minit 3 dan panggilan mesy tmk

8
PKS 15/4 SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN RAJA PEREMPUAN, Jalan Batu Bungkal, Ipoh, Perak Minit Mesyuarat Kali Ketiga Tahun 2008 Nama Jawatankuasa : Jawatankuasa Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) Tarikh : 24 Julai 2008 Masa : 1.30 petang Tempat : Bilik Gerakan Pengerusi : Cik Rusnani bt. Sharuddin (Pengetua merangkap Pengerusi Jawatankuasa) Hadir : 12 orang 1 Cik Rusnani bt. Sharuddin (Pengerusi-Pengerusi) 2 Pn. Zuraida bt. Ariffin (PK Pentadbiran- Timbalan Pengerusi ) 3 Pn. Hjh. Haslina bt. Abdul Rahim (PK HEM-Naib Pengerusi I) 4 Pn. Emsakiah bt. Zulkifli (PK Petang-Naib Pengerusi II) 5 Cik Rohaniyah bt. Mohd. Ghazali (PK Kokurikulum- Naib Pengerusi III) 6 Pn. Anita Suganthi a/p Kolandasamy (Setiausaha) 7 Pn Nor Azizan Bt. Abdullah (Ketua Unit Kecil Smart T&L, Jawatankuasa TMK/ICT) 8 Pn. Norlaila bt. Che Murad (Ketua AJK Unit Kecil Rekod Data Pelajar, AJK TMK/ICT) 9 En Abu Bakar 10 En. TJ Pereira (Ketua Unit Kecil Laman Web, AJK TMK/ICT) 11 Cik Suhaila bt. Mohd. Sarad Pn. Sushil Kaur a/p Narajan Singh

Upload: mohd-fahmi-yusoff

Post on 04-Aug-2015

170 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

PKS 15/4

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN RAJA PEREMPUAN, Jalan Batu Bungkal, Ipoh, Perak

Minit Mesyuarat Kali Ketiga Tahun 2008

Nama Jawatankuasa : Jawatankuasa Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT)Tarikh : 24 Julai 2008Masa : 1.30 petangTempat : Bilik Gerakan Pengerusi : Cik Rusnani bt. Sharuddin (Pengetua merangkap Pengerusi Jawatankuasa)Hadir : 12 orang

1 Cik Rusnani bt. Sharuddin (Pengerusi-Pengerusi)2 Pn. Zuraida bt. Ariffin (PK Pentadbiran-Timbalan

Pengerusi )3 Pn. Hjh. Haslina bt. Abdul

Rahim(PK HEM-Naib Pengerusi I)

4 Pn. Emsakiah bt. Zulkifli (PK Petang-Naib Pengerusi II)5 Cik Rohaniyah bt. Mohd.

Ghazali(PK Kokurikulum- Naib Pengerusi III)

6 Pn. Anita Suganthi a/p Kolandasamy

(Setiausaha)

7 Pn Nor Azizan Bt. Abdullah (Ketua Unit Kecil Smart T&L, Jawatankuasa TMK/ICT)

8 Pn. Norlaila bt. Che Murad (Ketua AJK Unit Kecil Rekod Data Pelajar, AJK TMK/ICT)

9 En Abu Bakar10 En. TJ Pereira (Ketua Unit Kecil Laman Web,

AJK TMK/ICT)11 Cik Suhaila bt. Mohd. Sarad

Pn. Sushil Kaur a/p Narajan Singh

Tidak Hadir (Dengan Sebab) :

1.0 Ucapan Pengerusi1.1 Puan Pengerusi merakamkan ucapan terima atas kehadiran semua ahli dalam Mesyuarat

TMK Ke-3. Jawatankuasa ini banyak bergerak dari segi meningkatkan kemahiran ICT di dalam P&P. Puan Pengerusi merakamkan ucapan terima kasih kepada EnTJ selaku tulang belakang bagi meningkatkan lathihan kemahiran ICT di kalangan guru-guru RPS. Perkara utama yang perlu dilihat adalah bagaimana latihan kemahiran ICT menjadi satu kelaziman dan menggerakkkan pelajar. Tindakan : Makluman

2.0 Mengesahkan Minit Mesyuarat Bil. 3/2008

1. En Paramasivam a/l Munusamy

2. Pn. Syzreen Shymee (Penyelaras TMK/ICT)

2.1 Pengesahan minit mesyuarat dengan pindaan. Cadangan : Pn. Hjh. Haslina bt. Abdul Rahim

Sokongan : Pn. Emsakiah bt. Zulkifli

3.0 Perkara Berbangkit

3.1 Sebut harga anggaran perbelanjaan untuk mengatasi masalah anai-anai masih belum dapat diberikan.

Tindakan : Pentadbir

3.2 Bilik Multimedia 3.2.1 Bilik Multimedia mesti mempunyai satu jadual penggunaan. Maka setiap guru dari

panitia masing-masing mesti mewujudkan keperluan pelajar menggunakan ICT di Bilik Multimedia. Ini perlu dilakukan dengan pengawasan guru sepenuhnya. Tindakan : Pn Anita / Pn. Zuraida

3.2.2 Peraturan - peraturan penggunaan Bilik Multimedia juga perlu digariskan dengan mengambil kira aspek-aspek berikut fizikal makmal, aspek kebersihan dan penggunaan pelajar hanya dengan pengawasan guru dan bukan merupakan tempat untuk guru mencetak kertas soalan peperiksaan atau ujian. Tindakan : Pn Anita / Pn. Zuraida

3.2.3 Ahli Kelab Komputer perlu dilatih agar dapat membantu di Bilik Multimedia. Tindakan : Pn Anita / Pn. Zuraida

3.3 Instrumen Soal Selidik berkaitan kompetensi kemahiran ICT guru telah dilakukan. Dapatan Instrumen Soal Selidik menunjukkan bahawa 80 % guru merupakan pengguna lazim, 14 % merupakan pengguna yang sanggup belajar dan 6 % merupakan pengguna yang enggan menggunakan komputer. Microsoft Excel, Access dan Publisher boleh diberikan sebagai program pengayaan.

Tindakan : Pn Sushil

3.4 Membestarikan Pengurusan Rekod Murid 3.4.1 SMM dan SMA merupakan program yang tersendiri dan maklumat pelajar sukar diakses tanpa guru data. Tindakan : Makluman

3.4.2 Maka, bantuan profesional perlu diminta agar dapat menyimpan data berasaskan laman web sekolah. Tindakan : Pn. Norlaila

3.2.3 Senarai nama pelajar dan semua maklumat terperinci juga dapat dimasukkan dalam fail Microsoft Excel . Selain daripada menyimpan informasi pelajar slip kemajuan, pendaftaran, surat akuan dan pertukaran pelajar dapat dikemaskinikan dengan mudah. Satu kata laluan perlu digunakan agar mengelakkan maklumat pelajar tidak bocor. Tindakan : Pn. Norlaila

3.2.4 Ia juga perlu mempunyai data untuk menyokong sebarang aduan. Ini adalah untuk membolehkan PK, PKHEM, PK Kokurikulum dan Penyelia Petang dapat

mengakses maklumat apabila mengendalikan kes dengan ibu bapa. Tindakan : Pn. Norlaila

3.5 Pusat Akses perlu mempunyai jadual penggunaan berstruktur agar semua kelas dapat menggunakan kemudahannya. Penggunaan Internet sebagai sumber pembelajaran tidak ketara di sekolah.

Tindakan : Pn Sushil

3.6 Format laporan kerosakan Makmal Komputer telah dibuat mengikut KewPA Tindakan : Makluman

4.0 Kandungan Mesyuarat 4.1 Aktiviti ICT untuk pelajar

4.1.1 Pentaksiran Berasaskan Sekolah sebarang folio yang dihasilkan oleh pelajar perlu dibuat menggunakan komputer untuk mata pelajaran seperti Geografi dan Biologi. Tindakan : Makluman 4.1.2 Jawatankuasa ini perlu menggerakkan pelajar untuk menyertai pertandingan membina laman web dan kem ICT. Tindakan : Penyelaras 4.1.3 Kelas ICTL masih ada pelajar yang tidak hadir terutama dari kalangan pelajar Tingkatan 1 kerana tiada kemudahan pengangkutan. Surat telah dihantar kepada ibu bapa pelajar yang gagal menghadirkan diri ke kelas ICTL 3 kali berturut- turut. Tindakan : Pn. Emsakiah

4.2 Penggunaan Internet Sebagai Sumber Maklumat P&P 4.2.1 Arahan mesti dikeluarkan kepada setiap panitia untuk membuat perancangan panitia bagi melakukan internet search. Ini adalah bagi penggumpulan maklumat berkaitan bidang masing-masing. Guru-guru mata pelajaran perlu menggunakan maklumat yang ada dalam internet dan mengubah konsep dari abstrak kepada konkrit. Tindakan : Pn Zuraida/ Pn Anita 4.2.2 Setiap panitia perlu menyenaraikan laman-laman web yang perlu untuk pengayaan.

Tindakan : Pn Zuraida /Pn Anita

4.3 Intergrasi internet dalam P&P (Web Interactive) Panitia perlu meletakkan link dalam bentuk URL kepada laman web sekolah agar membentuk web interaktif dan memudahkan pelajar mengakses. Tindakan : En TJ

4.4 Penilaian Berkomputer Pengajaran Guru Penilaian Berkomputer Pengajaran Guru ditukar kepada bentuk yang mudah diautomasikan.

Tindakan : Pn. Norlaila

4.5 Keselamatan/ Sekuriti Wireless

Aspek keselamatan adalah dalam tahap minima. Bantuan perunding dari luar boleh digunakan untuk mengatasi sebarang masalah berkaitan keselamatan wireless. Tindakan : En. TJ

4.6 Intergrasi data (One-stop Access Centre)Telah dibincang dalam perkara 3.4 di atas.

5.0 Hal-hal lain 5.1 En. TJ meminta bantuan perunding dari luar boleh digunakan bukan untuk membeli produk tetapi hanya menggunakan perkhidmatan perundingan. 6.0 Ucapan Penangguhan.

Puan Pengerusi mengucapakan terima kasih dan mengharapkan perkara yang dirancang akan dicapai agar guru-guru lebih kompetent dalam ICT dan budaya ICT ditonjolkan di sekolah.

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 3.40 petang.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

………………………………… …………………………................(PUAN ANITA SUGANTHI ) (CIK RUSNANI BT. SHARUDDIN)Setiausaha Jawatankuasa TMK/ICT Pengetua, SMK Raja Perempuan, Ipoh

“Menjulang Kecemerlangan Di Persada Marcapada”Ruj kami : SMKRPI/AEB2046/

Tarikh : 11/2/2009

Tuan/Puan,MESYUARAT JAWATANKUASA BESTARI KALI YANG PERTAMA

Perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa meyuarat tersebut akan diadakan seperti ketentuan berikut;

Tarikh : 23 Februari 2009Masa : 1.40 petangTempat : Bilik GerakanPengerusi : Cik Rusnani bt. Sharuddin

3. Agenda mesyuarat adalah seperti berikut;

1. Ucapan Pengerusi2. Membaca dan Mengesahkan Minit Mesyuarat Yang Lalu3. Perkara Berbangkit.

5 Kandungan Mesyuarat :5.3 Pelan Taktikal 5.4 Penggunaan Internet sebagai sumber maklumat P&P5.5 Intergrasi internet dalam P&P (Web Interactive)5.6 Penilaian Berkomputer Pengajaran Guru5.7 Aktiviti ICT untuk pelajar5.8 Keselamatan/ Sekuriti Wireless5.9 Intergrasi data (One-stop Access Centre)

6 Hal-hal lain7 Ucapan Penangguhan.

Kehadiran dan kerjasama tuan/puan diucapkan terima kasih.Sekian.Saya yang menurut perintah,............................................................................( PN. ANITA SUGANTHI A/P KOLANDASAMY ) Setiausaha Jawatankuasa Bestari

Sekolah Menengah Kebangsaan Raja PerempuanJalan Batu Bungkal30250 IpohPerak

PKS 15/1

Tel: 05-2494830Faks: 05-2420697