modul bmm3107 interaksi 3

Upload: mhd-amin-omar

Post on 04-Apr-2018

227 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/29/2019 Modul BMM3107 INTERAKSI 3

    1/20

    BMM3107 Pengantar Linguistik Bahasa Melayu

    1

    Tajuk 7Struktur Linguistik

    7.1 Semantik7.2 Pragmatik7.3 Analisis Wacana

    Sinopsis

    Tajuk 7 menjelaskan sebahagian lagi struktur yang terdapat di dalam ilmu linguistik am, iaitu

    semantik, pragmatik, dan wacana. Ketiga-tiga subbidang ini merupakan peluasan konsep

    dalam ilmu linguistik yang tidak rigid sebagaimana tatabahasa (nahuan).

    Hasil Pembelajaran:

    (i) Selepas perbincangan, pelajar dapat melakarkan secara peta minda akan unsur-unsuryang terdapat di dalam bidang semantik bahasa Melayu.

    (ii) Pelajar dapat membandingkan bidang semantik dengan bidang pragmatik.

    (iii) Pelajar dapat membuat analisis wacana terhadap satu bahan prosa.

    7.1 Semantik

    Istilah semantik berasal daripada bahasa Yunani sema yang bermakna tanda atau lambang.

    Semantik ialah bidang linguistik yang mengkaji makna atau erti dalam bahasa yang berkaitan

    dengan bahasa sebagai alat komunikasi lisan. Ilmu semantik menyentuh tentang pengertian

    makna, hubungan antara konsep dengan makna, jenis-jenis makna, perubahan makna,

    perkaitan makna, dan peribahasa.

    7.1.1 Pengertian Makna

    Ferdinand de Sassure menyatakan setiap tanda linguistik terdiri daripada dua unsur, iaitu yang

    diertikan dan yang mengertikan. Unsur yang diertikan ialah konsep atau makna sesuatu tanda

    atau lambang manakala unsur yang mengertikan ialah bunyi-bunyi bahasa yang terbentukdaripada fonem-fonem bahasa yang berkenaan. Dengan perkataan lain, setiap tanda linguistik

    terdiri daripada unsur bunyi dan unsur makna. Kedua-dua unsur ini merupakan unsur

    intrabahasa (dalam bahasa) yang lazimnya merujuk sesuatu referen yang bersifat

    ekstrabahasa.

  • 7/29/2019 Modul BMM3107 INTERAKSI 3

    2/20

    BMM3107 Pengantar Linguistik Bahasa Melayu

    2

    Dalam suatu keadaan, tanda linguistik yang dieja ialah . Tanda ini terdiri

    daripada unsur makna atau yang diertikan meja dan unsur bunyi atau yang mengertikan

    melalui kewujudan fonem [m,e,j,a]. Tanda ini pula merujuk suatu referen yang berada

    di luar bahasa (ekstrabahasa), iaitu sebuah meja, salah satu perabot di rumah. Perkataan

    ialah hal yang menandai manakala sebuah meja yang merupakan perabot itu ialah hal

    yang ditandai.

    7.1.2 Hubungan antara Konsep dengan Makna

    Bahasa terdiri daripada sistem lambang. Sesebuah perkataan atau leksem merupakan

    lambang. Dalam ilmu semantik, sering dibincangkan hubungan antara perkataan dengan

    konsep atau makna perkataan tersebut serta benda atau hal yang dirujuk oleh makna itu.

    Hubungan antara ketiga-tiga unsur inilah yang dipanggil hubungan referensial dan lazimnya

    digambarkan melalui bentuk segi tiga semantik yang berikut:

    (b) konsep/makna [referen]

    -------------------------------------------------------------------

    (a) perkataan/leksem (c) sesuatu yang dirujuk [referen]

    Berdasarkan rajah di atas, perkataan atau leksem melambangkan konsep atau makna,

    sedangkan konsep atau makna merujuk sesuatu, iaitu referen.

    Sesebuah perkataan atau leksem mempunyai makna atau konsep. Makna atau konsep

    bersifat umum sedangkan sesuatu yang dirujuk yang berada di luar dunia bahasa bersifat

    khusus. Contohnya, perkataan meja mempunyai konsep meja pada umumnya manakala

    dalam dunia nyata, meja yang dirujuk bersifat khusus, iaitu alat perabot yang lazimnya

    berkaki empat. Hubungan antara perkataan meja sebagai lambang dengan makna atau

    konsepnya bersifat langsung. Hubungan antara makna itu dengan meja tertentu di dunia

    nyata juga bersifat langsung. Sebaliknya, hubungan antara perkataan meja (lambang) dengan

    sebuah meja di dunia nyata tidak bersifat langsung. Maka, dalam rajah di atas, hubungan

    antara perkataan dengan referennya ditandai dengan garis terputus-putus.

  • 7/29/2019 Modul BMM3107 INTERAKSI 3

    3/20

    BMM3107 Pengantar Linguistik Bahasa Melayu

    3

    7.1.3 Jenis-jenis Makna

    Jenis makna dapat dibezakan oleh beberapa kriteria dan sudut pandangan. Berdasarkan jenis

    semantiknya dapat dibezakan antara makna leksikal dengan makna gramatikal. Wujud atau

    tidaknya referens pada sesuatu perkataan/leksem dapat dibezakan dari segi adanya makna

    referensial dan makna nonreferensial. Selain itu, wujud atau tidaknya nilai rasa pada sesebuah

    perkataan/leksem dapat dibezakan dengan adanya makna denotatif dan makna konotatif.

    Makna leksikal ialah makna yang bersifat leksikon yang sesuai dengan referensnya.

    Makna yang sesuai dengan pemerhatian alat deria kita atau makna yang nyata. Contohnya,

    makna leksikal buaya ialah sejenis binatang buas yang tinggal di dalam air tetapi boleh juga

    naik ke darat seperti dalam ayat (i) di bawah. Manakala ayat (ii) menunjukkan makna

    gramatikal bagi kata buaya.

    i. Buayadi sungai itu telah ditangkap. (makna leksikal)

    ii. Jangan tertipu dengan kata-kata manisnya kerana dia itu buaya. (makna

    gramatikal)

    Seterusnya, jenis makna juga meliputi makna denotatif dan konotatif. Makna denotatif

    ialah makna sebenar (referensial) sesuatu perkataan misalnya wanita dan perempuan

    mempunyai makna denotatif yang sama, iaitu manusia dewasa bukan lelaki. Namun, makna

    konotatif pula ada kaitan dengan nilai rasa sama ada positif atau negatif. Walaupun perkataan

    wanita dan perempuan mempunyai makna denotatif yang sama tetapi nilai rasanya berbeza.

    Perkataan wanita mempunyai nilai rasa yang lebih tinggi berbanding perempuan.

    7.1.4 Perubahan Makna

    Pada suatu ketika ada perkataan yang tidak berubah makna (sinkronis) tetapi dalam

    perkembangan lanjut perkataan tersebut berubah maknanya. Contohnya, kata khalwat yang

    dipinjam daripada bahasa Arab mulanya membawa makna bersunyi-sunyi seorang diri bagi

    mendapatkan ketenangan jiwa, bertafakur dan sebagainya. Namun, kini kata khalwat berubah

    makna kepada bersunyi-sunyi secara berdua-duaan antara lelaki dan perempuan yang bukan

    muhrim dan tiada ikatan pernikahan.

    Terdapat pelbagai jenis perubahan makna, antaranya perubahan makna meluas,

    perubahan makna menyempit, perubahan makna secara keseluruhan, dan penghalusan serta

    pengasaran.

  • 7/29/2019 Modul BMM3107 INTERAKSI 3

    4/20

    BMM3107 Pengantar Linguistik Bahasa Melayu

    4

    Perubahan makna secara meluas bermaksud sesuatu perkataan/leksem yang asalnya

    mempunyai satu makna berubah kepada beberapa makna disebabkan faktor tertentu.

    Perkataan saudara umpamanya, bermaksud individu yang satu ayah satu ibu. Namun,

    maksudnya kemudian meluas menjadi individu-individu yang mempunyai hubungan

    kekeluargaan, dan selanjutnya menjadi bentuk panggilan ganti nama diri orang kedua,

    khususnya lelaki. Berlawanan dengan hal ini, perubahan makna menyempit pula merujuk

    perkataan yang awalnya mempunyai banyak makna kemudiannya menjadi terbatas.

    Contohnya, kata sarjana awalnya bermaksud orang bijak pandai. Kemudian sarjana telah

    disempitkan maknanya menjadi orang yang telah lulus ijazah universiti sama ada Sarjana

    Muda (ijazah pertama) dan Sarjana (masters).

    7.2 Pragmatik

    Pragmatik ialah kajian yang meneliti bagaimana ujaran mendapat maknanya apabila

    digunakan dalam keadaan tertentu (komunikasi). Kita tidak dapat memahami hakikat sifat

    bahasa itu sendiri jika kita tidak memahami pragmatik, iaitu bagaimana bahasa digunakan

    dalam komunikasi. Bidang ini dicetuskan oleh Ross dan Lakoff (sekitar akhir 1960-an) yang

    menghujahkan bahawa sintaksis tidak boleh secara sahih dipisahkan daripada kajian yang

    meneliti cara bahasa digunakan sejajar dengan perkembangan linguistik daripada penelitian

    data pertuturan fizikal hinggalah kepada menelitian bentuk, makna dan konteks (Leech, 1993,

    hlm. 2). Bidang pragmatik moden adalah pengaruh daripada ahli falsafah terutama Austin

    (1962), Searle (1969), dan Grice (1975).

    Secara amalan, masalah perbezaan bahasa (language) daripada penggunaan

    bahasa (parole) berkisar pada perbahasan dalam menentukan batasan antara semantik dan

    pragmatik. Kedua-dua bidang ini mengkaji makna tetapi semantik menganggap makna

    sebagai pertalian dua segi misalnya dalam ayat, Apakah maksud X? manakala pragmatik

    menganggap makna sebagai pertalian tiga segi yang melibatkan keadaan penutur atau

    pendengar misalnya dalam ayat, Apakah yang anda maksudkan dengan X?. Semantik

    (bentuk logik) sesuatu ayat berbeza daripada tafsiran pragmatiknya. Semantik bersifat peka-rumus (tatabahasa) yang bersifat lazim tetapi pragmatik umum bersifat peka-prinsip (retorik)

    yang bersifat tidak lazim, iaitu terdorong oleh matlamat perbualan.

    Pragmatik harus dikaji dengan berlandaskan Prinsip-prinsip Perbualan seperti yang

    dinyatakan oleh H.P Grice dalam Prinsip Kerjasamanya (Leech, 1993, hlm. 9). Prinsip

    Kerjasama (PK) dapat diringkaskan seperti yang berikut.

  • 7/29/2019 Modul BMM3107 INTERAKSI 3

    5/20

    BMM3107 Pengantar Linguistik Bahasa Melayu

    5

    i. Kuantiti: Berikan maklumat yang secukupnya, iaitu

    a. pastikan sumbangan maklumat anda secukup yang diperlukan; dan

    b. jangan jadikan sumbangan anda terlebih maklumat daripada yang diperlukan.

    ii. Kualiti: Cuba pastikan sumbangan anda sumbangan yang benar, iaitu

    a. jangan katakan sesuatu yang anda percaya tidak benar; dan

    b. jangan katakan sesuatu yang baginya anda tidak ada dalil yang cukup.

    iii. Pertalian: Harus relevan.

    iv. Cara: Harus jelas, iaitu

    a. hindarkan ungkapan yang samar;

    b. hindarkan ketaksaan;

    c. ungkapan singkat (jangan berbelit-belit); dan

    d. harus tertib.

    7.3 Analisis Wacana

    Semua ahli bahasa berpendapat wacana ialah unit bahasa yang melebihi batas ayat. Wacana

    boleh terdiri daripada yat, sejumlah ayat, ceraian, bab, buku, siri buku dan lain-lain lagi.

    terdapat juga ahli bahasa yang berpendapat wacana sebagai satuan bahasa terlengkap dalam

    hierarki tatabahasa yang tertinggi.

    Menurut Beaugrande dan Dressler(1981) terdapat tujuh ciri ketekstualan iaitu tautan, runtutan,

    tujuan, penerimaan, maklumta, keadaan, dan interteks.

    7.3.1 Tautan

    Tautan atau kohesi ialah keserasian hubungan antara satu unsur linguistik dengan unsur yang

    lain dalam sesbuah wacana untuk menghasilkan wacana yang mantap.

    Contoh ayat:

    1.Muhammad, Fatimah dan Azian ke perpustakaan

    2. Mereka ke sana untuk meminjam buku.

  • 7/29/2019 Modul BMM3107 INTERAKSI 3

    6/20

    BMM3107 Pengantar Linguistik Bahasa Melayu

    6

    7.3.2 Runtutan

    Runtutan merupakan kesinambungan idea yang terdapat dalam sesebuah wacana sehingga

    menjadikan sesebuah teks itu bermakna.

    Contoh teks:

    Penyakit sindrom kurang daya tahan atau AIDS bukanlah gejalayang baharu. Penyakit initelah lama dikesan di beberapa buah negara di Eropah

    Contoh di atas jelas menunjukkan kesinambungan idea melalui perkataan AIDS,gejala danpenyakit.

    7.3.3 Tujuan

    Sesuatu wacana perlu mempunyai tujuan untuk menimbulkan interaksi yang komunikatif.

    Tujuan ini akan menentukan jenis wacana yang digunakan. Jika tujuan seseorang adalah

    untuk mendapatkan maklumat, ayat yang sering digunakan ialah ayat tanya.

    7.3.4 Penerimaan

    Sesuatu wacana, sama ada lisan atau tulisan, perlu mempunyai pendengar atau pembaca.

    Pendengar dan pembaca merupakan penerima sesuatu wacana.

    7.3.5 Maklumat

    Setiap wacana perlu mempunyai maklumat. Maklumat yang terdapat dalm sesebuah wacanaboleh dibahagikan keada dua, iaitu maklumat lama dan maklumat baharu

    Contoh ayat:

    Muhammad memandu van.

    Van itu kepunyaan Hassan.

    Van itu merupakan maklumat lama kerana telah dinyatakan dalam ayat sebelumnya,

    manakala kepunyaan Hassan merupakan maklumat baharu.

    7.3.6 Keadaan

    Keadaan ialah berkaitan dengan faktor untuk menjadikan sesuatu wacana itu relevan dengan

    situasi ujaran. Sesuatu wacana yang diujarkan perlulah sesuai dengan keadaan.

  • 7/29/2019 Modul BMM3107 INTERAKSI 3

    7/20

    BMM3107 Pengantar Linguistik Bahasa Melayu

    7

    7.3.7 Interteks

    Interteks bermaksud sesuatu wacana itu bergantung kepada wacana yang lain. ini bererti

    wacana-wacana lain juga memainkan peranan penting untuk membantu seseorang

    memahami sesuatu wacana yang sedang dibaca atau didengarinya dengan mudah.

    7.4 Penanda wacana

    Penanda wacana dalam bahasa Melayu terdiri daripada:

    7.4.1 Penanda leksikal

    7.4.2 Penanda rujukan

    7.4.3 Penanda penghubung

    7.4.4 Penanda penggantian

    7.4.5 Penanda pengguguran

    7.4.1 Penanda Leksikal

    7.4.1.1 Pengulangan yang sama

    Contoh ayat:

    Ibu amat menyayangi Abu.

    Kami juga amat menyayanginya

    Dalam ayat di atas, berlaku pengulangan secara penuh bagi perkataanmenyayangi.

    7.4.1.2 Pengulangan sinonim

    Contoh ayat:

    Suatu ketika dahulu wanita itu amat dikaguminya.

    Tetapi kini,wanita itu dianggapnya sebagai perempuan murahan.

    7.4.1.3 Pengulangan hiponim

    Contoh ayat:

    Malaysia telah menimport pelbagai jenis kereta dari luar negara. Antaranya Honda, Nissan,dan Volvo.

    Berdasarkan contoh di atas, kereta merupakan superordinat, manakala Honda, Nissan dan

    Volvo merupakan hiponim.

  • 7/29/2019 Modul BMM3107 INTERAKSI 3

    8/20

    BMM3107 Pengantar Linguistik Bahasa Melayu

    8

    7.4.1.4 Pengulangan Kolokasi

    Contoh ayat;

    Keluarga Encik Rahman baru berpindah rumah. Mereka membeli katil, meja dan kerusibaharu.

    Berdasarkan ayat di atas perkataan katil, meja dan kerusi dikatakan sebagai perkataan yang

    berkolokasi kerana perkataan-perkataan ini mempunyai lingkungan yang sama iaitu perabot.

    7.4..1.5 Penanda Rujukan

    Contoh ayat:

    Aku, Sani, dan Udin akan ke Kuala Lumpur.

    Kami bertolak pada pukul empat petang.

    Perkataan Kami merupakan kata ganti nama diri bagi aku,Sani, dan Udin.

    7.4.1.6 Penanda Penghubung

    Contoh ayat:

    Dia sering diberikan tugasan di luar bandar malahan, dia juga berpeluang melawat negara-negara luar.

    Malahan dalam ayat di atas ialah penanda penghubung.

    7.4.1.7 Penanda Penghubung Musabab

    Contoh ayat:

    Dia kesuntukan masa. Oleh sebab itu, dia.......

    Oleh sebab itu dalam ayat di atas ialah penanda penghubung sebab.

    7.4.1.8 Penanda Penggantian

    Contoh Ayat:

    Saya sengaja tidak mahu menebang pokok durian itu. nanti baru saya lakukan.

    Perkataan lakukan merupakan penggantian klausa.

    7.4.1.9 Penanda PengguguranContoh ayat:

    Pemuda itu kelihatan resah.

    Tidak tahu arah mana yang harus ditujunya.

    Perkataan pemuda itu dalam ayat di atas ialah penanda pengguguran.

  • 7/29/2019 Modul BMM3107 INTERAKSI 3

    9/20

    BMM3107 Pengantar Linguistik Bahasa Melayu

    9

    Aktiviti:

    Wacana adalah satu daripada komponen linguistik.Huraikan jenis-jenis wacana dan

    bagaimana penggunaannya dapat menjadikan sesuatu penulisan itu menarik dan berkesan.

    Tajuk 8 Faktor Luaran

    8.1 Pemerolehan Bahasa dan Ciri-ciri Asosiasi8.2 Psikolinguistik8.3 Linguistik Klinikal

    Sinopsis

    Tajuk ini menghuraikan faktor luaran yang bergabung dengan ilmu linguistik, iaitu

    pemerolehan bahasa dan ciri-ciri asosiasi, psikolinguistik (dalam pendidikan), dan linguistik

    klinikal yang berkaitan dengan terapi bahasa.

    Hasil Pembelajaran:

    (i) Pelajar dapat menyatakan konsep pemerolehan bahasa dan ciri asosiasi bahasa.

    (ii) Pelajar dapat membandingbezakan bidang psikolinguistik dengan linguistik klinikal.

    8.1: Pemerolehan Bahasa dan Ciri-ciri Asosiasi

    Seseorang bayi apabila sahaja dilahirkan ke dunia, turut bersama-samanya beberapa

    alat fizikal yang sesuai untuknya memperolehi bahasa. Walaupun ia memulakan hidup tanpa

    bahasa tetapi pemerolehan bahasa itu dalam kalangannya berlaku sedikit demi sedikit dan

    berperingkat-ringkat mengikut perkembangan otaknya, iaitu hasil perkembangan fizikal anak

    itu sendiri.

    Mengikut teori biologis, sejak anak itu lahir, memang sudah ada satu kebolehanmenggunakan bahasa. Kebolehan ini dinamakan jentera pemerolehan bahasa. Bagi kanak-

    kanak yang normal, mereka akan dapat bertutur dalam jangka masa yang agak sama. Oleh

    sebab manusia mempunyai otak yang kecil waktu lahir maka kematangan berbahasa itu

    adalah sejajar dengan perkembangan otak mereka dan semestinya mengambil masa yang

    lama.

  • 7/29/2019 Modul BMM3107 INTERAKSI 3

    10/20

    BMM3107 Pengantar Linguistik Bahasa Melayu

    10

    Kanak-kanak menguasai bahasa pertamanya bukan melalui proses pembelajaran

    tetapi adalah dengan cara memperoleh. Ini berlaku secara formal. Kebanyakan penyelidik

    bahasa kanak-kanak berpendapat bahawa jangka masa antara 1 hingga 5 tahun umur kanak-

    kanak adalah jangka masa penguasaan bahasa yang paling kritikal dan pada jangka masa itu

    kanak-kanak sangat mudah menerima pengaruh bahasa pertama yang didedahkan kepada

    mereka. Mutu bahasa yang akan dilahirkan oleh kanak-kanak itu bergantung kepada bahasa

    yang mula-mula didedahkan kepada mereka.

    Mengikut kajian ada satu jangka masa penting dalam kehidupan manusia yang subur

    dalam pemerolehan bahasa. Jika jangka masa itu terlangkau, maka perkembangan bahasa

    akan terhalang. Perkembangan bahasa kanak-kanak itu biasanya dikaji daripada tiga sudut,

    iaitu:

    (a) Fonologi

    (b) Semantik

    (c) Sintaksis

    Dalam perkembangan fonologi, kanak-kanak menghasilkan bunyi secara rambang. Ini

    berlaku di peringkat agihan. Mula-mula ia memperoleh fonem-fonem yang kasar dan ketara

    perbezaan fiturnya, tetapi kemudian ia maju kepada fonem-fonem yang halus dan seni

    perbezaaan fiturnya.

    Dalam perkembangan semantik pula, kanak-kanak mula berupaya menguasaibeberapa patah perkataan dan kemudian memperluaskan perbendaharaan katanya dengan

    agak cepat. Mula-mula sepatah perkataan mungkin merujuk beberapa benda atau makna.

    Sebagai hasil interaksi dengan persekitarannya dalam pelbagai konteks komunikasi, kanak-

    kanak itu akan mempelajari konsep-konsep daripada yang konkrit kepada yang lebih abstrak

    dan mula dapat menyusun perkataan mengikut kelas-kelas tatabahasa.

    Dalam perkembangan sintaksis, kanak-kanak menguasai ujaran yang terdiri daripada

    satu perkataan ketika berumur 1 tahun dan maju kepada ujaran dua perkataan ketika

    menjangkau umur 2 tahun. Setiap ujaran dapat merujuk beberapa makna mengikut susunan

    kata atau konteks untuk menggambarkan penafian, pertanyaan dan sebagainy. Setelah

    meningkat kepada umur 5 tahun, baharulah bahasa kanak-kanak itu hampir menyamai bahasa

    orang dewasa. Apabila mencapai umur 5 tahun, kanak-kanak akan berupaya menghasilkan

    ayat-ayat pasif atau ayat-ayat yang lebih kompleks dan dapat mengenal struktur dalaman dan

    hubungannya dengan struktur luar.

  • 7/29/2019 Modul BMM3107 INTERAKSI 3

    11/20

    BMM3107 Pengantar Linguistik Bahasa Melayu

    11

    Untuk membolehkan kanak-kanak dapat menguasai bahasa dengan berkesan, mereka

    hendaklah seboleh-bolehnya didedahkan kepada pengalaman-pengalaman yang banyak yang

    boleh meningkatkan perkembangan bahasa mereka. Dengan itu kanak-kanak akan lebih

    terdedah kepada perilaku bahasa orang dewasa dan ini akan menjadikan bahasa mereka

    lebih matang dan mencapai taraf penguasaan yang baik dan sempurna.

    8.2 Psikolinguistik

    Psikolinguistik dan pengajaran bahasa memang tidak dapat dipisahkan, kerana skop

    atau tumpuan psikolinguistik adalah terhadap pemerolehan bahasa dan pembelajaran dan

    pengajaran bahasa.Psikolinguistik adalah sains inter disiplin yang lahir daripada hasil

    percantuman dua disiplin sains-psikologi dan linguistik. Istilah ini telah tercipta setelah adanya

    pertemuan-petemuan oleh beberapa orang pakar dalam bidang psikologi dan linguistik yang

    masing-masing cuba mencari dan menentukan hubungani antara kedua-dua sains ini.

    Ahli-ahli psikologi telah lama menerima kenyataan bahawa otak manusia bergerak

    berdasarkan simbol-simbol linguistik. Ahli-ahli linguistik pula mengakui kewujudan satu alat di

    dalam otak manusia yang dikenali sebagai motor psikososial yang menggerakkan jentera

    tatabahasa dan leksikon. Ahli-ahli bahasa cuba mengkaji bagaimana otak manusia dapat

    memproses bahasa dan mampu menerbitkan perkataan-perkataan serta ayat-ayat yang tidak

    terhingga banyaknya. Mengikut ahli psikologi tumpuan utama psikologi ialah usaha untuk

    mengetahui proses-proses yang berlaku apabila seseorang itu menghasilkan dan memahamiujaran dan bagaimana pula kebolehan ini diperoleh.

    Kajian ahli-ahli psikolinguistik terbahagi kepada 3 aspek penting:

    (a) Pemahaman percakapan

    (b) Penghasilan percakapan

    (c) Pemerolehan bahasa

    (a) Pemahaman Percakapan

    Bidang ini mengkaji proses-proses mental yang berlaku apabila seseorang itu

    mendengar, memahami dan mengingati percakapan yang didengarnya.

    (b) Penghasilan percakapan

    Bidang ini mengkaji segala proses mental yang berlaku ketika seseorang itu cuba

    bertutur.

  • 7/29/2019 Modul BMM3107 INTERAKSI 3

    12/20

    BMM3107 Pengantar Linguistik Bahasa Melayu

    12

    (c) Pemerolehan bahasa

    Bidang ini mengkaji peringkat-peringkat yang didahului oleh lanak-kanak dalam proses

    memperoleh bahasa. Dalam membincangkan teori pemerolehan bahasa ini sering timbul

    persoalan tentang sejauh mana bahasa itu bergantung kepada operasi kognitif melalui sejadi

    dan sejauh mana pula pemerolehan bahasa itu bergantung kepada pengalaman-pengalaman

    naluriah.

    8.3 Linguistik Klinikal

    Definisi

    Pisikolinguistik adalah pendekatan gabungan melalui psikologi dan linguistik bagi telaah atau kajian pengetahuan

    bahasa, bahasa dalam pemakaian, perubahan bahasa, dan hal-hal yang ada kaitannya dengan itu yang tidak

    begitu mudah dicapai atau didekati melalui salah satu dari kedua ilmu tersebut secara terpisah atau sendiri-sendiri

    antara psikologi dan linguistik.

    Linguistik klinikal adalah salah satu bidang yang terangkum di dalam bidang Sains Pertuturan. Ia

    mengintegrasikan kedua-dua bidang Linguistik dan bidang Patologi Bahasa dan Pertuturan kerana setiap

    kecelaruan bahasa dan pertuturan dimanifestasikan melalui kelengahan atau kecelaruan komponen bahasa

    daripada aspek penggunaan kata, frasa, ayat, artikulasi bunyi, sistem fonologi, semantik, serta pragmatik.

    Pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak yang menghadapi masalah komunikasi, dan sebagainya.

    Bidang kajian-Fonetik dan fonologi.

    Dalam bidang psikolinguistik, penyelidikan menumpukan perhatian pada bagaimana otak memproses dan

    memahami bunyi-bunyi-Fonetik dan fonologi. Dalam bidang linguistik klinikal, penyelidikan menumpukan kepada

    bagaimana kanak-kanak mengeluarkan bunyi.- Semantik. Bagaimana kanak-kanak memahami bahasa itu.-

    Morfologi ialah kajian struktur-struktur kata, khususnya hubungan antara perkataan-perkataan yang berkait

    (seperti jalan dan berjalan), dan pembentukan perkataan berdasarkan peraturan-peraturan (umpamanya,

    pembentukan kata berimbuhan).

    Teori-teori

    Menggunakan teori-teori kognitif seperti teori Noam Chomsky.- Menggunakan teori-teori behavioris seperti teori

    B.F Skinner.

    http://ms.wikipedia.org/wiki/Fonetikhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Fonetikhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Fonetikhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Fonetik
  • 7/29/2019 Modul BMM3107 INTERAKSI 3

    13/20

    BMM3107 Pengantar Linguistik Bahasa Melayu

    13

    Perkaedahan

    Membuat uji kaji tingkah laku.- Subjek eksperimen diberikan sesuatu bentuk input linguistik dan diminta

    melakukan sesuatu tugas (umpamanya, membuat pertimbangan, menghasilkan semula rangsangan, membaca

    perkataan yang dipaparkan dengan kuat).

    Melakukan pemerhatian.Terdapat kanak-kanak yang sukar membunyikan bahasa.- Penyelidikan tertumpu

    kepada menganalisis aspek linguistik yang terdapat dalam kecelaruan bahasa atau pertuturan, membentuk alat-

    alat penilaian dan intervensi, mendirikan norma bahasa dan pertuturan bagi bahasa-bahasa tempatan, serta

    aspek pengajaran/pembelajaran kanak-kanak yang menghadapi masalah komunikasi, dan sebagainya. Masa

    tindak balas (biasanya pada peringkat milisaat) dan kadar jawapan yang betul paling biasa digunakan untuk

    mengukur prestasi.

    Aktiviti:

    Psikolinguistik yang dahulunya dikenali sebagai sebagai Psycology of Language

    merupakan disiplin yang semakin hari semakin popular dalam bidang bahasa.Bincangkan tiga

    aspek penting yang dikaji oleh ahli-ahli psikolinguistk dan hubungannya dengan pemerolehan

    bahasa.

  • 7/29/2019 Modul BMM3107 INTERAKSI 3

    14/20

    BMM3107 Pengantar Linguistik Bahasa Melayu

    14

    Tajuk 9Variasi Bahasa

    9.1 Perbezaan sistem antara bahasa9.2 Bahasa isyarat

    Sinopsis

    Bahasa yang kita gunakan dalam komunikasi harian tidak sama secara keseluruhannya. Kita

    kadangkala tidak menyedari wujud kelainan kata yang kita tuturkan secara spontan. Sebagai

    contoh, adakalanya kita menggunakan bentuk tidakdan adakala pula kita menyebutkan tak

    bagi menafikan sesuatu. Mungkin suatu ketika kita menggunakan ungkapan meninggal dunia

    dan kala yang lain kita menggunakan mati. Kita juga perlu membezakan penggunaan bahasa

    istana dengan bahasa rakyat biasa. Fenomena inilah yang disebut sebagai kelainan (variasi)

    bahasa. Kelainan atau variasi bahasa secara tuntasnya bermaksud bentuk bahasa yang

    berbeza tetapi membawa maksud yang sama.

    Variasi bahasa merupakan subbidang sosiolinguistik yang memaparkan keanekaan

    pada bahasa Melayu yang disebabkan kepelbagaian ahli masyarakatnya dan situasi

    penggunaannya yang berlainan konteks. Antara aspek yang diliputi dalam tajuk ini adalah:

    Dialek dan Bahasa Baku

    Bahasa Formal dan Bahasa Tak Formal Bahasa Halus dan Bahasa Kasar

    Bahasa Istana dan Bahasa Biasa

    Hasil Pembelajaran:

    (i) Mengetahui konsep variasi bahasa dalam konteks bahasa Melayu

    (ii) Menyatakan aspek-aspek yang terkandung dalam konsep variasi bahasa Melayu.

    (ii) Meneliti perbezaan aspek-aspek yang terkandung dalam konsep variasi bahasa

    Melayu berdasarkan penggunaannya dalam komunikasi masyarakat.

  • 7/29/2019 Modul BMM3107 INTERAKSI 3

    15/20

    BMM3107 Pengantar Linguistik Bahasa Melayu

    15

    Peta Konsep

    Nota ringkas:

    9.1 Dialek dan Bahasa Baku

    Kamus Linguistik menyatakan maksud dialek sebagai kelainan bahasa yang

    disebabkan perbezaan daerah penuturnya. Perbezaan tersebut meliputi sebutan,

    tatabahasa, dan kosa kata yang menyimpang daripada bahasa baku. Bahasa baku

    pula merupakan satu daripada dialek bahasa yang digunakan dengan kadar lebih

    meluas dan diterima ramai sebagai bahasa dalam upacara-upacara rasmi.

    Terdapat perbezaan antara dialek dalam sesuatu bahasa khususnya bahasa

    Melayu. Misalnya dari aspek sebutan, bunyi huruf a pada akhir suku kata terbuka

    Variasi

    Bahasa

    Bahasa Formal dan

    Bahasa Tak Formal

    Bahasa Halus dan

    Bahasa Kasar

    Bahasa Istana dan Bahasa

    Biasa

    Dialek dan

    Bahasa Baku

    Kito nak watgapo lo ni?

    Itulah, semasa

    cikgu beripenerangan tidak

    mahu dengar.Sekarang

    bukankah susah!

  • 7/29/2019 Modul BMM3107 INTERAKSI 3

    16/20

    BMM3107 Pengantar Linguistik Bahasa Melayu

    16

    seperti saya, tidak sama sebutannya bagi dialek utara dan dialek selatan dan

    tengah semenanjung. Sebutan di Pulau Pinang [lupa]; Johor, Melaka dan Selangor

    [lup]; manakala di sesetengah daerah di Perak Tengah [lupe]. Begitu juga

    perbezaan dalam aspek morfologi dan sintaksisnya (bacaan lanjut).

    Variasi bahasa juga berlaku oleh sebab faktor sosial seperti latar belakang

    pendidikan, jenis pekerjaan dan kedudukan sosioekonomi penutur yang berbeza.

    Hakikat bahasa dan variasi-variasinya sudah lama diakui oleh ahli-ahli bahasa.

    Namun, apabila mereka merujuk sesuatu bahasa tertentu misalnya bahasa Melayu

    atau bahasa Inggeris, mereka mempunyai gambaran tentang satu kesatuan

    bahasa yang walaupun mempunyai pelbagai kelainan tetapi hakikatnya masih

    terbina daripada satu keseluruhan.

    Daripada beberapa variasi sesuatu bahasa, satu variasi tertentu dipilih sebagai

    mewakili bahasa tersebut dan variasi inilah yang menjadi ukuran apabila kita

    merujuk sifat umum bahasa tersebut. Dengan itu, setiap pihak harus

    menggugurkan ciri-ciri kedaerahan masing-masing dan menggantikannya dengan

    variasi bahasa yang bersifat lebih umum yang dari segi sejarah berasaskan dialek

    Johor Riau.

    Dalam bidang ilmu bahasa, variasi yang dipilih untuk mewakili satu bahasa secara

    menyeluruh itulah yang disebut bahasa baku (standard). Bahasa Melayu baku ialah

    variasi yang digunakan apabila orang-orang daripada pelbagai dialek di negara ini

    berkumpul dan berkomunikasi. Tujuannya supaya komunikasi mudah dan dapat

    difahami.

    9.2 Bahasa Isyarat

    Bahasa isyarat ialah bahasa yang mengutamakan komunikasi manual, bahasa

    tubuh, dan gerak bibir, bukannya suara, untuk ahli-ahlinya berkomunikasi.

    Kaum Turarungu ialah kelompok utama yang menggunakan bahasa ini yang

    lazimnya dengan menggabungkan bentuk tangan, orientasi dan gerak tangan,

    lengan, dan tubuh serta mimik muka untuk mengungkapkan pemikiran mereka.

    Bahasa isyarat berbeza di negara-negara yang sama bahasanya. Contohnya,

    Amerika Syarikat dan British meskipun memiliki bahasa bertulis yang sama tetapi

    memiliki bahasa isyarat yang berbeza (American Sign Language dan British Sign

  • 7/29/2019 Modul BMM3107 INTERAKSI 3

    17/20

    BMM3107 Pengantar Linguistik Bahasa Melayu

    17

    Language). Hal yang sebaliknya juga berlaku. Ada negara-negara yang memiliki

    bahasa bertulis yang berbeza seperti British dan Sepanyol tetapi menggunakan

    bahasa isyarat yang sama.

    Lazimnya bahasa isyarat ini hanya digunakan oleh mereka yang mempunyai

    kecacatan sama ada pekak atau bisu. Ini adalah salah satu cara untuk mereka

    berkomunikasi antara satu dengan lain.

    Golongan pekak dan bisu di negara kita menggunakan Bahasa Isyarat Malaysia

    (BIM) yang memerlukan khidmat jurubahasa apabila mereka berurusan dengan

    mereka yang tidak memahami bahasa isyarat.

    Persekutuan Orang Pekak Malaysia (MFD) menubuhkan Pusat Latihan Malaysian

    Sign Language (MySL) yang digerakkan melalui sumbangan Yayasan Tan Sri

    Othman Yeop yang mensasarkan latihan kepada 100 jurubahasa dalam tempoh

    lima tahun.

    Aktiviti:

    Dengan memilih cerpen yang sesuai, analisis penggunaan variasi bahasa yangdigunakan dalam cerpen tersebut.

    Maafkan Siti, Ibu!

    Tersebut al-kisah seorang anak yang mementingkan rakan daripada orang tuanya sendiri

    sehingga sanggup menderhaka dengan ibunya.Kisahnya bermula,Siti yang tinggal di Klang

    tetapi bersekolah di salah sebuah sekolah berasrama penuh di Kuala Selangor,yang

    dibenarkan balik bermalam setelah permohonanya diluluskan oleh warden bertugas bertujuan

    menghadiri kenduri kahwin saudara terdekat di Johor.Tepat jam 2.30 petang, ibu Siti

    menjemputnya di sekolah.Perjalanan mereka untuk sampai ke Klang,rumah Siti mengambil

    masa lebih kurang satu jam lima belas minit.

    Tiba di rumah, Siti yang keletihan terus tidur.Oh,sudah tidur rupanyaKesian

    anakku,bisik hati si ibu.Lenanya itu,dibawa hingga keesokkan paginya.Ibu!!Kenapa tak basuh

    baju Siti lagi? Kitakan nak pergi Johor, mestilah balik lewat.Mungkin 2 atau 3 pagi esok baru

    sampai rumah.Esok Siti dah nak balik sekolah.kata Siti tanpa kata hormat kepada ibunya

    setelah mendapati baju kotor yang dibawanya pulang belum dibasuh.Ibu minta maaf.Ibu

  • 7/29/2019 Modul BMM3107 INTERAKSI 3

    18/20

    BMM3107 Pengantar Linguistik Bahasa Melayu

    18

    terlupa nak basuh.lembut kata ibu.Asyik-asyik lupa.Itulah kerja orang tua.Sudah nyanyok

    cakap ajalalah!tengking si anak.Siti, kenapa tinggikan suara dengan ibu? Tahu

    tak,meninggikan suara dengan ibu dikira anak derhaka?!sampuk abang. Ah,peduli apa aku!

    Derhaka,tak derhaka suka hatilah. Pergaduhan mereka terhenti apabila telefon rumah

    berdering.KRING,KRING,KRING.Hello,saya Syasya, boleh saya bercakap dengan

    Siti? Ya, Siti bercakap.Panggilan daripada Syasya mengajak Siti keluar bersama rakan-

    rakan yang lain.

    Ibu,Siti tak jadi nak ikut pergi Johor.Syasya ajak keluar pergi tempat lain. Siti nak

    kemana?Jomlah kita semua pergi kenduri pak su .Penat ibu ambil Siti di Kuala Selangor.rayu

    si ibu. Boringla ibu ni, Siti kata tak nak pegi tak nak la. Bentak Siti kepada ibunya. Ya Allah

    kau ampunilah segala dosaku dan anakku.Sesungguhnya ini adalah dugaan darimu.Kau

    lembutkanlah hati Siti untuk menjadi seorang anak solehah.Kau tabahkanlah diriku untuk

    mengharungi dugaan yang kau turunkan. Amindetik hati si ibu. Tanpa disedari air mata

    seorang ibu yang tabah mengalir dipipinya.

    Kasi pula ibu kau untuk join kami kata Syasya. Mampuslah orang tua nyanyok tu.

    Memang nak dapat pelempanglah kalau dia halang aku,kasar jawapan Siti. Sepanjang

    perjalanan keluarganya ke Johor, hati si ibu tidak tenteram. Macam-macam perkara yang

    bukan-bukan tentang anak perempuanya bermain-main di mindanya.Dia menarik nafas

    perlahan, beristighfar dan berdoa dengan penuh khusyuk agar tidak ada perkara buruk terjadi

    kepada anaknya.Selang beberapa jam,keluarga Siti mendapat panggilan daripada hospital

    mengatakan Siti terlibat dalam kemalangan jalan raya.

    Sudah satu minggu Siti terlantar di hospital tiadk sedarkan diri. Namun begitu,seluruh

    ahli keluarga tidak pernah putus asa untuk berdoa agar Siti selamat.Ibu Siti sering

    menyedekahkan bacaan surah Yassin kepadanya,semoga cepat sembuh.Malam 1

    Ramadhan,ibu Siti menghembuskan nafas terakhirnya akibat barah payudara yang

    dirahsiakan olehnya.Tiga hari kemudian,akhirnya Siti sedarkan diri.Seluruh ahli keluarganya

    gembira atas apa yang berlaku.Tapi malangnya dalam kegembiraan ada kesedihan.

    Sebaik sahaja Siti sedar ,dia terus bertanyakan tentang ibunya.Ahli keluarganya

    menceritakan tentang pemergian ibunya. Alangkah sedihnya hati seorang anak yang rindukan

    belaian ibunya apabila mengetahui berita dukacita.Siti berasa amat kesal akan perbuatannya

    yang telah menyakiti hati ibunya.Sebelum ibunya pergi,sempat juga dia mewasiatkan kata-

    kata buat Siti:

  • 7/29/2019 Modul BMM3107 INTERAKSI 3

    19/20

    BMM3107 Pengantar Linguistik Bahasa Melayu

    19

    Siti,maafkan ibu jikalau selama 14 tahun ibu menjaga Siti ada cacat celanya.Ibu

    tahu,ibu tak mampu berikan yang terbaik buat Siti.Bagi ibu,Sitilah satu-satunya anak

    perempuan ibu yang menjadi harapan buat ibu.Akhir kata ingatlah syurga itu di bawah tapak

    kaki ibu..

    Hasil analisis cerpen di atas.

    Dalam cerpen di atas terdapat beberapa variasi bahasa yang digunakan oleh penulis.

    Antaranya ialah :

    1. Bahasa Halus Iaitu bahasa kesantunan. Menggunakan kata panggilan yang sesuai

    mengikut kedudukan. Contoh dalam cerpen di atas ialah pada perenggan akhir sekali iaitu;

    Siti,maafkan ibu jikalau selama 14 tahun ibu menjaga Siti ada cacat celanya.Ibu tahu,ibu tak

    mampu berikan yang terbaik buat Siti.Bagi ibu,Sitilah satu-satunya anak perempuan ibu yang

    menjadi harapan buat ibu.Akhir kata ingatlah syurga itu di bawah tapak kaki ibu..

    2. Bahasa Slanga iaitu kata-kata yang tidak tergolong dalam bahasa baku atau bahasa

    standard. Ia hanya digunakan dalam percakapan tidak formal sahaja. Contohnya dalam

    cerpen ini perkataan join, boring.

    3. Bahasa kasar bahasa yang dihamburkan ikut perasaan

    Contoh dalam cerpen;

    .Ibu!!Kenapa tak basuh baju Siti lagi?

    Ah,peduli apa aku!

    .Mampuslah orang tua nyanyok tu. Memang nak dapat pelempanglah kalau dia halang

    aku,kasar jawapan Siti.

    4. Bahasa klasik bahasa yang wujud pada pertengahan zaman sejarah sesuatu bangsa.

    Contoh; tersebut al kisah seorang anak..

    5. Bahasa pasar - bahasa basahan sehari-hari untuk urusan seharian . Wujud campuran

    unsur-unsur bahasa lain dari segi ungkapan, kosa kata dan sebutan.

    Contoh;

    Kasi pula ibu kau untuk join kamikata Syasya

  • 7/29/2019 Modul BMM3107 INTERAKSI 3

    20/20

    BMM3107 Pengantar Linguistik Bahasa Melayu

    20

    Ibu, Siti tak jadi nak ikut pergi Johor.Syasya ajak keluar pergi tempat lain. Siti nak kemana?

    Jomlah kita semua pergi kenduri pak su.

    6. Bahasa pinjaman

    Contoh; hello (B.I), istigfar, khusyuk (AR)