minit mesyuarat panitia kemahiran hidup bersepadu

Upload: intan-yusof

Post on 07-Apr-2018

246 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/6/2019 Minit Mesyuarat Panitia Kemahiran Hidup Bersepadu

    1/4

    Minit Mesyuarat Panitia Kemahiran Hidup Bersepadu

    Kali ke 2/2011

    Tarikh : 26 Mei 2011

    Hari : Khamis

    Masa : 2.30 petang

    Tempat : Bilik S/U Peperiksaan

    Kehadiran :

    1) Puan Azizah binti Besar Ketua Panitia2) Cik Intan Ilyana binti Mohd Yusof3) Puan Nor Azily binti Yacob4) Puan Suriyati binti Shamsuddin5) Puan Noraslina binti Abu Hasan6) Cik Aliah Hafezah binti Abdul Razak

    Agenda :

    1) Ucapan pengerusi2) Pembentangan dan pengesahan minit mesyuarat3) Perkembangan P&P4) Latihan pelajar5) Bulan teknikal6) Hal-hal lain

    Bil. Agenda / Perkara Tindakan1.0 Ucapan Pengerusi Ketua Panitia

    1.1Mesyuarat dimulakan dengan bacaan ummul kitab. Pengerusimengucapkan terima kasih kepada semua guru yang hadir dalam

    mesyuarat.

    1.2Pengerusi memaklumkan bertanyakan perkembangan PeperiksaanPertengahan Tahun

    1.3Pengerusi meminta semua ahli panitia supaya menghabiskansilibus secepatnya agar latih tubi boleh dilakukan sebagaipersediaan pelajar menghadapi peperiksaan akhir tahun dan

    peperiksaan PMR

    Ahli panitia

    Ahli panitia

  • 8/6/2019 Minit Mesyuarat Panitia Kemahiran Hidup Bersepadu

    2/4

    Bil. Agenda / Perkara Tindakan

    2.0 Pengesahan Minit Mesyuarat kali 1/2011

    2.1 Pengesahan minit mesyuarat panitia kali 1/2011 dicadangkan

    oleh Puan Nor Azily binti Yacob dan disokong oleh Puan Suriyati

    binti Shamsudin.

    3.0 Perkembangan P&P

    3.1 Pengerusi bertanyakan setiap ahli panitia perkembangan silibus.

    3.2 Bagi tingkatan 3, ahli panitia yang mengajar tingkatan 3

    memaklumkan silibus telah tamat. Pengerusi meminta guru

    melengkapkan fail kerja kursus calon PMR kerana markah akan

    dihantar ke Lembaga Peperiksaan pada bulan Ogos.

    3.3 Ahli panitia yang mengajar tingkatan 1 dan 2 memaklumkan

    silibus belum tamat kerana kerja kursus yang banyak khususnya

    tingkatan 2. Pengerusi meminta semua ahli panitia

    menghabiskan silibus secepatnya agar latih tubi boleh dilakukan

    sebagai persediaan menghadapi peperiksaan akhir tahun.

    3.4 Pengerusi turut menyarankan agar guru membuat kelas

    tambahan bagi menyiapkan kerja kursus jika dirasakan perlu.

    3.5 Pengerusi turut bertanyakan sekiranya guru bermasalah semasa

    proses pembelajaran dan pengajaran. Sekiranya bermasalah,

    boleh merujuk guru lain.

    Guru tingkatan 3

    Semua ahli panitia

    Semua ahli panitia

    Semua ahli panitia

    4.0 Latihan Pelajar

    4.1 Pengerusi meminta semua ahli panitia memberi latihan yang

    mencukupi kepada pelajar.

    4.2 Pengerusi meminta semua ahli panitia memaklumkan sekiranya

    ingin membeli buku latihan sebagai latihan tambahan kepada

    pelajar. Pengerusi turut memaklumkan bahawa buku latihan

    yang diberi akan disimpan di bengkel KHB sebagai simpanan

    panitia untuk kegunaan akan datang.

  • 8/6/2019 Minit Mesyuarat Panitia Kemahiran Hidup Bersepadu

    3/4

    4.3 Hasil perbincangan, buku latihan yang akan dibeli dan anggaran

    harga buku tersebut adalah seperti berikut :

    Bil Tingkatan Pilhan Elektif Buku Latihan Anggaran Harga

    11

    KT PEP RM 5.50

    PK PEP RM 5.50

    2 2 KT PEP RM 5.50PK PEP RM 5.50

    3 3KT PEP RM 5.50

    PK PEP RM 5.50* KT - Kemahiran Teknikal

    PK - Perniagaan dan Keusahawanan

    5.0 Bulan Teknikal

    5.1 Pengerusi memaklumkan bahawa bulan teknikal akan

    berlangsung pada 4 sehingga 29 Julai 2011.Pengerusi meminta

    ahli panitia membuat sumbang saran cadangan aktiviti yang

    akan dijalankan sepanjang Bulan Teknikal yang bakal berlangsung.

    5.3 Hasil perbincangan, semua ahli bersetuju untuk mengadakan

    aktiviti mengikut minggu. Pihak panitia akan berbincang dengan

    Kolej Komuniti untuk menyediakan tenaga pengajar bagi aktiviti

    yang akan berjalan sepanjang minggu teknikal.

    5.4 Aktiviti yang dipersetujui untuk dilaksanakan pada bulan

    Teknikal ialah simen fero, jahitan manik, minggu keusahawanan

    dan pertandingan membuat kertas kerja bagi menubuhkan

    syarikat perniaagaan.

    5.5 Pengerusi meminta semua ahli panitia untuk mencadangkan

    gimik bagi pelancaran dan penutupan Bulan Teknikal.

    6.0 Hal hal lain

    6.1 Tiada hal-hal lain yang diusulkan

    6.0 Penutup - Pengerusi

    6.1 Mengucapkan ribuan terima kasih di atas kerjasama dan

    perkongsian maklumat sepanjang mesyuarat dijalankan.

    Disediakan oleh,

    ....................

    Intan Ilyana binti Mohd Yusof

  • 8/6/2019 Minit Mesyuarat Panitia Kemahiran Hidup Bersepadu

    4/4

    Setiausaha

    Panitia Kemahiran Hidup Bersepadu