modul

13

Click here to load reader

Upload: cik-baco

Post on 25-May-2015

280 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Modul

KemahiranBelajar

Page 2: Modul

MODUL BELAJAR CARA BELAJAR

11

Kemahiran belajar perlu dikuasai oleh setiap murid untuk menambah ilmu pengetahuan serta meraih kecemerlangan dalam

peperiksaan dan kehidupan.

Kemahiran belajar melibatkan beberapa kemahiran seperti:

KEMAHIRAN BELAJAR

Mencatat Nota

Membaca¶ Luncuran (Skimming)¶ Imbasan (Scanning) ¶ Intensif¶ Laju

Menulis¶ Laporan¶ Cepat

Mengingat

Mendengardengan berkesan

Page 3: Modul

MODUL BELAJAR CARA BELAJAR

12

a. Kemahiran Mendengar Dengan Cekap

Kemahiran mendengar ialah sebahagian daripada proses komunikasi antara manusia. Mendengar ialah aktiviti aktif dari segi mental kerana kemahiran ini melibatkan kefahaman dan pemprosesan maklumat yang didengar.

Kemahiran mendengar melibatkan:

Apa yang didengar Pelbagai teks seperti

Mengapa mendengar

muzik

lagu

syarahan

pengumuman

puisiarahan

ucapan

berita

lakonan

¶ Untuk mendapatkan maklumat, fakta, data, pengetahuan

¶ Untuk menghayati keindahan bahasa dan muzik

¶ Untuk mengetahui perkembangan semasa

¶ Untuk mendengar penjelasan guru tentang sesuatu

Page 4: Modul

MODUL BELAJAR CARA BELAJAR

13

Siapa yang didengar

Bagaimana meningkatkan kemahiran mendengar

Sesiapa sahaja yang:

¶ Memberikan maklumat

¶ Memberikan penjelasan

¶ membuat pertanyaan

¶ memberikan pendapat

Bagaimanamendengardengan berkesan

¶ Dengan teliti dan penuh perhatian

¶ Dalam suasana yang tenang dan selesa

¶ Motivasikan diri untuk memberikansepenuh tumpuan dan perhatian kepada pembelajaran hari itu

¶ Memandang ke arah guru

¶ Menumpukan perhatian kepada apa yang diperkatakan, ditunjuk dan ditulis

Page 5: Modul

MODUL BELAJAR CARA BELAJAR

14

b. Kemahiran Membaca

Tujuannya untuk mendapatkan:maklumat ringkas tetapi menyeluruh mengenai sesuatu bahanatau dokumen pandangan umum mengenai dokumen dengan segera

.

Kemahiran membaca ialah penting untuk mendapatkan maklumat, pengetahuan, dan fakta mengenai sesuatu perkara. Membaca ialah proses kompleks yang melibatkan proses komunikasi antara pembaca dengan penulis melalui tulisan yang dibaca. Biasanya terdapat empatjenis gaya bacaan, iaitu:

i. Skimming (Luncuran)

Skimming ialah kemahiran membaca untukmendapatkan maklumat ringkas dan pantas mengenaisesuatu bahan atau maklumat.

Bagaimanakah membuat skimming:

membaca tajuk, pendahuluan dan rumusan bahan atau dokumen

membaca dengan menggunakan pergerakan mata yang cepat

memberikan tumpuan sepenuhnya pada bahan yang dibaca

ii. Imbasan (Scanning)Imbasan ialah kemahiran membaca untuk mendapatkan maklumat yang lebih mendalam daripada skimming.

Tujuannya adalah untuk :mendapatkan maklumat tertentu sebagai jawapan kepada sesuatu persoalan.

Bagaimana membuat imbasan:

Membaca pendahuluan dan rumusan teks secara mendalamMembaca kandungan bab dengan pantas sambil mencatatkan kata kunci dan konsep yang dinyatakanMemberikan perhatian kepada rajah dan grafik yang ada

Page 6: Modul

MODUL BELAJAR CARA BELAJAR

15

iii. Bacaan Intensif

Bacaan Intensif ialah kemahiran membaca untuk mendapatkan maklumat terperinci.

Bacaan Intensif memerlukan:

tumpuan

ketekunan

masa yang lebih panjang untuk mendapat makna

Tujuannya adalah untuk : mendapatkan semua maklumat dengan mendalam dan catatan perlu dibuat untuk mengumpulkan maklumat tersebut.

Tujuannya adalah untuk :

menggunakan masa terhad dengan lebihproduktif

menjimatkan masa

memperoleh maklumat tambahan padakadar

yang cepat

Memerlukan:

kebolehan laju membaca

kefahaman serentak membaca

iv. Bacaan Laju

Page 7: Modul

MODUL BELAJAR CARA BELAJAR

16

Bagaimanakah membaca laju

i. Menumpukan perhatian pada pemikiran atau idea utama.Ini boleh dibuat dengan: ¶ membaca cepat seluruh buku¶ membaca cepat senarai bab¶ membaca cepat semua bahagian¶ membaca cepat semua perenggan

ii. Pembaca laju boleh mengesan penjelasan isi utama dengan melihat tanda-tanda perbezaan seperti:¶ tulisan condong¶ tulisan bergaris¶ tulisan tebal¶ fakta yang bersiri atau bernombor (1,2,3, …)¶ fakta yang bersiri abjad (a, b, c, …)

iii. Penjelasan isi utama boleh didapati daripada perkataan atau rangkai kataawalan ayat seperti:¶ Pertama…,Kedua…., Ketiga…..¶ Sebaliknya…¶ Contohnya….¶ Dengan itu ….¶ Selanjutnya….

iv. Penjelasan isi utama boleh didapati daripada bentuk grafik seperti:¶ Graf¶ Jadual¶ Gambar rajah

v. Mengingat sebanyak mungkin maklumat yang dibaca:¶ mengingat isi yang senang dahulu daripada isi yang sukar¶ membaca laju diikuti dengan catatan nota kerana catatan nota

memaksa pembaca berfikir¶ berfikir dengan cergas untuk memahami dan mengingat isi utama

bahan yang dibaca.

Tip Bacaan Laju (Speed Reading)

vi. Mengaplikasikan atau mengaitkan bacaan dengan pengalaman pembaca.

Page 8: Modul

MODUL BELAJAR CARA BELAJAR

17

Mengapakahperlu mencatat

nota ?

c. Kemahiran Mencatat Nota

¶ Mencatat isi utama penting sebagai rujukan.

¶ Daripada isi penting boleh dikembangkan kepada fakta asas.

¶ Catatan nota dikumpulkan untuk keperluan rujukan tambahan masa depan.

¶ Mencatat nota ialah aktiviti merekod fakta, maklumat dan isi penting daripada bahan yang dibaca, dilihat atau didengar.

¶ Mencatat nota berlaku dalam semua situasi belajar seperti semasa kuliah, ceramah, penerangan, temuduga, membaca buku atau bahan lain.

Page 9: Modul

MODUL BELAJAR CARA BELAJAR

18

Ciri nota yang baik

¶ Mengandungi rangka kasar sahaja.

¶ Terdiri daripada idea utama.

¶ Dicatat dalam buku atau kertas catatan yang khas.

¶ Catatan terang dan mudah dibaca.

¶ Menggunakan kata kunci, simbol (contoh: sama dengan =) dan singkatan perkataan (contoh:yang = yg, dengan = dgn).

¶ Ada lakaran dan grafik yang menyokong teks.

¶ Catatan di sebelah kiri dan kanan NOTA sebagai nota dan maklumat tambahan.

¶ Tanda bulatan dan garisan dibuat pada isi penting.

¶ Nota disemak semula supaya tidak tertinggal idea penting.

Bagaimanakah mencatat catatan

¶ Berikan perhatian pada maklumat yangdidengar, dibaca dan dilihat.

¶ Maklumat tersebut dipilih atau ditafsirkan sebelum dicatat.

¶ Hanya fakta baru sahaja yang dicatatkan kerana ini merupakan pembelajaran baru.

¶ Baca dan susun semula catatan.

¶ Catatan nota boleh dibuat dalam bentuk grafik seperti anak panah, garisan,bulatan, dan sebagainya.

Page 10: Modul

MODUL BELAJAR CARA BELAJAR

19

d. Kemahiran Menulis

i. Menulis Laporan

Panduan umum untuk menyediakan laporan adalahseperti yang berikut:

¶ Memiilih topik sekiranya topik tidak diberikan

¶ Mendapatkan maklumat daripada pelbagai sumber

¶ Meneliti dan memilih maklumat yang relevandengan topik

¶ Membuat nota

¶ Menyediakan kerangka laporan

¶ Menulis draf pertama dan mengenal pasti sumber yang dipetik

¶ Melengkapkan laporan dengan jadual, graf, dan bahan grafik yang lain yang sesuai

¶ Menyemak draf

¶ Membuat pemurniaan dan menulis draf kedua

¶ Menerbitkan laporan

Page 11: Modul

MODUL BELAJAR CARA BELAJAR

20

ii. Kemahiran Menulis Cepat

Menulis cepat ditafsirkan sebagaikemahiran menulis dengan kepantasanyang tinggi dan tulisannya boleh dibacaoleh orang lain. Oleh itu, menulis cepatmemerlukan unsur:¶ Kelajuan menulis¶ Tulisan yang boleh dibaca.¶ Kandungannya difahami.

Banyak maklumat yang boleh dicatat.

Dalam peperiksaan masa terhad tetapi memerlukan banyak isi jawapan yang boleh ditulis.

Menjimatkan masa.

Murid mempunyai banyak maklumat atau fakta dalam ingatannya semasa menjawab soalan peperiksaan.

Murid boleh mengingat kembali fakta atau maklumat dengan cepat.

Murid menyediakan alat tulis yang sesuai seperti pen yang sempurna dan pensel yang tajam.

MengapakahMengapakahperlu menulis perlu menulis

cepacepat?t?

Apakah praApakah pra--syarat menulis syarat menulis

cepat ?cepat ?

Page 12: Modul

MODUL BELAJAR CARA BELAJAR

21

e. Kemahiran Mengingat

Jenis Ingatan

¶ Ingatan jangka pendek maklumat tersimpan sebentar sahaja.

¶ Ingatan jangka panjang maklumat yang kekal dalam ingatan.

Latihan untuk menulis cepat

¶ Pilih satu topik untuk dikarang.¶ Peruntukkan masa untuk mengarang

topik.¶ Tulis karangan itu dalam masa yang

ditentukan.¶ Minta rakan membaca karangan dan

memberikan maklum balas dari segi tulisan dan isi karangan.

¶ Ulang latihan dengan mempercepat masa menulis.

¶ Mengingat ialah proses pembelajaran yang berkaitan dengan kefahaman dan penggunaan deria dengar dan deria lihat yang baik.

¶ Mengingat juga ialah satu kemahiran untuk mengingat kembali dengan menyebut atau menulis fakta dan kejadian yang telahberlaku selepas beberapa lama.

Page 13: Modul

MODUL BELAJAR CARA BELAJAR

22

Proses Ingatan

Proses ingatan terbahagi kepada tiga langkah, iaitu:

Cara Mengingat

Mendaftar maklumat hingga boleh dikekalkan dalam ingantan (encoding )

Menyimpan maklumat

Mengingat kembali maklumat (decoding)

¶ Mereka cerita ¶ Mencipta irama atau lagu¶ Membuat catatan¶ Membuat lakonan¶ Membuat senarai semak¶ Mencipta akronim – contoh: HKL (Hospital Kuala Lumpur)¶ Mencipta akrostik - contoh: MAGERAN (Majlis Gerakan Negara)¶ Membuat rantaian atau berlawan

contoh: piring - cawan¶ Melakar grafik dan ilustrasi - peta, graf dan

peta minda¶ Mengingat secara kumpulan - terutama

nombor – contoh: nombor telefon: 795 88 345 ¶ Mengulang¶ Melatih tubi