minit mesy jk peng sekolah bil 01 2013

26
MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA PENGURUSAN SEKOLAH PEJABAT PELAJARAN DAERAH HULU SELANGOR BIL. 1 / 2013 Tarikh : 24 Disember 2012 Hari : Isnin Masa : 8.30 pagi Tempat : Dewan Utama, SMK Taman Bunga Raya (1) Kehadiran 1. En. Zainal Abidin bin Mohd. Yusof Pegawai Pelajaran Daerah / Pengerusi 2. En. Mohd. Zaki bin Yusoff Pen. PPD Prasekolah / KU Pengurusan Sekolah 3. En. Normalis bin Jamari Pen. PPD Perolehan dan Aset / Kualiti 4. Pn. Norliza binti Samad Pen. PPD Kualiti 5. Pn. Surial binti Hassan Pen. PPD Latihan 6. En. Halim bin Amiruddin Pen. PPD KGSK 7. Cik Rosnah binti Jali Pen. PPD Pendidikan Khas 8. Tn. Hj. Rahim bin Omar Pengelola Cemerlang Sekolah Rendah (Guru) 9. Tn. Hj. Mohd. Zawawi bin Abdul Kadir Pengelola Cemerlang Pembangunan 10 . En. Hassan Basri bin Ismail Penyelia Sekolah Rendah (Murid) 11 . En. Ariffin bin Aban Penyelia Pendidikan Swasta 12 . Tn. Hj. Manap bin Jarkasi Pengetua SMK Kuala Kubu Bharu 13 . Pn. Hjh. Jamilah binti Hussien Pengetua SMK Taman Bunga Raya (1) 14 . Pn. Mazmin binti Mohd. Pengetua SMK Serendah 15 . Pn. Mazlah binti Hussein Pengetua SMK Sungai Choh 16 . Pn. Rokiah binti Ramlan Pengetua SMK Syed Mashor 17 . Tn. Hj. Wan Mohd. Tahir bin Wan Ibrahim Pengetua SMK Bandar Baru Batang Kali 18 . Tn. Hj. Mohd. Yusoff bin Ani Pengetua SMK Bandar Sungai Buaya 19 . En. Rozali bin Mazlan Pengetua SMK Ampang Pecah 20 . En. Kamsah bin Mokhtar Pengetua SMK Dato’ Hj. Kamaruddin 21 . Pn. Hjh. Mureseh binti Md. Yatim Pengetua SAMT Kuala Kubu Bharu 22 . Pn. Lan Rasni binti Talib Pengetua SMK Kalumpang 23 . Pn. Mariahtol Kiftiah binti Darus Pengetua SAM Sungai Selisek 24 . Pn. Norhapipah binti Abu Hanif Pengetua SMK Gedangsa 25 . En. Tajuddin bin Yahya Pengetua SMK Kampong Soeharto 26 . En. Hamzah bin Salleh Guru Besar SK Ulu Yam Bharu 27 . Tn. Hj. Zainal Abidin bin Monil Guru Besar SK Sungai Tengi 28 Pn. Zalinah binti Zubir Guru Besar SK Taman Bunga Raya (1) Unit Pengurusan Sekolah PPDHS 2013 ms 1

Upload: fakhruz80

Post on 27-Dec-2015

84 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Minit Mesy JK Peng Sekolah Bil 01 2013

MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA PENGURUSAN SEKOLAHPEJABAT PELAJARAN DAERAH HULU SELANGOR BIL. 1 / 2013

Tarikh : 24 Disember 2012Hari : Isnin Masa : 8.30 pagiTempat : Dewan Utama, SMK Taman Bunga Raya (1)

Kehadiran

1. En. Zainal Abidin bin Mohd. Yusof Pegawai Pelajaran Daerah / Pengerusi2. En. Mohd. Zaki bin Yusoff Pen. PPD Prasekolah / KU Pengurusan Sekolah3. En. Normalis bin Jamari Pen. PPD Perolehan dan Aset / Kualiti4. Pn. Norliza binti Samad Pen. PPD Kualiti5. Pn. Surial binti Hassan Pen. PPD Latihan6. En. Halim bin Amiruddin Pen. PPD KGSK7. Cik Rosnah binti Jali Pen. PPD Pendidikan Khas8. Tn. Hj. Rahim bin Omar Pengelola Cemerlang Sekolah Rendah (Guru)9. Tn. Hj. Mohd. Zawawi bin Abdul Kadir Pengelola Cemerlang Pembangunan10. En. Hassan Basri bin Ismail Penyelia Sekolah Rendah (Murid)11. En. Ariffin bin Aban Penyelia Pendidikan Swasta12. Tn. Hj. Manap bin Jarkasi Pengetua SMK Kuala Kubu Bharu13. Pn. Hjh. Jamilah binti Hussien Pengetua SMK Taman Bunga Raya (1)14. Pn. Mazmin binti Mohd. Pengetua SMK Serendah15. Pn. Mazlah binti Hussein Pengetua SMK Sungai Choh16. Pn. Rokiah binti Ramlan Pengetua SMK Syed Mashor17. Tn. Hj. Wan Mohd. Tahir bin Wan Ibrahim Pengetua SMK Bandar Baru Batang Kali18. Tn. Hj. Mohd. Yusoff bin Ani Pengetua SMK Bandar Sungai Buaya19. En. Rozali bin Mazlan Pengetua SMK Ampang Pecah20. En. Kamsah bin Mokhtar Pengetua SMK Dato’ Hj. Kamaruddin21. Pn. Hjh. Mureseh binti Md. Yatim Pengetua SAMT Kuala Kubu Bharu22. Pn. Lan Rasni binti Talib Pengetua SMK Kalumpang23. Pn. Mariahtol Kiftiah binti Darus Pengetua SAM Sungai Selisek24. Pn. Norhapipah binti Abu Hanif Pengetua SMK Gedangsa25. En. Tajuddin bin Yahya Pengetua SMK Kampong Soeharto26. En. Hamzah bin Salleh Guru Besar SK Ulu Yam Bharu27. Tn. Hj. Zainal Abidin bin Monil Guru Besar SK Sungai Tengi28. Pn. Zalinah binti Zubir Guru Besar SK Taman Bunga Raya (1)29. Pn. Nor Azian binti Manan Guru Besar SK Bukit Beruntung30. Pn. Azizah binti Hassan Guru Besar SK Bukit Beruntung (2)31. Pn. Hjh. Nor Shakila binti Kamaluddin Guru Besar SK Bukit Sentosa32. En. Abdul Kadir bin Jaafar Guru Besar SK Sungai Selisek33. Pn. Nor Ashikin bt Hj. Md. Adnan Guru Besar SK Kuala Kubu Bharu (1)34. En. Zakaria bin Ismail Guru Besar SK Hulu Bernam35. En. Sulaiman bin Ahmad Guru Besar SK Serendah36. Tn. Hj. Mokhtar bin Hj. Hussin Guru Besar SK Gedangsa37. En. Hasim bin Saleh Guru Besar SK Bandar Sungai Buaya38. Pn. Hjh. Norlia binti Sukri Guru Besar SK Lembah Beringin39. Tn. Hj. Awang bin Mat Saman Guru Besar SK Kerling40. En. Suhaimi bin Ramly Guru Besar SK Kalumpang41. Pn. Zainah binti Ahmad Guru Besar SK Ampang Pecah42. En. Mohd. Akhwan bin Jamil Guru Besar SK Kuala Kubu Bharu43. Pn. Latifah bt Abd. Aziz Guru Besar SK Rasa44. En. Abdul Rahman bin Abdullah Guru Besar SK Tun Abdul Razak45. En. Zulkipli bin Sarbini Guru Besar SK Kampong Soeharto46. En. Yaman bin Senin Guru Besar SK Sungai Choh47. Pn. Norzakiah binti Hj. Daud Guru Besar SK Batang Kali48. En. Mohd. Hafiz bin Hj. Md. Sharif Guru Besar SK Bandar Baru Batang Kali49. En. Zulhisham bin Nasir Guru Besar SK Antara Gapi50. En. Abd. Rahman bin Jamaludin Guru Besar SK Ulu Yam Lama51. Pn. Sarina bt Shaari Guru Besar SK Kampung Kuantan52. En. Nizamuddin bin Zakaria Guru Besar SK Seri Fajar53. En. Zamri bin Abd. Latip Guru Besar SK Sungai Buaya54. En. Zainal Abidin bin Zainon Guru Besar SK Seri Keledang55. En. Tang Ah Hai Guru Besar SJKC Bukit Tangga56. Pn. Lim Lee Sin Guru Besar SJKC Choong Chee

Unit Pengurusan Sekolah PPDHS 2013 ms 1

Page 2: Minit Mesy JK Peng Sekolah Bil 01 2013

57. Pn. Sea Bee Ching Guru Besar SJKC Kampung Gurney58. Pn. Tan Sieu Jon Guru Besar SJKC Batang Kali59. Cik Ng Kin Mooi Guru Besar SJKC Rasa60. Pn. Lim Hooi Beng Guru Besar SJKC Khing Ming61. En. Lim Kum Pheng Guru Besar SJKC Kerling62. Cik Lee Siew Hoon Guru Besar SJKC Serendah63. Pn. Elizabeth Tan Lai Peng Guru Besar SJKC Kalumpang64. En. Perumal a/l Raman Guru Besar SJKT Ladang Lima Belas65. En. R. Vallikkannan a/l Ramasamy Guru Besar SJKT Kuala Kubu Bharu66. En. Tharman a/l Loganathan Guru Besar SJKT Ladang Sungai Choh67. Pn. Manjulah a/p Perumal Guru Besar SJKT Batang Kali68. Pn. P. Thanavali Guru Besar SJKT Ladang Kerling69. Pn. Mahadevi a/p Tendayoudabam Guru Besar SJKT Ladang Kalumpang70. Pn. Saroja a/p Govindasamy Guru Besar SJKT Ladang Changkat Asa71. Cik Krishnaveni a/p Shanmugham Guru Besar SJKT Bukit Beruntung72. Pn. Supiah binti Senin Penolong Kanan SMK Taman Bunga Raya (1)73. Pn. Zarina binti Abdul Rahman Penolong Kanan SMK Bukit Sentosa74. Pn. Maziran binti Mustafa Kama Penolong Kanan SMK Bandar Sungai Buaya75. Pn. Nor’aini binti Abdul Muin Penolong Kanan SMK Sungai Choh76. Pn. Raudah binti Mustafa Penolong Kanan SMK Syed Mashor77. Pn. Hjh. Shamsida binti Mohd. Nor Penolong Kanan SMK Bandar Baru Batang Kali78. En. Suhaime bin Mohd Penolong Kanan SM Sains Hulu Selangor79. En. Mohd. Suhaimi bin Abdullah Penolong Kanan SMK Ampang Pecah80. Pn. Hjh. Subaidah binti Kandar Penolong Kanan SMK Dato’ Hj. Kamaruddin81. Pn. Norlela binti Maarof Penolong Kanan SAMT Kuala Kubu Bharu82. En. Abdul Ghani bin Mohammad Penolong Kanan SMK Kalumpang83. En. Najahsallam bin Mohd. Ghazali Penolong Kanan SAM Sungai Selisek84. Pn. Noor ‘Aini binti Ibrahim Penolong Kanan SMK Gedangsa85. En. Abd. Hadi bin Jantan Penolong Kanan SK Taman Bunga Raya (1)86. En. Anuar bin Ramli Penolong Kanan SK Taman Bunga Raya (2)87. Pn. Suzanah binti Md. Amin Penolong Kanan SK Bukit Beruntung88. Pn. Hjh. Rohanah binti Mokhtar Penolong Kanan SK Bukit Beruntung (2)89. Tn. Hj. Hamdan bin Hamzah Penolong Kanan SK Bukit Sentosa90. Pn. Hjh. Suraiya binti Othman Penolong Kanan SK Sungai Choh91. Pn. Norazian binti Sulaiman Penolong Kanan SK Serendah92. Pn. Tuan Gemala bt Tuan Muda Penolong Kanan SK Antara Gapi93. Pn. Hjh. Supriawati binti Ihwan Penolong Kanan SK Ulu Yam Lama94. Pn. Noor Aine binti Mahyuddin Penolong Kanan SK Ulu Yam Bharu95. Tn. Hj. Khalid bin A. Taufik Penolong Kanan SK Bandar Baru Batang Kali96. En. Mahyuddin bin Omar Penolong Kanan SK Batang Kali97. Pn. Rosmawati binti Wahab Penolong Kanan SK Rasa98. En. Mahmud bin Mohamed Penolong Kanan SK Ampang Pecah99. Pn. Hjh. Salbiah binti Mohd. Kassim Penolong Kanan SK Kuala Kubu Bharu (1)100. Pn. Hjh. Melas binti Abdullah Penolong Kanan SK Kuala Kubu Bharu (2)101. Pn. Rokiah binti Hassan Penolong Kanan SK Tun Abdul Razak102. Pn. Hamidah binti Nipah Penolong Kanan SK Kerling103. En. Shukri bin Sulong Penolong Kanan SK Lembah Beringin104. Pn. Rohana binti Yahya Penolong Kanan SK Kalumpang105. En. Zulkifli bin Hj. Radzi Penolong Kanan SK Hulu Bernam106. En. Emir Hamzah bin Kordi Penolong Kanan SK Gesir Tengah107. En. Abdul Laziz bin Hj. Salleh Penolong Kanan SK Sungai Selisek108. Pn. Hjh. Salmiah binti Ariffin Penolong Kanan SK Gedangsa109. Pn. Saidaton Osman binti Mohd. Nor Penolong Kanan SK Sungai Tengi110. En. Ismail bin Md. Nor Penolong Kanan SK Seri Fajar111. Pn. Nafidzah binti Abd. Kadir Penolong Kanan SK Seri Keledang112. Tan Teak Sieng Penolong Kanan SJKC Bukit Tangga113. En. Choo Yen Heung Guru Besar SJKC Bukit Fraser114. En. Beh Teng Meng Penolong Kanan SJKC Choong Chee115. Wong Yen Mei Penolong kanan SJKC Kampung Gurney116. Cik Lim Bee Cheng Penolong Kanan SJKC Rasa117. Pn. Chong Tai En Penolong Kanan SJKC Khing Ming118. Pn. Tan Ming Ling Penolong Kanan SJKC Kerling119. Pn. Lee Ying Penolong Kanan SJKC Batang Kali120. Pn. Li Ah Lian Penolong Kanan SJKC Kalumpang121. Pn. Kalawathi a/p Singaram Penolong Kanan SJKT Bukit Beruntung122. En. Chanderan a/l Ratanam Penolong Kanan SJKT Ladang Sungai Choh123. Pn. Saraswathy a/p Bhaskaran Penolong Kanan SJKT Batang Kali

Unit Pengurusan Sekolah PPDHS 2013 ms 2

Page 3: Minit Mesy JK Peng Sekolah Bil 01 2013

124. B. Seela Devi a/p Balakrishnan Penolong Kanan SJKT Kuala Kubu Bharu125. Pn. Pavalakodai a/p Subramaniam Penolong Kanan SJKT Ladang Escot126. Pn. Selvarani a/p Ranggasamy Penolong Kanan SJKT Ladang Kalumpang127. Pn. Jayamalliga a/p Ramachandran Penolong Kanan SJKT Ladang Changkat Asa128. Tan Chin Choo Penolong Kanan SJKC Serendah

Tidak Hadir Bersebab :

1. En. Rosli bin Sulaiman Pen. PPD Peng Sek. Menengah (Murid) : Bertugas di kaunter PPD2. Tn. Hj. Sameon bin Hj. Sidek Pen. PPD Pembangunan : Cuti sakit3. En. Zailani bin Karim Guru Besar SK Taman Bunga Raya (2) : Cuti Sakit4. Pn. Murugayee a/p Ponusamy Guru Besar SJKT Ladang Escot : Sembahyang di Pulau Pinang5. Tn. Hj. Halim bin Hj Reduan Penolong Kanan SMK Serendah : Mesyuarat Pemeriksa SPM6. Pn. Madznah binti Bachok Penolong Kanan SMK Bkt Sentosa (2) : Mesyuarat Pemeriksa SPM7. En. Abd. Rahman bin Darus Penolong Kanan SK Sungai Buaya : Urusan keluarga8. Pn. Hamidah binti Buniran Penolong Kanan SK Kampong Soeharto : Cuti sakit

Tidak Hadir Tanpa Sebab :

1. Tn. Hj. Abdul Karim bin Ihwan Pengetua SMK Bukit Sentosa2. Pn. Hjh. Siti Rogayah bt Yahya Pengetua SM Sains Hulu Selangor3. En. Arbain bin Pinni Pengetua SMK Bukit Sentosa (2)4. Pn. Hjh. Sharifah Noor Azilah bt Syed Abdul Aziz Guru Besar SK Kuala Kubu Bharu (2)5. En. Mohd. Rusli bin Hussin Guru Besar SK Gesir Tengah6. Tn. Hj. Mohamad Ali bin Daud Penolong Kanan SMK Kuala Kubu Bharu7. Pn. Sabariah bt Salleh Penolong Kanan SK Bandar Sungai Buaya8. Pn. Hjh. Noor Mala Shamsiah bt Dali Penolong Kanan SK Kampung Kuantan9. Pn. Jamaliah binti Razali Penolong Kanan SK Kuala Kubu Bharu10. En. Hoh Yow Shian Penolong Kanan SJKC Bukit Fraser11. En. Kalayvanan a/l Krishnan Penolong Kanan SJKT Ladang Kerling

Turut Hadir :

1. Pn. Kanha a/p Prak Prom Keu Penolong Kanan HEM SMK Bukit Sentosa2. En. Mhd. Ariff bin Shariff Penolong Kanan Kokurikulum SMK Bukit Sentosa (2)3. Pn. Rahayu binti Muhd SMK Bukit Sentosa (2)4. En. Zulfakar bin Hj. Zainal Abidin GKMP Bahasa, SMK Kuala Kubu Bharu5. En. Hellmy bin Hj. Idris Penolong Kanan Petang SK Taman Bung Raya (2)6. En. Mohamed Asri bin Abu Bakar Penolong Kanan Kokurikulum SK Sungai Buaya7. En. Zaimy bin Shah Bhari Penolong Kanan HEM SK Kuala Kubu Bharu (2)8. En. Vijayakumar a/l Mahalingam SJKT Ladang Escot9. En. Sivarajan a/l Jayapalan Penolong Kanan Kokurikulum SJKT Ladang Lima Belas

URUS SETIA :

1. En. Mohd. Hasren bin Damiri Pen. PPD Peng. SM (Guru) / Perhubungan dan Pendaftaran / Aduan dan Siasatan

AGENDA MESYUARAT

1. PERUTUSAN TUAN PEGAWAI PELAJARAN DAERAH

1.1 Mengucapkan terima kasih atas kehadiran semua ahli mesyuarat. Bersyukur kerana diberi kesempatan untuk mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Sekolah Daerah Hulu Selangor Bil. 01/2013.

1.2 Mengucapkan tahniah kepada semua sekolah atas keputusan PMR 2012 dan memaklumkan bahawa Hulu Selangor berada dikedudukan keenam di dalam negeri Selangor.

Unit Pengurusan Sekolah PPDHS 2013 ms 3

Page 4: Minit Mesy JK Peng Sekolah Bil 01 2013

1.3 Mengucapkan tahniah kepada SM Sains Hulu Selangor kerana muncul sebagai sekolah yang terbaik di peringkat kebangsaan. Beliau juga turut menucapkan tahniah kepada semua sekolah menengah yang telah menunjukkan peningkatan dalam kualiti pencapaian.

1.4 Mengharapkan semua sekolah membuat perancangan yang baik serta memastikan perancangan tersebut dilaksanakan dengan baik. PPD akan sentiasa membantu pihak sekolah bagi merealisasikan perancangan tersebut.

1.5 Mengingatkan kepada semua sekolah bahawa subjek Sejarah menjadi subjek wajib lulus dalam SPM

2013. Pastikan guru-guru opsyen Sejarah yang mengajarkan subjek tersebut.

1.6 BISP telah diputuskan hanya dibayar kepada mereka yang mengajarkan Sains dalam Bahasa Inggeris manakala guru Bahasa Inggeris akan menerima bayaran tersebut seperti biasa.

1.7 Mengingatkan semua pentadbir agar jangan memberikan harapan kepada ibu bapa berhubung dengan rayuan pertukaran sekolah murid-murid Tingkatan 1. Keputusan akan dikeluarkan pada bulan Februari 2013 dan sementara itu mereka akan bersekolah di sekolah yang diarahkan. Berikan keyakinan kepada ibu bapa bahawa semua sekolah adalah sama.

1.8 Mengharapkan agar pengetua / guru besar yang akan bersara dapat berkongsi pengetahuan dan pengalaman kepada rakan-rakan lain terutama mereka yang baru dilantik.

1.9 Mengingatkan semua agar sentiasa menjaga kesihatan dan bekerja dalam keadaan yang seronok.

2. UCAPAN KETUA UNIT PENGURUSAN SEKOLAH – EN. MOHD. ZAKI BIN MOHD. YUSOFF

2.1 Mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada sekolah-sekolah yang berjaya sepanjang tahun 2012. Ini adalah berkat perancangan yang baik dalam tahun 2012.

2.2 Mengucapkan selamat datang kepada semua pentadbir yang baru terutama mereka yang datang dari daerah lain. Berdoa agar dapat memberikan yang terbaik kepada sekolah-sekolah di daerah ini.

2.3 Mengingatkan semua pentadbir agar memastikan bahawa semua sekolah telah membuat persediaan awal tahun seperti yang diarahkan oleh Tuan Pengarah. Tindakan : Pengetua & Guru Besar

2.4 Sebarang masalah, sila hubungi pegawai-pegawai di PPD Hulu Selangor. Pastikan pembelajaran dan pengajaran berjalan seperti biasa pada hari pertama.

2.5 Mengharapkan tiada sebarang masalah besar yang timbul pada awal tahun persekolahan 2013.

2.6 Berkongsi dengan yang hadir cara-cara mengawal stress; berkongsi masalah dengan mereka yang dapat membantu meringankan masalah yang dihadapi.

3. MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT BIL. 01 / 2012

Majlis sebulat suara bersetuju akan menerima dan mengesahkan Minit Mesyuarat Bil. 01 / 2012 selepas pihak urus setia membuat pindaan pembetulan. Tindakan : Urus Setia

Unit Pengurusan Sekolah PPDHS 2013 ms 4

Page 5: Minit Mesy JK Peng Sekolah Bil 01 2013

4. HAL-HAL BERRBANGKIT

4.1 Tiada perkara berbangkit atas sebab Para 3.

4.2 Tuan Pengerusi mengingatkan kepada Unit Pengurusan Sekolah agar memastikan perkara sebegini tidak akan berulang lagi. Minit mesyuarat merupakan dokumen rasmi pentadbiran dan seharusnya tidak harus ada sebarang kesilapan yang boleh dipertikaikan oleh semua ahli. Tindakan : Ketua Unit Peng. Sekolah

5. LAPORAN SUB-UNIT : PRASEKOLAH

5.1 Majlis dimaklumkan bahawa perancangan bagi tahun 2013 telah dibuat manakala semua perancangan bagi tahun 2012 telah berjaya dilaksanakan.

5.2 Memaklumkan data bagi tahun 2012 dan 2013: 5.2.1 41 buah kelas 5.2.2 75 orang guru 5.2.3 1778 orang murid 5.2.4 70 orang pembantu pengurusan murid 5.2.5 5 orang PPM akan melaporkan diri bagi tahun 2013 5.2.6 tiada peluasan kelas bagi tahun 2013 5.2.7 semua prasarana bagi sesi persekolahan 2013 telah siap dan boleh beroperasi termasuk kelas di SK Antara Gapi.

5.3 Memaklumkan terdapat isu berkaitan pengambilan murid prasekolah (umur 4 – 5 tahun) 5.3.1 Pengambilan diutamakan kepada murid 6 tahun. Gunakan peluang semasa sesi orientasi untuk memberi penerangan kepada ibu bapa. Dibolehkan mengambil 5 tahun sekiranya terdapat kekosongan (jumlah murid kurang daripada 25 orang). Pastikan murid ialah murid warganegara Malaysia. Tindakan : Guru Besar berkenaan

5.4 Mengingatkan semua pentadbir agar memastikan bahawa keadaan persekitaran kelas prasekolah adalah dalam keadaan selamat kerana murid-murid ini kecil dan perlu sentiasa di awasi. Tindakan : Guru Besar berkenaan

5.5 Memaklumkan bahawa guru-guru prasekolah boleh diberikan tugasan lain kecuali jawatan-jawatan penting di sekolah bagi memastikan mereka memberikan fokus kepada murid-murid prasekolah.

5.6 Memaklumkan bahawa semua peruntukan prasekolah akan diturunkan ke sekolah pada akhir bulan Januari 2013. Sila buat semakan bagi memastikan semua sekolah menerimanya dan sekiranya terlewat, minta bantuan terlebih dahulu kepada pembekal bagi memastikan murid-murid prasekolah dapat perkhidmatan yang terbaik. Tindakan : Guru Besar berkenaan

6. LAPORAN SUB-UNIT : PENGURUSAN MURID SEKOLAH RENDAH

6.1 Majlis diingatkan tentang masalah pertukaran yang melibatkan perceraian / proses perceraian kerana PPD menghadapi beberapa masalah yang waris datang mengadu anak telah dilarikan pasangan secara tidak sah. Bagi mengelakkan perkara ini daripada berlaku; pastikan pemohon menunjukkan sijil nikah / daftar kahwin yang asal bagi mengesahkan salinan fotostat. Tindakan : Pengetua & Guru Besar

6.2 Bagi yang dalam proses / telah bercerai; minta surat daripada mahkamah bagi urusan hak penjagaan

Unit Pengurusan Sekolah PPDHS 2013 ms 5

Page 6: Minit Mesy JK Peng Sekolah Bil 01 2013

ataupun surat kebenaran daripada pihak pasangan yang membenarkan pertukaran. Tindakan : PK HEM

6.3 Bagi pertukaran anak angkat, pastikan pemohon boleh menunjukkan surat pengangkatan daripada Jabatan Pendaftaran Negara. Bagi murid yang berada dalam jagaan pihak tetentu, sila dapatkan surat kebenaran daripada ibu bapa / Jabatan Kebajikan Masyarakat / arahan mahkamah. Tindakan : PK HEM

6.4 Pendaftaran Tahun 1 telah selesai pada 21 Disember 2012 (Lampiran diedarkan untuk rujukan). Guru besar / PK HEM diminta memperaku pendaftaran Tahun 1 dan jangan beri kuasa ini kepada PT.

6.5 Semua pentadbir diminta berhati-hati dengan murid Tahun 1 yang bukan warganegara ( letakkan murid ini dalam status – dalam proses). Hanya boleh diperakukan dan dibenarkan masuk setelah membayar fee pelajar / mendapatkan pas pelajar dan membayar fee. Ini penting kerana KPM sedang membuat pemutihan pada tahun 2013 dan dimaklumkan bahawa ada pentadbir di negeri ini yang dikenakan surcaj berkaitan perkara ini. Tindakan : Semua guru besar 6.6 Mengingatkan semua pentadbir agar akur dengan jumlah murid yang dibenarkan bagi setiap kelas.

Tindakan : Pengetua & Guru Besar

7. LAPORAN SUB-UNIT : PENGURUSAN GURU SEKOLAH RENDAH

7.1 Mengucapkan ribuan terima kasih atas kerjasama semua pengetua, guru besar dan penolong kanan kerana telah menjalankan tanggungjawab dalam eGTukar sesi 1 Januari 2013.

7.2 Memaklumkan semua guru yang berjaya telah menerima surat pertukaran dan difahamkan juga pada Jumaat lepas; semua yang merayu dan diluluskan juga telah mendapat surat kelulusan. Walau bagaimanapun, untuk rayuan surat tidak dimuat naik dalam eGTukar. 7.3 Meminta semua pentadbir membuat pengesahan tarikh melapor diri semua guru bertukar masuk dalam MPG2 secara atas talian 7 hari setelah sekolah dibuka. Ini penting kerana surat tunjuk sebab akan dikeluarkan terus oleh BPSH kepada pentadbir membuat pengesahan. Tindakan : Pengetua & Guru Besar

7.4 ID pengguna sila gunakan ID yang sedia ada manakala pentadbir yang baru, sila daftar yang baru bagi mendapatkan ID dan kata laluan yang baru.

7.5 Permohonan ABM Perjawatan 2013 secara atas talian masih belum mendapat kelulusan. Mengingatkan semua penolong kanan untuk mengunci masuk enrolmen murid yang terkini pada pertengahan Januari 2013. Jangan buka kelas secara sembarangan kerana jika tidak diluluskan, akan menghadapi masalah.

7.6 Memaklumkan bahawa mulai tahun 2012; KUP (Khas Untuk Penyandang) akan digantikan dengan TBBK (Time-Based Berasaskan Kecemerlangan).

7.7 Bagi sekolah yang mempunyai lebihan guru, sila pulangkan borang yang dilampirkan kepada Unit Pengurusan Sekolah sebelum 31 Disember 2013. Ini bagi memastikan urusan penempatan semula (redeployment) dapat dilaksanakan mulai 1 Januari 2013. Tindakan : Pengetua & Guru Besar

Unit Pengurusan Sekolah PPDHS 2013 ms 6

Page 7: Minit Mesy JK Peng Sekolah Bil 01 2013

7.8 Memaklumkan senarai pertukaran guru besar dan guru besar baru di sekolah rendah: 7.8.1 En. Abdul Rahman bin Jamaluddin - SK Ulu Yam Lama 7.8.2 Pn. Sarina binti Shaari - SK Kampung Kuantan 7.8.3 Tn. Hj. Awang bin Mat Saman - SK Kerling 7.8.4 En. Yaman bin Senin - SK Sungai Choh 7.8.5 En. Hamzah bin Salleh - SK Ulu Yam Bharu 7.8.6 En. Zakaria bin Ismail - SK Hulu Bernam 7.8.7 En. Zamri bin Abd. Latif - SK Sungai Buaya 7.8.8 En. Zulkifli bin Sarbini - SK Kampung Soeharto 7.8.9 En. Zainal Abidin bin Zainon - SK Seri Keledang 7.8.10 En. Sulaiman bin Ahmad - SK Serendah 7.8.11 En. Mohd. Hafiz bin Hj. Mohd. Sharif - SK Bandar Baru Batang Kali 7.8.12 En. Nizamuddin bin Zakaria - SK Seri Fajar 7.8.13 Pn. Sea Bee Ching - SJKC Kampung Gurney 7.8.14 Pn. Elizabeth Tan Lai Peng - SJKC Kalumpang

8. LAPORAN SUB-UNIT : MURID SEKOLAH MENENGAH

8.1 Memaklumkan bahawa keputusan kemasukan ke Kelas Rancangan Khas (KRK) telah boleh disemak mulai minggu lepas. Yang tidak berjaya dan ingin merayu (mestilah sekurang-kurangnya 4A1B – SK; 6A1B – SJK) boleh memuat turun borang sebelum 17 Januari 2013 dan menghantar borang kepada sekolah yang mempunyai KRK. Kemudian sekolah akan ajukan kepada PPD Hulu Selangor untuk kelulusan penempatan. Tindakan : PK HEM SM

8.2 Murid yang tidak pernah memohon tetapi berminat, boleh berbuat seperti yang dinyatakan di Para 8.1. Borang kelulusan penempatan adalah dokumen penting yang menunjukkan murid tersebut telah ditawarkan ke KRK.

8.3 Memaklumkan bahawa hanya 8 buah sekolah menengah yang menawarkan Tingkatan 1 KRK iaitu ; SMK Dato’ Hj. Kamarudddin, SMK Syed Mashor, SMK Serendah, SMK Sungai Choh, SMK Bukit Sentosa, SMK Bukit Sentosa (2), SMK Taman Bunga Raya (1) dan SMK Bandar Baru Batang Kali.

8.4 Bagi pertukaran Tingkatan 1 dalam daerah, JPN masih menggunakan sistem atas talian. Rayuan pertukaran akan dibuaka mulai pertengahan Januari dan ditutup pada hujung bulan Januari. Keputusan pertukaan hanya akan dimaklumkan pada pertengahan Februari 2013. Murid-murid adalah tidak dibenarkan sama sekali untuk tidak hadir ke sekolah sehingga keputusan pertukaran dikeluarkan.

9. LAPORAN SUB-UNIT : PENGURUSAN GURU SEKOLAH MENENGAH

9.1 Kekosongan barisan hadapan pentadbir di sekolah menengah sehingga 24 Disember 2012 : 9.1.1 SMK Kalumpang - Penolong Kanan (telah dipanelkan dan menunggu surat KPM) 9.1.2 SMK Bdr. Baru Btg. Kali - PK Petang 9.1.3 SMK Bdr. Baru Btg. Kali - GKMP Sains & Matematik 9.1.4 SMK Gedangsa - GKMP Teknik dan Vokasional )akan dipanelkan pada Januari 2013)

9.2 Mengingatkan pentadbir sekolah menengah agar tidak melantik secara dalaman bagi mengganti sebarang kekosongan bagi mengelakkan masalah pada kemudian hari.

9.3 Pihak sekolah memaklumkan kekosongan di peringkat sekolah bersama nama calon yang difikirkan layak dan sesuai ke PPD. PPD akan bermesyuarat untuk menilai calon dan menghantar nama daerah ke JPN. Panel JPN akan bermesyuarat untuk memilih calon yang sesuai. Bagi calon pengetua dan penolong kanan; surat lantikan daripada KPM manakala GKMP ialah daripada JPN. Tindakan : Pengetua

Unit Pengurusan Sekolah PPDHS 2013 ms 7

Page 8: Minit Mesy JK Peng Sekolah Bil 01 2013

9.4 Memaklumkan bahawa semua pentadbir boleh memohon pertukaran pada bila-bila masa dan tidak tertakluk kepada proses eGTukar. Kelulusan adalah berdasarkan kekosongan sekolah / daerah / negeri yang dipohon.

9.5 Mulai tahun 2013, sebarang kekosongan di kerusi GKMP sekolah A; PPD akan memberi laluan kepada GKMP sekolah Gred B untuk mengisi kekosongan bagi jawatan tersebut. Ini adalah untuk memberi peluang kepada mereka yang berada di sekolah Gred B.

9.6 Tiada guru yang merayu dalam pertukaran 1 Januari 2013. Oleh itu, daerah akan menanti senarai lepasan IPTA yang akan diturunkan oleh BPSM ke negeri. Sekiranya ada, kita akan membuat redeployment terlebih dahulu di peringkat daerah (bagi yang gagal bertukar) dan tempat mereka diisi oleh guru baru.

9.7 Mengingatkan sekolah terutama penolong kanan dan GKMP untuk memohon kursus NPQEL di Institut Aminuddin Baki sebagai cara untuk guru memohon jawatan yang lebih tinggi pada masa akan datang. Bagi Januari 2013, terdapat 500 tempat untuk direbut dan difahamkan permohonan telah ditutup.

9.8 Opsyen kritikal di sekolah menengah ialah Sejarah, Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Geografi dan Pendidikan Khas. Dijangka berdasarkan ABM Perjawatan 2013 adalah lebih kurang 20 orang.

10. LAPORAN SUB-UNIT : PSIKOLOGI DAN KAUNSELING

10.1 Unit Psikologi dan Kaunseling ingin mendapatkan nama dan maklumat mengenai guru / anggota khidmat sokongan yang memerlukan bantuan khidmat kaunseling.

10.2 Sila isi borang yang diedarkan, masukkan dalam sampul yang bergam dan hantar terus ke meja kaunselor organisasi. Segala maklumat yang dihantar adalah bersifat sulit dan rahsia. Tindakan : Pengetua & Guru Besar

11. LAPORAN SUB-UNIT : PENDIDIKAN KHAS

11.1 Memaklumkan penubuhan JK Induk Pendidikan Khas di peringkat daerah – salinan JK Induk telah dihantar melalui e-mel setiap sekolah.

11.2 Sesi penerangan berkaitan prosedur permohonan ke kelas pendidikan khas telah dibuat dan pihak pentadbir diminta untuk mematuhi peraturan. Senarai semak telah diberikan kepada pihak sekolah sebagai satu garis panduan.

11.3 Memaklumkan bahawa walaupun murid mempunyai kad OKU; pihak sekolah tidak boleh memaksa mereka ke kelas Pendidikan Khas terutama mereka yang mempunyai masalah fizikal. Antara masalah yang disarankan ialah kumpulan murid bermasalah pembelajaran (Down, Slow Learner dan Autisme), masalah pendengaran dan masalah penglihatan. Pihak sekolah diminta mengelompokkan ikut masalah murid-murid kerana murid bermasalah pembelajaran mempunyai modul mereka sendiri.

11.4 Terdapat isu murid yang tercicir dan tidak mendapat elaun dan pihak sekolah diminta mengenalpasti jika isu ini berlaku di sekolah masing-masing. PK Pendidikan Khas perlu mendaftarkan Elaun Murid Khas secara atas talian. Bagi sekolah yang tiada kelas Pendidikan Khas tetapi terdapat murid yang yang mempunyai kad OKU, PK HEM yang perlu mendaftar. Tindakan : PK PPKI & PK HEM

11.5 Mengingatkan pihak sekolah bahawa buku bank murid Pendidikan Khas perlu disimpan di sekolah. Tata cara pengeluaran wang mesti dipatuhi oleh setiap ibu bapa dan jumlah maksimum pengeluaran bagi satu bulan ialah RM300.00 sahaja.

Unit Pengurusan Sekolah PPDHS 2013 ms 8

Page 9: Minit Mesy JK Peng Sekolah Bil 01 2013

11.6 Pertukaran murid Pendidikan Khas adalah seperti murid lain termasuk permohonan ke Tingkatan Satu; menggunakan laman sesawang JPN. Data murid Pendidikan Khas perlu sentiasa dikemaskini setiap bulan.

11.7 Sekolah perlu pastikan PPM Pendikan Khas bekerja dan sekolah diminta untuk menyemak senarai kerja PPM ini. Mereka perlu bekerja dari pukul 7.00 pagi – 4.00 petang. Terdapat aduan daripada guru-guru yang PPM ini tidak mahu melaksanakan tugasan yang sepatutnya dilakukan oleh mereka.

11.8 Bagi mengatasi isu yang mengatakan program Pemulihan di sekolah diabaikan, PPD Hulu Selangor telah menubuhkan Jawatankuasa Induk dan Jawatankuasa Pelaksana Pemulihan Daerah Hulu Selangor 2013 – 2014. Jawatankuasa ini akan merancang pelbagai aktiviti bagi membantu guru-guru Pemulihan.

11.9 Penyelaras 1 dan 2 Jawatankuasa Pemulihan Khas ialah Guru Besar SK Rasa dan Guru Besar SK Kuala Kubu Bharu ; dipilih kerana terdapat Jurulatih Utama Negeri di sekolah tersebut. 11.10 Buku Garis Panduan Program Pemulihan Khas telah dikeluarkan oleh BPK KPM dan sekolah diminta untuk muat turun garis panduan tersebut bagi membantu sekolah menguruskan Program Pemulihan Khas di sekolah.

12. LAPORAN SUB-UNIT : PENDIDIKAN SWASTA

12.1 Meminta pihak sekolah rendah memaklumkan kepada ibu bapa yang anak berumur 4 – 6 tahun dan tidak layak ke prasekolah kerajaan, minta mereka menghantar anak mereka ke prasekolah swasta yang berdaftar.

12.2 Memaklumkan bahawa semua guru prasekolah swasta yang berdaftar di daerah ini telahpun menghadiri kursus prasekolah anjuran KPM.

12.3 Mengingatkan sekolah berkaitan isu guru membuat kerja luar iaitu menjadi guru pusat tuisyen. Sila ingatkan guru-guru untuk mengajar di pusat tuisyen berdaftar (14 buah pusat tuisyen sahaja yang berdaftar) dan mereka perlu memohon kebenaran daripada JPN terlebih dahulu bagi mengelakkan dikenakan tindakan tatatertib. Tindakan : Pengetua & Guru Besar

12.4 Minta pentadbir mengingatkan guru-guru supaya mematuhi pekeliling yang telah menggariskan beberapa pekerjaan yang boleh dilakukan oleh guru-guru dan perlu memohon kebenaran terlebih dahulu.

13. LAPORAN SUB-UNIT : LATIHAN

13.1 Memaklumkan bahawa semua guru wajib mengisi SPLG (Sila rujukan Surat Siaran). Bagi tahun 2013; penganjur kursus akan memasukkan nama peserta kursus dalam SPLG kecuali kursus daripada IAB dan INTAN.

13.2 Kad Pelaporan Latihan (Kad Biru) masih digunapakai bagi tahun 2013. Sekolah tidak perlu menempah dan boleh cetak dari SPLG dengan menggunakan kertas biru.

13.3 eProfil – Data maklumat PPP KPM (sila rujuk surat siaran) dan semua pegawai di setiap sekolah mengisi eProfil secara atas talian. Taklimat telah diberikan kepada semua Setiausaha LDP bagi memudahkan urusan tetapi ramai guru yang tidak mengemaskini sehingga tarikh tutup (2 233 orang). Ini penting bagi tujuan naik pangkat, mengenal pasti kepakaran serta menyimpan semua maklumat semua guru. Sistem ini dibuka semula sehingga 30 Disember 2012 dan semua sekolah perlu mengambil berat akan hal ini. Tindakan : Pengetua & Guru Besar

Unit Pengurusan Sekolah PPDHS 2013 ms 9

Page 10: Minit Mesy JK Peng Sekolah Bil 01 2013

13.4 LADAP perlu dihadiri oleh setiap anggota KPM ialah masih tujuh hari setahun dan sekiranya tidak mencukupi boleh diganti dengan bacaan buku ilmiah dan membuat ulasan tentang buku tersebut.

13.5 Pihak sekolah diminta menghantar laporan LADAP bagi tahun 2012; laporan memadai 1 helai mewakili 1 kursus dan perlu disokong dengan gambar-gambar kursus sebagai bukti selewat- lewatnya pada 31 Disember 2012. Tindakan : Setiausaha LADAP

13.6 Permohonan untuk menjalankan LADAP beserta nota minta diminta dihantar ke PPD 4 minggu sebelum kursus bagi memudahkan urusan kelulusan LADAP. Peruntukan LADAP tidak boleh diputuskan lebih awal kerana jumlah peruntukan bergantung kepada jumlah yang diturunkan oleh pihak KPM. Tindakan : Pengetua & Guru Besar

13.7 Program Pembangunan Guru Baharu dilaksanakan kepada guru-guru yang baru bekerja. Guru yang berpengalaman akan menjadi mentor bagi membimbing guru baru (sila ikut opsyen guru baru) tersebut selama setahun. Jika guru tidak mencapai objektif, program ini boleh disambung lagi 6 bulan. Tindakan : PK Pentadbiran

13.8 Kursus Kepimpinan Pengurusan Pendidikan anjuran IAB telah diwajibkan untuk dihadiri oleh setiap pengetua dan guru besar. Borang permohonan menghadiri kursus telah diemelkan ke sekolah dan perlu dihantar semula ke Unit Latihan PPDHS. Tindakan : Pengetua & Guru Besar

14. LAPORAN SUB-UNIT : KUMPULAN GURU SIMPANAN KEBANGSAAN (KGSK)

14.1 Mengucapkan terima kasih kerana sekolah-sekolah telah menghantar maklumat guru-guru yang akan bersalin pada tahun hadapan. Semua sekolah dibenarkan mengambil guru ganti bersalin mulai 1 Januari 2013. Senarai semak cara mengambil guru ganti akan diemelkan pada semua sekolah bagi memudahkan sekolah dalam membuat permohonan.

14.2 Pihak JPN mengingatkan bahawa semua sekolah adalah ditegah sama sekali untuk membuat pembayaran guru ganti secara pukal (3 bulan sekali). Minta setiap sekolah menghantar permohonan ke Unit Kewangan pada setiap hujung bulan. Tindakan : Pengetua & Guru Besar

14.3 Slip transkrip peperiksaan tidak boleh digunakan bagi lepasan universiti. Taraf ijazah hanya akan diberikan kepada guru ganti yang telah selesai konvokesyen dan dapat menyerahkan salinan ijazah mereka. Seandainya tiada, mereka akan diiktiraf sebagai lepasan STPM / SPM sahaja.

15. LAPORAN SUB-UNIT : KUALITI

15.1 Mengucapkan terima kasih kerana semua sekolah telah mengisi Standard Kualiti Pendidikan Malaysia sebelum tamat tempoh.

15.2 Mengingatkan semua pentadbir supaya jangan suka menukar kata laluan bagi laporan NKRA kerana ini akan menyukarkan jika pihak pentadbir terlupa akan kata laluan tersebut. Tindakan : Pengetua & Guru Besar

15.3 Mengingatkan semua pentadbir memberikan skor yang yang tepat dan sesuai dengan pencapaian

Unit Pengurusan Sekolah PPDHS 2013 ms 10

Page 11: Minit Mesy JK Peng Sekolah Bil 01 2013

sebenar sekolah. Tindakan : Pengetua & Guru Besar

15.4 Setiap sekolah perlu mencetak skor yang didapati oleh sekolah dan membuat langkah penambah- baikan bagi meningkatkan pencapaian skor sekolah. Ini adalah penting kerana dalam lawatan JNJK, skor inilah yang akan dibincangkan oleh mereka dan mereka ingin tahun program yang akan dilaksanakan bagi urusan penambahbaikan kepada sekolah masing-masing.

15.5 SPSK akan dilaksanakan 100% pada tahun hadapan di semua sekolah. Setiap sekolah diwajibkan menubuhkan JK SPSK dan mengadakan mesyuarat sekurang-kurangnya dua kali setahun.

15.6 Perbincangan instrumen pemantauan dilakukan dan ahli dimaklumkan bahawa instrumen tersebut ialah kiraan bersifat auto. Pihak sekolah diminta menilai sekolah berdasarkan instrumen yang telah dibekalkan kepada semua sekolah.

15.7 Hari Anugerah Kecemerlangan akan dianjurkan oleh PPD Hulu Selangor. Kategori yang akan dipertandingkan adalah seperti yang disenaraikan. Penilaian adalah berdasarkan pemantauan pegawai-pegawai di PPDHS.

16. LAPORAN SUB-UNIT : PERHUBUNGAN DAN PENDAFTARAN / ADUAN DAN SIASATAN

16.1 Persatuan Ibu Bapa – Guru 16.1.1 Kursus SARANA Sekolah dan Sarana Ibu Bapa telah dilaksanakan pada 13 Disember 2012 di Dewan Abdul Hamid, Bandar Baru Batang Kali (Rumusan kehadiran disediakan).

16.1.2 Program Sarana ini akan bermula mulai 1 Januari 2013 di semua sekolah di seluruh Malaysia. Tindakan : Pengetua & Guru Besar

16.1.3 Pastikan YDP tidak menguasai PIBG dan sekolah; mereka perlu mengikut perlembagaan. Pihak PPD telah mendapat aduan terdapat beberapa orang YDP yang bertindak melampaui bidang kuasa mereka.

16.1.4 Mesyuarat agung PIBG wajib diadakan sebelum 31 Mac 2013 sejajar dengan surat siaran KPM.

16.1.5 Kutipan sumbangan PIBG hanya boleh dikutip setelah selesai mesyuarat agung; tarikh dan jumlah kutipan dimaklumkan dalam mesyuarat supaya ibu bapa bersedia.

16.1.6 Permohonan PIBG perlu dibuat bagi sekolah yang belum pernah memohon dan juga sekolah yang pernah memohon sebelum 1998. Ikut senarai semak ISO JPN bagi mengelakkan borang permohonan dikuiri oleh pihak JPN.

16.1.7 Siil Pendaftaran PIBG hendaklah digantung di pejabat atau di bilik pengetua / guru besar. Tindakan : Pengetua & Guru Besar

16.1.8 Pertandingan Pengurusan PIBG Cemerlang akan diadakan dan sekiranya tiada peruntukan di peringkat kebangsaan, peringkat daerah akan diadakan semasa Hari Anugerah Kecemerlangan 2013.

16.1.9 Permohonan aktiviti PIBG – thon; sila hantar 3 bulan sebelum program kerana itu ialah prosedur polis. Setelah selesai program dijalankan, semua laporan dan penyata kewangan perlu diserahkan kepada pihak PPD. Kegagalan pihak sekolah, permohonan seterusnya tidak akan diluluskan. Program ini perlu dianjurkan dua tahun sekali.

16.1.10 Thon, kupon, hari kantin, majlis makan malam amal dan sumbangan berbentuk yuran; permohonan mesti dibuat oleh YDP PIBG dan akan diluluskan oleh Tuan PPD sebagai

Unit Pengurusan Sekolah PPDHS 2013 ms 11

Page 12: Minit Mesy JK Peng Sekolah Bil 01 2013

Penolong Pendaftar.

16.2 Lawatan Sambil Belajar 16.2.1 PPD Hulu Selangor telah ditegur kerana telah meluluskan lawatan melebihi dua hari pada hari persekolahan. Ketetapan telah dibuat; dua hari persekolahan kepada aliran perdana, tingkatan 6, prasekolah dan kelas PPKI.

16.2.2 Pastikan perkara ini telah dibincangkan lebih awal dan dibahagikan kepada persatuan yang terlibat. Sekolah perlu galakkan lawatan dilakukan pada hujung minggu ataupun semasa cuti semester. Tindakan : Pengetua & Guru Besar

16.2.3 Patuhi tarikh penghantaran iaitu 3 minggu (dalam daerah) manakala 5 minggu (luar daerah dan luar negeri Selangor). Lawatan ke luar negara diluluskan oleh pihak JPN. Sila patuhi senarai semak yang telah diberi kepada sekolah bagi mengelakkan permohonan dikuiri.

16.2.4 Antara isu yang timbul ialah bendahari yang dilantik tidak menyertai rombongan, lawatan melebihi 200 km tidak mempunyai dua pemandu dan aktiviti di air tidak disokong dengan dokumen sokongan kepakaran jurulatih.

16.2.5 Pentadbir mesti memastikan pengusaha bas telah memohon permit bas untuk sesi lawatan tersebut. Satu laporan maklum balas perlu dihantar ke PPd sebaik sahaja selesai penganjuran lawatan tersebut.

16.2.6 Mulai 1 Oktober 2012, pegawai meja bagi lawatan sambil belajar ialah En. Halim bin Amiruddin.

16.3 Sambutan Perayaan Hari Guru 2012. 16.3.1 5 buah sekolahntidak menjelaskan sumbangan Hari Guru 2012 kepada pihak JPN manakala 1 buah sekolah telah dipulangkan semula oleh pihak JPN. Masalah banyak timbul kerana sekolah-sekolah tidak mematuhi tarikh akhir penghantaran.

16.3.2 Post mortem Hari Guru 2012 mendapati bahawa mengadakan majlis pada hari persekolahan tidak sesuai dan terlalmpau banyak acara persembahan dan penyampaian hadiah mencacatkan majlis. Dicadangkan majlis diadakan pada hari Sabtu.

16.3.3 Penganjur Sambutan Hari Guru 2013 ialah MGB SK, SJKC dan SJKT. Mesyuarat pertama akan diadakan pada penghujung bulan Februari 2013.

16.4 Membuat Kajian Di Sekolah 16.4.1 Penyelidik mesti mendapat kelulusan EPRD melalui e-RAS dan kemudian memohon kelulusan pihak JPN.

16.4.2 Setelah mendapat kelulusan JPN, perlu memohon daripada PPD dan kemudian barulah memohon daripada guru besar / pengetua untuk masuk ke sekolah.

16.4.3 Penyelidik tidak boleh menjadikan murid-murid kelas peperiksaan sebagai responden.

16.5 Memohon Menjalankan Aktiviti Di Sekolah 16.5.1 Organisasi / Syarikat mesti memohon daripada BPSH KPM terlebih dahulu. Surat kelulusan dihantar ke JPN untuk kelulusan negeri. Kemudian barulah boleh memohon daripada pihak PPD.

16.5.2 Pengetua / Guru besar berhak untuk membenarkan pemohon masuk dan mereka sama

Unit Pengurusan Sekolah PPDHS 2013 ms 12

Page 13: Minit Mesy JK Peng Sekolah Bil 01 2013

sekali tidak boleh mengganggu waktu PdP dan waktu rehat guru (aktiviti berbentuk perniagaan).

16.5.3 Bagi aktiviti berbentuk motivasi oleh badan-badan tertentu, sila pastikan semua peraturan Keselamatan telah dipatuhi oleh mereka dan tiada sumbangan boleh diminta kepada murid-murid.

16.6 Pilihan Raya Umum Ke-13 16.6.1 Semua guru yang telah dilantik pada tahun 2012 tidak boleh meletakkan jawatan kecuali mereka yang telah berpindah, bersalin atau bersara. Surat siaran berkaitan perkara tersebut telah diedarkan kepada semua sekolah.

16.6.2 Semua pentadbir diminta memberi kerjasama untuk membenarkan guru-guru bertugas. Bagi mana-mana sekolah yang akan digunakan sebagai pusat mengundi, pohon kerjasama untuk membantu pihak SPR. Tindakan : Pengetua & Guru Besar

16.7 Pinjam Premis 16.7.1 Sila gunakan borang yang telah disediakan oleh pihak JPN. Kuasa melulus ialah PPD ( 24 jam) manakala jika melebihi 24 jam; kuasa melulus ialah Pengarah JPN.

16.7.2 Permohonan daripada pihak keselamatan Malaysia, sudah memadai dengan surat daripada ketua jabatan mereka.

16.8 Murid Bukan Warganegara 16.8.1 Tahun 2012 adalah merupakan tahun pembersihan dan pada tahun 2013; tiada lagi murid bukan warganegara di sekolah. Jika masih ada lagi murid bukan warganegara, mereka perlu diberi masa selama 14 hari untuk mendapatkan kebenaran belajar daripada pihak JPN. Tindakan : Pengetua & Guru Besar

16.8.2 Memaklumkan bahawa mana-mana sekolah yang didapati menyimpan murid bukan warganegara, pengetua / guru besar boleh didenda RM 5000 atau 3 bulan penjara atau kedua-duanya sekali bagi setiap murid.

16.8.3 Memaklumkan bahawa murid bukan warganegara yang boleh bersekolah ialah anak kedutaan, ibu bapa yang bekerja di agensi kerajaan . badan berkanun secara berpermit dan professional, ibu bapa permastautin tetap atau anak angkat yang diambil oleh kerajaan untuk satu program khas. Mereka ini tidak memerlukan pas pelajar.

16.8.4 Bayaran fee pelajar boleh dibayar di JPN ataupun di PPD. Untuk SR – RM 120.00 manakala RM240.00 untuk sekolah menengah. Selepas membayar fee, mereka perlu mendapatkan surat penempatan daripada PPDHS. Pihak JPN hanya meluluskan masuk ke dalam daerah sahaja. Sekiranya ingin berpindah ke sekolah lain, murid terpaksa memohon semula ke JPN dengan menggunakan borang merah jambu.

16.8.5 Bagi murid bukan warganegara, mereka dikehendaki membayar yuran sekolah. Pihak JPN juga mengarahkan pihak sekolah menyediakan folder khas bagi menyimpan semua dokumen murid bukan warganegara.

16.9 Aduan dan Siasatan 16.9.1 Pada tahun 2013, sebarang aduan hendaklah dikunci masuk ke dalam ePIDP. Selepas dikunci masuk, maklumkan kepada pihak PPD untuk diulas. Tindakan : Pengetua & Guru Besar

16.9.2 Sekolah diminta melantik Penyelaras Aduan di peringkat sekolah dalam kalangan mereka

Unit Pengurusan Sekolah PPDHS 2013 ms 13

Page 14: Minit Mesy JK Peng Sekolah Bil 01 2013

yang berjawatan. Sekolah juga diminta melantik pegawai penyiasat dalam kalangan PK dan juga kaunselor. Tindakan : Pengetua & Guru Besar

16.9.3 Sekolah dimaklumkan bahawa semua aduan yang keluar di dalam akhbar mesti dijawab oleh daerah sebelum tengah hari ke KPM. Tindakan : Pengetua & Guru Besar

17. LAPORAN UNIT PEROLEHAN DAN ASET

17.1 Persediaan Awal Tahun 2013, semua sekolah yang memohon kerusi dan meja murid telah dibekalkan oleh KPM. Setiap murid mesti mempunyai satu meja dan satu kerusi pada hari pertama persekolahan; jika tidak cukup sila hubungi PPDHS dengan kadar segera. Sila pastikan juga kerusi dan meja guru serta meja kantin sekolah mencukupi. Tindakan : Pengetua & Guru Besar

17.2 Semua kontrak keselamatan dan pembersihan sekolahan akan tamat pada 31 Januari 2013 nanti. Mulai 1 Februari 2013, syarikat baru akan mengambil alih kontrak tersebut. Mohon pastikan semua kerja-kerja selesai dan janji penggantian dilakukan sebelum tamat kontrak mereka.

18. LAPORAN UNIT PEMBANGUNAN

18.1 Memaklumkan bahawa Tn. Hj. Sameon sedang bercuti setelah menjalani pembedahan ‘Coronary by-Pass’ di IJN.

18.2 Mengingatkan semua pentadbir memastikan sempadan sekolah terutama bagi pembinaan pagar sekolah agar pembinaan tidak termasuk ke dalam kawasan orang lain. Begitu juga pastikan tiada orang luar yang menceroboh kawasan kita. Sila rujuk dalam “myspata” setiap sekolah. Tindakan : Pengetua & Guru Besar

18.3 Bagi bangunan yang telah menjangkau 15 – 20 tahun, pihak pentadbir sekolah diminta untuk memohon bantuan penyelenggaraan. Sila hantar permohonan beserta dengan gambar bagi setiap kerosakan bangunan. Tindakan : Pengetua & Guru Besar

18.4 Bagi sekolah yang menggunakan atap asbestos, sila ambil gambar tempat-tempat yang uzur untuk memohon pembaikan.

18.5 Mengingatkan para pentadbir bagi memastikan pokok yang ditanam bagi mencantikkan lanskap sekolah nanti tidak tinggi sehingga menyebabkan keselamatan kepada bangunan serta belanja menebang yang perlu ditanggung pada kemudian hari.

18.6 Pentadbir diminta untuk memantau dan menyelia semua proses kerja yang dilakukan oleh kontraktor di sekolah. Ini bagi memastikan semua skop kerja adalah dipatuhi oleh pihak kontraktor sebelum pentadbir menandatangani sebarang dokumen. Tindakan : Pengetua & Guru Besar

19. Hal-Hal Lain

19.1 Pn. Mazmin (Pengetua SMK Serendah) memohon penjelasan berkaitan sistem fail arkib dan SPSK kerana semasa pemantauan calon pengetua cemerlang; beliau difahamkan SPSK tidak diiktiraf oleh

Unit Pengurusan Sekolah PPDHS 2013 ms 14

Page 15: Minit Mesy JK Peng Sekolah Bil 01 2013

pemantau kerana hanya dilaksanakan di negeri Selangor sahaja. 19.1.1 Majlis dimaklumkan oleh En. Normalis bahawa berlaku salah faham dalam pelaksanaan sistem fail arkib di peringkat daerah. Perubahan sistem fail dihentikan sementara waktu dan Unit Perkhidmatan diminta untuk membetulkan semua kesilapan. Sebaik sahaja kesilapan dibetulkan, maka perubahan akan dilaksanakan sepenuhnya di peringkat PPD dan kemudian ke sekolah pula. Sistem fail arkib dan SPSK adalah perkara yang berlainan. 19.1.2 Tuan Pengerusi akan membawa hal ini dalam mesyuarat pengurusan supaya pihak atasan maklum akan hal ini.

19.2 Majlis dibentangkan senarai nama bapa dan ibu angkat sekolah di bawah Program Sekolah Unggul Melangkau Saujana 2013 – 2015. Antara peranan bapa/ibu angkat ialah sebagai pegawai perantara, menghadiri program-program sekolah, pegawai perhubungan yang melibatkan komuniti setempat, penyelaras aduan sekolah, membantu program peningkatan akademik, memberi motivasi kepada murid /guru dan pegawai pembangunan sekolah.

19.3 Majlis dimaklumkan bahawa Unit Pengurusan Sekolah akan menggunakan Instrumen Pemantauan Pengurusan Sekolah bermula Januari 2013. Tindakan : Pengetua & Guru Besar

19.4 Bagi pemantauan PPSAT; dua buah sekolah telah dipilih untuk dilawati oleh pihak KPM iaitu SMK Sungai Choh dan SJKT Ladang Kalumpang. Dipohon agar sekolah-sekolah ini bersedia dalam sesi pemantauan ini. Tindakan : Sekolah terlibat

20. Ucapan Penangguhan

20.1 Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih atas komitmen yang diberikan oleh semua ahli yang sanggup menunggu dari pagi hingga lewat petang ini. Mengajak semua ahli berdoa agar En. Zailani Karim dan Tn. Hj. Sameon bin Hj. Sidek akan segera sembuh supaya dapat kembali bertugas. 20.2 Mengharapkan agar semua pentadbir sekolah dapat membawa sekolah ke arah kecemerlangan bagi tahun 2013 ini. Sentiasa membuat penambahbaikan bagi mencapai KPI daerah, seronok bekerja dan dapat bekerja dalam satu pasukan.

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 5.22 petang.

Unit Pengurusan Sekolah PPDHS 2013 ms 15