majalah rasmi komuniti fotografi landskap panitia tuantanah ketua unit penerbitan omar khayyam|...

Download MAJALAH RASMI KOMUNITI FOTOGRAFI LANDSKAP  panitia Tuantanah ketua unit penerbitan Omar Khayyam| omar@  ... beberapa alat muzik tradisional

Post on 06-Feb-2018

237 views

Category:

Documents

10 download

Embed Size (px)

TRANSCRIPT

  • Melukis Cahayatemubual bersama Sham Khaleefa

    Tutorial Photoshopdramatik dengan hitam putih

    Lampu Limpah dan Lampu Malappengalaman fotografi pentas dan persembahan oleh

    Zuhrie Iskandar

    Jurugambar Wanitacabaran bersama peralatan kamera

    Pengalaman dari Chicagocatatan perjalanan Saiful Nang

    lensamalaya

    www.lensamalaya.com // isu kedua // Januari 2011

    MAJALAH RASMI KOMUNITI

    FOTOGRAFI LANDSKAPwawancara khas pemenang Disember 2011

  • LENSA MALAYAISU kedua

    EDITORIAL

    pengerusi panitia Tuantanah

    ketua unit penerbitan

    Omar Khayyam| omar@candidsyndrome.com

    Jurutera sistem

    Kamil Azizs | kamil@candidsyndrome.com

    Pengiklanan

    Admin | admin@lensamalaya.com

    DIKELUARKAN OLEH

    lensa Malayawww.lensamalaya.comT 603-8076 6878

    sumbangan GAMBAR

    muka depan

    Pemenang gambar terbaik, Disember 2011

    Gambar-gambar lain adalah sumbangan penggiatforum lensa malaya dan fail cs.

    langganan dan komen

    www.lensamalaya.com

    Lensa Malaya 2011Semua bahan yang diterbitkan tertakluk dibawah hak cipta terpelihara.Penerbitan semula secara menyuluruh atau sebahagian tanpa kebenaran pihak Lensa Malaya adalah dilarang sama sekali. Pihak kami mengambil berat dalam ketepatan informasi yang diterbitkandimasa majalah ini dikeluarkan, tetapi kami tidak bertanggunjawab terha-dap sebarang kekeliruan dan kesalahan yang terdapat di dalam majalah ini.

    Indesign TemplatePrint Ready | 300 DPI | A4 ISO

    The BEST Magazine Layout on GR38 stunning pages easy to customize

    ALL made with FREE Fontsselected for their beauty and elegance

    lensamalaya

    www.lensamalaya.com // isu kedua // Januari 2011

    MAJALAH RASMI KOMUNITI

    FOTOGRAFI LANDSKAP

  • Editorial Penyumbang

    Saiful Nang Chief Editor

    Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia kepada semua pem-baca. Syukur kepada Allah yang telah memberikan segala kebaikan atas kelahiran dan kewujudan Komuniti Fotografi Lensa Malaya yang kini telah masuk umur 3 bulan dan peny-ertaan kira-kira 20,000 ahli komuniti. Juga syukur untuk ke-jayaan majalah Lensa Malaya, Majalah Komuniti Fotografi kita yang mendapat sambutan pembaca yang sangat memberang-sangkan. Bayangkan, pada hari pertama sahaja sudah hampir 2,000 muat turun sehingga kami terpaksa bekerja keras untuk menyediakan pautan mirror untuk host luar negara bagi me-mudahkan proses muat turun.

    Angka ini angka yang sangat membanggakan seterusnya bakal menyaksikan MAJALAH LENSA MALAYA menjadi majalah fotografi paling tinggi langganannya. Majalah Lensa Malaya juga mencatat sejarah menjadi majalah elektronik fotografi yang pertama di Malaysia.

    Tidak lalai dengan kejayaan yang diperolehi, kami sekali lagi berterima kasih kepada semua pembaca. Keberadaan kami di sini kerana adanya anda untuk membaca. Tanpa pembaca, ti-adalah penaja, tiada penaja tiadalah komuniti ini dapat diter-uskan kegemilangannya.

    Kami sekali lagi berharap, anda menjalankan tanggungjawap anda sebagai pembaca dengan menyebarkan akan kewujudan majalah Lensa Malaya ini kepada umum melalui fungsi share dalam facebook anda, atau memberikan link ke dalam blog dan apa-apa cara untuk anda memanjangkan perkongsian ilmu ini kepada lebih ramai orang lagi. Tanpa anda berbuat begitu, ilmu sebaik mana yang dikongsikan oleh penyumbang-peny-umbang artikel dan foto dalam majalah ini mungkin tidak sampai ke mana-mana.

    Besarlah harapan kami untuk anda semua terus menerus me-nyokong keberadaan majalah ini. Sekiranya anda ada cadangan dan idea menarik, terus nyatakan kepada saya di saifulnang@candidsyndrome.com dan kami akan melakukan pengubah-suaian mengikut penerimaan pembaca.

    Salam hormat, Salam 1Malaysia

    Editorial

  • gambar terhangat personaliti galeri lensa

    15

    5518

    25

    61

    Temubual - Sham Khaleefa

    Lebih Dramatik dengan Hitam Putih - Tutorial

    Kalendar Aktiviti

    Manakala untuk lensa pula saya menggunakan canon 17-40mm f/4 L kerana selain dari bukaan sudutnya yang luas (wide angle) ia juga dapat menghasilkan gambar yang tajam (sharp) dengan kontra yang baik serta kawalan cahaya yang bagus.

    Aktiviti sepanjang bulan Disember 2011. Sesi teh tarik dan outing.

    Cabaran yang paling hebat ialah kita sendiri, sejauh mana kemahuan kita, sejauh mana kesungguhan, sejauh mana minat kita dan sejauh mana kegilaan itu semua terletak pada diri sendiri.

    Pengalaman Dari Chicago

    Sempat juga saya tilik harga-harga cetakan gambar cityscape Cesar Russ itu. Hanya gambar Chicago sahaja, tidak pula nampak bandaraya lain di galeri itu. Cetakan sebesar skrin iPad pun dah dijual USD50 dan itulah yang termurah. Cetakan sebesar 4 x 2 dan berharga dalam USD500 dan itu ialah saiz paling popular yang dibeli.

    Tutorial Hitam Putih untuk gambar Lanskap.

    Jurugambar Wanita Bersama Peralatan KameraJurugambar wanita akan tetap terus menjadi wanita, berfesyen, berkasut tumit, bermake-up, bertudung lilit dan membawa bag troli kamera bewarna merah.

    cabaran bulan ini tutorial photoshop artikel

    05 31 67

    4375

    Gambar Terhangat Disember 2011 Lampu limpah dan lampu malap Tutorial Photoshop CS5Pertandingan Foto Terbaik Disember 2011 di forum LensaMalaya.com.

    Secara umumnya saya selalu mengambil gambar sedikit under dalam sekitar satu hingga dua stop, dan juga dalam format RAW supaya mudah membuat pembetulan exposure dan white balance dengan komputer.

    Tutorial khas oleh PHOTOSHOP MALAYA untuk olahan warna gambar lanskap.

    Galeri Lensa

    Koleksi terbaik penggiat forum Lensa Malaya

    Panduan Pembeli Kamera DSLR

    Panduan harga pasaran untuk kamera digital SLR

    Isi Kandungan

    03 >>> isi kandungan Disember 2011 4

    isu bulan hadapanFotografi waktu malam dan cahaya | Dedahan lebih lama dengan tripod | Bunga api tahun baru | Foto terbaik januari 2011

  • GAMBAR TERHANGATNOVEMBER 2011

    Jurugambar: AnnamirAperture: f/13Shutter speed: 32 secondsISO: 100Masa: 06:41am

    I like this one. Cuaca dan atsmosfera yang jarang skali dapat dilihat dimana bentuk bukit menjadi sillhoutte dengan sdikit cahaya backlight dari matahari yang belum naik. Susunan subjek yang bagus kerana RO3 diterapkan didalam gambar dan selain dari itu keadaan Masjid yang cerah membuatkan ia terasing dari background yang gelap yang mana membuatkan mata tertarik kearahnya. Kawalan exposure yang amat baik dimana jurugambar menggunakan elemen reflection untuk menstabilkan exposure diantara foreground dan background. All complete. Such a masterpiece picture. - Komen Juri

  • S: Assalamualaikum ustaz, Muktasyaf Ibrahim AnNamir (nama betul ke?). Boleh Ustaz ceritakan serba sedikit tentang diri Ustaz?

    J: Waalaikumussalaam, ya nama IC saya Muktasyaf bin Ibrahim, manakala AnNamir pula adalah nama pena saya dalam dunia fotografi. Saya bertugas sebagai penjawat awam dalam bidang pengajian Tahfiz al-Quran di Darul Quran JAKIM dan fotografi merupakan hobi sampingan masa lapang saya. Alatan fotografi yang ada di dalam beg saya buat masa ini hanya Canon 7D, kitlens 18-135mm, lensa 50mm f1.8, macro filter dan 3D Lens in a Cup sahaja.

    S: Bagaimana boleh terjebak dalam dunia fotografi? Cabang fotografi yang digemari?

    J: Sememangnya saya suka melihat sesuatu yang indah, sama ada ia semulajadi atau dimanipulasi supaya indah.

    Justeru, dunia fotografi merupakan antara bidang yang saya lihat boleh diceburi untuk mengekalkan sesuatu keindahan sebagai simpanan, tatapan dan dikongsikan bersama.

    Saya sangat meminati fotografi lanskap yang sentiasa membuatkan saya rasa mengagumi betapa hebatnya Allah yang mencipta segala keindahan dan rasa bersyukur atas kurniaan nikmat pancaindera yang dikurniakan untuk menghayati keindahan tersebut.

    Cabang lain fotografi yang turut saya minati adalah macro, candid dan juga fotografi 3D Stereography yang saya kira masih kurang penggiat dan peminatnya di Malaysia buat masa ini.

    S: Siapa idola anda dalam dunia fotografi dan nyatakan kenapa?

    J: Pastinya idola saya adalah dua orang guru pertama saya dalam bidang fotografi iaitu saudara dR.Ali (Studio2121) dan saudara Dashuki Mohd (Awe2020) yang kedua-duanya banyak memberikan pendedahan tentang ilmu asas fotografi bermula dari setting kamera sehinggalah kepada seni komposisi gambar.

    Manakala Peter Sanders merupakan antara idola luar negara yang saya kagumi kerana karya photojournalism beliau yang sangat menerapkan nilai Islamik dan tersendiri.

    wawancara bersama pemenang

    S: Boleh berikan sedikit ringkasan tentang gambar kemenangan? (Cara mengambil, teknik dan equipment)

    J: Gambar ini diambil seawal jam 6:41 pagi menggunakan tiga dedahan (3 exposures) dengan kadar -2, 0, +2. Tujuan gambar ini di-HDR-kan adalah supaya detail pada kawasan bangunan masjid dapat didedahkan sebaiknya, dan supaya suasana langit yang membiru juga akan kelihatan lebih realistik untuk ditatap.

    Saya menggunakan Canon 500D beserta lensa kit (dan sehingga sekarang saya hanya menggunakan kitlens untuk fotografi lanskap saya) dan juga tripod untuk mengambil gambar ini dengan menggunakan setting ISO-100, f/13 dan jarak fokal 18mm.

    S: Berikan sedikit perkongsian ringkas dari ustaz.

    J: Saya berpegang pada; Memanipulasikan apa yang kita miliki sebaiknya untuk menghasilkan sesuatu karya tanpa mengeluh dengan kekurangan yang ada. Perkongsian akhir dari saya, jika dunia fotografi ini dinilai dan dilihat dari sudut yang lebih khusus sebenarnya ia akan mengembalikan kita pada kehebatan dan tanda kebesaran Allah dalam menciptakan sesuatu (cipta alam yang indah, cipta ilham kepada kita untuk berkarya, dsb).

    Maka janganlah kita dustai nikmat yang Allah berikan, gunakan ia sebaiknya sambil bersyukur padaNya, dan ucaplah Alhamdulillah.