model pengurusan kelas khas

13
1.0 TEORI & MODEL PENGURUSAN KELAS KHAS Menurut Cegelka dan Berdine (1995) penyusunan fizikal bilik darjah boleh mempengaruhi tingkah laku dan pembelajaran murid.Ia boleh menambah atau mengurangkan masa yang ditumpukan terhadap pembelajaran secara aktif dan kekerapan kejadian masalah tingkah laku. Guru perlu menstrukturkan ruang fizikal bilik darjah supaya dapat minimumkan masa murid tidak menumpukan perhatian terhadap pembelajaran. Bilik darjah yang paling berkesan ialah dimana hanya 5 – 13 % daripada masa keseluruhan di gunakan untuk persediaan bahan bantu mengajar. MODEL PENGURUSAN KELAS KHAS : STESEN Kaedah Stesen Pembelajaran merupakan satu pendekatan alternatif yang di gunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran bagi murid –murid bermasalah pembelajaran. Dari segi sejarah telah dimulakan pada tahun 2002 dengan projek printis dibeberapa buah sekolah rendah di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Negeri Selangor. Menurut Jabatan Pendidikan Khas Kementerian Pelajaran Malaysia (2003) Stesen Pembelajaran ialah bilik atau sudut dimana berlakunya proses pengajaran dan pembelajaran yang sistematik dengan sokongan bahan bantu mengajar yang efektif. Murid-murid di beri peluang belajar melalui kaedah hands on experience dan belajar sambil bermain.

Upload: siti-nurdiyana

Post on 24-Jun-2015

4.339 views

Category:

Documents


19 download

TRANSCRIPT

Page 1: Model PenGurusAn Kelas Khas

1.0 TEORI & MODEL PENGURUSAN KELAS KHAS

Menurut Cegelka dan Berdine (1995) penyusunan fizikal bilik darjah boleh

mempengaruhi tingkah laku dan pembelajaran murid.Ia boleh menambah atau

mengurangkan masa yang ditumpukan terhadap pembelajaran secara aktif dan

kekerapan kejadian masalah tingkah laku.

Guru perlu menstrukturkan ruang fizikal bilik darjah supaya dapat minimumkan

masa murid tidak menumpukan perhatian terhadap pembelajaran. Bilik darjah yang

paling berkesan ialah dimana hanya 5 – 13 % daripada masa keseluruhan di gunakan

untuk persediaan bahan bantu mengajar.

MODEL PENGURUSAN KELAS KHAS : STESEN

Kaedah Stesen Pembelajaran merupakan satu pendekatan alternatif yang di

gunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran bagi murid –murid bermasalah

pembelajaran. Dari segi sejarah telah dimulakan pada tahun 2002 dengan projek printis

dibeberapa buah sekolah rendah di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Negeri

Selangor.

Menurut Jabatan Pendidikan Khas Kementerian Pelajaran Malaysia (2003)

Stesen Pembelajaran ialah bilik atau sudut dimana berlakunya proses pengajaran dan

pembelajaran yang sistematik dengan sokongan bahan bantu mengajar yang efektif.

Murid-murid di beri peluang belajar melalui kaedah hands on experience dan belajar

sambil bermain.

Pendekatan pembelajaran memberi penekanan kepada pembelajaran mengikut

tahap keupayaan, kecerdasan, kemahiran, kebolehan, minat dan pengetahuan dan

pengalaman sedia ada murid.

Empat belas buah stesen kemahiran pengajaran dan pembelajaran disediakan

berasaskan empat bidang dalam Kurikulum Pendidikan Khas Bermasalah

Pembelajaran iaitu Bidang Pengurusan Hidup. Bidang Akademik Berfungsi, Bidang

Kerohanian dan Nilai Murni dan Bidang Sosial,Riadah dan Kerohanian.

Page 2: Model PenGurusAn Kelas Khas

Bagi memastikan keberkesanan kaedah stesen pembelajaran, kerjasama dari

Guru Besar sekolah , Penyelaras program, guru pendidikan khas dan ibu bapa

diperlukan. Dalam konteks ini ,guru besar merupakan orang yang diamanakan dan

dipertanggung jawabkan untuk mewujudkan suatu suasana kerja yang kondusif.

Guru pendidikan khas dipertanggung jawabkan menguruskan dan menceriakan

stesen dengan menyediakan bahan sokongan yang sesuai untuk memastikan proses

pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan dengan berkesan.

Kajian oleh Rounds et al (1985) mendapati bahawa ramai murid mengambil

bahagian secara aktif dalam pelbagai aktiviti dalam stesen pembelajaran. Lebih banyak

aktiviti dikendalikan diperingkat sekolah rendah berbanding dengan peringkat sekolah

menengah.

Kajian yang telah dilaksanakan oleh Berliner (1983) dibeberapa buah sekolah

rendah telah mengenal pasti antara 11 dan 53 jenis aktiviti yang berlainan dijalankan

dalam stesen–stesen pembelajaran seperti pengajaran guru, bacaaan, kerja kumpulan,

pembelajaran koperatif, membuat lembaran kerja, menonton video, permainan,

pertandingan, projek seni dan sains.

Reith dan Evertson (1988) berpendapat penyusunan stesen pembelajaran boleh

membantu dalam pelaksanaan aktiviti-aktiviti pembelajaran dan mempromosikan

mobiliti murid secara teratur. Ia boleh mengurangkan gangguan dan bising,

memperbaiki kualiti interaksi sosial murid dan menambah peratusan masa murid

menumpukan perhatian terhadap tugasan akademik. Penyusunan bilik secara stesen

boleh juga mempengaruhi keupayaan guru memerhati tingkah laku murid semasa

mereka menjalankan tugas.

1.2 MODEL PENGURUSAN KELAS KHAS : KIOSK

PENGGUNAAN KIOSK DALAM KELAS PEMULIHAN

Pembinaan kiosk ini adalah berdasarkan Teori Multiple Intelligence. Teori ini

menyatakan bahawa manusia mempunyai  pelbagai kecerdasan. Kecerdasan ini

Page 3: Model PenGurusAn Kelas Khas

merangkumi pelbagai kebolehan, keupayaan, bakat atau kemahiran yang wujud dalam

diri seseorang individu.

Teori yang diasaskan oleh Howard Gardner ini menyatakan bahawa tahap

kecerdasan individu adalah berbeza dan pembelajaran adalah lebih mudah sekiranya

dijelaskan dalam bentuk yang seiring dengan tahap kecerdasan individu itu.

Kecerdasan individu boleh diperkembangkan menerusi pendidikan, pengalaman

dan persekitaran. Sehubungan dengan konsep kepelbagaian, kecerdasan telah

diaplikasikan dalam bentuk kiosk dalam membantu murid-murid pemulihan khas.Melalui

pendekatan kiosk, proses pengajaran dan pembelajaran adalah lebih mudah apabila

minda murid tersebut tercabar bukannya dalam keadaan bosan atau rehat.

Dalam sebuah kelas boleh dibina lapan kiosk iaitu Kiosk Visual/Ruang di mana

guru mengajar menggunakan persepsi tentang alam sekitar, peta-peta, carta, gambar

rajah dan gambar-gambar.

Kiosk matematik ialah ruang belajar-mengajar yang menggunakan kebolehan

mena’akul, menyelesaikan masalah kompleks / matematik.

Kiosk Interpersonal merupakan ruang belajar – mengajar yang menggunakan

interaksi dan bekerjasama dengan orang lain dan juga murid yang suka bertutur.

Kiosk Bahasa ialah ruang belajar – mengajar yang menggunakan pergerakan

badan dalam menjalankan aktiviti P & P. Kiosk kinestatik ialah ruang belajar -mengajar

yang menggunakan pergerakan badan dalam menjalankan aktiviti P & P.

Kiosk Alam Sekitar ialah ruang belajar – mengajar yang menggunakan

persekitaran semula jadi sebagai bahan dalam menjalankan P & P.

Kiosk Muzik ialah ruang belajar – mengajar yang menggunakan alat serta bahan-

bahan muzik,lagu sebagai pengantara P & P yang dijalankan. Kiosk Intrapersonal ialah

ruang belajar-mengajar secara individu.

Dalam konteks Pendidikan Khas terutamanya Pendidikan Pemulihan Khas

Bermasalah Pembelajaran (PKBP), konsep Kiosk amatlah sesuai untuk dilaksanakan.

Page 4: Model PenGurusAn Kelas Khas

Ini kerana murid PKBP berpeluang merasa kepelbagaian suasana pembelajaran.

Pendektan Kiosk juga memberi peluang guru untuk mengaplikasikan kepelbagaian

kemahiran serta kreativiti mereka.

Melalui kepelbagaian pengajaran dan pembelajaran murid sebenarnya akan

menarik minat murid untuk belajar. Murid –murid pendidikan khas yang agak lambat

dalam memahami pembelajaran akademik mungkin lebih cenderung kepada

kesesuaian kecerdasan dan minat mereka.

BAGAIMANAKAH YANG DIKATAKAN SEBUAH KELAS PEMULIHAN YANG

SELESA, KONDUSIF, SELAMAT, DAN ‘SEDAP MATA MEMANDANG’?

Kiosk yang menarik dan sesuai dengan ciri-ciri kelasnya.

Page 5: Model PenGurusAn Kelas Khas

Kiosk Ruang / Visual

Mengajar menggunakan persepsi tentang alam sekitar, peta-peta, carta, gambar rajah

dan gambar-gambar.

Kiosk Interpersonal

Ruang belajar – mengajar yang menggunakan interaksi dan bekerjasama dengan

orang lain.Bagi murid yang suka bertutur.

Page 6: Model PenGurusAn Kelas Khas

Kiosk Intrapersonal

Kiosk Intrapersonal ialah ruang belajar-mengajar secara individu.

Kiosk Muzik

Kiosk Muzik ialah ruang belajar – mengajar yang menggunakan alat serta bahan-bahan

muzik,lagu sebagai pengantara P & P  yang dijalankan.

Page 7: Model PenGurusAn Kelas Khas

Kiosk Bahasa

Kiosk Bahasa ialah ruang belajar – mengajar yang menggunakan pergerakan badan

dalam menjalankan aktiviti P & P.

Kiosk Matematik

Kiosk matematik ialah ruang belajar-mengajar yang menggunakan kebolehan

mena’akul, menyelesaikan masalah kompleks / matematik.

Page 8: Model PenGurusAn Kelas Khas

Kiosk Alam Sekitar

Kiosk Alam Sekitar ialah ruang belajar – mengajar yang menggunakan persekitaran

semula jadi sebagai  bahan dalam menjalankan P & P.

Kiosk Kinestatik

Page 9: Model PenGurusAn Kelas Khas

Kiosk kinestatik ialah  ruang belajar -mengajar yang menggunakan pergerakan badan

dalam menjalankan aktiviti P & P.

Kiosk pengurusan diri

Kiosk pengurusan diri ialah ruang belajar-mengajar yang mendidik murid untuk

mengemas diri. Contoh: menyikat rambut, memakai dan membetulkan baju, dll.

1.3 MODEL PENGURUSAN KELAS KHAS : HORSE-SHOE

Bentuk Horse-shoe mempunyai kelebihan yang sama seperti menggunakan

bentuk bulatan, sama ada disusun satu atau lebih meja . Ia menyediakan ruang untuk

guru bergerak dengan mudah di kalangan pelajar dan memudahkan guru menumpukan

perhatian murid pada papan putih atau skrin tanpa perlu menukar tempat duduk.

SUSUN ATUR HORSE-SHOE

Page 10: Model PenGurusAn Kelas Khas

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA

KAMPUS DARULAMAN

06000 JITRA, KEDAH

ISL MINGGU 1

TEORI & MODEL PENGURUSAN KELAS KHAS

Page 11: Model PenGurusAn Kelas Khas

NAMA : NORHARTINI BINTI MOHAMAD POZI

SITI NURDIYANA BTE MOHD YUSOF

NOMBOR I/C : 890630-02-5294

881213-23-5106

KURSUS : 2 PISMP PEM (BM)/MT/BI

AMBILAN : JANUARI 2009

PENSYARAH : TUAN HAJI RAHIM BIN MARZUK