minit mesyuarat 3 panitia muzik 2013

7
MINIT MESYUARAT PANITIA PENDIDIKAN MUZIK 3/2013 TARIKH : 5 Mac 2014 HARI : Rabu MASA : 2.30 pm TEMPAT : Bilik Mesyuarat SKPK Kg Baharu Hadir (5/5) 1. En. Mohd Azim bin Ibrahim Setiausaha 2. Cik Azliana bt Mashuri AJK 3. Pn. Asnizan bt Hassan AJK ` 1. UCAPAN PENGERUSI 1.1. Pn. Siti Khadijah selaku Naib Pengerusi mengalu- alukan kehadiran semua AJK dan mengucapkan terima kasih kerana dapat menghadirkan diri ke mesyuarat Panitia Muzik kali ketiga. 1.2. Beliau berharap Panitia Muzik akan lebih aktif dan sentiasa bekerjasama menjayakan perancangan panitia. Makluman: Semua guru 2. MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT KALI KEDUA 2.1. Minit mesyuarat kali kedua dibentangkan oleh En. Ariffudin. 2.2. En. Malek Husaini mencadangkan minit mesyuarat disahkan dan disokong oleh Pn. Asnani Aisah. Pengesahan minit mesyuarat disokong sebulat suara. 3. PERKARA BERBANGKIT 3.1. Pengerusi merujuk perkara 7.2 iaitu pihak sekolah telah menarik diri daripada menyertai pertandingan nasyid kod tangan, Majlis Musabaqah Al-Quran bagi murid Pendidikan Khas Bermasalah Pendengaran atas sebab-sebab pentadbiran yang tidak dapat dielakkan. Makluman : semua AJK 1 SEK. KEB. PENDIDIKAN KHAS KAMPUNG BAHARU JALAN RAJA ABDULLAH, KAMPUNG BARU 50300 KUALA LUMPUR TEL : 03-26927141 FAX : 03-26921446

Upload: alex-robinson

Post on 13-May-2017

796 views

Category:

Documents


42 download

TRANSCRIPT

Page 1: Minit Mesyuarat 3 Panitia Muzik 2013

K

MINIT MESYUARAT PANITIA PENDIDIKAN MUZIK 3/2013

TARIKH : 5 Mac 2014HARI : RabuMASA : 2.30 pmTEMPAT : Bilik Mesyuarat SKPK Kg Baharu

Hadir (5/5)

1. En. Mohd Azim bin Ibrahim Setiausaha2. Cik Azliana bt Mashuri AJK 3. Pn. Asnizan bt Hassan AJK`

1. UCAPAN PENGERUSI

1.1.Pn. Siti Khadijah selaku Naib Pengerusi mengalu-alukan kehadiran semua AJK dan mengucapkan terima kasih kerana dapat menghadirkan diri ke mesyuarat Panitia Muzik kali ketiga.

1.2.Beliau berharap Panitia Muzik akan lebih aktif dan sentiasa bekerjasama menjayakan perancangan panitia.

Makluman: Semua guru

2. MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT KALI KEDUA

2.1.Minit mesyuarat kali kedua dibentangkan oleh En. Ariffudin.2.2.En. Malek Husaini mencadangkan minit mesyuarat disahkan dan disokong

oleh Pn. Asnani Aisah. Pengesahan minit mesyuarat disokong sebulat suara.

3. PERKARA BERBANGKIT3.1.Pengerusi merujuk perkara 7.2 iaitu pihak sekolah telah menarik diri daripada

menyertai pertandingan nasyid kod tangan, Majlis Musabaqah Al-Quran bagi murid Pendidikan Khas Bermasalah Pendengaran atas sebab-sebab pentadbiran yang tidak dapat dielakkan.

Makluman : semua AJK

4. KEWANGAN

4.1 Pengerusi memaklumkan bahawa pembelian sub-woofer telah dibuat pada bulan Jun dan ditempatkan di Bilik Muzik. Pembelian tersebut telah direkodkan.

Makluman : semua AJK

1

SEK. KEB. PENDIDIKAN KHAS KAMPUNG BAHARUJALAN RAJA ABDULLAH, KAMPUNG BARU50300 KUALA LUMPUR TEL : 03-26927141 FAX : 03-26921446

Page 2: Minit Mesyuarat 3 Panitia Muzik 2013

5. PEDAGOGI

5.1.Pengerusi memohon kerjasama guru agar menggunakan bilik muzik sebagai ruang menjalankan PdP dan latihan persembahan.

Tindakan : Semua AJK

6. PENILAIAN

6.1 Pengerusi memaklumkan borang senarai semak telah siap dirangka bagi penilaian KSSR (TP, 1, 2, 3). Bagi penilaian KSSR Tahun 4 2014, 'softcopy' borang pelaporan pendidikan muzik telah diserahkan semasa Kursus Penyebaran CPD Guru KSSR & PBS Tahun 4 Pendidikan Muzik Sentul/Keramat 2013 yang telah dihadiri oleh pengerusi, sendiri.

6.2 Bagi penilaian Pendidikan Muzik Tahap 2, guru masih boleh membina kertas soalan (menguji teori muzik) dan membuat penilaian permainan rekoder dan kefahaman fokus muzik dengan menggunakan senarai semak dan lembaran kerja yang bersesuaian.

Tindakan : Ketua Panitia dan semua guru muzik

7. PROGRAM

7.1 En. Malek memaklumkan bahawa program utama Panitia Muzik 2013, iaitu pasukan kompang sekolah perlu diteruskan dan memerlukan tempoh latihan yang panjang memandangkan ahli-ahli masih belum menguasai teknik tepukan dengan baik.

Tindakan : En Malek Husaini

7.2 Pengerusi berharap semua guru dapat memberi kerjasama agar pasukan kompang sekolah dapat diketengahkan pada tahun 2014.

Tindakan : Semua AJK

8. LAPORAN

8.1. Pengerusi memaklumkan jemputan daripada pihak RTM untuk menyertai rakaman rancangan khas muzikal Anak Dunia yang disiarkan pada bulan Ogos. Seramai 8 murid telah dipilih menyertai kumpulan nasyid kod tangan sekolah bagi rancangan tersebut. Rakaman telah berjaya diadakan pada hari Sabtu, 20 Julai 2013 di Pra-Sekolah. 2 guru dan 3 murid telah menghadiri rakaman tersebut di Auditorium Perdana Angkasapuri, RTM pada hari Ahad, 28 Julai 2013.

8.2. Ucapan ribuan terima kasih kepada seluruh warga sekolah dan pihak PIBG sekolah yang telah memberi kerjasama dan sokongan yang tidak terhingga bagi menjayakan aktiviti tersebut.

Makluman : Semua AJK

2

Page 3: Minit Mesyuarat 3 Panitia Muzik 2013

8.3. Pengerusi turut memaklumkan bahawa Pn. Rogby Faziana daripada Jabatan Penyiaran, RTM telah menyerahkan satu salinan VCD rancangan muzikal Anak Dunia untuk simpanan pihak sekolah.

Makluman : Semua AJK

9. PERANCANGAN PROGRAM & KEWANGAN PANITIA MUZIK 2014

PERANCANGAN PROGRAM 2014

BIL. PROGRAM TARIKH CATATAN

1. Lawatan sambil belajar ke stesen televisyen / radio Jun Semua guru muzik

2. Pasukan Kompang Sekolah Januari hingga November

En. Mohd Azizi Sulaiman En. Mohd Fakhrul Razi

PERANCANGAN KEWANGAN 2014

BIL. PERIHAL BARANGAN JUMLAH CATATAN

1. Kompang (4) RM 240.00Menggantikan kompang-kompang yang lama dan rosak

2. Papan Notasi RM 100.00Menggantikan papan notasi di bilik Muzik yang rosak

Tindakan : Semua AJK

10.HAL-HAL LAIN

10.1. Pengerusi mengingatkan agar semua guru muzik menggunakan alat-alat muzik dan juga kibod yang disediakan di bilik Muzik untuk kegunaan PdP.

10.2. Pn. Asnani mencadangkan agar jadual bertugas di Bilik Muzik disediakan agar murid-murid diberi tanggungjawab menjaga dan menguruskan bilik Muzik dengan lancar.

Tindakan : Semua AJK

3

Page 4: Minit Mesyuarat 3 Panitia Muzik 2013

11.UCAPAN PENANGGUHAN

11.1. Pengerusi sekali lagi mengucapkan terima kasih kepada semua ahli yang telah memberi kerjasama yang baik sepanjang tahun 2013 dan berharap agar perancangan program 2014 dapat dijalankan dengan jayanya.

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 12.00 tengahari.

Disediakan oleh: Disahkan oleh :

…………………………………… ……………………………(EN. ARIFFUDIN BIN DZULKHEFLI) Pengerusi.Setiausaha Panitia Muzik.

4