahulu kepada pemiutang. Baki setelah ditolak tuntutan pemiutang kenali sebagai ekuiti pemilik.

Panggilan kepada item ekuiti pemilik bergantung kepada jenis pemilikan. Bagi perniagaan tunggal dan perkongsian ia dikenali sebagai modal, manakala bagi syarikat berhad dikenali sebagai saham atau syer.

Pulangan atau agihan keuntungan kepada pemilik dikenali sebagai ambilan bagi perniagaan tunggal dan perkongsian manakala dikenali sebagai dividen bagi syarikat berhad. Sama ada ambilan atau dividen, kedua-duanya akan mengurangkan jumlah ekuiti pemilik.

2.2.4 Hasil

Hasil ialah perolehan perniagaan melalui penjualan barangan atau perkhidmatan kepada pelanggan. Ia akan menambahkan nilai aset dan ekuiti pemilik. Contoh hasil ialah seperti hasil jualan, yuran perkhidmatan, hasil sewa dan sebagainya.

2.2.5 Belanja

Belanja ialah kos perkhidmatan atau barang yang digunakan dalam proses mendapatkan hasil. Belanja akan mengurangkan asset dan ekuiti pemilik. Contoh ialah seperti belanja gaji, belanja sewa, belanja iklan dan sebagainya.

2.3 ANALISIS URUSNIAGA MENGGUNAKAN PERSAMAAN PERAKAUNAN

Urusniaga perniagaan adalah suatu peristiwa ekonomi yang mengubah secara langsung kedudukan kewangan dan memberi kesan secara langsung kepada hasil operasi sesebuah perniagaan. Kesemua urusniaga perniagaan boleh mengakibatkan perubahan kepada ketiga-tiga elemen persamaan perakaunan (aset, liabiliti dan ekuiti pemilik).

Terdapat tiga langkah yang harus diikuti dalam membuat analisis urusniaga :

UNIT 2 PERSAMAAN PERAKAUNAN DAN PRINSIP CATATAN BERGU

Page 5: MODUL UNIT 2 Persamaan Perakaunan & Prinsip Catatan Bergu

24

i. kenalpasti urusniaga,ii. tentukan akaun, pengkelasan dan kesannya, daniii. pastikan persamaan perakaunan seimbang.

Untuk menjelaskan perkara ini, berikut adalah contoh urusniaga yang diambil dari Perniagaan Azam bagi bulan pertama perniagaan beroperasi.

i. Pelaburan oleh Pemilik

Pada 1 Januari 20X1 , Azam memulakan perniagaan dengan menyumbang tunai sebagai modal berjumlah RM10,000.Kesan ke atas persamaan perakaunan adalah seperti berikut :Analisa : Aset (tunai) bertambah, Ekuiti Pemilik (modal) bertambah.

Aset = Liabiliti + Ekuiti PemilikTunai Modal

+ 10,000 = 0 + + 10,000

ii. Urusniaga Pinjaman

Pada 4 Januari 20X1, Azam menerima tunai berjumlah RM5,000 daripada Bank ABC dengan menandatangani nota belum bayar (NBB).

Kesan ke atas persamaan perakaunan adalah seperti berikut :Analisa : Aset (tunai) bertambah, Liabiliti (NBB) bertambah.

Aset = Liabiliti + Ekuiti PemilikTunai = NBB + Modal

+ 5,000 = +5,000 + 0

iii. Membeli Aset

Pada 5 Januari 20X1, Azam membeli peralatan bagi kegunaan perniagaan secara tunai berjumlah RM4,000.

Kesan ke atas persamaan perakaunan adalah seperti berikut :Analisa : Aset (tunai) berkurang, Aset (peralatan) bertambah.

UNIT 2 PERSAMAAN PERAKAUNAN DAN PRINSIP CATATAN BERGU

Page 6: MODUL UNIT 2 Persamaan Perakaunan & Prinsip Catatan Bergu

25

Aset = Liabiliti + Ekuiti PemilikTunai Peralatan = +- 4,000 + 4,000 = 0 + 0

iv. Memberi Perkhidmatan Secara Tunai

Pada 20 Januari 20X1, memberi perkhidmatan kepada pelanggan secara tunai berjumlah RM3,500

Kesan ke atas persamaan perakaunan adalah seperti berikut :Analisa : Aset (tunai) bertambah, Ekuiti Pemilik (hasil) bertambah.

Aset = Liabiliti + Ekuiti PemilikTunai = + Hasil

+ 3,500 = 0 + + 3,500

v. Memberi Perkhidmatan Secara Kredit

Pada 25 Januari 20X1, memberi perkhidmatan kepada pelanggan secara kredit berjumlah RM5,000.

Kesan ke atas persamaan perakaunan adalah seperti berikut :Analisa : Aset (ABT) bertambah, Ekuiti Pemilik (hasil) bertambah.

Aset = Liabiliti + Ekuiti PemilikABT = + Hasil

+ 5,000 = 0 + + 5,000

vi. Membayar Belanja

Pada 30 Januari 20X1, perniagaan membayar gaji pekerja berjumlah RM1,500.

Kesan ke atas persamaan perakaunan adalah seperti berikut :Analisa : Aset (tunai) berkurangan, Ekuiti Pemilik (belanja) berkurangan.

Aset = Liabiliti + Ekuiti PemilikTunai = + Belanja

- 1,500 = 0 + - 1,500

vii. Membuat Ambilan

UNIT 2 PERSAMAAN PERAKAUNAN DAN PRINSIP CATATAN BERGU

Page 7: MODUL UNIT 2 Persamaan Perakaunan & Prinsip Catatan Bergu

26

Pada 31 Januari 20X1, Azam telah mengambil RM2,000 wang perniagaan untuk kegunaan peribadinya.

Kesan ke atas persamaan perakaunan adalah seperti berikut :Analisa : Aset (tunai) berkurangan, Ekuiti Pemilik (ambilan) berkurangan.

Aset = Liabiliti + Ekuiti PemilikTunai = + Ambilan

- 2,000 = 0 + - 2,000

Daripada urusniaga di atas jika disatukan di dalam persamaan perakaunan ia akan menjadi seperti berikut :

Aset = Liabliti +Ekuiti

Pemilik KeteranganTarikh Tunai ABT Peralatan = NBB + Modal

Jan 1 + 10,000 = + + 10,0004 + 5,000 = + 5,000 +5 - 4,000 + 4,000 = +

20 + 3,500 = + + 3,500 Hasil25 + 5,000 = + + 5,000 Hasil30 - 1,500 = + - 1,500 Belanja31 - 2,000 = + - 2,000 Ambilan

Jum. + 11,000 + 5,000 + 4,000 = + 5,000 + + 15,00020,000 = 20,000

Jadual 2.1 Persamaan Perakaunan

2.4 PENYEDIAAN PENYATA KEWANGAN DENGANPERSAMAAN PERAKAUNAN

Data-data di dalam persamaan perakaunan boleh ditunjukkan di dalam penyata pendapatan dan kunci kira-kira. Dengan menggunakan maklumat daripada jadual 2.1 persamaan perakaunan, di bawah ditunjukkan contoh penyata pendapatan dan kunci kira-kira.

UNIT 2 PERSAMAAN PERAKAUNAN DAN PRINSIP CATATAN BERGU

Page 8: MODUL UNIT 2 Persamaan Perakaunan & Prinsip Catatan Bergu

27

Perniagaan AzamPenyata Pendapatan

Bagi Bulan Berakhir Pada 31 Januari 20X1RM

Hasil perkhidmatan (3,500 + 5,000) 8,500

Tolak : Belanja-BelanjaBelanja gaji 1,500Untung bersih 7,000

Perniagaan AzamKunci Kira-Kira

Pada 31 Januari 20X1Aset RM Liabiliti Dan Ekuiti Pemilik RMTunaiABTPeralatan

11,0005,0004,000

Nota belum bayarModal

5,00015,000

20,000 20,000

2.5 SISTEM CATATAN BERGU

Dalam perakaunan, setiap urusniaga akan melibatkan dua catatan. Satu catatan di sebelah debit dan satu lagi catatan di sebelah kredit. Perkataan bergu atau regu timbul kerana pada setiap urusniaga kedua-dua catatan iaitu debit dan kredit direkodkan bersama. Debit merupakan catatan pada sebelah kiri akaun T, manakala kredit merupakan catatan di sebelah kanan akaun T. Akaun T ialah kaedah yang digunakan untuk merekod urusniaga secara sistematik. Format akaun T adalah seperti ditunjukkan di bawah :

Tajuk AkaunDebit Kredit

Peraturan catatan bergu telah dibentuk seperti di bawah :

Akaun Peningkatan PenguranganAset Debit Kredit

UNIT 2 PERSAMAAN PERAKAUNAN DAN PRINSIP CATATAN BERGU

Page 9: MODUL UNIT 2 Persamaan Perakaunan & Prinsip Catatan Bergu

28

Liabiliti Kredit DebitEkuiti Pemilik Kredit DebitHasil Kredit DebitBelanja Debit Kredit

Contoh 1: Pada 1 Januari 20X1 , Azam telah memulakan perniagaan dengan modal dalam bentuk tunai RM10,000.

Analisa : Aset (tunai) bertambah, Ekuiti Pemilik (modal) bertambah.

Tunai Modal -Azam+ 10,000 + 10,000

Contoh 2 : Pada 4 Januari 20X1, Azam menerima tunai RM5,000 daripada Bank ABC dengan menandatangani nota belum bayar (NBB).

Analisa : Aset (tunai) bertambah, Liabiliti (NBB) bertambah.

Tunai Nota Belum Bayar – Bank ABC+ 5,000 + 5,000

Contoh 3 : Pada 30 Januari 20X1, perniagaan membayar gaji pekerja RM1,500.

Analisa : Belanja (gaji) bertambah, Aset (tunai) berkurang.

Belanja Gaji Tunai+ 1,500 + 1,500

SOALAN LATIHAN

Soalan 2.1

UNIT 2 PERSAMAAN PERAKAUNAN DAN PRINSIP CATATAN BERGU

A

Page 10: MODUL UNIT 2 Persamaan Perakaunan & Prinsip Catatan Bergu

29

Klasifikasikan akaun-akaun berikut sama ada ianya aset, liabiliti, ekuiti pemilik, hasil atau belanja.

Bil Akaun Kategori Bil Akaun Kategorii. Tunai xi. Nota belum terimaii. Akaun belum bayar xii. Nota belum bayariii. Modal xiii. Bekalan pejabativ. Akaun belum terima xiv. Belanja gajiv. Kenderaan xv. Hasil jualanvi. Bangunan xvi. Hasil faedahvii. Pinjaman xvii. Belanja faedahviii. Bon belum bayar xiix. Insuran prabayarix. Gaji belum bayar xix. Belanja pengangkutanx. Saham xx. Inventori

Soalan 2.2

Sepanjang bulan November 20X1, urusniaga-urusniaga berikut telah berlaku :

Bil Urusniagai. Fairus melabur RM20,000 bagi memulakan perniagaan.ii. Memberikan perkhidmatan kepada pelanggan dan menerima tunai RM1,500iii. Membeli bekalan pejabat secara kredit RM2,300iv. Menjelaskan bayaran bagi urusniaga pada (iii).v. Memberi perkhidmatan secara kredit RM 2,000.vi. Pelanggan menjelaskan akaun belum terima 500.vii. Membayar belanja sewa pejabat RM1,000 dan belanja iklan RM200.viii. Fairuz mengambil RM300 tunai untuk kegunaan peribadi.

Dikehendaki :

Dengan menggunakan format di bawah, tunjukkan kesan setiap urusniaga di atas kepada persamaan perakaunan.

Bil Aset = Liabiliti + Ekuiti Pemilik KeteranganTunai ABT Bekalan = ABB + Modal

i.ii.

Soalan 2.3

UNIT 2 PERSAMAAN PERAKAUNAN DAN PRINSIP CATATAN BERGU

Page 11: MODUL UNIT 2 Persamaan Perakaunan & Prinsip Catatan Bergu

30

Baki awal akaun-akaun tetap bagi Perniagaan Hafiz yang dinyatakan dalam bentuk persamaan perakaunan adalah seperti berikut :

Baki

Aset = Liabiliti + E.PemilikTunai ABT Bekalan Peralatan = ABB NBB + Modal15,000 26,000 2,000 40,000 = 5,000 20,000 + 58,000

i.ii.

Dalam bulan Jualai 20X1, urusniaga-urusniaga berikut telah dilibatkan :

i Terima tunai RM15,000 daripada pelanggan kerana bayaran sebahagian daripada akaun belum terima.

ii Bayar Akaun Belum Bayar RM4,500.iii Memberi khidmat pelaburan kepada pelanggan secara kredit RM10,000.iv Beli peralatan yang RM8,000 dengan membayar tunai RM3,000 sebagai

pendahuluan dan menerbitkan nota belum bayar RM5,000 untuk bakinya.v Bayar belanja sewa RM2,000, belanja iklan RM1,500 dan belanja gaji RM3,000.vi Beli bekalan secara kredit sebanyak RM700.vii Bekalan yang digunakan sepanjang Julai RM1,000.viii Terima tunai RM13,500 daripada pelanggan untuk bayaran sebahagian daripada

akaun belum terima.ix Hafiz mengambil tunai RM1,000 untuk kegunaan sendiri.

Dikehendaki :

Tunjukkan kesan urusniaga di atas dalam persamaan perakaunan.

Soalan 2.4

Dengan berpandukan jadual di bawah, tunjukkan kesan pertambahan (+) dan pengurangan (-)untuk urusniaga di bawah :

Urusniaga Aset Liabiliti Ekuiti Pemilik

UNIT 2 PERSAMAAN PERAKAUNAN DAN PRINSIP CATATAN BERGU

Page 12: MODUL UNIT 2 Persamaan Perakaunan & Prinsip Catatan Bergu

31

Pemilik memasukkan wang tunai tambahan RM1,000 ke dalam perniagaan.Membuka akaun perniagaan di RHB dengan tunai RM400.Membeli rak barangan RM200 dan membayar dengan menggunakan cek.Memberi perkhidmatan kepada pelanggan bernama En. Badut RM950 dan berjanji akan membayar pada masa akan datang.Seorang akaun belum terima menjelaskan hutangnya RM150 dengan cek.Pemilik mengeluarkan tunai untuk kegunaan sendiri RM120.

Soalan 2.5

Agensi Berjaya Hartanah telah ditubuhkan oleh Encik Azman pada 1 Jun 20X1. Berikut adalah urusniaga yang berlaku di sepanjang bulan Jun 20X1.

Jun 1 Memulakan perniagaan dengan melabur RM40,000 tunai.3 Membeli peralatan pejabat daripada Syarikat Indah Perabot RM5,000.7 Membeli kenderaan secara kredit dengan nilai belian RM7,500.8 Membayar RM350 untuk kos pengiklanan perniagaannya di suratkhabar.9 Menjual bangunan bagi pihak pelanggan dan menghantar bil RM1,500

kepada pelanggan untuk tuntutan komisen.15 Membayar sewa pejabat untuk bulan Jun RM350.18 Membayar RM5,000 untuk hutang membeli kenderaan pada 7 Jun 20X1.25 Terima tunai RM900 sebagai komisen menjual rumah untuk pelanggan.28 Mengeluarkan RM400 tunai untuk membayar bil air dan elektrik yang

digunakan di rumahnya.29 Bayar gaji untuk pekerja sambilan RM500.

Dikehendaki :

Tunjukkan kesan perubahan ke atas aset, liabiliti dan ekuiti pemilik daripada setiap urusniaga yang dilakukan oleh En. Azman bagi bulan Jun 20X1.

Soalan 2.6

Zaris Fikri memulakan perniagaan yang memberikan perkhidmatan pelancongan kepada pelanggan di sekitar Pulau Pinang pada 1 Jun 20X1. Sepanjang bulan Jun, Zaris Fikri telah melakukan urusniaga-urusniaga berikut untuk perniagaan Agensi Pelancongan ZAF:

UNIT 2 PERSAMAAN PERAKAUNAN DAN PRINSIP CATATAN BERGU

Page 13: MODUL UNIT 2 Persamaan Perakaunan & Prinsip Catatan Bergu

32

i. Melabur aset berikut ke dalam perniagaan: tunai RM15,000 dan peralatan pejabat RM4,000.

ii. Membeli bekalan pejabat RM2,000 secara kredit.iii. Membayar tunai RM1,000 untuk sewa pejabat bulan Jun.iv. Membeli tiga buah komputer mikro RM4,000 setiap satu dengan membayar tunai

RM2,000 dan menerbitkan nota belum bayar untuk bakinya.v. Memberikan perkhidmatan pelancongan kepada pelanggan dan menerima tunai

RM1,500.vi. Membawa masuk kenderaan milik peribadi RM20,000 untuk digunakan oleh

perniagaan.vii. Membeli peralatan pejabat tambahan RM3,000 secara tunai.viii. Membawa pulang sebuah komputer mikro milik perniagaan ke rumah untuk kegunaan

peribadi.ix. Membayar separuh daripada akaun belum bayar bagi urusniaga (ii).x. Memberikan perkhidmatan bernilai RM2,000 secara kredit kepada pelanggan.xi. Membayar belanja utiliti untuk bulan Jun RM250xii. Meminjam wang tunai RM10,000 daripada Bank ABC.

Dikehendaki :

a. Tunjukkan kesan setiap urusniaga ke atas persamaan perakaunan. b. Sediakan penyata pendapatan, dan lembaran imbangan bagi Agensi Pelancongan

ZAF untuk bulan Jun 20X1.

Soalan 2.7

Fareez menjalankan perniagaan memberikan perkhidmatan pembersihan pejabat dan apartmen di sekitar Kuala Lumpur. Berikut diberikan baki-baki item lembaran imbangan bagi perniagaan Khidmat Pembersihan Pejabat FAZ pada 31 Disember 20X1 yang dinyatakan dalam bentuk tabular persamaan perakaunan.

Aset = Liabiliti + Ekuiti PemilikTunai + ABT + Bekalan

Mencuci+ Peralatan

Mencuci= ABB + NBB + Modal, Fareez

Baki 4,250 + 5,250 + 3,500 + 6,500 = 1,500 + 4,000 + 14,000

Dalam bulan Januari 20X2, urusniaga-urusniaga berikut telah dilakukan:

UNIT 2 PERSAMAAN PERAKAUNAN DAN PRINSIP CATATAN BERGU

Page 14: MODUL UNIT 2 Persamaan Perakaunan & Prinsip Catatan Bergu

33

i. Membilkan pelanggan untuk kerja-kerja perkhidmatan mencuci pejabat yang telah diberikan RM850.

ii. Mengutip tunai RM2,500 daripada akaun belum terima.iii. Membeli bekalan mencuci RM650 secara kredit.iv. Membeli peralatan mencuci RM3,500 dengan menerbitkan nota belum bayar.v. Membilkan pelanggan untuk kerja-kerja mencuci apartmen RM800.vi. Menerima bil untuk bulan Januari daripada Utusan Malaysia RM300 untuk belanja

mengiklankan perniagaan dalam suratkhabar tersebut sepanjang bulan Januari.vii. Memberikan kerja-kerja mencuci pejabat kepada pelanggan dan menerima tunai

RM950.viii. Fareez mengambil tunai RM1,500 daripada perniagaan untuk kegunaan sendiri.ix. Membayar nilai muka nota belum bayar RM800 dan belanja faedah ke atas nota

tersebut RM90.x. Membayar belanja utiliti RM150, belanja telefon RM200 dan belanja gaji RM700 untuk

bulan Januari.

Dikehendaki :

a. Tunjukkan kesan setiap urusniaga ke atas persamaan perakaunan, iaitu sama ada meningkat atau menurun dan baki selepas setiap urusniaga dalam bentuk tabular.

b. Sediakan penyata pendapatan dan kunci kira-kira bagi Khidmat Pembersihan Pejabat FAZ untuk bulan Januari 20X2.

Soalan 2.8

Pada 1 Mei, Miss Lily Wong telah menubuhkan Agensi Pelancongan L. Wong. Transaksi-transaksi berikut telah berlaku dalam bulan Mei :

i Melaburkan RM30,000 tunai dalam Bank Pertama atas nama Agensi Perlancongan L. Wong.

ii Membayar tunai RM600 untuk sewa pejabat bagi bulan Mei.iii Membeli peralatan pejabat RM3,750 secara tunai.iv Melibatkan belanja pengiklanan sebanyak RM450 secara akaun.v Membayar RM900 untuk bekalan pejabat secara tunai.vi Memperolehi RM13,500 untuk perkhidmatan yang telah diberi: tunai

RM1,500 diterima dari pelanggan dan baki RM12,000 dibilkan kepada pelanggan secara akaun.

vii Mengambil tunai RM300 untuk kegunaan sendiri.viii Membayar si pemiutang untuk belanja pengiklanan seperti di (iv).

UNIT 2 PERSAMAAN PERAKAUNAN DAN PRINSIP CATATAN BERGU

Page 15: MODUL UNIT 2 Persamaan Perakaunan & Prinsip Catatan Bergu

34

ix Gaji kakitangan dibayar secara tunai RM1,800.x Menerima RM12,000 tunai dari pelanggan yang telah dibilkan dalam

transaksi (vi).

Dikehendaki :

a. Sediakan analisis berjadual untuk transaksi-transaksi diatas dengan menggunakan lajur seperti berikut:Tunai, akaun belum terima, bekalan, peralatan pejabat, akaun belum bayar dan modal L. Wong.

b. Sediakan penyata pendapatan bagi bulan berakhir 31 Mei.

Soalan 2.9

Penuhkan ruangan di bawah untuk menunjukkan kesan-kesan pertambahan atau pengurangan dalam akaun-akaun ini:

Kesan ke atasAset Liabiliti Ekuiti

i Membeli rak secara kredit berharga RM50,000.

ii Membayar semula hutang sebanyak RM10,000 kepada Smart Shop.

iii Membeli barang-barang bernilai RM12,500 dengan menggunakan cek.

iv Pemilik menambahkan tunai ke dalam perniagaan berjumlah RM15,000.

v Seorang penghutang kembalikan semula barang yang dibelinya berniali RM200.

vi Pemilik mengeluarkan sebanyak RM250 untuk kegunaan sendiri.

vii Perniagaan telah memulangkan barang bernilai RM160 yang dibeli daripada Ayunie Enterprise yang bilnya masih belum dibayar.

UNIT 2 PERSAMAAN PERAKAUNAN DAN PRINSIP CATATAN BERGU

Page 16: MODUL UNIT 2 Persamaan Perakaunan & Prinsip Catatan Bergu

35

Soalan 2.10

Berikut adalah urusniaga dalam Perniagaan Khidmatsetia:

i Azizi memulakan Perniagaan Khidmatsetia dengan melabur sebanyak RM5,000.ii Menerima rak bernilai RM500 daripada Azilah sebagai hadiah dan digunakan untuk

membantu menjalani perniagaan.iii Membeli peralatan dari Syarikat Faizul RM1,200 secara kredit.iv Menerima RM800 daripada pelanggan selepas menyediakan perkhidmatan.v Membayar gaji pembantu sebanyak RM100.vi Bayar RM200 kepada Syarikat Faizul untuk sebahagian pembelian peralatan di

atas.vii Azizi mengeluarkan RM500 bagi kegunaan sendiri.

Tunjukkan kesan bagi setiap urusniaga berikut ke atas persamaan perakaunan.

RUJUKAN

Anthony, R.N, Hawkins, D.F. and Merchant, K.A (1999). Accounting: Text and Cases. (Tenth Edition), Boston: Irwin/McGraw-Hill.

Barjoyal Bardai (1997). Perakaunan, (Jilid 1), Fajar Bakti, Kuala Lumpur.Belkaoui, A.R. (2000). Accounting Theory. (Fourth Edition), Business Press, Thomson

Learning.Frank Wood, (1996), Perakaunan Perniagaan. (Bahagian 1 & 2), Longman, Malaysia.Lembaga Piawai Perakaunan Malaysia (MASB), (2003), Malaysia. Hilton, R.W. (1999). Managerial Accounting. (Fourth Edition), Boston: McGraw Hill.Hoggett & Edwards, (1990). Accounting in Australia (2nd Edition). Singapore: John

Wiley.Honrgren, C.T., Harrison, W.T. & Bamber, L.S. (1999). Accounting (Fourth Edition),

Prentice Hall.Khalid Ismail, (2003), Asas Perakaunan, (Cetakan Pertama), Quantum Books, Tg Malim.Khalid, Mahadzir (2005). Perakaunan Awalan (Cetakan Kedua), Prentice Hall, Kuala

LumpurKhalid, Mohd Diah (2009), Perakaunan Kewangan Pra Universiti & Matrilulasi (Cetakan

Kedua), Scholar Press, Kuala Lumpur.

UNIT 2 PERSAMAAN PERAKAUNAN DAN PRINSIP CATATAN BERGU

Page 17: MODUL UNIT 2 Persamaan Perakaunan & Prinsip Catatan Bergu

36

Khalid, Mohd Diah (2007), Perakaunan Pengurusan Pra Universiti & Matrilulasi, (Cetakan Pertama), Quantum Book, Tg Malim.

Khalid, Ibrahim, Baharudin, (2008), Konsep & Model Pengajaran Perakaunan, (Cetakan Kedua), Pearson Prentice Hall, K.Lumpur.

Khalid, Ibrahim, Baharudin, (2009), Pengurusan Bilik Darjah Dalam Konteks Pengajaran & Pembelajaran Perakaunan, (Cetakan Ketiga), Pearson Prentice Hall, K.Lumpur.

Khalid, Ibrahim, Baharudin, (2005), Rancangan Mengajar Prinsip Perakaunan Tingkatan 4, (Cetakan Pertama), Pearson Prentice Hall, K.Lumpur.

Khalid, Ibrahim, Baharudin, (2005), Rancangan Mengajar Prinsip Perakaunan Tingkatan 5, (Cetakan Pertama), Pearson Prentice Hall, K.Lumpur.

Wan Maznah, Zaleha (2000), Perakaunan Kewangan Matrikulasi, Fajar Bakti, Kuala Lumpur.

Weygandt, Kieso, Kimmel, (2000). Financial Accounting (3rd Edition). John Wiley & Sons, USA.

UNIT 2 PERSAMAAN PERAKAUNAN DAN PRINSIP CATATAN BERGU