miskonsepsi magnet jurnal 1

10
MENINGKATKAN PENGUASAAN MURID TAHUN 3 FAIRUZ TERHADAP TAJUK MAGNET MELALUI AKTIVITI HANDS-ON “PEN BERMAGNET” Oleh: Suhaiza binti Shuib, Suriany Mat Noor Jabatan Sains, IPG Kampus Dato’ Razali Ismail [email protected], [email protected] ABSTRAK Hasil refleksi PdP yang lalu mendapati bahawa kebanyakan murid tahun 3 Fairuz tidak dapat menguasai tajuk magnet dengan baik. Melalui pemerhatian serta analisis dokumen seperti lembaran kerja, didapati terdapat beberapa kesilapan yang acap kali dilakukan oleh murid antaranya murid tidak dapat mengitlak tindakan magnet ke atas objek seterusnya mengelaskan objek-objek tersebut kepada bahan magnet dan bahan bukan magnet. Kajian tindakan ini dijalankan bagi meningkatkan penguasaan murid tahun 3 Fairuz bagi tajuk magnet melalui aktiviti hands-on Pen bermagnet. Seramai 3 orang murid lelaki dan 2 orang murid perempuan telah dipilih berdasarkan ujian diagnostik. Instrumen kajian yang digunakan ialah pemerhatian, analisis dokumen, ujian pra dan pasca serta soal selidik. Data kajian dianalisis secara deskriptif mengikut peserta kajian. Dapatan kajian mendapati bahawa intervensi yang digunakan ini berjaya dalam membantu murid menguasai tajuk magnet dengan baik. Malah murid berjaya mengitlak tindakan magnet ke atas objek-objek yang diberikan serta mengelaskannya mengikut kumpulan bahan magnet dan bahan bukan magnet dengan tepat. Kekuatan aktiviti hands-on Pen bermagnet ini ialah dapat membantu meningkatkan fokus, minat sekaligus membentuk kefahaman murid terhadap tajuk magnet. Alat ini boleh ditambah baik untuk digunakan dalam mata pelajaran yang lain. Kata Kunci: meningkatkan, penguasaan, magnet, aktiviti hands-on, Pen bermagnet REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Kepelbagaian kaedah pengajaran dan kreativiti guru dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) akan dapat membantu pembangunan modal insan untuk melahirkan pelajar yang kompeten, inovatif, kreatif dan berkebolehan bagi memenuhi keperluan negara pada masa hadapan. Kaedah pengajaran hari ini tidak lagi dibelenggu oleh buku teks yang berpusat kepada guru semata-mata. Sebaliknya pengajaran perlu berpusat kepada pelajar melalui pelbagai aktiviti pembelajaran. Mengamalkan prinsip kepelbagaian dalam pengajaran sebagai rempah hidup di bilik darjah akan dapat mewujudkan keseronokan dalam pembelajaran dan seterusnya keberkesanan pembelajaran kepada pelajar itu sendiri (Izani,2012). Pada praktikum fasa tiga, pengkaji telah berpraktikum di Sekolah Kebangsaan Tengku Bariah dan telah dipertanggungjawabkan untuk mengendalikan kelas tahun 3 Fairuz. Kelas ini merupakan kelas yang kedua daripada tiga kelas tahun 3 di sekolah ini. Pencapaian akademik murid tahun 3 Fairuz ini adalah sederhana serta mengalami beberapa permasalahan dalam pembelajaran tajuk magnet. Pengkaji telah mengajar konsep asas magnet dengan pendekatan konstruktivisme namun masih terdapat segelintir murid yang memberi respon tidak faha, tidak

Upload: isza

Post on 03-Oct-2015

51 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

magnet

TRANSCRIPT

  • MENINGKATKAN PENGUASAAN MURID TAHUN 3 FAIRUZ

    TERHADAP TAJUK MAGNET MELALUI

    AKTIVITI HANDS-ON PEN BERMAGNET

    Oleh:

    Suhaiza binti Shuib, Suriany Mat Noor

    Jabatan Sains, IPG Kampus Dato Razali Ismail [email protected], [email protected]

    ABSTRAK

    Hasil refleksi PdP yang lalu mendapati bahawa kebanyakan murid tahun 3 Fairuz

    tidak dapat menguasai tajuk magnet dengan baik. Melalui pemerhatian serta

    analisis dokumen seperti lembaran kerja, didapati terdapat beberapa kesilapan

    yang acap kali dilakukan oleh murid antaranya murid tidak dapat mengitlak

    tindakan magnet ke atas objek seterusnya mengelaskan objek-objek tersebut kepada

    bahan magnet dan bahan bukan magnet. Kajian tindakan ini dijalankan bagi

    meningkatkan penguasaan murid tahun 3 Fairuz bagi tajuk magnet melalui aktiviti

    hands-on Pen bermagnet. Seramai 3 orang murid lelaki dan 2 orang murid

    perempuan telah dipilih berdasarkan ujian diagnostik. Instrumen kajian yang

    digunakan ialah pemerhatian, analisis dokumen, ujian pra dan pasca serta soal

    selidik. Data kajian dianalisis secara deskriptif mengikut peserta kajian. Dapatan

    kajian mendapati bahawa intervensi yang digunakan ini berjaya dalam membantu

    murid menguasai tajuk magnet dengan baik. Malah murid berjaya mengitlak

    tindakan magnet ke atas objek-objek yang diberikan serta mengelaskannya mengikut

    kumpulan bahan magnet dan bahan bukan magnet dengan tepat. Kekuatan aktiviti

    hands-on Pen bermagnet ini ialah dapat membantu meningkatkan fokus, minat

    sekaligus membentuk kefahaman murid terhadap tajuk magnet. Alat ini boleh

    ditambah baik untuk digunakan dalam mata pelajaran yang lain.

    Kata Kunci: meningkatkan, penguasaan, magnet, aktiviti hands-on, Pen bermagnet

    REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

    Kepelbagaian kaedah pengajaran dan kreativiti guru dalam pengajaran dan pembelajaran

    (PdP) akan dapat membantu pembangunan modal insan untuk melahirkan pelajar yang

    kompeten, inovatif, kreatif dan berkebolehan bagi memenuhi keperluan negara pada masa

    hadapan. Kaedah pengajaran hari ini tidak lagi dibelenggu oleh buku teks yang berpusat

    kepada guru semata-mata. Sebaliknya pengajaran perlu berpusat kepada pelajar melalui

    pelbagai aktiviti pembelajaran. Mengamalkan prinsip kepelbagaian dalam pengajaran sebagai

    rempah hidup di bilik darjah akan dapat mewujudkan keseronokan dalam pembelajaran dan

    seterusnya keberkesanan pembelajaran kepada pelajar itu sendiri (Izani,2012).

    Pada praktikum fasa tiga, pengkaji telah berpraktikum di Sekolah Kebangsaan Tengku Bariah

    dan telah dipertanggungjawabkan untuk mengendalikan kelas tahun 3 Fairuz. Kelas ini

    merupakan kelas yang kedua daripada tiga kelas tahun 3 di sekolah ini. Pencapaian akademik

    murid tahun 3 Fairuz ini adalah sederhana serta mengalami beberapa permasalahan dalam

    pembelajaran tajuk magnet. Pengkaji telah mengajar konsep asas magnet dengan pendekatan

    konstruktivisme namun masih terdapat segelintir murid yang memberi respon tidak faha, tidak

  • berminat dan kurang melibatkan diri semasa pengajaran dan pembelajaran berlansung.Maka,

    pengkaji telah menjalankan kajian tindakan ke atas murid-murid tahun 3 Fairuz bagi

    meningkatkan penguasaan murid terhadap tajuk magnet melalui aktiviti hands-on Pen

    bermagnet.

    SOROTAN LITERATUR

    Menurut Kamus Dewan edisi keempat (2007) maksud penguasaan ialah perihal menguasai

    atau menguasakan. Apabila dirujuk kepada kata akar bagi perkataan ini iaitu kuasa, ia

    membawa maksud daya atau kemampuan (untuk melakukan atau mengerjakan sesuatu).

    Sebelum kajian tindakan ini dijalankan oleh pengkaji, pengkaji telah membuat rujukan

    terlebih dahulu berhubung dengan keberkesanan penggunaan aktiviti hands-on dalam

    membantu meningkatkan penguasaan murid terhadap tajuk magnet. Rujukan-rujukan ini

    diambil daripada kajian-kajian lepas yang telah dijalankan oleh pengkaji-pengkaji dari

    seluruh tempat.

    Kajian lepas yang dirujuk oleh pengkaji ialah, kajian daripada Chai Jia Yun (2012) yang

    bertajuk Kesan Penggunaan Kaedah hands-on dalam proses pembelajaran sains tahun 3. Pengkaji ini telah menjalankan dua aktiviti hands-on yang berlainan dalam membantu murid

    menguasai tajuk magnet dengan baik. Aktiviti hands-on yang pertama mengkehendaki murid

    untuk mengenalpasti 12 jenis bahan magnet dan 12 jenis bahan bukan magnet. Murid-murid

    perlu membuat andaian awal terhadap bahan-bahan yang disediakan oleh pengkaji sama ada

    ditarik oleh magnet ataupun tidak ditarik oleh magnet. Murid-murid seterusnya mengelaskan

    bahan-bahan tersebut mengikut bahan magnet dan juga bahan bukan magnet. Aktiviti yang

    kedua yang telah beliau jalankan ialah aktiviti magnetic shoe box. Dalam aktiviti ini murid-murid dikehendaki untuk mengesan tempat pada kotak kasut yang dapat menarik klip kertas.

    Setelah selesai aktiviti pengajaran dan pembelajaran, ujian pra dan pasca dijalankan oleh

    pengkaji. Didapati hasil daripada aktiviti hands-on yang telah dijalankan, murid-murid

    menunjukkan keputusan yang lebih positif dalam ujian pasca yang dijalankan oleh pengkaji.

    Kajian lepas yang seterusnya ialah kajian daripada Mary Tan Mui Yee (2012) iaitu

    Kesan penggunaan aktiviti hands-on dalam proses pembelajaran sains tahun empat. Dalam kajian ini beliau telah menjalankan aktiviti hands-on bagi tajuk Sifat bahan.

    Pengkaji ini telah menyediakan satu set litar elektrik ringkas dan pelbagai jenis bahan

    untuk diuji oleh peserta kajian beliau. Peserta kajian beliau menguji sendiri setiap

    bahan-bahan yang dibekalkan oleh pengkaji dan menguji sama ada bahan yang diuji

    tersebut konduktor ataupun penebat. Daripada aktiviti hands-on yang telah dijalankan

    oleh pengkaji ini, beliau mendapati aktiviti hands-on benar-benar membantu murid

    melibatkan diri secara aktif dalam pembelajaran sekaligus mewujudkan rasa minat

    mereka terhadap aktiviti pembelajaran sains.

    TUJUAN KAJIAN

    Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk meningkatkan penguasaan murid tahun 3 Fairuz

    Sekolah Kebangsaan Tengku Bariah bagi tajuk magnet melalui aktiviti hands-on Pen-

    bermagnet.

    Objektif

    i. Meningkatkan fokus murid terhadap tajuk magnet melalui aktiviti hands-on Pen bermagnet.

    ii. Meningkatkan minat murid terhadap tajuk magnet dengan menjalankan aktiviti hands-on Pen bermagnet

    iii. Meningkatkan penglibatan murid secara aktif dalam pengajaran dan pembelajaran sains melalui aktiviti hands-on Pen bermagnet

  • iv. Meningkatkan penguasaan murid tentang tajuk magnet melalui aktiviti hands-on Pen bermagnet.

    Persoalan Kajian

    i. Adakah aktiviti hands-on Pen-bermagnet dapat meningkatkan fokus murid terhadap

    tajuk magnet?

    ii. Adakah aktiviti hands-on Pen-bermagnet dapat meningkatkan kefahaman murid tentang tajuk magnet?

    iii. Adakah aktiviti hands-on Pen-bermagnet dapat meningkatkan minat murid terhadap sains?

    iv. Adakah aktiviti hands-on Pen-bermagnet dapat meningkatkan penglibatan murid secara aktif dalam pengajaran dan pembelajaran sains?

    METODOLOGI KAJIAN

    Kajian tindakan ini melibatkan 5 orang peserta kajian yang terdiri daripada 3 orang murid

    lelaki dan 2 orang murid perempuan dari tahun 3 Fairuz. Peserta kajian dipilih berdasarkan

    kepada pencapaian mereka dalam ujian diagnostik yang dijalankan. Pengumpulan data

    menggunakan instrumen pemerhatian, analisis dokumen, ujian pra dan pasca serta soal selidik.

    Data kualitatif dianalisis secara deskriptif mengikut peserta kajian.

    Instrumen pemerhatian yang digunakan oleh pengkaji merupakan pemerhatian tidak

    berstruktur dan pemerhatian berstruktur. Bagi pemerhatian berstruktur, pengkaji telah

    menggunakan borang senarai semak yang mencatatkan tingkah laku negatif yang dilakukan

    oleh peserta kajian. Pengkaji merekodkan data kajian dalam bentuk kuantitatif iaitu kekerapan

    peserta kajian melakukan tingkah laku negatif sepanjang sesi pembelajaran dan pengajaran

    berlansung. Data daripada pemerhatian berstruktur dianalisis dan diinterpretasi dalam bentuk

    graf bar. Seterusnya, pemerolehan data bagi instrumen pemerhatian tidak berstruktur telah

    dilaksanakan dengan bantuan daripada pengkaji lain. Pengkaji mencatatkan sebarang

    perubahan dan tingkah laku yang ditunjukkan oleh peserta kajian dengan menggunakan

    catatan nota lapangan. Data yang diperoleh dianalisis secara deskriptif. Pengkaji membuat

    banding beza peratus penglibatan aktif peserta kajian sebelum intervensi dilaksanakan dan

    selepas intervensi dilaksanakan dan diterjemahkannya dalam bentuk kekerapan jadual dan

    graf.

    Lembaran kerja yang digunakan merangkumi latih tubi berkaitan seluruh tajuk magnet seperti

    mengenal pasti bentuk-bentuk magnet, mengenal pasti objek yang dapat ditarik dan tidak

    dapat ditarik oleh magnet serta mengelaskan objek kepada bahan magnet dan juga bahan

    bukan magnet Data ini dianalisis secara kualitatif dan kuantitatif dan dipersembahkan dalam

    bentuk graf. Penguasaan peserta kajian terhadap tajuk magnet diukur berdasarkan peratus

    markah lembaran kerja mereka.

    Borang soal selidik yang disediakan oleh pengkaji adalah diubahsuai daripada skala Guttman.

    Peserta kajian perlu menandakan jawapan Ya atau Tidak pada borang soal selidik tersebut. Soal selidik yang dijalankan oleh pengkaji ini bertujuan untuk mengenal pasti

    permasalahan yang dihadapi oleh peserta kajian dalam mata pelajaran Dunia Sains dan

    Teknologi di bawah subtajuk magnet. Data daripada instrumen soal selidik dianalisis secara

    deskriptif berdasarkan jumlah jawapan Ya dan Tidak dan diinterpretasi dalam bentuk peratusan dan dipamerkan dalam bentuk jadual.

    Pengkaji telah menjalankan dua jenis ujian ke atas peserta kajian iaitu ujian pra dan ujian

    pasca. Soalan bagi kedua-dua ujian ini adalah berbeza bagi mengelakkan peserta kajian

  • daripada menghafal jawapan daripada ujian yang sebelumnya. Ujian ini mengandungi 5 soalan

    subjektif yang membawa kepada 100 markah. Analisis data dilakukan dengan

    membandingkan peratus perubahan markah peserta kajian bagi kedua-dua ujian tersebut.

    Pengkaji turut membuat banding beza dari segi perubahan gred bagi setiap peserta kajian

    sebelum dan selepas intervensi dijalankan. Data yang diperoleh dianalisis secara kuantitatif

    dan diterjemahkan dalam bentuk jadual dan graf bar.

    SPESIFIKASI INTERVENSI

    Intervensi yang telah pengkaji hasilkan bagi membantu meningkatkan penguasaan murid

    tahun 3 terhadap tajuk magnet adalah melalui aktiviti hands-on Pen-bermagnet. Penghasilan

    pen bermagnet adalah daripada sebatang magnet bar yang dihias kelihatan seolah-olah

    sebatang pen kemudian didatangkan bersama sebuah model rumah. Model rumah yang dibina

    ini dihiaskan dengan pelbagai jenis objek yang terdiri daripada bahan yang boleh ditarik oleh

    magnet dan bahan yang tidak boleh ditarik oleh magnet. Peserta kajian perlu menggunakan

    pen bermagnet untuk menguji setiap objek yang terdapat di dalam rumah tersebut kemudian

    mengelaskan objek-objek tersebut kepada dua kumpulan utama iaitu bahan magnet iaitu bahan

    yang boleh ditarik oleh magnet dan bahan bukan magnet iaitu bahan-bahan yang tidak dapat

    ditarik oleh magnet.

    Pen bermagnet

    Pen ini merupakan hasil kreativiti pengkaji

    dalam mengolah sebatang magnet bar agar

    kelihatan seperti sebatang pen dengan

    menggunakan kertas warna dan pelekat

    kilat agar pen bermagnet ini kelihatan lebih

    menarik.

    Model Rumah

    Model rumah ini dibina dengan

    menggunakan bahan-bahan kitar semula

    seperti tisu, batang aiskrim, mainan plastik

    penutup botol dan lain-lain. Setiap

    kumpulan murid akan diberikan sebuah

    model rumah bagi membolehkan murid

    menjalankan tindakan menguji bahan-

    bahan tersebut dengan menggunakan pen

    bermagnet yang dibekalkan oleh pengkaji.

    Pelaksanaan Intervensi

    Murid diletakkan di dalam beberapa

    kumpulan berempat-empat. Setiap

    kumpulan diberikan sebuah model rumah

    dan pen bermagnet. Murid perlu

    menggunakan pen bermagnet tersebut dan

    menyentuh setiap objek yang terdapat di

    dalam rumah tersebut. Murid mengenal

    pasti objek yang ditarik oleh magnet dan

    tidak ditarik oleh magnet. Murid kemudian

    melengkapkan lembaran kerja yang

    diberikan oleh guru.

  • DAPATAN KAJIAN

    Pemerhatian

    Pengkaji menggunakan instrumen pemerhatian dalam memerhatikan segala perlakuan

    negatif yang ditunjukkan oleh peserta kajian semasa sesi pembelajaran dan pengajaran

    berlansung. Instrumen pemerhatian dijalankan dalam dua sesi iaitu sesi sebelum

    intervensi dan sesi selepas intervensi dijalankan. Tujuan instrumen pemerhatian

    digunakan selepas intervensi dilaksanakan ialah bagi memberi petunjuk kepada

    pengkaji perubahan-perubahan tingkah laku yang telah ditunjukkan oleh peserta kajian

    sama ada ke arah mencapai objektif kajian ataupun sebaliknya. Berikut merupakan

    analisis tingkah laku yang ditunjukkan oleh peserta kajian. Seperti yang dapat

    diperhatikan dalam jadual yang ditunjukkan kesemua peserta kajian menunjukkan

    tingkah laku yang lebih positif setelah intervensi ini dilaksanakan.

    Analisis Tingkah Laku Peserta Kajian Sebelum dan Selepas Intervensi Dilaksanakan

    Kod Perkara Kekerapan

    (SB)

    Kekerapan

    (SL)

    1 Berjalan-jalan di dalam kelas 5 2

    2 Membuat origami kertas 3 0

    3 Menukar tempat duduk dengan rakan 3 1

    4 Mengganggu rakan dengan mengambil buku

    rakan

    4 2

    5 Keluar ke tandas 5 3

    6 Bercakap sesuatu yang tiada kaitan dengan

    pengajaran dan pembelajaran pada hari itu

    5 0

    7 Membuat bising 6 2

    8 Menjerit di dalam kelas 4 1

    Soal Selidik

    Pengkaji menggunakan instrumen soal selidik ke atas peserta kajian sebelum dan

    selepas intervensi kajian dilaksanakan. Instrumen soal selidik ini digunakan pengkaji

    dalam mencapai objektif yang kedua iaitu meningkatkan minat murid terhadap tajuk

    magnet dengan menjalankan aktiviti hands-on Pen bermagnet. Bagi instrumen soal selidik, pengkaji telah menyenaraikan sepuluh item soal selidik berhubung dengan

    minat peserta kajian terhadap tajuk magnet. Instrumen soal selidik yang digunakan

    adalah berdasarkan kepada skala Guttman di mana peserta kajian perlu memilih dua

    jawapan sahaja iaitu Ya ataupun Tidak.

  • Analisis Soal Selidik

    Item Soalan Sebelum

    Intervensi

    Selepas

    Intervensi

    Ya

    (%)

    Tidak

    (%)

    Ya

    (%)

    Tidak

    (%)

    1 Saya minat belajar sains. 50 50 96 4

    2 Mata pelajaran sains seronok. 40 60 98 2

    3 Mata pelajaran sains tidak membosankan 40 60 90 10

    4 Saya suka belajar sains kerana sains itu

    mudah.

    50 50 90 10

    5 Saya suka bermain semasa belajar. 90 10 100 0

    6 Saya suka buat aktiviti sains. 80 20 100 0

    7 Saya suka belajar sains melalui aktiviti 88 12 100 0

    8 Saya seronok melakukan aktiviti sains. 80 20 100 0

    9 Saya ingin terlibat secara aktif dalam

    aktiviti sains.

    70 30 100 0

    10 Saya suka mempelajari tajuk Magnet. 50 50 100 0

    Didapati peserta kajian mula menunjukkan minat apabila pengkaji menjalankan aktiviti hands-

    on Pen-bermagnet ini kerana peserta kajian semakin menyukai untuk belajar tentang tajuk

    magnet dan ingin lebih terlibat secara aktif dalam aktiviti pembelajaran sains.

    Analisis Dokumen

    Sebelum intervensi ini dilaksanakan, pengkaji mendapati peserta kajian menghadapi

    masalah dalam mengenal pasti bentuk magnet, mengitlak tindakan magnet ke atas

    pelbagai objek, mengelaskan objek berdasarkan tindakan magnet, serta kegunaan

    magnet dalam kehidupan. Ini dapat diperhatikan dalam jadual yang ditunjukkan di

    bawah ini. Di mana peserta kajian masih mengalami kesukaran dalam menguasai

    keseluruhan topik magnet dengan baik.

    Analisis Lembaran Kerja Sebelum Intervensi Dilaksanakan

    Item Peserta Kajian

    PK

    1

    PK

    2

    PK

    3

    PK

    4

    PK

    5

    Mengenal pasti bentuk magnet / / /

    Mengitlak tindakan magnet ke atas pelbagai objek / /

    Mengelas objek berdasarkan tindakan magnet ke

    atasnya

    / /

    Kegunaan magnet dalam kehidupan / / /

    Namun, setelah intervensi dilaksanakan, pengkaji mendapati para peserta kajian sudah mula

    menguasai tajuk magnet dengan baik apabila peserta kajian ini berhasil dalam mengenal

    bentuk-bentuk magnet, mengitlak tindakan magnet ke atas pelbagai objek, serta mengelaskan

    objek-objek tersebut berdasarkan tindakan magnet ke atasnya.

  • Analisis Lembaran Kerja Selepas Intervensi Dilaksanakan

    Ujian pra dan ujian pasca

    Ujian pra dan pasca telah dijalankan oleh pengkaji pada masa sebelum dan selepas

    intervensi ini dilaksanakan. Tujuan ujian ini dijalankan adalah sebagai indikator

    kepada pengkaji bahawa peserta kajian yang telah dipilih oleh pengkaji berjaya

    menguasai tajuk magnet dengan baik melalui pengaplikasian aktiviti hands-on Pen

    bermagnet dalam pembelajaran sains ini. Hasilnya, kesemua peserta kajian

    menunjukkan peningkatan dalam pencapaian gred dalam ujian pasca yang dijalankan

    pengkaji. Jurang perbezaan yang besar ini telah membuktikan bahawa aktiviti hands-

    on Pen-bermagnet yang dilaksanakan oleh pengkaji berjaya membantu peserta kajian dalam meningkatkan pencapaian mereka dalam menguasai tajuk magnet.

    Kesimpulannya, pengaplikasian aktiviti hands-on Pen-bermagnetberjaya membantu peserta kajian dalam meningkatkan penguasaan mereka tentang tajuk magnet secara

    keseluruhannya sekaligus membantu meningkatkan pencapaian mereka dalam ujian

    yang telah dijalankan ini.

    Analisis Ujian Pra dan Ujian Pos

    PESERTA KAJIAN UJIAN PRA UJIAN POS PERUBAHAN POLA

    PK 1 54 76 22 Meningkat

    PK 2 50 74 24 Meningkat

    PK 3 58 86 28 Meningkat

    PK 4 48 76 28 Meningkat

    PK 5 64 82 18 Meningkat

    Min 54.8 78.8 24 Meningkat

    KESIMPULAN

    Intervensi aktiviti hands-on Pen-bermagnet ternyata membantu para peserta kajian dalam

    menguasai tajuk magnet dengan baik. Hal ini demikian kerana aktiviti ini bukan sahaja

    melibatkan semua murid secara aktif malah membantu meningkatkan rasa minat dan

    keterujaan mereka untuk mempelajari sesuatu konsep sains. Sekaligus membantu

    menghapuskan pandangan negatif mereka terhadap sains yang sebelum ini mengatakan sains

    itu bosan malah sukar untuk difahami. Aktiviti ini membantu mengekalkan fokus murid

    terhadap pembelajaran sains kerana murid menggunakan kesemua deria mereka untuk satu

    pembelajaran sains. Murid terlibat secara lansung dalam aktiviti pembelajaran menyokong

    pembentukan konsep dan kefahaman baru tentang tajuk yang dipelajari oleh mereka.

    Item Peserta Kajian

    PK

    1

    PK

    2

    PK

    3

    PK

    4

    PK

    5

    Mengenal pasti bentuk magnet / / / / /

    Mengitlak tindakan magnet ke atas pelbagai objek / / / / /

    Mengelas objek berdasarkan tindakan magnet ke

    atasnya

    / / / /

    Kegunaan magnet dalam kehidupan / / / / /

  • Kekuatan intervensi ini ialah intervensi ini menarik, berwarna warni, mudah untuk

    dikendalikan murid, tidak melibatkan kos penghasilan yang tinggi, malah bahan-bahan yang

    digunakan bagi menghasilkan intervensi ini mudah untuk didapati di mana sahaja kedai buku.

    Kelemahan intervensi ini ialah mudah rosak apabila tidak disimpan dengan baik kerana model

    rumah ini dihasilkan daripada foam board yang ringan dan mudah patah apabila digunakan

    dengan kasar. Selain itu pen bermagnet ini juga mudah hilang kuasa apabila pen bermagnet ini

    acap kali dibiarkan jatuh ataupun terdedah kepada haba yang melampau menyebabkan

    kemampuan magnet ini untuk menarik sesuatu objek semakin lemah.

    Intervensi ini boleh dilakukan inovasi bergantung kepada kreativiti setiap pengkaji yang akan

    datang.

    RUJUKAN

    Abu Hassan Kassim (2003). Kurikulum Sains Sekolah Malaysia. Modul

    Pengajaran. Universiti Teknologi Malaysia: Skudai, Johor.

    Aziz Nordin dan Lin, Hui Ling (2011) Hubungan sikap terhadap mata pelajaran sains

    dengan penguasaan konsep asas sains pelajar tingkatan dua. Johor: Universiti

    Teknologi Mara.

    Chai Jia Yun (2012). Kesan penggunaan kaedah hands-on dalam pembelajaran sains tahun 3. Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2012, ms.165-

    179

    David, R.Krathwohl. (2002). A Revision of Blooms Taxonomy: An Overview. United States of America: American Educational Research Association.

    Hisyamudin Abdul Razab (2012). Kaedah nyanyian dalam mengatasi masalah

    miskonsepsi dalam kalangan murid tahun 3 dalam topik magnet. IPG KTB,

    Pulau Pinang.

    Ibrahim, Azizah, Saidah & Hairani (2007). Kamus Dewan Edisi Keempat. Dewan

    Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur.

    Izani Hj Daud (2012). Kreativiti Guru dalam Pengajaran Bahasa. Pelita Bahasa,

    Kuala Lumpur.

    Lee Chiong Heng (2012). Pembelajaran Melalui Aktiviti Hands-On Dalam Membantu

    Murid Prasekolah Untuk Meningkatkan Minat Serta Tahap Kefahaman

    Terhadap Isi Pembelajaran Yang Disampaikan. Seminar Penyelidikan

    Tindakan IPG KBL Tahun 2012, ms.126-137.

    Mary Tan Mui Yee (2012). Kesan Penggunaan Aktiviti Hands-on dalam proses

    pembelajaran sains tahun empat. Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL

    Tahun 2012, ms.180-194.

  • Nor Azimah (2013). Meningkatkan kefahaman tajuk siratan makanan melalui kaedah

    T.I.S bagi murid tahun 5 Bijak. IPG KDRI, Terengganu.

    Rosinah Edinin (2013). Penyelidikan Tindakan: Kaedah dan Penulisan. Freemind

    Horizons, Kuala Lumpur.