modul tahun 1

54
Bidang : Akademik. Tajuk : Orientasi dan Kepentingan Mata Pelajaran. Objektif : Pada akhir sesi murid dapat:- 1 Memberikan maklumat tentang mata pelajaran yang perlu dipelajari dalam tahun satu. 2 Meningkatkan motivasi dan pencapaian akademik. Masa : 60 minit Sasaran : Tahun 1 Bahan : Lampiran A/1A Langkah- langkah : Set induksi: Guru Bimbingan dan Kaunseling memperdengarkan beberapa lagu/suara dalam pelbagai bahasa/isyarat yang melambangkan setiap mata pelajaran. Contoh: - Lagu ”Good Morning” – Bahasa Inggeris - Lagu ”Ten Little Indians” – Matematik ( Lampiran A/1A ) 1. Murid menyanyi mengikut lagu yang diperdengarkan secara kelas dan kumpulan. 2. Guru Bimbingan dan Kaunseling memperkenalkan setiap mata pelajaran Tahun 1. 3. Soaljawab secara lisan. Penilaian : Melalui jawapan lisan yang diberi oleh murid. Rumusan : Pendedahan setiap mata pelajaran dapat membantu mengenalpasti mata pelajaran yang akan dipelajari. Falsafah : Maklumat yang tepat dapat membantu kecemerlangan dalam akademik. 1

Upload: sulaiman-bin-moiden-man

Post on 04-Jul-2015

3.431 views

Category:

Education


13 download

TRANSCRIPT

Page 1: Modul tahun 1

Bidang : Akademik.

Tajuk : Orientasi dan Kepentingan Mata Pelajaran.

Objektif :Pada akhir sesi murid dapat:-1 Memberikan maklumat tentang mata pelajaran yang perlu

dipelajari dalam tahun satu.2 Meningkatkan motivasi dan pencapaian akademik.

Masa : 60 minit

Sasaran : Tahun 1

Bahan : Lampiran A/1A

Langkah-langkah

: Set induksi:Guru Bimbingan dan Kaunseling memperdengarkan beberapalagu/suara dalam pelbagai bahasa/isyarat yang melambangkan setiap mata pelajaran.Contoh: - Lagu ”Good Morning” – Bahasa Inggeris

- Lagu ”Ten Little Indians” – Matematik ( Lampiran A/1A )

1. Murid menyanyi mengikut lagu yang diperdengarkan secara kelas dan kumpulan.

2. Guru Bimbingan dan Kaunseling memperkenalkan setiap mata pelajaran Tahun 1.

3. Soaljawab secara lisan.

Penilaian : Melalui jawapan lisan yang diberi oleh murid.

Rumusan : Pendedahan setiap mata pelajaran dapat membantu mengenalpastimata pelajaran yang akan dipelajari.

Falsafah : Maklumat yang tepat dapat membantu kecemerlangan dalam akademik.

1

Page 2: Modul tahun 1

LAMPIRAN A/1A

“ Good Morning ”

Good morning, good morning,Good morning to you,Good morning, good morning,And how do you do.

“ Ten Little Indians ”

One little two little three little Indians,Four little five little six little Indians,Seven little eight little nine little Indians,Ten little Indian boys.

One little two little three little Indians,Four little five little six little Indians,Seven little eight little nine little Indians,Ten little Indian girls.

2

Page 3: Modul tahun 1

Bidang : Akademik.

Tajuk : Guru Dan Mata Pelajaran.

Objektif :Pada akhir sesi murid dapat:-1. Mengenali singkatan bagi setiap mata pelajaran.2. Menyebut singkatan bagi setiap mata pelajaran.3. Menerapkan nilai murni menghormati guru.

Masa : 60 minit

Sasaran : Tahun 1

Bahan : Jadual Waktu Kelas, Lampiran A/1B

Langkah-langkah

: Set induksi: Murid menyebut nama guru-guru yang mereka kenali.

1. Guru Bimbingan dan Kaunseling mempamerkan jadual waktu kelas.

2. Guru Bimbingan dan Kaunseling menjelaskan setiap makna singkatan bagi mata pelajaran dan guru yang mengajar mata pelajaran tersebut.

3. Guru Bimbingan dan Kaunseling mengedarkan Lampiran 1B dan meminta murid mewarnakan singkatan yang sama dengan warna yang sama.

Penilaian : Murid boleh mewarna singkatan mata pelajaran dalam jadual yang disediakan.

Rumusan : Mengenali mata pelajaran dan guru serta mengamalkan sikap menghormati guru.

Falsafah : Tak Kenal Maka Tak Suka.

3

Page 4: Modul tahun 1

LAMPIRAN A/1B

Contoh:

Jadual Waktu Kelas Tahun 1 ________

HARI7.458.15

8.158.45

8.459.15

9.159.45

9.4510.15

10.1510.45

10.4511.15

11.1511.45

11.4512.15

12.1512.45

12.451.15

ISNIN PERH PK MZ MT R BM BM PS PS AM AMSELASA MT MT BM BM E BI BI BA BA AM AM

RABU BI BI MT MT H BM BM BM AM AMKHAMIS PK PK BM BM A BI BI MZ SC SCJUMAAT MT MT BI BI T BM BM BM SC

BM BAHASA MELAYU SC SCIENCE(Nama Guru) (Nama Guru)

BI ENGLISH AM AGAMA / MORAL(Nama Guru) (Nama Guru)

MT MATHEMATIC MZ MUZIK(Nama Guru) (Nama Guru)

PK PENDIDIKAN KESIHATAN PS PENDIDIKAN SENI(Nama Guru) (Nama Guru)

BA BAHASA ARAB PERH PERHIMPUNAN(Nama Guru) Semua Guru

4

Page 5: Modul tahun 1

Bidang : Akademik.

Tajuk : Kemahiran Membaca - Main Peranan

Objektif :Pada akhir sesi murid dapat:1. Mengetahui kepentingan membaca.2. Memahami bahan bacaan.3. Melakukan simulasi ayat mudah.

Masa : 60 minit

Sasaran : Tahun 1

Bahan : Kad Imbasan (disediakan oleh guru sebelum sesi pengajaran)

Langkah-langkah

: Set induksi:Guru Bimbingan dan Kaunseling meminta murid menyanyi laguberkaitan dengan haiwan.Contoh:- Lompat Si Katak Lompat - Bangau Oh Bangau

1. Guru Bimbingan dan Kaunseling menjelaskan kepentingan membaca.

2. Guru Bimbingan dan Kaunseling menunjukkan kad imbasan dan membaca ayat.

Contoh: - Burung terbang. - Katak melompat.

3. Murid dibahagi kepada beberapa kumpulan dan ketua diminta mengambil satu kad ayat .4. Murid menggayakan aksi mengikut ayat yang diperoleh.

Penilaian : Pemahaman pembacaan melalui aksi yang digayakan.

Rumusan : Teknik membaca yang betul dapat membantu murid dalammemahami bahan bacaan.

Falsafah : ‘Membaca Jambatan Ilmu’

Bidang : Akademik.

Tajuk : Kemahiran Mendengar – Telinga Gajah

Objektif :Pada akhir sesi murid dapat:-1. Membuat pergerakan mengikut arahan yang diberikan. 2. Sentiasa peka pada arahan atau maklumat yang diberi.

Masa : 60 minit

Sasaran : Tahun 1

Bahan : Kertas A4, Lampiran A/1C

Langkah-langkah

: Set induksi:Guru Bimbingan dan Kaunseling memberi arahan mudah.Contoh: Angkat tangan kanan

Angkat tangan kiri Hentak kaki kanan Hentak kaki kiri

1. Guru Bimbingan dan Kaunseling mengedarkan kertas A4.2. Murid melukis bentuk mengikut arahan guru.

a. Lukis bulatan besar di bahagian atas kertas.b. Dalam bulatan besar lukis dua bulatan kecil di kiri dan kanan.c. Di bawah bulatan besar lukis satu segiempat tepat secara menegak.d. Di kiri kanan segiempat tepat lukis 2 segitiga.e. Di bawah segiempat tadi, lukis 2 segiempat tepat secara menegak. ( Lampiran A/1C )

3. Guru Bimbingan dan Kaunseling memilih secara rawak beberapa orang murid untuk mempamerkan hasil kerja mereka. 4. Murid diminta memberi pendapat tentang hasil kerja rakan.5. Guru Bimbingan dan Kaunseling menjelaskan kepentingan mendengar dalam proses pembelajaran.

Penilaian : Murid boleh membuat pergerakan dan melukis bentuk mengikut arahan yang diberikan.

Rumusan : Pentingnya kemahiran mendengar dalam pengajaran dan pembelajaran

Falsafah :Komunikasi dua hala lebih berkesan berbanding komunikasi sehala.

5

Page 6: Modul tahun 1

LAMPIRAN A/1C

Contoh:

6

Page 7: Modul tahun 1

Bidang : Akademik.

Tajuk : Kemahiran Mengingat – Telefon Rosak

Objektif : Pada akhir sesi murid dapat:1. Menggunakan kaedah mengingat dengan betul.2. Memupuk kerjasama dalam kumpulan.

Masa : 60 minit

Sasaran : Tahun 1

Bahan : Kad Bergambar – Lampiran A/1D

Langkah-langkah

: Set induksi:Guru Bimbingan dan Kaunseling menyuruh murid menamakanbeberapa nama haiwan yang mereka tahu.

1. Wakil setiap kumpulan diminta melihat dan mengingati gambar haiwan yang ditunjukkan.

2. Ahli kumpulan yang lain duduk dalam bulatan kecil. 3. Wakil akan mengingat semula gambar yang dilihat dan

membisikkan nama-nama haiwan ke telinga murid yang pertama, murid pertama membisikkan kepada murid yang kedua dan seterusnya.

4. Murid yang terakhir akan diminta untuk menyatakan semula perkataan-perkataan yang diingatinya.

5. Guru Bimbingan dan Kaunseling merumuskan kemampuan daya ingatan kita berbeza dari segi gambar dan perkataan.

6. Gabungan antara gambar dan perkataan akan meningkatkan kemampuan daya ingatan.

Penilaian : Guru Bimbingan dan Kaunseling membimbing dan memerhatikan cara murid melaksanakan aktiviti.

Rumusan : Teknik mengingat dapat membantu pelajar dalam proses pembelajaran.

Falsafah : Otak kita memang berpotensi untuk mengingati apa yang kita belajar.

7

Page 8: Modul tahun 1

LAMPIRAN A/1D

Contoh:

8

Page 9: Modul tahun 1

Bidang : Kerjaya

Tajuk : Pekerjaan di sekolah

Objektif :Pada akhir sesi murid dapat:1. Mengenalpasti pekerjaan yang terdapat di sekeliling mereka.2. Menceritakan pekerjaan yang terdapat di sekeliling sekolah dan ahli keluarga.

Masa : 60 minit

Sasaran : Murid Tahun 1

Bahan : Lampiran K/1A

Langkah-langkah

: Set Induksi: Murid-murid dibawa melawat kawasan sekolah dan melihat pekerjaan yang terdapat dalam kawasan sekolah.

1. Penerangan dan bersoal jawab secara lisan dengan murid.2. Mengedarkan Lampiran K/1A .3. Murid mengenal pasti pekerjaan yang terdapat di sekolah berdasarkan Lampiran K/1A.4. Guru Bimbingan dan Kaunseling membuat rumusan

secara keseluruhan tentang pekerjaan yang terdapat di sekolah.

Penilaian : 1. Murid-murid dapat mengenalpasti jenis-jenis pekerjaan yang terdapat di sekolah.2. Murid-murid menyiapkan latihan (Lampiran K/1A)

Rumusan : Terdapat beberapa jenis pekerjaan di sekolah.

Falsafah : Setiap pekerjaan saling memerlukan antara satu sama lain.

LAMPIRAN K/1A

9

Page 10: Modul tahun 1

Nama : __________________________________________________________

Kelas : _____________________________ Tarikh : ____________________

Susun huruf membentuk perkataan yang betul berdasarkan gambar.

1.

2.

3.

4.

5

.

10

T U A K N G S U P A

T N A K U G K E N U B

P E N G A L W A

K E S L E M A T A A N

K I R E N A

U G U R

Page 11: Modul tahun 1

Bidang : Kerjaya

Tajuk : Pekerjaan Ahli Keluarga Saya

Objektif :Pada akhir sesi murid dapat:1. Mengenalpasti pekerjaan yang terdapat dalam ahli keluarga masing-masing.2. Menceritakan pekerjaan yang terdapat dalam keluarga masing- masing.

Masa : 60 minit

Sasaran : Murid Tahun 1

Bahan : Lampiran K/1B

Langkah-langkah

: Set Induksi:Guru Bimbingan dan Kaunseling menunjukkan gambar keluarga.

1. Penerangan mengenai sesuatu pekerjaan merujuk kepada gambar.

2. Soal jawab secara lisan mengenai pekerjaan ahli keluarga murid.

3. Mengedarkan Lampiran K/1B dan murid menjawab soalan.

4. Guru Bimbingan dan Kaunseling membuat rumusan secara keseluruhan tentang pekerjaan ahli keluarga.

Penilaian : Murid-murid dapat menyiapkan latihan.

Rumusan : Terdapat beberapa jenis pekerjaan dalam sesebuah keluarga.

Falsafah : Pekerjaan membawa keselesaan dan jaminan dalam keluarga.

11

Page 12: Modul tahun 1

LAMPIRAN K/1B

Nama : _______________________________________________________

Kelas : _____________________________ Tarikh : __________________

Pekerjaan Ahli Keluarga Saya

12

ibu

abang kakak

bapa

Page 13: Modul tahun 1

Bidang : Kerjaya

Tajuk : Cita-cita Saya

Objektif :Pada akhir sesi murid dapat:1. Murid-murid dapat menyatakan pekerjaan yang mereka minat.

Masa : 60 minit

Sasaran : Murid Tahun 1

Bahan : Kad imbasan jenis-jenis pekerjaan (Lampiran K/1C)

Langkah-langkah

: Set Induksi:Guru Bimbingan dan Kaunseling menunjukkan gambar pelbagai jenis pekerjaan.

1. Soal jawab secara lisan dengan murid berkaitan cita-cita mereka.

2. Mengedarkan Lampiran K/1C.

3. Murid-murid membentangkan jawapan masing-masing.

4. Guru Bimbingan dan Kaunseling membuat rumusan secara keseluruhan tentang cita-cita.

Penilaian : 1. Murid menceritakan tentang cita-cita masing-masing2. Murid-murid dapat suaikan nama pekerjaan dengan gambar.

Rumusan : Setiap orang mempunyai cita-cita yang berbeza antara satu dengan yang lain.

Falsafah : Manusia harus mempunyai cita-cita untuk membentuk kehidupan pada masa hadapan.

13

Page 14: Modul tahun 1

LAMPIRAN K/1C

Nama : _________________________________________________________

Kelas : _____________________________ Tarikh : ____________________

SENARAI PEKERJAAN

GURU DOKTOR PEGUAM

JURURAWAT JURUTERA POLIS

AHLI SAINS AKAUNTAN BOMBA

TENTERA CHEF ARKITEK

AHLI ASTRONOMI KERANI PENSYARAH

AHLI PERNIAGAAN JURUTEKNIK

PELAKON JURUTERBANG JURUJUAL

14

Page 15: Modul tahun 1

Bidang : Kerjaya

Tajuk: Peralatan Bertugas

Objektif :Pada akhir sesi murid dapat:

1. Murid dapat mengenali peralatan asas berdasarkan jenis pekerjaan.

Masa : 60 minit

Sasaran : Murid Tahun 1

Bahan : Lampiran K/1D

Langkah-langkah

: Set Induksi:Guru Bimbingan dan Kaunseling menunjukkan sejenis alat yang digunakan dalam sesuatu pekerjaan. Contoh: pen, gunting, spanar dan lain-lain

1. Bersoal jawab secara lisan dengan murid-murid berdasarkan peralatan yang telah ditunjukkan.

2. Penerangan tentang peralatan yang biasa digunakan semasa bekerja.

3. Mengedarkan Lampiran K/1D dan murid menjawab soalan.

4. Perbincangan jawapan murid.

5. Guru Bimbingan dan Kaunseling membuat rumusan secara keseluruhan tentang pekerjaan ahli keluarga.

Penilaian : Murid-murid menyiapkan latihan yang diberi.

Rumusan : Terdapat berbagai jenis alatan berbeza mengikut jenis pekerjaan.

Falsafah : Peralatan diperlukan untuk menjalankan sesuatu pekerjaan.

15

Page 16: Modul tahun 1

tukang kayu

LAMPIRAN K/1D

Nama : ________________________________________________________

Kelas : _____________________________ Tarikh : ___________________

Suaikan jenis peralatan dengan pekerjaan yang betul.

16

tukang kebun

tukang jahit

doktor

mekanik

Page 17: Modul tahun 1

Bidang : Kerjaya

Tajuk : Tiru Macam Saya

Objektif : Pada akhir sesi murid dapat:

1. Murid-murid dapat menunjukkan gaya mengikut jenis pekerjaan.

Masa : 60 minit

Sasaran : Murid Tahun 1

Bahan : Tiada

Langkah-langkah

: Set Induksi:Guru Bimbingan dan Kaunseling menggayakan aksi sesuatu pekerjaan dan murid diminta meneka

1. Penerangan tentang gaya sebenar sesuatu pekerjaan.

2. Meminta murid memilih jenis pekerjaan dan menggayakannya di hadapan kelas secara bergilir-gilir.

3. Murid dibimbing ketika menggayakan jenis pekerjaan yang ditunjukkan.

4. Guru Bimbingan dan Kaunseling merumuskan secara keseluruhan tentang aktiviti yang dijalankan.

Penilaian : Meniru gaya yang betul berdasarkan pekerjaan.

Rumusan : Terdapat gaya yang berbeza mengikut jenis pekerjaan.

Falsafah : Gaya pekerjaan yang berlainan menjadikan pekerjaan tersebut lebih sempurna.

17

Page 18: Modul tahun 1

Bidang : Psikososial Dan Kesejahteraan Mental

Tajuk : Salam Perkenalan (Bina hubungan)

Objektif :Pada akhir sesi murid dapat:1. Mengenali rakan baru.2. Berinteraksi dengan rakan baru.

Masa : 60 minit

Sasaran : Tahun 1

Bahan : Kad warna ( Merah, biru, kuning, hijau dan hitam )

Langkah-langkah

:Set Induksi :

Guru Bimbingan dan Kaunseling memperkenalkan warna-warna kepada murid.

1. Guru Bimbingan dan Kaunseling mengedarkan kad-kad warna kepada semua murid.

2. Guru Bimbingan dan Kaunseling mengarahkan murid-murid berkumpul mengikut kad warna yang sama.

3. Guru Bimbingan dan Kaunseling meminta murid berkenalan dengan ahli dalam kumpulan warna yang sama ( Nama penuh dan nama panggilan ).

4. Guru Bimbingan dan Kaunseling meminta beberapa orang murid datang ke hadapan. Murid akan memperkenalkan diri dan menyebut nama beberapa rakan yang lain.

Penilaian : Murid boleh menyebut nama rakan baru.

Rumusan : Murid akan dapat mengenali rakan-rakan baru di dalam kelas.

Falsafah : Hidup perlu berkomunikasi di antara satu sama lain.

18

Page 19: Modul tahun 1

Bidang : Psikososial Dan Kesejahteraan Mental

Tajuk : Kelasku Rumahku

Objektif : Pada akhir sesi murid dapat:

1. Menyemaikan perasaan kasih sayang murid kepada kelas.

2. Mewujudkan sikap tanggungjawab murid kepada keceriaan kelas.

Masa : 60 minit

Sasaran : Tahun 1

Bahan : Lampiran PS/1A

Gambar kelas yang cantik, gambar kelas yang kotor

Langkah-langkah

: Set Induksi:Guru Bimbingan dan Kaunseling menunjukkan gambar kelas yang cantik dan yang kotor.

1. Guru Bimbingan dan Kaunseling menerangkan ciri-ciri kelas yang

bersih.

2. Guru Bimbingan dan Kaunseling meminta murid menyatakan tugas

yang boleh dibuat untuk menjaga kebersihan kelas. Contohnya, murid menyapu dan mengutip sampah di dalam kelas.

3. Guru Bimbingan dan Kaunseling membimbing murid membersihkan kelas.

Penilaian : Menyatakan secara lisan perkara-perkara yang boleh dibuat untuk menjaga kebersihan kelas.

Rumusan : Murid menganggap kelas sebagai rumahnya sendiri.

Falsafah :1. Kelas sebagai rumah yang perlu dijaga dan disayangi.

19

Page 20: Modul tahun 1

2. Sepakat membawa berkat.

LAMPIRAN PS/1A

GAMBAR KELAS YANG BERSIH DAN KEMAS

GAMBAR KELAS YANG KOTOR DAN TIDAK TERATUR

20

Page 21: Modul tahun 1

Bidang : Psikososial Dan Kesejahteraan Mental

Tajuk : Hormati Guru

Objektif : Pada akhir sesi murid dapat:

1. Menyebut ucapan bertatasusila dengan betul.2. Menunjukkan sikap hormat terhadap guru.

Masa : 30 minit

Sasaran : Tahun 1

Bahan : LAMPIRAN PS/1B

Kad perkataan ( ucapan bertatasusila )

1. Assalamualaikum cikgu.

2. Selamat pagi cikgu.

3. Terima kasih cikgu.

4. Maafkan saya cikgu.

5. Selamat sejahtera cikgu.

Langkah-langkah

: Set Induksi: Guru Bimbingan dan Kaunseling menunjukkan kad perkataan ucapanbertatasusila kepada murid.

1. Guru Bimbingan dan Kaunseling membimbing murid menyebut. ucapan bertatasusila berulang-ulang.

2. Guru Bimbingan dan Kaunseling menerangkan kepada murid. situasi yang sesuai menggunakan ucapan bertatasusila tersebut.

Penilaian :Murid tahu menggunakan ucapan bertatasusila mengikut situasi yang sesuai.

Rumusan :Murid menggunakan ucapan bertatasusila untuk menunjukkan rasa hormat kepada guru.

21

Page 22: Modul tahun 1

Falsafah : ‘ Hidup perlu beradab’

LAMPIRAN PS/1B

22

Assalamualaikum cikgu

Selamat sejahtera cikgu

Selamat pagi cikgu

Terima kasih cikgu

Maafkan saya cikgu

Page 23: Modul tahun 1

Bidang : Psikososial dan Kesejahteraan Mental

Tajuk : Pengurusan Tekanan ( Jom Relaks )

Objektif : Pada akhir sesi murid dapat:

1. Mempelajari cara mengatasi tekanan 2. Mempelajari teknik pernafasan yang betul

Masa : 60 minit

Sasaran : Tahun 1

Bahan : Lagu Instrumental ( jika perlu )

Langkah-langkah

:

Set Induksi:a. Guru Bimbingan dan Kaunseling membimbing murid melakukan aktiviti pernafasan ( menarik dan menghembus nafas ).b. Guru Bimbingan dan Kaunseling memberi penerangan tentang kepentingan aktiviti pernafasan.

1. Guru Bimbingan dan Kaunseling membimbing murid melakukan aktiviti memanaskan badan.

2. Murid diminta mengira 10 hingga 0 secara perlahan – lahan sebanyak 5 kali sambil dibimbing oleh guru ( aktiviti di atas ).3. Guru Bimbingan dan Kaunseling menjelaskan kita menyedut oksigen dan membebaskan karbon dioksida semasa bernafas. 4. Guru Bimbingan dan Kaunseling meminta murid melakukan semula aktiviti di atas. Aktiviti ini sesuai jika dijalankan dengan diiringi alunan muzik.

Penilaian : Murid dapat bernafas dengan cara betul .

Rumusan : Belajar cara hidup yang sihat.

23

Page 24: Modul tahun 1

Falsafah : 1. Manusia perlu belajar cara mengatasi tekanan .

2. Kesihatan menjadikan hidup bahagia.

24

Page 25: Modul tahun 1

Bidang : Psikososial dan Kesejahteraan Mental

Tajuk : Pengurusan Diri

Objektif : Pada akhir sesi murid dapat:

1. Menyedar tanggungjawab mengurus diri. 2. Menguruskan diri tanpa bantuan orang lain. 3. Mengenalpasti kemahiran asas penjagaan diri.

Masa : 60 minit

Sasaran : Tahun 1

Bahan : Bedak, sikat, minyak rambut, getah pengikat rambut , pengetip kuku

Langkah-langkah

:Set Induksi:

Guru Bimbingan dan Kaunseling memulakan aktiviti ini denganmembuat pemeriksaan kuku murid.

1. Guru Bimbingan dan Kaunseling memilih dua orang murid ( lelaki dan perempuan ) yang berpakaian lengkap dan kemas untuk dijadikan model.

2. Guru Bimbingan dan Kaunseling menerangkan ciri-ciri kekemasan diri yang ada pada kedua-dua model tersebut.

3. Guru Bimbingan dan Kaunseling membahagikan murid kepada empat kumpulan.

4. Setiap kumpulan diminta memilih seorang wakil dan menghiaskannya untuk dijadikan model paling kemas.

5. Guru Bimbingan dan Kaunseling membuat rumusan dan penilaian berdasarkan penampilan model dari setiap kumpulan.

Penilaian : Murid dapat menyatakan secara lisan cara-cara menjaga kebersihan dan kekemasan diri.

Rumusan : Kekemasan dan kebersihan diri adalah penting dalam kehidupan.

Falsafah : Kebersihan sebahagian daripada iman.

25

Page 26: Modul tahun 1

Bidang : Keibubapaan

Tajuk : Individu (Awal Kanak-Kanak)

Objektif : Pada akhir sesi murid dapat:

1. Menyatakan peranan dan tanggungjawab ibu bapa.

Masa : 60 minit

Sasaran : Tahun 1

Bahan : Kertas A4

Langkah-langkah

:Set Induksi: Guru Bimbingan dan Kaunseling mengemukakan soalan kepada murid.i. Siapakah yang mempunyai bilangan adik beradik yang ramai?ii. Nyatakan berapa orang lelaki dan perempuan?

1. Guru Bimbingan dan Kaunseling bersoaljawab mengenai keluarga.

2. Guru Bimbingan dan Kaunseling meminta beberapa orang murid bercerita mengenai ibu bapa mereka.

3. Guru Bimbingan dan Kaunseling mengedarkan kertas A4 untuk melukis gambar ibu dan bapa mereka.

4. Guru Bimbingan dan Kaunseling mempamerkan hasil kerja murid.

Penilaian : Murid dapat menjawab soalan yang dikemukakan oleh Guru Bimbingan dan Kaunseling.

Rumusan :Membantu murid memahami dengan baik kaedah berkomunikasi yang berkesan.

Falsafah :1. Kasih sayang ibu sepanjang hayat.

2. Kasih sayang, sabar dan berani.

26

Page 27: Modul tahun 1

Bidang : Keibubapaan

Tajuk : Keluarga Saya

Objektif : Pada akhir sesi murid dapat:

1. Murid dapat memahami hieraki dalam keluarga.

2. Murid dapat menyatakan salasilah keluarga mereka.

3. Murid dapat menghormati keluarga masing-masing dengan panggilan yang betul.

Masa : 30 minit

Sasaran : Tahun 1

Bahan : Lampiran IB/1A ( Carta Keluarga )

Langkah-langkah

:

Set Induksi :Guru Bimbingan dan Kaunseling bersoaljawab dengan murid mengenai panggilan-panggilan yang sesuai dalam keluarga.

1. Murid memberi contoh-contoh panggilan yang digunakan dalam keluarga.

2. Guru Bimbingan dan Kaunseling mengedarkan carta keluarga.

3. Murid mengisi maklumat yang terdapat dalam carta.

4. Murid membentangkan hasil kerja masing-masing.

5. Guru Bimbingan dan Kaunseling membuat rumusan secara keseluruhan.

Penilaian : Murid dapat menyiapkan carta ‘Keluarga Saya’ yang diberi.

Rumusan :Setiap ahli keluarga mempunyai panggilan khusus berdasarkan kedudukan dalam keluarga.

Falsafah : Hormati ahli keluarga.

27

Page 28: Modul tahun 1

LAMPIRAN IB/1A

Contoh:

28

Carta Keluarga

AYAH IBU

ABANG KAKAK ADIKSAYA

Page 29: Modul tahun 1

Bidang : Keibubapaan

Tajuk : Anak Soleh

Objektif :

Pada akhir sesi murid dapat:

1. Mengetahui tanggungjawab seorang anak terhadap kedua ibu bapa.2. Memahami peranan anak terhadap ibu bapa.

Masa : 60 minit

Sasaran : Tahun 1

Bahan:

Lampiran IB/1B

Langkah-langkah

:Set Induksi:Guru Bimbingan dan Kaunseling mengedarkan lagu “Anak Soleh”.

1. Guru Bimbingan dan Kaunseling mengedarkan senikata lagu Anak Soleh.

2. Guru Bimbingan dan Kaunseling meminta murid menggariskan rangkai kata di bawah dari senikata lagu Anak Soleh : • MEMBELA APABILA SUDAH DEWASA, • JANGAN BIARKAN MEREKA SIA-SIA DI HARI TUA, • BAHAGIAKAN MEREKA HINGGA KE HUJUNG USIA

3. Guru Bimbingan dan Kaunseling bersoal jawab tentang tanggungjawab seorang anak terhadap ibu bapa berdasarkan senikata lagu.

4. Guru Bimbingan dan Kaunseling meminta murid membuat rumusan yang berkaitan dengan peranan anak terhadap ibu bapa.

Penilaian : Murid dapat menggariskan rangkaikata berdasarkan lagu.

Rumusan :

Anak yang baik mestilah bertanggungjawab terhadap ibu bapa.

Falsafah : 1. Anak yang yang bertanggungjawab terhadap ibubapanya di berkati Tuhan2. Anak yang bertanggungjawab akan beroleh kejayaan dunia dan akhirat.

29

Page 30: Modul tahun 1

LAMPIRAN IB/1B

Anak Soleh

Kenangi ibu bapaDoakanlah sejahtera…

Kita anak harus membela apabila sudah dewasaJangan biarkan mereka

Sia-sia di hari tuaKecewa hidup dan merana

Kerna perbuatan anak derhaka

Bahagiakan mereka hingga ke hujung usiaBila sampai waktu ajalnyaAnak soleh sebagai harta

Hai ibu bapaKami permata andaTidak jemu berdoa

Agar sejahtera terpelihara …

Di dunia bahagiaAkhirat pun begitu jua

Inilah harapan kami semuaMoga Allah kabulkan doa

30

Page 31: Modul tahun 1

Bidang : Keibubapaan

Tajuk : Menyayangi ibu dan ayah

Objektif :

Pada akhir sesi murid dapat:

1. Menghargai jasa dan pengorbanan kedua ibu bapa mereka.

2. Melahirkan perasaan kasih sayang mereka kepada kedua ibu bapa.

3. Menyebut nama ibu dan bapa.

Masa : 60 minit

Sasaran : Tahun 1

Bahan :Model kereta , anak patung atau barang mainan yang murid sayang, kertas lukisan dan pensel warna.

Langkah-langkah

:Set induksi :

Guru Bimbingan dan Kaunseling bertanya mengenai barang permainan yang murid ada atau bawa.

1. Guru Bimbingan dan Kaunseling meneroka perasaan murid semasa mendapat hadiah atau pemberian daripada ibu dan

bapa mereka semasa sambutan hari jadi dan sebagainya.2. Mendapatkan respon mengenai kasih sayang ibu bapa terhadap murid dan murid terhadap ibu bapa.3. Murid melukis gambar hadiah yang akan diberikan kepada ibu dan

bapa.4. Guru Bimbingan dan Kaunseling membuat rumusan secara

menyeluruh mengenai kasih sayang ibu bapa kepada anak-anaknya.

Penilaian : Murid melukis gambar hadiah kepada ibu bapa.

Rumusan : Setiap anak perlu menyayangi kedua ibu bapa.

Falsafah:

1. Ibu bapa adalah insan yang banyak berkorban untuk anaknya.2. Hargai dan kenanglah jasa ibu bapa untuk selamanya.

31

Page 32: Modul tahun 1

Bidang : Keibubapaan

Tajuk : Selamat Hari Lahir Ibu

Objektif : Pada akhir sesi murid dapat:

1. Mengetahui tarikh lahir ibu.2. Mengucapkan “Selamat Hari Lahir Ibu”3. Menyediakan kad ucapan hari lahir ibu

Masa : 60 minit

Sasaran : Tahun 1

Bahan : Beberapa keping contoh kad ucapan, kertas warna, gam ,gunting, bahan hiasan dan pensel warna.

Langkah-langkah

:Set Induksi :

Guru Bimbingan dan Kaunseling menunjukkan beberapa contoh kad ucapan Selamat Hari Lahir.

1. Guru Bimbingan dan Kaunseling bersoaljawab dengan murid mengenai tarikh lahir ibu masing-masing.

2. Guru Bimbingan dan Kaunseling mengedarkan bahan-bahan untuk menyediakan kad ucapan.

3. Murid menghasilkan kad ucapan masing-masing.

4. Guru Bimbingan dan Kaunseling meminta murid menyampaikan kad tersebut kepada ibu masing-masing.

Penilaian : Murid menghasilkan kad ucapan ”selamat Hari Lahir Ibu”

Rumusan : Murid dapat mengetahui tarikh lahir ibu masing-masing.

Falsafah : Mengenali dan menyayangi ibu.

32

Page 33: Modul tahun 1

LAMPIRAN PD/1A

Bidang : Pembangunan Diri Murid

Tajuk : Potensi Diri - Siapa Saya

Objektif : Pada akhir sesi murid dapat:

1. Membina keyakinan diri.2. Menyatakan potensi diri memperbaiki kelemahan diri sendiri.

Masa : 60 minit

Sasaran : Tahun 1

Bahan : Lampiran PD/1A

Langkah-langkah

:

Set Induksi:Guru Bimbingan dan Kaunseling menunjukkan gambar tokoh-tokoh negara dan bertanya tentang tokoh tersebut.

1. Bertanya kepada murid tentang sifat-sifat tokoh yang

ditunjukkan.

2. Guru Bimbingan dan Kaunseling memberi penerangan

ringkas tentang tokoh.

3. Murid mengisi Lampiran PD/1A tentang diri sendiri dengan

bimbingan Guru Bimbingan dan Kaunseling .

4. Murid mengisi Lampiran PD/1A tentang sifat-sifat terpuji.

5. Murid berbincang dan menyenaraikan tentang sifat positif dalam

diri masing-masing.

Penilaian : Menyiapkan Lampiran PD/1A yang diberikan.

Rumusan : Murid menyedari dan menghargai potensi dirinya dan bakat yang ada.

Falsafah : ‘Hargai Diri Sendiri’

33

Page 34: Modul tahun 1

SIAPA SAYA

Nama : ……………………………………………………………………..

Arahan : Isi tempat kosong dengan jawapan yang sesuai.

bertanggungjawab berdisiplin bersopan santun

menghormati baik hati

suka membantu pemurah tegas diri rajin Kerjasama

1. Yasmin memberi sedikit wang kepada kawan-kawannya yang miskin.

2. Raihanah menyiapkan kerja rumah yang diberikan oleh gurunya.

3. Muhamad Luqman membongkokkan sedikit badannya apabila berjalan di hadapan ibu bapanya.

4. Fatin Syuhada bersedekah kepada fakir miskin.

5. Farhan menolak ajakan rakan-rakannya ke kafe siber.

6. Fakrul Ramzi membantu rakan-rakan di dalamkumpulannya.

7. Farish Aiman tiba ke sekolah tepat pada waktunya.

8. Halijah memaafkan rakan-rakan yang telah membuat salah kepadanya.

9. Ady memberi salam kepada guru-guru yang masuk ke kelasnya.

10. Muhamad Nazri membantu ayahnya membasuh kereta setiap hujung minggu.

34

Page 35: Modul tahun 1

Bidang : Pembangunan Diri Murid

Tajuk : Potensi Diri

Objektif : Pada akhir sesi murid dapat:

1. Menguruskan diri sendiri dengan baik.2. Menjaga kebersihan diri tanpa bantuan orang lain.3. Menanam sifat menyayangi diri sendiri di kalangan diri murid tersebut.

Masa : 60 minit

Sasaran : Tahun 1

Bahan : Lampiran PD/1B

Langkah-langkah

:

Set Induksi:Murid yang kemas dan bersih dijadikan contoh kepada murid lain. 1. Guru Bimbingan dan Kaunseling berbincang dengan murid

tentang kebaikan kebersihan dan kekemasan diri. 2. Guru Bimbingan dan Kaunseling menerangkan keperluan murid

tentang pengurusan diri.3. Murid-murid berbincang tentang senarai semak pengurusan diri

murid.4. Guru Bimbingan dan Kaunseling membantu murid dengan

memberi motivasi untuk menggalakkan murid menguruskan diri sendiri.

Penilaian :Murid mengisi senarai semak pengurusan diri sama ada mereka mampu menguruskan diri secara praktikal.

Rumusan : Murid mampu menguruskan diri secara praktikal.

Falsafah : 1. Kita perlu menyayangi diri sendiri.

2. Menjaga amanah Tuhan yang dianugerahkan kepada kita.

3. Setiap anggota badan perlu digunakan sebaik-baiknya mengikut

fungsinya.

LAMPIRAN PD/1B

35

Page 36: Modul tahun 1

PENGURUSAN DIRI

Senarai Semak Pengurusan Diri

Tandakan (√ ) dalam petak yang disediakan.

Bil. Aktiviti Ya Tidak 1. Setiap pagi saya bangun tidur

sendiri.2. Saya memberus gigi seminggu

sekali.3. Saya mandi pada waktu pagi.4. Saya menyikat rambut dengan

rapi.5. Saya memotong kuku setiap

minggu.6. Pakaian saya bersih dan kemas.7. Saya mencuci sendiri kasut

sekolah.8. Saya memastikan tubuh badan

saya sentiasa bersih.9. Selepas makan, saya tidak

mencuci tangan.10. Saya tidur dan rehat

secukupnya.

36

Page 37: Modul tahun 1

Bidang : Pembangunan Diri Murid

Tajuk : Asas Komunikasi

Objektif : Pada akhir sesi murid dapat:

1. Berkomunikasi dengan berkesan.

2. Menggunakan laras bahasa yang betul.

3. Berinteraksi antara satu sama lain.

Masa : 60 minit

Sasaran : Tahun 1

Bahan : Lampiran PD/1C

Langkah-langkah

:

Set Induksi:Guru Bimbingan dan Kaunseling menunjukkan gambar murid dan guru.

1. Membahasakan diri sendiri sebagai ‘Saya’ dan membahasakan guru sebaga ‘Cikgu’.

2. Memperkenalkan kepada murid tentang kata ganti diri yang sesuai digunakan. Contoh: - kami ( ganti diri pertama ) - kamu ( ganti diri kedua ) - mereka ( ganti diri ketiga )

3. Latih tubi sebutan dan ejaan.4. Guru Bimbingan dan Kaunseling mengedar Lampiran PD/1C.

Penilaian :Murid dinilai dari kemampuan membahasakan diri sebagai ‘Saya’ dan guru sebagai ‘Cikgu’.

Rumusan :Murid berupaya menggunakan kata ganti nama diri yang betul dalam komunikasi harian.

Falsafah :1. Membina asas komunikasi positif.2. Kemahiran komunikasi merupakan aset utama dalam diri murid.

LAMPIRAN PD/1C

37

Page 38: Modul tahun 1

ASAS KOMUNIKASI

1. Lukiskan gambar / wajah saya (diri sendiri)

SAYA

2. Lukiskan gambar / wajah cikgu saya.

GURU SAYA

3. Lukiskan gambar / wajah rakan saya.

KAWAN SAYA

Bidang : Pembangunan Diri Murid

38

Page 39: Modul tahun 1

Tajuk : Sekolahku

Objektif : Pada akhir sesi murid dapat:

1. Menanam kecintaan kepada sekolah.

2. Mengenali budaya sekolah

3. Mematuhi peraturan sekolah.

Masa : 60 minit

Sasaran : Tahun 1

Bahan : Lampiran PD/1D – Sekolahku

Langkah-langkah

:Set Induksi:

Guru Bimbingan dan Kaunseling bersoal jawab tentang sekolah dengan murid.

1. Penerangan ringkas daripada Guru Bimbingan dan Kaunseling

tentang matlamat datang ke sekolah.

2. Guru Bimbingan dan Kaunseling membawa murid-murid melawat

papan kenyataan maklumat sekolah.

3. Mengisi Lampiran PD/1D tentang sekolah.

Penilaian : Murid dinilai daripada lembaran kerja yang diberikan.

Rumusan : Murid berupaya menyatakan matlamat hadir ke sekolah dan peraturan-peraturan yang perlu dipatuhinya.

Falsafah : ‘Sayangilah Sekolah’

LAMPIRAN PD/1D SEKOLAHKU

39

Page 40: Modul tahun 1

Nama : ………………………………………………………………………….

Nama Sekolah : ……………………………………………………………………….

Arahan : Tandakan (√ ) pada pernyataan yang betul dan ( X ) pada penyataan yang salah.

BIL. PERNYATAAN TANDAKAN

1. Liza akan membuang sampah ke dalam tong sampah.

2. Ravi tidak berbaris ketika membeli makanan di kantin.

3. Salimah memberi salam ketika berjumpa guru-guru.

4. Rahman membuat bising ketika guru tiada di dalam kelas.

5. Wiza datang awal ke sekolah setiap hari.

6. Roslan tidak menyiapkan kerja sekolah yang diberikan oleh guru.

7. Lim sentiasa berpakaian kemas ketika hadir ke sekolah.

8. Ramon tidak memakai stoking ke sekolah.

9. Semua murid di Kelas 1Gemilang bangun dan mengucapkan salam ketika Cikgu Rina masuk ke kelas.

10. Murid-murid berdiri ketika lagu Negaraku dinyanyikan.

Bidang : Pembangunan Diri Murid Tahun

40

Page 41: Modul tahun 1

Tajuk : Potensi Diri – Impianku

Objektif : Pada akhir sesi murid dapat:

1. Mengetahui hala tuju mereka pada masa hadapan.2. Murid mengetahui pelbagai jenis perkataan.3. Murid tahu bagaimana untuk mencapai impian mereka.

Masa : 60 minit

Sasaran : Tahun 1

Bahan : Lampiran PD/1E – Impianku , Gambar pekerjaan – Kad Huruf

Langkah-langkah :

Set Induksi:

Guru Bimbingan dan Kaunseling membawa sebuah kotak yang mengandungi sikap positif dan negatif.

1. Murid dikehendaki memilih dan menyusun kad huruf berdasarkan cita-cita dan minat dalam bidang kerjaya yang akan mereka ceburi.

2. Guru Bimbingan dan Kaunseling meminta murid menyatakan pekerjaan-pekerjaan lain yang mereka tahu.

3. Guru Bimbingan dan Kaunseling menerangkan bidang tugas pekerjaan-pekerjaan yang telah dinyatakan oleh murid.

4. Murid menjawab latihan ( Lampiran PD/1E ).

5. Murid diminta mewarna gambar-gambar pekerjaan yang telah dipilih.

6. Guru Bimbingan dan Kaunseling membuat rumusan secara keseluruhan tentang aktiviti yang dilakukan.

Penilaian : Murid dinilai daripada latihan yang telah dijawab.

Rumusan : Murid telah membina impian pekerjaannya sendiri.

Falsafah : 1. Minat akan timbul jika murid mengenali sesuatu pekerjaan.

2. Pekerjaan adalah satu ibadah.

LAMPIRAN PD/1E

41

Page 42: Modul tahun 1

IMPIANKU

Arahan : Isi tempat kosong dengan jawapan yang sesuai.

Doktor Posmen Polis

Guru Jururawat Ahli Bomba

1. Encik Omar mengajar murid-murid di sekolah.

2. Encik Muthu menghantar surat setiap hari dari pejabat pos ke rumah orang ramai.

3. Cik Liza membantu Doktor Lim mencuci luka di kaki pesakit itu.

4. Encik Ramli memadam kebakaran yang berlaku di kilang perabot.

5. Ayah Rosham Nor bertugas di balai polis.

6. Ibu Rosni sedang mengetuai pembedahan di hospital itu.

42

Page 43: Modul tahun 1

Bidang : Pendidikan Pencegahan

Tajuk : First Aid kit

Objektif : Pada akhir sesi murid dapat:

1. Mengenalpasti alatan yang terdapat di dalam First Aid

Masa : 60 minit

Sasaran : Tahun Satu

Bahan : “First Aid” yang lengkap , Lampiran PP/1A

Langkah-langkah

:Set Induksi:Guru Bimbingan dan Kaunseling meminta murid meneka apa yang ada di dalam genggamannya. (sejenis ubat- contoh panadol)

Murid meneka apa yang ada di dalam genggaman guru.

1. Guru Bimbingan dan Kaunseling bersoaljawab dengan murid tempat yang paling sesuai untuk menyimpan ubat.

2. Guru Bimbingan dan Kaunseling menunjukkan First Aid kepada murid.

3. Guru Bimbingan dan Kaunseling menunjukkan satu persatu alatan dan ubatan yang ada di dalam First Aid

4. Guru Bimbingan dan Kaunseling membimbing murid menyebut nama ubat dan peralatan yang terdapat di dalam First Aid

5. Guru Bimbingan danKaunseling memberi penerangan tentang penggunaan ubat yang memerlukan pengawasan orang dewasa.

6. Guru Bimbingan dan Kaunseling mengedarkan Lampiran PP/1A.

7. Murid mencari dan menyenaraikan alatan yang terdapat di dalam First Aid

Penilaian : Murid dapat menyenaraikan alatan di dalam First Aid.

Rumusan : First Aid penting kepada manusia

Falsafah : Ubat – penawar dan racun

43

Page 44: Modul tahun 1

LAMPIRAN PP/1A

Nama:.................................................................... Tahun:.............................

Senaraikan alatan yang terdapat di dalam First Aid

gunting pisau pensel

ubat pemadam kain anduh

minyak angin minyak masak cawan

pembalut luka dettol sudu

1. ..............................................................

2. ...............................................................

3. ..............................................................

4. ...............................................................

5. .................................................................

6. .................................................................

44

Page 45: Modul tahun 1

Bidang : Pendidikan Pencegahan

Tajuk : Kami Benci Rokok

Objektif : Pada akhir sesi murid dapat:

1. Mengetahui asap rokok membahayakan kesihatan

Masa : 60 minit

Sasaran : Tahun 1

Bahan : Lampiran PP/1B, PP/1C, PP/1D

Langkah-langkah

: Set Induksi:Bersoaljawab dengan murid tentang gambar yang ditunjukkan.(Lampiran PP/1B.)

1. Guru Bimbingan dan Kaunseling memaparkan lirik lagu “Sakit Asap Rokok”( Lampiran PP/1C)

2. Guru Bimbingan danKaunseling membimbing murid menyanyikan lagu tersebut.

3. Murid menyanyikan lagu tersebut mengikut kumpulan.4. GuruBimbingan dan Kaunseling mengedarkan lembaran

kerja(Lampiran PP/1D).5. Murid diminta melengkapkan lirik lagu tersebut.

Penilaian : Murid dapat melengkapkan lirik lagu.

Rumusan : Mengetahui bahaya asap rokok .

Falsafah : Merokok Membahayakan Kesihatan.

45

Page 46: Modul tahun 1

LAMPIRAN PP/1B

46

Page 47: Modul tahun 1

LAMPIRAN PP/1C

SAKIT ASAP ROKOK ( Lagu irama Tok Wi )

Sakit apa Tok Wi,Sakit paru – paru,Kenapa Tok Wi,Kesan asap rokok.

Sakit apa Tok Wi,Tidak besar besar.

Kesan asap rokok,Badan tidak besar.

Sakit apa Tok Wi,Sakit telinga, hidung,Kenapa Tok Wi,Kesan asap rokok,

Sakit apa Tok Wi,Sakit lelah asma,Kenapa Tok Wi,Sebab asap rokok.

Oleh itu kawan,Jauhkan diri,Bahaya rokok boleh cepat mati.

LAMPIRAN PP/1D

47

Page 48: Modul tahun 1

Lengkapkan lirik lagu di bawah berdasarkan jawapan yang diberi Bahaya telinga Sakit paru-paru rokok kawan asap lelah SAKIT ASAP ROKOK ( Lagu irama Tok Wi )

(1) ........................... apa Tok Wi,

Sakit (2) .......................................,

Kenapa Tok Wi,

Kesan asap (3) ................................

Sakit apa Tok Wi,

Tidak besar besar.

Kesan (4) ............................ rokok,

Badan tidak besar.

Sakit apa Tok Wi,

Sakit (5) ..............................., hidung,

Kenapa Tok Wi,

Kesan asap rokok,

Sakit apa Tok Wi,

Sakit (6) .............................. asma,

Kenapa Tok Wi,

Sebab asap rokok.

Oleh itu (7) .................................,

Jauhkan diri,

(8) ................................... rokok boleh cepat mati.

48

Page 49: Modul tahun 1

Bidang : Pendidikan Pencegahan

Tajuk : Mewarna gambar ( Poster )

Objektif : Pada akhir sesi murid dapat:

1. Mewarna gambar yang diberi dengan menarik.

Masa : 60 minit

Sasaran : Tahun Satu

Bahan : Gambar (Poster) - Lampiran PP/1E

Langkah - langkah

:

Set Induksi: Guru Bimbingan dan Kaunseling menunjukkan beberapa bungkusan hadiah

Guru Bimbingan dan Kaunseling menerangkan hadiah tersebut akan diberikan kepada pemenang pertandingan mewarna.

1. Guru Bimbingan dan Kaunseling mengedarkan gambar/ poster kepada murid.

2. Guru Bimbingan dan Kaunseling menerangkan kepada murid aktiviti yang akan dijalankan.

3. Murid mewarnakan gambar tersebut.

4. Guru Bimbingan dan Kaunseling memilih beberapa orang pemenang dan menerangkan hasilkerja mereka.

Penilaian : Menyiapkan tugasan yang diberi.

Rumusan :

Dadah itu membunuh

Falsafah : Hidup harmoni tanpa dadah

LAMPIRAN PP/1E

49

Page 50: Modul tahun 1

50

Page 51: Modul tahun 1

Pendidikan Pencegahan

Pendidikan Pencegahan (HIV/AIDS)

Pada akhir sesi murid dapat:

1. Mengetahui tentang kempen penyakit HIV / AIDS

60 minit

Tahun 1

Poster – Lampiran PP/1F

Set Induksi:

Menunjukkan poster HIV / AIDS.

1. Guru Bimbingan dan Kaunseling menerangkan secara umum

mengenai HIV/AIDS

2. Guru Bimbingan dan Kaunseling mengedarkan poster kepada

murid .

3. Murid mewarnakan poster setelah mendengar penerangan guru.

4. Guru Bimbingan dan Kaunseling memilih hasil kerja yang terbaik

dan dipamerkan di hadapan kelas.

Murid dapat mewarnakan poster yang diberi

Murid mengambil bahagian dalam kempen perangi AIDS/ HIV

Amalkan gaya hidup sihat

51

Page 52: Modul tahun 1

LAMPIRAN PP/1F

Contoh:

52

Page 53: Modul tahun 1

Bidang : Pendidikan Pencegahan

Tajuk : Minuman Yang Menyihatkan

Objektif :Pada akhir sesi murid dapat:

1. Membezakan minuman yang baik untuk kesihatan.

Masa : 60 minit

Sasaran : Tahun Satu

Bahan : Bahan maujud (botol dan tin minuman),Lampiran PP/1G

Langkah-langkah

: Set Induksi: Guru Bimbingan dan Kaunseling menunjukkan bahan maujud (air mineral dan minuman dalam tin).

1. Guru Bimbingan dan Kaunseling meminta murid menyebut minuman yang menyihatkan.2. Guru Bimbingan dan Kaunseling meminta murid menyenaraikan beberapa jenis minuman yang mereka tahu.3. Guru Bimbingan danKaunseling menerangkan minuman

yang sihat dan tidak sihat untuk diminum.4. Guru Bimbingan dan Kaunseling mengedarkan Lampiran PP/

1G kepada murid.5. Murid menjawab latihan yang diberi dengan menulis perkataan ’baik’ dan ’tidak’.6. Guru Bimbingan dan Kaunseling merumuskan jenis minuman yang sihat dan tidak sihat untuk diminum. (minuman yang sihat : air soya, air mineral) (minuman yang tidak sihat : air tin, minuman bergas, arak)

Penilaian : Murid dapat menyiapkan latihan yang diberi.

Rumusan : Kita perlu tahu memilih minuman yang sesuai dan berkhasiat.

Falsafah : Minuman yang berkhasiat, baik untuk kesihatan.

53

Page 54: Modul tahun 1

LAMPIRAN PP/1G

Nama: ________________________________

Tuliskan ‘baik’ atau ‘tidak’ pada gambar di bawah.

54

1. 2.

3.4.

5. 6.