model pengurusan kelas khas 2.doc
TRANSCRIPT
MODEL PENGURUSAN KELAS KHAS
MODEL ILTENERAN
Model guru beredar.Sasaran : semua murid berkeperluan khasCara pelaksanaan: khidmat bantu secara terus di bilik darjahPenglibatan: murid dan guruSkop: terhadLokasi: kelas, Tadika, Taman Asuhan, Sekolah integrasi dan PDK
MODEL KONSULTAN
Model perundingan.Sasaran : kanak-kanak khas, ibu bapa, guru, dan semua pihak yang berkaitanCara pelaksanaan: khidmat bantu secara lebih terbukaPenglibatan: murid dan guru, KPM, NGO,JKM,KKM, pasukan pelbagai disiplin, pakar berkaitanSkop: lebih luasLokasi: bebas, dalam dan luar sekolah
MODEL BILIK RESOS
Bilik-bilik yang disediakan untuk menjayakan program pendidikan khas. Digunakan sebagai tempat menjalankan bimbingan dan penyimpanan alatan yang dan tempat guru resos menjalankan tugasan. Fungsi guru resos ialah menjalankan pengajaran dan pembelajaran , pengurusan kelas bimbingan, aktiviti tambahan.
MODEL KELAS BIASA( INKLUSIF)Melibatkan murid pendidikan khas yang belajar bersama dalam kelas biasa bersama murid aliran perdana. Mereka akan mengikuti pelajaran bersama-sama dengan rakan sebaya. Inklusif dijalankan scara separa dan sepenuhnya . Senarai daftar murid pendidikan khas kekal dalam kelas pendidikan khas. Guru pendidikan khas berfungsi sebagai guru pendamping. Dilaksanakan di sekolah rendah dan menengah bergantung kepada prestasi dan RPI.
MODEL KELAS INTEGRASIKelas-kelas pendidikan khas dijalankan dalam sekolah bersama dengan kelas-kelas aliran perdana yang lain. Semua murid pendidikan khas akan belajar di kelas yang disediakan untuk murid-murid pendidikan khas. Semua kemudahan-kemudahan dan infrastruktur di sekolah tersebut akan dikongsi bersama. Semua murid pendidikan khas akan didaftarkan secara berasingan dan menjalankan aktiviti pnp secara berasingan.MODEL PENGURUSAN KELAS PENDIDIKAN KHAS
MODEL HEWETT
Tingkah laku murid dipengaruhi oleh :
Keperluan dan kehendak untuk bertahan dalam persekitaran yang kasar dan kurang mesra
Kepercayaan kepada sains atau keperluan untuk menyiasat, menganalisis dan menjelaskan sesuatu yang tidak diketahui
Perkhidmatan atau keperluan membantu, membimbing, mengawal dan mensejahterakan kehidupan mereka yang kurang bernasib baik
Kebaikan model :
Penggunaan internet atau bahan interaktif yang lebih menarik dan boleh membina motivasi murid
Menggalakkan murid membuat penerokaan dalam pencarian sumber maklumat
Menggalakkan murid mahir dalam penggunaan ICT
Pengumpulan bahan maklumat dari pelbagai sumber
Kelemahan model :
Guru yang tidak mahir dalam penggunaan "online teaching" akan mengambil masa yang lama
Murid akan meneroka laman sesawang yang tidak sesuai jika tiada pengawasan
MODEL MONTESSORI
Pengenalan
Teori utama montessori ialah minda yang menyerap, jangka masa peka dan proses normalisasi
Menekankan aspek penggunaan deria seperti melihat, menyentuh, mendengar, menghidu dan merasai sesuatu
Prinsip-prinsip
Menghormati kanak-kanak dan hak mereka
Menguasai kemahiran dari mudah ke sukar
Kanak-kanak dididik secara bersepadu dan menyeluruh
Kanak-kanak melakukan aktiviti arahan kendiri
Konsep asas dalam kurikulum
Minda yang mudah menyerap
Persekitaran yang tersedia
Didikan diri
Bahan pembelajaran
STESEN
Definisi
Merupakan bilik atau ruang lengkap dengan bahan-bahan bantu mengajar khusus bagi satu mata pelajaran
Diguna pakai sebagai alternatif kepada kaedah sedia ada
Murid-murid dapat mengikuti keseluruhan kurikulum berdasarkan keupayaan dan kebolehan sedia ada murid
Rasional
Menyediakan pendekatan pnp yang lebih fleksibel, menarik dan berfokus
Disiplin murid senang dikawal
Matlamat
Menyediakan peluang dan kemudahan pendidikan dalam suasana pembelajaran yang kondusif, aktif dan menyeronokkan
Objektif
Murid dapat menumpukan perhatian kepada proses pembelajaran
Murid lebih berminat untuk belajar
Murid belajar dalam suasana kondusif
Bilangan stesen
Sebanyak 14 buah stesen kemahiran mengikut komponen mata pelajaran berasaskan 4 bidang di dalam kurikulum pendidikan khas
Implikasi
Pengubahsuaian ruang fizikal
Keperluan peralatan fizikal
RPI disimpan di stesen
KIOSK Merupakan pendekatan dimana pelbagai bahagian sudut dalam kelas yang berdasarkan teori multiple intelligent
Kecerdasan manusia merangkumi pelbagai kebolehan, keupayaan, bakat atau kemahiran yang wujud dalam diri manusia itu
Diasaskan oleh Howard Gardner
Beliau menyatakan bahawa tahap kecerdasan individu adalah berbeza dan pembelajran adalah lebih mudah sekiranya dijelaskan dalam bentuk yang seiring dengan tahap kecerdasan individu itu
Kecerdasan individu boleh dipertimbangkan menerusi pendidikan, pengalaman dan persekitaran
Melalui pendekatan kiosk, proses pengajaran dan pembelajran adalah lebih mudah apabila minda murid tersebut tercabar bukannya dalam keadaan bosan atau rehat
Dalam konteks pendidikan khas terutamanya, pendidikan khas bermasalah pembelajaran, konsep kiosk amatlah sesuai dijalankan
Ini kerana murid pendidikan khas berpeluang merasa kepelbagaian suasana pembelajaran
Pendekatan kiosk memberi peluang kepada guru untuk mengapllikasi keperlbagaian kemahiran serta kreativiti mereka
Pendekatan kiosk sebenarnya berdasarkan kecerdasan pelbagai dimana sati kelas boleh membina 8 kiosk.
MODEL PENGAJARAN KUMPULAN
PENGAJARAN KOPERATIF Satu strategi pembelajaran berteraskan pasukan kecil.
Setiap murid bertanggungjawb tentang pencapaian diri sendiri dan membantu ahli kumpulan
Pergantungan positif setiap ahli dalam menentukan kejayaan pasukan
Hasil secara kumpulan
Guru berperanan sebagai fasilitator, menstrukturkan dan memantau aktiviti pasukan untuk mencapai objektif
PENGAJARAN KOLABORATIF Strategi pembelajaran kolaboratif merupakan salah satu stratei yang boleh digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran bestari
Perkongsian maklumat antara guru dan murid atau murid dan murid
Berasaskan kepada idea bahawa pembelajran adalah satu tingkah laku sosial.
Pembelajaran berlaku melalui perbincangan atau komunikasi fizikal atau virtual
Hasil secara individu
Tidak memerlukan pemantauan guru
KHIDMAT GURU PENDAMPING
Definisi
Guru pendamping ialah guru yang bekerjasama dengan guru perdana atau guru biasa untuk menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran bermanfaat dan sesuai untuk murid
Guru pendamping khusus merupakan guru yang memiliki pengetahuan yang khusus dalam masalah yang dihadapi oleh murid
Guru kelas biasa yang memiliki pengetahuan dan pengalaman untuk membantu kanak-kanak mempelajari sesuatu
Peranan guru pendamping
Membantu guru kelas dalam menyelesaikan tugasan melalui perbincngan
Menyusun aktiviti yang dapat dilakukan di dalam dan luar kelas
Menjalankan program yang berpusatkan murid
Kepentingan guru pendamping
Meningkatkan aktiviti pengayaan dan pemulihan di dalam kelas KBSR, termasuklah murid-murid yang telah diinklusifkan.
Memperkembangkan kebolehan murid-murid dalam aspek akademik, perkembangan sosial, komunikasi, tingkah laku, psikomotor dan keterampilan diri