ahli lajnah

70
KEPENTINGAN MENGENALI RASM UTHMANI OLEH: DATUK HJ.MOHAMMAD BIN HASHIM AHLI LAJNAH TASHEH AL- QURAN KEMENTERIAN DALAM NEGERI

Upload: harszzz

Post on 27-May-2015

6.456 views

Category:

Education


11 download

TRANSCRIPT

Page 1: Ahli lajnah

KEPENTINGAN MENGENALIRASM UTHMANI

OLEH:DATUK HJ.MOHAMMAD BIN

HASHIMAHLI LAJNAH TASHEH AL-

QURANKEMENTERIAN DALAM

NEGERI

Page 2: Ahli lajnah

MUQADDIMAH

Al-Quran ialah kalamullah yang mengandungi mukjizat diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW, melalui pengantaraan Jibril a.s ditulis dalam mushaf, dipindahkan kepada kita secara mutawatir dan menjadi ibadat sesiapa membacanya.

Page 3: Ahli lajnah

Mengikut kiraan Hakim Muhammad Auwad (bangsa Mesir ) bahawa Al-Quran Rasm Uthmani yang terangkum dari cantuman 28 huruf hijaiyah mempunyai 30 juzu‘, 60 hizib, 240 rubu‘, 114 surah, 6,236 ayat, 77,437 kalimah, 323,671 huruf, 50,681 titik, 19,253 tanda tashdid,1,771 tanda mad, 94,243 baris fathah,38,886 baris kasrah, 40,804 baris dhammah dan 2,664 lafaz

Al-Jalalah.

Page 4: Ahli lajnah

SEJARAH PENURUNAN AL-QURAN

Meskipun terdapat beberapa perselisihan ulama’ mengenai tarikh mulanya ayat-ayat al-Quran mula diturunkan, pada keseluruhannya mereka hampir-hampir sepakat mengatakan bahawa al-Quran mula diturunkan pada 17 Ramadhan tahun 41 dari kelahiran Nabi Muhammad SAW ( malam Isnin 16 Ogos 619 Masihi )

Page 5: Ahli lajnah

CARA PENURUNAN AL-QURAN

Diturunkan dalam dua peringkat:

1. Peringkat Pertama

Secara serentak dari Luh mahfuz ke Baitul Izzah di langit dunia.

Firman Allah SWT dalam ayat 1 dan 22 surah al-Buruj yang bermaksud:

“ bahkan yang mereka dustakan itu al-Quran yang mulia yang tersimpan di Luh Mahfuz”

al-Buruj:1-2

Page 6: Ahli lajnah

SEJARAH PENURUNAN AL-QURAN

2. Peringkat KeduaPenurunan beransur-ansur dari Baitul Izzah ke dada Rasulullah SAW dalam tempoh 23 tahun(22 tahun 2 bulan 2 hari ).

Firman Allah SWT: “dan berkatalah orang-orang kafir mengapa al-Quran itu tidak diturunkan kepadanya iaitu (Muhammad) secara serentak. Yang demikian itu(beransur-ansur) supaya kami perkuatkan hatimu dengannya dan Kami membacakannya secara tartil”

al-Furqan ayat: 32

Page 7: Ahli lajnah

KHALIFAH ‘UTHMAN SEBAGAI PENGASAS KAEDAH RASM

UTHMANIIlmu Rasm al-Quran merupakan satu ilmu

yang membahaskan kaedah serta cara penulisan huruf-huruf dan kalimah-kalimah al-Quran. Ilmu ini juga dikenali sebagai Rasm Uthmani. Penyeragaman kaedah penulisan “Rasm Uthmani” adalah untuk mengekal dan memelihara ketepatan bacaan qiraat tujuh atau sepuluh yang mutawatir daripada Rasulullah SAW.

Page 8: Ahli lajnah

KELEBIHAN RASM UTHMANI Al-Quran Rasm Uthmani mempunyai banyak

kelebihan antaranya: - Mengikut sunnah Rasulullah SAW, - Mengikut tulisan al-Quran yang asal, - Boleh memahami makna yang berlainan dan tidak pula terkeluar daripada maksud yang sebenar, - Memudahkan bacaan dengan wajah qiraat (jenis-jenis bacaan), - Sebagai hujah kepada bahasa al-Quran yang fasih.

Page 9: Ahli lajnah

- Dipersetujui oleh lebih 12,000 orang sahabat ,- Salah satu dari mukjizat al-Quran,- Bertepatan dengan riwayat bacaan mutawatir,- Salah satu dari rukun bacaan al-Quran al-Karim- Berdasarkan kepada dalil-dalil yang kuat dan

hujah-hujah yang jelas,- Ditulis mengikut bacaan Rawi(riwayat).

Page 10: Ahli lajnah

TAHAP PENULISAN AL-QURAN

1. Tahap Pertama.

Belum diletakkan sebarang tanda.

2. Tahap Kedua.

Ditandakan titik ( أالعراب yang ( نقطة dipelopori oleh abu al-Aswad al-Duali(meninggal pada tahun 69 hijrah pada zaman khalifah Marwan bin al-Hakam)

Page 11: Ahli lajnah

3. Tahap Ketiga. Mula ditandakan dengan titik(yang

dipelopori oleh Yahya bin Ya’mar dan Nasyr bin Asim al-Laisy dengan perintah gabenor Iraq iaitu al-Hajjaj bin Yusof al-Thaqafi.

4. Tahap Keempat. Mula diletakkan dengan tanda-tanda

baris(harakah)

Page 12: Ahli lajnah

5. Tahap Kelima.

Ditambah dengan tanda-tanda wakaf dan lain-lain tanda lagi.

Tulisan al-Quran dengan menggunakan khat naskh mula dicetak buat pertama kalinya di Hamburg Jerman pada tahun 1694 Masihi(1113 Hijrah) dan seterusnya dicetak di negara-negara Islam yan lain sehingga ke hari ini.

Page 13: Ahli lajnah

PEMBAHAGIAN RASM

Terbahagi kepada dua:

1. Rasm Qiasi / Imla’iIaitu penulisan kelaziman pengucapan / pertuturan.

2. Rasm Istilahi / Uthmani.Menurut kaedah tertentu yang mana ia tidak sama dengan penulisan biasa dari segi sebutan disebabkan ia menggunakan beberapa kaedah seperti membuang, menambah, mengganti, menyambung atau memisahkan huruf dan penulisan hamzah.

Page 14: Ahli lajnah

HUKUM MENGGUNAKAN RASM UTHMANI

Ulamak bersepakat mengatakan ketika menulis ayat-ayat al-Quran adalah wajib menulisnya mengikut kaedah Rasm Uthmani. Diantara alasannya:

1. Dipersetujui oleh lebih 12,000 orang sahabat kerana mengikut sunnah Khulafa’ ar-Rasyidin. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

“ kamu ikutilah sunnahku dan sunnah para khalifah yang mendapat hidayah selepasku dan peganglah ia dengan bersungguh-sungguh”

– riwayat Abu Daud al-Tarmizi

Page 15: Ahli lajnah

KAEDAH PENULISAN RASM UTHMANI

Page 16: Ahli lajnah

PENGENALAN RASM UTHMANI/RASM ISTILAHI

Satu kaedah penulisan yang unik dan istimewa. Kaedah ini dikatakan kaedah yang diajar oleh Rasulullah SAW sendiri. Sekiranya kaedah penulisan ini tidak bersumberkan daripada Rasulullah SAW dan para sahabat r.a, sudah tentu ia tidak sesuai lagi digunakan dalam penulisan mushaf kerana secara zahirnya seolah-olah terdapat beberapa kesalahan yang berlaku dalam penulisan. Jelasnya terdapat banyak rahsia dan hikmah yang terkandung dalam penulisan ini sehingga Rasulullah SAW dan para sahabat r.a begitu mengambil berat terhadap penulisan ini.

Page 17: Ahli lajnah

DEFINISI RASM UTHMANIDr.Sy‘aban Muhammad Ismail berpendapat

Rasm Uthmani ialah satu keterangan yang membicarakan mengenai mushaf-mushaf yang ditulis pada zaman Sayyidina Uthman r.a dan dihantar ke kota-kota Islam ketika itu. Dimana kaedah penulisannya merangkumi tujuh huruf al-Quran(qiraat), ditulis tanpa titik dan baris serta bertepatan dengan tulisan dan bacaan semasa ardhul akhir(semakan akhir) dan tidak dimansuhkan bacaan.

Page 18: Ahli lajnah

Penulisan al-Quran ini adalah satu sunnah Rasulullah SAW yang diikuti secara ijma’ ( sepakat ) oleh seluruh ulama’ mujtahidin kerana tulisan ini adalah berbentuk tauqifiyyah iaitu satu ketetapan dari Rasulullah SAW. Cara penulisannya adalah menurut kaedah-kaedah tertentu yang berbeza dari kaedah lain seperti :

Page 19: Ahli lajnah

hazf ( membuang) ziyadah ( menambah ) ibdal ( mengganti )maqtu’ wa maushul ( memisah

dan menyambung) penulisan hamzah.

Page 20: Ahli lajnah

Para sahabat menulis wahyu dengan menggunakan rasm tersebut di bawah pemerhatian dan pengawasan Rasulullah SAW sendiri.

Page 21: Ahli lajnah

KAEDAH PERTAMA:Al-HAZF( MEMBUANG

HURUF ) Al-Hazf ialah membuang atau

mengurangkan sesuatu huruf pada kalimah-kalimah tertentu. Dalam Rasm Uthman, al-hazf bermaksud huruf-huruf yang tidak ditulis tetapi wajib dibaca, sama ada ketika washal atau wakaf. Terdapat enam huruf yang dibuang mengikut kaedah Rasm Uthmani iaitu alif, waw, ya, lam, nun dan huruf-huruf permulaan di beberapa surah tertentu.

Page 22: Ahli lajnah

HAZF HURUF ALIF Semua mushaf Uthmani ditulis dengan membuang

huruf-huruf alif pada keadaan-keadaan berikut:

Huruf alif bagi hamzah al-wasal yang terdapat pada

kalimah (اسم) dalam firman Allah SWT

( بسم الله )

Huruf alif yang terletak di antara dua huruf lam,

contoh seperti firman Allah SWT ( للذى ببكة )

Page 23: Ahli lajnah

Huruf alif pada fi ‘l al-amr dari kalimah (السؤال ) yang dimulai dengan huruf waw atau fa’ seperti (فسئل ) dan (وسئل)

Huruf alif selepas huruf ya’ al-nida’ seperti (يئادم ) dan ( يأيها.dan lain-lain lagi (الناس

Page 24: Ahli lajnah

HAZF HURUH WAW Semua Mushaf Uthmani ditulis dengan

membuang huruf waw pada keadaan-keadaan berikut:

Huruf waw yang kedua apabila sebelumnya juga terdapat huruf waw sama ada ianya mufrad atau jama‘ seperti ( دوداو ) , ( نواليستو ) dan sebagainya.

Page 25: Ahli lajnah

Huruf wau yang menjadi fi’l marfu’. Terdapat empat tempat semuanya iaitu firman Allah SWT ( نHHدع اإلنسHHوي) , ( ويمحسHHندع ) dan ( يHHوم يHHدع ( ,(اللHHه(الذبنية

Page 26: Ahli lajnah

HAZF HURUF YA’ Semua Mushaf Uthmani ditulis

dengan membuang huruf ya’ pada keadaan-keadaan berikut:

Huruf ya’ di hujung kalimah yang disebut sebagai lam kalimah. Contohnya seperti firman Allah SWT ( داعHوة الHأجب دع), ( لHوالي

يسر إذا )

Page 27: Ahli lajnah

Huruf ya’ pada ism manqus yang bertanwin ketika marfu‘ atau majrur. Contohnya seperti firman Allah SWT ( V من فHHوقهم) ,(غواش Vمآ انت قاٍض)

Huruf ya’ pada semua kalimah dalam surah al-Baqarah (إبرهم)

Page 28: Ahli lajnah

HAZF HURUF LAM

Semua Mushaf Uthmani ditulis dengan membuang huruf lam pada keadaan-keadaan berikut:

Page 29: Ahli lajnah

Huruf lam yang didahului oleh alif lam ma‘rifah, sama ada ia mufrad, muthanna atau jama‘, pada perkataan: ( الذى ), ( التى ), .dan sebagainya ( الذين ) ,( الذان )

Huruf lam yang didahului oleh lam ma‘rifah pada perkataan(الليل ).

Page 30: Ahli lajnah

HAZF HURUF NUN Semua Mushaf Uthmani ditulis

dengan membuang huruf lam pada keadaan-keadaan berikut:

Huruf nun yang pertama yang terdapat pada kalimah ( تأمنا ) dalam firman Allah SWT ( تأمنا على يوسف

ال مالك ).

Page 31: Ahli lajnah

Huruf nun yang kedua yang terdapat pada kalimah dalam firman Allah ( ننجى )SWT (ننجى المؤمنين ).

Page 32: Ahli lajnah

HAZF HURUF-HURUF DI PERMULAAN SURAH

Semua Mushaf Uthmani ditulis dengan membuang huruf-huruf permulaan pada surah-surah tertentu. Contohnya seperti:

Page 33: Ahli lajnah

( ن ) dibaca dengan ( نون),

( ق ) dibaca dengan ( قاف ),

( كهيعص ) dibaca dengan

( كاف ها يا عين صاد )

Page 34: Ahli lajnah

AL-ZIYADAH ( MENAMBAH HURUF )

Al-ziyadah ialah menambah sesuatu huruf pada kalimah-kalimah tertentu. Dalam Rasm Uthmani, al-ziyadah adalah huruf-huruf yang mesti ditulis tetapi haram dibaca sama ada ketika wasl atau waqaf terdapat tiga huruf yang ditambah mengikut kaedah penulisan Rasm Uthmani iaitu alif, lam, wau dan ya’

Page 35: Ahli lajnah

ZIYADAH HURUF ALIF

Semua Mushaf Uthmani ditulis dengan menambah huruf alif pada keadaan-keadaan berikut:

Page 36: Ahli lajnah

Huruf alif selepas huruf wau ganti nama pada jama‘ muzakkar yang berhubung dengan fe‘il madhi, mudhari‘, dan amr yang berada di akhir kalimah seperti (واHHHءامن),( وال.( واتقوا الله) dan ( تنسوا الفضل

Page 37: Ahli lajnah

Huruf alif selepas huruf wau perumah hamzah atau waw yang ditukar dari huruf alif seperti ( الضعفؤا ) dan ( قل ما يعبؤا بكم)

Huruf alif selepas mim pada kalimah ( مئة) seperti (مائة صابرة) dan (يغلبوا مائتين)

Huruf alif sebelum ya’ yang terdapat pada kalimah ( لشئ ) dalam firman Allah SWT (وال تايئسوا من روح الله )

Page 38: Ahli lajnah

ZIYADAH HURUF WAU

Semua Mushaf Uthmani ditulis dengan menambah huruf waw pada keadaan-keadaan berikut:

Huruf wau selepas huruf hamzah yang terdapat pada kalimah-kalimah berikut, iaitu ( أولوا ), ( أوالت ), ( أوالء ),(أولئكم ) dan ,( أولئك )

Page 39: Ahli lajnah

Huruf wau selepas huruf hamzah yang terdapat pada kalimah ( ءايتي dan ( سأوريكم ( دارالفسقين سأوريكم )

Page 40: Ahli lajnah

ZIYADAH HURUF YA’

Semua Mushaf Uthmani ditulis dengan menambah huruf wau pada keadaan-keadaan berikut:

Huruf ya’ selepas hamzah yang terdapat pada kalimah (أفإين) dalam firman Allah SWT( إينHHأف

قتل مات أو ) dan (أفإين مت)

Page 41: Ahli lajnah

Huruf ya’ pada tujuh tempat-tempat berikut, antaranya ialah pada firman Allah SWT المرسHHلين من نبHHإ ) من ءنHHاء ) ,() ,(اليHل وراءى أو منالمفتون ,(حجاب dan ((بأييكم sebagainya.

Page 42: Ahli lajnah

KAEDAH KETIGA: Al-HAMZ

( Penulisan Huruf-Huruf Hamzah )

Huruf hamzah terbahagi kepada dua iaitu:

i- Hamzah Washal ,

ii- Hamzah Qata’

Page 43: Ahli lajnah

HAMZAH WASHAL

Hamzah Washal ditulis dengan alif sama ada didahului oleh huruf atau tidak, dan di atasnya diletak tanda

kepala shod seperti ( هللا ) dan

.( بالله )

Page 44: Ahli lajnah

Hamzah Washal yang dibuang bentuknya terdapat lima keadaan:

i) terletak pada fa’ kalimah terletak di antara wau atau fa’ dan hamzah qata‘

seperti ( وأتوا البيوت ) dan ( فأتوا حرثكم ),

ii) terletak pada fe‘il amr kalimah (سؤال)

selepas wau atau fa’ seperti ( وسئل (القرية

dan ( فسئلوهن من ),

Page 45: Ahli lajnah

iii) terletak pada lam al-ta‘arif selepas lam

seperti ( لال يمن ), ( وللدار ) dan

,( ولألخرة )

iv) terletak pada fe‘il selepas hamzah

istifham seperti ( أتخذتم ),v) terletak pada lafaz ism al-majrur dengan

ba’ sekiranya diidhafahkan kepada lafz

al-jalalah seperti ( بسم الله ).

Page 46: Ahli lajnah

HAMZAH QATA‘

Huruf-huruf hamzah qata‘ di dalam al-Quran terletak sama ada di permulaan, di pertengahan atau di hujung kalimah. Dalam mushaf-mushaf Uthmani, keadaan penulisan huruf-huruf hamzah tersebut pula adalah berbeza antara satu sama lain berpandukan kepada kedudukannya.

Page 47: Ahli lajnah

i) Huruf hamzah di pangkal kalimah semua ditulis dengan surah (rumah) alif, sama ada fathah, kasrah, atau dhammah.

Contohnya seperti (أمر), ( إبرهم ),.dan sebagainya ( أنزل)

ii) Huruf hamzah didahului dengan

huruf ziyadah seperti(لبإمام ),.dan lain-lain lagi ( ساصرف)

Page 48: Ahli lajnah

iii) Huruf hamzah di pertengahan

kalimah berbeza cara penulisannya

antara satu sama lain: sekiranya huruf hamzah itu fathah

atau pun sukun dan sebelumnya

fathah, ia ditulis dengan surah alif

seperti (مأوهم), (سألتهم) dan sebagainya.

Page 49: Ahli lajnah

sekiranya huruf hamzah itu dhammah atau pun sukun dan sebelumnya dhammah, ia ditulis

dengan surah wau seperti (يذرؤكم),.dan sebagainya (المؤمنون)

Huruf hamzah berbaris fathah selepas dhammah ditulis dengan perumah wau seperti (م�ؤ�ج�ال)

Page 50: Ahli lajnah

Hamzah berbaris kasrah selepas fathah atau dhammah atau kasrah atau berbaris fathah atau dhammah selepas kasrah ditulis dengan perumah ya’ seperti ( بارئكم), ( ف�ئة�( يىسوا) ,( تقتل

Huruf hamzah yang berbaris fathah sebelumnya alif dibuang perumah hamzah sperti (مئاب ) dan lain-lain

Page 51: Ahli lajnah

iv) Huruf hamzah diakhir kalimah juga

berbeza cara penulisannya di antara satu

sama lain. Huruf hamzah ditulis mengikut baris dan bentuk

sebelumnya. Ditulis ya’ selepas kasrah dan tulis wau

selepas berbaris dhammah seperti (رئHق), (امرؤا (إن dan sebagainya.

Tiap-tiap hamzah ditulis tanpa perumah jika didahului

tanda sukun seperti (شىئ), (قروء), (السمآء) dan sebagainya.

Page 52: Ahli lajnah

KAEDAH KEEMPAT: AL-IBDAL

( Menukar Huruf) Ibdal ialah menukarkan sesuatu huruf kepada huruf yang lain. Dalam penulisan Mushaf Rasm Uthmani, kaedah ini terbahagi kepada lima bahagian iaitu:

i- ibdal alif kepada wau ii- ibdal alif kepada ya’ iii- ibdal nun kepada alif iv- ibdal ta’ al-marbutah kepada ta’ al- maftuhah v- ibdal wau kepada alif

Page 53: Ahli lajnah

i. IBDAL ALIF KEPADA WAU

pada empat kalimah yang selalu berulang-

ulang iaitu (الصلوة), (الزكوة), (الحيوة) dan (الربوا).

pada empat kalimah dalam surah-surah

tertentu iaitu (بالغدوة), (كمشكوة),

.(ومنوة) ,(النجوة)

Page 54: Ahli lajnah

ii. IBDAL ALIF KEPADA YA’

Apabila alif terletak dihujung kalimah, sekalipun ia berhubung dengan dhamir

(ganti nama) seperti (هدىهم),( مجر ىها ) dan sebagainya,

melainkan pada beberapa keadaan berikut:

Page 55: Ahli lajnah

Alif yang bersebelahan dengan huruf ya’ sama ada sebelum atau selepasnya seperti dan ( يحيى ) tetapi pada kalimah ,( الدنيا )

.’ia tetap ditulis dengan huruf ya ,(وسقيها)

Kalimah-kalimah (تراHت), (اHكلت ), (انيHعص), طغHا ) ,(أقصHا المدينHة) ,(األقصHا).(سيماهم) dan (الماء

Huruf alif pada kalimah (أنى) yang membawa maksud ( فHكي ), juga pada kalimah-kalimah

(على) dan (إلى) ,(حتىH) ,(بلى) ,(متى) melainkan pada kalimah (لدى) pada firman

Allah SWT ( لدا الباب)

Page 56: Ahli lajnah

iii. IBDAL NUN KEPADA ALIF

(sila rujuk Buku Panduan Rasm Uthmani m/s:56)

Nun taukid pada kalimah ( وليكونا),

(لنسفعا)Nun pada kalimah (إذن) seperti firman

Allah SWT (فإذا ال يؤتون)

Page 57: Ahli lajnah

iv. IBDAL TA’ AL-MARBUTAH KEPADA TA’ AL- MAFTUHAH(sila rujuk Buku Panduan Rasm Uthmani m/s:56)

Kalimah ( رحمة) ditulis dengan ta’ al-

maftuhah ( رحمت) ada tujuh tempat dalam al-Quran.

Kalimah (نعمة) ditulis dengan ta’ al-

maftuhah (نعمت ) pada sebelas tempat dalam al-Quran

Page 58: Ahli lajnah

Kalimah ( سنة ) ditulis dengan ta’ al-maftuhah ( سنت ) ada lima tempat dalam al-Quran

Kalimah ( إمرأة ) ditulis dengan ta’ al-maftuhah (إمرأت ) ada tujuh tempat dalam al-Quran

Kalimah ( لعنة ) ditulis dengan ta’ al-maftuhah ( لعنت ) ada dua tempat dalam al-Quran dan lain-lain lagi.

Page 59: Ahli lajnah

v. IBDAL WAU KEPADA ALIF

( sila rujuk Buku Panduan Rasm Uthmani m.s:63)

Semua kata nama dan kata perbuatan yang mempunyai tiga huruf dan asal huruf yang ketiganya ialah huruf wau seperti ,(أبا) dan ( سنا ) ,( شفا ) ,( الصفا )melainkan semua kalimah ( الضحى ) dan kalimah yang lain iaitu (زكى ), (دحها ), .( سجى) dan ( طحها )

Page 60: Ahli lajnah

KAEDAH KELIMA:AL-MAQTU’ WA AL-MAUSHUL

( memisah dan menyambung )

Al-Maqtu’ ialah menulis perkataan secara berasingan, manakala al-Maushul pula menulis perkataan secara bersambung.Al-Maqtu’ wa al-Maushul ialah kaedah memisah dan menyambung tulisan pada kalimah-kalimah tertentu. Di dalam penulisan Rasm Uthmani terdapat banyak kalimah yang ditulis dengan cara bersambung pada sesuatu tempat , tetapi ditulis dengan cara berpisah pula pada tempat yang lain dan begitu juga sebaliknya.

Page 61: Ahli lajnah

AL-MAQTU’ DAN AL-MAUSHUL terbahagi kepada

tiga bahagian:i) Perbezaan ulama’ antara maqtu’ dan

maushul

i) Persepakatan ulama’ pada maqtu’

i) Persepakatan ulama’ pada maushul

Page 62: Ahli lajnah

KAEDAH KEENAM: KALIMAH YANG MENGANDUNGI

BEBERAPA QIRAAT DITULIS DENGAN SALAH SATU DARIPADANYA

Sekiranya terdapat sesuatu kalimah yang mengandungi dua atau beberapa wajah qiraat, kalimah itu ditulis dengan salah satu dari wajah -wajah qiraat tersebut. Kaedah penulisan kalimah-kalimah yang termasuk dalam bahagian ini boleh dibahagikan kepada tiga bahagian.

Page 63: Ahli lajnah

Tulisannya boleh dibaca dengan dua wajah qiraat.

Terdapat beberapa kalimah yang ditulis tanpa huruf alif ( hazaf alif ), tetapi bacaannya boleh dibaca dengan dua wajah qiraat iaitu sama ada dengan alif (panjang) atau tanpa alif (pendek)

Page 64: Ahli lajnah

Contoh:

i- kalimah ( فكهين) yang boleh dibaca dengan panjang atau pendek pada huruf fa’

ii- kalimah (ملك ) yang boleh dibaca dengan panjang atau pendek pada huruf mim dan kalimah-kalimah yang seumpanya.

Page 65: Ahli lajnah

Ditulis mengikut salah satu dari wajah qiraat.

Apabila terdapat dua wajah qiraat pada sesuatu kalimah, maka ia ditulis dengan menggunakan salah satu wajah yang lebih masyhur.

Contohnya:

Kalimah ( الصراط ) ditulis dengan huruf sad walau pun terdapat sebahagian qiraat yang membaca dengan huruf sin dan huruf zai yang diisymamkan.

Page 66: Ahli lajnah

Ini disebabkan bacaan dengan sad itu adalah lebih masyhur dan banyak digunakan dalam qiraat-qiraat yang mutawatir jika dibandingkan dengan bacaan-bacaan yang lain.

Page 67: Ahli lajnah

Berlaku penambahan disebabkan wajah qiraat yang berbeza.

Terdapat beberapa perbezaan qiraat yang melibatkan penambahan sesuatu huruf atau kalimah, dan ini menyebabkan kaedah tulisan yang digunakan bagi qiraat tersebut tidak sesuai digunakan bagi qiraat yang lain. Oleh itu ia ditulis pada sebahagian mushaf dengan satu kaedah dan sebahagian lagi mushaf dengan kaedah yang lain.

Page 68: Ahli lajnah

Contohnya:

Firman Allah SWT ( اHرى تحتهHتج ia ditulis sedemikian pada ,( األنهرsebahagian mushaf dan mushaf yang lain pula dengan penambahan kalimah ( من ) menjadi ( رىHتج.dan lain-lain lagi ( من تحتها األنهر

Page 69: Ahli lajnah

PENUTUP

• Rasm Uthmani ini mempunyai kelainannya yang tersendiri sehinggakan ianya terlalu sukar untuk diperkatakan.

• Hanya mereka yang mengkaji dan memperhalusinya sahaja yang akan dapat menafsirkan keunikannya ini.

• Rasm Uthmani ini adalah suatu kaedah penulisan yang wajib dipelihara dan diamalkan.

Page 70: Ahli lajnah

SEKIAN TERIMA KASIH