penulisan bahagian b

33
PENULISAN BAHAGIAN B Karangan Berformat Khusus Karangan Berformat Umum

Upload: nurul-hafiza

Post on 16-Apr-2017

4.444 views

Category:

Education


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: Penulisan bahagian b

PENULISAN BAHAGIAN B

Karangan Berformat KhususKarangan Berformat Umum

Page 2: Penulisan bahagian b

Karangan Berformat Khusus-Surat rasmi

--Surat tidak rasmi-- Dialog-- Laporan--Ucapan

-- Syarahan-- Berita

-- Catatan -- Perbahasan

Page 3: Penulisan bahagian b

Karangan Berformat Umum

-Naratif-Menyambung dan menyudahkan cerita-Fakta-Gambaran/keperihalan-Peribahasa-Rencana-Penerangan-Perbincangan

Page 4: Penulisan bahagian b

KARANGAN YANG BAIK HENDAKLAH MEMPUNYAI: - Pendahuluan/Pengenalan yang berkaitan dengan tajuk.

- Idea-idea yang disertai dengan huraian dan contoh, penggunaan penanda wacana, peribahasa dan ungkapan amat digalakkan.

- Penutup karangan dengan membuat kesimpulan atau rumusan tentang tajuk karangan dengan memberi pendapat sendiri.

• Semak ejaan, tanda baca, tatabahasa, contoh atau idea yang tertinggal atau kurang tepat.

Page 5: Penulisan bahagian b

Bahagian B• [Masa yang dicadangkan : 40 minit]• [30 markah]• Kamu dan beberapa orang rakan sedang

berbual-bual di taman permainan. Tiba-tiba kamu terdengar suara seorang kanak-kanak menangis kerana terjatuh dari buaian. Ceritakan bagaimana kamu dan rakan-rakan kamu membantu kanak-kanak tersebut.

Page 6: Penulisan bahagian b

MALANG TIDAK BERBAU

Pada petang kelmarin, aku dan beberapa orang rakan sedang berbual-bual di taman permainan yang tidak

jauh dengan rumah kami. Bencana tsunami menjadi topik perbualan kami pada petang itu.

Tidak berapa lama kemudian, terdengar suara kanak-kanak menjerit dan menangis. Kami meluru ke arah

tersebut. Rupa-rupanya seorang kanak-kanak terjatuh dari buaian. Mukanya tersembam ke atas tanah.

Aku meminta Wai Hoe mencari ibu kanak-kanak yang malang itu. Hal ini demikian kerana aku dan Thomas

terpaksa mengangkat kanak-kanak itu ke sebuah pondok. Aku mengelap mukanya yang bertanah itu dengan

sapu tanganku. Thomas pula mencuci darah pada lutut kakinya.

Tidak lama kemudian, ibu kanak-kanak itu pun muncul. Aku menceritakan kepadanya apa yang telah

berlaku. Wanita itu kelihatan cemas melihat keadaan anaknya. Dia berkali-kali mengucapkan terima kasih

kepada kami kerana membantu anaknya.

Kami menghantar kanak-kanak itu ke rumahnya. Setelah sampai di rumahnya, kami membantu ibunya

mencuci luka-luka kecil di bahagian muka, tangan, dan kaki kanak-kanak itu. Rohaizat tersengih-sengih

menahan kepedihan akibat disapu ubat di bahagian luka tersebut. Sebelum kami beredar dari rumah

Rohaizat, ibunya menjamu kami dengan cempedak goreng dan air oren. Kami berasa gembira kerana dapat

menolong anak jiran kami yang dalam kesusahan. Rohaizat pula tersenyum seraya mengucapkan terima kasih

kepada kami.

Page 7: Penulisan bahagian b

• Bahagian B• [Masa yang dicadangkan : 40 minit]• [30 markah]• Pada cuti penggal yang lalu, anda berpeluang

melawat tempat-tempat yang menarik di Cameron Highlands. Anda ingin menceritakan pengalaman percutian anda itu kepada salah seorang rakan anda. Tulis sepucuk surat kepada rakan anda itu untuk menceritakan percutian anda itu kepadanya.

Page 8: Penulisan bahagian b

No. 363,Taman Desa Wira,Jalan Batu Kawa,93250 Kuching,Sarawak.

1 Januari 2008.

Ke hadapan sahabatku Nora yang diingati selalu, semoga saudara sekeluarga berada dalam keadaan sihat sejahtera. Saya dan keluarga saya di sini sihat wal afiat.

Saudara,Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan selamat menyambut Tahun Baru 2008. Apa azam

saudari pada tahun ini? Isi surat saya kali ini mengandungi cerita tentang pengalaman percutian saya dan keluarga saya di Cameron Highlands pada cuti hujung tahun yang lalu. Saya menginap di sebuah hotel di Brincang selama dua malam. Semasa berada di sana, saya telah berkunjung ke beberapa tempat menarik. Saya berpeluang melawat ladang teh, Taman Ros, Taman Kaktus, Ladang Strawberi, ladang limau, ladang bunga, kebun sayur-sayuran dan Hutan Lipur Tanah Rata.

Tempat yang paling menarik hati saya ialah Ladang Strawberi. Di situ saya berpeluang memetik sendiri buah strawberi yang segar. Saya membeli beberapa bungkus buah strawberi untuk dibawa pulang.

Cuaca di Tanah Tinggi Cameron Highlands sejuk. Saya berasa seolah-olah saya berada di luar negara yang beriklim sejuk. Saya begitu gembira dapat bercuti di sana. Setakat ini sahaja yang dapat saya tulis untuk tatapan saudari. Semoga dipanjangkan usia kita agar dapat berjumpa lagi.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

Kimbley Wong

Page 9: Penulisan bahagian b

Fakta – Menjaga Kebersihan

Kebersihan diri amat penting untuk kesihatan kita. Orang yang bersih tidak akan terdedah dengan kekotoran penyebab penyakit seperti demam, selsema, batuk dan sebagainya.

Sebelum makan, kita mestilah membasuh tangan dengan menggunakan sabun yang sesuai. Gosok kedua-dua belah tangan kita termasuk di celah-celah jari supaya tangan kita menjadi benar-benar bersih.

Selain itu, makanan seperti sayur-ayuran, buah-buahan dan sebagainya mestilah dibasuh terlebih dahulu sebelum dimasak. Ini penting agar kita tidak mengambil makanan yang tercemar dengan bahan-bahan yang merbahaya kepada kesihatan kita.

Di samping itu, bekas makanan yang kotor akan mencemarkan makanan kita. Oleh itu, basuhlah bekas makanan kita selepas digunakan.

Seterusnya, kita perlu menyimpan makanan di tempat yang tertutup. Ini untuk menghalang serangga atau haiwan seperti lalat dan tikus daripada mencemari makanan kita.

Hidup kita akan lebih gembira apabila kita sihat. Oleh itu, sentiasalah menjaga kebersihan agar kita terus sihat dan gembira sepanjang hari.

Page 10: Penulisan bahagian b

Fakta: Cara-cara Menggembirakan Ibu Bapa

Ibu bapa merupakan orang yang banyak berjasa kepada kita. Tulis karangan cara-cara kamu menggembirakan ibu bapa.

Ibu bapa merupakan insan terpenting dalam sesebuah keluarga. Tanpa mereka, kita tidak akan lahir ke dunia ini. Merekalah yang memberikan kita kasih sayang yang sejati hingga sanggup berkorban harta dan nyawa demi kebahagiaan kita. Oleh sebab itu, wajarlah kita sentiasa berusaha untuk menggembirakan hati mereka.

Semua ibu bapa mengharapkan anak-anak mereka berakhlak mulia. Akhlak mulia akan menyebabkan seseorang itu mentaati perintah agama, menghormati orang lain, bertanggunjawab, berdisplin dan sebagainya. Anak-anak yang berakhlak mulia juga akan sentiasa menjaga nama baik ibu bapa dan keluarga. Hal yang demikian, sudah tentu akan menggembirakan hati ibu bapa.

Ibu bapa juga tentu gembira apabila mendapati anak-anak mereka belajar bersungguh-sungguh. Anak-anak yang rajin belajar kebiasaannya akan mendapat keputusan yang cemerlang dalam pelajaran. Oleh itu, kita mestilah rajin belajar agar ibu bapa kita gembira serta memperoleh masa depan yang lebih cerah.

Di samping itu, kita juga haruslah membantu mereka. Kita boleh membantu mereka dengan melakukan kerja-kerja yang sesuai seperti mendidik adik, mengemas rumah dan sebagainya. Dengan itu, kita dapat meringankan beban mereka dan ini tentu menggembirakan hati mereka.

Selain itu, Ibu bapa juga tentu gembira jika anak-anak menghormati mereka. Bercakap dengan sopan, bersalaman dan mencium tangan, mendengar teguran dan nasihat, mengucapkan salam dan senyum semasa berhadapan dengan mereka antara contoh kita menghormati ibu bapa. Amalkan sikap ini agar ibu bapa kita sentiasa gembira bersama anak-anak.

Kesimpulannya, sebagai seorang anak sudah pasti kita ingin melihat ibu bapa kita sentiasa gembira. Justeru, sentiasalah berazam dan berusaha untuk menggembirakan hati kedua-dua ibu bapa agar hidup kita lebih diberkati.

Page 11: Penulisan bahagian b

Fakta: Cara-cara Memperoleh Kejayaan Cemerlang Dalam Pelajaran.

Setiap pelajar mempunyai impian untuk berjaya dalam pelajaran. Bagaimanapun, ramai pelajar gagal menggunakan cara-cara yang sesuai untuk mencapai hasrat tersebut.

Antara cara untuk memperoleh kecemerlangan dalam pelajaran ialah membuat jadual aktiviti harian. Jadual ini akan memudahkan pelajar menguruskan aktiviti harian dan membolehkan mereka memanfaatkan masa dengan sebaik mungkin.

Selain itu, para pelajar perlulah rajin mengulang kaji pelajaran bagi memastikan mereka terus mengingati dan memahami topik pelajaran yang telah dipelajari. Mereka juga harus rajin membaca kerana membaca dapat menambahkan ilmu pengetahuan dan pembendaharaan kata.

Di samping itu, pelajar juga mestilah menghadiri aktiviti-aktiviti kecemerlangan yang diadakan oleh pihak sekolah seperti kelas tambahan, kelas motivasi dan sebagainya. Aktitivi seperti ini akan memantapkan pemahaman dan kemahiran para pelajar dalam pelajaran.

Seterusnya pelajar juga hendaklah menumpukan perhatian kepada pengajaran guru di kelas bagi mengelakkan ketinggalan dalam pelajaran. Jika kurang faham akan sesuatu topik, pelajar harus segera bertanyakan guru supaya masalah tersebut dapat diselesaikan segera.

Kesimpulannya, setiap pelajar inginkan kejayaan yang cemerlang dalam pelajaran. Oleh itu, pelajar haruslah bijak memilih cara-cara yang sesuai, selain berusaha dengan tekun dan gigih demi mencapai impian tersebut.

Page 12: Penulisan bahagian b

Catatan: Sambutan Hari Guru

Sekolah kamu telah mengadakan sambutan Hari Guru. Tulis catatan tentang sambutan Hari Guru tersebut.

RABU, 16 MEI 2012

7.30 pagi Semua guru dan murid berkumpul di dewan sekolah untuk meraikan majlis sambutan Hari Guru 2012. Lagu Negaraku, lagu negeri dan lagu rasmi sekolah dinyanyikan sebelum bacaan Ikrar oleh Mohd Rafiq bin Sabaruddin, selaku Ketua Pengawas. Kemudian, bacaan doa dibacakan oleh Ustaz Azril.

7.40 pagi Acara dimulakan dengan ucapan GPK 1 iaitu Pn. Hajah Puspa Dewi, sebelum beliau membacakan perutusan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia. Kemudian Tuan Guru Besar, En. Awang Satip bin Md. Salleh menyampaikan ucapan dan seterusnya membacakan perutusan Yang Berhormat Menteri Pelajaran.

8.40 pagi Semua guru dan murid berkumpul di padang sekolah untuk acara sukaneka. Guru dan murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan tetapi tidak semua murid terlibat, sebaliknya mereka hanya menjadi penonton. Seterusnya, sukaneka dijalankan dengan beberapa acara yang menarik. Aktiviti berjalan lancar dan semua kelihatan gembira dan mengambil bahagian.

10.00 pagi Majlis berhenti rehat. Murid-murid dan para guru menikmati ais krim dan pelbagai jenis kuih-muih yang disediakan di kantin sekolah.

10.40 pagi Acara persembahan diadakan di dewan sekolah. Beberapa orang murid dan guru mengambil bahagian dalam acara nyanyian dan lakonan. Setiap persembahan mendapat tepukan gemuruh daripada semua murid.

12.00 tengah hari Upacara penyampaian hadiah bagi acara sukaneka . Kumpulan 5 telah menjadi johan bagi keseluruhan acara. Hadiah-hadiah telah disampaikan oleh Yang Dipertua PIBG, Encik Abu Kasim bin Kamat.

12.40 tengah hari Murid yang berminat beratur untuk menyampaikan hadiah masing-masing kepada guru-guru mereka. Kemudian, semua murid beratur untuk bersalaman dengan para guru secara bergilir-gilir.

01.10 tengah hari Semua murid dibenarkan balik . Para guru diraikan pula dalam satu jamuan makan tengah hari sempena Hari Guru.

Page 13: Penulisan bahagian b

Catatan: Bercuti di Melaka

Baru-baru ini, keluarga kamu bercuti di satu tempat menarik. Tulis satu catatan tentang percutian itu.

Sabtu, 2 Februari 20146.00 pagi -Kami bersiap-siap untuk pergi bercuti ke Melaka. Selepas solat Subuh, kami bergotong-royong mengangkat barang-barang ke dalam kereta. Kami akan menginap di sebuah 'homestay' yang saya cadangkan kepada keluarga setelah saya membaca iklannya di laman web.

7.00 pagi -Mula bertolak dari rumah kami di Temerloh ke Melaka dengan menaiki kereta Exora ayah. Ayah memandu dengan tenang menuju ke lebuh Raya Pantai Timur. Kami menikmati keindahan alam sepanjang perjalanan tersebut sambil berbual-bual bersama keluarga.

8.30 pagi -Singgah di Genting Sempah untuk bersarapan pagi. Cuaca di sini cerah tetapi masih kelihatan kabus berada di lereng-lereng bukit. Gembira rasanya bersarapan di sini dengan udaranya yang agak sejuk, segar dan nyaman.

9.15 pagi -Meneruskan perjalanan ke Melaka dengan melalui Kota Raya Kuala Lumpur. Seronok melihat bangunan tinggi mencakar langit dan jalan raya yang bersimpang-siur.

11.30 pagi -Singgah di RnR Seremban untuk makan tengah hari. Keadaan lebih sibuk di sini kerana ramai yang berhenti rehat dan sebagainya. Kami terpaksa beratur panjang untuk membeli makanan.

01.00 petang -Tiba di Rumah Rehat Hasidi tempat penginapan kami. Rumah rehat ini bersih, kemas dan selesa untuk keluarga kami yang seramai 7 orang bercuti. Antara kemudahan yang disediakan di rumah rehat ini ialah televisyen dengan siaran astro, 3 buah bilik berpendingin hawa, peti sejuk, meja makan, seterika dan lain-lain lagi. Saya gembira dapat menginap di rumah rehat ini.

3.30 petang -Setelah berehat dan solat Zohor, ayah mengajak kami ke 'Melaka Cruise River' di Bandar Raya Melaka. Saya sungguh teruja dan gembira kerana pertama kali menaiki 'Cruise River' yang menyusuri Sungai Melaka yang bersejarah.

5.00 petang -Ayah memandu kereta ke Bandar Hilir Melaka. Saya sungguh tertarik melihat reka bentuk bangunan lama di bandar itu. Kemudian, kami singgah sebentar di Tugu A-famosa untuk melihat peninggalan sejarah. Kami mengambil beberapa keping gambar di situ sebagai kenang-kenangan.

7.00 malam -Kami singgah di sebuah restoran untuk makan malam. Ayah memesan beberapa jenis makanan yang lazat untuk kami sekeluarga pada malam itu.

8.00 malam -Kami balik semula ke Rumah Rehat Hasidi untuk berehat. Setelah mandi dan solat, kami berehat di ruang tamu sambil menonton televisyen dan berbual-bual.

10.00 malam -Masuk ke bilik masing-masing untuk tidur kerana keletihan. Udara yang sejuk dan segar daripada pendingin hawa serta tilam yang empuk di bilik tersebut menyebabkan saya tidur dengan lena hingga ke pagi.

Page 14: Penulisan bahagian b

• Ahad, 3 Februari 20146.00 pagi -Bangun tidur, solat Subuh dan menyiapkan diri. Ibu telah menyediakan hidangan sarapan pagi yang dimasaknya sendiri di rumah rehat tersebut. Kelengkapan dapur yang agak sempurna di rumah rehat ini membolehkan ibu memasak sendiri untuk menjimatkan perbelanjaan.

9.00 pagi -Menuju ke 'Afamosa Resort' untuk mandi-manda. Saya berasa tidak sabar untuk mandi-manda bersama keluarga di sana. Setibanya di situ, saya berasa sungguh kagum melihat kolam renangnya yang dilengkapi dengan pelbagai gelunsur air yang pelbagai rupa. Tanpa berlengah, kami terus mandi sambil mencuba beberapa gelunsur air di kolam renang tersebut.

1.00 petang -Kami makan tengah hari di sebuah restoran di bandar Tampin, Negeri Sembilan. Saya sungguh berselera makan nasi berlaukkan gulai lemak ikan sembilan di restoran tersebut.

2.00 petang -Bertolak dari bandar Tampin untuk balik ke Temerloh melalui jalan raya biasa. Sepanjang perjalanan, kami melalui beberapa buah kampung, hutan, ladang kelapa sawit dan ladang getah. Saya tertidur dalam perjalanan tersebut kerana keletihan.

4.30 petang -Solat di Masjid Bandar Kerayong sebelum minum petang di sebuah restoran di bandar tersebut.

6.00 petang -Tiba di rumah di Temerloh. Bergotong-royong mengangkat dan mengemas barang-barang sebelum mandi. Percutian kali ini sangat menyeronokkan kerana saya telah berpeluang melancong ke beberapa tempat yang belum pernah saya kunjungi bersama keluarga tersayang.

Page 15: Penulisan bahagian b

Contoh karangan sambutan hari guruPada 16 mei yang lalu, sekolah saya iaitu Sekolah kebangsaan Ulu Yong,Kapit telah mengadakan majlis sambutan Hari guru peringkat sekolah denganmeriah sekali. Majlis telah diadakan di dewan sekolah.

Saya sangat gembira apabila bangun pada awal pagi itu untuk meraikanbersama-sama rakan-rakan yang lain. Majlis pada pagi itu bermula pada pukul8.00 pagi. Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Muhammad Adam.Selepas itu, guru besar memberikan ucapan serta membacakan perutusan hariguru pada tahun ini yang bertajuk “Guru Transformasi Pendidikan Negara”.Sebaik sahaja guru besar selesai berucap, semua guru di minta tampil ke atas pentas untuk menyanyikan lagu “Kami Guru Malaysia”. Kemudian acara memotong kek beramai-ramai telah berlangsung dengan lucu sekali.

Selepas acara tersebut, acara sukaneka diadakan di padang sekolah.Acara ini disertai oleh murid-murid dan guru-guru. Antara acara yang diadakanseperti berlari di di dalam guni, meniup belon sehingga pecah, mengisi air didalam botol dan merebut kerusi. Kami murid-murid tahun 6 telah dibahagi-bahagikan kumpulan beserta guru-guru dan saya dan Amin bersama-samadengan cikgu Fazli di dalam satu kumpulan.

Guru besar telah menyampaikan hadiah kepada para pemenang dalamacara sukaneka. Beliau melahirkan rasa gembira kerana sambutan Hari Guru pada kali ini disambut dengan meriah.

Majlis ini tamat pada pukul 12.00 tengah hari. Sebelum bersurai, murid-murid mengambil kesempatan untuk bersalam-salaman dengan guru-gurusambil memberikan hadiah dan berpelukan. Hadiah yang saya berikan sebagai tanda terima kasih dan mengenang jasa guru saya.

Page 16: Penulisan bahagian b

fakta: faedah-faedah melibatkan diri dalam aktiviti sukan dalam kalangan murid.

Sukan ialah segala kegiatan yang memerlukan kemahiran atau ketangkasan serta tenaga yang dilakukan sama ada sebagai acara pertandingan, hiburan atau untuk suka-suka bagi mengisi masa lapang atau untuk beriadah. Pada tahun yang lalu kerajaan telah memperkenalkan dasar 1Murid 1Sukan kerana menyedari kepentingan bersukan. Contoh aktiviti sukan yang agak popular kini ialah seperti olahraga, berenang, permainan bola sepak, tenis, badminton dan sebagainya. Persoalannya apakah faedahnya jika seseorang murid itu melibatkan diri dalam aktiviti bersukan?

Antara faedah bersukan kepada murid ialah sukan dapat meningkatkan disiplin murid. Hal ini dikatakan demikian kerana individu yang ingin berjaya dalam bidang sukan mesti mempunyai disiplin yang tinggi dan dapat mengawal diri sendiri untuk mematuhi peraturan yang ditetapkan. Contohnya setiap pemain dalam sesebuah pasukan itu mesti menepati masa, rajin berlatih, tidak merokok dan mematuhi arahan jurulatihnya. Oleh itu, secara tidak langsung sukan juga turuk membentuk disiplin murid tersebut.

Seterusnya, sukan juga penting bagi melahirkan seseorang murid yang sihat. Hal ini dikatakan demikian kerana bersukan boleh menguatkan otot dan tulang serta menyihatkan badan. Misalnya, seseorang murid yang bersukan pada setiap petang sudah banyak berpeluh. Oleh itu murid yang aktif bersukan jarang mendapat demam dan selesema berbanding dengan rakan-rakannya yang tidak bersukan

Selain itu, seseorang murid yang aktif dalam kegiatan sukan akan terdidik untuk mengagihkan masa dengan sewajarnya. Hal ini dikatakan demikian kerana murid tersebut akan menentukan masa yang sesuai untuk memberikan tumpuan terhadap sukan dan masa untuknya belajar. Contohnya, seseorang murid yang menyertai pasukan sekolah mesti ada jadual latihan sukan dan jadual belajar. Oleh itu, seseorang murid yang aktif dalam sukan juga berjaya dalam pelajaran.

Di samping itu, sukan juga membentuk murid menjadi seseorang yang berfikiran positif. Hal ini dikatakan demikian kerana dengan aktif bersukan seseorang itu dapat berfikir secara rasional dan berkeyakinan tinggi dan tidak cepat berputus asa. Contohnya, Datuk Lee Chong Wei tetap tidak berputus asa walaupun gagal meraih pinggat emas dalam sukan Olimpik baru-baru ini. Oleh itu, sukan penting dalam melahirkan murid yang berfikiran positif.

Akhir sekali, murid yang aktif bersukan juga dapat menggunakan masa lapang mereka dengan lebih bermanfaat. Hal ini dikatakan demikian kerana biasanya murid yang aktif dalam bidang sukan tidak berminat bermain ‘computer game’ dan tidak akan menghabiskan masanya untuk berplesiran di pusat beli-belah, menonton televisyen, dan seumpamanya. Oleh itu, sudah pasti mereka akan menghabiskan masa dengan lebih bermanfaat.

Intihanya, jelaslah di sini bahawa melibatkan diri dalam sukan banyak membawafaedah kepada murid. Oleh itu, pihak kerajaan perlu menyediakan banyak kemudahan untuk bersukan di sekolah. Ibu bapa pula patut menggalakkan anak-anak mereka bersukan. Begitu juga dengan guru-guru mereka perlu melengkapkan diri dengan pelbagai kemahiran sukan. Saya percaya dengan adanya kerjasama antara semua pihak lebih ramai lagi jaguh sukan negara yang akan menyerlah di peringkat antarabangsa, asalkan kita tidak melakukannya hanya ‘hangat-hangat tahi ayam’.

Page 17: Penulisan bahagian b

Fakta : Berjimat-cermat Amalan Mulia

Amalan berjimat-cermat harus dipupuk sejak dari kecil lagi. Berjimat-cermat bermaksud menggunakan apa yang kita miliki untuk perkara-perkara yang perlu sahaja tanpa pembaziran.

Banyak faedahnya apabila kita berjimat-cermat. Antara faedahnya ialah kita boleh menyimpan atau menabung wang untuk tujuan yang lebih penting. Wang itu nanti boleh digunakan untuk perkara yang lebih berfaedah seperti membeli buku-buku latihan dan sebagainya lagi.

Selain itu, sikap berjimat-cermat akan menyebabkan seseorang sentiasa berfikir panjang sebelum membeli sesuatu barangan. Sikap seperti ini boleh mengurangkan kesilapan membeli sesuatu barangan yang kurang perlu sehingga akhirnya barangan tersebut terbuang begitu sahaja. Ini tentu merugikan kita.

Berjimat-cermat juga mengelakkan seseorang daripada terjebak dengan masalah hutang. Orang yang berbelanja dengan boros biasanya tidak berfikir panjang untuk berbelanja sehingga mereka sanggup berhutang. Ini menyebabkan mereka terjerat dengan masalah hutang hingga menyusahkan diri mereka sendiri.

Berjimat-cermat juga bermakna kita dapat memanfaatkan masa dengan sebaik mungkin. Sebagai contoh, mengisi masa lapang dengan bersukan akan menjadikan tubuh kita sihat dan cergas. Ini dapat mengelakkan kita daripada selalu berulang-alik ke klinik atau hospital akibat daripada masalah kesihatan. Hal yang demikian tentu akan membazirkan masa dan wang untuk mendapatkan rawatan.

Di samping itu, amalan berjimat-cermat juga menjadikan seseorang itu berdisplin tinggi. Mereka sentiasa mengambil berat tentang penjimatan dan kecermatan. Misalnya, mereka akan sentiasa menutup kembali barangan elektrik seperti kipas, pendingin hawa dan sebagainya selepas digunakan. Ini akan mengelakkan mereka daripada membayar bil elektrik yang tinggi.

Kesimpulannya, kita perlu sentiasa berusaha bagi memastikan amalan berjimat-cermat menjadi budaya hidup kita. Amalan ini pasti akan menguntungkan kita serta mengelakkan kita ditimpa pelbagai masalah.

Page 18: Penulisan bahagian b

format syarahan: Faedah MenabungYang dihormati Tuan Pengerusi Majlis.Guru Besar, guru-guru serta rakan-rakan sekalian. Tajuk syarahan saya pada pagi ini ialah ‘Faedah Menabung’.

Hadirin sekalian,

Menabung bermaksud menyimpan sebahagian wang perbelanjaan untuk keperluan pada masa hadapan. Sebagai contoh, kita boleh mengumpul lebihan wang perbelanjaan seharian untuk disimpan di bank sebagai tabungan kita. Wang tabungan yang kita simpan itu bolehlah kita gunakan untuk pelbagai perkara yang penting pada masa hadapan.

Hadirin sekalian,

Antara faedah menabung ialah dapat membantu kita pada masa diperlukan. Contohnya menggunakan wang tabungan tersebut untuk membeli barang keperluan sekolah. Ini tentu dapat mengembirakan ibu bapa kita terutamanya jika waktu itu mereka kekurangan wang dan sebagainya.

Selain itu, menabung juga akan memupuk amalan berjimat-cermat. Kita akan merancang perbelanjaan agar sebahagian wang perbelanjaan dapat disimpan. Ini akan menjadikan kita berjimat-cermat dan sentiasa berwaspada agar wang tidak dibelanjakan sesuka hati.

Di samping itu, menabung boleh mengelakkan kita daripada terlepas sesuatu peluang baik yang muncul tanpa diduga. Contohnya, kita dapat membeli buku idaman yang jarang-jarang ditemui dengan menggunakan wang simpanan. Ini tentu mengembirakan kita kerana memperoleh apa yang sudah lama diidamkan sedangkan pada masa itu ibu bapa kita mungkin kurang mampu untuk membelinya.

Hadiri yang dihormati sekalian,

Amalan menabung juga dapat mengelakkan pembaziran. Orang yang menabung akan lebih berhati-hati ketika berbelanja kerana mereka telah membuat perancangan awal menguruskan wang perbelanjaan. Ini sudah pasti mengelakkan pembaziran kerana mereka hanya berbelanja untuk perkara-perkara yang betul-betul perlu sahaja.

Seterusnya, menabung juga membolehkan kita membantu orang lain. Contohnya, kita boleh meminjamkan sebahagian wang simpanan kita untuk bayaran yuran sekolah adik jika pada masa itu ibu bapa kita memerlukannya. Ini akan mengeratkan tali persaudaraan kerana membantu mereka ketika dalam kesusahan.

Setakat ini sahajalah syarahan saya pada pagi ini. Akhir kata, saya menyeru kepada rakan-rakan supaya menjadikan amalan menabung sebagai amalan hidup kerana banyak faedah yang boleh kita diperolehi daripada amalan ini.

Sekian, Terima kasih.

Page 19: Penulisan bahagian b

Fakta : FAEDAH-FAEDAH BELAJAR MENGGUNAKAN KOMPUTER

Dewasa ini, komputer merupakan alat penting yang digunakan di kebanyakan sekolah di negara kita. Sebagai contoh, komputer seringkali digunakan oleh guru-guru semasa menyampaikan pengajaran kepada para pelajar. Kini boleh dikatakan ramai dalam kalangan murid sekolah telah mahir dalam menggunakan computer seperti kata kata peribahasa alah bisa tegal biasa. Oleh itu, terdapat banyak faedah belajar menggunakan komputer.

Antara faedah belajar menggunakan komputer ialah pelajar-pelajar dapat berkongsi maklumat bersama-sama rakan. Hal ini demikian kerana rakan-rakan yang berkebolehan dalam mengendalikan komputer akan saling menunjuk cara dan menyampaikan maklumat antara satu sama lain. Sebagai contoh, memuat turun bahan pembelajaran daripada Internet dan lain-lain. Oleh itu belajar menggunakan komputer akan membentuk perkongsian maklumat dalam kalangan pelajar.

Di samping itu, belajar dengan menggunakan komputer akan menjadikan aktiviti pembelajaran lebih menarik dan berkesan. Hal ini demikian kerana setiap pelajar akan berasa seronok dan ingin melibatkan diri dalam aktiviti pembelajaran secara aktif. Sebagai contoh, program Skor A atau program interaktif yang memerlukan pelajar menyelesaikan tugasan secara langsung atas talian. Sudah terang lagi bersuluh, belajar menggunakan komputer menjadikan suasana pembelajaran akan lebih ceria.

Seterusnya, faedah belajar menggunakan komputer ialah dapat menjimatkan masa sesi pembelajaran. Pada kebiasaannya bahan-bahan pembelajaran akan disediakan terlebih dahulu oleh guru atau pelajar. Selain itu, tugasan atau latihan pelajar juga dapat dijawab atas talian tanpa memerlukan bahan edaran bersesuaian dengan kata peribahasa, masa itu emas. Oleh itu, faedah belajar menggunakan komputer dapat menjimatkan masa dalam pembelajaran dan pengajaran di dalam kelas.

Selain itu, belajar menggunakan komputer boleh meningkatkan prestasi akademik seseorang pelajar di sekolah. Hal ini demikian kerana terdapat banyak informasi dan maklumat terkini boleh dijadikan sumber ilmu. Sebagai contohnya, pelajar-pelajar boleh mengakses internet untuk menambahkan ilmu pengetahuan dalam subjek tertentu. Jika ini dilakukan, sudah tentu pelajar-pelajar boleh meningkatkan kejayaan dalam peperiksaan seperti kata cogan kata , Usaha Tangga Kejayaan. Oleh itu, belajar menggunakan komputer akan memudahkan pelajar berjaya dalam pelajaran.

Kesimpulannya, semua pihak perlu bekerjasama dan berganding bahu dengan menjadikan komputer sebagai alat teknologi yang berkesan dalam pembelajaran. Di samping menjadikan generasi yang celik komputer, kaedah ini juga mendatangkan banyak faedah. Hal ini bertepatan dengan dasar kerajaan dan saranan Perdana Menteri ke arah konsep 1 Malaysia iaitu ‘Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan’

Page 20: Penulisan bahagian b

KEBAIKAN PENGGUNAAN KOMPUTER

Dewasa kini, negara semakin maju seiring dengan azam menuju ke arah wawasan 2020.Segalanya bermula dengan kemunculan alat teknologi yang semakin canggih. Komputer merupakanantara alat teknologi yang semakin hari semakin diperlukan masa kini. Antara kebaikan penggunaankomputer ialah menyimpan segala maklumat yang penting dan memudahkan urusan harian.

Kebaikan penggunaan komputer ialah membantu manusia dalam menyimpan segala maklumatyang penting. Pada zaman nenek moyang kita, mereka perlu menulis kembali segala surat ke atas kertas yang lain untuk simpanan dan tujuan tertentu. Cara ini mempunyai banyak kelemahan antaranya hilang dakwat tulisan dan kertas menjadi kuning sehingga sukar untuk membacanya. Komputer telah mengubah tradisi ini kepada yang lebih baik dan memudahkan kita dengan hanya perlu mengimbas segala sijil dansurat yang penting ke dalam komputer dan akan disimpan secara selamat. Tidak dinafikan dengan adanya komputer, segala maklumat disimpan dengan lebih sistematik.

Selain itu, komputer memudahkan urusan harian merupakan antara kebaikan penggunaankomputer. Pada masa kini, komputer yang dulunya merupakan alat teknologi yang tidak mampu dimilikisekarang merupakan alat teknolgi yang wajib dimiliki dalam urusan harian. Segala urusan harianmemerlukan penggunaan komputer seperti menyiapkan kertas kerja, menulis karangan dan sebagainya.Tanpa penggunaan komputer, urusan yang sepatutnya menjadi mudah hanya akan menjadi lebih sukar.

Justeru, kebaikan penggunaan komputer sememangnya memudahkan segala urusan harian Kesimpulannya, penggunaan komputer boleh mendatangkan kebaikan atau keburukan terhadap pengguna. Semuanya bergantung kepada diri kita samada menggunakan komputer untuk tujuan yanglebih baik ataupun hanya menghabiskan masa dengan perkara yang tidak berfaedah. Sememangnya penggunaan komputer semakin diperlukanuntuk memudahkan urusan harian kita.

Page 21: Penulisan bahagian b

Fakta: Kebaikan-kebaikan Membaca

Membaca mempunyai banyak kebaikannya. Ibu bapa haruslah memupuk minat membaca di kalangan anak-anak sejak dari kecil lagi. Apatah lagi pada masa ini bahan bacaan yang sesuai seperti surat khabar, majalah dan sebagainya sangat mudah kita dapati seperti di kedai-kedai berdekatan rumah atau melalui internet.

Antara kebaikan membaca ialah mengetahui perkembangan terkini dan menambahkan ilmu pengetahuan. Contohnya apabila kita membaca surat khabar, kita akan mengetahui berita semasa di dalam dan di luar negara sama ada berita tentang ekonomi, politik, sosial dan lain-lain lagi. Ini tentu akan meningkatkan mutu karangan kita kerana banyak fakta yang kita ketahui.

Selain daripada itu, membaca juga dapat menambahkan perbendaharaan kata. Orang yang selalu membaca akan mampu menulis karangan dengan ayat yang lebih gramatis kerana lebih banyak perkataan yang mereka ketahui atau kuasai.

Di samping itu, orang yang rajin membaca akan memperoleh banyak pengajaran dan pengalaman daripada pembacaan. Ini boleh dijadikan pedoman untuk kebaikan mereka dalam kehidupan sehari-harian.

Membaca juga dapat merehatkan minda kita setelah penat belajar. Ini kerana banyak bahan bacaan ringan yang baik dan menghiburkan kita seperti komik, cerpen dan lain-lain lagi. Bagaimanapun, kita harus lebih cermat dalam memilih bahan bacaan berunsur hiburan ini kerana ada juga yang tidak sesuai atau tidak elok untuk dibaca.

Kesimpulannya, mengamalkan budaya membaca amatlah penting terutama kepada para pelajar. Selain dapat mengisi masa lapang, aktiviti ini juga dapat mengelakkan mereka terjebak dengan gejala-gejala yang tidak sihat. Oleh itu, kita haruslah amalkan sikap suka membaca supaya kita cemerlang dalam pelajaran dan menjadi kebanggaan guru-guru dan ibu bapa.

Page 22: Penulisan bahagian b

Rencana: Kebaikan-kebaikan Perpustakaan

•Perpustakaan ialah suatu tempat terkumpulnya bahan-bahan bacaan. Ramai orang mengunjungi perpustakaan kerana di situ mereka boleh membaca bahan-bahan bacaan seperti buku rujukan, majalah, surat khabar dan lain-lain lagi secara percuma. Oleh itu, sudah tentulah perpustakaan memberi banyak kebaikannya kepada kita semua.Di perpustakaan, kita akan dapat menambah ilmu pegatahuan. Melalui pembacaan di situ, sudah tentu pengetahuan kita akan bertambah seperti mengetahui peristiwa semasa yang berlaku di dalam dan di luar negara.

Selain itu, kita dapat mengisi masa lapang dengan perkara yang lebih berfaedah dengan mengunjungi perpustakaan. Ini mengelakkan kita daripada membuang masa secara sia-sia serta menghindarkan diri daripada terjebak dengan gejala-gejala yang tidak sihat seperti melepak dan sebagainya.

Perpustakaan juga dapat membentuk disiplin para pelajar. Ini kerana di perpustakaan terdapat pelbagai peraturan antaranya mesti senyap, memulangkan buku dalam tempohnya dan menjaga kebersihan perpustakaan. Peraturan ini akan mendisiplinkan diri kita kerana jika ingkar, mungkin kita akan didenda.

Di samping itu, pembacaan bahan-bahan bacaan di perpustakaan akan dapat menambah pembedaharaan kata kita. Ini pasti akan membantu kita bertutur dan menulis karangan dengan lebih baik.

Kesimpulannya, perpustakaan mempunyai banyak kebaikannya. Oleh itu, tanamkan sikap suka mengunjungi perpustakaan agar kebaikan-kebaikannya itu dapat kita perolehi.

Page 23: Penulisan bahagian b

Surat Kiriman Tidak Rasmi: Persediaan menghadapi UPSR

• Anda diminta menulis surat kepada rakan anda untuk menceritakan tentang persediaan yang anda lakukan untuk menghadapi peperiksaan UPSR.

• No. 74, Taman Seri Merapoh,

27210 Merapoh, Kuala Lipis,

Pahang. Darul Makmur.

26 Januari 2011

Assalamualaikum. Menemui sahabatku Amir yang kini berada di Pulau Pinang, semoga dalam keadaan sihat sejahtera di samping keluarga. Saya dan keluarga di sini sihat-sihat sahaja.

Sahabatku,

Apa khabar saudara sekarang? Bagaimana dengan persediaan saudara untuk menghadapi peperiksaan UPSR yang akan kita hadapi pada bulan September nanti? Untuk pengetahuan saudara, saya telah membuat beberapa persediaan bagi menghadapi peperiksaan tersebut. Antara persediaan yang saya buat ialah mengulang kaji pelajaran dari pukul 8.00 malam hingga pukul 11.00 malam setiap hari.

Semasa belajar di kelas pula, saya akan menumpukan perhatian yang sepenuhnya terhadap pengajaran guru. Jika pada masa itu saya kurang faham, saya akan segera bertanya guru supaya saya terus dapat mengikuti pengajarannya.

Selain itu, ibu bapa saya pula telah menghantar saya belajar ke kelas tambahan sebanyak dua kali seminggu untuk memastikan saya cemerlang dalam pelajaran. Saya amat berterima kasih atas usaha mereka itu. Saya berazam akan belajar bersungguh-sungguh untuk tidak menghampakan harapan kedua-dua ibu bapa saya.

Di samping itu, saya juga selalu pergi ke perpustakaan sekolah dan Perpustakaan Awam Merapoh untuk meminjam buku-buku rujukan. Biasanya saya akan pergi ke Perpustakaan Awam Merapoh pada hujung minggu sekiranya ada kelapangan masa. Di situ juga saya boleh berbincang dengan kawan-kawan tentang topik-topik yang agak sukar dan bertukar-tukar nota.

Itulah antara persediaan saya untuk menghadapi peperiksaan UPSR. Saya berharap kita akan dapat menjawab soalan dengan mudah dalam peperiksaan itu nanti. Sama-samalah kita berdoa agar mendapat kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan tersebut dan seterusnya berjaya melanjutkan pelajaran ke salah sebuah sekolah menengah yang terpilih.

Setakat ini sahaja yang dapat saya coretkan buat tatapan saudara kali ini. Akhir sekali, sambutlah salam ingatan saya untuk saudara serta keluarga.

Sahabatmu, (Khairi bin Zaideen )

Page 24: Penulisan bahagian b

Laporan: Laporan Bulan Merdeka 2015Laporan Bulan Merdeka 2010 Sekolah Kebangsaan Seri Tualang

Pada 1 hingga 30 Ogos 2015, Sekolah Kebangsaan Seri Tualang telah mengadakan Bulan Merdeka. Tujuan bulan ini diadakan adalah untuk menanamkan rasa kecintaan murid-murid kepada negara.

Pada minggu pertama, Sekolah Kebangsaan Seri Tualang telah mengadakan aktiviti mewarnakan bendera Jalur Gemilang. Murid-murid Tahap Satu dan Tahap Dua telah menyertai aktiviti ini. Bendera yang siap diwarnakan dipasang atau digantung di beberapa tempat seperti di pagar sekolah. Sekolah Kebangsaan Seri Tualang kelihatan lebih ceria dengan dihiasi bendera-bendera Jalur Gemilang ini.

Pada minggu kedua, pementasan drama telah diadakan. Drama ini bertajuk ‘Warga Merdeka’. Drama ini dicipta dan diarahkan oleh Cikgu Hamidi Wahid. Drama ini telah melahirkan perasaan cinta pelajar kepada negara.

Pada minggu ketiga, satu pameran tentang tokoh-tokoh telah diadakan di perpustakaan sekolah. Antara wajah perjuang negara yang dipamerkan ialah Tunku Abdul Rahman, Dato’ Hussien Onn, Dr. Burhanudin bin Helmi dan lain-lain lagi.

Pada minggu keempat, Larian Merdeka telah diadakan. Larian ini sejauh 3 kilometer. Murid-murid berlari sambil mengibarkan Jalur Gemilang dan melaungkan kalimat keramat 'Merdeka!'.

Murid-murid Sekolah Kebangsaan Seri Tualang berasa sangat gembira kerana dapat menjayakan Bulan Merdeka. Sesungguhnya Bulan Merdeka yang diadakan telah dapat melahirkan atau menambahkan rasa cinta murid-murid kepada negara.

Laporan disediakan oleh, 2 September 2015

.....................................(NUR ANIS NATASYA BINTI ALWI)

Page 25: Penulisan bahagian b

Laporan : temasya sukan Laporan Temasya Sukan Ke-10 Sekolah Kebangsaan Seri Tualang

Pada 14 Mac 2010, Sekolah Kebangsaan Seri Tualang telah mengadakan termasya sukan yang ke-10. Termasya sukan ini diadakan di padang sekolah bermula pada pukul 8.30 pagi.

Sehari sebelum temasya itu dimulakan, kerja-kerja membuat persiapan terakhir telah dilaksanakan. Khemah-khemah didirikan dan dihias dengan cantik. Beberapa orang pekerja sekolah, guru dan murid berganding bahu meyiapkan kerja-kerja tersebut. Papan mencatat markah rumah-rumah sukan diletakkan di tengah-tengah padang. Manakala, bendera rumah sukan, bendera Negeri Pahang dan Jalur Gemilang dikibarkan di bahagian depan astaka.

Keadaan cuaca pada pagi temasya sukan itu sangat baik. Pada pukul 8.00 pagi, semua hadirin termasuk ibu bapa mula memenuhi ruang tempat duduk yang disediakan di sebelah astaka. Tuan Pegawai Pendidikan Daerah Temerloh yang tiba kira-kira pukul 8.10 pagi disambut oleh Guru Besar sekolah iaitu Encik Awang Satip bin Mat Salleh serta Pengerusi PIBG. Acara dimulakan dengan perbarisan lintas hormat para peserta yang mengambil bahagian. Pegawai Pendidikan Daerah menerima tabik hormat dan seterusnya merasmikan sukan tersebut.

Selepas upacara perasmian dilakukan, acara sukan pun dilangsungkan. Acara-acara yang dijalankan berjalan lancar dan teratur. Acara sukan berhenti untuk rehat pada pukul 10.00 pagi dan disambung semula setengah jam kemudian. Acara lari 4 X 100 meter menjadi acara kemuncak sukan pada hari itu. Kira-kira pukul 11.30 pagi, semua acara tamat. Seterusnya, acara penyampaian hadiah kepada para pemenang pula dijalankan. Hadiah disampaikan oleh Tuan Pegawai Pendidikan Daerah dengan diiringi oleh Tuan Guru Besar.

Pasukan yang menjadi juara pada kejohanan sukan ke-10 ini ialah pasukan Rumah Kuning. Temasya sukan ini tamat kira-kira pada pukul 12.30 tengah hari. Sebelum bersurai, semua hadirin dijemput untuk menikmati jamuan yang disediakan di kantin.

Laporan disediakan oleh, 16 Mac 2010..............................................................(Nur Rafhanah Izzah binti Ahmad Zaidee)

Page 26: Penulisan bahagian b

Fakta: Kebaikan Hobi Saya. (Versi 1)

Setiap orang mempunyai hobi. Tulis kebaikan hobi yang kamu gemari.

Hobi ialah sesuatu yang gemar dilakukan pada masa lapang. Antara contoh-contoh hobi ialah memancing, mengumpul setem, membaca, melukis dan bersukan. Saya juga mempunyai hobi iaitu bermain bola sepak. Saya melakukan aktiviti ini pada setiap petang kecuali jika ada urusan lain yang lebih penting.

Saya memilih bermain bola sepak sebagai hobi kerana minat saya yang mendalam terhadap permainan ini. Oleh sebab itulah saya selalu menyaksikan perlawanan bola sepak secara langsung di kaca televisyen. Selain itu, saya juga pernah pergi ke studium Bukit Jalil dengan keluarga saya untuk menonton suatu perlawanan akhir bola sepak .

Hobi ini banyak memberi kebaikan kepada saya. Antara kebaikan tersebut ialah mengisi masa lapang dengan aktiviti yang berfaedah, menyihatkan badan, menjadikan saya cergas serta cerdas dan menambahkan kenalan. Pada waktu lapang seperti pada waktu petang, saya dapat mengisi masa lapang ini dengan bermain bola sepak. Aktiviti ini mengelakkan saya daripada terjebak dalam kegiatan yang merugikan seperti melepak dan sebagainya.

Selain itu, hobi ini juga dapat menyihatkan tubuh saya kerana permainan ini menyebabkan badan saya berpeluh, jantung saya berfungsi dengan baik dan melangsingkan badan saya. Oleh sebab itulah saya jarang terkena penyakit seperti demam dan sebagainya. Saya juga tidak risau tentang masalah kegemukan yang boleh mendatangkan penyakit yang merbahaya seperti darah tinggi, kecing manis dan lain-lain lagi.

Permainan bola sepak juga menyebabkan badan saya cergas dan otak saya cerdas. Saya perlu melakukan tindakan-tindakan yang tangkas serta lasak dalam permainan ini. Hasilnya otot-otot badan saya menjadi kuat dan pergerakan saya lebih pantas. Selain itu, saya juga tidak mudah berasa lesu atau penat. Ini membantu saya sentiasa cergas semasa belajar di sekolah atau semasa mengulang kaji pelajaran di rumah. Badan saya yang sihat dan bertenaga juga membolehkan saya mudah memahami sesuatu pelajaran. Oleh sebab itu, saya sering mendapat keputusan yang cemerlang dalam pelajaran.

Di samping itu, saya memperoleh ramai kenalan melalui hobi ini. Permainan bola sepak memerlukan pemain yang ramai. Oleh itu, saya berpeluang menambahkan kenalan terutama apabila melibatkan pertandingan dengan pasukan bola sepak dari luar.

Kesimpulannya setiap orang mempunyai hobi tersendiri. Kita bebas memilih hobi yang kita gemari, bak kata pepatah "Tepuk dada, tanya selera". Namun, perlu kita ingat hobi tersebut tidak seharusnya merugikan kita. Sesuatu hobi yang baik dan sesuai sepatutnya akan mendatangkan kebaikan kepada kita.

Page 27: Penulisan bahagian b

Faedah-faedah Menyertai Aktiviti Kokurikulum

Kegiatan kokurikulum ialah aktiviti di luar bilik darjah. Kegiatan tersebut termasuklah aktiviti badan beruniform, kelab dan persatuan serta sukan dan permainan. Semua pelajar digalakkan menyertai kegiatan kokurikulum kerana kegiatan ini mempunyai banyak faedahnya. Antara faedah kegiatan kokurikulum ialah dapat memenuhkan masa lapang. Pelajar yang aktif dalam kegiatan ini akan terhindar daripada terlibat dengan gejala sosial kerana banyak masa mereka digunakan untuk aktiviti kokulrikulum di sekolah seperti sukan dan sebagainya. Oleh itu, masa lapang dapat diisi dengan kegiatan yang lebih berfaedah. Selain itu, kegiatan kokurikulum juga dapat melatih pelajar menjadi pemimpin. Ada berbagai-bagai jawatan dalam persatuan seperti jawatan pengerusi, setiausaha, bendahari, ahli jawatankuasa dan ahli biasa. Sebagai contoh, apabila pelajar memegang jawatan pengerusi, mereka akan belajar menjadi ketua. Dengan itu, pelajar akan belajar menjadi pemimpin. Di samping itu, dengan menyertai kegiatan kokurikulum juga kita dapat membentuk disiplin diri. Sebagai contoh, kegiatan-kegiatan ini dijalankan mengikut peraturan dan jadual yang telah ditetapkan. Kita perlu mematuhi peraturan dan jadual tersebut supaya segala aktiviti yang direncana dapat dijalankan dengan lancar. Oleh itu, kita akan menjadi lebih berdisiplin apabila terlibat dengan kegiatan kokurikulum.

Tambahan pula, kegiatan kokurikulum akan mengukuhkan lagi perpaduan. Setiap persatuan dan kelab tentunya disertai oleh ramai ahli serta terdiri daripada pelbagai kaum seperti Melayu, Cina, India dan lain-lain. Dalam aktiviti yang dijalankan, semua ahli akan berkumpul dan bertukar-tukar pendapat. Dengan ini akan mengeratkan hubungan sesama mereka dan seterusnya akan mewujudkan perpaduan antara kaum. Akhir sekali, badan kita akan menjadi sihat apabila menyertai kegiatan kokurikulum seperti menyertai pertandingan bola sepak dan sebagainya. Untuk menang dalam pertandingan yang disertai, kita akan menjalani latihan. Dengan latihan itu, badan kita akan mengeluarkan peluh. Ini tentu akan menjadikan kita cergas, sihat, kuat dan tidak akan mudah dijangkiti penyakit.

Kesimpulannya, terdapat banyak faedah menyertai kegiatan kokurikulum. Pihak sekolah hendaklah mengadakan aktiviti yang menarik untuk menggalakkan pelajar menyertainya. Ibu bapa pula hendaklah menggalakkan anak-anak melibatkan diri dalam kegiatan ini demi kebaikan anak-anak mereka.

Page 28: Penulisan bahagian b

Temu Ramah/Dailog: Faedah-faedah Membaca.

Amar : Assalamualaikum…!

Aini : Waalaikummussalam…! Eh, Amir! Ingatkan siapa tadi. Duduklah…

Amar : Terima kasih. Awak baca buku apa tu…

Aini : Saya baca buku agama bertajuk ‘Bukti-bukti Kebesaran Allah’. Banyak kebaikannya membaca buku ini. Antaranya, saya dapat merasai keimanan saya semakin meningkat.

Amar : Baguslah! Dengan membaca, pengetahuan kita tentu akan bertambah. Sebab itulah kebanyakan orang yang rajin membaca akan berjaya dalam bidang yang diceburi mereka.

Aini : Kenapa pula awak datang ke sini, Amar?

Amar : Sebenarnya saya memang sengaja datang ke sini kerana ingin berbual-bual sahaja sebagai mengisi masa lapang saya sekarang…

Aini : Oh, begitu! Kenapa awak tidak isikan masa lapang tersebut dengan membaca buku-buku. Dapatlah masa lapang itu diisi dengan perkara-perkara yang lebih berfaedah.

Amar : Betul Aini. Tapi… saya rasa berbual-bual dengan awak pun perkara yang berfaedah juga. Kita boleh berbual tentang pelajaran dan sebagainya.

Page 29: Penulisan bahagian b

Aini : Eem… betullah tu, tetapi jika hanya berbual kosong, lebih eloklah kita membaca buku. Melalui membaca juga, pembendaharaan kata kita akan semakin bertambah.Maaf, boleh saya bertanya, markah kertas ujian karangan kamu baru-baru ini berapa?

Amar : Eh, malulah nak cakap! Saya cuma mendapat 65 peratus sahaja. Saya rasa susahlah nak buat karangan tu. Awak pula bagaimana?

Aini : 95 peratus! Dahulupun saya macam awak juga tetapi setelah saya selalu membaca, saya berasa lebih mudah untuk membina ayat dalam karangan. Awak selalulah membaca, mungkin awak akan mendapat markah yang lebih tinggi nanti.

Amar : Betul juga cakap awak. Selepas ini saya akan cuba isikan masa lapang saya dengan membaca buku.

Aini : Baguslah macam itu. Saya harap awak akan berjaya. Lagipun membaca juga dapat menghiburkan kita tau. Banyak buku cerita yang boleh menghiburkan kita di pasaran sekarang seperti majalah ‘Kuntum’ dan sebagainya.

Amar : Saya selalu terlihat majalah yang memaparkan model seksi di muka depannya dijual di gerai-gerai buku. Saya berasa janggallah untuk membelinya.

Aini : Amar! Amar! Bukan semua majalah sesuai untuk kita membacanya. Pilihlah majalah yang baik yang boleh meningkat ilmu pengetahuan kita. Bukannya majalah yang menyebabkan kita berbuat dosa.

Amar : Terima kasih Aini atas nasihat awak. Eloklah saya pulang dahulu. Hari pun sudah semakin senja.

Aini : Baiklah.

Page 30: Penulisan bahagian b

Surat Kiriman Tidak Rasmi: Menceritakan pengalaman di tempat baru

No. 13, Kampung Nelayan,

Kuantan, Pahang.

30 April 2012

Assalamualaikum,

Menemui sahabatku Talib yang ku rindui selalu. Diharapkan saudara sihat seisi keluarga. Tujuan saya menulis surat adalah untuk bertanya khabar dan menceritakan pengalaman baru saya.

Di sini saya ceritakan keadaan di tempat baru saya. Pekerjaan utama masyarakat di sini ialah nelayan yang mencari rezeki di Laut China Selatan. Kedudukan rumah-rumah di sini berhampiran dengan pantai.

Keadaan ini membuka peluang untuk saya mempelajari tentang selok-belok kehidupan nelayan. Saya selalu pergi ke pantai pada waktu pagi semasa cuti sekolah untuk melihat nelayan-nelayan pergi ke laut . Pada sebelah petangnya pula saya menunggu nelayan-nelayan pulang dengan pelbagai hasil tangkapan laut yang segar.

Masyarakat di sini ramah dan tidak lokek dengan senyuman. Di sekolah, saya mudah mendapat kawan-kawan baru. Mereka cepat mesra dan sering membantu saya untuk memahami loghat Pahang.

Untuk pengetahuan saudara, sekolah saya terletak berhampiran dengan rumah saya. Di sini saya tidak mempunyai masalah dalam pelajaran, malah saya sering membantu rakan-rakan yang lemah. Guru-guru di sini juga baik-baik belaka dan selalu memberi nasihat dan peransang kepada saya.

Akhir sekali, sudilah saudara untuk datang bercuti di sini. Saya senantiasa menanti kedatangan saudara di sini. Sekian sahaja untuk kali ini. Di harap anda sudi membalas surat saya dan bercuti di sini.

Sahabatmu Amirull

Page 31: Penulisan bahagian b

Cara-cara Menjadi Murid yang Cemerlang dalam Pelajaran

Setiap orang mahukan keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan. Namun demikian, kecemerlangan tersebut tidak dating dengan sendirinya, sebaliknya, perlu disusuli dengan usaha yang bersungguh-sungguh.

Bagi mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan, seseorang murid perlulah tekun belajar. Contohnya ketika di dalam kelas, kita perlu menumpukan sepenuh perhatian terhadap apa yang disampaikan oleh. Dengan ini, kita dapat memahami dan mengingati pelajaran yang disampaikan oleh guru.

Selain itu, kita juga perlu mengulang kaji pelajaran. Contohnya, apabila di rumah, kita perlu membaca nota pelajaran yang diberikan oleh guru. Oleh itu, sesuatu topic itu akan kekal dalam ingatan dan minda kita.

Seterusnya, kita juga boleh mengikuti kelas tambahan yang dianjurkan oleh pihak sekolah. Ini kerana melalui kelas tambahan, guru-guru akan member penekanan pada topic-topik yang sukar. Kesannya, pemahaman terhadap sesuatu pelajaran itu akan meningkat.

Di samping itu, kita juga perlu banyak membuat latihan. Contohnya, latihan-latihan berbentuk soalan peperiksaan perlu kita lakukan berulang kali. Ini akan memudahkan kita menjawab soalan-soalan peperiksaan kerana sudah biasa dengan pola-pola soalan tersebut.

Kesimpulannya, kita perlu berusaha bersungguh-sungguh untuk menjadi murid yang cemerlang dalam pelajaran. Kejayaan kita pasti akan menggembirakan ibu bapa dan guru-guru.

Page 32: Penulisan bahagian b

Ucapan: majlis perpisahan tahun 6Terima kasih kepada Tuan Pengerusi Majlis, yang berusaha tuan guru besar, guru-guru penolong kanan, guru-guru dan rakan-rakan sekalian. Selamat sejahtera saya ucapkan. Selaku wakil murid tahun enam, saya mengucapkan ribuan terima kasih kerana diberi peluang untuk berucap dalam majlis ini.Guru-guru dan rakan-rakan sekalian,Sebagaimana yang kita ketahui, hari ini adalah hari terakhir kami menjadi murid Sekolah Kebangsaan Seri Bestari. Selepas ini, kami akan melangkah ke alam persekolahan menengah pula. Selama enam tahun di sekolah ini, banyak kenangan suka dan duka yang tidak akan kami lupakan.Yang pastinya, perkara yang paling tidak dapat dilupa adalah sikap guru-guru yang baik di sekolah ini. Segala titik peluh yang guru-guru sekalian sumbangkan dalam memberi didikan dan tunjuk ajar sejak mula kami tahu membaca, menulis dan mengira sehinggalah kepada segala ilmu yang dicurahkan. Budi yang guru-guru taburkan tidak mampu kami balas.Hadirin sekalian,Kesempatan yang ada ini juga, saya mewakili rakan-rakan ingin menyusun jari sepuluh memohon kemaafan. Sepanjang tempoh enam tahun berada di sekolah ini, sudah pasti ada kesilapan dan kesalahan yang kami lakukan. Segala teguran dan nasihat guru-guru pasti akan kami sematkan di dada.Harapan saya semoga rakan-rakan akan terus berusaha dengan gigih apabila berada di sekolah menengah nanti. Semoga guru-guru di sekolah ini akan terus mendoakan kejayaan dan kesejahteraan kami. Jika ada kelapangan, pasti kami akan datang lagi menziarahi guru-guru di sini.Saya akhiri ucapan saya dengan serangkap pantun.

Kalau ada sumur di ladang,Boleh kita menumpang mandi;Kalau ada umur yang panjang,Boleh kita berjumpa lagi.

Sekian, terima kasih.

Page 33: Penulisan bahagian b

Ucapan: Majlis perpisahan GuruAssalamualaikum dan selamat pagi saya ucapkan kepada Tuan Pengetua, TimbalanTuan Pengetua, Guru Kanan, guru-guru dan rakan-rakan seperjuangan sekalian. Di majlisyang mulia ini, saya sebagai ketua kelas ini mengambil peluang keemasan yang diberi kepadasaya untuk berucap sebagai mewakili rakan-rakan saya di kelas ini.

Sebagaimana yang dimaklumi oleh cikgu-cikgu dan rakan-rakan sekalian, majlis inidiadakan adalah untuk majlis perpisahan di antara kita dengan guru kelas kami iaitu CikguMajid bin Haji Mohd. Yusof. Sebagaimana yang diketahui beliau adalah seorang guru yang berdedikasi, bertanggungjawab, cekap dan sentiasa mengambil berat kepentingan penuntut disekolah ini. Beliau sering meluangkan masa untuk bertanyakan segala masalah yang seringdihadapi oleh penuntut beliau sama ada dalam pelajaran atau soal lain. Kami memang faham bertapa berat tugas seorang guru itu.

Di samping menjaga kelas dan penuntut, seorang guru juga bertanggungjawab terhadap masa depan penuntut. Ini termasuklah soal disiplin. Walau bagaimana berat sekalipun tanggungjawab dan tugas itu Cikgu Majid tetap menjalankandengan sabar dan bersungguh-sungguh dan tidak menjadi masalah yang berat kepada beliau.Dengan sifat baik hati, lemah lembut dan penyayang serta peramah akhirnya segala masalahitu dapat diselesaikan dengan sempurna.Di samping menjalankan tugas dengan sempurna, beliau juga merupakan seorang guru yang aktif dalam sukan dan lawatan. Segala tugas dan kerja yang diberikan kepada beliau dijalankan dengan sebaik-baiknya.

Kita semua tentu masih ingat tentang kemenangan kita dalam perlawanan bola sepak di antara sekolah-sekolah menengah di peringkat daerah,sekolah kita telah menjadi johan dalam perlawanan itu. Semua ini adalah berkat dedikasi Cikgu Majid. Sekolah kita juga pernah memenangi perlawan rentas desa peringkat negeri.Kita tentu bangga dengan kemenangan ini. Bagi saya masa yang singkat ini tentu tidak dapat menjelaskan budi dan jasa beliau terhadap sekolah kita.

Sekali lagi, saya sebagai wakil kelas ini, mengucapkan selamat berpisah dan selamat maju jaya dalam apa jua bidang yang cikgu ceburi. Kami juga berharap cikgu akan sentiasa mendoakan kejayaan kami dan tidak melupakan kami di sini. Sebelum mengundur diri, izinkan saya menyampaikan serangkap pantun;

Kalau ada sumur di ladang,Boleh kita menumpang mandi;Kalau ada umur yang panjang,Boleh kita berjumpa lagi.Sekian , terima kasih.