minit mesy muzik kali ke2

4
SK JELAI. 34520 BATU KURAU, PERAK DARUL RIDZUAN MINIT MESYUARAT PANITIA KALI KEDUA Panitia Mata Pelajaran: PENDIDIKAN MUZIK Tarikh : 5 JULAI 2011 Masa : 1.00 PETANG Tempat : KANTIN Pengerusi : EN. MUHAMAD ROHAIZAD B MUHAMAD KHER Kehadiran (Bilangan) : 4 ORANG Guru Yang Hadir : 1. EN. MUHAMAD ROHAIZAD B MUHAMAD KHER 2. PN. KU SALLEHA BT KU HAMID 3. PN. YUHAINA BINTI MD YUSOFF 4. PN. ROSAZLINA MASTURA BT KU HAMID Guru Yang Tidak Hadir : - BIL AGENDA TINDAKAN 1. Ucapan Pengerusi: Pengerusi mengucapkan terima kasih atas komitmen semua guru Muzik 2012 yang bersama- Makluman

Upload: yuhaina-md-yusoff

Post on 30-Jul-2015

1.843 views

Category:

Documents


18 download

TRANSCRIPT

Page 1: Minit Mesy Muzik Kali Ke2

SK JELAI.34520 BATU KURAU, PERAK DARUL RIDZUAN

MINIT MESYUARAT PANITIA KALI KEDUA

Panitia Mata Pelajaran: PENDIDIKAN MUZIK

Tarikh : 5 JULAI 2011

Masa : 1.00 PETANG

Tempat : KANTIN

Pengerusi : EN. MUHAMAD ROHAIZAD B MUHAMAD KHER

Kehadiran (Bilangan) : 4 ORANG

Guru Yang Hadir : 1. EN. MUHAMAD ROHAIZAD B MUHAMAD KHER

2. PN. KU SALLEHA BT KU HAMID

3. PN. YUHAINA BINTI MD YUSOFF

4. PN. ROSAZLINA MASTURA BT KU HAMID

Guru Yang Tidak Hadir : -

BIL AGENDA TINDAKAN

1. Ucapan Pengerusi:Pengerusi mengucapkan terima kasih atas komitmen semua guru Muzik 2012 yang bersama-sama meningkatkan usaha dan kerjasama dalam mendidik murid-murid dalam mata pelajaran Dunia Muzik.

Makluman

AJK

2. Membentang Dan Mengesahkan Minit Mesyuarat

Pn. Ku Salleha mencadangkan agar Minit Mesyuarat Panitia Dunia Muzik Kali pertama Tahun 2012 disahkan dan disokong oleh En. Muhamad Rohaizad.

Makluman

Page 2: Minit Mesy Muzik Kali Ke2

3.Perkara Yang Dibincangkan;

3.1 Guru-guru Muzik dimaklumkan bahawa penggunaan makmal komputer sebagai bilik muzik akibat sekolah kekurangan bilik yang sesuai untuk dijadikan bilik muzik. Makmal computer dipilih kerana sifatnya yang kedap bunyi dan terletak jauh dari bangunan kelas. Oleh itu dapat mengelakkan daripada gangguan bunyi sekiranya alat muzik dimainkan.

3.2 Guru-guru muzik juga diberitahu bahawa Bilik Muzik ini boleh digunakan pada bila-bila masa mengikut jadual waktu muzik yang telah ditetapkan.

3.3 Sekiranya guru-guru muzik ingin membawa alatan keluar dari bilik muzik adalah dibenarkan, namun penggunaannya oleh murid-murid haruslah dipantau oleh guru, dan perlu dipulangkan semula ke dalam bilik muzik setelah selesai digunakan.

3.4 Guru-guru muzik yang terlibat dengan KSSR juga boleh membawa masuk murid-murid yang terlibat dalam KSSR untuk masuk ke dalam bilik muzik ini. Sekiranya kesuntukan masa, guru-guru boleh mengajar muzik di dalam kelas sahaja.

3.5 Ketua panitia mengingatkan kepada guru-guru KSSR untuk melengkapkan fail KSSR masing-masing dan pastikan tahap pencapaian (band) murid juga ditetapkan.

3.6 Alatan muzik yang telah dibeli iaitu kayu tik-tok dan loceng.

3.7 Ketua panitia juga menerangkan bahawa ujian perlu dilakukan terhadap murid-murid untuk memastikan pencapaian mereka. Ujian boleh dilakukan dalam bentuk bertulis atau melalui pemerhatian terhadap murid itu sendiri.

Makluman AJK

Page 3: Minit Mesy Muzik Kali Ke2

4. Hal-hal Lain

4.1 Pn. Ku Salleha memaklumkan bahawa beliau akan menggunakan ‘keyboard’ untuk digunakan dalam latihan dan persembahan murid sempena majlis persaraan Tn Hj Ahmad Rahim yang akan diadakan.

Makluman AJK

5.

Ucapan Penangguhan.

Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua AJK yang hadir. Harapan kepada semua guru dapat menggunakan bilik muzik dengan sebaik-baiknya agar proses P&P dapat berjalan dengan lancar dan tidak mengganggu kelas-kelas lain kerana kedudukannya jauh. Sekiranya guru ada masalah segera merujuk kepada KP.

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 1.45 petang.

Disediakan oleh Disemak oleh,

…………………………….………………………………………………..

(Pn. Yuhaina binti Md Yusoff) (En. Muhamad Rohaizad B Muhamad Kher) Setiausaha, Pengerusi,Panitia Pendidikan Muzik Panitia Pendidikan Muzik