minit mesyuarat lajnah makanan

4
MINIT MESYUARAT LAJNAH MAKANAN, KEBAJIKAN DAN SUKAN KALI PERTAMA 2009 Tarikh : 22 Januari 2009 Masa : 8.45 malam Tempat : Foyer Pentadbiran Kehadiran : 1. En. Mohd Hasmisafar Mohamad 2. Cik. Dayang Siti Fatimah Abang Kipli 3. Muhd Noor Nashrullah b. Ran 4. Ummi Syahirah bt. Zaini 5. Darwan b. Nasir 6. Rano Efandro b. Pasmi 7. Heny Evandiani bt. Pasmi 8. Nur Hafizah bt. Zailani 9. Mohd Faiz b. Zailani 10. Nur Hasmah bt. Sulaiman 11. Nur Wasimah bt. Sulaiman BIL . PERKARA TINDAKAN 1.0 2.0 Ucapan alu-aluan penasihat lajnah. 1.1 Mesyuarat bermula dengan membaca surah Al-Fatihah 1.2 Penasihat memanjatkan syukur kepada Allah Taala kerana atas atas keizinanNya jua mesyuarat ini dapat dijalankan dan mengucapkan terima kasih atas kehadiran semua ahli lajnah. Perbincangan Agihan Tugas. 2.1 En. Mohd Hasmisafar menerangkan tentang

Upload: hasmi-mohamad

Post on 24-Sep-2015

246 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

minit

TRANSCRIPT

MINIT MESYUARAT LAJNAH MAKANAN, KEBAJIKAN DAN SUKAN KALI PERTAMA 2009

MINIT MESYUARAT LAJNAH MAKANAN, KEBAJIKAN DAN SUKAN KALI PERTAMA 2009

Tarikh : 22 Januari 2009

Masa : 8.45 malam

Tempat : Foyer Pentadbiran

Kehadiran : 1. En. Mohd Hasmisafar Mohamad

2. Cik. Dayang Siti Fatimah Abang Kipli

3. Muhd Noor Nashrullah b. Ran

4. Ummi Syahirah bt. Zaini

5. Darwan b. Nasir

6. Rano Efandro b. Pasmi

7. Heny Evandiani bt. Pasmi

8. Nur Hafizah bt. Zailani

9. Mohd Faiz b. Zailani

10. Nur Hasmah bt. Sulaiman

11. Nur Wasimah bt. Sulaiman

BIL.PERKARA TINDAKAN

1.0

2.0

3.04.0Ucapan alu-aluan penasihat lajnah.

1.1 Mesyuarat bermula dengan membaca surah Al-Fatihah1.2 Penasihat memanjatkan syukur kepada Allah Taala kerana atas

atas keizinanNya jua mesyuarat ini dapat dijalankan dan

mengucapkan terima kasih atas kehadiran semua ahli lajnah.

Perbincangan Agihan Tugas.

2.1 En. Mohd Hasmisafar menerangkan tentang bidang tugas

Lajnah. Pembahagian tugas adalah mengikut bahagian seperti

sekolah, aspura dan aspuri. Ketua dan ahli disetiap bahagian

bertanggungjawab terhadap bahagian masing-masing. Setiap

permasalahan akan dirujuk kapada ketua ataupun penasihat

lajnah.

Hal-hal lain

3.1 Dewan makan

Nashrullah mewakili suara pelajar mengadu tentang tahap

kebersihan dewan makan yang tidak memuaskan. Setiap kali

selepas makan, pinggan tidak disusun dengan baik di sinki.

Sisa makanan juga tidak dibuang dengan cermat. Plastik

makanan juga sering dibiarkan diatas meja terutamanya selepas

minum malam.

Mohd Faiz mengadu tentang waktu malam. Pihak dewan

makan tidak membuka kuanter tepat pada masanya. Mereka

sering kali lewat dan menyebabkan pelajar sering lewat ke

sekolah mahupun surau. Perkara ini sering berlaku terutamanya

pada waktu sarapan pagi.

Nur Hasmah menyatakan ketidakpuas hatinya tentang displin \

pelajar semasa berada di dewan makan. Segelintir pelajar tidak membuka alas kaki apabila masuk ke dalam dewan makan. Pelajar yang berkenaan telah ditegur namun tetap mengulang perkara yang sama.3.2 Kebajikan

Darwan mengulas tentang tahap kesihatan pelajar. Sehingga

hari ini, sekurang-kurangnya 20 pelajar yang sakit seperti

demam, selsema, dan batuk. Hal ini menyebabkan keadaan

bilik sakit sentiasa di penuhi dengan pelajar. Bekalan ubat juga

tidak mengcukupi.

Heny Evandiani mencadangkan bahawa penggunaan bilik sakit

dan pengambilan ubat direkodkan. Jemaah peminpin pelajar

(JPP) hendaklah mencatat nama pelajar tersebut. Bagi mana-

mana JPP yang bertugas pada hari berkenaann hendaklah hanya

ada 2 orang sahaja yang dibenarnya menjaga pada satu-satu

masa.

3.3 Rekreasi

Cik Dayang Siti Fatimah mengemukakan cadangan untuk mengadakan Minggu Sukan Asrama (MISA). Cadangan ini

disokong oleh semua ahli memandangkan program ini belum

pernah diadakan. Penutup

4.1 Penasihat lajnah membuat kesimpulan dan menyatakan

bahawa mereka akan berusaha sama bagi mengatasi

permasalahan yang berlaku.

4.2 Mesyuarat ditangguhkan

4.3 Mesyuarat diakhiri dengan membaca Tasbih Kafarah dan

surah Al-Asr.

Laporan disediakan oleh,

(UMMI SYAHIRAH BINTI ZAINI)

Ketua Lajnah,

Makanan, kebajikan dan sukan,

SMK Agama Miri.