modul keadah pemulihan matematik topik 6
TRANSCRIPT
PKB 3108 KAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KHAS MATEMATIK
TAJUK 6 Bahan Bantu Mengajar Matematik
6.0 SINOPSIS
Topik ini membincangkan kepentingan bahan bantu mengajar, jenis-jenis
bahan bantu mengajar, kegunaan bahan bantu mengajar dan kategori bahan
bantu mengajar.
6.1 HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Mengenalpasti jenis-jenis bahan bantu mengajar
2. Mengenalpasti kegunaan bahan bantu mengajar
3. Membincangkan kepentingan bahan bantu mengajar
4. Mengkategorikan bahan bantu mengajar
6.2 KERANGKA TAJUK
51
PKB 3108 KAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KHAS MATEMATIK
6.3 PENGENALAN
Bahan bantu mengajar adalah faktor terpenting dalam menentukan kejayaan
program pembelajaran, menimbulkan rangsangan keinginan pelajar-pelajar
untuk mengetahui sesuatu dan untuk menjadikan pembelajaran baik dan lebih
menarik. Bahan bantu mengajar (BBM) bukanlah merupakan sesuatu yang
tersisih sifatnya daripada proses pengajaran dan pembelajaran. Mengikut
Noraziah Abdul Hamid ( 1981: 2 ) , bertajuk “ Alatan Mengajar Dalam Pengajaran
Bahasa, ‘ alat bantu ‘ itu mestilah dianggap sebagai satu bahagian yang padu
dalam proses tersebut. Ia bertujuan untuk menambah kelancaran perhubungan
antara guru dan murid dan sebaliknya, murid sesama murid serta membantu
atau mempercepatkan proses pemahaman mereka. Pendapat ini disokong sama
oleh Edgar Dale ( 1964 ) yang digambarkan dalam bentuk “ cone of experience”
di mana proses pembelajaran bermula dengan proses aspek semi-abstrak
hingga kepada yang lebih abstrak. Penggunaan BBM juga merupakan
52
Bahan Bantu MengajarBahan Bantu Mengajar
Kategori BBMKategori BBM
Ciri-ciri BBM berkesanCiri-ciri BBM berkesan
Kepentingan BBM dalam P&PKepentingan BBM dalam P&P
Bahan yang menggunakan Media ElektronikBahan yang menggunakan Media Elektronik
Bahan yang menggunakan Media bukan ElektronikBahan yang menggunakan Media bukan
Elektronik
Bahan bercorak PengalamanBahan bercorak Pengalaman
Permainan MatematikPermainan Matematik
PKB 3108 KAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KHAS MATEMATIK
sebahagian daripada kaedah dan idea-idea yang disampaikan oleh guru kepada
murid-muridnya.
6.4 Bahan Bantu Mengajar/ Peralatan Mengajar
BBM ialah segala kelengkapan yang digunakan oleh guru/ murid untuk
membantunya dalam menyampaikan pengajaran di dalam kelas. Peralatan
mengajar bukan terhad kepada buku-buku teks, papan hitam, kapur dan gambar-
gambar sahaja, tetapi ia merangkumi segala benda yang digunakan dalam
pengajaran yang melibatkan semua pancaindera melihat, mendengar, rasa, hidu
dan sebagainya, merangkumi apa sahaja yang dapat dialami oleh murid-murid.
Atan Long ( 1981: 179-203 ) membahagikan alat bantu mengajar kepada tiga
kumpulan: alat pendengaran, alat-alat pandangan dan alat pandang-dengar.
Noraziah Abdul Hamid ( 1981) membahagikan BBM kepada dua iaitu media
elektronik dan media bukan elektronik. Manakala Hanapiah Sudin ( 1979: 51-52 )
dan Khairiah Ahmad ( 1980-13 ) mengkelaskannya kepada dua iaitu “sof tware”
dan “ hardware” Ngui Kuen Sang (1981: 35 )“ mengenai BBM, kita tidak dapat
memberi takrif yang tetap walaupun pada keseluruhannya ramai pendidik
menyetujui bahawa penggunaan BBM dalam situasi pengajaran pembelajaran
adalah pengalaman yang melibatkan penggunaan penglihatan dan pandangan
seseorang.”
Atan Long ( 1982: 174 ) “ BBM terdiri daripada pelbagai bahan dan sesuatu
bahan boleh disampaikan dengan pelbagai cara, misalnya dalam bentuk buku,
carta, atau dibubuh pada slaid dan dipancarkan pada skrin. Alat-alat
penyampaiannya dinamakan BBM.”
Thomas, R.Murray, Swartout, Sherwin G ( 1963) “ …hanya alat bantu mengajar
yang mempunyai komunikatif tinggi yang mampu membantu pelajar
memperolehi pengalaman belajar yang berfaedah bagi mengembangkan sikap
ilmiah dan sikap sosial, kemantapan emosi dan daya penghargaan.”
53
PKB 3108 KAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KHAS MATEMATIK
Berdasarkan pendapat-pendapat di atas bolehlah disimpulkan bahawa BBM
boleh dibahagikan kepada tiga kategori:
6.4.1 Bahan-bahan yang menggunakan media elektronik seperti filem
pelajaran, filem jalur, slaid, overhead projektor (OHP), pita video, radio, pita
rakaman, piring hitam, CD , komputer,radio kaset, televisyen, internet dan
sebagainya.
6.4.2 Bahan yang menggunakan media bukan elektronik – seperti suara,
gambar, carta, model, surat khabar, papan hitam, papan putih, papan flanel,
papan magnet, kad- kad imbasan, buku dan sebagainya.
6.4.3 Bahan bercorak pengalaman - saperti lakonan, lawatan, projek,
pameran, bahan maujud (realia) dan sebagainya.
6.5 Mengapa BBM merupakan satu elemen yang berkesan?
Menurut teori konstruktivisme pembelajaran terbentuk hasil dari pembinaan
pengetahuan berdasarkan pengalaman. Pembelajaran terbina hasil dari
percantuman maklumat dengan pengetahuan sedia ada.
Pelajar yang belajar dan berinteraksi dengan objek dan perkara-perkara dalam
pembelajaran akan memahami apa yang dipelajari. Pelajar-pelajar akan
membina sendiri konsep dan penyelesaian terhadap masalah yang diberi.
Teori pembelajaran konstruktivisme berasas kepada penglibatan aktif pelajar
dalam menyelesaikan masalah dan pemikiran kritikal tentang aktiviti
pembelajaran di mana ianya relevan dan menarik. Pelajar membina
pengetahuan semasa atau lepas. Pelajar memilih dan megubah
54
PKB 3108 KAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KHAS MATEMATIK
maklumat,membina hipotesis, membuat keputusan bergantung kepada struktur
kognitif untuk berbuat demikian.
6.6 Kepentingan Bahan Bantu Mengajar ( BBM) di dalam Pengajaran dan
Pembelajaran
Kurikulum KBSR memberi penekanan kepada kaedah pengajaran berpusatkan
pelajar, bahan dan aktiviti. Sehubungan itu bahan bantu mengajar amat penting
untuk meningkatkan minat, perasaan ingin tahu dan kefahaman murid terhadap
konsep-konsep matematik. Penggunaan bahan bantu mengajar adalah amat
penting dalam pengajaran dan pembelajaran yang berkesan, rajah dibawah
menunjukkan kepentingan bahan bantu mengajar.
Mengikut Charles F. Hoban, James D. Finn dan Edgar Dale ( 1964 : 65 )
kepentingan BBM bolehlah dirumuskan seperti berikut:
BBM menyediakan satu asas yang kuat untuk sesuatu konsep
Sebagai daya penarik penting kepada seseorang pelajar
Dapat menghasilkan pembelajaran yang lebih kekal
Memberi pengalaman sebenar yang boleh merangsangkan aktiviti sendiri
di kalangan pelajar
55
Memudahkan penyampaian pengajaran
Menimbulkan keseronokan
Mengukuhkan daya ingatan murid
Meningkatkan rasa ingin tahu murid
Menimbulkan keseronokan kepada murid
Kepentingan bahan bantu mengajar
PKB 3108 KAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KHAS MATEMATIK
Dapat membina pemikiran yang berterusan, seperti melalui filem
bergerak.
Boleh membantu pemahaman dan perkembangan perbendaharaan kata
pelajar.
Boleh memberi pengalaman baru dan menjadikan pembelajaran lebih
mendalam dan beragam.
Kamarudin Hj. Husin ( 1988: 242) merumuskan kepentingan BBM seperti
berikut:
memberi rangsangan dan minat murid-muird.
menyediakan dasar kukuh untuk perkembangan kefahaman dan corak
pemikiran dan mengurangkan gerak balas lisan yang tidak diperlukan
daripada murid-murid.
membekalkan dasar perkembangan pembelajaran dan menjadikan
pembelajaran mereka lebih kekal.
menyediakan pengalaman baru yang tidak diperolehi dengan mudah oleh
cara-cara lain, menjadikan pembelajaran murid-murid lebih mendalam dan
beragam.
dapat menguatkan kefahaman dan mempercepatkan perkembangan
perbendaharaan kata.
ia mendorong murid-murid untuk menyiasat dan dengan demikian dapat
menambahkan lagi bacaan murid-murid.
Sebagai rumusannya BBM adalah sangat penting kerana dapat:
menjimatkan masa
dapat mempelbagaikan kegiatan atau aktiviti-aktiviti murid-murid
menyeronokkan murid-murid
56
PKB 3108 KAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KHAS MATEMATIK
6.7 Ciri-ciri BBM yang berkesan dalam pengajaran dan pembelajaran
Matematik
6.7.1 Kepelbagaian bahan bantu mengajar
Berbagai BBM akan dapat mempelbagaikan kegiatan atau pengalaman murid-
murid belajar mengikut peringkat atau kebolehannya daripada mudah ke sukar,
seperti pengalaman langsung ke pengalaman abstrak, pengalamaan rekaan,
pengalaman dramatized, demontrasi, pameran, gambar-gambar, bahan
rakaman, filem-filem dan sebagainya. Guru juga boleh menggunakan model-
model dan bahan-bahan maujud seperti kuboid, kubus, prisma dan sfera untuk
mengajar geometri dan bentuk benda. Murid juga digalakkan untuk membina
bentuk-bentuk seperti sfera, kubus, kuboid dari plastesin atau tanah liat.
Guru yang mahir dengan penggunaan ICT boleh menyediakan bahan
pengajaran menggunakan powerpoint, excell ataupun mengakses laman web
dalam pencarian maklumat. Contohnya jika guru menggunakan powerpoint, guru
boleh memasukkan illustrasi dan grafik , bunyi, yang dapat menarik perhatian
perhatian murid untuk mempelajari matematik. Guru juga boleh menggunakan
laman web untuk mengakses permainan-permainan matematik secara online.
Hasil beberapa kajian yang telah dijalankan ( Funkhouser, 1983; Henderson and
Landersman, 1992; Chazan,1998; Mccoy, 1991; Al Ghamdi, 1987) mendapatii
bahawa:
Pelajar yang menggunakan komputer dalam matematik mempunyai sikap
yang lebih positif terhadap dirinya serta berkeyakinan sebagai ahli
matematik dan berkeupayaan menyelesaikan yang lebih komplek.
Perisian komputer yang digunakan dalam proses pengajaran akan dapat
membantu pelajar memahami konsep dan prinsip matematik dengan
mudah serta berkesan.
57
PKB 3108 KAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KHAS MATEMATIK
Kemajuan dan pencapaian pelajar dalam peperiksaan akhir didapati ada
menunjukkan peningkatan yang positif.
Situasi pembelajaran pelajar berbantukan komputer mempunyai
kemampuan mengekalkan maklumat dalam jangka panjang dan dapat
mengintegrasikannya dalam bidang-bidang lain.
Bahan atau peralatan lain yang boleh digunakan oleh guru termasuk
overhead projektor, kamera digital, carta, CDRI yang dibekalkan oleh Bahagian
Teknologi Pendidikan, CD PPSMI yang dibekalkan oleh Kementerian Pelajaran
Malaysia atau CD yang dibeli oleh pihak sekolah sendiri. Dengan menggunakan
bahan bantu mengajar akan dapat meningkatkan minat murid yang mempunyai
masalah dalam pembelajaran matematik untuk mempelajari matematik dengan
lebih gigih lagi.
6.7.2 Mutu bahan bantu mengajar
Mutu bahan bantu mengajar bergantung kepada pembinaan berdasar kreativiti
guru dan pemilihannya sebagai bahan pengajaran. Ia harus dipilih sesuai
dengan bahan yang hendak kita ajarkan dan sesuai dengan murid-murid yang
terlibat. Pembinaannya biarlah mengikut lunas-lunas yang tertentu seperti tidak
merbahaya, berkesan, sesuai untuk semua pelajar dan subjek, mudah dikendali,
jelas, keharmonian warna, kesesuaian saiz, bentuk huruf atau carta dan tahan
lama.
6.7.3 Kecekapan Menggunakan BBM
Kecekapan seseorang guru menggunakan BBM adalah penting kerana
kegagalannya menyebabkan pengajaran menjadi tidak berkesan atau
merosakkan pelajaran itu seluruhnya. Ia perlu melibatkan berbagai pancaindera
58
PKB 3108 KAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KHAS MATEMATIK
murid seperti yang disarankan oleh Wayne F. Virag,1976 “seseorang individu
dalam suasana pembelajaran adalah tertakluk kepada pelbagai bahan
pengajaran, teknik-teknik dan peringkat-peringkat penyampaian pengajaran…
suasana pembelajaran ini pula adalah dipengaruhi oleh faktor-faktor seperti
kaedah penyampaian dan bahan pengajaran yang digunakan dalam suasana
fizikal yang direka untuk pembelajaran.”
Masa mengendalikan BBM dan tidak mengalami sebarang kesulitan
apabila tiba masa menggunakannya. BBM sentiasa berada di dalam keadaan
baik, boleh beroperasi dan menepati fungsinya. Guru harus pandai memilih butir-
butir penting yang perlu ditulis, supaya jelas, terang, kemas dan teratur. Cekap
mempersuaikan keperluan murid
dan masa yang diperuntukkan. Kesesuaian BBM seharusnya bersabit dengan
tujuan pelajaran dan bahan yang hendak disampaikan. Sekiranya tidak, usaha
menyediakannya adalah sia-sia sahaja.
6.8 Permainan matematik juga termasuk dalam salah satu pendekatan
Pembelajaran berpusatkan murid amat sesuai untuk dijalankan kepada murid
yang mengalami masalah dalam pembelajaran matematik. Menurut (D’Agustine,
1973), permainan adalah satu kaedah yang dapat mengembangkan daya
kreativiti dan memupuk minat murid terhadap matematik. Ianya dapat
mengurangkan rasa bosan dan jemu semasa menyelesaikan masalah
matematik.
Penggunaan permainan matematik sebagai kaedah pengajaran dan
pembelajaran dalam dan luar bilik darjah adalah berlandaskan prinsip bermain
sambil belajar. Contohnya permainan dan simulasi boleh dilakukan ketika
menyelesaikan soalan penyelesaian masalah yang melibatkan kehidupan
seharian. Dengan permainan atau rekreasi matematik, minat murid boleh
dipupuk. Semasa bermain murid secara sedar atau tidak akan meneroka dan
59
PKB 3108 KAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KHAS MATEMATIK
seterusnya mengetahui serta memperoleh ilmu baru dalam matematik.
Matematik berbentuk rekreasi secara lazimnya akan membantu guru memberi
pendedahan konsep yang mudah diingati oleh murid. Lazimnya pengetahuan
atau pembelajaran yang diperoleh secara tidak formal (permainan) lebih diingati
berbanding pembelajaran secara formal.
Kebanyakan pakar pendidikan menyatakan bahawa penggunaan
pengalaman sedia ada murid untuk memulakan sesuatu pengajaran dan
pembelajaran akan menghasilkan satu impak yang positif dalam pengajaran.
Kesimpulannya guru boleh membimbing murid mempelajari sesuatu konsep
matematik dengan lebih baik dan berkesan berdasarkan pengalaman sedia ada
murid itu sendiri.
Kesimpulan
Berdasarkan perbincangan ringkas di atas jelas membuktikan bahawa
penggunaan alat bantu Mengajar (ABM) adalah penting kerana penggunaannya
bukan sahaja pembelajaran pelajar menjadi menarik, malah pemahaman konsep
matematik pelajar dapat diperkembangkan lagi; ia juga dapat menjimatkan masa
guru mengajar serta dapat menjadikan pengajaran dan pembelajaran yang
berpusatkan pelajar. Apabila pengajaran dan pembelajaran pelajar menjadi
berkesan, bererti objektif kurikulum telah tercapai dan juga hasrat Kementerian
Pendidikan untuk memenuhi matlamat SPN -21
Latihan 1
Pengkaji berpendapat fizikal manipulatif amat bekesan kerana ia
bersifat konkrit. Bincangkan kepentingan fizikal manipulatif
dalam pengajaran kanak-kanak berkeperluan khas.
Layari lamat web untuk mendapatkan maklumat tambahan
http://www.geocities.com/fmurni
60
PKB 3108 KAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KHAS MATEMATIK
Latihan 2
Huraikan kepentingan alat bantu mengajar dalam pengajaran
pelajar berkeperluan khas
Itu saja yang perlu anda lakukan.... SELAMAT BERJAYA.
61