minit mesyuarat panitia psv kali ke 1 2011

Upload: mohd-amin

Post on 07-Apr-2018

236 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

  • 8/4/2019 Minit Mesyuarat Panitia Psv Kali Ke 1 2011

    1/4

    MINIT MESYUARAT PANITIA PSV KALI KE 1

    SEKOLAH KEBANGSAAN KEM KABOTA 2011

    Tempat : Bilik Gerakan

    Masa : 12.00 tengah hari

    Hari : Khamis

    Tarikh :

    Kehadiran :

    1) Pn Lia Bt Sambea (GPK Kurikulum)

    2) En Mohamad Amin Bin Sunari (Ketua Panitia PSV)

    3) Pn Irnawati Bt Isiran (Setiausaha)

    4) En Ariffin B. Edin (AJK)

    5) Pn Surihan Bt Ismail (AJK)

    6) Pn Sh.Norazua Bt S.Non Chek (AJK)

    7) Pn Suryati Bt Bungkin(AJK)

    8)Pn Azleena Bt Abd Jalil (AJK)

    Agenda Mesyuarat

    1) Ucapan Pengerusi

    Ucapan dimulakan dengan bacaan surah Al-Fatihah, seterusnya

    pengerusi mengucapkan terima kasih kepada guru-guru Mata pelajaran

    PSV kerana sudi hadir pada mesyuarat panitia kali yang pertama. Jugaberharap para guru semua dapat menjalankan tugas yang diamanahkan

    dengan sebaik mungkin.

    Tindakan : Pn Irnawati Bt Isiran (Setiausaha)

  • 8/4/2019 Minit Mesyuarat Panitia Psv Kali Ke 1 2011

    2/4

    2) Aluan Penasihat

    Aluan penasihat disampaikan oleh Pn Lia Bt Sambea, dalam ucapan

    beliau menegaskan kepada guru-guru agar sentiasa memberi penekanan

    kepada proses P&P di dalam bilik darjah dan hendaklah sentiasa bersedia

    kerana pelawat-pelawat sering kali datang ke sekolah untuk membuat

    pemantauan. Pn Lia juga mengingatkan guru-guru dalam membuat

    kerja kena cerdik dan guru bukannya robot.

    Tindakan : Pn Lia Bt Sambea (Penasihat)

    3) Membentang dan mengesahkan minit mesyurat yang lalu

    Minit mesyuarat yang dibentang oleh Pn Suryati Bt Bungkin telah

    mendapat cadangan pengesahan oleh En Ariffin B. Edin dan

    disokong oleh Pn Surihan Bt Ismail

    Tindakan : Guru-guru PSV

    4) Perkara-perkara Berbangkit

    - Tiada -

    5) Perancangan Panitia Tahun 2011

    Pn Irnawati Bt Isiran mengedarkan perancangan aktiviti panitia PSV tahun

    2011. Dalam perancangan yang diedarkan itu terdapat carta organisasipanitia PSV Sk Kem Kabota tahun 2011, rancangan / aktiviti panitia PSV

    tahun 2011 Minggu PSV Bersama Pusat Sumber, pembelian & penyediaan bahan

    bantu mengajar dan Program Mural Dan Keceriaan Sekolah.

    Tindakan : Guru-guru PSV

  • 8/4/2019 Minit Mesyuarat Panitia Psv Kali Ke 1 2011

    3/4

    6) Rancangan Mengajar Tahunan dan Huraian Sukatan

    Pengerusi memberitahu bahawa rancangan mengajar tahunan dan

    huraian sukatan boleh didapati melalui internet ataupun boleh

    dapatkannya daripada En Mohamad Amin Bt Sunari. Setiap guru mesti mempunyai

    rancangan mengajar dan huraian sukatan yang lengkap supaya senang

    untuk penyemakan.

    Tindakan : Guru-guru PSV

    7) Peruntukan Kewangan

    Peruntukkan kewangan bagi tahun ini belum diperolehi lagi dan kepada

    guru-guru yang berhajat untuk membelanjakan duit itu bagi tujuan P&P

    hendaklah mendapat kebenaran dari Guru Besar terlebih dahulu.

    Tindakan : Pentadbir Sekolah & Guru-guru PSV

    8) Hal-hal Lain

    i) En Ariffin B. Edin memberi cadangan supaya bilik khas untuk kegiatan

    PSV diwujudkan untuk kemudahan pengajaran dan pembelajaran PSV.

    ii) Pn Azleena Bt Abd Jalil mencadangkan rancangan mengajar hendaklah

    diselaraskan.

    Tindakan : Guru-guru PSV

    10) Penangguhan Mesyuarat

    Sebelum mesyuarat ditangguhkan semua guru membaca surah Al-Ikhlas

    dan mesyuarat telah ditangguhkan pada pukul 1.30 petang.

    Tindakan : Guru-guru PSV

  • 8/4/2019 Minit Mesyuarat Panitia Psv Kali Ke 1 2011

    4/4

    Disediakan Oleh : Disemak Oleh :

    ............................................. .................................................

    (IRNAWATI BT ISIRAN) (MOHAMAD AMIN SUNARI)

    S/U Panitia PSV 2011 Ketua Panitia Sains