minit 1

Upload: nagasundram

Post on 02-Nov-2015

220 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

panitia tmk

TRANSCRIPT

SJK(T) TUN SAMBANHAN JALAN SUNGKAI, 35500 BIDOR,PERAK DARUL RIDZUANTelefon DAN Fax : 05-4340016--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

MINIT MESYUARAT PANITIA PENDIDIKAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI KALI PERTAMA, 2015

Tarikh:13 Januari 2015Masa:1.45PetangTempat:MAKMAL KOMPUTERKehadiran:1. EN. MEENACHI SUNDRAM -Ketua Panitia2. CIK L. KOMATHI-Setiausaha3. CIK G. PARWADI- Guru TMK THN 44. -Guru DST Thn 25. -Guru ICTL Thn 56. -Guru ICTL Thn 67. -Guru ICTL Thn 68. -Guru ICTL Thn 5 &6

Tidak hadir:Tiada

1. Ucapan Pengerusi1.1 Pengerusi merangkap Ketua panitia memulakan mesyuarat .Beliau mengucapkan terima kasih atas kehadiran semua guru.1.2 Pengerusi juga memaklumkan lantikan Cik L. Komathi sebagai setiausaha Panitia TMK 20151.3 Tindakan personelia:Makluman

2. Penerangan Subjek TMK Tahun 4

2.1Pengerusi menerangkan bahawa TMK ini diajar berselang seli dengan RBT. Namun TMK tidak boleh diajar secara 6 bulan TMK 6 bulan RBT kerana boleh Mendatangkan masalah kepada murid-murid apabila bertukar sekolah. 2.2 Pengerusi menyatakan bahawa keputusan sekolah adalah membuat giliran 2 minggu TMK dan 2 minggu RBT. Subjek TMK akan diajar 1 jam seminggu. 2.3Pengerusi juga menyatakan bahawa AJK TMK ini dianggotai oleh guru ICTL dan guru DST Tahun 1, 2 dan 3. Walaubagaimanapun ICTL ini dibawah Panitia Bahasa Inggeris dan DST dibawah Panitia Sains. Cuma sebarang aktivit ICTL dan DST hendaklah menyerahkan 1 salinan kertas kerja kepada Panitia TMK. Guru DST dan Guru ICTL diletakkan dalam AJK TMK kerana penggunaan makmal Komputer.

2.4Ketua panitia menerangkan DSKP TMK Tahun 4 dan 5 mengenai komputer. Tahun 4 ada 7 tajuk dalam 2 modul.Modul 1: Modul Dunia KomputerModul 2: Modul Elemen Multimedia2.5Tindakan personelia:Makluman

3. Penyelarasan Buku Rekod Mengajar dan Rancangan Tahunan 3.1 Ketua Panitia memaklumkan bahawa penulisan buku rekod mengajar ditulis dalam Bahasa Tamil .3.2 Perkara-perkara yang perlu ada semasa penulisan rancangan harian TMK Tahun 4 seperti berikut:-ModulSTD KandunganObjektif/Hasil pembelajaranAktivitiEMKRefleksiManakala bagi guru ICTL dan DST adalah mengikut panitia masing-masing.3.2.1 DSKP boleh didapati melalui panitia masing-masing.3.2.2 Tindakan Personelia:Semua Guru

4. Penyelaras Tahun dan Pengagihan Tugas 20154.1 Ketua Panitia menyatakan carta organisasi TMK Tahun 4 dan 5 dan borang biodata guru.Tindakan personelia:Setiausaha4.2 Ketua panitia menyatakan supaya guru-guru menyemak dan memberi latihan kepada murid-murid. 4.3 Tindakan personelia:Semua Guru

5. Perancangan Tahun 20155.1 Ketua panitia menyatakan terdapat maklumat tentang perancangan aktiviti yang diarahkan oleh JPN dan akan mewujudkan aktiviti penyelarasan di peringkat sekolah.5.2 Pelancaran komuniti maya panitia TMK peringkat sekolah samada dalam bentuk Group FB, Blog , Portal atau Penggunaan Google+ yang disokong oleh 1Bestarinet dan pertandingan membina laman blog oleh pelajar tahun 55.2 Ketua Panitia menekankan bahawa TMK merupakan satu subjek baru dan perlu mempunyai satu panitia yang berdiri sendiri sama seperti subjek elektif yang lain di mana semua pekeliling berkaitan panitia adalah terpakai. Segala yang berkaitan dengan pengurusan panitia adalah tertakluk kepada Arahan Perkhidmatan dan Surat Pekeliling Ikhtisas berikut: Arahan Perkhidmatan Bab 4 : Fail Memfail SPI Bil. 4/1986 PKPA Bil. 2/1991 SPK Bil 5/2002 SPI Bil. 2/2013 5.3 Tindakan personelia:Semua Guru

6. Peruntukan Kewangan6.1 Peruntukan kewangan bagi TMK KSSR bagi tahun lepas tidak dapat digunakan sepenuhnya kerana belum diberitahu oleh pihak pengurusan.6.2 Kewangan panitia TMK adalah di ambil dari panitia Kajian Tempatan dengan mengambil kira bilangan murid tahun 4 seperti dalam surat siaran PCG panitia TMK.Kewangan panitia TMK peringkat sekolah adalah mengikut formula berikut: Duit TMK = Bilangan Murid Tahun 4 dan 5X Duit PCG Kajian Tempatan Bilangan Murid Thn 4,5 dan 66.3 Anggaran peruntukan yang akan digunakan pada tahun ini ialah sebanyak RM1000 iaitu untuk pembelian peralatan BBM dan sebagainya yang boleh digunakan dalam peruntukan sebenar. 6.4 Tindakan personelia:Semua Guru

7. Hal-hal lain7.1 Ketua Panitia memohon kerjasama daripada guru-guru DST dan ICTL dalam proses pengajaran dan pembelajaran kerana TMK saling berkait dengan 2 subjek tersebut.7.2 Ketua Panitia memohon kerjasama guru untuk menyiapkan pelan taktikal dan operasi dalam minggu pertama persekolahan.7.3 Setiausaha akan menyediakan carta organisasi untuk dilengkapkan di papan kenyataan tersebut.7.4 Ketua panitia menyatakan format peperiksaan kertas TMK adalah sebagaimana tahun 2014 iaitu berbentuk objektif iaitu dua kali peperiksaan manakala ujian formatif yang berterusan bolehlah dijalankan sepanjang tahun untuk diisi ke dalam modul perekodan offline TMK.7.5 Pengerusi merakamkan ucapan terima kasih kepada semua guru dan mengharapkan dapat melaksanakan tugas dengan lebih baik lagi pada tahun 2015.

7.6 Mesyuarat pada pukul 2.15 petang.

Disediakan oleh,

--------------------------- ( L.KOMATHI) Setiausaha Panitia TMK SJK(T) TUN SAMBANTHANBIDOR,PERAK

Disemak oleh

----------------------------(MEENACHI SUNDRAM NAGARAJAN)Ketua Panitia TMKSJK(T) TUN SAMBANTHANBIDOR,PERAK