model pengajaran

24
EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR MODEL PENGAJARAN SOALAN : CADANGKAN STRATEGI YANG TERBAIK BERDASARKAN SALAH SATU MODEL PENGAJARAN MUJAHID DASUKI PISMP SEJARAH SEMESTER DUA

Upload: siti-fironika-hj-abd-rahman

Post on 19-Jun-2015

806 views

Category:

Education


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: Model pengajaran

EDU 3103

MURID DAN ALAM BELAJARMODEL PENGAJARAN

SOALAN : CADANGKAN STRATEGI YANG TERBAIK BERDASARKAN

SALAH SATU MODEL PENGAJARAN

MUJAHID DASUKI PISMP SEJARAH SEMESTER DUA

Page 2: Model pengajaran

DEFINISI

Merujuk kepada konteks kurikulum, ‘model’ dikatakan sebagai satu entiti

yang mengandungi beberapa komponen bagi membantu mencapai matlamat

pendidikan yang diharapkan. Pengajaran pula ditakrifkan sebagai penyampaian maklumat dalam pelbagai

situasi pendidikan. Secara amnya, model pengajaran merupakan satu

perihalan persekitaran pengajaran dan pembelajaran.

Page 3: Model pengajaran

Model-model pengajaran juga sebenarnya merupakan model

pembelajaran. Dengan lebih jelas lagi, model pembelajaran merupakan satu

perihalan yang dijadikan panduan oleh guru untuk merancang kurikulum

khususnya selain merangka kursus dan unit pengajaran serta menyediakan

bahan-bahan pengajaran seperti program multi-media serta pengajaran

berpandukan komputer, lembaran-lembaran kerja dan sebagainya.

Page 4: Model pengajaran

JENIS MODEL PENGAJARAN

Empat kumpulan model pengajaran yang seringkali

dijadikan panduan guru iaitu Model Pemprosesan

Maklumat, Model Behavioral, Model Sosial dan Model

Personal.

Page 5: Model pengajaran

Choong Lean Keow telah menjelaskan bahawa model personal adalah model yang berpegang kepada unsur keperibadian individu. Dalam menggunakan model personal ini, kita boleh berpandukan kepada teknik-teknik bukan mengarah semasa kita membimbing mereka, menggunakan kaedah synectics(sinektik) untuk meningkatkan kreativiti mereka, dan perjumpaan kelas bagi membina pembelajaran komuniti.

Page 6: Model pengajaran

Maka model personal sememangnya banyak berfokuskan kepada konsep-konsep yang mana juga diutamakan oleh ahli humanistik, iaitu konsep

kendiri dan harga diri; arah kendiri yang positif dan sifat berdikari; kreativiti dan

sifat ingin tahu dan perkembangan domain afektif dan emosi

Page 7: Model pengajaran

Di dalam Model Personal terdapat tiga model-model. Model-model tersebut adalah seperti yang berikut:

i)Pengajaran fasilitatif. (Berasaskan kaedah yang dipelopori oleh CarlRogers dan berpusatkan murid)

ii)Peningkatan kesedaran kendiri. (Bertumpu kepada mengembangkan kesedaran dan penunaian potensi masing-masing.)

iii)Synectics. (Memberi perhatian kepada perkembangan dan aplikasikreativiti.)

Page 8: Model pengajaran

Ketiga-tiga model ini telah dicipta bagi membentuk pendidikan agar membolehkan kita lebih memahami diri kita, bertanggungjawab atas pendidikan kita dan seterusnya mencapai tahap perkembangan yang jauh melebihi tahap maksimum kearah kualiti hidup yang tinggi. Usaha inilah yang akan diterajui oleh setiap model-model yang terkandung dalam kumpulan Model Personal.

Page 9: Model pengajaran

PENGASAS MODEL PERSONAL

Page 10: Model pengajaran

Carl Rogers merupakan seorang tokoh dan juga pelopor bagi Model Pengajaran Fasilitatif. Beliau telah dilahirkan pada 8 Januari 1902 di Oak Park, Illinois Chicago dan merupakan anak keempat daripada enam adik-beradik. Menyentuh tentang latar belakang pendidikan beliau, pada usia pra sekolah lagi beliau sudah mahir membaca dan disebabkan ini beliau pun memulakan pendidikan formal di Gred Dua. Asuhan dan didikan di rumah yang amat menekankan kepada unsur agama telah menjadikan Rogers seorang yang berdikari dan berdisiplin.

Page 11: Model pengajaran

MODEL PENGAJARAN FASILITATIF

Model ini ingin membentuk satu komuniti pelajar yang mempunyai disiplin diri serta mempunyai kesedaran peribadi yang tinggi. Rogers (1982) dan beberapa orang penyokong model fasilitatif tidak direktif percaya bahawa manusia akan berkembang dengan perhubungan manusia yang positif.

Page 12: Model pengajaran

Dalam pengajaran, seharusnya didasarkan pada konsep-konsep bidang pelajaran, proses berfikir atau sumber-sumber intelektual yang

lain. Menurut model ini, guru dianggap sebagai seorang fasilitator dan membantu

muridnya menjelajah idea-idea selain menggalakkan pertumbuhab dan

perkembangan murid.

Page 13: Model pengajaran

KONSEP MODEL PENGAJARAN FASILITATIF IALAH :

1) Manusia akan berkembang dengan perhubungan manusia yang positif.

2) Fokuskan hubungan manusia berbanding pengajaran konsep mata pelajaran.

3) Menggunakan terapi sebagai cara pengajaran.4) Guru dianggap sebagai kaunselor.5) Menekankan pakatan antara murid dengan guru.5)Guru membimbing murid memainkan

peranan dalam pembelajaran.6) Guru bantu murid mengarah diri sendiri demi

mencapai matlamat.7) Guru memberi maklum balas tentang kemajuan

murid.8) Guru membantu dalam menyelesaikan masalah.

Page 14: Model pengajaran

Bagi model ini, guru dianggap sebagai fasilitator atau kaunselor, di mana penekanan diberikan terhadap pakatan antara guru dan murid. Oleh itu, guru hendaklah mempunyai hubungan yang baik dengan murid. Guru memainkan peranan penting dalam membimbing pelajar ke arah memahami bagaimana pelajar boleh memainkan peranan utama dalam pembelajaran mereka. Antaranya, guru membantu pelajar mengarah diri masing-masing demi pencapaian matlamat kendiri.

Page 15: Model pengajaran

TUJUAN MODEL

Mengikut Joyce et al., (2002), antara tujuan Model Pengajaran Fasilitatif ialah :

1) Menghala tuju murid ke arah kesihatan mental dan emosi yang lebih tinggi dengan membentuk keyakinan kendiri, penghargaan diri yang realistik dan perasaan empati terhadap orang lain.

2) Meningkatkan bahagian pendidikan yang menekankan keperluan dan aspirasi murid, di mana setiap murid diambil sebagai pakatan untuk menentukan apa dan bagaimana murid akan belajar.

3) Membentuk jenis pemikiran kualitatif yang khusus seperti kreativiti dan ekspresi peribadi.

Page 16: Model pengajaran

TEKNIK

Teknik utama yang digunakan bagi mengembangkan hubungan yang fasilitatif adalah dengan wawancara bukan-direktif (non-directive) iaitu sekurang-kurangnya rangkaian pertemuan antara guru dengan murid. Semasa mengadakan sesi wawancara, guru meletakkan dirinya sebagai kolaborator di dalam proses eksplorasi diri murid dan penyelesaian masalah. Wawancara sendiri direka bagi menumpukan kepada keunikan individu dan kepentingankehidupan emosional pada semua aktiviti manusi.

Page 17: Model pengajaran

Menurut Carl Rogers, suasana wawancara terbaik mempunyai empat peringkat, antaranya ialah ;

1)Guru menunjukkan kehangatan dan perhatian.

2)Hubungan kaunseling dicirikan oleh rasa permisif yang ditunjukkan oleh ekspresi.

3)Murid tidak mengekspresikan pendapatkan, namun dalam batasan bahawa ia tidak bebas untuk megendalikan guru atau melakukan gerak hatinya dnegan tindakan-tindakan yang tidak dibenarkan.

4)Hubungan kauseling bersifat bebas daripada tekanan.

Page 18: Model pengajaran
Page 19: Model pengajaran
Page 20: Model pengajaran

APLIKASI

Untuk menggunakan Model Pengajaran non-direktif secara berkesan, seorang guru harus mempunyai keinginan untuk menerima bahawa seorang pelajar dapat memahami akan dia dan kehidupannya sendiri. 

Guru tidak berusaha untuk menghakimi, menasihati, menenangkan, atau membesarkan hati pelajar. Guru tidak berusaha untuk mendiagnosis permasalahan. 

Page 21: Model pengajaran

Pada model ini, guru menentukan fikiran dan perasaan personal sementara dan merefleksikan fikiran dan perasaan yang dimiliki pelajar. Dengan melakukan ini, guru menyampaikan pemahaman yang mendalam dan menerima perasaan yang dimiliki pelajar.

Page 22: Model pengajaran

Roger menyimpulkan bahawa sesetengah keadaan benar - benar sukar untuk merasakan perspektif yang dimiliki pelajar, khususnya jika pelajar bingung. Strategi hanya bekerja jika guru memasukkan dunia pemahaman pelajar dan meninggalkan di belakang rujukan tradisional. Mengembangkan sebuah kerangka rujukan dalaman tidaklah mudah pada awalnya, akan tetapi hal ini perlu jika guru memahami pelajar, tidak pelajarnya saja. .

Page 23: Model pengajaran

RUMUSAN

Model pengajaran personal ini murid sebenarnya berpeluang untuk meneroka bagi meningkatkan kemampuan diri sendiri. Murid dapat menentukan cara pembelajaran mereka sendiri. 

Model personal dalam pengajaran dan pembelajaran sangat menekankan individu sebagai insan yang unik maka seorang guru akan dicabar untuk membentuk personaliti murid yang berintegrasi, penuh keyakinan, dan kompeten.

Page 24: Model pengajaran

Matlamat ini adalah untuk membantu setiap pelajar bertanggungjawab terhadap perkembangan diri dan berjaya mencapai penghargaan diri serta keharmonian kendiri. Maka, adalah penting untuk guru membentuk serta menggabungkan aspek intelek dengan emosi demi melahirkan suatu personaliti yang seimbang.