model pengajaran pembentangan

13
MODEL PENGAJARAN : SOSIAL KUMPULAN : JESICCA, ASRUL & AZIZAN

Upload: luqman-hakim

Post on 14-Nov-2015

229 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

model pengajaran

TRANSCRIPT

MODEL PENGAJARAN : SOSIAL

MODEL PENGAJARAN : SOSIALKUMPULAN : JESICCA, ASRUL & AZIZANKONSEP MODEL SOSIALModel sosial direka cipta untuk membantu pelajar menajamkan pemikiran melalui interaksi dengan orang lain. Membantu mengembangkan idea-idea. Model lebih menekankan kepada penyiasatan atau penerokaan secara kumpulan. Pembelajaran KoperatifKoperatif bermaksud kerjasama. Menurut Arends (2001), fokus utama pembelajaran koperatif berkisar kepada tiga perkara iaitu: - Pencapaian akademik - Penerimaan kepelbagaian - Kemahiran sosial Model pembelajaran koperatif dicirikan dengan: - Tugasan koperatif - Matlamat - Struktur ganjaranKonsep Utama Pembelajaran KoperatifTerdapat enam konsep pembelajaran koperatif iaitu: - Pasukan - Keinginan untuk bekerjasama - Pengurusan koperatif - Kemahiran bekerjasama - Prinsip asas pembelajaran koperatif - Struktur pembelajaran koperatif

Kelebihan Pembelajaran KoperatifBermanfaat kepada pelajar yang lemah untuk mendapat bantuan daripada pelajar yang cerdas. Pelajar lebih berminat dengan keadaan bilik darjah yang lebih sesuai. Pembentukan kemahiran sosial dan perhubungan sosial secara positif dalam kalangan pelajar. Membawa penambahbaikan dalam perhubungan etnik dalam kalangan pelajar. Pelajar mempunyai kawalan diri dalaman dan mempunyai motivasi intrinsik. Definisi dan Konsep SimulasiDefinisi bagi simulasi ialah suatu situasi pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah yang terkawal dan sengaja diwujudkan sama ada dengan situasi yang sebenar dengan tujuan menjalankan latihan penyelesaian masalah tertentu. Simulasi Menurut buku Murid dan Alam Belajar yang ditulis oleh Noriati A.Rashid et. al., dalam pengajaran yang menggunakan model simulasi, terdapat empat fasa yang penting iaitu: 1.Orientasiguru akan mengemukakan topik yang ingin di ajar, menerangkan konsep simulasi2.Latihan peserta murid-murid mula bersimulasi dan guru memperkenalkan peraturan, permainan, prosedur, cara mendapar skor, jenis keputusan yang perlu dibuat serta matlamat simulasi.

3.Proses simulasi Pelajar melibatkan diri.4.Perbincanganperbincangan pelajar selepas simulasi tentang hasil pembelajaran, proses simulasi serta banding beza antara simulasi dengan dunia sebenar

Tujuan Simulasi1. Untuk menguasai kemahiran 2. Untuk membina sikap positif 3.Untuk membawa situasi sebenar ke dalam bilik darjah .Jenis-jenis simulasi yang biasa digunakan dalam aktiviti pembelajaran di dalam bilik darjah terbahagi kepada dua: - Sosiodrama - Main perananMain perananDefinisi : Menurut Mok Soon Sang dalam bukunya yang bertajuk Psikologi Pendidikan dan Pedagogi Murid dan Alam Belajar, main peranan merujuk kepada satu teknik mengajar dalam bilik darjah.

Merupakan lakonan spontan yang melibatkan sekumpulan murid tanpa menggunakan sebarang skrip. Murid-murid boleh belajar memahami pelbagai tingkah laku dalam aktiviti main peranan ini. Terdapat lima jenis main peranan iaitu:

1. Memerihal 2. Demonstrasi 3. Latihan 4. Cerminan 5. Kepekaan Prinsip-prinsip Pelaksanaan SimulasiGuru hendaklah merancang situasi.Guru beri penerangan ringkas sebelum, semasa dan slps simulasi.Murid-murid yang mahir dalam pertuturan boleh dipilih sebagai pelakon. Guru menyediakan bahan bantu mengajar yang menarik.Akhir sekali, guru perlu membuat rumusan memalui perbincangan di antara murid pada akhir proses pengajaran dan pembelajaran.