modul

7
Nama Kelas : Prasekolah Sri Bintang Umur : 6 tahun Bil. Kanak-kanak : 25 orang Masa : 8.30-9.30 pagi Tarikh : 26 Februari 2003 Komponen : Bahasa dan Komunikasi Aktiviti : (a) Bercerita menggunakan bahasa yang mudah. (b) Melakonkan watak. (c) Bersoal jawab menggunakan bahasa yang mudah. Tema : Buah-buahan Subtema : Buah-buahan tempatan. Fokus MI : (a) Menjawab soalan dengan tepat dan kreatif (b) Mengkategori dan mengenalpasti Hasil Pembalajaran : 2.2.1 Mengemukan soalan dengan menggunakan intonasi yang betul. 2.2.2 Menjawab soalan dengan tepat. 2.2.3 Menjawab soalan secara kreatif. 2.4.1 melakonkan watak-watak menggunakan bahasa yang sesuai untuk menghidupkan watak tersebut. Pengetahuan Sedia Ada : (a) Kanak-kanak pernah melihat dan merasa buah-buahan. : (b) Kanak-kanak mengetahui sebahagian daripada nama buah-buahan. Penerapan Nilai : (a) Bersyukur (b) Menjaga kebersihan Bahan : Kaset, radio, carta lagu, kad perkataan dan gambar, buah-buahan sebenar dan plastik serta plastisin. RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Upload: mohd-zailani

Post on 22-Jun-2015

437 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: modul

Nama Kelas : Prasekolah Sri Bintang Umur : 6 tahun

Bil. Kanak-kanak : 25 orang Masa : 8.30-9.30 pagi

Tarikh : 26 Februari 2003

Komponen : Bahasa dan Komunikasi

Aktiviti : (a) Bercerita menggunakan bahasa yang mudah.

(b) Melakonkan watak.

(c) Bersoal jawab menggunakan bahasa yang mudah.

Tema : Buah-buahan

Subtema : Buah-buahan tempatan.

Fokus MI : (a) Menjawab soalan dengan tepat dan kreatif

(b) Mengkategori dan mengenalpasti

Hasil Pembalajaran : 2.2.1 Mengemukan soalan dengan menggunakan intonasi yang betul.

2.2.2 Menjawab soalan dengan tepat.

2.2.3 Menjawab soalan secara kreatif.

2.4.1 melakonkan watak-watak menggunakan bahasa yang sesuai untuk menghidupkan watak

tersebut.

Pengetahuan Sedia Ada : (a) Kanak-kanak pernah melihat dan merasa buah-buahan.

: (b) Kanak-kanak mengetahui sebahagian daripada nama buah-buahan.

Penerapan Nilai : (a) Bersyukur

(b) Menjaga kebersihan

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Page 2: modul

Bahan : Kaset, radio, carta lagu, kad perkataan dan gambar, buah-buahan sebenar dan plastik

serta plastisin.

Penggabungjalinan : Pranombor, prasains dan pergerakkan motor halus.

LANGKAH ISI STRATEGI SUMBER /

BAHAN

CATATAN

Set Induksi

( 8 minit )

Senikata Lagu

‘ Buah Mempelamku”

Kanak-kanak

menyanyikan lagu

dengan bimbingan

guru.

Kanak-kanak

menyanyi

mengikut senikata

pada carta lagu.

Guru memainkan

pita rakaman

tersebut.

Carta lagu

Kaset

Radio

MI :

Muzik dan

pergerakkan

Bahasa dan

Komunikasi

Langkah I

( 11 minit )

Nama buah-buahan tempatan

dan bercerita mengenai

buah-buahan tersebut.

Contoh :

Durian

Guru menunjukkan

kad gambar dan

perkataan kepada

murid dan mengeja

bersama-sama.

Kad gambar

Kad

perkataan

Penggabungjalinan :

a) Bahasa dan

komunikasi

b) Perkembangan

kognitif

Page 3: modul

Rambutan

Manggis

Ciku

Bersoal jawab

dengan bahasa

yang mudah dan

menggalakkan

murid bercerita.

MI :

Prasains dan bahasa.

Langkah II

( 11 minit )

Menerangkan ciri-ciri buah-

buahan tempatan kepada

murid.

Contoh :

Ciri - bentuk

- warna

Guru menunjukkan

beberapa contoh

buah-buahan

sebenar dan plastik

kepada murid.

Murid disuruh

mengenalpasti,

menyentuh dan

merasa.

Buah-

buahan

sebenar.

Buah-

buahan

palstik.

Langkah III

( 11 minit )

Membaca beberapa ayat

yang mudah.

Contoh Ayat :

Ini buah rambutan.

Kulitnya berbulu dan

berwarna merah dan

kuning.

Isinya sangat manis.

Kanak-kanak

disuruh

melakonkan watak

menjadi buah-

buahan tersebut.

Kad gambar

mengandungi

gambar buahan di

Kad gambar

Page 4: modul

gantung dileher

murid dan mereka

bercerita apa saja

mengenai buah-

buahan.

Langkah IV

( 11 minit )

Kanak-kanak membentuk

rupa buah-buahan yang

mereka gemari.

Guru menyuruh murid

membentuk buah-buahan

yang mereka gemari

menggunakan plastisin.

Plastisin. Penggabungjalinan :

Perkembangan

fizikal ( motor

halus – mata dan

tangan )

Perkembangan

kognitif

Penutup

( 8 minit )

Menjaga kebersihan dan

menyatakan buah-buahan

adalah baik untuk kesihatan.

Guru menerangkan kepada

murid tentang kebaikan

makan buah-buahan

kerana ia baik untuk

kesihatan.

Penerapan Nilai :

Menjaga

kebersihan

Bersyukur

Page 5: modul

Dalam Rancangan Pengajaran Harian (RPH) yang

telah kami sediakan, kami telah menyediakan satu contoh

rancangan pengajaran harian & slot bagi RPH tersebut

berdasarkan P&P yang dilakukan kepada kanak-kanak

Prasekolah.

Untuk menjadi guru yang kreatif dan kritis dalam

melaksanakan pengajarannya, seorang guru itu haruslah

mengetahui kaedah dan teknik yang sesuai untuk sesi P&P.

Ini bagi mencapai objektif seperti yang di rancang dalam

RPH yang di sediakan. Kepentingannya adalah untuk

memudahkan pengajaran iaitu isi pengajaran menjadi lebih

tersusun dan mudah untuk memahami apa yang

disampaikan oleh guru. Jika teknik yang dipilih

bersesuaian maka ia boleh menarik perhatian murid di

dalam kelas. Kumpulan kami telah 3 teknik dan kaedah

pengajaran yang sering di laksanakan di prasekolah.

Berdasarkan RPH yag telah kami sediakan teknik

pertama yang dilaksanakan oleh guru adalah teknik

bercerita. Pada langkah pertama guru memperkenalkan

nama buah-buahan tempatan dengan teknik bercerita.

ABM yang digunakan untuk membantu guru untuk

menjayakan P&P tersebut ialah kad gambar dan kad

perkataan. Tujun guru menggunakan teknik bercerita

adalah untuk mewujudkan suasana pembelajaran yang

seronok dan gembira sekaligus ia boleh melatih murid

menguasai kemahiran mendengar terutama kepada kanak-

kanak prasekolah. Biasanya kanak-kanak dalam

lingkungan umur 6 tahun berminat untuk mendengar

cerita.

Dalam teknik bercerita ini misalnya bagi tema

Buah-Buahan, untuk menerangkan ciri-ciri buah-buahan

tersebut guru boleh mengemukakan soalan dan ia dapat

mengembangkan daya imiginasi mereka. Dalam teknik

bercerita ini juga guru boleh menunjukkan gerak-geri

secara semulajadi contohnya, guru menyatakan rasa buah

limau ada yang manis dan ada yang masam melalui mimik

muka bagaimana rasa buah itu.

Teknik kedua ialah teknik simulasi. Dalam teknik

ini secara tidak langsung ia merupakan kesinambungan

melalui teknik becerita. Biasanya hanya terdapat dua jenis

simulasi yang di gunakan oleh guru untuk mengjar iaitu

sosiodrama dan main peranan. Berdasarkan RPH yang

Page 6: modul

telah di sediakan kami telah merancang aktiviti simulasi

(main peranan) seperti yang terdapat dalam langkah 3.

Dalam langkah 3 murid disuruh melakonkan watak

menjadi buah-buahan. Kad gambar di gantung dileher dan

mereka akan melakonkan watak buah tersebut di hadapan

kelas. Mereka bebas bercerita apa sahaja berdasarkan

watak mereka dihadapan kelas. Dalam lakonan tersebut

mereka boleh menggunakan pergerakan kreatif disamping

menggunakan bahasa yang mudah untuk berdialog.

Melalui aktiviti ini kanak-kanak sekurang-kurangnya dapat

mengukuhkan kemahiran pertuturan dan melatih diri untuk

berfikir secara spontan. Kaedah ini meningkatkan

kefahaman dan mempelbagaikan aktiviti pembelajaran.

Teknik ketiga pula ialah teknik bermain iaitu

belajar melalui bermain. Tennik ini amat sesuai bagi

kanak-kanak prasekolah yang mana pada peringkat umur

ini, biasanya kanak-kanak tidak boleh menerima input

yang terlalu banyak dari guru, tetapi ia boleh di selitkan

melalui permainan. Bermain adalah suatu kaedah mengajar

yang memberi peluang kepada kanak-kanak melakukan

aktiviti di bawah keadaan yang terkawal.

Berdasarkan RPH tersebut, kami telah menyelitkan

unsur belajar melalui bermain pada langkah ke empat

dimana kanak-kanak di suruh membentuk buah-buahan

yang mereka gemari dengan menggunakan plastisin. Bagi

kanak-kanak prasekolah, aktiviti ini adalah aktiviti yang

sesuai kerana pada peringkat umur ini, kanak-kanak

sememangnya tidak suka untuk di kawal pergerakannya

dan oleh yang demiakian adalah penting bagi guru

prasekolah memikir dan menyediakan aktiviti permainan

yang secara tidak langsung boleh membantu mereka untuk

belajar dan meningkatkan kemahiran / perkembangan

fizikal mereka (koordinasi mata dan tangan). Contohnya,

dalam aktiviti membenuk buah-buahan menggunakan

plastisin, kanak-kanak boleh meningkatkan kemahiran

moto halus mereka dengan menggentel dan menguli

plastisin. Disamping itu menyelitkan unsur KBKK dimana

mereka berfikir bagaimana untuk membentuk rupa buah-

buahan yang sukar di bentuk seperti buah durian (berduri).

Guru boleh menentukan akiviti bermain tersebut sama ada

di lakukan secara individu atau berkumpulan.

Kesimpulannya daripada ketiga-tiga teknik

mengajar tersebut adalah amat sesuai untuk di aplikasikan

di prasekolah. Di ia boleh menarik perhatian murid guru

juga akan merasa mudah untuk mengajar dan mencapai

Page 7: modul

objektif atau hasil pembelajaran pada tempoh pengajaran

tersebut.

1. Mok Soon Sang, Pedagogi III KDPM, Kumpulan Budiman SDN. BHD

2. Mok Soon Sang, Pedagogi 2, Siri Pendidikan Perguruan, Kumpulan Budiman SDN. BHD.

3. Ee Ah Meng, Pedagogi 1, Kurikulum Dan Pengurusan Bilik Darjah, Penerbit Fajar Bakti SDN. BHD.

BIBLIOGRAFI