model konseptual pendidikan guru.docx

3
MODEL KONSEPTUAL PENDIDIKAN GURU Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) dan Falsafah Pendidikan Guru (FPG) mengutamakan dan menekankan kepentingan tiga aspek iaitu pengetahuan, kemahiran dan nilai yang disepadukan. Model Konseptual Pendidikan Guru dibina berasaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) dan Falsafah Pendidikan Guru (FPG). Antara disiplin mata pelajaran serta program yang telah dirancang adalah seperti gambar rajah di bawah.

Upload: lawrencia-lajius

Post on 12-Nov-2015

948 views

Category:

Documents


28 download

TRANSCRIPT

MODEL KONSEPTUAL PENDIDIKAN GURUFalsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) dan Falsafah Pendidikan Guru (FPG) mengutamakan dan menekankan kepentingan tiga aspek iaitu pengetahuan, kemahiran dan nilai yang disepadukan. Model Konseptual Pendidikan Guru dibina berasaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) dan Falsafah Pendidikan Guru (FPG). Antara disiplin mata pelajaran serta program yang telah dirancang adalah seperti gambar rajah di bawah.

Dalam model konseptual pendidikan guru, terdapat tiga dimensi utama akauntabiliti guru iaitu kendiri, kemasyarakatan dan ketuhanan. Ketiga-tiga dimensi ini dijelmakan dalam program yang dirancang seperti berikut:DIMENSI

KendiriLebih menjurus kepada pembinaan daya ketahanan, patriotisme, pemupukan budaya ilmu, pembentukan sahsiah dan pekerti mulia.

KemasyarakatanMenekankan peranan guru sebagai pendidik, pemimpin dan sebagai agen perubahan.

KetuhananMenganjurkan peningkatan ilmu, penghayatan dan amalan individu sebagai insan yang percaya dan patuh kepada ajaran agama.

Model konseptual pendidikan guru ini menggambarkan sesuatu usaha untuk membina kekuatan dan ketahanan diri seorang guru yang berasaskan kepada Tuhan dan kesejahteraan bermasyarakat selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Guru. Hasrat ini boleh dikecapi dengan melaksanakan kurikulum pendidikan guru yang menyepadukan tiga aspek iaitu pengetahuan, kemahiran ikhtisas dan amalan nilai-nilai keguruan. Kurikulum Bersepadu Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) Sekolah Rendah digubal dengan mengambil kira usaha menterjemahkan tiga aspek. Aspek ini dapat dijelaskan berpandukan kepada jadual berikut: ASPEK

PengetahuanMerangkumi pengetahuan am dan pengetahuan dalam mata pelajaran dalam KBSM serta pengetahuan ikhtisas keguruan.

Kemahiran ikhtisasKemahiran ini merangkumi kemahiran komunikasi, kemahiran belajar, kemahiran berfikir, literasi computer dan pedagogi. Tumpuan juga diberikan kepada pengintegrasian teknologi maklumat dalam pelaksanaan kurikulum dalam membina dan mengukuhkan aspek how to.

NilaiMerujuk kepada penerapan, penghayatan dan amalan nilai-nilai murni keguruan yang menampilkan sahsiah dan perlakuan sebagai guru yang penyayang, berpekerti mulia, berdaya tahan, patriotik, inovatif, kreatif, berketrampilan dan berwibawa serta patuh kepada profesion perguruan.