penulisan bahagian a

5

Upload: rohana-yahaya

Post on 09-Aug-2015

82 views

Category:

Documents


8 download

DESCRIPTION

Latih tubi

TRANSCRIPT

Page 1: Penulisan bahagian A
Page 2: Penulisan bahagian A
Page 3: Penulisan bahagian A
Page 4: Penulisan bahagian A

Pada suatu hari, Sarbun dan Darus menjala di sebatang sungai. Sudah dua jam merekamenjala tetapi hasil yang diperolehi jauh dari yang diharapkan. Namun mereka tetapmenebarkan jala . Sarbun mengharapkan hasil tangkapan untuk dijual bagi membayaryuran anaknya yang sudah sebulan tertunggak.Darus tiba-tiba meminta tolong. Rupa-rupanya dia hampir lemas akibattergelincir ke dalam sungai. Sarbun bergegas terjun menyelamatkan Darus tanpamenghiraukan jalanya yang sudah berada di dalam air. Bagi Sarbun nyawa lebih pentingdaripada ikan.Darus berjaya diselamatkan dan mengucapkan terima kasih kepada Sarbun.Sarbun menasihati Darus agar lebih berhati-hati. Meskipun tangkapan mereka tidakseperti yang diharapkan namun mereka bersyukur kerana terselamat darikemalangan. Mereka percaya bahawa rezeki boleh dicari tetapi keselamatan dan nyawaharus diutamakan dahulu.Zulkifli

BILCERITA KAITAN

NILAI MURNI

1Mereka tetap menebarkan jala.

Sabar dan tabah.

2 Membayar yuran anaknya yang sudah sebulan tertunggak.Bertanggungjawab.

3 Sarbun terjun menyelamatkan Darus.Membantu orang yang kesusahan.

4 Mengucapkan terima kasih kepada Sarbun.Berbudi bahasa

5Sarbun menasihati Darus agar berhati-hati.

Saling mengingati

6Mereka bersyukur kerana terselamat.

Berterima kasih

En.Badri : Amen, sudah siapkan kerja sekolah? Ayah lihat Amen asyik melayari internetsahaja.

Amen : Maafkan saya, ayah. Saya baru membuat separuh daripada latihan yangdiberikan oleh cikgu. Terima kasih kerana mengingatkan saya, ayah.

En.BadriI: Bilakah kamu hendak menyiapkannya? Esok hari Isnin. Sambunglah kerjasekolah kamu itu dahulu.

Amen : Ayah, langit kelihatan mendung. Hari hendak hujan. Bolehkah sayamengangkat kasut sekolah yang saya jemur terlebih dahulu?

En.Badri : Baiklah, Amen. Selepas itu, Amen siapkan latihan yang diberikan oleh cikgu.Amen : Ya, ayah. Saya berjanji akan menyiapkan kerja sekolah saya pada petang in

juga.En.Badri : Baguslah kalau begitu.

HUTAN MELINTANG, Khamis – Tiga orang lelaki ditahan kerana membuang sisa toksikdi Sungai Bernam, berhampiran dengan Desa Permai. Mereka dipercayai telahmelakukan perbuatan itu berulang kali. Akibat perbuatan tersebut, banyak hidupanakuatik mati. Selain itu, air yang kotor telah memberikan kesan buruk kepada kesihatanpenduduk di kawasan ini.

Penangkapan ini berjaya dilakukan berdasarkan laporan orang ramai. Rasatanggungjawab yang ditunjukkan oleh anggota masyarakat ini dapat menyelesaikanmasalah pencemaran sungai yang dilaporkan baru-baru ini.Pihak berkuasa memuji tindakan bijak yang dilakukan oleh penduduk kampungyang prihatin terhadap masalah pencemaran. Sekiranya semua pihak bersikapsedemikian, pihak yang tidak bertanggungjawab tidak akan berani melakukan kesalahantersebut sewenang-wenangnya.Pihak berkuasa juga berharap agar masalah ini menjadi tanggungjawabbersama-sama.