modul pjm3108

214
MODUL PENDIDIKAN JASMANI PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG) MOD PENDIDIKAN JARAK JAUH PJM3108 PENDIDIKAN LUAR INSTITUT PENDIDIKAN GURU KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA ARAS 1, ENTERPRISE BUILDING 3, BLOK 2200, PERSIARAN APEC, CYBER 6, 63000 CYBERJAYA Berkuat kuasa pada Jun 2012 IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN

Upload: sam-mas

Post on 29-Oct-2015

1.576 views

Category:

Documents


16 download

TRANSCRIPT

Page 1: Modul PJM3108

MODUL PENDIDIKAN JASMANI

PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)

MOD PENDIDIKAN JARAK JAUH

PJM3108

PENDIDIKAN LUAR

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA ARAS 1, ENTERPRISE BUILDING 3, BLOK 2200, PERSIARAN APEC, CYBER 6, 63000 CYBERJAYA

Berkuat kuasa pada Jun 2012

IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN

Page 2: Modul PJM3108

Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat, dan negara.

Falsafah Pendidikan Guru

Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung aspirasi negara serta menyanjung warisan kebudayaan negara, menjamin perkembangan individu, dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif, dan berdisiplin.

Cetakan Jun 2012 Kementerian Pelajaran Malaysia

Hak cipta terpelihara. Kecuali untuk tujuan pendidikan yang tidak ada kepentingan komersial, tidak dibenarkan sesiapa mengeluarkan atau mengulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan kandungan buku ini dalam apa-apa juga bentuk dan dengan apa-apa cara pun, sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Rektor Institut Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia.

Page 3: Modul PJM3108

Cetakan Jun 2012 Institut Pendidikan Guru Kementerian Pelajaran Malaysia

MODUL INI DIEDARKAN UNTUK KEGUNAAN PELAJAR-PELAJAR YANG BERDAFTAR DENGAN BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU, KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA BAGI MENGIKUTI PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU, IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN. MODUL INI HANYA DIGUNAKAN SEBAGAI BAHAN PENGAJARAN DAN

PEMBELAJARAN BAGI PROGRAM-PROGRAM TERSEBUT.

Page 4: Modul PJM3108

Falsafah Pendidikan Kebangsaan i

Falsafah Pendidikan Guru i

Notis Hak Pengarang ii

Kandungan iii - vii

Panduan Pelajar viii - ix

Pengenalan x

Agihan Tajuk xi - xv

Isi Utama Mengikut Pro Forma Kursus xvi - xvii

1 – 18

KANDUNGAN

MUKA SURAT

Tajuk 1 :

1.1 Definisi, Konsep dan Falsafah Pendidikan Luar, Rekreasi dan Kesenggangan 1.1.1 Falsafah Pendidikan Luar 1.1.2 Konsep Pendidikan Luar 1.1.3 Definisi Pendidikan Luar

1.2 Matlamat dan Objektif Pendidikan Luar 1.2.1 Tujuan Pendidikan Luar

1.4 Pendidikan Luar Merentasi Kurikulum

1.6 Berteraskan Akademik

1.5 Penggabungjalinan Matapelajaran 1.5.1 Ciri-ciri Penggabungjalinan 1.5.2 Kepentingan Penggabungjalinan 1.5.3 Kesepaduan 1.5.4 Ciri-ciri Kesepaduan 1.5.5 Tujuan Strategi Kesepaduan

1.7 Penerapan Nilai

1.8 Pembentukan Sahsiah

1.3 Sejarah Pendidikan Luar 1.3.1 Pendidikan Luar di Zaman Purba 1.3.2 Pendidikan Luar Era Moden

Page 5: Modul PJM3108

19 - 37

38 - 63

Tajuk 3 :

Tajuk 2 :

2.1 Definisi Etika 2.2 Definisi Pendidikan Luar

2.3 Etika Pendidikan Luar

2.4 Peraturan Tetap Pelajar Ketika Menjalankan

Aktiviti

2.5 Kawasan dan Kemudahan

2.6 Kemahiran Pertolongan Cemas

2.7 Teknik-teknik Rawatan Pertolongan Cemas

2.8 Prosedur Pelaksanaan Aktiviti

3.1 Matlamat Pendidikan Konservasi 3.2 Objektif Pendidikan Konservasi 3.2.1 Domain Kognitif 3.2.2 Domain Psikomotor 3.2.3 Domain Afektif

3.3 Pendidikan Konservasi 3.4 Pendidikan Konservasi Dalam Pendidikan

Luar 3.5 Objektif Pendidikan Konservasi Mengikut

UNESCO 3.6 Prinsip Konservasi Dalam Pendidikan Luar

3.7 Penilaian Dalam Pendidikan Luar 3.7.1 Penilaian Individu

3.8 Penilaian Pelaksanaan Amali Pendidikan Luar

3.8.1 Penilaian Program 3.8.2 Analisis Keberkesanan Program

3.9 Perincian Pemarkahan

3.10 Spesifikasi Abseiling 3.10.1 Aspek Penilaian Abseiling 3.10.2 Prosedur Penilaian Abseiling 3.10.3 Peraturan Memberi Markah

3.11 Spesifikasi Kayak 3.11.1 Aspek Penilaian Kayak 3.11.2 Prosedur Penilaian Kayak 3.11.3 Peraturan Memberi Markah

3.12 Spesifikasi Orienteering 3.12.1 Aspek Penilaian Orienteering 3.12.2 Prosedur Penilaian Orienteering 3.12.3 Peraturan Memberi Markah

Page 6: Modul PJM3108

64 - 114

Tajuk 4 :

3.13 Spesifikasi Perkhemahan 3.13.1 Aspek Penilaian Perkhemahan 3.13.2 Prosedur Penilaian Perkhemahan 3.13.3 Peraturan Memberi Markah

4.2 Pra-Pelaksanaan 4.2.1 Pelantikan Jawatankuasa dan Pengagihan

Tugas

4.1 Pengurusan dan Pengelolaan Pendidikan Luar

4.3 Mesyuarat Perancangan 4.4 Penyediaan Kertas Kerja 4.4.1 Menyediakan Kertas Kerja Mengikut Format

yang Ditetapkan 4.4.2 Mendapat Kelulusan Dari Pihak Pengurusan 4.4.3 Menyediakan Jadual Tindakan 4.5 Pengurusan Surat Menyurat 4.5.1 Surat Kebenaran 4.5.2 Surat Pemberitahuan, Memohon Kebenaran

dan Bantuan 4.6 Definisi Keyakinan di Air 4.7 Ketakutan di Air 4.7.1 Punca Ketakutan Air 4.7.2 Cara Mengatasi Ketakutan Air

4.8 Aktiviti-aktiviti Keyakinan di Air 4.9 Sejarah Kayak 4.9.1 Jenis-jenis Kayak 4.9.2 Kategori Kayak 4.9.3 Peralatan-peralatan Kayak 4.9.4 Anatomi Kayak 4.9.5 Pendayung 4.9.6 Teknik Dayungan Asas 4.9.7 Isyarat-isyarat Semasa Berkayak 4.9.8 Cara Menyelamat (Rescue) 4.9.9 Langkah-langkah Keselamatan 4.9.10 Teknik Mengangkat Kayak 4.10 Snorkeling 4.10.1 Matlamat 4.10.2 Objektif 4.10.3 Peraturan-peraturan Aktiviti Snorkeling 4.10.4 faktor-faktor Penting Semasa Menjalankan

Aktiviti Snorkeling 4.10.5 Cara masuk Ke dalam Air 4.10.6 Teknik-teknik Masuk Ke dalam Air

Page 7: Modul PJM3108

115 – 187

Tajuk 5 :

5.1 Post-mortem

5.2 Syor dan Cadangan

5.3 Dokumen Laporan 5.4 Khemah 5.4.1 Apa itu khemah 5.4.2 Sebelum Mendirikan Khemah 5.4.3 Jenis-jenis Khemah 5.4.4 Anatomi Khemah 5.4.5 Shelter (Tempat Berteduh) 5.4.6 Cara-cara Mendirikan Khemah 5.4.7 Menurunkan Khemah 5.4.8 Cara-cara Menurunkan Khemah 5.4.9 Prosedur 5.4.10 Memilih Kawasan 5.4.11 Etika Berkhemah 5.4.12 Mendirikan Khemah 5.4.13 Larangan Semasa Berkhemah 5.4.14 Etika Memasak Di kawasan Khemah 5.5 Unggun Api / Fire Craft 5.5.1 Membuat Unggun Api 5.5.2 Jenis-jenis Unggun Api

5.6 Ikatan dan Simpulan 5.6.1 Jenis Ikatan dan Simpulan

5.7 Gejet / Wood Craft 5.7.1 Jenis-jenis Gejet 5.7.2 Menebang dan Memotong Kayu Untuk Gejet

5.8 Abseiling 5.8.1 Pengenalan 5.8.2 Pelan Pelaksanaan 5.8.3 Senarai Peralatan 5.8.4 Penjagaan Alatan

5.9 Orienteering 5.9.1 Sejarah dan Perkembangan 5.9.2 Jenis-jenis Orienteering 5.9.3 Kebaikan Sukan Orienteering 5.9.4 Terminologi dan Alatan 5.9.5 Peta 5.9.6 Kompas 5.9.7 Teknik-teknik Asas 5.9.8 Cara Meletak Peta dan Kompas

Page 8: Modul PJM3108

Rujukan

Panel Penulis

Ikon Lampiran A

5.10 Ikhtiar Hidup 5.10.1 Prinsip-prinsip Asas Ikhtiar Hidup 5.10.2 Perlindungan Sementara 5.10.3 Perlindungan Buatan 5.10.4 Sumber Makanan Daripada Tumbuhan 5.10.5 Ujian Pemakanan 5.10.6 Mengenal Tumbuhan Yang Boleh Dimakan 5.10.7 Sumber Makanan Daripada Haiwan 5.10.8 Memasak Makanan 5.10.9 Sumber Minuman 5.10.10 Menyalakan Api 5.10.11 Hidupan Liar 5.10.12 Isyarat-isyarat Kecemasan

Page 9: Modul PJM3108

Modul ini disediakan untuk membantu anda menguruskan pembelajaran anda agar anda boleh belajar dengan lebih berkesan. Anda mungkin kembali semula untuk belajar secara formal selepas beberapa tahun meninggalkannya. Anda juga mungkin tidak biasa dengan mod pembelajaran arah kendiri ini. Modul ini memberi peluang kepada anda untuk menguruskan corak pembelajaran, sumber-sumber pembelajaran, dan masa anda. Pembelajaran arah kendiri memerlukan anda membuat keputusan tentang pembelajaran anda. Anda perlu memahami corak dan gaya pembelajaran anda. Adalah lebih berkesan jika anda menentukan sasaran pembelajaran kendiri dan aras pencapaian anda. Dengan cara begini anda akan dapat melalui kursus ini dengan mudah. Memohon bantuan apabila diperlukan hendaklah dipertimbangkan sebagai peluang baru untuk pembelajaran dan ia bukannya tanda kelemahan diri. Modul ini ditulis dalam susunan tajuk. Jangka masa untuk melalui sesuatu tajuk bergantung kepada gaya pembelajaran dan sasaran pembelajaran kendiri anda. Latihan-latihan disediakan dalam setiap tajuk untuk membantu anda mengingat semula apa yang anda telah pelajari atau membuatkan anda memikirkan tentang apa yang anda telah baca. Ada di antara latihan ini mempunyai cadangan jawapan. Bagi latihan-latihan yang tiada mempunyai cadangan jawapan adalah lebih membantu jika anda berbincang dengan orang lain seperti rakan anda atau menyediakan sesuatu nota untuk dibincangkan semasa sesi tutorial. Modul ini akan menggantikan satu kredit bersamaan dengan lima belas jam interaksi bersemuka dalam bilik kuliah. Tiada kuliah atau tutorial diadakan untuk tajuk-tajuk dalam modul ini. Walau bagaimanapun, anda boleh berbincang dengan pensyarah, tutor atau rakan anda melalui email jika terdapat masalah berhubung dengan modul ini. Anda akan mendapati bahawa ikon digunakan untuk menarik perhatian anda agar pada sekali imbas anda akan tahu apa yang harus dibuat. Lampiran A menerangkan kepada anda makna-makna ikon tersebut. Anda juga diperlukan untuk melaksanakan kerja kursus berbentuk projek . Projek boleh diperolehi daripada modul ini. Tarikh dan masa untuk menyediakan projek akan ditetapkan oleh pensyarah dan pihak peperiksaan. Tips untuk membantu anda melalui kursus ini.

1. Cari sudut pembelajaran yang sunyi agar anda boleh meletakkan buku dan diri anda untuk belajar. Buat perkara yang sama apabila anda pergi ke perpustakaan.

2. Peruntukkan satu masa setiap hari untuk memulakan dan mengakhiri pembelajaran

anda. Patuhi waktu yang diperuntukkan itu. Setelah membaca modul ini teruskan membaca buku-buku dan bahan-bahan rujukan lain yang dicadangkan.

PANDUAN PELAJAR

Page 10: Modul PJM3108

3. Luangkan sebanyak masa yang mungkin untuk tugasan tanpa mengira sasaran pembelajaran anda.

4. Semak dan ulangkaji pembacaan anda. Ambil masa untuk memahami pembacaan

anda.

5. Rujuk sumber-sumber lain daripada apa yang telah diberikan kepada anda. Teliti maklumat yang diterima.

6. Mulakan dengan sistem fail agar anda tahu di mana anda menyimpan bahan-bahan

yang bermakna.

7. Cari kawan yang boleh membantu pembelajaran anda.

Page 11: Modul PJM3108

Pengenalan Kursus ini mencakupi falsafah, konsep, matlamat dan objektif serta sejarah perkembangan dan

pengetahuan pendidikan luar, rekreasi dan kesenggangan. Pelaksanaan aktiviti merangkumi

pengintegrasian, pengabungjalinan serta kesepaduan mata pelajaran lain ke dalam pendidikan

luar dan sebaliknya. Bagi memantapkan lagi pengajaran dan pembelajaran, aspek

perancangan, pengurusan, pengelolaan, keselamatan dan pelbagai kemahiran aktiviti diberi

penekanan. Penilaian dijalankan bagi memastikan tahap pencapaian.

This course covers the philosophies, concepts, aims, objectives, history and literatures of

outdoor education, recreation and leisure. It also discusses the intergration and incorporation of

other subjects into outdoor education and vice-versa. To enhance the teaching and learning

process, planning, managing, administrating and safety aspect of various activties are

emphasize. Assessments will be conducted to ensure its achievement

Hasil Pembelajaran

1. Menterjemahkan kandungan kurikulum secara umum dan spesifik kepada aktiviti

pembelajaran yang bermakna;

2. Mengaplikasikan pelbagai kaedah untuk memantau dan menaksir pengetahuan dan

kemahiran;

3. Merancang, mengurus dan melaksanakan aktiviti Pendidikan Luar,

4. Membuat refleksi dan menilai amalan pembelajaran serta menjana idea baru untuk

penambahbaikan yang berterusan;

5. Mengamalkan pengetahuan dan kemahiran yang dikuasai dalam teori dalam kehidupan

seharian;

6. Mengamalkan nilai-nilai murni melalui tingkah laku yang dapat dijadikan sebagai contoh

yang baik.

Page 12: Modul PJM3108

AGIHAN TAJUK

KOD KURSUS : PJM3108 NAMA KURSUS : PENDIDIKAN LUAR

Jadual di bawah menjelaskan agihan tajuk-tajuk untuk interaksi bersemuka atau pembelajaran melalui modul. (Agihan Tajuk Interaksi Bersemuka dan Modul Mengikut Kursus Proforma)

Bil.

Tajuk/Topik

Jumlah Jam Modul

(jam)

Interaksi Bersemuka

(jam)

Teori Amali Teori Amali

1

Falsafah, Konsep, Matlamat dan Objektif Pendidikan Luar, Rekreasi dan Kesenggangan Pengintegrasian, Gabungjalin dan Kesepaduan Mata Pelajaran Lain Ke Dalam Pendidikan Luar, Rekreasi dan Kesenggangan

4 - 4 2 2

2 Etika Pendidikan Luar Keselamatan Dalam Pendidikan Luar, Rekreasi dan Kesenggangan

5 - 5 2 2

3

Pendidikan Konservasi Dalam Pendidilan Luar, Rekreasi dan Kesenggangan Kaedah Penilaian Aktiviti Pendidikan Luar

6 - 12 2 2

4 Pengurusan dan Pengelolaan Pendidikan Luar Aktiviti Air

- 7 17 2 2

5 Pelaporan Aktiviti Darat - 8 17 2 2

6 Pelaksanaan Program Pendidikan Luar (6 hari 5 malam) - 45

3(1+2) 15 60 55 10 10

*Ujian Amali akan dijalankan luar daripada peruntukan masa interaksi.

Page 13: Modul PJM3108

Tajuk 1

FALSAFAH, KONSEP, MATLAMAT DAN OBJEKTIF. PENGINTEGRASIAN, GABUNGJALIN DAN KESEPADUAN MATA PELAJARAN LAIN DALAM PENDIDIKAN LUAR, REKREASI DAN KESENGGANGAN

Sinopsis Tajuk-tajuk dalam modul ini merangkumi falsafah, konsep, definisi, matlamat dan objektif serta

sejarah dalam Pendidikan Luar. Ia juga merangkumi pengintegrasian, gabungjalin dan

kesepaduan mata pelajaran lain dalam Pendidikan Luar. Modul ini juga dibekalkan dengan

soalan latihan dan senarai bahan rujukan.

Hasil Pembelajaran Setelah selesai membaca modul ini, diharap anda dapat: 1. Menghuraikan falsafah dan konsep Pendidikan Luar

2. Menghuraikan objektif dan matlamat Pendidikan Luar

3. Mencirikan konsep Pendidikan Luar merentasi kurikulum

4. Menghuraikan dan memberi contoh penggabungjalinan dan kesepaduan dalam

Pendidikan Luar

5. Menjelaskan penerapan nilai dan pembentukan sahsiah dalam Pendidikan Luar

Kerangka konsep tajuk-tajuk modul ini

Page 14: Modul PJM3108

KANDUNGAN

1.1 Definisi, konsep dan falsafah

1.1.1 Falsafah Pendidikan Luar

Falsafah Pendidikan Kebangsaan menegaskan bahawa pendidikan di Malaysia

adalah suatu usaha yang berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi

individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang

dan harmonis dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek berdasarkan kepercayaan

kepada Tuhan. Oleh yang demikian Program Pendidikan Luar dapat dijadikan media

untuk memurnikan hasrat berkenaan.

Pendidikan Luar merangkumi pelbagai tujuan dan amalan yang dapat

memperkayakan dan memperkukuhkan pengalaman pendidikan formal dengan

melihat alam semulajadi sebagai „makmal hidup‟. Pemanfaatan persekitaran dan

alam semulajadi sebagai tempat pembelajaran secara terus akan menajamkan

kepekaan individu apabila pengetahuan yang diperolehi melibatkan deria. Dalam hal

ini Pendidikan Luar mengutamakan aspek penaakulan oleh individu dan perlakuan

motor yang melibatkan semua deria umpamanya dalam mengenal alam flora dan

fauna.

Pendekatan Pendidikan Luar banyak tertumpu kepada kaedah penemuan,

eksperimen dan kajian lapangan. Penekanan pembelajaran dalam Pendidikan Luar

menggalakkan pelajar memperolehi pengalaman melalui sesuatu yang dilakukan

sendiri. Konsep pendekatan yang sedemikian diamalkan kerana pegangan falsafah

pendidikan luar yang mempercayai bahawa adalah sukar mengajar seseorang itu

belajar tetapi lebih mudah menolong seseorang itu belajar.

Di samping itu, ianya juga adalah satu proses pembelajaran secara langsung

(learning by doing so). Ilmu, pengetahuan dan pengalaman diperolehi dengan konsep

Page 15: Modul PJM3108

„hands on‟ / „first hand experience‟. Pendedahan kepada kedua-dua konsep ini secara

tidak langsung akan melahirkan individu yang sempurna di mana segala aspek yang

diberi penekanan iaitu fizikal, mental, emosi, sosial dan rohani dapat dimantapkan.

Dengan melibatkan diri kepada corak pendidikan seperti ini potensi individu

akan dapat dikembangkan secara menyeluruh. Individu dapat meningkatkan tahap

kreativitinya dengan menggabungjalin dan menggembelingkan segala ilmu

pengetahuan dan fakta-fakta yang diperolehinya bagi mencetuskan satu corak

pemikiran kreatif.

1.1.2. Konsep Pendidikan Luar

Modul konsep pendidikan luar yang dikemukan oleh MCRAE (1990)

menyatakan pendidikan luar adalah pembelajaran berlaku di luar bilik darjah keadaan

ini berlainan daripada bentuk tradisi. Pendidikan luar menggunakan alam sekitar

sebagai laluan atau tujuan mendidik. Pendidikan luar perlu dirancang dengan teliti

antara aspek perlu difikirkan oleh perancang kurikulum pendidikan luar ialah:

Aspek Kognitif

Pembangunan kognitif melibatkan pengumpulan pengetahuan dan keupayaan

berfikir serta menginterpretasi. Dengan kata lain pembangunan kognitif melibatkan

perangsang pemikiran yang terdiri daripada elemen penyelidikan, kreativiti, perkaitan,

kebolehan, pengamatan dan pengukuhan.

Pengetahuan dalam aktiviti pendidikan luar dapat menjadikan Pendidikan Luar

dapat dilaksanakan dengan berkesan. Contohnya sebelum mengikuti Pendidikan

Luar pelajar perlu mempelajari cara melaksanakan sesuatu aktiviti yang hendak

dilakukan dari segi teknik dan disiplin. Kefahaman dan penghayatan cara atau teknik

melaksanakan aktiviti pendidikan luar membawa kepada pelaksanaan aktiviti

Pendidikan Luar yang lebih cekap dan berkesan. Pengetahuan tentang disiplin

Pendidikan Luar juga penting bagi menjadikan aktiviti yang diceburi itu menarik,

berfaedah dan bermakna. Program Pendidikan Luar yang baik bukan saja memberi

kekuatan fizikal tetapi seharusnya dapat memberi kekuatan kognitif. Dengan kata lain

Pendidikan Luar bukan sahaja memberi latihan fizikal tetapi unsur kemahiran berfikir

Page 16: Modul PJM3108

seperti penyelesaian masalah, pemahaman, penilaian dan kreativiti seharusnya

diserapkan dalam aktiviti Pendidikan Luar.

Aspek kemahiran psikomotor

Aspek motor memberi tumpuan kepada perihal kuantiti pergerakan yang

mampu dipamerkan. Motor ini juga melibatkan beberapa prinsip asas seperti

kekuatan, kelenturan, daya tahan kardiovaskular dan otot, ketangkasan, kepantasan

dan kelajuan.

Antara aspek kemahiran psikomotor yang perlu difokus dalam Pendidikan

Luar ialah:

Imej tubuh Kawalan objek

Orientasi spatial ( ruang ) Kemahiran lokomotor dan bukan lokomotor

Perkembangan kemahiran

Kecergasan

Aspek afektif

Matlamat utama yang diingini, dalam hampir kesemua program pendidikan

luar pada umumnya tertumpu kepada perkembangan individu dan kemahiran

bersosial. Perkembangan individu melibatkan sikap, emosi, aspirasi dan nilai serta

pembentukan sahsiah. Kemahiran bersosial pula melibatkan interaksi dan corak

komunikasi dengan orang lain. Pendidikan luar memberi sumbangan terhadap

perkembangan sikap dan konsep kendiri kerana hubungan yang akrab akan berlaku

ketika menjalankan aktiviti Pendidikan Luar.

Pendidikan Luar menekankan nilai yang baik seperti menolong orang lain,

mengiktiraf sumbangan, kepentingan menjaga kesihatan, penggunaan masa lapang

Page 17: Modul PJM3108

yang berguna, memiliki sikap positif terhadap kecergasan, menghormati orang lain

dan pemimpin serta bekerjasama secara berkumpulan bagi menjayakan aktiviti

fizikal. Emosi adalah suatu elemen yang penting di dalam perkembangan individu

melalui penglibatan di dalam Pendidikan Luar. Aktiviti Pendidikan Luar akan

membentuk emosi yang stabil di kalangan pesertanya. Contohnya dengan aktiviti

Pendidikan Luar, peserta akan membentuk persefahaman serta berperanan secara

luaran dan dalaman diri.

Pendidikan Luar adalah suatu medium yang dapat membantu di dalam

pembangunan sosial. Pendidikan Luar akan menolong individu menyesuaikan diri

dengan keadaan dan ahli masyarakat. Melalui kepimpinan yang sempurna dan

teratur akan menjadikan Pendidikan Luar sebagai jambatan utama untuk mencapai

matlamat sosial.

Penglibatan pelajar di dalam aktiviti fizikal dapat memupuk integrasi antara

kaum. Melalui aktiviti-aktiviti fizikal adalah diharapkan negara dapat melahirkan rakyat

yang sihat serta menggalakkan integrasi kaum dan mengelakkan daripada berlaku

perselisihan faham. Penyertaan pelajar dalam aktiviti fizikal membolehkan mereka

berinteraksi dengan rakan sebaya dan mewujudkan perpaduan sesama mereka.

Aspek Sosial

Dettmer ( 1997 ) mencadangkan satu domain khusus untuk hubungan /

tingkah laku sosial, iaitu Domain Sosial. Domain ini terdiri daripada lapan peringkat

objektif, iaitu: Berhubung, Berkomunikasi, Melibatkan Diri, Berunding, Bekerjasama,

Menghakim, Memulakan dan Menukar.

Rajah 1.1. Konsep Pendidikan Luar MCRAE (1990)

Pengajaran dan Pembelajaran Dalam Pendidikan Luar

KOGNITIF PSIKOMOTOR

AFEKTIF

SOSIAL

Pendidikan melalui alam sekitar Pendidikan untuk alam sekitar

Page 18: Modul PJM3108

Dalam proses pembelajaran melalui Pendidikan Luar, manusia mempelajari

tentang alam semula jadi dan menghormati serta menyesuaikan diri demi mendapat

kebaikan daripada aspek pembelajaran dan pengalaman. Pendidikan Luar perlu

berpaksikan ketuhananan (terdiri daripada kepercayaan, pegangan agama dan nilai

sejagat), kemanusiaan (kemahiran, pengetahuan, nilai-nilai murni dan sahsiah) dan

kenegaraan (mengenali negara, semangat cintakan negara).

Dalam Pendidikan Luar pembentukan individu merupakan perkara penting

dan tidak boleh ditinggalkan. Adalah diharapkan individu yang terbentuk dari

Pendidikan Luar akan lebih mantap dari aspek mental, fizikal, emosi, kemahiran dan

sosial. Pembentukan individu yang mantap adalah merupakan asas kepada

pembentukan masyarakat dan negara.

1.1.3 Definisi Pendidikan Luar

Pendidikan Luar merupakan salah satu daripada pelbagai kaedah pengajaran

dan pembelajaran yang amat menarik dan berkesan dilaksanakan elektif dan

bijaksana. Pendekatan, pemeringkatan, pengolahan dan pengisian aktiviti secara

teori dan praktikal akan membantu pelajar meneroka pengetahuan dan pengalaman

baru.

Secara keseluruhan dalam mendefinisi Pendidikan Luar terdapat dua

pendapat yang berlainan. Kedua golongan tersebut ialah:

o Berdasarkan aktiviti

o Berdasarkan psikologi

Golongan ini mendefinisikan Pendidikan Luar sebagai satu aktiviti fizikal tanpa

melihat Pendidikan Luar sebagai alat untuk membangun ciri-ciri pendidikan yang

tersirat. Dengan lain perkataan golongan ini melihat Pendidikan Luar sebagai aktiviti

yang tertumpu kepada psikomotor (elemen tersurat) tanpa menyatakan aspek lain

seperti aspek sosial, kognitif dan afektif (elemen tersirat)

Page 19: Modul PJM3108

Berdasarkan aktiviti

Menurut Neill 2003, Pendidikan Luar berlaku apabila segolongan peserta

menyertai aktiviti lasak dalam keadaan alam semula jadi yang sebenar. Mereka

menggunakan sekitaran untuk menyelesaikan masalah. Menurut Kethies (1990),

Pendidikan Luar adalah keadaan di mana golongan peserta keluar ke alam

semulajadi serta menyelesaikan masalah di sekitaran. Priest (1990) menggambarkan

Pendidikan Luar merupakan proses ujikaji dengan menggunakan pancaindera

sebagai alat dan alam semulajadi sebagai makmal. Simon Priest (1986), menyatakan

Pendidikan Luar adalah pendidikan yang berkaitan dengan hubungan simbiosis yang

wujud dalam alam semulajadi. Hubungan yang wujud ini bukan sahaja antara alam

sekitar dengan manusia tetapi antara manusia dengan manusia.

Berdasarkan psikologi

Menurut the outdoor institute Pendidikan Luar didefinisikan sebagai

pendidikan yang bertujuan memberikan pengalaman dalam aktiviti-aktiviti di luar

kelas dan membangun insan secara keseluruhan. Menurut C. A. Lewis (1975), dalam

pendidikan luar pelajar akan menggunakan keseluruhan pancaindera untuk

memerhati dan membuat persepsi. Sementara Phyllis Ford (1981) mendefinisikan

pendidikan luar adalah pendidikan yang mempunyai tiga domain utama iaitu

pengetahuan, kemahiran dan sikap yang digabungkan untuk membentuk pendidikan

insan yang seimbang.

D. R. Hammerman, W. M. Hammerman, & E. L. Hammerman, menyatakan

pendidikan luar adalah gabungan berbagai disiplin dalam pendidikan untuk mencapai

matlamat dan objektif dalam kurikulum. Menurut Maznah Hassan, program

Pendidikan Luar (PPL) adalah satu program yang akan mengintegrasikan pelbagai

komponen akademik dan ikhtisas serta memantapkan kurikulum Pendidikan Jasmani.

Menurut Edward Lappin (2000),

“Outdoor education is...a means of curriculum enrichment,

whereby the process of learning takes place out of doors. Outdoor

education broadly includes environmental education, conservation

Page 20: Modul PJM3108

education, adventure education, school camping, wilderness therapy,

and some aspects of outdoor recreation”

Rumusan Definisi Pendidikan Luar

Pendidikan Luar adalah aktiviti fizikal yang berlaku di luar kelas serta

mempunyai kurikulum yang terancang dengan rapi serta mengambil kira aspek

keselamatan dan pendidikan (Psikomotor, kognitif dan afektif) sebagai komponen

utama. Untuk mencapai objektif yang tersurat dan tersirat pengajaran dan

pembelajaran Pendidikan Luar menggunakan sumber luar bilik darjah.

Alam semulajadi bertindak sebagai alat untuk memperkembangkan

pengetahuan, kemahiran dan sikap individu. Pendidikan Luar bertujuan meningkatkan

kefahaman terhadap alam sekitar, pertalian dan ekologikal serta penghargaan dan

tanggungjawab manusia terhadap kualiti alam sekitar.

Pendidikan Luar juga bertujuan membentuk insan yang mempunyai nilai dan

sahsiah yang teguh serta mengamalkan cara hidup yang sihat. Pendidikan Luar juga

akan memupuk individu yang dapat menggunakan masa lapang yang bijak melalui

penglibatan dalam kegiatan rekreasi.

Knap (1981) menyatakan “Pendidikan Luar sebagai alat untuk mencapai

matlamat dan objektif organisasi” Apa yang dimaksudkan dari pernyataan tersebut

adalah Pendidikan Luar boleh dijadikan satu kaedah untuk mengorientasikan individu

atau kumpulan berdasarkan falsafah, pelaziman dan pengukuhan pembelajaran.

Hammerman (1985), pula menyatakan Pendidikan Luar sebagai landasan

untuk mengenalpasti pengalaman yang boleh dipraktikkan dalam situasi harian.

Pendidikan luar adalah sebagai salah satu sub disiplin ilmu dalam pendidikan.

Kemahiran-kemahiran ikhtiar hidup seperti berenang, memanjat, mendaki,

menyelesaikan masalah dan tekanan banyak dipelajari dalam Pendidikan Luar.

Ford (1981), menegaskan Pendidikan Luar sebagai program yang meliputi

penggunaan persekitaran semulajadi bagi tujuan mengukuhkan pengajaran dan

Page 21: Modul PJM3108

pembelajaran dalam kurikulum yang sedia ada. Ini merangkumi perkembangan

pengetahuan, kematangan dan sikap khususnya dalam penggunaan waktu

senggang.

1.2 Matlamat dan objektif

Program Pendidikan Luar perlu dirangka dengan teliti dan mempunyai

matlamat yang jelas. Contoh matlamat dan objektif pendidikan luar bagi peserta

Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) dan Kursus Diploma Perguruan Malaysia

(KDPM) yang mengambil matapelajaran Pendidikan Jasmani ialah :

1. Pelajar dapat merancang, mengurus dan mengelolakan aktiviti–aktiviti

Pendidikan Luar

2. Pelajar dapat menguasai kemahiran–kemahiran asas kegiatan luar mengikut

kemampuan diri

3. Pelajar dapat menunjukkan kepekaan dan keperihatinan terhadap keindahan

dan kekayaan alam semulajadi termasuk isu alam sekitar

4. Pelajar dapat meningkatkan pembelajaran menerusi pengalaman–

pengalaman yang menyeronokkan dan selamat dalam persekitaran yang

berbeza–beza

5. Pelajar dapat membina ketahanan, disiplin dan keyakinan diri dalam

menghadapi cabaran-cabaran semasa

6. Pelajar dapat menunjukkan sikap positif, semangat kewarganegaraan,

kesedaran sivik yang tinggi dan memupuk semangat patriotisme

7. Pelajar dapat mengembangkan sifat–sifat kreatif dan inovatif serta membuat

keputusan yang bijak terutama dalam keadaan segera atau cemas.

Menurut Bahagian Pendidikan Guru Kementerian Pendidikan Malaysia, (2000)

matlamat Pendidikan Luar secara am boleh dibahagikan kepada tiga komponen

besar iaitu:

ketuhananan (terdiri daripada kepercayaan, pegangan agama dan nilai sejagat)

o Memahami dan menyaksikan kebesaran pencipta

o Meningkatkan kepercayaan kepada agama

Page 22: Modul PJM3108

o Menyakinkan kebesaran pencipta

o Mensyukuri kurniaan pencipta kepada kita

o Memberi pendidikan kepada pelajar untuk merancang, mengelola

program pendidikan luar

Kemanusiaan (pengetahuan, kemahiran, nilai-nilai murni dan sahsiah)

o Meningkatkan pengetahuan serta kemahiran dengan menjadikan alam

sekitar sebagai perantara

o Memberi kesedaran terhadap keperluan memilihara alam sekitar

o Meningkatkan sensitiviti serta kesedaran terhadap alam sekitar

o Menyerapkan nilai dan sahsiah kepada pelajar

o Meningkatkan disiplin di kalangan pelajar

o Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran pelajar dalam aktiviti luar

o Memberi ruang kepada pelajar belajar berinteraksi, bekerjasama dan

mengeratkan perhubungan sesama mereka atau orang yang lebih

dewasa

o Menggalakkan pelajar menjalankan aktiviti riadah yang lebih berfaedah

o Memberi ruang kepada pelajar muhasabah diri

o Memberi peserta rasa keseronokan menyertai aktiviti Pendidikan Luar

Kenegaraan (semangat cintakan Negara)

o Menanamkan sikap cinta dan sayangkan Negara

o Membina kefahaman terhadap masyarakat majmuk

o Merangsang untuk mengurangkan polarisasi kaum

1.2.1 Tujuan Pendidikan Luar

Tujuan Pendidikan Luar bergantung kepada kehendak penganjur. Terdapat

berapa kategori kenapa Pendidikan Luar diadakan. Antara kategorinya ialah :

Pendidikan Luar bertujuan membina ketahanan fizikal. Pendidikan Luar ini

Page 23: Modul PJM3108

dilaksanakan bagi melihat keupayaan fizikal pesertanya. Dengan menyertai aktiviti

ini peserta akan dapat membina kekuatan motor serta kemahiran dalam aktiviti

fizikal. Program Pendidikan Luar ini biasanya dianjurkan oleh badan-badan atau

persatuan-persatuan outdoors sama ada di peringkat daerah atau negeri.

Pendidikan luar yang bertujuan untuk memberi pendidikan tentang ilmu

pengetahuan dan membentuk displin dalam badan beruniform. Dalam pendidikan

bercorak ini peserta kursus akan didedahkan dengan ilmu perkhemahan, disiplin

dan cara menghormati uniform. Pendidikan Luar ini dianjurkan oleh badan-badan

beruniform contohnya pengakap, putri islam, persatuan bulan sabit merah

Pendidikan luar bertujuan untuk mengubah corak pembelajaran tradisonal di kelas

kepada corak pembelajaran di luar kelas supaya pelajar tidak menjadi bosan dan

berkebolehan berinteraksi dengan alam sekitar sebenar. Pelajar akan dapat

berinteraksi dengan bahan dan keadaan sebenar. Contohnya Pendidikan Luar

bagi subjek geografi. Pendidikan Luar ini lebih menumpu kepada aktiviti akademik

Pendidikan Luar juga digunakan sebagai medium yang penting untuk membentuk

perpaduan di kalangan pesertanya. Pendidikan Luar yang bermatlamat untuk

membentuk perpaduan di kalangan ahlinya tanpa mengira kaum lebih memberi

tumpuan kepada aktiviti kerjasama dan berkumpulan. Pendidikan Luar ini selalu

dianjurkan oleh badan-badan belia dan perpaduan

Pendidikan Luar yang bertujuan untuk melihat dan mengasah kepimpinan pelajar.

Dalam setiap aktiviti Pendidikan Luar pelajar akan dipimpin atau terpimpin. Oleh

sebab itu aktiviti Pendidikan Luar akan dapat memupuk dan merangsang sifat

kepimpinan dan mempelajari cara kepimpinan. Aktiviti Pendidikan Luar adalah

tempat terbaik bagi pelajar mengasah bakat kepimpinanan mereka.

Pendidikan Luar juga boleh meneguhkan lagi kepercayaan tentang wujudnya

pencipta alam. Melalui pemerhatian tentang keindahan serta sifat alam semula

jadi ini akan meneguhkan lagi kepercayaan serta rasa kesyukuran terhadap

pencipta. Pendidikan Luar ini biasanya dianjurkan oleh persatuan-persatuan

agama.

Page 24: Modul PJM3108

Dewasa ini Pendidikan Luar juga dilihat sebagai jalan terbaik untuk berekreasi.

Peserta yang menyertai pendidikan luar dapat mengurangkan rasa tertekan

dengan menyertai aktiviti fizikal yang mencabar. Bagi pelajar pula aktiviti

Pendidikan Luar ini dapat mengubah suasana bilik darjah dan rumah kepada

suasana lapang dan bebas.

Pendidikan Luar juga dapat merangsang pembentukan sahsiah yang baik di

kalangan pelajar. Dalam setiap aktiviti Pendidikan Luar, pelajar akan ditanam

dengan sifat-sifat serta nilai-nilai terpuji. Oleh itu Pendidikan Luar boleh bertujuan

untuk menanam sifat-sifat terpuji serta membentuk sahsiah yang cemerlang.

1.3 Sejarah Pendidikan Luar

Dalam melihat sejarah Pendidikan Luar pengkaji perlu melihat dua era iaitu

Pendidikan Luar di zaman purba dan zaman moden.

1.3.1 Pendidikan Luar Di Zaman Purba

Tidak dapat dipastikan bilakah PendidikanLuar bermula. Namun menurut

Shivers (1989) Pendidikan Luar telah pun dijalankan sejak zaman kuno lagi, yang

banyak melibatkan aktiviti alam semula jadi. Penglibatan manusia dengan alam

semula untuk mendapat makanan amat penting sejak zaman awal kewujudan

manusia.

Manusia di zaman purba perlu memburu haiwan untuk mendapat bahan

makanan. Mereka juga tinggal di gua dan kemudian menggunakan sumber daripada

alam semula jadi untuk membina habitat. Kanak-kanak zaman purba perlu dilatih

untuk membina kehidupan mengikut zaman itu. Corak latihan zaman purba dalam

bentuk cara memburu, membina tempat tinggal, menjaga keselamatan dan memasak

dilihat merupakan permulaan Pendidikan Luar.

Page 25: Modul PJM3108

1.3.2 Pendidikan Luar Era Moden

Pada tahun 1907 Lord Baden Powell yang merupakan pengasas pergerakan

pengakap dunia telah membawa 12 orang remaja ke Pulau Brownsea. Selepas itu

beliau telah menganjurkan banyak program Pendidikan Luar. Di peringkat awal

program Pendidikan Luar lebih tertumpu kepada kekuatan fizikal, kemahiran

perkhemahan dan disiplin dalam persatuan serta sebagai ahli persatuan. Di peringkat

awal juga program Pendidikan Luar dianjurkan oleh badan-badan beruniform

contohnya pengakap dan pandu puteri

Bermula daripada 1980an terdapat perubahan dalam aktiviti Pendidikan Luar.

Disiplin pendidikan tidak tertumpu kepada aktiviti berteraskan fizikal saja tetapi telah

diluaskan kepada elemen kognitif dan afektif. Unsur-unsur nilai murni serta

pembangunan sahsiah mula diserapkan dengan lebih jelas ke dalam aktiviti

Pendidikan Luar. Penganjur Pendidikan Luar bukan lagi terdiri daripada persatuan

berunifom malah persatuan-persatuan akademik seperti persatuan matematik,

persatuan sains, persatuan agama islam dan lain-lain lagi.

Bermula tahun 1990an program Pendidikan Luar mula dikomersialkan secara

meluas. Kewujudkan konsep adventure travel dan eco pelancongan telah

merancakkan lagi aktiviti Pendidikan Luar. Dalam bidang pendidikan program

Pendidikan Luar masa cuti atau kem motivasi diperkenalkan oleh syarikat swasta.

Atas kepercayaan alam sekitar yang segar boleh membantu menyembuhkan penyakit

dewasa ini Pendidikan Luar digunakan dalam industri kesihatan.

Di Institut perguruan pada tahun 1993 semua Guru Pelatih Kursus Perguruan

Asas (KPA) dan Guru Pelatih Lepasan Ijazah (KPLI) diwajibkan mengikuti Program

Pendidikan Luar (PPL). Setiap maktab perguruan perlu mewujudkan Jawatankuasa

Pendidikan Luar khusus untuk menyediakan perancangan dan penyelarasan.

Program Pendidikan Luar. Program tersebut telah dihentikan pada tahun

1996. Guru pelatih yang mengambil pengkhususan Pendidikan Jasmani sahaja

diwajibkan mengikuti Program Pendidikan Luar. Bagi pelatih (KDPM) Kursus Diploma

Perguruan Malaysia dan KPLI (Kursus Perguruan Lepasan Ijazah) major atau minor

Page 26: Modul PJM3108

Pendidikan Jasmani (PJ) , Program Pendidikan Luar merupakan sebahagian

daripada kurikulum mata pelajaran Pendidikan Jasmani (PJ). Semua guru pelatih

major dan minor PJ dikehendaki menjalani Program Pendidikan Luar. Program

tersebut mengintegrasikan pelbagai komponen akademik dan ikhtisas bagi

memantapkan lagi kurikulum Pendidikan Jasmani guru pelatih KDPM-PJ.

1.4 Pendidikan Luar Merentasi Kurikulum.

Kurikulum didefinisikan sebagai satu rancangan pendidikan yang

mengandungi segala ilmu pengetahuan, kemahiran, nilai dan norma. Dengan kata

lain kurikulum merupakan segala aktiviti dan pengalaman pembelajaran yang meliputi

semua ilmu pengetahuan serta kemahiran, norma dan nilai masyarakat yang

dirancang untuk pelajar sekolah. Kurikulum juga mengandungi unsur-unsur

kebudayaan dan kepercayaan yang menjadi pilihan masyarakat untuk diwariskan

daripada satu generasi kepada satu generasi lain.

Dalam konsep Pendidikan Luar merentasi kurikulum guru mengajar subjek

yang berlainan dengan menjadikan Pendidikan Luar sebagai aktiviti pengajaran dan

pembelajaran. Dalam melaksanakan pengajaran geografi contohnya, Pendidikan

Luar boleh dirancang supaya pelajar dapat berinteraksi dengan alam semula jadi

untuk mengukuhkan lagi kefahaman pelajar.

1.5 Penggabungjalinan Mata Pelajaran.

Penggabungjalinan merupakan satu proses penyampaian beberapa

kemahiran di dalam satu mata pelajaran. Rasionalnya adalah dengan cara ini,

beberapa kemahiran akan diperolehi oleh pelajar secara serentak dan terpadu.

1.5.1 Ciri-ciri penggabungjalinan

i. Merupakan gabungan beberapa kemahiran yang terdapat dalam satu mata

pelajaran.

ii. Berlaku secara antara disiplin iaitu kemahiran-kemahiran adalah dari bidang-

bidang berlainan

Page 27: Modul PJM3108

iii. Berlaku secara intradisiplin

iv. Organisasi pembelajaran adalah adalah fleksibel iaitu tekanan terhadap

kemahiran-kemahiran sampingan boleh berubah-ubah dan tidak mengikut

satu urutan tertentu

v. Oleh sebab pelbagai kemahiran digabungjalinkan, interaksi antara guru

dengan pelajar dan pelajar dengan pelajar adalah lebih mesra

1.5.2 Kepentingan Penggabungjalinan

i. Dapat mengelakkan kebosanan terhadap pembelajaran jika hanya satu

kemahiran sahaja diajar

ii. Melahirkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang menarik dan bermakna

iii. Menimbulkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan

1.5.3 Kesepaduan

Kesepaduan adalah merupakan satu strategi yang dilaksanakan dalam proses

pengajaran dan pembelajaran. Kesepaduan ialah proses menyatupadukan isi

pengetahuan daripada satu mata pelajaran ke dalam matapelajaran yang lain.

Dengan kata lain kesepaduan atau penyebatian merupakan proses menyatukan isi

atau kandungan daripada beberapa mata pelajaran. Contohnya, dalam Pendidikan

Luar terdapat pelajaran membaca kompas, aktiviti ini berkonsepkan penyebatian

mata pelajaran matematik dan geografi ke dalam Pendidikan Luar. Kebanyakan

proses kesepaduan berlaku secara inter disiplin, beberapa ilmu pengetahuan dari

bidang yang berlainan disebatikan dalam satu mata pelajaran. (Rujuk rajah) Selain

daripada mata pelajaran nilai juga boleh disebati ke dalam aktiviti Pendidikan Luar.

Rajah: Model penyebatian mata pelajaran geografi dan matematik dalam Pendidikan Luar

Geografi

Pendidikan Luar

Matematik

Page 28: Modul PJM3108

1.5.4 Ciri-ciri Kesepaduan

i. Faslitator seharusnya mempunyai pengetahuan terhadap mata pelajaran yang

hendak disebatikan

ii. Aspek kesepaduan akan membantu pemahaman pelajar

iii. Penyebatian bergantung kepada kebolehan dan pencapaian pelajar

iv. Kesepaduan seharusnya berdasarkan berfokuskan objektif mata pelajaran

1.5.5 Tujuan strategi kesepaduan

i. Melalui proses kesepaduan beberapa kemahiran dapat dikuasai serentak

ii. Menimbulkan susana pembelajaran yang lebih terbuka

iii. Membolehkan pelajar membuat ulangkaji bagi subjek tertentu secara tidak

langsung

1.6 Berteraskan Akademik

Konsep berteraskan akademik boleh difahamkan sebagai sesuatu yang

berlandaskan sukatan, mempunyai huraian, matlamat dan objektif tersendiri. Jika

dilihat dari sudut Pendidikan Luar, ia merupakan salah satu daripada spectrum dalam

skop Pendidikan Jasmani. Spektrum ini menjadi lebih penting apabila potensi dan

kemahuan individu diperkembangkan dalam menghadapi situasi dan persekitaran

yang berubah dan mencabar.

Ini bermakna, Pendidikan Luar merupakan satu sukatan yang telah digariskan

di dalam kurikulum di sekolah dan aktiviti-aktivitinya telah dirancang dengan teliti dan

dikelolakan dengan sebaik mungkin dalam usaha untuk mendidik dan menerapkan

nilai-nilai dalam diri pelajar untuk menghadapi situasi sebenar dalam kehidupan.

Dalam proses penguasaan dan pendedahan kemahiran, elemen-elemen alam

sekitar dan keselamatan merupakan elemen teras dalam proses pengajaran dan

pembelajaran. Suasana yang dihadapi akan menjadikan individu lebih berkeyakinan

dan bermotivasi. Lantaran itu, Pendidikan Luar akan lebih berfungsi dalam

Page 29: Modul PJM3108

menghayati konsep pendidikan seumur hidup dalam pembentukan individu yang sihat

dan seimbang dalam semua aspek.

1.7 Penerapan nilai

Nilai murni sewajarnya menjadi asas kepada pembinaan dan pembangunan

manusia. Masyarakat perlu mempertahan nilai-nilai yang baik atau nilai-nilai murni

bagi mengatasi segala kejahilan, kemungkaran, kejahatan dan kemusnahan. Untuk

membina insan sempurna dan insan kamil yang menekankan kepada jasmani, emosi

dan intelektual, aspek nilai murni haruslah diserapkan dalam pengajaran dan

pembelajaran.

Bersesuaian dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk mewujudkan

insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek, penerapan nilai-

nilai murni perlulah dilakukan dalam semua kaedah pengajaran yang dilaksanakan.

Penerapan nilai-nilai murni perlulah bersifat sarwajagat selaras dengan tuntutan

agama, budaya dan norma masyarakat Malaysia.

Masalah sosial dan krisis moral tidak akan dapat dibendung sekiranya nilai-

nilai tidak di pertahankan oleh masyarakat. Nilai-nilai ini amat perlu dalam

melaksanakan segala dasar kerajaan contohnya dasar pembangunan, dasar sosial,

urusan perniagaan, hubungan, peraturan dan undang-undang.

Penerapan nilai murni hendaklah dilakukan secara bersahaja dan tidak

langsung. Kita tidak boleh menerapkan kesemua nilai murni dalam satu mata

pelajaran atau satu masa. Walau bagai mana setiap aktiviti mempunyai beberapa

nilai murni dan usaha menerapkan nilai-nilai hendaklah merupakan satu proses yang

berulang dan berterusan.

Page 30: Modul PJM3108

Dalam Kurikulum Baru Sekolah Rendah penerapan nilai-nilai murni yang

ditekankan ialah:

o kebersihan dari segi mental dan fizikal

o belas kasihan

o kesederhanaan

o kerajinan

o berterima kasih

o kejujuran

o keadilan

o hormat menghormati

o semangat bermasyarakat

o kasih sayang

o tidak angkuh

o kebebasan

Dalam program Pendidikan Luar yang berasaskan pendidikan secara amnya

nilai-nilai murni ini mudah diserapkan di dalam aktivitinya.

o Berdisiplin

o Bersemangat waja

o Berkeyakinan diri

o Setia kepada Negara

o Sentiasa bersedia menghadapi sebarang cabaran dan dugaan

o Memupuk kerjasama

o Perpaduan di kalangan pelbagai kaum di negara ini.

o Berdikari

o Bekerjasama

o Menepati masa

o Sabar

o Bersyukur

o Cintakan Negara

o Bersikap positif

Page 31: Modul PJM3108

1.8 Pembentukan Sahsiah.

Menurut kamus dewan sahsiah membawa maksud keperibadian. Kagan J

dan Segal J (1988) mendefinisikan sahsiah sebagai personaliti seorang individu yang

merangkumi proses berfikir, merasa tingkah laku dan hubungannya dengan

sekitaran. Sahsiah sebagai cara individu mengorganisasi watak, perangai, intelek,

posture gerakan badan dan menentukan penyesuaian yang unik terhadap sekitran.

Sahsiah dengan kata lain merujuk kepada cara pembentukan peribadi individu secara

keseluruhan. Sahsiah merangkumi perangai, kecergasan, sentimen, sikap, minat,

kepercayaan, interaksi, bentuk badan, cita-cita dan nilai-nilai.

Aktiviti Pendidikan Luar dilihat dapat merangsang pembentukan sahsiah yang

baik kepada peserta. Nilai-nilai yang sentiasa ditanam dalam aktiviti Pendidikan Luar

dapat membantu merangsangkan pembentukan sahsiah. Aktiviti-aktiviti fizikal yang

dirancang dengan teliti akan merangsang pembentukan personaliti yang baik.

Keupayaan pelajar berinteraksi dengan alam sekitar secara langsung akan

membenarkan pelajar membentuk kemantapan sahsiah.

TUGASAN TERARAH

1. Dengan merujuk daripada bahan daripada buku dan internet, jelaskan perkaitan

dan kepentingan Pendidikan Luar dalam KBSR. 2. Huraikan kenyataan “Pendidikan Luar Merentasi Kurikulum”

PORTFOLIO Dokumen atau tugasan perlu disimpan dalam portfolio dan diserahkan kepada pensyarah dalam bentuk „soft‟ dan „hard‟ copy.

Page 32: Modul PJM3108

RUJUKAN C. A. Lewis (1975), The Administration of Outdoor Education Programs. Dubuque, IA: Kendall-Hunt D. R. Hammerman, W. M. Hammerman, & E. L. Hammerman (1985), Teaching in the Outdoors, Danville, IL: Interstate D. Prouty, J. Panicucci, & R. Collinson (2007), Adventure Education: Theory and Applications.

Human Kinetics, IL G. Harrison & M. Erpelding (2012), Outdoor Program Administration: Principles and Practices.

Human Kinetics, Champaign, IL K. Gilbertson et.al (2005), Outdoor Education: Method and Strategies. Human Kinetics,

Champaign, IL Modul Pendidikan Luar (1993), Bahagian Pendidikan Guru Kementerian Pendidikan Malaysia

LAMAN WEB

www.en.wikipedia.org/wiki/outdoor www.outdoor.com www.en.wikibooks.org www.about.com www.outdoorrevice.com

Page 33: Modul PJM3108

Tajuk 2 ETIKA PENDIDIKAN LUAR KESELAMATAN DALAM PENDIDIKAN LUAR, REKREASI DAN KESENGGANGAN

Sinopsis Tajuk-tajuk dalam modul ini merangkumi kepentingan etika, peraturan pelaksanaan aktiviti,

keselamatan kawasan dan kemudahan, kemahiran pertolongan cemas, prosedur pelaksanaaan

aktiviti dalam Pendidikan Luar. Modul ini juga dibekalkan dengan soalan latihan dan senarai

bahan rujukan.

Hasil Pembelajaran Setelah selesai mengikuti modul ini, diharap anda dapat:

1. Mengetahui dengan jelas kawasan dan kemudahan yang perlu untuk melaksanakan aktiviti

luar

2. Menjelaskan dengan terperinci berkaitan kemahiran pertolongan cemas

3. Mengetahui prosedur untuk melaksanakan aktiviti Pendidikan Luar Kerangka konsep tajuk-tajuk modul ini

Page 34: Modul PJM3108

2.1 Definisi Etika

Pengertian Etika (Etimologi), berasal dari bahasa Yunani adalah “Ethos”, yang

bermaksud watak atau adat kebiasaan. Etika biasanya berkait dengan perkataan moral

yang merupakan istilah dari bahasa Latin, iaitu “Mos” dan dalam bentuk yang

bermaksud adat kebiasaan atau cara hidup seseorang dengan melakukan perbuatan

yang baik . Etika adalah suatu cabang falsafah tentang pandangan dan persoalan dalam

bidang moral, ia diungkap dalam bentuk moral seperti baik, buruk, jahat, suci,

memalukan, bertanggungjawab dan sebagainya. Ia juga merupakan suatu penyelidikan

falsafah tentang kewajipan manusia serta tentang yang baik dan yang buruk.

Ringkasnya, etika adalah falsafah tentang amalan dan norma-norma hidup

manusia.[Abd Latif, 157].

2.2 Definisi Pendidikan Luar

Pendidikan luar merupakan salah satu daripada kaedah pengajaran dan

pembelajaran yang amat menarik dan berkesan dilaksanakan secara efektif dan

berkesan. Pendekatan,pemeringkatan dan pengelolaan dan pengisian aktiviti secara

teori dan praktikal dapat membantu pelajar meneroka pengetahuan dan pengalaman

baru.

Pendidikan luar juga adalah suatu proses pengajaran dan pembelajaran yang

berasaskan pengalaman nyata (experiential learning) dan secara amnya dijalankan di

luar bilik darjah. (Priest, 1986)

2.3 Etika Pendidikan Luar

2.3.1 .Melalui pendidikan luar, para pelajar dapat membentuk sahsiah, keperibadian dan

perwatakan murid yang diingini bagi memupuk perpaduan. Hal ini kerana, pendidikan

luar banyak melibatkan aktiviti-aktiviti yang mencabar yang mana ia dapat meningkatkan

keyakinan yang tinggi dalam diri para pelajar. Selain itu, pera peserta juga akan lebih

berdisiplin ketika melaksanakan pendidikan luar.

Page 35: Modul PJM3108

2.3.2 Melalui pendidikan luar, para peserta akan mencuba membataskan perkara-

perkara yang boleh dilakukan. Contohnya ingin melengah-lengahkan waktu dalam

membuat aktiviti. Hal ini kerana, aktiviti-aktivti pendidikan luar merupakan aktiviti yang

mencabar serta memerlukan ketelitian para peserta.selain itu, aktiviti-aktiviti tersebut

juga memerlukan jumlah masa yang terhad.

2.3.3 Para peserta akan lebih melaksanakan aktiviti-aktiviti dengan tekun dan cekap.

Aktiviti-aktiviti pendidikan luar memerlukan para peserta memberikan lebih perhatian

pada aktiviti-aktiviti tersebut. Oleh itu, para peserta perlu melaksanakan aktiviti-aktiviti

dengan lebih tekun dan cekap.

2.3.4 Aktiviti-aktiviti luar juga memerlukan para peserta melaksanakan aktiviti-aktivti

dengan penuh tanggungjawab dan berdisiplin. Jika para peserta melaksanakan aktiviti

dengan tanggungjawab dan berdisiplin, maka aktiviti-aktiviti akan mudah dilakukan.

2.3.5 Pendidikan luar juga mengajar para peserta agar dapat memupuk sikap

bekerjasama dalam diri para peserta. Hal ini kerana, aktiviti-aktiviti pendidikan luar

banyak melibatkan kerja berkumpulan. Oleh itu, melalui pendidikan luar, para peserta

dapat melaksanakan aktiviti-aktiviti dalam kerja berkumpulan dengan jayanya.

2.4 Peraturan Tetap Pelajar Ketika Menjalankan Aktiviti

Lengkapkan borang kebenaran ibu bapa / penjaga dan serahkan kepada guru.

Berkumpul dalam kumpulan dan tunggu arahan guru.

Pakai baju lengan panjang dan kasut sukan.

Dirikan khemah di kawasan sesuai .

Tabur serbuk belerang di sekeliling khemah untuk mengelakkan binatang

merayap yang berbisa.

Bersihkan kawasan sekeliling khemah.

Jangan tebang dan merosakkan sebarang tumbuhan kerana mungkin beracun.

Ketua kumpulan jalankan aktiviti kumpulan.

Hentikan aktiviti sekiranya terdapat tanda-tanda cuaca buruk berlaku.

Sekiranya diganggu oleh haiwan liar atau kecemasan jangan panik menjeritlah

minta pertolongan kecemasan dengan segera.

Page 36: Modul PJM3108

Laporkan kepada guru / penyelamat keselamatan.

Sekiranya berterusan, keluar dari kawasan perkhemahan dan dapatkan rawatan

di klinik/hospital berdekatan.

Bawa peralatan yang lengkap dan peti kecemasan.

Dilarang membuat aktiviti di air tanpa kehadiran guru / pegawai bertugas /

penyelamat kelemasan.

Mesti gunakan jaket keselamatan bagi semua aktiviti di air.

2.5 Kawasan dan kemudahan

Dalam melaksanakan aktiviti Pendidikan Luar, aspek keselamatan perlu diberi

keutamaan. Ini bertujuan agar aktiviti yang dilaksanakan dapat menjamin keselamatan

pelajar di samping melancarkan lagi perjalanan aktiviti. Dalam melaksanakan aktiviti,

faktor-faktor berikut perlu diberi perhatian:

o Faktor Keselamatan – tempat yang selamat digunakan seperti bebas dari

gangguan orang luar, bebas dari unsur kemalangan seperti tanah runtuh,

serangan binatang buas dan sebagainya.

o Faktor Keselesaan – Mempunyai kawasan yang luas dan boleh dibuat

perancangan penempatan.

o Faktor Kemudahan – Mempunyai sumber air, mudah dapatkan bekalan

makanan, perhubungan jalanraya dan komunikasi telefon, bantuan

kecemasan dan lain-lain lagi.

Di samping itu, faktor-faktor lain juga adalah penting dan perlu diberi

pertimbangan bagi memastikan pemilihan aktiviti yang akan dilaksanakan adalah

selamat dan dapat memberi keyakinan kepada pelajar serta juga ibu bapa:

• Tenaga mahir. ( Personel yang berkelayakan )

o Benar-benar layak dan diikhtiraf oleh badan-badan yang berkaitan.

Bagi aktiviti air perlu ada sekurang-kurangnya pengiktirafan “ bronze

medallion ”.

Page 37: Modul PJM3108

o Beretika

o Berpengalaman luas dalam Pendidikan Luar

o Mempunyai kemahiran teknikal dan kompetensi

o Mempunyai kemahiran terhadap alam sekeliling

o Mempunyai kemahiran pengurusan dan organisasi

o Berkemahiran dalam memberi arahan

• Peralatan yang mencukupi dan selamat.

o Berkeadaan baik dan selamat digunakan.

o Disahkan standard piawai – contoh aktiviti tali. Peralatan yang

digunakan perlu disahkan standard piawai oleh UIAA ( United

International Association de Alpine )

• Keadaan tempat – keselamatan tempat yang hendak digunakan.

o Tahu sepenuhnya tentang keadaan tempat aktiviti seperti laut, lereng

bukit dan sebagainya.

o Tahu aras kesukaran kawasan seperti kederasan arus atau

ketinggian bukit.

2.6 Kemahiran Pertolongan Cemas

Pertolongan cemas merupakan penjagaan awal untuk mereka yang cedera atau

sakit. Ia dilakukan sebaik sahaja berlaku sesuatu kemalangan atau kecederaan.

Khidmat segera ini dan perhatian yang diberikan sebelum tibanya ambulan

membawakan perbezaan ketara di antara hidup dan mati ataupun antara penyembuhan

keseluruhan atau sebahagian darinya. Pertolongan cemas memiliki batasannya yang

tersendiri kerana bukan semua penyelamat merupakan ahli paramedik ataupun doktor,

namun begitu ia merupakan satu elemen yang penting dan diperlukan di masa

kecemasan.

Adalah amat penting bagi setiap pengamal pertolongan cemas melaksanakan

tindakan mereka dengan pantas. Tindakan segera ini adalah perlu untuk

menyelamatkan nyawa dan anggota tubuh badan. Mereka yang memberikan

pertolongan cemas sentiasa berusaha ke arah:

Page 38: Modul PJM3108

o Menyelamatkan nyawa mangsa

o Mengelakkan komplikasi atau keadaan dari menjadi bertambah buruk

o Membantu pemulihan

o Menenangkan perasaan mangsa dengan membuatkan mereka berasa

selesa dan memulihkan kesakitan

Prinsip-prinsip pertolongan cemas

o Menyelamatkan nyawa

o Mengurangkan kesakitan

o Mengelakkan daripada keadaan bertambah teruk

o Mendapatkan bantuan doktor atau menghantar pesakit ke hospital

Peraturan am pertolongan cemas

o Memberi pertolongan kepada mangsa yang cedera teruk dahulu

o Keutamaan kepada mangsa yang tidak sedar – perlu menjaga terutama

pernafasan pesakit tersebut

o Jangan menanggalkan pakaian pesakit cukup sekadar melonggarkannya

sahaja dengan tujuan untuk memudahkan pernafasan mangsa dan

pembantu mula memerhatikan pergerakan pernafasan mangsa

o Membuat pengurusan bagi menghantar mangsa ke hospital

o Tindakan serta merta pertolongan cemas

o Menentukan pernafasan mangsa berkeadaan baik

o Memberikan rawatan renjatan dengan segera

o Cuba memberhentikan darah jika mengsa berdarah

o Memberikan rawatan yang rapi dan sempurna

Mereka yang memberikan pertolongan cemas mestilah tahu apa yang perlu

dilakukan dalam keadaan kecemasan. Kesilapan dalam memberikan rawatan boleh

memburukkan lagi keadaan mangsa.

Page 39: Modul PJM3108

Arahan am untuk memberi bantu mula

o Bertindak dengan cepat dan tenang. Dapatkan bantuan orang yang

berhampiran untuk membuat panggilan polis, ambulans, keluarga dll.

o Bertindak berdasar DRABC (Danger Response Airways Breathing

Circulation) iaitu:

I. Keluarkan mangsa dari kawasan yang merbahaya (D)

II. Pastikan mangsa bertindakbalas dengan memanggil mangsa atau

bertanya dengannya jika mangsa sedar. (R)

III. Pastikan mulut dan hidung mangsa tidak tertutup atau tersumbat -

jika ada keluarkan dan letakkan mangsa dalam kedudukan yang

selesa (A)

IV. Pastikan mangsa bernafas dan jika tidak, lakukan EAR - External Air

Resuscitation (B)

V. Pastikan nadi mangsa berfungsi - semak di nadi karotid atau di leher

(C), jika tidak lakukan CPR (Cardio Pulmponary Resuscitation

Page 40: Modul PJM3108

2.7 Teknik-Teknik Rawatan Pertolongan Cemas

Luka/Pendarahan

o Tekan kawasan yang berdarah dengan kain yang bersih sehingga pendarahan

berhenti

o Jika darah masih mengalir balut kawasan yang berdarah atau tambahkan tekanan

ke atas kawasan yang luka

o Pastikan kawasan yang cedera berada dalam keadaan yang lebih tinggi dari

jantung dan otak. Praktikkan teknik RICE.

o Tenangkan mangsa.

o Hantar mangsa dengan segera ke hospital.

Keracunan

Tanda-tanda:

1. Maklumat dari mangsa

2. Mangsa sakit dengan tiba-tiba

3. Kesan terbakar di sekeliling mulut atau bibir

4. Anak mata menguncup ke saiz mata jarum peniti.

Rawatan:

1. Larutkan racun dengan memberi segelas air atau susu jika mangsa sedar dan

tiada tanda-tanda sawan. JANGAN beri minuman jika mangsa muntah.

2. Simpan bekas racun bagi tujuan analisis.

3. Segera hubungi hospital

4. Jangan cuba meneutralkan racun tersebut dengan cuka atau air limau

Terbakar

Klasifikasi terbakar

1. First Degree - dipermukaan kulit sahaja

o Kemerah-merahan atau hilang warna

o Bengkak sedikit dan rasa sakit

Page 41: Modul PJM3108

o Cepat sembuh

2. Second Degree - melibatkan hujung-hujung saraf

o Merah

o Ada tanda-tanda gelembung [blisters]

o Bengkak yang nyata [beberapa hari]

o Kulit basah akibat lelehan plasma yang keluar dari lapisan kulit yang

rosak.

3. Third Degree

o Kerosakan tisu lebih dalam

o Kemusnahan pada lapisan kulit luar

o Tisu-tisu dalam dapat dilihat.

Rawatan :

1. Sejukkan dengan serta merta dengan air sejuk

2. Tutup bahagian yang terbakar dengan air bersih

3. Baringkan mangsa

4. Jangan gerakkan bahagian yang terbakar

5. Beri minuman sedikit bagi mangsa yang sedar

6. Hantar segera ke hospital

Melecur

Rawatan :

1. Sejukkan dengan air sejuk

2. Jika baju tidak melekat pada kulit dan masih lembab, tanggalkan pakaian

3. Rawat seperti mangsa terbakar

Kejutan Elektrik

Rawatan:

1. Putuskan hubungan elektrik

2. Periksa pernafasan, beri pemulihan pernafasan jika pernafasan mangsa

terhenti

3. Rawat bagi terbakar jika ada

Page 42: Modul PJM3108

Terseliuh

Kecederaan di bahagian sendi akibat daya dari luar yang kuat menyebabkan ligamen

tertarik atau koyak. Kawasan kecederaan biasa di pergelangan tangan atau kaki serta

lutut.

Rawatan: RICE

1. Rehatkan kawasan yang cedera (Rest)

2. Letakkan ais yang telah dibungkus didalam kain ke tempat cedera (Ice)

3. Balut tempat yang cedera (Compression)

4. Tinggikan tempat cedera dari paras jantung (Elevation)

5. Hantar ke hospital

Ketegangan Otot

Kecederaan apada otot akibat terregang berlebihan, akibat terlebih guna atau

mengangkat benda yang berat.

Tanda –tanda:

sakit yang tajam di tempat cedera dan diikuti dengan bengkak.

Rawatan: RICE

1. Rehatkan kawasan yang cedera (Rest)

2. Letakkan ais yang telah dibungkus di dalam kain ke tempat cedera (Ice)

3. Balut tempat yang cedera (Compression)

4. Tinggikan tempat cedera dari paras jantung (Elevation)

5. Hantar ke hospital

Terkehel

Kecederaan di sendi yang melibatkan tulang terkeluar dari kedudukan asalnya.

Biasanya di bahu, siku, jari dan rahang. Terkehel mungkin diikuti dengan patah tulang.

Tanda-tanda:

Sakit tidak boleh menggerakkan bahagian yang cedera, cacat bentuk anggota tersebut.

Rawatan:

1. Berikan rawatan renjatan.

2. Jangan sekali-kali cuba memasukkan sendi yang terkeluar itu ke tempat asal.

3. Jangan lakukan banyak pergerakan.

4. Balut dengan padding atau anduh di tempat yang cedera.

Page 43: Modul PJM3108

5. Hantar segera ke hospital.

TOTAPS

TALK - Bercakap dengan mangsa untuk

menenangkannya

OBSERVE – Pemerhatian bagi memastikan

tanda-tanda kecederaan dan

tindak balas

TOUCH – Sentuh bagi memastikan

tahapkesakitan dan tekstur

kecederaan

ACTIVE – Pergerakan aktif dilakukan oleh

mangsa itu sendiri

PASSIVE – Pergerakan pasif yang

dilakukan dengan bantuan pembantu mula

SKILL TEST – Menguji kemahiran sebelum dan

selepas rawatan

Page 44: Modul PJM3108

RICE

Rawatan menggunakan teknik RICE sesuai digunakan untuk kecederaan seperti patah,

retak, terseliuh, dislokasi dan kontusi.

Tindakan awal ini diberikan untuk tujuan berikut:

o Mencegah tisu-tisu lembut lain daripada mengalami kecederaan.

o Mengurangkan kesakitan yang dialami.

o Mengurangkan dan menurunkan bengkak.

o Mengekalkan kecergasan sementara bahagian kecederaan yang cedera.

o Mengembalikan keyakinan mangsa terhadap bahagian yang cedera.

o Mencegah berlaku semula kecederaan yang sama.

REST – setelah mendapat kecederaan, mangsa harus direhatkan. Sebarang

pergerakan yang diteruskan ditempat yang cedera akan mengakibatkan pengaliran

darah meningkat atau berterusan dan ini akan memburukkan lagi kecederaan

ICE – ais yang dibalut dengan kain atau plastik didemah ke atas tempat yang cedera.

Kecederaan yang tidak melibatkan luka terbuka sesuai diberi rawatan ini. Jangan

benarkan ais secara langsung ke atas tempat cedera kerana akan mengakibatkan

„ice-burn‟ dan mematikan sel-sel di sekeliling tempat yang cedera. Demahan ais ini

menurunkan suhu tisu dan sel yang telah mengalami kecederaan dan dapat

memulihkan sel yang rosak dengan lebih cepat.

Page 45: Modul PJM3108

COMPRESSION – Balutkan pada bahagian yang mengalami kecederaan untuk

mengelakkan bengkak yang keterlaluan

ELEVATION – meninggikan bahagian yang cedera memudahkan dan

mempercepatkan pengembalian darah masuk ke jantung. Ini mengurangkan

pendarahan terhadap tempat yang cedera. Bahagian yang luka harus lebih tinggi

daripada paras jantung.

CPR (Cardio Pulmonary Resusctitation)

Ia merupakan teknik menyelamatkan nyawa yang digunakan sewaktu

kecemasan apabila mangsa tidak bernafas dan nadi mangsa sudah tidak berdenyut. Ia

merupakan kombinasi bantuan pernafasan dan penekanan dada di bahagian luar.

Dengan bernafas untuk mangsa dan memastikan darah mangsa masih lagi dibekalkan

ke seluruh tubuh, penyelamat boleh mengekalkan mangsa yang terhenti jantungnya

untuk terus hidup sehingga bantuan perubatan tiba. Jika CPR tidak dilaksanakan,

peluang mangsa untuk terus hidup akan menurun dengan banyaknya selepas 5 minit

pertama. Terdapat dua jenis CPR iaitu :-

o CPR tanpa pembantu

o CPR dengan pembantu

Page 46: Modul PJM3108

2.8 Prosedur Pelaksanaan Aktiviti

Pengelolaan aktiviti Pendidikan Luar akan dapat dilaksanakan dengan jayanya

sekiranya aspek-aspek pelaksanaan diutamakan. Ini merupakan langkah keselamatan

kepada pengelola dan juga pelajar agar aktiviti dapat berjalan dengan lancar tanpa

sebarang masalah. Prosedur pelaksanaan aktiviti Pendidikan Luar dibahagikan kepada

tiga fasa iaitu sebelum, semasa dan selepas.

Sebelum

o Kebenaran mengadakan perkhemahan mestilah diperolehi dengan

mengemukakan permohonan bertulis mengikut ketentuan kawasan berikut:

o Dalam kawasan sekolah {kelulusan Guru Besar / Pengetua}

o Dalam daerah di luar kawasan sekolah {kelulusan Pegawai

Pendidikan Negeri}

Page 47: Modul PJM3108

o Dalam negeri tetapi di luar daerah / luar negeri {kelulusan Pengarah

Pendidikan Negeri};

o Luar negara {kelulusan Pengarah Pendidikan Negeri}.

Setiap permohonan perlulah disertakan dengan dokumen-dokumen

sokongan yang berikut :

o Kertas cadangan pelaksanaan perkhemahan

o Senarai nama pelajar dan guru pengiring

o Senarai nama jurulatih yang akan memimpin dan menyelia

Perkhemahan.

o Senarai tugas jawatankuasa pelaksanaan.

o Jadual aktiviti perkhemahan.

o Perlantikan dan mesyuarat Jawatankuasa Induk serta

Pelaksanaan.(Rujuk SP Bil 24/1998)

o Jika perkhemahan dibuat di luar kawasan sekolah yang melibatkan

pengangkutan, pihak tuan dikehendaki memohon kebenaran mengadakan

lawatan kepada Pengarah Pendidikan Negeri (u.p. Unit Perhubungan dan

Pendaftaran, Sektor Pengurusan Sekolah) dengan mematuhi „The Schools

(Tours) Regulations, 1957‟ dengan menyertakan bersama salinan surat

kebenaran perkhemahan daripada Unit Kokurikulum, Sektor Pengurusan

Pembangunan Kemanusiaan, Jabatan Pendidikan Negeri.

o Pihak penganjur perkhemahan mestilah melantik secara bertulis sekurang-

kurangnya seorang jurulatih bertauliah yang berkelayakan dan berkemahiran

untuk memimpin serta menyelia program perkhemahan yang akan

dijalankan. Suatu perjanjian persefahaman perlu dibuat antara pihak

penganjur dengan jurulatih yang dilantik itu (Rujuk para 3E, SPI Bil. 24/1998).

Page 48: Modul PJM3108

o Pemberitahuan mengenai perkhemahan yang akan dijalankan mestilah

dikemukakan kepada:

o Balai Polis yang paling hampir dengan lokasi perkhemahan.

o Balai Bomba dan Penyelamat yang paling hampir dengan lokasi

perkhemahan.

o Pejabat/Pusat Kesihatan yang paling hampir dengan lokasi

perkhemahan.

o Pejabat Pentadbiran / Pejabat Penghulu yang paling hampir dengan

lokasi perkhemahan.

o Penyertaan murid dalam setiap perkhemahan mestilah atas kerelaan dan

kesanggupan sendiri dengan mendapat kebenaran bertulis daripada ibu bapa

atau penjaga masing-masing.

o Setiap peserta yang akan menyertai sesuatu perkhemahan mestilah sihat,

bersedia dan telah menjalani latihan-latihan asas yang berkaitan. Kejayaan

menjalani latihan-latihan asas ini mestilah dijadikan prasyarat kepada

peserta.

o Membuat tinjauan lebih awal bagi memastikan lokasi tapak perkhemahan

mestilah sesuai dan terjamin keselamatannya dari segi:

o Gangguan binatang buas dan haiwan berbisa.

o Hakisan atau tanah runtuh.

o Banjir.

o Ribut atau gelombang besar.

o Wabak penyakit.

o Kemalangan di luar jangkaan seperti pokok tumbang, dahan jatuh dan

sebagainya.

Page 49: Modul PJM3108

o Mestilah mendapatkan kebenaran tuan tanah atau atau kem warden secara

bertulis.

o Mendapat kelulusan daripada jabatan perhutanan atau perhilitan (

bergantung di mana tempat program diadakan )

o Menetapkan masa atau tarikh bagi sesuatu aktiviti.

o Membuat laporan kepada pihak polis berkenaan dengan tarikh, tempat dan

bilangan ahli kumpulan.

o Memaklumkan kepada pemimpin tentang tarikh, tempat dan bilangan ahli

kumpulan.

o Memastikan peralatan perubatan dan peralatan mencukupi sebelum aktiviti

diadakan.

Semasa

o Taklimat awal mengenai aktiviti-aktiviti, peraturan dan langkah-langkah

keselamatan perlu diambil semasa perkhemahan, mestilah diberikan kepada

semua peserta.

o Penyertaan murid mestilah disertai oleh guru-guru pengiring yang dilantik

secara bertulis oleh Pengetua atau Guru Besar. Guru tersebut diberi kuasa

secara bertulis untuk mengawal dan menyelia keselamatan, disiplin dan

kebajikan murid sepanjang tempoh perkhemahan.

o Melaporkan kepada pihak polis sekiranya berlaku perkara yang tidak

sepatutnya berlaku.

o Semua peserta mestilah mengetahui peraturan aktiviti seperti sentiasa

berpakaian kemas dan mengikut arahan ketua.

o Menubuhkan satu unit pasukan pertolongan cemas untuk bertanggungjawab

sekiranya berlaku kecederaan kecil.

o Sentiasa membuat laporan kepada ketua kumpulan dari semasa ke semasa

o Tahu peranan masing-masing misalnya pandai membaca arah angin, pandai

menggunakan kompas dan peralatan perubatan.

o Pastikan segala alatan seperti pisau, parang, kapak, bahan api dan lain-lain

berada di dalam keadaan baik dan selamat semasa aktiviti.

Page 50: Modul PJM3108

o Peserta hendaklah sentiasa menjaga kebersihan diri, kebersihan makanan

dan kebersihan alam sekeliling di kawasan aktiviti

o Sentiasa menggunakan sistem panggilan nombor bagi menentukan

kehadiran penuh peserta dari semasa ke semasa.

Selepas

o Membuat laporan keseluruhan tentang aktiviti yang dijalankan seperti

kepada pihak polis, jabatan perhutanan, kem komandan atau pengarah.

o Pastikan semua tempat atau kawasan aktiviti bersih sebelum ditinggalkan.

o Pastikan tiada peralatan dan barang-barang yang penting tidak tertinggal di

kawasan aktiviti.

o Pastikan bilangan peserta mencukupi sebagaimana jumlah yang asal.

TUGASAN TERARAH 1. Sebagai pengelola aktiviti Pendidikan Luar, jelaskan prosedur

yang perlu dilakukan untuk melaksanakan program

Pendidikan Luar .

RUJUKAN Phyllis Ford (1981), Principles and Practices of Outdoor / Environmental

Education. New York: Wiley C. A. Lewis (1975), The Administration of Outdoor Education Programs.

Dubuque, IA: Kendall-Hunt D. R. Hammerman, W. M. Hammerman, & E. L. Hammerman (1985),

Teaching in the Outdoors, Danville, IL: Interstate)

Pertolongan Cemas: Panduan Menyelamatkan Nyawa Insan Tersayang: Shuth Network Sdn. Bhd. Bangi

PORTFOLIO Dokumen atau tugasan perlu disimpan dalam portfolio dan diserahkan kepada pensyarah dalam bentuk „soft‟ dan „hard‟ copy.

LAMAN WEB www.en.wikipedia.org/wiki/outdoor www.askaboutsports.com www.divepilot.com www.en.wikibooks.org www.amazon.com www.pertolongancemas.com

Page 51: Modul PJM3108
Page 52: Modul PJM3108

Tajuk 3 PENDIDIKAN KONSERVASI DAN PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN LUAR, REKREASI DAN KESENGGANGAN

Sinopsis Tajuk-tajuk dalam modul ini merangkumi konsep, prinsip dan aktiviti pengajaran dan

pembelajaran dalam Pendidikan Konservasi, prosedur penilaian, pembinaan spesifikasi dan

rubrik penilaian dalam Pendidikan Luar, rekreasi dan kesenggangan. Modul ini juga dibekalkan

dengan soalan latihan dan senarai bahan rujukan.

Hasil Pembelajaran

Setelah selesai mengikuti modul ini, diharap anda dapat:

3. Mengaplikasikan pelbagai kaedah untuk memantau dan menaksir pengetahuan dan

kemahiran.

4. Membuat refleksi dan menilai amalan pembelajaran serta menjana idea baru untuk

penambahbaikan yang berterusan.

3. Mengamalkan pengetahuan dan kemahiran yang dikuasai dalam teori dalam kehidupan

seharian.

Kerangka konsep tajuk-tajuk modul ini

Page 53: Modul PJM3108

3.0 Pengenalan

Program Pendidikan Luar ialah salah satu komponen kurikulum bagi mata pelajaran

pengkhususan Pendidikan Jasmani (Major), Kursus Perguruan Lepasan Ijazah Sek. Ren.

Penilaian program Pendidikan Luar ini merangkumi aktiviti yang dilaksanakan di dua

lokasi utama iaitu aktiviti air dan aktiviti di darat. Adalah diharapkan program yang

dirancang ini akan dapat memberikan pengetahuan dan pengalaman yang bermakna, di

samping membantu guru pelatih membentuk serta membina ciri-ciri insan guru seperti

yang terdapat dalam misi dan visi Pendidikan Guru.

3.1 Matlamat

Program ini membekalkan pengalaman, pengetahuan dan kemahiran di samping

mengamati, menikmati dan menghargai serta mensyukuri alam ciptaan Ilahi. Ia juga akan

menghasilkan pengajaran dan pembelajaran menyeluruh di samping memperkayakan

kurikulum dan aktiviti kokurikulum.

3.2 Objektif

3.2.1 Domain Kognitif

Menambahkan pengetahuan sedia ada serta dapat mempelajari

aspek-aspek yang baru dari segi teori dan praktikal.

Mengenalpasti dengan lebih mendalam ciri-ciri adaptasi flora dan

fauna serta mengkaji bagaimana manusia dan alam semulajadi bergantung

antara satu sama lain.

Peluang untuk melatih dan membuat keputusan rasional berasaskan

pengetahuan diri, pengalaman dan situasi semasa.

Page 54: Modul PJM3108

Mengasah dan mempertajamkan peluang kemahiran berfikir di

kalangan guru-guru pelatih.

3.2.2 Domain Psikomotor

Mempelajari kemahiran baru bagi memantapkan diri dengan pelbagai

kebolehan untuk menjadi guru yang berwibawa.

Melatih diri untuk menjadi lebih mahir dan berkeyakinan dalam

mengendalikan aktiviti-aktiviti kegiatan luar seperti mendirikan khemah,

berkayak, menuruni cerun curam dan keselamatan di air di samping menghadapi

cabaran alam dan penghuninya.

Mempraktikkan segala teori yang dipelajari.

3.2.3 Domain Afektif

Menanamkan nilai-nilai murni seperti patuh kepada arahan,

bertanggungjawab, bekerjasama dan saling mempercayai antara satu sama lain.

Memupuk perasaan cinta terhadap alam semula jadi.

Memupuk kualiti diri yang positif seperti berkeyakinan, bertimbang

rasa, mempunyai sifat-sifat kepimpinan yang berketrampilan dan sebagainya.

Memperlihatkan peranan guru-guru pelatih sebagai insan yang boleh

diteladani dan sebagai penggerak masyarakat.

3.3 Pendidikan Konservasi

Menurut kamus dewan konverservasi didefnisikan sebagai menjaga, memelihara

sesuatu secara tersusun bagi mengatasi kerosakan. Pendidikan ditakrifkan sebagai

Page 55: Modul PJM3108

kaedah mendidik untuk membentuk perubahaan dalam pemikiran dan cara hidup. Kita

juga perlu memahami apa yang dikenali sebagai alam semulajadi dan apa pendidikan

alam semulajadi. Alam semulajadi boleh diertikan sebagai alam ciptaan tuhan yang

meliputi aspek yang terdapat di sekeliling manusia yang wujud secara semulajadi. Alam

semulajadi boleh dilihat sebagai semua komponen semulajadi di mana semua hidupan

tinggal dan berinteraksi antara satu sama lain dalam keseimbangan.

Oleh itu pendidikan konservasi dilihat salah satui usaha bagi memberikan kesedaran

kepada pelajar untuk menjaga dan memelihara hak daripada rosak atau dimusnahkan.

Pendidikan konverservasi yang disebatikan dalam Pendidikan Luar lebih menekan

kepada nilai murni yang berperanan menjaga dan memelihara alam semula jadi.

Dengan kata lain, pendidikan konservasi dalam Pendidikan Luar banyak tertumpu

kepada nilai-nilai yang perlu dalam menjaga alam semulajadi. Pendidikan konservasi

merupakan salah satu strategi yang berkesan bagi meningkatkan kesedaran individu

dan masyarakat terhadap pentingnya pendidikan alam sekitar.

Pelaksanaan pendidikan konservasi di sekolah dapat membentuk warganegara yang

bertanggung jawab terhadap alam sekitar dan mempunyai komitmen terhadap usaha

memelihara kehidupan yang seimbang.

3.4 Pendidikan Konservasi Dalam Pendidikan Luar.

Isu alam sekitar merupakan isu yang sentiasa hangat dan mendapat perhatian bukan

sahaja oleh NGO, media malah oleh kerajaan. Memandangkan keperluan dan kepentingan

sejagat pendidikan konservasi amat perlu diserapkan dalam pendidikan bagi membentuk

kesedaran yang berterusan di dalam jiwa masyarakat dunia ini. Berdasarkan faktor ini

pendidikan konservasi telah menjadi elemen yang amat penting dalam Pendidikan Luar

dewasa ini.

Pendidikan konservasi membolehkan peserta program Pendidikan Luar menghayati

kepentingan alam sekitar. Pendidikan ini juga dilihat akan dapat menyemai kesedaran untuk

memelihara dan memulihkan alam sekitar bertujuan mengelakkan malapetaka alam sekitar.

Kejadian seperti tanah runtuh, banjir lumpur, banjir kilat dan lain-lain bencana alam sekitar

dapat dielak sekiranya alam sekitar dapat dijaga dan dipelihara dengan sempurna.

Page 56: Modul PJM3108

3.5 Objektif Pendidikan Konservasi

Berikut adalah objektif pendidikan konservasi iaitu:

i. Kesedaran

Dapat membentuk kesedaran kepada individu dan masyarakat terhadap alam

semulajadi

ii. Pengetahuan

Memberi pengetahuan asas tentang kepentingan serta masalah dan krisis alam

semula jadi. Kesemua ini di harap akan melahirkan masyarakat yang

bertanggungjawab

iii. Sikap

Melahirkan individu yang mempunyai sikap sayangkan alam semulajadi serta

bertindak dengan proaktif untuk memelihara alam semula jadi

iv. Kemahiran

Dapat melahirkan masyarakat yang mempunyai kemahiran untuk memelihara

alam semula jadi. Kemahiran amat perlu dalam menyelesaikan masalah alam

sekitar.

v. Kebolehan menilai

Page 57: Modul PJM3108

Membantu individu dan masyarakat supaya dapat menilai dan mengambil kira

faktor sekitaran dalam semua tindakan.

vi. Berkerjasama

Dapat melahirkan masyarakat yang sentias berkerjasama dan bertanggungjawap

dalam menghadapi isu dan krisis yang berkaitan dengan alam sekitar

(UNESCO 1976)

3.6 Prinsip konservasi dalam Pendidikan Luar

Prinsip konservasi dalam Pendidikan Luar adalah untuk memberi kesedaran pendidikan

alam sekitar dalam semua aspek serta memupuk nilai:

Prinsip rendah diri.

Kita perlu tanamkan perasaan rendah diri tentang kebesaran pencipta di dalam

jiwa.

Perasaan rendah diri akan mewujudkan perasaan bersyukur atas kurnia Nya.

Menyedari kelemahan diri kita sebagai manusia, kita tidak mampu mencipta alam

semulajadi oleh itu sebagai khalifah kita perlu memelihara alam sekitar.

Prinsip Bekerjasama

Sebagai pendidik kita perlu memupuk semangat bekerjasama dalam kumpulan dan

seterusnya dapat menyelesaikan masalah alam semulajadi dan alam sekitar

dengan jayanya

Kita juga perlu merangsang sikap bekerjasama di dalam diri pelajar agar mereka

bersungguh sungguh melakukan sesuatu kerja memelihara dan memulihkan

alam sekitar contohnya aktiviti gotong royong di kawasan perkhemahan di akhir

program

Page 58: Modul PJM3108

Prinsip menghormati alam sekitar.

Menghormati alam semulajadi yang terdapat di bumi kita sebagai benda hidup

dengan memelihara alam sekitar.

Prinsip Kehidupan seimbang.

Sentiasa mengimbang antara keperluan ekonomi dengan alam sekitar

Membentuk kehidupan dan cara hidup yang seimbang terhadap alam sekitar

Prinsip mementingkan kemapanan ekosistem.

Mementingkan kemampanan ekosisitem dengan tidak menggangu sistem ekosistem

semulajadi

Sensetif terhadap kemusnahan ekosistem serta mencegah gangguan ekosistem

daripada pelbagai pihak

Prinsip mengekalkan kehidupan liar dan kepelbagaian hidup.

Kita seharusnya mengekalkan kehidupan flora dan fauna di habitatnya tanpa

mengalih ke tempat lain.

Kita mesti memegang teguh prinsip “ melihat tanpa mengganggu” dalam aktiviti

yang dijalankan dan kehidupan seharian.

Prinsip kerosakan minima.

Sentiasa cuba mengurangkan kerosakan alam sekitar dengan mengunakan

ketika perlu saja

Sentiasa memikirkan cara atau corak hidup altenatif lain sebelum menggunakan

atau menggangu alam sekitar

Page 59: Modul PJM3108

Prinsip perubahan berterusan.

Kita seharusnya bersedia dan sentiasa memikirkan perubahan yang ke arah

menjaga alam sekitar

Kita seharusnya dapat membentuk perubahan yang berterusan ke arah

memulihkan alam sekitar

Prinsip ekonomi bukanlah segala-galanya.

Menanamkan kesedaran dalam diri kita bahawa sekiranya kita memusnahkan

alam sekitar, kita akan dapati keuntungan hari ini ialah kerugian besar pada

esok hari

Kita seharusnya sedar bahawa alam semula jadi tidak boleh dibina atau dibeli

dengan wang ringgit

Prinsip mengikut hak mereka yang belum lahir atau hak generasi akan datang.

Kita patut menyedari alam semulajadi adalah pusaka yang amat berharga tinggalan

nenek moyang kita.

Kita diberi amanah untuk memelihara alam sekitar

Tanamkan kesedaran pada diri kita generasi akan datang berhak merasakan nikmat

alam semulajadi

Prinsip tanggungjawab setiap individu.

Kita perlu bertanggungjawab untuk bersama-sama di dalam penjagaan alam

semulajadi

Page 60: Modul PJM3108

Kita perlu memupuk diri kita agar sentiasa prihatin dan bertanggungjawab di

dalam pengurusan hutan dan menjagai alam sekitar dengan baik

Jangan sekali-kali kita merosakkan papan kenyataan di dalam hutan, taman dan

sebagainya

Prinsip kesederhanaan

Kita perlu bersederhana dalam mengunakan hasil alam semula jadi tanpa membazir

Kita perlu bersederhana dalam mengendalikan pembangunan yang membabitkan

alam sekitar

Prinsip perlindungan dan pemulihan ekosistem.

Kita perlu sentiasa bersedia untuk melindungi ekosistem daripada penjenayah

alam sekitar

Kita perlu sentiasa berusaha untuk memulih ekosistem daripada kemusnahan

alam sekitar

Prinsip etika melebihi hukum.

Sebagai pendidikan kita perlu menyelesaikan masalah alam sekitar secara etika dan

berdisplin (etika dan disiplin adalah lebih bermakna berbanding dengan

hukuman)

Pendidikan konservasi perlu bertujuan membina bangsa yang beretika dan

berdisplin

Prinsip mengalami dan menghayati

Kita perlu menghayati alam sekitar dengan cara menyertai aktiviti-aktiviti

berlandaskan alam sekitar

Page 61: Modul PJM3108

Kita perlu menyertai dan mengalami sendiri usaha dalam memulih dan menjaga

alam sekitar

Prinsip mencintai persekitaran.

Kita perlu mencintai hutan dengan tidak sewenang-wenang memusnahkannya

Kita amat perlu melindungi alam semulajadi

Menyayangi binatang dan tumbuhan.

Memelihara hutan dan persekitaran untuk kesejahteraan hidup.

Sikap Menghargai

Memupuk sikap menghargai hutan hasil dengan mengganggap sebagai khazanah

yang paling berharga

Menikmati keindahan alam sekitar dan seterusnya menyedari akan kepentingan

alam semulajadi.

Menghargai pemberian Tuhan yang memberikan kita peluang menikmati keindahan

hutan yang hijau yang tidak dapat dibeli dengan wang ringgit.

Menghargai hidupan di persekitaran kita.

Berani

Kita perlu bersedia dan sanggup dan bersedia pada bila-bila masa untuk melakukan

sebarang aktiviti pencegahan

Kita perlu tabah menghadapi cabaran-cabaran yang akan datang terhadap

pemeliharaan alam sekitar

Page 62: Modul PJM3108

3.7 Penilaian dalam Pendidikan Luar

Penilaian ialah satu prinsip untuk mengukur pencapaian secara sistematik (Robiah

Sidin 1992). Menurut Cozby, P.C (2001), bagi menjamin satu program berjalan dengan

lancar dan mencapai objektif, penilaian memainkan peranan yang penting.

Kita perlu membuat penilaian terhadap sesuatu program kerana keberkesanan sesuatu

program akan diketahui setelah penilaian. Terdapat dua bentuk penilaian yang selalu

dilakukan iaitu:

i. Penilaian berdasarkan pencapaian individu dalam satu program

ii. Penilaian berdasarkan persepsi pelajar dalam satu program

3.7.1 Penilaian Individu

Penilaian individu dilihat dari pencapaian keupayaan pelajar dalam menguasai elemen

yang menjadi objektif pendidikan luar. Pelajar akan dinilai oleh jurulatih dan fasilitator

dalam setiap aktiviti Pendidikan Luar berdasarkan tiga elemen iaitu:

Elemen Psikomotor

Elemen psikomotor merupakan satu komponen yang dinilai oleh jurulatih dalam

aktiviti fizikal. Elemen ini berkaitan dengan kepantasan, kelenturan, daya tahan,

koordinasi saraf otot dan imbangan. Kesemua ini merupakan komponen yang

amat penting diterapkan dalam penguasaan kemahiran psikomotor dan

kecergasan murid.

Elemen Kognitif

Bagi elemen ini pula ianya bertumpu kepada tahap kefahaman dan pengetahuan

peserta kursus dalam kesemua bab dalam aktiviti Pendidikan Luar. Ujian elemen

kognatif mungkin boleh diserapkan dengan jelas ketika menjalani aktiviti

pendidikan alam sekitar atau latihan dalam kumpulan. Fasilitator perlu menilai

Page 63: Modul PJM3108

dari aspek kefahaman dan pengetahuan peserta kursus ketika mereka sedang

melaksanakan sesuatu bidang kemahiran. Murid juga perlu diterap dan dilatih

untuk mentafsir, mengguna dan melaksanakan kemahiran berdasarkan teknik-

teknik yang telah diajar. Peserta mula mempraktikkan dan mengaplikasikan

sesuatu kemahiran kefahaman dan tahap pengetahuan yang sedia ada pada

keupayaan ini boleh dijadikan alat untuk mengukur komponen kognitif.

Elemen Afektif

Mengukur pencapaian pelajar dari segi sikap dan nilai memerlukan pungutan

data dari pelbagai cara. Cara ini merangkumi pemerhatian tingkah laku pelajar

sewaktu mereka terlibat dalam aktiviti tertentu, mendengar komen mereka dan

meminta mereka untuk mengisi soal selidik.

3.8 Penilaian Pelaksanaan Amali Pendidikan Luar

Alat penilaian yang di gunakan untuk penilaian elemen afektif ialah:

i. Senarai semak, pemerhatian, tingkah laku pelajar-pelajar

ii. Rekod-rekod anekdot

iii. Temu duga

iv. Soal selidik aneka pilihan

v. Skala pemerhatian

3.8.1 Penilaian Program

Untuk mengumpul maklumat bagi membantu menilai prestasi pelaksanaan program

Pendidikan Luar kita perlu melaksanakan proses penilaian program. Kesemua ini akan

program yang akan datang dijalankan secara lebih berkesan di masa hadapan. Proses

penilaian program Pendidikan Luar melibatkan peserta kursus dengan menggunakan

instrumen soal selidik atau temu bual.

3.8.2 Analisis Keberkesanan Program

Data yang didapati dari soal selidik atau pemarkahan adalah merupakan data mentah,

data ini perlu kita proses dan analisis untuk menjadi maklumat. Dengan kata lain

Page 64: Modul PJM3108

maklum balas dalam berbagai bentuk seperti markah dan lain-lain perlu dikumpulkan,

disusun, dianalisis dan diinterpretasikan bagi melihat kesignifikanan sesuatu perkara.

Pentafsiran ini membolehkan pengkaji membuat tafsiran yang berkesan dan tidak berat

sebelah. Analisis boleh dilakukan dengan menggunakan sistem analisis data contohnya

SPSS, atlas dan berbagai lagi. Perincian komponen penilaian adalah seperti berikut:

1. Perkhemahan 25

2. Abseiling 25

3. Kayak 25

4. Orienteering 25

JUMLAH 100

3.9 Perincian Pemarkahan

Perincian pemarkahan berdasarkan aktiviti adalah seperti berikut:

1. Perkhemahan - Mendirikan khemah 5

25

- Gajet 10

- Konservasi 5

- Sahsiah 5

2. Abseiling - Mengenali peralatan 5

25

- Penjagaan peralatan 5

- Penurunan 1 10

- Sahsiah 5

3. Kayak - Pengenalan/Anatomi

Kayak

5

25 - Kemahiran berkayak 5

AKTIVITI

FOKUS

MARKAH

JUMLAH

AKTIVITI

MARKAH

Page 65: Modul PJM3108

- Kemahiran menyelamat 10

- Sahsiah 5

4. Orienteering - Pengenalan orienteering 5

25

- Perlaksanaan (sebelum) 5

- Perlaksanaan (semasa) 5

- Perlaksanaan (selepas) 5

- Sahsiah 5

JUMLAH MARKAH 100

WAJARAN 10%

3.10 Spesifikasi Abseiling

3.10.1 Aspek Penilaian Abseiling

Aspek

Kriteria

1. MENGENALI

ALATAN (5 %)

1.1 Karabiner 1.2 Figure of Eight 1.3 Seat Harness 1.4 Tali Karmantle 1.5 Helmet 1.6 Sarung tangan

2. PENJAGAAN

ALATAN (5 %)

2.1 Cara mencuci alatan abseiling 2.2 Cara mengeringkan alatan 2.3 Cara menyimpan alatan 2.4 Cara menggulung Tali Karmantle 2.5 Cara membawa alatan

3. PENURUNAN (10 %)

4.1 Dapat memakai Seat Harness dengan betul 4.2 Dapat memasang karabiner dan Figure of 8 pada tali abseiling 4.3 Dapat mengikat simpul Tindih Kasih pada badan sendiri 4.4 Menggunakan isyarat yang betul semasa turun

Page 66: Modul PJM3108

4. SAHSIAH (20 %)

6.1 Kerjasama 6.2 Keyakinan 6.3 Kepimpinan 6.4 Membantu rakan

3.10.2 Prosedur Penilaian Absailing

Objektif

1. Menguji pengetahuan dan kefahaman

2. Menguji kemahiran pelajar tentang:

3. Menilai sahsiah pelajar dalam aktiviti abseiling

Mengenali Alatan

Alatan : 1 gulung tali Karmantle, 1 Karabiner, 1 Figure of 8, 1

pasang sarung tangan, 1 Seat Harness, 1 Helmet

Prosedur Ujian :

a. Alatan abseiling dipamerkan di bawah tapak abseiling /

perkhemahan.

b. Peserta dipanggil secara bergilir-gilir untuk mengenali alatan

tersebut

c. Gunakan skor yang disediakan berpandukan kepada

rujukan

Penjagaan Alatan

Alatan : 1 gulung tali Kernmantel atau 1 gulung tali sabut

sepanjang 15 m

Prosedur Ujian:

a. Peserta dipanggil untuk menyebut cara-cara mencuci,

mengering dan menyimpan alatan abseiling selepas

sesuatu aktiviti

b. Peserta diminta menggulung tali yang telah

disediakan

c. Peserta diminta menunjuk cara membawa tali

tersebut

Page 67: Modul PJM3108

d. Gunakan skor yang disediakan berpandu kepada

rujukan yang diberi

Penurunan

Alatan : 1 Seat Harness, 1 Karabiner, 1 Figure of 8,

Sepasang

sarung tangan, helmet

Prosedur Ujian:

a. peserta diminta memakai Seat Harness

b. Peserta diminta memasang Karabiner dan Figure

of 8 pada Seat Harness

c. Peserta diminta memasang tali pada Figure of 8

dan Karabiner

d. Peserta diminta memakai sarung tangan, helmet,

memasang tali abseiling dan menggunakan Isyarat untuk turun

Sahsiah

Prosedur Ujian :

a. Pelajar dinilai sahsiah mereka melalui aktiviti berpandukan

PMM abseiling

b. Penilai memberi markah berpandukan kriteria penilaian

yang telah ditetapkan.

3.10.3 Peraturan Memberi Markah Abseiling

Aspek Kriteria

1 2 3 4 5

1. MENGENAL ALATAN

(5%) - Fig. Of 8,

Harness - Karabiner,

helmet

Dapat menamakan satu jenis alatan

Dapat menamakan dua jenis alatan

Dapat menamakan tiga jenis alatan

Dapat menamakan empat jenis alatan

Dapat menamakan lima jenis alatan

Page 68: Modul PJM3108

Aspek Kriteria

1 2 3 4 5

- Tali Kernmentel

- Sarung tangan

2. PENJAGAAN ALATAN (5%) - Cara

membersih - Cara

mengering - Cara

menyimpan - Menggulung

tali - Cara

membawa tali

Dapat menjawab satu kriteria yang dinyatakan

Dapat menjaawab dua kriteria yang dinyatakan

Dapat menjawab tiga kriteria yang dinyatakan

Dapat menjawab empat kriteria yang dinyatakan

Dapat menjawab semua kriteria yang dinyatakan

3. PENURUNAN (10%)

Dapat memakai Seat Harness dengan betul

Dapat memakai Seat Harness, memasang Karabiner dan Figure of 8

Dapat memakai Seat Harness, memasang Karabiner dan Fig. Of 8 pada tali Kernmental

Memakai Seat Harness, mengikat Simpulan Tindih Kasih, memasang Karabiner dan Fig. Of 8 pada Tali Karnmental

Memakai Seat Harness, mengikat Simpulan Tindih Kasih, memasang Karabiner dan Fig. Of 8 pada tali Kernmental dan memberi isyarat yang betul semasa abseiling

4. SAHSIAH: (5%) - Kerjasama - Keyakinan - Kepimpinan - Membantu

rakan - Keberanian

dll.

Mempunyai salah satu kriteria sahsiah yang tercatat

Mempunyai dua kriteria sahsiah yang tercatat

Mempunyai tiga kriteria sahsiah yang tercatat

Mempunyai empat kriteria sahsiah yang tercatat

Mempunyai semua kriteria sahsiah yang tercatat

3.11 Spesifikasi Kayak

Page 69: Modul PJM3108

3.11.1 Aspek Penilaian Kayak

3.11.2 Prosedur Penilaian Kayak

Objektif :

1. Menguji pengetahuan dan kefahaman tentang kayak.

2. Menguji kemahiran menaiki dan mengawal, menyelamat

kayak di air.

3. Menilai sikap kepimpinan dan ketrampilan pelajar.

Aspek

Kriteria 1. PENGENALAN

KAYAK ( 5 % )

1.1 Penerangan anatomi kayak

bahagian-bahagian kayak

cara mengangkat dan membawa kayak serta aspek penjagaan dan

keselamatan

2. KEMAHIRAN

BERKAYAK ( 5 % )

2.1 Cara/teknik menaiki kayak 2.2 Teknik kayuhan dan kawalan kayak ke pelbagai arah 2.3 Kayuhan lurus menuju sasaran, pusingan dan berhenti 2.4 Berakit dan formasi berkayak dalam kumpulan /ekspedisi

3. KEMAHIRAN MENYELAMAT

( 10 %)

3.1 Menterbalikkan kayak di air (capsize) 3.2 Menyelamatkan kayak dengan teknik „self-rescue‟,‟X-rescue‟,

„H-rescue‟ dan „HI-rescue‟ 3.3 Beberapa cara dan teknik menaiki kayak

naik sendiri

bantuan rakan

bantuan rakan dan alat (tali)

4. SAHSIAH

( 5 % )

4.1 Kepimpinan 4.2 Penglibatan 4.3 Kerjasama 4.4 Bertanggungjawab 4.5 Penyempurnaan tugasan

Page 70: Modul PJM3108

Prosedur Ujian: Pelajar dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan

dinilai dalam aspek berikut:

Pengenalan Kayak

Alatan : Kayak, Pendayung (paddle), Jaket keselamatan

Prosedur Ujian:

a. Pelajar diminta menama dan menunjukkan bahagian-bahagian

kayak

b. Pelajar berpasangan mengangkat dan membawa kayak

c. Pelajar diminta menerangkan beberapa aspek penjagaan dan

keselamatan kayak

d. Markah direkod dalam borang penilaian.

Kemahiran Berkayak

Alatan : Kayak, Pendayung, Jaket Keselamatan

Prosedur Ujian:

a. Pelajar dibahagikan mengikut pasangan berdasarkan kepada

keupayaan

b. Pelajar diminta melakukan kemahiran berkayak

c. Teknik menaiki kayak cara selamat dan seimbang

d. Berkayuh ke hadapan, ke belakang , ke kanan dan ke kiri

e. Berkayuh lurus menuju ke sasaran, membuat pusingan dan

berhenti.

f. Berakit ( rafting ) dan formasi

g. Kawasan ujian tidak melebihi 10 batu notika.

h. Markah dicatat di dalam borang

Kemahiran Menyelamat

Alatan : Kayak, Pendayung, Jaket keselamatan, Tali

Prosedur Ujian :

Page 71: Modul PJM3108

a. Pelajar berpasangan

b. Pasangan kayak diminta melakukan „capsize‟

c. Penyelamat akan menyelamat mangsa dan

memilih satu teknik menyelamat

d. Mangsa dikehendaki menaiki kayak

e. Markah direkod dalam borang penilaian.

Sahsiah:

Prosedur Ujian

a. Pelajar dinilai sahsiah sepanjang program berjalan

3.11.3 Peraturan Memberi Markah Kayak

ASPEK

Kriteria

1 2 3 4 5

1. PENGENALAN KAYAK ( 5 % )

1.1 Nama bahagian Kayak

1.2 Cara mengangkat dan aspek keselamatan kayak

Dapat menama dan menunjukkan satu bahagian kayak

Dapat menama dan menunjukkan tiga bahagian kayak

Dapat menamakan dan menunjukkan tiga bahagian kayak

Dapat menama dan menunjukkan empat bahagian kayak

Dapat menama dan menunjukkan lima bahagian kayak

Kedudukan orang hadapan dan belakang tidak betul (berselang)

Kedudukan betul tapi daya untuk mengangkat dari pinggang

Kayak yang dibawa dipinggang tidak kemas dan pergerakan tidak stabil

Dapat mengangkat dengan betul dan kemas tetapi meletaknya agak kasar

Dapat mengangkat, membawa dan meletakkan dengan baik dan selamat

2 KEMAHIRAN

( 5 % ) 2.1 Cara / teknik memasuki kayak

2.2 Menuju

sasaran, pusingan dan berhenti

2.3 Berakit

dan formasi

Memasuki/menaiki kayak tanpa merendah badan dan gopoh

Menaiki kayak dengan betul tetapi pendayung tidak dikeluarkan dahulu

Menaiki kayak dengan betul tetapi tidak dapat mengawal keseimbangan kayak

Teknik memasuki kayak betul dan kawalan keseimbangan kayak baik

Mengikut semua cara dan teknik memasuki kayak dengan baik dan kawalan kayak memuaskan

Kayuhan dan kawalan kayak tidak lurus ke sasaran Tidak peduli dengan tanda untuk berakit

Kayuhan dan kawalan agak baik tetapi pusingan yang dibuat agak jauh/besar Menunjukkan kesukaran untuk berakit

Kayuhan dan kawalan baik tetapi tidak dapat memberhentikan kayak dengan cepat. Dapat berakit tetapi rakit tidak kemas dan stabil

Kawalan kayak baik tetapi sasaran kurang tepat Dapat berakit dengan baik dan kemas tetapi menunjukkan kesukaran dalam mengekalkan formasi

Dapat menuju ke sasaran dengan baik dan kawalan kayak yang meyakinkan Dapat berakit dengan lancar dan formasi pergerakan dalam

Page 72: Modul PJM3108

ASPEK

Kriteria

1 2 3 4 5

kumpulan terkawal.

3. MENYELAMAT

(10% )

3.1 Menterbalikkan

kayak

3.2 Menyelamat

kayak ( 5% )

Tidak ada keyakinan untuk menterbalikkan kayak

Dapat menterbalikkan kayak tetapi kawalan diri agak lemah

Ada keyakinan diri tetapi tidak peduli dengan peralatan kayak

Menunjukkan keyakinan dan dapat mengawal diri serta alatan

Menunjukkan keyakinan tinggi

Teknik menyelamat tidak lancar, tidak menunjukan usaha membantu rakan penyelamat

Teknik menyelamat agak lancar tetapi masa diambil agak lama

Dapat melaksanakan teknik menyelamat dengan baik dan lancar

Dapat / berupaya menyelamatkan kayak dengan satu teknik sahaja

Dapat melaksanakan satu teknik menyelamat kayak dengan lancar

3.3 Menaiki kayak dari dalam air

( 5% )

Dapat menaiki kayak dengan bantuan ramai kawan dan masa yang lama

Dapat menaiki kayak dengan bantuan kawan dan masa yang agak lama

Dapat menaiki kayak dengan sendiri tetapi masa agak lama

Dapat menaiki kayak sendiri selepas beberapa kali percubaan

Dapat menaiki kayak dengan cepat an lancar

4. SAHSIAH ( 5% ) 4.1 kerjasama 4.2 penglibatan 4.3 kepimpinan 4.4 tanggung jawab 4.5 hasil kerja

Tidak menunjukkan kerjasama dan mementingkan diri sendiri

Ada menunjukkan kerjasama dan daya kepimpinan

Memberi kerjasama dan menunjukkan kepimpinan serta komitmen

Memberi kerjasama, penglibatan aktif dan kepimpinan yang baik serta bertanggungjawab

Menunjukkan kepimpinan, kerjasama, penglibatan yang tinggi dan menyiapkan tugas dengan kemas serta sempurna.

3.12 Spesifikasi Orienteering

3.12.1 Aspek Penilaian Orienteering

Aspek

Kriteria

1. PENGENALAN

KEPADA ORIENTEERING

( 5% )

Anatomi kompas

Mengorientasi kompas

2. AGIHAN TUGAS

( 5% )

Pengagihan tugas dan tanggungjawab

Ketua

Jurupandu depan

Jurupandu belakang

Pelapuran

Penyukat Jarak

Ahli

Page 73: Modul PJM3108

Aspek

Kriteria

3. KEMAHIRAN

BERGERAK DENGAN KOMPAS

( 5% )

Bergerak dalam kumpulan

Aplikasi Kompa

Menganggar jarak

Menentu arah/bearing

Back bearing

4. MENYEDIAKAN

LAPORAN ( 5% )

Membuat laporan mengenai

Sudut arah

Skala jarak

Lakaran perjalanan

5. SAHSIAH

( 5% )

Bertanggungjawab

Bekerjasama

Berkeyakinan

Kejujuran

Empati

3.12.2 Prosedur Penilaian Orienteering

Objektif :

1. Menguji pengetahuan dan kefahaman pelajar tentang kemahiran

kompas/orienteering.

2. Menilai pelajar melakukan kemahiran menggunakan

kompas/orienteering.

3. Menilai sahsiah dan amalan konservasi dalam aktiviti orienteering.

Alatan : Kompas Orienteering, Kertas A4, Penebuk Kertas, Pensil,

Peti Kecemasan, Blazer

Prosedur :

a. Pelajar menyatakan bahagian-bahagian kompas.

b. Pelajar mengorientasi kompas pada sasaran/sudut arah yang

diberi.

c. Ketua pasukan akan membahagikan tugas kepada ahli-ahli

kumpulannya.

Page 74: Modul PJM3108

d. Ketua pasukan, jurupandu hadapan, jurupandu belakang, pelapor

, jurusukat dan ahli.

e. Melakarkan laluan perjalanan dengan lengkap

f. Lakaran laluan perjalanan hendaklah dihantar kepada pensyarah.

g. Semua pelajar akan dinilai oleh pensyarah sepanjang aktiviti

dijalankan.

h. Pensyarah akan merekod dalam borang penilaian

3.12.3 Peraturan Memberi Markah Orienteering

Aspek

Kriteria

1 2 3 4 5 1. PENGENALAN

( 5% ) 1.1 Anatomi

Kompas

Menyenaraikan 1 bahagian kompas

Menyenaraikan 2 bahagian kompas

Menyenaraikan 3 bahagian kompas

Menyenaraikan 4 bahagian kompas

Menyenaraikan 5 bahagian kompas

2. MELAKSAN

AKAN TUGAS ( 5% ) 2.1 Ketua /

Kepimpinan 2.2 AJ Kuasa 2.3 Ahli

Tidak dapat menerima arahan dan tidak dapat melaksanakannya

Dapat menerima arahan dan tidak dapat melaksanakan nya

Dapat menerima arahan tetapi perlaksanaannya kurang berkesan

Dapat menerima arahan dan dapat melaksanakan nya dengan baik

Dapat menerima arahan dan melaksanakannya dengan cemerlang

3. KEMAHIRAN

BERGERAK ( 5% )

3.1 Penggunaan Kompas 3.2 Menganggar jarak

Perlukan bimbingan dalam menggunakan kompas

Tidak tepat

Kurang tepat

Agak tepat

tepat

Page 75: Modul PJM3108

3.13 Perkhemahan 3.13.1 Aspek Penilaian Perkhemahan

4. PELAPORAN

( 5% ) 4.1 Sudut arah 4.2 Peta lakaran / skala

Perlukan bimbingan dalam membuat laporan

Tidak tepat

Kurang tepat

Lambat mencari sasaran dengan tepat

tepat

5. SAHSIAH

( 5% ) Bertanggung jawab Berkerjasama Berkeyakinan Kejujuran Empati

Mempunyai 1 nilai

Mempunyai 2 nilai

Mempunyai 3 nilai

Mempunyai 4 nilai

Mempunyai 5 nilai

Aspek

Kriteria

1. MENDIRIKAN

KHEMAH (10 %)

2.1 Kedudukan Khemah

Jarak antara khemah sesuai dan mempunyai ruang laluan yang mencukupi (sekurang-kurangnya selebar badan)

2.2 Cara Mendirikan Khemah

Kemaskan tapak khemah

Tegakkan tiang utama/paksi (depan dan belakang serta pasang tali ke pancang)

2.3 Tali, Ikatan dan Pancang

Pasang semua tali penjuru khemah

Pasang semua tali badan khemah

Regangan tali khemah ke pancang bersudut 45

“Fly-sheet” khemah dipasang dengan kemas dan tegang (ada pengaliran udara/ventilasi antara “fly-sheet” dan khemah)

2.4 Mengemas Khemah

Page 76: Modul PJM3108

3.13.2 Prosedur Penilaian Perkhemahan

Objektif :

1. Menguji pengetahuan dan kefahaman pelajar tentang mendirikan

khemah.

2. Menilai kemahiran membuat gejet.

3. Menilai sahsiah dan amalan konservasi dalam aktiviti perkhemahan

Prosedur Ujian : Pelajar dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan

dinilai dalam aspek:

Belerang ditabur di sekeliling khemah (di luar khemah dan di bawah “fly-sheet”)

Lantai khemah di atas pemukaan rata

Menyediakan tempat memasak yang kemas dan teratur

Merancang menu masakan harian yang sesuai 2. GEJET

(5%)

Kekemasan Gejet

Ikatan gejet hendaklah kemas.

Menggunakan ikatan asas (contoh: ikatan buku sila, simpul manok dll).

Kesesuaian / Kegunaan Gejet

Gejet asas yang perlu ada : rak kasut, penyidai, tripot/rak menyimpan makanan dan meja/tempat makan

Gejet tambahan : tempat beg/alatan lain ( tempat sampah, membasuh, alatan tajam, pinggan mangkuk)

Kreativiti

Keutamaan diberikan kepada penggunaan bahan terbuang

Keperluan Gejet

Gejet hendaklah menepati keperluannya 4. KONSERVASI

(5%)

4.1 Kebersihan

Kawasan perkhemahan hendaklah sentiasa bersih dan kemas 4.2 Amalan Adaptasi/Amalan Hijau

Seboleh-boleh kekalkan flora yang sedia ada

Elak memotong/mencantas pokok-pokok besar berhampiran Elakkan memasak di pangkal pokok

5. SAHSIAH

(5%)

Ketrampilan/Kepimpinan

Menunjukan ciri ketrampilan/kepimpinan yang cemerlang Kreativiti

Berintraksi secara berhemah dalam kumpulan, bekerjasama, kreatif dan reflektif.

Page 77: Modul PJM3108

1. Mendirikan Khemah

a. Kumpulan mendirikan khemah masing-masing.

b. Penilai menilai berpandukan PMM Perkhemahan dan

merekodkan markah dalam borang penilaian.

2. Gejet

a. Kumpulan dinilai aspek keperluan, kegunaan, kesesuaian,

kekemasan dan kreativiti mengikut

PMM Perkhemahan

b. Penilai merekodkan markah dalam borang penilaian.

3. Amalan Konservasi

a. Kumpulan dinilai amalan konservasi berpandukan PMM

Perkhemahan

b. Penilai merekodkan markah dalam borang penilaian.

4. Sahsiah

a. Pelajar dinilai sahsiah mereka dalam aktiviti perkhemahan

berpandukan PMM Perkhemahan

b. Penilai merekodkan markah dalam borang penilaian.

3.13.3 Peraturan Memberi Markah Perkhemahan

Aspek

Kriteria

1 2 3 4 5

1. MENDIRIKAN

KHEMAH (10 %) 1.1 Kedudukan

khemah 1.2 Cara

mendirikan khemah

1.3 Tali, ikatan dan pancang

1.4 Mengemas khemah

Tiada jarak antara khemah Tidak faham prosedur mendirikan khemah Tidak faham spesifikasi Tidak dikemas

Ada jarak tetapi terlalu sempit Kurang menepati prosedur Kurang menepati spesifikasi Tidak lengkap dan tidak tersusun

Kurang sesuai Mengikut prosedur tetapi kurang memuaskan Mengikut spesifikasi tetapi kurang memuaskan

Sesuai Mengikut prosedur dan memuaskan Mengikut spesifikasi dan memuaskan Lengkap dan tersusun

Sangat sesuai Mengikut prosedur dan sangat memuaskan Mengikut spesifikasi dan sangat memuaskan Lengkap, tersusun dan kemas

Page 78: Modul PJM3108

Aspek

Kriteria

1 2 3 4 5

Lengkap tetapi tidak tersusun

2. GEJET

(5 %) 2.1 Kesesuaian/ Kegunaan gejet

2.2 Kreativiti 2.3 Keperluan

gejet

Ada satu gejet/ gejet tidak sesuai Menggunakan bahan yang sama Tidak digunakan

Ada dua gejet sahaja/kurang sesuai/tidak kukuh Menggunakan bahan berlainan/ ada usaha menggunakan bahan terbuang Kurang menepati keperluannya

Ada tiga gejet asas/sesuai kegunaannya/ kukuh Menggunakan pelbagai bahan terbuang Sebahagian daripada gejet digunakan

Ada empat gejet asas kukuh/sesuai Menggunakan pelbagai bahan terbuang dengan reka bentuk biasa Penggunaan tidak maksimum

Ada empat gejet asas (kasut, beg, penyidai dan peralatan dapor) kukuh/sesuai/ kreatif Menggunakan pelbagai bahan terbuang dengan reka bentuk yang kreatif Digunakan sepenuhnya dan menepati keperluannya

3. KONSERVASI (5%)

3.1 Kebersihan 3.2 Amalan

adaptasi/ amalan hijau

Aspek kebersihan diabaikan Tiada amalan aspek hijau

Kurang penekanan terhadap kebersihan Kurang amalan aspek hijau

Ada penekanan kepada kebersihan tetapi kurang kemas Ada amalan adaptasi aspek hijau

Memberi penekanan kepada aspek kebersihan / kemas serta menjaga dan mengekalkan alam semulajadi

Sangat bersih, kemas dan teratur Keadaan alam semulajadi dipelihara/hargai

4. SAHSIAH (5%) Keterampilan / kepimpinan Kreativiti

Tiada keterampilan/ciri seorang pemimpin Tiada kerjasama/interaksi

Kurang keterampilan/ ciri seorang pemimpin Kurang kerjasama/ interaksi

Mempunyai ciri-ciri seorang pemimpin tetapi kurang yakin Ada kerjasama dan dapat memberi ulasan yang releven

Berketerampilan/ mempunyai ciri-ciri pemimpin dan yakin Berinteraksi dengan baik dan dapat memberi ulasan yang relektif

Seorang pemimpin yang berwibawa Interaksi dalam kumpulan sangat baik, refleksi yang padat dan menunjukkan perkembangan pengajaran dan pembelajaran

TUGASAN TERARAH 2. Dapatkan sumber daripada internet dan bahan rujukan lain

berkaitan langkah-langkah kerajaan dan badan bukan

kerajaan dalam keseriusan melaksanakan Pendidikan

Konservasi di negara ini.

Page 79: Modul PJM3108

Tajuk 4 PENGURUSAN DAN PENGELOLAAN PENDIDIKAN LUAR AKTIVITI AIR

Page 80: Modul PJM3108

Sinopsis Tajuk-tajuk dalam modul ini merangkumi penyediaan kertas kerja, bidang tugas, keselamatan

dan pengelolaan aktiviti air dalam aspek keselamatan dan keyakinan di air, aktiviti kayak dan

snorkeling. Modul ini juga dibekalkan dengan soalan latihan dan senarai bahan rujukan.

Hasil Pembelajaran Setelah selesai mengikuti modul ini, diharap anda dapat:

5. Merancang, mengurus dan melaksanakan aktiviti Pendidikan Luar.

6. Mengetahui punca ketakutan di air dan cara mengatasinya.

7. Menghuraikan aktiviti-aktiviti yang boleh dilaksanakan untuk meningkatkan keyakinan di air.

8. Menjelaskan dengan terperinci berkaitan kemahiran berkayak dan aktiviti snorkeling.

Kerangka konsep tajuk-tajuk modul ini

4.1 Pengurusan dan Pengelolaan Pendidikan Luar. Dalam melaksanakan aktiviti pendidikan luar perancangan amat perlu bagi menjadikan

aktiviti pendidikan luar mencapai objektif dan tujuan yang dikehendaki. Dalam merancang

Page 81: Modul PJM3108

aktiviti pendidikan luar terdapat beberapa langkah dari pra pelaksanaan hingga ke tahap

pelaksanaan. Di awal peringkat pra-pelaksanaan dasar dan objektif program pendidikan luar

perlu diputuskan. Di peringkat ini juga segala urusan pelantikan jawatan kuasa peringkat

perancangan dilakukan. Pihak pengurusan dan ahli jawatan kuasa yang dibentuk akan

berbincang untuk membuat kertas kerja bagi mengdokumentasikan serta membentuk hala tuju

perjalanan program.

Kertas kerja merupakan bahan bertulis yang mengandungi perbincangan mengenai

sesuatu projek untuk dibahaskan. Dengan kata lain kertas kerja yang lengkap akan menjadi

sumber rujukan utama dalam sesuatu program. Kertas kerja juga merupakan dokumen rujukan

yang amat perlu dalam proses memohon kebenaran dan pertolongan dari pihak atasan, oleh itu

kertas kerja perlu lengkap dan terarah. Dalam merancang dan melaksanakan aktiviti pendidikan

luar berbagai pihak perlu dihubungi bagi mendapat kebenaran, memohon bantuan dan

pemberitahuan. Kesemua proses ini memerlukan pihak urusetia menyiapkan dan menghantar

surat bagi memohon kebenaran, memohon bantuan dan pemberitahuan. Memandangkan

perkara ini urusan surat menyurat juga amat penting dalam proses perancangan dan

pelaksanaan dalam program pendidikan luar.

4.2 Pra-Pelaksanaan

Dalam melaksanakan pendidikan luar perancangan yang teliti amat perlu sebelum mengadakan

pendidikan luar. Pengajur perlu membentuk jawatan kuasa dan memanggil mesyuarat

perancangan Perancangan dan persiapan awal termasulah memikirkan konsep, tema objektif

kertas kerja pendidikan luar dan segala urusan surat menyurat kepada pihak terlibat.

4.2.1. Pelantikan Jawatankuasa dan pengagihan tugas

Terdapat dua bentuk jawatan kuasa perancang dan pelaksana. Berikut adalah

ahli-ahli jawatankuasa serta bidang tugasnya dalam merancang aktiviti Pendidikan Luar.

Pengerusi projek

Bertanggungjawab dalam menguruskan pentadbiran, kewangan dan aktiviti.

Memastikan arahan daripada penasihat program dapat dijalankan.

Page 82: Modul PJM3108

Memberi arahan yang tepat dan jelas kepada jawatan kuasa dalam melaksanakan tugas

atau aktiviti.

Menjadi orang tengah dalam mengemukakan cadangan atau usul ahli kepada pihak

yang berkenaan.

Bertanggungjawab menentukan hala tuju program Pendidikan Luar.

Timbalan Pengerusi

Membantu pengerusi dalam melicinkan perlaksanaan aktiviti.

Memangku tugas pengerusi semasa ketiadaannya.

Kem Komanden

Menyelaras dan menguruskan semua aktiviti yang berkaitan dengan pelaksanaan

Pendidikan Luar

Mengadakan taklimat kepada peserta

Orang yang membuat keputusan yang penting ketika melaksanakan aktiviti Pendidikan

Luar

Setiausaha

Bertanggungjawab kepada pengarah dalam bidang pengurusan dan pentadbiran.

Mengumpul semua maklumat seperti merekodkan semua fail-fail untuk rujukan.

Bertanggungjawab untuk hadir setiap mesyuarat dalam pelaksanaan program.

Menguruskan urusan surat menyurat kepada pihak yang berkenaan.

Memanggil ahli jawatan kuasa untuk bermesyuarat

Menyedia dan mengedarkan catatan minit mesyuarat dan surat pekeliling kepada yang

berkenaan.

Bersama pengerusi menentukan tempat, masa, tarikh dan agenda mesyuarat

Mewujudkan rasa kekitaan dan kerja berkelompok di kalangan AJK.

Menyediakan kertas kerja yang diperlukan oleh program.

Menyusun dan menyediakan tempat dan kemudahan mesyuarat.

Timbalan Setiausaha

Page 83: Modul PJM3108

Membantu setiausaha dalam melicinkan perlaksanaan aktiviti.

Memangku tugas setiausaha semasa ketiadaannya.

Bendahari

Bertanggungjawab kepada pengerusi dalam bidang pengurusan pentadbiran kewangan.

Menyedia dan menyimpan buku akaun untuk program.

Menerima dan menyimpan cek-cek dan wang tunai milik program.

Menyimpan semua resit-resit, baucer-baucer, buku rekod wang keluar masuk dan lain-

lain yang berkaitan dengan pengurusan kewangan.

Menjaga dan menguruskan harta benda bagi program dengan baik.

Menyediakan laporan wang masuk dan keluar setiap kali mesyuarat.

Memberi pandangan dalam usaha untuk menyelesaikan masalah kewangan bagi

pelaksanaan program.

Menandatangani cek-cek bersama pengerusi atau setiausaha atau kedua-duanya

sekali.

Jawatankuasa Teknikal

Membentuk satu jawatan kuasa kecil

Menyimpan rekod alatan kumpulan seperti khemah, periuk,parang, pisau dan

sebagainya

Menyediakan segala keperluan berkaitan teknikal bagi melicinkan pelaksanaan

program.

Mengemaskini alatan dan mengawal pergerakan alatan kumpulan

Bertanggungjawab terhadap peralatan yang digunakan semasa sesuatu aktiviti atau

projek dilaksanakan.

Jawatak kuasa Aktiviti

Membentuk satu jawatan kuasa kecil.

Merancang program latihan fizikal dalam pendidikan luar berdasarkan objektif

Merancang dan memikirkan langkah-langkah keselamatan dalam Pendidikan Luar

Page 84: Modul PJM3108

Bertanggungjawab dengan jawatan kuasa lain dalam merancang atau menetapkan

aktiviti bagi program Pendidikan Luar

Jawatan kuasa kerohanian

Membentuk satu jawatan kuasa kecil

Merancang dan melaksana aktivit kerohanian termasuk solat, kuliah subuh dan kuliah

maghrib

Membuat giliran iman dan bilal bagi setiap solat

Memastikan peserta bukan islam mengamalkan ajaran agama masing-masing dan

diberi kuliah moral

Jawatan kuasa Aturcara dan Buku Program

Membentuk satu jawatan kuasa kecil.

Bekerjasama dengan jawatan kuasa pendidikan, kejurulatiahan dan protokol menyusun

jadual pertandingan atau aturcara majlis mengikut kesesuaian sepanjang sesuatu aktiviti

atau projek berlangsung.

Menyediakan aturcara bagi penyampaian hadiah.

Menjemput dan mendapatkan senarai VIP dan jemputan khas yang sepatutnya hadir

pada hari penyampaian hadiah.

Menyediakan acara sambutan kedatangan VIP, penyambut tetamu dan segala

persiapan untuk keperluan sambutan.

Bertanggungjawab mendapatkan Pengacara Majlis (MC) bagi setiap kategori atau

keseluruhan kategori dan menyediakan draf teks MC.

Mendapatkan senarai pemenang dan penyampai hadiah dari jawatan kuasa peserta

untuk kemudahan MC mengumumkan pemenang.

Menguruskan keseluruhan perlaksanaan aturcara dan program kepada semua yang

hadir sepanjang program berjalan.

Membantu semua jawatankuasa membuat persiapan, peralatan dan sebagainya.

Membantu jawatan kuasa hadiah dan cenderahati dalam menyediakan keperluan-

keperluan berkaitan dengan penyampaian hadiah seperti cara penyampaian dilakukan,

muzik yang bersesuaian dan lain-lain.

Page 85: Modul PJM3108

Jawatan kuasa Protokol

Membentuk satu jawatan kuasa kecil.

Memastikan para peserta telah bersedia lebih awal ketika acara perasmian atau

penutup

Menyenarai atau menentukan tetamu jemputan atau VIP yang akan hadir.

Menyambut para jemputan, hadirin dan peserta serta mengarahkan mereka ke tempat

duduk yang sepatutnya.

Menyelia susun atur kerusi bagi jemputan atau VIP di dalam dewan.

Menjaga kawalan peserta

Menyediakan roset untuk jemputan yang bersesuaian.

Jawatankuasa Promosi / Publisiti

Membentuk satu jawatan kuasa kecil.

Merancang bentuk dan konsep hebahan yang boleh menarik minat peserta tentang

sesuatu projek atau aktiviti.

Membuat poster-poster dan menyediakan kain rentang untuk mempromosikan sesuatu

projek atau aktiviti.

Mendapatkan penaja bagi keperluan promosi, pengiklanan dan hebahan mengenai

sesuatu projek atau aktiviti.

Menjemput wartawan untuk membuat liputan

Jawatan kuasa Persiapan / Keceriaan

Membentuk satu jawatan kuasa kecil.

Memastikan perjalanan program lancar dan tapak program sentiasa bersih serta selesa.

Membuat back-drop untuk pentas bersesuaian dengan sesuatu projek atau aktiviti.

Jawatan kuasa Urusetia dan Pendaftaran Peserta

Membentuk satu jawatan kuasa kecil.

Page 86: Modul PJM3108

Menguruskan pendaftaran peserta sebelum bertolak dan memastikan jumlah peserta

mencukupi

Mengurus, menerima atau menyenaraikan nama peserta dalam sesuatu projek atau

aktiviti.

Memastikan giliran peserta atau kehadiran peserta untuk sesuatu projek atau aktiviti

serta hadir pada masanya.

Bertanggungjawab sepenuhnya terhadap para peserta sepanjang sesuatu projek atau

aktiviti itu berlangsung.

Jawatan kuasa Disiplin / Keselamatan

Membentuk satu jawatan kuasa kecil.

Memastikan keselamatan di dalam kawasan aktiviti terjamin.

Memastikan setiap aktiviti yang dijalankan selamat dan berjalan lancar.

Sentiasa bersedia jika terdapat kemalangan atau sesuatu yang tidak diingini

Merancang aktiviti kawalan malam.

Membawa beberapa unit kelengkapan perubatan seperti “first aid”.

Jawatan kuasa Hadiah / Cenderahati

Membentuk satu jawatankuasa kecil.

Sentiasa berurusan dengan ahli jawatan kuasa lain bagi melicinkan perjalanan sesuatu

projek atau aktiviti.

Merancang jenis hadiah atau cenderahati yang akan diberi dalam sesuatu projek atau

aktiviti serta bersesuaian dengan sesuatu majlis atau acara.

Menguruskan penempahan hadiah kepada para peserta, cenderahati kepada petugas

luar atau jemputan.

Menetapkan atau merancang budget hadiah mengikut pengklasifikasian sesuatu projek

atau aktiviti.

Memastikan semua hadiah telah tersedia sebelum dibawa ke tapak perkhemahan

Hadiah atau cenderahati hendaklah disiapkan selewat-lewatnya dua (2) minggu

sebelum tarikh sesuatu projek atau aktiviti bermula.

Menyenaraikan senarai peralatan dan keperluan bagi acara penyampaian hadiah dan

memaklumkan kepada jawatan kuasa yang terlibat.

Page 87: Modul PJM3108

Menyusun hadiah dan cenderahati bagi memudahkan acara penyampaian hadiah.

Menguruskan dan mendapatkan senarai pemenang dari jawatan kuasa peserta.

Menyusun nama penyampai hadiah berserta pengiring yang berkaitan dengan aturcara

penyampaian hadiah mengikut acara.

Menyediakan keperluan-keperluan yang berkaitan dengan penyampaian hadiah seperti

cara penyampaian dilakukan, muzik yang bersesuaian dan lain-lain.

Jawatan kuasa Jamuan / Makanan

Membentuk satu jawatan kuasa kecil.

Menyediakan budget dan jenis makanan atau hidangan ringan yang perlu disediakan

bagi jawatan kuasa sepanjang program berlangsung.

Mendapatkan caterer jika perlu yang boleh menawarkan harga yang berpatutan untuk

keperluan makanan dan minuman.

Menyediakan budget bagi setiap kumpulan peserta

Mebahagikan bahan mentah untuk dimasak oleh peserta

Memberi nasihat kepada kumpulan peserta terhadap hidangan makanan

Membuat penempahan dan memaklumkan jenis makanan serta jumlahnya.

Bertugas menyediakan hidangan jamuan makanan kepada pihak-pihak yang berkaitan

dan memastikan tiada petugas dan AJK yang ketinggalan.

Melayan tetamu yang makan dan membahagikan makanan dengan sebaik mungkin.

Memastikan kebersihan tempat makan.

Mengemaskan dan membersihkan tempat makan, makanan yang berlebihan dan

sebagainya.

Menyediakan bekas makanan dan minuman serta plastik sampah.

Jawatan kuasa Pengangkutan

Membentuk satu jawatan kuasa kecil

Memastikan keperluan pengangkutan sepanjang sesuatu program yang berlangsung

telah mencukupi bagi keperluan persiapan, urusetia, peserta dan sebagainya.

Membuat tempahan kenderaan sama ada bas atau van untuk kegunaan sebelum,

semasa dan selepas sesuatu aktiviti atau projek dijalankan.

Page 88: Modul PJM3108

Membuat penjadualan perjalanan bas untuk kegunaan serta rujukan pegawai yang

terlibat bagi kegunaan pemandu, urusetia dan peserta.

Sentiasa mengingatkan pemandu tentang jadual dan keperluan pengangkutan dengan

mengambil kira rasional logik perjalanan dan kebajikan pemandu seperti kemampuan,

masa rehat dan kebajikan mereka.

Jawatan kuasa Fotografi dan Dokumentasi

Membentuk satu jawatan kuasa kecil

Bekerjasama dengan pihak jabatan penyiaran menerusi saluran media cetak mahupun

elektronik.

Menggunakan kamera atau video-cam bagi merakamkan sesuatu aktiviti atau projek.

Menjadi jurukamera sepanjang sesuatu program berlangsung.

Memaklumkan kepada wartawan (press) tentang sesuatu program yang dilangsungkan.

Jawatan kuasa Logistik

Membentuk satu jawatan kuasa kecil.

Membuat persediaan dan menyiapkan tempat dan segala keperluan seminggu sebelum

sesuatu acara diadakan.

Memastikan peralatan dan persiapan yang telah dibuat dapat digunakan.

Sekiranya berlaku sebarang keadaan di luar jangkaan, jawatan kuasa ini perlu

mengambil tindakan serta-merta untuk mengatasi masalah tersebut.

Bertanggungjawab terhadap peralatan yang telah digunakan.

Memastikan segala peralatan dibawa dan dipulangkan dalam keadaan dan kuantiti yang

sama.

Mengagihkan peralatan mengikut sesuatu acara yang terjadual.

Jawatan kuasa Pertandingan dan Persembahan

Membentuk satu jawatan kuasa kecil.

Mendapatkan juri atau peserta bagi sesuatu aktiviti atau projek yang dijalankan.

Merancang persembahan, tujuan program atau memastikan objektif sesuatu aktiviti atau

projek berjaya disempurnakan.

Page 89: Modul PJM3108

Merancang atau menetapkan masa bagi setiap persembahan atau matlamat sesuatu

projek atau aktiviti.

Merancang jenis, bentuk atau konsep persembahan.

Merekodkan atau mencatat setiap keputusan yang telah dibuat oleh para juri.

Memastikan setiap persembahan dilaksanakan dalam suasana yang ceria dan gembira.

Jawatan kuasa Tugas-tugas Khas

Membentuk satu jawatan kuasa kecil

Mengenal pasti tugas-tugas atau kerja-kerja yang di luar perancangan.

Membantu jawatan kuasa lain membuat persediaan sekiranya diperlukan.

Sentiasa berada di kawasan aktiviti sepanjang sesuatu aktiviti atau projek berlangsung.

Membuat laporan berkenaan tugas-tugas yang telah dilaksanakan.

4.3 Mesyuarat Perancangan.

Mesyuarat membawa makna aktiviti perundingan dalam membincang sesuatu isu yang

tersurat dan tersirat bagi mencapai satu keputusan. Mesyuarat bertujuan untuk mengumpul

idea dan menyatukan fikiran bagi membina keputusan. Mesyuarat perancang bagi aktiviti

pendidikan luar perlu diadakan bagi memastikan perjalanan sesuatu aktiviti pendidikan luar

dapat dilaksanakan dengan lancar.

Mesyuarat perancangan diadakan selepas mesyuarat jawatan kuasa kerja meluluskan

sesuatu program itu dilaksanakan. Terdapat beberapa siri mesyuarat perancangan yang perlu

diadakan dalam melaksanakan program pendidikan luar. Kekerapan mesyuarat bergantung

kepada keupayaan ahli jawatankuasa menyelesaikan masalahnya. Antara contoh siri

mesyuaratnya ialah

Mesyuarat pelantikan jawatan kuasa perancangan menentukan dasar pendidkan luar

dan pembinaan kertas kerja.

Mesyuarat permurnian kertas kerja

Mesyuarat pelantikan ahli jawatan kuasa pelaksanaan program Pendidikan Luar

Mesyuarat sebelum pelaksanaan program

Page 90: Modul PJM3108

Mesyuarat pendaftaran peserta

4.4. Penyediaan Kertas Kerja.

Kertas kerja merupakan bahan bertulis yang mengandungi perbincangan mengenai

sesuatu projek untuk di bahaskan. Kertas kerja merupakan dokumen yang penting dalam

merancang sesuatu projek. Kertas kerja yang baik adalah kertas kerja yang dapat memberi

gambaran yang jelas tentang hala tuju, jenis aktiviti, jawatan kuasa, peserta dan perbelajaan

sesuatu projek.

4.4.1 Menyediakan Kertas Kerja mengikut format yang ditetapkan

Antara format kertas kerja yang selalu digunakan ialah seperti berikut:

Tajuk Kertas Kerja

Tulis tajuk dengan ringkas dan bermakna

Tujuan Kertas Kerja

Nyatakan secara jelas tujuan kertas kerja disediakan sama ada untuk:

Kelulusan, maklumat atau perbincangan

Untuk siapa kertas kerja di kemukakan

Nyatakan apakah objektif dan matlamat yang hendak dicapai

Penerangan tentang projek

Nyatakan secara jelas butiran mengenai

Tarikh, masa atau tempat

Peserta kumpulan sasaran

Yuran atau bayaran yang dikenakan

Kerjasama atau bantuan di unit atau persatuan lain

Jawatan kuasa pelaksana

Nyatakan secara jelas segala butiran mengenai:

Page 91: Modul PJM3108

Nyatakan atau sertakan minit mesyuarat induk yang telah memutuskan

untuk mengadakan projek yang di pohon

Senarai penuh jawatankuasa

Peranan dan bidang tugas jawatan kuasa

Anggaran pebelanjaan

Nyatakan secara terperinci anggaran pendapatan serta perbelanjaan termasuk

belanja runcit sebanyak 10 peratus dan diperincikan mengikut butir-butir

perbelanjaan

Susun atur atau atur cara

Sediakan jadual tentative program yang terperinci dari awal hingga akhir

termasuklah atur cara perasmian dan penutup dengan menyatakan masa,

tempat dan tindakan jurulatih atau fasilitator.

Peserta

Nyatakan kumpulan sasaran yang akan menyertai program ini sama ada pelajar

atau kakitangan anggaran bilangan peserta

Tindakan

Senaraikan cadangan jurulatih dan faslitator yang terlibat dalam setiap aktiviti

yang dirancang

Sokongan

Rujuk keseluruhan kertas kerja kepada penasihat atau pegawai yang berkaitan

untuk di komen atau diberi sokongan

4.4.2. Mendapat Kelulusan dari pihak pengurusan

Kertas kerja yang telah dibina perlu dihantar untuk mendapat kelulusan dari

pihak pengurusan. Penganjur mesti memastikan tarikh serahan kertas kerja menepati

kehendak masa pemprosesan kelulusan. Penganjur juga perlu bersedia untuk memberi

rasional tentang kertas kerja serta aktiviti yang hendak dilaksanakan. Tindakan

Page 92: Modul PJM3108

pelaksanaan seterusnya dilaksanakan selepas mendapat kelulusan daripada pihak

berkuasa.

4.4.3. Menyediakan Jadual Tindakan Tentatif

Jadual tindakan perlu dibina bagi memastikan perlaksanaan program berjalan

dengan lancar. Jadual tindakan ini membolehkan pengerusi memantau aktiviti

perancangan dan pelaksanaan aktiviti. Jadual tindakan tentatif boleh dalam bentuk carta

gantt, senarai semak, jadual, carta alir dan lain-lain media yang mudah difahami.

4.5. Pengurusan Surat menyurat.

Sebelum memulakan sesuatu aktiviti pendidikan luar, perkara yang amat penting sekali

ialah memohon kebenaran. Jawatan kuasa perancang perlu mendapat kebenaran dan

memaklumkan dari berbagai pihak sebelum melaksanakan aktiviti Pendidikan Luar.

4.5.1 Surat kebenaran

Dalam aktiviti Pendidikan Luar, segala aktiviti dilakukan di luar bilik darjah sudah

pasti pihak penganjur perlu mendapat kebenaran daripada ibu bapa ataupun penjaga

terlebih dahulu sebelum menjalankan aktiviti. Selain daripada itu, surat kebenaran

kepada pelbagai agensi yang terlibat secara langsung dan tidak langsung perlu ditulis.

Surat-surat memohon kebenaran untuk mengadakan pendidikan luar perlu dihantar awal

supaya pihak yang berkenaan dapat membalas dalam masa yang sesuai. Contoh

senarai surat yang perlu dihantar untuk memohon kebenaran dalam aktiviti pendidikan

luar ialah:

Surat kebenaran ibu bapa penjaga

Kandungan surat itu perlu mengandungi masa, tarikh, tempat dan aktiviti yang

terlibat. Surat ini juga perlu mengandungi persetujuan perjanjian pelepasan

tanggungjawab pihak penganjur. Penganjur juga boleh meletakkan nombor

telefon sekiranya berlaku kecemasan ketika program.

Surat kebenaran pemilik tapak perkhemarhan

Page 93: Modul PJM3108

Kandungan surat itu perlu mengandungi masa, tarikh, tempat dan aktiviti yang

terlibat. Surat ini juga boleh mengandungi harapan atau bantuan dari pihak

pengajur kepada pemilik tapak perkhemahan (Sekiranya berkenaan). Pemilik

tapak perkhemahan bukan saja individu tetapi kemungkinan badan-badan

swasta atau kerajaan contohnya pihak berkuasa tempatan.

4.5.2 Surat pemberitahuan, memohon kebenaran dan bantuan

Surat ini biasanya mempunyai 3 tujuan utama iaitu:

i. Surat yang ditujukan kepada pihak berkuasa bertujuan untuk memberitahu

perlaksanaan aktiviti di kawasan jagaan pihak tersebut

ii. Surat yang ditujukan bertujuan untuk memohon kebenaran daripada pihak tertentu

untuk menjalankan aktiviti

iii. Surat yang bertujuan untuk memohon bantuan dari segi teknikal dan keselamatan

daripada pihak tertentu

Surat pemberitahuan, memohon kebenaran dan bantuan dari balai polis terdekat

Kandungan surat itu perlu mengandungi masa, tarikh, tempat dan aktiviti yang

terlibat. Penganjur perlu memaklumkan dan memohon mengadakan aktiviti dari

pihak polis. Surat ini juga perlu mengandungi permohonan bantuan dari pihak

pihak polis kepada pengajur, contohnya mengadakan rondaan yang kerap di

kawasan aktiviti dan lain-lain

Surat pemberitahuan, memohon kebenaran dari jabatan laut

Kandungan surat itu perlu mengandungi masa, tarikh, tempat dan aktiviti yang

terlibat. Penganjur perlu memaklumkan dan memohon mengadakan aktiviti dari

jabatan laut terutama jika aktiviti berkaitan dengan taman laut. Surat ini juga

boleh mengandungi permohonan bantuan dari pihak jabatan laut kepada

Page 94: Modul PJM3108

pengajur, contohnya menggunakan khidmat pegawai jabatan laut bagi

menerangkan tentang taman laut.

Surat pemberitahuan, memohon kebenaran dan bantuan dari jabatan perhutanan

Kandungan surat itu perlu mengandungi masa, tarikh, tempat dan aktiviti yang

terlibat. Penganjur perlu memaklumkan dan memohon mengadakan aktiviti dari

jabatan perhutanan terutama jika aktiviti berkaitan dengan hutan simpan Surat

ini juga boleh mengandungi permohonan bantuan dari pihak jabatan perhutanan

kepada pengajur, contohnya menggunakan khidmat ranger hutan bagi

menerangkan tentang flaura dan fauna yang terdapat di hutan simpanan.

Surat pemberitahuan, memohon kebenaran dan bantuan dari jawatan kuasa kampong

Kandungan surat itu perlu mengandungi masa, tarikh, tempat dan aktiviti yang

terlibat. Penganjur perlu memaklumkan dan memohon mengadakan aktiviti dari

jabatan kuasa kampung yang terlibat. Surat ini juga boleh mengandungi

permohonan bantuan dari pihak jabatan kuasa kampung kepada pengajur

terutama dari aspek keselamatan kawasan aktiviti Pendidikan Luar.

Surat pemberitahuan dan memohon bantuan dari Jabatan kesihatan

Kandungan surat itu perlu mengandungi masa, tarikh, tempat dan aktiviti yang

terlibat. Penganjur perlu memaklumkan dan memohon bantuan kecemasan

sekiranya berlaku kecemasan dalam menjalankan aktiviti Pendidikan Luar.

4.6 Definisi

Seseorang guru sukan atau jurulatih renang hendaklah memastikan bahawa keyakinan

perenang baru dapat dibina dan menunjukkan bahawa berenang adalah suatu aktiviti

yang menyeronokkan. Keyakinan di air merupakan satu keadaan atau proses untuk

mengatasi kurang yakin dan takut kepada kawasan-kawasan berair seperti sungai, tasik

dan laut. Perasaan ini mungkin terjadi disebabkan sifat semulajadi ataupun sebab-sebab

lain.

Page 95: Modul PJM3108

4.7 Ketakutan Di Air

Perasaan takut terhadap air ialah satu keadaan yang tidak diketahui punca, reaksi yang

tidak dikehandaki, keadaan tingkah laku yang dialami oleh seseorang yang menghalang

perenang dari belajar berenang kemahiran-kemahiran air atau memasuki satu kawasan

air seperti kolam renang, laut, tasik ataupun sungai.

4.7.1 Punca ketakutan air

1. Pengalaman pembelajaran langsung

– pengalaman peribadi dengan melakukannya, merasainya, dan mengalaminya

secara fizikal

2. Pengalaman pembelajaran tidak langsung

– menyaksikan kejadian, menonton filem (Titanic, Crocs and Sharks Piranhas Wild

Life Documentaries!) dan mimpi

3. Asalan Modal Penglihatan

– pembacaan, berbual, mendengar dan kisah

4. Pembelajaran separa sedar

– perasaan takut air telah berlaku tanpa sedar secara negatif semenjak

dari kecil lagi

4.7.2 Cara mengatasi ketakutan air

Terdapat beberapa cara untuk mengatasi ketakutan di air iaitu :

o biarkan anak sekadar merendam kakinya atau mencepur-cepur air di kawasan air

cetek sambil tetap mengenakan pakaian renang.

o Menggalakkan murid belajar di kelab-kelab renang yang mempunyai pantauan rapi.

o Selalu mengajak mereka berenang bersama kawan-kawan atau sedara

mara

o Nyatakan kepada mereka berenang sungguh menyenangkan, Kalaupun

murid tetap takut, jangan memaksa apalagi memarahi rasa takutnya.

4.8 Aktiviti-Aktiviti Keyakinan Di Air

Page 96: Modul PJM3108

Berjalan Dengan Selamat

Berseorangan

o Pegang susur kolam renang dengan sebelah tangan dan berjalan dengan kaki yang

dijarakkan sedikit ke hadapan dan ke belakang.

o Berjalan berseorangan dan menyeberangi lebar kolam.

Berdua

o Perenang berdiri seorang di hadapan dan seorang lagi di belakang. Perenang yang

berdiri di belakang, meletakkan tangannya di atas bahu pasangannya yang berada di

hadapan. Kedua-dua perenang berjalan ke hadapan dengan meluncur kaki berselang-

seli di atas lantai kolam renang.

Bentuk Bulatan

o Berdiri beramai-ramai dalam bentuk bulatan di kolam renang, dengan tangan kanan

berpegangan di tengah bulatan. Berjalan bersama-sama mengikut arah jam.

o Berdiri dalam bentuk bulatan dan memegang tangan. Para perenang membilang 1

dan 2. Mula dengan no 1 mengapung sambil memegang tangan. Kemudian no 2

„mengapung‟ dengan mengangkat kaki seperti gambar berikut.

Page 97: Modul PJM3108

Mengangkat Kaki Dari Lantai.

Berseorangan

o Pegang susur dengan dua belah tangan.

o Letakkan kedua-dua kaki di atas dinding kolam dengan lutut dibengkokkan.

o Bergerak dengan pergerakkan kecil tangan dan kaki ke sisi sepanjang dinding

kolam.

Cara Terapung

o Langkah yang penting untuk berenang ialah belajar cara bagaimana air boleh

menyokong / menampung berat badan anda. Keapungan badan boleh

dipraktikkan melaui perbagai posisi yang berikut:

o Apung rumpun atau apung ampai-ampai.

o Apung meniarap

o Apung terlentang

Page 98: Modul PJM3108

APUNG RUMPUN/AMPAI-AMPAI

o Berdiri di dalam air, aras dada.

o Menarik nafas dan menahan nafas

o Membongkok dan meletakkan dada dan muka di dalam air.

o Menghulurkan tangan untuk menyentuh tulang kering dengan mata sentiasa

terbuka.

o Dengan perlahan-lahan bawa lutut ke dada dan pegang tulang kering dengan

tangan.

o Badan akan mengapung dalam posisi ini.

o Menahan nafas seberapa lama yang boleh

BERDUA

o Perenang A memegang susur dan menghulurkan sebelah kaki ke belakang.

o Perenang B memegang kaki itu dan kemudian menyokong kaki sebelah lagi yang

dihulurkan oleh perenang A

o Perenang A kemudiannya membengkokkan lututnya ke bawah badan dan berdiri

semula.

Page 99: Modul PJM3108

o Untuk berbalik kepada kedudukan berdiri semula:

– Luruskan kaki ke bawah kolam.

– Angkat/naikkan kepala dengan muka di atas permukaan air.

APUNG MENIARAP

o Berdiri di dalam air, aras pinggang.

o Berdiri membelakang dinding.

o Letakkan sebelah kaki bersandar pada dinding dengan lutut bengkok.

o Hulurkan tangan ke atas kepala, dengan lengan menyentuh telinga dan ibu jari

terkunci.

o Bongkokkan badan dan letakkan dada, muka dan tangan di air.

o Mata sentiasa terbuka.

o Dengan perlahan tetapi kukuh, tolak dari dinding.

o Biarkan tubuh meluncur ke hadapan dengan kaki lurus di belakang.

o Untuk berbalik kepada kedudukan berdiri semula;

– Bengkokkan lutut dan bawa ke dada.

– Tekankan tangan ke bawah dan naikkan kepala.

– Biarkan tubuh tenggelam sehingga kaki menyentuh lantai kolam

– Luruskan kaki dan berdiri.

Page 100: Modul PJM3108

APUNG TELENTANG

o Pegang palung atau susur kolam renang dengan tangan berjarak lebih kurang

seluas bahu.

o Letakkan kedua-dua kaki pada dinding, tetapi di bawah permukaan air.

o Penyokong berdiri di belakang perenang dengan memegang di bawah bahu

perenang.

o Perenang meluruskan tubuh dengan tangan didepakan.

o Tangan penyokong masih menyokong di bawah bahu perenang.

o Untuk berbalik kepada kedudukan berdiri semula dari posisi apung telentang:

– Gerakkan tangan dengan tarikan kuat sepert melakukan skip ke

belakang.

– Pada masa yang sama, angkat kepala dan bawa lutut ke posisi duduk.

– Tekan dan turunkan kaki ke lantai kolam.

Page 101: Modul PJM3108

4.9 Sejarah Kayak

Kayak adalah bot didayung oleh manusia. Ia dicipta oleh penduduk asal kawasan Artik

di Amerika Utara dan Greenland biasanya dikenali sebagai Inuit atau Eskimo.

Perkataan "kayak" asalnya bererti "bot manusia/lelaki". Pembinaan asalnya merupakan

rangka kayu diselitupi dengan kulit haiwan seperti kulit anjing laut. Kayak asal ini

digunakan untuk memburu di lautan lepas Lautan Artik.

Kayak biasanya dikemudikan dengan menggunakan pendayung dua belah. Pengguna

kayak atau pendayung duduk dalam kayak dengak kaki mereka kehadapan. Bahagian

atas kayak ditutup dengan geladak. Pengayuh duduk dalam lubang di kokpit yang boleh

ditutup dengan skirt limpahan (atau spraydeck). Ini menjadikan bahawa, sekiranya

kayak terbalik, kayak tidak akan dipenuhi air, dan pendayung boleh menegakkan kayak

kembali tanpa dipenuhi air. Pergerakan ini dikenali sebagai gulingan Eskimo Eskimo

Roll.

Pada zaman moden, kayak telah dimajukan lebih lanjut menjadi beberapa jenis

termasuk : berkayak di air putih whitewater kayaking, bot bermain playboats, surfing,

kayak laut, perlumbaan air tenang, berkanoe Slalom, polo kanoe dan riadah. Di negara

kita, aktiviti berkayak ini mula wujud sejak tahun 50an lagi. Masyarakat Melayu telah

tinggal dan menetap di tepi sungai masih menggunakan kanu sebagai kenderaan

pengangakutan air. Aktiviti kayak ini mula berkembang apabila persatuan Rekreasi luar

Wilayah Persekutuan menjelajah seluruh pantai Barat Semenanjung Malaysia dan

secara tidak langsung telah menarik minat orang ramai melibatkan diri secara aktif

dalam aktiviti berkayak ini.

Page 102: Modul PJM3108

4.9.1 Jenis-jenis Kayak

Kayak boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu :

1. Kayak satu tempat duduk

Sesuai digunakan oleh mereka yang baru belajar berkayak berukuran 14‟6‟ sehingga 15‟

„beam‟ (sisi) 26” atau panjang lebih kurang 4 meter.

2. Kayak dua tempat duduk

Kayak jenis ini dikenali sebagai “swedish form” yang dibuat untuk keseimbangan dan

keselesaan. Kayak ini berukuran 17‟ hingga 17‟3”, „beam‟ 32” hingga 33”.

Selain itu, kayak boleh dibahagikan kepada 3 kelas utama berdasarkan bahagian

bawahnya (hull) iaitu :

1. Mandesta (bentuk V)

Bahagian bawah kayak ini berbentuk bentuk V . Ini bertujuan untuk memudahkannya

memotong air, bergerak dalam garis lurus dengan pergerakan yang laju. Namun begitu,

kayak ini memerlukan kemahiran imbangan yang tinggi.

Mandesta

2. Ottersport (bentuk U)

Page 103: Modul PJM3108

Bahagian bawah kayak ini berbentuk U ataupun rata. Ia amat stabil di semua situasi air

dan sesuai bagi mereka yang baru belajar kayak. Pergerakan kayak ini amat perlahan

dan mudah tersasar haluannya disebabkan bahagian bawahnya lebih mudah

menampan ombak berbanding kayak lain. Contoh kayak ini ialah kayak rekreasi dan TK

(touring kayak).

Ottersport

3. Slalom (bentuk O)

Keratan rentas di bahagian atas dan bawah kayak ini berbentuk O atau bulat. Ia

digunakan untuk aktiviti arus deras dan lebih laju berbanding ottersport. Namun kayak

ini lebih mudah berpusing kerana „rocker‟lebih tinggi berbanding kayak jenis lain.

Pengendalian kayak ini memerlukan kemahiran imbangan yang sederhana kerana

bentuknya memudahkan kemahiran gulingan dilakukan. Contoh kayak jenis ini ialah

„slalom‟, „polo‟, dan „rodeo‟.

Slalom

4.9.2 Kategori Kayak

1) Kayak jenis Creek Boat

Page 104: Modul PJM3108

Kayak jenis ini ialah kayak yang digunakan oleh orang yang baru menceburi bidang

kayak dan kanu. Ini adalah kerana kayak Creek ini memberikan kestabilan yang tinggi

dan mudah untuk dikendalikan.

2) Kayak jenis Polo

Kayak jenis ini digunakan di kawasan danau yang tenang dan kolam. Kayak ini hampir

sama dengan kayak Creek boat tetapi bentuk belakangnya lebih leper ini adalah bagi

memudahkannya memotong air semasa berpusing. Kayak ini juga dimainkan oleh

pemain polo berkayak.

3) Kayak jenis inflatable

Page 105: Modul PJM3108

Kayak jenis ini diperbuat daripada gabungan getah dan gentian kaca. Kayak ini

mempunyai daya apungan yang tinggi. Kayak jenis ini perlu dipam angin sebelum

digunakan.

4) Kayak jenis Squirt

Kayak jenis ini sesuai digunakan untuk Rodeo di arus deras seperti enders dan catwhell,

ini adalah kerana kayak ini berbentuk tipis dan ruang di dalamnya hanya boleh

memuatkan kaki pendayung sahaja. Saiz kayak ini hanya 2.5 meter. Oleh hal yang

demikian, kayak ini mampu menyelam.

5) Kayak jenis Sprint

Page 106: Modul PJM3108

Kayak jenis ini selalunya digunakan untuk acara perlumbaan. Ini adalah kerana kayak ini

berbentuk panjang, kecil dan tirus. Ianya sangat laju dan pendayungnya memiliki

keseimbangan yang sangat baik.

6) Kayak jenis Slalom

Kayak slalom digunakan dalam keadaan selok belok. Kayak ini bersaiz pendek di

hadapan dan panjang serta lebih kembung di bahagian belakang. Panjang kayak ini

ialah 6 meter dan dibentuk tajam di bahagian hadapan. Oleh hal yang demikian kayak

ini memiliki kelajuan dan kestabilan yang tinggi.

7) Kayak jenis Downriver.

Page 107: Modul PJM3108

Kayak ini berukuran panjang sekitar 4 meter, direka bentuk dan dibina dengan deck

leper, depan lancip, memudahkan pendayung untuk masuk celah di pagar slalom

8) Kayak Sea

Kayak ini digunakan untuk melakukan aktiviti di laut. Kayak jenis ini berkuasa

mengharungi lautan. Kayak ini telah dibekalkan dengan kompas untuk navigasi, Selain

itu kayak ini mempunyai mempunyai ruang bebas air bagi menyimpan barangan semasa

melakukan aktiviti. Di belakang kayak ini pula terdapat alat kemudi.

9) Kayak Sit on Top

Kayak jenis ini lambat bergerak dan juga sukar dikemudi. Selain itu kayak ini sukar

untuk melakukan kemahiran atau teknik berguling (Eskimo Roll). Kelebihan kayak ini

ialah air tidak akan bertakung di dalamnya kerana kayak ini telah direka lubang-lubang

khas untuk menghindarkan takungan.

Page 108: Modul PJM3108

4.9.3 Peralatan-peralatan Kayak

Enjin bot

Dinghi

Pendayung

Page 109: Modul PJM3108

Kayak

Wisel

Jaket keselamatan

4.9.4 ANATOMI KAYAK

Page 110: Modul PJM3108

BIL BAHAGIAN FUNGSI

1. Bow and stern

Bahagian muncung hadapan dan belakang kayak yang

berbentuk tajam dan bulat.

Bow adalah muncung bahagian hadapan manakala stern

ialah muncung bahagian belakang.

Bahagian ini boleh ditentukan dengan meninjau bentuk

coaming dan arah tempat duduk sesebuah kayak.

Fungsinya adalah memotong air dan memecah ombak

selain menjadi panduan arah tuju kayak.

Page 111: Modul PJM3108

2. Hull Dinding, lantai, geladak bahagian bawah kayak.

Ia mempunyaibentuk yang berbeza beza bergantung

kepada jenis kegunaan sesebuah kayak.

3. Deck

(Geladak

Atas)

Dinding bahagian atas kayak dimana terletaknya cockpit.

Ia berfungsi menutup bahagian atas kayak dan

melindungi bahagian kaki pendayung serta memudahkan

kemahiran gulingan.

Deck hadapan dipanggil foredeck. Manakala deck

belakang dipanggil aftdeck.

4. Cockpit Ruangan di tengah kayak di antara foredeck dan afdeck.

Kawasan tempat duduk pendayung

5. Coaming Bahagian tepi yang kecil dan nipis mengelilingi kokpit.

Fungsi – menghalang air air daripada memasuki kokpit

dan tempat duduk untuk mengikat spray cover.

6. Keel Terletak di bahagian geledak bawah kayak

Fungsi – membelah arus dan sebagai kemudi bergerak

lurus.

7. Bouyancy

(bahan

apungan)

Teletak di bawah deck bahagian bow dan stern dan

berfungsi untuk mengapungkan kayak apabila terbalik

dan menyokong geledak atas dan bawah.

Jenis-jenis :

1. Beg udara – dipam dengan udara dan daya

apungan yang tinggi namun mudah bocor.

2. Foam (gabus/ getah lembut)- sejenis buih getah,

daya apungan yang tinggi dan menyokong

geledak.

3. Polisterin – daya apungan yang tinggi dan

menyokong geledak tetapi mudah rapuh dan

rosak.

8. Deck eye Lubang atau besi di atas geledak untuk mengikat towline

di atas geledak.

9. Back strap Berfungsi sebagai penyandar dan melindungi belakang

pendayung daripada kecederaan.

Page 112: Modul PJM3108

10. Knee brace Bahagian bawah coaming dan hanya terdapat pada

kayak arus deras.

Berfungsi melindungi lutut dan mencengkam kaki

pendayung.

Memudahkan kemahiran gulingan dan mengelakkan

pendayung dari terkeluar daripada kayak apabila terbalik.

11. Towline/

deckline

Tali yang diikat dari hujung bow ke sisi kiri dan kanan

coaming hingga ke hujung stern.

Berfungsi sebagai tali penyelamat dan mengikat alatan.

12. Gunwale

line/ painter

line

Tepi atas sisi kayak, bercantum geledak atas dan bawah

(kayak fibreglass).

Pengimbang air, menentukan kesesuaian berat badan

dengan kayak.

13. Toggles Tali pemegang bow dan stern bagi memudahkan kerja

mengangkat kayak. Tempat berpaut apabila terbalik dan

memudahkan proses mengikat kayak di tebing.

14. Footres Memberikan cengkaman pada kaki pendayung dan

sokongan tenga melalui kombinasi pergerakan tangan,

bahu dan kaki untuk dayungan terbaik.

Secara umum terdapat 3 jenis footrest iaitu :

i. Berbentuk bar yang dipasang pada bahagian sisi port dan

starboard kayak.

ii. Bentuk pasangan pedal yang terletak juga disisi port dan

starboard kayak

iii. Bentuk bulk head yang memenuhi bongkah rata dan

memenuhi bahagian bow sesebuah kayak.

4.9.5 Pendayung

Dayung kayak mempunyai dua bilah mata yang setiap satunya berlawanan kedudukan.

Teknik ini dinamakan feathering dan berfungsi untuk mengurangkan rintangan angin

terhadap mata dayung yang berada di udara semasa mendayung.

Page 113: Modul PJM3108

1. Blade (Bilah mata dayung)

Kepingan yang berada pada hujung batang dayung. Berfungsi untuk mengaut seberapa

banyak air bagi menghasilkan pergerakan kayak. Ia mempunyai pelbagai bentuk dan

saiz bergantung kepada penggunaannya.

Asymetric blade

Canadian blade

Flate blade

Page 114: Modul PJM3108

Wing blade

2. Tip (Pelindung mata dayung)

Kepingan logam yang berada di hujung mata dayung. Berfungsi untuk melindungi mata

dayung dari kerosakkan akibat hentakan. Walaubagaimanapun, bukan semua

pendayung mempunyai tip.

3. Shaft/Loom/Bar (batang pendayung)

Bahagian batang pendayung, berbentuk bulat dan lazimnya lurus. Merupakan bahagian

pemegang pendayung.

4. Neck (Leher pendayung)

Bahagian percantuman antara blade dan shaft.

5. Drip ring (bulatan getah)

Bahan ini diperbuat daripada plastik atau getah dan terletak berhampiran dengan neck.

Fungsi utamanya ialah menghalang air dari blade mengalir ke shaft dan membasahi

tangan pendayung.

6. Front of blade (muka dayung)

Bahagian belakang muka dayung. Berbentuk cembung untuk memberikan sokongan

yang kuat kepada mata dayung.

4.9.6 Teknik Dayungan Asas

1. Dayungan ke hadapan (Forward Stroke)

Page 115: Modul PJM3108

Aplikasi teknik dayungan ini terbahagi kepada beberapa tahap iaitu;

Firming

Badan dibongkokkan sedikit ke hadapan dan mata memandang tepat ke arah

sasaran.

Bahagian torso kanan digerakkan ke hadapan. Jangkaukan tangan kanan ke

hadapan dan jangkau mata dayung seberapa jauh yang boleh.

Tangan kiri dibengkokkan separas bahu dan pergelangan tangan kiri seelok-

eloknya separas bahu.

Catch

Peringkat mata dayung dimasukkan ke dalam air. Jangkau seberapa jauh yang

mungkin dan benamkan seluruh mata dayung.

Firming / Catch

Pull/Draw/Power

Peringkat mata dayung digerakkan dari hadapan ke belakang bagi menghasilkan

daya pergerakan.

Gerakkan torso kanan anda ke belakang dan tangan kanan seharusnya menarik

mata dayung ke belakang.

Tangan kiri memberikan tekanan dan tambahan tenaga kepada mata dayung

yang berada di dalam air.

Page 116: Modul PJM3108

Tarik pendayung sehingga berada di sisi pinggang .

Pull / Draw / Power

Exit

Peringkat di mana mata dayung dikeluarkan dan diatur untuk membuat

dayungan di sisi yang bersebelahan. Mata dayung dikeluarkan dari air.

Pergelangan tangan kanan haruslah memutar batang pendayung ke atas agar

mata dayung menghadap permukaan air.

Cengkaman tangan kiri pula dilonggarkan supaya bahagian batang pendayung

boleh dipusingkan. Apabila mata dayung kiri telah dipusingkan sebanyak 90°

menghadap permukaan air, kemaskan semula pegangan tangan kiri.

Masukkan pula mata dayung kiri ke dalam air dan ulangi pergerakan menarik

dan menolak mata dayung bagi menghasilkan dayungan

Exit

Page 117: Modul PJM3108

2. Dayungan Mengundur (Backword Stroke)

Teknik ini merupakan teknik dayungan yang berlawanan dengan teknik dayungan ke

hadapan. Tujuan utamanya ialah untuk mengundurkan kayak tanpa perlu menukarkan

tempat duduk, arah dayungan dan kedudukan badan.

Catch

Push

Page 118: Modul PJM3108

Exit

3. Dayungan sapuan hadapan (Forward sweep stroke)

Berkesan bagi membelok atau memusingkan kayak yang sedang berhenti atau yang

sedang bergerak.

Dayungan ini dimulakan dengan meletakkan blade sejauh yang boleh ke depan tanpa

membengkokkan badan ke hadapan. Dayung mestilah diletakkan dalam keadaan yang

rendah dan rata.

Dayungan ini dilakukan dengan memusingkan dayung sejauh yang boleh ke depan.

Tarik dayung ke belakang dan dilakukan dalam bentuk separuh bulatan dengan

mengekalkan tangan kiri di dalam posisi yang lurus.

Catch

Page 119: Modul PJM3108

Pull / sweep

Exit

4. Berhenti

Memberhentikan kayak yang sedang bergerak ke hadapan dengan memasukkan

sebahagian sahaja mata dayung ke dalam air di sisi kiri dan kanan kayak dan dilakukan

dengan mengundur yang pantas. Bagi memberhentikan kayak yang sedang mengundur

ke belakang dengan laju, dayungan ke hadapan yang pantas perlu dilakukan.

4.9.7 Isyarat-isyarat semasa berkayak

Tiupan wisel

1 tiupan pendek = berikan perhatian kepada saya

2 tiupan pendek = mudik ke hulu atau naik ke atas

Page 120: Modul PJM3108

3 tiupan pendek = kecemasan dan memerlukan bantuan

Isyarat tangan

1 tangan di udara = minta pertolongan

2 tangan di udara = berhenti dan beri perhatian kepada saya

Lengan menuding kanan = bergerak ke kanan

Lengan menuding kiri = bergerak ke kiri

Page 121: Modul PJM3108

Kedua-dua belah tangan menyilang ke atas kepala = saya selamat

Tangan genggam di atas kepala = berhenti di sini

Kedua-dua tangan di hadapan = saya berhenti

Page 122: Modul PJM3108

4.9.8 Cara Menyelamat (Rescue)

1. Menyelamatkan diri sendiri

Ikut kayak terbalik dan relaks, luruskan kaki dan keluar dari kayak. Di dalam air cuba

pegang mana-mana bahagian kayak.

Ketika di dalam air, cari bahagian „cockpit‟ dan masuk semula ke dalam kayak dan

bernafas dari dalam kayak.

Depakan tangan dan ketukkan bahagian bawah kayak ( hull ) . Ini akan memberikan

isyarat kepada rakan lain bahawa kita berada dalam keadaan selamat .

Jika kayak tidak dipenuhi dengan air, secara serentak kedua-dua peserta hendaklah

mengangkat kayak sedikit dari paras air dan menolak tangan dengan pantas. Ini akan

membetulkan semula kayak.

Sternman akan menjaga kestabilan kayak sementara bowman akan cuba memanjat

kayak.

2. Teknik “H1” Rescue

“Sternman” kayak A dan B merentangkan pendayung kepada satu sama lain

Anjakkan kayak C agar tertiarap di atas pendayung yang telah direntangkan

Buang air dengan menggunakan cara meninggi dan merendahkan hujung kayak.

Letakkan semula kayak C kepada kedudukan asal setelah habis air dilkeluarkan.

Teknik “H1” rescue

Page 123: Modul PJM3108

3. Teknik “X” rescue

Cara ini dilakukan jika hanya sebuah kayak sahaja yang datang membantu.

Kedua-dua mangsa akan berpaut pada kayak penyelamat, seorang di bahagian “bow”

dan seorang lagi di bahagian “stern”

“Bowman” penyelamat akan menarik kayak ke atas sementara “sternman”

mengimbangkan kayak

Ketika kayak berada di atas , air akan keluar dari bahagian hadapan kayak

Setelah semua air keluar, ia dibetulkan semula dengan menterbalikkan kayak di

permukaan air seperti biasa.

Teknik “X” rescue

4. Teknik “H” rescue

Cara ini hanya boleh dilakukan jika terdapat dua atau lebih kayak penyelamat.

Jika banyak, boleh dibuat “rafting” untuk tujuan menyelamatkan kayak.

Jika hanya dua, kedua-dua kayak penyelamat akan berada di sisi kayak yang terbalik

seolah-olah membuat huruf “ H”.

“Bowman” pada kedua-dua kayak penyelamat akan memegang hujung kayak yang

terbalik itu dan seterusnya membalikkan semula kayak itu sambil mengeluarkan airnya

“Sternman” akan membantu dalam mengimbangkan kayak

Jika ramai , mereka akan membantu membuat “rafting” di sebelah kanan dan kiri.

Page 124: Modul PJM3108

Teknik “H” rescue

4.9.9 Langlah-langkah Keselamatan

Semasa melakukan aktiviti kayak, kita seharusnya menjaga atau mengambil serius

tentang aspek keselamatan bagi mengelakkan sebarang kecederaan berlaku. Antara

langkah-langkah yang boleh dilakukan ialah :

1. Kuasai kemahiran renang

2. Sentiasa memakai jaket keselamatan

3. Meneliti keadaan kayak, cuaca dan takat paras air surut

4. Jangan membawa orang lebih had

5. Jangan bertukar tempat sewaktu mendayung

6. Elakkan berkayak bersendirian

7. Elakkan perlanggaran kayak

8. Menyediakan emosi dan mental dalam keadaan baik

9. Hendaklah menggunakan deria sebaik mungkin untuk membuat sebarang keputusan

tentang sesuatu perkara semasa mengendalikan kayak dan menyesuaikan dengan

keadaan alam semulajadi.

10. Jika kayak terbalik, jangan sesekali tinggalkan kayak tersebut, sebaliknya gunakanlah

kayak tersebut untuk berpaut.

Page 125: Modul PJM3108

4.9.10 Teknik Mengangkat Kayak

Semasa anda mengangkat kayak, pastikan anda membengkokkan lutut dan

menggunakan kekuatan kaki untuk membolehkan kayak ke atas. Jangan sesekali

menggunakan kekuatan pinggang semata-mata kerana ia boleh mendatangkan

kecederaan. Terdapat pelbagai cara mengangkat kayak yang boleh digunakan :

Pikul di bahu berseorangan

Teknik ini sesuai digunakan untuk mengangkat kayak yang ringan dan kayak solo.

Bahagian tengah „cockpit‟ diletakkan di bahu yang dominan bagi mengekalkan

keseimbangan kayak. Tangan yang dominan memegang hujung „cockpit‟ bagi

menyelaraskan keselesaan dan keseimbangan berat kayak, manakala sebelah tangan

memegang pendayung.

Kelekan di pinggang berpasangan

Sesuai untuk mengangkat kayak berat ataupun kayak berpasangan. Dua orang

diperlukan bagi mengaplikasi teknik ini. Pemegang mestilah berada di hujung „bow‟ dan

„stern‟ serta berlawanan arah bertujuan untuk mengekalkan keseimbangan kayak

sewaktu diangkat.

Pikul di bahu berpasangan

Page 126: Modul PJM3108

Keadaan dan teknik sama seperti kelekan di pinggang. Namun begitu, kedudukan

pengangkat selari atau sama arah bertujuan untuk membolehkan mereka berkomunikasi

dan mengelakkan kecederaan berlaku sekiranya kayak jatuh.

4.10 SNORKELING

Air di muka bumi ini telah menambat hati manusia sejak berkurun lamanya lagi

sehinggalah pelbagai alat moden telah dicipta untuk tujuan mendampingi keindahan

alam ini dengan lebih dekat lagi di mana manusia mampu mengecapinya melalui

melihat, bergerak dan juga bernafas dengan lebih mudah di dalam air dan

menjadikannya sebagai suatu destinasi yang sangat berbeza dan amat menarik untuk

diterokai. Sehubungan dengan itu, bermulalah era bertambahnya kelompok yang mula

obses dengan keindahan ini sehingga muncul ramai golongan terlatih yang

memperkenalkan “Skin Diving dan Scuba Diving” pada sekitar tahun 1950 di negara

barat yang berhampiran dengan laut seperti pulau-pulau namun pada peringkat awalnya

biarpun hanya segelintir sahaja yang mampu menceburkan diri akibat kekurangan

alatan dan juga maklumat mengenainya tetapi lama-kelamaan kehendak manusia yang

tinggi tetap dapat mengatasi kekurangan yang ada bak kata pepatah “ hendak seribu

daya, tidak hendak seribu dalih”. Melalui aktiviti menyelam di bawah permukaan air ini

Page 127: Modul PJM3108

bermakna kita sudah memasuki suatu alam yang sangat berbeza dengan habitat atau

rutin seharian kita maka lantaran itu timbul kesedaran terhadap kekayaan dan

kehebatan Maha Pencipta.

Namun begitu, kepada penyelam yang baru mahu berjinak-jinak untuk

menceburkan diri di dalam bidang ini hendaklah sentiasa menyahut cabaran aktiviti

sebegini diiringi pula dengan minat yang tinggi bagi meningkatkan kualiti perlakuan

dalam melakukan aktiviti yang boleh dianggap ekstrim dan berisiko ini. Oleh hal yang

demikian, perkara pertama yang perlu di ketahui adalah mengenai matlamat aktiviti ini

serta aspek yang berkaitan dengan keselamatan diri tidak kira sebelum menjalankan

aktiviti atau selepas aktiviti. Bukan itu sahaja, yang paling penting adalah mengamalkan

disiplin yang berbentuk pendidikan selain menjadikannya sebagai ciri-ciri pembelajaran

tentang Pendidikan Luar.

4.10.1 Matlamat

Setiap aktiviti yang dirancang haruslah mempunyai matlamat tersendiri supaya

kita akan mendapat manfaat daripada aktiviti tersebut dan bukannya hanya sekadar

mahu bersuka ria. Oleh hal yang demikian, matlamat yang telah ditetapkan untuk aktiviti

snorkling kali ini adalah seperti ingin menjadikan aktiviti ini sebagai aktiviti utama

mengisi masa senggang terutama ketika menjalankan aktiviti riadah yang sihat. Bukan

itu sahaja, diharap semua peserta yang terlibat di dalam menjalankan aktiviti snorkeling

ini dapat di pupuk semangat inkuiri yakni semangat ingin tahu yang tinggi di dalam diri

mereka terutama dalam mencari pengalaman baru yang lebih bermanfaat dan

berfaedah di samping menambah pengetahuan tentang kehidupan akuatik yang amat

menarik. Tidak dilupakan juga matlamat utama bagi aktiviti ini iaitu diharap peserta

dapat meningkatkan lagi kesedaran diri terhadap kebesaran Pencipta yang telah

mencipta alam yang begitu indah ini.

4.10.2 Objektif

Setelah peserta mempelajari dan merasai pengalaman menjalani aktiviti snorkeling ini,

pelajar akan dapat memupuk semangat menghargai segala hidupan laut dan juga alam

semula jadi. Pelajar juga dapat menghayati dan juga mengagumi keindahan ciptaan

Tuhan seperti batu karang dan pelbagai jenis hidupan air yang unik serta cantik yang

Page 128: Modul PJM3108

harus dipelihara untuk generasi akan datang. Selain itu, pelajar juga dapat memupuk

sikap bekerjasama terutamanya dalam aspek kepimpinan iaitu pemimpin dan pengikut

dalam menghasilkan kumpulan yang baik. Pelajar juga akan mendapat pengetahuan

bagaimana untuk menyediakan peralatan yang berkaitan dengan aktiviti snorkeling

yang lengkap serta tahu mengendalikannya dengan baik dan sistematik sewaktu aktiviti

tersebut dikendalikan. Bukan itu sahaja, diharap pelajar akan dapat menerangkan

lakuan aktiviti snorkeling dengan jelas apabila dikehendaki kelak untuk memastikan

segala ilmu yang diperoleh dapat dikembangkan dan tidak hilang begitu sahaja.

4.10.3 Peraturan – peraturan Aktiviti Snorkeling

Aktiviti snorkeling bukanlah suatu aktiviti yang mudah dan boleh dilakukan sewenang-

wenangnya tanpa aturan mahupun arahan. Terdapat peraturan-peraturan yang wajib

dipatuhi oleh semua peserta yang melibatkan diri dalam acara ini. Para peserta mestilah

sentiasa mengutamakan keselamatan diri masing-masing sama ada sebelum, semasa

atau selepas aktiviti snorkeling ini dijalankan. Peserta juga dinasihatkan supaya peserta

bergerak mengikut kelompok yang akan ditetapkan dan dilarang sama sekali jika

peserta menyelam secara berseorangan. Sewaktu aktiviti snorkeling berlangsung,

peserta adalah dilarang keras untuk menyentuh kehidupan dan habitat di dalam air

seperti ikan, batu karang, dan sebagainya. Hal ini adalah kerana bagi mengelakkan

habitat hidupan laut tersebut rosak atau terganggu. sebelum memulakan aktiviti

snorkeling, peserta mestilah mendengar taklimat daripada ketua secara teliti mengenai

keselamatan dan peraturan aktiviti ini. Bertanya jika tidak memahami tentang sesuatu

perkara. Ini kerana hanya kesilapan yang kecil boleh mengundang bahaya mahupun

maut. Selain itu, setiap peserta juga mestilah melaporkan diri masing-masing kepada

ketua berkenaan lokasi di mana tempat peserta mahu melakukan snorkeling. Peserta

disarankan supaya mematuhi etika berpakaian aktiviti snorkling ini seperti memakai baju

keselamatan dan berpakaian warna terang supaya senang dikesan sekiranya berlaku

perkara yang tidak diingini.akhir sekali, peserta juga hendaklah mematuhi arahan ketua

berkenaan dengan kawasan yang dibenarkan melakukan aktiviti snorkeling ini. Hal ini

adalah sebagai langkah berwaspada bagi mengelak daripada berlakunya kemalangan.

4.10.4 Faktor-Faktor Penting Semasa Menjalankan Aktiviti Snorkeling

Page 129: Modul PJM3108

Terdapat pelbagai fakor penting yang perlu diambil kira semasa ingin menjalankan

aktiviti snorkeling ini iaitu faktor keselamatan, pamakaian alatan dan kecemasan.

Pastikan tempat aktiviti yang ingin dijalankan snorkeling adalah sesuai dan selamat dari

bahaya seperti hidupan berbisa atau tajam. Pastikan kawasan untuk snorkeling

disempadankan. Ini untuk memastikan setiap peserta tidak terkeluar kawasan yang

akan mengundang bahaya kepada mereka. Gunakan pelampung yang mudah dilihat

bertujuan untuk menandakan kawasan atau tempat yang digunakan seperti bola

terapung, tong atau tali. Selain itu, gunakan kaedah „Three Buddy System‟ yang

bermaksud melakukan aktiviti snorkeling sekurang-kurangnya seramai tiga orang. Ini

akan membuatkan peserta terasa selamat dengan bergerak secara beramai-ramai. Ia

juga penting untuk menjaga keselamatan setiap individu khuatir berlaku sebarang

kecederaan atau kemalangan. Sekiranya berlaku kehilangan rakan, keluarkan muka dari

dalam air dan carilah pasangan anda. Jangan bergurau-gurau seperti memasukkan air

ke dalam mask rakan yang sedang menjalankan aktiviti. Keadaan ini mungkin akan

menyebabkan rakan anda terganggu pernafasannya atau tercekik dan mungkin akan

membawa maut. Sentiasa mendengar dan mematuhi arahan jurulatih dan adakan

pengawasan dari semasa ke semasa khuatir berlaku sebarang kemalangan. Laporkan

sebarang kejadian atau kecemasan yang berlaku dengan serta merta.

Faktor kedua ialah mengenai pemakaian alatan. Pertamanya ialah alatan yang

dinamakan snorkel. Ia dipasang di bahagian kiri topeng menggunakan snorkel keeper.

Pasang dan suaikan snorkel supaya kemas apabila mouthpiece dilekapkan pada mulut.

Memulakan pernafasan melalui mulut.

Page 130: Modul PJM3108

Kedua ialah topeng. Bersihkan topeng dengan air bersih sebelum digunakan. Pastikan

tali pengikatnya kemas dan selesa sebelum turun ke dalam air. Pastikan juga tiada

kebocoran berlaku pada topeng.

Ketiga ialah fins. Pastikan fins yang akan digunakan padan dengan saiz kaki anda jika

anda menggunakan fins jenis „full-foot‟. Jika anda menggunakan jenis „half-foot‟,

laraskan tali pengikatnya supaya kemas dan selesa.

Adjustable strap

Comfortable skirt

Low profile

Nose pocket or finger pocket

Designed with smooth bends

Self-draining barrel

Flexible tube

Page 131: Modul PJM3108

Keempat ialah jaket keselamatan. Ia akan membantu anda mengapung sekiranya anda

tidak mahir berenang. Ia juga akan mengurangkan tenaga ketika menjalankan aktiviti

snorkeling.

Kelima ialah pakaian. Pakaian yang akan digunakan kelak mestilah sesuai dan dapat

mengurangkan risiko kecederaan. Ia juga penting untuk melindungi kulit daripada

terbakar akibat daripada sinaran matahari yang lama dan berterusan.

Faktor ketiga ialah faktor kecemasan. Jika berlaku sebarang kecederaan seperti cedera

atau luka, jangan panik. Keluar dari air dengan cepat dan berhati-hati. Minta bantuan

dari rakan atau pasangan. Cuba untuk memberikan rawatan kecemasan awal sebelum

mendapatkan rawatan doktor. Jika mengalami kejang otot kaki, jangan panik dan jangan

tanggalkan fins anda. Caranya ialah dengan menarik hujung blade sambil luruskan kaki

yang mengalami kekejangan. Setelah kekejangan reda, berenang ketepi dan naik ke

darat. Tanggalkan fins dan berehat untuk beberapa waktu.

4.10.5 Cara Masuk Ke Dalam Air

Page 132: Modul PJM3108

Pastikan topeng cermin, fin dan snorkel siap diperiksa sebelum memulakan

penyelaman. Pastikan juga tahap air sebelum memasukinya. Jangan terlalu cetek

kerana boleh mengundang kecederaan pada peserta. Jika melakukan aktiviti air secara

berpasangan, pastikan rakan anda mengetahui yang anda masuk ke dalam air.

Terdapat tiga cara asas memasuki air iaitu dengan cara berjalan, melompat dengan

kedua-dua belah kaki rapat dan melangkah besar. Cara melangkah besar tidak sesuai

untuk dilakukan di tempat tinggi.

Selain itu, terdapat dua cara gulingan yang boleh dilakukan dari atas bot atau dinghi

bagi yang bertaraf profesional iaitu guling depan dan guling belakang.

4.10.6 Teknik-Teknik Masuk Ke Dalam Air

Terdapat juga teknik-teknik untuk memasuki air. Pertamanya, jika dari tepi pantai,

tentukan paras air sesuai untuk menggunakan fin dari pantai. Jika tidak, bawa fin ke

tempat yang lebih selamat kemudian sarungkannya.

Kedua, pada pantai yang berombak kuat. Caranya ialah berjalan membelakangkan

pantai. Apabila sampai pada paras air yang sesuai dan selamat untuk menyelam, pusing

dan selam mengikut aras gelombang.

Terdapat dua cara untuk menyelam dari permukaan iaitu dengan memasukkan kepala

dahulu ataupun memasukkan kaki dahulu. Adalah dilarang sama sekali untuk mengikuti

aktiviti ini sekiranya anda tidak memakai peralatan dengan betul dan sempurna atau

peralatan rosak. Ini akan membahayakan keselamatan diri anda dan boleh mengundang

bahaya malah maut. Jangan melakukan aktiviti ini apabila anda terlalu lapar atau

kenyang. Kerana aktiviti ini memerlukan tenaga yang banyak. Elakkan juga dari

menyelam ketika anda mempunyai luka yang masih berdarah kerana khuatir luka

tersebut akan lebih teruk jika terkena air.

Page 133: Modul PJM3108

TUGASAN TERARAH 3. Terangkan dan jelaskan langkah-langkah yang harus diambil

sekiranya pelajar anda menghadapi masalah tiada keyakinan

melakukan aktiviti air.

RUJUKAN

C. A. Lewis (1975), The Administration of Outdoor Education Programs. Dubuque, IA: Kendall-Hunt

D. R. Hammerman, W. M. Hammerman, & E. L. Hammerman (1985),

Teaching in the Outdoors, Danville, IL: Interstate) J. Lull (2001), Sea Kayaking Safety & Rescue: Wilderness Press, Berkeley Phyllis Ford (1981), Principles and Practices of Outdoor / Environmental

Education. New York: Wiley

PORTFOLIO Dokumen atau tugasan perlu disimpan dalam portfolio dan diserahkan kepada pensyarah dalam bentuk „soft‟ dan „hard‟ copy.

LAMAN WEB www.en.wikipedia.org/wiki/outdoor www.askaboutsports.com www.divepilot.com www.kayakonline.com www.paddling.net www.amazon.com

Page 134: Modul PJM3108

Tajuk 5 PELAPORAN DAN PENGELOLAAN AKTIVITI DARAT

Sinopsis Tajuk-tajuk dalam modul ini merangkumi post-mortem, laporan keseluruhan dan pengelolaan

aktiviti darat iaitu aktiviti perkhemahan, abseiling, orienteering dan ikhtiar hidup dalam

Pendidikan Luar. Modul ini juga dibekalkan dengan soalan latihan dan senarai bahan rujukan.

Hasil Pembelajaran Setelah selesai mengikuti modul ini, diharap anda dapat:

1. Merancang, mengurus dan melaksanakan aktiviti Pendidikan Luar

2. Mengamalkan pengetahuan dan kemahiran yang dikuasai melalui teori dalam kehidupan

sebenar.

3. Mengaplikasikan pelbagai kaedah untuk memantau dan mentaksir pengetahuan serta

kemahiran

Kerangka konsep tajuk-tajuk modul ini

Page 135: Modul PJM3108

5.1 ‘ Pos-mortem’

Pos-mortem perlu dibuat bagi tujuan mengenalpasti kelemahan, kekurangan dan

kelebihan yang telah dilaksanakan. Dua cara pengendalian pos-mortem disyorkan

adalah :

1. Menerusi mesyuarat yang diadakan bersama jawatankuasa pengelola, urusetia

dan jurulatih terlibat.

2. Menerusi borang penilaian peserta, maklumbalas dan soal selidik yang dibuat

secara bertulis atau lisan

Melalui proses pos-mortem tersebut pengelola akan dapat mengenalpasti kelemahan

yang perlu diatasi, kelebihan yang perlu dikekalkan dan kebaikan yang perlu

dipertingkatkan lagi supaya perancangan dan pelaksanaan akan dapat diperkemaskan

lagi.

5.2 Syor dan cadangan

Setelah menjalankan sesuatu aktiviti dicadangkan supaya diadakan suatu

sesi untuk mendapatkan maklumbalas tentang segala kebaikan dan kelemahan dalam

pengendalian dan pelaksanaan aktiviti oleh sesuatu kumpulan. Ianya bertujuan

supaya dapat mengolah segala kekuatan dan kelemahan dalam melakukan dan

pelaksanaan aktiviti. Syor dan cadangan yang bernas diambilkira dan

diperbincangkan bersama. Aspek kelemahan di atasi sementara aspek kekuatan

dikekalkan atau dipertingkatkan.

5.3 Dokumen Laporan.

Pelaporan sesuatu aktiviti atau program perlu dilaksanakan di semua peringkat bagi

tujuan memantau pelaksanaan pada masa yang akan datang. Pelaporan haruslah

dalam bentuk dokumentasi dan perlu dikemukakan kepada pihak-pihak tertentu yang

ada kaitan dengan program seperti pihak kementerian, jabatan, serta penaja yang

mempelopori penganjuran.

Page 136: Modul PJM3108

Ciri-ciri terbaik dalam mendokumentasikan laporan ialah dengan memasukkan

perkara-perkara berikut :

i. pendahuluan

ii. tarikh, hari, masa dan lokasi

iii. bilangan penyertaan

iv. prosedur dan jadual kerja / aktiviti

v. senarai jawatankuasa

vi. laporan aktiviti yang dilaksanakan

vii. laporan kewangan

viii. laporan jawatankuasa kerja / jawatankuasa kecil

ix. laporan maklumbalas atau penilaian keseluruhan

x. masalah / pandangan / cadangan mengatasi

xi. penutup

Langkah-langkah yang perlu dilakukan dalam menyediakan laporan oleh Setiausaha

Program Pendidikan Luar adalah

i. Mengumpul laporan daripada setiap jawatankuasa kecil

ii. Mengedit dan membuat laporan bertulis

iii. Membuat penilaian keseluruhan

iv. Menyatakan masalah-masalah yang dihadapi

v. Memberi cadangan dan pandangan penambahbaikan

Bagi jawatankuasa kecil pula, tanggungjawab setiap jawatankuasa menyediakan

laporan terhadap kejayaan atau sebaliknya selepas pelaksanaan sesuatu aktiviti adalah

i. Perjalanan aktiviti setiap jawatankuasa kecil

ii. Masalah yang dihadapi oleh setiap jawatankuasa kecil

iii. Cara menyelesaikan masalah

iv. Kritikan terhadap aktiviti

v. Kekuatan aktiviti

vi. Cadangan penambahbaikan

Page 137: Modul PJM3108

Dalam laporan kewangan pula, beberapa maklumat perlu dinyatakan bagi memastikan

ketelusan penggunaan kewangan dalam aktiviti yang dilaksanakan. Maklumat-maklumat

tersebut adalah

i. Yuran peserta – contoh bayaran yuran untuk makanan

ii. Sumbangan pihak luar - contoh: tajaan daripada syarikat atau badan tertentu

iii. Perbelanjaan runcit – contoh: pembelian barang-barang keperluan

iv. Perbelanjaan tanpa resit – contoh: pembelian bahan-bahan makan yang

sedikit

v. Perbelanjaan beresit – perlu dinyatakan apa yang dibeli

5.4 Khemah

Berkhemah merupakan aktiviti yang menyeronokkan namun pelbagai persiapan

dan prosedur yang perlu diambil perhatian sebelum menjalankan aktiviti berkhemah.

Walaupun aktiviti ini dipandang mudah oleh sesetengah pihak, aktiviti perkhemahan

yang dimaksudkan disini bukanlah berkhemah di halaman rumah ataupun tempat yang

terdapat banyak kemudahan awam. Ia sebenarnya melibatkan aktiviti yang jauh dari

kediaman serta boleh menyebabkan kesan yang tidak baik kepada diri sendiri, orang

lain dan alam sekitar sekiranya beberapa perkara yang dianggap remeh ini tidak diambil

perhatian oleh campers.

5.4.1 Apa itu khemah?

1. Khemah merupakan alatan penting dalam menjalankan aktiviti luar

2. Ciri-ciri tapak atau kawasan khemah:

a. Mendapatkan kebenaran dan maklumat

b. Kemudahan asas seperti bekalan air

c. Kawasan lapang

d. Tidak terlalu jauh dari penduduk atau perkampungan

5.4.2 Sebelum mendirikan Khemah

1. Menentukan arah cahaya matahari terbit dan terbenam.

2. Berlawanan dengan arah tiupan angin.

Page 138: Modul PJM3108

3. Tempat yang selamat dan sesuai seperti tanah rata, lapang, teduh dan selesa.

4. Elakkan mendirikan khemah di bawah pokok yang reput, tua dan mudah

tumbang,berumput tebal dan dipenuhi lalang supaya mengelakkan serangga

atau binatang berbisa.

5.4.3 Jenis-jenis khemah

Khemah terdapat dalam pelbagai bentuk, saiz dan kegunaan iaitu:

Rigde tent

1. Mempunyai tiang yang melintang di sepanjang bumbung.

2. Diperbuat daripada material nylon yang ringan supaya mudah dibawa dan dilipat

Dome tent

1. Berbentuk gelembung dan menggunakan material yang sesuai dan fleksibel.

2. Ringan, mudah dibawa dan sesuai digunakan untuk perkhemahan seperti di

sekolah dan sebagainya.

Frame tent

1. Khemah jenis besar yang biasa digunakan untuk perkhemahan keluarga.

2. Rangka khemah akan dipasang dahulu dan kanvas dipasang kemudian.

Bell tent

1. Mempunyai satu tiang tinggi di puncak khemah.

2. Khemah jenis ini sudah jarang digunakan dan digantikan dengan khemah jenis

“DOME”.

RIGDE TENT DOME TENT

Page 139: Modul PJM3108

5.4.4 Anatomi Perkhemahan

5.4.5 Shelter (tempat berteduh)

FRAME TENT BELL TENT

Page 140: Modul PJM3108

1. Shelter sukar untuk dibina dan memerlukan kemahiran yang tinggi

2. Boleh melindungi diri daripada serangga, panas, hujan, angin, salji dan suhu

sejuk.

3. Boleh menyembunyikan diri daripada musuh bahaya

Jenis-jenis Shelter

1. Phonco-Lean-To

2. Phonco Tent

3. One man Shelter

Phoco- Lean-To

Mudah dan cepat dibina.

Diikat pada dua batang pokok

Shelter tertutup pada satu bahagian sahaja

Pastikan shelter tidak menghala arah angin

Phonco Tent

Mudah dibina.

Diikat di antara dua pokok

Shelter tertutup pada dua bahagian, kiri dan kanan.

Page 141: Modul PJM3108

One man shelter

Mudah dibina dan terhalang dari rintangan angin.

Saiz yang kecil menjadikan ia lebih sejuk dan nyaman.

5.4.6 Cara-cara mendirikan khemah

Page 142: Modul PJM3108

5.4.7 Menurunkan Khemah

1. Pasti segala barang dikeluarkan daripada khemah.

2. Tanggalkan ikatan tali khemah pada pancang kemudian turunkan khemah.

3. Kumpulkan pancang khemah dan tiang khemah yang ditanam.

4. Sebelum melipat khemah, pastikan tiada sampah sarap yang melekat pada

khemah.

5. Bagi khemah yang masih lembab, keringkan di bawah cahaya matahari.

6. Bentangkan khemah di atas tanah. Semua helai pintu, penahan angin dan tali

khemah hendaklah dilipatkan ke bahagian dalam.

7. Selepas itu, khemah perlu dilipat sehingga lebarnya lebih kurang 0.5 meter.

8. Khemah mesti diikat dengan kemas dan betul supaya tidak terlerai di pertengahan

jalan.

9. Bersihkan kawasan perkhemahan.

Page 143: Modul PJM3108

5.4.8 Cara-cara menurunkan khemah

5.4.9 Prosedur

Kebenaran

Sebelum memulakan sesuatu aktiviti perkhemahan, perkara yang amat penting

sekali ialah memohon kebenaran. Sebagai seorang remaja, kebenaran daripada

ibubapa ataupun penjaga adalah perlu memaklumkan mengenai aktiviti serta tujuannya

kepada mereka ataupun orang yang terdekat. Melakukan aktiviti luar tidak boleh

dirahsiakan.

Laporkan

Melaporkan mengenai aktiviti yang akan dijalankan kepada pihak polis yang

bertugas di tempat aktiviti yang hendak dituju dan memaklumkan bahawa aktiviti

perkhemahan akan dilakukan di kawasan tersebut. Tujuannya adalah untuk

memudahkan mereka membuat rondaan keselamatan atau melakukan kerja-kerja

menyelamat sekiranya memerlukan bantuan. Mereka juga boleh memberikan

penerangan yang lebih terperinci mengenai keadaan kawasan tersebut.

Page 144: Modul PJM3108

Pemilik Kawasan

Sekiranya kawasan perkhemahan yang dipilih itu merupakan kawasan

persendirian seperti tanah persendirian ataupun kampung, maka haruslah meminta

kebenaran daripada tuan tanah atau ketua kampung untuk bermalam di kawasan

tersebut. Lebih-lebih lagi jika memasuki satu perkampungan yang terpencil dan

mempunyai adat resam yang berlainan. Dapatkan maklumat mengenai suku kaum dan

kepercayaan, pantang larang, cara pergaulan dan keselamatan kampung tersebut.

Tujuannya adalah memastikan keselamatan sepanjang menetap di kampung tersebut.

Peraturan

Peraturan yang telah ditetapkan di sesuatu kawasan mungkin berlainan. Peserta

mestilah mematuhi peraturan yang ditetapkan bagi menjamin keselamatan dan

kesejahteraan bersama

5.4.10 Memilih kawasan

Sumber asas

Untuk memilih kawasan atau tapak perkhemahan yang baik, perkara yang paling

utama di ambil kira ialah sumber air. Punca air adalah penting untuk memasak, minum,

membersihkan diri dan sebagainya. Namun begitu anda dilarang berkhemah terlalu

dekat dengan sungai terutama di kawasan hulu atau berbukit. Ini kerana jika hujan di

kawasan ini, terutamanya di sebelah hulu, paras air akan tiba-tiba naik dengan cepat.

Bentuk Muka Bumi

Bentuk muka bumi yang sesuai adalah tanah rata dan kering. Tujuannya untuk

memberikan keselesaan ketika tidur dan mengelakkan berlaku kerosakan kepada

pelapik khemah anda. Kedudukan tanah tersebut haruslah tinggi sedikit daripada

kawasan di sekitarnya untuk mengelakkan air bertakung dan banjir ketika hujan lebat.

Jangan dirikan khemah di bawah pokok yang besar dan tua kerana dikhuatiri pokok

tersebut akan menghempap khemah. Pastikan tapak perkhemahan jauh dari semak dan

Page 145: Modul PJM3108

belukar untuk mengelakkan serangan serangga dan binatang berbahaya. Diingatkan

supaya tidak mencari kawasan yang terlalu lapang dan tidak jauh dari pokok atau bukit.

Pokok dan bukit boleh mengurangkan ancaman angin yang terlalu kuat. Tidak

digalakkan mendirikan khemah yang terlalu dekat dengan kaki bukit kerana bahaya

tanah runtuh.

Perhubungan

Kawasan yang anda pilih mestilah mempunyai cara untuk berhubung dengan

orang seperti jalan raya, telefon awam, balai polis, rumah penduduk kampung dan

sebagainya. Ini untuk memudahkan anda mendapatkan bantuan segera jika perlu. Jika

anda menjalankan aktiviti ini di kawasan yang terpencil atau jauh ke dalam hutan,

pastikan anda berhampiran dengan tanah lapang dan tinggi supaya kedudukan anda

mudah dikesan dari udara.

Sinar Matahari

Kedudukan anda seharusnya mendapat sinar matahari di sebelah pagi untuk

tujuan mengeringkan udara lembab dalam khemah dan juga mengeringkan pakaian dan

peralatan yang basah. Pemandangan yang indah juga perlu kerana ia dapat

memberikan ketenangan kepada kita dan mejadikan perkhemahan lebih seronok.

Denai Binatang

Jangan sekali-kali mendirikan khemah di kawasan denai binatang. Kerana

dikhuatiri khemah anda akan menjadi mangsa rempuhan binatang yang menggunakan

denai tersebut.

5.4.11 Etika berkhemah

1. Memilih kawasan yang rata, tidak berlopak untuk mengelak daripada takungan

air semasa hujan

2. Ada perlindungan daripada angin.

3. Berdekatan dengan punca air

4. Mendapat sinar matahari.

5. Mempunyai hubungan dengan jalan, trek dan juga denai.

Page 146: Modul PJM3108

5.4.12 Mendirikan khemah

1. Dipasang di atas tapak khemah yang telah dipilih mengikut kesesuaian.

2. Bahagian belakang khemah menghadap arah angin

3. Gunakan pancang kayu dengan tujuan memperkukuhkan pacakan khemah.

4. Pancang khemah hendaklah bersudut tepat / seimbang dengan tanah apabila

dipacak.

5. Jarak antara khemah sebaiknya antara 5 hingga 8 meter

5.4.13 Larangan semasa berkhemah

1. Jangan berkhemah terlalu dekat dengan ulu sungai dan kaki bukit.

2. Semak samun atau kawasan belukar

3. Tanah lembab berpaya, berlumpur atau berlopak.

4. Di atas tebing tinggi dan curam.

5. Di bawah pokok besar dan tua atau dahan mati

6. Kawasan berbatu dan berpasir .

7. Jangan membawa barangan kimia ke dalam khemah.

5.4.14 Etika memasak di kawasan perkhemahan

Terdapat beberapa perkara yang perlu diperhatikan sebelum menyala dan

menghidupkan unggun api. Beberapa syarat yang perlu dipatuhi semasa perkhemahan

iaitu:

1. Jarak dapur 8 - 10 kaki daripada khemah

2. Nyalakan api sekadar untuk memasak.

3. Jangan bina dapur di celah banir pokok.

4. Padamkan api dapur yang tidak digunakan dan bara dikambus dengan pasir

atau tanah.

5. Batu yang digunakan sebagai tungku hendaklah dialihkan kembali kepada

tempat asal

Page 147: Modul PJM3108

6. Jangan buang sampah ke dalam sungai

7. Sisa makanan hendaklah ditanam

5.5 UNGGUN API/FIRE CRAFT

1. Api penting digunakan dalam kehidupan seharian.

2. Selain itu, digunakan untuk membekalkan cahaya, memanaskan suhu badan,

keselesaan, memasak dan sebagainya.

3. Api juga boleh merosakkan alam sekitar jika disalahgunakan iaitu tanah menjadi

hitam, merosakkan dahan dan akar pokok.

4. Bahan-bahan utama untuk membuat unggun api ialah kertas tebal, sarang telur,

surat khabar, lilin, dahan atau ranting kayu yang kering.

5.5.1 Membuat unggun api

Langkah 1 Langkah 2 Langkah 3

1. Kaedah “Fire Triangle” – bentuk huruf A.

2. Menggunakan 3 elemen iaitu: Haba, angin dan bahan bakar

3. Bentukkan huruf„A‟ menggunakan ranting kayu dengan bukaan huruf „A‟

menghala arah angin

4. Letakkan rabuk / bahan mudah terbakar di dalam huruf „A‟ dan nyalakan api.

5. Kipas secara perlahan dan letakkan lagi bahan bakar untuk menyalakan

5.5.2 Jenis-jenis unggun api/ Fire craft

NAMA UNGGUN API PENERANGAN

Page 148: Modul PJM3108

1. Bahan bakar

2. Tungku untuk memasak kerana ia

disusun rapat.

1. Fungsi utama api jenis ini ialah untuk menghalakan haba ke satu arah.

2. Contoh:memanaskan badan. 3. Boleh digunakan untuk

memanggang

1. Boleh menggunakan kayu yang pelbagai.

1. Paling sesuai dan mudah

digunakan.

2. Tetapi sukar untuk didirikan kerana

perlu disusun dan mengimbangkan

kayu

1. Senang dan mudah didirikan

kerana ia sangat stabil.

2. Apabila terbakar, api hanya

membakar bahagian dalam.

1. Dikenali sebagai „Api piramid‟.

2. Sangat stabil, mudah membakar

dan senang dinyalakan

5.6 IKATAN DAN SIMPULAN

1. Kemahiran asas berkaitan ikatan dan simpulan tali.

2. Ikatan tali perlu dipelajari untuk digunakan dalam kehidupan seharian.

3. Penting untuk membuat ikatan pada pelbagai jenis kraf dalam aktiviti

perkhemahan.

Hunter‟s Fire

Long Cabin Fire

Teepee Fire

Star Fire

Reflector Fire

Council Fire

Page 149: Modul PJM3108

5.6.1 Jenis Ikatan

Buku Sila ( Reef knot )

Menyambung dua utas tali yang sama saiz dan jenis. Kedua tali yang disambung tidak

mudah terlerai. Simpulan ini kerap digunakan terutama mengikat anduh.

Bunga Geti ( Sheet bend )

Menyambung dua utas tali yang tidak sama saiz dan jenis. Kedua tali yang disambung

tidak mudah terlerai.

Silangkan kedua utas tali.

Belitkan kedua hujung tali. Tali Kanan melalui atas tali kiri, membelit ke

bawah dan melangkau atas tali kiri

Temukan kedua hujung tali dan lakukan teknik belit-silang yang

serupa.

Silangkan kedua utas tali.

Belitkan kedua hujung tali. Tali kecil melalui bawah tali besar, melangkau ke atas dan membelit ke bawah tali besar.

Kedua hujung ditemukan semula. Belitkan tali kecil kepada tali besar selari

dengan belitan pertama. Belitkan kedua hujung tali. Tali kecil

melalui bawah tali besar, melangkau ke atas dan membelit ke bawah tali besar.

Kedua hujung ditemukan semula. Belitkan tali kecil kepada tali besar selari

Page 150: Modul PJM3108

Simpul Manok ( Clove Hitch )

Mengikat tali pada tiang / pokok / anggota tangan dan kaki. Simpul manok tidak mudah

terurai kerana semakin kuat ditarik akan semakin ketat simpulannya.

Tali kecil melangkau atas tali besar dan menyusup bawah tali kecil kemudian melangkau sekali lagi atas tali besar.

Belitkan tali tiang dengan satu lilitan dan silangkan

Belitkan untuk kali ke 2 dan bawa hujung tali ke tempat tali bersilang.

Susupkan tali ke bawah silangan tali dan susun bersebelahan.

Tarik hujung tali untuk mengetatkan simpulan dan susun kedudukan tali

supaya kelihatan rapi.

Page 151: Modul PJM3108

Tindih Kasih ( Bowline )

Ikatan atau simpulan untuk mengikat tali pada pada objek atau benda hidup tanpa

menjerut objek tersebut seperti mengikat tali pada lubang cincin khemah.

Masukkan hujung tali ke dalam gelung. Pastikan arah masuk

bertentangan dengan arah punca tali.

Teruskan pergerakan hujung tali keluar dari gelung.

Seterusnya masukkan kembali hujung tali ke gelung tadi dan

tarik untuk mengetatkan simpulan.

Buatkan satu gelung kecil.

Page 152: Modul PJM3108

Simpulan Pengail ( Fisherman Knot )

Ikatan atau simpulan untuk menyambung dua tali yang licin atau halus

Gelung akan terbentuk tanpa menjerut objek.

Belitkan kedua-hujung tali kepada tali yang bertentangan dan jadikan

gelung ringkas.

Susun tali selari

Masukkan kedua hujung tali ke dalam gelung masing-masing dan ketatkan.

Page 153: Modul PJM3108

5.7 Gejet / Woodcraft

Peralatan dan keperluan harian tidak semestinya dibawa dari rumah. Dalam

perkhemahan, individu perlu mempelajari cara untuk membina kraf kayu atau disebut

sebagai “gejet”. Ada banyak jenis gejet yang boleh dibina daripada bahan-bahan

persekitaran luar. Contoh bahan-bahan tersebut ialah buluh, akar, rotan, batang kayu,

tali, ranting kayu, daun-daun pokok, batu dan tin kosong. Gejet penting dalam aktiviti

luar dan mempunyai pelbagai fungsi iaitu:

a. Memudahkan pengurusan tempat atau kawasan perkhemahan.

b. Menjadikan aktiviti perkhemahan lebih tersusun dan teratur.

Gejet dibina sebagai pengganti perabot yang sering digunakan di rumah.

Misalnya dapur, rak pinggan mangkuk, ampaian, bekas lilin, bakul sampah, sinki, tandas

dan sebagainya. Peralatan seumpama ini sedikit sebanyak boleh membantu dan

mendatangkan keselesaan kepada kita. Di samping itu, penciptaan gejet juga adalah

berdasarkan kereaktifan individu. Gejet yang lebih besar atau yang sukar dibina

pastinya memerlukan kerjasama kumpulan. Oleh itu, semangat bekerjasama dan bantu-

membantu dapat terus dipupuk.

Tarik kedua tali sehingga kedua simpulan bertemu.

Page 154: Modul PJM3108

Gejet memasak adalah gejet yang paling penting. Di antaranya, yang paling

mudah dan sering dibina oleh ahli perkhemahan ialah dapur kaki tiga dan kapur kren.

Dapur-dapur lain seumpama ini termasuklah dapur Trapper, dapur mudah alih ataupun

tungku yang biasanya digunakan untuk perkhemahan yang ringkas dan singkat.

Kraf membawa erti kerja–kerja kemahiran tangan. Oleh itu, kemkraf bermaksud

kerja–kerja kemahiran tangan yang diperlukan di dalam aktiviti perkhemahan. Di antara

kemkraf yang berkaitan ialah:

- Membuat gejet

- Mengikat tali

- Menyalakan api dari kayu api

- Menebang serta memotong kayu.

5.7.1 Jenis-jenis Gejet/ Woodcraft

Gejet adalah perkakas atau alat–alat kecil. Gejet haruslah dibuat tepat pada

keperluannya. Gejet dibuat untuk memastikan kekemasan kawasan perkhemahan serta

memudahkan ahli perkhemahan itu sendiri.

Gejet diperbuat daripada buluh atau kayu dan diikat dengan tali. Antara gejet

yang boleh dibuat ialah:

1. Tempat menggantung barang

2. Para meletak barang

3. Alas tanah

4. Tempat menjemur kasut

5. penyapu sampah

6. Tempat lilin

7. Penggantung baju

8. Pelindung dapur

Page 155: Modul PJM3108

9. Tempat sudu / garfu / berus gigi

10. Ampaian kain

11. Tempat pinggan

12. Bangku dan meja

Gejet dibuat mestilah mengikut keperluan dan kesesuaian. Jangan membuat

gejet yang tidak diperlukan atau alat sebenarnya sudah dibawa. Tujuan gejet dibuat

untuk menggantikan alat sebenar yang tidak dibawa. Pastikan semasa gejet dibuat,

tidak membazirkan sumber alam semulajadi. Mengenalpasti dan menggunakan apa

yang telah sedia ada adalah lebih penting daripada kemahiran membuat gejet.

DAPUR AMPAIAN KERUSI

TONG SAMPAH ALATAN DAPUR

Page 156: Modul PJM3108

Alatan

1. Kemahiran menggunakan alatan semasa berada di luar atau dalam hutan.

2. Kemahiran ini penting kerana dapat membantu dan memudahkan individu untuk

melakukan aktiviti ketika berada di hutan.

3. Antara jenis-jenis alatan atau senjata yang di gunakan untuk membina gajet ialah :

a) Club (belantan)

b) Pisau

c) Batu

d) Kayu

e) Buluh

f) Besi

5.7.2 Menebang dan Memotong Kayu Untuk Gejet

Kemahiran ini diperlukan supaya seseorang itu dapat memotong dan menebang

kayu dengan cepat, baik dan selamat. Gunakan parang tajam untuk menebang dan

memotong. Selain itu gergaji juga boleh digunakan untuk kayu. Sebelum menebang

pokok keadaan persekitaran haruslah diambil perhatian, contohnya dahan–dahan mati,

gangguan serangga (seperti tebuan dan semut) dan keselesaan tempat menebang.

Menebang Kayu Kecil:

MEJA & KERUSI TANGGA

Page 157: Modul PJM3108

Kayu kecil ialah kayu yang berukuran lebih kurang sebesar batang paip atau lebih kecil

daripada itu. Untuk menebangnya, takekan mata parang kepada batang pokok itu

dengan kuat dengan mata parang menyerong ke bawah. Tentukan kaki anda tidak

berdekatan dengan tempat yang ditakek. Jika berada di bawah, tangan itu sentiasa

terdedah kepada mata parang yang sedang menakek.

Kayu Sebesar Lengan:

Lakukan perkara sama sebagaimana menebang pokok kecil tetapi takekan hendaklah

berkali–kali dan berkeliling pokok.

Kayu Lebih Besar:

Bagi kayu yang lebih besar pula, lakukan takekan menyerong ke bawah

beberapa kali sehingga berasa ketat. Kemudian takek pula di bawah sedikit dengan

posisi mata parang tepat kepada pokok dan bukannya menyerong seperti mula–mula

tadi. Teruskan takekan itu sehingga membentuk satu takuk. Lakukan kedua – dua cara

takekan itu hingga takuk itu besar dan menumbang pokok itu. Lebih mudah lagi jika

dibuat takuk yang kedua. Takuk kedua hendaklah dibuat di sebelah yang bertentangan

dengan takuk yang pertama tadi. Takuk ini boleh juga dibuat berkeliling.

Menebang Ke Arah Yang Dikehendaki

Page 158: Modul PJM3108

Pokok boleh dikawal arah tumbangnya sebagaiman yang dikehendaki. Arah

tumbang itu perlu dikawal bagi tujuan keselamatan. Cara melakukannya ialah dengan

membuat satu takuk pada pokok itu dengan takekan parang. Takuk itu hendaklah kira –

kira sesuku dari pokok itu. Ia dinamakan „muka‟. Selepas itu, tebanglah pokok itu secara

takuk tetapi takuk itu mestilah berada di atas takuk ‟muka‟ itu dan di sebelah

bertentangan. Teruskan menebang di atas takuk itu sahaja dan apabila takuk itu hampir

dengan takuk ‟muka‟ maka ia akan tumbang ke arah takuk ‟muka‟ itu. Oleh itu, halakan

takuk ‟muka‟ itu ke arah yang ditumbangkan.

Memotong Kayu

Memotong kayu yang dimaksudkan ialah mengerat kayu apabila hendak

digunakan. Kayu hendak dipotong itu hendaklah dibaringkan dan dialas dengan kayu

keras. Jika tidak dialas kayu sukar dipotong kerana sering mengenai tanah. Potong

dengan cara menakek ke bawah dan berkeliling. Kayu besar hendaklah dipotong

dengan cara berkeliling.

5.8 ABSEILING

Abseiling merupakan satu aktiviti yang menarik bagi mereka yang suka cabaran.

Abseiling dikategorikan sebagai latihan outdoor. Latihan outdoor ini telah diasaskan oleh

seorang ahli falsafah dan guru warga Jerman iaitu Dr. Kurt Hunt pada tahun 1937

setelah mendapati ramai kelasi muda terkorban berbanding dengan kelasi yang lama

ketika berlaku perlanggaran di lautan sewaktu dalam pelayaran.

Page 159: Modul PJM3108

Jesteru, Dr. Kurt Hunt telah mencipta satu sistem cabaran penggunaan tali tinggi

dan tali rendah mercu kabel khusus untuk kelasi muda dengan menggunakan kapal

dagang pada tahun 1937 iaitu kapal Laurence Holt dari System Educational Outdoor.

Dengan adanya sistem ini kelasi-kelasi muda telah berjaya menyelamatkan diri

dalam perlanggaran yang berlaku.

5.8.1 PENGENALAN

Untuk melakukan aktiviti ini, perkara yang perlu diambil kira ialah dari segi

tempat atau lokasi untuk menjalankan aktiviti tersebut. Kebiasaannya pemilihan tempat

untuk melakukan abseiling adalah di kawasan yang berbukit, tanah tinggi, tembok tinggi

berbatu dan gunung. Tempat sebeginilah menjadi pilihan utama bagi individu yang

gemarkan aktiviti lasak dan mencabar ini.

Ketinggian yang biasa untuk melakukan aktiviti ini adalah lebih kurang 30 meter.

Selain itu, kecerunan sesuatu tempat turut diambil kira. Seboleh-bolehnya kecerunan

sesuatu tempat untuk melakukan abseiling ini adalah 90° dan yang paling penting

adalah jalan untuk mendaki senang dan mudah.

Aktiviti ini mengkehendaki penurun berhati–hati dan mengikut prosedur dengan

teliti, ambil masa dan sediakan ikatan abseiling yang betul, abah-abah (harness), tali

abseiling dan peralatan yang bersesuaian. Sebagai langkah berjaga-jaga, sebelum

memulakan aktiviti ini, petugas yang terlibat perlu melakukan ikatan yang betul ke atas

penurun pada tali abseiling. Ianya sangat penting untuk mengelakkan kecederaan.

5.8.2 PELAN PELAKSANAAN

Terdapat 4 pelan pelaksanaan yang harus dipatuhi bagi mereka yang melakukan

aktiviti ini. Empat pelan pelaksanaan tersebut adalah seperti:

1. Sebelum abseiling

2. Semasa abseiling

3. Semasa pergerakan turun

Page 160: Modul PJM3108

4. Selepas abseiling

Sebelum Abseilling

i. Menentukan jalan naik atau mendaki ke tempat permulaan

ii. Tali harus dipasang terlebih dahulu bagi memudahkan peserta mendaki

iii. Pemilihan pokok yang akan digunakan untuk mengikat tali tersebut

seelok-eloknya pilih jarak kedua-duanya berdekatan

iv. Tali di bawah bukit tidak terlalu panjang (1-2 meter sahaja)

v. Tali kernmantel perlu diikat pada pokok atau pasak dengan 1 lilitan dan

membentuk “V” dengan ikatan tindih kasih

vi. Hujung tali dilapik dengan tali guni bagi mengelakkan kerosakan pada tali

vii. Tali kernmantel yang sudah siap dipasang haruslah diuji terlebih dahulu

sebelum digunakan

viii. Cara menguji kekuatan tali adalah dengan cara 3-10 orang dewasa

bergayut tanpa menyentuh bumi selama 10 saat.

Semasa Abseilling

i. Individu perlu memasang ikatan “harness” atau “dulfer seat”.

ii. Pasang helmet dan sarung tangan

iii. Pasang tali pinggang keselamatan di pinggang dengan menggunakan

ikatan tindih kasih.

iv. Pasang “carabiner” pada “harness”

v. Pasang “figure of eight” dengan menggunakan skru yang disediakan

vi. Periksa kunci atau skru, pastikan sekali lagi skru atau kunci tersebut

berfungsi dengan baik.

vii. Individu yang ingin membuat penurunan perlu meminta kebenaran turun

dengan menyebut “on belay”

viii. Jurulatih di bawah akan mengatakan “belay on” bermakna jurulatih telah

bersedia.

Semasa Pergerakan Turun

Page 161: Modul PJM3108

i. Satu tangan dipegang pada tali utama (tali hadapan) dan satu lagi tangan

dipegang pada tali anchor (tali bahagian belakang)

ii. Badan perlu dicondongkan dan kaki perlu dibuka sedikit dengan

mengendur atau membengkokkan sedikit lutut. Keseluruhan tapak kaki

perlu didakapkan ke tanah atau dinding. Tujuan utama lutut

dibengkokkan adalah bertujuan untuk memudahkan membuat lonjakan

dan melakukan penurunan

iii. Tangan di hadapan bertindak mengawal pergerakan dan tangan di

belakang bertindak sebagai kunci dengan memaut tali ke belakang.

iv. Penurun perlu memastikan kecondongan badan adalah 45° dari bukit

atau dinding

v. Berat badan perlu sentiasa ke belakang, ia bertujuan memudahkan

pergerakan

vi. Kaki digunakan untuk melompat / melonjak. Kedua-dua kaki memainkan

peranan dengan cara membengkokkan lutut (sedikit sahaja)

vii. Seandainya berlaku kecemasan, penurun perlu menjerit dengan kata

kunci “fall in” dan dengan serta- merta jurulatih di bawah akan menarik

hujung tali.

Selepas Abseilling

i. Penurun yang baru selesai melakukan aktiviti ini perlu membuka tali

keselamatan di badan

ii. Carabiner boleh dibuka dengan menyelaras skru yang

menyambungkannya dengan figure of eight

iii. Setelah carabiner dan figure of eight dipisahkan, keluarkan figure of eight

dari kernmantel

iv. Tindakan seterusnya ialah mengeluarkan carabiner dari harness

v. Membuka harness

Teknik–teknik Penurunan Abseilling

a. Teknik Dulfer

Page 162: Modul PJM3108

Cara klasik dalam turun tebing. Hanya menggunakan tali luncur (abseiling rope)

yang diletakkan diantara dua kaki lalu menyilang dada dan melalui bahu.

Kelajuan turun ditahan dengan satu tangan.

b. Teknik Modified Dulfer

Teknik semi klasik. Menggunakan carabiner tersebut, tali luncur menyilang ke

salah satu bahu lalu dipegang oleh satu tangan untuk mengawal.

c. Teknik Komando

Di Indonesia, cara ini sering digunakan oleh para komando. Caranya dengan

melilitkan carabiner dengan tali sebanyak dua kali, dan dengan melewati antara

kaki maka laju badan dikawal dengan gerakan tali luncur tersebut pada salah

satu tangan. Adakalanya tali luncur tersebut tidak melalui dua kaki tetapi hanya

satu paha, lalu gerakan turunnya diatur oleh tangan yang sejajar dengan paha

tersebut.

d. Teknik Brake Bar

Empat buah carabiner disusun melintang sedemikian rupa sehingga merupakan

sistem friksi (lihat kembali: descender), lalu tali luncur melewatinya dengan

dikawal oleh satu tangan pendaki. Sistem friksi kemudian dikembangkan dengan

sistem descender khusus yang disebut bar crab.

5.8.3 SENARAI PERALATAN

Antara alatan yang perlu digunakan untuk aktiviti abseiling adalah seperti berikut:

i. Tali Kernmantel (statik) - 100 meter

ii. Tali Kernmantel (Dinamik) - 100 meter

iii. Carabiner - 10 buah

iv. Figure of eight - 10 buah

v. Harness (half) - 10 buah

Page 163: Modul PJM3108

vi. Helmet - 10 buah

vii. Glove - 10 buah

A. Tali Kernmantel

- Tali kernmantel terdiri dari dua lapisan: kern (core) – iaitu pintalan

beberapa serat tali kecil yang membentuk satu teras yang kuat dan

mantle (shealth) – selaput luar yang terdiri dari jalinan fiber untuk

membentuk satu lapisan kulit luar.

- Tali yang boleh meregang kira-kira 2% adalah bagus untuk aktiviti

abseilling. Tali jenis ini merupakan tali yang boleh dilakukan pelbagai

ikatan (multi standart) dan tali regangan rendah.

- Tali jenis ini dapat mengurangkan lantunan dan menambah kawalan

pada aktiviti abseiling.

B. Tali penurun

- Ianya bersambung terus dengan locking carabiner dan kepada harness.

Tali penurun bertindak mencipta geseran ke atas tali abseiling untuk

memperlahankan penurun melakukan penurunan.

- Tali penurun diselaraskan oleh penurun sewaktu melakukan abseilling.

melalui kawalan tekanan tali, geseran dapat dipertambah atau

dikurangkan seterusnya mengubah kelajuan aktiviti penurunan.

Page 164: Modul PJM3108

1) Carabiner

- Alat yang digunakan untuk mencangkuk objek seperti harness, figure of

eight, kernmantel dan sebagainya dan diperbuat daripada logam (alloy).

Terdapat dua jenis yang biasa digunakan iaitu screw gates (mempunyai

pengunci berskrew) dan snap (tanpa screw)

- Carabiner yang sering digunakan dan agak popular adalah Asymmetrical

D yang menyediakan ruang kosong untuk tali abseiling yang hanya

setebal 12 mm.

2) Figure of eight

Merupakan salah satu ”alat decender” yang diperbuat dari logam (alloy).

Digunakan sebagai perintang kelajuan semasa menuruni tali.

3) Harness

a) Half Harness (Seat harness)

Page 165: Modul PJM3108

Alat untuk menyokong dan menampung beban badan. Half harness

hanya menyokong pada bahagian pinggang dan pinggul sahaja.

b) Full Harness

Full harness pula dapat menyokong keseluruhan badan pelaku.

4) Helmet

- Buatan negara Korea.

- Diperbuat daripada ”fibre glass” yang tahan lasak.

- Digunakan untuk melindungi kepala dari terhantuk ke batu dan ditimpa

batu.

Page 166: Modul PJM3108

5) Glove

Aksesori untuk menahan geseran pada tangan semasa menuruni tali dan

penebat haba.

6) But

Bergantung kepada jenis batu atau dinding, but sangat penting untuk

perlindungan. Walaupun begitu, tidak semua keadaan memerlukan

pemakaian but dan ianya bergantung kepada situasi.

5.8.4 PENJAGAAN ALATAN

Umum

- Pastikan semua peralatan bersih sebelum dan selepas digunakan

- Jurulatih hendaklah memeriksa dan membuat ujian ke atas semua

peralatan mengikut piawaian dan tempoh jangka hayat atau lebih mudah

merekodkan dalam buku log

- Jangan dedahkan peralatan pada suhu yang panas atau sejuk seperti

hujan atau cahaya matahari yang terik

- Jangan jatuh semua peralatan pada ketinggian 7 kaki. Sekiranya perkara

ini terjadi, peralatan tersebut hendaklah ditanda dan diasingkan

- Jangan mencampak semua peralatan sesuka hati sebelum dan selspas

digunakan.

- Tentukan semua peralatan disusun atau digantung (tali sahaja) di tempat

atau di stor yang disediakan yang mana mempunyai pengudaraan bebas

masuk dan keluar.

Page 167: Modul PJM3108

- Pastikan semua jenis tali tidak digigit oleh tikus, lipas, semut dan lain-

lain.

- Pemeriksaan peralatan bagi semua peralatan seelok-eloknya di buat

seminggu sekali.

Tali

- Jangan memijak atau berjalan di atas tali

- Gunakan pita pelekat untuk mengelakkan ia terburai di hujung tali

- Jauhi daripada asid dan solven seperti gasoline, thinner dan lain- lain

- Pancaran cahaya matahari secara terus menerus akan melemahkan

nylon.

- Jauhi daripada api

- Seandainya basah ianya mestilah dikeringkan dalam kawasan yang

redup

- Jangan menggunakan tali mendaki dan menurun untuk tujuan- tujuan lain

- Jika tali tersangkut atau terkena ketukan batu yang jatuh ke atasnya,

tindakan memeriksa perlu diambil

- Sebarang tali yang telah dipotong sedikit atau terburai dengan terlalu

banyak jangan digunakan lagi.

Harness

- Simpan harness dalam suhu yang sederhana

- Perlu dicuci dan dibersihkan selepas digunakan, memadai mencuci

dengan menggunakan air biasa

- Sekiranya ingin menanggalkan kotoran dan kesan degil, harness boleh

dicuci dengan air sabun

- Bilaskan harness bagi memastikan kesan sabun dibersihkan

sepenuhnya.

- Biarkan harness kering di tempat terbuka yang terlindung daripada

cahaya matahari sebelum ia disimpan

- Beri perhatian lebih kepada tanda jahitan dan tanda ikatan.

- Apabila tanda yang jelas dapat dikesan, ianya perlu diluntur dan

digoreskan.

Page 168: Modul PJM3108

Carabiner

- Carabiner perlu disapukan minyak untuk elak daripada berkarat

- Sebelum disimpan pastikan skru carabiner boleh berfungsi dengan baik

dan skrunya boleh ditutup rapat.

- Jaminan hayat carabiner adalah tiga tahun jika ianya kerap digunakan

- Carabiner yang telah jatuh daripada ketinggian 7 kaki akan diasingkan

dari carabiner yang lain.

- Carabiner yang jatuh ini akan dihantar kepada pembekal semula untuk di

x- ray

- Ia bertujuan untuk melihat jika terdapat keretakan yang akan

mengakibatkan risiko semasa melakukan aktiviti abseiling

- Alatan ini amat sensitif, oleh itu kepekaan peserta abseiling terhadap

alatan perlu diberikan perhatian.

1) Cara mencuci alatan

i) Tali kernmantel dan harness - Dibasuh dengan air tawar tanpa

menggunakan sebarang bahan pencuci (mengelakkan tindakbalas kimia).

Tali yang kotor perlu direndam terlebih dahulu, kemudian dicuci secara

teliti dari hujung ke hujung tali.

ii) Bagi peralatan yang diperbuat dari bahan logam seperti carabiner, figure

of eight, ascender dan sebagainya, perlu dibilas dengan air tawar untuk

membuang kotoran, dilap dan kemudian disembur dengan cecair anti

karat seperti WD-40.

iii) Pada bahagian screw gate carabiner perlu disembur cecair anti karat

dan putar-putar screw tersebut sehingga putarannya lancar, dengan

tujuan menghancurkan benda asing seperti zarah pasir dan tanah yang

terlekat di bahagian tersebut.

2) Cara mengeringkan peralatan.

i) Tali kernmantel perlu dikeringkan dengan digantung secara ulang alik

pada pokok atau tempat yang bersesuaian tanpa terdedah terus kepada

cahaya matahari (terlindung). Sebaik-baiknya tempat tersebut mestilah

Page 169: Modul PJM3108

mempunyai kitaran udara yang baik. Kaedah ini akan dapat

mengekalkan kualiti tali kernmantel.

ii) Peralatan logam seperti carabiner, F-O-8, ascender dan lain-lain yang

telah siap dicuci dan disembur dengan cecair anti karat, boleh

dikeringkan dengan cara menggantung peralatan tersebut dengan tali

pada kitaran udara.

iii) Bagi harness, glove dan sling tape perlu dijemur pada sinaran matahari

dengan kitaran udara yang baik untuk dikeringkan dengan kadar segera.

3) Cara menggulung tali kernmantel

i) Tali kernmantel yang panjang perlu digulung dan diuruskan dengan baik.

Ini bagi mengelakkan berlaku kekusutan dan sukar hendak digunakan di

masa hadapan.

ii) Teknik menggulung (coiling) boleh dilakukan dengan kaedah

i. Mountaineering

a) Uraikan tali supaya tidak kusut dan bersimpul. Pegang salah satu hujung

tali dengan sebelah tangan dominan.

b) Lurut tali dengan tangan sebelah lagi kira-kira 1.5 meter.

c) Susun tali yang dilurut di tangan dominan sehingga jadi gelung.

d) Ulang perbuatan sehingga habis tali dan satu gulungan tali yang besar

terhasil.

e) Gunakan salah satu hujung tali untuk diikat pada bahagian tengah

gulungan secara simpul manok.

Page 170: Modul PJM3108

ii. Butterfly

(1) Pegang hujung tali. Uraikan tali sehingga habis.

(2) Pegang hujung salah satu hujung dan lurutkan tali antara 1 hingga 1.5

meter.

(3) Letakkan di belakang tengkok dan lurut tali ke bawah.

(4) Sekali lagi lurutkan tali dan letakkan di belakang tengkok dan lurutkan ke

bawah.

(5) Ulangi langkah tersebut sehingga habis tali. Anda akan dapati satu

gulungan tali berada di atas bahu dan tengkok anda.

(6) Dengan hujung tali, buat ikatan di bahagian tengah atau 1/3 gelungan tali.

Page 171: Modul PJM3108

4) Kaedah membawa tali.

i. Menggunakan beg khas.

Tali yang telah digulung diisikan ke dalam beg khas.

Page 172: Modul PJM3108

ii. Menggalas di belakang.

Tali yang telah digulung secara butterfly boleh digalas di belakang.

iii. Menyilang di badan.

Tali yang digulung secara mountaineering boleh disilang ke badan untuk

dibawa ke lokasi.

iv. Menggalas di sisi.

Page 173: Modul PJM3108

Tali digulung dan buat tali penyangkut seperti tangkal beg tangan.

5.9 ORIENTEERING

Orienteering bermaksud peta, hutan dan adventure. Orienteering diibaratkan

gabungan antara sukan merentas desa, pandu arah dan acara mencari harta karun. Ia

meliputi pelbagai bidang latihan, kaedah mainan dan pertandingan di samping

menyediakan ruang eksplorasi, cabaran dan risiko tersendiri.

Orienteering adalah sukan rekreasi yang memerlukan imbangan di antara

koordinasi fizikal dan mental dengan baik. Peserta perlu mengemudikan arah dirinya

dari satu titik kawalan ke satu titik kawalan yang lain dengan berpandukan kepada peta

dan kompas yang diberikan yang telah ditandakan di atas peta dan ditentukan

dipermukaan bumi mengikut susunan tertentu.

5.9.1 Sejarah dan perkembangan

Sejarah permulaan

Mula diperkenalkan di negara Scandinavia pada awal abad ke 19 oleh Major

Ernst Killander.

Page 174: Modul PJM3108

Major Ernst Killander telah mengubah suainya menjadi sukan yang lebih

kompetatif, berperaturan dan diterima ramai pada tahun 1918. Beliau telah

mendapat gelaran „Bapa Orienteering‟

Orienteering mengikut model Killander merangkumi:

o Memerlukan daya ketahanan

o Stamina

o Kecekapan berlari

o Kekuatan mental

o Penggunaan skill navigasi dalam bentuk muka bumi yang lebih

mencabar.

Pada tahun 1930-an, sebuah kompas baru yang lebih tepat dan cepat telah

dicipta oleh Bjorn Kjellstrom, Alvan Kjellstrom dan Brunnar Tillander.

Mereka merupakan orienteer yang terbaik di Sweedish

Orienteering telah dibawa oleh Bjorn Kjellstrom ke Amerika Syarikat pada tahun

1946.

Persekutuan Orienteering Antarabangsa (IOF) telah ditubuhkan pada tahun 1961

dengan penglibatan 10 negara.

Kejohanan-kejohanan yang telah dianjurkan oleh IOF adalah seperti:

o World Orienteering Championships (WOC)

o World Cup (WC)

o Junior World Orienteering Championships (JWOC)

o Asia-Pacific Orienteering Championship (APOC)

o World Masters Oienteering Championships (WMOC) - 35 tahun ke atas

Acara orienteering yang terbesar pernah dianjurkan adalah O-Ringen (Sweedish

Five-days) yang melibatkan penyertaan antara 1500 hingga 2500 orang.

Perkembangan di Malaysia

Bermula dari satu bengkel orienteering yang dikendalikan oleh En. Wan Sabri bin

Wan Mansor (Dr), Pensyarah UPM di Hutan Simpan Air Hitam, UPM pada tahun

1983..

Penubuhan Persatuan Orienteering Pulau Pinang (POA) dalam tahun 1983

Diikuti dengan penubuhan Persatuan Orienteering Selangor & Wilayah

Persekutuan (WOA) pada tahun 1986

Malaysia bergabung dengan IOF dalam yahun 1992 melalui WOA

Page 175: Modul PJM3108

Penubuhan Persatuan Orienteering Malaysia pada tahun (MOA) pada tahun

1994

Penubuhan lima buah cawangan negeri iaitu Kedah, Johor, Terengganu,

Selangor dan Wilayah Persekutuan apada tahun 1996

MOA cawangan Pulau Pinang dan Sabah pula ditubuhkan pada 1997

5.9.2 Jenis-jenis orienteering

Terdapat empat kaedah orienteering yang dijalankan mengikut ketetapan

Persekutuan Orienteering Antarabangsa (IOF) iaitu Foot-O, MB-O, Ski-O dan Trial-O. Di

negara ini hanya kaedah Foot-O yang mudah dilakukan, antaranya ialah:

Orienteering Merentas Desa (Cross-Country Orienteering)

Orienteering jenis ini adalah yang paling biasa yang dipertandingkan. Dalam

acara ini, semua peserta dikehendaki melalui titik kawalan dan arahan yang

sama. Pemenangnya adalah peserta yang berjaya menghabiskan perjalanan

dalam masa yang paling singkat.

Orienteering Bermarkah (Score Orienteering)

Dalam acara ini, kawsan yang dipilih untuk pertandingan adalah meliputi titik

kawalan yang banyak. Tetapi titik kawalan yang berada berdekatan permulaan

dan penamat mempunyai markah yang sedikit, manakala bahagian yang lebih

jauh dan mempunyai kesukaran yang tinggi mempunyai markah yang lebih

tinggi. Acara ini menuntut peserta untuk mengesan seberapa banyak tanda

kawalan dalam masa yang telah ditetapkan, biasanya 90 minit. Markah akan

diberikan bagi setiap penanda kawalan yang dikesan dan markah akan ditolak

jika tidak menepati masa yang telah ditetapkan.

Orienteering Jalanraya (Street Orienteering)

Orienteering Malam (Night Orienteering)

Acara ini dijalankan pada waktu malam. Peserta akan menggunakan lampu

kepala untuk berjalan pada waktu malam.

Page 176: Modul PJM3108

Orienteering Bukit (Mountain Orienteering)

Diadakan dikawasan bukit dan lebih mencabar peserta

Orienteering Berganti-ganti (Relay Orienteering)

Dalam acara ini diadakan secara berkumpulan dan berganti-ganti. Pemenang di

kira berdasarkan masa keseluruhan kumpulan itu.

5.9.3 Kebaikan sukan orienteering:

Sukan untuk semua

Meningkatkan kecergasan fizikal

Meningkatkan kecergasan mental dan daya tumpuan

Memberi cabaran dan keseronokan

Membina sikap positif dan keyakinan diri

Menggunakan persekitaran yang sihat

Meningkatkan kemahiran pembacaan peta dan kompas

Memupuk sifat keberanian dan ketenangan dalam keadaan cemas

5.9.4 Terminologi dan alatan

Titik Kawalan

Satu tanda kedudukan yang telah ditentukan di atas peta yang perlu dilawati oleh

peserta.

Biasanya merupakan ciri-ciri muka bumi atau ciri-ciri buatan manusia yang jelas.

Titik kawalan bukanlah „check point‟ kerana tiada penjaga dititik ini.

Penanda Kawalan

Tujuannya bagi membantu peserta tiba ke destinasi yang betul

Sesuatu objek yang diperbuat dripa kain berwarna merah muda dan putih

sebagai tanda yang diletakkan di titik kawalan (dalam lingkungan10m)

Mempunyai kod kawalan tersendiri dan penebuk lubang yang unik.

Peraturan IOF tidak membenarkan nombor 1 hingga 40 dijadikan sebagai

nombor kod kawalan.

Kad Kawalan

Page 177: Modul PJM3108

Setiap peserta perlu membawa bersama kad kawalan ketika menyertai acara

sebagai bahan bukti atau pengesahan

Dalam kad ini akan dicatatkan nama peserta serta masa bermula dan tersedia

dalam petak-petak untuk ditebuk apabila sampai di titik kawalan nanti.

Kad ini perlu diserahkan kepada penjaga masa digarisan penamat untuk

dicatatkan masa penamat.

Peta Utama

Peta yang telah ditandakan dengan landasan dan disertakan dengan keterangan

kawalan.

Landsan ini akan disediakan oleh Perancang Landasan

Keterangan Kawalan

Keterangan asas sebagai titik-titik kawalan berkenaan.

Butir-butir yang disenaraikan adalah siri titik kawalan,kod kawalan dan

keterangan mengenai kedudukan titik kawalan.

Di peringkat antarabangsa, keterangan tidak ditulis dalam bentuk teks tetapi

dalam bentuk kod atau gambarajah.

Landasan

Landasan adalah panduan arah perjalanan dari permulaan titik kawalan ke titik

kawalan yang lain hingga ke penamat.

Landasan ini akan dilukis di atas peta utama dan akan disalin oleh peserta

kemudianya.

Tanda yang berkenaan landasan adalah:

Kompas

Alat bantu yang kedua terpenting dalam sukan orienteering.

Ia digunakan hanya untuk menetukan arah sahaja

5.9.5 Peta

Peta adalah lukisan bagi gambaran bentuk mukabumi bagi sesebuah kawasan

yang dilihat dari udara. Peta adalah sumber maklumat bagi kawasan berkenaan.

Page 178: Modul PJM3108

Mempunyai tajuk, kontor, skala, petunjuk, garisan melaras dan kod warna yang akan

memberi kemudahan dan tangkapan yang tepat mengenai rupa bumi kawasan

berkenaan.

Jenis-jenis peta

Terdapat beberapa jenis peta yang diterbitkan seperti berikut :-

Peta topo

Peta panduan jalanraya

Peta khusus

Atlas

Peta imejan satelit

Peta orienteering

Kandungan peta orienteering

Tajuk peta

Arah Utara

Skala - samada 1:5000, 1:10000, atau 1:15000

Petunjuk peta

Garisan melaras utara-selatan

Kredit – kerja ukur, kartografi, tarikh cetakan, penaja dan sebagainya

Warna-warna dalam peta

Terdapat 6 warna yang ditentukan mengikut standard IOF. Warna tersebut adalah :-

Hitam - ciri-ciri buatan manusia & batu

Perang - kontor & jalanraya

Kuning - keadaan tumbuhan : lapang dan terbuka

Putih - keadaan tumbuhan : berpokok/boleh berlari

Hijau - keadaan tumbuhan :berjalan/redah

Biru - kawasan berair

Bentuk muka bumi

Page 179: Modul PJM3108

Garisan kontor dalam peta akan menerangkan maksud paras ketinggian yang samarata

bagi keadaan muka bumi berkenaan. Antara yang perlu diketahui adalah :-

Susuh bukit (spur) - sejalur tanah yang menganjur keluar

Ceruk (re-entrant) - berlawanan dengan susuh bukit

Permatang (ridge) - tanah tinggi yang memanjang

Pelana (saddle) - suatu lekukan yang terletak di antara dua bukit

Knol (tanah yang lebih besar dari busut tetapi kecil dari anak bukit)

5.9.6 Kompas

Kompas adalah alat pengemudian arah yang mempunyai jarum magnetik merah hitam

serta ditandakan dengan ukuran sama dalam mil atau darjah. Ia merupakan alat bantu

dalam sukan orienteering.

Jenis kompas

Terdapat berbagai jenis kompas dan jenama yang dikeluarkan untuk tujuan navigasi.

Antaranya adalah :-

Kompas Tentera

Kompas Orienteering

Kompas Marin

Kompas Kiblat

Kompas Digital

Kompas Orienteering

Kompas orienteering terdapat dalam berbagai bentuk dan jenama antaranya

baseplate compass, thumb compass dan clip compass. Ianya direkacipta agar lebih

mudah dan praktikal. Dua jenama yang popular adalah Suunto buatan Finland dan Silva

buatan Sweden.

Page 180: Modul PJM3108

Ia juga terdiri dari pelbagai model, tetapi yang terbaik ialah model yang

dilengkapi skala grid berukuran 1:63 360, 1:50 000 dan 1:25 000. Unit biasanya dalam

darjah.

Ia lebih ringan dari kompas prismatic dan kompak agar dapat berfungsi sebagai

jangka sudut untuk mengukur. Oleh itu, jangka sudut berasingan tidak perlu dibawa.

Ciri-ciri kompas orienteering

biasanya berbentuk empat segi dan leper

tapak atau dasarnya terdiri daripada lut sinar yang keras

pada tapak, terdapat skala grid, anak panah mara, garisan penghubung,

pembaris, kanta pembesar dan lubang penanda titik

rumah kompas terletak di atas dan berbentuk, bulat, mengandungi dial jarum

kompas, anak panah kompas, garisan grid, angka-angka bacaan bearing atau

sudut dan garisan indeks.

Kegunaan kompas orienteering

Kompas orienteering boleh digunakan untuk tujuan berikut :-

Mengukur jarak

Menentukan kedudukan

Mencari arah

Anatomi kompas orienteering

Page 181: Modul PJM3108

Kompas Orienteering

5.9.7 Teknik-teknik Asas

Teknik melaras peta

Langkah pertama yang harus diketahui adalah melaras Utara peta. Melaras peta

ke Utara adalah bertujuan untuk membetulkan kedudukan peta berkenaan supaya ianya

bersamaan dengan kedudukan pada mukabumi sekeliling. Cara ini akan lebih mudah

untuk menentukan arah pergerakan. Terdapat dua cara untuk melaras Utara peta iaitu:-

Berpandukan kepada kedudukan ciri-ciri muka bumi

Menggunakan kompas

Teknik susur tangan

Merupakan teknik asas yang mudah dalam pemilihan laluan dengan

menggunakan ciri-ciri garisan yang mudah dikenali seperti jalan, lorong kaki, sungai,

pagar dan sebagainya. Kaedah ciri-ciri garisan ini dipanggil Susur tangan (Handrails).

Sebelum bergerak, cuba lihat apakah ciri yang boleh digunakan untuk susur

tangan yang akan membawa anda sehampir mungkin ke tempat yang ditujui. Ikut ciri

berkenaan.

Teknik titik sasaran

Page 182: Modul PJM3108

Titik sasaran merupakan suatu ciri yang jelas yang terletak pada ciri garisan atau

yang berhampiran dengannya, sebelum anda tiba di kawalan yang ditujui. Antara

ciri yang boleh digunakan sebagai titik sasaran ialah simpang / selekoh jalan

atau sungai, hujung atau penjuru pagar dan sebagainya

Pilih Tititk sasaran yang paling hampir kepada destinasi anda. Perlahankan

pergerakan apabila hampir ke titik sasaran dan pastikan arah yang perlu diikut

dan jarak untuk menghampiri kawalan. Teknik ini biasanya digunakan bersama

dengan teknik susur tangan.

Relokasi

Merupakan satu teknik atau cara yang digunakan apabila peserta merasa tidak pasti

akan kedudukan sebenar atau tersesat.

Jangan panik jika dirasakan sudah tersesat. Berehatlah terlebih dahulu.

Jangan bergerak lagi atau merayau-rayau tidak tentu arah.

Laraskan peta ke arah utara peta dan cuba bandingkan ciri muka bumi yang

boleh dilihat.

Jika masih tidak dapat menentukan kedudukan, cuba ingat ciri yang terakhir

yang telah dilalui dan semak dalam peta.

Setelah 2 minit berehat dan anda masih sesat, cuba bergerak ke arah ciri

garisan yang jelas. Dapatkan kedudukan anda dan teruskan pergerakan ke titik

kawalan.

Jika masih ragu-ragu dan risau, dapatkan bantuan sesiapa yang terjumpa atau

cuba carikan jalan balik ketitik permulaan.

5.9.8 Cara Meletak Peta dan Kompas

Cara meletak peta dan kompas orienteering ialah seperti yang berikut:-

Letakkan peta di atas permukaan yang rata.

Letakkan pula kompas ditengah-tenga peta dengan garisan grid di kompas atau

anak panah kompas selari dengan mana-mana garisan timuran di peta.

Tentukan garisan grid di kompas atau anak panah menghala ke utara peta tetapi

bukan sebaliknya.

Page 183: Modul PJM3108

Tanpa menyentuh kompas, pusingkan peta hingga jarum kompas bertindih selari

dengan anak panah atau garisan grid pada kompas.

Dalam kedudukan demikian, peta telah diletakkan dalam keadaan yang sejajar

dengan bumi.

Cara yang lebih ringkas ialah:

Letakkan peta di atas permukaan yang rata dan kemudian letakkan kompas di

tengah-tegah peta tanpa mengambil kira ke arah mana kompas menghala.

MENGUKUR BEARING PETA

Contoh peta

Cara untuk mengukur bearing dari J ke K:

Letak kompas di atas peta dengan menghubungkan J dan K dengan garisan

penghubung. Jika garisan sukar dilihat, gunakan bahagian tepi kompas agar

kedua-dua titik itu bersambung.

Pastikan kedudukan kompas tidak terbalik. Cara menentukannya ialah dengan

menghalakan anak panah mara ke arah titk yang hendak dituju bearingnya.

Dalam contoh peta dia atas, bearing yang hendak dicari ialah K, maka anak

panah mara hendaklah menghala ke arah K.

Tanpa mengubah kedudukan kompas, pusingkan dial sehingga garisan grid dan

anak panah kompas selari dengan garisan timuran di peta.

Tentukan jarum Utara Kompas sehala dengan Utara Peta.

Lihat garisan indeks. Angka yang terletak tepat di atasnya adalaha nilai bearing

K dari J.

Page 184: Modul PJM3108

MENGUKUR BEARING SESUATU OBJEK

1. Halakan kompas ke arah objek yang hendak dicari bearingnya. Tentukan anak

panah arah mara tepat ke arah objek.

2. Pusingkan dial kompas sehingga jarum bertindih selari dengan anak panah.

Dalam rajah ini, angka 80 berada pada indeks setelah jarum berada dalam keadaan

bertindih selarti dengan anak panah. Oleh itu bearing objek ialah 80°.

Kedudukan jarum dan anak panah tidak bertindi selari. Angka 60 pada indeks masih

belum memberikan bearing yang betul ke arah objek.

Jarum dan anak panah dalam rajah meskipun bertindih selari tetapi terbalik. Elakkan

keadaan seperti ini.

Page 185: Modul PJM3108

5.10 IKHTIAR HIDUP

Ikhtiar hidup atau „survival‟ boleh diandaikan sebagai suatu keadaan genting

dalam usaha untuk terus hidup. Dalam erti kata lain, ikhtiar hidup merupakan suatu

ikhtiar dalam proses kelangsungan hidup.

5.10.1 Prinsip-prinsip asas ikhtiar hidup

Terdapat 4 prinsip asas yang terkandung dalam ikhtiar hidup iaitu :

1) Kemahuan :

Kemahuan yang dimaksudkan ialah daya usaha yang dikerahkan untuk

mengatasi rintangan dan untuk meneruskan hidup dalam suasana dan keadaan

genting tersebut.

Contohnya seperti kemahuan untuk mencari sumber makanan dan minuman

melalui pemasangan jerat, perangkap dan sebagainya serta kemahuan untuk

berikhtiar mencari jalan keluar dan mencari jalan untuk mendapatkan bantuan.

2) Mengatasi Ketakutan :

Dalam keadaan genting seperti ini, perasaan takut, panik dan cemas akan

menguasai seseorang individu. Di antara ketakutan yang biasa ialah

- Takut kepada perkara-perkara yang akan berlaku seterusnya.

- Takut kepada ancaman binatang liar.

- Takut keputusan sumber makanan dan minuman.

- Takut kepada persekitaran yang terpaksa ditempuhi.

- Takut kepada benda-benda yang ghaib.

3) Undang-undang Asas :

Antara perkara yang perlu diberi perhatian ialah seperti:

- menyediakan rekaan khemah ganti sebagai tempat berlindung, dan

khemah ganti ini perlu disediakan sebelum menjelang senja.

- Kumpulkan seberapa banyak kayu api sebagai bahan bakar untuk

mengatasi kedinginan, menghalau nyamuk dan juga mengelakkan

daripada ancaman binatang buas.

Page 186: Modul PJM3108

- Dapatkan tidur atau rehat yang secukupnya untuk membolehkan

penyimpanan tenaga dan kekuatan yang semakin merosot.

4) Peralatan Ikhtiar Hidup :

Peralatan ikhtiar hidup ialah peralatan yang ringan, kecil dan mudah dibawa ke

mana-mana. Antaranya ialah :

- pisau atau parang

- mata pancing (daripada tiga jenis yang berlainan)

- tali pancing

- sekotak mancis atau pemetik api

- sebungkus garam

- makanan yang boleh bertahan selama 48 jam

- lampu suluh (cermin untuk menyalakan api atau memantulkan isyarat pantulan)

- getah lastik

- kompas

5.10.2 Perlindungan Sementara

Perlindungan daripada Alam Semula Jadi

a) Gua

Gua merupakan tempat tinggal manusia sejak zaman paliolitik, mesolitik dan

neolitik lagi.

Gua boleh didapati di kawasan-kawasan seperti bukit dan juga gunung batu

kapur.

Jika menggunakan perlindungan gua, pastikan gua yang didiami ialah bukan

tempat kediaman haiwan seperti serigala hutan atau beruang, lohong laluan

angin ataupun struktur batuan yang longgar yang akan mengancam

keselamatan.

Page 187: Modul PJM3108

Gambar rajah gua

b) Banir

Banir ialah akar besar yang keluar ke atas tanah seperti papan tebal.

Contohnya seperti pokok beringin yang seringkali boleh dijumpai di kampung-

kampung.

Banir boleh dijadikan dinding di kanan dan kiri, akan tetapi sebelum menduduki,

pastikan banir tersebut selamat dan bersihkan daun-daun serta ranting-ranting

untuk memastikan tiada haiwan yan berbisa.

Gunakan daun-daun yang lebar untuk dijadikan sebagai atap.

Gambar rajah banir

5.10.3 Perlindungan buatan

Dengan adanya pengetahuan tentang kemahiran-kemahiran asas seperti kemahiran

asas ikatan dan pengetahuan tentang hutan akan memudahkan seseorang untuk

meneruskan kelangsungan sekiranya berlaku kejadian malang tidak berbau.

Terdapat beberapa jenis perlindungan sementara buatan. Antaranya ialah :

a) Pondok Satu Malam / jerambur

Page 188: Modul PJM3108

Gunakan batang kayu kering sebagai kerangka pokok. Atap pula boleh dibuat

daripada daun-daun lebar seperti daun pisang.

Lantai pula dialas dengan daun-daun.

Sediakan sebatang kayu panjang dan tajam sebagai senjata dan unggun api

untuk menghalau nyamuk dan binatang buas.

Perlindungan ini hanya digunakan untuk satu malam sahaja.

Gambar rajah pondok 1 malam

b) Pondok Atap Sendeng

Pondok jenis ini ialah jenis yang paling mudah

Daun-daun yang lebar dan rimbun disandarkan terus pada batu atau kayu

tumbang

Gambar rajah pondok atap sendeng

c) Pondok Ponco dan Hammock

Pondok seperti ini diikat dengan paras yang lebih tinggi dari permukaan lantai

hutan.

Pondok sebegini juga dapat melindungi daripada hujan dan embun.

Page 189: Modul PJM3108

Gambar rajah ponco dan hammock

d) Pondok Ponco

Pondok sebegini boleh dibina jika membawa peralatan ponco.

Sambungkan setiap hujung ponco dengan tali, kemudian ikat dengan kemas dan

buatkan satu alang di tengah-tengahnya.

Gambar rajah pondok ponco

5.10.4 Sumber makanan daripada tumbuhan

Dalam kegiatan rekreasi, bekalan makanan sangat penting. Beras, makanan

segera dalam tin, roti dan biskut merupakan bekalan yang perlu dibawa. Tetapi, apakah

yang akan dilakukan apabila ketiadaan makanan akibat tersesat dalam hutan?

Dalam keadaan terdesak, anda perlu berikhtiar mencari makanan di kawasan

persekitaran anda. Makanan itu mungkin tidak mengenyangkan malah mungkin anda

akan hilang selera apabila melihatnya. Meskipun begitu, perut tidak boleh dibiarkan

kosong kerana anda memerlukan tenaga.

Sesetengah ahli kembara menganggap monyet, tupai dan burung boleh

dijadikan panduan mendapatkan makanan yang boleh dimakan. Akan tetapi, diingatkan

bahawa tidak semua makanan yang dimakan haiwan tersebut boleh dimakan oleh

Page 190: Modul PJM3108

manusia. Ini disebabkan perbezaan besar dari segi sistem penghadaman dan

metabolisme.

5.10.5 Ujian Pemakanan

Cium / hidu.

Potong daun/buah yang hendak diuji. Ramas sehingga hancur. Cium bau yang

terhasil. Tumbuhan yang berbau busuk atau tengik mungkin beracun atau

memabukkan.

Gatal-gatal kulit

Sekiranya tiada bau yang kurang menyenangkan, sapukan tumbuhan tadi pada

kulit lembut seperti perut atau lengan. Tunggu sehingga 15 minit. Sekiranya gatal

atau miang, tumbuhan itu mungkin beracun.

Bibir, lidah dan mulut

Seterusya, lakukan ujian dengan menggunakan deria rasa melalui bibir, lidah

dan mulut. Tumbuhan yang dilenyek tadi diletak terus pada bahagian bibir

sahaja. Jangan gunakan lidah. Sekiranya tiada tanda keracunan, barulah

tumbuhan itu dikunyah tetapi tidak ditelan. Jika terasa loya, panas atau gatal,

luahkan, tumbuhan itu beracun.

Menelan

Sekiranya ujian-ujian tersebut tidak menunjukkan sebarang tanda bahaya, anda

boleh menelan tumbuhan tersebut tetapi dalam kuantiti yang sedikit. Tunggu

selama 3 jam untuk melihat tindak balas penghadaman. Sekiranya tumbuhan itu

beracun, simptom–simptom seperti loya, sakit kepala atau sakit perut.

5.10.6 Mengenal tumbuhan yang boleh dimakan

Tumbuh-tumbuhan yang boleh dimakan umbutnya

Terdiri daripada pokok-pokok palma (spesies kelapa)

Buangkan bahagian pucuk dan pelepah serta lapisan dalam sehingga umbut

yang berwarna putih kelihatan.

Page 191: Modul PJM3108

Janganlah membazirkan tenaga anda menebang pokok kelapa yang tinggi,

sebaliknya carilah anak-anak pokok yang kecil. Pokok kelapa banyak di kawasan

pantai.

Namun bukan semua orang boleh memakan umbut kelapa. Bagi mereka yang

alah (alergi), bisul akan tumbuh selepas 1atau 2 minggu.

Lain–lain tumbuhan yang boleh diamakan umbutnya ialah, pisang hutan, asam

paya, kantan, pokok salak, pokok nibung, pokok nau, rumbia, dan pokok pinang

hutan.

Umbut pinang hutan sangat memabukkan. Oleh itu, umbutnya mesti direbus 3

kali. Pokok pinang hutan juga tidak boleh dimakan dengan sebarang ikan sungai.

Mereka yang melanggar pantang ini akan menemui ajal dalam masa ½ jam.

Tumbuh-tumbuhan yang boleh dimakan buahnya.

Tampoi, kelempung, asam kandis, asam gelugur,asam jawa, buah ara, buah

cermai, salak, pisang hutan, senduduk, berangan, bertam dan kulim.

Buah tampoi buah kelempung

Buah terap buah nam-nam

Page 192: Modul PJM3108

Tumbuhan yang boleh dijadikan ubat.

Teja lawang.

Kebiasaannya tumbuh di kawasan pamah dan juga terdapat di kawasan tanah

tinggi.

Ambil lebih kurang sejengkal akarnya dan direbus, dan air rebusan diminum

sebagai ubat demam panas.

Pokok senduduk.

Terdapat dua jenis senduduk iaitu, senduduk kampung dan senduduk umang.

Pokok senduduk tumbuh di kawasan belukar atau di pinggir hutan.

Pokok senduduk umang kelihatan sama seperti senduduk kampung kecuali

senduduk umang mempunyai buah di pangkal serta berdaun besar.

Batang dan daun senduduk berbulu halus.

Pucuk senduduk berguna sebagai ubat penahan darah.

Ambil beberapa helai pucuk senduduk dan gesek hingga halus dan letakkan

pada tempat luka.

Bagi mengatasi masalah cirit-birit, rebus pucuknya dan minum air rebusan itu

5.10.7 Sumber Makanan daripada Haiwan

Akta Perlindungan Hidupan Liar 1972 menetapkan bahawa membunuh, menangkap

atau memelihara hidupan liar tanpa permit adalah salah di sisi undang-undang. Namun,

dalam konteks ikhtiar hidup, nyawa manusia adalah yang lebih utama.

Terdapat beberapa cara untuk menangkap haiwan sebagai sumber makanan.

Antaranya ialah :

Mengesan Haiwan :

Petunjuk-petunjuk seperti bunyi, najis, kesan ragutan daun kayu dan sebagainya

boleh dijadikan panduan ke arah mengesan haiwan tersebut. Haiwan liar juga

meninggalkan bekas jejak laluan yang disebut sebagai denai dan biasanya denai

membawa ke arah punca air.

Perangkap dan jerat boleh dipasang di kawasan laluan ini.

Page 193: Modul PJM3108

Menangkap Ikan :

Ikan merupakan sumber yang mudah untuk diperolehi dengan cara menangkap.

Sungai-sungai di kawasan hutan yang belum tercemar mempunyai banyak

spesis hidupan ikan.

Ikan banyak terdapat di kawasan yang dalam dan redup seperti lubuk, di bawah

batang-batang kayu atau batu.

Selain memancing, ikan juga boleh ditakek dengan parang pada waktu malam

atau pun merejam dengan menggunakan kayu runcing.

Jika menggunakan kayu runcing, jangan direjam terus ke dalam air. Hal ini

disebabkan oleh biasan cahayayang masuk ke dalam air yang lebih tumpat.

Rejaman pasti tidak akan mengenai sasaran.

Sebaik-baiknya gunakan kayu runcing untuk merejam pada jarak yang hampir.

Menjerat Haiwan :

Jerat ayam hutan

- bahan-bahan yang perlu disediakan adalah seperti sebatang kayu lentik yang

sesuai, dua batang kayu cabang, tali pesawat, dua batang kayu pelepas,

sebatang kayu pesawat, beberapa kayu pemijak.

- Kayu pesawat akan dilekukkan pada bahagian tengah untuk mengukuhkan

jerutan tali pesawat. Kedua-dua belah hujung kayu pesawat diruncingkan sedikit.

- Kayu pelentik boleh dibuat terus daripada kayu panjang yang dicacakkan ke

dalam tanah.

- Dua batang kayu pelepas boleh tergantung disebabkan oleh tarikan kuat tali

pesawat.

Page 194: Modul PJM3108

Gambar rajah jerat

Jerat Pelanduk

- Jerat pelanduk mudah dibina. Antara bahan-bahan yang diperlukan ialah kayu

pelentik (sebaik-baiknya gunakan pokok sedia ada dan bukannya pelentik yang

ditanam), tali pesawat yang kuat dan sesuai, kayu cabang bentuk ”Y” yang

ditajamkan kedua-dua belah hujungnya, kayu pesawat, alas pemijak

- Hujung kayu pesawat diletakkan betul-betul di bawah cabang kayu bentuk ”Y”

yang ditanam di dalam tanah.

- Alas pemijak dibuat daripada rotan atau kayu mudah lentur dan diikat dengan

akar atau tali.

- Tutup keseluruhan alas pemijak dan kayu cabang dengan daun-daun.

- Pasangkan jerat ini di kawasan denai atau buatlah satu lorong agar pelanduk

mudah menghala ke arah jerat tersebut.

Gambar rajah jerat pelanduk

Jerat Hempap dan Jerut

Page 195: Modul PJM3108

- Jerat ini adalah untuk mencederakan haiwan biasanya yang mudah dibuatnya

dan dilihat dengan jelas.

- Bahan-bahan yang diperlukan ialah tali pesawat yang cukup kuat dengan

panjang yang sesuai, umpan, kayu pemberat tambahan, batang kayu

penghempap, 2 batang kayu penghalang hadapan dan belakang, kayu pesawat,

2 batang kayu pelepas, beberapa batang kayu pemijak.

- Jerat ini ialah kombinasi dua dalam satu. Hal ini kerana jika jerat biasa

digunakan, peluang untuk haiwan liar untuk melompat dan melarikan diri

memang ada, sebaliknya jerat jenis ini akan memastikan kaki haiwan terjerut dan

dihempap pula oleh batang kayu.

Gambar rajah jerat hempap dan jerut

Mengesan haiwan

Petunjuk seperti bunyi, najis, bekas tapak kaki, kesan ragutan daun dan kayu

boleh dijadikan panduan mengesan haiwan.

Haiwan liar juga meninggalkan bekas jejak laluan yang dipanggil denai.

Perangkap atau jerat boleh dipasang di kawasan ini.

Menangkap ikan

Ikan merupakan sumber makanan yang mudah ditangkap.

Banyak terdapat di kawasan redup seperti lubuk, di bawah batang kayu atau

batu.

Mata kail perlu dibawa sebagai ikhtiar hidup.

Selain memancing, ikan juga boleh ditakuk dengan parang atau direjam dengan

kayu runcing.

Page 196: Modul PJM3108

Menjerat haiwan

Terdapat berpuluh-puluh jenis jerat sama ada untuk menangkap mangsa hidup-

hidup ataupun terus membunuhnya.

Antaranya ialah : jerat ayam hutan, jerat pelanduk, jerat hempap dan jerut dan

sebagainya.

5.10.8 Memasak Makanan

Batang Pisang

Batang pisang boleh digunakan untuk merebus telur (telur burung atau ayam hutan).

Langkah-langkah penyediaan

I. Potong batang pisang dan buangkan bahagian dalamnya.

II. Lapisan luar juga dibuang beberapa lapis supaya tidak terlalu tebal. Telur lambat

masak jika batang pisang itu agak tebal.

III. Masukkan telur ke dalam bahagian dalam batang pisang.

Batang pisang yang dipotong

IV. Tangkupkan semula kedua-dua belah batang pisang

V. Ikat dengan tali yang dibuat daripada pelepah atau batang pisang itu sendiri. Tali

ini agak tahan dan mengambil masa yang lama untuk terbakar dan putus.

VI. Letakkan batang pisang terus ke atas api.

Page 197: Modul PJM3108

Batang pisang yang diletakkan di atas api

VII. Beberapa ketika kemudian balikkan bahagian atas ke bawah pula. Telur dijangka

masak setelah batang pisang itu menjadi kecut dengan keseluruhan bahagian

luar dibakar dengan sempurna.

Ruas buluh

Selain daripada dijadikan bekas mengisi air, ruas buluh juga sesuai untuk memasak

nasi. Prinsip memasak nasi menggunakan ruas buluh ini adalah sama seperti memasak

lemang.

Langkah-langkah penyediaan

I. Seruas buluh dipotong dan dibersihkan.

II. Cucikan bahagian dalam dengan air dan pastikan segala habuk buluh tidak lagi

melekat.

III. Ambil pucuk daun pisang yang masih muda (masih bergulung) dan masukkan ke

dalam ruas buluh.

IV. Isikan beras dan air.

Page 198: Modul PJM3108

Kandungan air dan beras

V. Semasa memasak, tutup lubang buluh dengan daun pisang.

VI. Setelah air menjadi kering kayu api perlulah disuraikan. Tinggalkan bara sahaja.

Setelah benar-benar masak. Belah buluh seperti anda membelah buluh lemang.

Nasi juga boleh dimasak dengan ruas buluh yang diIetakkan secara melintang. Semasa

melakukan teknik ini pastikan ruas buluh tidak terlalu tinggi dengan api. Ini akan

menyebabkan nasi lambat masak. Ruas buluh yang terlalu rendah pula akan terbakar

disambar api. Buluh hendaklah ditutup dengan bahagian asal yang telah dipotong atau

gunakan daun pisang.

Buluh diletakkan menegak Buluh diletakkan melintang

Tanah liat dan lumpur.

Dapatkan tanah liat yang bercampur lumpur sungai yang bersih. Bahan ini boleh

digunakan untuk memasak burung atau ayarn hutan.

Langkah-langkah penyediaan

I. Ayam hutan dibersihkan terlebih dahulu tanpa perlu mencabut bulu atau

membuang kulit.

II. Keluarkan organ dalaman seperti usus, hempedu dan sebagainya yang

tidak diperlukan.

III. Cuci dengan bersih dan kemudian salutkan tanah liat dan lumpur. Jangan terlalu

tebal atau terlalu nipis.

IV. Gali sebuah lubang untuk memasukkan ayam.

V. Pasangkan unggun api betul-betul di atas lubang itu. Masak selama dua jam.

Page 199: Modul PJM3108

Memasak menggunakan tanah liat dan lumpur

VI. Setelah dua jam, keluarkan daripada lubang, Ketuk tanah liat yang telah kering

itu dengan parang. Bulu ayam akan tertanggal bersama-sama dengan kepingan

tanah liat kering. Daging ayam yang dimasak melalui cara ini dikatakan amat

lazat rasanya

Daun

Orang Melayu sering rnenggunakan daun semasa memasak makanan khususnya

semasa membuat kuih-muih. Daun yang lebar seperti daun pisang digunakan untuk

membungkus makanan seperti lepat, pais, tepung bungkus, dedokok, otak-otak, pulut

panggang, lempeng kelapa dan sebagainya. Ikan juga boleh dibungkus dengan daun

pisang dan dipanggang di atas api .

Memasak ikan mengguanakan daun

Pelepah kelapa dan ranting kayu hidup

Page 200: Modul PJM3108

Pelepah kelapa dan ranting kayu hidup juga boleh dijadikan sebagai alat pemanggang

bagi memasak ikan, daging dan sebagainya.

Ranting kayu dijadikan alat pemanggang

Kaedah yang sesuai memasak makanan berdasarkan kesesuaian tempat

I. Hutan tebal – daun, batang pisang dan ranting kayu

II. Kawasan sungai – ruas buluh, tanah liat

III. Kawasan lembah – tanah liat, pelepah kelapa

5.10.9 Sumber Minuman

Hutan merupakan anugerah Allah yang amat bernilai. Tanpa air manusia akan mati

dalam masa beberapa hari sahaja. Negara-negara di kawasan Khatulistiwa menerima

hujan hampir sepanjang tahun, Punca atau sumber air boleh didapati dengan agak

mudah jika kita berada di persekitaran rumah atau di kawasan yang mempunyai sumber

air. Hal ini berbeza apabila kita berada di dalam situasi yang berbeza. Tanpa sedikit

pengetahuan tentang ilmu hutan tentulah sukar bagi seseorang.untuk mencari air di

dalam persekitaran yang begitu berbeza.

Dalam konteks ikhtiar hidup air perlu dicari sebelum kita kehabisan bekalan air. Air

biasanya terdapat dalam persekitaran manusia. Orang-orang Bushmen di Gurun

Kalahari dapat hidup dengan mendapatkan air minuman daripada sejenis ubi yang

didapati di dalam tanah.

Page 201: Modul PJM3108

Mencari sumber air

Sumber-sumber air seperti anak sungai dan sungai boleh dicari dengan beberapa cara

seperti berikut:

Mencari kawasan lembah - Di dalam hutan, punca air boleh didapati di

kawasan yang berlurah arau kawasan lembah. Biasanya kawasan ini

mempunyai anak sungai memandangkan Malaysia mengalami hujan hampir

sepanjang tahun.

Memerhatikan haiwan - Haiwan yang boleh diperhatikan dalam bilangan yang

agak banyak menandakan adanya punca air. Haiwan-haiwan ini ialah seperti

katak, burung dan nyamuk. Perhatikan burung yang sedang terbang. Sekiranya

ia tiba-tiba turun ke tanah ada kemungkinan terdapat punca air atau sekurang-

kurangnya lopak air.

Mengikut denai haiwan - Denai atau lorong laluan haiwan biasanya menuju ke

arah sira ataupun punca air. Ikut denai yang menghala ke kawasan rendah atau

berlembah.

Mendengar bunyi- bunyi deruan air juga boleh didengari dengan jelas di dalam

hutan terutama sekali apabila terdapat air terjun atau lata.

Dalam keadaan yang sungguh terdesak serta gagal untuk mencari punca air, kita

masih boleh berikhtiar rnendapatkan air menerusi:

Buah-buahan - Buah-buahan terutamanya buah kelapa rnengandungi banyak

air. Pokok kelapa paling banyak tumbuh di kawasan pantai dan mengeluarkan

buah yang banyak.

Telur - Telur burung atau ayam hutan juga mempunyai kandungan air yang

tinggi. Sebiji telur ayam mengandungi 4 peratus air.

Page 202: Modul PJM3108

Pokok periuk kera - Tumbuhan ini mempunyai corong yang boleh menakung air

hujan. Saiz corong adalah berbeza-beza mengikut spesies. Biasanya terdapat

bangkai serangga seperti semut di dalam corong ini.

Jenis-jenis periuk kera

Akar kayu- Ramai di antara kita yang mengetahui sumber air daripada akar

kayu. Namun bukan semua air di dalam akar kayu boleh diminum. Ada juga akar

kayu yang mengeluarkan air tetapi beracun dan memabukkan. ]angan minum air

akar yang mempunyai warna seperti kuning, putih dan sebagainya serta

mempunyai bau. Air akar yang tidak cair dan tidak jernih seperti air biasa

menandakan air itu bergetah.

Mendapatkan air daripada akar kayu

Pokok buluh- Biasanya terdapat sedikit air pada perdu pokok buluh. Potong

batang buluh pada bahagian yang paling bawah. Hal ini demikian air hujan yang

menimpa pokok buluh akan bertakung di bahagian bawah batang buluh.

Page 203: Modul PJM3108

Air daripada pokok buluh

Embun - Air embun juga boleh dikumpulkan daripada hujung-hujung daun

sebelum matahari terbit. Selain itu air embun juga boleh ditadah. Ponco, plastik

ataupun flysheet digunakan untuk menadah embun di kawasan lapang pada

waktu malam. Teknik seumpama ini digunakan oleh kebanyakan nelayan China

pada zaman dahulu.

Menadah embun di kawasan lapang

Perkara yang perlu diberi perhatian semasa mencari sumber air :

Air yang tidak mengalir atau bertakung seperti di dalam ruas buluh atau pokok

periuk kera adalah terdedah kepada kotoran dan bakteria. Walaupun dalam

situasi ikhtiar hidup, air perlulah dimasak terlebih dahulu.

Seboleh-bolehnya elakkan daripada menggunakan air yang bertakung di dalam

lubang atau lopak. Jika terpaksa pastikan ia dimasak.

Page 204: Modul PJM3108

Elakkan juga daripada menggunakan sumber-sumber air di kawasan ladang

kelapa sawit atau getah. Ladang-ladang ini biasanya terletak di pinggir hutan.

Oleh itu anda mungkin berjaya keluar daripada kawasan hutan dan terus

memasuki kawasan ladang. Ada kemungkinan sumber- sumber air seperti anak

sungai atau parit telah mengalami pencemaran seperti pembuangan sisa bahan

kimia atau sisa racun rurnpai.

5.10.10 Menyalakan Api

Sama seperti mendapatkan air, makanan dan tempat bermalam, kepentingan api dalam

proses kelangsungan hidup tidak dapat dinafikan lagi. Api sangat penting untuk

memasak, memanaskan tubuh badan pada waktu malam dan boleh juga digunakan

untuk menakutkan haiwan liar. Asapnya pasti dapat melindungi kita daripada serangan

nyarnuk dan agas.

Walau bagaimanapun, usaha untuk menyalakan api tanpa mancis atau pemetik api

bukanlah mudah. Ditambah pula dengan hujan yang turun secara tiba-tiba sehingga

membasahi setiap ranting, daun dan dahan kering yang dikumpulkan. Pasti kita

menghadapi masalah untuk menghidupkan api apabila berada dalam situasi tersebut.

Dalam konteks kelangsungan hidup terdapat beberapa cara dan teknik untuk

menyalakan api. Di antara perkara-perkara yang boleh dicuba ialah menggunakan

cahaya matahari dan membuat api cara purba.

Menggunakan Cahaya Matahari

Untuk menyalakan api dengan menggunakan cahaya matahari kita hanya boleh

melakukan teknik ini apabila syarat berikut dapat dipenuhi:

Kawasan mesti lapang.

Cuaca mestilah agak terik, iaitu ketika pukul 11 hingga 2.00 petang.

Mempunyai alat-alat yang boleh memfokuskan cahaya

seperti kanta pembesar atau mangkuk cermin lampu picit.

Page 205: Modul PJM3108

Bahan-bahan yang mudah terbakar seperti daun, sabut, kulit kayu atau ranting

yang benar-benar kering.

Langkah-langkah

I. Letakkan bahan yang mudah terbakar di tempat yang menerirna cahaya

matahari secara terus.

II. Sekiranya tidak mempunyai kanta pembesar, tanggalkan bahagian penutup

lampu suluh ( torch light).

III. Halakan penutup tersebut ke arah matahari dan cuba dapatkan satu fokus tajam.

IV. Bahang yang terhasil akan menjadikan bahan-bahan tersebut panas lalu

mengeluarkan api.

V. Sebaik-baiknya dapatkan bahan pemula nyalaan seperti habuk muding.

Membuat Api Cara Purba

Sejak zaman dahulu lagi manusia sudah tahu menghasilkan api dengan cara melagakan

batu api. Sebenarnya cara ini adalah sukar serta mengambil masa yang agak lama.

Bahan-bahan yang diperlukan ialah batu kering, besi waja (bahagian belakang parang),

habuk rnuding dan juga akar empangar.

Habuk muding adalah bahan semula jadi yang sangat mudah terbakar. Pokok muding

banyak terdapat di dalam hutan. Bentuknya seperti pokok pinang hutan. Habuk muding

boleh didapati rnelekat pada batang pokok di sebelah dalam pelepahnya. Dengan

menggunakan pisau, kikis habuk itu sebanyak yang mungkin lalu dijemurkan supaya

kering.

Akar empangar adalah sejenis tumbuhan hutan yang boleh didapati di tepi sungai.

Tumbuhan ini tumbuh secara menjalar. Bentuknya sama seperti labu air. Dapatkan

tumbuhan ini lebih kurang secekak dan potong sepanjang 5 cm. Jemur

sehingga benar-benar kering kemudian ketuk akar ini sehingga merekah.

Langkah-langkah

Page 206: Modul PJM3108

I. Letakkan habuk rnuding di dalam bekas dan alaskan dengan bahan yang mudah

terbakar

II. Batu kering dilagakan pada besi waja atau bahagian belakang parang sehingga

api mula menyala pada habuk muding.

III. Letakkan hujung akar empangar yang merekah pada api. Tiup supaya api akan

terus menyala.

IV. Setelah berjaya menyalakan api, langkah seterusnya ialah memastikan api itu

akan terus menyala selama beberapa jam yang diperlukan atau untuk sepanjang

malam.

V. Selain daripada habuk muding dan akar empangar, 'bunga jarau' juga boleh

digunakan sebagai langkah awal menyala dan seterusnya memasang api.

'Bunga jarau' bukanlah sejenis tumbuhan, tetapi nama yang diberikan kepada

lapisan nipis batang kayu kering yang telah diraut. Bahan-bahan ini diletakkan

pada umpan api.

VI. Umpan api ialah daun-daun kering, ranting halus, sabut tumbuhan palma, kulit

kayu dan sebagainya Umpan ini eloklah dialas dengan lantai yang diperbuat

daripada ranting-ranting kering yang disusun rapat. Lantai ini sangat berguna

terutamanya apabila tanah basah akibat hujan.

VII. Letak umpan di bahagian bawah sekali diikuti oleh ranting-ranting halus dan

seterusnya ranting-ranting yang lebih besar.

VIII. Akhirnya barulah diletakkan kayu yang lebih besar secara jarang-jarang.

IX. Pastikan terdapat banyak ruang udara di dalam susunan kayu itu kerana api

memerlukan peredaran udara terutamanya dari bahagian bawah.

Membuat bunga jarau

Page 207: Modul PJM3108

Memasang api

Jenis-jenis unggun api

1) Jenis Tepee

2) Jenis kabin balak

1). Teepe

Tepee ialah nama khemah berbentuk tirus seperti yang digunakan oleh suku kaum

Sioux dan Apachee di Amerika. Kayu api yang besar akan diletakkan secara berdiri

dalam bentuk kon. Unggun api Tepee juga mempunyai peredaran udara yang baik.

Unggun api jenis Teepe

2). Kabin balak

Unggun api jenis kabin balak pula dibuat dengan cara menyusun beberapa lapis kayu

api secara berselang-seli. Unggun api jenis ini membenarkan peredaran udara yang

sangat baik. Ruang udara di antara lapisan kayu itu membolehkan api menyala dengan

cepat.

Unggun api jenis kabin balak

Page 208: Modul PJM3108

Aspek- aspek keselamatan

a) Apabila mengutip daun-daun kering, batang kayu atau ranting, eloklah menguis

terlebih dahulu. Kemungkinan terdapat binatang berbisa seperti lipan, kala

jengking, tebuan dan sebagainya.

b) Ranting atau batang kayu mungkin mempunyai duri yang tajam atau selumbar.

Kadang-kadang, ranting kayu juga mempunyai lubang di tengah-tengahnya.

Apabila dibakar, sejenis cecair panas akan mengalir keluar dan mungkin boleh

menyebabkan jari melecur.

c) Elakkan memasang unggun api di tempat laluan angin. Tiupan angin mungkin

menyebabkan percikan api ke pakaian atau khemah.

d) Sebelum meninggalkan kawasan perkhemahan, pastikan bara api dipadamkan.

Sebaik-baiknya siram dengan air.

5.10.11 Hidupan Liar

Harimau belang

Dapat dikesan melalui kesan tapak kakinya, kesan cakaran dan bunyi ngauman.

Ngauman yang kuat menandakan ia berada jauh dan sebaliknya, jika ngauman

yang perlahan menandakan ia berada hampir.

Berbau hamis

Berteriaklah sekuat hati untuk menakutkannya.

Nyalaan api juga boleh menakutkannya.

Jika terserempak, berundur. Jangan memusingkan badan kerana sasaran

utamanya ialah leher.

Ketika malam, matanya yang hijau akan berkilauan apabila terkena sinaran

cahaya dan akan terus berkilau walaupun tanpa cahaya lagi.

Beruang

Dapat dikesan dengan bentuk tapak kakinya.

Jauhkan diri sekiranya ternampak kesan tapak kakinya.

Babi hutan

Paling mudah ditemui di dalam hutan, di kawasan yang lembab.

Menyerang dengan cara merempuh dengan laju apa sahaja di hadapannya.

Page 209: Modul PJM3108

Mangsa akan dicederakan dengan taringnya yang tajam.

Jika diserang, berlarilah mengelilingi pokok secara rawak.

Jangan berlari tegak kerana ia akan memberi peluang babi menyondol.

Cara paling selamat ialah dengan memanjat pokok.

Ular

Bergerak paling senyap dan pantas.

Mengeluarkan bunyi seperti mendesis.

Jika terserempak, bacalah selawat

Jika berpeluang, campakkan pakaian kepada ular berbisa. Ini akan mengalihkan

perhatiannya, dan segeralah menyelamatkan diri.

Tabur belerang di sekitar khemah.

Lebah

Kesan yang paling jelas ialah sarangnya yang melekap pada dahan pokok.

Jika diserang, cara yang terbaik adalah menyelam dalam air .

Tanggalkan baju atau hanyutkan daun keladi supaya lebah mengekorinya.

Gambar rajah contoh bekas tapak kaki hidupan liar

5.10.12 Isyarat-isyarat Kecemasan

Isyarat keselamatan

Page 210: Modul PJM3108

Isyarat ini dibuat untuk meninggalkan pesan atau menyampaikan maklumat-

maklumat tertentu dari segi keselamatan di persekitaran tersebut, kepada orang

lain yang mungkin melalui kawasan berkenaan.

Isyarat pengakap

Isyarat paling mudah dan diketahui oleh semua pengakap di seluruh dunia.

Isyarat–isyarat ini dibuat dengan menggunakan rumput-rumput, daun–daun ,

ranting kayu, batu dan sebagainya.

Isyarat S.O.S

Isyarat S.O.S (save our souls) merupakan isyarat keselamatan terpenting yang

sepatutnya diketahui oleh semua orang.

Ada beberapa teknik dalam menyatakan isyarat ini. Contohnya ialah

menggunakan tulisan, lampu picit dan wisel.

TUGASAN TERARAH 4. Sebagai pengelola aktiviti Pendidikan Luar, jelaskan

bagaimana caranya menjaga alatan-alatan yang digunakan

untuk aktiviti abseiling bagi memastikannya kekal dan tahan

lama.

RUJUKAN B. Postill (2002), Abseiling Handbook. New Zealand Mountain Safety

Councill Inc.

PORTFOLIO Dokumen atau tugasan perlu disimpan dalam portfolio dan diserahkan kepada pensyarah dalam bentuk „soft‟ dan „hard‟ copy.

LAMAN WEB www.en.wikipedia.org/wiki/outdoor www.askaboutsports.com www.divepilot.com www.amazon.com www.outdoorrevice.com

Page 211: Modul PJM3108

BIBLIOGRAFI

Bacaan asas Ford, P.M. (1981). Principles and practices of outdoor enviromental education. New York: John

Wiley.

Page 212: Modul PJM3108

Kementerian Pendidikan Malaysia (2001). Pengurusan Pendidikan Luar Pusat Kokurikulum

Kementerian Pendidikan Malaysia. Kuala Lumpur: KPM Mohd. Yusof Abdullah. (1992). Teknik kegiatan luar. Kuala Lumpur: DBP Rujukan B. Postill (2002), Abseiling Handbook. New Zealand Mountain Safety Councill Inc. C. A. Lewis (1975), The Administration of Outdoor Education Programs. Dubuque, IA: Kendall-

Hunt C. McNeill (2010), Orienteering: Skills Techniques Training (Crowood Sports Guides). Crowood

Press. C. Towel (2009), The Survival Handbook: Essential Skills For Outdoor Adventure. DK.

Publishing, NY. D. Prouty, J. Panicucci, & R. Collinson (2007), Adventure Education: Theory and Applications.

Human Kinetics, IL D. R. Hammerman, W. M. Hammerman, & E. L. Hammerman, 1985, Teaching in the Outdoors,

Danville, IL: Interstate) G. Harrison & M. Erpelding (2012), Outdoor Program Administration: Principles and Practices.

Human Kinetics, Champaign, IL Institut Perguruan Sultan Idris. (1995). Panduan Pengurusan Pendidikan Luar Institut dan

Maktab Perguruan Malaysia. Tanjung Malim: Institut Perguruan Sultan Idris. J. „Lofty‟ Wiseman (2009), SAS Survival Handbook for Any Climate in Any Situation: William

Morrow Paperbooks. K. Gilbertson et.al (2005), Outdoor Education: Method and Strategies. Human Kinetics,

Champaign, IL Modul Pendidikan Luar (1993), Bahagian Pendidikan Guru Kementerian Pendidikan

Malaysia Md. Amin Md. Taff. (1999). Manual pendidikan kenu kebangsaan. Tanjung Malim. Persatuan Orienteering Malaysia (2001). Teknik asas orienteering. Kuala Lumpur Phyllis Ford (1981), Principles and Practices of Outdoor / Environmental Education. New York:

Wiley

Page 213: Modul PJM3108

S. Boga (1997), Orienteering: The Sports of Navigating with map & compass; Stackpole books, Mechaniesburg, PA

PANEL PENULISAN MODUL PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU

Page 214: Modul PJM3108

( PJM3108 PENDIDIKAN LUAR )

NAMA KELAYAKAN

Dr. NORIATI BINTI A. RASHID Pengarah Pusat Perkembangan Akademik Institut Pendidikan Guru Kementerian Pelajaran Malaysia

Kelulusan PhD. (Sosiolinguistik). UM M.Ed (Sisiology Education). UM BA.Hons. (Geografi dan Bahasa Melayu). UM Diploma Pendidikan (Geografi dan Bahasa Melayu). UM

EN. BAHARUDDIN BIN ABD. LATIF Penolong Pengarah Sektor Perkembangan Akademik Institut Pendidikan Guru Malaysia Kementerian Pelajaran Malaysia

Kelulusan: Bac. Pend. (Pengajaran Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Pertama) UPM MSc (Education Management) UPM KSPK (Pendidikan Jasmani) MPIK Pengalaman Pensyarah Pendidikan Prasekolah (1 tahun)

EN. HISHAMUDDIN BIN HASSAN Pensyarah Jabatan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Institut Pendidikan Guru Kampus Temenggong Ibrahim Johor Bahru, Johor [email protected]

Kelulusan M.Ed. (Pengurusan Sukan) UKM B.Ed.Hons (Sains Sukan) UPSI Dip. Perguruan Khas (PJK) MPTI Sijil Perguruan (PSR/PM) IPSI Pengalaman Guru Sekolah Rendah (10 tahun) Guru Sekolah Menengah (2 tahun) Pegawai Sukan PPD (2 tahun) Pensyarah Pendidikan Jasmani (8 tahun)