modul 1

5
KARANGAN BAHAGIAN A Kaji gambar-gambar di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang cara-cara rakyat Malaysia mengisi masa cuti. Panjang huraian anda antara 200 hingga 250 patah perkataan. RANGKA JAWAPAN CARA-CARA RAKYAT MALAYSIA MENGISI MASA CUTI 1.0 Pendahuluan - Kaya dengan tempat percutian menarik kerana kepelbagaian kaum. - Mengeratkan hubungan kekeluargaan dan menyumbang ekonomi negara. 2.0 Isi/fakta 2.1 Melawat pusat-pusat kebudayaan - Rakyat akan mengetahui budaya kaum yang unik dan menarik. - Pelbagai etnik seperti Melayu, Cina, dan India. - Mempunyai kebudayaan dan identiti yang tersendiri. - Mampu menjaga keharmonian tanpa berlakunya rusuhan kaum. - Aspek pemakanan, tarian, pakaian, musim perayaan, dan,sebagainya. 2.2 Mengembara - Sama ada ke luar bandar atau hutan. - Menambahkan pengalamaan dan menguji kecerdasan. - Pulau Langkawi mempunyai keindahan alam sekitar. - Perlu dipelihara untuk generasi akan datang dan menikmati kurniaan Iilahi. - Mendedah kehidupan di kawasan utan dan menguji kesabaran seseorang. 2.3 Melawat pusat-pusat membeli-belah - Pada musim perayaan atau hujung minggu. - Ekonomi negara meningkat. 1

Upload: shida

Post on 10-Sep-2015

242 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

modul bahasa melayu tingkatan 5

TRANSCRIPT

Karangan BAHAGIAN A

Kaji gambar-gambar di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang cara-cara rakyat Malaysia mengisi masa cuti. Panjang huraian anda antara 200 hingga 250 patah perkataan.

RANGKA JAWAPAN

CARA-CARA RAKYAT MALAYSIA MENGISI MASA CUTI

1.0 Pendahuluan Kaya dengan tempat percutian menarik kerana kepelbagaian kaum. Mengeratkan hubungan kekeluargaan dan menyumbang ekonomi negara.2.0 Isi/fakta2.1 Melawat pusat-pusat kebudayaan - Rakyat akan mengetahui budaya kaum yang unik dan menarik. - Pelbagai etnik seperti Melayu, Cina, dan India. - Mempunyai kebudayaan dan identiti yang tersendiri. - Mampu menjaga keharmonian tanpa berlakunya rusuhan kaum. - Aspek pemakanan, tarian, pakaian, musim perayaan, dan,sebagainya. 2.2 Mengembara Sama ada ke luar bandar atau hutan. Menambahkan pengalamaan dan menguji kecerdasan. Pulau Langkawi mempunyai keindahan alam sekitar. Perlu dipelihara untuk generasi akan datang dan menikmati kurniaan Iilahi. Mendedah kehidupan di kawasan utan dan menguji kesabaran seseorang. 2.3 Melawat pusat-pusat membeli-belah Pada musim perayaan atau hujung minggu. Ekonomi negara meningkat. Membeli barangan buatan tempatan. Menyahut seruan kerajaaan. Pusat penjualan batik, cenderahati, kraf tangan, dan sebagainya. 3.0 Penutup Matlamat kerajaanmembentuk keluarga bahagia. Merealisasikan harat murni kerajaan.

Soalan 2 : Rumusan dan PemahamanJawab semua soalan

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang usaha-usaha untuk memajukan sukan bola sepak negara dan faedah-faedahnya. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 perkataan.

Kejayaan skuad bola sepak negara bawah 23 tahun menumpaskan Thailand dalam Kejohanan Pesta Bola Sepak Merdeka baru-baru ini memberikan harapan baru kepada peminat-peminat bola sepak tempatan. Kemenangan ini berjaya membina keyakinan seterusnya meningkatkan moral pemain-pemain sebelum turun bertarung dalam Sukan SEA September ini. Lebih jauh daripada itu, peminat mula memasang impian untuk melihat skuad ini mengangkat kembali maruah bola sepak tempatan di peringkat antarabangsa seperti tahun 70-an dan 80-an. Malangnya pada peringkat separuh akhir, skuad ini tewas 0-2 kepada pasukan Bosnia yang menyerlahkan segala kelemahan pemain-pemain dari segi kekuatan fizikal, ketangkasan, pengalaman, kosentrasi dalam permainan dan kegagalan menangani tekanan. Oleh hal yang demikian, pihak yang bertanggungjawab perlu melakukan perancangan jangka panjang yang tersusun dan berterusan untuk membentuk pasukan bola sepak yang bertaraf dunia. Pemilihan pemain-pemain yang berbakat perlu dilakukan seawal umur tujuh tahun. Saiz fizikal juga perlu diambil kira memandangkan persaingan pada peringkat tertinggi menuntut ciri ini. Seterusnya, pemain-pemain dihimpunkan di suatu tempat dan dilatih dengan cara ala ketenteraan untuk menguatkan aspek fizikal. Aspek mental juga perlu dititikberatkan untuk melahirkan skuad bertaraf dunia. Jurulatih dari luar negara yang mempunyai rekod yang memberangsangkan perlu diambil untuk mengajar teknik-teknik asas yang perlu dikuasai oleh pemain-pemain. Pada peringkat umur sebegini, teknik-teknik yang diajar lebih mudah dan cepat dikuasai.

Seterusnya, pemain-pemain yang berpotensi perlu dihantar berlatih di negara-negara Eropah. Jumlah pemain yang dihantar perlu dipertingkat bilangannya dan meliputi kesemua posisi. Pemain-pemain ini akan sentiasa terdedah dengan corak permainan, teknik, taktik dan kemahiran-kemahiran yang terkini. Di Eropah, saiz badan dan kekuatan pemain-pemain boleh membantu kekuatan pemain-pemain kita. Akhirnya, kepulangan pemain-pemain ini akan membantu memantapkan pasukan negara.

Permainan bola sepak tidak boleh dipisahkan daripada disiplin sains. Oleh sebab itu, pihak-pihak tertentu perlu sentiasa melakukan Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) dalam menyediakan pemain-pemain yang berkualiti. Hal-hal seperti pemakanan dan bantuan perlu diselidik, dikaji dan diperkenalkan. Pengambilan pakar-pakar dalam bidang yang dinyatakan perlu dilakukan. Kita perlu mengkaji kemajuan pasukan bola sepak Jepun, Cina atau pun jiran terdekat, Thailand yang begitu cepat meningkat dan menduduki kedudukan yang lebih atas daripada kita.

(Dipetik daripada Surat Pembaca, Zulkifli Yusof,Dewan Masyarakat, Oktober 2002)

Soalan 2 (a) : Petikan Umum

Berdasarkan petikan di atas, jawab soalan-soalan berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

i. Berikan maksud rangkai kata mempunyai rekod yang memberangsangkan berdasarkan petikan di atas.[2 markah]

ii. Bagaimana disiplin sains dapat membantu memajukan sukan bola sepak negara?[3 markah]

iii. Pada pendapat anda, mengapakah mutu sukan bola sepak negara kini semakin merosot?[4 markah]

Soalan 3 : Pengetahuan dan Kemahiran BahasaJawab semua soalan

(a) Tulis satu ayat bagi setiap perkataan di bawah untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.

1. 1

1. bengkak1. bongkok1. keras1. deras1. helai 1. helah

(b) Tulis semula cakap pindah di bawah ini dalam bentuk cakap ajuk dengan mengekalkan maksud asalnya.

Amir menerangkan kepada Hazmi bahawa giginya sakit sejak semalamnya. Hazmi menyuruh Amir bersegera ke klinik gigi. Amir memberitahu bahawa dia takut andai giginya dicabut. Hazmi menjelaskan kepada Amir agar tidak takut giginya akan dicabut kerana sekiranya kerosakan giginya besar sahaja barulah akan dicabut. Amir bertanya kepada Hazmi jika ada cara lain. Amir memberitahu sekiranya akar gigi Amir masih kuat doktor hanya menampal lubang pada gigi Amir. Amir bersetuju untuk ke klinik gigi pada masa itu juga.(c) Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan dan kesalahan penggunaan imbuhan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

( i ) Kesah itu memberikan pedoman kepada pembaca agar memikirkan rasional dan tidak mengikutkan perasaan apabila membuat sesuatu keputusan.

( ii )Aktiviti senaman masih dilakukan pada bulan Ramadhan ketika umat Islam menjalankan ibadah puasa.

( iii ) Cendikiawan dari seluruh negara Asean berkumpul di Malaysia untuk bincang masalah pencemaran alam pada hari ini.

( d )Dalam ayat-ayat di bawah, terdapat tiga kesalahan penggunaan kata atau istilah dan tiga kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada tiga kesalahan penggunaan kata atau istilah dan tiga kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin petikan itu semula.

(i)Rimbunan pokok-pokok buluh itu telah memperindah pandangan di Taman Tasik Perdana .

(ii) Komputer digunakan secara berleluasa dalam pentadbiran dan lain-lain urusan sama ada di pejabat atau di rumah.

(iii)Sikap saling tolong-menolong sesama pelajar ialah suatu aktiviti yang perlu dipupuk dalam kalangan pelajar pada setiap masa.

( e )Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian nyatakan tiga peribahasa yang sesuai dengan situasi dalam petikan tersebut.Encik Raju menyimpan wang hasil caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang diterimanya tahun lalu sebagai persediaan untuk membayar yuran pengajian anaknya, Kumari. Sejak kecil, Kumari dipelihara dengan sempurna dan penuh kasih sayang . Encik Raju menaruh harapan yang tinggi agarnya anaknya beroleh kejayaan dan menjadi seorang doktor pakar pada masa akan datang, namun setelah berjaya, Kumari melupakan semua jasa dan pengorbanan ayahnya. Encik Raju telah dihantar ke rumah penjagaan orang-orang tua.

Soalan 4 : NovelJawab semua soalan

Jawab soalan-soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut;

(i) Melunas Rindu karya Hartini Hamzah

(ii) Kabus di Perbukitan karya Mohamad Kholid Hamzah

(a) Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, huraikan persamaan latar masyarakat yang terdapat dalam kedua-dua novel tersebut. [7 markah]

(b) Berdasarkan dua buah novel yang telah anda pelajari, huraikan satu nilaikerajinan yang terdapat dalam setiap novel tersebut?[8 markah]