minit mesyuarat jawatankuasa penilaian kepatuhan reg.upm.edu.my/eiso/portal/minit_jkpk_ems/minit...
Post on 31-Aug-2019
317 views
Embed Size (px)
TRANSCRIPT
1
MINIT MESYUARAT
JAWATANKUASA PENILAIAN KEPATUHAN (JKPK)
SISTEM PENGURUSAN ALAM SEKITAR (EMS) BIL. 1/2018 UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
______________________________________________
Tarikh : 2 Mac 2018 (Jumaat) Masa : 3.00 petang
Tempat : Bilik Angsana Putra 2, Tingkat 2, Bangunan
Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi)
Kehadiran : Seperti di Lampiran A _____________________________________________
MINIT AGENDA/ISU TINDAKAN/ MAKLUMAN
1.1
Kata Aluan Pengerusi
Pengerusi:
(a) memulakan mesyuarat dengan bacaan Ummul Kitab Al-
Fatihah.
(b) mengalu-alukan kehadiran ahli baharu Jawatankuasa Penilaian Kepatuhan (JKPK) Sistem Pengurusan Alam
Sekitar (EMS) Universiti Putra Malaysia (UPM) iaitu Profesor Madya Dr. Juliyana Jalaludin dan Dr. Vivien How
dari Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan.
(c) memaklumkan pelantikan semula Dr. Elistina Abu Bakar
dari Fakulti Ekologi Manusia berasaskan komitmen beliau sepanjang tempoh pelantikan sebagai ahli JKPK EMS
UPM.
(d) merakamkan ucapan penghargaan kepada Prof. Madya
Dr. Rozanah Ab Rahman mantan ahli JKPK dan meminta supaya pelantikan ahli baharu Puan Nor Siah Hj. Baharin,
Pegawai Eksekutif Pejabat Penasihat Undang-Undang
menggantikan Prof. Madya Dr. Rozanah Ab Rahman.
Makluman
Makluman
Makluman
Makluman dan Tindakan: Setiausaha
JKPK
1.2 Pengesahan Minit Mesyuarat yang Lepas
Ahli mesyuarat meneliti Minit JKPK Bil. 1/2017 dan mengesahkan minit dengan pindaan, iaitu:
(a) Pada Minit 1.5.1, Lampiran 10 dipinda kepada Lampiran 9;
(b) Pada Lampiran Checkpoint Bahan Beracun Fakulti
Perubatan Veterinar, Lampiran 6 dipinda kepada
Lampiran 7.
Tindakan: Setiausaha JKPK
2
MINIT AGENDA/ISU TINDAKAN/
MAKLUMAN
1.3 Perkara-perkara Berbangkit
Mesyuarat mengambil maklum perkara-perkara berbangkit
daripada minit mesyuarat JKPK Bil. 1/2017, sebagaimana Lampiran 1.
Makluman dan
Tindakan ahli JKPK
1.4 Semakan Status Pemakaian Senarai Undang-Undang dan Keperluan Lain di UPM
Mesyuarat membuat semakan keatas 35 Undang-Undang dan
keperluan lain yang berkuatkuasa pada 26 Mei 2017 dan
mengesahkan sebanyak 22 Undang-Undang dan keperluan lain yang terpakai di UPM sebagaimana Lampiran 2. Mesyuarat:
(a) mengambil perhatian berkaitan Undang-Undang
Environmental Quality Act 1974 dan Environmental Quality (Amendment) Act 2012, bersetuju digabungkan dalam Senarai Undang-Undang.
Tindakan: Pejabat Penasihat Undang-
Undang
(b) mengambil perhatian berkaitan Undang-Undang
Environmental Quality (Halon Management) Regulations 1999, bersetuju Pejabat Bursar dilantik sebagai peneraju bagi undang-undang tersebut.
Tindakan: Pusat
Jaminan Kualiti
(c) mengambil perhatian berkaitan Undang-Undang
Environmental Quality (Declared Activities) (Open Burning) Order 2003, bersetuju undang-undang ini terpakai di UPM. Mesyuarat mengambil maklum Pejabat
Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (PPKKP) sebagai Peneraju Undang-Undang ini telah
melaksanakan kaedah untuk pemantauan.
Tindakan: Pejabat
Penasihat Undang-Undang
(d) mengambil perhatian berkaitan Undang-Undang
Environmental Quality (Control Of Lead Concentration In Motor Gasoline) Regulations 1985, bersetuju Fakulti Kejuruteraan dilantik sebagai Peneraju Undang-undang
ini. Mesyuarat meminta supaya menyediakan maklumat berikut:
i. Adakah minyak petrol disimpan di Fakulti Kejuruteraan
bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran? ii. Jika ya, berapa kapasiti penyimpanan minyak tersebut
(dalam liter)?
iii. Bila tarikh pembelian minyak yang digunapakai/disimpan? Sekiranya pembelian dibuat
pada tahun 2000 dan keatas, maka UPM patuh kepada Undang-Undang ini.
Tindakan: Fakulti
Kejuruteraan
3
MINIT AGENDA/ISU TINDAKAN/
MAKLUMAN
(e) mengambil perhatian berkaitan Undang-Undang Local Government Act 1976, bersetuju Pejabat Pembangunan dan Pengurusan Aset (PPPA) dilantik sebagai Peneraju Undang-Undang ini. Mesyuarat
meminta supaya peneraju menyediakan kaedah bagi mengelakkan pembuangan sisa pepejal di lokasi yang
tidak dibenarkan.
Tindakan: PPPA
1.5 Perancangan Fasa Penilaian Kepatuhan 2018-2020
Mesyuarat mengambil perhatian penilaian kepatuhan bagi 22 Undang-Undang dan Keperluan lain yang terpakai di UPM akan
dilaksana dalam tempoh tiga (3) tahun mengikut Fasa. Mesyuarat bersetuju dengan Jadual Perancangan Fasa
Penilaian Kepatuhan 2018-2020 beserta Peneraju bagi Undang-Undang dan keperluan lain yang terlibat sebagaimana
Lampiran 3.
Tindakan: Ahli Mesyuarat
1.6 Hal-Hal Lain
1.6.1 Pemantapan Jadual Perancangan Penilaian Kepatuhan EMS
Mesyuarat mengambil maklum Jadual Perancangan
Fasa Penilaian Kepatuhan 2018-2020 sebagaimana yang dibentangkan. Mesyuarat bersetuju
menambahbaik Jadual tersebut dengan memasukkan
Peneraju terlibat beserta ringkasan berhubung Undang-Undang yang disenaraikan.
Tindakan: Setiausaha
JKPK
1.6.2 Orang yang Kompeten
Mesyuarat mengambil perhatian tindakan bagi
mengenal pasti Orang yang Kompeten sebagaimana
keperluan Undang-Undang sedang dilaksanakan oleh Pejabat Pendaftar dengan kerjasama Pejabat
Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan serta Pejabat Pembangunan dan Pengurusan Aset.
Tindakan: Pejabat
Pendaftar
1.6.3 Senarai Daftar Undang-Undang dan Keperluan lain yang berkaitan
Mesyuarat mengambil perhatian Senarai Undang-
Undang dan Keperluan lain yang terkini akan berkuatkuasa pada 16 Mac 2018 mengambil kira
senarai terkini hasil semakan dan pengesahan Mesyuarat JKPK.
Tindakan: Pejabat
Penasihat Undang-Undang
4
MINIT AGENDA/ISU TINDAKAN/
MAKLUMAN
1.6.4 Peralihan Standard baharu ISO 14001:2015 pada tahun 2018
Mesyuarat mengambil perhatian peralihan Standard baharu iaitu ISO 14001:2004 kepada ISO 14001:2015
yang akan dilaksana pada tahun 2018 memandangkan tempoh akhir peralihan adalah pada bulan September
2018. Mesyuarat meminta supaya ahli JKPK dijemput hadir semasa taklimat Awareness EMS 14001:2015 yang akan diadakan pada bulan April 2018.
Tindakan: Pusat Jaminan Kualiti
Minit 1.7 Penangguhan Mesyuarat
Mesyuarat diakhiri dengan ucapan terima kasih kepada semua
ahli yang hadir.
Mesyuarat ditangguhkan pada jam 4.50 petang.
Makluman
5
LAMPIRAN A
SENARAI KEHADIRAN
JAWATANKUASA PENILAIAN KEPATUHAN (JKPK)
SISTEM PENGURUSAN ALAM SEKITAR (EMS) UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
Hadir:
1. Dr. Mariani Ho Nyuk Onn@Ariffin - Pengerusi Fakulti Pengajian Alam Sekitar
2. Profesor Madya Dr. Juliana Jalaludin
Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan
3. Dr. Elistina Abu Bakar
Fakulti Ekologi Manusia
4. Dr. Vivien How Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan
5. Puan Noorizai Mohamad Noor Ketua Bahagian Pengurusan Kualiti Perkhidmatan, Pusat Jaminan Kualiti
6. Puan Nor Adida Abd Khalid
Timbalan Wakil Pengurusan Pejabat Pendaftar
7. Tuan Hj. Abdul Ghaffar Othman
Timbalan Wakil Pengurusan, Taman Pertanian Universiti
8. Encik Mohd Fuad Mahmood
Timbalan Wakil Pengurusan, Pejabat Pembangunan dan Pengurusan Aset
9. Puan Zainaf Udin Timbalan Wakil Pengurusan, Fakulti Sains dan Teknologi Makanan
10. Encik Ludinata Misnun
Timbalan Wakil Pengurusan, Fakulti Perubatan Veterinar
11. Dr. Zaidi Suif
Pegawai Pertanian, Fakulti Sains Pertanian Makanan, Kampus Bintulu
12. Puan Rozi Tamin Setiausaha
Pusat Jaminan Kualiti
6
Tidak Hadir:
1. Pn. Nor Siah Haji Baharin
Pegawai Eksekutif Pejabat Penasihat Undang-Undang
2. Dr. Mohd Rafee Baharudin
Pejabat Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan
3. En. Mohd. Nazri Noh
Timbalan Wakil Pengurusan Pejabat Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan
Alumni)
4. Encik Sudirman Asmadi Fakulti Sains Pertanian dan Makanan, Kampus Bintulu
Turut Hadir:
1. Cik Siti Maryam Othman
Pejabat Penasihat Undang-Undang
2. Puan Nor Afida Miskam
Pejabat Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan
3. En. Zulkifli Ibrahim
Bahagian Hal Ehwal Pelajar
LAMPIRAN 1
1
PERKARA BERBANGKIT MINIT MESYUARAT
JAWATANKUASA PENILAIAN KEPATUHAN (JKPK)
SISTEM PENGURUSAN ALAM SEKITAR (EMS) BIL. 1/2017 UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA PADA 2 JUN 2017
__________________________________________________________
MINIT AGENDA/ISU STATUS TINDAKAN/
MAKLUMAN
1.3 Perkara-perkara Berbangkit
Mesyuarat mengambil maklum perkara-perkara berbangkit
daripada minit mesyuarat JKPK Bil. 3/2016, iaitu:
1.3.10 Pada minit 3.4.2(b)ii, mengambil maklum ujian air dibuat secara berkala setiap sukuan di tasik
berdekatan. Mesyuarat mengambil perhatian bukti
tindakan supaya peneraju mengambil sampel air di discaj point belum diterima. Mesyuarat meminta supaya Peneraju menghantar bukti tindakan kepada urus setia JKPK sebagai rekod.
Mesyuarat dimaklumkan oleh Peneraju Operasi (Terrestrial Animal Health Code) Fakulti Perubatan Veterinar iaitu pihak PPPA telah mengadakan 2 kali ujian iaitu pada Jun dan Ogos