minit mesy pertama panitia pendidikan seni visual

Upload: nur-azura

Post on 05-Apr-2018

221 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/31/2019 Minit Mesy Pertama Panitia Pendidikan Seni Visual

    1/2

    MINIT MESYUARAT

    PANITIA PENDIDIKAN SENI VISUAL BIL 1/2012

    Hari : Rabu

    Masa : 11.00 pagi-12 tengahari

    Tempat: Bilik Pendidikan Seni Visual

    KEHADIRAN:

    Pn. Noriza bt Zainal Abidin (Ketua Panitia Pendidikan Seni Visual)

    Pn. Nur Azura Binti Razme

    Pn. Nooridayu bt DaudTIDAK HADIR :

    1. Pn. Akmalliza bt Asad

    2. Pn. Siti Haziana bt Abd Aziz

    3. Pn. Wendy Chan Kwee Lian

    LANTIKAN SETIAUSAHA: PN. NUR AZURA BINTI RAZME

    PERKARA-PERKARA PENTING

    1. Semua guru perlu memiliki:

    a) SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN SENI VISUAL

    b) HURAIAN SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN SENI VISUAL

    c) RANCANGAN PELAJARAN TAHUNAN PENDIDIKAN SENI VISUAL.

    Sukatan Pelajaran dan Rancangan Pelajaran Tahunan perlu disimpan di dalam buku

    rekod mengajar. Huraian Sukatan boleh disimpan di dalam fail.

    2. Buku Rekod-Format penulisan di dalam buku rekod perlu diselaraskan. Cadangan

    format penulisan:

    i. MASA

    ii. TINGKATAN

    iii. MATA PELAJARAN

    iv. TAJUK

    v. OBJEKTIF

    vi. AKTIVITI

    vii. BBM

    viii. REFLEKSI

    1

  • 7/31/2019 Minit Mesy Pertama Panitia Pendidikan Seni Visual

    2/2

    3. BUKU LATIHAN Pendidikan Seni Visual- sebuah buku sahaja.BUKU NOTA

    Pendidikan Seni- sebuah buku sahaja. Buku latihan dan buku buku nota perlu disemak

    dari semasa ke semasa. Bilangan buku perlu dihantar untuk semakan seperti bilangan

    dalam kelas.

    4. Guru boleh menggunakan Bilik Pendidikan Seni untuk menjalankan pengajaran danpembelajaran mengikut jadual masing-masing.

    5. KESELAMATAN SEMASA MENGGUNAKAN BILIK PENDIDIKAN SENI

    VISUAL

    i. Semua guru harus mengutamakan keselamatan dalam Bilik Pendidikan Seni

    Visual.

    ii. Guru mesti berada bersama-sama dengan pelajar sepanjang masa pengajaran

    dan pembejaran Pendidikan Seni Visual dijalankan.

    iii. Pastikan pelajar diberi penerangan berkaitan dengan penggunaan setiap alat dan

    bahan di dalam Bilik Pendidikan Seni Visual.

    iv. Peralatan yang tajam atau yang merbahaya perlu diawasi supaya pelajar tidak

    menggunakannya sebagai senjata.

    v. Pastikan kipas, lampu dipadamkan setelah menggunakan Bilik Pendidikan Seni

    Visual.

    vi. Guru perlu mengarahkan semua pelajar dalam kelas menyusun kerusi dan

    membersihkan Bilik Pendidikan Seni Visual setelah aktiviti selesai dijalankan.

    vii. Pastikan alat dan bahan yang digunakan semasa pengajaran dan pembelajaran

    dikembalikan ke tempat asal.

    6. PENCERAPAN

    Pencerapan untuk semua guru Pendidikan Seni Visual akan dilakukan seperti jadual

    pencerapan di dalam Buku Panduan Pengurusan dan Pentadbiran Sekolah 2012. Namun

    sekiranya ada perubahan daripada pihak pentadbiran sekolah, guru-guru akan

    dimaklumkan.

    7. Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 12.00 tengahari dengan ucapan terima kasih

    daripada Ketua Panitia Pendidikan Seni Visual.

    Disediakan Oleh:

    ______________________

    (NUR AZURA BINTI RAZME

    Setiausaha Panitia Pendidikan Seni Visual

    2